azan dan iqamah

31
SIRI TERBITAN BIRO AGAMA (BAHAGIAN PENDIDIKAN) No.2/2003/1424 AZAN DAN IQAMAH HUKUM DAN ATURANNYA Oleh Haji Mohd Aizam bin Haji Mas'od B.A. (Usuluddin, Jordan) (Imam I) MASJID JAMIK SULTAN ABDUL AZIZ JALAN TEMPLER, 46000 PETALING JAYA, SELANGOR D.E.

Upload: ujang

Post on 11-Jun-2015

8.802 views

Category:

Documents


8 download

DESCRIPTION

Panduan tentang azan dan iqamah dan tatacara perlaksanaannya. Terbitan Masjid Jamik Sultan Abdul Aziz, Petaling Jaya, Selangor, Malaysia

TRANSCRIPT

Page 1: Azan Dan Iqamah

SIRI TERBITAN BIRO AGAMA (BAHAGIAN PENDIDIKAN)

No.2/2003/1424

AZAN DANIQAMAH

HUKUM DAN

ATURANNYAOleh

Haji Mohd Aizam bin Haji Mas'odB.A. (Usuluddin, Jordan)

(Imam I)

MASJID JAMIK SULTAN ABDUL AZIZJALAN TEMPLER, 46000 PETALING JAYA,

SELANGOR D.E.

Page 2: Azan Dan Iqamah

AZANDAN

IQAMAH

Petaling Jaya, Selangor

Azan dan Iqamah

Page 3: Azan Dan Iqamah

Azan dan Iqamah

Terbitan Biro Agama (Bahagian Pendidikan)Cetakan pertama, 2003

ISBN: 983-41404-0-1setting dibuat di Masjid Jamik Sultan Abdul Aziz, Jalan Templer, 46000 Petaling Jaya, Selangor Darul Ehsan.

Pemikiran dan idea yang tersaji dalam buku ini adalahmilik pengarang sendiri dan ia bukannya lidah rasmi Masjid.©Mohd Aizam bin Mas'od

©Hak cipta terpelihara

Tidak ada mana-mana bahagian daripada buku iniyang boleh dicetak semula atau diterbitkan dalam apajua kaedah dan tekniknya tanpa terlebih dahulumendapat persetujuan bertulis daripada pengarangdan penerbit.

Page 4: Azan Dan Iqamah

ISI KANDUNGAN

TAJUK HALAMAN

Kata-kata Aluan 6Pengenalan 9Sejarah Azan dan Iqamah 9Lafaz-lafaz Azan dan Iqamah 12Tarji’ 15Tatswib dalam Azan Subuh 16Azan dan Iqamah kerana Sembahyang 17Syarat-syarat Azan dan Iqamah 18Azan Sekali Sahaja? 22Azan atau Iqamah Sahaja? 24Bila Azan dan Iqamah Tak Perlu 25Tiada Azan bagi Sembahyang Jenazah 26Kegunaan Lain Azan dan Iqamah 27Dahulukan Doa Wuduk dari Doa Azan 29Kesimpulan 30

Azan dan Iqamah

Page 5: Azan Dan Iqamah

KATA-KATA ALUAN

Saya suka mengambil kesempatan ini untuk mengucapkansetinggi-tinggi tahni'ah kepada Tuan Haji Mohd Aizam binHaji Mas'od, Imam I Masjid ini, yang berusaha menerbitkantulisan ini. Huraian yang disajikan ini, walaupun ringkas,adalah amat menarik justeru dapat membuka minda kita untukmemahami pelbagai jenis hukum dan peraturan azan daniqamah, iaitu suatu amalan yang selama ini sering kita lihatbilal (atau pembantunya) melakukannya, tetapi kita sendirikurang peka tentang kelebihan dan fadilatnya. Kerana itukelahiran buku ini diharap dapat membantu kitameningkatkan pengetahuan mengenai hukum-hakam azan daniqamah lantas dapat kita memberi perhatian yang sewajarnyakepadanya jika dengar ia dilaungkan sama ada kerana telahmasuk waktu solat fardhu (bagi azan) atau memulai solat (bagiiqamah).

Satu perkara yang wajar ditanya berkaitan dengan azandan/atau iqamah ini ialah apakah yang harus kita buat (seba-gai orang yang mendengar) apabila azan dilaungkan? Guru-guru agama kita dulu mengingatkan jika kita mahu dapatkanfadilatnya kita disunnatkan menjawab setiap sebutan azanyang dilaungkan itu dengan ucapan yang sama, melainkanpada lafaz "haiya 'a las solah" dan "haiya 'a lal falah" hendak-lah kita jawab dengan ucapan "la haula wala quata illa billah."Ertinya, kita hendaklah dengar laungan azan itu dengankhusyuk dan ikuti setiap sebutan dengan tawaduk. Tidakbercakap-cakap dan tidak berbual-bual. Tukang azan, yakni tokbilal, pula mempunyai banyak kelebihan. Misalnya terdapathadis yang mengatakan bahawa sesiapa yang azan kerana sem-bahyang selama tujuh tahun sambil dia harapkan pahalanyanescaya ditulis oleh Allah S.W.T. terlepas ia daripada api

Azan dan Iqamah

6

Page 6: Azan Dan Iqamah

neraka. Ada juga hadis lain yang menyebut bahawa sesiapayang azan selama dua belas tahun maka ia masuk syurga.Mudah-mudahan kita sentiasa dalam peliharaanNya jua.

