assignmnet group peradaba maritim

Upload: jaikemalok

Post on 08-Oct-2015

91 views

Category:

Documents


4 download

DESCRIPTION

maritime

TRANSCRIPT

Page | 47

1.0 PendahuluanSecara umumnya, laut mempuyai kekayaan yang sangat banyak dan merupakan anugerah terbaik bagi umat manusia membina kejayaan bangsa dan negaranya. Hal ini demikian kerana, pembinaan sesebuah negara bangsa banyak berkaitan dengan kelautan. Budaya memanfaatkan laut ini telah secara tidak langsung banyak melahirkan banyak kerajaan maritim yang hebat dengan ilmu kelautan yang tiada tolok bandingnya di Kepulauan Nusantara khususnya.[footnoteRef:1] [1: Djoko Pramono, Budaya Bahari, Jakarta: Penerbit PT Gramedia Pustaka Utama, 2005, hlm. 9.]

Nusantara atau Kepulauan Melayu atau Alam Melayu sememangnya terkenal dengan kerajaan-kerajaan maritim yang sangat hebat. Ianya merupakan satu konsep geo-politik di mana sebelum berlakunya pemecahan wilayah sepertimana yang kita dapat lihat di kawasan Asia Tenggara pada hari ini iaitu lahirnya negara bangsa seperti Malaysia, Singapura, Filipina, Brunei dan juga Indonesia.[footnoteRef:2] [2: M. Nashruddin Anshoriy & Dri Arboningsih, Negara Maritim Nusantara: Jejak Sejarah yang Terhapus, Yogyakarta: Tiara Wacana, 2008, hlm. 4.]

Walau bagaimanapun, konsep nusantara ini tidak dapat lari daripada sejarah mengenai sumpah Patih Gajah Madah iaitu;Sira Gajah Mada pepatih amungkubimi tan ayun amukita palapa, sira Gajah Mada: Lamun huwus kalah nusantara ingsun amukti palapa, lamun kalah ring Gurun, ring Seram, Tanjungpura, ring Haru, ring Pahang, Dompo, ring Bali, Sunda, Palembang, Tumasik, samana ingsun amukti palapa.[footnoteRef:3] [3: Ibid., hlm. 8.]

Menurut sumpah ini, Patih Gajah Mada yang telah dilantik menjadi mahapatih telah bersumpah untuk menakluki Gurun (Maluku), Seram (Borneo), Aru, Pahang (Tanah Melayu), Dompo (Kepulauan Sumbawa), Bali, Sunda, Palembang dan Temasik (Singapura).Justeru, dalam esei ini kami akan membincangkan peranan maritim dalam keruntuhan kerajaan-kerajaan maritim di Nusantara iaitu dari aspek (i) faktor-faktor keruntuhan kerajaan maritim; (ii) definisi maritim; (iii) teori maritim; (iv) kemunculan kerajaan maritim Nusantara sehingga kejatuhannya; dan (v) kesan-kesan kejatuhan kerajaan maritim di Nusantara.

2.0 Faktor-Faktor Keruntuhan Kerajaan MaritimKerajaan Maritim di Nusantara mengalami keruntuhan disebabkan oleh beberapa faktor. Antaranya ialah tercetusnya revolusi perindustrian di Eropah. Nusantara atau kini lebih dikenali sebagai Asia Tenggara memiliki tanah yang subur dan amat kaya dengan bahan mentah. Sebagai contohnya, Tanah Melayu pernah digelar sebagai swarnabumi yang bermaksud tanah yang subur. Revolusi perindustrian yang tercetus di Eropah pada abad ke-17 telah memerlukan bahan mentah seperti bijih timah secara berterusan serta dalam jumlah yang banyak. Hal ini secara tidak langsung telah menyebabkan kuasa-kuasa asing ini perlu mencari kawasan baru seperti di Nusantara (Asia Tenggara), China dan India.[footnoteRef:4] [4: Imperialisme Barat di Asia Tenggara dlm. http://salamahdevi6.tripod.com/imperialisme_barat_di_asia_tenggara.htm diakses pada 12/12/2011, jam 4:30 p.m]

Oleh yang demikian, dengan tercetusnya revolusi perindustrian ini, kuasa-kuasa besar Eropah bersaing untuk mendapatkan serta mencari kawasan jajahan baru yang kaya dengan bahan mentah. Maka, dengan penemuan kawasan-kawasan baru di Nusantara yang kaya dengan bahan mentah ini dilihat mampu untuk memenuhi permintaan tinggi di Eropah. Kuasa-kuasa ini seperti Sepanyol, Portugis dan Belanda telah menjelajah dan menguasai kerajaan-kerajaan maritim di Nusantara yang mana diketahui umum telah pun mempunyai sistem berkerajaan yang tersendiri.[footnoteRef:5] Justeru, dengan penguasaan kuasa-kuasa Eropah ini telah menyebabkan kerajaan maritim di Nusantara mengalami keruntuhan. [5: Ibid.]

Kedatangan kuasa Barat ke Nusantara dilihat menjadi salah satu faktor yang membawa kepada keruntuhan kerajaan maritim di Nusantara. Kuasa-kuasa Barat ini bersaing sesama mereka dan berlumba-lumba untuk mendapatkan tanah jajahan di Nusantara. Kedatangan kuasa Barat ini ke kawasan Nusantara ini dilihat begitu mudah disebabkan penggunaan teknologi yang canggih pada ketika itu iaitu penciptaan kapal berkuasa wap. Hal ini demikian kerana, penggunaan kapal ini telah memudahkan pelayaran kuasa-kuasa Barat ke kawasan Nusantara di samping dapat mempercepatkan tempoh serta menjimatkan kos pelayaran. Selain itu, pembukaan Terusan Suez banyak membantu dalam memendekkan jarak perjalanan mereka ke Nusantara.[footnoteRef:6] [6: Zainal Abidin Abdul Wahid et al, Malaysia: Warisan dan Perkembangan, Edisi Kedua. Kuala Lumpur:Dewan Bahasa dan Pustaka, 1996, hlm. 74.]

Kuasa-kuasa Barat ini juga tidak lari daripada motif 3G mereka iaitu Gold, Gospel dan Glory. Dalam matlamat mereka ini, mereka berusaha untuk mendapatkan sebanyak mungkin keuntungan daripada tanah jajahan mereka.[footnoteRef:7] Di samping itu, dalam masa yang sama juga, penaklukan kawasan jajahan baru di kawasan Nusantara juga adalah bermatlamat untuk menyebarkan agama Kristian kepada penduduk peribumi seperti mana yang telah berlaku ke atas penduduk peribumi di Filipina semasa pemerintahan kerajaan Kesultanan Sulu. Galakan yang diberikan oleh pemerintah negara asal kuasa-kuasa Barat ini banyak membantu mereka menyebarkan agama Kristian ini.[footnoteRef:8] Justeru, penyebaran agama Kristian ini dilihat telah menggugat agama asal penduduk peribumi yang mana telah lama dianuti serta bertapak di Nusantara. Hal ini secara tidak langsung telah menyebabkan keruntuhan kerajaan maritim Nusantara yang rata-rata merupakan sebuah kerajaan Kesultanan yang menjadkan Islam sebagai agama rasmi. Dalam masa yang sama, kedatangan Barat ini sering mengutamakan konsep beban orang putih sebagai alasan mereka untuk menjajah kerana berpendapat mereka bertanggungjawab untuk mentamadunkan penduduk di Nusantara.[footnoteRef:9] [7: Abdul Rahman Hj. Ismail, Malaysia: Sejarah Kenegaraan dan Politik, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, 2007, hlm., 229.] [8: Wan Kamal Mujani et. al, Minoriti Muslim: Cabaran dan Harapan Menjelang Abad ke 21, Bangi: Universiti Kebangsaan Malaysia, 2002, hlm. 81.] [9: Imperialisme Barat di Asia Tenggara dlm. http://salamahdevi6.tripod.com/imperialisme_barat_di_asia_tenggara.htm diakses pada 12/12/2011, jam 4:30 p.m]

Di samping itu, teknologi yang canggih telah banyak membantu kuasa-kuasa barat ini datang untuk menguasai kerjaaan maritim di Nusantara sekaligus telah membawa kepada keruntuhan keagungan kerajaan maritim awal di Nusatara. Hal ini dapat dilihat melalui usaha dalam pelayaran yang telah dilakukan oleh kebanyakkan pelayar Sepanyol, Portugis dan Belanda adalah didukung oleh beberapa rekaan dan juga ciptaan yang baru dan telah direka khas untuk bidang pelayaran. Antaranya adalah seperti kompas, teropong, dan juga ubat bedil.[footnoteRef:10] Sementara itu juga, beberapa kemajuan telah berjaya dicapai oleh orang terutamanya di dalam hal pembinaan kapal laut mereka. Kemajuan dalam pembinaan kapal agak pesat dan mendorong aktiviti pelayaran apabila mereka telah membina kapal yang cukup kuat dan juga besar khusus untuk digunakan dalam pelayaran jarak jauh yang memakan masa agak lama dan berbahaya. Namun begitu, dengan adanya pertolongan daripada peta yang telah dihasilkan oleh para pelayar yang sebelumnya membantu para pengembara untuk menentukan haluan, disertai dengan kompas dan astrolable menyebabkan mereka tidak lagi rasa takut akan sesat di tengah lautan ketika mereka melakukan aktiviti pelayaran.[footnoteRef:11] [10: Joginder Singh Jessy, Sejarah Tanah Melayu (1400-1959), Pulau Pinang: Peninsular Publication, 36, PenangStreet. hlm. 26.] [11: Joginder Singh Jessy, op. cit, hlm. 26.]

Selain itu, alatan perang yang digunakan oleh penduduk peribumi dalam menentang kuasa Barat ini seperti semasa menentang Portugis semasa di bawah pimpinan dAlburquerque ialah terdiri daripada alatan perang tradisional seperti lembing, tombak, panah, keris, rentaka (meriam kecil ) dan juga binatang iaitu gajah.[footnoteRef:12] Kelengkapan yang seperti ini jika dibandingkan dengan pihak Portugis sememangnya mempunyai perbezaan yang amat ketara sekali. Penggunaan peralatan perang tradisional ini hanya sesuai digunakan untuk pertempuran jarak dekat dan pihak Portugis tidak diajar dengan teknik pertempuran jarak dekat kerana mereka bersenjatakan senapang dan meriam yang boleh digunakan dalam jarak yang jauh dan kadar kematian juga dapat dikurangkan kerana mereka tidak perlu bertempur dalam jarak yang dekat. Keadaan inilah yang menyebabkan tentera Melaka yang pada ketika itu tidak dapat menghampiri tentera Portugis kerana kekurangan alatan perang yang lebih moden.[footnoteRef:13] [12: Mohd Jamil Mukim, Melaka Pusat Penyebaran Islam di Nusantara, Ampang: Unique Communication Sdn. Bhd., 1994, hlm. 75.] [13: Joginder Singh Jessy, op. cit, hlm. 26.]

Tambahan pula, faktor bahan mentah yang banyak yang ada di Nusantara juga telah menyebabkan kerajan maritim ini jatuh ke tangan kuasa barat. Salah satu daripada sumber bahan mentah yang terkenal di Nusantara seperti Tanah Melayu ialah seperti rempah ratus dan emas. Disamping perdagangan emas, bijih timah juga merupakan bahan perdagangan yang penting dan mendapat permintaan yang tinggi di Eropah selaras dengan tercetusnya revolusi industri. Contohnya, kedatangan Portugis ke Melaka adalah semata-mata untuk memenuhi kepentingan mereka iaitu untuk memonopoli perdagangan di bahagian Timur. Portugis telah bertindak membolot dan menguasai peniagaan rempah di pelabuhan Melaka serta telah membentuk undang-undangnya tersendiri untuk mentadbir pelabuhan itu dengan meminggirkan sistem perundnagan Melaka yang telah sedia ada sebelum itu.[footnoteRef:14] [14: A.Samad Ahmad, Salatus Salatin: Sejarah Melayu, Kuala Lumpur. Dewan Bahasa dan Pustaka, 2003, hlm. 68.]

Seterusnya ialah masalah dalaman politik dan pentadbiran kerajaan-kerajaan awal Nusantara itu sendiri dilihat menjadi salah satu faktor kepada keruntuhan kerajaan maritim di Nusantara. Hal ini demikian kerana, kelemahan pentadbiran, perebutan takhta dan persaingan kuasa antara kerajaan tradisional menyebabkan pentadbiran kerajaan tradisional itu secara tidak langsung telah menjadi asas kepada keruntuhan empayar maritim di Nusantara. Oleh yang demikian, pentadbiran yang bermasalah telah memudahkan unsur-unsur kuasa luar ini masuk dan campur tangan dalam urusan politik kerajaan awal Nusnatara.[footnoteRef:15] [15: Mohd Isa Othman, Sejarah Malaysia: 1800-1963, Kuala Lumpur: Utusan Publications & Distributor Sdn.Bhd, 2002, hlm. 23.]

2.1 Definisi dan Konsep MaritimDalam kita memahami apa itu maritim, terdapat beberapa istilah yang turut berkaitan dalam membincangkan mengenai maritim ini. Antaranya ialah laut atau lautan. Lautan juga dikenali sebagai bahari dalam bahasa Arab dan juga dalam bahasa Melayu. Manakala dalam bahasa Inggeris pula, lautan dikenali sebagai oceans, yang mana berasal daripada bahasa Latin iaitu oceanus. Oceanus pula terbit daripada perbendaharaan kata Yunani kuno iaitu okeano yang merujuk kepada laut yang memisahkan antara daratan Eropah dari Afrika tidak termasuk Laut Tengah.[footnoteRef:16] [16: Pelayaran & Perniagaan Melayu di Nusantara Abad ke-15 hingga ke-18 oleh Professor Dato Mohammad Reduan Bin Mohd Ariff dlm. http://majlisilmu.org.bn/ilmu2010/malay/Luar%20Negeri/15.Prof%20Dato'Dr%20Mohammad%20Raduan%20bin%20Mohd%20Ariff/KERTAS%20KERJA_ILMU%20PELAYARAN%20MELAYU_PROF%20DATO%20DR%20MD%20RADUAN.pdf diakses pada 20/12/2011, jam 9:30 p.m.]

