assigment esei ilmiah.docx

31
PROGRAM PENSISWAZAHAN GURU (PPG) SEMESTER II SESI 2014/2015 KRB 3023: PRINSIP PENGAJARAN PENULISAN TAJUK ESEI ILMIAH DISEDIAKAN OLEH: NAMA NO. MATRIK HASHIMAH BT ABD RAHMAN ZURAINI BT ISMAIL FAUZIAH BT SENAWI PPG/ 23368 / 12 PPG / 23553 / 12 PPG / 23355 / 12 PUSAT PEMBELAJARAN: PULAU PINANG PENSYARAH : PN NOORULAFIZA ABDUL MUTHALIB 1 PEMARKAHAN Berdasarkan pengalaman pembelajaran dan pengajaran di sekolah, buat kajian tentang peringkat pengajaran menulis

Upload: puchai68

Post on 08-Dec-2015

103 views

Category:

Documents


1 download

TRANSCRIPT

PROGRAM PENSISWAZAHAN GURU (PPG)

SEMESTER II SESI 2014/2015

KRB 3023: PRINSIP PENGAJARAN PENULISAN

TAJUK ESEI ILMIAH

DISEDIAKAN OLEH:

NAMA NO. MATRIK

HASHIMAH BT ABD RAHMAN

ZURAINI BT ISMAIL

FAUZIAH BT SENAWI

PPG/ 23368 / 12

PPG / 23553 / 12

PPG / 23355 / 12

PUSAT PEMBELAJARAN: PULAU PINANG

PENSYARAH : PN NOORULAFIZA ABDUL MUTHALIB

TARIKH SERAHAN : 15 NOVEMBER 2014

1

PEMARKAHAN

Berdasarkan pengalaman pembelajaran dan pengajaran di sekolah, buat kajian tentang peringkat pengajaran menulis

ISI KANDUNGAN

BIL. TAJUK MUKA SURAT

1.0

2.0

2.1

2.2

2.3

2.4

2.5

3.0

PENGENALAN 3-4

PENGAJARAN MENULIS DI SEKOLAH

Teori Pengajaran Menulis di Sekolah Rendah

Model Pengajaran Menulis di Sekolah Pertanian

Pendekatan Pengajaran Menulis

4-8

8-12

12-14

Kaedah Pengajaran Menulis di Sekolah

Teknik yang Digunakan oleh Guru

PENUTUP

14-16

17-21

21

RUJUKAN 22-23

2

1.0 PENGENALAN

Pada umumnya, pengajaran bahasa telah menjadi kelumrahan dalam

dunia pendidikan kerana pengajaran bahasa mempunyai hubungan

yang erat dengan perkembangan nusa dan juga bangsa meliputi semua

bidang. Tidak kira dalam apa juga pengajaran bahasa termasuk Bahasa

Melayu, pihak berkuasa pendidikan dan guru-guru sering menghadapi

pelbagai masalah dalam usaha untuk menjadikan para murid sebagai

golongan yang mahir berbahasa. Kemahiran berbahasa yang

ditekankan di dalam pengajaran bahasa terdiri daripada kemahiran

mendengar, bertutur, membaca dan juga menulis (Azizi dan Zurihanmi,

2005).

Antara keempat-empat kemahiran yang dinyatakan, kemahiran

menulis adalah antara kemahiran yang agak kompleks dan sukar

dikuasai oleh murid. Kesukaran penguasaan kemahiran menulis

melibatkan pemikiran yang paling rumit kerana sesuatu label atau

memorandum pendek akan menjadi ekspresi berkesan hanya apabila ia

dikarang dengan baik dan difikirkan dengan teliti. Namun demikian

walaupun kemahiran ini sukar dikuasai tetapi penguasaan kebolehan

menulis amat membantu seseorang murid mencapai kejayaan bukan

hanya dalam bidang akademik tetapi juga untuk kerjaya mereka pada

masa akan datang (Othman, 2001).

Menulis ialah suatu kegiatan penghasilan simbol-simbol grafik

yang disusun atur menjadi perkataan, yang seterusnya membentuk

ayat-ayat yang bermakna. Dalam konteks yang lebih luas, penulisan

bermaksud penghasilan wacana-wacana yang bermakna dan juga

bermaklumat. Oleh yang demikian, kemahiran menulis secara mekanis

iaitu kemahiran membentuk dan menyusun simbol-simbol tulisan tidak

akan selesai pada peringkat ini sahaja sebaliknya ia perlu diteruskan

dengan aktiviti yang seterusnya iaitu mengarang. Aktiviti mengarang

memerlukan penggemblengan dari aspek psikologi dan juga kognitif

(Othman, 2001).

