ayat tunggal

32
DISEDIAKAN OLEH ; MOHD FADHLI BIN MOD YAKOF JENNY BAILIN

Upload: fadhliacr

Post on 13-Jul-2015

1.215 views

Category:

Education


8 download

TRANSCRIPT

Page 1: Ayat tunggal

DISEDIAKAN OLEH ;

MOHD FADHLI BIN MOD YAKOF

JENNY BAILIN

Page 2: Ayat tunggal

Ayat yang terdiri daripada satu klausa sahaja.

Konstituen untuk setiap unsur ayat seperti subjek dan predikat hanyalahsatu atau merupakan satu kesatuan.

Subjek ialah bahagian ayat yang diterangkan dan predikat ialahbahagian ayat yang menerangkan.

Semua unsur inti diperlukan, di samping unsur bukan inti sepertiketerangan tempat, waktu dan alat.

Ayat tunggal wujud dalam bentuk bentuk pendek dan dalam bentukpanjang.

Contoh:

> Dia guru

> Pensyarah bahasa kami akan dikirimkan ke negeri China.

> Kami mahasiswa

> Orang yang datang ke rumah saya semalam itu mahasiswatahun akhir UPM.

Page 3: Ayat tunggal

FRASA NAMA

Kata nama nama am

nama terbitan

Nama khas

Kata ganti nama nama orang

nama tunjuk

Kata kerja yang berfungsi sebagai kata nama

Kata adjektif yanmg berfungsi sebagai kata nama.

Page 4: Ayat tunggal

FRASA NAMA

Contoh:

> Buah kedondong itu untuk isterinya (KNAm).

> Dato’ Seri Dr. Mahathir Mohammad mantanPerdana Menteri Malaysia (KNKhas).

> Lakonannya amat mengagumkan(KNTerbitan).

> Ini kawasan larangan (KGNTunjuk).

> Kita berlakon drama (KGNOrang).

> Berternak ikan amat menyeronokkan (KKJ).

> Manis itu racun (KADJ).

Page 5: Ayat tunggal

Predikat FN nama khas

nama am

nama terbitan

Predikat FKJ kata kerja asal (berimbuhan dan tidakberimbuhan)

kata kerja terbitan

kata bantu (aspek dan ragam)

unsur keterangan

Predikat FAdj

Predikat FSN

Page 6: Ayat tunggal

UNSUR UTAMA UNSUR PILIHAN

Frasa Nama (FN) Kata Nafi

Frasa Kerja (FKJ) bukan, tidak

Frasa Adjektif (FAdj) kata pemeri

Frasa Sendi Nama (FSN) ialah, adalah

Page 7: Ayat tunggal

Dua FN akan mewujudkan ayat jika terdapat pemisahan yang wajar antara bahagiannya sehingga dapat ditafsirkan sebagaidua FN.

Predikat FN dikenali juga dengan nama ayat persamaan atauayat ekuatif.

Contoh:

> Orang itu Perdana Menteri Turki (KNkhas)

> Beliau sasterawan (KNam)

> Pandangannya suatu keasyikan (KNterbitan)

> Dua orang perawan itu (frasa)

> Dua orang itu perawan (ayat) – (S + P)

> Dua orang itulah perawan (ayat) – (P + S)

Page 8: Ayat tunggal

Kata kerja asal

Tidakberimbuhan

KKTT

Hlang, mandi, datang,

ketawa, pulang

KKT

Makan, minum

Berimbuhan

KKTT

Bernyanyi, tertidur, terjatuh

KKT

Mengarang, menjahit, membuka

Page 9: Ayat tunggal

KATA KERJA ASAL

Contoh:

> Mahasiswa itu bising (KKTT).

> Mahasiswi ini makan budu (KKT).

> Mahasiswi itu minum todi (KKT).

> Motosikal itu tercampak ke gaung (KKTT + imbuhan)

> Manaf mencipta pantun (KKT + imbuhan)

Page 10: Ayat tunggal

KATA KERJA TERBITAN

KATA NAMA KATA ADJEKTIF

KATA KERJA TRANSITIF

membuahkan

menghadiahi

menyekolahkan

memperindah

menghalusi

mempertajam

Page 11: Ayat tunggal

Contoh:

> Usahanya telah membuahkan hasil. (KN)

> Suami telah menghadiahkan kereta kepada isterinya.