Istilah maritime (barat) hanya wujud pada abad ke-14 iaitu semasa zaman Renaissance (kebangkitan) yang menjadi simbol kepada tamadun baru dan berkonsepkan moden seperti tamadun Barat.[footnoteRef:17] Pada asalnya, terdapat lima lautan utama di dunia iaitu Lautan Hindi, Lautan Pasifik, Lautan Atlantik, Lautan Antartika, dan Lautan Artik. Namun begitu, terdapat beberapa pendapat yang berbeza dengan pendapat tersebut, iaitu terdapat sarjana mengatakan bahawa terdapat tujuh lautan (The Seven Seas) di dunia iaitu seperti mana yang ditulis oleh ahli bumi Turki bernama Piri Reis dan sarjana Eropah yang bernama R.Kippling iaitu terdiri daripada Laut Nusantara (Laut China Selatan), Laut Benggala, Laut Arab, Laut Persia, Laut Merah, Laut Atlantik, dan Laut Tengah. Selain itu juga, lautan sebenarnya meliputi 361 juta kilometer persegi (139 juta batu persegi) atau 71% daripada permukaan bumi dengan jumlah isipadu lautan dianggarkan 1348 juta padu kilometer (324 juta padu batu) dengan purata kedalaman lautan kira-kira 3733 meter.[footnoteRef:18] [17: Adrian Lapian, Sejarah Nusantara: Sejarah Bahari, Jakarta: Fakultas Sastera, Universitas Indonesia, 1992, hlm 87.] [18: Ibid., hlm. 87-89.]

Laut mengandungi dinamik yang menciptakan kesatuan, hubungan antara manusia dan antarabangsa melalui pengangkutan, perdagangan dan pertemuan budaya. Oleh sebab itu lautan tidak boleh dianggap sebagai pemisah, tetapi perlu dilihat sebagai mempersatukan pulau-pulau. Dengan menggunakan media laut, berbagai-bagai kelompok sosial dari berbagai-bagai daerah di Kepulauan Melayu mengadakan hubungan dengan pihak luar. Dari hubungan ini tercipta kegiatan-kegiatan pertukaran, perdagangan dan pertemuan budaya, yang menghasilkan peradaban yang semakin maju dan budaya setempat yang semakin diperkaya. Perwujudan dari kemajuan budaya antara lain dapat dilihat dari tumbuhnya kota-kota pantai dengan pelabuhannya yang menjadi pusat dinamika perdagangan, pelayaran dan teknologi perkapalan serta pusat kekuatan politik.[footnoteRef:19] [19: Pelayaran & Perniagaan Melayu di Nusantara Abad ke-15 hingga ke-18 oleh Professor Dato Mohammad Reduan Bin Mohd Ariff dlm. http://majlisilmu.org.bn/ilmu2010/malay/Luar%20Negeri/15.Prof%20Dato'Dr%20Mohammad%20Raduan%20bin%20Mohd%20Ariff/KERTAS%20KERJA_ILMU%20PELAYARAN%20MELAYU_PROF%20DATO%20DR%20MD%20RADUAN.pdf diakses pada 20/12/2011, jam 9:30 p.m.]

Secara geografinya, wilayah Nusantara merupakan kawasan kepulauan yang menempatkan laut sebagai jambatan penghubung, bukan sebagai pemisah. Dengan demikian penguasaan terhadap laut merupakan suatu keharusan bagi penduduk yang menghuni pulau-pulau di sekitar Nusantara. Keadaan sebegini membentuk mereka sebagai manusia yang akrab dengan kehidupan laut. Di samping itu Kepulauan Nusantara juga sangat strategik dalam konteks perdagangan laut antarabangsa antara dunia Barat dan dunia Timur.[footnoteRef:20] Dunia Barat dalam hal ini mencakupi kawasan dagang yang berada di sebelah barat Selat Melaka seperti India, Parsi, Mesir dan negara-negara Eropah, sedangkan dunia Timur mencakupi kawasan di sebelah timur Selat Melaka seperti China, Jepun, Filipina dan sebagainya. Dalam hal ini Kepulauan Melayu memiliki kedudukan yang strategik kerana berada di tengah-tengah kawasan ini dan sekali gus selama berabad-abad menguasai Selat Melaka yang mana merupakan kunci perdagangan laut antara Barat dan Timur, misalnya pada zaman Sriwijaya dan Majapahit.[footnoteRef:21] [20: Adrian B. Lapian, Pelayaran dan Perniagaan Nusantara Abad ke 16 dan 17, Jakarta:Komunitas Bambu, 2008, hlm. 89.] [21: Pelayaran & Perniagaan Melayu di Nusantara Abad ke-15 hingga ke-18 oleh Professor Dato Mohammad Reduan Bin Mohd Ariff dlm. http://majlisilmu.org.bn/ilmu2010/malay/Luar%20Negeri/15.Prof%20Dato'Dr%20Mohammad%20Raduan%20bin%20Mohd%20Ariff/KERTAS%20KERJA_ILMU%20PELAYARAN%20MELAYU_PROF%20DATO%20DR%20MD%20RADUAN.pdf diakses pada 20/12/2011, jam 9:30 p.m.]

Seterusnya, dalam membincangkan mengenai maritim ini, satu istilah yang amat penting iaitu istilah masyarakat maritim. Masyarakat maritim merupakam masyarakat yang menjadikan laut sebagai sumber dan habitat kepada kehidupan mereka. Salah satu aktor utama dalam masyarakat maritim ialah pelaut. Istilah pelaut dalam istilah maritim bermaksud satu cara hidup sebuah tamadun atau masyarakat yang memanfaatkan laut sepenuhnya sebagai asas kehidupan yang melibatkan kebudayaan, perdagangan, pengembaraan, pembukaan petempatan baru, peperangan, pelabuhan, dan kerajaan.[footnoteRef:22] Istilah pelaut juga merupakan sebahagian daripada jati diri bangsa atau tamadun Melayu Kuno (ancient) dan wujud dalam bahasa Melayu yang telah diguna pakai di Nusantara.[footnoteRef:23] [22: Husni Lain, Mengenal Maritim Angkutan Laut , Kuala Lumpur: Yayasan Bina Maritim, 1998. hlm. 35] [23: M. Nashruddin Anshoriy & Dri Arboningsih, op. cit, hlm. 67.]

2.2 Teori MaritimTerdapat banyak teori-teori yang amat penting mengenai asal usul kelautan. Antara teori tersebut ialah Teori Hanyutan Benua. Teori ini menyatakan bahawa permukaan bumi terletak di atas kerak bumi yang nipis. Kerak bumi ini sentiasa bergerak disebabkan pergerakan magma di bawah kerak bumi. Segmen kerak bumi ini dikenali sebagai plat tektonik. Selain itu, mulanya benua ini ialah satu benua yang besar dan berpecah kepada dua bahagian. Oleh itu kesan daripada perpecahan tersebut kerak Bumi terbahagi kepada dua jenis iaitu kerak benua dan kerak lautan. Oleh itu, mengikut teori ini, laut terhasil daripada perpecahan benua akibat daripada pergerakan magma di bawah kerak bumi. Sekitar 180 juta tahun lalu, Pangaea terbelah menjadi dua bahagian yang masing-masingnya bergerak ke arah yang berbeza. Salah satu daratan atau benua raksasa ini adalah Gondwana, yang meliputi Afrika, Australia, Antartika dan India. Benua raksasa kedua adalah Laurasia, yang terdiri dari Eropah, Amerika Utara dan Asia, kecuali India. Selama 150 tahun setelah pemisahan ini, Gondwana dan Laurasia terbahagi menjadi daratan-daratan yang lebih kecil.[footnoteRef:24] [24: Griffiths, Marin &Terry OCallaghan, International Relations The Key Concept. New York: Routledge, 2002, hlm. 14.]

Justeru, kerak bumi menutupi seluruh permukaan Bumi. Namun, akibat adanya aliran panas yang mengalir di dalam astenofer menyebabkan kerak bumi ini berpecah menjadi beberapa bahagian yang lebih kecil yang disebut sebagai lempeng kerak bumi. Dengan demikian, lempeng dapat terdiri daripada kerak benua, kerak samudera atau keduanya. Arus konvensi tersebut merupakan sumber kekuatan utama yang menyebabkan terjadinya pergerakan lempeng. Gerakan ini terjadi secara terus-menerus sejak Bumi ini tercipta sehingga sekarang. Benua-benua yang terbentuk seterusnya telah menyebabkan terbelahnya Pangaea yang kemudiannya telah bergerak pada permukaan Bumi secara terus-menerus sejauh beberapa sentimeter per tahun. Peristiwa ini juga menyebabkan perubahan yang amat luas antara wilayah daratan dan lautan di Bumi. Litosfera yang terdiri dari kulit luar yang lebih dingin, kuat, dan tegar dengan ketebalan berkisar antara 80 sampai 100 kilometer menyelubungi bahagian dalam Bumi yang bersifat lebih panas, lembek, dan cair liat. Litosfera yang baru itu dibentuk di bawah lapisan tengah samudera, tempat zat-zat panas dari mantel naik dari dalam menuju ke arah permukaan bumi. Bahan-bahan ini tersebar dan menyejuk serta proses berikutnya adalah penghancuran litosfera oceanis iaitu laut. Litosfera oceanis yang merupakan hampir 70% muka Bumi merupakan bahagian atas yang dingin dari arus konveksi.[footnoteRef:25] [25: Griffiths, Marin &Terry OCallaghan, op. cit, hlm. 14.]

Selain daripada teori mengenai asal usul kelautan, terdapat juga teori mengenai pengaruh kelautan dalam bidang politik. Salah satu teori tersebut adalah teori Sir Halford John Mackinder. Beliau adalah seorang ahli geografi dan negarawan yang berasal dari Inggeris. Pada tahun 1904, beliau menulis artikel yang berjudul The Geographical Pivot of History. Dalam konsepnya, geografi merupakan jambatan antara ilmu alam dan kemanusiaan. Beliau juga menjelaskan bahawa Bumi yang terbahagi ke dalam dua bahagian yaitu heartland dan maritime lands (benua-benua lainnya). Teori heartland ini juga dikenali sebagai wawasan benua. Mackinder berpendapat, apabila kita ingin menguasai dunia, maka kita harus menguasai jantung nya terlebih dahulu. Justeru itu, diperlukan kekuatan darat dan maritim yang kuat. Pembahagian bumi menurut Mackinder ialah dunia terdiri daripada 9/12 adalah air.[footnoteRef:26] [26: Murdoch McKenzie, A Treatise of Maritim Surveying, in Two Parts: With a Prefatory Essay on Draughts and Surveys, BiblioBazaar, 2010, hlm. 56.]

Di samping itu, menurut Mackinder juga dalam mempelajari arena geo-politik, tidak hanya membicarakan mengenai daratan saja, tetapi juga harus memperhatikan wilayah kelautan.[footnoteRef:27] Kita tidak boleh menafikan bahawa sebahagian besar wilayah Bumi adalah lautan. Asas kekuatan laut yang kuat juga dapat menguatkan posisi politik suatu kerajaan.[footnoteRef:28] Dalam bidang ini, Mahan adalah salah satu tokoh kunci sepanjang sejarah asas kekuatan laut (sea power). Manakala Alfred Thayer Mahan adalah seorang geostrategist yang lahir di New York. Beliau diberi gelar Laksamana Muda U.S. Navy dan sebagai tokoh yang menganjurkan pembangunan kekuatan laut Amerika Syarikat pada akhir abad ke-19. Beliau sangat mahir dalam bidang geostrategi kelautan. Turut bersama-sama beliau ialah dengan Stephen B. Luce, Mahan yang telah mendirikan U.S. Naval War College di Newport, Rhode Island. Menurut beliau, pendidikan mengenai sea power dan strategi kelautan sangat penting demi menjaga dan memperkuat pertahanan negara. Karya beliau dianggap sangat penting bagi sejarah angkatan laut. Hal ini seperti mana yang terkandung dalam buku beliau yang berjudul The Influence of Sea Power Upon History 1660-1783. Bukunya ditulis berdasarkan pada pengalaman-pengalaman dari negara-negara di Eropah yang saling berperang selama kurun waktu antara 1660 sehingga 1783. Menurut Mahan, jika dilihat dari peristiwa-peristiwa tersebut, asas kekuatan laut (sea power) memiliki pengaruh yang cukup besar dalam menentukan arah kekuatan sesuatu kerajaan. Dalam bukunya juga, Mahan mengatakan ada enam prinsip yang dapat mempengaruhi kondisi sea power dalam sesuatu kerajaan. Kondisi-kondisi prinsip tersebut ialah (i) geographical position; (ii) physical conformation; (iii) extent of territory; (iv) number of population, (v) national character; dan (vi) character and policy of governments. Beliau sangat memegang pada pendapat bahawa laut merupakan asas kekuatan yang harus ditingkatkan demi meningkatkan kuasa suatu bangsa. Oceans Unite and Lands Divide, daratan merupakan tempat yang terpisah-pisah, namun laut adalah pemersatu dan pengintegrasi dari seluruh permukaan Bumi. Buku ini dijadikan sebagai bahan bacaan wajib untuk para navalist dan maritime strategist. [footnoteRef:29] [27: Ibid.] [28: Ibid., hlm. 57.] [29: Murdoch McKenzie, op. cit, hlm. 58.]

