assigment jpam semester 2 uitm

44
OBJEKTIF Kami pelajar JPA bahagian 2 telah diberi satu kerja khusus yang merangkumi semua topic yang kami pelajari pada semester ini. Kerja khusus ini diberi secara mengejut dan perlu disiapkan secepat mungkin. Mungkin setiap pelajar mempunyai persepsi masing- masing yang berbeza. Namun, bagi kami, kerja khusus ini diberikan mungkin untuk menguji tahap kepantasan kami dalam melakukan sesuatu tugasan. Selain itu, ujian untuk JPA juga sudah semakin dekat, jadi kerja khusus ini adalah salah satu elemen yang digunakan untuk pelajar mengulangkaji pelajaran. Disamping itu, ilmu yang kami dapat daripada penghasilan kerja ini, kami boleh aplikasikannya dalam kehidupan seharian. Pengalaman mengajar kita erti kehidupan. Ianya juga adalah pelengkap untuk silibus JPA pada semester ini. Tanpa kerja khusus ini, mungkin laluan untuk kami skor A dalam subjek ini semakin susah kerana ianya termasuk juga dalam pemarkahan. Akhirnya, kami harap ilmu-ilmu yang dilampirkan dalam buku ini dijadikan panduan kepada anda semua. 1

Upload: azfar-zack

Post on 01-Jul-2015

14.893 views

Category:

Documents


14 download

TRANSCRIPT

Page 1: Assigment JPAM semester 2 UiTM

OBJEKTIF

Kami pelajar JPA bahagian 2 telah diberi satu kerja khusus yang merangkumi semua topic yang kami pelajari pada semester ini.

Kerja khusus ini diberi secara mengejut dan perlu disiapkan secepat mungkin. Mungkin setiap pelajar mempunyai persepsi masing-masing yang berbeza. Namun, bagi kami, kerja khusus ini diberikan mungkin untuk menguji tahap kepantasan kami dalam melakukan sesuatu tugasan. Selain itu, ujian untuk JPA juga sudah semakin dekat, jadi kerja khusus ini adalah salah satu elemen yang digunakan untuk pelajar mengulangkaji pelajaran.

Disamping itu, ilmu yang kami dapat daripada penghasilan kerja ini, kami boleh aplikasikannya dalam kehidupan seharian. Pengalaman mengajar kita erti kehidupan. Ianya juga adalah pelengkap untuk silibus JPA pada semester ini. Tanpa kerja khusus ini, mungkin laluan untuk kami skor A dalam subjek ini semakin susah kerana ianya termasuk juga dalam pemarkahan.

Akhirnya, kami harap ilmu-ilmu yang dilampirkan dalam buku ini dijadikan panduan kepada anda semua.

1

Page 2: Assigment JPAM semester 2 UiTM

Pengenalan jabatan pertahanan awam malaysia (JPAM)

VISI

Menjadikan Jabatan Perkhidmatan Awam Malaysia sebuah organisasi bertaraf dunia dalam perancangan,

pembangunan dan pengurusan sumber manusia yang cemerlang berteraskan profesionalisme, integriti dan

teknologi terkini selaras dengan matlamat Wawasan 2020 untuk menjadikan Malaysia negara maju.

MISI

Menjadi penasihat utama kepada Kerajaan dalam urusan sumber manusia sektor awam;

Menggubal dasar sumber manusia sektor awam termasuk pengambilan, penempatan, kenaikan pangkat, latihan,

gaji, elaun, kemudahan, faedah persaraan, ganti rugi kemalangan, suasana kerja, motivasi, insentif dan

penghargaan;

Merancang keperluan sumber manusia sektor awam yang berkualiti;

Menentukan saiz dan struktur yang optimum; dan

Menguruskan hubungan majikan dan pekerja untuk memastikan ianya sentiasa harmonis.

OBJEKTIF

Menjadi agensi yang berprestasi tinggi dalam membekalkan sumber tenaga manusia yang berupaya memberi

perkhidmatan yang cemerlang melalui penggubalan dasar dan pengurusan sumber manusia dengan menepati

ciri-ciri kualiti seperti berikut:

o Cepat dalam semua tindakan;

o Tepat dalam membuat keputusan;

o Layanan mesra kepada pelanggan;

o Menepati masa yang dijanjikan;

o Telus dalam semua peringkat pengurusan;

o Adil dan saksama dalam pertimbangan;

o Menentukan perkhidmatan dan maklumat mudah diperolehi (availability) dan boleh dipercayai (reliability); dan

FUNGSI

Perancangan

o Menentukan peranan sektor awam;

o Menentukan saiz dan struktur organisasi agensi awam;

o Menentukan keperluan dan pembangunan sumber manusia;

o Menentukan saraan dan faedah-faedah persaraan;

o Menentukan implikasi penswastaan/pengasingan ke atas sumber manusia sektor awam; dan

o Membangunkan strategic alliances and networking.

o Pembangunan

o Menentukan Dasar Pembangunan Organisasi;

o Menentukan Dasar Pembangunan Kerjaya;

o Pembangunan laluan kerjaya;

2

Page 3: Assigment JPAM semester 2 UiTM

o Membangunkan pelan perancangan penggantian; dan

TEKNIK EXTRIKASI DAN MENGELUARKAN MANGSA

Extrikasi ialah satu proses di mana mangsa terperangkap dihampiri, dirawati dan dikeluarkan dengan selamat dari situasi yang bahaya. Antara situasi tersebut ialah seperti kenderaan yang remuk, dari dalam timbunan bangunan yang runtuh, di dalam lif dan rumah yang terbakar.

Teknik menghampiri, merawati dan mengeluarkan mangsa dari keadaan tersebut mestilah dilatih dan dipraktikkan secara yang standard dan selaras supaya semua penyelamat boleh menggunakan konsep extrikasi yang baik. Terdapat beberapa prinsip yang penting selain daripada kemahiran terlatih. Antaranya ialah ‘commonscence’, ‘resourcefulness’, inovasi dan keselamatan diri.

Teknik extrikasi ini memerlukan beberapa peralatan dan pakaian perlindung penyelamat untuk prosedur extrikasi seperti topi keledar, perisai muka dan goggles. Selain itu, sarung tangan dan pakaian yang tidak terbakar (Flame Resistant) juga diperlukan.

Terdapat beberapa agensi yang terlibat dalam prosedur extrikasi mangsa daripada kenderaan remuk, runtuhan bangunan dan lain-lain. PDRM, SMART, Bomba dan Penyelamat, Pertahanan Awam, Hospital dan lain-lain agensi adalah merupakan agensi yang terlibat dalam prosedur tersebut.