Mohd Hairi AbdullahNazir10 Ogos 2003

Azan dan Iqamah

7

Page 7: Azan Dan Iqamah

8

Azan dan Iqamah

“Dan bagi Allah jualah segala yang ada di langitdan segala yang ada di bumi, dan Allah sentiasameliputi (pengetahuan-Nya dan kekuasaan-Nya)akan tiap-tiap sesuatu”

An-Nisa’:126

Page 8: Azan Dan Iqamah

PENGENALAN

Dari segi bahasa Arab kalimah "azan" bermakna ali'lam iaitu pemberitahuan (Lisan al-Arab: 13/9). Jika dili-hat dari segi syara' pula ia bermakna zikir yang diten-tukan waktunya; dan dalam kes ini ia adalah untukmemberitahu bahawa telah masuk waktu sembahyangfardhu. Allah berfirman (maksudnya):

dan inilah perisytiharan dari Allah dan RasulNya kepadaummat manusia, (diisytiharkan) pada Hari Raya Hajiyang terbesar, bahawa sesungguhnya Allah dan Rasul-Nya memutuskan tanggungjawab terhadap orang-orangmusyrik (at-Taubah: 3).

Menurut kamus Lisan al-Arab kalimah "iqamah"merupakan mashdar kepada kalimah aqama iaitumendirikan (Lisan al-'Arab: 12/498). Oleh itu dari segisyara' ia bererti zikir yang ditentukan untuk mendirikansembahyang (Hawasyi Tuhfah al-Muhtaj: 1/460).

Buku kecil ini akan membincangkan secara ringkasmaksud azan dan iqamah, serta hukum dan peraturan-nya, di kalangan ummah Islam. Mudah-mudahanperbincangan ini akan memberi faedah kepada kitasemua.

SEJARAH AZAN DAN IQAMAH

Pada mulanya azan dan iqamah telah disyariatkan diMadinah mulai tahun pertama hijrah (Al-Mausu'ah al-Fiqhiyyah: 2/358). Ini dapat difahami daripada hadisyang dipetik daripada 'Abdullah bin 'Umar, katanya

Azan dan Iqamah

9

Page 9: Azan Dan Iqamah

Azan dan Iqamah

(yang bermaksud):

Semasa orang-orang Islam sampai di Madinah, merekaberkumpul lalu memperkirakan waktu sembahyang dan tidakada seorang pun yang menyerukan untuk sembahyang. Padasuatu hari mereka pun membincangkan hal itu.

Berkata sebahagian mereka: Ambillah naqus (loceng) sepertinaqus orang-orang Nasrani (Kristian).

Berkata sebahagian yang lain pula: (Ambillah) trompet seper-ti trompet orang-orang Yahudi.

Lalu berkata 'Umar: Tidakkah kamu melantik seorang lelakiuntuk menyerukan sembahyang?

Bersabda Rasulullah Shallallahu 'alaihi wasallam: WahaiBilal, berdirilah dan serulah untuk sembahyang. (Hadisriwayat al-Bukhari dan Muslim)

Dalam hadis yang lain daripada 'Abdullah bin Zaidkatanya (yang bermaksud):

Ketika Rasulullah Shallallahu 'alaihi wasallam memerin-tahkan untuk menggunakan naqus (loceng) untuk dipalu bagimengumpulkan orang ramai untuk mendirikan sembahyangjemaah, dalam tidurku (mimpi) seorang lelaki berjalan men-gelilingiku sedang membawa di tangannya naqus. Lalu akuberkata: Wahai hamba Allah, adakah kamu jual naqus itu?

Dia berkata: Apa yang akan engkau buat dengannya (naqus)?

Aku berkata: Dengan naqus itu kami menyeru kepada sem-

10

Page 10: Azan Dan Iqamah

bahyang.

Dia berkata: Mahukah kamu aku tunjukkan yang lebihbaik dari itu?

Aku berkata: Ya.

Berkata periwayat (orang yang mimpi): Dia (lelaki yangdimimpikan) berkata: Engkau ucapkan: Allah Maha Besar,Allah Maha Besar, Allah Maha Besar, Allah Maha Besar,Saya mengaku bahawa tiada Tuhan yang disembahmelainkan Allah, saya mengaku bahawa tiada Tuhan yangdisembah melainkan Allah, saya mengaku bahawa NabiMuhammad itu pesuruh Allah, saya mengaku bahawaNabi Muhammad itu pesuruh Allah, marilah mendirikansembahyang, marilah mendirikan sembahyang, marilahmenuju kemenangan, marilah menuju kemenangan, AllahMaha Besar, Allah Maha Besar, tiada Tuhan yang disem-bah melainkan Allah.

