atherosclerosis

4
Mengurangkan risiko artherosclerosis (penyempitan saluran darah) Pengenalan Atherosclerosis ialah sejenis penyakit dimana penyempitan berlaku di saluran darah akibat oleh pengumpulan lemak. Kita sedia maklum bahawa jantung merupakan organ yang bertugas untuk mengepam darah yang mengandungi oksigen dan nutrien untuk di sebarkan ke seluruh tubuh badan bagi membolehkan sel-sel badan berfungsi dengan sempurnanya. Jika otot jantung tidak dapat menerima bekalan oksigen dan nutrien yang mencukupi, ini akan menyebabkan radangan berlaku dan sekaligus akan menyebabkan individu mendapat serangan penyakit jantung.

Upload: tharaniya-muniandy

Post on 09-Apr-2016

13 views

Category:

Documents


1 download

DESCRIPTION

asas

TRANSCRIPT

Page 1: Atherosclerosis

Mengurangkan risiko artherosclerosis

(penyempitan saluran darah)

Pengenalan 

Atherosclerosis ialah sejenis penyakit dimana penyempitan berlaku di saluran

darah akibat oleh pengumpulan lemak. Kita sedia maklum bahawa jantung merupakan

organ yang bertugas untuk mengepam darah yang mengandungi oksigen dan nutrien

untuk di sebarkan ke seluruh tubuh badan bagi membolehkan sel-sel badan berfungsi

dengan sempurnanya. Jika otot jantung tidak dapat menerima bekalan oksigen dan

nutrien yang mencukupi, ini akan menyebabkan radangan berlaku dan sekaligus akan

menyebabkan individu mendapat serangan penyakit jantung.

Bagi denyutan jantung individu normal adalah diantara 80-90 denyutan seminit.

Bagi pesakit yang mengidap atherosclerosis, denyutan jantungnya adalah lebih cepat

sekiranya melakukan aktiviti fisikal ataupun ketika berada dalam keadaan tertekan.

Malah sekiranya Atherosclerosis ini berada ditahap yang kronik dan tidak dirawat, maka

denyutan boleh menjadi cepat walaupun tidak melakukan aktiviti fisikal.

Page 2: Atherosclerosis

Penyakit ini biasanya dikaitkan dengan masalah pemakanan yang tidak

seimbang.

Atherosclerosis boleh berlaku dan memberi kesan pada arteri yang bersaiz

sederhana dan besar pada otak, jantung, buah pinggang, anggota vital yang lain serta

kaki.

Atheriosclerosis  bermaksud pengerasan (sclerosis) pada arteri (arterio) iaitu

penyakit yang menyebabkan dinding arteri menjadi tebal dan kurang elastik.

Terdapat 3 jenis iaitu Atherosclerosis, Arteriosclerosis dan Monckeberg's

arteriosclerosis.

Atherosclerosis adalah jenis yang paling utama iaitu pengerasan yang berkait

dengan Atheromas iaitu deposit bahan lemak. ia terjadi pada arteri saiz medium dan

besar.

Arteriosclerosis pula adalah pengerasan pada arteriole (arteri kecil). Ia terjadi

pada bahagian dalaman dan pertengahan lapisan arteriole menyebabkan dindingnya

tebal dan menyempit. oleh itu organ-organ yang dihubungkan dengan arteriole yang

terlibat tidak mendapat bekalan darah yang mencukupi.

Mockeberg's arteriosclerosis pula terjadi pada arteri kecil dan saiz medium.

kalsium terkumpul diantara dinding arteri hingga menyebabkan ia tegang dan

menyempit.

Berikut adalah teori-teori bagaimana terjadinya Atherosclerosis.

Kolesterol tinggi

Jika paras kolesterol dalam darah tinggi akan menyebabkan kecederaan pada

lapisan arteri dan menyebabkan reaksi keradangan hingga membolehkan kolesterol

dan bahan-bahan lemak yang lain terkumpul didalamnya.

Kecederaan pada dinding arteri juga boleh berlaku akibat sistem imun dan juga

dari bahan toksin.

Dalam kedua-dua kes ini terdapat perubahan yang menyebabkan formasi

atheromas.

Page 3: Atherosclerosis

Inflamasi

Sesetengah sel darah putih-lymphocytes, monocytes, dan macrophages hadir

ketika pembentukkan Atherosclerosis. Sel-sel ini hanya berkumpul ketika inflamasi

terjadi.

Atherosclerosis bermula bila monocytes di aktifkan dan dikeluarkan dari aliran

darah melalui dinding arteri. Disana ia akan bertukar menjadi foam cell (sel berbuih),

yang mengumpulkan kolesterol dan bahan-bahan lemak yang lain.

Dalam waktu yang sama, ia membentuk kumpulan kolesterol, bahan-bahan

lemak dan foam cell. Kumpulan ini membentuk  menjadi atheromas (deposit yang

tertampal) pada lapisan dinding arteri. Ini lah yang menyebabkan arteri menjadi tebal.

Jangkitan

Jangkitan juga boleh menyebabkan terjadinya Atherosclerosis dimana bakteria-

bakteria seperti Chlamydia pneumoniae (yang boleh menyebabkan pneumonia) atau

Helicobacter pylori (yang boleh menyebabkan ulser perut) atau dari virus-virus tertentu

yang masih belum dikenal pasti.

Jangkitan ini boleh menyebabkan kerosakkan pada lapisan dinding arteri dan

membolehkan berlakunya Atherosclerosis.