Satu lagi ilmuan di bidang geopolitik yang tulisan dan karyanya dapat disepadankan dengan sejarawan Alfred Thayer Mahan dan ahli geografi serta negarawan Inggeris Sir Halford Mackinder, beliau adalah Nicholas Spykman. Beliau adalah seorang professor dan geostrategist keturunan Belanda-Amerika dari Universitas Yale. Menurut Spykman, adalah amat merugikan apabila kita mengabaikan faktor geografi dalam dunia politik. Hal ini bermaksud teori kelautan adalah amat penting dalam dunia sesuatu kerajaan. Spykman melahirkan dua buku di bidang politik. Buku yang pertama diterbitkan pada tahun 1942. Dalam buku ini ia berpendapat asas pertahanan kelautan juga sangat penting untuk melindungi sesebuah kerajaan maritim yang kuat. Oleh itu, menurut teori-teori tersebut, maritim mempunyai pengaruh yang sangat kuat dalam faktor kemunculan dan keruntuhan sesebuah kerajaan maritim. Antara contoh kerajaan tersebut seperti kerajaan Srivijaya, kerajaan Majapahit, kerajaan Melaka, kerajaan Sulu dan banyak lagi.[footnoteRef:30] [30: Ibid., hlm. 60-61.]

Selain itu juga, terdapat juga beberapa perbahasan tentang kelautan menurut Islam. Sebagai contoh, dalam akurasi Al-Quran telah membahas soal lautan ini. Hal ini demikian kerana, setelah dikaji para sarjana, di dalam Al-Quran itu sendiri terdapat 32 ayat yang menyebut kata 'laut'. Manakala kata 'darat' pula terkandung dalam 13 ayat Al-Quran sahaja. Jika dijumlahkan, keduanya menjadi 45 ayat. Jumlah 32 ayat itu pula jika diperatuskan daripada 45 ayat bersamaan dengan 71.11%. Oleh yang demikian, berdasarkan kepada ilmu Sains, terbukti benar bahawa 71.11% bumi ini adalah lautan dan 28.88% lagi merupakan daratan. Tambahan pula, fakta-fakta yang terungkap dalam Al-Quran juga merupakan bukti betapa laut memiliki peranan yang penting dalam kehidupan manusia. Selain menjadi bukti kuat bagi keaslian Al-Quran, laut juga menjadi sumber penghidupan yang sangat kaya. Wujudnya wilayah laut juga, menjadi salah satu penentu kepada tingkat ekonomi sebuah negara. Seorang saintis Muslim yang banyak sekali menulis tafsir ilmiah bagi ayat-ayat yang membahas fenomena alam adalah Harun Yahya. Beliau adalah seorang ilmuwan yang berasal daripada Turki ini telah menulis tafsir ilmiah tentang kehidupan semut, warna-warni tumbuhan dan binatang, keajaiban sistem kekebalan tubuh, dan sebagainya. Selain itu juga terdapat juga tafsir-tafsir ilmiah yang selama ini dikembangkan Harun Yahya mengenai kelautan. Data-data faktual tentang lautan yang menjadi kajian beliau tersebut, menjadi bukti kebenaran Al-Quran.[footnoteRef:31] Oleh yang demikian, pemuan-pemuan sains tentang kelautan, ternyata telah diungkapkan oleh Al-Quran sejak 15 abad yang lalu. Hal ini terbukti dalam Surat An Nahl ayat 14 yang bermaksud; [31: Professor Dr. Ahmad Fuad Pasya, Dimensi Sains Al-Quran: Menggali Ilmu Pengetahuan dari Al-Quran, Solo: PT Tiga Serangkai Pustaka Mandiri, 2004, hlm. 149-150.]

dan Dialah (Allah) yang menundukkan lautan (untukmu) agar kau dapat memakan daripadanya daging yang segar, dan kamu mengeluarkan dari lautan perhiasan yang kami pakai. Kamu melihat bahtera berlayar padanya, dan supaya kamu mencari keuntungan dari kurniaNya supaya kamu bersyukur.

Justeru, sejak 15 abad yang lalu Al-Quran telah berbicara tentang soal manfaat laut bagi peningkatan taraf hidup manusia. Kini terbukti, negara-negara yang pandai memanfaatkan potensi lautnya, bakal mendapat kekayaan. Selain mengandungi banyak makanan, dan perhiasan, laut juga menyimpan banyak bahan tambang serta boleh menjadi nadi pengangkutan yang murah, dan sebagainya.[footnoteRef:32] [32: Professor Dr. Ahmad Fuad Pasya, op. cit, hlm 150.]

2.3 Kemunculan Kerajaan Maritim Nusantara Sehingga Kejatuhannya2.3.1 Kerajaan Awal Indonesia Sehingga Kedatangan BelandaIndonesia merupakan sebahagian daripada rantau Asia Tenggara yang terletak di sepanjang garisan khatulistiwa antara hujung Tanah Besar Asia Tenggara dengan Australia. Oleh itu, sebahagian besar Kepulauan Indonesia ini terletak di bahagian selatan garisan Khatulistiwa. Kepulauan Indonesia ini mempunyai keluasan kira-kira 1.9 juta km persegi yang mana meliputi 13 667 buah pulau.[footnoteRef:33] Antara pulau-pualau yang terdapat di Indonesia ialah termasuklah Kalimantan, Sumatera, Jawa, Sulawesi dan Irian Barat. Kedudukan geografi Indonesia ini merupakan salah satu kedudukan yang strategik kerana ia terletak di kawasan laluan perdagangan antara Negara China dan India. Hal ini telah menyebabkan Indonesia ini telah menerima pengaruh daripada India dan China. Sehubungan dengan itu, terdapat dua kerajaan terawal di Indonesia iaitu kerajaan Srivijaya dan juga Majapahit yang pernah mencapai tahap keagungan sebelum kedatangan kuasa Barat.[footnoteRef:34] [33: A. Zainuddin, A Short History of Indonesia, Melbourne: Cassel Australia, 1968, hlm 3.] [34: J. D. Ledge, Indonesia, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, 1972, hlm. 34-35.]

Sebelum kedatangan kuasa Barat seperti Belanda, kerajaan Srivijaya merupakan salah satu kerajaan terawal di Indonesia sebalum kerajaan Majapahit. Hal ini demikian kerana, menjelang abad ke-6, Selat Melaka telah memainkan peranannya sebagai sebuah laluan perdagangan bertaraf antarabangsa dari negara China dan India. Sehubungan dengan itu, kerajaan Srivijaya ini merupakan salah satu kerajaan negara kota yang pertama wujud di Kepulauan Melayu yang menggantikan kerajaan Funan sebagai pusat perdagangan terpenting di rantau Asia Tenggara.[footnoteRef:35] Oleh itu, Srivijaya berjaya mengekalkan kedudukannya sebagai pusat perdagangan di Selat Melaka melebihi 400 tahun lamanya.[footnoteRef:36] Selain itu, menjelang abad ke-7 Srivijaya telah berkembang pesat sebagai sebuah pusat perdagangan yang sangat penting dan secara tidak langsung Srivijaya menghadapi persaingan dari Jambi. Sehubungan dengan itu, maka Srivijaya telah menyerang Jambi dan berjaya menguasai keseluruhan Jambi sekitar tahun 1689 sehingga 1692. Srivijaya juga telah berjaya menguasai pantai-pantai Tanah Melayu malah Srivijaya juga telah menuntut ketuanannya terhadap timur Sumatera, pantai barat daya Borneo, Jawa Barat dan Semenanjung Melayu. Tujuan utama Srivijaya menguasai kawasan-kawasan ini adalah bagi membolehkannya mengawal perairan Selat Melaka dan Selat Sunda sebagai laluan perdagangan.[footnoteRef:37] [35: Kunaseelan a/l Muniandy, Hubungan Malaysia-Indonesia 1957-1970, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, 1996, hlm. 10.] [36: Tate, The Making of Modern SEA, Jil. 1. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, 1977, hlm. 30.] [37: Waddell, SEA Politic, hlm.123.]

Selain itu, sebagai sebuah pusat perdagangan yang penting, Srivijaya mempunyai angkatan laut yang kuat bagi memaksa kapal-kapal yang belayar di rantau ini supaya singgah di pelabuhan-pelabuhan dan membayar cukai.[footnoteRef:38] Namun demikian, perlaksanaan dasar-dasar yang berkaitan dengan perdagangan ini telah menimbulkan perasaan tidak puas hati daripada kerajaan-kerajaan luar terhadap Srivijaya. Umpamanya, hubungan pemerintah-pemerintah Melayu Srivijaya dengan kerajaan Chola dan kerajaan Jawa sentiasa bermusuhan pada abad ke-10 dan abad ke-11.[footnoteRef:39] Pemusuhan yang berlaku ini adalah disebabkan oleh sikap Srivijaya yang mengamalkan dasar perdagangan monopoli sehingga menyebabkan Rajendra Chola dari India Selatan menyerang Srivijaya pada tahun 1025.[footnoteRef:40] Serangan yang dilakukan oleh Chola itu telah berjaya melemahkan pengaruh Srivijaya di rantau Asia Tenggara. Namun demikian. menjelang abad ke-12 Srivijaya mula meluaskan pengaruhnya dalam aspek perdagangan malah menguasai kawasan perdagangan di Selat Melaka iaitu dari Pulau Phuket di utara sehingga ke Kepulauan Riau di selatan. Walau bagaimanapun, pengaruh Srivijaya ini tidak sehebat seperti sebelum kerajaan Chola melakukan serangan. [38: Dr Sardesai, Southeast Asia: Past and Present, London: Macmillan Education Ltd, 1989, hlm.46.] [39: Wolters, The Fall of Srivijaya, hlm.2.] [40: N. J Ryanm, A History of Malaysia and Singapore, London: Oxford University Press, 1963, hlm. 12.]

Pada abad ke-13, kerajaan Srivijaya ini mula mengalami keruntuhan disebabkan oleh perkembangan kerajaan-kerajaan baru yang kuat di Pulau Jawa dan Siam. Hal ini boleh dibuktikan melalui perluasan kuasa oleh kuasa Siam sehingga ke Tanah Melayu manakala kerajaan Singhasari di Jawa telah menyerang Sumatera. Di samping itu, beberapa bahagian Srivijaya seperti Jambi dan Kampar juga bertindak mendapatkan kemerdekaan daripada kerajaan pusat.[footnoteRef:41] Justeru itu, masalah-masalah seperti ini telah menyebabkan kerajaan Srivijaya telah mengalami kemerosotan menjelang abad ke-13 malah kenyataan ini juga telah dibuktikan oleh Marco Polo yang melawat Sumatera pada tahun 1292 dan beliau tidak menulis mengenai Srivijaya dalam tulisannya.[footnoteRef:42] [41: Ibid.] [42: N. J Ryanm, op. cit, hlm. 12.]

Sehubungan dengan kejatuhan kerajaan Srivijaya ini, maka muncul sebuah kerajaan yang dikenali sebagai kerajaan Singhasari di Jawa Timur pada tahun 1222 hasil daripada penyatuan antara kerajaan Kediri dan Janggala. Kerajaan Singhasari ini merupakan sebuah kerajaan pertama yang berpusat di Jawa yang bertindak mengawal kawasan-kawasan seberang laut termasuk Sumatera.[footnoteRef:43] Kerajaan Singhasari ini juga pernah mencapai zaman kegemilangan iaitu semasa di bawah pemerintahan Kartanegara (1268 sehingga 1292). Hal ini demikian, semasa pemerintahan beliau, Singhasari telah berjaya menguasai seluruh Pulau Jawa termasuklah kawasan Srivijaya, malah Singhasari juga telah meluaskan wilayahnya ke bahagian timur Tanah Melayu, Barat Daya Borneo (Pontianak), Jawa Barat dan Kepualuan Maluku.[footnoteRef:44] Namun demikian, kegemilangan kerajaan Singhasari ini juga tidak bertahan lama rentetan daripada serangan tentera Khublai Khan dari negara China malah Kendiri juga telah memberontak terhadap Kartanegara sehingga menyebabkan beliau terbunuh. Pada tahun 1292 ini telah menyebabkan kerajaan Singhasari dalam keadaan yang sangat terancam malah menantu Kartanegara iaitu Raden Wijaya telah melarikan diri ke Majapahit setelah Kartanegara terbunuh dalam pemberontakan yang dilakukan oleh Kendiri.[footnoteRef:45] [43: Vlekke, Nusantara, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, 1967, hlm. 53.] [44: Ibid.] [45: Dr Sardesai, op cit, hlm. 56.]

Setelah Raden Wijaya berjaya melarikan diri ke Majapahit maka pada tahun 1293 beliau telah ditabalkan menjadi seorang raja Majapahit.[footnoteRef:46] Sekitar tahun 1293 hingga 1353 kerajaan Majapahit membina kerajaannya di Jawa Timur dan pada tahun 1331, Gajah Mada telah dilantik menjadi Perdana Menteri Majapahit. Oleh itu, semasa Majapahit di bawah pentadbiran Gajah Mada, beliau telah memainkan peranan yang sangat besar dalam pembentukan empayar Majapahit. Hal ini demikian, sebelum beliau meninggal dunia pada tahun 1369, Gajah Mada telah berjaya meletakkan Sumatera, Tanah Melayu, Patani, Borneo Selatan dan Barat, Kepulauan Sulu, Sulawesi dan pulau-pulau Maluku telah diletakkan di bawah naungan kerajaan Majapahit. Selain itu, kerajaan Majapahit ini juga mencapai tahap kegemilangannya semasa di bawah pentadbiran Raja Hayam Wuruk (1350 sehingga 1389). Namun, setelah kematian Raja Hayam Wuruk, kerajaan Majapahit sebagai sebuah kerajaan Hindu yang terbesar di Asia Tenggara telah mengalami kemerosotan disebabkan oleh masalah dalaman iaitu berlaku perebutan kuasa antara saudara-saudaranya.[footnoteRef:47] [46: Sartono Kartodhirdjo, Sejarah Nasional Indonesia II, Jakarta: Department Pendidikan dan Kebudayaan, Balai Pustaka, 1977, hlm. 257.] [47: Kunaseelan a/l Muniandy, op cit, hlm. 14.]

