athletic rules 2015

11
KEJOHANAN BALAPAN DAN PADANG MSSD MARAN KE 42 2015 TARIKH DAN MAKLUMAT PENTING TARIKH PERKARA 17/02 – 09/03/2015 Penghantaran Pendaftaran (E-mail: [email protected] ) 10/03/2015 Tarikh Tutup Pendaftaran 12/03/2015 Semakan & Cetakan uku Pertandingan (Sendiri) 13/03/2015 !e"#uarat Penguru" Pa"ukan Tak$imat Pega%ai e' hanan 23 2*/03/2015 +daran uku Pertandingan ,a"mi e' hanan a$apan & Padang 2

Upload: abi-ycl

Post on 05-Oct-2015

260 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

Peraturan Kejohanan Balapan & Padang Daerah Maran

TRANSCRIPT

KEJOHANAN OLAHRAGA

KEJOHANAN BALAPAN DAN PADANG MSSD MARAN KE 42 2015

TARIKH DAN MAKLUMAT PENTINGTARIKHPERKARA

17/02 09/03/2015Penghantaran Pendaftaran

(E-mail: [email protected])

10/03/2015Tarikh Tutup Pendaftaran

12/03/2015Semakan & Cetakan Buku Pertandingan (Sendiri)

13/03/2015Mesyuarat Pengurus Pasukan

Taklimat Pegawai Kejohanan

23-26/03/2015Edaran Buku Pertandingan Rasmi

Kejohanan Balapan & Padang

KEJOHANAN BALAPAN DAN PADANGMAJLIS SUKAN SEKOLAH -SEKOLAH DAERAH MARANKE 42 / 2015

PERATURAN DAN UNDANG-UNDANG PERTANDINGAN

1. UNDANG-UNDANG PERTANDINGAN

Kejohanan ini dijalankan mengikut Undang-Undang Kesatuan Balapan dan Padang Amatur Malaysia (KOAM), Peraturan-Peraturan Am MSSM, Peraturan-Peraturan Pertandingan Kejohanan Balapan dan Padang Majlis Sukan Sekolah Daerah Maran 2015.

2.ACARA-ACARA YANG DIPERTANDINGKAN DAN UKURAN SERTA TIMBANGAN ALAT-ALAT PERTANDINGAN

BILACARALELAKIPEREMPUAN

18T15T13T12T10T18T15T13T12T10T

1100 MXXXXXXXXXX

2200 MXXXXXX

3400 MXXXXXX

4800 MXXXXXX

51500 MXXXX

63000 M TERBUKA

75000 M TERBUKA

880 M L/PAGARX 0.762MX 0.762M

9100 M L/PAGARX 0.840MX 0.762M

10110 M L/PAGARX 0.992MX 0.914M

11200 M L/PAGARX 0.840MX 0.840MX 0.762MX 0.762M

12400 M L/PAGARX 0.914MX 0.762M

132000 M J/KAKITERBUKATERBUKA

143000 M J/KAKI TERBUKA

155000 M J/KAKI TERBUKA

16L/TinggiXXXXXXXXXX

17L/JauhXXXXXXXXXX

18L/KijangXXXX

19MELEMPAR CakeraX

1.50 kgX

1.00 kgX

1.00 kgX

1.00 kg

20MEREJAM LembingX

700 gmX

600 gmX

600 gmX

600 gmX

600 gmX

600 gm

21MELONTAR PeluruX 5.00 kgX

4.00 kgX

4.00 kgX 2.72kgX 2.00kgX

4.00 kgX

3.00 kgX

3.00 kgX

2.72 kgX 2.00kg

22B. T/BESI TERBUKA (4.55 kg)TERBUKA (4.00 kg)

234 x 100 M XXXXXX

244 x 200 MXX

254 x 400 MXXXX

jUMLAH18158941815984

2.1. Acara 80 M Lari Berpagar

Bilangan PagarTinggi PagarPagar 1 dari Garisan PermulaanPagar ke PagarPagar akhir Ke Garisan Penamat