3

Kemahiran menulis merupakan satu kemahiran yang paling tinggi

dan penting berbanding kemahiran bahasa lain untuk dikuasai oleh

murid-murid bukan sahaja dalam pembelajaran bahasa tetapi juga

untuk beberapa mata muridan lain. Terdapat beberapa fungsi penting

menulis kepada murid yang perlu diambil perhatian oleh guru seperti

memotivasi atau merangsang idea dan perasaan untuk diterjemahkan

dalam bentuk tulisan, murid-murid berpeluang untuk menerokai

pelbagai bidang bahasa, melatih murid mengeluarkan pendapat dan

idea dalam bentuk tulisan, Menggunakan seluruh anggota mekanis iaitu

mata, tangan, akal dan lain-lain untuk merangsang pembelajaran dan

sebagainya (Othman, 2001). 

Disebabkan itu, pengajaran menulis perlu dititikberatkan oleh

seseorang guru dalam proses pembelajaran terhadap semua muridnya

supaya mereka menguasainya. Peranan guru dalam memastikan murid

menguasai kemahiran menulis perlu diambil perhatian. Guru perlu

menyediakan satu suasana pembelajaran yang berkesan di samping

mendedahkan murid dengan pelbagai pengalaman menulis dalam

pengajaran mereka. Kesesuaian teknik dan kaedah yang betul serta

mampu menarik minat murid terutamanya terhadap kanak-kanak di

sekolah rendah akan membantu murid berkenaan menguasai

kemahiran menulis dengan baik.

2.0 PENGAJARAN MENULIS DI SEKOLAH RENDAH

Memandangkan pengajaran menulis amat penting dalam pembelajaran

di sekolah, maka terdapat begitu banyak kajian terdahulu yang

menyentuh berkaitan dengan menulis dalam kalangan murid-murid di

sekolah. Beberapa kaitan tentang pengajaran menulis akan

dikemukakan antaranya seperti teori berkaitan menulis, model-model

yang dikemukakan, pendekatan yang sewajarnya boleh diambil dan

kaedah yang boleh diaplikasikan dalam bilik darjah.

2.1 Teori Pengajaran Menulis di Sekolah Rendah

4

Berkaitan dengan pengajaran menulis di sekolah terutama dalam

pengajaran dan pembelajaran (P&P) Bahasa Melayu, kemahiran

menulis memerlukan sokongan kemahiran mendengar,

berinteraksi lisan, kemahiran membaca dan berfikir demi

kelancaran pengungkapan idea dan penulisan. Justeru itu,

terdapat banyak kajian terdahulu yang memperkatakan

berkenaan dengan teori kemahiran bahasa dan aspek menulis.

a)  Teori psikologi Vygotsky (1978)

Teori Psikologi Leo S.Vygotsky dalam Proses Penulisan Pelbagai

Perspektif mempengaruhi pengajaran kemahiran literasi amnya,

dan penulisan khususnya seperti perspektif pemprosesan

maklumat, perspektif naturalis, dan perspektif Vygotskian. Teori

psikologi Vygotsky yang mengaitkan interaksi lisan dengan

pemikiran, sejarah sosial dan budaya melahirkan perspektif baru

tentang proses pengajaran dan pembelajaran. Proses

pembelajaran bermula daripada konteks sosial ke konteks

individual, dengan interaksi lisan sebagai medium dan alat yang

menghubungkan kedua-dua konteks berkenaan. Interaksi lisan

memungkinkan pembinaan pengetahuan, kefahaman dan makna

berdasarkan idea dan pemikiran yang murid miliki, dan perolehi

daripada orang lain (Yahya et al., 2009).

Untuk kajian ini, perspektif Vygotskian yang

menghubungkaitkan proses kognitif dengan sejarah dan budaya

komuniti menjadi sebahagian proses pengajaran dan

pembelajaran dalam bilik darjah. Proses pembelajaran bermula

daripada konteks sosial ke konteks individual, dengan interaksi

lisan sebagai medium dan alat yang menghubungkan kedua-dua

konteks berkenaan. Sehubungan dengan itu, pembelajaran akan

berfokuskan perbincangan dalam kumpulan iaitu murid

berinteraksi antara satu sama lain secara lisan untuk

mendapatkan idea dan bertukar-tukar pendapat dalam proses

pembelajaran penulisan (Yahya et al., 2009).

