assignment ppn perfect~!!!

Upload: mohamad-hafiz

Post on 07-Apr-2018

230 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

  • 8/6/2019 Assignment Ppn Perfect~!!!

    1/26

    INSTITUT PENDIDIKAN GURU MALAYSIA

    KAMPUS TUN HUSSEIN ONN

    PROGRAM PERSEDIAAN IJAZAH SARJANA MUDA

    PERGURUAN (PPISMP) AMBILAN JULAI 2009

    PENGANTAR

    PENDIDIKAN

    NAMA

    MOHAMAD AYUB BIN MOHD NOOR

    NO KAD PENGENALAN

    910712-11-5483

    UNIT

    MT / BI / BM ambilan JULAI2009PENSYARAH

    Encik Said bin Sulaiman

    TARIKH SERAHAN

    26 Februari 2010

  • 8/6/2019 Assignment Ppn Perfect~!!!

    2/26

    Isi Kandungan

    No TOPIk Mukasurat

    1.0 Tugasankursus/ boring kolaborasi / Biodata2.0 Penghargaan

    3.0 Pengenalan

    4.0 Tugasan 1

    5.0 Tugasan 2

    6.0 Kesimpulan

    7.0 Refleksi

    8.0 Bibliografi

    9.0 Lampiran

  • 8/6/2019 Assignment Ppn Perfect~!!!

    3/26

    My Biodata

    Nama : MohamadAyub Bin Mohd Noor

    Kursus : PPISMP AmbilanJulai 2009

    Opsyen : Matematik / BahasaMelayu / BahasaInggeris

    No IC. : 910712-11-5483

    TarikhLahir : 12Julai 1991

    Bangsa : Melayu

    Agama : Islam

    Alamat: 16490, Kg WakafBaru, Batu 10 , Jln gong Badak, 21300, K. Trg,

    TERENGGANU.

    No Telefon : 014-5151831

    Asrama : 06

    No Bilik : 326

    NamaBapa : Mohd Noor Bin Ghani

    NamaIbu : SalmahbintiSidek

    BilAdikBeradik : 8

    Anak Yang Ke : 6

    PenjaminPertama : SalmahbintiSidek

    PenjaminKedua : Mahadi Bin Deraman

  • 8/6/2019 Assignment Ppn Perfect~!!!

    4/26

    2.0 PENGHARGAAN

    Alhamdulillah, dengan izin dan limpah kurnia -Nya saya dapat menyiapkan kerja

    kursus ini dengan sempurna dan jayanya. Kejayaaninidicapaidenganbantuan,

    bimbingan, dan kerjasamadaripadapensyarah dan rakan-rakan.

    SekalungpenghargaandiucapkankepadaEncik Said

    binSulaimanselakupensyarah saya yang telahbanyakmemberisokongan dan

    bimbingan dan juga rakansekelasdalamusahamelengkapkankerjakursusini. Encik

    Said banyakmembantu saya terutamadalammendapatkanbahan-bahan dan juga

    sumberuntukmenyiapkankerjakursusberasaskanilmuini. Tanpabimbingan dan

    kerjasamadaripadabeliau, saya

    tidakpastidapatmelakukannyamengikutkehendaksoalantugasan.

    Tidakdilupakan juga kepadasahabat -sahabat yang telahmemberitunjuk ajar

    dan bantuanmerekasemasamenyiapkantugasanini.

    Terimakasihkepadaibusaya,SalmahbintiSideksertaahlikeluarga atas

    bantuankewangan dan sokongan anda semua. Semoga segala usaha dan

    kerjasama kalian akan diberkati oleh Allah S.W.T. hendaknya . Insya-Allah.

    Mudah-mudahan kerja kursus ini dapat dimanfaatkan sebaik mungkin dan

    dapat memberi panduan serta meningkatkan pengetahuan dan mengaplikasikan

    Falsafah Pendidikan Negara dan juga Falsafah Pendidikan Guru sebagai bakal guru

    ini dalam rutin seharian.

    Sekian, terima kasih.

  • 8/6/2019 Assignment Ppn Perfect~!!!

    5/26

  • 8/6/2019 Assignment Ppn Perfect~!!!

    6/26

    4.0 BAHAGIAN 1

    Tugasan :Huraikan kehendak Falsafah Pendidikan Guru (FPG) yang perlu

    dihayati dan diamalkan dalam melaksanakan tugas harian.

    FALSAFAH PENDIDIKAN GURU

    Falsafah Pendidikan Guru yang telah diperkenalkan pada tahun 1982 iaitu

    "Guru yang berpekerti mulia, berpandangan progresif dan saintifik, bersedia

    menjunjung aspirasi negara serta menyanjung warisan kebudayaan negara,

    menjamin pembangunan individu dan memelihara suatu masyarakat yang bersatu

    padu, demokratik, progresif dan berdisiplin."

    Menurut Mok Soon Sang ,1998, guru merupakan tenaga ikhtisas di dalam

    bidang keguruan yang dipertanggungjawabkan untuk mendidik murid -murid di

    sekolah. Ikhtisas bermaksud pekerjaan yang memerlukan latihan dan pendidikan

    yang mendalam. Manakala profesional bermaksud satu pekerjaan khusus yang di

    jalankan oleh individu yang mempunyai kelulusan dan latihan ikhtisas yang

    berkualiti, bersikap jujur, dedikasi, bertanggung jawab, bermoral tinggi dan

    mempunyai autonomi bertugas serta mematuhi etika yang ditentukan oleh

    organisasi.

    Guru memainkan peranan yang penting dalam merealisasikan aspirasi

    Kementerian Pelajaran untuk mencapai matlamat Falsafah Pendidikan Negara

    dalam misi membangunkan sistem pendidikan yang berkualiti dan bertaraf dunia.

    Teras kelima dalam Pelan Induk Pembangunan Pendidikan (PIPP) yang dilancarkan

    pada 16 Januari 2007 ialah memartabatkan profesion perguruan bagi memastikan

    profesion itu dihormati, sesuai dengan amanah yang dipertanggungjawabkan dalam

    membentuk generasi pada masa hadapan.