Namun demikian, semasa kerajaan Majapahit berada di bawah pemerintahan Raja Hayam Wuruk, agama Hindu merupakan agama rasmi kerajaan Majapahit yang berpusat di Jawa Timur. Agama Hindu ini juga telah meninggalkan kesanya kepada masyarakat Indonesia kerana melalui ajaran agama Hindu ini maka raja telah dianggap sebagai jelmaan Tuhan.[footnoteRef:48] Namun demikian, pengamalan agama Hindu ini hanya dalam kalangan aristokrasi sahaja iaitu hanya dalam golongan pemerintah yang menganuti agama ini secara sepenuhnya. Pada abad ke-13, berlaku perluasan agama Islam di rantau Asia dan kebangkitan kerajaan Siam telah melemahkan pengaruh empayar Hindu Majapahit dan sekitar tahun 1513 hingga 1528 kerajaaan Hindu Majapahit telah berakhir.[footnoteRef:49] [48: J. D. Ledge, op cit, hlm 33.] [49: Victor Purcell, The Revolution in SEA, hlm. 24.]

Salah satu penyebab kepada kemerosotan kerajaan Majapahit ini adalah disebabkan oleh faktor kemasukan kuasa barat seperti Belanda ke Indonesia. Hal ini bermula setelah Belanda berjaya mengalahkan Portugis di Melaka pada tahun 1641. Hal ini menandakan bahawa kekuasaan Portugis di Selat Melaka tamat. Namun demikian, setelah Belanda berjaya menguasai Melaka, Belanda tidak memajukan Melaka tetapi lebih mementingkan Betawi (Jakarta) sebagai pusat perdagangan di Kepulauan Melayu.[footnoteRef:50] Melaka hanya berfungsi sebagai pusat pengumpulan bijih timah Belanda. Di samping itu, Belanda juga mengamalkan dasar monopoli dan telah memperkenalkan pelbagai jenis tanaman di Indonesia. Hal ini boleh dilihat melalui galakan pihak Belanda dalam penanaman gula di sekitar Betawi dan juga lada hitam di kawasan Sumatera Selatan dan Bantam.[footnoteRef:51] [50: Kunaseelan a/l Muniandy, op cit, hlm. 22.] [51: J. S Furnivall, Hindia Belanda: Satu Pengkajian Ekonomi Majmuk, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, 1983, hlm 53-54.]

Namun demikian, sikap Belanda yang suka memaksa dan melakukan penindasan terhadap rakyat Indonesia telah menyebabkan banyak kesan buruk. Hal ini boleh dibuktikan apabila Belanda telah menggunakan buruh paksa bagi menggantikan penanaman bebas oleh petani di Pulan Banda. Selain itu, Belanda juga telah menyekat bekalan beras dari Jawa dan memaksa rakyat memakan sagu sahaja. Hal ini telah menyebabkan peningkatan kadar kematian tetapi Belanda masih memerlukan hamba abdi yang banyak.[footnoteRef:52] [52: J. S Furnivall, op. cit, hlm. 59-60.]

Selain itu, semasa Belanda menduduki Indonesia, Belanda juga telah menggalakkan penghijrahan orang Cina ke Indonesia. Orang- orang Cina ini berperanan sebagai pemungut cukai, peniaga kecil, orang tengah dalam perniagaan dan sebagai pegawai kecil dalam pentadbiran Belanda. Namun demikian, Belanda mula mengalami kemerosotan setelah berlakunya pembubaran V.O.C, Perang Napoleon di Eropah, Perang Paderi di Sumatera dan Perang Jawa. Sehubungan dengan itu, bagi mengatasi masalah tersebut maka Belanda telah melaksanakan beberapa dasar seperti Sistem Kultur pada tahun 1830.[footnoteRef:53] Di bawah sistem kultur ini, petani-petani Jawa dikehendaki menggunakan satu per lima daripada tanah mereka untuk menanam tanaman komersial seperti kopi, teh, tebu, indigo, tembakau, lada hitam, kapas dan kulit kayu manis. Namun demikian, sistem kultur ini tidak berjaya kerana mengabaikan pembangunan pulau-pulau luar dan bagi mengatasi masalah ini maka Belanda telah memperkenalkan Dasar Liberal bagi menggantikan sistem Kultur. Oleh itu, di bawah Dasar Liberal ini maka hanya orang Cina dan pemodal-pemodal swasta Belanda sahaja yang menikmati keuntungan kerana monopoli Belanda telah dikurangkan.[footnoteRef:54] [53: Dr Sardesai, op cit, hlm. 139.] [54: Kunaseelan a/l Muniandy, op cit, hlm. 30.]

2.3.2 Kesultanan Sulu Sehingga Kedatangan SepanyolSebelum kedatangan Orang Sepanyol, penduduk Filipina terdiri daripada pelbagai puak dan hampir keseluruhannya adalah daripada rumpun etnik Melayu. Penduduk Filipina awal ini merupakan pelaut-pelaut yang tinggal di persisiran pantai dan sungai di mana mereka hidup dengan hasil-hasil laut serta menjalankan kegiatan pertanian slash and burn dikenali sebagai kaingin (pertanian pindah). Akibat daripada kedudukan geografinya yang terpencil dan sistem pengangkutan yang primitif, maka penduduk Filipina dapat mewujudkan sistem kebudayaan mereka yang unik dan tersendiri serta mempunyai pelbagai dialek. Setiap petempatan, barangay, diketuai oleh orang yang paling kuat dan berani di antara mereka serta bertanggungjawab untuk melindungi rakyat di bawahnya iaitu ketua ini yang digelar sebagai Datu.[footnoteRef:55] [55: Cesar Adib Majul, Islam Di Filipina (Terj: oleh Shamsuddin Jaapar daripada buku Muslim In The Philippines, 1979), Kuala Lumpur: Dewan Bahasa Dan Pustaka, 1988, hlm. 73.]

Petempatan-petempatan jiran kadangkala akan bergabung dan membentuk satu kesatuan untuk menyerang atau menghadapi serangan-serangan daripada pihak luar. Kalau tidak, barangay-barangay ini merupakan komuniti-komuniti yang berautonomi sendiri. Hal ini mendorong berlakunya perdagangan dan sistem barter di antara barangay dan kerjasama di antara mereka. Sebelum kedatangan orang Sepanyol, masyarakat ini telah menjalinkan perdagangan yang amat luas dengan pedagang-pedagang China dan Melayu di selatan berhampiran dengan Borneo. Saudagar-saudagar ini akan membawa sutera dan porselin serta menukar barangan mereka ini dengan emas, perak dan batu permata lain.[footnoteRef:56] [56: Ibid.]

Berbeza daripada negara-negara lain di Asia Tenggara, sejarah awal Filipina tidaklah bermula dengan kedatangan pengaruh India hingga menyebabkan wujudnya kerajaan-kerajaan Hindu-Buddha. Jika ada pun pengaruh India ia mungkin datang secara tidak langsung daripada Empayar Srivijaya dan Majapahit sehingga ianya tersebar sedikit sebanyak pengaruh India dalam bidang agama, bahasa, sastera dan kesenian. Kekosongan sejarah seperti inilah yang segera diisi oleh pengaruh Islam hingga mewujudkan kerajaan Islam di Filipina. Kerajaan Islam di Filipina melibatkan tiga wilayah penting iaitu di Kepulauan Sulu, wilayah Manguindanao di Pulau Mindanao dan wilayah Manila di Pulau Luzon.[footnoteRef:57] [57: Cesar Adib Majul, op. cit, hlm. 73-74.]

Seorang pendakwah dari Palembang bernama Abu Bakar telah mendirikan Kesultanan Sulu dan meninggal dunia pada tahun 1840 M. Akan tetapi, spekulasi mengenai tarikh sebenar penyebaran Islam di Sulu sentiasa menjadi tanda tanya. Dipercayai juga bahawa Islam datang ke Kepulauan Sulu sejak abad ke-9 lagi melalui perdagangan, tapi ia tidak menjadi faktor yang penting dalam sejarah Sulu sehingga abad ke-13 ketika orang yang menyebarkan Islam (dai) mulai pertama kali tinggal di Buansa (Jolo) dan kemudian ke daerah-daerah lain Kepulauan Sulu. Kedatangan Islam menurut Cesar Majul (1974: 5) membawa: hukum baru, standard etik yang luhur, dan pandangan hidup baru. Justeru, Islam menjadi dasar utama bagi menjamin pembangunan Kesultanan Sulu sekitar tahun 1450. Oleh itu, Islam menjadi sumber hukum dan institusi mereka yang memberikan orde dan bentuk masyarakat mereka.[footnoteRef:58] [58: Ibid., hlm. 74.]

Dengan Islam ia sudah boleh membezakan masyarakat mereka daripada masyarakat peribumi yang lain yang mendiami pulau-pulau di sekitarnya. Ia mengarahkan Kesultanan Sulu ke suatu perkembangan yang terpisah dari Visayas dan Luzon contohnya. Hal ini menjadi lebih jelas ketika Sepanyol datang yang kemudian melakukan kolonialisasi di daerah Luzon tetapi masyarakat di Sulu tidak terjejas. Institusi Kesultanan Sulu berakhir tahun 1915, dan ini bererti selama 500 tahun Kesultanan Sulu telah berjaya memerintah Filipina. Majoritu sarjana percaya Kesultanan Sulu sebagai suatu sistem kesultanan yang terakhir .[footnoteRef:59] [59: Saiful Muzani, Pembangunan dan Kebangkitan Islam di Asia Tenggara, Jakarta: PT Pustaka,1993. hlm. 197.]

Selain itu, Islam tiba di Filipina melalui kedatangan seorang lagi yang dipanggil sebagai Tuan Mashaika yang telah datang ke Sulu dan pada waktu tersebut juga penduduk-penduduk Sulu belum lagi menganut agama Islam sehinggalah tertubuhnya kerajaan Sulu yang merupakan kerajaan Islam pertama di Filipina.[footnoteRef:60] Sejarah awal Filpina adalah sejarah Islam oleh kerana Islam adalah agama yang terlebih dahulu mempengaruhi penduduk tempatan hingga tertubuhnya kerajaan-kerajaan awal di situ.[footnoteRef:61] Sungguhpun pernah dibuktikan tentang adanya pengaruh India, namun ia begitu terbatas sehingga tidak perlu dibincangkan dalam sejarah Filipina disebabkan tidak pernah ada kerajaan Hindu-Buddha yang diketahui pernah ditubuhkan di Filipina sepertimana kewujudan pengaruh agama ini negara-negara lain di Asia Tenggara.[footnoteRef:62] [60: Cesar Adib Majul, op. cit, hlm. 73.] [61: Abdul Rahman Haji Abdullah, Islam Dalam Sejarah Asia Tenggara Tradisional, Kuala Lumpur: Penerbitan Pena Sdn. Bhd, 1993, hlm. 118.] [62: Abdul Rahman Haji Abdullah, op. cit, hlm. 119]

Terdapat juga yang berpendapat kedatangan Islam ke Sulu adalah bermula pada abad ke-13, dibawa oleh tokoh-tokoh yang dikenali dengan nama Tuan Mashaika serta Tuan Maqbalu dan kemudiannya pada tahun 1308, tiba pula Al-Makhdum yang mana pada masa tersebut sudah wujud komuniti Islam di Buansa.[footnoteRef:63] Sayyid Abu Bakar, seorang yang berketurunan Arab datang ke Sulu merupakan tokoh yang bertanggungjawab menegakkan Kesultanan Sulu dan sekaligus menjadi rajanya yang pertama. Tujuan beliau datang ke Nusantara sebenarnya adalah mengembangkan lagi ajaran tasawuf Abu Ishak al-Shirazi, pengarang kitab Aa-Durr al-Manzum. Di Sulu, beliau telah berkahwin dengan Paramisuli, puteri tunggal Raja Baguinda yang juga telah melantiknya menjadi seorang Kadi dan Imam. Apabila Raja Baguinda meninggal dunia, lalu orang-orang Sulu mengangkatnya sebagai Sultan dengan gelaran Sultan Sharif al-Hashim dan memerintah sehingga tahun 1480. Kesultanan Sulu adalah sebuah kerajaan Muslim yang pernah suatu masa dahulu menguasai Laut Sulu di Filipina Selatan. Kerajaan ini didirikan pada tahun 1450. Ketika zaman kegemilangannya, negeri ini telah meluaskan sempadannya dari Mindanao sehingga ke negeri Sabah.[footnoteRef:64] [63: Ibid.] [64: Ibid., hlm. 120.]

Suatu keistimewaan dalam sejarah awal Sulu ini ialah penggunaan khutbah dan kitab-kitab sebagai alat propaganda kerajaan yang mana melaluinya para Sultan akan dipuji sikap-sikap mereka dan kejayaannya juga.[footnoteRef:65] Sultan Sharif al-Hashim misalnya disebut sebagai Sayyid al-Asr atau tokoh zamannya dalam bidang agama. Demikian juga halnya dengan Sultan-sultan Sulu selepas itu seperti Sultan Alauddin, Sultan Nasiruddin, Sultan Amir al-Ulama, Sultan Muiz al-Mutawaddin, Sultan Muhammad al-Halim dan sehinggalah kepada Sultan terakhir iaitu Sultan Jamal al-Kiram yang mangkat pada tahun 1936. Ibu kota kerajaan Sulu semasa pemerintahan awal Sultan-sultannya adalah di Buansa dan ada juga di Dungun tetapi kebanyakkannya di Jolo.[footnoteRef:66] [65: Ibid.] [66: Saiful Muzani, op. cit, hlm. 198.]