('Abdullah bin Zaid) berkata: Kemudian lelaki itu berun-dur sedikit.

Lalu lelaki itu berkata: Jika engkau menyerukan iqamahsembahyang engkau ucapkan: Allah Maha Besar, AllahMaha Besar, Saya mengaku bahawa tiada Tuhan yangdisembah melainkan Allah, saya mengaku bahawa NabiMuhammad itu pesuruh Allah, marilah mendirikan sem-bahyang, marilah menuju kemenangan, sesungguhnyasembahyang telah didirikan, sesungguhnya sembahyangtelah didirikan, Allah Maha Besar, Allah Maha Besar,tiada Tuhan yang disembah melainkan Allah.

Azan dan Iqamah

11

Page 11: Azan Dan Iqamah

Pada pagi esoknya aku datang kepada RasulullahShallallahu 'alaihi wasallam memberitahu mengenai den-gan mimpiku itu.

Baginda bersabda: Sesungguhnya mimpimu itu benarinsya Allah, berdirilah engkau bersama Bilal dan ajarkanpadanya apa yang engkau mimpikan itu. Hendaklah Bilalazan dengan apa yang diajarkan kepadanya itu, keranasuaranya lebih bagus dan tinggi daripada engkau. Makaaku berdiri bersama Bilal lalu aku ajarkan dia dan dia azandengan apa yang aku ajarkan itu.

('Abdullah bin Zaid) berkata: Maka terdengarlah azan ituoleh 'Umar bin al-Khattab, sedang dia dirumahnya. Laludia keluar dengan bergegas menyeret selendang dibelakangnya dan berkata: Demi yang telah mengutusmudengan benar wahai Rasulullah, sesungguhnya akubermimpi seperti mana yang telah dimimpikan olehnya(Àbdullah bin Zaid).

Bersabda Rasulullah Shallallahu 'alaihi wasallam: Segalapuji bagi Allah (Hadis riwayat Abu Daud).

LAFAZ-LAFAZ AZAN DAN IQAMAH

Menurut al-Qadhi 'Iyadh, kalimah-kalimah azan itumencakupi aqidah keimanan, baik dari segi 'aqliat dansam'iyat. Dimulai dengan mensabitkan zat AllahSubhanahu wa Ta'ala dan apa yang berhak bagiNya dari-pada sifat kesempurnaan, iaitu bererti AllahMaha Besar daripada setiap sesuatu. Kemudian pen-gakuan terhadap keesaan Allah dan pengakuan ter-

Azan dan Iqamah

12

Page 12: Azan Dan Iqamah

Azan dan Iqamah

13

hadap kerasulan Nabi Muhammad Shallallahu 'alaihi wasal-

lam, iaitu dan .Kemudian diikuti dengan mengajak kepada sembahyangdan kejayaan, iaitu bererti dekatilah olehkamu sembahyang dan janganlah malas. bererti dekatilah oleh kamu akan sebab kemenangan iaitusembahyang untuk mengecapi nikmat yang berkekalan. Didalam seruan itu juga terdapat unsur-unsur pemberitahuanmengenai perkara-perkara hari akhirat, iaitu hari kebangki-tan dan pembalasan. Kemudian ia diulangi lagi selepas itudengan takbir dan disudahi dengan kalimah tauhid. (I'anahath-Thalibin: 1/367, al-Majmu': 3/81)

Sebagaimana yang kita sudah maklum azan itu mem-punyai sembilan belas ungkapan termasuk dengan tarji'(dan jika tidak termasuk dengan tarji' menjadilah ia limabelas ungkapan) seperti berikut:

1.(Allah Maha Besar) - empat kali,

2. (Saya mengaku bahawa tiada Tuhan yang disembahmelainkan Allah) - dua kali.

3. (Saya mengaku bahawa Muhammad pesuruh Allah) -dua kali.

4.

Page 13: Azan Dan Iqamah

(Marilah mendirikan sembahyang) - dua kali.

5. (Marilah menuju kemenangan) - dua kali.

6. (Allah Maha Besar) - dua kali.

7. (Tiada Tuhan yang disembah melainkan Allah) -sekali.

Iqamah pula mengandungi sebelas ungkapan sepertiberikut:

1. - dua kali.

2. - sekali.

3. - sekali.

4. - sekali.

5. - sekali.

6. - dua kali.

Azan dan Iqamah

14

Page 14: Azan Dan Iqamah

7. - dua kali.

8. - sekali (Al-Majmu': 3/98-101).

