assignment 2.sem 4 talak

43
SEMESTER 1 SESI 2010/2011 KOD & NAMA KURSUS AL FIQH AL ISLAMI (HIS 3073) TAJUK TUGASAN KUMPULAN GROUP UPSI- 103 (A121 PJJ) DISEDIAKAN OLEH : NAMA NO. ID NO. TELEFON SABARINA BINTI MD GHANI D20102043795 019 4769713 1 ASSIGNMENT( 2) Talak melalui sms dan tulisan menurut pandangan ulama.

Upload: muhd-khairul

Post on 13-Dec-2014

118 views

Category:

Documents


2 download

TRANSCRIPT

KOD & NAMA KU

RISSEMESTER 1 SESI 2010/2011

KOD & NAMA KURSUS AL FIQH AL ISLAMI (HIS 3073) TAJUK TUGASANASSIGNMENT( 2)

Talak melalui sms dan tulisan menurut pandangan ulama.

KUMPULAN GROUP UPSI- 103 (A121 PJJ) DISEDIAKAN OLEH :NAMA NO. ID NO. TELEFON

SABARINA BINTI MD GHANI

D20102043795

019 4769713

NAMA TUTOR E-LEARNING : DR MOHD NOOR BIN DAUD TARIKH SERAH: 23 /11 / 2012

1

Isi Kandungan 1. Sekapur Sirih 2. Pengenalan 3. Kisah rumahtangga para sahabat 4. Tanggungjawab suami 5. Konflik dalam rumahtangga 6. Definisi /hukum talak 7. Hukum talak 8. Hukum talak tanpa sebab 9. Hukum lafaz talak dan jenis talak 10. Lafaz talak melalui sms menurut pendapat ulama 11. Lafaz talak melalui tulisan 12. Kesimpulan 13. Tinggalkan jawapan 14. Bibit-bibit negatif yang mula dirasai suami isteri 15. Doa-doa harian 16. Petua rumahtangga bahagia 17. Ciri-ciri lelaki pilihan untuk dijadikan suami 18. Ciri-ciri wanita pilihan untuk dijadikan isteri 19. Isu suami suka memaki dan mencarut 20. Penutup

2

PENGHARGAANSaya bersyukur kepada Allah kerana telah memberikan kesihatan dan kekuatan untuk saya menyiapkan tugasan Al Fiqh Al Islami ini. Dengan limpah dan kurnia-Nya, saya mampu menyiapkan tugasan dengan lancar dan tuntas. Saya juga turut mengucapkan jutaan terima kasih kepada Dr. Mohd Noor b. Daud, selaku Pensyarah Al Fiqh Al Islami kerana beliau telah banyak memberikan tunjuk ajar kepada saya. Di samping itu, beliau juga telah banyak memberikan buah fikiran kepada saya dalam memperkemas lagi tugasan saya.Tanpa bantuan beliau, nescaya, saya keliru dan mengalami kesukaran dalam menyiapkan tugasan ini. Akhir sekali, saya mengucapkan ribuan terima kasih kepada ahli keluarga dan rakan seperjuangan kerana banyak memberikan sokongan moral dan memberikan kerjasama yang sangat ternilai. Tanpa bantuan mereka semua, saya pasti mengalami banyak kesulitan sepanjang menyiapkan tugasan ini. Sekian.

3

ASSIGNMENT 2. Talak melalui SMS dan tulisan menurut pandangan ulama. Pengenalan Iman boleh teruji apabila terjadinya konflik antara suami dan isteri. Dalam urusan rumah tangga, kehebatan seseorang sentiasa diuji apakah dia layak untuk menjadi raja atau permaisuri di singgahsana hati pasangan dan pada pandangan mata zuriat sebagai rakyat jelata, walaupun keduanya mungkin berilmu, kuat berpegang kepada agama, bijak dan cukup profesional dalam kerjaya. Orang mukmin memandang ujian dengan pandangan positif, selagi mana ujian itu tidak menjejaskan agamanya, maka tidak ada perkara perlu dirisaukan kerana agama adalah kekuatan terakhir yang membentengi jiwa setiap mukmin. Jika tercabut agama akibat ujian, maka gelaplah masa depan dunia dan akhirat. Gejala kemungkinan terfitnahnya iman kerana urusan rumah tangga pernah disentuh dalam hadis Rasulullah SAW seperti pernah terjadi ke atas rumah tangga puteri Rasulullah SAW, Fatimah dan Ali ketika Ali bercadang mahu memadukan Fatimah dengan anak perempuan Abu Jahal. Rasulullah SAW bersabda bermaksud: Sesungguhnya Fatimah adalah sebahagian diriku, dan aku tidak suka jika ada sesuatu yang menyakitinya. Menurut suatu riwayat: Dan sesungguhnya aku khuatir jika agamanya terfitnah, aku tidak mengharamkan sesuatu yang halal, tetapi demi Allah, tidak akan berkumpul puteri Rasulullah dengan puteri musuh Allah sama sekali. Lalu Ali membatalkan lamarannya. (Hadis riwayat al-Bukhari dan Muslim) Ramai suami dan isteri lupa bahawa mendirikan rumah tangga adalah suatu wasilah untuk menjaga agama mereka daripada terfitnah. Tetapi sebaliknya terjadi, ada disebabkan perkahwinan agama mereka menjadi rosak, iman semakin surut dan tidak tercapai ketenangan jiwa yang menjadi matlamat mendirikan rumah tangga.

4

Firman Allah bermaksud: Dan di antara tanda kekuasaan-Nya ialah Dia menciptakan untukmu isteri-isteri dari jenismu sendiri, supaya kamu cenderung dan merasa tenteram kepadanya, dan dijadikan-Nya di antara kamu rasa kasih dan sayang. Sesungguhnya pada yang demikian itu benar-benar terdapat tanda bagi kaum yang berfikir. (Surah al-Rum, ayat 21) Ketenangan dalam rumah tangga hanya dapat diwujudkan dengan merealisasikan prinsip keadilan, sentiasa meraikan cinta sebagai amal salih dan menyatukan matlamat kehidupan suami dan isteri. Agama juga tidak memaksa seseorang mempertahankan perkahwinan apabila tiada harapan lagi untuk membina ketiga prinsip itu dalam alam perhubungan suami isteri. Kisah rumahtangga para sahabat Hal itu pernah terjadi dalam rumah tangga anak angkat Baginda SAW, Zaid bin Harithah yang berkahwin dengan seorang wanita terkemuka daripada kalangan bangsa Quraisy, Zainab yang tidak mencintai Zaid atas sebab tertentu, tetapi Baginda SAW menasihati Zaid supaya menahan Zainab sebagai isteri sehingga turun teguran dari langit suruhan menceraikan Zainab, kemudian Allah menguji Rasulullah SAW dengan suruhan menjadikan Zainab sebagai Ummahatul Mukminin. Allah berfirman bermaksud: Dan (ingatlah), ketika kamu berkata kepada orang yang Allah sudah melimpahkan nikmat kepadanya (Zaid bin Harithah) dan kamu (juga) berbuat baik kepadanya (beliau diangkat oleh Rasulullah sebagai anak): Tahanlah terus isterimu dan bertakwalah kepada Allah, sedang kamu menyembunyikan di dalam hatimu apa yang Allah akan menyatakannya, dan kamu takut kepada manusia, sedang Allah yang lebih berhak untuk kamu takuti. Maka tatkala Zaid mengakhiri keperluan terhadap isterinya (menceraikannya), Kami kahwinkan kamu dengan dia supaya tidak ada keberatan bagi orang mukmin untuk (mengahwini) isteri anak angkat mereka, apabila anak angkat itu sudah menyelesaikan keperluannya daripada isterinya dan adalah ketetapan Allah itu pasti terjadi. (Surah Al-Ahzab, ayat 37) Ayat ini secara langsung menegur sesiapa saja yang menyusahkan proses perceraian yang halal di sisi Allah kerana memaksa lelaki dan wanita untuk mempertahankan perkahwinan walaupun konflik terlalu kusut untuk dileraikan, perbuatan ini nyata menjejaskan iman, agama dan masa depan mereka.

