ayat mudah daan ayat majmuk

Upload: muhammad-fauzan

Post on 21-Jul-2015

529 views

Category:

Documents


3 download

TRANSCRIPT

Ayat Mudah daan Ayat MajmukAYAT MUDAH DAN AYAT MAJMUK. A. MAKSUD AYAT: 1. Ayat mudah/ ayat selapis/ ayat pendek/ ayat tunggal. - ialah ayat yang hanya mempunyai satu subjek dan satu pradikat sahaja. 2. Ayat majmuk/ ayat berlapis/ ayat berkait/ ayat panjang. - ialah ayat yang mempunyai lebih daripada satu subjek dan/ atau lebih daripada satu pradikat. B. MENUKARKAN AYAT MUDAH SUPAYA MENJADI AYAT MAJMUK : Syarat penukaran: i. Jangan mengubah maksud asal ayat yang diberi. ii. Jangan mengubah struktur atau susunan ayat. Ayat yang dahulu mesti didahulukan. iii. Sambung ayat dengan menggunakan kata sendi dan kata hubung. a. Kata sendi : di, ke, dari, daripada, pada, kepada, demi, untuk, yang dan sebagainya. b. Kata hubung : dan, tetapi, atau, maka, walaupun, oleh sebab.maka, walaupun .namun dan lain-lain. iv. Perkataan yang sama tidak boleh disebut semula kecuali atau digunakan. v. Pastikan jumlah ayat yang hendak dibuat berdasarkan soalan yang diberi. vi. Ayat baru boleh dibuat jika sesuatu ayat mudah itu menceritakan perkara yang berlainan daripada perkara yang sebelumnya. vii. Nomborkan ayat majmuk yang telah dihasilkan. C. CONTOH MENUKARKAN AYAT MUDAH KEPADA AYAT MAJMUK 1 : 1. Ah Boon pergi ke pasar raya. Ibu Ah Boon pergi ke pasar raya. Mereka membeli gula. Mereka membeli ikan. Ayat majmuk : Ah Boon dan ibunya pergi ke pasar raya untuk membeli gula dan ikan. 2. Hetty gemuk. Kakak Hetty kurus. Ayat majmuk : Hetty gemuk tetapi kakaknya kurus. 3. Kaum lelaki digalakkan melabur. Kaum perempuan digalakkan melabur juga. Ayat majmuk : 1. Baik kaum lelaki mahupun perempuan, mereka digalakkan melabur. 2. Kaum lelaki atau kaum perempuan digalakkan melabur. 4. Dia malas belajar. Dia gagal dalam peperiksaan itu. Ayat majmuk : Oleh sebab malas maka dia gagal dalam peperiksaan itu.

5. Dia sangat kaya. Dia kedekut. Ayat majmuk : Walaupun kaya tetapi dia sangat kedekut. D. CONTOH LATIHAN MENUKARKAN AYAT MUDAH KEPADA MAJMUK : Contoh 1 : (Tukarkan supaya menjadi 3 ayat majmuk) Pasar malam itu diadakan di Jalan Tunku Abdul Rahman. Pasar malam itu diadakan pada hari Jumaat. Pasar malam itu menjual pelbagai barang. Barang yang dijual berharga murah. Ramai pengunjung datang ke situ. Mereka datang dari seluruh Kuala Lumpur.Mereka ingin menikmati suasana pasar malam di situ. Pasar malam itu sungguh meriah. Golongan muda tidak melepaskan peluang. Mereka berkunjung ke pasar malam itu. Mereka pergi bersama ibu bapa. Mereka pergi bersama rakan-rakan. Jawapan : 1. Pasar malam di Jalan Tunku Abdul Rahman yang diadakan pada hari Jumaat itu menjual pelbagai barang dengan harga yang murah. 2. Ramai pengunjung dari seluruh Kuala Lumpur datang ke pasar malam itu untuk menikmati suasana pasar malam yang meriah tersebut. 3. Golongan muda tidak melepaskan peluang untuk berkunjung ke pasar malam itu bersama ibu bapa dan rakan-rakan. Contoh 2 : (Tukarkan supaya menjadi 3 ayat majmuk) Kerajaan telah memberi amaran tegas. Amaran itu diberi kepada pemilik kenderaan persendirian. Mereka dikehendaki memasang tali pinggang keselamatan ketiga. Ramai pemilik kenderaan masih engkar. Kerajaan terpaksa mengambil tindakan tegas. Kerajaan menguatkuasakan undangundang. Pesalah akan ditangkap. Mereka akan didenda RM300. Pemilik kenderaan tersebut akan disaman. Penumpang ketiga itu akan disaman juga. Saman ini dapat dijadikan pengajaran. Jawapan : 1. Walaupun kerajaan telah memberi amaran tegas kepada pemilik kenderaan persendirian supaya memasang tali pinggang keselamatan ketiga tetapi ramai pemilik tersebut masih engkar. 2. Kerajaan terpaksa mengambil tindakan tegas untuk menguatkuasakan undang-undang dengan menangkap pesalah dan didenda RM300. 3. Baik pemilik kenderaan tersebut mahupun penumpang ketiga itu akan disaman supaya dapat dijadikan pengajaran.

E. LATIHAN : Tukarkan ayat-ayat mudah di bawah supaya menjadi 3 ayat majmuk. Soalan 1 : Mereka dijemput hadir. Mereka hadir untuk menjamu selera. Jamuan itu ialah jamuan hari jadi. Jamuan itu sempena hari jadi anak Tok Mudim. Ramai tetamu yang hadir. Mereka dating dari seluruh kampung itu. Mereka meraikan hari jadi anak Tok Mudim. Hari jadi itu ialah hari jadi yang ke lima. Banyak makanan disediakan. Makanan itu untuk para tetamu. Mereka menjamu selera. Mereka sungguh gembira. Soalan 2 : Tanaman getah telah diperkenalkan di Malaysia. Tanaman itu ditanam pada tahun 1930-an. Tanaman itu oleh penjajah Inggeris. Kini tanaman itu sangat penting. Tanaman itu menjadi tanaman kedua utama. Tanaman itu telah dieksport. Tanaman itu dieksport ke seluruh dunia. Tanaman itu semakin berkurangan. Banyak tanah telah ditebus guna. Tanah itu dijadikan kawasan industri. Tanah itu dijadikan kawasan tanaman kelapa sawit. Soalan 3 : Rakyat Malaysia diseru supaya bersabar. Rakyat Malaysia diseru supaya berjimat cermat. Harga minyak sedang melambung tinggi. Harga barangan pengguna sedang meningkat. Kerajaan akan mengambil pelbagai langkah. Kerajaan akan membantu meringankan beban rakyat. Kerajaan akan memulihkan harga minyak. Kenaikan harga minyak ini adalah fenomena luar biasa. Harga minyak dunia meningkat dengan mendadak. Harga minyak meningkat sehingga US45 setong. Soalan 4 : Tiga buah Negara telah menjajah negara kita. Negara tersebut ialah England, Portugal dan Jepun. Mereka mula menjajah sejak tahun 1511. Mereka menjajah selama lebih 400 tahun. Semasa penjajahan rakyat hidup menderita. Ramai mangsa telah dibunuh. Mereka dibunuh dengan kejam. Ramai pejuang tanah air telah sedar. Mereka menubuhkan pelbagai persatuan. Mereka menentang penjajah. Mereka ingin mendapatkan kemerdekaan tanah air. F. LATIHAN DAN JAWAPAN Panduan kepada pelajar : 1. PADAMKAN PERKATAAN BERHURUF TEBAL ATAU BERWARNA MERAH UNTUK MENDAPAT JAWAPAN YANG BETUL!!!!!!!!!!!!!!!! 2. PERKATAAN CONDONG IALAH PERKATAAN PERLU DITAMBAH. LATIHAN spm 1 Sambung ayat-ayat pendek dalam petikan di bawah ini supaya menjadi tiga ayat saja tanpa mengubah susunan dan makna asal ayat-ayat tersebut. Beberapa jenis binatang liar menghuni hutan belantara negara kita. Binatang-binatang liar tersebut menjadi penghuni hutan sejak beberapa lama dulu. Kini binatang liar tersebut

menghadapi kepupusan. Kepupusan ini berpunca daripada kegiatan manusia. Manusia berburu sesuka hati mereka. Kepupusan berpunca daripada kegiatan pembangunan. Antara langkah untuk membendung kepupusan hidupan liar adalah dengan mengadakan kempen kesedaran. Penyelidikan terhadap hidupan liar juga boleh dilakukan. 1) Beberapa jenis binatang liar menghuni hutan belantara negara kita binatang-binatang liar tersebut menjadi penghuni hutan sejak beberapa lama dulu 2) Kini binatang liar tersebut menghadapi kepupusan yang Kepupusan ini berpunca daripada kegiatan manusia seperti manusia berburu sesuka hati mereka dan Kepupusan berpunca daripada kegiatan pembangunan. 3) Antara langkah untuk membendung hidupan liar adalah dengan mengadakan kempen kesedaran dan penyelidikan terhadap hidupan liar juga boleh dilakukan.

LATIHAN SPM 2 Sambung ayat-ayat pendek dalam petikan di bawah ini supaya menjadi tiga ayat saja tanpa mengubah susunan dan makna asal ayat-ayat tersebut. Televisyen merupakan salah satu media sebaran am. Televisyen direka untuk memberikan manfaat kepada manusia. Manfaat tersebut adalah dalam pelbagai aspek. Malangnya, akhir-akhir ini kemunculan televisyen dikatakan membawa pelbagai masalah pula. Pelbagai penyelidikan terhadap kesan televisyen kepada masyarakat telah dilakukan. Hasil penyelidikan tersebut menunjukkan bahawa adegan-adegan ganas dalam siaran televisyen dapat mempengaruhi masyarakat. Malangnya, para penerbit filem masih membisu terhadap hasil penyelidikan tersebut. Mereka menegaskan bahawa para penonton terhibur oleh adegan-adegan yang dipaparkan. 1) Televisyen merupakan salah satu media sebaran am yang televisyen direka untuk memberikan manfaat kepada manusia manfaat tersebut adalah dalam pelbagai aspek 2) Malangnya, Akhir-akhir ini kemunculan televisyen dikatakan membawa pelbagai masalah pula. Pelbagai penyelidikan terhadap kesan televisyen kepada masyarakat telah dilakukan dan hasil penyelidikan tersebut menunjukkan bahawa adegan-adegan ganas dalam siaran televisyen dapat mempengaruhi masyarakat 3) Malangnya, Para penerbit filem masih membisu terhadap hasil penyelidikan tersebut dan mereka menegaskan bahawa para penonton terhibur oleh adegan-adegan yang dipaparkan

LATIHAN SPM 3 Sambung ayat-ayat pendek dalam petikan di bawah ini supaya menjadi tiga ayat saja tanpa mengubah susunan dan makna asal ayat-ayat tersebut. Unsur-unsur keganasan terdapat dalam rancangan-rancangan di televisyen. Rancanganrancangan tersebut disiarkan oleh RTM. Rancangan-rancangan tersebut terdapat di TV3 juga. Sejak akhir-akhir ini penyiaran rancangan yang bercorak keganasan itu meningkat. Hal ini

membimbangkan ibu bapa. Mereka bimbang kalau-kalau unsur-unsur tersebut mempengaruhi pemikiran kanak-kanak dan golongan remaja. Golongan-golongan ini belum bijak menilai sesuatu yang baik. Mereka tidak bijak menilai sesuatu yang buruk juga 1) Unsur-unsur keganasan terdapat dalam rancangan-rancangan di televisyen yang rancanganrancangan tersebut disiarkan oleh RTM dan rancangan-rancangan tersebut terdapat di TV3 juga. 2) Sejak akhir-akhir ini penyiaran rancangan yang bercorak keganasan itu meningkat dan hal ini membimbangkan ibu bapa. Mereka bimbang kalau-kalau unsur-unsur tersebut mempengaruhi pemikiran kanak-kanak dan golongan remaja. 3) Golongan-golongan ini belum bijak menilai sesuatu yang baik dan mereka tidak bijak menilai sesuatu yang buruk juga

LATIHAN SPM 4 Sambung ayat-ayat pendek dalam petikan di bawah ini supaya menjadi tiga ayat saja tanpa mengubah susunan dan makna asal ayat-ayat tersebut. Kementerian Pelajaran telah memperkenalkan pendidikan asas komputer. Pendidikan ini adalah untuk para pelajar di negara ini. Langkah Kementerian Pendidikan ini dialu-alukan oleh ibu bapa. Hal ini kerana langkah ini dapat membantu mengisi kekosongan dalam bidang berkenaan. Kekosongan tersebut ketara sekali di sekolah luar bandar. Banyak pihak yang berharap agar langkah kerajaan ini memberikan peluang kepada pelajar luar bandar mempelajari komputer. Langkah ini diharapkan dapat menarik minat pelajar mendalami bidang komputer juga. 1) Kementerian Pelajaran telah memperkenalkan pendidikan asas komputer. pendidikan ini adalah untuk para pelajar di negara ini. 2) Langkah Kementerian Pelajaran dialu-alukan oleh ibu bapa demi hal ini kerana langkah ini dapat membantu mengisi kekosongan dalam bidang berkenaan yang kekosongan tersebut ketara sekali di sekolah luar bandar. 3) Banyak pihak yang berharap agar langkah kerajaan ini memberikan peluang kepada pelajar luar bandar mempelajari komputer serta langkah ini diharapkan dapat menarik minat pelajar mendalami bidang ini komputer juga.

