assigment music may 2013

24

Upload: anonymous-jm1dzmwzfa

Post on 02-Feb-2016

253 views

Category:

Documents


2 download

DESCRIPTION

f

TRANSCRIPT

Page 1: Assigment Music May 2013
Page 2: Assigment Music May 2013

2

Page 3: Assigment Music May 2013

Isi Kandungan

Bil. m/s

1.0 Teknik Nyanyian Fonasi 4

2.0 Nyanyian Solfa dengan Isyarat Tangan 6

3.0 Kaedah Baris Demi Baris 9

4.0 Aktiviti Improvisasi dan Soal Jawab 14

5.0 Analisis Skor 17

6.0 Rujukan 18

3

Page 4: Assigment Music May 2013

1.0 Teknik Nyanyian Fonasi

Fonasi merupakan salah satu aktiviti di mana bunyi vokal dihasilkan melalui percakapan atau

nyanyian. Ia melibatkan pergerakan kod vokal dan mekanisme pernafasan. Teknik nyanyian

fonasi adalah salah satu teknik nyanyian yang menggunakan bunyi fonasi untuk mengajar

nyanyian. contoh, bunyi vowel seperti a, e i, o dan u digunakan untuk menyanyi not-not muzik.

Proses fonasi biasanya berlaku semasa seseorang menghembus nafas keluar. Peringkat ini

dikenali sebagai peringkat ‘attack’. Dalam nyanyian, perkataan yang paling penting dalam

sesuatu frasa muzik adalah perkataan yang pertama yang memerlukan attack yang betul. Fonasi

yang betul seharusnya bermula dengan attack yang berlaku di apparatus pernafasan dan

bukannya di kerongkong.

Terdapat beberapa latihan yang boleh dijalankan berdasarkan senikata lagu BUNGA

BERKEMBANG bagi membantu murid-murid menyebut senikata tersebut dengan sebutan

mudah. Salah satunya adalah dengan membayangkan sedang meniup lilin pada kek hari jadi.

Mulakan teknik ini dengan menghembus keluar udara dan kemudian sebutkan bunyi ‘ooo’ pada

pic yang selesa untuk anda.

Selain itu, boleh juga gunakan perkataan ‘Biii’ untuk menyanyikan lirik “Biarkan…” ini

bertujuan untuk membiasakan pelajar menyebut sesuatu perkataan itu dengan betul. Seterusnya

dengan singkatan perkataan lain sehingga murid dapat menyebut setiap lirik itu dengan jelas.

Suku kata boleh digunakan untuk memantapkan lagi sebutan pelajar ,contohnya suku kata yang

mempunyai perkataan ‘b’ di hadapan seperti ‘bih’ ‘bah’ ‘boh’ dan sebagainya untuk

menyanyikan pic-pic yang mudah seperti yang ditunjukkan dalam Skor 1 di bawah.

Bih bih bih bih

bah bah bah bah

4

Page 5: Assigment Music May 2013

Bunyi-bunyian huruf juga boleh diajar dalam nyanyian ,teknik fonasi. Latihan fonasi yang

menyeluruh haruslah merangkumi kesemua 26 huruf. Maka dalam setiap latihan, abjad-abjad

yang lain haruslah disertakan dalam kelas-kelas nyanyian fonasi. Skor di bawah menunjukkan

cara untuk mengajar bunyi vowel dengan menggunakan teknik nyanyian fonasi.

Skor di atas adalah salah satu contoh teknik nyanyian fonasi. Dalam teknik ini, pic yang diberi

adalah pic C Natural. Pic untuk latihan ini ditetapkan pada C Natural kerana ia adalah pic yang

selesa untuk kebanyakan jenis suara pelajar sekolah rendah. Pic tidak boleh ditukar untuk setiap

detik kerana ini akan mengelirukan pelajar. Untuk latihan fonasi ini, fokusnya haruslah tertumpu

pada bunyi fonasi yang betul dan bukanya pic setiap not. Oleh itu, semasa menyediakan latihan,

jangan menguji terlalu banyak elemen muzik pada satu masa kerana ini akan mengelirukan

pelajar. Walau bagaimanapun, dalam latihan ini terdapat sedikit variasi ritma dalam bar 2 dan 4.

Ini adalah untuk menguji kepekaan pelajar semasa menjalankan latihan ini.

5

Page 6: Assigment Music May 2013

Kanta kunci

lo - [lo] kasi ro - [ro] tan

2.0 Nyanyian Solfa dengan Isyarat Tangan

Nyanyian solfa adalah satu set silibel yang mewakili bunyi satu pic dan hubungannya sesama pic

yang lain. Silibel ini adalah Do, Re, Mi, Fa, So, La, Ti dan Do. Mengikut Kodaly, nyanyian solfa

ini dapat membantu pelajar mengenali pic not dan hubungan satu not dengan not yang lain.

Sebagai seorang guru haruslah fasih dengan isyarat bagi setiap not sebelum memulakan kelas.