5

Bahtera perkahwinan yang tidak menegakkan prinsip keadilan akan goyah, tetapi tidaklah boleh meletakkan neraca keadilan itu mengikut akal fikiran dan hawa nafsu manusia tanpa bimbingan wahyu dan sunnah Rasulullah SAW. Mengikut akal manusia, keadilan bererti sama rata dalam pembahagian hak dan tanggungjawab. Maknanya jika suami bekerja dan isteri juga bekerja, masing-masing mesti berkongsi memberi nafkah. Tanggungjawab suami Tetapi wahyu menyatakan yang bertanggungjawab memberi nafkah hanya suami, lalu orang lelaki berasakan perkara ini tidak adil kepada lelaki, mereka mahu wanita juga mengeluarkan hartanya untuk nafkah keluarga. Akhirnya ada suami mengambil kesempatan menggunakan harta isteri untuk berkahwin baru. Dalam hal kasih sayang dan khidmat layanan kepada pasangan, Islam sama sekali tidak pernah merestui pemerintahan kuku besi dalam rumah tangga. Isteri mengawal suami atau suami mengongkong isteri, kedua-duanya tidak sesuai dengan prinsip keadilan Islam. Isteri wajib taat kepada suami dan suami pula wajib menyayangi isteri. Ramai suami yang mahu isteri memberi ketaatan seratus peratus, tetapi dia tidak mampu menyayangi isteri seratus peratus. Begitu pula ramai isteri yang mahu suami sayang tidak berbelah-bagi, tetapi mereka enggan taat kepada suami. Akhirnya suami menjadi liar dan isteri pula bertambah degil. Sesungguhnya bertepuk sebelah tangan tidak akan melahirkan cinta yang ikhlas. Mereka dituntut untuk pandai memberi dan reda menerima pasangan secara adil tanpa diskriminasi dan eksploitasi terhadap pasangan. Hal sebegini pernah dilalui Rasulullah SAW dan sahabat dalam kehidupan rumah tangga mereka. Keadilan yang saksama dalam rumah tangga mengikut bimbingan wahyu dan sunnah Rasulullah SAW nyata memberi gambaran harmoni dalam kehidupan suami dan isteri. Ada beberapa prinsip keadilan dikutip daripada ayat Allah dan sunnah Nabi SAW. Suami wajib berbuat baik kepada isteri seperti suruhan Allah yang bermaksud: Dan bergaullah dengan mereka secara makruf. Kemudian bila kamu tidak menyukai mereka, (maka 6

bersabarlah) kerana boleh jadi kamu tidak menyukai sesuatu, padahal Allah menjadikan padanya kebaikan yang banyak. (Surah Al-Nisa, ayat 19) Nabi SAW juga mengingatkan suami dalam hal ini seperti sabda Baginda SAW yang bermaksud: Sebaik-baik kamu adalah yang paling baik terhadap isterinya, dan aku adalah sebaik-baik lelaki kepada isteriku. (Hadis riwayat Ibnu Majah) Rasulullah SAW menyuruh suami melayan isteri dengan baik dan penuh kasih sayang sehingga ke tahap menyuapkan makanan ke mulut isteri. Sabda Baginda SAW bermaksud: Dan sesungguhnya jika engkau memberi nafkah, maka itu adalah sedekah, hinggakan setiap suapan yang kamu suapkan ke mulut isterimu adalah sedekah. (Hadis riwayat Imam AlBukhari dan Muslim) Rasulullah SAW pernah menyediakan kain yang empuk sebagai tepat duduk isterinya di atas unta dan meletakkan lutut Baginda untuk isterinya, Safiyyah ketika mahu naik ke atas unta. (Hadis riwayat Imam Al-Bukhari) Isteri Rasulullah SAW, Aisyah menceritakan keadaan Rasulullah SAW di rumah, beliau berkata: Rasulullah SAW membantu pekerjaan keluarganya di rumah. (Hadis riwayat Imam al-Bukhari) Aisyah juga berkata: Rasulullah SAW mencium seorang isterinya kemudian pergi bersembahyang ke masjid. (Hadis riwayat al-Tirmizi) Bukan hanya suami yang dituntut melayan dan menumpahkan kasih sayang kepada isteri bahkan isteri pun wajib memberi layanan yang sama kepada suami seperti dilakukan isteri Rasulullah SAW dan sahabatnya. Menyikat rambut suami seperti dinyatakan Aisyah menjadi kebiasaan isteri Nabi. Katanya: Nabi SAW menghulurkan kepalanya dari masjid ketika Baginda sedang beriktikaf lalu saya mencucinya. Dalam satu riwayat lain, lalu saya menyikat rambutnya. (Hadis riwayat Al-Bukhari dan Muslim) Kisah sahabat wanita, Ummu Sulaim yang amat cintakan suaminya dan melayannya sebaik mungkin walaupun ketika itu bayi lelaki mereka baru meninggal dunia. Dia tidak mahu suaminya terkejut dengan berita kesedihan itu, dia merahsiakan dulu, dia melakukan sesuatu sehingga suaminya tidur dalam keadaan puas dan tenang. 7

Dia menutupi berita kematian anak mereka dengan sebaik mungkin dan berkata dengan penuh kelembutan kepada suaminya keesokan harinya: Apa pandanganmu jika suatu hari seseorang menitipkan hartanya kepada orang lain dan selepas berlalu masa pemilik harta itu mahu mengambil kembali harta dititipkannya kepada sahabatnya? Suaminya pun menjawab tanpa mengesyaki sesuatu: Dia berhak mengambil miliknya. Lalu Ummu Sulaim menasihati suaminya: Bersabarlah suamiku, sesungguhnya Allah sudah mengambil anak lelaki kita. Isteri dituntut untuk memberi keikhlasan ketika berkhidmat kepada suami. Sabda Rasulullah SAW bermaksud: Adalah kebahagiaan ialah memiliki isteri yang solehah, jika engkau memandangnya ia menyenangkanmu. Jika engkau meninggalkannya dia menjaga diri dan hartamu. Dan kecelakaanlah mempunyai isteri jika engkau pandang mengecewakanmu, katakatanya menyakitimu dan jika engkau pergi dia tidak menjaga diri dan hartamu. (Hadis riwayat Ibnu Hibban, dinilai sahih oleh al-Albani) Konflik dalam rumahtangga Setiap kali konflik rumah tangga terjadi, kebiasaannya semua pihak mencari siapa bersalah, menyerang pasangannya dengan untaian keaiban didedahkan. Tetapi hakikatnya, siapa yang melempar batu dalam rumah tangganya, maka kepala dia sendiri akan berdarah. Suami yang menghina isteri sebenarnya menghina dirinya sendiri, isteri mengaibkan suami dengan sengaja, maka aibnya sendiri akan menjadi tontonan orang ramai. Inilah perbuatan syaitan jantan dan betina kerana punca keretakan adalah tidak pandai membahagi keadilan kepada jiwa masing-masing Semua yang terjadi dalam perjalanan hidup seorang manusia merupakan kehendak Rabbnya Yang Maha Agung. Seorang manusia tidak akan selamanya merasa bahagia dan juga tidak akan selamanya menanggung nestapa. Dari semua perputaran kejadian yang kita temui pada setiap episode kehidupan membawa pelajaran dan hikmahnya masing-masing agar kita semakin mengerti hakikat penciptaan kita selaku hamba di muka bumi ini. Allah taala telah menciptakan segala sesuatunya berpasang-pasangan, ada laki-laki dan ada perempuan, ada suka dan ada duka, ada pertemuan dan ada perpisahan. Sudah lumrah bagi setiap hal yang memiliki awal pasti juga memiliki akhir, tidak terkecuali dalam ikatan pernikahan. Ada waktunya untuk kita bertemu dengan seseorang yang kita cintai dan ada pula waktunya