TARJI'

Apa yang dimaksudkan dengan tarji' itu ialahmelafazkan dua kalimah syahadah sebanyak dua kalidengan suara yang rendah sekira-kira didengar olehorang yang berhampiran dengannya. Tarji' itu dilafazsebelum menyerukan dua kalimah syahadah dengansuara yang nyaring. Hukum melafazkan tarji' itu adalahsunat dan azan itu tetap sah walaupun ia tidakdilafazkan di dalam azan (I'anah ath-Thalibin: 1/379). Iniadalah mengikut ajaran Nabi Muhammad Shallallahu'alaihi wasallam ketika ditanya oleh Abu Mahdzurahmengenai azan. Maksudnya:

Saya berkata: Wahai Rasulullah! Ajarkan aku cara-caraazan. Kata (Abu Mahdzurah): Maka Baginda menyapuubun-ubun kepalaku.

Baginda bersabda: Kamu ucapkan: Allah Maha Besar,Allah Maha Besar, Allah Maha Besar, Allah Maha Besar,dengan suaramu yang tinggi.

Kemudian kamu ucapkan: Saya mengaku bahawa tiadaTuhan yang disembah melainkan Allah, saya mengakubahawa tiada Tuhan yang disembah melainkan Allah, sayamengaku bahawa Nabi Muhammad itu pesuruh Allah,saya mengaku bahawa Nabi Muhammad itu pesuruhAllah, dengan suaramu yang rendah.

Azan dan Iqamah

15

Page 15: Azan Dan Iqamah

Azan dan Iqamah

16

Kemudian tinggikan suaramu ketika menyerukan syahadah:Saya mengaku bahawa tiada Tuhan yang disembahmelainkan Allah, saya mengaku bahawa tiada Tuhan yangdisembah melainkan Allah, saya mengaku bahawa NabiMuhammad itu pesuruh Allah, saya mengaku bahawa NabiMuhammad itu pesuruh Allah, marilah mendirikan sem-bahyang, marilah mendirikan sembahyang, marilah menujukemenangan, marilah menuju kemenangan.

Jika azan sembahyang subuh, awak ucapkan: Sembahyang itulebih baik daripada tidur, sembahyang itu lebih baik daripadatidur, Allah Maha Besar, Allah Maha Besar, tiada Tuhanyang disembah melainkan Allah (Hadis riwayat AbuDaud).

TATSWIB DALAM AZAN SUBUH

Tatswib ialah menyerukan sebanyakdua kali selepas kita menyerukan bacaan hai'alatan

dan

Tatswib ini sunat dilafazkan ketika kedua-dua azansubuh sahaja (iaitu sebelum dan ketika masuknya fajar) -berlainan dengan amalan orang-orang Makkah seba-gaimana penjelasannya akan datang dan makruh jikadilafazkan tatswib itu pada selain waktu subuh.Sebagaimana disebutkan dalam hadis Nabi Shallallahu'alaihi wasallam bersabda yang maksudnya seperti berikut:

Barangsiapa yang mengada-adakan perkara baru (bid'ah) didalam urusan agama kita ini (agama Islam) yang tidak ada

Page 16: Azan Dan Iqamah

padanya (sandaran daripada al-Qur'an dan sunnah) makaianya itu ditolak (bathil). (Hadis riwayat al-Bukharidan Muslim).

Tatswib dikhususkan pada azan subuh sahaja supayaia menyedarkan orang yang tidur daripada malasmengerjakan sembahyang. Mengikut kebiasaan orang-orang Makkah tatswib hanya dikhususkan pada azanyang kedua iaitu selepas terbit fajar bagi membezakanantaranya dengan azan yang pertama (sebelum terbitfajar) (Al-Majmu': 3/105 dan I'anah ath-Thalibin: 1/378-379).

AZAN DAN IQAMAH KERANA SEMBAHYANG

Azan dan iqamah kerana sembahyang itu hanyadisyariatkan untuk sembahyang fardhu sahaja iaitusembahyang lima waktu.

Hukum azan dan iqamah menurut pendapat yangashah adalah sunat, sunat 'ain bagi sembahyang perseo-rangan dan sunat kifayah bagi sembahyang jemaah.Sepertimana sunat membaca bismillah ketika hendakmakan dan ketika hendak melakukan persetubuhan,sunat kifayah melakukan korban bagi ahli rumah, mem-beri salam, mendoakan orang yang bersin dan apa yangdilakukan daripada perkara-perkara sunat terhadapmayat (I'anah ath-Thali-bin: 1/367).

Manakala sembahyang-sembahyang yang lainadalah tidak disunatkan azan dan iqamah sama ada sem-bahyang sunat yang disunatkan berjemaah seperti sem-bahyang 'aidilfitri, 'aidiladha, gerhana matahari atau

Azan dan Iqamah

17

Page 17: Azan Dan Iqamah

bulan dan sembahyang meminta hujan, ataupun tidakdisunatkan pada sembahyang itu berjemaah seperti sem-bahyang dhuha dan sebagainya. Selain daripada itu azandan iqamah juga tidak disunatkan bagi sembahyangnazar dan jenazah (Al-Majmu': 3/83).