Pelajar-pelajar harus digalakkan untuk menggunakan tangan dominan mereka untuk

menunjukkan isyarat tangan ini. Pelajar yang menulis dengan tangan kanan harus menggunakan

tangan kanan mereka dan pelajar yang menggunakan tangan kiri untuk menulis haruslah

menggunakan tangan ini untuk menunjukkan isyarat.

Untuk mengajar isyarat tangan Curwen, kedua-dua tangan digunakan untuk menunjukkan pic

yang berlainan. Sebagai contoh, untuk not Do yang berada di oktaf yang lebih tinggi, tangan

haruslah berada di bahagian dahi kepala. Untuk not Do biasa, letakkan tangan di bahagian

pinggan atau perut semasa menunjukkan isyarat tangan. Ini adalah untuk membezakan antara

kedua-dua oktaf bagi not yang sama.

Tangan kiri boleh digunakan untuk menunjukkan pic yang tetap seperti Do dan tangan kanan

boleh digunakan untuk menunjukkan pic Do-So-Do. Dengan cara ini, pelajar akan memahami

kedudukan setiap pic dalam skel muzik. Mereka akan memahami bahawa untuk menunjukkan

pic Do pada oktaf tinggi, mereka harus meletakkan tangan pada bahagian dahi kepala dan untuk

menunjukkan pic Do yang berada satu oktaf di bawah, mereka harus memposisikan tangan pada

bahagian pinggang. Isyarat tangan ini adalah untuk memberi kedudukan fizikal bagi setiap pic

not. Isyarat untuk Do yang pertama adalah pada bahagian perut dan isyarat untuk pic-pic yang

selanjutnya adalah lebih tinggi daripada pic yang sebelumnya. Oleh itu semasa pic menaik,

kedudukan isyarat tangan juga menaik. Ini adalah untuk menunjukkan kepada pelajar bahawa

pic-pic Do, Re, Me, Fa, So, La, Ti dan Do sedang bergerak dalam urutan menaik.

6

Page 7: Assigment Music May 2013

Latihan-latihan lain yang menggunakan isyarat tangan Curwen, seorang guru boleh

membahagikan kelas kepada dua bahagian dan menjalankan latihan tangan yang menunjukkan

jeda yang berlainan dan latihan intonasi. Gunakan isyarat tangan Curwen untuk mengajar pic-pic

not bagi lagu-lagu yang mudah.

Guru juga perlu mendemonstrasikan kedudukan pic-pic ini dengan menggunakan isyarat tangan

Curwen sambil menyanyikan pic itu. Teruskan kelas dengan menyuruh pelajar-pelajar meniru

isyarat tangan yang ditunjukkan. Pastikan setiap pelajar membuat isyarat untuk setiap pic pada

kedudukan dan posisi tangan yang betul sebelum meneruskan ke pic yang seterusnya.

Setelah pelajar-pelajar telah fasih dengan nyanyian solfa sambil menggunakan isyarat tangan

teruskan untuk memperkenalkan beberapa latihan mudah yang akan menguatkan lagi

pemahaman mereka. Pelajar-pelajar yang telah fasih dengan nyanyian solfa dengan isyarat

tangan yang mudah, gunakan lagu-lagu kanak-kanak yang popular sebagai latihan yang lebih

mencabar.

Contoh latihan nyayian solfa Bunga Berkembang

So la ti so re do mi fa so la fa mi

So la ti so re do mi fa so la do ti la

7

Page 8: Assigment Music May 2013

ti ti ti ti ti la ti so me re la la la la la so fa la do mi re

ti ti ti ti ti la ti so me re la la la la la so fa la

Contoh isyarat tangan Curween

8

Page 9: Assigment Music May 2013

3.0 Kaedah Baris Demi Baris

Guru terlebih dahulu perlu memperkenalkan pelajar kepada nadi lagu dalam meter lagu yang

betul agar mereka dapat merasa nadi lagu itu. Ini akan memudahkan pengajaran melodi lagu.

Kaedah pengajaran baris demi baris adalah penting bagi pelajar-pelajar tahap satu dan dua yang

tidak mempunyai pengalaman muzik yang luas. Daya ingatan muzikal mereka adalah pendek

maka mereka tidak akan dapat mengingati frasa-frasa yang panjang.

Untuk mengajar mengikut frasa, guru harus menyanyikan atau memainkan frasa yang

pertama untuk pelajar. Contoh frasa pertama untuk lagu Bunga Berkembang adalah biarkan

bunga berkembang. Frasa ini hendaklah dinyanyikan dalam nada, melodi dan irama yang betul

agar pelajar dapat menyanyikan balik frasa ini dengan betul. Selepas guru menyanyikan frasa

yang pertama, pelajar dikehendaki untuk menentukan pic yang tertinggi dan pic yang terendah

9

Page 10: Assigment Music May 2013

dalam frasa pertama yang dinyanyikan oleh guru. Berikut adalah frasa-frasa dalam

memperkenalkan lagu berdasarkan baris demi baris bagi lagu Bunga Berkembang dengan

garisan merah yang menunjukan pic (kontur melodi) tinggi dan rendah.