Sepanjang zaman kegemilangan Kesultanan Sulu ini, wilayah yang menjadi kekuasaannya dikatakan amat luas sehingga meliputi seluruh Kepulauan Sulu, selatan Zamboanga, Palawan dan Sabah. Walau bagaimanapun, kehadiran Sepanyol di Filipina pada tahun 1566 merupakan suatu ancaman besar terhadap kestabilan wilayah-wilayah yang berada di bawah kekuasaan kesultanan ini dan antara ancaman Sepanyol yang terbesar adalah berlaku pada tahun 1638, iaitu tiga tahun selepas ia bertapak di Zamboanga. Pada tahun tersebut Sepanyol berjaya menewaskan Sultan Muwallil Wasit I (Raja Bungsu), tetapi 6 tahun kemudian Raja Bungsu berjaya menghalau Sepanyol dari Zamboanga. Ancaman besar yang kedua berlaku pada tahun 1749 apabila Sultan Azimuddin I berjaya ditipu oleh Sepanyol sehingga membawa kepada kejatuhannya daripada takhta.[footnoteRef:67] [67: Cesar Adib Majul, op. cit, hlm. 72.]

Semasa kedatangan Sepanyol, Filipina adalah terletaknya jauh daripada jalan perdagangan utama yang telah menghubungkan semenanjung Tanah Melayu dan kepulauan Indonesia dengan India, dan di mana agama Hindu, Buddha dan Islam telah lalui. Pada akhir abad ke-15, negeri utamanya adalah di selatan iaitu Kesultan Sulu. Filipina ditemui secara tidak sengaja oleh kuasa Eropah apabila kuasa-kuasa Eropah ini berlumba-lumba mencari jalan ke kepulauan Hindi untuk mendapatkan rempah ratus. Didorong oleh kejayaan Marco Polo dalam perjalannya di Asia, Portugal dan Sepanyol, dua kuasa barat yang besar pada ketika itu, cuba bersaing untuk menemui jalan baru ke Maluku, kepulauan rempah di Indonesia.[footnoteRef:68] [68: P. Church, A Short History of Southeast Asia, John Wiley& Sons (Asia) Pte. Lt., 2003, hlm. 125-126]

Ferdinand Magellen, dan ekspedisi-ekspedisi lain yang telah meletakkan kepulauan Filipina dalam peta dunia. Ferdinand Magellen belayar dari Sepanyol pada 1519 dengan 5 buah kapal dan 264 anak kapal. Tiga tahun kemudian hanya sebuah sahaja kapal iaitu Victoria yang kembali ke Sepanyol bersama 18 anak kapal. Ekspedisi Magellen ini telah tiba di Pulau Samar pada 15 Mac 1521. Magellen disambut oleh dua orang Raja iaitu Kolambu dan Siagu.[footnoteRef:69] [69: D. Corpuz Onofre, Filipina, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, 1972, hlm. 12-15.]

Dengan kebangkitan kuasa Sepanyol yang bermarkas di Manila serta ditambah lagi dengan kemerosotan kekuatan Kesultanan Brunei, akhirnya Sepanyol berjaya muncul menjadi kuasa paling dominan di Filipina. Tempoh 300 tahun pendudukan Sepanyol di Filipina membuktikan Sepanyol merupakan satu-satunya kuasa yang agung di bumi Filipina dan tiada kuasa Eropah lain yang dapat menandinginya dalam penaklukan dan pemerintahan di Filipina. Namun begitu, pendudukan Sepanyol berakhir juga dengan kedatangan tentera Amerika Syarikat di Filipina yang bermula pada tahun 1899 dan selepas itu Amerika Syarikat pula yang memerintah Filipina sehingga negara tersebut berjaya mencapai kemerdekaannya pada tahun 1946.[footnoteRef:70] [70: D. Corpuz Onofre, op. cit, hlm. 15.]

Walau bagaimanapun, sepanjang lebih 300 tahun pendudukan Sepanyol di Filipina dan tercetusnya banyak peringkat peperangan Moro, yang pasti Sepanyol tidak pernah berjaya menakluki Filipina secara keseluruhannya terutamanya di Selatan Filipina akibat penentangan hebat yang diterima daripada bangsa Moro di wilayah terbabit. Sepanyol tidak pernah berjaya menjajah masyarakat Islam di Selatan Filipina walaupun terdapat banyak peperangan yang melibatkan kuasa penjajah tersebut dengan masyarakat Islam di wilayah terbabit.[footnoteRef:71] [71: T.J.S George, Revolt in Mindanao: The Rise of Islam in Phillipine Politics, Kuala Lumpur: Osford University Press, 1980, hlm. 38.]

Bangsa Moro sememangnya mengalami kekalahan teruk akibat ancaman dan serangan daripada Sepanyol, namun mereka tidak pernah dikuasai atau dijajah oleh Sepanyol dan begitu juga dengan sebaliknya yang mana Sepanyol juga tidak pernah berjaya menguasai atau menjajah Selatan Filipina. Demikian juga halnya dengan kedatangan Amerika Syarikat di Filipina selepas Perjanjian Perancis 1898, orang Amerika juga tidak berjaya menundukkan bangsa Moro walaupun pelbagai cara telah dilakukan. Malah sebaliknya ia telah mendorong kepada lahirnya gerakan pemisahan kemudiannya selepas itu.[footnoteRef:72] Perjanjian Perancis 1898 tersebut ditandatangani berikutan dengan kekalahan Sepanyol kepada Amerika Syarikat dalam satu peperangan bagi untuk menduduki Filipina. [72: W. K. Che Man, Muslim Separatiosm The Moros Of Southern Phipilines And The Malays Of Southern Thailand, Singapore: Oxford University Press, 1990, hlm. 23-24.]

Perkembangan kerajaan-kerajaan Islam di Filipina juga terbantut. Ia berlaku disebabkan akibat kedatangan orang Sepanyol yang dengan segera menyekat kemaraan masyarakat Islam di kerajaan-kerajaan ini. Sepatutnya kerajaan-kerajaan Islam ini dapat berkembang dengan baik kerana tidak menghadapi sebarang cabaran atau ancaman daripada kerajaan-kerajaan Hindu-Buddha seperti mana yang dialami oleh wilayah-wilayah lain di Asia Tenggara pada ketika itu. Walau bagaimanapun, kedatangan kuasa penjajah Sepanyol telah menghalang perkembangan kerajaan-kerajaan Islam ini disebabkan kerajaan ini selalu menerima cabaran dan diserang oleh Sepanyol bagi membolehkan kerajaan Sepanyol melebarkan kuasanya di wilayah-wilayah kerajaan-kerajaan Islam terbabit dan sekaligus menyebarkan agama Kristian Katholik mereka. Kerajaan-kerajaan Islam yang terdapat di Filipina ini melibatkan tiga wilayah penting iaitu Kepulauan Sulu, Pulau Mindanao dan Manila di Pulau Luzon.[footnoteRef:73] [73: W. K. Che Man, op. cit, hlm. 24.]

Penjajahan Sepanyol di Filipina juga juga telah menyebabkan penghapusan dan kemerosotan kekuatan Kesultanan Brunei, Sulu, Midanao dan Manila akibat selalu diserang dan diancam oleh kuasa Sepanyol. Kemerosotan kekuatan Kesultanan Sulu adalah berkait rapat dengan Perang Moro yang terakhir apabila meningkatnya pengaruh Sepanyol ke atas Sultan-Sultan Mindanao serta kemerosotan kuasa dan pengaruh-pengaruh tersebut yang berpecah dan sebagainya. Selain daripada itu juga, kemerosotan Kesultanan Brunei telah membawa Sepanyol muncul menjadi kuasa paling dominan di Filipina kerana sebelum itu terdapat wilayah-wilayah tertentu di Filipina yang ditadbir oleh Kesultanan ini. Serangan dan ancaman yang sering diterima daripada Sepanyol kerana cuba mempertahankan wilayah-wilayah tersebut dan juga cuba membantu kesultanan-kesultanan Islam yang terdapat di Filipina juga telah membawa kepada kemerosotan kuasanya. Selain itu, Kesultanan Brunei dengan Kesultanan Sulu dan Mindanoa mempunyai pertalian persaudaraan serta mempunyai perhubungan yang sangat akrab.[footnoteRef:74] [74: ---, Ensiklopedia Dunia: F-G: Jilid 7, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, 2005, hlm. 115-116]

Hal ini menyebabkan pihak penjajah Sepanyol amat begitu bimbang dengan keadaan tersebut. Hal ini memberi kesan ke atas masyarakat Islam di Filipina khususnya di selatan Filipina.[footnoteRef:75] Selain daripada itu, dasar Sepanyol pada abad ke-19 yang cuba untuk menakluki Kesultanan-kesultanan Islam, terutamanya sekali Kesultanan Sulu dan meletakkan kesultanan-kesultanan ini di bawah pemerintahan Sepanyol juga telah membawa kepada kemerosotan kekuatan Kesultanan Sulu. Hal ini kerana persaingan di antara kuasa barat yang lain seperti Belanda dan British yang sering menjalankan aktiviti perdagangan di Sulu menyebabkan Sepanyol merasakan kedudukannya akan tergugat. Oleh itu mereka perlu bertindak lebih awal menguasai Kepulauan Sulu sebelum Belanda dan British bertapak kuat dari segi politik dan ekonominya di wilayah tersebut iaitu dengan cara menyerang Kesultanan Sulu yang merupakan pemerintah di kepulauan tersebut.[footnoteRef:76] [75: Cesar Adib Majul, op ci, hlm. 118.] [76: B. John & B. Herry, Sejarah Asia Tenggara Moden, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, 2000, hlm. 56.]

Proses pertapakan dan penjajahan Sepanyol di Filipina sehingga membawa kepada pendudukannya dalam satu tempoh masa yang lama telah mendapat tentangan hebat daripada masyarakat Islam di Selatan Filipina sehingga ia telah mencetuskan suatu peperangan yang memakan masa hampir lebih 300 tahun iaitu dikenali sebagai Perang Moro. Perang Moro ini melibatkan enam peringkat peperangan yang bermula pada tahun 1571 di antara Sepanyol dan orang Islam yang digelar bangsa Moro oleh kuasa Sepanyol. Peperangan yang berlaku ini merupakan tindak balas bangsa Moro terhadap penjajahan Sepanyol melalui dasar-dasarnya yang jelas bertentangan dengan kehidupan mereka terutamanya dari aspek keagamaan dan ekonomi. Peperangan yang memakan masa lama ini telah meninggalkan pelbagai kesan kepada masyarakat Islam dari pelbagai aspek kehidupan mereka.[footnoteRef:77] [77: Wan Kamal Mujani et. al, Minoriti Muslim: Cabaran dan Harapan Menjelang Abad ke 21, Bangi:Universiti Kebangsaan Malaysia, 2002, hlm. 81.]

Kedatangan orang-orang Sepanyol ke Filipina pada tahun 1521 M, selain untuk menjajah juga bertujuan untuk menyebarkan agama Kristian. Dengan kekerasan, pemujukan atau menundukkan secara halus dengan hadiah-hadiah, orang-orang Sepanyol dapat memperluas kedaulatannya hampir ke seluruh wilayah Filipina. Namun, ketika Sepanyol menakluk wilayah utara Filipina dengan mudah dan tanpa perlawanan bererti, tidak demikian halnya dengan wilayah selatan.Tentera kolonial Sepanyol harus bertempur mati-matian melawan kesultanan Islam di wilayah selatan Filipina, yakni Sulu, Manguindanau dan Buayan.[footnoteRef:78] [78: Cesar Adib Majul, op cit, hlm. 92.]

Rentetan peperangan yang panjang antara Islam dan Sepanyol hasilnya tidak nampak kecuali bertambahnya ketegangan antara orang Kristian dan orang Islam Filipina.[footnoteRef:79] Sejak masuknya orang-orang Sepanyol ke Filipina, pada 16 Mac 1521 M, penduduk pribumi telah menghidu adanya maksud lain dibalik ekspedisi ilmiah Ferdinand de Magellans. Ketika kolonial Sepanyol menakluki wilayah utara dengan mudah dan tanpa penentangan namun tidak demikian halnya dengan wilayah selatan. Mereka lantas melihat penduduk wilayah selatan melakukan penentangan yang sangat gigih, berani dan pantang menyerah. Tentera kolonial Sepanyol terpaksa bertempur mati-matian kilometer demi kilometer untuk mencapai Mindanao-Sulu (kesultanan Sulu ditakluk pada tahun 1876 M). Menghabiskan lebih dari 375 tahun masa kolonialisme dengan perang berkelanjutan melawan kaum Muslimin. Walau demikian, kaum Muslimin tidak pernah dapat ditundukan.[footnoteRef:80] [79: Tim Penyusun, Pengantar Studi Islam, Surabaya: IAIN Sunan Ampel Press, Cet. IV, 2006, hlm. 307- 308.] [80: Filipina dlm. http://id-id.facebook.com/note.php?note_id+193239317353495 diakses pada 16/11/2011, jam 1:30 p.m]

Selama masa kolonial, Sepanyol menerapkan politik devide and rule (pecah belah dan kuasai) serta mision-sacred (misi suci Kristianisasi) terhadap orang-orang Islam. Bahkan orang-orang Islam digelar sebagai "Moor" (Moro) (gelaran terhadap hal-hal yang buruk).[footnoteRef:81] Maksudnya orang yang buta huruf, jahat, tidak bertuhan dan huramentados (tukang bunuh). Sejak itu gelaran Moro melekat pada orang-orang Islam yang mendiami kawasan selatan Filipina tersebut.[footnoteRef:82] [81: Cesar Adib Majul, Op Cit;.hlm. 113.] [82: Jason F. Isaacson dan Colin Rubenstein, Islam In Asia:Changing Political Realities, London: Transaction Publishers and American Jewish Committee, 2002, hlm. 190-191.]