    Profesionalisme adalah satu nilai murni apabila individu mengamalkan

    tanggungjawab mereka dengan penuh dedikasi, tidak mementingkan diri dan suka

    memilih pekerjaan. Oleh itu, guru adalah penting dalam membantu melahirkan

    pelajar yang cemerlang dari semua aspek kurikulum dan kokurikulum.

    Profesionalisme seorang guru berkait rapat dengan mutu pendidikan seperti sikap

  • 8/6/2019 Assignment Ppn Perfect~!!!

    7/26

    dan nilai guru dalam pengajaran dan pembelajaran yang a kan mempengaruhi minat

    , sikap dan nilai pelajar. Mutu pendidikan juga berkait rapat dengan keberkesanan

    dalam menggunakan sumber pengajaran berkualiti yang turut mempengaruhi minat,

    kefahaman, penyertaan dan pencapaian pelajar dalam pembelajaran. Mutu

    pendidikan berkait dengan personaliti guru yang akan menentukan suasana

    pembelajaran pelajar.

    Pada pandangan masyarakat, profesion keguruan berbeza mengikut tempat

    dan suasana. Latihan yang sempurna dan mantap dalam semua aspek harus

    diterapkan kepada bakal-bakal guru supaya mereka menjadi guru yang profesional.

    Teori dan budaya ilmu perguruan haruslah seimbang seperti kepimpinan,

    pentadbiran, pelajaran, sukan dan aktiviti kemasyarakatan yang perlu dititikberatkan.

    Persoalan sering timbul tentang keberkesanan guru dalam pengajaran dan

    pembelajaran apabila masyarakat cuba mengukur dan menilai prestasi guru -guru

    dari sudut peningkatan kemajuan pelajaran dan disiplin murid -murid yang cuba

    dibentuk. Guru yang bertanggungjawab dapat mambantu menjamin mutu dan

    keberkesanan pendidikan di Malaysia. Selain itu, guru yang berdedikasi merupakan

    contoh guru profesional. Guru yang berdedikasi juga akan berusaha untuk

    mempertingkat taraf pencapaian akademik pelajar , membantu pelajar dengan

    pendidikan rohani dan jasmani.

    Terdapat beberapa perkara yang menghalang profesion perguruan mencapai

    status profesional antaranya ialah bilangan ahli yang terlalu ramai serta persatuan

    yang banyak, perkhidmatan sukar diukur kerana guru mempunyai tugas yang

    pelbagai, autonomi yang terbatas dan latihan ikthisas yang tidak mencukupi. Namun

    begitu, masalah ini dapat diatasi dengan berpandukan Falsafah Pendidikan

    Kebangsaan dan Falsafah Pendidikan Guru yang menitikberatkan dalam

    penghasilan guru yang berkualiti.

    Guru juga perlu berusaha ke arah perubahan diri sebagai guru yang

    cemerlang, gemilang dan terbilang dari segi jasmani, emosi, rohani dan intelek

    selaras dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan serta mewujudkan persekitaraan

    pengajaran dan pembelajaran yang kondusif dan harmoni.

  • 8/6/2019 Assignment Ppn Perfect~!!!

    8/26

    Sifat dan kualiti profesional yang tinggi merupakan kewajipan seorang guru

    yang bertauliah. Seseorang yang memegang jawatan guru seharusnya mempunyai

    sifat dan kualiti profesional supaya dapat menjalankan tugasnya dengan berkesan.

    Guru yang memperolehi ijazah daripada universiti tidak semestinya boleh menjadi

    seorang guru yang baik. Untuk menyampaikan pelajaran dengan cekap dan

    berkesan, guru seharusnya mempunyai sifat dan kualiti profesional seperti sifat ingin

    tahu, pengetahuan iktisas yang luas dalam pelbagai bidang, banyak membaca,

    dapat bertutur yang baik, daya ingatan yang tinggi dan daya usaha yang berterusan.

    Sifat ini perlu ada dalam diri setiap guru bagi memastikan Falasafah Pendidikan

    Guru tercapai seperti yang diinginkan.

    MATLAMAT PENDIDIKAN GURU

    Berdasarkan kepada Falsafah Pendidikan Guru yang tersebut, maka

    Matlamat Pendidikan Guru ialah menghasilkan guru yang berkualiti dari segi

    peribadi, profesional, sosial dan amalan tingkah laku,menguasai ilmu kemahiran dan

    amalan nilai-nilai keguruan, serta berupaya mencapai kecemerlangan pendidikan

    untuk pengisian tuntutan Wawasan Pendidikan dalam abad ke -21.

    Guru adalah pendidik dan pengasuh kanak -kanak yang akan menjadi warisan

    kebudayaan dan ilmu pengetahuan untuk kemajuan Negara pada masa depan.

    Selain menyebarkan ilmu, segala tingkah laku guru akan menjadi contoh kepada

    murid-muridnya. Oleh itu, guru hendaklah mempunyai sifat dan kualiti peribadi,

    profesional dan sosial yang baik dan murni untuk menjadi tauladan kepada murid -

    murid dan seterusnya dapat memberikan sumbangan ke arah kesejahteraan

    keluarga, masyarakat dan Negara.

    MODEL KONSEPTUAL PENDIDIKAN GURU

    Model Konseptual Pendidikan Guru adalah rangka berlandaskan kepada

    dasar Falsafah Pendidikan Guru dan Matlamat Pendidikan. Model ini ,merangkumi

    akauntabiliti guru di bawah tiga dimensi utama iaiti keutuhan, kemasyarakatan dan

    kendiri. Keutuhan adalah dari segi peningkatan ilmu, penghayatan dan amalan

    individu berteraskan kepercayaan dan kepatuhan kepada ajaran agama.

    Kemasyarakatan pula dari segi penekanan peranan guru sebagai pendidik,

  • 8/6/2019 Assignment Ppn Perfect~!!!

    9/26

    pemimpin dan agen perubahan. Manakala kendiri adalah dari segi penekanan

    pembinaan daya kefahaman dan patriotisme, pemupukan budaya ilmu serta

    pembentukan sahsiah murni dan pekerti mulia.