8

ketika kita harus berpisah dengan seseorang yang disayangi. Perpisahan yang terjadi bukanlah akhir dari sebuah perjalanan hidup, melainkan sebuah pembelajaran untuk pendewasaan diri. Kali ini, kita akan berbicara tentang perpisahan antara dua insan yang mencinta, antara sepasang suami isteri. Berpisahnya sepasang suami dan isetri disebabkan oleh dua hal umum iaitu, kematian dan perceraian. Ikatan pernikahan yang dipisahkan kerana kematian, adalah suatu hal lumrah yang dapat kita fahami bersama. Namun, perpisahan antara suami dengan istri dapat juga disebabkan oleh perceraian. Bagaimanakah Islam mengatur masalah perceraian ini? Kemudian, apa yang sajakah yang harus dilakukan oleh seorang wanita ketika perpisahan itu terjadi? Ketika Harus Berpisah Perpisahan yang diakibatkan oleh perceraian memiliki ruang lingkup bahasan yang lebih luas daripada perpisahan yang diakibatkan oleh kematian. Untuk itu, kita harus mengetahui beberapa masalah yang dibahas dalam ruang lingkup perceraian terlebih dulu, sebelum kita membahas hal-hal apa saja yang harus dilakukan oleh seorang wanita setelah terjadinya perpisahan. A. Definisi dan Hukum Talak Talak ( )menurut bahasa adalah melepaskan ikatan. Kata tersebut diambil dari lafazh yang maknanya adalah melepaskan dan meninggalkan. Sedangkan talak menurut istilah hukum syara adalah melepaskan atau memutuskan ikatan pernikahan. [Lihat Terj. Al-Wajiz (hal. 627), Ensiklopedi Fiqh Wanita (II/383), dan Terj. Subulus Salam (III/12)] Hukum Talak Pada talak berlaku hukum taklifi (pembebanan) yang lima, iatu: [Lihat uraiannya dalam Ensiklopedi Fiqh Wanita (II/383-385)] 1. Talak hukumnya menjadi wajib, apabila dalam hubungan berumah tangga, pasangan suami istri sering bertikai. Kemudian seorang hakim mengutus dua orang juru damai dari kedua belah pihak untuk mendamaikan keadaan keduanya. Namun, setelah juru damai melihat keadaan keduanya, mereka berpendapat bahwa perceraian adalah jalan terbaik 9

bagi keduanya. Maka, ketika itu suami wajib menceraikan istrinya. Dan keadaan ini hampir sama seperti seorang suami yang menjatuhkan iilaa ketika dia tidak ingin rujuk dengan istrinya setelah masa iddah istrinya habis. Demikian menurut pendapat kebanyakan ulama. 2. Talak hukumnya menjadi mustahab (dianjurkan), manakala seorang istri melalaikan hak-hak Allah seperti shalat, shaum, dan yang semisalnya. Sementara suami tidak memiliki kemampuan lagi untuk memaksanya atau memperbaiki keadaannya. Talak seperti ini juga dapat dilakukan manakala istri tidak bisa menjaga kehormatannya. 3. Talak hukumnya menjadi mubah (diperbolehkan), ketika perceraian itu sendiri dibutuhkan. Misalkan suami mendapati akhlak istrinya buruk, sehingga suami merasa dipersulit olehnya. Sementara suami tidak mendapatkan harapan dari kebaikan istrinya. Hal ini berkaitan dengan sikap nusyuz (kedurhakaan) seorang istri terhadap suami, dan masalah ini akan dijelaskan pada tempatnya tersendiri, insyaallah. 4. Talak hukumnya menjadi makruh, ketika tidak ada alasan kuat untuk menjatuhkan talak karena hubungan keduanya harmonis. Sebagaimana diriwayatkan dari Amr bin Dinar radhiyallahu anhu, ia berkata, Ibnu Umar menceraikan istrinya, kemudian istrinya berkata, Apakah kamu melihat sesuatu yang kamu benci dariku? Tidak, jawabnya. Ia berkata, Lalu kenapa kau mentalak seorang muslimah yang menjaga kehormatannya? Amr bin Dinar berkata, Akhirnya beliau rujuk kembali dengannya. [Sunan Sa'id bin Manshur (no. 1099) dengan sanad yang shahih] 5. Talak hukumnya menjadi haram, manakala seorang suami mentalak istrinya dalam keadaan haidh atau dalam keadaan suci setelah menggaulinya. Dan ini dinamakan talak bidah/talak bidi, sebagaimana akan datang penjelasannya. B. Hukum Talak tanpa Sebab Dari Jabir, Nabi alaihis shalatu was salam bersabda: Sesungguhnya iblis singgasananya berada di atas laut. Dia mengutus para pasukannya. Setan yang paling dekat kedudukannya adalah yang paling besar godaannya. Diantara mereka ada yang lapor: Saya telah melakukan godaan ini. Iblis berkomentar: Kamu belum melakukan apaapa. Datang yang lain melaporkan: Saya menggoda seseorang, sehingga ketika saya meninggalkannya, dia telah bepisah (talak) dengan istrinya. Kemudian iblis mengajaknya untuk duduk di dekatnya dan berkata: Sebaik-baik setan adalah kamu. (HR. Muslim 2813)

10

Dalam hadis ini, iblis memuji dan berterima kasih atas jasa tentaranya yang telah berhasil menggoda manusia, sehingga keduanya bercerai tanpa sebab yang dianggap dalam syariat. Ini menunjukkan bahwa perceraian suami istri termasuk diantara perbuatan yang disukai iblis. Iblis menjadikan singgasananya di atas laut untuk menandingi Arsy Allah taala, yang berada di atas air dan di atas langit ketujuh. Pada dasarnya talak adalah perbuatan yang dihalalkan. Akan tetapi, perbuatan ini disenangi iblis, karena perceraian memberikan dampak buruk yang besar bagi kehidupan manusia. Terutama terkait dengan anak dan keturunan. Oleh karena itu, salah satu diantara dampak negatif sihir yang Allah sebutkan dalam al-Quran adalah memisahkan antara suami dan istri. Allah berfirman: Mereka belajar dari keduanya (harut dan marut) ilmu sihir yang bisa digunakan untuk memisahkan seseorang dengan istrinya. (QS. Al-Baqarah: 102 Hukum talak Hukum Penjelasan a) Jika perbalahan suami isteri tidak dapat didamaikan lagi b) Dua orang wakil daripada pihak suami dan isteri gagal membuat kata sepakat untuk Wajib perdamaian rumahtangga mereka c) Apabila pihak kadi berpendapat bahawa talak adalah lebih baik d) Jika tidak diceraikan keadaan sedemikian, maka berdosalah suami a) Menceraikan isteri ketika sedang haid atau nifas b) Ketika keadaan suci yang telah disetubuhi Haram c) Ketika suami sedang sakit yang bertujuan menghalang isterinya daripada menuntut harta pusakanya d) Menceraikan isterinya dengan talak tiga sekali gus atau talak satu tetapi disebut berulang kali sehingga cukup tiga kali atau lebih Sunat a) Suami tidak mampu menanggung nafkah isterinya b) Isterinya tidak menjaga maruah dirinya

11

Makruh

Suami menjatuhkan talak kepada isterinya yang baik, berakhlak mulia dan mempunyai pengetahuan agama Suami yang lemah keinginan nafsunya atau isterinya belum datang haid atau telah putus haidnya

Harus

Rukun talak Perkara Berakal Suami Baligh Dengan kerelaan sendiri Isteri Akad nikah sah Belum diceraikan dengan talak tiga oleh suaminya Ucapan yang jelas menyatakan penceraiannya Dengan sengaja dan bukan paksaaan Syarat

Lafaz

Contoh lafaz talak

Talak sarih

Lafaz yang jelas dengan bahasa yang berterus-terang seperti Saya talak awak atau Saya ceraikan awak atau Saya lepaskan awak daripada menjadi isteri saya dan sebagainya.

Talak kinayah

Lafaz yang digunakan secara sindiran oleh suami seperti Pergilah awak ke rumah mak awak atau Pergilah awak dari sini atau Saya benci melihat muka awak dan sebagainya. Namun, lafaz kinayah memerlukan niat suaminya iaitu jika berniat talak, maka jatuhlah talak tetapi jika tidak berniat talak, maka tidak berlaku talak Jenis talak Talak raji

12

Suami melafazkan talak satu atau talak dua kepada isterinya. Suami boleh merujuk kembali isterinya ketika masih dalam idah. Jika tempoh idah telah tamat, maka suami tidak dibenarkan merujuk melainkan dengan akad nikah baru. Talak bain Suami melafazkan talak tiga atau melafazkan talak yang ketiga kepada isterinya. Isterinya tidak boleh dirujuk kembali. Si suami hanya boleh merujuk setelah isterinya berkahwin lelaki lain, suami barunya menyetubuhinya, setelah diceraikan suami barunya dan telah habis idah dengan suami barunya. Talak sunni Suami melafazkan talak kepada isterinya yang masih suci dan tidak disetubuhinya ketika dalam tempoh suci Talak bidi Suami melafazkan talak kepada isterinya ketika dalam haid atau ketika suci yang disetubuhinya. Talak taklik Talak taklik ialah suami menceraikan isterinya bersyarat dengan sesuatu sebab atau syarat. Apabila syarat atau sebab itu dilakukan atau berlaku, maka terjadilah penceraian atau talak. Contohnya suami berkata kepada isteri, Jika awak keluar rumah tanpa izin saya, maka jatuhlah talak satu. Apabila isterinya keluar dari rumah tanpa izin suaminya, maka jatuhlah talak satu secara automatik. Ia juga boleh berlaku selepas akad nikah (ia dipraktikkan di Malaysia dan wajib oleh semua pengantin lelaki untuk melafaznya), berkata, Jika saya menyeksa isteri saya dengan sengaja, atau saya meninggalkan isteri saya selama empat bulan berterusan dengan sengaja tanpa kerelaannya, dan jika ia mengadu kepada kadi atau naib kadi, apabila disabitkan oleh kadi atau naib kadi maka jatuhlah talak satu ke atas isteri saya.