LATIHAN SPM 5 Sambung ayat-ayat pendek dalam petikan di bawah ini supaya menjadi tiga ayat saja tanpa mengubah susunan dan makna asal ayat-ayat tersebut. Bercuti ke Pulau Sayak ialah judul sebuah buku. Buku ini tergolong dalam jenis novel kanakkanak. Buku ini dikarang oleh Darulsalam. Buku ini terbitan Dewan Bahasa dan Pustaka. Bercuti ke Pulau Sayak menceritakan kisah seorang budak lelaki bernama Syahid bersama-sama dengan rakannya. Mereka bercuti ke Pulau Sayak. Mereka terlibat dengan satu kumpulan penyeludup tanpa disedari. Nasib mereka baik kerana akhirnya mereka berjaya menewaskan kumpulan itu. 1) Bercuti ke Pulau Sayak ialah judul sebuah buku. buku ini tergolong dalam jenis novel kanak-

kanak. buku ini yang dikarang oleh Darulsalam. 2) Buku itu yang diterbitkan oleh Dewan Bahasa dan Pustaka bercuti ke Pulau Sayak menceritakan kisah seorang budak lelaki bernama Syahid bersama-sama dengan rakannya ketika mereka bercuti ke Pulau Sayak 3) Tanpa disedari mereka terlibat dengan satu kumpulan penyeludup tetapi tanpa disedari. nasib mereka baik kerana akhirnya mereka berjaya menewaskan kumpulan itu.

LATIHAN SPM 6 Sambung ayat-ayat pendek dalam petikan di bawah ini supaya menjadi tiga ayat saja tanpa mengubah susunan dan makna asal ayat-ayat tersebut. Pembangunan yang dicapai oleh Malaysia begitu pesat. Kepesatan ini berlaku sejak beberapa tahun yang lalu. Kestabilan ekonomi Malaysia pula berterusan. Faktor-faktor ini mendorong rakyat asing datang ke sini. Kedatangan mereka adalah untuk mencari rezeki. Dengan memiliki taraf kerakyatan, mereka dapat menikmati pelbagai keistimewaan yang disediakan. Keistimewaan-keistimewaan itu dipandang ringan oleh segolongan rakyat asing . 1) Pembangunan yang dicapai oleh Malaysia begitu pesat . kepesatan ini berlaku sejak beberapa tahun yang lalu serta kestabilan ekonomi Malaysia pula berterusan 2) Faktor-faktor ini mendorong rakyat asing datang ke sini. Kedatangan mereka adalah untuk mencari rezeki. 3) Dengan memiliki taraf kerakyatan, mereka dapat menikmati pelbagai keistimewaan yang disediakan walaupun keistimewaan-keistimewaan itu dipandang ringan oleh segolongan rakyat asing .

LATIHAN SPM 7 Sambung ayat-ayat pendek dalam petikan di bawah ini supaya menjadi tiga ayat saja tanpa mengubah susunan dan makna asal ayat-ayat tersebut. Pencemaran alam berlaku pada tahap yang serius. Keadaan ini mencemaskan manusia di seluruh dunia. Pencemaran tersebut berpunca daripada sifat haloba manusia. Manusia memperlakukan bumi sewenang-wenangnya. Tujuan mereka berbuat demikian adalah untuk mengaut keuntungan. Pencemaran alam ini mengakibatkan berlakunya pelbagai fenomena ganjil. Fenomena-fenomena tersebut termasuklah peningkatan suhu dan penipisan lapisan ozon. 1) Pencemaran alam berlaku pada tahap yang serius dan keadaan ini mencemaskan manusia di seluruh dunia. 2) Pencemaran tersebut berpunca daripada sifat haloba manusia yang manusia memperlakukan bumi sewenang-wenangnya tujuan mereka berbuat demikian adalah untuk mengaut keuntungan. 3) Pencemaran alam ini mengakibatkan berlakunya pelbagai fenomena ganjil. Fenomenafenomena tersebut termasuklah seperti peningkatan suhu dan penipisan lapisan ozon.

LATIHAN SPM 8 Sambung ayat-ayat pendek dalam petikan di bawah ini supaya menjadi tiga ayat saja tanpa mengubah susunan dan makna asal ayat-ayat tersebut. Penangkapan ikan laut dalam di Malaysia akan dipertingkatkan. Usaha ini adalah selaras dengan Dasar Pertanian Negara. Usaha ini dilakukan dengan kerjasama pakar-pakar perikanan tempatan. Pakar perikanan luar negeri turut memberikan kerjasama. Penangkapan ikan laut dalam ini bertujuan memberikan faedah kepada nelayan tempatan. Usaha ini dapat meningkatkan pendapatan negara. Usaha ini bertujuan memulihkan sumber ikan di perairan pantai juga. 1) Penangkapan ikan laut dalam di Malaysia akan dipertingkatkan. usaha ini adalah selaras dengan Dasar Pertanian Negara. 2) Usaha ini dilakukan dengan kerjasama pakar-pakar perikanan tempatan dan pakar perikanan luar negeri turut memberikan kerjasama. 3) Penangkapan ikan laut dalam ini bertujuan memberikan faedah kepada nelayan tempatan untuk usaha ini dapat meningkatkan pendapatan negara serta usaha ini bertujuan memulihkan sumber ikan di perairan pantai juga.

LATIHAN SPM 9 Sambung ayat-ayat pendek dalam petikan di bawah ini supaya menjadi tiga ayat saja tanpa mengubah susunan dan makna asal ayat-ayat tersebut Kehadiran pengemis di ibu kota makin meningkat. Mereka terdiri daripada pelbagai keturunan. Peringkat umur mereka pun pelbagai. Kehadiran mereka menimbulkan suatu keadaan yang tidak menyenangkan kita. Kehadiran mereka menimbulkan pelbagai kesan negatif kepada negara. Hal ini boleh menjejaskan usaha kerajaan. Usaha tersebut adalah untuk menarik pelancong datang ke Malaysia. Usaha tersebut dapat menggalakkan perkembangan perusahaan pelancongan. negara. 1) Kehadiran pengemis di ibu kota makin meningkat dan mereka terdiri daripada pelbagai keturunan serta peringkat umur mereka pun pelbagai. 2) Kehadiran mereka menimbulkan suatu keadaan yang tidak menyenangkan kita serta Kehadiran mereka menimbulkan pelbagai kesan negatif kepada negara. 3) Hal ini boleh menjejaskan usaha kerajaan usaha tersebut adalah untuk menarik pelancong datang ke Malaysia dan usaha tersebut dapat menggalakkan perkembangan perusahaan pelancongan negara.

LATIHAN SPM 10 Sambung ayat-ayat pendek dalam petikan di bawah ini supaya menjadi tiga ayat saja tanpa mengubah susunan dan makna asal ayat-ayat tersebut Isu alam sekitar makin diberi perhatian kini. Hal ini berikutan rumusan yang dicapai daripada sidang Puncak Bumi. Sidang tersebut diadakan di Rio de Jenerio pada bulan Jun 1992. Di Malaysia, masalah pencemaran masih dalam keadaan yang terkawal. Langkah berhati-hati perlu

diambil. Tujuannya adalah untuk mengelakkan timbulnya pelbagai masalah alam sekitar. Antara masalah alam sekitar itu termasuklah pencemaran air, dan pencemaran udara. Selain itu pencemaran berlaku daripada aktiviti pembangunan yang tidak terancang. 1) Isu alam sekitar makin diberi perhatian kini. hal ini berikutan rumusan yang dicapai daripada sidang Puncak Bumi yang sidang tersebut diadakan di Rio de Jenerio pada bulan Jun 1992. 2) Di Malaysia, masalah pencemaran masih dalam keadaan yang terkawal dan langkah berhatihati perlu diambil. tujuannya adalah untuk mengelakkan timbulnya pelbagai masalah alam sekitar. 3) Antara masalah alam sekitar itu termasuklah pencemaran air, dan pencemaran udara dan selain itu pencemaran yang berlaku daripada aktiviti pembangunan yang tidak terancang.

LATIHAN SPM 11 Sambung ayat-ayat pendek dalam petikan di bawah ini supaya menjadi tiga ayat saja tanpa mengubah susunan dan makna asal ayat-ayat tersebut Perubahan dalam sistem pendidikan negara kita sedang dilakukan. Perubahan itu bertujuan mengatasi masalah pengangguran di kalangan siswazah. Menteri pelajaran mengenal pasti kelemahan-kelemahan dalam sistem pendidikan sebagai punca bertambahnya penganggur dalam kalangan siswazah. Sistem pendidikan ini sudah ketinggalan zaman. Sistem tersebut hanya mengeluarkan tenaga siswazah bagi keperluan semalam. Yang diperlukan ialah siswazah yang terlatih untuk keperluan esok. 1) Perubahan dalam sistem pendidikan negara kita sedang dilakukan. perubahan itu bertujuan untuk mengatasi masalah pengangguran di kalangan siswazah. 2) Menteri pelajaran mengenal pasti kelemahan-kelemahan dalam sistem pelajaran sebagai punca bertambahnya penganggur dalam kalangan siswazah. 3) Sistem pendidikan ini sudah ketinggalan zaman kerana sistem tersebut hanya mengeluarkan tenaga siswazah bagi keperluan semalam sedangkan yang diperlukan ialah siswazah yang terlatih untuk keperluan esok.

LATIHAN SPM 12 Sambung ayat-ayat pendek dalam petikan di bawah ini supaya menjadi tiga ayat saja tanpa mengubah susunan dan makna asal ayat-ayat tersebut Remaja yang nakal sering menimbulkan masalah. Masalah tersebut terpaksa dipikul oleh anggota keluarga. Masalah tersebut terpaksa juga dipikul oleh anggota masyarakat juga. Kenakalan remaja dianggap suatu masalah sosial. Masalah tersebut begitu rumit. Masalah tersebut kian bertambah. Pertambahan masalah kenakalan remaja ini berlaku mengikut peredaran masa. Yang dimaksudkan dengan perlakuan yang nakal itu ialah sebarang perlakuan yang melanggar normanorma masyarakat. Perlakuan tersebut mengaibkan kepentingan masyarakat. Perlakuan tersebut mewujudkan konflik.

1) Remaja yang nakal sering menimbulkan masalah yang masalah tersebut terpaksa dipikul oleh anggota keluarga dan masalah tersebut terpaksa juga dipikul oleh anggota masyarakat juga. 2) Kenakalan remaja dianggap suatu masalah sosial yang masalah tersebut begitu rumit dan masalah tersebut kian bertambah pertambahan masalah kenakalan remaja ini berlaku mengikut peredaran masa. 3) Yang dimaksudkan dengan perlakuan yang nakal itu ialah sebarang perlakuan yang melanggar norma-norma masyarakat dan perlakuan tersebut mengaibkan kepentingan masyarakat serta perlakuan tersebut mewujudkan konflik.

LATIHAN SPM 13 Sambung ayat-ayat pendek dalam petikan di bawah ini supaya menjadi tiga ayat saja tanpa mengubah susunan dan makna asal ayat-ayat tersebut Kejohanan Sukan Korporat Dunia dirasmikan oleh Perdana Menteri. Perasmian sukan itu dilakukan di Stadium Negara. Suasana ketika perasmian sukan itu sungguh meriah. Perasmian sukan itu mendapat pujian para peserta. Rekod penyertaan yang terbanyak dicatat dalam kejohanan ini. Sambutan hebat diberikan oleh syarikat korporat dari luar negara. Hal ini merupakan suatu penghormatan kepada negara kita. Hal ini membayangkan kemampuan Malaysia menganjurkan sukan tersebut. 1) Kejohanan Sukan Korporat Dunia dirasmikan oleh Perdana Menteri perasmian sukan itu dilakukan di Stadium Negara dan Suasana ketika perasmian sukan itu sungguh meriah. 2) Perasmian sukan itu mendapat pujian para peserta kerana rekod penyertaan yang terbanyak dicatat dalam kejohanan ini serta sambutan hebat diberikan oleh syarikat korporat dari luar negara. 3) Hal ini merupakan suatu penghormatan kepada negara kita dan hal ini membayangkan kemampuan Malaysia menganjurkan sukan tersebut

LATIHAN SPM 14 Sambung ayat-ayat pendek dalam petikan di bawah ini supaya menjadi tiga ayat saja tanpa mengubah susunan dan makna asal ayat-ayat tersebut Dasar Kebudayaan Kebangsaan telah digubal. Penggubalan itu berlangsung pada Ogos 1971. Penggubalan itu ialah hasil daripada persidangan di kalangan para cendekiawan Melayu. Satu resolusi telah dicapai daripada persidangan itu. Resolusi itu berasaskan tiga prinsip utama. Prinsip yang pertama ialah Kebudayaan kebangsaan hendaklah berteraskan kebudayaan rakyat asal rantau ini. Prinsip yang kedua ialah unsur-unsur kebudayaan kebangsaan. Prinsip yang ketiga ialah Islam menjadi unsur yang penting dalam pembentukan kebudayaan kebangsaan itu.. Dasar Kebudayaan Kebangsaan digubal ekoran peristiwa rusuhan kaum. Rusuhan itu berlaku pada 13 Mei 1969. Rusuhan itu mencatat sejarah hitam negara. 1) Dasar Kebudayaan Kebangsaan telah digubal dan penggubalan itu berlangsung pada Ogos

1971. penggubalan itu ialah hasil daripada persidangan di kalangan para cendekiawan Melayu. 2) Satu resolusi telah dicapai daripada persidangan itu yang resolusi itu berasaskan tiga prinsip utama prinsip yang pertama ialah Kebudayaan kebangsaan hendaklah berteraskan kebudayaan rakyat asal rantau ini , prinsip yang kedua ialah unsur-unsur kebudayaan kebangsaan dan prinsip yang ketiga ialah Islam menjadi unsur yang penting dalam pembentukan kebudayaan kebangsaan itu. 3) Dasar Kebudayaan Kebangsaan digubal ekoran peristiwa rusuhan kaum. rusuhan itu berlaku pada 13 Mei 1969 dan rusuhan itu mencatat sejarah hitam negara.