Panduan Asas Prosedur Dalam kerja Extrikasi

Dalam kerja extrikasi, mengetahui tahap kemahiran, penggunaan peralatan dan skop perkhidmatan yang dilatih merupakan perkara yang paling utama. Kita juga haruslah mengenalpasti ‘hazard’ di tempat kejadian. Selain itu, mengawasi dan memperbaiki keadaan yang berisiko ke tahap kemahiran yang terlatih sahaja juga merupakan perkara yang harus diutamakan. Mangsa yang terlibat hanya digerakkan jika diperlukan setelah dirawati dan distabilkan. Apabila memasuki situasi berbahaya, penyelamat haruslah melalui jalan yang mudah dahulu dan mestilah dirancang dengan rapi. Sebelum mengeluarkan mangsa, perawatan mangsa haruslah dilakukan terlebih dahulu. Namun begitu, ianya boleh ditangguhkan jika keselamatan penyelamat atau mangsa terancam.

Langkah-langkah Extrikasi

Teknik extrikasi membabitkan beberapa langkah. Antara langkah tersebut adalah seperti mengawasi keadaan tempat kejadian, menstabilkan keadaan di tempat kejadian serta menghampiri dan mencari jalan masuk untuk mengeluarkan mangsa. Sesudah itu, penyelamat memberi perawatan ke atas mangsa sebelum mengeluarkannya dengan menggunakan prosedur mengeluarkan pesakit dari keadaan terperangkap iaitu ‘disentanglement’. Langkah yang terakhir adalah pengalihan mangsa dari kereta dan menghantar mangsa ke hospital secepat mungkin.

3

Page 4: Assigment JPAM semester 2 UiTM

Peralatan Yang Perlu Dibawa Oleh Penyelamat

Bagi melakukan extrikasi, para penyelamat haruslah membawa beberapa peralatan penting. Antara peralatan yang perlu dibawa adalah seperti ‘airway’ ,’bag valve mask’, kain pembalut luka, kain balutan segi tiga, alat sedutan mudah alih, bekalan oksigen, ‘pocket mask’, ‘splin’ dan selimut. Peralatan ini amat penting dalam memudahkan para penyelamat melakukan proses extrikasi. Selain itu, peralatan bagi kenderaan ‘light rescue 911’ pula adalah bantal, selimut, tisu, lampu suluh dan alat pemeriksa denyutan nadi dan tekanan darah.

Selain itu, peralatan bagi memindahkan mangsa juga perlu dalam proses extrikasi. Terdapat pelbagai jenis peralatan untuk memindahkan mangsa. Antara yang sering digunakan adalah seperti ‘fold stretcher’, ‘scoop stretcher’, ‘basket stretcher’, ‘extrication coller’ dan ‘soine board’.

Manakala bagi peralatan kes pendarahan pula, para penyelamat menggunakan ‘sterile gauze’, ‘multi-trauma dressing’, pita pelekat dan pin keselamatan. Peralatan untuk ‘immobilizing fractures’ juga sangat penting. Antara alatan tersebut adalah ‘splint’, ‘padded board’, ‘air infated board’ dan ‘triangular bandage’.

Jenis-jenis pembalut yang sering digunakan dalam proses extrikasi adalah seperti ‘roller bandage’, ‘crepe bandage’ dan ‘triangular bandage’.

Frac immobiliser Crepe bandage

Roller bandage Triangular bandage

4

Page 5: Assigment JPAM semester 2 UiTM

CARA-CARA MENYELAMAT KECEMASAN

Digunakan semasa berlaku bencana/peperangan yang melibatkan ramai mangs yang tercedera.

Terdapat beberapa cara menyelamat kecemasan digunakan untuk membawa mangsa keluar dari tempat kejadian.

a) Cara yang sesuai bagi seorang penyelamat.1. Pick a back (memikul uncang)

- Cara yang digunakan untuk mengangkat mangsa yang sedar dan mampu memegang

2. Human crutch (gaya memapah)- Diaplikasikan untuk menyelamat mangsa yang sedar dan tidak

boleh berjalan sendiri akibat kecederaan atau kecacatan.

3. Fireman lift (dukungan bomba)- Digunakan untuk mengalihkan mangsa yang cedera ke tempat

yang lebih selamat.

4. Fireman crawl (merangkak bomba)

5

Page 6: Assigment JPAM semester 2 UiTM

- Digunakan untuk mengeluarkan mangsa yang cedera dari tempat yang sempit secara merangkak.

5. Cara mengalihkan mangsa.- Menyeret mangsa menggunakan blanket (mangsa dibaringkan

diatas blanket).

- Menyeret mangsa menuruni tangga (mangsa diikat kedua-dua tangan dan diheret perlahan-lahan menuruni tangga).

b) Cara yang sesuai bagi lebih dari seorang penyelamat.

1. Two man human crutch (gaya memapah dua orang).

6

Page 7: Assigment JPAM semester 2 UiTM

- Cara yang menggunakan dua orang anggota penyelamat untuk memapah mangsa yang sedar dan boleh memegang.

2. Two handed seat (duduk atas dua tangan).- Cara yang digunakan untuk mengangkat mangsa yang sedar dan

tidak boleh berjalan.- Dua tangan mengampu dibawah peha dan dua tangan menjadi

penyandar untuk mangsa.

3. Three handed seat (duduk atas tiga tangan)- Cara yang menggunakan dua orang anggota penyelamat untuk

memapah mangsa yang sedar dan boleh memegang.- Tiga tangan mengampu dibawah peha.

4. Four handed seat (duduk atas empat tangan).- Cara yang menggunakan dua orang anggota penyelamat untuk

memapah mangsa yang sedar dan boleh memegang.

7

Page 8: Assigment JPAM semester 2 UiTM

- Empat tangan mengampu mangsa.

5. Fore and aft (cara mengekor).- Cara yang digunakan oleh dua orang anggota penyelamat untuk

mengangkat mangsa yang pengsan dan tidak boleh berjalan.

.

IKATAN DAN SIMPULAN TALI

Terdapat 3 jenis tali:

8

Page 9: Assigment JPAM semester 2 UiTM

-fibre Asli : tali belati,manila hemp,sabut jut dan sebagainya.

-fibre tiruan : nylon dan terrylane (polyster)

-fibre dawai : wire rope

FIBRE ASLI :

Manila hamp : sejenis pokok tempatan di Manila

Sisal : sejenis pokok yang kekuatannya seperti Manila Hamp

Sabut : diperbuat daripada sabut kelapa – ringan,kurang kukuh dan mudah terapung –digunakan oleh fire boat di laut.

Kapas : senang memanjang dan memendik –lembut dan mudah rosak (jika bengkok)-disapu minyak khas yang kalis air untuk mengelakkan cepat rosak.

FIBRE TIRUAN :

Jenis yang biasa digunakan oleh pasukan penyelamat ialah:

NylonPolyster (terrylane)

Fibre tiruan biasanya lebih halus,lembut dan llebih kukuh dari fibre asli.

