assignment lompat jauh

56
Bil. Isi kandungan. Muka surat. 1 Penghargaan. 3 2 Pengenalan lompat jauh. 4-7 3 Sejarah lompat jauh. 8 4 Kriteria pembelajaran dan pengajaran. 9-16 5 Latihan lompat jauh. 17-18 6 Kelengkapan lompat jauh. 19-22 7 Undang-undang peraturan asas 21-24 8 Teknik dan aspek lompatan. 25-28 9 Gaya dan fasa lompatan. 29-34 10 Ansur maju lompat jauh. 35-42 11 Refleksi 43 12 Bibliografi 44 13 Lampiran 45 15 Borang kolaborasi. 46 1

Upload: qaseh-atiyah

Post on 26-Nov-2015

173 views

Category:

Documents


6 download

TRANSCRIPT

PENGENALAN LOMPAT JAUH

Bil. Isi kandungan.Muka surat.

1Penghargaan.3

2Pengenalan lompat jauh.4-7

3Sejarah lompat jauh.8

4Kriteria pembelajaran dan pengajaran.9-16

5Latihan lompat jauh.17-18

6Kelengkapan lompat jauh.19-22

7Undang-undang peraturan asas21-24

8Teknik dan aspek lompatan.25-28

9Gaya dan fasa lompatan.29-34

10Ansur maju lompat jauh.35-42

11Refleksi 43

12Bibliografi 44

13Lampiran 45

15Borang kolaborasi.46

PENGHARGAANAssalamualaikum w.t.b

Syukur ke hadrat Ilahi atas limpah kurnia serta izin-Nya saya dapat menyiapkan kerja kursus berasaskankan ilmu (KKBI) pendidikan jasmani ini. Sesungguhnya kelapangan masa serta kesihatan yang baik telah membantu saya untuk menyiapkan kerja kursus ini.

Pertama sekali saya juga ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada Encik Ahamd Rodzli selaku pensyarah subjek pendidikan jasmani satu, yang banyak memberi tunjuk ajar dan dorongan kepada saya. Tunjuk ajar serta bimbingan yang telah diberikan memudahkan saya menyelesaikan tugasan ini.

Tidak lupa juga kepada kedua ibu dan bapa saya yang selama ini banyak memberi sokongan moral dan kewangan untuk saya menjalankan segala aktiviti sebagai guru pelatih di Institut Perguruan Tuanku Bainun. Tanpa sokongan moral dan kewangan daripada mereka mungkin saya tidak dapat menyiapkan tugasan yang diberi.

Akhir sekali, saya amat berterima kasih kepada rakan-rakan seperjuangan saya yang telah banyak membantu dalam proses menyiapkan tugasan ini. Semoga kita dapat berkerjasama lagi di lain tugasan.

Sekian, terima kasih.PENGENALAN LOMPAT JAUH.

Lompat jauh adalah sejenis acara olahraga di mana seseorang ahli sukan atau atlet cuba mendarat sejauh yang boleh dari tempat pelepasan.Mereka yang bertanding akan berlari di laluan (pada tahap elit, biasanya mempunyai permukaan yang sama dengan trek larian) dan melompat sejauh yang boleh dengan memijak sepintas pada papan kayu ke bahagian yang diisi pasir atau tanah. Jarak minimum dari papan ke tanda yang dibuat oleh atlit pada pasir diukur. Jika seseorang itu memulakan lompatannya dengan mana-mana bahagian kakinya di depan atau melebihi papan (satu lapisan plastisin diletakkan dengan segera di depan papan untuk mengesan ketepatan ini), lompatannya diisytiharkan salah atau batal dan tiada jarak akan direkodkan.

Format sebenar pertandingan ini berbeza, tetapi secara amnya peserta akan mendapat beberapa kali cubaan untuk membuat lompatan dan hanya lompatan yang terpanjang akan dikira sebagai keputusan. Peserta dengan lompatan sah yang paling jauh pada akhir pertandingan akan dikira sebagai juara.Kelajuan semasa berlari dan tinggi lonjakan merupakan kunci lompatan yang jauh. Oleh itu tidak hairanlah jika atlet lari pecut turut bertanding dan memenangi acara ini.