Posted by mohd nazri at 1:26 AM Labels: Tatabahasa Newer Post Older Post Home

PELUANG PERNIAGAAN EMAS ONLINE

PERNIAGAAN EMAS MELALUI RahsiaEmas.com

BUY NEW HONDA CARS AND ACCESSORIES REVIEWS

Download Resellerwebsite Percuma MENJANA WANG DENGAN GOOGLE ADSENSE NEW HONDA JAZZ REVIEWS NEW HONDA ODYSSEY REVIEWS NEW HONDA CR-V REVIEWS

KAMUS RUJUKAN PELAJAR

Link Kamus Peribahasa Melayu Link Kamus Peribahasa Sekolah Menengah Link Kamus Dewan Link Kamus Pelajar

MENANTI SPM 2009Countdown Clocks, Fun Countdowns at WishAFriend.com

MASA ITU EMAS

Flash Clocks, Digital Date-Time Clocks at WishAFriend.com

BLOG PELBAGAI SUMBER SPM & PMR1. Blog SMK Seri Mutiara, KL

KOLEKSI SOALAN PERCUBAAN SPM 2009DAFTAR TRIAL BM 2009 Trial BM K1 MRSM 2009 Trial BM K2 MRSM 2009 Trial BM K1 SBP 2009 Trial BM K2 SBP 2009 Trial BM K1 Johor 2009 Trial BM K2 Johor 2009 Trial BM K1 Perak 2009 Trial BM K2 Perak 2009 Trial BM K1 Pahang 2009 Trial BM K2 Pahang 2009 Trial BM K1 Melaka 2009 Trial BM K2 Melaka 2009

TENGOK BERAPA PAGE CIKGU DAPAT HARI INI

TATABAHASAKata Ganti Nama Kata Kerja Transitif & Tak Transitif Kata Adjektif Kata Sendi Nama Kata Hubung Kata Bilangan Kata Majmuk Kata Tanya Kata Pemeri Kata Nafi Hukum DM Kata Bilangan 2 Ayat Mudah dan Ayat Majmuk Ayat Cakap Ajuk/Pindah

Penjodoh Bilangan Penanda Wacana Kata Ganda Ayat Aktif dan Ayat Pasif Teknik Mengesan Kesalahan Ayat Kesalahan Ejaan dan Imbuhan Kesalahan Istilah dan Tatabahasa Peribahasa Ramalan Tatabahasa 2009 Perkataan hampir sama bunyi

RUMUSAN SPM TING 4Teknik Menulis Rumusan Contoh Rumusan Lengkap Pelbagai Soalan Rumusan

RUMUSAN SPM TING 5Petikan Soalan Rumusan

PEMAHAMANTeknik Menjawab Pemahaman Latihan Pemahaman Cerpen Latihan Pemahaman Prosa Tradisional Latihan Pemahaman Puisi

KOMPONEN SASTERAKonsep dan Istilah Komponen Sastera Nota Novel Bukit Kepong Soalan Bukit Kepong Nota Novel Konserto Terakhir Persoalan tentang cinta Konserto Terakhir Cerpen Tingkatan 5 Analisis Soalan Komsas 2009 Cerpen penting 2009 Drama penting 2009 (Nota****) Puisi Tradisional penting 2009 Sajak penting 2009 Ramalan Drama 2009 (KBKK****)

Ramalan Prosa Klasik 2009 Ramalan Cerpen 2009 Soalan KBKK Cerpen 2009

KARANGAN SPMFrasa Gramatis Dalam Karangan Surat Tidak Rasmi Surat Rasmi Penanda Wacana Karangan Tajuk Penting Karangan 2009 Karangan Bangunan Bersejarah Karangan: Pelajar dan Industri Hiburan. INI KARANGAN PENTING 2009 BERITA PALING MENGERIKAN GEMPAR - H1N1 CIPTAAN MANUSIA! DOA MENGHINDARI H1N1 UNTUK SHAR - CABARAN BAHASA MELAYU Pengenalan karangan Mengembangkan isi karangan Penutup karangan Karangan bentuk cerita Surat Rasmi Laporan Mesyuarat Laporan Peristiwa Karangan Rencana Karangan Dialog Karangan Ucapan Karangan Ceramah Pidato dan Bahas Karangan Fakta Karangan Pendapat Karangan Perbincangan Berita

BACAAN UMUMPetua membentuk generasi gemilang

MAKLUMAT PENTING

Ayat Cakap Ajuk/PindahLANGKAH MENUKARKAN AYAT CAKAP AJUK/PINDAH: A. AYAT CAKAP AJUK KEPADA AYAT CAKAP PINDAH. a. Langkah menukarkan ayat: 1. Jangan mengubah makna asalnya. 2. Susunan ayat hendaklah dikekalkan (yang dahulu didahulukan) 3. Lakukan perubahan perkataan: contoh: - saya .....................dia..................................- kamu ...............................dia - kami ....................mereka..........................- hamba..............................dia - di sini...................di situ/di sana...............- begini................................begitu - kini.......................ketika itu.......................- dan sebagainya. 4. Jangan gunakan "kata tanya". Tukar pada fungsinya. contoh: - mengapa..............punca/sebab................- bagaimana........................cara/keadaan - berapa..................jumlah/harga...............- bila....................................masa 5. Tukar penggunaan "kata" atau "tanya" dalam ayat asal. contoh: i. Ayat penyata : berkata, memberitahu, menjelaskan, menceritakan, menerangkan dan sebagainya yang sesuai dengan situasi. ii. Ayat silaan : mempersilakan, menjemput, mengundang, mengajak. iii. Ayat permintaan : meminta, merayu, menggesa, mencadangkan, menasihati. iv. Ayat suruhan : menyuruh, mengarahkan, memerintahkan. v. Ayat larangan : melarang, tidak membenarkan, menegah, menghalang. vi. Ayat tanya : bertanya, menanyakan, ingin tahu, ingin kepastian. vii. Ayat seruan : (bergantung kepada situasi ayat itu diucapkan sama ada "marah, hairan, terkejut, menyindir, memarahi, mencabar, merayu dan sebagainya". 6. Contoh penukaran ayat: i. "Orang itu menerpa dan memberi hadiah ini kepada saya" kata Ali kepada Chan. Jawapah: Ali memberitahu Chan bahawa orang itu menerpa dan memberinya hadiah tersebut. ii. "Dunia pada hari ini semakin panas kerana berlaku penipisan ozon" kata guru itu. Jawapan: Guru itu menerangkan bahawa dunia pada hari ini semakin panas kerana berlakunya penipisan ozon. iii. "Mengapakah kamu datang lewat ke sekolah hari ini, Raju?" tanya guru disiplin itu.

Jawapan: Guru disiplin itu ingin tahu punca Raju datang lewat ke sekolah pada hari tersebut. iv. "Jemput makan kuih itu!" kata Mak Chan kepada Cik Lim. Jawapan: Mak Chan menjemput Cik Lim supaya makan kuih itu. v. "Pak cik mesti makan ubat yang saya beri ini" kata doktor kepada pesakit itu. Jawapan: Doktor tersebut menasihati pesakitnya seorang tua supaya makan ubat yang diberinya itu. vi. "Amboi, bagusnya anak dara. Pukul 11.00 baru bangun tidur!'' kata Mak Tan kepada Michelle. Jawapan: Mak Tan menyindir Michelle yang baru bangun daripada tidur walaupun sudah pukul 11.00 pagi. vii. "Hai, apa khabar Sally?" kata Fai Jun Pui. Jawapan: Fai Jun Pui menegur Sally sambil bertanyakan khabar.

b. Contoh menukarkan ayat dan jawapan: Contoh 1: Tulis semula perbualan di bawah dalam bentuk cakap pindah. Anda dikehendaki mengekalkan susunan isi dalam petikan ini. Kamariah : Malaysia mempunyai banyak tempat menarik untuk dikunjungi. Samad .....: Negara ini mempunyai pantai-pantai yang bersih dan hutan semula jadi yang indah. Aziz .........: Ramai rakyat Malaysia yang suka melancong ke luar negara seperti Indonesia, .................... Thailand, Singapura dan negara-negara Eropah. Samad : Keadaan ini berlaku kerana kurangnya promosi untuk menarik pelancong ....................tempatan .pelancong di dalam negeri. Kamariah.:.Pihak swasta seperti pusat-pusat pelancongan tempatan perlu memberi .................... potongan .harga istimewa kepada pelancong tempatan yang mengunjungi pusat .....................percutian mereka. Samad .....: Kesedaran rakyat Malaysia tentang faedah melancong di dalam negeri perlu ditanam ....................dalam diri. Jawapan: ...............Kamariah berkata kepada Aziz dan Samad bahawa negara Malaysia memang banyak mempunyai tempat menarik untuk dikunjungi. Pendapatnya itu disokong oleh samad dengan mengatakan bahawa negara ini mempunyai pantai-pantai yang bersih dan hutan semula jadi yang indah. Aziz pula menyatakan kehairanannya tentang ramai orang Malaysia yang masih suka melancong ke luar negara seperti ke Indonesia, Thailand, Singapura dan negara-negara Eropah. Kamariah menyetujui pandangan itu. Samad berpendapat mungkin keadaan ini berlaku kerana kurangnya promosi untuk menarik pelancong tempatan melancong di dalam negeri. Aziz bersetuju dengan pendangan Samad itu. Kamariah pula mencadangkan supaya pihak swasta seperti pusat-pusat pelancongan tempatan memberi potongan harga istimewa kepada pelancong

tempatan yang mengunjungi pusat percutian mereka. Samad pula mengatakan bahawa di samping itu, kesedaran rakyat Malaysia tentang faedah melancong di dalam negeri perlu ditanam dalam diri. Kamariah dan Samad mengiakan pendapat itu.

Contoh 2: Tulis semula petikan di bawah dalam bentuk karangan biasa dengan menggunakan cakap pindah. Redwan dan Kamarul berkawan baik. Mereka sangat rapat dengan Cikgu Hassan. Oh, cikgu, kami ada di rumah ! Sahut Kamarul setelah mendengar sapaan Cikgu Hassan di halamannya. Cikgu Hassan sudah berada di tangga rumah Redwan. Jemputlah naik, cikgu. Redwan ada di dalam, pelawa Kamarul dengan hormat. Naik. Mestilah naik, kalau tidak buat apa datang, gurau Cikgu Hassan Rumah kami berselerak. Tak sempat nak berkemas, Redwan mencelah. Manalah sempat nak berkemas, kerja-kerja menuai baru selesai dua hari yang lepas, Kamarul memberikan alasan. Jawapan: 1. Redwan dan Kamarul berkawan baik dan hubungan mereka dengan Cikgu Hassan sangat rapat. 2. Kamarul telah menyahut sapaan Cikgu Hassan yang berada di halaman rumah dengan mengatakan bahawa mereka berada di dalam rumah. 3. Setelah berada di tangga rumah Redwan, Kamarul dengan hormat mempersilakan Cikgu Hassan naik ke rumah dan/ sambil mengatakan bahawa Redwan berada di dalam rumah. 4. Dengan nada mengusik Cikgu Hassan membalas ajakan itu dengan mengatakan bahawa dia tentu akan naik kerana kalau tidak masakan dia datang ke situ. 5. Redwan memohon maaf kerana keadaan rumahnya belum berkemas/ tidak teratur. 6. Kamarul pula menjelaskan bahawa mereka tidak berkesempatan mengemas rumah kerana kerja-kerja menuai padi baru selesai dua hari sebelumnya. ................................................ c. Latihan Pengukuhan (AMARAN: Rujuk jawapan setelah latihan dibuat sahaja!) ........................................... Latihan 1 Tulis semula perbualan di bawah ke dalam bentuk karangan biasa dengan menggunakan cakap pindah. Bagaimana dengan rancangan awak ? tanya Salleh. Rancangan apa? jawab Ani. Rancangan mendaki gunung yang awak kata pada saya tempoh hari, kata Salleh. Oh, itu akan dibincangkan dalam mesyuarat Sabtu depan. jelas Ani. Bagus Ani, bagus. Saya sokong rancangan itu ! Ani tersenyum puas apabila mendengar kata-kata sahabat karibnya itu. ............[ 6 markah ]