SYARAT-SYARAT AZAN DAN IQAMAH

Terdapat beberapa perkara yang disyaratkan didalam azan dan iqamah, iaitu:

1. Tertib. Hendaklah azan dan iqamah itu dilaungkan dengan

mengikut susunan ungkapannya sebagaimana yang dia-jarkan dalam hadis-hadis Baginda Shallallahu 'alaihiwasallam. Jika dilaungkan azan dan iqamah itu tidakmenurut tertib, maka ia boleh membawa kepada mem-permain-mainkan dan hilang dasarnya sebagai al-I'lam(pemberitahuan).

Adapun jika tertinggal sebahagian kalimahnya, makahendaklah dia kembali kepada yang tertinggal itu danmengulangi semula yang selepasnya. Sebagai con-tohnya, jika tertinggal bacaan sedang diasudah melaungkan maka hendaklah diamelaungkan semula yang tertinggal itudan mengulangi semula yang telah dilaungkannyaiaitu . Namun jika dia mengulangi semulasemuanya, itulah yang lebih baik (Al-Majmu': 3/121,I'anah ath-Thalibin: 1/376-377 dan Mughni al-Muhtaj:1/191).

Azan dan Iqamah

18

Page 18: Azan Dan Iqamah

2. Berturut-turut. Hendaklah ungkapan-ungkapan azan dan iqamah itu

dilaungkan secara berturut-turut. Jika diselangi antaraungkapan-ungkapan azan atau iqamah itu dengan per-cakapan atau diam yang lama, walaupun disebabkanterlupa adalah batal azan atau iqamah tersebut keranahilang dasarnya sebagai al-i'lam.

Adapun diam sekejap atau diselangi antara kalimah-kalimahnya itu dengan percakapan yang pendek, tidak-lah batal azan atau iqamah tersebut. Ini kerana NabiShallallahu 'alahi wasallam pernah berkata-kata ketikaBaginda berkhutbah. Oleh yang demikian berkata-katadi dalam azan atau iqamah itu lebih utama lagidihukumkan tidak batal. Hadis tersebut ialah daripadaJabir bin 'Abdullah, katanya:

Telah datang seorang lelaki, sedang Nabi Shallallahu 'alai-hi wasallam menyampaikan khutbah pada hari Jumaat,lalu Baginda bersabda: Adakah engkau sudah sembahyangwahai polan? Dia berkata: Tidak. Baginda bersabda:Bangkitlah dan kerjakan dua rakaat sembahyang (Hadisriwayat al-Bukhari).

Mengenai dengan diam, jika berlaku diam tersebutbegitu lama sehingga tidak dinamakan lagi ianya seba-gai azan atau iqamah, maka yang demikian itu ia hendak-lah diulang semula azannya dan iqamahnya.

Percakapan bukan kerana adanya maslahah (kepen-tingan) ketika azan atau iqamah adalah makruh hukum-nya.

Azan dan Iqamah

19

Page 19: Azan Dan Iqamah

Jika orang yang azan atau iqamah itu bersin, makasunat dia bertahmid di dalam hatinya sahaja. Dalam padaitu sunat dia melambatkan jawapan salam kepada orangyang memberi salam atau tasymit (doa bagi orang yangmendengar orang lain bersin) selepas dia selesaimelaungkan azan atau iqamah.

Walau bagaimanapun, jika dijawabnya juga salamorang yang memberi salam atau bertasymit atau berkata-kata selain itu, kerana adanya maslahah ketika dia sedangazan atau iqamah tadi, maka tidaklah makruh atas perbu-atannya itu. Dia hanya meninggalkan yang sunat.Sebaliknya jika dia ternampak orang buta yang ditakutiakan terjatuh ke dalam perigi, umpamanya, adalah wajibdia memberitahu orang buta tersebut (Al-Majmu': 3/121,Mughni al-Muhtaj: 1/191 dan Hawasyi Tuhfah al-Muhtaj:1/470).

Disyaratkan juga agar tidak begitu lama jarak masaantara iqamah dan sembahyang yang akan dikerjakanmelainkan jika jarak masa antara keduanya itu dise-babkan oleh perkara-perkara yang sunat seperti imammenyuruh makmumnya untuk membetulkan saf (I'anahath-Thalibin: 1/377 dan Fath al-'Allam: 2/114).

3. Melaungkan dengan suara yang nyaring. Azan dan iqamah untuk mendirikan sembahyang

jemaah hendaklah dilaungkan dengan suara nyaring,sekurang-kurangnya didengar dengan jelas oleh seorangdaripada jemaah tersebut. Ini kerana sembahyangjemaah itu sah dilakukan dengan dua orang sahaja.

Sebaliknya tidak sah jika azan dan iqamah itu

Azan dan Iqamah

20

Page 20: Azan Dan Iqamah

dilaungkan dengan suara perlahan sehingga tidakdidengar oleh seseorang pun daripada jemaah. Ini ker-ana telah hilang dasarnya sebagai al-i'lam. Berlainan hal-nya dengan tarji' yang seharusnya diucapkan dengansuara perlahan.