Lompat jauh telah dijadikan sebagai sebahagian daripada Sukan Olimpik. Acara ini juga dicatat sebagai dua daripada rekod dunia yang paling lama berdiri dalam sebarang acara balapan dan padang. Pada 1935, Jesse Owens mencatatkan rekod dunia yang tidak dipecahkan sehingga 1960 oleh Ralph Boston.

Lompat jauh adalah salah satu daripada acara Olimpik pada Yunani Purba. Seseorang atlit akan memegang beban pada kedua-dua tangan yang dipanggil halteres. Beban ini akan dilayangkan ke hadapan seiring apabila atlet melompat untuk menambah momentum dan dibaling ke belakang apabila berada di udara untuk menolaknya ke hadapan. Paling dingati dalam acara purba adalah seorang lelaki dipanggil Chionis di mana pada Olimpik 656 SM mencatatkan lompatan sejauh 7 m 5 cm.Manakala di Malaysia, ramai yang meminati acara lompat jauh ini berbanding acara-acara olahraga yang lain. Hal ini demikian kerana, acara lompat jauh boleh dilakukan oleh semua orang kerana ia mudah dilakukan walaupun lompatan yang dilakukan tidak terlalu jauh. Namun yang demikian, acara ini tetap mempunyai peraturan-peraturan dan ansur maju yang tersendiri.

Walaubagaimanapun, bagi atlet, acara ini memerlukan latihan yang teliti. Hal ini kerana, atlet hendaklah menggunakan hukum-hukum sains seperti kedudukan pusat graviti, kelajuan, momentum, daya, kedudukan kaki dan sebagainya. Hal ini perlu dititikberatkan kerana ia mempengaruhi lompatan dan jarak lompatan yang sempurna dan memuaskan. Selain itu, khidmat jurulatih profesional adalah amat diperlukan oleh atlet ketika menjalani latihan. Jurulatih profesional akan menjalankan latihan yang sistematik kepada atlet untuk mendapatkan pendaratan yang jauh dari tempat lonjakan. Matlamat utama bagi pelompat jauh adalah berlari dengan kelajuan maksimum dan meletekkan kaki pada papan lonjakan tanpa menggangu kelajuan atau pecutan larian awal. Namun, ada beberapa masalah yang dihadapi oleh atlet lompat jauh, antara masalah utama bagi pelompat jauh ialah mengekalkan langkahan larian pada tiga ke empat langkah sebelum melakukan lonjakan. Di samping itu, pelompat jauh perlu meningkatkan komponen kelajuan, kekuatan otot dan kuasa eksplosif.

SEJARAH LOMPAT JAUH.

Menurut kajian, sejarah lompat jauh dapat dikesan seawal tahun 708 Sebelum Masihi iaitu dalam sukan olimpik kuno di Greece. Selain itu, menurut Menurut catatan tersebut, lompatan sejauh 7.05 meter telah dibuat oleh Chionis, peserta Sparta. Bagaimanapun, teknik dan cara lompatan yang dibuat amat berlainan daripada lompatan yang dibuat kini. Lompatan dibuat secara barkali-kali, sama ada lompatan dalam bentuk multiple, double triple atau quintriple berdasarkan bukti-bukti lukisan yang terdapat pada tembikar yang dibuat pada zaman itu.

Namun demikian, lompat jauh termasuk sebagai salah satu acara olahraga Apabila sukan olimpik Moden dihidupkan pada tahun 1896. Sejak itu ia terus diterima sebagai salah satu acara olahraga dalam kebanyakkan kejohanan yang diadakan di pelbagai peringkat di dunia. Lebih menggembirakan lagi, rekod lompat jauh telah diperbaharui dari semasa ke semasa. Contohnya, Kejayaan peserta Amerika Syarikat, Bob Beamon dengan lompatan sejauh 8.90 meter dalam Sukan Olimpik tahun 1968 di Mexico telah dipecahkan oleh seorang lagi peserta Amerika Syarikat, iaitu Mike Powell dengan lompatan sejauh 8.95 meter. Ini menunjukkan bahawa sebagai rekod tidak mungkin ia tidak dapat diperbaiki oleh peserta kemudiannya. Semua ini disebabkan adanya latihan, pembaharuan teknik dan keazaman yang tinggi dari atlet itu sendiri. Kriteria Pembelajaran dan Pengajaran.Acara

Lompat Jauh.

Tahun

Tahun Empat.