Latihan 2: Tukarkan cakap ajuk di bawah ini kepada cakap pindah. Ani tak ada sapa-sapa. Ani sorang....... Ani tak boleh tinggal sini.Di sini bahaya, kata Tuk Yahya sambil meneliti mata belolok anak itu. Ani tak ada sapa-sapa, rengek Ani lagi. Ya, Tuk Yahya tahu......... Ani tak mahu tinggal di rumah lagi.Nanti bom jatuh lagi. Datuk tak ada, datuk tak ada,jelas anak itu hampir meraung. Ani ada Tuk Yahya, Ani ada comot, pujuk Tuk Yahya .....................................[ 6 markah ] Latihan 3:Tukarkan cakap ajuk di bawah ini kepada cakap pindah. Salim, mengapakah awak kelihatan muram sahaja? tanya Nizam. Pagi tadi, Cikgu Khairul bertanyakan saya tentang yuran peperiksaan yang masih belum saya bayar, beritahu Salim dengan perasaan sayu. Eh, bukankah awak mendapat biasiswa! Mengapakah kamu tidak gunakan duit tersebut untuk membayar yuran? tanya Nizam dengan perasaan hairan. Duit biasiswa itu telah saya gunakan untuk perbelanjaan rawatan abang saya yang dimasukkan ke hospital baru-baru ini, jelas Salim. Oh begitu! Salim, saya cadangkan awak berjumpa dengan Cikgu Khairul dan jelaskan perkara yang sebenarnya, kata Nizam. Tapi, saya takutlah Nizam. Cikgu Khairul tu garang sangat, kata Salim. .....[ 6 markah ]

Latihan 4: Tukarkan cakap ajuk di bawah ini kepada cakap pindah MAWI : Wah, sedap betul mi ini. Apa namanya ? FELIX : Mi Pedas. MAWI : Yalah ,minya pedas.Memang pedas......... tapi apa namanya ? FELIX : Mi pedas. Si Dolah tu kata namanya Mi Pedas. MAWI : Oh begitu, jadi kau masuk ke kedai ini sengaja nak makan Mi Pedaslah? FELIX : Yalah. Kan aku dah janji nak belanja kau dulu.Inilah dia. ...................[ 6 markah ] .............................................................................................. Latihan 5: Tukarkan cakap ajuk di bawah ini kepada cakap pindah. Norhayati ......: Syikin, mengapa Syikin tidak datang ke sekolah semalam? Norasyikin.... : Syikin minta maaflah. Semalam Syikin ada hal di rumah. Norhayati ......: Apa halnya? Ceritakanlah kepada Yati. Andainya susah, sama-samalah kita ...........................tanggung. Bukankah kita sudah lama berkawan? Norsyikin ......: Sebenarnya ibu Syikin sakit. ........................................................[ 6 markah ] ............................................................................................................................................................ .....

.................................................................................... Jawapan sila "CLICK" jika anda sudah menjawabnya sahaja! ........................................................ B. AYAT CAKAP PINDAH KEPADA AYAT CAKAP AJUK.

a. Langkah menukarkan cakap pindah kepada cakap ajuk: 1. Ada dua cara: (anda boleh memilih mana-mana cara di bawah) i. Menggunakan dialog biasa dalam bentuk perenggan. ii. Menggunakan dialog seperti wawancara. 2. Jaga penukaran ayat yang telah dipelajari. Anda hanya perlu menukarkannya semula kepada bentuk asal seperti yang telah dipelajari dalam menukarkan ayat cakap ajuk kepada ayat pindah. Jika anda lupa, sila rujuk semula. 3. Jaga penggunaan tanda bacaan, tanda kata, tanda seruan dan sebagainya untuk mengelakkan markah anda ditolak.

b. Contoh soalan dan jawapan:

Contoh 1: Tulis semula petikan di bawah dalam bentuk cakap ajuk. Anda dikehendaki mengekalkan susunan isi dalam petikan ini. Kamariah berkata kepada Aziz dan Samad bahawa negara Malaysia memang banyak mempunyai tempat menarik untuk dikunjungi. Pendapatnya itu disokong oleh samad dengan mengatakan bahawa negara ini mempunyai pantai-pantai yang bersih dan hutan semula jadi yang indah. Aziz pula menyatakan kehairanannya tentang ramai orang Malaysia yang masih suka melancong ke luar negara seperti ke Indonesia, Thailand, Singapura dan negara-negara Eropah. Kamariah menyetujui pandangan itu. Samad berpendapat mungkin keadaan ini berlaku kerana kurangnya promosi untuk menarik pelancong tempatan melancong di dalam negeri. Aziz bersetuju dengan pendangan Samad itu. Kamariah pula mencadangkan supaya pihak swasta seperti pusat-pusat pelancongan tempatan memberi potongan harga istimewa kepada pelancong tempatan yang mengunjungi pusat percutian mereka. Samad pula mengatakan bahawa di samping itu, kesedaran rakyat Malaysia tentang faedah melancong di dalam negeri perlu ditanam dalam diri. Kamariah dan Samad mengiakan pendapat itu. ...........[ 6 markah ]

Jawapan : Kamariah ...: Malaysia mempunyai banyak tempat menarik untuk dikunjungi.

Samad ........: Negara ini mempunyai pantai-pantai yang bersih dan hutan semula jadi ...................... yang ..indah. Aziz............. : Ramai rakyat Malaysia yang suka melancong ke luar negara seperti Indonesia, ....................... Thailand, Singapura dan negara-negara Eropah. Samad .........: Keadaan ini berlaku kerana kurangnya promosi untuk menarik pelancong ....................... tempatan melancong di dalam negeri. Kamariah.... : Pihak swasta seperti pusat-pusat pelancongan tempatan perlu memberi potongan ........................harga istimewa kepada pelancong tempatan yang mengunjungi pusat percutian ........................mereka. Samad.......... : Kesedaran rakyat Malaysia tentang faedah melancong di dalam negeri perlu .........................ditanam dalam diri.

Contoh 2: Tulis semula petikan di bawah dalam bentuk cakap ajuk. Anda dikehendaki mengekalkan susunan isi dalam petikan ini. ...............Mak Limah bertanya arah tujuan suaminya setelah melihat suaminya itu dalam keadaan tergesa-gesa hendak keluar. Pak Usop mengatakan bahawa dia hendak berjumpa dengan ahli-ahli jawatankuasa Koperasi Maju. Mak Limah mencadangkan agar suaminya makan nasi dahulu walaupun sibuk dengan kerja kerana dia takut suaminya akan berasa lapar . Pak Usop memberitahu ii itsterinya bahawa dia hendak meletakkan jawatan sebagai pemandu bas koperasi itu. Mak Limah bertanya cara suaminya hendak mendapatkan pekerjaan sekiranya dia berhenti kerja. Pak Usop menjelaskan bahawa dia hendak memohon pinjaman daripada pihak MARA untuk membeli sebuah bas.

Jawapan: Mak Limah ......: Abang hendak ke mana dalam keadaan tergesa-gesa ini? Pak Usop......... : Saya hendak berjumpa dengan ahli-ahli jawatankuasa Koperasi Maju. Mak Limah...... : Kalau sibuk dengan kerja pun makanlah nasi dulu, nanti lapar. Pak Usop .........: Abang hendak meletakkan jawatan sebagai pemandu bas koperasi itu. Mak Limah ......: Sudah tu, abang hendak kerja dengan siapa?

Pak Usop .........: Minta pinjaman daripada MARA, abang beli sebuah bas. ................................................................................... c. Soalan Latihan:

Latihan 1: Tulis semula petikan di bawah dalam bentuk cakap ajuk. Anda dikehendaki mengekalkan susunan isi dalam petikan ini. ...............Azman bertanya kepada Yahya tentang keputusan muktamadnya hendak ke bandar. Yahya mengiyakannya dan menyatakan bahawa dia sudah nekad dan tidak mahu Azman memujuknya lagi. Azman cuba menyedarkan Yahya bahawa kampung mereka pun tiada kurangnya berbanding dengan bandar. Yahya menegaskan bahawa dia sudah bosan hidup di kampung yang bergelumang dengan lumpur sawah. Azman cuba menyedarkan Yahya bahawa mereka lulusan bidang pertanian dan bekerja sebagai petani iatulah yang sepatutnya menjadi pilihan mereka. Sekali lagi Yahya menegaskan bahawa Azman sahajalah yang mengerjakan sawah tetapi dia tetap hendak ke bandar. Azman tetap mengajaknya mengerjakan tanah terbiar di kampung mereka kerana hasilnya tentu lumayan. Yahya tetap berkeras dan menyuruh Azman sahaja mengerjakannya, manakala dia hendak bekerja makan gaji di bandar.

Latihan 2: Tukarkan karangan di bawah dalam bentuk perbualan. Redwan dan Kamarul berkawan baik dan hubungan mereka dengan Cikgu Hassan sangat rapat.Kamarul telah menyahut sapaan Cikgu Hassan yang berada di halaman rumah dengan mengatakan bahawa mereka berada di dalam rumah.Setelah berada di tangga rumah Redwan, Kamarul dengan hormat mempersilakan Cikgu Hassan naik ke rumah dan/ sambil mengatakan bahawa Redwan berada di dalam rumah.Dengan nada mengusik Cikgu Hassan membalas ajakan itu dengan mengatakan bahawa dia tentu akan naik kerana kalau tidak masakan dia datang ke situ.Redwan memohon maaf kerana keadaan rumahnya belum berkemas. Kamarul pula menjelaskan bahawa mereka tidak berkesempatan mengemas rumah kerana kerja-kerja menuai padi baru selesai dua hari sebelumnya.

Jawapan Latihan Ayat Cakap Pindah ke Cakap AjukJawapan soalan 1:

Azman : Sudah muktamadkah keputusan engkau hendak ke bandar? Yahya : Ya, aku sudah nekad. Engkau jangan pujuk aku lagi. Azman : Apa kurangnya kampung kita berbanding dengan bandar? Yahya : Aku bosan, hari-hari bermain lumpur di sawah. Azman : Bukankah pengkhususan kita bidang pertanian? Jadi, bertanilah pilihan kita. Yahya : Kalau engkau hendak engkau sahajalah yang buat, aku tetap hendak ke bandar. Azman : Lebih baik kita usahakan tanah terbiar itu, tentu hasilnya lumayan. Yahya : Engkau sahajalah yang kerjakan, aku hendak makan gaji.

Jawapan soalan 2: Redwan dan Kamarul berkawan baik. Mereka sangat rapat dengan Cikgu Hassan. Oh, cikgu, kami ada di rumah ! Sahut Kamarul setelah mendengar sapaan Cikgu Hassan di halamannya. Cikgu Hassan sudah berada di tangga rumah Redwan. Jemputlah naik, cikgu. Redwan ada di dalam, pelawa Kamarul dengan hormat. Naik. Mestilah naik, kalau tidak buat apa datang, gurau Cikgu Hassan Rumah kami berselerak. Tak sempat nak berkemas, Redwan mencelah. Manalah sempat nak berkemas, kerja-kerja menuai baru selesai dua hari yang lepas, Kamarul memberikan alasan.

Ayat Aktif dan Ayat PasifA. AYAT AKTIF: i. Ayat aktif ialah ayat yang mana pelaku terletak di hadapan (sebagai subjek ayat) manakala benda yang kena buat terletak di belakang (sebagai pradikat ayat) ii. Biasanya kata kerja berimbunan meN., men.kan dan men.i. iii. Contoh : Ali sedang memancing ikan. (Ali ialah pelaku (di depan) dan ikan ialah benda kena buat) B. AYAT PASIF: i. Ayat pasif ialah ayat yang mana benda kena buat terletak di hadapan (sebagai subjek ayat) manakala pelaku terletak di belakang (sebagai pradikat). ii. Biasanya kata kerja berimbuhan di; di..kan atau di.i. Kata kerja juga boleh menggunakan perkataan kena. Kekecualian untuk pelaku gantinama diri pertama dan kedua yang mesti mendahului kata kerja tanpa imbuhan. Contoh : i. Ikan itu dipancing oleh Ali. ii. Ikan itu kamu pancing. (pelaku diri kedua) iii. Ikan itu saya pancing. (pelaku diri pertama) C. CONTOH MENUKARKAN AYAT AKTIF KEPADA AYAT PASIF: Tukarkan ayat-ayat di bawah kepada ayat pasif. 1. Bapa saudara saya sedang menebang sebatang pokok kelapa di sebelah rumah barunya. Ayat pasif : Sebatang pokok kelapa di sebelah rumah barunya itu sedang ditebang oleh bapa saudara saya. 2. Guru disiplin yang garang itu sedang memarahi pelajar lelaki yang tidak memakai lencana sekolahnya. Ayat pasif : Pelajar lelaki yang tidak memakai lencana sekolahnya itu sedang dimarahi oleh guru disiplin yang garang tersebut. 3. Doktor yang berkaca mata tebal itu sedang menjalankan pembedahan ke atas pesakit tersebut. Ayat pasif : Pembedahan ke atas pesakit tersebut sedang dijalankan oleh doctor yang berkaca mata tebal itu. 4. Saya telah melukis gambar pemandangan di tepi pantai itu. Ayat pasif : Gambar pemandangan di tepi pantai itu telah saya lukis. 5. Awak belum menjelaskan yuran keahlian persatuan Sains dan Matematik. Ayat pasif : Yuran keahlian persatuan Sains dan Matematik itu belum awak jelaskan. D. LATIHAN: Tukarkan ayat-ayat aktif yang diberi di bawah kepada ayat-ayat pasif. 1. Encik Tan sedang menjalankan perniagaan memperbaiki motosikal di Bandar Melaka.