80.762 M12 M8 M12 M

2.2.Acara 200 M Lari BerpagarKategoriBilangan PagarTinggi PagarPagar 1 Dari Garisan PermulaanPagar ke PagarPagar akhir

Ke Garisan

Penamat

L15 dan L13 Tahun50.840 mMengikut jarak 400m Lari Berpagar

P15 dan P13 Tahun50.762 m

2.3.Acara 4 X 200 M2.3.1.Pelari pertama akan gunakan lorong sendiri dan akan mula di garisan 1 stagger seperti pelari pertama dalam acara 4 X 400 M

2.3.2.Pelari kedua akan bersedia di garisan 1 stagger (garisan ini akan disediakan)

2.3.3.Pelari ketiga akan bersedia di garisan stagger (seperti pelari kedua dalam acara 4 X 400 M, sama dengan permulaan 800 M) selepas menerima baton dari pelari kedua, peserta ketiga mesti berlari di lorong masing-masing sehingga selekoh pertama dan kemudiannya ia boleh memotong masuk ke lorong pertama.

2.3.4.Pelari akhir akan bersedia di tempat penerimaan baton mengikut kedudukan pelari yang datang dan menerima baton dengan syarat ia tidak menghalang serta menolak peserta lain (semua peserta berada di lorong pertama 10 M di belakang permulaan 200 M)3.HADIAH - HADIAH

3.1.

Acara individu sehingga 1500 M: Pertama, Kedua dan Ketiga sahaja

3.2.

Acara individu 2000 M dan jarak lebih daripadanya: Pertama, Kedua, Ketiga, Keempat, Kelima dan Keenam.

3.3. Acara Pasukan: Empat pingat akan diberikan kepada setiap pasukan yang berjaya menduduki tempat Pertama, Kedua dan Ketiga.4.

CARA PERTANDINGAN

4.1. Setiap sekolah/zon adalah dibenarkan menghantar TIDAK LEBIH daripada dua (2) orang peserta bagi setiap acara individu dan satu (1) pasukan bagi acara lari berganti-ganti.

4.2 Bilangan maksimum penyertaan seseorang peserta adalah seperti berikut:

KUMPULAN UMURINDIVIDULARI BERGANTI-GANTI

18 tahun dan ke bawah3 termasuk acara terbuka2

15 tahun dan ke bawah2

13 tahun dan ke bawah

12 tahun dan ke bawah2 termasuk acara terbuka2

10 tahun dan ke bawah

4.3 Acara TERBUKA melebihi 1500 M hanya dibenarkan disertai oleh peserta-peserta yang berumur 12 tahun atau lebih pada 1 Januari tahun pertandingan4.4 Acara TERBUKA 2000 M Jalan Kaki hanya dibenarkan disertai oleh peserta-peserta yang berumur 10 tahun atau lebih pada 1 Januari tahun pertandingan

5. PENDAFTARAN PESERTA5.1.Pendaftaran peserta hendaklah dibuat pada atau sebelum 10hb. Mac 2015 dengan menggunakan Borang Penyertaan Rasmi. Borang Penyertaan Rasmi. Borang yang lengkap diisi hendaklah dihantar ke email [email protected]. Butir-butir tentang seseorang peserta hendaklah dilengkapkan dan disahkan oleh Setiausaha Agung Majlis Sukan Sekolah-Sekolah masing-masing.

5.2.Peserta yang hanya mengambil bahagian dalam acara Iari berganti-ganti juga mestilah didaftarkan.5.3Syarat Umur: Umur peserta dikira pada 1 JANUARI tahun pertandingan.