    Di bawah tiga dimensi utama tersebut, Model Konseptual Pendidikan Guru ini

    merangkumi tiga aspek asas, iaitu pengetahuan yang berkaitan dengan

    perkembangan dan kepentingan pendidikan dalam kehidupan, kemahiran ikhtisas

    yang merangkumi kemahiran menggunakan bahan-bahan pelajaran dengan tujuan

    meningkatkan kualiti pengajaran dan pembelajaran dan nilai yang merujuk kepada

    amalan nilai-nilai murni, perlakuan guru yang penyayang, berpekerti mulia, berdaya

    tahan, patriotik, inovatif, kreatif dan patuh kepada etika profesion keguruan.ketiga -

    tiga aspek ini ndisepadukan dan merentas semua disiplin dan program perguruan

    yang dirancangkan. Di samping itu, Model Konseptual Pendidikan Guru juga

    menekankan matlamat mengembangkan potensi guru secara seimbang dan

    bersepadu dari segi rohani, emosi, intelek dan jasmani.

    Unsur-unsur akauntabiliti guru, aspek pengetahuan, kemahiran dan nilai serta

    potensi guru adalah digambarkan seperti Rajah di bawah:

    Ketuhanan

    Rohani

    Pengetahuan Nilai

    Intelek Kemahiran Emosi

    Jasmani

    Kendiri Kemasyarakatan

    Rajah : Model Konseptual Pendidikan Guru

  • 8/6/2019 Assignment Ppn Perfect~!!!

    10/26

    IMPLIKASI FALSAFAH PENDIDIKAN GURU

    Daripada Falsafah Pendidikan Guru, guru hendaklah mengetahui peranannya

    sebagai seorang pendidik. Antara peranannya sebagai seorang pendidik ialah

    - Sebagai contoh, guru hendaklah melengkapkan diri dengan pengetahuan am

    dalam mata pelajaran, khasnya mata pelajaran KBSR, serta pengetahuan

    ikhtisas keguruan.

    - Mengamalkan pengajaran dan pembelajaran selaras dengan hasrat Falsafah

    Pendidikan Guru, khasnya mengembangkan individu dan memelihara suatu

    masyarakat yang bersatu padu, demokratik, progresif dan berdisi plin.

    - Menyemai dan memupuk amalan nilai-nilai murni dan etika keguruan kepada

    diri dan pelajar selaras dengan tuntutan Falsafah Pendidikan Guru.

    - Menyempurnakan tanggungjawab dan akauntabiliti sebagai insan guru yang

    sentiasa mencari ilmu serta mengamalkannya bagi memenuhi tuntutan

    keperluan pendidikan dan masa depan.

    - Sebagai seorang guru juga, mestilah menggunakan ilmu dan kemahiran

    mendidik serta nilai keguruan untuk merangsang perkembangan pelajar.

    Kod etika keguruan dan implikasinya kepada akauntabil iti guru

    Bagi menjaga nama baik profesion perguruan serta meningkatkan lagi mutu

    profesion, maka kod etika ini telah disediakan. Kod etika ini disediakan dalam bentuk

    ikrar, dan lazimnya tercetak di halaman hadapan buku persediaan mengajar seperti

    berikut:

    Kami, guru Malaysia, yakin bahawa tujuan utama pendidikan ialah berusaha

    menuju ke arah pembentukan warganegara yang berilmu, yang taat setia, yangbertanggungjawab dan berkebolehan, yang menyedari betapa pentingnya usaha

    menuju ke arah kebenaran dan ke arah pencapaian hasrat yang gemilang, dan yang

    percaya akan demokrasi, kebebasan perseorangan dan prinsip-prinsip Rukun

    Negara.

  • 8/6/2019 Assignment Ppn Perfect~!!!

    11/26

    Melalui pendidikan, masyarakat dapat membantu anak mudanya memahami

    kebudayaan mereka, memperoleh pengetahuan yang telah terkum pul sejak zaman-

    berzaman dan menyediakan mereka untuk menghadapi cabaran pada masa depan.

    Maka, dengan itu, kami menerima tatasusila berikut sebagai panduan untuk

    membolehkan kami menyempurnakan profesion kami ke taraf kesusilaan yang

    setinggi-tingginya.

    Tanggungjawab terhadap pelajar

    - Lebih mengutamakan kebajikan dan keselamatan pelajar kami daripada hal -

    hal lain

    - Bersikap adil terhadap setiap pelajar tanpa mengira faktor -faktor jasmani,

    mental, emosi, politik, ekonomi, sosial, keturunan dan agama

    - Merahsiakan maklumat ikthisas atau sulit tentang pelajar, kecuali kepada

    mereka yang berhak mengetahuinya.

    - Membimbing atau mengajar seseorang pelajar dalam darjah sendiri atau

    dalam mata pelajaran- mata pelajaran yang di ajar dalam bilik darjah tanpa

    sebarang bayaran

    Tanggungjawab terhadap ibu bapa

    - Menghormati tanggungjawab utama ibu bapa terhadap anak mereka

    - Berusaha mewujudkan hubungan mesra dan kerjasama erat antara institut

    pendidikan dengan rumah tangga

    - Menganggap semua maklumat yang diberikan oleh ibu bapa tent ang keadaan

    rumah tangga atau anak mereka sebagai sulit dan tidak akan membocorkan

    rahsia

    - Mengelakkan diri daripada mengeluarkan kata -kata atau melakukan sesuatu

    yang boleh menjejaskan kepercayaan pelajar terhadap ibu bapa atau penjaga

    mereka.

    Tanggungjawab terhadap Masyarakat dan Negara

    - Menghormati perbezaan kebudayaan, keturunan dan agama

    - Menggalakkan kerjasama dan persefahaman antara guru dengan ibu bapa,

    institusi pendidikan dengan masyarakat.

  • 8/6/2019 Assignment Ppn Perfect~!!!

    12/26

    - Menghormati masyarakat tempat kami berkhidmat

    - Mengelakkan diri daripada menyebarkan sesuatu ajaran yang boleh

    merosakkan kepentingan pelajar,

    - masyarakat atau negara

    Tanggungjawab terhadap Rakan Sejawat dan Profesion Keguruan

    - Mengelakkan diri daripada membuat sebarang kenyataan atau ulasan yang

    boleh mencemarkan nama baik seorang guru

    - Sentiasa bersedia membantu rakan sejawat

    - Mengawal diri kami supaya tidak mencemarkan nama baik profesion

    perguruan

    - Tidak melibatkan diri dalam kegiatan yang boleh menjejaskan kecekapan

    kami sebagai guru.