(KN)

> Orang itu telah menyekolahkan anaknya. (KN)

> Rahimah telah mempercantik hiasan dalaman

rumahnya. (KAdj)

> Perdana Menteri menghalusi memorandum itu. (KAdj)

> Orang muda perlu mempertajam minda. (KAdj)

Page 12: Ayat tunggal

KATA BANTU

KBA + KBR KBR KBA

sedang hendak hendak akan

belum mahu mahu belum

harus pernah harus pernah

belum boleh mesti sedang

masih belum dapat boleh masih

masih boleh dapat sudah

mesti boleh telah

mesti dapat belum pernahharus dapat masih belum

Page 13: Ayat tunggal

Contoh:

> Anaknya akan berkahwin minggu hadapan.

> Mahasiswi itu hendak berkenalan dengan anda.

> Murid harus boleh membaca buku.

> Anda belum boleh berumah tangga.

> Isterinya sedang hendak bersalin.

> Ayahnya sudah pergi ke laut.

> Dia mahu bercakap tetapi malu.

> Orang tua itu masih boleh mengangkat kelapa.

> Ahmad masih belum dapat mencari buah hatinya.

Page 14: Ayat tunggal

KATA KERJA TAK TRANSITIF KATA KERJA TRANSITIF

UNSUR KETERANGAN

(FRASA SENDI NAMA)

Page 15: Ayat tunggal

Contoh:

> Dia membincangkan perkara itu dengan kawannya.

> Angin bertiup dengan laju.

> Peperiksaan akan berakhir pada jam 4.00 petang.

> Buah hatinya menonton wayang di Singapura.

> Mahasiswa itu berlagak seperti pelakon filem.

Page 16: Ayat tunggal

KATA SELAPIS KATA GANDA

biru, jernih, pahit, manis, pandai-pandai

muda, geram, nipis, tebal, panjang-panjang

hijau amat, sungguh keruh, kelabu-kelabu

sangat pahit, terlalu tua, cemas-cemas

geram benar, dalam sekali, jahil-jahil

baik betul, indah nian, malu-malu

lebih ajaib, paling cemburu, rajin-rajin

termanis, terkesima bodoh-bodoh

Page 17: Ayat tunggal

Contoh:

> Air sungai itu amat jernih.

> Kulit mahasiswi ini sangat nipis.

> Warna laut itu bniru amat.

> Suaminya terlalu tua.

> Isterinya lebih cemburu daripada isteri saya.

> Nanas itu termanis.

> Orang di sini pandai-pandai

> Suaminya malu-malu kucing.

Page 18: Ayat tunggal

Ayat statif (FN + Adj) dapat memanfaatkan kata pemeri adalah untuk memisahkan subjek dengan

predikat. Contoh:

> Penampilannya adalah hebat.

> Pakaiannya adalah anggun.

> Orang ini adalah berani.

Ayat statif diingkari dengan kata ingkar tidak. Contoh:

> Mahasiswi ini tidak gembira.

> Isterinya tidak ganas

> Masakannya tidak sedap.

Ayat statif boleh menggunakan kata ingkar bukan, apabila ada kontras. Contoh:

> Dia malas – Dia bukan malas, Orang itu cerdik – Orang itu bukan cerdik.

Jika predikatnya kata adjektif ganda, subjek tidak perlu digandakan. Contoh:

> Bajunya mahal-mahal belaka

> Baju-bajunya mahal belaka

> Bajunya mahal belaka.

Page 19: Ayat tunggal

KATA SENDI KATA NAMA

di sungai

ke Padang Besar

dari Golok

daripada ibu bapanya

untuk kekasih

pada masa itu

dengan buah hati

kepada semua pelajar

Page 20: Ayat tunggal

Contoh:

> Rumahnya di atas pokok.

> Kedua-dua isterinya ke Padang Besar.

> Letupan itu di Golok.

> Hadiah ini daripada ibu bapanya.

> Cincin ini untuk buah hatinya.

> Memorandum itu pada Perdana Menteri.

> Buku dengan anaknya.

> Surat kepada Dekan.

Page 21: Ayat tunggal

KATA NAFI / INGKAR

BUKAN TIDAK

- Menafikan FN dan FSN - menafikan FKJ dan FAdj

- Menafikan FKJ dan FAdj jika

jika bertentangan maklumat

Page 22: Ayat tunggal

Contoh:

> Surat ini bukan daripada suaminya

> Itu bukan rumahnya.

> Bunga ini bukan daripada buah hatinya.

> Karya ini bukan oleh sasterawan negara.

> Mahasiswa tidak datang kuliah semalam.

> Pakaiannya tidak anggun.

> Kelakuannya tidak sopan.

> Mahasiswa itu bukan hendak berkahwin tetapi main- main sahaja.

> Anaknya bukan jahat sangat, hanya nakal.