5.3.1Bawah 10 Tahun Peserta mesti dilahirkan pada atau selepas 1.1.20055.3.2Bawah 12 Tahun - Peserta mesti dilahirkan pada atau selepas 1.1.20035.3.3Bawah 13 Tahun - Peserta mesti dilahirkan pada atau selepas 1.1.20025.3.4Bawah 15 Tahun - Peserta mesti dilahirkan pada atau selepas 1.1.20005.3.5Bawah 18 Tahun - Peserta mesti dilahirkan pada atau selepas 1.1.19975.4Semua peserta kecuali peringkat umur 12 tahun dan ke bawah hendaklah bersedia menunjukkan kad pengenalan asal jika diminta oleh pihak pengelola pertandingan. Seseorang peserta yang hilang kad pengenalan mesti mempunyai dokumen JPN KP09/KPPK 09 dengan gambar ukuran pasport dari Jabatan Pendafataran Negara. Manakala peserta yang sedang memohon mendapatkan kad pengenalan kali pertama perlu menunjukkan dokumen JPN KP11/KPPK11 dengan gambar ukuran pasport dari Jabatan Pendaftaran Negara.

5.5 Semua peserta peringkat umur 12 tahun dan ke bawah hendaklah bersedia menunjukkan salinan sijil kelahiran yang disahkan oleh Pengetua / Guru Besar / Penolong Kanan sekolah peserta berkenaan.

5.6 Peserta yang mengambil bahagian hendaklah didaftarkan hanya pada satu peringkat umur sahaja yang dibenarkan dan tidak boleh didaftarkan pada peringkat umur yang lain.5.7 Semasa mesyuarat pengurus pasukan, satu salinan cetakan peserta bersepadu perlu dibawa dan dihantar. Hanya peserta yang berdaftar dengan e-press sahaja layak menyertai5.8 Peserta Tingkatan Enam Atas TIDAK BOLEH menyertai Kejohanan Balapan dan Padang MSSD Maran Kali ke 42, 2015.

6. PENGESAHAN PESERTA-PESERTA

6.1 Taklimat Pengurus-Pengurus Pasukan

Taklimat pengurus pasukan akan diadakan pada 13hb. Mac, 2015. Semasa taklimat ini hanya penarikan diri tanpa penggantian sahaja yang dibenarkan.6.2.Penarikan diri semasa kejohanan dijaIankan:

6.2.1.Jika didapati seseorang peserta setelah disahkan semasa taklimat pengurus-pengurus pasukan tidak mengambil bahagian dalam sesuatu acaranya KECUALI dengan mengemukakan surat pengesahan Pegawal Perubatan Kejohanan maka peserta itu dianggap menarik diri tanpa sebab. OIeh itu peserta tersebut tidak dibenarkan menyertai lagi mana-mana acara seterusnya yang didaftarkan atas namanya.

6.2.2.Seseorang peserta yang menarik diri daripada mana-mana acara selepas mengambil bahagian dalam pusingan awal tanpa surat pengesahan daripada Pegawai Perubatan Kejohanan adalah dianggap sebagai menarik diri daripada semua acara yang didaftarkan atas namanya.

6.2.3.Seseorang peserta yang menarik diri daripada mana-mana acara atas nasihat Pegawai Perubatan Kejohanan hanya boleh mengambil bahagian seterusnya dalam semua acara yang didaftarkan atas namanya dengan syarat peserta tersebut mengemukakan surat pengesahan daripada Pegawai Perubatan Kejohanan kepada Pengurus Kejohanan.

6.3.Penggantian dalam acara Iari berganti-ganti:6.3.1 Penggantian dalam acara Iari berganti-ganti dihadkan kepada 2 orang peserta yang didaftarkan dalam borang penyertaan rasmi. Peraturan ini meliputi penyertaan pada peringkat saringan (separuh akhir) hingga ke peringkat akhir.

7.

MELAPORKAN DIRI PESERTA

7.1.

Semua peserta hendaklah melaporkan diri sekurang-kurangnya 30 minit bagi acara balapan dan 45 minit bagi acara padang sebelum waktu acara berkenaan dijadualkan berlangsung. Selepas itu, mereka akan diiringi hingga ke tempat pertandingan oleh Penyelia Peserta.

7.2.

Peserta-peserta tidak dibenarkan melaporkan diri terus ke Pegawai Teknik dalam arena pertandingan.