Tahun 1578 M terjadi perang besar yang melibatkan orang Filipina sendiri. Bangsa Sepanyol memberikan layanan yang buruk terhadap orang-orang Islam di Semenanjung Iberia. Mereka menyerang kerajaan Muslim Sulu, Manguindanau dan Manila dengan fanatisme dan keganasan yang sama seperti mereka memperlakukan penduduk muslim mereka sendiri di Sepanyol.[footnoteRef:83] [83: Abdul Rahman Abdullah, op cit, hlm. 302-303.]

Menghadapi latar belakang seperti ini, orang-orang muslim Filipina (bangsa Moro)harus berjuang bagi kelangsungan hidupnya sampai ke saat ini, lebih dari empat abad. Sepanyol tidak pernah dapat menakluki kesultanan Islam Sulu walaupun dalam keadaan perang terus menerus, dan harus mengakui keadaan mereka yang merdeka. Agama Islam juga dilihat sebagai sumber kekuatan dalam usaha masyarakat Filipina menentang ancaman Sepanyol. Masyarakat Sulu di bahagian Selatan Filipina telah menjadikan Islam sebagai tunjang penting dalam usaha mereka menentang Sepanyol. Sepanyol yang menjalankan dasar penyebaran dakyah Kristian secara aktif menerima tentangan hebat daripada Kesultanan Sulu sejak abad ke-16 lagi dan sepanjang tempoh itu, kesultanan Sulu sering sahaja menjadikan Islam sebagai sumber kekuatandan penyatuan rakyatnya. Perang Moro yang berlangsung sepanjang abad ke-16 hingga abad ke-20 membuktikan hakikat ini. Contohnya pada tahun 1578, apabila tentera Sepanyol cuba mengusir orang Moro dari kawasan mereka di Bandar Jolo di Pulau Sulu tapi gagal bertahan kerana penduduk semakin benci kepada mereka.[footnoteRef:84] [84: Joginder Singh Jessy, History of South-East Asia (1824-1965), Kedah: Penerbitan Darulaman, 1985, hlm. 29-30.]

Jalan buntu menimpa kedua-dua belah pihak kerana tiada persefahaman dicapai.[footnoteRef:85] Malahan dalam kalangan pejuang Moro telah timbul satu amalan yang disebut sebagai Juramentado iaitu kesanggupan mengorbankan nyawa sewaktu berperang dengan Sepanyol.[footnoteRef:86] Dari sinilah kemudian timbul kebencian dan rasa curiga orang-orang Kristian Filipina terhadap Bangsa Moro yang Islam hingga sekarang. Sejarah mencatat,orang Islam pertama yang masuk Kristian akibat politik yang dijalankan kolonial Sepanyol ini adalah isteri Raja Humabon dari pulau Cebu. Di Manila pula, kewujudan Islam ada disebut oleh Pigafetta. Keluarga yang memerintah Manila adalah berketurunan Brunei dan berasal dari Borneo. Buktinya, seorang rahib pada tahun1630 ialah: pemimpin teragung negara itu pada waktu itu seorang raja tua, Raja Soliman, dan Lacandola. Kedua orang ini, oleh kerana mereka telah menyembah agama Mahoma, mereka telah memakai nama Mahomaten, di samping adat resam mereka.[footnoteRef:87] [85: D. G. E. Hall, Sejarah Asia Tenggara, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, 1981, Hlm. 306-307.] [86: Abdul Rahman Abdullah, op cit, hlm. 299.] [87: Cesar Adib Majul, op cit, hlm. 105. ]

Rajah Sulaiman, tokoh Islam berketurunan Tausug (keturunan bangsa Moro di selatan Filipina) terus berjuang mengembalikan kedaulatan kerajaan Manila sehingga mati dibunuh penjajah pada 1571. Lapu-Lapu yang juga beragama Islam berketurunan Tausug adalah Raja Mactan, sebuah wilayah di Pulau Cebu dan beliau dikenang kerana berjaya membunuh lagenda pelayar, penakluk dan penyebar Kristian Sepanyol berbangsa Portugis, Ferdinand Magellan pada 27 April 1521. Lapu-Lapu atau juga dikenali Kalifah Pulaka masyhur sebagai tokoh nasionalis dan rakyat Filipina yang pertama menentang kolonial Sepanyol. Sebagai mengenang jasanya, rakyat Cebu menggantikan nama kota Opon di Cebu kepada Kota Lapu-Lapu, selain mendirikan patung tokoh itu. Semasa Sepanyol memerintah juga, Brunei telah kehilangan kuasa politik dan perdagangan di Nusantara, dan semakin ramai orang Manila terpengaruh dengan ajaran Kristian.[footnoteRef:88] [88: Ibid., hlm. 106.]

Semasa Filipina berada di bawah Sepanyol, pelbagai usaha untuk menghapuskan pengaruh dan orang-orang Islam telah dilakukan. Contoh, selepas kekalahan Brunei kepada Sepanyol pada 1578, Sepanyol telah mengarahkan Kapten Esteban Rodriguez de Figueroa untuk pergi ke Sulu menuntut ufti daripada pemimpinnya dan kemudian meneruskan perjalanan ke Mindanao utnuk memaksa pemimpin-pemimpinnya.[footnoteRef:89] Antara kekerasan yang digunakan oleh Sepanyol seperti membakar masjid-masjid, mengarahkan pemimpin Islam supaya tidak lagi menerima pelajar- pelajar untuk mendalami Islam, pemusnahan Al-Quran dan manuskrip Arab serta pemusnahan makam-makam sultan dan mubaligh Islam. Dalam usaha menguasai Pulau Mindanao juga, Sepanyol telah membina kota Zamboanga pada tahun 1635 dan ia telah membawa kekalahan kepada Maguindanao. Kesultanan Maguindanao telah berakhir semasa pemerintahan Sultan Mangigin (1899-1900), dengan ketibaan tentera Amerika pada tahun 1899 di Filipina.[footnoteRef:90] [89: Cesar Adib Majul, op cit, hlm 120-122.] [90: Abdul Rahman Abdullah, op cit, hlm. 304-305.]

Selain itu, dalam membincangkan mengenai maritim di Filipina, kegiatan perlanunan tidak dapat dielakkan. Istilah lanun sebagai perompak laut adalah berasal daripada perkataan Iranun atau Illanun yang merupakan penduduk asal Pulau Mindanao. Kawasan utama bagi mereka adalah di sekitar Tasik Lanao dan Teluk Illana (Teluk Illanun). Mereka ini terkenal sebagai puak pengembara laut di mana mereka banyak menjalankan kegiatan merompak di laut dan turut menyerang perkampungan untuk mendapatkan harta dan juga hamba abdi. Disebabkan mereka sangat terkenal di seluruh Nusantara sebagai perompak di laut, maka secara tidak langsung masyarakat Melayu telah mensinonimkan nama suku kaum Iranun atau Illanun dengan kegiatan perompakan di laut. Justeru, istilah lanun telah diguna pakai oleh orang Melayu selepas abad ke-19 sebagai ganti kepada istilah perompak laut. Menurut J.P Warren (1981) dalam bukunya yang bertajuk The Sulu Zone: 1768-1898 , beliau mengatakan bahawa British dengan sesuka hati telah menggunakan perkataan Illanun ini untuk merujuk kepada perompak laut manakala orang Belanda menganggap puak Illanun ini sebagai satu ras yang berperangai keji.[footnoteRef:91] [91: Ahmad Jelani Halimi, Lanun, Pedagang atau Penguatkuasa: Kes Perlanunan di Wilayah Johor Riau Sebelum Abad ke-19 dlm Jurnal Warisan Johor: Memeilihara Warisan Budaya, Jil. 4, 2002, hlm. 50-51.]

Justeru, maksud asal perkataan Iranun atau Illanun itu tidaklah sebegitu buruk sepertimana maksud yang digambarkan oleh perkataan lanun itu sendiri. Hal ini demikian kerana, menurut Datu Bandira Datu Alang, Iranun atau Illanun bermaksud berkasih-kasihan dan ianya amat berlawanan dengan maksud lanun-perompak laut.[footnoteRef:92] [92: Ahmad Jelani Halimi, op. cit. hlm. 51.]

2.3.3 Kesultanan Brunei sehingga Kedatangan Rejim BrookeBrunei merupakan salah sebuah negara yang terdapat di Kepulauan Borneo. Brunei terletak di bahagian utara barat di Kepulauan Borneo dan terletak di antara negeri Sabah dan Sarawak.[footnoteRef:93] Kesultanan Brunei memiliki banyak wilayah-wilayah jajahan seperti Sarawak, Labuan, dan sebagainya.[footnoteRef:94] Pada abad ke-16 sehingga abad ke-19, negara Brunei mencapai zaman kegemilangannya disebabkan oleh Sultan-Sultan yang bijaksana.[footnoteRef:95] Brunei telah melakukan perdagangan dengan negara China semenjak abad ke-6 lagi. Ketika itu, Brunei berada di bawah pengaruh Buddha. Pada awal abad ke-15, pengaruh agama Islam telah masuk ke Brunei dan mengubah pemerintahan negara tersebut kepada Kesultanan.[footnoteRef:96] Sejarah Kesultanan Brunei boleh dilihat daripada tiga aspek iaitu sosial, ekonomi dan politik. [93: Perjanjian 1888 : Suatu Harapan dan Kekecewaan oleh Ismail bin Haji Awang Nordin dlm. mforum.cari.com.my/archiver/?tid-525072.html diakses pada 10/12/2011, jam 4:00 p.m] [94: Ibid, ] [95: Pengaruh Kesultanan Brunei kepada Masyarakat Sabah oleh Bilcher Bala & Baszley Bee Basrah Bee dlm. eprints.ums.edu.my/2715/1/ar0000000018.pdf, diakses pada 10/12/2011, jam 4:15 p.m] [96: Ibid.]

Dari segi sosial, negara Brunei memiliki keluasan sebanyak lebih dari 5765 kilometer persegi.[footnoteRef:97] Kebanyakkan kawasan di Brunei terdiri daripada hutan hujan tropika. Jumlah penduduk di Brunei mencecah sebanyak 395, 027 juta orang dan kebanyakkannya tinggal di bandar.[footnoteRef:98] Terdapat banyak bangsa yang tinggal di Brunei seperti bangsa Melayu Brunei, Kedayan, Tutong, Dusun, Belait, Murut dan Bisaya.[footnoteRef:99] Majoriti penduduk Brunei terdiri daripada etnik Melayu Brunei. Penduduk di Brunei secara majoritinya bertutur dalam bahasa Melayu.[footnoteRef:100] Dari segi agama, Islam merupakan agama rasmi bagi negara Brunei.[footnoteRef:101] Tetapi agama lain seperti Buddha, Kristian dan animisme juga turut diamalkan.[footnoteRef:102] [97: Ibid.] [98: Menoleh Sejarah Membetulkan Arah oleh Abdullah Zakaria Bin Ghazali dlm. majlisilmu.org.bn/...Prof%20Abdullah%20Zakaria diakses pada 10/12/2011, jam 4:20 p.m.] [99: Ibid. ] [100: Pengaruh Kesultanan Brunei kepada Masyarakat Sabah oleh Bilcher Bala & Baszley Bee Basrah Bee. eprints.ums.edu.my/2715/1/ar0000000018.pdf diakses pada 10/12/2011, jam 4:15 p.m] [101: Perjajjian 1888 : Suatu Harapan dan Kekecewaan oleh Ismail bin Haji Awang Nordin dlm. mforum.cari.com.my/archiver/?tid-525072.html diakses pada 10/12/2011, jam 4.00 p.m] [102: Ibid. ]

Seterusnya, kita lihat pula dari segi ekonomi Brunei. Semasa Kesultanan Brunei, sumber ekonomi kerajaan tersebut diperolehi hasil daripada cukai, perdagangan, hutan dan sebagainya.[footnoteRef:103] Walau bagaimanapun, sumber minyak mentah dan gas asli ditemui pada abad ke-19 dan menjadi sumber utama ekonomi Kesultanan Brunei kemudiannya [footnoteRef:104] [103: Menoleh Sejarah Membetulkan Arah oleh Abdullah Zakaria Bin Ghazali dlm. majlisilmu.org.bn/...Prof%20Abdullah%20Zakaria diakses pada 10/12/2011, jam 4:20 p.m.] [104: Ibid, ]

Seterusnya, kita lihat pula dari segi politik. Kesultanan Brunei merupakan sebuah kerajaan yang mengamalkan pemerintahan berbentuk monarki.[footnoteRef:105] Sultan yang memerintah dipilih berdasarkan waris atau keturunan. Terdapat sebanyak 29 orang Sultan sejak penubuhan kerajaan Kesultanan Brunei.[footnoteRef:106] Antara Sultan-sultan Brunei yang berwibawa adalah seperti Sultan Bolkiah (1485-1524) dan Sultan Omar Ali Saifuddein (1740-1795) yang merupakan zaman kegemilangan Kerajaan Kesultanan Brunei. [footnoteRef:107] [105: Perjanjian 1888 : Suatu Harapan dan Kekecewaan oleh Ismail bin Haji Awang Nordin dlm. mforum.cari.com.my/archiver/?tid-525072.html diakses pada 10/12/2011, jam 4:00 p.m] [106: Senarai Sultan Brunei dlm. www.pusat-sejarah.gov.bn/sultanbrunei.htm diakses pada 10/12/2011 jam 5:00 p.m] [107: Ibid.]