Tali yang biasa digunakan untuk aktiviti lasak seperti abseiling dikenali sebagai tali kemmentle iaitu jenis:

StaticDinamik

FIBRE DAWAI :

Tali dawai biasanya 9 kali lebih tahan dari tali belati. Biasanya digunakan di tangga escape dan cakara putar.

9

Page 10: Assigment JPAM semester 2 UiTM

SEBAB-SEBAB KEROSAKKAN TALI :

GeselanPenggunaan takal yang tidak sesuaiKerap dibengkokkan atau terlalu bengkokTerluka,terguris,tetasTerlalu lame atau reputTerkena bahan kimiaTerdedah kepada keadaan cuacaBasah/terendam terlalu lamaDikenakan beban yang berlebihanDisalah gunakanDikenakan beban secara mengejut(disentap)

PENJAGAAN TALI :

Sentiasa menguji tali pada masa-masa berikut:- Masa baru dibeli- Sebelum digunakan- Selepas digunakan- Ujian bulanan- Selepas tali dibaiki

Simpul mati

10

Page 11: Assigment JPAM semester 2 UiTM

Untuk menahan tali daripada tercabut dari “BLOCK PULLY” atau untuk kegunaan semantara mengikat hujung tali supaya tidak terburai.

Simpul buku sila

Untuk menyanbung dua tali yang sama saiz ,mudah di lucutkan dan merupakan satu ikatan yang berguna untuk maksud umum.sebagai contoh digunakan untuk megikat balutan .

Simpulan angka 8

Sebagai penahan dan biasanya digunakan untuk mencegah hujumg tali daripada menggelunsur jauh dari block.

Bunga geti tunggal

Menyambung dua tali yang tidak sama saiz. mempunyai kebaikan kerana tidak akan terlucut apabila basah atau licin.

Bunga geti berganda

11

Page 12: Assigment JPAM semester 2 UiTM

Menyambung dua tali yang sama besar tetapi kekuatannya tiga kali lebih kukuh daripada bunga geti tunggal

Simpulan Tindih kasih

Untuk mengelak menjurut atau menyakitkan mangsa sewaktu menurun dan menaik mangsa.

Ikatan balak

Ikatan sementara waktu untuk mengikat tali batang kayu atau papan dan ikatan mudah dibuka.

Ikatan manuk

Selalunya digunakan untuk mengikat usungan iaitu pada awal dan akhir ikatan pengusung .ikatan ini kukuh dan mudah dilucutkan .

12

Page 13: Assigment JPAM semester 2 UiTM

Triple bowline

Menurunkan atau menaikkan mangsa dan sebagai tali pandu keselamatan kepada seseorang.

Simpul pengail

Menyambung dua tali yang licin atau berajal .ikatan ini sangat berkesan jika tali tersebut basah.

Kawad usungan

13

Page 14: Assigment JPAM semester 2 UiTM

1. Teknik mengalih mangasa2. Teknik menyelimut mangsa3. Teknik mengikat mangsa di usungan

Simpulan manuk Ikatan setengah belit

4. Mengankat mangsa ke dalam ambulans Mengankat dengan selimut Mengankat dengan mengunakan kain Webbing bands(5 angota)

5. Jenis jenis usungan Stretcher aluminium Furley Stretcher aluminium Utila Stretcher kanvas Stretcher troli Pengusung ortopedik Pengusung penyelamat Pengusung alih ganti Ususngan kerusi roda

6. Mengalih mangsa Kekal dan stabilkan cervical Kekal ABC Selesai penilaian pesakit Ambil langkah-langkah mangsa kritikal Stabil tulang belakng Angkat dan alih mangsa

7. Bahaya elektrik Wayar putus Pastikan tiada wayar putus berhampiran Jauhkan orang awam Had pergerakan traffic Dapatkan bantuan agensi berkaitan

Cara–cara anggota penyelamat membawa dari tempat bencana.

14

Page 15: Assigment JPAM semester 2 UiTM

Banyak bangunan yang rosak dan runtuh apabila berlakunya bencana alam atau peperangan. Ini menyebabkan ramai mangsa bencana terperangkap di tempat kejadian dan menyukarkan kerja-kerja menyelamat .

Terdapat tiga cara untuk membawa mangsa dari tempat bencana

1. Mengangkat mangsa melalui tempat runtuhan2. Mengangkat mangsa melalui kawasan yang sempit3. Mengangkat mangsa melalui lubang runtuhan.

Cara ini digunakan untuk membawa mangsa keluar ke tempat yang lebih selamat. Hal ini kerana kerja menyelamat adalah berisiko tinggi kerana keadaan sekeliling adalah tidak selamat. Teknik membawa mangsa dari tempat kejadian secara melintang agar lebih selamat dan memudahkan pergerakan anggota penyelamat.

Ada dua cara untuk mengangkat mangsa dari tempat kejadian.

1. Menggunakan 6 orang penyelamat 2. Menggunakan 4 orang penyelamat

Mengangkat usungan melalui runtuhan menggunakan 6 orang anggota

Cara ini diaplikasikan untuk mengangkat mangsa yang berat pada jarak antara 10-15 m. Tiga orang anggota akan berada di setiap sisi usungan. Ketua akan sentiasa memberi arahan angkat dan hulur ke arah mana mangsa hendak dipindahkan. Usungan dihulur hingga disokong oleh 4 orang anggota dan 2 orang akan turun untuk menyambut usungan. Cara ini diulang sehingga mangsa sampai ke tempat yang selamat. Kerjasama dan persefahaman amat diperlukan. Tidak ada sebarang pergerakan anggota di atas runtuhan semasa usungan dihulurkan.

Mengangkat usungan melalui runtuhan menggunakan 4 orang anggota

Cara operasi adalah sama seperti mengangkat usungan dengan 6 orang anggota. Teknik ini diaplikasikan untuk membawa mangsa yang lebih kecil. Semasa 2 orang anggota bergerak mengambil kedudukan di bahagian kaki, 2 orang anggota akan menahan bebanan usungan dengan meletakkan di atas peha. Setelah usungan dihulur, dua orang akan terus bergerak ke bahagian kaki mangsa dan di ulang sehingga sampai ke tempat yang selamat.

15

Page 16: Assigment JPAM semester 2 UiTM

Mengangkat usungan melalui melalui ruangan yang sempit.

Teknik ini diaplikasikan apabila ruangan runtuhan adalah terhad dari segi ketinggian dan keluasan. Mangsa perlu diikat pada usungan terlebih dahulu kerana ianya akan dibawa sama ada secara menegak, mengiring dan biasa kerana laluan dan ruangan yang berliku dan bersudut tajam. Semasa bergerak keluar, kaki mangsa perlu didahulukan untuk mengelakkan berlaku kecederaan di bahagian kepala. Pergerakan ini perlu berhati-hati dan berwaspada agar penyelamat dan mangsa tidak menghadapi bahaya besar hingga sampai di ruangan yang luas dan selamat

Mengangkat usungan melalui lubang runtuhan

Apabila runtuhan berlaku, lubang besar atau kecil akan terhasil. Terdapat beberapa cara untuk melintasi lubang bagi membawa mangsa ke tempat yang selamat.