7.3.Hebahan tentang panggilan peserta-peserta untuk melaporkan diri bagi acara mereka TIDAK AKAN DIBUAT. Maklumat meminta peserta melaporkan diri hanya disiarkan di papan kenyataan di tempat Penyelia Peserta. Hebahan hanya akan dibuat sekiranya terdapat sebarang pertukaran / pindaan dalam susunan acara atau program kejohanan.

7.4.Peserta-peserta hendaklah berpakaian lengkap dan nombor-nombor mereka mesti disematkan dengan pin pada setiap penjuru di baju Iari masing-masing di hadapan dan belakang kecuali bagi acara lompat tinggi boleh memakai nombor di hadapan sahaja.7.5. Peserta-peserta yang lewat melaporkan diri iaitu 15 minit sebelum acara mereka dimulakan, TIDAK AKAN DIBENARKAN mengambil bahagian dan dianggap telah menarik diri.

8.PROSEDUR MASUK DAN KELUAR ARENA PERTANDINGAN

8.1.Peserta-peserta hendaklah berbaris apabila dibawa masuk dan keluar dari arena pertandingan oleh Penyelia Peserta

8.2.Bagi acara balapan, selepas sesuatu perlumbaan tamat, peserta-peserta hendaklah berada di lorong masing-masing sambil berpusing balik dan menghadap hakim-hakim balapan untuk menunjukkan nombor mereka dan balik ke khemah peserta dengan serta-merta tanpa masuk ke arena semula.

9.MEMANASKAN BADAN

9.1.Peserta-peserta hanya dibenarkan memanaskan badan di tempat yang ditetapkan sahaja.

10. BLOK PERMULAAN

10.1.Bagi acara-acara yang tersebut di bawah untuk peringkat umur 18 Tahun Ke Bawah, 15 Tahun Ke Bawah dan 13 Tahun Ke Bawah (Lelaki dan Perempuan) mulaan dekam dan Blok Permulaan MESTI DIGUNAKAN.

Acara:100 M, 200 M, 400 M, 100 M Lari Berpagar, 110 M Lari Berpagar, 400 M Lari Berpagar, 4 x 100M dan 4 x 400M

10.2.Bagi acara-acara yang tersebut di bawah untuk peningkat umur 12 Tahun Ke Bawah (Lelaki dan Perempuan) permulaan dekam MESTI DIGUNAKAN, tetapi penggunaan Blok Permulaan tidak diwajibkan dan terpulang kepada peserta itu sendiri.

Acara: 100 M, 200 M, 80 M Lari Berpagar, 4 x 100 M, 4 x 200 M

11.PAKU KASUT (SPIKES) DAN PERALATAN

11.1.Paku Kasut: Kejohanan ini akan diadakan di atas balapan jenis sintetik. Panjang maksima paku kasut (spikes) tidak boleh melebihi 6mm, kecuali untuk acara Lompat Tinggi dan Rejam Lembing. Untuk acara-acara tersebut, paku kasut tidak boleh melebihi 9mm.

11.2Peralatan: Pihak pengelola akan menyediakan semua peralatan termasuk blok permulaan.12. CARA MENANDA DI TEMPAT-TEMPAT PERTANDINGAN

12.1. Peserta-peserta tidak dibenarkan menggunakan kapur atau lain-lain bahan sepertinya untuk menandakan di tempat-tempat pertandingan. Mereka hendaklah menggunakan pita yang disediakan oleh pihak pengelola.