2. Kucing jantan berbulu lebat itu menangkap seekor tikus yang sangat besar. 3. Lebuh Raya Utara selatan menghubungkan negeri-negeri di Pantai Barat Semenanjung Malaysia. 4. Pelumba kereta Formula 1 dari Amerika Syarikat itu memenangi kejuaraan tersebut pada pagi tadi. 5. Pelatih jururawat di hospital itu menggunakan sarung tangan plastik ketika bertugas. 6. Saya akan mengharungi segala cabaran itu walaupun amat berat untuk dipikul. 7. Kalian patut menyeberangi jalan raya menuju ke sungai itu pada sebelah petang nanti. 8. Beta akan memperkenankan segala permintaan kamu jika kamu berkata benar. 9. Kami akan membincangkan usul mesyuarat ini dalam perjumpaan kita pada masa depan. 10. Jangan mengulangi kesalahan-kesalahan itu lagi pada masa yang akan datang. 11. Kucing itu mengejar seekor tikus sehingga ke hujung jalan raya tersebut. 12. Peguam berjanggut panjang tersebut mewakili pesalah itu dalam perbicaraan di mahkamah. 13. Ibu melayani tetamu yang hadir di rumah kami dengan hidangan yang dibuatnya sendiri. 14. Ayah menunjukkan baju yang baru dibelinya itu kepada emak yang sedang membaca buku. 15. Jiran saya sedang mengisi sampah-sarap ke dalam plastik untuk dibuang. E. CONTOH MENUKARKAN AYAT PASIF KEPADA AYAT AKTIF: Tukarkan ayat-ayat di bawah kepada ayat aktif. 1. Bola itu ditendang dengan kuat oleh pemain Brazil tersebut. Ayat aktif : Pemain Brazil tersebut menendang bola itu dengan kuat. 2. Perasaan gadis itu dipermainkan oleh pemuda bermata keranjang yang tinggal di bandar. Ayat aktif : Pemuda bermata keranjang yang tinggal di bandar itu mempermainkan perasaan gadis tersebut. 3. Ujian untuk memasuki kelas memandu kereta itu telah saya duduki pada awal bulan lalu. Ayat aktif : Saya telah menduduki ujian untuk memasuki kelas memandu kereta itu pada awal bulan lalu. 4. Maklumat tentang pelaburan saham tersebut sedang diperjelaskan oleh pegawai dari Amanah Saham Nasional. Ayat aktif : Pegawai dari Amanah Saham Nasional itu sedang memperjelaskan maklumat tentang pelaburan saham tersebut. 5. Getah yang telah diproses itu telah dimasukkan ke dalam bekas plastik oleh para pekerja di bahagian pemprosesan.

Ayat aktif : Para pekerja di bahagian pemprosesan telah memasukkan getah yang telah diproses itu ke dalam bekas plastik. F. LATIHAN : Tukarkan ayat-ayat pasif di bawah supaya menjadi ayat aktif. 1. Wang sebanyak RM7 bilion telah diperuntukan oleh kerajaan bagi merangsang ekonomi negara yang sedang menghadapi kemelut ekonomi. 2. Hadiah menyertai pertandingan drama itu telah diberi oleh sebuah syarikat tempatan bagi menarik penyertaan orang ramai. 3. Bahagian dapur rumah tumpangan itu sedang diperluas oleh pekerja kontraktor bagi memudahkan keluarga yang menetap di situ. 4. Cek bernilai RM350 yang saya beri pagi tadi telah kamu tunaikan di sebuah bank saudagar di Kuala Lumpur. 5. Pendidikan teknologi maklumat telah diperkenalkan oleh kerajaan di semua sekolah bagi semua mata pelajaran teras. 6. Jambatan Kedua Pulau Pinang yang baru siap pada bulan Disember itu telah beta rasmikan pada akhir bulan itu. 7. Doanya agar dia berjaya dalam peperiksaan SPM telah diperkenankan oleh Tuhan apabila dia lulus dengan cemerlang dalam peperiksaan itu. 8. Adat pepatih telah diperkenalkan di negara kita oleh masyarakat Minangkabau yang berasal dari Sumatera, Indonesia pada sekitar tahun 1520'an. 9. Para pelanggan yang berkunjung ke pusat membeli belah itu telah ditawarkan harga diskaun sehingga 50 peratus oleh pemilik pusat terbabit. 10. Penyertaan golongan bumiputera dalam sektor perkilangan akan diperluas oleh pihak kerajaan bagi memacu pendapatan golongan tersebut. 11. Kakitangan awam diberi ganjaran oleh kerajaan bagi meningkatkan prestasi kerja mereka pada setiap akhir tahun. 12. Kebun di kawasan pinggir pantai itu dipenuhi dengan pokok nipah dan belukar kecil sejak ditinggalkan oleh pemiliknya. 13. Kakak menghadiahi ibu sepasang anting-anting dan seutas rantai emas sempena ulang tahun kelahirannya. 14. Kawasan kampung di pedalaman sabah telah dijelajahi oleh peserta lumba basikal itu dalam pertandingan Jelajah basikal di negeri tersebut. 15.Mat Piah ditanduk oleh seekor kerbau yang sedang mengamuk berhampiran dengan sawah padinya pada petang kelmarin. Posted by mohd nazri at 1:03 AM

Mengesan Kesalahan AyatTEKNIK MENGESAN DAN MEMBETULKAN KESALAHAN AYAT A. Langkah yang perlu diikuti: 1. Kenal pasti jenis kesalahan yang hendak dibetulkan sama ada kesalahan ejaan, kesalahan imbuhan, kesalahan istilah atau kata atau kesalahan tatabahasa. 2. Baca ayat berulang-ulang supaya anda dapat mengenal pasti kesalahan ayat itu. 3. Perhatikan kesalahan dengan meneliti perkataan demi perkataan serta cuba kaitkan dengan hukum tatabahasa yang telah dipelajari. 4. Biasanya anda dikehendaki menyalin semula ayat yang sudah dibaiki dengan lengkap. 5. Sebaik mungkin, garisilah perkataan atau frasa yang telah dibaiki. 6. Biasanya, dalam satu ayat terdapat 2 kesalahan yang perlu dibaiki. 7. Semasa menulis ayat itu semula, jangan ubah struktur dan maksud asal ayat tersebut. 8. Biasanya, satu ayat yang dibetulkan dengan sempurna akan diberi 2 markah. B. Jenis kesalahan dalam ayat: i. Kesalahan ejaan ii. Kesalahan penggunaan imbuhan iii. Kesalahan penggunaan kata atau istilah iv. Kesalahan tatabahasa

Kesalahan Ejaan dan ImbuhanMENGESAN DAN MEMBETULKAN KESALAHAN AYAT: A. KESALAHAN EJAAN DAN PENGGUNAAN IMBUHAN: Dalam setiap ayat di bawah, terdapat satu kesalahan ejaan dan satu kesalahan penggunaan imbuhan. Kenal pasti dan betulkan kesalahan-kesalahan itu dengan menulis ayat itu semula tanpa mengubah struktur dan maksud asalnya. 1. Pengusha ternakan ayam diminta tidak menjual ayam ternakan mereka dengan harga tinggi suka hati kepada pemborong ayam. 2. Pembenaan jambatan di kampung itu tergendala selama berapa bulan kerana masalah bekalan simen. 3. Junainah hanya terdiam diri apabila disindir oleh rakan setugasnya kerana dia tidak mahu membesar-besarkan cerita yang dianggap rimih itu. 4. Perompak yang sangat merbahaya itu Berjaya diberkas berdasarkan bukti yang ditemui oleh pihak polis. 5. Semua pelajar di sekolah itu diwajibkan melibat diri dalam kegiatan ko-kurikulum yang dijalankan.

6. Walau pun telah lama berada di luar Negara, sikap Daud yang keanak-anak masih tidak berubah. 7. Satu lapuran lengkap tentang kejadian kemalangan yang dilibatkan bas ekspres itu diserahkan kepada Menteri Pengangkutan. 8. Kosmitik yang dibuat daripada bahan yang beracun tidak dibenarkan jualan di negara ini. 9. Kedudukkan Lim Ah Boon di syarikat ayahnya dicemburu oleh adik-beradiknya. 10. Panel hakim memutuskan pihak pembangkang menang dalam debatan itu kerana pihak pencadang gagal mengemukakan definasi tajuk perbahasan dengan tepat. 11. Beranika jenis barang dijual di kedai yang meletak di hujung jalan itu dan harga yang ditawarkan berpatutan juga. 12. Pelancung asing yang dating ke majlis kebudayaan itu turut terhibur oleh persembahan tarian asli yang ditontonkan. 13. Calun lepasan Sijil Pelajaran Malaysia yang ingin melanjutkan pelajaran diingatkan supaya menyertakan semua salinan sijil yang telah disah oleh pihak sekolah. 14. Kehabisan peterol menyebabkan pelumba kereta dari Ghana itu tidak dapat menamatkan perlumbaan kerana suntuk masa. 15. Peninju yang berbadan gempal itu berjaya tumbang pencabarnya pada pusingan yang kelima. 16. Oleh sebab dia menghadap masalaah kewangan, dia terpaksa menolak tawaran yang diberikan oleh pegawai harta tanah itu. 17. Masih banyak orang yang mempercayai kaedah perubatan tradesional kerana mereka menganggap kaedah tersebut mampu menyembuhi pelbagai penyakit kronik. 18. Runtuh akhlak dalam kalangan remaja mengakibatkan ramai remaja tersebut terjebak dengan gejala gengsterisma. 19. Lepasan sekolah teknik dan vokaysional akan diberi peluang bagi menceburi diri dalam bidang perniagaan dan industri kecil. 20. Walaupun tewas tetapi pasukan bola sepak remaja kebangsaan mempamirkan permainan yang menarik dan penuh semangat sukan. 21. Kanak-kanak itu bertepok tangan sebaik-baik sahaja persembahan nyanyian sempena disambut kemerdekaan tanah air selesai. 22. Selepas upacara peresmian dewan, pegawai daerah itu dibawa lawatan ke bilik seminar.

23. Pendidikan pra-sekolah dikenalkan kepada kanak-kanak dalam lingkungan usia 4 hingga 6 tahun bagi tujuan mendedahkan mereka pada persekitaran sosial. 24. Atlit yang mewakili negara dalam Sukan Asia akan menerima imbuhan sekiranya menangi pingat dalam acara yang disertai. 25. Pemandu teksi di ibu kota sudah biasa diperangkap dalam kesesakan jalanraya terutama pada waktu puncak. 26. Pilihan raya kecil di kawasan itu bakal mengadakan berikutan kematian ahli parlimennya pada awal minggu lepas. 27. Kami singgah di Restoren Dusun untuk menikmati pelbagai hidangan dan masak tradisional Melayu pada minggu yang lalu. 28. Lima orang lelaki yang disyaki mencolek anak hartawan itu telah tertangkap oleh pihak polis di sebuah gudang kosong yang terletak di Ipoh. 29. Kelayakkan dalam bidang perakaunan sangat penting kepada seseorang yang ingin melibat diri dalam lapangan perniagaan. 30. Majlis pelancaran album baharu penyanyi popular itu telah diadakan secara besar-besar di sebuah hotel terkemuka di ibu kota. 31. Jabatan Alam Sekitar akan bertindak tegas kepada mana-mana pehak yang melakukan kebakaran secara terbuka untuk menangani masalah jerebu yang semakin meruncing. 32. Jabatan Pengangkutan Jalan akan menguatkuasa undang-undang dari semasa ke semasa untuk mendisplinkan pengguna jalan raya terutama pada musim perayaan. 33. Sebagai anak, kita mestilah sentiasa menjaga marwah keluarga dengan menghindari diri daripada perbuatan yang mengaibkan keluarga. 34. Penduduk Kampung Permai sedang bergotong royong untuk memperlebarkan jalan kerana bilangan kenderaan yang melalui kampung itu semakin bertambah. 35. Dalam majlis itu, pelbagai persembahan telah mengadakan sempena hari keputeraan baginda yang ke 52 tahun. 36. Mereka kesali sikap pihak kontrekter yang tidak dapat menyiapkan projek perumahan tersebut mengikut jadual yang terdapat dalam butir-butir perjanjian. 37. Untuk mempastikan komputer sentiasa selamat samada daripada serangan virus atau daripada penceroboh sistem komputer, beberapa panduan telah disediakan oleh pembekal.

38. Saya mempunyai kaki tangan yang berpengalaman luas dalam bidang kecantikan termasuk khidmatan menggunting rambut, katanya dengan ramah. 39. Dalam perhimpunan raksaksa itu, Perdana Menteri telah menasihatkan rakyat supaya sentiasa bersatu padu untuk mengekalkan perpaduan yang sudah terjalin sekian lama. 40. Untuk membenteras kejadian jenayah yang semakin berleluasa, pihak kerajaan mestilah memperbesarkan pasukan anggota polis dengan menambahkan bilangan anggotanya. 41. Dalam sambutan ulang tahun kemerdekaan kali ke 51 itu, pelbagai acara telah dirancangkan termasuk acara boria yang akan disembahkan oleh peserta dari negeri Pulau Pinang. 42. Semua ejensi kerajaan diarahkan bergabung untuk menjalani kajian bagi mencari punca sebenarnya yang menyebabkan berlakunya banjir besar sejak beberapa hari yang lalu. 43. Kerajaan menggubalkan sesuatu dasar pertanian berasaskan keperluan negara dengan mengambil kira masa depan sektor pertanian supaya sektor berkenaan dapat diurus dengan lebih efisyen. 44. Sistem perkhidmatan kaunter yang disediakan di semua stesyen bas ekspres telah dikenali bagi memudahkan pengguna serta meningkatkan perkhidmatan pengangkutan di negara kita. 45. Bersempena dengan sambutan hari ibu, kita digalakkan untuk menghadiahkan ibu kita dengan hadiah yang bertujuan untuk mengenang jasa mereka membesar kita sehingga dewasa. 46. Kementerian Pelajaran mendapati bahawa perlaksanaan dasar bahasa Inggeris dalam matapelajaran sains dan matematik perlu dikaji semula untuk memperbaiki kelemahan yang timbul.