Manakala azan dan iqamah bagi orang yang bersem-bahyang sendirian hendaklah melaungkannya dengansuara perlahan, iaitu kira-kira didengar olehnya sahaja.Ini kerana tujuan azan dan iqamah itu baginya adalahsebagai zikir sahaja bukannya untuk al-i'lam (Al-Majmu'3/120 dan Sabil al-Muhtadin: 1/171-172).

4. Masuk waktu sembahyang. Azan dan iqamah itu hendaklah dilaungkan ketika

sudah masuk waktu sembahyang fardhu kecuali azansubuh sahaja boleh dilaungkan sebelum masukwaktunya [seperti di masjid ini azan subuh pertama padajam 5.00 pagi dan azan subuh kedua setelah terbit fajar-editor]Adapun waktu iqamah itu ialah ketika hendakmenunaikan sembahyang tunai atau qadha.

Menurut Imam as-Syafie Rahimahullah jika sebaha-gian ungkapan azan - selain azan subuh - dilaungkansebelum masuk waktunya dan sebahagiannya pulasesudah masuk waktunya, maka tidak sah azan tersebutdan hendaklah diulang semula.

Adapun azan subuh itu sunat dilaungkan sebanyakdua kali, iaitu sebelum dan selepas terbit fajar. Menurutpendapat yang ashah, waktu harus melaungkan azansebelum waktu subuh itu ialah selepas tengah malam.Hikmat azan sebelum subuh itu ialah untuk

Azan dan Iqamah

21

Page 21: Azan Dan Iqamah

menyedarkan orang yang tidur, orang yang berjunubatau berhadas supaya bersiap sedia lebih awal sebelummasuk waktu sembahyang demi mendapatkan fadhilatsembahyang pada awal waktu.

Sementara iqamah bagi semua waktu - subuh ataulainnya - tidak sah dilaungkan sebelum masuk waktudan sebelum hendak menunaikan sembahyang. Jikadilaungkan iqamah sesudah masuk waktu sembahyang,tetapi sebelum hendak menunaikan sembahyang adalahbatal iqamah tersebut jika lama jarak masa antara iqamahdan sembahyang itu adalah terlalu lama (Al-Majmu':3/95-97, Mughni al-Muhtaj: 1/194 dan I'anah ath-Thalibin:1/378).

AZAN SEKALI SAHAJA?

Sebagaimana yang telah dijelaskan di atas bahawaazan dan iqamah itu sunat dilaungkan ketika hendakmenunaikan sembahyang fardhu lima waktu, sama adasecara berjemaah ataupun bersendirian, sama ada sekaliatau berturut-turut.

Yang dimaksudkan dengan sembahyang berturut-turut itu ialah sembahyang fardhu yang dilakukanberturut-turut seperti mendirikan sembahyang qadhayang banyak, sembahyang jama', sembahyang qadhaberserta sembahyang tunai yang telah pun masuk wak-tunya.

Dalam hal sembahyang berturut-turut ini,disunatkan azan sekali sahaja pada permulaan sem-

Azan dan Iqamah

22

Page 22: Azan Dan Iqamah

bahyang. Itu pun jika tidak lama sangat jarak masaantara satu sembahyang dengan sembahyang yang lain.Jika jarak masa antara satu sembahyang dengan sem-bahyang yang lain itu lama sehingga sembahyang itutidak lagi berturut-turut, maka disunatkanlah azan padasetiap kali sembahyang itu. Sementara iqamah puladisunatkan juga pada setiap kali mendirikan sem-bahyang berturut-turut itu.

Jika seseorang itu mendidirikan sembahyang qadhaberserta sembahyang tunai secara berturut-turut,sedangkan dia melaungkan azan sesudah masuk waktusembahyang tunai, maka memadailah azan yangdilaungkannya di permulaan sembahyang itu, sama adadia memulakan sembahyang tunai, kemudian baharulahsembahyang qadha ataupun sebaliknya. Akan tetapi jikadilaungkannya azan itu sebelum masuk waktu sem-bahyang tunai, maka sunat baginya azan sekali lagiuntuk sembahyang tunai tersebut (I'anah ath-Thalibin:1/374).

Dalil bagi disyariatkan azan pada permulaan sem-bahyang berturut-turut dan iqamah pada setiap sem-bahyang yang didirikan ialah hadis yang dipetik daripa-da 'Abdullah bin Mas'ud, katanya:

Azan dan Iqamah

23

Page 23: Azan Dan Iqamah

Maksudnya: Sesungguhnya orang-orang Musyrik telah melalaikanNabi Shallallahu 'alaihi wasallam daripada mendirikanempat sembahyang fardhu di hari peperangan khandaq.Maka Baginda memerintahkan Bilal untuk azan, lalu diapun azan. Kemudian iqamah lalu mendirikan sembah-yang zohor, kemuidan iqamah lagi lalu mendirikan sem-bahyang 'asar, kemudian iqamah lagi lalu mendirikan sem-bahyang maghrib, kemudian iqamah lagi lalu mendirikansembahyang 'isya (Hadis riwayat at-Tirmidzi dan an-Nas'ie)

Hadis daripada Jabir bin 'Abdullah pula katanya:

Maksudnya: Rasulullah Shallallahu 'alaihi wasallam telah memulakanperjalanannya sehingga sampai ke Muzdalifah. Maka ditempat itu, Baginda menjamak sembahyang maghrib dan'isya' dengan sekali azan dan dua kali iqamah, danBaginda tidak mendirikan sembahyang apapun antarakeduanya" (Hadis riwayat an-Nasa'ie).