Kesultanan Brunei menghadapi banyak masalah dalam pentadbiran wilayah-wilayah yang dimilikinya. Terdapat berbagai masalah yang dihadapi seperti masalah perlanunan, pemberontakkan dan sebagainya disebabkan oleh pembesar-pembesar Brunei yang tidak berwibawa. Atas tujuan tersebut, Sultan Brunei telah menjemput James Brooke yang secara kebetulannya singgah di Kuching bagi membantu Kesultanan Brunei. Dengan itu, James Brooke telah memulakan pengaruh dan kuasanya ke atas wilayah Sarawak.[footnoteRef:108] [108: Menoleh Sejarah Membetulkan Arah oleh Abdullah Zakaria Bin Ghazali dlm. majlisilmu.org.bn/...Prof%20Abdullah%20Zakaria diakses pada 10/12/2011, jam 4:20 p.m.]

James Brooke merupakan seorang askar Inggeris dan dilahirkan pada 29 April 1803 di India.[footnoteRef:109] Beliau merupakan seorang yang kaya dan memiliki sebuah kapal yang diberi nama sebagai Royalist [footnoteRef:110] Pada tahun 1838, beliau telah melakukan pelayaran ke Borneo dan singgah di Singapura dan seterusnya Kuching pada bulan Ogos tahun yang sama.[footnoteRef:111] Ketika itu, Sarawak merupakan sebuah negeri yang berada dibawah pemerintahan Kesultanan Brunei. Namun begitu, Sultan Brunei menghadapi tentangan daripada kaum Dayak di Sarawak. Untuk itu, Sultan Brunei telah meminta bantuan daripada James Brooke untuk membantu menamatkan pemberontakan tersebut.[footnoteRef:112] Dengan bantuan James Brooke, pemberontakan oleh kaum Dayak telah dapat dihentikan. Untuk itu, Sultan Brunei telah menjadikan James Brooke sebagai raja putih yang pertama di Sarawak sebagai menghargai jasa beliau.[footnoteRef:113] Sultan Brunei telah memajakkan Sarawak kepada James Brooke . James Brooke telah mengubah pemerintahan di Sarawak kepada pentadbiran cara Inggeris. Sepanjang pemerintahan James Brooke, beliau telah mengubah Kesultanan Brunei. [109: Negara Baru Brunei: 100 Tahun Meniti Cabaran oleh Haji Abdul Karim Bin Haji Abdul Rahman dlm. www.bruneiresources.com/pdf/nd06_karim.pdf. diakses pada 10/12/2011, jam 7:00 p.m] [110: Ibid. ] [111: A Tale of Two Centuries : The Globalisation of Maritime Raiding and Piracy in Southeast Asia at The End of Eigteenth n Twentieth Centuries oleh James. F. Warren dlm. www.ari.nus.edu.sg/docs/wps/wps03_002.pdf. diakses pada 10/12/2011, jam 7:15 p.m.] [112: Negara Baru Brunei: 100 Tahun Meniti Cabaran oleh Haji Abdul Karim Bin Haji Abdul Rahman dlm. www.bruneiresources.com/pdf/nd06_karim.pdf. diakses pada 10/12/2011, jam 7:00 p.m] [113: Ibid.]

Salah satu perubahan yang dilakukan oleh James Brooke adalah menghapuskan lanun atau perlanunan.[footnoteRef:114] James Brooke begitu tidak menggemari kaum Dayak atau Iban di Sarawak. Beliau menganggap bahawa kaum Iban merupakan lanun.[footnoteRef:115] Hal yang demikian disebabkan keengganan penduduk Iban yang tinggal di tepi sungai seperti Sungai Skrang dan Saribas untuk membayar cukai. Tambahan pula, orang Iban merupakan bangsa yang mengamalkan headhunting atau pemburu kepala serta pernah bersama-sama dengan kaum Iranun untuk melakukan maritime raiding di perairan Filipina.[footnoteRef:116] Bagi beliau, orang Iban telah banyak mendatangkan kesusahan kepada Sultan Brunei dan perlu dihapuskan. Bagi tujuan tersebut, beliau telah melakukan ekspedisi ketenteraan ke atas kaum Iban yang tinggal di sungai-sungai.[footnoteRef:117] Beliau telah mendapat tentangan yang hebat daripada orang-orang Iban di sekitar Sungai Skrang dan Saribas serta Mukah. Antara tokoh-tokoh yang terbilang adalah seperti Rentap, Linggi dan Sharif Masahor.[footnoteRef:118] James Brooke telah menggunakan kapalnya yang bernama Royalist dan dibantu oleh Angkatan Tentera Laut British yang menggunakan kapal HMS Dido untuk menjalankan ekspedisi ketenteraan tersebut antara tahun 1843 sehingga tahun 1844.[footnoteRef:119] Pada tahun 1849, James Brooke telah menewaskan kaum Dayak Laut di Batang Maru dengan bantuan kapal HMS Albatros dan kapal SHTI iaitu Nemesis dan Semiramis.[footnoteRef:120] Hasilnya, beliau berjaya menghapuskan penentangan orang Iban kepada Sultan Brunei. Orang Dayak atau Iban telah berpindah ke kawasan pedalaman untuk meneruskan hidup. Selain itu, beliau juga menjalankan ekspedisi ketenteraan di perairan Kepulauan Filipina bagi menentang lanun-lanun di laut seperti kaum Iranun dan Bajau.[footnoteRef:121] [114: Menoleh Sejarah Membetulkan Arah oleh Abdullah Zakaria Bin Ghazali dlm. majlisilmu.org.bn/...Prof%20Abdullah%20Zakaria. diakses pada 10/12/2011, jam 4:20 p.m] [115: Ibid.] [116: Negara Baru Brunei: 100 Tahun Meniti Cabaran oleh Haji Abdul Karim Bin Haji Abdul Rahman dlm. www.bruneiresources.com/pdf/nd06_karim.pdf. diakses pada 10/12/2011, jam 7:00 p.m] [117: Negara Baru Brunei: 100 Tahun Meniti Cabaran oleh Haji Abdul Karim Bin Haji Abdul Rahman dlm. www.bruneiresources.com/pdf/nd06_karim.pdf. diakses pada 10/12/2011, jam 7:00 p.m] [118: Negara Baru Brunei: 100 Tahun Meniti Cabaran oleh Haji Abdul Karim Bin Haji Abdul Rahman dlm. www.bruneiresources.com/pdf/nd06_karim.pdf. diakses pada 10/12/2011, jam 7:00 p.m] [119: Menoleh Sejarah Membetulkan Arah oleh Abdullah Zakaria Bin Ghazali dlm. majlisilmu.org.bn/...Prof%20Abdullah%20Zakaria. diakses pada 10/12/2011, jam 4:20 p.m.] [120: Ibid.] [121: Negara Baru Brunei: 100 Tahun Meniti Cabaran oleh Haji Abdul Karim Bin Haji Abdul Rahman dlm. www.bruneiresources.com/pdf/nd06_karim.pdf. diakses pada 10/12/2011, jam 7:00 p.m.]

James Brooke juga berjaya menghapuskan petempatan orang Iranun dan Balangingi di Tunku dan Shilabat dengan bantuan Kapten Edward Belcher.[footnoteRef:122] Seterusnya, James Brooke dengan bantuan daripada Angkatan Tentera Laut dan SHTI telah berjaya menghapuskan petempatan lanun di Teluk Marudu pada tahun 1845 dan Labuan pada tahun 1847.[footnoteRef:123] Keadaan tersebut menunjukkan bahawa James Brooke bersungguh-sungguh untuk menghapuskan kegiatan perlanunan di Kepulauan Borneo. Hasil daripada semua ekspedisi ketenteraan tersebut, kegiatan perlanunan di sekitar Kepulauan Borneo telah tamat sama sekali pada abad ke-19.[footnoteRef:124] Selain itu, kita lihat pula dari segi sistem percukaian di pelabuhan. James Brooke juga menguasai kutipan cukai di pelabuhan-pelabuhan di Sarawak. Antara pelabuhan yang diambil alih adalah seperti pelabuhan Kuching, Sibu dan Labuan.[footnoteRef:125] Pada 1 Ogos 1848, James Brooke telah mengisytiharkan Labuan sebagai pelabuhan bebas.[footnoteRef:126] Kebanyakan pedagang yang singgah di pelabuhan tersebut terdiri daripada orang-orang China dan selebihnya adalah pedagang lain. James Brooke telah menguasai kutipan cukai di pelabuhan-pelabuhan tersebut.[footnoteRef:127] [122: A Tale of Two Centuries : The Globalisation of Maritime Raiding and Piracy in Southeast Asia at The End of Eigteenth in Twentieth Centuries oleh James. F. Warren dlm. www.ari.nus.edu.sg/docs/wps/wps03_002.pdf. diakses pada 10/12/2011, jam 7:15 p.m.] [123: Ibid.] [124: Negara Baru Brunei: 100 Tahun Meniti Cabaran oleh Haji Abdul Karim Bin Haji Abdul Rahman dlm. www.bruneiresources.com/pdf/nd06_karim.pdf. diakses pada 10/12/2011, jam 7:00 p.m] [125: Ibid.] [126: Menoleh Sejarah Membetulkan Arah oleh Abdullah Zakaria Bin Ghazali dlm. majlisilmu.org.bn/...Prof%20Abdullah%20Zakaria. diakses pada 10/12/2011, jam 4:20 p.m.] [127: Ibid.]

Hasil daripada semua keadaan tersebut, Kesultanan Brunei telah berubah. Antara perubahan yang ketara adalah seperti pengecilan wilayah Kesultanan Brunei. Antara tahun 1846 sehingga tahun 1910, keluasan wilayah Kesultanan Brunei telah berubah menjadi sebanyak 2226 batu persegi atau 5765 kilometer persegi.[footnoteRef:128] Pengecilan wilayah Kesultanan Brunei bermula pada tahun 1846 apabila Kesultanan Brunei menyerahkan Pulau Labuan kepada Inggeris. Hal yang demikian disebabkan kebanyakan wilayah Brunei telah diambil alih oleh James Brooke. Antara wilayah-wilayah yang diambil alih adalah seperti daerah Samarahan, Sadong, Lingga, Skrang, Krian, Saribas Rejang dan pulau-pulau yang terdapat di sekitar Kepulauan Borneo.[footnoteRef:129] Keadaan tersebut telah menyebabkan wilayah yang dimiliki oleh Kesultanan Brunei menjadi kecil berbanding dengan keluasan asalnya. Secara tidak langsung, keadaan tersebut telah mengubah Kesultanan Brunei. [128: Pengaruh Kesultanan Brunei kepada Masyarakat Sabah oleh Bilcher Bala & Baszley Bee Basrah Bee dlm. eprints.ums.edu.my/2715/1/ar0000000018.pdf, diakses pada 10/12/2011, jam 4:15 p.m] [129: Ibid.]

2.3.4 Kesultanan Melayu Melaka Sehingga Kedatangan PortugisPada era terdahulu Kerajaan Melaka adalah merupakan sebuah kerajaan maritim yang teramat agung sehingga digelarkan sebagai sebuah pelabuhan entrepot yang paling unggul dan dikagumi oleh segenap pelusuk dunia sehinggakan ia dapat menarik minat pihak barat untuk memiliki pelabuhan tersebut serta memperluaskan pengaruh mereka di Melaka sehingga menyebabkan Melaka jatuh tangan Portugis.[footnoteRef:130] [130: Mohammad Idris Saleh, Che Su Mustaffa &Fuziah Shaffie, Sejarah Pembangunan Bangsa dan Negara, Kuala Lumpur: Utusan Publication & Distributors, 1994, hlm. 32.]

Seperti yang kita tahu, keagungan dan keunggulan kerajaan Melaka pada abad ke-15 dan awal abad ke-16 disebabkan oleh kegiatan perdagangannya. Kegiatan ini merupakan satu pendapatan bagi kerajaan Melaka. Melaka digelar oleh orang Arab sebagai Malakat iaitu perhimpunan segala dagang. Perdagangan merupakan warisan dan penerusan tradisi kerajaan Sriwijaya yang terletak di Palembang. Kerajaan ini terkenal sebagai pusat perdagangan.[footnoteRef:131] [131: Zainal Abidin Abdul Wahid et al, op. cit, hlm. 75.]

Pada awalnya, kerajaan ini hanyalah sebuah kampung nelayan yang kecil yang terletak di Bertam. Kegemilangan ini adalah berpunca daripada kegigihan pemerintahannya iaitu Parameswara ataupun Sultan Iskandar Shah dalam membangunkan dan mengembangkan Kesultanan Melayu Melaka.[footnoteRef:132] Kerajaan baru yang mula tumbuh di Melaka ini perlu dikenali dan dikagumi. Pada masa inilah Parameswara telah memainkan peranan pentingnya dalam membangunkan dan mengukuhkan lagi Kesultanan Melayu Melaka. [132: Mohammad Idris Saleh, Che Su Mustaffa, Fuziah Shaffie, op. cit, hlm. 32-33.]

Melaka telah berada di puncak kejayaan semasa zaman kegemilangannya pada tahun 1458 iaitu apabila Sultan Mansur Shah telah menaiki takhta. Disebabkan kedudukannya yang amat strategik, Melaka telah menjadi sebuah pangkalan luar yang amat penting bagi kapal-kapal penyelidikan Laksamana Cheng Ho. Untuk mengeratkan lagi hubungannya dengan kerajaan Melaka, Maharaja China telah menghantar Laksamana Cheng Ho untuk membawa Puteri Hang Li Po yang akan dikahwinkan dengan Sultan Melaka pada masa itu.[footnoteRef:133] [133: Ibid., hlm. 33.]