13.UKURAN TINGGI PERMULAAN

13.1.Bagi acara Lompat Tinggi, ukuran tinggi permulaan adalah seperti berikut:

BilKategoriUkuran Permulaan

1Lelaki Bawah 18 Tahun1.50 M

2Lelaki Bawah 15 Tahun1.40 M

3Lelaki Bawah 13 Tahun1.30 M

4Lelaki Bawah 12 Tahun1.20 M

5Lelaki Bawah 10 Tahun0.90 M

6Perempuan Bawah 18 Tahun1.10 M

7Perempuan Bawah 15 Tahun1.00 M

8Perempuan Bawah 13 Tahun1.00 M

9Perempuan Bawah 12 Tahun0.90 M

10Perempuan Bawah 10 Tahun0.80 M

14. PAPAN LONJAKAN ACARA LOMPAT KIJANG

14.1. Jarak Papan Lonjakan dan kawasan mendarat bagi acara Lompat Kijang adalah seperti berikut:

Peringkat UmurLelakiPerempuan

18 tahun ke bawah11 / 13 M7 / 9 M

15 tahun ke bawah9 / 11 M5 / 7 M

15. CARA MEMUTUSKAN KEPUTUSAN KEJOHANAN DAN PENENTUAN KEDUDUKAN

15.1.Penentuan Peserta Terbaik

15.1.1.Hadiah-hadiah Olahragawan dan Olahragawati akan diberi kepada Peserta Terbaik semua kategori berdasarkan kepada pencapaian rekod baru Kejohanan, Rekod MSS Pahang, Rekod MSS Malaysia; yang mana lebih tinggi. Kualiti rekod (usia rekod sebelumnya) juga diambilkira15.1.2.Sekiranya sama, pungutan pingat emas individu terbanyak akan diambilkira15.1.3. Sekiranya pungutan pingat Emas dan pencapaian rekod masih sama, pungutan pingat Perak dan pingat Gangsa dalam acara individu akan diambilkira.

15.1.4. Jenis acara individu yang dimenangi oleh peserta sama ada acara Balapan dan Padang, acara Balapan sahaja atau acara Padang sahaja.15.1.5. Sekiranya kedudukan masih sama juga, maka keputusan akan dibuat berdasarkan Jadual Mengira Mata IAAF bagi pencapaian terbaik acara tertentu setiap peserta.15.1.6. Keputusan Jawatankuasa Pengelola dalam menentukan pemenang Olahragawan dan Olahragawati adalah muktamad

15.2.Johan Keseluruhan

15.2.1.Johan keseluruhan ialah Kontinjen Balapan dan Padang Sekolah dan Zon yang memenangi pingat emas terbanyak. Jika berlaku seri, kiraan pingat perak terbanyak akan diambilkira. Jika masih seri, kiraan pungutan pingat gangsa terbanyak akan diambilkira.

16. SEPARUH AKHIR

16.1.Empat (4) Separuh Akhir

Pemenang setiap separuh akhir dan empat (4) pencatat masa terpantas akan Iayak memasuki Peringkat Akhir.

16.2.Tiga (3) separuh Akhir

Dua (2) peserta pemenang dan dua (2) peserta yang mencatat masa yang terbaik bagi ketiga-tiga separuh akhir Iayak ke Peringkat Akhir.

16.3.Dua (2) separuh akhir

Tiga (3) peserta pemenang dan setiap separuh akhir dan dua (2) lagi peserta yang mencatat masa terbaik daripada kedua-dua separuh akhir layak ke Peringkat Akhir.

16.4.Sekiranya terdapat bilangan peserta yang mencatatkan masa terbaik lebih daripada bilangan yang dihadkan pada para 16.1, 16.2 dan 16.3, maka penentuan kelayakan akan bergantung kepada kedudukan peserta dalam saringannya. Jika berlaku kedudukan yang sama, cabutan undi akan dilakukan oleh Juri Rayuan.

16.5.Semua pengundian lorong untuk acara akhir, semasa kejohanan dijalankan akan dilakukan oleh Jawatankuasa Kecil Perangkaan dan Keputusan Rasmi dengan pengawasan / penyeliaan ahli-ahli Juri Rayuan

17.HURUF-HURUF DAN NOMBOR PENGENALAN MSS SEKOLAH DAN ZON17.1Kad-kad warna dan nombor berikut akan digunakan untuk kelas dan jantina

17.1.1Peringkat umur 18 Tahun Ke Bawah - Nombor warna hitam atas kain putih.