13

Menurut Akta Undang-Undang Keluarga Islam (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 1984 Malaysia, Cerai taklik (seksyen 50) Taklik adalah perjanjian yang ditandatangani semasa pernikahan. Ia membenarkan siisteri memohon perceraian sekiranya sisuami melanggar mana-mana syarat yang terdapat dalam taklik tersebut, misalnya, jika dia tidak membayar nafkah, atau sisuami menyebabkan kemudaratan dengan mencederakan isteri. Mahkamah akan membuat siasatan akan kesahihan kenyataan dan sekiranya berpuas hati mahkamah akan mengesahkan dan merekodkan perceraian tersebut. Bukti seperti laporan polis dan laporan hospital boleh membantu dalam hal ini Contoh taklik berlaku dengan cara, Jika saya menyeksa isteri saya dengan sengaja, atau saya meninggalkannya selama empat bulan berterusan tanpa kerelaannya, dan jika ia mengadu kepada kadi atau naib kadi serta membayar RM 1.00 sebagai tebus talak, apabila disabitkan oleh kadi atau naib kadi maka jatuhlah talak satu ke atas isteri saya dengan nilai tebus talak tersebut. Lafaz cerai melalui SMS menurut pendapat ulama Lafaz cerai menerusi khidmat pesanan ringkas (SMS) telefon bimbit dikira sah mengikut hukum syarak, kata Mufti Terengganu, Sheikh Abdul Halim Abdul Kadir. Beliau berkata, lafaz cerai boleh dilakukan dengan direkod atau tanpa rekod, atau sama ada dilakukan di khalayak atau sebaliknya. Masyarakat perlu faham, suami mempunyai kuasa melafazkan cerai dan tindakan itu tidak hanya tertakluk di hadapan isteri. Kemudahan penggunaan teknologi komunikasi maklumat membolehkan perceraian dilakukan ke atas pasangan yang tinggal berjauhan, katanya ketika diminta mengulas permintaan Puteri Umno, semalam, supaya pihak berkuasa di negara ini tidak membenarkan lafaz cerai melalui khidmat SMS seperti yang diiktiraf di Singapura dan beberapa negara Arab. Ketua Penaja Puteri Umno, Azalina Othman Said, dalam kenyataannya berkata, kebenaran lafaz talak menerusi SMS telefon selular itu boleh disalahgunakan.

14

Abdul Halim berkata, masyarakat tidak boleh melarang sesuatu perkara atau melatah sekiranya ia mengikut hukum syarak kerana itu adalah peraturan dan hukum Allah. Tugas umat Islam hanya mematuhi hukum dan peraturan yang ditetapkan Allah, katanya. Bagaimanapun katanya, lafaz cerai itu perlu mendapat pengesahan daripada Mahkamah Syariah dan sekiranya suami mengaku bahawa dia berniat untuk menjatuhkan talak kepada isterinya maka, lafaznya itu dikira sah tanpa perlu dipertikaikan. Manakala bagi suami yang tidak mengaku berbuat demikian 5. Talak Melalui Tulisan (Bil Kitabah) 5.3 Mazhab Syafie dan Maliki al-Syafiiyyah dan al-Malikiyyah berpendapat talak melalui tulisan walaupun dalam bentuk soreh tidak menjatuhkan talak dan tidak mendatangkan kesan kecuali disertakan dengan niat. Sebagai contoh suami yang menulis catatan perbincangan dan menguji dakwat pen dengan menulis secara soreh (contoh :Aku ceraikan kamu) atau kinayah menceraikan isterinya maka tidak jatuh talak melainkan memang suami berniat berbuat demikian. Mazhab Syafie juga berpendapat bahawa talak melalui tulisan yang sama statusnya dengan lafaz, adalah tulisan yang disertai dengan niat. Ini kerana talak melalui tulisan dianggap sama dengan lafaz talak secara kinayah. Selain daripada tulisan yang disertai dengan niat sebagai syarat jatuh talak, Syafie juga mensyaratkan bahawa tulisan tersebut juga hendaklah ditulis sendiri oleh suami kepada isterinya. (al-Jaziri : 253) Al-Mawardi mengulas pandangan al-Syafie ) ( Berpendapat bahawa talak melalui tulisan bukanlah soreh, ia adalah sama dengan lafaz kinayah yang memerlukan kepada niat. Talak melalui penulisan ada tiga keadaan : i. Tulisan yang disertai dengan lafaz ii. Tulisan yang disertai dengan niat 15

iii. Semata-mata tulisan; tanpa disertai dengan niat dan lafaz. Sekiranya disertai dengan lafaz maka jatuh talak kerana lafaz meskipun tanpa niat talak akan jatuh. (al-Mawardi :169) Mengenai masalah suami yang menulis kepada isterinya, talak secara taklik melalui tulisan sama ada soreh atau kinayah dengan niat untuk menceraikan isterinya seperti ditulis Apabila sampai tulisan ini ke tangan kamu maka jatuh talak. al-Syafie berpendapat bahawa apabila sampai sahaja surat tersebut kepada isterinya maka jatuhlah talak. Ini bermakna secara ringkas dapat disimpulkan bahawa bagi Syafie dan Maliki talak melalui tulisan hanya berlaku apabila disertakan dengan niat. (Wahbah al-Zuhaily : 6897) 6. Kesimpulan Perceraian perlu dilakukan dengan maruf. Perceraian tidak sepatutnya digunakan untuk menjatuhkan martabat isteri. Memandangkan ramai suami yang dengan mudah menggunakan kuasa talak dengan sewenang wenang, langkah pengawal perceraian di luar mahkamah adalah langkah yang menetapi kaedah fiqhiyyah iaitu al-siasah al-Syariyyah. Islam menetapkan peraturan perceraian dengan begitu halus dan teliti agar tidak ada manamana pihak yang teraniaya. Dalil al-Quran,Maksudnya : Hai Nabi! apabila kamu menceraikan isteri-isterimu hendaklah kamu ceraikan mereka pada waktu mereka (dapat menghadapi) iddah mereka, dan hitunglah waktu iddah itu. (Surah al-Talak ayat 1) Perceraian yang tanpa bersemuka dengan pihak isteri menipiskan peluang perdamian di antara pasangan dan memungkinkan berlaku kemudharatan di pihak isteri.

16

Hakim Syarie kemudiannya mensabitkan gugur talak tiga terhadap si isteri. Merujuk kepada isu itu, Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan yang bersidang pada 27 Julai 2003 membuat penelitian mendalam dan mengeluarkan fatwa iaitu : lTalak dalam bentuk tulisan yang jelas daripada suami yang ditujukan kepada isteri secara khusus seperti melalui faks, SMS, e-mel dan sebagainya adalah talak berbentuk kinayah dan sah sekiranya disertai dengan niat. lSemua perceraian perlu dikemukakan ke Mahkamah Syariah untuk mensabitkan talak tersebut. lTalak yang dilakukan dengan menggunakan alat komunikasi moden adalah kaedah perceraian yang tidak menepati adab perceraian yang digariskan oleh syarak. Untuk mengesahkan sama ada suami berniat atau tidak ketika menulis ayat cerai berkenaan, Mahkamah Syariah adalah tempat mencari keadilan. Oleh itu, apabila seorang isteri menerima SMS sebegitu, dia atau suami perlu membawa kesnya ke Mahkamah Syariah untuk mengesahkan kedudukan lafaz tersebut. Pihak terbabit tidak boleh mendiamkan diri atau memutuskan kes sendirian sama ada si suami ada niat atau tidak atau mengambil keputusan sendiri mengatakan tidak jatuh talak. Enakmen Undang-undang Keluarga Negeri Selangor 2003 memperuntukkan dalam Seksyen 56 bahawa tiada apa-apa lafaz talak atau perintah perceraian atau pembatalan boleh didaftarkan melainkan Ketua Pendaftar berpuas hati bahawa mahkamah membuat perintah muktamad berhubung dengannya. Seksyen 57 pula menyebut sekiranya seseorang menceraikan isteri dengan lafaz talak di luar mahkamah dan tanpa kebenaran mahkamah, hendaklah dalam masa tujuh hari daripada lafaz talak itu, melaporkan kepada mahkamah. Apabila menerima laporan, mahkamah perlu mengadakan siasatan untuk memastikan sama ada talak yang dilafazkan itu adalah sah mengikut hukum syarak. Apabila mahkamah berpuas hati bahawa talak yang dilafazkan itu sah mengikut hukum syarak, mahkamah hendaklah tertakluk kepada Seksyen 125 berkenaan penalti melafazkan cerai di luar mahkamah.