    AKAUNTABILITI GURU

    Akauntabiliti atau kebertanggungjawab seseorang guru difokuskan kepada

    tiga aspek iaitu tanggungjawab terhadap profesion perguruan, tanggungjawab

    terhadap negara dan tanggungjawab terhadap sekolah, masyarakat dan diri sendiri.

    Sebagai pendidik, guru bertanggungjawab terhadap tugas yang diamanahkan iaitu

    menyalur atau menyampaikan kurikulum yang telah disediakan kepada murid -murid

    dengan kaedah pengajaran yang berkesan.

    y Akauntabiliti Terhadap Negara

    Secara profesional, guru berkewajipan untuk memelihara imej dan profesion

    keguruan dengan menyemai khidmat bakti yang bermutu dan penuh dedikasi demi

    kemajuan negara. Bagi mencapai matalamat ini, guru hendaklah menanam azam

    untuk meningkatkan kemahiran diri dan menambah ilmu pengetahuan dalam bidang

    pendidikan dan juga bidang-bidang lain yang berkaitan supaya proses pengajaran

    dan pembelajaran dapat dilaksanakan dengan lebih sistematik dan efektif. Selain itu,

    guru-guru juga perlu menjalankan tugas untuk menyebarkan cita dan Matlamat

    Pendidikan Negara berlandaska n Rukun Negara,memupuk nilai dan sikap murni dan

    sesuai dengan masyarakat berbilang bangsa dalam diri pelajar,memenuhi

  • 8/6/2019 Assignment Ppn Perfect~!!!

    13/26

    tanggungjawab sebagai rakyat Malaysia dengan mengambil bahagian secara cergas

    dalam kegiatan-kegiatan masyarakat,mengeratkan persefahaman dan kerjasama di

    kalangan guru dan ibu bapa murid dan bersopan santun serta bertingkahlaku baik

    dalam segala aktiviti sosial bagi mewujudkan suasana harmoni.

    y Akauntabiliti Guru Terhadap Murid dan Profesion Perguruan

    Tugas guru bukan setakat mengajar murid-murid mengenai mata pelajaran yang

    telah ditetapkan dalam kurikulam, tetapi menyampaikan pelbagai ilmu pengetahuan

    yang bermanfaat bagi perkembangan mental murid -murid. Bahkan guru

    dipertanggungjawabkan untuk membentuk akhlak dan sahsiah murid -murid supaya

    mereka menjadi insan yang berilmu pengetahuan, berakhlak mulia dan berguna

    kepada negara. Justeru itu, guru mempunyai akauntabiliti terhadap pencapaian,

    kemajuan dan kecemerlangan murid-murid dalam bidang pelajaran dan juga dari

    segi moral serta akhlak. Di samping melaksanakan tanggngjawab mendidik murid -

    murid, guru juga bertanggungjawab untuk memelihara imej dan tngkah laku diri

    sendiri. Faktor ini amat enting kerana guru hendaklah menunjukkan teladan yang

    terbai kepada murid-murid. Guru hendaklah sentiasa mempamerkan imej yang

    terbaik dengan berpakaian kemas dan sederhana, lemah lembut dan mesra, rajin

    dan tegas serta amanah dalam menjalankan tugas. Dengan penerapan nilai -nilai ini,

    guru akan sentiasa dihormati oleh murid -murid.

    y Akauntabiliti Guru Kepada Murid dan Ibu Bapa

    Guru merupakan orang yang kedua penting dalam kehidupan setiap murid.

    Apabila ibu bapa memasukkan anak mereka ke sekolah, maka ibu bapa menaruh

    harapan yang besar ke atas guru untuk mendidik anak -anak mereka supaya menjadi

    orang yang berilmu dan berguna kepada nusa dan bangsa. Harapan ibu bapa ini

    menjadi amanah dan tanggungjawab bagi guru -guru dan wajib dilaksanakan. Kita

    hendaklah menjalankan tugas dengan penuh dedikasi dalam bilik darjah iaitu

    dengan mematuhi jadual, menepati masa, serta menjalankan tugas dengan teknik

    pengajaran dan pembelajaran yang berkesan. Utamakan kebajikan , kemajuan dan

    keselamatan pelajar daripada hal-hal lain. Kita juga mestilah bersikap adil terhadap

    setiap pelajar di samping membimbing mereka tanpa meminta sebarang bayaran

    atau ganjaran.

  • 8/6/2019 Assignment Ppn Perfect~!!!

    14/26

    Dengan pelaksanaan Akta Pendidikan 1996, maka guru -guru

    dipertanggungjawab untuk menjalankan kewajipan seperti mengajar dengan penuh

    dedikasi dan berbakti demi kemajuan murid -murid, bidang pendidikan dan

    negara,berbakti demi kebajiakan, keselamatan, kemajuan dan masa depan mrid -

    murid seperti yang diharapkan oleh ibu bapa,bersikap adil dan saksama kepada

    setiap murid tanpa mengira bangsa, agama, kedudukan ekonami dan sosial murid -

    murid atau keluarga mereka,mengasuh, mengajar dan membimbing murid-murid

    dengan ikhlas dan jujur tanpa sebarang ganjaran daripada ibu bapa murid -

    murid,menunujukkan contoh teladan yang baik dan mesra kepada murid -murid dan

    ibu bapa mereka serta berbincang dengan ikhlas dengan setiap ibu bapa menge nai

    sebarang masalah yang dihadapi oleh murid -murid.