Kesalahan Istilah dan TatabahasaMENGESAN KESALAHAN ISTILAH DAN TATABAHASA A. Kesalahan istilah: Kesalahan istilah bermaksud kesalahan penggunaan kata iaitu penggunaan perkataan yang tidak sesuai dengan kehendak ayat atau situasi. Contoh 1: Salah : Kakaknya bekerja sebagai pragawati di Syarikat Penerbangan Malaysia dan sering ke luar negara. Betul: Kakaknya bekerja sebagai pramugari di Syarikat Penerbangan Malaysia dan sering ke luar negara. Contoh 2: Salah: Ibu mencuci ikan yang dibeli oleh ayah dari kedai itu tadi. Betul: Ibu menyiang ikan yang dibeli oleh ayah dari kedai itu tadi. B. Kesalahan tatabahasa: Kesalahan tatabahasa bermaksud semua bentuk kesalahan dalam pembinaan ayat yang gramatis. Kesalahan ini melibatkan kesalahan hokum tatabahasa. Contoh 1: Salah: Sungai Pahang ialah sungai yang terpanjang sekali di Semenanjung Malaysia. Betul: Salah: Sungai Pahang ialah sungai yang terpanjang di Semenanjung Malaysia. Contoh 2: Salah: Azim diberi masa dua setengah jam untuk sampai ke tempat pertandingan itu. Betul: Azim diberi masa dua jam setengah untuk sampai ke tempat pertandingan itu. Latihan: Setiap ayat mengandungi satu kesalahan kata atau istilah dan satu kesalahan tatabahasa. Betulkan ayat tersebut dengan menulis semula ayat tersebut. 1. Adakah menu yang dihidangkan oleh tukang masak di hotel itu? tanya para peserta perlawanan memasak yang dianjurkan oleh hotel tersebut. 2. Bapa saudaranya memperoleh pendapat yang agak lumayan hasil jualan pisang goreng yang dia buat. 3. Biarpun wajah kedua-dua pemuda itu agak sempadan, tetapi perangai pemuda bertubuh gempal itu lebih baik dari seorang pemuda lagi. 4. Seorang pegawai tinggi syarikat itu telah didakwa di mahkamah di atas tuduhan memalapkan wang syarikat tersebut. 5. Azmir tidak melepaskan peluang untuk menyertai pertandingan menjajah ke seluruh negeri Melaka yang syarikat itu anjurkan.

6. Beribu ayam ternakan dimusnahkan oleh kerajaan Maxico akibat sindrom selsema burung yang menyerang di beberapa buah daerah di negara itu. 7. Semua mangsa tsunami dipindahkan oleh kami ke pusat petempatan sementara sebaik-baik menerima arahan daripada pihak berkuasa. 8. Buku-buku Syarikat Maju Jaya paling laris sekali jualannya kerana penulis-penulis di syarikat tersebut begitu mengutamakan kuantiti. 9. Setelah meneliti semua syarat-syarat yang ditetapkan di dalam surat perjanjian oleh peguam, akhirnya Ah Chong bersetuju untuk menulis surat perjanjian tersebut. 10. Buku itu telah saya hantar ke pengirimnya semalam mengikut alamat yang tercatat pada bungkusan buku tersebut. 11. Sebelum mesyuarat pada hari itu berakhir, pengerusi mesyuarat telah meminta pandangan ahli yang hadir untuk membincangkan lain-lain hal dan seterusnya menunda mesyuarat tersebut. 12. Pada hari ini, masalah penggunaan dadah di kalangan remaja semakin membimbangkan dan jalan penyelesaian perlu segera diambil. 13. Pada masa kini, bangunan-bangunan lama di kawasan bandar yang sudah buruk akan dibaik puluh bagi menarik kehadiran pelancong ke negara kita. 14. Pemilik kilang yang masih berdegil kerana membuang sisa toksik ke dalam sungai akan disenaraihitam supaya menjadi teladan kepada pekilang yang lain. 15. Remaja yang menunggang motosikal di lebuh raya itu saling potong-memotong tanpa memikirkan takat keselamatan diri mereka sendiri. 16. Ayah sangat gemarkan makanan yang dimasak oleh ibu terutamanya ayam goreng yang dibaluti tepung itu. 17. Berdasarkan kepada maklumat yang diberi oleh orang awam, akhirnya pemjenayah berbahaya itu berjaya ditangkap dan didakwa di muka perbicaraan. 18. Peminat bola sepak itu sedang membincangkan tentang corak permainan yang ditunjukkan oleh kedua-dua buah kumpulan bola sepak dari luar negara. 19. Mereka-mereka yang hadir ke majlis makan malam perdana pada malam itu dihiburkan dengan petikan biola seorang ahli muzik tanah air yang amat terkenal. 20. Pihak polis di negara tersebut sedang giat memburu sekumpulan penjenayah yang dipercayai masih berada pada ibu negara berkenaan.

21. Seorang daripada peserta kereta lumba itu telah menarik diri daripada pertandingan kerana dua butir tayar kereta yang dipandunya meletup. 22. Tiap pagi hari minggu, ibu akan membangunkan kami daripada tidur dan mengajak kami berjoging di taman yang berhampiran. 23. Pekerja di kilang menjahit songket itu memberi syarahan kepada kami tentang perjalanan kilang tersebut sebaik sahaja kami sampai di situ. 24. Mereka menempuh berbagai cabaran sejak ketua keluarga itu tidak bekerja kerana terlibat dalam kecederaan. 25. Kami amat terkejut bila mendapat tahu bahawa ada seekor lembu mati kerana digiling kereta api di kawasan landasan itu. 26. Terdapat beribu ekor rusa telah dipelihara di kawasan ternakan Pulau Kerdas. 27. Pekerja yang mengambil cuti itu menjatuhkan tandatangan kepada borang di atas meja tersebut sebelum menyerahkan borang itu kepada pengurusnya. 28. Ibu menghadiahkan kakak sebuah telefon tangan kerana mendapat keputusan cemerlang dalam peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia. 29. Setengah penonton yang tidak berpuas hati telah membaling objek seperti botol apabila para pemain gagal memasukkan gol. 30. Pegkaji di hospital itu telah mengemukakan sebuah pendapat bagi membendung wabak selsema burung daripada meluas kepada orang ramai. 31. Adalah dimaklumkan bahawa pertunjukan pakaian ini akan dirasmikan oleh seorang tokoh perniagaan yang terkenal. 32. Rakyat Malaysia perlu berusaha mengekalkan kemerdekaan negara dari masa ke semasa agar tanah air yang tercinta ini tidak akan dijelajah lagi. 33. Rakyat diseur membeli barangan tempatan demi untuk mengurangkan pegerakan wang ke luar negara. 34. Anggota pasukan keselamatan itu sanggup bergadai nyawa demi mempertahankan tanah air kita dari ancaman musuh. 35. Kebanyakan peserta-peserta yang menyertai acara lumba basikal itu terpaksa melalui jalan yang berbelok-belok sebelum tiba ke garisan penamat.

36. Para peserta yang menyertai perlawanan memasak tersebut akan disediakan dengan berapa jenis bahan masakan di ruang masakan itu. 37. Perdana Menteri menggesa pemaju-pemaju perumahan agar mempercepatkan kerja-kerja pembinaan rumah kos bawah yang masih terbengkalai. 38. Menurut Badan Pencegah Rasuah, kejayaan perumahan itu ialah disebabkan oleh kelemahan pengurusan syarikat terbabit. 39. Nama julukan artis yang terkenal itu adalah Mawi. 40. Walaupun Rajagopal cuba untuk menyembunyikan perbuatan jenayah yang dia lakukan, namun perbuatan jahatnya itu terbungkam juga. 41. Bagi mengatasi masalah pencemaran alam sekeliling, pihak berkuasa perlu memberi pendidikan yang sewajarnya pada orang ramai. 42. Tapak sisih yang dibawa oleh rombongan pengantin lelaki itu telah mereka serahkan kepada pihak pengantin perempuan. 43. Pengetua telah mengakui bahawa salinan sijil yang pemuda itu runjukkan adalah benar setelah melihat sijil asal yang dikemukakan. 44. Jabatan Perhilitan akan mengadakan penyiasatan untuk mendapatkan maklumat tentang kepupusan beberapa jenis burung di negara kita dalam tempoh satu setengah tahun. 45. Para budayawan mestilah memerah minda untuk sama-sama memikir dan mencari jalan untuk mengatasi masalah pendidikan di negara kita. 46. Jika sekiranya surat itu hendak dikirim nanti, anda hendaklah menggunakan khidmat pos segera. 47. Ini kerana cara ini lebih selamat dan mereka dapat menyiapkan tugasan itu dalam tempuh yang singkat. 48. Sehubungan itu, beliau meminta ibu bapa dan pelajar terlibat supaya bersabar menunggu keputusan yang bakal di buat pada minggu hadapan. 49. Tumpuan kini ialah kea rah mempertingkatkan kemahiran dan keterampilan pekerja dari masa ke semasa hingga mencapai satu tahap yang dikehendaki. 50. Kerajaan menyarankan agar pengilang dan pengusaha Malaysia sentiasa menjalankan penyelidikan dan menggunakan teknologi terkini untuk meningkatkan mutu barang keluaran mereka. ..........................

PeribahasaPERIBAHASA Bahagian peribahasa SPM biasanya berkisar pada beberapa bentuk soalan. Hal ini dinyatakan di bawah: A. Membina ayat daripada peribahasa: Contoh: 1. bagai menatang minyak yang penuh Ibu bapa selalunya menyayangi dan menjaga anak-anak mereka bagai menatang minyak yang penuh sehinggalah mereka dewasa. 2. seperti katak di bawah tempurung Sikap Ng Khai Liang yang sukar menerima perubahan yang berlaku menyebabkan dia berfikiran tertutup seperti katak di bawah tempurung. 3. seperti paku dengan penukul Pelajar yang malas dan bersikap seperti paku dengan penukul tidak mungkin dapat meraih kejayaan yang cemerlang dalam peperiksaan. 4. ketam mengajar anaknya berjalan lurus Masih ramai ibu bapa yang malas membaca tetapi mahu anak mereka rajin mengulang kaji pelajaran samalah seperti ketam mengajar anaknya berjalan lurus. B. Mengemukakan peribahasa yang sesuai berdasarkan situasi yang diberi: Contoh: Beri tiga peribahasa yang sesuai dengan cerita yang diberi. 1. Pak Hassan terkejut besar apabila anak yang dipelihara dengan penuh kasih sayang sanggup melakukan perkara yang terkutuk itu. Dia tidak menyangka bahawa anaknya itu terlibat dalam kes ragut yang telah memalukannya. Tindakan anaknya yang telah membunuh mangsa itu tidak dapat diselamatkan kerana anaknya akan menerima hukuman yang setimpal. i. bagai menatang minyak yang penuh (memelihara dengan penuh kasih sayang) ii. bagai menyonteng arang ke muka (memalukan) iii. anak emas (anak kesayangan) iv. air muka (diri, peribadi) 2. Pasangan pengantin di atas pelamin itu amat sepadan. Pasangan itu bakal melayari hidup sebagai suami isteri. Setiap pasangan perlu bersabar dan jika ada perselisihan pendapat, mereka perlu bertolak ansur serta saling memaafkan. Tanpa sikap tolak ansur sesebuah keluarga tidak akan dapat bertahan lama dan perasaan kasih saying akhirnya akan lenyap. Hal ini boleh menyebabkan perceraian berlaku. i. bagai pinang dibelah dua. ii. sedangkan lidah lagi tergigit.

iii. bagai embun di hujung rumput. C. Mengemukakan peribahasa berdasarkan ayat yang diberi: Contoh: 1. Setelah Berjaya melepaskan dirinya daripada digigit anjing liar, gadis itu terpaksa pula bergelut dengan seorang lelaki yang hendak meragut beg tangannya. * keluar mulut harimau, masuk ke mulut buaya. 2. Walaupun telah lama tinggal di luar negara namun akhirnya Rony pulang semula ke kampung halamannya kerana berasakan kampung halamannya lebih tenteram. * hujan emas di negeri orang, hujan batu di negeri sendiri, lebih baik di negeri sendiri. 3. Apabila Encik Santos meninggal dunia akibat kemalangan jalan raya dua tahun yang lalu, keluarganya menjadi kucar-kacir dan saling berbalah. * bagaikan anak ayam kehilangan ibu. D. Mengisi tempat kosong dengan peribahasa yang sesuai: Contoh: 1. Tok penghulu kesal akan sikap penduduk kampung yang hanya membisu ketika mesyuarat dijalankan, tetapi mula bersuara apabila projek sudah dijalankan. Ada-ada sahaja yang tidak kena. Mereka bersikap umpama (i) Mereka sepatutnya tidak mengemukakan pendapat sesuka hati dan tidak mengeluarkan kata-kata yang dapat menyinggung perasaan orang lain. Hal ini demikian kerana (ii).. Walau bagaimanapun, sebagai ketua tok penghulu akan berusaha untuk menyelesaikan masalah (iii)..nya itu supaya dapat memuaskan hati semua pihak. i. rumah siap pahat berbunyi ii. mulut manusia lebih tajam daripada mata pedang / terlajak perahu boleh diundur, terlajak kata buruk padahnya. iii. anak buah Latihan 1: Beri maksud peribahasa yang diberi di bawah dan bina ayat daripada peribahasa tersebut. 1. bagaikan kera mendapat bunga 2. kerana lembu seekor membawa lumpur, semuanya terpalit 3. burung terbang dipipiskan lada 4. menegakkan benang yang basah 5. bagaikan telur dihujung tanduk 6. ular menyusur akar tidak akan hilang bisanya 7. bagaikan tikus jatuh di kepuk 8. matinya semut kerana gula 9. air dicincang tidak akan putus 10. bagaikan embun di hujung rumput