1. Lubang besar

Tangga panjang (35 kaki) perlu diletakkan melintasi lubang tersebut

2. Lubang yang lebih kecil

Menggunakan tangga pendek (14 kaki) atau papan untuk menutup lubang tersebut.

3. Lubang kecil

Menggunakan cara menyelamat mangsa dengan menggunakan 6 atau 4 orang anggota

Penyelamat

MANUAL KESELAMATAN BAGI OPERATOR GERGAJI BERANTAI

16

Page 17: Assigment JPAM semester 2 UiTM

Penggunaan gergaji rantai mungkin berbahaya. Hal ini kerana gergaji rantai mempunyai banyak bilah pemotong tajam. Jika bilah pemotong ini terkena daging anda, ianya akan memotong anda, meskipun jika rantai tidak bergerak.

Pada kelajuan penuh, kelajuan rantai dapat mencapai sehingga 45 mph (20 m / s). Penting bagi anda untuk membaca, memahami sepenuhnya dan mengamati tindakan keselamatan dan peringatan. Antaranya ialah membaca manual dan petunjuk keselamatan berkala yang disediakan. Bahagian tentang reaktif kekuatan juga haruslah diberi perhatian.

Reaktif kekuatan, termasuk bantingan boleh berbahaya. Penggunaan yang cuai dari gergaji rantai boleh menyebabkan kecederaan yang serius. Semua tindakan pencegahan keselamatan yang umumnya digunakan ketika bekerja dengan kapak atau gergaji tangan juga digunakan untuk operasi gergaji rantai. Namun begitu, kerana gergaji rantai mempunyai kelajuan yang tinggi, daya pemotong yang cepat, tindakan pencegahan khusus harus digunakan untuk mengurangkan risiko kecederaan diri.

Selain itu, pastikan tiada orang lain dalam jarak 3 meter semasa penggunaan gergaji rantai. Jangan biarkan gergaji rantai beroperasi tanpa pengawasan. Ianya juga haruslah dimpan di tempat yang terkunci jauh dari kanak-kanak dan mengosongkan tangki bahan bakar sebelum menyimpan lebih lama dari beberapa hari. Jangan meminjamkan atau menyewakan gergaji rantai anda tanpa manual keselamatan. Pastikan bahawa siapa sahaja yang menggunakan gergaji tersebut membaca dan memahami maklumat yang dinyatakan di dalam manual sebelum menggunakannya. 

OPERATOR

Keadaan Fizikal

17

Page 18: Assigment JPAM semester 2 UiTM

Anda perlu berada dalam keadaan yang baik dari segi fizikal dan mental dan tidak berada di bawah pengaruh ubat atau alkohol yang boleh menjejaskan penglihatan, keseimbangan atau pemikiran.

Jangan gunakan gergaji apabila anda kepenatan. Ini kerana, jika anda kepenatan semasa menggunakan gergaji rantai, ianya boleh menyebabkan anda kehilangan kawalan.

Aspek pakaian

Untuk mengelakkan kecederaan yang serius, anda haruslah menggunakan pakaian yang sesuai. Antaranya ialah memakai pakaian yang selesa, tidak memakai skaf dan tidak menggunakan jaket yang berbutang.

Penggunaan sarung tangan juga penting semasa mengendalikan mesin gergaji rantai. Ini untuk meningkatkan daya cengkaman tangan anda semasa menggunakan mesin selain daripada untuk melindungi tangan anda.

Pelindung kaki juga sangat penting dalam menggunakan gergaji rantai. Anda haruslah memakai but yang mempunyai tapak yang bergerigi bagi mendapatkan daya cengkaman yang kukuh. Hal ini kerana permukaan kawasan untuk menggunakan gergaji tidak semestinya stabil.

Untuk mengurangkan risiko kecederaan terhadap mata anda, semasa mengendalikan mesin gergaji anda disarankan untuk memakai pelindung mata. Penggunaan pelindung telinga dan muka juga sangat dititikberatkan kerana mesin gergaji menghasilkan bunyi yang boleh menyebabkan kepekakkan sementara terhadap pengendali.

Memindahkan gergaji rantai

Sebelum memindahkan gergaji, pastikan terlebih dahulu bahawa enjin telah dimatikan. Memindahkan mesin gergaji yang masih beroperasi sangat merbahaya.

18

Page 19: Assigment JPAM semester 2 UiTM

Memindah dengan tangan

Apabila membawa mesin gergaji menggunakan tangan, pastikan gergaji telah dimatikan dan berada dalam kedudukan yang betul. Pegang di bahagian pemegang hadapan dan letakkan ‘muffler’ berjauhan dari badan. Sarung rantai haruslah berada di atas rantai dan bar panduan yang menghala ke arah belakang. Semasa membawa gergaji rantai anda, bar tersebut harus berada di belakang anda.

Memindah dengan kenderaan

Ketika mengangkut ke dalam kenderaan, pastikan rantai dan bar talah ditutup dengan sarung rantai. Dengan cermat, elakkan tumpahan bahan bakar dan kerosakkan kepada gergaji.

Penyediaan untuk menggunakan gergaji

Lepaskan sarung rantai dan lakukan pemeriksaan untuk mengelakkan kecelakaan dalam operasi. Untuk pemasangan, ikuti prosedur yang diterangkan dalam bab ‘pelarasan bar dan rantai’ yang terdapat dalam manual.

Bagi melancarkan penggunaan gergaji rantai, ujian pra ikatan haruslah dilakukan terlebih dahuli. Antara ujian tersebut ialah ujian brek rantai, ujian pelinciran minyak dan ujian suis pencucuh. Kemudian, letakkan gergaji rantai di atas tanah dan pastikan tiada halangan pada sekeliling rantai.Laraskan ‘choke’, kunci ‘throttle’ dan suis seperti dalam manual operator. Letakkan kaki kanan di pemegang belakang dan tangan kiri di pemegang hadapan. Gunakan tangan kanan untuk menarik suis penghidup.

19

Page 20: Assigment JPAM semester 2 UiTM

20

Page 21: Assigment JPAM semester 2 UiTM

SAINS KEBAKARAN DAN ALAT PEMADAM API

DEFINISI PEMBAKARAN:

Bermaksud sebagai satu proses kimia iaitu pengoksidaan bahan-bahan organik yang mempunyai karbon,perkembangan haba dan cahaya.