AZAN ATAU IQAMAH SAHAJA?

Pada setiap kali sembahyang fardhu yang hendak

Azan dan Iqamah

24

Page 24: Azan Dan Iqamah

didirikan adalah sunat dilaungkan azan dan iqamahsebelum mendirikan sembahyang tersebut. Akan tetapiapabila seseorang ingin membataskan antara iqamahatau azan sama ada kerana kesempitan waktu atau seba-gainya, adalah lebih afdhal dia melakukan azan daripa-da iqamah (I'anah ath-Thalibin: 1/ 372).

BILA AZAN DAN IQAMAH TAK PERLU

Sembahyang jemaah yang tidak disunatkan azan daniqamah, seperti sembahyang hari raya, tarawikh, witirpada bulan Ramadhan, gerhana bulan atau gerhanamatahari dan sembahyang meminta hujan. Kita hanyadisunatkan membuat seruan dengan bacaan berikut:

Ertinya: Marilah sembahyang jemaah,

Ertinya: Marilah sembahyang, marilah sembahyang,

Ertinya: Marilah sembahyang,

Ertinya: Marilah sembahyang, semoga kamu dirahmatiAllah" ataupun

Azan dan Iqamah

25

Page 25: Azan Dan Iqamah

Ertinya: Hadirlah kamu kepada sembahyang.

Menurut satu pandangan lain, sebagaimana disebutoleh Ibnu Hajar, adalah makruh hukumnya jika kitamenyebut seruan berikut:

Ertinya: Marilah mendirikan sembahyang (I'anah ath-Thalibin: 1/375-376).

Jika sembahyang sunat itu adalah sembahyang yangdisunatkan kita lakukannya secara berjemaah tetapi kitatidak mengerjakannya secara berjemaah, maka tidakdisunatkan kita menyeru dengan seruan yangsedemikian. Ini termasuklah juga sembahyang sunatyang memang tidak disunatkan berjemaah (Fath al-'Allam: 2/126).

TIADA AZAN BAGI SEMBAHYANG JENAZAH

Menurut Ibnu Hajar, bahawa sembahyang jenazahtidak disunatkan padanya seruan untuk memanggiljemaah, kerana pada kebiasaannya orang yang hendakmengerjakan sembahyang jenazah telah pun hadir.

Oleh kerana "pada kebiasaannya orang telah pun

Azan dan Iqamah

26

Page 26: Azan Dan Iqamah

hadir" itu adalah suatu andaian maka jika tidak ada seo-rang pun bersamanya atau hadir untuk mengerjakansembahyang jenazah, atau jika adapun dianggap tidakmencukupi dan kita berhajat untuk meramaikan lagijemaah, maka sunatlah seruan tersebut dilakukan bagikemashlahatan si mati.

Ada juga pendapat yang lain yang mengatakanbahawa seruan itu sunat dilakukan juga walaupun telahramai jemaah yang hadir, tetapi mereka tidak menge-tahui bila waktu imam hendak mengerjakan sem-bahyang jenazah.

Sementara itu ada pendapat yang lain yang men-gatakan bahawa sembahyang jenazah itu tidakdisunatkan padanya seruan melainkan jika ada hajat.Maka serulah seperti:

Marilah sembahyang ke atas mayat yang hadir daripadaorang-orang mati yang Islam. (Hawasyi Tuhfah al-Muhtaj:1/462).

KEGUNAAN LAIN AZAN DAN IQAMAH

Selain daripada azan itu dilaungkan untukmemberitahu ahli-ahli kariah masuknya waktusembahyang dan seterusnya meminta merekamenunaikan sembahyang fardhu secara berjemaah,laungan azan juga disunatkan pada waktu-waktu terten-tu seperti:

Azan dan Iqamah

27

Page 27: Azan Dan Iqamah

i. Azan Untuk Orang Marah, Buruk Perangai danResah Gelisah

Sunat kita mengazankan ke telinga orang yang sedangmarah, atau orang (dan makhluk) yang buruk sifatnya(perangainya) sama ada daripada manusia atau binatangdan orang yang resah, kerana kita yakin bahawa seseo-rang yang dengar laungan azan akan hilang keresahandalam jiwanya. Jika sifat-sifat buruk itu tidak hilangjuga, maka ulangilah azan tersebut berkali-kali.

ii. Azan Untuk Orang Yang "Kerasukan"