Latihan 2: Beri maksud peribahasa yang diberi di bawah dan bina ayat daripada peribahasa tersebut. 1. seperti mendukung biawak hidup 2. sudah jatuh ditimpa tangga 3. kera di hutan disusukan, anak di rumah mati kelaparan 4. ditelan mati emak, dibuang mati bapak 5. kalau tidak berada-ada, masakan tempua bersarang rendah 6. bagaikan anjing dengan bayang-bayang 7. sekilas ikan di air, sudah kutahu jantan betina 8. genggam bara api biar sampai menjadi arang 9. bagai mencurah air ke daun keladi 10. kuman di seberang laut Nampak, gajah di depan mata tak Nampak Latihan 3: Beri maksud peribahasa yang diberi di bawah dan bina ayat daripada peribahasa tersebut. 1. Bagaikan lalat mengharung najis/ tahi 2. Seperti cendawan tumbuh selepas hujan 3. sehari sehelai benang, lama-lama menjadi kain 4. seperti pelanduk dua serupa 5. melentur buluh biarlah dari rebungnya 6. seperti ular kena palu 7. mati semut kerana gula 8. bagai mendapat durian runtuh 9. umpama tidur sebantal tetapi mimpi lain-lain 10. mendengar guruh di langit, air tempayan dicurahkan ------------------------------------------------------------------------------JAWAPAN LATIHAN 1 HINGGA 3 SILA KLIK SINI !!!!! ------------------------------------------------------------------------------Latihan 4: Beri peribahasa yang sesuai dengan ayat yang dinyatakan tersebut. 1. Kata-kata dan janji manis yang diberi oleh calon yang bertanding dalam pilihanraya itu tidak disukai oleh penduduk di kawasan itu kerana janji yang ditabur tersebut mempunyai maksud yang tertentu. 2. Selepas pertandingan memilih calon wakil rakyat itu berakhir, semua pihak yang bermusuhan telah berbaik-baik semula seperti sediakala. 3. Walaupun sudah sepuluh tahun berhijrah ke luar negara untuk mencari rezeki, namun kehidupan Encik Hamreesh masih juga susah apabila dia pulang ke kampung halamannya.

4. Walaupun berbadan besar dan kelihatan garang namun sebenarnya Encik Lin Cheng Heng seorang yang baik hari dan lemah lembut. 5. Walaupun cuba keluarga Encik Yow Weng Fai cuba menyembunyikan kisah anaknya terlibat dalam rasuah, namun akhirnya rahsia tersebut tersebar juga kepada orang ramai. 6. Hanya Chan Wei Jian sahaja yang nakal di kelas itu tetapi semua pelajar di sekolah itu menganggap pelajar kelas tersebut sebagai kelas pelajar-pelajar nakal. 7. Walaupun asalnya How Huai Lam seorang pelajar yang lembam namun setelah diajar dengan bersungguh-sungguh oleh guru-gurunya, akhirnya dia berjaya dalam peperiksaan itu dengan cemerlang. 8. Santos seorang pelajar yang tidak tahu bermain badminton tetapi cuba mengambil bahagian dalam pertandingan badminton peringkat Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur. 9. Setelah merantau di India lebih tujuh tahun, akhirnya Cik Liew Poh En pulang dan menetap semula di kampungnya yang terletak di Negeri Sembilan. 10. Perbuatan Tong Kuan Yee menasihati kekasihnya yang bernama Wong Du Hou itu supaya berhenti merokok sia-sia sahaja kerana tidak diendahkan sama sekali oleh Wong Du Hou. Latihan 5: Beri peribahasa yang sesuai dengan ayat yang dinyatakan tersebut. 1. Encik Surinder meminta pelajarnya bernama Khor Chean Foo membaiki komputernya tetapi akhirnya komputer itu semakin rosak teruk dan tidak dapat digunakan sama sekali. 2. Perbuatan Mathews itu sungguh melampau kerana dia menggunakan Santos untuk memikat hati adik perempuan Santos yang cantik itu. 3. Pada waktu hampir senja barulah para pelajar tingkatan satu dan tingkatan peralihan berduyun-duyun pulang ke rumah masing-masing. 4. Oleh sebab terlalu mengikut rasa marah setelah dirotan oleh guru disiplinnya akibat berambut panjang, Tan Yee Voong menyepak tiang gol itu sehingga menyebabkan kakinya patah. 5. Walaupun berani dan bijak dengan selok-belok di hutan itu tetapi Gan Yang tidak menunjuknunjuk kemampuannya itu kepada peserta perkhemahan tersebut. 6. Sejak pengurus itu bersara bersara, Michele Tan yang memangku jawatannya semakin sombong dan bersifat kejam kepada pekerja-pekerja bawahannya. 7. Sebagai rakyat negara asing yang berhijrah ke Malaysia untuk mencari rezeki, pendatang asing mestilah menghormati undang-undang yang diguna pakai di Malaysia.

8. Tidak ada apa-apa yang lebih dipercayai dan bermakna oleh seseorang itu kecuali janji-janji yang telah diucapkannya kepada mereka. 9. Walaupun hanya memenangi pertandingan membaca berita peringkat sekolah namun berita kemenangan Lim Weng Hoi itu tersebar ke seluruh daerah Cheras. 10. Walaupun berbadan kecil dan kurus namun semua pelajar takut akan Azila yang garang dan pandai bersilat itu. Latihan 6: Bagi setiap satu petikan yang diberi di bawah, kemukakan 3 peribahasa yang sesuai dengan cerita dan situasi tersebut. 1. Perbuatan Poon Ooi Yee memang tidak dapat dimaafkan. Ayahnya, Encik Poon Tan Chook benar-benar kecewa akan tindakan anak kesayangannya. Encik Poon sentiasa memenuhi kehendak Poon Ooi Yee dan menjaganya dengan penuh kasih sayang. Tindakan Poon Ooi Yee menjual kereta Mercedes milik Encik Poon tanpa pengetahuannya sangat melampau. Hancur luluh hati isteri Encik Poon yang turut menyayangi anak tunggalnya itu. Dia tidak menyangka kebaikan yang telah diberi kepada Poon Ooi Yee selama itu dibalas dengan perbuatan yang tidak baik tersebut. Encik Poon berjanji akan menghukum anaknya yang tidak tahu mengenang budi dan jasa keluarganya itu. Perbuatan Poon Ooi Yee itu sungguh tidak bertanggungjawab. 2. Penduduk Taman Taynton View tidak mempercayai kata-kata pegawai itu kerana bagi mereka, kata-katanya mempunyai maksud tertentu. Mereka sudah serik dengan janji manis yang ditaburkan oleh pegawai itu dahulu. Sebenarnya pegawai itu pandai berkata-kata dengan menabur janji palsu bahawa penduduk taman itu akan menjadi jutawan sekiranya menjual tanah mereka untuk projek yang bakal dijalankan. Walau bagaimanapun, penduduk di taman itu kecewa kerana pegawai itu tidak dapat menyelesaikan tugas yang diamanahkan dan melakukan kerja itu separuh jalan. Sebelum itu penduduk berharap agar tugas yang dilakukan oleh pegawai itu dapat disempurnakannya. 3. Sikap Koh Shu Yin yang selalu ponteng kerja tidak disenangi oleh majikannya. Rakanrakannya telah menasihatinya agar tidak mengulangi perbuatan buruk itu tetapi nasihat mereka sia-sia belaka. Malahan Koh Shu Yin mula berani tidur ketika majikannya tiada di pejabat. Pada satu hari, perbuatan buruk Koh Shu Yin tidak dapat disembunyikan lagi. Dia telah dimarahi oleh majikannya. Pada bila-bila masa sahaja dia boleh dibuang kerja. Nasibnya kini bergantung kepada budi bicara majikannya. Latihan 7: Bagi setiap satu petikan yang diberi di bawah, kemukakan 3 peribahasa yang sesuai dengan cerita dan situasi tersebut. 1. Dalam keadaan sedih bercampur gembira, Lim Pei Pei akan menempuh alam perkahwinan mendahului kakaknya yang sulung. Bakal suaminya pula bukanlah sebangsa atau rakyat

Malaysia tetapi berasal dari negara barat iaitu seorang rakyat Perancis. Selepas berkahwin, bakal suaminya akan membawanya bercuti selama dua minggu ke Eropah. 2. Setelah meninggalkan kampung halamannya lebih daripada 20 tahun, tiba-tiba Kou Chee Pet mengambil keputusan untuk pulang ke kampung bagi menabur khidmat baktinya sebagai guru. Kata beliau, walaupun dia beroleh pelbagai kesenangan ketika bertugas di bandar, namun keseronokan yang diperolehnya di kampung tidak sama dengan keseronokan ketika bertugas di Bandar. Setelah kepulangannya ke kampung itu, beliau telah menjadi tajuk perbualan masyarakat kerana beliau merupakan seorang guru yang berdedikasi. 3. Sikap Yow Weng Fai yang malas amat dibenci oleh ibu bapanya terutama dalam aspek pelajaran. Sekali suruh barulah dia mahu memegang buku. Jika tidak, dia sentiasa asyik tidur. Cikgunya iaitu Encik Nazri sering menasihatinya bahawa semua pelajar boleh mencapai kejayaan yang cemerlang dalam peperiksaan. Walaupun seseorang itu sangat lemah dalam pelajaran, namun jika mereka berusaha, mereka pasti akan Berjaya. Perkara yang penting ialah seseorang itu mesti mempunyai kemahuan. Jika kita tidak mempunyai kemahuan atau keinginan, sudah tentulah kita tidak akan berjaya. ----------------------------------------------------------------------------JAWAPAN LATIHAN 4 HINGGA 7 SILA KLIK DI SINI !!!!!!!!!!!!!!!! ----------------------------------------------------------------------------LATIHAN TAMBAHAN PERIBAHASA Beri maksud peribahasa di bawah: 1. ikut resmi padi, makin tunduk makin berisi 2. baik membawa resmi padi daripada membawa resmi lalang 3.buat baik berpada-pada, buat jahat jangan sekali 4. harimau mati meninggalkan belang, manusia mati meninggalkan nama 5. hidup kayu biar berbuah, hidup manusia biar berjasa 6. kalau asal benih yang baik, jatuh ke laut menjadi pulau 7. umpama mintak setitik, di laut sekalipun timbul juga 8. alang-alang menyeluk pekasam, biar sampai ke pangkal lengan 9. bagai lebah menghimpun madu 10. cepat kaki, ringan tangan 11. genggam bara api biar sampai jadi arang 12. kalau tidak dipecahkan ruyung, manakan dapat sagunya 13. malas bergarit perut perit 14. malu berkayuh perahu hanyut, malu bertanya sesat jalan 15. seperti anai-anai makan kayu 16. yang bulat tak datang bergolek, yang pipih tak datang melayang 17. bagai beliung dengan asahan 18. biduk berlalu kiambang bertaut 19. buang yang keruh ambil yang jernih 20. cubit peha kanan peha kiri terasa juga

21. enggang dengan enggang, pipit dengan pipit, baru boleh terbang bersama 22. ibarat telur semangkuk/ sesangkar, pecah sebiji pecah semua 23. ikan di laut, asam di darat, di dalam periuk bertemu juga 24. jauh bau bunga, dekat bau tahi 25. kalau bertepuk sebelah tangan tidak akan berbunyi 26. mati anak berkalang bapa, mati bapa berkalang anak 27. seperti pungguk rindukan bulan 28. ikut hati mati, ikut rasa binasa 29. nasi sudah menjadi bubur 30. sesat di hujung jalan, balik ke pangkal jalan 31. sudah terantuk baru tengadah 32. air yang tenang jangan disangka tiada buaya 33. alah membeli menang memakai 34. berjalan pelihara kaki, bercakap pelihara lidah 35. biar titik jangan tumpah 36. cencaru makan petang 37. cakap siang pandang-pandang, cakap malam dengar-dengar 38. cicir dipungut, hilang di cari 39. ukur baju di badan sendiri 40. sediakan paying sebelum hujan 41. sekali jalan terkena, dua kali jalan tahu 42. seperti air dalam kolam 43. terlajak perahu boleh diundur, terlajak kata buruk padahnya 44. cacing hendak menjadi naga 45. membujur lalu melintang patah 46. bulat air kerana pembentung, bulat kata kerana maufakat 47. hati gajah sama di lapah, hati nyamuk sama dicicah 48. ke bukit sama di daki ke lurah sama dituruni 49. air orang disauk, ranting orang dipatah, adat orang diturut 50. di mana bumi dipijak, di situ langit dijunjung 51. hidup dikandung adat, mati dikandung tanah 52. kerbau dipegang talinya, manusia dipegang janjinya 53. masuk kandang kerbau menguak, masuk kandang kambing mengembek 54. seperti kerbau dicucuk hidung 55. seperti belut pulang ke lumpur 56. seperti gagak pulang ke benua 57. seperti ikan pulang ke lubuk 58. setinggi-tinggi bangau terbang, hinggap di belakang kerbau juga 59. jangan bermain di air keruh 60. ke tengah boleh, ke tepi pun boleh 61. diam ubi berisi, diam besi berkarat