ASAS KIMIA KEBAKARAN:

Bahan oksigen

Haba

Api bermula daripada tiga (3) faktor iaitu bahan,oksigen dan haba. Dalam teori kebakaran dan berpandukan gambarajah ia dipanggil SEGITIGA API. Api akan terhasil apabila ketiga-tiga unsur tersebut bertindak balas.

TIGA UNSUR UNTUK WUJUDKAN KEBAKARAN

1)OKSIGEN

Merupakan sejenis gas yang membantu proses pembakaran. Peratus kandungannya dalam udara ialah 16% - 21%.

2)BAHAN API

Merupakan bahan bakar samada pepejal,cecair atau gas. Unsur ini membebaskan gas apabila panas.

3)HABA

Sejenis tenaga yang diperlukan semasa proses pembakaran. Ia akan menaikkan suhu bahan api pada takat suhu tertentu agar gas/wap mudah terbakar dapat dibebaskan keluar daripada bahan api.

21

Page 22: Assigment JPAM semester 2 UiTM

FAKTOR-FAKTOR ELEMEN

1) Bahan api-iaitu bahan yang boleh membantu pembakaran.

2) Udara- udara yang cukup untuk membantu pembakaran

3) Haba- yang mempunyai tahap pembakaran

CARA API MEREBAK

Api merebak melalui 4 cara iaitu;

1) Terus menerusTiap-tiap bahan pembakar (combustable material) akan terbakar apabila tersentuh kepada api yang terdedah (naked fire). Kemudian api itu akan terus berjalan dengan membakar ke semua bahagian-bahagian tersebut sehinggalah dimakan api.

2) BahanganKemerebakan api dengan cara ini boleh dijelaskan seperti contoh berikut;

3) Pengaliran

Apa-apa bentuk bahan yang tidak terbakar seperti besi, tenbaga dan lain-lain,apabila terdedah kepada api ia akan menjadi panas. Besi atau tembaga ini akan mengeluarkan bahang yang panas dan jika terdapat bahan-bahan yang mudah terbakar ia akan terbakar dengan sendirinya. Kemerebakan api dengan cara ini dinamakan PENGALIRAN. Panas itu akan mengalir dari satu tempat ke satu tempat yang lain melalui pengaliran.

4) Olak habaApabila kebakaran terjadi, api akan mengeluarkan asap-asap dan gas-gas yang panas dan unsur ini akan mengalirkan atau naik ke atas kepada rumah-rumah dan bangunan yang bertingkat-tingkat, asap ini akanmengalir masuk ke atas melalui lubang-lubang tangga,

22

Page 23: Assigment JPAM semester 2 UiTM

lif atau apa-apa ruang yang boleh untuk ia masuk. Apabila sampai ke suatu tempat dimana asap tersebut tidak dapat keluar kemana-mana dan asap akan terkumpul. Apabila telah banyak,lama-kelamaan suhu akan menjadi panas dan lebih tinggi. Ia akan terus terbakar apabila sampai ke tahap pembakaran.

KELAS-KELAS PEMADAM API DAN ALAT PEMADAM API

KELAS-KELAS API JENIS ALAT PEMADAM APIKelas A (pepejal)Contoh: kayu,kertas,kain

Air (merah) & debu kering (biru)

Kelas B (cecair)Contoh: minyak,cat,varnish,getah

Buih (krim), Debu kering

Kelas C (gas dan wap)Contoh: butane,oxy-acetalane,LPG

Debu kering, buih & Co2 gas

Kelas D (logam)Contoh: potasium,sodium,magnesium

Co2 gas (hitam)

PUNCA-PUNCA KEBAKARAN

Kebakaran berlaku disebabkan oleh beberapa punca. Antaranya ialah;

Elektrik Elektrik statik Percikan Geseran Haba mekanikal Haba nuclear Petir Mampatan gas Tindakbalas kimia Nyalaan

SEBAB-SEBAB KEBAKARAN

23

Page 24: Assigment JPAM semester 2 UiTM

Antara sebab berlaku kebakaran ialah;

Faktor semulajadi –antara contohnya ialah Kepanasan cahaya matahari,gunung berapi,petir dan sebagainya.

Kemalangan - kebiasaanya kemalangan berlaku disebabkan oleh kelalaian, kecuaian dan kesilapan manusia.

Sengaja – biasanya akibat perbuatan khianat atau jahil. Ianya mungkin juga disebabkan sengaja dibakar.

\CARA-CARA MEMADAM KEBAKARAN

Terdapat tiga (3) cara yang praktik yang digunakan untuk memadam dan melawan kebakaran. Cara tersebut dikenali sebagai 3M iaitu;

Melaparkan Menyejukkan Melemaskan

MELAPARKAN

I. Memindahkan bahan api yang belum terbakar ke tempat lain.II. Memindahkan bahan api yang terbakar ke tempat lain.III. Memecahkan atau menghancurkan bahan api yang terbakar supaya

ia mudah dipadamkan.IV. Menyekat bekalan bahan api yang boleh membantu kebakaran.

MENYEJUKKAN

Sifat air yang ekonomik dan sejuk dapat mempercepatkan pemindahan haba dan menurunkan suhu kebakaran sehingga ke tahap yang rendah.

MELEMASKAN

Menghalang kemasukan udara dengan cara menutup permukaan bahan api yang terbakar supaya tidak dapat membantu pembakaran.

24

Page 25: Assigment JPAM semester 2 UiTM

TEKNIK PEMBACAAN PETA DAN KOMPAS

Pengenalan peta

Peta ialah gambaran sebahagian dari mukabumi yang dilukis mengikut ukuran dan catatan di atas kertasnya. Tujuan membaca peta adalah untuk menguji kepandaian membaca peta dari segi mengeluarkan segala maklumat di dalam peta, membandingkan kawasan bumi di dalam peta dan tahu apa makna peta. Cara penggunaan peta diukur dari segi Grid dan Grid Reference, arahan dan penggunaan Compas Perismatic serta ukuran tepat kepada curam dan jarak-jarak. Antara kepentingan peta ialah untuk merancang, member gambaran gerakan yang lepas, memberi laporan dan mencari arah. Peta perlulah dijaga sebaik mungkin kerana bekalannya terhad dan koyak yang kecil pada peta akan merebak. Salah satu cara penjagaan peta ialah jangan membuka terus peta di kawasan lapang kerana kehadiran angin di kawasan lapang menyebabkan peta koyang dengan mudah. Selain itu, peta hendaklah disimpan dengan bersih, jangan ditandakan dengan pen, sebaiknya, gunakan pensel, simpan di tempat yang kering, simpan dengan betul dan gunakan sarung peta plastik.

Teknik lipatan pada peta juga perlulah diambil serius, contohnya, elakkan peta selalu dibuka atau ditutup, lipat bahagian yang perlu untuk rujukan sahaja, gunakan pensel halus untuk cari bearing sahaja dan kurangkan terlalu banyak tanda pada peta. Dalam pemilihan peta, pastikan perkara-perkara penting iaitu apakah skil yang digunakan, skil yang bersangkut paut dan edisi peta yang terbaru sekali.

