assigment psv

of 15 /15
1.0 PENGENALAN Seni secara umum agak luas seperti seni tari, seni muzik, seni bina, seni lakon, seni silat, seni ukir, seni lukis, seni kraf, seni penulisan dan sebagainya. Kesenian ini sebenarnya ada kategorinya sendiri umpamanya Seni Persembahan (meliputi seni lakon, seni suara dan sebagainya), Seni Penulisan Kreatif (penulisan cerpen, puisi, skrip drama dan sebagainya), dan Seni Visual/Tampak (meliputi seni Kraf, seni lukis, seni ukir, seni bina dan sebagainya). Pelbagai kreativiti seni telah ditonjolkan dan diadaptasikan dalam pelbagai bentuk. Seiring dengan globalisasi dan perkembangan teknologi dan intelektual manusia, unsur seni juga telah digunapakai terutama dalam bidang pendidikan awal kanak-kanak. “Shape Book” antaranya telah dicipta untuk menambah baik dan menarik minat pembaca buku terutama golongan kanak-kanak. “Shape Book” ini terdiri dari pelbagai bentuk antaranya bentuk haiwan, geometrid an sebagainya. “Bentuk ialah bentuk yang mengandungi dimensi iaitu panjang, lebar dan kedalaman. Ia mempunyai permukaan sama ada rata atau melengkung.” (Kamus Dewan edisi ke-3 , 1997) Bentuk secara umumnya harus bersifat : a) Tiga dimensi (3D) iaitu mengandungi ketinggian, lebar dan kedalaman. 1

Author: wynzz-mohd

Post on 27-Oct-2015

54 views

Category:

Documents


7 download

Embed Size (px)

DESCRIPTION

Kupasan bidang seni visual

TRANSCRIPT

1.0 PENGENALANSeni secara umum agak luas seperti seni tari, seni muzik, seni bina, seni lakon, seni silat, seni ukir, seni lukis, seni kraf, seni penulisan dan sebagainya. Kesenian ini sebenarnya ada kategorinya sendiri umpamanya Seni Persembahan (meliputi seni lakon, seni suara dan sebagainya), Seni Penulisan Kreatif (penulisan cerpen, puisi, skrip drama dan sebagainya), dan Seni Visual/Tampak (meliputi seni Kraf, seni lukis, seni ukir, seni bina dan sebagainya).Pelbagai kreativiti seni telah ditonjolkan dan diadaptasikan dalam pelbagai bentuk. Seiring dengan globalisasi dan perkembangan teknologi dan intelektual manusia, unsur seni juga telah digunapakai terutama dalam bidang pendidikan awal kanak-kanak. Shape Book antaranya telah dicipta untuk menambah baik dan menarik minat pembaca buku terutama golongan kanak-kanak. Shape Book ini terdiri dari pelbagai bentuk antaranya bentuk haiwan, geometrid an sebagainya.Bentuk ialah bentuk yang mengandungi dimensi iaitu panjang, lebar dan kedalaman. Ia mempunyai permukaan sama ada rata atau melengkung.(Kamus Dewan edisi ke-3 , 1997)Bentuk secara umumnya harus bersifat :a) Tiga dimensi (3D) iaitu mengandungi ketinggian, lebar dan kedalaman.b) Berstruktur - mempunyai rangka yang membolehkan membentuk form atau isipadu dengan tepat dan sempurna.c) Boleh dilihat dari semua arah mempunyai lebih dari satu permukaan.d) Terdapat bayangan mempunyai kesan cahaya dan bayang.Buku pula dalam erti umumnya ialah mencakup semua tulisan dan gambar yang ditulis dan dilukiskan atas segala macam lembaran papyrus, lontar, perkamen dan kertas dengan segala bentuknya. Ia berupa gulungan, di lubangi dan diikat dengan atau dijilid muka belakangnya dengan kulit, kain, karton dan kayu.(Ensiklopedi Indonesia (1980, hlm. 538))Sesuai dengan definisi bentuk dan buku di atas, maka Shape Book boleh di definasikan sebagai sebagai kumpulan kertas bercetak dan berjilid berisi maklumat dengan jumlah halaman muka surat yang dapat dijadikan salah satu sumber dalam proses pengajaran dan pembelajaran.Shape Book yang dihasilkan harus sesuai bagi peringkat umur yang tertentu. Ini amat penting bagi kanak-kanak. Buku-bukuyang disediakan haruslah mengambil kiratahap pekembangan kanak-kanak pada usia tertentu.Jika buku yang dibaca sesuai dengan tahap perkembangan kognitif dan sosialemosimerekasudahtentubahantersebutdapatmenarikminatkanak-kanak untukmembacanya.Inikeranapadaperingkatawalbacaan,minat dan penghayatan kanak-kanak terhadap buku tersebut akan memotivasikannya untuk mencari strategi bagi menyah kod perkataan agar dia boleh membaca sendiri buku yang disukainya. Begitu juga bagi pihak guru-guru, perlu mengambil kira krateria tadi agar Shape Book yang dihasilkan boleh membantu dalam sesi pengajaran dan pebelajaran agar objektif yang disasarkan tercapai.