    y Akauntabiliti Terhadap Diri Sendiri

    Profesion perguruan merupakan profesion yang dihormati oleh setiap lapisan

    masyarakat negara ini sejak negara ini belum merdeka lagi. Justeru itu, setiap guru

    wajib memelihara dan mengekalkan status ini demi kebaikan guru itu khususnya dan

    bidang pendidikan amnya. Bagi memastikan profesion perguruan sentiasa dihormati,

    guru-guru hendaklah bertanggungjawab terhadap kemajuan diri sendiri. Fakta -fakta

    berikut adalah penting ke arah akauntabiliti guru terhadap diri mereka sendiri seperti

    menjaga kesihatan dengan sempurna supaya guru dapat menjalankan tugas dengancergas dan bertenaga.Guru hendaklah mengawal emosi ketika mengajar supaya

    murid-murid dapat menghayati pelajaran dengan tenang dan tenteram. Selain itu

    juga, mereka perlu melengkapkan diri dengan pelbagai ilmu pengetahuan menerusi

    aktiviti membaca dan aktiviti lain yang ada kaiatan dengan tugas guru. Sebagai

    seorang guru juga, perlulah melibatkan diri dalm aktiviti kemasyarakatan dan aktiviti

    yang dijalankan oleh PIBG bagi faedah bersama,mengurus kewangan sendiri

    dengan bijaksana supaya pendapatan adalah seimbang dengan perbelanjaan,

    berpengetahuan dan peka terhadap peristiwa di sekelilingmelalui media massa ataueletronik

    y Akauntabiliti Terhadap Tugas dan Kerja

    Bagi melaksanakan kebertanggungjawab atau akauntabiliti terhadap program

    pendidikan dengan cemerlang, guru -guru hendaklah mengamalkan perkara-perkara

  • 8/6/2019 Assignment Ppn Perfect~!!!

    15/26

    berikut:

    - Membaca buku yang lebih banyak mengenai mata pelajaran yang terkandung

    dalamkurikulum.

    - Memahami dengan lebih mendalam tentang ilmu pengetahuan yang berkaitan

    dengan mata pelajaran yang diajar kepada murid -murid.

    - Merancang dan melaksanakan strategi pengajaran dan pembelajaran yang

    berkesan dan mudah difahami oleh murid-murid.

    - Mengajar dan menyampaikan ilmu pengetahuan yang tepat dan fakta yang betul

    supaya murid-murid mendapat manfaat darinya.

    - Menyertai kursus dalam perkhidmatan dan seminar pendidikan bagi meningkatkan

    prestasi dan kemahiran mengajar.

  • 8/6/2019 Assignment Ppn Perfect~!!!

    16/26

    5.0 BAHAGIAN 2

    Tugasan :Peranan guru dalam membimbing murid -murid dalam bilik darjah

    untuk melahirkan warganegara yang dapat memberi sumbangan ke arah

    kesejahteraan keluarga, masyarakat dan .

    Berdasarkan kepada kehendak Falsafah Pendidikan Guru, guru mestilah bijak

    mencari cara untuk membimbing murid-murid dalam bilik darjah untuk

    merealisasikan Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Terdapat banyak cara untuk

    membimbing murid agar menjadi warganegara yang dapat memberi sumbangan ke

    arah kesejahteraan keluarga, masyarakat dan Negara ini. Salah satunya guru

    hendaklah berpekerti mulia dan menunjukkan tingkah laku yang sopan dengan

    murid sama ada dalam bilik darjah mahu pun luar bilik darjah. Tingkah laku yangbertatasusila, ada perasaan belas kasihan, sabar, jujur, bersih, menepati masa

    ketika masuk ke kelas dan cekap menyempurnakan tugasnya boleh dianggap

    tingkah laku yang sesuai sebagai seorang guru. Hal ini kerana, seseorang guru yang

    bersopan santun amat dihormati oleh pelajarnya. Ketika memerluka n bantuan

    pelajar dia juga meminta pertolongan dan bukannya mengarahkan pelajar tersebut.

    Guru yang baik hati, ramah tamah dan ada perasaan belas kasihan juga merupakan

    guru yang amat disenangi oleh muridnya. Guru jangan sesekali cepat marah apabila

    pelajar menanyakan sesuatu atau memberi jawapan yang salah. Guru yang selalumarah pelajar sebenarnya menimbulkan suasana sosioemosi bilik darjah yang

    tegang yang boleh menghalang pengajaran pembelajaran. Sebagai seorang guru

    yang profesional juga, guru hendakalah melakukan tugasnya dengan jujur dan

    ikhlas. Ketika memberi teguran dan pujian di dalam kelas,guru hendaklah jujur.

    Begitu juga ketika dia menolong pelajarnya menyelesaikan masalah. Guru juga

    haruslah cekap menyampaikan pengajarannya. Kecekapan di sini bermakna

    penyampaian yang menarik dan menyeronokkan serta berkesan dan dapat diikuti

    oleh pelajar. Mereka akan mendapati pelajaran itu bermakna, berguna dan tidak

    membosankan. Oleh hal yang demikian, guru haruslah menunjukkan contoh

    tauladan yang baik kepada murid-muridnya.

    Selain itu, guru juga mestilah berpandangan progresif dan saintifik untuk

    membentuk warganegara yang dapat memberikan sumbangan kepada keluarga,

  • 8/6/2019 Assignment Ppn Perfect~!!!

    17/26

    masyarakat dan Negara seperti yang dinyatakan dalam Falsafah Pendidikan Guru.

    Dalam pengajaran guru, kaedah inkuri-penemuan dan kaedah dapatan hendaklah

    ditekankan. Ini perlu untuk memupuk sifat gemar menyiasat dan mereka cipta. Sifat -

    sifat ini adalah selaras dengan hasrat memperkembangkan pelajar -pelajar

    berpandangan futuristic dan progresif. Era globalisasi dan kepesatan perkembangan

    teknologi maklumat dan komunikasi dengan capaian maklumat yang pantas dan

    pelbagai sama sekali tidak mengambil alih peranan dan tanggungjawab guru. Malah

    tanggungjawab guru menjadi semakin mencabar dan kompleks untuk menerapkan

    dan menginternalisasikan nilai atau aspek afektif ke dalam diri pelajar. Penguasaan

    kecerdasan intelek (intellectual quotient) dan kecerdasan emosi (emotional quotient)

    tidak akan melahirkan generasi masa hadapan yang memiliki jati diri tanpa didukung

    oleh kemantapan rohani (religious quotient). Para guru-guru wajar memiliki jati diri

    dan benar-benar memahami tentang beratnya amanah yang dipikul oleh guru

    sebagai pendidik dan pembangun potensi anak didik.