17.1.2Peringkat umur 15 Tahun Ke Bawah - Nombor warna merah atas kain putih.17.1.3 Peringkat umur 13 Tahun Ke Bawah - Nombor warna biru atas kain putih.

17.1.4 Peringkat umur 12 Tahun Ke Bawah - Nombor warna merah atas kain putih.17.1.5 Peringkat umur 10 Tahun Ke Bawah - Nombor warna biru atas kain putih.

17.2Huruf dan Nombor Peserta

BILSEKOLAH / ZONKODNOMBORKATEGORI

1SMK DESA JAYA

(SMKDJ)A100-199BAWAH 18 TAHUN

200-299BAWAH 15 TAHUN

300-399BAWAH 13 TAHUN

2KV PERTANIAN CHENOR (KVPC)C100-199BAWAH 18 TAHUN

3SMK CEDUNG JAYA

(SMKCJ)D100-199BAWAH 18 TAHUN

200-299BAWAH 15 TAHUN

300-399BAWAH 13 TAHUN

BILSEKOLAH / ZONKODNOMBORKATEGORI

4SMK JENGKA 21

(SMKJ21)E100-199BAWAH 18 TAHUN

200-299BAWAH 15 TAHUN

300-399BAWAH 13 TAHUN

5SMK JENGKA 18

(SMKJ18)F100-199BAWAH 18 TAHUN

200-299BAWAH 15 TAHUN

300-399BAWAH 13 TAHUN

6SMK KAMPUNG AWAH

(SMKKA)G100-199BAWAH 18 TAHUN

200-299BAWAH 15 TAHUN

300-399BAWAH 13 TAHUN

7SMK TENGKU AMPUAN AFZAN

(SMKTAA)H100-199BAWAH 18 TAHUN

200-299BAWAH 15 TAHUN

300-399BAWAH 13 TAHUN

8SMK SRI JAYA

(SMKSJy)J100-199BAWAH 18 TAHUN

200-299BAWAH 15 TAHUN

300-399BAWAH 13 TAHUN

9SMK JENGKA 10

(SMKJ10)K 100-199BAWAH 18 TAHUN

200-299BAWAH 15 TAHUN

300-399BAWAH 13 TAHUN

10SMK JENGKA 16

(SMKJ16)M100-199BAWAH 18 TAHUN

200-299BAWAH 15 TAHUN

300-399BAWAH 13 TAHUN

11SMK JENGKA PUSAT

(SMKJP)N100-199BAWAH 18 TAHUN

200-299BAWAH 15 TAHUN

300-399BAWAH 13 TAHUN

12SMK JENGKA 2

(SMKJ2)P100-199BAWAH 18 TAHUN

200-299BAWAH 15 TAHUN

300-399BAWAH 13 TAHUN

13SMK JENGKA 12

(SMKJ12)R100-199BAWAH 18 TAHUN

200-299BAWAH 15 TAHUN

300-399BAWAH 13 TAHUN

14SMK JENGKA 6

(SMKJ6)V100-199BAWAH 18 TAHUN

200-299BAWAH 15 TAHUN

300-399BAWAH 13 TAHUN

15SMK MARAN

(SMKM)W100-199BAWAH 18 TAHUN

200-299BAWAH 15 TAHUN

300-399BAWAH 13 TAHUN

16SMK MARAN 2

(SMKM2)X100-199BAWAH 18 TAHUN

200-299BAWAH 15 TAHUN

300-399BAWAH 13 TAHUN

BILSEKOLAH / ZONKODNOMBORKATEGORI

17SMK JENGKA PUSAT 2

(SMKJP2)Y100-199BAWAH 18 TAHUN

200-299BAWAH 15 TAHUN

300-399BAWAH 13 TAHUN

18SMK SERI JENGKA

(SMKSJe)Z100-199BAWAH 18 TAHUN

200-299BAWAH 15 TAHUN

300-399BAWAH 13 TAHUN

19SM AGAMA AL-MAHMUDDI (SMAAM)Q100-199BAWAH 18 TAHUN

200-299BAWAH 15 TAHUN

300-399BAWAH 13 TAHUN

20ZON CHENOR

(ZC)ZC01-49BAWAH 12 TAHUN

50-99BAWAH 10 TAHUN

21ZON JENGKA

(ZJ)ZJ01-49BAWAH 12 TAHUN

50-99BAWAH 10 TAHUN

22ZON LUIT

(ZL)ZL01-49BAWAH 12 TAHUN

50-99BAWAH 10 TAHUN

23ZON JEMPOL

(ZT)ZT01-49BAWAH 12 TAHUN

50-99BAWAH 10 TAHUN

17.3 Format Nombor Peserta

18. BANTAHAN