5

Harste dalam Mahzan Arshad (2003), berpendapat bahawa

manusia tidak mengetahui sesuatu perkara dengan sendirinya.

Segala pengetahuan adalah hasil daripada penggabungan

pengetahuan dengan orang lain yang kita kenali serta dapat

membezakan apa yang kita tahu dengan apa yang orang lain

tahu. Apabila guru memberi peluang kepada murid melakukan

aktiviti interaksi dalam kelas, lebih banyak pembelajaran berlaku.

Dalam hal ini, murid-murid akan belajar apabila mereka

terlibat dengan aktiviti budaya dan sosial di sekeliling mereka.

Interaksi dengan orang lain di persekitaran mereka terutamanya

ibu bapa dan rakan sebaya akan membantu mereka dalam proses

perkembangan (Vygotsky, 1978 dalam Roselan Baki, 2003). Hasil

daripada interaksi dengan orang lain, murid-murid belajar untuk

memahami sesuatu atau mula mendapat pengetahuan.

Pengetahuan itu akan menjadi pengalaman yang membantu

proses pembelajaran.

Dalam kajian Marohaini Yusoff (1999) mendapati bahawa

sepanjang proses menulis, murid seringkali berinteraksi dengan

kawan-kawan walaupun guru tidak membenarkan mereka bercakap

dan berkongsi pendapat ketika menulis dalam bilik darjah. Sauders

dalam Ahmad Zaini (2000) menegaskan tentang perlunya

bekerjasama dengan rakan sebaya dalam pembelajaran menulis

terutamanya untuk merangka, menulis bersama, membetulkan

kesilapan bersama dan menerbitkan bersama.

b) Perspektif Psikologi Sosiolinguitik

Berdasarkan perspektif psikologi sosiolinguitik pula yang melihat

proses menulis sebagai satu proses yang melibatkan aktiviti

kognitif, sosial dan bahasa dalam meningkatkan pengetahuan

literasi (berbahasa) murid. Hal ini disebabkan murid-murid

menguasai pengetahuan literasi ketika mereka berhubung dengan

orang lain dan mereka dapat meningkatkan penguasaan literasi

6

mereka jika mereka dapat berinteraksi dalam masyarakat secara

bermakna (Evans dan Brueckner, 1990).

Terdapat tiga kaedah menulis iaitu menulis bebas, menulis

berkolabratif dan menulis berkoperatif. Menulis bebas hanya

memerlukan bantuan yang minima daripada guru dan sumber

lain. Tujuannya adalah untuk menggalakkan murid bebas

menggunakan kreativiti untuk menghasilkan karya yang diingini.

Menulis berkolabratif dilakukan secara berpasangan secara

bergilir-gilir untuk berkongsi idea seperti bergilir-gilir

menghasilkan perenggan dalam karangan untuk membantu murid

yang kurang bermotivasi dalam menulis. Menulis berkoperatif

ialah satu kaedah pengajaran menulis yang memerlukan guru

memberi bantuan kepada murid. Guru dan murid akan sama-sama

menulis di papan tulis. Cara lain ialah setiap ahli dalam kumpulan

sama-sam mencari isi penting, membuat huraian dan mencari

contoh yang sesuai bagi huraian (Johnson & Grant,1989).

c) Teori Behavioris

Teori ini telah dipelopori oleh Skinner, Pazlov dan Thondike. Teori

ini menyatakan bahawa sesuatu kemahiran termasuk bahasa

diperoleh dari persekitaran. Murid-murid terangsang dan tertarik

untuk bertutur. Setiap pertuturan yang betul diberi ganjaran dan

diulang-ulang hingga menjadi kebiasaan. Pembelajaran bahasa

adalah satu proses mekanis. Pengkaji teori ini berpendapat otak

manusia umpama kotak hitam (Tay, 2003).

 Dalam pengajaran dan pembelajaran bahasa, kemahiran

lisan merupakan aspek yang paling penting dan diikuti oleh

kemahiran menulis. Guru haruslah mengajar kemahiran lisan

terlebih dahulu dan kemudiannya memberi penekanan kepada

latihan lisan dan diikuti dengan kemahiran menulis. Oleh sebab

bahasa merupakan satu tabiat atau kebiasaan, guru perlu

mengutamakan latih tubi. Sebagai contoh, guru perlu memberi

latihan yang mencukupi untuk murid sehingga seseorang murid

7

itu berjaya menguasai dan memahami sistem bahasa yang

dipelajari (Tay, 2003).