    Di samping itu , memelihara masyarakat yang bersatu padu juga merupakan

    salah satu matlamat Falsafah Pendidikan Guru. Untuk merealisasikan matlamat ini,

    guru memainkan peranannya untuk membimbing pelajar dengan mempunyai

    kemahiran mengendalikan kumpulan-kumpulan dalam bilik darjah. Dia perlu

    memahami dinamik kumpulan, dan dengan itu, dapat membantu pelajarnya

    mengembangkan perhubungan yang sihat yang akan membaiki sikap terhadap

    sekolah dan pembelajaran. Guru juga mestilah mengenali dan menguruskan

    tekanan antara individu serta konflik di kalangan pelajarnya, serta mewujudkan

    suasana bilik darjah yang mesra serta menyeronokkan dalam proses pembelajaran.

    Untuk memupuk semangat bersatu padu di kalangan murid, guru juga boleh

    menerangkan kepentingan dan faedah hidup bersatu padu. Jika guru itu, meng ajar

    di sekolah yang mempunyai pelbagai kaum, guru perlu bijak mengendalikannya agar

    tidak wujud permusuhan antara kaum-kaum. Guru juga mestilah bersifat adil

    terhadap semua kaum sama ada bangsa sendiri mahupun berlainan bangsa untuk

    mengelakkan masalah perkauman wujud. Seperti yang kita lihat sekarang, sebagai

    contoh penduduk Negara kita apabila mahu membeli rumah atau mendirikan rumah

    di sesuatu kawasan, mereka pastinya akan menyelidik,melihat tapak, membuat

    bancian di kawasan yang akan didiaminya itu. Apabila mendapati berlainan bangsa

    dengannya, sudah pasti, mereka tidak akan memilih tapak itu. Begitu juga, apabila

  • 8/6/2019 Assignment Ppn Perfect~!!!

    18/26

    berjiran dengan berlainan bangsa. Masing -masing pastinya akan membuat hal

    sendiri, bahkan ada yang langsung tidak bertegur sapa. Jadi, sebaga i seorang guru,

    mereka mestilah memainkan peranan dengan mendidik serta menerapkan amalan

    bersatu padu bagi mengelakkan masalah perkauman ini dari terus berlaku demi

    melahirkan generasi yang tidak mementingkan diri sendiri dan seterusnya dapat

    membentuk sebuah Negara yang aman dan harmoni tanpa wujudnya permusuhan

    atau isu perkauman di antara kaum-kaum.

    Seterusnya, seperti yang kita sedia maklum, di sekolah, pendidikan

    kenegaraan juga telah disediakan. Ini adalah salah satu cara untuk mencapai

    matlamat Falsafah Pendidikan Kebangsaan dan Falsafah Pendidikan Guru. Melalui

    mata pelajaran seperti ini, guru dapat menyemai dan memupuk sikap serta

    keperibadian pelajar. Pendidikan kewarganegaraan ini merangkumi tiga aspek iaitusejarah, kebudayaan dan pembangunan. Aspek-aspek pengetahuan yang diberikan

    kepada pelajar seharusnya dapat membangkitkan kesedaran, keinsafan, perasaan

    hormat-menghormati, menghargai, menerima serta berasa bangga kepada Negara.

    Menerusi aspek-aspek pengetahuan ini akan diterapkan dengan nila i-nilai

    keperibadian ke arah membentuk warganegara yang patrioritik. Untuk memupuk

    semangat patrioritik juga, di sekolah, guru mestilah memastikan perhimpunan di

    adakan. Ianya perlu diikuti dengan nyanyian lagu kebangsaan, lagu sekolah, lagu

    patrioritik, dan pembacaan ikrar. Bendera kebangsaan juga mestilah sentiasa

    dikibarkan pada setiap hari persekolahan. Pamerkan gambar-gambar pemimpin di

    setiap bilik darjah. Tambahan lagi,guru juga dapat memainkan peranannya untuk

    membentuk pelajar yang menyanjung aspirasi Negara ketika aktiviti kokurikulum.

    Melalui kegiatan ini, membolehkan para pelajar menyemai semangat setiakawan,

    kekitaan,persefahaman, dan perpaduan di kalangan ahli, mengenal masyarakat

    melalui aktiviti gotong-royong, khemah kerja dan lawatan, memupuk sifat mematuhi

    ketua dan juga sifat kepimpinan dan memupuk nilai bertanggungjawab terhadap

    kewajipan diri dan kewajipan orang lain termasuk bangsa dan Negara. Sebagai

    kesimpulannya, bolehlah dikatakan bahawa pemupukan nila -nilai dan sikap

    kenegaraan adalah tugas guru yang memahami dan menghayati aspirasi dan hasrat

    Negara yang berlandaskan prinsip -prinsip Rukun Negara. Guru hendaklah sentiasa

    mewujudkan suasana pembelajaran yang berkesan bagi mengembangkan

    pengetahuan, kemahiran fizikal serta memupuk se mangat kenegaraan. Pelajar yang

  • 8/6/2019 Assignment Ppn Perfect~!!!

    19/26

    dilatih dengan baik sama ada dari aspek akademik mahupun kokurikulum, akan

    menjadi aset yang dapat memberikan sumbangan yang bermakna kepada keluarga,

    masyarakat dan Negara.

    Dalam zaman globalisasi ini juga, sudah nyata makl umat terkini adalah amatpenting bagi kita. Jadi, para guru turut memainkan peranan yang penting bagi

    menjamin perkembangan pelajar. Ciri seorang guru yang berorientasikan maklumat

    amat penting untuk memperkembangkan fikiran pelajar. Hal ini kerana, guru yang

    berorientasikan maklumat akan sentiasa memperkemas kini dengan maklumat yang

    lengkap. Maklumat yang diperoleh bukan saja daripada jurnal dan majalah, malahan

    daripada laman-laman web yang sedia ada. Dengan maklumat yang diperoleh

    daripada internet seseorang guru itu akan mempunyai maklumat yang menyeluruh

    tentang sesuatu tajuk ketika dia mengajar ,lebih -lebih lagi, maklumat yang diperolehdaripada internet itu adalah maklumat terkini. Dengan adanya maklumat terkini

    seperti ini, pelajar-pelajar akan dapat manfaat yang lebih berbanding dengan guru

    yang hanya bergantung pada buku teks semata -mata untuk mendapatkan

    maklumat. Maklumat yang diperoleh bukan sahaja dari aspek mata pelajaran yang

    diajar oleh guru, bahkan tentang e -learning, telesidang, teleperuba tan, e-ekonomi, e-

    kerajaan dan sebagainya. Kesemua maklumat ini, jika didedahkannya kepada

    pelajar, akan dapat memperluaskan minda seseorang pelajar itu dan pandangannya

    terhadap perkara-perkara yang berlaku di sekelilingnya. Oleh itu, guru mestilah

    mempunyai ciri guru yang berorientasikan maklumat untuk membimbing pelajarnya

    di dalam bilik darjah, kerana para pelajar akan dapat memperoleh maklumat yang

    cukup luas skopnya dan seterusnya dapat menjamin perkembangan fikiran

    seseorang pelajar tersebut.