Segala bantahan hendaklah dibuat mengikut Peraturan 147 KOAM, kecuali perkara-perkara berikut:

18.1. Segala masalah berkaitan dengan kelayakan (status) seseorang peserta yang tidak dapat diselesaikan dengan memuaskan sebelum pertandingan bermula, maka peserta tersebut boleh mengambil bahagian di bawah bantahan (under protest) dan perkara tersebut akan dikemukakan kepada MSSM (Maran) kelak.

18.2. Bantahan berhubung dengan acara-acara yang sedang dijalankan hendaklah dilakukan dengan serta-merta dan tidak lewat daripada:18.2.1. Lima belas (15) minit setelah keputusan rasmi umumkan bagi acara pusingan awal.

18.2.2. Tiga puluh (30) minit setelah keputusan rasmi diumumkan bagi acara-acara peringkat akhir.

18.2.3.Sebarang bantahan bertulis kepada Juri Rayuan mesti disertai dengan wang pertaruhan sebanyak RM 200.00 (Ringgit Malaysia: Dua Ratus Sahaja)

19. HAK-HAK JAWATANKUASA PENGELOLA

19.1. Tiap-tiap acara akan dijalankan mengikut tarikh dan waktu seperti yang ditetapkan, tetapi Jawatankuasa Pengelola dengan persetujuan Pengerusi Teknik dan Pembangunan Balapan dan Padang MSSM (Maran), berhak meminda susunan acara jika difikirkan perlu. Jika berlaku pindaan, pengurus-pengurus pasukan akan diberitahu.19.2. Jawatankuasa Pengelola berhak memutuskan sebarang perkara yang tidak tercatat dalam undangundang Balapan dan Padang KAOM terkini, peraturanperaturan Am MSSM atau peraturanperaturan pertandingan kejohanan Balapan dan Padang MSSM / MSSP / MSSD. Termasuk TIDAK MEMBENARKAN penglibatan pelajar warga asing dalam kejohanan ini.

20. HAL-HAL LAIN

20.1.Tempat-tempat khas akan disediakan untuk peserta-peserta dan pegawai-pegawai. Individu yang tidak berkenaan DILARANG masuk ke tempat-tempat khas tersebut

20.2. Selain daripada Pegawai-Pegawai Teknik yang bertugas dan pesertapeserta yang mengambil bahagian, TIDAK SESIAPA PUN DIBENARKAN MASUK KE ARENA PERTANDINGAN KECUALI DENGAN KEBENARAN PENGURUS KEJOHANAN

20.3.Jawatankuasa tidak bertanggungjawab ke atas kemalangan, kematian, kecacatan anggota, kehilangan anggota badan / harta benda atau sebarang kecederaan lain berlaku:

20.3.1.Semasa perjalanan pergi dan balik dari tempat penginapan dan stadium.20.3.2.Semasa kejohanan dijalankan.

20.3.3. Di dalam dan di luar kawasan stadium.

20.3.4. Di tempat-tempat penginapan.

20.4.Walau bagaimanapun, pihak Pengelola Kejohanan akan berusaha untuk mengambil langkah-langkah bagi memastikan keselamatan dan kesejahteraan peserta dan pegawai terjamin setakat mana yang munasabah.

25 cm

Kain warna putih

15 cm

No. Peserta

Kod Sekolah/Zon

12