Antara Syit Awam pada peta ialah peta pekan dan bandar, peta jalan, peta pelancongan, peta atlas dan peta kajibumi. Manakala Syit Tentera pula ialah peta artillery, peta biasa, peta strategi, peta aeronautical dan peta photo.

Teknik pembacaan

Perkara pertama yang perlu diketahui ialah maklumat garisan marginal information yang merangkumi tempat syitnya, skil, nota-nota pengeluaran, rajah tanda-tanda Conventional, sistem reference, north point, grid line, true grid dan magnetic north.

25

Page 26: Assigment JPAM semester 2 UiTM

Dalam skim warna pula, hitam untuk menunjukkan benda yang dibuat oleh manusia, merah melambangkan keadaan tanah, hijau melambangkan tumbuhan, biru melambangkan sungai, empangan dan paya, coklat melambangkan contour dan kuning mewakili sawah padi.

Garisan tinggi dan rendah di dalam peta menandakan satu kawasan manakala titik antara contour menandakan kecuraman dan kelandaian sesuatu kawasan. Garisan bentuk pula menandakan bentuk muka bumi, garisan contour mewakili paras ketinggian sesuatu kawasan di muka bumi. Selain itu, titik kawalan menandakan ketinggian sesuatu kawasan dari aras laut.

Sebenarnya, tanpa kita sedari, curam dan contour mempunyai kaitan antara satu sama lain. Garisan contour yang sama jarak menunjukkan curam yang sama jarak, garisan contour rapat-rapat menandakan curam yang tajam, garisan contour jarang-jarang menandakan curam landai dan garisan jarang dibahagian bawah dan rapat dibahagian atas menandakan curam cekung. Curam cembung pula diwakili oleh garisan rapat dibahagian bawah dan jarang dibahagian atas. Permatang mewakili sebahagian tanah tinggi yang menyambungkan bukit ke bukit atau gunung ke gunung. Antara bentuk muka bumi yang lain ialah pelana, susur bukit, lembah, anak bukit, lembangan, puncak dan genting.

Di dalam peta terdapat reference grid dan north point yang digunakan untuk kemudahan menggunakan bearing dan kompas, pandu arah lebih mudah, menggunakan garisan-garisan grid, garisan bujur(longitude), selatan utara(garisan ketimuran) dan garisan lintang(latitude).

PENGENALAN DAN PRINSIP UKUR KOMPAS

Dalam ukur kompas, cerapan dan pengukuran ke atas garisan ukur melibatkan bering dan

jarak. Bearing dalam ukur kompas bermaksud sudut yang dibuat oleh garisan ukur dengan

satu rujukan meridian tertentu. Bearing dibaca dengan kompas dan jarak diukur dengan

rantai ukur atau pita ukur. Garisan ukur tidak membentuk rangka-rangka segitiga

sebagaimana ukur rantai. Siri garisan ukur yang berterusan akan membentuk satu litar yang

disebut sebagai terabas. Arah garisan ukur tersebut berpandukan kepada satu rujukan

meridian magnet atau utara magnet. Titik-titik di mana kompas dipasangkan untuk

mencerap bering disebut sebagai hentian ukur. Untuk membina terabas kompas, bering dan

jarak bagi garisan ukur dicerap bagi membolehkan arah dan panjang garisan ukur tersebut

diplot. Garisan asas dan semakan tidak diperlukan di dalam pembentukan terabas

sepertimana ukur rantai.

ISTILAH-ISTILAH DALAM UKUR KOMPAS

26

Page 27: Assigment JPAM semester 2 UiTM

BearingBearing adalah sudut yang dibentuk oleh garisan ukur dengan suatumeridian yang ditetapkan samada meredian magnet atau meridian benar.

Meridian BenarMeridian benar adalah lingkaran besar yang melalui kutub-kutub bumi.

Meridian MagnetMeridian magnet terbentuk daripada lingkaran besar yang melalui kutub-kutub magnet bumi.

Sudut Serong MagnetMeridian magnet sentiasa berubah dan tidak selaras dengan meridian benar. Sudut serong magnet merupakan selisih di antara meridian benar dan meridian magnet. Sudut serong terbentuk samada sudut serong magnetik timur atau sudut serong magnetic barat bergantung kepada kedudukan di permukaan bumi. Sudut serong ini tidak seragam di atas permukaan bumi seluruh dunia dan ianya adalah minimum di garisan khatulistiwa.

Tarikan TempatanJarum kompas boleh dipengaruhi oleh objek-objek seperti logam atau medan magnet yang disebabkan oleh arus elektrik. Ia boleh memberi kesan selisih pada bering kompas. Pengaruh tarikan yang berlaku pada jarum kompas dikenali sebagai tarikan tempatan. Pada kebiasaannya, kesan tarikan tempatan adalah lebih besar di dalam kawasan bandar daripada kawasan desa.

Jenis-Jenis UtaraTerdapat tiga jenis utara dalam ilmu ukur. Ketiga-tiga jenis utara iniditunjukkan di atas peta topografi bersama-sama dengan nilaisudut serong magnet dan sudut serong grid. Ia bertujuan untukmemudahkan penukaran nilai-nilai bering.

Utara BenarUtara benar menghala ke arah kutub utara bumi darisebarang titik di atas permukaan bumi. Ia merupakanhala garisan bujur (longitud) yang ditunjukkan di ataspeta.

Utara MagnetUtara magnet merupakan hala yang ditunjukkan olehjarum kompas dalam keadaan bebas.

Utara GridUtara grid merupakan hala yang ditunjukkan oleh garisangrid pugak di atas peta.

27

Page 28: Assigment JPAM semester 2 UiTM

Jenis-Jenis BearingTerdapat empat jenis bearing yang biasa digunakan. Bearingbergantung kepada rujukan utara yang digunakan.

Bearing BenarIa adalah bearing yang dibentuk oleh garisan ukur denganutara benar. Ia dibaca dalam arah jam dengan julat diantara 00 hingga 3600.

Bearing MagnetBearing magnet adalah sudut yang dibuat oleh garisanukur dengan utara magnet. Ia diperolehi dari bacaankompas.

Bearing GridBearing grid adalah dengan merujuk kepada utara padapeta.

Bearing Bulatan PenuhBearing bulatan penuh adalah bering yang dibaca dalamarah jam dan dirujuk pada suatu meridian rujukan atauarah utara.

Bearing SukuanBearing sukuan adalah bearing yang dibentuk oleh garisanukur dengan arah utara atau selatan. Setiap sukuanmerupakan satu suku bahagian bulatan penuh. Dalamsistem bering sukuan, nilai julat adalah di antara 00hingga 900. Setiap nilai bering disebut mengikutkedudukan sukuan di mana ia dibaca.