           Dalam sesi pengajaran dan pembelajaran, guru perlu

bermula dengan pola yang mudah kemudian beralih kepada yang

lebih sukar. Guru juga boleh bermula dari unit terkecil kepada unit

yang lebih besar (binaan). Perkara ini boleh memudahkan murid-

murid memahami tajuk yang dipelajari mengikut turutan yang

sepatutnya (Fadzilah, 2011).

            Di samping itu, guru juga perlu kreatif menyediakan bahan

rangsangan bagi menarik minat murid-murid untuk mempelajari

tajuk yang disampaikan. Pada masa yang sama, guru juga harus

menyediakan ganjaran kepada tindakan atau jawapan yang tepat.

Ganjaran yang diberi ini dapat membuat murid tersebut terus

mengulangi perkara yang betul sehingga menjadikannya tindakan

yang bersifat automatis (Fadzilah, 2011).

Oleh sebab itu, pembelajaran merupakan satu proses

rangsangan dan tindak balas dan guru perlu memainkan

peranannya sebagai penggerak dan pengalak untuk menarik

minat murid ke dalam proses pengajaran dan pembelajaran yang

berlangsung. Ini kerana, guru merupakan contoh atau model

kepada murid-murid. Oleh sebab itu, guru harus memainkan

peranan yang penting dalam menggunakan bahasa yang betul

untuk dicontohi murid (Fadzilah, 2011).

d)  Teori Interaksionalisme

Teori ini memandang pembelajaran bahasa adalah sebagai alat

interaksi dan ia merupakan satu proses yang melibatkan mental

dan linguistik. Teori ini menekankan pentingnya proses

pembentukan hipotesis mengenai undang-undang bahasa dalam

sesuatu pembelajaran itu. Teori ini juga menyarankan supaya

guru-guru memberi banyak latihan kepada pelajar-pelajar.

Terdapat beberapa prinsip-prinsip yang dicetuskan daripada teori

8

ini berkaitan dengan pengajaran guru dan juga pembelajaran

murid-murid di sekolah (Mahani et al., 2006).

Pada prinsip yang pertama, penyampaian makna adalah

lebih diutamakan dalam komunikasi. Semasa pengajaran dan

pembelajaran tidak kira sama ada pembelajaran bahasa pertama

dan kedua, penyampaian makna adalah penting. Pembelajaran

bahasa bukan hanya mempelajari struktur itu tetapi apa yang

lebih penting ialah belajar untuk interaksi. Oleh itu, atas prinsip

ini, guru perlu menyampaikan sesuatu makna kepada murid

dengan jelas dan mudah difahami semasa di dalam bilik darjah

terutamanya (Mahani et al., 2006).

Prinsip yang kedua pula adalah pembelajaran bahasa

merupakan proses mental dan linguistik. Dalam pengajaran dan

pembelajaran, bahasa yang dituturkan dan makna yang

dimaksudkan adalah berkait rapat. Interaksionalis mementingkan

kedua-dua unsur iaitu makna dan struktur bahasa. Oleh yang

demikian, guru perlu bijak dalam memainkan peranan mereka

untuk menyampaikan hubungan antara apa yang diperkatan guru

dengan isi pengajaran supaya murid tidak akan keliru (Mahani et

al., 2006).

Prinsip yang ketiga ialah pengajaran dan pembelajaran

bahasa memerlukan penumpuan terhadap tugas-tugas atau

aktiviti-aktiviti yang bermakna. Jika guru itu dapat menyampaikan

pengajaran dalam bentuk aktiviti-aktiviti yang bermakna maka

murid-murid berkemampuan untuk menggunakan bahasa itu

dengan lancar dan fasih dan akan dibawa ke dalam bentuk

penulisan mereka (Mahani et al., 2006).