17

Kesimpulannya, jika berlaku perkara seperti itu, segeralah ke Mahkamah Syariah untuk mengesahkan kedudukan perceraian tersebut. Jangan ambil mudah sesuatu perkara dan suami juga janganlah mengambil tindakan tidak bertanggungjawab dengan menyalah guna teknologi untuk meruntuhkan sesebuah masjid dengan sewenang-wenangnya. Tinggalkan Jawapan

Ikatan perkahwinan merupakan rahmat Allah kepada hambanya. Ia telah digambarkan melalui surah Al-Baqarah: 187, Isteri kamu pakaian kamu, kamu pula pakaian mereka. Perkara utama yang harus ditentukan di sini ialah sama ada talak telah jatuh melalui pesanan SMS. Mahkamah Syariah mempunyai bidang kuasa menentukan kesahihan sesuatu lafaz cerai. Ini adalah berdasarkan Seksyen 45 Akta Undang-Undang Keluarga Islam (Wilayah Persekutuan) 1984.

Terdapat dua jenis perceraian iaitu di dalam (dengan izin) dan di luar (tanpa izin) mahkamah. Puan harus memohon pengesahan perceraian tersebut di bawah Seksyen 55A. Seksyen tersebut memperuntukkan kepada mahkamah kuasa untuk mengesahkan dan mendaftarkan perceraian yang berlaku di luar mahkamah.

Pihak mahkamah dalam membuat pengesahan perceraian terlebih dulu mengadakan siasatan bagi memastikan lafaz talak itu sah mengikut hukum syarak. Sekiranya mahkamah berpuas hati mengenai lafaz cerai tersebut, maka ia adalah tertakluk di bawah Seksyen 124 untuk membuat perintah membenarkan perceraian, merekodkan dan memberitahu kepada pendaftar.

Berbalik kepada persoalan bagaimana hendak menentukan sah atau tidaknya sesuatu perceraian di luar mahkamah. Mahkamah akan melihat kepada rukun-rukun perceraian atau talak.

Apabila sempurna kesemua rukun talak maka sabitlah perceraian. Di dalam kitab Banatu akTalibin telah dinyatakan mengenai lima rukun talak iaitu, suami, lafaz yang digunakan, 18

diqasadkan (diniatkan) kepada siapa talak itu, isteri dan talak itu dijatuhkan dengan kekuasaan suami. Asas mensabitkan berlaku atau tidak perceraian melalui pesanan SMS memerlukan kepada keyakinan daripada suami bahawa sememangnya beliau yang menulis pesanan SMS tersebut secara sengaja tanpa paksaan dan ditujukan khas kepada isteri.

Ini bertepatan dengan kaedah Fekah, iaitu tulisan itu adalah diiktibarkan syarak sama seperti perkataan yang dilafazkan di dalam perceraian. Menjadi suatu kewajipan untuk menghilangkan sebarang perasaan was-was atau ketidakpastian dalam menjatuhkan talak.

Jika wujud ketidakpastian dalam salah satu daripada kelima-lima syarat talak maka perceraian tersebut tidak jatuh. Kebiasaannya mahkamah akan meminta suami melakukan sumpah syarie terhadap pesanan SMS yang dimaksudkan. Jika telah sabit kepastian melalui lafaz sumpahnya maka jatuhlah talak tersebut. Adalah menjadi tanggungjawab puan dan suami untuk berlaku jujur di dalam perkara ini demi menghilangkan perkara subahat yang melingkari ikatan pernikahan puan.

Mengenai perceraian dalam keadaan marah, timbul perbezaan pendapat di kalangan ulama mengenai sama ada gugur atau tidak talak itu.

Mengikut sebahagian ulama, jatuh talak yang dilafazkan dalam keadaan marah kerana perasaan tersebut masih boleh dikawal oleh seseorang. Antara lain, orang yang dalam keadaan marah tidak termasuk dalam golongan orang yang terkeluar daripada beban taklif.

Manakala mengikut pendapat Ibnu Qayyim, beliau telah membahagikan marah ini kepada tiga keadaan yang berbeza dan turut berbeza hukum talak pada ketika itu.

Keadaan pertama, marah yang dapat dikawal perasaan dan fikiran sepenuhnya. Talak yang dilafazkan pada ketika ini dihukumkan jatuh.

Kedua, keadaan marah yang sampai ke tahap seolah-olah hilang akal, iaitu tidak sedar mengenai apa yang diperkatakan. Jumhur Ulama sepakat berpendapat talak yang dilafazkan tidak gugur kerana disamakan dengan orang gila yang hilang akal dan tidak lagi memikul beban 19

taklif.

Ketiga ialah marah yang berada antara tahap pertama dan kedua. Marah pada tahap ini diperselisihkan ulama pada hukumnya dan perlu juga dilihat kepada aspek dalil, selain mempertimbangkan suasana perceraian ini berlaku serta maslahah dan kepentingan anakanak.

Justeru, sebagai langkah menentukan sama ada jatuh atau tidak lafaz perceraian dalam keadaan marah, hendaklah dimaklumkan kepada Mahkamah Syariah memandangkan ia mempunyai bidang kuasa menentukan kesahihan perceraian yang dilafazkan di dalam keadaan marah. . Talak dalam bentuk tulisan yang jelas daripada suami yang ditujukan kepada isterinya secara khusus seperti melalui faksimili, SMS, e- mail dan sebagainya merupakan talak secara kinayah dan ianya adalah sah sekiranya disertai dengan niat.

ii. Semua penceraian hendaklah dikemukakan kepada Mahkamah Syariah untuk menthabitkan talak tersebut.

iii. Talak yang dilakukan dengan menggunakan alat komunikasi moden adalah kaedah penceraian yang tidak menepati adab penceraian yang digariskan oleh syarak.

Berdasarkan keputusan yang telah diputuskan oleh para Mufti di Malaysia di dalam Muzakarah tersebut, jelaslah kepada kita bahawa Talak melalui SMS atau apa saja alat perhubungan adalah dianggap sah dan dikira jatuh talak sekiranya disertai dengan niat. Walaubagaimanapun, kaedah talak melalui SMS dan alat perhubungan moden adalah tidak menepati adab perceraian dalam Islam.

Oleh itu, berwaspadalah dan janganlah kita meringan- ringankan soal talak ini. Ini disebabkan Talak merupakan satu peraturan yang telah ditetapkan oleh Allah SWT di dalam SyariatNya. Arahan Allah yang dirakamkan dalam Al Quran sangat penting kita jadikan peringatan buat kita semua. Talak (yang boleh dirujuk kembali itu hanya) dua kali, setelah itu boleh lah ia (rujuk dan) 20

dipegang terus (isterinya) dengan cara yang sepatutnya (makruf) atau dilepaskannya (menceraikannya) dengan cara yang baik Surah al- Baqarah; ayat 229

Seperkara lagi, Talak juga merupakan jalan terakhir kepada perselisihan dan pertelingkahan antara suami dan isteri. Pilihlah jalan- jalan lain dahulu dalam menjernihkan hubungan antara suami dan isteri. Pilihlah jalan perdamaian, permuafakatan, merendahkan ego diri, menerima kesalahan diri, menerima kelemahan pasangan dan sebagainya.. Janganlah kita ditipu dengan fitnah dunia, hawa nafsu yang dirasuk oleh syaitan laknatullah, rasukan nafsu gelojak, terburuburu, sikap percaya bulat2 fitnah orang tanpa usul periksa dan lain- lain. Janganlah sang suami menggunakan kuasa talak yang ada pada dirinya sebagai alat untuk menjatuhkan martabat si isteri. Perbuatan menjatuhkan ketinggian martabat isteri sangatlah dikutuk oleh agama.

