assignment resapan dan osmosis

Click here to load reader

Post on 27-Nov-2015

106 views

Category:

Documents

0 download

Embed Size (px)

TRANSCRIPT

KANDUNGANPengenalan Membran Plasma1

Resapan2

Resapan Ringkas3

Resapan Berbantu3-4

Faktor yang mempengaruhi resapan5

Osmosis6

Faktor yang mempengaruhi Osmosis7

Tekanan Osmosis8

Kesan dan Aplikasi Osmosis dalam Kehidupan Seharian8

Perbezaan Resapan dan Osmosis9-10

Rujukan11

Lampiran12

STRUKTUR FUNGSI DAN METABOLISME SEL: RESAPAN DAN OSMOSISPengenalan Membran Plasma

Semua benda hidup berasal dari satu sel atau sel merupakan unit asas kehidupan. Sesuatu sel baru berasal daripada sel yang terdahulu melalui pembahagian sel. Sel berfungsi sebagai satu unit iaitu semua proses metabolisme berlaku di dalamnya.

Semua sel tumbuhan dan sel haiwan dilingkungi oleh membrane plasma. Disamping membran plasma, sel tumbuhan turut mempunyai dinding sel yang dihasilkan dari selulosa (berada di luar membran plasma).

Membran sel merupakan bahagian sel yang strukturnya dibina dari protein dan fosfolipid. Ianya merupakan selaput nipis, kenyal dan separa telap. Membran sel berfungsi mengasingkan kandungan sel daripada persekitaran luar dan mengawal pergerakan bahan ke dalam dan keluar sel dengan membenarkan bahan dengan saiz molekul tertentu melaluinya.Sel memerlukan oksigen, air, garam mineral, gula, asid amino dan zat-zat lain untuk hidup. Oksigen diperlukan untuk respirasi sel. Semasa respirasi berlaku, karbon dioksida dihasilkan. Karbon dioksida dan bahan buangan lain perlu disingkirkan oleh dari sel. Semua bahan yang diperlukan oleh sel perlu diangkut dari persekitarannya melalui membran plasma ke dalam sel. Satu membran digambarkan sebagai satu mozek kerana membran mempunyai pelbagai molekul protein tersebar pada dwilapisan fosfolipid. Oleh sebab membran adalah bendalir, kebanyakan protein dan molekul fosfolipid boleh mengalir atau bergerak secara lateral dalam membran. Fosfolipid merupakan satu molekul amfipatik iaitu ianya mempunyai kedua-dua kawasan hidrofilik dan kawasan hidrofobik. Bahagian kepala polar disebut sebagai hidrofilik (tertarik kepada air) dan bahagian ekor disebut hidrofobik (menolak air). Membran plasma bersifat separa telap, iaitu membenarkan air dan zat terlarut tertentu sahaja melaluinya. Membran plasma merupakan sempadan yang mengasingkan sel hidup daripada persekitarannya. Sifat-sifat fosfolipid dwilapisan hanya membenarkan sesetengah bahan merentasi membran plasma. Molekul-molekul kecil dan neutral air seperti air, oksigen, karbon dioksida dan bahan lipid terlarut boleh merentasi membran plasma dengan mudah melalui dwilapisan fosfolipid.

Resapan

Pengenalan

Resapan ditakrifkan sebagai satu proses pergerakan molekul dari kawasan berkepekatan tinggi ke kawasan berkepekatan lebih rendah. Resapan akan selalu berlaku apabila wujud kecerunan kepekatan yang serupa itu dan akan berterusan hingga akhirnya molekul-molekul itu tersebar rata keseluruh sistem. Apabila ini berlaku keseimbangan sudah tercapai.

Resapan penting bagi pergerakan molekul-molekul dan ion-ion masuk dan keluar sel. Contohnya oksigen secara terus menerus di dalam pernafasan, kepekatan oksigen di dalam sel akan lebih rendah daripada kepekatan dalam darah serta bendalir-bendalir tisu yang lain. Oleh sebab itu kecerunan kepekatan menyebabkan molekul-molekul oksigen meresap ke dalam sel dari luar. Walau bagaimanapun, keadaan sebaliknya berlaku bagi molekul-molekul karbon diaoksida. Kepekatannya adalah paling tinggi di dalam sel dimana karbon dioksida dibentuk secara berterusan. Ini mengakibatkan karbon dioksida meresap keluar sel.Apa-apa yang menambah kecerunan kepekatan akan menggalakkan resapan. Ini adalah salah satu fungsi sistem peredaran. Dengan membawa keluar bahan teresap secara cepat, peredaran itu mengekalkan kecerunan kepekatan yang curam yang mana menggalakkan resapan seterusnya berlaku.

Sekiranya resapan berlaku secara bebas, sebarang selaput atau pemisah dalam sistem itu mestilah telap sepenuhnya kepada molekul-molekul atau ion-ion yang berkenaan. Contohnya selaput sel dalam hubungan dengan oksigen dan karbon dioksida. Selaput sel benar-benar telap kepada kedua-dua gas ini. Jenis-jenis resapan Resapan Ringkas atau Resapan Mudah