2.0 PENGENALAN SENI VISUALVisual atau Tampak secara terminologinya bermaksud boleh dilihat atau disentuh. Jadi yang tergolong dalam sesuatu yang boleh dilihat dan disentuh ialah catan, lukisan, arca, ukiran, binaan bangunan dan sebagainya. Ia bukan setakat dilihat tetapi ia perlu difahami maksudnya atau sekurang-kurangnya teknik membuatnya, siapa membuatnya, mengapa ia dibuat, apa fungsinya, apa rujukannya, apa ideanya dan sebagainya. Maka ini akan menjurus kepada apresiasi pula di mana proses pemahaman dan kritikan berlaku baik secara lisan mahupun bertulis. Proses apresiasi ini pula melibatkan penggunaan laras bahasa tampak tertentu seperti unsur-unsur seni (garisan, rupa, bentuk, ruang, jalinan, dan warna), prinsip rekaan (harmoni, kepelbagaian, kontra, penegasan, imbangan, pergerakan/irama/rentak/pengulangan, kesatuan dan ekonomi), bahan dan alat, teknik dan gayaan, terminologi dan simbol. Komunikasi akan menjadi lebih berkesan jika laras bahasa ini dikuasai sepenuhnya oleh individu atau masyarakat. Seni membawa maksud karya termasuklah sajak, lukisan, muzik dan lain lagi yang dicipta dengan bakat atau kecekapan dan hasil daripada sesuatu ciptaan. Visual pula dari segi bahasa bermaksud tampak iaitu yang boleh dilihat melalui deria penglihatan. (Kamus Dewan edisi ke-3 , 1997, m/surat 1244-45)Kreativiti berasal daripada perkataan Latin iaitu creare yang membawa maksudmembuat. Manakala daripada perkataanGreekpula creare bermaksudmemenuhi. Kamus Dewan, (2002) mentakrifkan kreativiti sebagai satu kemampuan (kebolehan) mencipta, menghasilkan dan mengembangkan sesuatu idea baru dan asli. Secara ringkasnya,kreativiti adalah kebolehandan kemampuanseseorang menghasilkan sesuatu yang kreatif, baru dan asli yang bermaksud penghasilan sesuatu yang tidak ada sebelumnya.Bagi kanak-kanak pula , seni adalah sesuatu yang dinamik dan unik.Perlulah diketahui bahawa perkembangan lukisan adalah menggambarkan peningkatan kematangan. Proses interaksinya dengan alam sekeliling amat berguna sebagai pendedahan untuk meningkatkan pengalaman dan kefahaman dalam membina sesuatu konsep.Eisner ( 1967 ) berpendapat, Pendidikan Seni dan kreativiti bukanlah diperolehi secara mutlak, sebaliknya ia harus dipupuk melalui proses pembelajaran. Selain daripada itu, beliau juga berpandangan kreativiti dan kebolehan kanak-kanak adalah berbeza berdasarkan latar belakang dan pengalaman mereka. Herbert Read dan Viktor Lowenfeld berpendapat, Pendidikan seni seharusnya berasaskan aspek psikologi yang melihat kepada perkembangan kanak-kanak dalam melahirkan pernyataan dirinya. Dalam konteks ini, guru seni perlu melihat potensi kedua-dua pihak, pelajar dan guru itu sendiri dari aspek motivasi, personaliti dan sebagainya.Dalam Kandungan Sukatan pelajaran Pendidikan Seni Visual sekolah rendah disusun dalam empat bidang kegiatan iaitu:1. Menggambar2. Membuat Corak dan Rekaan3. Membentuk dan Membuat Binaan4. Mengenal Kraf TradisionalSetiap bidang ini menekankan keempat-empat aspek iaitu pemerhatian secara aktif, interaksi yang kritis dan kreatif dengan alat dan bahan, apresiasi seni visual serta menghargai nilai baik.