Sepuluh urutan memperkenalkan lagu mengikut pic tinggi dan rendah

Biarkan bunga berkembang

Frasa 1

Di atas tangkainya

Frasa 2

10

Page 11: Assigment Music May 2013

Ja-nganlah di-pe-tik sa-yang

Frasa 3

Nan-ti kau me-ra-na

Frasa 4

Frasa 5

11

Page 12: Assigment Music May 2013

Frasa 6

Se-nga-ja a-ku nya-nyi-kan

Frasa 7

Lagu yang syahdu

Frasa 8

12

Page 13: Assigment Music May 2013

Se-la-lu a-ku ba-yang-kan

Frasa 9

Wa-jah mu nan a-yu

Frasa 10

13

Page 14: Assigment Music May 2013

4.0 Aktiviti Improvisasi dan Soal Jawab

Improvisasi adalah amat penting kearah untuk mencipta pembangunan muzikal yang

menyeluruh dalam seseorang pelajar. Improvisasi adalah skil muzikal yang amat penting kerana

ia dapat memperkembangkan daya muzikal dan kreativiti dalam seseorang pelajar. Imrpovisasi

juga menunjukkan tahap pemahaman muzikal seseorang pelajar. Proses ini memerlukan pelajar-

pelajar untuk menghasilkan bunyi, irama, atau melodi dengan menggunakan pengalaman

muzikal dan daya imaginasi mereka. Improvisasi boleh berlaku pada setiap peringkat

pembelajaran. Ia tidak seharusnya hanya berlaku selepas mereka belajar untuk membaca notasi.

Menurut Orff, proses improvisasi boleh berlaku dalam peringat permulaan seseorang pelajar

diperkenalkan kepada alam muzikal seperti bunyi, ritma dan sebagainya. Mereka harus diajar

untuk membuat corak-corak improvisasi yang mudah untuk memperkembangkan daya imaginasi

mereka.

Contoh aktiviti improvisasi.

14

Page 15: Assigment Music May 2013

Guru boleh meminta murid membuat improvisasi sendiri dengan menyambung lagu yang

diberikan oleh guru dengan mengunakan kreativiti masing-masing. Sebagai contoh lagu di

bawah (a) adalah lagu yang biasa kita dengar, manakala (b) adalah lagu yang telah dibuat

improvisasi ke atasnya.

a)

15

Page 16: Assigment Music May 2013

b)

Aktiviti soal dan jawab boleh dilakukan selepas semua pelajar di dalam kelas telah mahir dengan

corak-corak irama mudah, barulah diteruskan dengan aktiviti soal jawab seperti di bawah.

Contoh aktiviti soal jawab yang mudah.

16

Page 17: Assigment Music May 2013

Guru menyanyi ‘Hai murid-murid’ menggunakan pic yang bersesuaian seperti ‘so dan mi’.

Kanak-kanak seterusnya meniru melodi tersebut di pic yang sama. Guru seterusnya meneruskan

dengan ayat bermelodi yang berlainan seperti ‘Apa khabar kamu’ yang kemudiannya ditiru oleh

kanak-kanak. Selepas beberapa contoh ayat bermelodi guru akan melatih kanak-kanak supaya

menjawab ayat-ayat bermelodi tersebut dengan membina ayat-ayat bermelodi sendiri. Contohnya

adalah apabila guru mengiramakan ayat ‘Siapa kamu?’, kanak-kanak akan menjawab ‘Saya Ali’.

Melodi yang digunakan di peringkat ini adalah sama sebelum kanak-kanak membina melodi nya

sendiri.

Selain itu satu lagi aktiviti soal jawab corak berirama ialah dengan membahagikan kelas kelas

kepada dua kumpulan iaitu lelaki dan perempuan. Kumpulan lelaki menepuk satu corak irama

dan kumpulan perempuan akan membalas dengan sebutan berirama.

5.0 Analisis Skor

17

Page 18: Assigment Music May 2013

Berdasarkan skor lagu Bunga Berkembang ianya menggunakan elemen Tekstur Homofoni. Di

mana suara nyayian diiringi oleh kod-kod alat muzik. Daripada skor lagu Bunga Berkembang

yang di beri nyanyian adalah berbentuk solo dan ianya pula dimainkan oleh alat muzik.

Dari segi elemen bentuk pula lagu Bunga berkembang ini adalah dalam bentuk ABA (Tenari).

Berdasarkan liriknya ianya terdapat tiga bahagian iaitu bahagian A bahagian B dan bahagian

ketiga sebagai A kerana bahagian ketiga adalah ulangan dari bahagian yang pertama.

6.0 Rujukan

Anderson William M, Joy E.(1991). Intergrating music into the classroom:

18

A B

Page 19: Assigment Music May 2013

California, A division of Wadsworth, Inc.

Johami Abdullah (1993). Pendidikan muzik semasa.Kuala Lumpur: Dewan

Bahasa dan Pustaka.

Khalijah Mohamed. Hasil kumpulan nota pendekatan Kodaly.

Kuala Lumpur.

Lois Chosky. (1986). Teaching music in the twentieth century. New Jersey:

Prentice-Hall,Inc.

19