Sesungguhnya ikatan pernikahan itu sangat utuh tautannya. Ikatan itu ditaut dengan erti kasih sayang, hormat menghormati, kesabaran dan selainnya. Ya Allah, Engkau selamatkanlah isteri dan anak- anak kami daripada segala bencana Perceraian itu berlaku disebabkan pelbagai faktor, antaranya arus modenisasi yang menghakis nilai tradisional, mendahulukan material daripada menyelamatkan perkahwinan, tahap pendidikan dan pendedahan yang diperoleh membuatkan suami isteri terlalu objektif dalam menangani masalah. Keretakan rumah tangga boleh berlaku apabila pasangan terbabit terlalu mementingkan kewangan sehingga mengabaikan tanggungjawab mereka, timbul rasa kecewa terhadap pasangan disebabkan gagal berbincang sebelum berkahwin, tiada kemahiran komunikasi, campur tangan pihak ketiga dan masalah sampingan seperti dadah. Ahmad Shukri yang juga Perunding Motivasi Fitrah Power Resources berkata, perceraian bukan perkara yang boleh dianggap remeh sebaliknya ia adalah jalan terakhir kepada sesebuah rumahtangga. Sebelum memikirkan dan melafazkan cerai banyak lagi kaedah lain yang boleh difikirkan, seperti perbincangan di antara pasangan suami isteri secara baik tanpa membabitkan pihak lain, jika tidak dapat diselesaikan baru dilantik wakil dari pihak ketiga untuk mencari penyelesaian. 21

Jika tidak dapat diselesaikan juga walaupun dengan pelbagai kaedah, barulah difikirkan jalan terakhir itu, katanya. Satu hadis diriwayat Abu Daud dan al-Hakim, maksudnya: Perkara halal yang paling dibenci Allah ialah talak. Perkahwinan bukanlah semata-mata satu ikatan yang menghalalkan perhubungan di antara dua jantina lelaki dan perempuan, tetapi kesinambungan institusi kekeluargaan. Perkahwinan adalah suatu ikatan perkongsian hidup yang perlu kepada semangat kebersamaan, saling menghormati dan rasa penuh tanggungjawab, yang perlu dipertahankan dalam apa juga keadaan. Bergaullah dengan mereka secara baik dan mungkin kamu benci kepada isteri-isteri kamu. Mungkin kamu benci kepada sesuatu sedangkan Allah menjadikan padanya kebaikan yang baik. (an-Nisa:19) Menurut Ahmad Shukri, sesetengah masalah tidak boleh dipendam tetapi perlu diluahkan bagi mengelak masalah lebih besar. Dalam rumah tangga, perlu ada konsep sabar dan muhasabah. Jika sewaktu bujang kita seorang pemarah, cepat melenting dan panas baran, apabila beristeri atau bersuami ubahlah sikap itu perlahan-lahan, katanya. Beliau mendapati banyak pasangan yang tidak tahu matlamat rumah tangga sehingga apabila bergaduh kecil pun mengungkapkan cerai. Justeru, perkahwinan memerlukan kepada beberapa unsur iaitu sakinah (ketenangan), mawaddah (kasih sayang) dan rahmat (kasihan belas). Ketiga-tiganya perlu digaul bagi menjadi makanan pasangan suami isteri sepanjang hidup bersama, katanya. Menurutnya, anak muda sekarang hanya tahu bercinta dan berkahwin, tetapi apabila memperoleh cahaya mata menjadi buntu seolah-olah anak menjadi beban. Anak memang satu beban tetapi ia juga amanah yang besar. 22

Orang kita sesetengahnya apabila ada masalah mulalah jadi tidak menentu dan gelabah tetapi sedar atau tidak masalah yang dihadapi itu sendiri yang mematangkan diri, katanya.

Bibit bibit negatif yang mula dirasai suami isteri KUALA LUMPUR: Golongan isteri yang menyedari bibit perubahan negatif sikap baran pasangan hingga mula rasa tidak selamat perlu mengambil langkah awal dengan mendapatkan nasihat ahli keluarga sebelum membuat aduan kepada mahkamah bagi mengelak menjadi mangsa dera suami Firaun. Pakar motivasi dan penceramah terkenal, Zawawi Yusof berkata, wanita perlu tahu hak mereka serta mendapatkannya melalui rujukan ke mahkamah supaya nasib mereka terbela dan tidak terus-terusan menjadi mangsa dera suami yang tidak berperikemanusiaan. Beliau berkata, di sebalik kes yang dipaparkan di dada akhbar, masih ramai suami di negara ini yang mendera isteri masing-masing walaupun tanggungjawab sebenar mereka menjaga isteri dengan baik. Tugas sebenar suami menyelamatkan isteri masing-masing dan menjaganya bukan menganiaya isteri hingga memperlakukan pasangan dengan kejam. Sepatutnya suami perlu bersyukur jika isteri menjaga makan minum mereka kerana tugas itu tidak wajib untuk dilaksanakan isteri, tetapi ia dilakukan sebagai pengorbanan isteri berkhidmat kepada suaminya. Dalam Islam, suami yang mampu perlu menyediakan pembantu untuk memasak dan sebagainya tetapi jika tidak mampu, maka isteri boleh berkorban dengan melakukannya untuk suami dan suami sepatutnya menghargainya, katanya.

Doa2 Harian; Doa utk mohon keselamatan dlm segala urusan (Mengadakan kenduri kahwin,bermusafir, bekerja dll): Ya Allah segala puji bagimu, yang dengan izin Mu berlaku segala kebaikan (Hadis Sahih)

23

Doa jika ditimpa kesusahan (Masalah tempat kerja, suami isteri dll): Ya Allah berilah ganjaran dari ujian ini dan kurniakanlah yang lebih baik dari ini. (Hadis sahih) Pelik hal orang beriman ini, jika diberi nikmat dia akan bersyukur dan jika diberi ujian dia bersabar. (Hadis Sahih). Komen:dalam kedua2 keadaan, sentiasa baik baginya.

Petua Rumah Tangga Bahagia

1- Sering melakukan kegiatan bersama-sama seperti makan bersama, keluar berjalan berduaduaan, beriadah dan mandi bersama. 2- Galakkan isteri tidur di atas lengan suami. Isteri yang penyayang akan berada di belakang bahu sebelah kanan suami ketika berjalan. 3- Jaga agar mulut dan badan tidak berbau agar suami sentiasa mahu berseronok dengan isteri. 4- Isteri yang hangat dan romantis sentiasa mengharapkan suaminya berada di rumah bersama-samanya. 5- Tukar gaya penampilan setelah beberapa ketika untuk mengelakkan jemu kepada pasangan. 6- Kreatif mencipta suasana yang harmoni dan tenang dalam rumah tangga. 7- Sekiranya ada pergaduhan atau pertengkaran, cuba ingat kembali kenangan manis semasa bercinta dan berbulan madu. 8-Kenangkan jasa dan susah payah isteri mengandung dan melahirkan anak. 9- Sekiranya berlaku penceraian (bagi pasangan Islam untuk talak satu dan dua saja) jangan mudah menghalau isteri keluar dari rumah sebelum habis edah kerana mungkin suami isteri berminat untuk bersatu kembali (rujuk).

24

10- Suami kena lebih mesra dengan keluarga mentua kerana sekiranya rumah tangga menghadapi masalah, ibu bapa mentua boleh membantu dari segi nasihat. 11- Suami jangan tumpu perhatian yang berlebihan kepada dunia luar berbanding keluarga sendiri. 12- Isteri jangan lebih banyak masa menyibukkan diri dengan dunia luar, seperti aktif dengan kegiatan persatuan, berpolitik atau terbabit dengan jualan langsung. 13- Sentiasa berlembut dari segi percakapan, layanan kepada pasangan dan pergaulan sesama ahli keluarga. 14- Isteri perlu berhias lebih kepada suaminya berbanding apabila keluar rumah. 15- Menjawab setiap pertanyaan suami dengan lembut. 16- Pasangan tua, terutama isteri jangan terlalu rapat dengan cucu, tidur dengan cucu dan tinggalkan suami tidur sendirian. 17- Sekiranya ada masalah, bawalah berbincang. Jangan bertengkar dan masing-masing menegakkan pendapat sendiri. 18- Fahami dan hayati sifat pasangan dan anak-anak. Suami disifatkan seperti matahari sentiasa panas, isteri bulan; cantik, lembut dan indah dipandang, manakala anak-anak pula umpama bintang iaitu sifatnya sebagai penghibur dalam rumah tangga. 19- Suami isteri perlu mengekalkan sifat romantis dan sentiasa berhati muda walaupun masingmasing sudah berusia. 20- Anak-anak jangan dipaksa mengikut telunjuk dan kehendak ibu bapa tetapi beri mereka pilihan yang sesuai tetapi sentiasa awasi mereka. 21- Ketua rumah tangga yang bijak sentiasa ada perancangan jangka panjang untuk ahli keluarganya. Sama ada dari segi kewangan, pelajaran dan tempat percutian. 22- Keluarga Islam, pastikan sekurang-kurangnya dua waktu sembahyang berjemaah bersamasama ahli keluarga merapatkan hubungan dan kemesraan. 25

23- Jangan beri ahli keluarga makanan yang tidak halal atau diragui kehalalannya kerana bermula dari makanan membentuk air mani dan melahirkan generasi seterusnya.