    Selain itu lagi, untuk pembentukan interaksi yang berkesan dalam bilik darjah,

    guru juga boleh mengamalkan sikap kepimpinan demokratik sepertimana yang

    disyorkan dalam Falsafah Pendidikan Guru. Kepimpinan guru yang bersifatdemokratik boleh mewujudkan interaksi dua hala dan membawa suasana

    sosioemosi yang sihat, mesra dan harmonis di antara guru-guru dan murid-

    muridnya. Sikap kepimpinan demokratik ini boleh mengurangkan suasana tegang

    dan menggalakkan murid-murid berdamping rapat dengan guru, tidak merasa segan

    untuk bertanya atau mengemukakan pendapat mereka. Sebagai contoh,guru boleh

  • 8/6/2019 Assignment Ppn Perfect~!!!

    20/26

    memilih beberapa pelajar untuk menyuarakan pandangan ketika sesi pembelajaran.

    Ini dapat melatih murid-murid untuk bercakap di khayalak tanpa rasa segan. Selain

    itu,sikap kepimpinan demokratik ini juga mendorong murid -murid berinteraksi di

    antara satu sama lain, dan melibatkan diri secara aktif dalam aktiviti berkumpulan.

    Selain itu juga, sebagai seorang guru yang menjadi contoh kepada murid -

    murid, mereka mestilah berdisiplin dari semua aspek. Hal ini kerana, guru

    memainkan peranan untuk membimbing dan membentuk murid-murid yang

    berdisiplin bagi kesejahteraan diri, keluarga dan Negara kita pada masa depan. Jika

    dilihat dari segi indvidu, disiplin meliputi tingkah laku yang mulia, fi kiran yang

    tersusun, rasional serta berkeyakinan. Di peringkat sekolah pula, disiplin merupakan

    peraturan-peraturan yang dikenakan ke atas pelajar -pelajar dengan tujuan

    mengawal tingkah laku mereka melalui hukuman atau ganjaran. Di dalam kontekspengurusan bilik darjah, mengawal disiplin murid -murid merupakan tanggungjawab

    utama guru. Sesebuah kelas yang mempunyai disiplin yang baik akan menjamin

    segala aktiviti pengajaran dan pembelajaran dapat dilaksanakan dengan lancar dan

    sempurna. Oleh itu, guru bertanggungjawab untuk menentukan peraturan-peraturan

    bilik darjah dan memastikannya diikuti oleh murid -murid dalam bilik darjah itu. Guru

    berhak menghukum murid yang melanggar disiplin. Dengan cara ini, ianya dapat

    membentuk murid-murid berkelakuan baik dan mendisiplinkan diri semasa aktiviti

    pengajaran dan pembelajaran dijalankan. Bilik darjah yang berdisiplin boleh

    disamakan dengan suasana sosioemosi bilik darjah yang harmonis, aktiviti

    pengajaran dan pembelajaran dapat dilaksanakan secara sistematik, teratur dan

    lancar tanpa sebarang gangguan.

    Selain itu juga, untuk membimbing murid-murid ialah guru hendaklah

    mempunyai pengetahuan tentang psikologi murid -murid iaitu tingkah laku, minat,

    bakat dan keperluan murid -murid. Dengan cara ini, dia akan menyediakan pe lajaran

    serta aktiviti yang sejajar dengan minat dan kebolehan pelajar yang berbeza.Dengan itu, murid-murid akan dapat menikmati pelajaran yang lebih menarik,

    bermakna dan menyeronokkan. Setelah dikenali kebolehan murid -murid yang

    berbeza, aktiviti-aktiviti yang akan dikendalikan berbeza, iaitu aktiviti yang mudah

    bagi pelajar yang lemah, manakala bagi pelajar yang cerdas aktivitinya adalah lebih

  • 8/6/2019 Assignment Ppn Perfect~!!!

    21/26

  • 8/6/2019 Assignment Ppn Perfect~!!!

    22/26

    Selain itu lagi, untuk membimbing murid -murid guru hendaklah melengkapkan

    diri dengan pengetahuan am dan pengetahuan dalam mata pelajaran yang diajar,

    khasnya mata pelajaran KBSR, serta pengetahuan ikhtisas keguruan. Guru juga

    perlu mengamalkan pengajaran dan pembelajaran selaras dengan hasrat Falsafah

    Pendidikan Guru, khasnya mengembangkan individu dan memelihara suatu

    masyarakat yang bersatu padu, demokratik, progresif dan berdisiplin. Guru juga

    perlu menyemai dan memupuk amalan nilai-nilai murni dan etika keguruan kepada

    diri dan pelajar selaras dengan tuntutan Falsafah Pendidikan Guru. Guru juga perlu

    menyempurnakan tanggungjawab dan akauntabiliti sebagai insan guru yang

    sentiasa mencari ilmu serta mengamalkannya bagi memenuhi tuntutan keperluan

    pendidikan dan masa depan serta menggunakan ilmu dan kemahiran dalam

    mendidik serta nilai keguruan merangsang perkembangan pelajar.

    Sebagai seorang guru juga, ia boleh menggunakan strategi memusatkan

    murid untuk membimbing pelajarnya. Strategi yang memusatkan murid ini ialah

    strategi yang digunakan untuk melibatkan murid secara aktif dalam aktiviti

    pembelajaran mereka. Ini bermakna, kaedah menerang, syarahan atau demonstrasi

    guru harus dikurangkan kepada peringkat minimum. Sebaliknya, kaedah

    perbincangan dan kaedah penyelesaian masalah ditambahkan kepada peringkat

    yang maksimum. Apabila murid-murid melibatkan diri secara aktif dalam aktiviti

    pembelajaran, interaksi antara murid akan dibentuk secara tidak langsung .