Pada abad ke-15 dan 16, Melaka telah muncul sebagai sebuah pusat perdagangan antarabangsa dan telah menjadi tumpuan dan minat para pedagang daripada bahagian timur dan barat. Sultan yang memerintah pada ketika itu amat bijak dan telah merancang untuk memajukan pelabuhan Melaka seperti menyediakan pelbagai kemudahan kepada para peniaga yang telah datang untuk berniaga di Melaka. Antara kemudahan yang telah disediakan adalah menyediakan penginapan serta bekalan makanan dan kemudahan bekalan air, menyediakan tempat membaiki kapal, menyediakan tempat menyimpan barang-barang dan juga memberi perlindungan kepada para pedagang dari pelbagai bangsa.[footnoteRef:134] Kejayaan Melaka menjadi sebuah emporium dan pelabuhan bertaraf entrepot pada abad ke-15 telah disumbangkan oleh beberapa faktor yang dianggap utama dan penting kepada kemajuan Melaka sebagai pelabuhan yang paling maju di Kepulauan Melayu pada masa itu. [134: Mohammad Idris Saleh, Che Su Mustaffa, Fuziah Shaffie, op. cit, hlm. 34.]

Seperti yang kita tahu, Melaka telah mencapai zaman kegemilangannya pada abad ke- 15 serta 16 semasa di bawah pemerintahan Sultan Mansur Shah. Namun kerajaan Melaka telah mengalami kemerosotannya semasa pemerintahan Sultan Mahmud Shah. Sultan Mahmud Shah berbeza dengan Sultan-sultan yang terdahulu. Baginda amat dikenali dengan sikapnya yang kejam dan zalim.Terdapat beberapa faktor yang meneybabkan Melaka menjadi kerajaan maritim yang unggul di Nusantara. Anataranya ialah kedudukan Melaka yang amat strategik iaitu yang di mana kedudukan Melaka yang berada di perairan Selat Melaka iaitu laluan antara Timur dan Barat merupakan satu kemudahan dan keistimewaan.[footnoteRef:135] Keadaan perairan Selat Melaka yang begitu strategik ini telah menjadikan ia sebagai laluan utama masyarakat luar yang berkunjung ke Alam Melayu tanpa sengaja sama ada untuk berdagang mahupun mengembara. Perairan Selat Melaka juga sering digambarkan dengan kehadiran kapal-kapal pengembara, pedagang, pengembang agama dan kolonial yang datang tanpa putusputus semenjak awal kurun ke-2 masihi lagi.[footnoteRef:136] Secara ringkas, dapat dijelaskan bahawa Selat Melaka merupakan laluan alternatif yang paling strategik dalam mempertemukan masyarakatnya terutama dalam menjalinkan hubungan perdagangan. [135: Mohd Yusof Hashim, Kesultanan Melayu Melaka: Kajian Beberapa Aspek Tentang Melaka Pada Abad ke-15 dan ke-16 dalam Sejarah Malaysia, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, 1989, hlm. 236.] [136: Hanapi Dollah, Latar Belakang Sosio Budaya Selat Melaka dalam Sejarah Di Selat Melaka, Melaka: IKSEP & PSMCM, 1997, hlm. 64.]

Di samping itu, salah satu faktor utama yang membolehkan Melaka menjadi sebuah kerajaan maritim yang unggul adalah disebabkan kedudukan Melaka itu sendiri yang strategik dan sesuai dijadikan sebuah pelabuhan entreport.[footnoteRef:137] Hal ini demikian kerana, Melaka tidak terkeluar dari jalan pelayaran antara Timur dengan Barat menyebabkan hasil-hasil dari Kepulauan Melayu dapat dibawa dan dikumpulkan dengan mudahnya. Melaka juga terletak di tengah-tengah laluan kapal-kapal dagang. Tome Pires pernah mengatakan bahawa pelabuhan Melaka begitu baik kerana kapal-kapal boleh berlabuh dalam semua musim dan perdagangan boleh dijalankan dalam keadaan yang selesa.[footnoteRef:138] Hal ini telah menarik minat pedagang-pedangang untuk datang berdagang ke Melaka. [137: Ahmad Jelani Halimi, op. cit, hlm. 21.] [138: Ibid., hlm. 22.]

Faktor seterusnya ialah Melaka mempunyai sistem pentadbiran yang amat tersusun. Dalam sistem pentadbiran Kerajaan Melaka telah wujudnya satu Majlis tertinggi yang terdiri daripada pembesar-pembesar Melaka. Di dalam sistem Majlis tertinggi ini, Sultan Melaka telah dibantu oleh empat orang pembesar iaitu Bendahara, Temenggung, Laksamana dan Penghulu Bendahari. Empat orang pembesar ini juga dikenali sebagai Pembesar Empat Lipatan.[footnoteRef:139] [139: Mohammad Idris Saleh, Che Su Mustaffa, Fuziah Shaffie, op. cit, hlm. 33.]

Pada abad ke-15 dan 16, Melaka telah muncul sebagai sebuah pusat perdagangan antarabangsa dan telah menjadi tumpuan dan minat para pedagang daripada bahagian timur dan barat. Sultan yang memerintah pada ketika itu amat bijak dan telah merancang untuk memajukan pelabuhan Melaka seperti menyediakan pelbagai kemudahan kepada para peniaga yang telah datang untuk berniaga di Melaka. Antara kemudahan yang telah disediakan adalah menyediakan penginapan serta bekalan makanan dan kemudahan bekalan air, menyediakan tempat membaiki kapal, menyediakan tempat menyimpan barang-barang dan juga memberi perlindungan kepada para pedagang dari pelbagai bangsa.[footnoteRef:140] [140: Ibid., hlm. 34.]

Selain itu juga, peraturan serta undang-undang telah memantapkan serta mengukuhkan lagi Kesultanan Melayu Melaka. Antara peraturan dan undang-undang yang telah ditetapkan pada zaman Kesultanan Melayu Melaka adalah seperti Undang-undang Laut Melaka serta Hukum Kanun Melaka. Kedua-dua undang-undang dan peraturan ini telah digubalkan berasaskan hukum Islam. Hukum syarak juga telah digunakan kepada perkara-perkara yang berkaitan dengan agama sahaja.[footnoteRef:141] [141: Zainal Abidin Abdul Wahid et al, op. cit, hlm. 76.]

Seperti yang kita tahu, Melaka telah mencapai zaman kegemilangannya pada abad ke 15 serta 16 semasa di bawah pemerintahan Sultan Mansur Shah. Namun kerajaan Melaka telah mengalami kemerosotannya semasa pemerintahan Sultan Mahmud Shah. Sultan Mahmud Shah berbeza dengan Sultan-sultan yang terdahulu. Baginda amat dikenali dengan sikapnya yang kejam dan zalim.[footnoteRef:142] [142: Ibid. hlm. 76-77.]

Tambahan pula, hubungan baik Melaka dengan kerajaan China. Pada tahun 1403, Melaka telah dinaungi oleh China. Kerajaan China telah menghantar perlindungan kepada Melaka. Melaka telah menggunakan perlindungan yang diberikan kepadanya dengan sebaik mungkin. Serangan-serangan dari pihak musuh dapat dipatahkan dan seterusnya menjadikan Melaka sebagai sebuah negeri yang kuat. Para pedagang memandang tinggi kepada Melaka dan yakin bahawa Melaka mampu memberi perlindungan kepada mereka lalu datang ke Melaka. Kegiatan perdagangan dengan China telah membawa kepada keutuhan hubungan Melaka-China. China memperdagangkan kapas dan candu serta mendapat pasaran yang meluas di Melaka pada ketika itu. Melaka yang mempunyai pelbagai barang dagangan dan pusat pertemuan pedagang dari seluruh Nusantara telah membawa kepada kedatangan pedagang China ke Melaka.[footnoteRef:143] Hubungan ini bertambah baik apabila pemerintah Melaka menghantar bunga emas kepada maharaja China sebagai tanda hubungan baik antara Melaka dengan China. Hubungan ini dikukuhkan lagi dengan perkahwinan Sultan Mahmud Syah dengan puteri maharaja China iaitu Puteri Hang Li Po.[footnoteRef:144] [143: A.Samad Ahmad, Salatus Salatin, Sejarah Melayu, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, 2003, hlm. 20.] [144: Ibid.]

Walau bagaimanapun, kedatangan Portugis ke Melaka telah menyebabkan keruntuhan keagungan Kesultanan Melayu Melaka. Kedatangan Portugis ke Melaka pada awalnya adalah berpunca daripada rasa tertarik dan secara tidak lansungnya ia telah mendorong rasa minat dan kesungguhan kerajaan Portugis untuk mendekati kota Melaka lantas menjalinkan hubungan perdagangan dengan Melaka melalui hasrat yang tersirat di mana mereka ingin menguasi terus Melaka pada ketika itu. Namun begitu, keinginan kuasa Portugis terhadap Melaka bukanlah sekadar suka-suka sahaja tetapi ianya merupakan satu keinginan yang mempunyai kepentingan serta objektif yang tersendiri oleh kerajaan Portugis lantas di dorong oleh beberapa faktor yang menaikkan semangat mereka untuk terus menjelajah ke benua arah Timur termasuklah Melaka. Di antaranya adalah seperti faktor keagamaan, dorongan dari pihak pemerintah, kemajuan dan perkembangan teknologi ilmu pelayaran dan pembuatan kapal yang kian canggih serta beban orang putih dan juga sememangnya di dorong oleh faktor keingingan untuk memonopoli perdagangan di rantau Asia khususnya dalam perdagangan rempah ratus dan juga kepentingan yang lain.[footnoteRef:145] [145: A.Samad Ahmad, op. cit, hlm. 20-21.]

Pada tahun 1509, Diego Lopez de Sequiera dengan 18 buah kapal dari Angkatan di Raja Portugal telah tiba di Melaka. Mereka merupakan orang Eropah pertama yang tiba di Asia Tenggara dan digelar sebagain Benggali Putih oleh orang tempatan. Oleh kerana orang-orang Portugis membuat kacau di Kota Melaka seperti mengusik gadis-gadis dan mencuri, di samping perselisihan faham, Sultan Mahmud Shah kemudiannya mengarahkan supaya orang-orang Portugis dihalau keluar dari Kota Melaka. Angkatan Portugis diserang dan 20 anak kapalnya ditahan.[footnoteRef:146] [146: Haji Tajuddin Bin Hj. Hussein, Malaysia Negara Kita, Kuala Lumpur:MDC Publishers Sdn. Bhd: 2007, hlm. 67.]

Pada 10 Ogos 1511, sebuah armada laut Portugis yang besar dari India yang diketuai oleh Alfonso de Albuquerque telah datang ke Melaka. Albuquerque membuat beberapa permintaan membina markas Portugis di Melaka tetapi permintaannya ditolak oleh Sultan Mahmud Shah. Selepas 10 hari mengepung, pihak Portugis berjaya menawan Kota Melaka pada 24 Ogos. Sultan Mahmud Shah terpaksa melarikan diri ke Pahang di pantai timur di mana beliau gagal dalam percubaannya mendapat pertolongan daripada negera China.[footnoteRef:147] [147: Ibid., hlm. 68.]

Pada 24 Ogos tahun 1511, Alburqueque telah mengarahkan askar-askarnya merampas semua harta benda dan barang-barang bernilai milik Sultan dan rakyat Melaka. Di antara barang-barang yang dirampas adalah pasu, jongkong emas, barang kemas, batu permata, kain sutera, wangian dan dua ribu meriam tembaga. Kubu dan istana Kesultanan Melayu Melaka akhirnya musnah dan kesemua barangan bernilai habis dirampas. Keagungan dan keunggulan Kerajaan Melayu Melaka hilang akibat serangan Portugis.[footnoteRef:148] [148: Ibid.,]

2.4 Kesan-Kesan Keruntuhan Kerajaan Maritim di NusantaraKeruntuhan kerajaan maritim di Nusantara ini telah banyak membawa kesan dan perubahan sama ada dari aspek politik, ekonomi dan sosial masayrakat peribumi di Nusantara. Dari aspek politik dan pendadbiran, umum mengetahui kerajaan-kerajaan maritim awal di Nusantara sememangnya mempunyai sistem berkerajaan yang tersendiri. Namun, kedatangan kuasa Barat ini telah menyebabkan berlakunya perubahan pentadbiran dalam sistem pentadbiran feudal golongan-golongan pemerintah. Contohnya, Sarawak merupakan salah sebuah negeri yang terletak di bawah naungan Kesultanan Brunei. Segala aspek kehidupan sama ada aspek politik, ekonomi dan sosial masyarakat peribumi adalah berlandaskan kepada ajaran Islam serta ditadbir oleh pembesar Islam yang bijaksana. Namun, disebabkan jemputan oleh Pangeran Muda Hashim terhadap James Brooke itu sendiri untuk mengatasi keadaan huru hara dan beliau berjanji sekiranya James Brooke berjaya mengatasi masalah tersebut, maka James Brooke akan dilantik sebagai Gabenor Sarawak. James Brooke telah berjaya mengamankan Sarawak dan hal ini telah menyebabkan James Brooke mentadbir Sarawak serta meluaskan pengaruhnya serta menukarkan sistem pentadbiran tradisional peribumi Sarawak kepada pentadbiran ala Barat.[footnoteRef:149] Perubahan yang dilakukan oleh James Brooke ini telah menjadi asas kepada pembentukan negeri Sarawak dan pentadbiran Rejim Brooke yang seterusnya. [149: Bab 4: Kekayaan Ekonomi Sarawak Mendorong Penjajahan Keluarga Brooke dlm. http://sibernota.bravehost.com/bab4.htm diakses pada 20/12/2011.]

Dari segi ekonomi, kesan yang dapat dilihat adalah kuasa-kuasa Barat ini telah mengamalkan sistem monopoli perdagangan. Mereka memonopoli segala perniagaan dan perdagangan serta mengawal bahan mentah yang berharga di Kepulauan Nusantara