Tahun Lima.

Tunjang Pembelajaran

1. Berlandaskan perlakuan motor : Kuasa eksplosif.

2. Kemahiran : Olahraga.

3. Kesukanan : Keselamatan dalam bersukan.

Konsep

1. lompat jauh tergolong dalam satu acara padang sukan olahraga.2. Matlamat utama bagi setiap peserta adalah untuk mendapatkan jarak sejauh mungkin menerusi lompatan dan mempraktikkan fasa- fasa lompatan dengan teknik yang betul, sempurna dan selamat.

Nilai Murni

NilaiSituasi Pengajaran dan Pembelajaran

Mematuhi arahanPatuh kepada undang-undang dan peraturan lompat jauh.

DedikasiMelakukan setiap aktiviti dengan bersungguh-sungguh.

BerusahaMempraktikkan fasa-fasa lompatan dengan teknik yang betul, sempurna dan selamat.

KerjasamaBekerjasama mempelajari teknik lompatan.

KeyakinanKebolehan melakukan lompatan dengan sempurna.

Objektif khusus lompat jauh.

Aras Satu

1. Menyatakan aspek-aspek keselamatan semasa melakukan acara lompat jauh.

2. Menyatakan undang-undang dan peraturan asas dalam acara lompat jauh.

3. Menyatakan teknik lompat jauh dengan betul dan selamat.

4. Memastikan berkeyakinan, seronok dan selamat semasa melakukan aktivivti bersama rakan disamping mengikut arahan dan teknik lopatan yang betul.

Aras dua

1. Menyatakan fasa-fasa acara lompat jauh.

Aras tiga

1. Menyatakan sekurang-kurangnya tiga kesalahan biasa yang dilakukan oleh rakan semasa latihan.

2. Mengenalpasti otot utama yang digunakan dalam acara lompat jauh.

3. Melakukan teknik lompat jauh dengan betul dan selamat secara individu.

4. Menyenaraikan undang-undang dan peraturan asas dalam acara lompat jauh.

5. Membincangkan aspek-aspek keselamatan yang perlu diambil kira dalam acara lompat jauh.

6. Jelaskan kesalahan-kesalahan yang biasa dilakukan oleh rakan semasa melakukan lompatan.Bahan Bantu Pengajaran dan Pembelajaran.

1. Skital

2. Kayu pendek

3. Gelung rotan

4. Paparan cecair kristal (LCD)

5. Komputer

6. Pita ukur

7. Carta

Kesediaan Murid

Murid mungkin melakukan pelbagai jenis aktiviti yang melibatkan lompatan semasa tahap satu. Murid memerlukan sokongan dan keyakinan untuk melakukan lompatan. Cadangan Aktiviti Pengajaran dan Pembelajaran.

A. Lompat jauh

Hasil pembelajaran

Pada akhir aktiviti ini, murid dapat :

Menyatakan aspek-aspek keselamatan semasa melakukan acara lompat jauh

Strategi Utama Pembelajaran

Belajar cara belajar

Langkah-langkah Pengajaran dan Pembelajaran

1. Murid diperkenalkan oleh guru dengan kawasan lompat jauh :

(a) landas larian

(b) papan lonjak

(c) kawasan pendaratan

2. Murid dibawa ke kawasan lompat jauh.

3. Guru menerangkan aspek keselamatan yang perlu diberi perhatian

Semasa melakukan lompatan.

4.Murid melakukan aktiviti memanaskan badan.

5.Setiap murid diberi peluang melakukan lompatan bebas dari landas larian ke kawasan pendaratan sambil diawasi oleh guru.

6.Murid melakukan aktiviti menyejukkan badan.

7.Guru berbincang dengan murid tentang perasaan dan keyakinan mereka semasa melakukan lompatan.

Arahan Keselamatan

Guru perlu memastikan murid melakukan lompatan mudah kerana mereka belum lagi mempelajari fasa-fasa lompatan.

Pengukuhan

Murid melukiskan kawasan lompat jauh berpandukan buku atau carta dan dimasukkan ke dalam folio.

B. Ansur Maju dalam Lompat Jauh

Hasil Pembelajaran

Pada akhir aktiviti ini, murid dapat :

Melakukan teknik lompat jauh dengan betul dan selamat.