PERALATANSebelum kita mengetahui lebih lanjut tentang ukur kompas, perkara yangpaling penting yang harus kita ketahui ialah peralatan yang digunakan. Diantara peralatan dalam ukur kompas ialah :-1) Alat kompas2) Pita ukur3) Pancang jajar4) Piket5) Kakitiga kompas (tripod)

KOMPONEN-KOMPONEN PADA KOMPAS

a. Kotak KompasKotak kompas adalah berbentuk bulat dan diperbuat daripadalogam bukan magnetik dengan ukuran garis pusat dari 50mmhingga 80mm. Di tengah-tengah tapak kotak ini dipasangkanpangsi untuk meletakkan dial kompas.

28

Page 29: Assigment JPAM semester 2 UiTM

b. Dial atau Gegelang KompasJarum kompas diperbuat daripada besi magnet lebar dandilekat pada dial kompas. Dial kompas ini disenggat dari 00hingga 3600 dalam arah jam. Senggatan darjah dibahagikankepada dua bahagian bagi membolehkan bacaan kepada 30’terhampir. Angka nilai bering ditulis terbalik.c. PrismaPrisma mempunyai sisi yang cembung untuk dijadikan sebuahkanta bagi memperbesarkan bacaan. Prisma memberikankejituan yang lebih tinggi.d. Bilah TenangBilah tenang dibentuk dari belahan yang membenarkan bacaankompas diambil melalui prisma pada masa yang sama ketikamenenang objek.

PENGAWASAN SEMASA MENGGUNAKAN KOMPASBerikut adalah beberapa langkah yang perlu diberi perhatian ketikamenggunakan kompas.a. Pastikan kompas yang dipasang siap di atas kakitiga berkeadaanmendatar.b. Jauhi atau elakkan gangguan magnet daripada peralatan logammagnet seperti parang, anak kunci, binaan keluli seperti pagar, tiangelektrik dan lain-lain.c. Apabila membawa kompas, pastikan jarum magnet diangkat daripangsinya dengan tuil pengangkat dan lipat bilah tenang supaya rapatdengan kaca penutup.d. Elakkan kaca penutup daripada bergeser dengan apa-apa sekalipununtuk mengelakkan kesan statik elektrik terhadap jarum kompas.

29

Page 30: Assigment JPAM semester 2 UiTM

MELEPASKAN DAN MENYELAMATKAN DIRI DARI BANGUNAN TERBAKAR:

Tips Keselamatan Daripada kebakaran

KAWAT PENGUNGSIAN ISI RUMAH

1. Rancangan Pelan Menyelamat Diri

Lukiskan pelan lantai rumah anda. Tunjukkan 2 laluan keluar selamat. Bincang dengan isi keluarga Lakukan rancangan dan dan bincangkan seisi keluarga di luar rumah

2. Sentiasa Bersedia 

Tunjukkan semua isi rumah, bunyi alat penggera asap. Pastikan semua isi rumah mengetahui nombor telefon kecemasan 994 ( Lakukan dari rumah jiran ). Tunjukkan semua isi rumah cara membuka tingkap dan jeriji. Pastikan semua jalan keluar bebas daripada halangan

3. Pasang dan selenggarakan alat pengesan asap 

Pasang alat pengesan asap di rumah terutama dalam bilik tidur dan dapur . Selenggara dan uji setiap bulan dengan membuat pembersihan. Gantikan bateri pada setiap tahun atau jika perlu. Gantikan alat setiap 10 tahun

4. Kekerapan latihan 

Berlatihlah setiap dua kali setahun Rancangan Pelan Menyelamat Diri. Lakukan dengan sebaik mungkin seperti kejadian sebenar.  Apabila terdengar loceng kecemasan, sila bertindak . Ketahui laluan keluar yang selamat . Gunakan tangga untuk menyelmat diri. Jalan

30

Page 31: Assigment JPAM semester 2 UiTM

keluar yang dikunci atau dihalang, mestilah dilaporklan kepada Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia . Sentiasa patuh kepada arahan pengungsian . Pihak pengurusan bertanggungjawab menampal rajah laluan selamat di setiap tingkat bangunan. Setrusnya,pastikan telefon bimbit sentiasa dibawa. Jika anda terperangkap, tutup semua laluan kemasukan asap dengan kain basah dan beri isyarat kepada umum, lokasi anda . Anda dinasihatkan tidak untuk naik ke bumbung bangunan ' kecuali ' perlu.

5. Tip-Tip menyelamatkan diri

Tutup semua pintu laluan, untuk melambatkan kemerebakan kebakaran dan asap Jika terpaksa bergerak dalam asap pastikan kepala anda 2 kaki dari aras lantai. Sebelum anda membuka pintu, rasa tombol atau daun pintu dengan belakang tangan, jika sejuk buka perlahan-lahan tetapi jika panas, gunakan pintu lain.

Tip-tip untuk menyelamatkan diri sekiranya berlaku bebakaran di dalam bangunan :

Kebakaran boleh berlaku pada bila-bila masa dan di mana-mana sahaja. Ia boleh berlaku di rumah kita, di pejabat, di komplek membeli belah dan di mana-mana juga seperti kebakaran hutan dan belukar, kebakaran kenderaan dan lain-lain lagi.

Berikut adalah langkah-langkah yang harus anda ikuti:

Kejutkan semua orang yang berada di dalam premis anda dan aktifkan alat amaran kebakaran yang paling hampir dengan anda seperti penggera pecahkaca untuk mengejutkan orang di dalam bangunan tersebut dan bangunan yang berhampiran.

Segera keluar dari bangunan yang terlibat dan berkumpul di satu kawasan yang selamat seperti tempat di tempat berhimpun yang telah ditetapkan, parking kereta awam atau di tepi jalan dalam jarak yang selamat iaitu diantara 1.5 ke 2 kali ketinggian bangunan yang terlibat. Elakkan daripada berkumpul di laluan kerera bomba.

Hubungi talian kecemasan iaitu 999 dan pihak pengurus keselamatan bangunan sekiranya anda mengetahuinya.

Jangan membasir masa untuk membawa keluar barang-barang yang besar dan berat. Ingat barang boleh di cari tetapi nyawa tidak dapat diganti.

31

Page 32: Assigment JPAM semester 2 UiTM

Tutup pintu rintangan api atau pintu kompartmen di mana kebakaran berlaku. Ini bertujuan untuk melengahkan api merebak dan memberi masa kepada anda untuk menyelamatkan diri.

Keluar dari bangunan dengan menggunakan laluan menyelamatkan diri dan tangga kecemasan. Elakkan dari menggunakan lif kecuali bagi orang yang kurang upaya.