Ciri Lelaki pilihan untuk dijadikan suami iri-Ciri Suami yang Baik dari Sudut Islam Memetik kertas kerja Dasar Pembentukan Rumahtangga serta Adat-adat Yang Bercanggah tulisan Kadi Kuala Selangor, Haji Asmungi Mohd Sidek, Sebagai seorang gadis apabila mula memikirkan alam dewasa dan ingin menggantungkan nasib dirinya kepada lelaki melalui rumahtangga, hendaklah membuat pemilihan teliti, seeloknya pilihlah lelaki; 1. Yang berkemampuan sebagaimana hadis Nabi Riwayat Ahmad Bukhari dan Muslim dari Abu Hurairah yang bermaksud: Wahai permuda-pemuda; barang siapa diantara kamu bernikah, maka hendaklah ia bernikah, yang demikian itu amat menundukkan pandangan dan amat memelihara kehormatan, tetapi barang siapa yang tidak mampu, maka hendaklah berpuasa kerana puasa itu menahan nafsu. Mampu yang dimaksudkan, berupaya menyediakan tempat tinggal, saraan hidup yang biasa mengikut suasana sekarang, serta pakaian untuk menutup aurat. Perkara-perkara ini wajib dilaksanakan suami dan kegagalan menyempurnakannya boleh mendatangkan kesan buruk dan mudah berlaku perceraian. 2. Boleh dijadikan sebagai ganti ayah bonda. Sanggup melindungi wanita daripada segala bahaya dan kecelakaan yang menimpa kerana apabila seorang wanita rela dinikahi, bererti ia rela melepaskan dirinya daripada ayah bonda yang selama ini menjadi tempat pergantungan hidup. Kini berpindah kepada lelaki yang bakal menjadi suaminya. 3. Pandai menjaga darjat diri; apabila bercakap dikota dan diamalkan. Selain daripada itu suami yang baik akan sentiasa mengajak isteri ke arah kebaikan, menjauhkan yang mungkar dan mendahului perbuatan itu.

26

4. Berkebolehan didalam urusan rumahtangga. Kebolehan memasak, menjahit juga membasuh akan membantu kerana lelaki yang biasa membuat kerja begini, tidak akan membebankan isterinya membuat kerja rumah sekiranya isteri tiada kemampuan. 5. Mempunyai penuh kepercayaan kepada perempuan dan tidak mudah bersangka buruk. Biasanya apabila suami bertugas mencari nafkah maka isteri akan menjaga segala amanah harta dan anak di rumah. Sekiranya suami tidak mempunyai kepercayaan kepada isteri, ini bererti suami akan sentiasa menyangka buruk. 6. Rajin, berpemikiran luas dan tidak memakan harta perempuan. Lelaki begini adalah ciri-ciri lelaki yang tidak pemalas, inginkan kemajuan serta tidak mengharapkan titik peluh isteri. Allah sangat tidak menyukai manusia yang hanya bertawakal dan menyerah diri tanpa usaha sedangkan kejayaan dicapai melalui usaha. 7. Mudah memaafkan. Sifat ini adalah sebahagian daripada sifat terpuji Rasullah ketika menegakkan agama Islam. Oleh itu suami bertanggungjawab sepenuhnya kepada isteri dan anak. 8. Datang daripada keturunan orang yang baik-baik lagi rajin beribadah. Seelok-eloknya, mempunyai akhlak dan budi bahasa mulia, berpegangan agama lagi rajin beribadah dan tidak berpenyakit keturunan seperti gila atau penyakit merbahaya yang boleh membawa kepada kesengsaraan hidup.

Dalam konteks ini, wanita sebenarnya tidak mempunyai banyak pilihan jika Ibu bapa yang mencarikan jodoh untuk wanita itu. Tetapi jika wanita itu dalam keadaan yang dia sendiri boleh memilih bakal suaminya, maka bolehlah jika memilih calon yang memiliki sifat2 seperti berikut: a) Beragama. Sentiasa menjaga tanggungjawabnya sebagai seorang islam dan dalam perhubungan itu sendiri dia menjaga dari membuat maksiat terhadap pasangannya seperti berpegangan tangan dan membuat perkara yang tidak senonoh. b) Mempunyai akhlak yang baik. Bercakap jujur dan menghormati orang lain.

27

c) Mempunyai status ekonomi yang bagus sekurangnya mempunyai pekerjaan atau rajin bekerja sendiri. d) Tidak panas baran.

Ciri Wanita pilihan untuk dijadikan isteri Janganlah kamu kahwini wanita kerana kecantikan mereka,kerana kemungkinan kecantikan itu akan menghancurkan mereka sendiri.Dan janganlah kamu kahwini kerana harta mereka,kerana mungkin harta itu menyebabkan mereka derhaka.Tetapi kahwinilah mereka atas dasar agama.Sesungguhnya hamba yang berkulit hitam,tetapi beragama adalah lebih baik-(riwayat Ibnu Majah). Jelas hadis diatas menyarankan kita supaya memilih calon isteri dari kalangan wanita wanita solehah. Ada juga dari kalangan wanita2 pilihan ini nampak dari luarnya seperti muslimah dan berlatarbelakangkan pendidikan agama tetapi bukan terdiri dari wanita solehah dalam kes2 terpencil. Jadi sebelum memilih,check dahulu target anda walaupun nampak luarannya sudah ok. Tanya sahabat2 dan orang disekeliling mereka untuk memastikan anda tidak menyesal di kemudian hari. Tetapi setiap pilihan tu tidak selalunya dapat disandarkan dengan maklumat yang cukup. Dalam banyak keadaan, petunjuk dari Allah sahaja yang boleh kita pinta supaya pilihan kita buat itu adalah tepat. Caranya, banyakkan doa ini Ya Allah, berikan daku Ilham dan jauhkan aku dari kejahatan diri aku sendiri dan bersembahyang istikarah.

Isu suami suka memaki dan mencarut Lelaki disyaratkan lindungi wanita, hindari kekerasan. Dalam institusi perkahwinan, lelaki ialah ketua keluarga sesuai dengan fitrah kejadiannya yang lebih gagah dan beberapa kelebihan lain berbanding wanita. Tanggungjawab lelaki sebagai ketua (pemimpin) kepada perempuan ditegaskan oleh Allah melalui firman-Nya bermaksud: Lelaki ialah pemimpin bagi perempuan oleh kerana Allah melebihkan sebahagian mereka 28

(lelaki) atas sebahagian yang lain (perempuan), dan kerana lelaki selepas menafkahkan sebahagian daripada harta mereka. (Surah an-Nisa, ayat 34) Islam mensyaratkan lelaki sentiasa menjadi pelindung dan berbuat baik terhadap wanita. Sebagai pemimpin, lelaki dipertanggungjawabkan menjaga keselamatan, kebajikan dan menyediakan keperluan hidup untuk isteri dan anak mereka. Islam melarang sama sekali kekerasan dalam rumah tangga. Rasulullah memberi ingatan dengan sabda bermaksud: Mengapa ada lelaki di kalangan kamu yang suka memukul isterinya seperti memukul seorang hamba, padahal dia akan menyetubuhi isterinya itu pada hari lain. (Hadis riwayat Ahmad). Isteri mempunyai hak untuk mendapat layanan sebaik-baiknya. Pada suatu ketika, ramai isteri datang menemui isteri Rasulullah mengadu mengenai layanan buruk yang diterima daripada suami mereka. Apabila Rasulullah mengetahuinya, baginda pun bersabda maksudnya: Sesungguhnya ramai wanita datang menemui isteriku mengadu mengenai suami mereka. Sesungguhnya suami kepada wanita itu bukanlah orang yang terbaik daripada kalangan kamu. (Hadis riwayat Abu Daud). Rasulullah memberi contoh bagaimana menjadi seorang suami yang baik. Rasulullah sering menolong isterinya melakukan kerja di rumah yang baginda dapat melakukan sendiri seperti menjahit baju yang koyak, memasak, membersihkan laman dan kerja lain. Sifat ringan tangan suami membantu isteri melakukan kerja rumah bukan semata-mata meringankan tugas isteri, tetapi menimbulkan rasa hormat isteri. Isteri berasakan dirinya lebih disayangi dan dihormati. Amalan melakukan kerja rumah secara bersama dapat membentuk kerjasama, persefahaman, keceriaan dan menghargai apa yang dilakukan bersama-sama. Suami yang sama-sama membersihkan rumah tentu tidak akan melakukan perbuatan yang menyebabkan keadaan menjadi kotor. Bagaimanapun, ramai suami yang secara sengaja mengotorkan kawasan rumah dengan habuk dan puntung rokok yang dibuang merata-rata dan kemudian menyuruh si isteri pula membersihkannya. Melakukan kebaikan kepada isteri adalah sebahagian tanda muslim sejati. Suami yang baik sedar bahawa dirinya menanggung amanah besar dalam soal menjaga kepentingan isteri. Sabda Rasulullah SAW bermaksud: Orang yang baik antara kamu adalah orang paling berlaku baik terhadap isterinya dan akulah orang paling baik terhadap isteri dari kalangan kamu. (Hadis riwayat at-Tirmizi). Sikap baik sebenarnya bukan terhad kepada isteri. Semua orang berhak dilayan dengan baik, terutama ahli keluarga dan sesiapa yang diamanahkan kepada kita menjaganya. Orang gaji dan 29