Strategi Utama Pembelajaran

Pembelajaran secara kontekstual.

Langkah-langkah Pengajaran dan Pembelajaran1. Guru menunjukkan beberapa keping gambar ansur maju dalam lompat jauh.

2. Guru menerangkan kepentingan ansur maju dalam lompat jauh.

3. Murid melakukan aktiviti memanaskan badan dan regangan.

4. Guru menerangkan fasa lari landas dan murid diminta melakukan aktiviti :

(a) lari perlahan.

5.Guru menerangkan tentang fasa lonjakan dan murid diminta melakukan aktiviti:

(a) berlari sambil mengangkat lutut tinggi.

(b) berlari dan melonjak melepasi halangan.

(c) berlari sambil menanduk objek yang tergantung.

6.Guru menerangkan tentang fasa layangan dan pendaratan dan murid diminta melakukan aktiviti :

(a) lompat dengan kedua belah kaki antara gelung rotan.

(b) lompat dari atas tombol ke atas tilam.

7.Guru memberi penerangan tentang aspek keselamatan semasa melakukan setipa aktiviti.

8.Pada akhir sesi pengajaran dan pembelajaran, murid melakukan aktiviti menyejukkan badan.

Pengukuhan

Murid mencari gambar-gambar yang berkaitan lompat jauh dan ditampal dalam folio masing-masing.

C. Fasa-fasa Lompat Jauh

Hasil Pembelajaran

Pada akhir aktiviti ini, murid dapat :

Menyatakan dan mempraktikkan fasa-fasa lompatan dalam acara lompat jauh.

Strategi Utama Pembelajaran

Kemahiran berfikir secara kreatif dan kritis.

Langkah-langkah Pengajaran dan Pembelajaran

1. Murid melakukan sesi memanaskan badan dan regangan.

2. Murid menerangkan tentang fasa-fasa lompat jauh mengikut urutan dan

Membuat inferens dan beberapa orang murid melakukan tunjuk cara.

3.Murid membuat gambaran mental dan melakukan lompatan berdasarkan fasa-fasa yang telah dipelajari.

4.Guru mengawasi murid semasa melakukan lompatan sambil menerangkan kesilapan yang mereka lakukan.

5. Pada akhir sesi pengajaran, murid melakukan aktiviti menyejukkan badan.

Arahan Keselamatan

1. Guru perlu memastikan murid melakukan lompatan mudah pada peringkat awal kerana mereka belum lagi mempelajari fasa-fasa lompat jauh.

2. Memastikan suasana pembelajaran terkawal terutama semasa melakukan lompatan.

LATIHAN LOMPAT JAUH. Latihan bangkit tubi L-seat.

Tujuan : menguatkan bahagian abdominal Bergayut pada palang dinding atau seumpamanya.

angkat kedua-dua belah kaki dengan lurus dan belakang badan rata pada dinding.

Tujuan : menguatkan bahagian abdominal (penting bagi lunjuran kaki semasa mendarat)

Letakkan hujung kaki pada atas platform tebal (8cm). Naik dan turunkan tumit pada julat yang maksimum (lakukan dengan atau tanpa beratan).Tujuan : menguatkan achillies tendon.

Aktiviti naik turun bangku ketinggian 50 cm dengan ekstensi maksimum kaki (cuba naikkan badan setinggi yang boleh).

Tujuan : menguatkan quadriceps .

Latihan plyometric. Latihan lompat dari kotak berketinggian 50 cm dengan satu kaki. Kemudian dengan pantas, lompat ke atas dengan bantuan kaki yang bebas, tangan dan bahu.

Tujuan : Meningkatkan kuasa eksplosif kaki sewaktu lonjakan.

Lakukan aktiviti juak lentik dinamik. Posisi duduk dan tangan, lutut bengkok di belakang. Naikkan lutut kaki bebas dan angkat pinggul ke atas disokong boleh kaki lonjakan.

Tujuan : Meningkatkan pergerakan dan kekuatan bahu, pinggang dan kaki. Lari, lompat ke atas kotak degan kaki lonjak dan melonjak seberapa jauh yang mungkin dengan ayunan kaki bebas.Tujuan : Memperbaiki dan meningkatkan kebolehan lonjakan,layangan dan koordinasi badan dan tangan (imbangan).KELENGKAPAN LOMPAT JAUH.

