aturcara mesyuarat
Embed Size (px)
TRANSCRIPT


1
Assalamualaikum WBT dan Salam Sejahtera.
Tahniah kepada Yang DiPertua KESUMBA, barisan Ahli Jawatankuasa Induk dan semua ahli KESUMBA kerana sentiasa memastikan
KESUMBA bergiat aktif melaksanakan aktiviti yang memberi manfaat kepada ahli dan warga UMS.
Saya pasti kejayaan ini adalah disebabkan oleh komitmen semua pihak untuk melaksanakan amanah yang diberi dengan penuh dedikasi dan bertanggungjawab. Pasukan yang mantap akan berupaya membawa persatuan ke tempat yang lebih jauh dan kekal cemerlang. Saya berharap usaha KESUMBA akan terus berterusan demi memastikan kelab ini terus relevan.
Tahniah juga kepada semua pihak yang telah berjaya melaksanakan mesyuarat agung kali ini dan saya doakan agar KESUMBA sentiasa meneruskan legasi kecemerlangan dengan berpegang kepada moto “Maju Sehati.”
Akhir kata, selamat bermesyuarat saya ucapkan. Semoga pertemuan dalam mesyuarat kali ini akan membawa kepada penambahbaikan berterusan kepada KESUMBA melalui musyawarah bersama ahlinya.
Sekian, terima kasih.
PROF. DATUK DR. MOHD HARUN ABDULLAHNaib CanselorMerangkap Penasihat KESUMBA
Kata Aluan
Mesyuarat Agung Tahunan KESUMBA Kali Kesembilan Belas [MAT kali ke-19]

2
Buku Atur Cara
Assalamualaikum WBT dan Salam Sejahtera.
Syukur ke hadrat Allah SWT kerana dengan limpah dan kurnia-Nya sekali lagi kita berhimpun untuk menyempurnakan Mesyuarat Agung
Tahunan kali ke-19.
Setinggi penghargaan diucapkan kepada YBhg. Datuk Naib Canselor selaku penasihat yang sentiasa memberi sokongan dalam pelbagai bentuk kepada KESUMBA. Saya juga mengucapkan ribuan terima kasih kepada Jawatankuasa Induk KESUMBA yang sentiasa komited merealisasikan setiap aktiviti yang dirancang.
Saya juga ingin mengucapkan tahniah dan terima kasih kepada barisan Ahli Jawatankuasa Pelaksana Mesyuarat Agung Tahunan KESUMBA kali ke-19 yang telah berjaya memastikan mesyuarat kali ini dapat dilaksanakan.
Akhir kata, selamat bersidang saya ucapkan kepada semua dan harapan saya biarlah mesyuarat ini dijadikan tempat untuk ahli menyuarakan cadangan dan pandangan bagi memastikan kelab bergerak seiring dengan suara ahli.
Sekian, terima kasih.
DATIN BAIDAH IBRAHIMYang DiPertua KESUMBA
Kata Aluan
Buku Atur Cara

3
Mesyuarat Agung Tahunan KESUMBA Kali Kesembilan Belas [MAT kali ke-19]
Assalamualaikum WBT dan Salam Sejahtera.
Syukur alhamdulillah, KESUMBA dapat melaksanakan Mesyuarat Agung ke-19 kali ini. Semoga platform ini akan dapat menjadi wadah kepada
ahli untuk berkongsi pandangan dan idea demi memberi kecemerlangan kepada kelab ini.
Dalam tempoh setahun selepas mesyuarat yang lalu, pelbagai aktiviti telah dijalankan. Tahniah dan terima kasih kepada ketua-ketua biro dan pasukan masing-masing yang telah berjaya menjalankan aktiviti yang dirancang. Terima kasih juga kepada ahli yang sentiasa komited menyertai aktiviti KESUMBA.
Kepada Ahli Jawatankuasa Pelaksana MAT kali ke-19 ini, penghargaan tidak terhingga diucapkan atas kerjasama dan komitmen kalian sepanjang persediaan dan semasa mesyuarat ini dijalankan.
Sekian.
“MAJU SEHATI”
NORTI HJ. SIRIN Setiausaha KehormatMerangkap Pengerusi Pelaksana MAT ke-19
Kata Aluan
Mesyuarat Agung Tahunan KESUMBA Kali Kesembilan Belas [MAT kali ke-19]