  • 8/6/2019 Assignment Ppn Perfect~!!!

    23/26

    6.0 Kesimpulan

    Guru memainkan peranan yang penting dalam merealisasikan hasrat

    Falsafah Pendidikan Kebangsaan dan Falsafah pendidikan guru. Oleh itu, guru

    haruslah memainkan peranannya secara menyeluruh. Hal ini kerana, guru adalah

    ahli masyarakat yang mempunyai perhubungan sosial yang saling berkait dengan

    masyarakat. Guru juga merupakan tenaga ikhtisas di dalam bidang perguruan yang

    dipertanggungjawabkan untuk mendidik murid -murid di sekolah. Guru yang

    menghayati dan mengamalkan Falsafah Pendidikan Guru dapat memenuhi

    kehendak Falsafah Pendidikan Kebangsaan dalam melahirkan warganegara yang

    dapat menyumbangkan tenaga dan kemahiran demi kesejahteraan keluarga,

    masyarakat dan Negara.

    Oleh hal yang demikian,guru perlulah memainkan peranannya dengan penuh

    bertanggungjawab agar mampu melahirkan insan murid yang berilmu pengetahuan

    dan berguna dalam aspek pembangunan keluarga, masyarakat ,bangsa dan negara.

    Sebagai contoh peranan guru untuk memenuhi kehendak Falsafah Pendidik an Guru

    dan merealisasikan Falsafah Pendidikan Kebangsaan ialah, guru mestilah berpekerti

    mulia dan menunjukkan contoh tauladan yang baik kepada pelajar, berpandangan

    progresif dan saintifik, bersedia menjunjung aspirasi negara serta menyanjung

    warisan kebudayaan dengan menerapakan unsur-unsur patriotisme dalam diri

    pelajar,menjamin perkembangan individu, memelihara masyarakat bersatu padu,

    demokratik, serta berdisiplin. Jika guru tersebut memainkan peranan -peranan ini,

    maka terlaksanalah matlamat dan kehendak Falsafah Pendidikan Guru dan Falsafah

    Pendidikan Kebangsaan .

  • 8/6/2019 Assignment Ppn Perfect~!!!

    24/26

    7.0 Refleksi

    Pertama sekali syukur kehadrat IIlahi kerana akhirnya dapat juga saya

    menyiapkan kerja kursus ini. Pada mulanya,saya kurang faham tentang tajuk kerja

    kursus ini.

    Sungguhpun demikian, dengan bantuan dan sokongan yang diberikan oleh

    pensyarah saya, iaitu En. Said dan bantuan kawan-kawan saya,ia lebih

    memudahkan saya untuk memahami tajuk dan seterusnya, proses untuk

    menyiapkan kerja kursus ini dapat berjalan lancar.

    Secara keseluruhan, menyiapkan kerja kursus ini tidaklah begitu sukar bagi

    saya. Ini kerana sumber dan rujukannya mudah diperoleh. Antara sumber yang

    menjadi rujukan saya ialah buku-buku di perpustakaan serta maklumat-maklumat

    dari internet.

    Akhir kata, kerja kursus ini banyak memberikan manfaat dan faedah

    untuk saya Dengan menyiapkan kerja kursus ini saya dapat mengetahui lebih

    mendalam mengenai Falsafah Pendidikan Kebangsaan dan Falsafah Pendidikan

    Guru yang nyata sebelum ini pengetahuan saya mengenai falsafah -falsafah ini amat

    cetek. Dengan menyiapkan kerja kursus ini, kini saya dapat mengetahui kehendak -

    kehendak dan matlamat-matlamat Falsafah Pendidikan Kebangsaan dan Falsafah

    Pendidikan Guru. Selain itu juga, dengan menyiapkan kerja kursus ini, saya dapat

    mengetahui peranan dan cara-cara guru membimbing para pelajar serta

    mengetahui ciri-ciri yang patut ada dalam diri seorang guru yang pastinya amat

    berguna untuk saya dan kawan-kawan yang merupakan bakal pendidik pada masa

    akan datang. InsyaAllah

  • 8/6/2019 Assignment Ppn Perfect~!!!

    25/26

    8.0 BIBLIOGRAFI

    Buku

    1. Robiah Sidin, 1994. Pendidikan di Malaysia. Fajar Bakti Sdn. Bhd.

    2. Mok Soon Sang, 2004 Pengantar Pendidikan Teras untuk Kursus Persediaan

    sarjana Muda Pendidikan Sekolah Rendah.Kumpulan Budiman Sdn.Bhd

    3. Mok Soon Sang.2003. Ilmu Pendidikan Un tuk KPLI. Kumpulan Budiman

    Sdn.Bhd. Selangor

    4. Dr.Ee Ah Meng.2003. Ilmu Pendidikan Pengetahuan Dan Keterampilan

    Ikhtisas. Fajar Bakti Sdn. Bhd

    5. Sharil Marzuki, Zainun Ishak, Lee Pau Wing, Dr Saedah Hj Siraj. 1993.

    Pendidikan Di Malaysia. Utusan Publications & Distributors Sdn Bhd. KualaLumpur.

    6. Dr TajulAriffin b. Noordin, Dr Ainibte. Dan,1992. PendidikandanWawasan

    2020. Arena IlmuSdn. Bhd. Kuala Lumpur.

    7. Mok Soon Sang.1998. Pendidikan Di Malaysia. Kumpulan BudimanSdn Bhd.

    Kuala Lumpur.

    8. Shahabuddin Hashim,Mahani Razali,Ramlah Jantan.2003.Psikologi

    Pendidikan. Selangor PTS Professional Publishing Sdn Bhd.

    Laman web

    1. www.geocities.com/athens/acropolis/9317/falsafah.html dilayari pada 20 Ogos

    2010.

    2. www.bpg.edidik.edu.mydilayari pada 22 Ogos 2010.

    3. www.teachersrock.net/KPLIr.pdfdilayari pada 31 Ogos 2010.

    4. http://www.moe.gov.my/tayang.php?laman=falsafah_pendidikan&unit=kement

    erian&bhs=mydilayari pada 01 September 2010.

  • 8/6/2019 Assignment Ppn Perfect~!!!

    26/26

    9.0

    Lampiran