Acara lompat jauh memerlukan peralatan khususnya, iaitu ruang atau kawasan dan juga alatan khas. Berikut adalah antara ruang dan peralatan yang diperlukan untuk acara lompat jauh.

1. Lorong Larian

Lorong larian yang mempunyai jarak yang sesuai adalah penting untuk membuat pecutan, larian dan lompatan. Jarak standard lorong larian ialah 45 m X 1.22 m. Ia hendaklah bebas daripada sebarang halangan atau gangguan yang boleh mengganggu peserta membuat lompatan.

2. Papan Pelepas.

Papan pelepas digunakan sebagai petanda dan permulaan lompatan. Papan pelepas yang standard ialah bersaiz 1.22 m panjang dan 20cm lebar yang diletakkan satu meter dari hujung yang terdekat dengan kawasan pendaratan . Papan ini biasanya diwarnakan putih seluruhnya.

3. Kawasan Pendaratan

Kawasan ini penting dan merupakan peralatan utama dalam setiap acara lompat jauh. Ia diisikan pasir halus dan dilembapkan. Saiz standard kawasan pendaratan ialah 9m panjang dan 2.75m lebar.

4. Bendera

Bendera digunakan oleh pengadil yang mengawasi sesuatu lompatan. Terdapat dua jenis bendera yang digunakan, iaitu bendera putih dan bendera merah. Bendera putih untuk lompatan bersih manakala bendera merah untuk lompatan yang batal.

5. Pengukur Halaju Angin

Ia digunakan untuk mengukur halaju angina ketika satu-satu lompatan dibuat.

6. Petunjuk Plastisin Petunjuk plastisin ini digunakan untuk mengesan dan membuktikan pembatalan dalam satu-satu lompatan yang dibuat. Ia diletakkan pada hujung papan pelepas dan sebarang kesan tapak kaki yang terdapat padanya membuktikan bahawa lompatan itu batal dan tidak dikira dalam perhitungan lompatan yang dicapai.

7. Pita Pengukur

Jarak lompatan diukur dari hujung terdekat pada papan pelepas ke hujung terdekat pada tempat pendaratandalam kotak pendaratan.

Kini, dalam kejohanan-kejohanan olahraga utama dunia, pita pengukur telah digantikan dengan alat pengukur elektronik , yang menjadikan pengukuran lebih mudah,cepat dan tepat.

8. Kasut Berpaku

Kasut yang sesuai untuk digunakan ialah kasut yang berpaku dan bertumit plastik. Ini adalah penting untuk larian dan juga perlindungan kepada pelompat.

UNDANG-UNDANG PERATURAN ASAS.

1. Setiap peserta dibenarkan membuat sama ada tiga atau enam lompatan, berdasarkan keputusan yang telah dibuat. Biasanya, jika bilangan peserta terlalu ramai, semua peserta akan membuat lompatan tiga kali atau enam kali. Dua belas atau lapan peserta terbaik kemudiannya dipilih ke pusingan akhir.

2. Lompatan terbaik, yakni yang paling jauh di antara tiga atau enam lompatan tersebut, akan dikira sebagai pencapaian terbaik seseorang peserta.

3. Setiap peserta dikehendaki membuat lompatan pada papan lompatan yang disediakan di tempat melompat. Bgaimanapun, peserta dibenarkan membuat lonjakan sebelum kaki sampai ke papan lonjak, yakni kaki lonjak tidak semestinya menyentuh tepat di atas papan lompatan.

4. Lompatan akan dikira batal atau gagal sekiranya seseorang pelompat melakukan perkara-perkara berikut.

a. Memijak atau menyentuh kawasan hadapan papan lompatan melepasi tanda yang dibenarkan.

b. Semasa mendarat, seluruh badan pelompat berada di luar kawasan mendarat (kawasan berpasir).

5.Jarak larian untuk membuat lompatan tidak dihadkan, tetapi pada kebiasaannya, jarak antara 15 hingga 40 meter digunakan.

6.Jarak lompatan diukur dari kesan atau tanda yang terdapat di kawasan mendarat. Ukuran dibuat mengikut jarak antara papan melompat dengan kesan pendaratan, iaitu pada sudut tegak daripada tempat paling hampir yang disentuh oleh pelompat di dalam kawasan mendarat.