4
Buku Atur Cara
JAWATANKUASA INDUK KESUMBA 2015-2017
PenaungYang Amat Berbahagia
Toh Puan Datuk Seri Panglima Hajah Norlidah Datuk R.M. JasniPenasihat
Prof. Datuk Dr. Mohd. Harun bin AbdullahYang DiPertua
Datin Baidah IbrahimTimb. Yang DiPertua
Puan Roha AsmaraSetiausaha KehormatCik Norti Hj. Sirin Pen. S/U Kehormat
Puan Norazah Hamzah Bendahari Kehormat
Puan Silawati KhamisPenolong Bendahari Kehormat
Cik Liana Nasir
KETUA-KETUA BIRO
Pendidikan dan Pelajaran Puan Stella @ Nurul Martini Gontol Ekonomi dan Kepenggunaan Puan Siti Aysha Rainawaty Abd Rashid Hal Ehwal Agama dan Kebajikan Puan Siti Khadizah YaakubKesenian dan Kebudayaan Puan Harniwaty Ahmad AliPenerangan dan Perhubungan Puan Feria LeeSukan, Sosial dan Rekreasi Cik Erna JefrenPengerusi KESUMBA KAL Puan Hayati Salleh Baihaki Juruaudit Puan Saima Ismail Dr. Noor Fzlinda FabeilPemegang Amanah Dr. Noraini Abdullah Puan Berbiche MariamaPuteri KESUMBA Puan Nurul Izza Nordin

5
Mesyuarat Agung Tahunan KESUMBA Kali Kesembilan Belas [MAT kali ke-19]
JAWATANKUASA PELAKSANA MAT KE- 19
PENAUNG : YBhg. Prof. Datuk Dr. Mohd. Harun AbdullahPENASIHAT : YBhg. Datin Baidah IbrahimPENGERUSI : Cik Norti Hj. SirinSETIAUSAHA : Puan Norazah HamzahURUS SETIA : Cik Valentina SalimanBENDAHARI : Puan Silawati@Ken Silawati KhamisPENOLONG BENDAHARI : Cik Liana Nasir
JAWATANKUASA JEMPUTAN, PROTOKOL DAN PROMOSIPuan Hayati Salleh Baihaki (Ketua)
Cik Noor Azmawati Noorzain
JAWATANKUASA PENDAFTARANPuan Junainah Ismail (Ketua)
Puan Bibah Ibeh Puan Nor Farizah Raina Yahya
JAWATANKUASA CENDERAMATA Puan Nurul Izza Md. Nordin
JAWATANKUASA PAMERAN DAN JUALANPuan Siti Khadizah Yaakub
JAWATANKUASA LOGISTIK, PERSIAPAN TEMPAT DAN AUDIOPuan Elizabeth Malanjun (Ketua)
Puan Sainah Mustakim
JAWATANKUASA JAMUANPuan Stella @ Nurul Martini Gontol (Ketua)
FLOOR MANAGERCik Erna Jefren
PENGACARA MAJLISPuan Shanty @ Felicia Ripah
PENGERUSI MESYUARATProf. Dr. Hjh. Arsiah Bahron