Menurut as-Syanwani, daripada apa yang telah dicubabagi membakar jin adalah dengan mengazankan di telin-ga orang yang kerasukan tersebut sebanyak tujuh kali,dibaca surah al-Fatihah tujuh kali, surah al-Falaq, surahan-Nas, ayat al-Kursiy, surah ath-Thariq, di akhir surahal-Hasyr bermula daripada ayat 21 hingga 24 dan dibacasurah ash-Shafat bermula daripada ayat 177 hingga 186.Menurutnya lagi, jika dibaca ayat al-Kursiy sebanyaktujuh kali di atas air kemudian dipercikan ke mukaorang yang diganggu jin, maka ia juga boleh menyem-buhkannya.

iii. Azan Apabila Kebakaran Dan Taghawwul al-ghilan

Disunatkan juga kita azan ketika menghadapi musibahseperti kebakaran atau ketika taghawwul al-ghilan (meli-hat lembaga yang menyerupai jin dan syaitan denganbermacam-macam rupa).

Azan dan Iqamah

28

Page 28: Azan Dan Iqamah

iv. Azan Dan Iqamah Untuk Kanak-Kanak BaruLahir

Sunat juga kita melaungkan azan dan iqamah ke atas bayiyang baru lahir, iaitu azan di telinga kanan dan iqamah ditelinga kirinya. Adalah dipercayai bahawa dengan azandan iqamah itu bayi tersebut tidak akan diganggu olehummu ash-shibyan (daripada jin).

v. Azan Dan Iqamah Untuk Orang Yang HendakMusafir

Demikian juga disunatkan kita melaungkan azan daniqamah ketika ada di antara ahli kariah kita yang hendakmusafir, seperti hendak ke Makkah untuk menunaikanfardhu haji. Akan tetapi jika musafir mereka itu bertu-juan untuk maksiat, maka tidak disunatkan azan daniqamah.

Juga kita tidak disunatkan azan ketika menurunkanmayat ke kubur. Menurut Ibnu Hajar, jika sekiranyabertepatan waktu menurunkan mayat ke kubur itudengan waktu azan sembahyang dikumandangkan,nescaya akan ringanlah soalan kubur ke atas mayattersebut (I'anah ath-Thalibin: 1/370).

DAHULUKAN DOA WUDHU' DARI DOA AZAN

Menurut fatwa al-Balqini, sesiapa yang selesaiberwudhu sedangkan azan yang dilaungkan itu punselesai serentak, maka hendaklah dia membaca terlebihdahulu doa wudhu kerana ia suatu ibadat. Kemudianbaharulah membaca doa azan. Menurutnya lagi, adalah

Azan dan Iqamah

29

Page 29: Azan Dan Iqamah

lebih baik dibaca terlebih dahulu dua syahadah wudhu,iaitu:

Ertinya: Saya mengaku bahawa tiada Tuhan yang disembah melainkanAllah, TunggalNya dan tidak ada yang menyekutuiNya dansaya mengaku bahawa Nabi Muhammad itu adalah hamba danRasulNya.

Kemudian diikuti dengan doa azan kerana di dalamdoa azan terkandung doa ke atas Nabi MuhammadShallallahu 'alaihi wasallam iaitu "al-wasilah". Selepas itu,baharulah dibaca doa bagi diri sendiri iaitu doa yangterkandung dalam doa selepas wudhu:

Ertinya: Ya Allah, jadikanlah aku daripada kalangan orang-orang yangbertaubat, dan jadikanlah aku daripada kalangan orang-orangyang suci dan jadikanlah aku daripada kalangan hamba-hambaMu yang soleh. (I'anah ath-Thalibin: 1/389).

KESIMPULAN

Azan melambangkan syiar ummat Islam yangdilaungkan untuk memberi peringatan kepada ahli-ahlikariah supaya mengerjakan sembahyang secara berje-maah, iaitu suatu tanda di mana umat Islam dimintabersatu padu mengukuhkan silatul rahim dan tali per-

Azan dan Iqamah

30

Page 30: Azan Dan Iqamah

saudaran. Jika sembahyang bersendirian ia merupakansuatu zikir sahaja.

Di samping banyaknya ganjaran dan fadhilat dalamazan dan iqamah itu, azan berfungsi juga untuk mengu-bati orang yang dilanda "kerasukan" justeru dalamkeadaan resah gelisah, menghindarkan daripada keja-hatan jin, meredakan orang marah, dan mengelokkanperangai buruk seseorang, hatta ia juga amat bergunauntuk orang yang hendak belayar. Azan dan iqamah keatas bayi yang baru lahir juga sudah dimaklumi umumakan fadilatnya.

Azan dan Iqamah

31

Page 31: Azan Dan Iqamah

32

Azan dan Iqamah

“Kembalilah kepada Tuhanmu dalamkeadaan redha dan diredhai. Masuklahdalam (golongan) hamba-hambaKu (yangsoleh). Dan masuklah ke dalamsyurgaKu!”

Al-Fajr:28-30