Page 23: Ayat tunggal

KATA PEMERI

PERSAMAAN / EKUATIF HURAIAN / KUALITATIF

ialah + FN adalah + FAdj

adalah + FSN

> Kata pemeri tidak boleh hadir bersama dengan kata nafi, kecuali dalam struktur FN + tidak + FAdj

Page 24: Ayat tunggal

Contoh:

> Dia ialah pramugari (FN)

> Warna merah ialah warna kebenciannya (FN).

> Anaknya adalah sangat rajin. (FAdj)

> Rantai ini adalah untuk buah hatinya. (FSN)

> Perbuatannya adalah tidak sopan.

> Kecantikan adalah tidak kekal.

* Kata pemeri bersifat pilihan sahaja.

Page 25: Ayat tunggal

SUSUNAN BIASA SUSUNAN SONGSANG

- kata penegas + kata penegas

Pendepanan Seluruh Pred Pendepanan Sebahagian Pred

- kata penegas + kata penegas

Pendepanan FKJ Pendepanan FAdj Pendepanan FSN

Page 26: Ayat tunggal

SUSUNAN BIASA (S + P)

- kata penegas

> Sekumpulan pelajar itu mahasiswa UPM.

> Orang yang ditangkap itu amat jahat.

> Semua lanun telah menyerah diri.

> Mereka ini dari Kelantan.

+ kata penegas

> Mereka ini pun dari kampung.

> Orang itu teringin juga ke Thailand.

> Kita memohon rahmat daripada-Nya juga.

> Sepanjang masa dia bermenung sahaja.

> Pasukan Selangor kalah lagi.

Page 27: Ayat tunggal

SUSUNAN BIASA (S + P)

Jika kata penegas lah dan kata yang ditambah pada subjek dalamayat tertentu, maka subjek itu akan bertukar fungsinya menjadipredikat. Contoh:

> Pasukan Selangorlah yang kalah lagi.

> Lanun yang ditangkap itulah yang amat jahat.

> Mahasiswa inilah yang ditangkap malam tadi.

> Isterinyalah yang cantik itu.

> Pakaian orang itulah yang paling mahal.

Page 28: Ayat tunggal

SUSUNAN SONGSANG (P + S)

Pendepanan Seluruh Predikat Pendepanan Sebahagian Predikat

Pendepanan FKJ Pendepanan FAdj Pendepanan FSN

KKJ KAdj FSN Pred

KKJ + Obj kb + KAdj FSN Ket

kb + KKJ

Page 29: Ayat tunggal

PENDEPANAN SELURUH PREDIKAT

Unsur Wajib

> Siapakah nama anda?

> Apatah daya kita.

> Hujankah malam tadi?

> Dialah buah hatinya.

Unsur Pilihan

> Baik amat perlakuannya.

> Gagal juga akhirnya usaha itu.

> Sungguh rajin mahasiswa itu.

> Masin sekali gulai ini.

> Rakyat Indfonesia isterinya.

> Dalam butan rumahnya.

> Di pasar budaya kedainya.

Page 30: Ayat tunggal

Pendepanan Sebahagian Predikat – FKJ

Pendepanan KKJ

> Berlari-larian mahasiswa itu di padang.

> Tersentak orang itu di sana.

> Melamun dia setiap senja.

Pendepanan KKJ + Obj.

> Makan budu mahasiswa itu setiap pagi.

> Menanam ubi bapa di sawah setiap hari.

> Terpikat hatiku oleh senyumannya.

Pendepanan kb + KKJ

> Masih menjanda mahasiswi itu sejak…

> Akan berangkat dia ke bulan pagi esok.

> Sedang mandi adiknya.

Page 31: Ayat tunggal

Pendepanan Sebagaian Predikat – FAdj.

Pendepanan KAdj

> Adil hakim itu pada setiap masa.

> Pandai orang ini sejak dahulu.

> Cermat isterinya apabila membeli pisang.

> Lucu orang ini apabila bercerita.

Pendepanan kb + KAdj

> Masih dahaga beruk itu hingga kini.

> Sudah masak buah ini sejak seminggu lalu.

> Sedang gering puteri itu sejak semalam.

> Belum mahir mekanik itu meskipun…

> Masih malas budak ini walaupun…

Page 32: Ayat tunggal

Pendepanan Sebahagian Predikat – FSN

FSN sebagai Predikat

> Untuk kekasihnya cincin ini.

> Daripada sutera baju ini.

> Kepada isterinya surat ini.

> Masih pada Halimah buku itu.

FSN sebagai Keterangan dalam Predikat.

> Pada janji saya berpegang.

> Ke dalam kuali ikan ini dimasukkannya.

> Di hadapan menteri pelajar itu merusuh.

> Untuk peperiksaan ini, pelajar telah menelaah pelajarannya sepanjang malam.