3.0 BIDANG DALAM SENI VISUAL3.0.1 MenggambarBidang kegiatan ini menegaskan perkembangan persepsi dan kemahiran serta kemampuan murid terhadap aspek melukis serta kegiatan membuat gambar dengan pelbagai media dan teknik yang menekankan aspek ruang, struktur, imbangan dan komposisi.Bidang ini menekankan perkembangan imaginasi, kreativiti dan ekspresi diri. Kegiatan menggambar merangkumi penerokaan kesan seni serta mengenali pelbagai alat, bahan dan kegunaannya. Antara kegiatan dalam bidang ini ialah:i) Lukisanii) Catan

iii) Kolajiv) Montaj

v) Cetakanvi) Resis

vii) Gosokanviii) Stensilan

ix) Percikanx) Gurisan

xi) Capanxii) Mozek

xiii) Poster

Kegiatan menggambar akan memperkenalkan pelbagai kemahiran asas dan teknik dalam proses rekaan. Kesedaran melalui pemerhatian alam persekitaran menjadi fokus kegiatan menggambar. Kegiatan ini dapat memperkembangkan persepsi visual murid dan kesedaran terhadap asas seni reka seperti warna, garisan, susunan dan kesannya. Ini akan membolehkan murid menyelaras apa yang dilihat dan dialami dengan apa yang dilakukan melalui gubahan. Aspek apresiasi hasil kerja diadakan sebagai satu proses pembelajaran. Kegiatan ini boleh dilakukan dalam pelbagai cara seperti pernyataan, puisi, lakonan, nyanyian dan cerita.

Contoh: Poster Patriotik

3.0.2 Membuat Corak dan RekaanBidang kegiatan ini memberi peluang kepada murid memahami pelbagai cara untukmenghasilkan corak dan mengaplikasikannya menjadi suatu rekaan lain. Corak danrekaan tersebut boleh juga dipadankan kepada mana mana hasil daripada bidangkegiatan lain seperti binaan, kraf dan sebagainya. Corak terhasil daripada pelbagai teknik dan cara. Antaranya melalui kegiatan seperti: 3.0.2.1Corak tidak terancang:i) Cii) Tiupan

iii) Titisaniv) Ikatan dan celupan

v) Renjisan dan percikanvi)

3.0.2.2Corak terancang:i) Lukisanii) Catan

iii) Cetakaniv) Capan

v) Lipatan dan Guntinganvi) Resis

vii) Kolajviii) Kaligrafi

Bidang ini membolehkan murid mengenali dan mengkaji pelbagai corak dalam alam dan kehidupan seharian. Bahagian ini menegaskan kegiatan mengenal motif dan olahannya untuk menghasilkan rekaan corak tertentu. Kegiatan ini memberi peluang kepada murid membuat rekaan corak tidak terancang, corak terancang dan juga corak tradisional dengan teknik tertentu. Aspek apresiasi hasil kerja diadakan sebagai satu proses pembelajaran. Kegiatan ini boleh dilakukan dalam pelbagai cara seperti pergerakan, peragaan dan lakonan. Contoh: Corak Tidak Terancang (Tiupan)