sesiapa yang tinggal bersama kita perlu dilayan dengan sebaik-baiknya. Sikap baik Rasulullah terhadap isteri diakui oleh isteri baginda, Siti Aisyah. Diriwayatkan oleh Bukhari bahawa Aisyah pernah berkata: Rasulullah tidak pernah sekalipun memukul isteri dan pembantunya. Menjaga dan berbuat baik terhadap isteri juga dilakukan dengan cara menyediakan apa yang suami mampu untuk dirinya, maka itulah juga seharusnya untuk isteri. Adalah menjadi hak isteri mendapat pemberian yang mampu disediakan oleh suaminya. Sabda Rasulullah SAW bermaksud: Tanggungjawab suami terhadap isterinya adalah apabila kamu makan, hendaklah kamu beri makanan untuk isterimu. Apabila kamu memakai pakaian, kamu berikan pakaian untuk isterimu. Jangan kamu pukul isterimu pada bahagian muka. Jangan kamu keluarkan perkataan yang jahat di hadapannya iaitu perkataan yang menyakiti hati dan dibenci. Jangan kamu tinggalkan isterimu seorang diri kecuali dalam rumah. (Hadis riwayat Abu Daud) Islam menggesa si suami agar berurusan dan bermuamalah bersama isteri dengan adab yang baik, memandangkan pertimbangan akal kaum wanita dianggap kurang berbanding kaum lelaki. Allah befirman di dalam al-quran: Gauli mereka dengan adab yang baik. (An-Nisa: ayat 19) Ini merangkumi tutur kata yang lunak, bersikap adil bersama isteri sekiranya si suami berpoligami, memberi nafkah, bermesyuarat dengan isteri dalam urusan rumahtangga, menutup kelemahan isteri dan lain-lain lagi. Mengelak daripada mengatakan perkara buruk terhadap isteri adalah sebahagian sikap baik yang perlu diamalkan oleh suami. Ada suami yang sering dan gemar mengeluarkan perkataan tidak enak terhadap isteri disebabkan sesuatu perkara tidak disenangi. Perkataan buruk yang dikeluarkan terhadap isteri juga satu penderaan iaitu penderaan mental. Isteri yang selalu diherdik, dihina dan dimarahi akan menghadapi tekanan perasaan dan mudah timbul perasaan takut untuk berdamping dengan suami. Sesiapa yang suka mengamalkan sikap bengis dan suka menakut-nakutkan isteri dengan perkataan kasar akan terlepas daripada rahmat Allah dan menanggung kerugian di dunia dan akhirat. Sesungguhnya Rasulullah sallallahu alaihi wa sallam adalah teladan yang paling baik. Meskipun baginda membolehkan memukul isteri setelah nasihat dan memulaukannya di tempat tidur tidak berkesan, namun baginda tidak pernah memukul isterinya. Islam mengharuskan suami memukul isteri dengan pukulan ringan yang tidak menyakitkan walaupun ke atas bayi, sekadar amaran agar si isteri tidak mengulangi kesilapannya. Islam telah menetapkan garis panduan yang cermat berkaitan keharusan memukul, agar tidak mendatangkan mudharat lain 30

yang tidak diundang, seperti menegah memukul bahagian muka serta jangan memukul dengan pukulan yang mencederakan. Pukulan ini juga dibenarkan setelah isteri dipisahkan tempat tidur dan masih belum bersedia untuk mengubah tabiat buruknya. Rasulullah sallallahu alaihi wa sallam juga pernah menyatakan di dalam hadis baginda, agar kita berlemah lembut melayani wanita dan jangan mengasari mereka. Sabda baginda: Wahai Anjasyah, perlahan sedikit memacu unta kerana yang menunggang sekarang adalah bekas kaca (wanita yang sifatnya lembut). Demikianlah Rasulullah mengumpamakan kelembutan wanita. Sekiranya si suami tidak bijaksana, nescaya banyak kecelakaan yang tidak diduga akan menimpa, bahkan sampai tahap runtuhnya rumah tangga. Rasulullah sentiasa menjaga perasaan para isteri baginda dan pandai menambat hati mereka dengan bergurau senda dan bermesra. Rasulullah menggesa para suami agar bijak menyesuaikan diri,ketika berada di samping isteri. Rasulullah bersifat keanak-anakan ketika berada di samping isteri baginda, meskipun baginda seorang pahlawan yang handal di medan jihad. Sememangnya wanita suka dimanjai dan dibelai. Rasulullah menghendaki para suami agar pandai meletakkan taraf dirinya sedarjat dengan isteri, untuk mengelakkan rasa canggung dan janggal ketika bersama isteri. Pernah diriwayatkan dalam sunan Abu Daud dan Al-Nasaie, Rasulullah berlumba lari dengan isteri baginda Saidatina Aisyah. Meskipun Rasulullah pesuruh Allah yang sibuk dengan urusan menyebarkan dakwah dan berjuang di medan jihad, namun baginda masih ada kelapangan untuk bermesra bersama isteri baginda dan ini bukanlah suatu yang menyalahi etika. Rasulullah bersabda di dalam riwayat Tarmizi dan Muslim: Mukmin yang paling sempurna ialah yang paling baik akhlaknya dan paling berlemah lembut bersama isterinya. Islam menggambarkan mukmin yang paling sempurna ialah mereka bijaksana melayani isteri dan berbudi pekerti mulia. Satu contoh petunjuk Rasul yang menggambarkan baginda beradab sopan bersama isteri baginda ialah hadis yang diriwayat oleh Ibn Abi Dunya, Saidatina Aisyah memberitahu bahawa: Segala urusan dan perlakuan Baginda amat menakjubkan, sehingga ketika baginda bersama isterinya pada suatu malam dan telah bersentuhan kulit, baginda meminta izin dari isterinya Aisyah untuk beribadat menemui Tuhannya.

31

Demikianlah adab Rasul bersama isteri baginda, meminta izin untuk meninggalkannya meskipun untuk bertemu Tuhan. Penutup Penceraian melalui sms atau tulisan menurut pandangan ulama di atas dapatlah dirumuskan mahawa adalah sah mengikut niat sang suami itru sendiri.Jadi berhati-hatilah janganlah mempermainkan soal penceraian ini.

BIBLIOGRAFI

1. Abd Fatah Abdal-GhaniQadhi (2004) Al-Kaherah :Dar al-Salam 2. Subhi al-Salih (1990) Mabahith fi Ulum al-Quran .Beirut ;Dar al ilmi li al Malayin. 3. Rosmawati Ali @ Mat Zin ,Penghantar Ulum al-Quran ,Ilham Abati Enterprise ,Kuala Lumpur ,1997 4. Asnawi Haji Ehsan ,Ulum Al Quran Pustaka Haji Abdul Majid ,Selangor Darul Ehsan ,2004 5. Wahbah Al-Zuhayli(2000).al fiqh al-islami Wa adillatuhu ,Beirut :Dar al-Fikr 6. Maryam Ibrahim Hindi (t.th)al-aqiqah fi al-fiqh al-islami .Kaherah :Jamiah al azhar 7. Al-sayyid Sabiq (2000) .Fiqh al-sunnah .Beirut :Dar al-fikr 8. Abd al-Rahman al-jaziri(19 99) .fiqh ala Mazahib al-Arbaah .Dar Fikr 9. Teungku Muhammad Hasbi Ash Shiddieqy.(2000) Pedoman puasa Semarang : Pt Pustaka Rizki Putra. 10. Hassan Muhammad Ayub.(1996) Puasa dan iktikaf dalam Islam (Terj.Wardana),Jakarta .Bumi Akasara.32

33