7.Penggunaan sebarang alat bantuan tambahan adalah dilarang, kecuali kasur berpaku.

8.Sekurang-kurangnya tiga orang pegawai atau pengadil akan mengawasi sesuatu lompatan, iaitu seorang mengawasi papan lompatan, seorang menentukan tempat mendarat dan seorang lagi pencatat.

9.Seperti mana yang kita ketahui, sebelum melakukan aktiviti senaman kita hendaklah memanaskan badan terlebih dahulu. Ia patut dilakukan kerana untuk menyediakan otot kita untuk melakukan aktiviti-aktiviti pergerakan yang berat mahupun ringan.

10. Regangan otot utama di bahagian kaki, peha,badan dan tangan adalah amat penting kerana ia merupakan anggota utama yang akan mengalami banyak pergerakan.

11. Pastikan juga kawasan lari landas dan pendaratan selamat untuk melakukan aktiviti lompat jauh. Kawasan pendaratan yang berpasir mestilah digemburkan dan diratakan terlebih dahulu agar pendaratan dapat dilakukan dengan selamat.

12. Pastikan papan lonjakan diletakkan dengan baik dan betul. Dalam erti kata lain, kawasan aktiviti atau acara lompat jauh hendaklah berada dalam keadaan selamat dan sesuai termasuklah keadaan cuaca yang bersesuaian.

TEKNIK DAN ASPEK LOMPATAN.

Sebagai seorang pelompat jauh, setiap aspek-aspek berikut perlu dimiliki oleh mereka.

Kelajuan Larian

1. Kelajuan larian yang sesuai penting untuk menghasilkan daya lompatan yang kuat dan mungkin juga jauh.

2. Kebiasaannya, larian yang mengandungi antara 18-22 langkah atau jarak 25-40 meter diambil oleh pelompat. Manakala untuk ketepatan yang tinggi, check-mark dilakukan sebelum membuat lompatan.

Pelepasan Lompatan

1. Melalui pemerhatian corak dan teknik lompatan yang dibuat oleh jaguh-jaguh terkemuka peringkat antarabangsa, teknik seperti berikut disarankan :

a. Perlu ada konsentrasi yang tinggi daripada pelompat pada tahap

pelepasan lompatan.

b. Teknik ini dilakukan dengan mengangkat kedua-dua belah

tangan dari atas ke bawah dan pada kaki pula sudut hentian

yang wujud perlulah diubah.

c. Bahu dan dada membantu dalam membuat pelepasan, iaitu

dengan kedua-duanya diangkat ke atas.

Semasa di Udara

1. Selepas pelepasan lompatan dibuat, momentum menegak mula mengambil tempat pada diri pelompat.

2. Pergerakan menegak ini juga akan dikurangkan iaitu daya graviti di mana adalah pada badan pelompat.

3. Walaupun wujud rintangan, tetapi ia adalah kecil berbanding pusat graviti yang ada pada badan seseorang pelompat.

Pendaratan

1. Teknik pendaratan yang dikenal sebagai jack-knifing adalah disarankan untuk tujuan ini.

2. Teknik ini dapat mengimbangkan pergerakan ke hadapan dengan pendaratan yang dilakukan. Ini seterusnya dapat membantu pendaratan yang baik lagi stabil. Teknik ini dilakukan dengan membentuk ayunan kaki dan tangan ke bahagian hadapan.

3. Melalui cara ini, rintangan yang terdapat pada badan pelompat akan dapat dipindahkan ke bahagian kaki dan sebahagian kecilnya ke tangan.

GAYA LOMPATAN DALAM LOMPAT JAUH.

Terdapat 3 gaya lompatan, iaitu :

1. Gaya Layar

2. Gaya Gantung

SHAPE \* MERGEFORMAT

3. Gaya Tendang Kayuh

Perbezaan yang terdapat dalam setiap lompatan di atas ialah pada fasa layangan, teknik yanng lain adalah hampir sama.

FASA LOMPATAN.

Acara lompat jauh mempunyai empat fasa lompat jauh. Lari landas ( penujuan )

Lonjakan

Layangan

Mendarat Fasa PenujuanFasa ini memerlukan:

Pelompat berlari dengan kepantasan yang maksimum dan terkawal.

Bilangan langkah mestilah membolehkan pelompat mencapai kepantasan maksimum untuk menghasilkan lonjakan yang berkesan.