Sekiranya anda sampai di laluan di mana terdapat pintu tertutup, sebelum anda buka pintu tersebut, rasakan dengan belakang tangan anda pada bahagian atas pintu, pemulas pintu (doorknob), dan ruang diantara pintu dan bingkai pintu untuk memastikan tidak ada kebakaran disebalik pintu tersebut.

Walaupun mungkin pintu itu sejuk, bukalah pintu tersebut dengan berhati-hati iaitu dengan menyandarkan bahu anda pada pintu terebut dan buka dengan perlahan-perlahan. Ini kerana sekiranya terdapat kebakaran di sebalik pintu tersebut, tekanan hasil dari kepanasan kebakaran tersebut akan memberi daya tolakan yang cukup kuat.

Sekiranya laluan menyelamatkan diri telah dipenuhi oleh asap, berjalanlah dengan membongkokkan diri sambil menutup mulut dan hidung anda dengan saputangan, oksigen biasanya berada di bawah aras asap. Asap biasanya mengandungi gas yang beracun yang boleh menyebabkan kematian.

Ikutlah tanda arah ke tempat berhimpun yang telah ditentukan.

Jangan cuba untuk memasuki kembali ke dalam bangunan setelah anda telah keluar dari bangunan tersebut melainkan setelah ianya tentukan selamat oleh pihak yang berkuasa. Sekiranya anda mengsyaki kemungkinan masih ada sesaorang yang anda kenal di dalam bangunan tersebut, maklumkan kepada ahli bomba yang berada di tempat kejadian.

32

Page 33: Assigment JPAM semester 2 UiTM

MENGURUSKAN PUSAT BANTUAN DAN MAKANAN KECEMASAN:

PUSAT BANTUAN KECEMASAN:

Pengurusan pusat Bencana adalah siri aktiviti yang kompleks melibatkan

penilaian tahap risiko, langkah pencegahan, persediaan dalam menangani

situasi bencana pada masa akan datang, tindakbalas kecemasan,

penambahbaikan, pemerolehan, penyembuhan dan pemulihan.

Menitikberatkan persediaan bencana dalam pembangunan komuniti boleh

mengurangkan impak terhadap bencana yang akan dialami terutamanya

kepada mereka yang tinggal dalam kawasan yang mudah ditimpa

bencana di samping purata sara hidup keluarga yang rendah.

Tindakbalas terhadap kecemasan sewaktu bencana secara amnya adalah

seperti berikut:

Operasi Mencari dan Menyelamat – mencari dan menyelamat

mangsa bencana

Penilaian Tahap Keperluan – memastikan apa yang diperlukan,

berapa kuantitinya dan kepada siapa perlu diberikan

Kesihatan – menyediakan keperluan perubatan, mencegah dari

wabak penyakit, menyediakan air dan makanan yang bersih dan

selamat, pelupusan sampah dan pengebumian mangsa-mangsa

yang meninggal dunia.

Keperluan Asas – mendapatkan dan mengagihkan makanan,

khemah dan pakaian

Jantina – memahami peranan lelaki dan wanita dalam keluarga dan

komuniti untuk mengenalpasti keperluan dan memastikan

pengagihan sumber yang lebih adil

33

Page 34: Assigment JPAM semester 2 UiTM

Sara Hidup dan Ekonomi – membantu mangsa dalam

membaikpulih kehidupan mereka

Sokongan Emosi – Kaunseling dan menyatukan keluarga yang

terpisah semasa bencana

Logistik – pengangkutan awam dan peralatan

Kewangan – mendapatkan dan mengagihkan sumber kewangan

Komunikasi – liputan media, maklumat kepada keluarga

mangsa dan pengumpulan dana atau bekalan

Infrastruktur – membaikpulih jalan, bekalan elektrik, sambungan

telefon, sambungan paip-paip air dan sistem pelupusan sampah

Makanan kecemasan:

Simpan makanan dalam tin di dalam rumah, seperti makanan kering, segera dan yang tidak perlu disimpan di dalam peti sejuk. Anda juga boleh simpan jus di dalam tin atau kotak serta snek makanan ringan.

Makanan lain yang boleh disimpan: Kekacang Ikan atau daging dalam tin Buah-buahan atau sayuran dalam tin Bijirin Oat Mentega kacang dan jem Sup dalam tin Rempah, garam dan gula  Biskut dan roti kering

Jangan lupa untuk menyimpan pinggan kertas, gelas dan peralatan plastik. Pembuka tin (bukan-elektrik) diperlukan untuk membuka makanan dalam tin. Beg sampah plastik dan tuala basah anti bakteria amat berguna untuk sentiasa bersih, lebih-lebih lagi jika tiada akses untuk air.

34

Page 35: Assigment JPAM semester 2 UiTM

Bencana Alam

Bencana alam adalah konsekuensi dari kombinasi aktivitas alami (suatu peristiwa fisik, seperti letusan gunung, gempa bumi, tanah longsor) dan aktivitas manusia. Karena ketidakberdayaan manusia, akibat kurang baiknya manajemen keadaan darurat, sehingga menyebabkan kerugian dalam bidang keuangan dan struktural, bahkan sampai kematian. Kerugian yang dihasilkan tergantung pada kemampuan untuk mencegah atau menghindari bencana dan daya tahan mereka[1]. Pemahaman ini berhubungan dengan pernyataan: "bencana muncul bila ancaman bahaya bertemu dengan ketidakberdayaan". Dengan demikian, aktivitas alam yang berbahaya tidak akan menjadi bencana alam di daerah tanpa ketidakberdayaan manusia, misalnya gempa bumi di wilayah tak berpenghuni. Konsekuensinya, pemakaian istilah "alam" juga ditentang karena peristiwa tersebut bukan hanya bahaya atau malapetaka tanpa keterlibatan manusia. Besarnya potensi kerugian juga tergantung pada bentuk bahayanya sendiri, mulai dari kebakaran, yang mengancam bangunan individual, sampai peristiwa tubrukan meteor besar yang berpotensi mengakhiri peradaban umat manusia.

Namun demikian pada daerah yang memiliki tingkat bahaya tinggi (hazard) serta memiliki kerentanan/kerawanan (vulnerability) yang juga tinggi tidak akan memberi dampak yang hebat/luas jika manusia yang berada disana memiliki ketahanan terhadap bencana (disaster resilience). Konsep ketahanan bencana merupakan valuasi kemampuan sistem dan infrastruktur-infrastruktur untuk mendeteksi, mencegah & menangani tantangan-tantangan serius yang hadir. Dengan demikian meskipun daerah tersebut rawan bencana dengan jumlah penduduk yang besar jika diimbangi dengan ketetahanan terhadap bencana yang cukup

Bencana alam di darat

1. Longsor salju2. Pemanasan Global3. Gempa bumi4. Lahar5. Gunung meletus6. Kebakaran liar

35