62. bagaikan harimau sembunyikan kuku 63. jauhari juga yang mengenal manikam 64. kalau kail panjang sejengkal, lautan dalam jangan diduga 65. duduk sama rendah, berdiri sama tinggi 66. air yang dingin juga dapat memadamkan api 67. bagai menjaga intan dicanai 68. karam sambal oleh belacan 69. kasih ibu sepanjang jalan, kasih anak sepanjang pegangan 70. kasihkan anak tangan-tangankan, kasihkan isteri tinggal-tinggalkan 71. bagai menatang minyak yang penuh 72. bagai ditatang di anak lidah 73. kalau pandai meniti buih, selamat badan sampai seberang 74. pandai menyelam air dangkal 75. timba air mandikan diri 76. yang tegak disokong, yang lemah ditopang 77. bagai duduk dengan cupak dan gantang 78. seduit dibelah tujuh 79. menarik rambut dalam tepung, rambut jangan putus tepung jangan terserak 80. umpama jari di tangan ada bercincin ada tidak 81. nafsu-nafsi beraja di mata, bersultan di hati 82. orang berdendang di pentasnya, orang beraja di hatinya 83. bagai kaduk naik junjung 84. bagai laying-layang terputus talinya 85. alah bias tegal biasa 86. ditelan mati emak, diluah mati bapa 87. beras secupak tak akan jadi segantang 88. kerana nyamuk seekor kelambu dibakar 89. bagaikan hidup segan mati tak mahu 90. bagaikan itik pulang petang

Perkataan hampir sama bunyi.Membina perkataan hampir sama bunyi: Perhatian: 1. Jangan lakukan kesalahan tatabahasa atau ejaan. ( potongan setengah markah ) 2. Jangan letakkan sebarang imbuhan pada kata yang diberikan. ( 0 markah ) 3. Jangan gandakan kata yang diberikan. ( 0 markah ) 4. Jangan bentuk Kata Nama Khas daripada kata yang diberikan. ( 0 markah ) 5. Jangan gunakan kata yang diberikan sebagai simpulan bahasa atau cogan kata. ( 0 markah ) 6. Jangan bentuk kata yang diberikan sebagai kata majmuk. ( 0 markah ) 7. Untuk kata nama tidak berimbuhan, anda boleh menggunakan ayat dialog: Contohnya - tebang ("Jangan tebang pokok buluh itu", kata Chong Meng.) 8. Jangan buat ayat yang tidak menunjukkan makna. ( 0 markah ) Contohnya - tebang (Saya bertanya guru saya maksud perkataan tebang.) Bina ayat daripada perkataan yang diberi di bawah bagi menunjukkan anda faham penggunaan dan maksudnya.

1. hemah / hemat 2. kerangka / rangka 3. perap / perah 4. melarik / melirik 5. mentaksir / mentafsir 6. menjurus / menjirus 7. mengubah / menggubah 8. menghembuskan / menghemburkan 9. menatap / meratap 10. meraung / melaung 11. menyumpah / menyampah 12. rencam / rencah 13. diharap / digarap 14. laksana / laksamana 15. sering / seiring

16. menghidap / menghadap 17. secocok / secucuk 18. sasaran / sesaran 19. tergolong / tergulung 20. sepadan / sempadan 21. persatuan / penyatuan 22. menembuk / menembok 23. sembang / sumbang. 24. menyeluruh / menyeloroh 25. belot / belut 26. mengindahkan / mengendahkan 27. menyerap / mencerap 28. mengabaikan / mengaibkan 29. tapak / tepak 30. menyuraikan / menyuarakan 31. bertitah / bertatah 32. gumpal / gempal 33. mencolek / menculik 34. memerah / memeras 35. melencong / melancong 36. bertelur / bertelor 37. berkenan / berkenaan. 38. menempa / menempah 39. menyurut / menyorot 40. melagakan / melegakan 41. melayukan / melayurkan 42. mengibas / mengimbas 43. pedalaman / pendalaman 44. merimaskan / meramaskan 45. benteng / beting

46. menuntun / menonton 47. pujuk / pojok. 48. beradat / beradab 49. hempas / hampas 50. lengan / lengang 51. tabik / tabib 52. resmi / rasmi 53. padan / pandan 54. perah / perap

Jawapan: Perkataan hampir sama bunyiContoh ayat bagi perkataan hampir sama bunyi. 1. hemat - Pada hemat saya, mesyuarat hari ini amat perlu ditangguhkan dahulu. ....hemah - pelajar itu memiliki hemah yang terpuji. 2. kerangka - Kerangka bangunan itu hampir siap dibina dengan menggunakan kayu. ....rangka - Mereka menemui rangka manusia di tepi sungai itu. 3. perap - "Jangan perap daging ayam itu terlalu lama", kata ibu kepadaku. ....perah - "Tolong perah kain basah itu sebelum dijemur", kata emak kepada kakak. 4. melarik - Saya melarik buluh itu dengan pisau supaya licin dan kemas. ....melirik - Gadis itu melirik sambil tersenyum kepada Encik Santosh. 5. mentaksir - Pegawai itu mentaksir pendapatannya pada setiap tahun. ....mentafsir - Saya cuba mentafsir kata-kata yang diucapkan kepada saya tadi. 6. menjurus - Soalan itu menjurus pada soalan bentuk pilihan. ....menjirus - Hayati menjirus badannya dengan air untuk menghilangkan panas. 7. mengubah - Lin Cheng Heng mengubah meja itu ke belakang kelas. ....menggubah - Ajila Ajijul menggubah lagu untuk ibunya yang tersayang. 8. menghembuskan - Yow Weng Fei menghembuskan nafas terakhirnya petang semalam. ....menghemburkan - Pemuda itu menghemburkan kata-kata kesat kepada pemandu bas. 9. menatap - Hamreesh menatap muka gurunya yang bengis itu. ....meratap - Jibon meratap dengan sedih apabila bapanya meninggal dunia. 10. meraung - Hak Le meraung kesakitan apabila kakinya tersepak batu. ......melaung - Mathew melaung dengan kuat sambil memanggil nama Jibon. 11. menyumpah - Peter menyumpah pelajar yang suka berludah di atas lantai itu. ......menyampah - Cikgu menyampah melihat pelajar yang suka berbual di dalam kelas. 12. rencam - Dia melakukan tugas-tugas rencam di pejabat pada setiap hari. ......rencah - Suka duka merupakan rencah kehidupan manusia di muka bumi ini. 13. diharap - Santoshlah yang diharap mewakili sekolah dalam acara badminton. ......digarap - Puisi itu digarap dengan penuh teliti dan kreatif. 14. laksana - Mukanya berseri-seri laksana bunga mawar yang sedang berkembang. ......laksamana - Hang Tuah menjadi laksamana semasa pemerintahan Sultan Muzaffar.

15. sering - Peter sering ponteng sekolah kerana berkunjung ke kafe siber. ......seiring - Tong Mang Kok berlari seiring dengan pelumba dari Johor itu. 16. menghidap - Yow Weng Fei menghidap selesema H1N1 sejak minggu lepas. ......menghadap - Dia menghadap ke tingkap sambil memerhatikan burung berkicau. 17. secocok - Pasangan pengantin baru itu sungguh secocok. ......secucuk - Santosh makan secucuk sate yang dibelinya di kedai Pak Mat. 18. sasaran - Tendangan penalti pemain Mancister itu menepati sasaran. ......sesaran - Proses mampatan akan menghasilkan sesaran pada lapisan bumi. 19. tergolong - Malaysia tergolong dalam kumpulan negara sedang membangun. ......tergulung - Semasa saya tiba, tikar getah itu masih tergulung dengan rapi. 20. sepadan - Pasangan kekasih di atas kerusi itu amat sepadan. ......sempadan - Sungai Muar menjadi sempadan di antara Johor dengan Melaka. 21. persatuan - "Kamu mesti menghadiri aktiviti persatuan pada petang ini", katanya. ......penyatuan - Penyatuan masyarakat hanya akan terbentuk jika ada sikap menghormati. 22. menembuk - Cik Mat menembuk kertas itu dengan menggunakan jarum. ......menembok - Pihak sekolah akan menembok kawasan tepi sekolah dengan tembok batu. 23. sembang - "Buat kerja kamu dan jangan sembang sahaja", kata Encik Kulasingam. ......sumbang - "Suara nyanyian kamu tadi amat sumbang sekali", kata pengadil itu. 24. menyeluruh - Kemajuan di kampung ini akan dilaksanakan secara menyeluruh. ......menyeloroh - Sikapnya yang suka menyeloroh membuat kami tidak kering gusi. 25. belot - "Kami telah menangkap mereka yang belot itu", kata ketua tentera itu. ......belut - Pak Kasim berjaya menangkap tiga ekor belut di tepi sungai tersebut. 26. mengindahkan - Pihak kerajaan telah mengindahkan kawasan bandar bagi menarik pelancong. ......mengendahkan - Yow Meng Thoi tidak mengendahkan nasihat yang diberi oleh ibunya. 27. menyerap - Tumbuh-tumbuhan hijau akan menyerap gas Karbon Dioksida. ......mencerap - Pengetua sedang mencerap pelajar di kelas 5 Sains 2. 28. mengabaikan - Kita tidak boleh mengabaikan pelajaran kita. ......mengaibkan - Perbuatan buruknya itu telah mengaibkan keluarganya sendiri. 29. tapak - Tapak bangunan lama itu akan dimajukan sebagai pusat pelancongan. ......tepak - Encik Gundu memberi tiga biji tepak berisi sireh kepada tetamunya.

30. menyuraikan - Encik Chew telah menyuraikan pelajar yang berkumpul di kantin. ......menyuarakan - Dia menyuarakan kekesalannya kerana tidak dapat hadir semalam. 31. bertitah - Sultan Maarof sedang bertitah di atas singgahsana. ......bertatah - Rantai leher yang dipakainya bertatah berlian dan permata. 32. gumpal - Kami menemui tiga gumpal wang kertas lama di dalam gua itu. ......gempal - Badannya kelihatan agak gempal dan kulitnya keputih-putihan. 33. mencolek - Adik mencolek sedikit kek itu dengan jarinya. ......menculik - Penjahat itu menculik anak Encik Tong untuk mendapatkan tebusan. 34. memerah - Hamreesh sedang memerah susu kambing di belakang rumahnya. ......memeras - "Jangan cuba untuk memeras pelajar yang lemah", kata Encik Chew. 35. melencong - Pagi itu dia tidak ke sekolah tetapi melencong ke tempat lain. ......melancong - Pada cuti penggal pertama dia melancong ke Bangkok. 36. bertelur - Penyu itu sedang bertelur di tepi pantai. ......bertelor - Pemuda itu bertutur dengan bertelor Kelantan. 37. berkenan - Ibu amat berkenan dengan baju yang bercorak batik itu. ......berkenaan - Ceramah itu adalah berkenaan dengan penyalahgunaan dadah. 38. menempa - Ahli sukan itu telah menempa nama dalam bidang karate. ......menempah - Puan Chong menempah makanan daripada pekerja di kantin itu. 39. menyurut - Air banjir di kampung itu semakin menyurut sejak semalam. ......menyorot - Pada waktu lapang, dia suka menyorot sajak-sajak di buku lama itu. 40. melagakan - Dialah yang telah melagakan Ah Chong dengan Ayapan sehingga bergaduh. ......melegakan - Air kelapa itu dapat melegakan tekak yang kering. 41. melayukan - Cuaca panas itu melayukan sayur-sayuran yang ditanamnya. ......melayurkan - Ibu melayurkan ulam-ulaman itu ke dalam air yang sedang mendidih. 42. mengibas - Chong Jun Nam mengibas habuk di badannya dengan menggunakan tuala. ......mengimbas - Hilmi mengimbas kembali kenangan manisnya ketika bersama Hayati. 43. pedalaman - Kawasan pedalaman di Sabah akan dilengkapi dengan jalan raya. ......pendalaman - Kerja pendalaman sungai itu menelan belanja yang amat tinggi. 44. merimaskan - Cuaca yang panas ini amat merimaskan para pelajar. ......meramaskan - beliau meramaskan limau itu kedalam air lalu digunakan sebagai air mandian. 45. benteng - Pasukan Chalsi membina benteng untuk menyekat kemaraan penyerang pasukan

Mancister. ......beting - Beting di tepi pantai itu terhakis apabila dilanda ombak besar. 46. menuntun - Ibu menuntun tangan adik ketika melintas jalan. ......menonton - Setiap malam, dia akan menonton rancangan berita di televisyen. 47. pujuk - Budak yang sedang menangis itu telah kami pujuk. ......pojok - Di pojok bilik itu terdapat sebuah kerusi dan sebuah meja lama. 48. beradat - Hidup kita mestilah beradat agar dihormati oleh orang lain. ......beradab - Hong Wei seorang pelajar yang tidak beradab dan sombong. 49. hempas - Gelas itu saya hempas ke lantai sehingga pecah. ......hampas - Semua hampas kelapa itu boleh dijadikan makanan ternakan. 50. lengan - Lengan Foo Siow Wooi luka kerana terkena kaca. ......lengang - Pada Hari raya, jalan raya di bandar raya itu amat lengang. 51. tabik - Tentera itu memberi tabik ketika diperiksa oleh ketuanya. ......tabib - Dia bertemu tabib untuk mengubati penyakitnya. 52. resmi - Sudah menjadi resmi manusia, suka berbelanja apabila banyak duit. ......rasmi - Majlis hari ini ialah majlis yan