3.0.3 Membentuk dan Membuat BinaanBidang kegiatan ini menegaskan perkembangan persepsi murid terhadap aspek seni dari segi bentuk, ruang, struktur, imbangan dan kestabilan. Berpandukan aspek tersebut murid dapat memahami dengan lebih jelas bila mereka membentuk dan membina sesuatu model. Bidang kegiatan membentuk dan membuat binaan juga mendedahkan murid dengan penggunaan pelbagai bahan, alat dan teknik penghasilan. Ini memberi peluang kepada murid berinteraksi secara kreatif dengan alat dan bahan, semasa menjalankan proses penghasilan seni. Bidang kegiatan membentuk dan membuat binaan tiga dimensi merangkumi aktiviti seperti:i. Arca timbulii. Asemblaj

iii. Mobailiv. Stabail

v. Modelvi. Diaorama

vii. Bonekaviii. Topeng

ix. Origami

Kegiatan membentuk dan membuat binaan memberi peluang kepada murid membuat rujukan kepada objek sebenar. Perbandingan ini akan memberi kesedaran bahawa idea dan kreativiti mempunyai fungsi dan makna. Aspek apresiasi hasil kerja diadakan sebagai satu proses pembelajaran. Kegiatan ini boleh dilakukan dalam pelbagai cara seperti pernyataan, puisi, lakonan, nyanyian dan cerita.

Contoh: Mobail (Hidupan Laut)

3.0.4Mengenal Kraf TradisionalKraf tradisional boleh didefinisikan sebagai perusahaan (kerja seni) yang melibatkan kemahiran kerja tangan yang memerlukan daya cipta oleh masyarakat yang diwarisi turun-temurun. Di sekolah rendah, murid diperkenalkan dengan kraf tradisional seperti:i. Alat domestikii. Alat permainan

iii. Alat pertahanan diriiv. Perhiasan diri

v. Batikvi. Tekat

vii. Ukiranviii. Tenunan

ix. Anyamanx. Tembikar

Bidang ini memberi kesedaran tentang adanya beberapa jenis kraf tradisional dalam budaya tanah air. Kegiatan kraf tradisional memperkenalkan fungsi, proses dan teknik membuat, alat dan bahan, motif, corak dan hiasan. Aspek apresiasi hasil kerja diadakan sebagai satu proses pembelajaran yang merangkumi pengenalan, proses pembuatan serta mengenali tokoh-tokoh bagi setiap bidang kraf yang dinyatakan. Kegiatan ini boleh dilakukan dalam pelbagai cara seperti pernyataan, puisi, lakonan, nyanyian dan cerita. Contoh: Kelarai

4.0 KEPENTINGAN CORAK DAN REKAAN DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARANMe Fee (1977) menjelaskan bahawa lukisan kanak-kanak itu berkaitan dengan berbagai-bagai aspek termasuklah komunikasi, simbolisma, bahasa, psikologi dan budaya. Bagi Me Fee "attitude" kita tantang seni berkisar di sekitar budaya, dan latarbelakang pengalaman. Teori "Intellectualist" memberitahu kita bahwa kanak-kanak melukis menurut apa yang mereka tahu, kenaI biasa dengan rupa dan rasanya. Mc Fee menjelaskan lagi bahawa kanak-kanak berkomunikasi juga melalui lukisannya. Oleh itu konsep ini menguatkan hujah beliau bahawa kanak-kanak melukis dari apa yang mereka tahu atau kenali. Shape Book sangat sesuai digunakan oleh guru sebagai medium atau bahan bantu belajar (BBB) di dalam kelas untuk memperkenalkan bidang corak dan rekaan kepada murid-murid. Shape Book ini menarik dan dapat menarik minat murid untuk terus focus pada pengajaran guru.Membuat corak dan rekaan merupakan satu asas utama dalam sesuatu karya seni. Pada dasarnya, tanpa corak dan rekaan, hasil seni sama ada yang tradisional mahupun yang mengikut zaman akan tidak terhasil. Mmebuat corak dan rekaan ini juga suatu bentuk kreativiti artistic yang dapat memenuhi keperluan domain kognitif, psikomotor dan efektif. Corak ialah satu susunan motif sama ada secara teratur, terancang atau secara bebas. Ini bermaksud corak boleh dibahagikan kepada 2 cabang iaitu corak terancang dan corak tidak terancang. Corak juga boleh berbentuk daripada bukan motif dan secara bebas atau corak tidak terancang. Pembahagian corak ini untuk mewujudkan kesan tampak yang berbeza dan memerlukan kemahiran, kesedaran dan pengetahuan seni untuk menghasilkannya. Seni adalah penghasilan rupa bentuk yang menimbulkan keceriaan, keseronokan dan kesenangan estetik ( Art is Expression ). Herbert Read ( buku, The Meaning of Arts )