Apabila menghampiri papan lonjak, pelompat harus bersedia untuk melonjakkan badan.

Pada langkah terakhir, pelompat harus merendahkan ( bengkokkan ) sedikit bahagian badan untuk mendapat tolakan yang berkesan daripada kaki yang dibengkokkan.

Fasa Lonjakan

Tapak kaki yang digunakan untuk melonjak mestilah memijak papan lonjak dengan tepat.

Hujung kaki tidak menyentuh kawasan yang terletak di hadapan papan.

Tolakan kaki hendaklah kuat dan diluruskan pada saat-saat akhir untuk membantu lonjakan yang tinggi.

Serentak dengan lonjakan itu, kaki bebas mestilah dihayun dengan kencang ke hadapan dengan bahagian lutut dibiarkan tinggi.

Kedua-dua belah tangan di hayun kehadapan dan ke atas untuk membantu mencapai lonjakan yang tinggi.

Fasa Layangan.Tujuan utama ialah supaya pelompat berada di fasa ini lebih lama untuk melambatkan masa pendaratannya. Selepas melonjak, gaya badan adalah seperti berikut:

1. GAYA LAYAR

Rapatkan lutut ke dada dan ayunkan kedua-dua tangan ke atas dan ke hadapan. Fasa mendaratRapatkan kaki dan hulurkan ke hadapan apabila badan mula jatuhGerakkan tangan ke hadapan apabila tumit mula mencecah tanah-Condongkan badan kehadapan seperti duduk ketika mendarat.

2. GAYA GANTUNG.

Ayunkan kedua-dua tangan kebelakang dan lentikkan badan supaya kelihatan keadaan seperti tergantung.

Luruskan kaki supaya lutut diangkat ke udara.

Angkat kedua-dua belah lutut serentak dengan ayunan tangan ke hadapan untuk persediaan mendarat.

3. GAYA TENDANG KAYUH.

Lakukan pergerakan tendang kayuh satu setengah atau dua setengah langkah.

Pergerakan tendang kayuh dua setengah langkah :

Langkah 1 lonjakkan kaki dari papan lonjak dan kaki bebas ke hadapan

Langkah 2 kedua-dua kaki berada bertentangan dengan langkahan 1.

kaki bebas dan kaki lonjakan untuk mendarat. Badan membongkok sedikit ke hadapan.

Tangan lurus ke hadapan.

Langkah setengah rapatkan kaki bebas dan kaki lonjakan untuk mendarat.

Badan bongkok ke hadapan, tangan lurus ke hadapan.

Fasa Pendaratan

1. Pelompat mesti memberi perhatian kepada imbangan badan dan pencapaian jarak.

2. Kaki dihulur ke hadapan dan sewaktu mencecah tempat mendarat (tumit kaki dahulu) lutut dilenturkan untuk mengurangkan kesan tekanan pendaratan dan tangan dihayun ke atas.

3. Badan dicondongkan ke hadapan supaya keseluruhan badan terus menuju ke hadapan.

ANSUR MAJU LOMPAT JAUH.

1. ANSUR MAJU LARI LANDAS.

Cara-cara : Dilakukan secara berpasangan. A berlari ke permukaan papan lonjakan, manakala B memerhatikan papan lonjakan untuk melihat pijakan kaki A.

Jika pijakan A tidak tepat pada papan lonjakan ataupun terlebih, ubahsuai jarak larian pada permulaan.

Jika menapak lebih dari papan lonjakan, anjakkan permulaan ke belakang dan apabila kurang, anjakkan permulaan kehadapan.

Ulang pererakan tersebut sebanyak 6 kali ditempat permulaan yang baru.

Perkara yang perlu diberi perhatian.

Kawal kelajuan larian dan jarak langkah yang konsisten dalam setiap larian. Langkah pertama adalah penting untuk menentukan langkahan seterusnya.

Kederasan didapati selepas langkah keempat, kelima, dan keenam.

Larian sama dengan larian pecut badan ditegakkan.

Penggunaan penanda di tempat permulaan dan di tempat tidak kurang empat langkah dari papan lonjakan.

Pelompat perlu berada dalam kelajuan terkawal pada penanda terakhir.

Mulakan larian dengan kaki yang akan melonjak jika jumlah jarak langkah angka ganjil.