Proses ini ialah pergerakan bahan atau molekul dari kawasan berkepekatan tinggi ke kawasan berkepekatan rendah, sama ada melalui atau merentasi membran plasma atau tanpa membran. Perbezaan kepekatan yang wujud antara dua kawasan disebut kecerunan kepekatan. Pengangkutan pasif yang paling mudah ialah resapan ringkas. Proses ini juga tidak melibatkan penggunaan tenaga dari sel kerana sumber tenaga datangnya daripada tenaga kinetik hasil pergerakan rawak molekul. Resapan ringkas boleh berlaku di dalam udara atau di dalam larutan. Molekul kecil seperti air, gas terlarut (oksigen dan karbon dioksida) dan bahan terlarut lemak (asid lemak, gliserol, vitamin A, D, E dan K) bebas meresap merentasi membran plasma mengikut kecerunan kepekatan melalui dwilapisan fosfolipid di dalam membran. Lebih besar kecerunan kepekatan, lebih cepat kadar resapan. Molekul terus meresap merentasi membran sehingga suatu keseimbangan tercapai. Pada keseimbangan, molekul-molekul terus bergerak berulang-alik, tetapi tiada perubahan bersih dalam kepekatan di kedua-dua belah membran dan molekul-molekul disebarkan dengan rata. Resapan ringkas juga berlaku semasa pertukaran gas di antara sel badan dengan kapilari darah dan di antara alveolus dengan kapilari darah. Resapan Berbantu

Resapan berbantu ialah pergerakan bahan merentas membran dengan bantuan protein pembawa mengikut kecerunan kepekatan. Resapan berbantu tidak memerlukan bekalan tenaga metabolisme daripada sel. Protein-protein dalam membran plasma terdiri daripada protein liang dan glikoprotein. Protien liang merupakan molekul protein yang bertindak sebagai pembawa dengan membentuk laluan atau liang. Glikoprotein merupakan protein membran yang mempunyai karbohidrat yang terikat padanya.

Kebanyakan molekul atau ion bercas yang kecil (ion mineral) tidak larut dalam lipid dan bersaiz besar seperti asid nukleik, asid amino dan glukosa tidak dapat bergerak bebas merentas dwilapisan fosfolipid membran plasma. Bahan ini boleh bergerak merentas membran plasma melalui protein liang mengikut kecerunan kepekatan. Protein liang mempunyai bentuk dan kutub yang khusus bagi membenarkan ion tertentu melaluinya. Molekul larut air yang besar dan tidak bercas seperti glukosa dan asid amino merentasi membran dengan bantuan protein pembawa. Protein pembawa mempunyai tapak perlekatan khusus atau mempunyai bentuk yang sepadan dengan bentuk molekul tertentu untuk bergabung dengan molekul yang khusus, untuk mengangkut molekul khusus tersebut merentasi membran plasma. Manakala liang protein merupakan suatu liang daripada protein untuk membekalkan laluan bagi zat terlarut melaluinya. Contoh resapan berbantu adalah pengangkutan glukosa, asid amino dan ion mineral dari ileum ke vilus di dalam ileum. Proses ini adalah khusus kerana setiap satu hanya boleh bergabung dengan molekul tertentu sahaja.

Rajah 1: Model resapan berbantu melalui protein pembawa(a) Molekul bahan larut bergerak ke tapak perlekatan protein pembawa.(b) Perlekatan molekul bahan larut kepada protein pembawa.

(c) Protein pembawa menukar bentuknya, molekul bahan larut bergerak ke dalam sel.(d) Protein pembawa kembali kepada bentuk asalnya.(e) Hanya membenarkan molekul besar berkutub yang tidak mempunyai cas dan bahan tidak larut dalam lemak seperti glukosa dan asid amino merentasi membran.

Rajah 2: Resapan berbantu melalui liang antara molekul protein.(a) Ion dari luar sel ( kepekatan ion tinggi) bergerak masuk ke dalam molekul protein melalui satu liang menuju ke dalam sel (kepekatan ion rendah).(b) Hanya melibatkan molekul kecil bercas dan ion-ion mineral.

Faktor yang mempengaruhi resapan.

Saiz badan

Bentuk dan saiz molekul

Suhu bahan tersebut

Cerun kepekatan

Kadar kelarutan dengan lipid

Ketebalan membran

Cas elektrik

Kadar protein yang boleh merentasi membran

Berat molekul melintasi membran

Jumlah atau bilangan reseptor pembawa/ protein pembawa Kepantasan protein pembawa menggerakkan bahan larut

Osmosis Pengenalan

Daripada Wikipedia, ensiklopediabebas.

Simulasi komputer dari proses osmosis

Osmosis merujuk kepada pergerakan bersih molekul pelarut (air) menyeberangi satu membran separuh atau separa telap dari kawasan berkepekatan tinggi kepada kawasan berkepekatan rendah. Proses ini adalah satu proses pasif dan berlaku apabila dua larutan dengan kepekatan yang berlainan diasingkan oleh satu membran separa telap, iaitu membran khusus yang hanya boleh dilalui oleh molekul pelarut sahaja dan bukan molekul bahan yang tidak larut. Osmosis penting kepada sel kerana sel memerlukan air yang mencukupi untuk berfungsi dengan baik. Proses ini berlaku pada membran sel semula jadi atau membran buatan tanpa menggunakan sebarang tenaga. Dalam satu sistem tertutup, proses ini terjadi akibat pergerakan rawak molekul dan berterusan sehingga kepekatan molekul menjadi seimbang dalam seluruh sistem itu.Contoh proses osmosis ialah penyerapan air oleh rambut akar tumbuh-tumbuhan. Lazimnya, tanah mempunyai kepekatan air yang tinggi berbanding dengan sitoplasma dalam rambut akar. Oleh itu, molekul air bergerak merentasi membran plasma yang separa telap ke dalam rambut akar tumbuh-tumbuhan.

Faktor yang mempengaruhi Osmosis.

Saiz molekul yang meresap: Molekul yang lebih kecil daripada garis pusat liang membran akan meresap dengan lebih mudah. Keterlarutan lipid: Molekul yang mempunyai keterlarutan yang tinggi meresap lebih cepat daripada molekul yang kelarutan yang rendah seperti lipid. Jika kadar resapan bagi dua bahan yang sama saiz molekul dibandingkan, bahan yang lebih larut dalam lipid akan meresap lebih cep