Bidang kegiatan membuat corak dan rekaan ini memberi peluang kepada murid memahami pelbagai cara untuk menghasilkan corak dan mengaplikasikannya meenjadi satu rekaan lain. Corak dan rekaan tersebut boleh juga dipadankan kepada mana-mana hasil daripada bidang kegiatan lain seperti binaan, kraf dan sebagainya. Corak terhasil daripada pelbagai teknik dan cara iaitu corak terancang dan corak tidak terancang. Corak terancang dibuat menggunakan motif dengan teratur dan dalam motif yang diulang secara berturutan dalam baris dan lajur yang sama bagi menghasilkan corak yang menarik. Susunan corak ini selalunya menggunakan garisan grid sebagai panduan. Motif yang disusun secara berselang seli di antara motif yang lain atau di antara ruangan yang kosong. Penggunaan garisan grid dapat membantu menghasilkan corak yang menarik.5.0 ELEMEN DALAM MEMBUAT CORAK DAN REKAAN5.0.1 Jenis-jenis motif dalam membuat corak dan rekaanReka corak terdapat dalam seni bina, hiasan, lanskap, kraf dan sebagainya. Motif ialah daripada motif flora, fauna, geometrikal dan organik. Motif di dalam membuat corak dan rekaan boleh didapati daripada :a) Rupa atau bentuk daripada alam ciptaan Ilahib) Rupa atau bentuk asas seperti persegi, bulat, bujur, segitiga dan rupa geometri yang lain.c) Rupa atau bentuk dari bahan buatan manusia.

5.0.2 Unsur seni dalam corak dan rekaana. Garisanb. Warna : Asas ( biru, merah dan kuning) Sekunder ( hijau, ungu dan oren)c. Jalinan

6.0 PENUTUPKesimpulannya, biar dari sudut pandangan mana sekalipun, seni merupakan sesuatu yang berkait rapat dengan estetika dan keindahan. Keindahan yang mampu memukau dan mempersonakan mata dan hati yang menghayatinya dengan segenap pancaindera yang ada. Menurut Herbert Read ( buku, The Meaning of Arts ) seni adalah penghasilan rupa bentuk yang menimbulkan keceriaan, keseronokan dan kesenangan estetik ( Art is Expression ).Kesenangan estetik di sini adalah merujuk kepada konsep kesenangan yang terhasil kesan oleh penghayatan terhadap keindahan seni visual. Kepuasan, kenikmatan, kesukaan dan kegembiraan juga termasuk di dalam kesenangan ini.

7.0 BIBLIOGRAFI

Ahmad Suhaimi Mohd. Noor (2007), Sejarah Kesedaran Visual di Malaysia. Taiping Malim : Universiti Pendidikan Sultan Idris.

Cameron, D.Frazer, E.Harvey, P.Hampton, M.B.H & Richardson, K. (1992). Researching Language. Issues of Power ang Method. London : Routledge.

Hassan Mohd Ghazali (2009), Teks Kreatif Pendidikan Seni Visual Tingkatan 4 dan 5, Kuala Lumpur.

Kaniappan, P. (1988). Quality in Teaching Art. Sains Malaysiana, 17 (4), 429 435

Luca, M.& Kent, R. (1968), Art Education : Strategies of Teaching. New Jersey : Prentice Hall.

cikguafifah.blogspot.com/2012/01/apa-itu-pendidikan-seni-visual.html

senidansastera.blogspot.comartisenivisual.blogsport.com/2012/04/apa-itu-seni-reka-grafik.html

www.myspace.com/tabloid06/blog/350234241

1