2. ANSUR MAJU LONJAKANAnsur maju 1 Lonjak dari papan lonjak.

Bengkokkan lutut dan merendahkan badan rendah

Ayunkan kedua belah tangan untuk mendapatkan gaya lonjakan

Lonjak dengan kuat pada papan lonjakan dengan kuat dan mendarat dengan tumit.

Ansur maju 2

Melonjak dari hujung bangku.

Bargerak dua ke tiga langkah ke hujung bangku.

Lonjak dengan kuat dan hayunkan lutut kaki bebas setinggi yang mampu

Ayunkan kedua belah tangan ke atas dan mendarat dengan tumit

Ansur maju 3

Berlari melonjak melepasi kayu atau tali.

Rentangkan seutas tali atau kayu di atas pasir berjarak 1-1.5 meter dari papan lonjakan.

Lari sejauh lima hingga enam langkah.

Melonjak dan melintasi kayu atau tali dan mendarat.

3. ANSUR MAJU LAYANGAN DAN MENDARATAnsur maju 1 Melonjak dengan kaki lonjakan melintasi benteng pasir.

Berlari lima hingga enam langkah, melonjak dengan kaki lonjakan dari papan lonjakan dan melepasi benteng pasir untuk mendarat di pasir.

Ansur maju 2 Mencecah belon dengan dahi.

Gantung sebiji bola pada jarak 1-2 meter dari papan lonjakan dikawasan mendarat dengan ketinggian yang boleh dicapai.

Lari 5-6 langkah dan melonjak dengan kaki lonjakan

Cuba mencecah bola dengan dahi

Lunjurkan tangan dan kaki ke hadapan

Mendarat dengan tumit.

Refleksi.

Alhamdulillah, saya bersyukur kerana dapat menyiapkan tugasan ini tepat pada masanya. Terima kasih saya ucapkan kepada Encik Rodzli bin Hashim kerana telah banyak memberi tunjuk ajar kepada saya untuk melaksanakan tugasan ini. Saya memilih acara padang lompat jauh kerana maklumat mengenainya agak mudah diperolehi berbanding acara padang yang lain. Namun demikian, saya masih mengalami beberapa kesulitan untuk menyiapkan tugasan ini, seperti format kriteria tunjang pelajaran. Saya bersyukur kerana Puan Shanti telah menyelesaikan kesulitan saya. Selain itu, rakan-rakan lain juga telah banyak membantu saya sewaktu menyiapkan tugasan ini. Melalui tajuk lompat jauh ini, baru saya menyedari bahawa bukan mudah untuk menjadi seorang pelompat jauh menggunakan teknik-teknik yang betul. Terdapat banyak teknik yang perlu diaplikasikan untuk mendapatkan lompatan yang baik. Walaupun teknik yang disarankan agka sukar dilakukan, namun, setiap pelajar perlu tahu dan melatih diri mereka untuk berjaya melakukannya. Sebagai bakal seorang guru pula, saya juga perlu mempelajari teknik-teknik yang betul dalam lompat jauh. Disamping itu, saya telah melakukan beberapa latihan ansur maju dalam lompat jauh seperti melonjak dari papan lonjak dan mencecah belon menggunakan dahi. Tambahan pula, saya akan menjalani ujian kecergasan jasmani kesihatan ( UKJK ) pada awal bulan 5 nanti, jadi saya telah melakukan keputusan yang tepat dengan memilih tajuk ini. Akhir kata, saya mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua pihak yang terlibat menyiapkan tugasan ini. Saya berharap agar tugasan ini mendapat markah yang baik. Yang benar,

_______________________

Sumber rujukan.Shariman bin Mohd Haniff, .Pendidikan Jasmani dan Pendidikan Kesihatan. Cheras : Selangor, Fajar Bakti Sdn. Bhd, 1994.

Vasudevan T.A. Olahraga-Acara Padang, Shah Alam : Selangor, Fajar Bakti Sdn. Bhd, 1985.

Ahmad Ghazali, Siri Sukan Olahraga- Padang. Selangor: Nadi Ilmu Interprise, 1997.Ng hai liew, Panduan Pengajaran Olahraga, Cheras : pulau pinang, Siri Pendidikan Mahir, 1998.

Wikipedia. 2008. 13 Mac 2008