6
Buku Atur Cara
ATUR CARA MAJLISATUR CARA PERASMIAN MESYUARAT AGUNG TAHUNAN KESUMBA
KALI KE-19 [MAT-19]24 Jun 2016 (Jumaat) |1.00petang | Galeri Majlis, Aras 3, Bangunan Canselori
MASA ACARA1.00petang Ketibaan ahli KESUMBA2.00petang Ketibaan Datin Baidah Ibrahim, YDP KESUMBA 2.10petang Ketibaan jemputan dan Pegawai Utama
2.20petang Ketibaan Prof. Datuk Dr. Mohd. Harun Abdullah, Naib Canselor, merangkap Penasihat KESUMBA
2.30petang
2.50petang
Majlis Perasmian MAT-19 bermula- Nyanyian lagu ‘Negaraku’- Nyanyian lagu ‘Sabah Tanah Airku’ - Bacaan Doa- Ucapan Aluan/Dasar oleh Yang DiPertua KESUMBA YBhg. Datin Baidah Ibrahim- Ucapan Perasmian oleh Penasihat KESUMBA YBhg. Prof. Datuk Dr. Mohd. Harun Abdullah, Naib Canselor, merangkap Penasihat KESUMBA- Tayangan montaj KESUMBA - Penyampaian cenderamata - Nyanyian lagu ‘Maju Sehati’- Majlis dijangka selesai
ATUR CARA SEMASA MAT-1924 Jun 2016 (Jumaat) |3.00petang | Galeri Majlis, Aras 3, Bangunan Canselori
Masa Acara3.00petang -Mesyuarat agung bermula
-Pembukaan oleh Pengerusi Mesyuarat-Pelantikan Pencatat Minit Mesyuarat-Mengesahkan Minit Mesyuarat Agung KESUMBA kali ke-17-Membincangkan perkara-perkara berbangkit mesyuarat lalu-Pembentangan Laporan Tahunan 2015 oleh Setiausaha Kehormat KESUMBA-Pembentangan Laporan Kewangan 2015 oleh Bendahari Kehormat-Pembentangan dan perbahasan usul (sekiranya ada)-Ucapan penangguhan Mesyuarat MAT-19 oleh Yang DiPertua KESUMBA-Nyanyian lagu KESUMBA ‘Maju Sehati’-Bersurai-Cabutan bertuah -Penyerahan door gift
4.00petang -Mesyuarat dijangka selesai

7
Mesyuarat Agung Tahunan KESUMBA Kali Kesembilan Belas [MAT kali ke-19]
MAJU SEHATI
Di sudut yang gemilangLahir sebutir mutiara
Namamu kecilNamun jiwa besar
Lambang kekuatan serikandi bangsa
Bertekad dan berjuangDalam persada pemodenan
Sepakat bersamaMenuju kejayaan
KESUMBA menghulur salam perkenalan
(Chorus)Jasa ditabur namamu diukirUntuk semua bukan sendiri
Menjadi panduan dan juga pedoman Maju sehati dan sejiwa
Kecil tua dan mudaBergandingan bahu bersama
Pangkat dan hartaBukanlah ukuran
KESUMBA maju sehati dan sejiwa
LAGU: PROF. MADYA ABDUL JAMAL ABD. HAMIDLIRIK: DR. ANDIKA AZIZ HUSSIN

8
Buku Atur Cara
Sekalung BudiUCAPAN PENGHARGAAN DAN SETINGGI TERIMA KASIH KEPADA:
YBHG. PROF. DATUK DR. MOHD. HARUN ABDULLAHNAIB CANSELOR UMS, MERANGKAP PENASIHAT KESUMBA
YBHG. DATIN BAIDAH IBRAHIMYANG DIPERTUA KESUMBA
SEMUA AHLI JAWATANKUASA INDUK KESUMBA
SEMUA JAWATANKUASA PELAKSANA MAT-19
SEMUA AHLI KESUMBA
SEMUA INDIVIDU YANG TERLIBAT SECARA LANGSUNG DAN TIDAK LANGSUNG DENGAN SEMUA AKTIVITI KESUMBA
SEMOGA KERJASAMA AKAN DAPAT DITERUSKAN DEMI KEBAIKAN BERSAMA