2.2 Model Pengajaran Menulis di Sekolah

Memandangkan kemahiran menulis adalah satu kemahiran yang agak

kompleks kerana aktiviti penulisan melibatkan pemikiran sebelum,

semasa dan selepas sesuatu penulisan itu dihasilkan, kaedah dan teknik

yang berkesan perlu diaplikasikan oleh guru untuk meningkatkan

9

kemahiran menulis terutamanya menyatakan isi-isi penting dan

huraiannya dalam kalangan murid mereka. oleh yang demikian,

terdapat beberapa model yang boleh dijalankan oleh guru untuk murid-

murid mereka semasa di dalam bilik darjah.

a) Pembelajaran Koperatif Model Think-Pair-Share

Robert (1989) mendefiniskan pembelajaran koperatif sebagai

suatu kaedah perkongsian idea di mana murid bekerjasama dan

bertanggungjawab terhadap rakan kumpulan dalam pembelajaran

untuk mencapai kejayaan dan matlamat kumpulan. Pembelajaran

koperatif ialah kaedah pembelajaran kerjasama yang memerlukan

murid untuk bekerjasama untuk mencapai matlamat yang diingini.

Pembelajaran koperatif ini memerlukan murid untuk duduk

di dalam satu kumpulan kecil yang terdiri daripada empat atau

lima ahli. Kumpulan tersebut selalunya terdiri daripada kumpulan

heterogen yang terdiri daripada mereka yang pencapaiannya

berbeza-beza. Ahli yang berprestasi tinggi akan berinteraksi

dengan ahli yang berprestasi rendah bagi memudahkan

pengendalian sesuatu tugasan. Terdapat lima elemen

pembelajaran koperatif iaitu saling bergantung secara positif

antara ahli kumpulan murid dalam memberikan sumbangan demi

kejayaan, setiap ahli berinteraksi secara bersemuka antara satu

sama lain, akauntabiliti individu dan setiap ahli kumpulan dalam

melaksanakan setiap tugasan dan tanggugjawab, hubungan

interpersonal dan membuat rumusan tentang pencapaian dan

hasil kumpulan ke arah penambahbaikan (Robert, 1989).

Untuk meningkatkan kemahiran menulis dalam kalangan

murid, guru akan menerapkan pembelajaran koperatif

model Think-Pair-Share yang sekaligus membantu murid untuk

mencari isi-isi karangan melalui kerjasama yang wujud antara

murid melalui kaedah pembelajaran ini. Konsep asas model ini

10

mengandungi tiga tahap dalam pengajaran dan pembelajaran

iaitu berfikir (Think), berpasangan (Pair) dan berkongsi (Share).

Sebelum aktiviti penulisan dibuat, murid perlu mempunyai

dan memperolehi maklumat yang lengkap dan terkini tentang

perkara yang hendak ditulis. Melalui tahap-tahap yang

diperlihatkan dari model Think-Pair-Share (TPS) guru-guru

dapatlah melaksanakan aktiviti mencari isi-isi karangan

menggunakan pembelajaran koperatif iaitu menggalakkan

pembelajaran berpusatkan murid dengan bantuan minima

daripada guru mereka. Pelaksanaan model ini dimulakan seperti

yang berikut (Angela dan Rylee, 2013) :

i. Pada tahap 1 : Think (Berfikir)

Guru mengajukan pertanyaan atau sesuatu isu yang berkaitan

tentang topik karangan. Murid pada tahap ini akan memikirkan

jawapan secara individu untuk beberapa waktu. Pada tahap ini

guru akan memberikan masa selama tiga minit kepada

muridnya untuk berfikir. Sambil memikirkan jawapan terhadap

isu yang dikemukakan, murid akan menulis hasil pemikiran

mereka dalam catatan-catatan kecil.

ii. Pada tahap 2 : Pair (Berpasangan)

Guru mengarahkan murid untuk berpasangan dengan murid

yang lain untuk sama-sama membincangkan isi-isi yang

diperolehi pada tahap pertama. Pada tahap ini juga guru

mengarahkan setiap pasangan untuk berkongsi lagi dengan

pasangan yang lain (menjadi empat ahli dalam satu kumpulan)

untuk memperolehi isi-isi karangan yang mencukupi dan

relevan dengan tajuk. Ketika tahap inilah murid diberikan

peluang berinteraksi antara satu sama lain. Murid akan

diberikan masa lebih kurang empat hingga lima minit untuk

berinteraksi dan mempersetujui setiap isi-isi yang difikirkan

bersama. Pada tahap ini juga murid akan diberikan peranan

11

masing-masing iaitu sebagai ketua kumpulan, pencatat dan

pembentang atau pelapor.

iii. Pada tahap 3 : Sharing (Berkongsi)

Pada tahap terakhir ini, guru mengarahkan setiap ahli dalam

kumpulan akan berkongsi maklumat dengan membentangakan

atau melaporkan hasil isi-isi dan maklumat yang diperolehi dan

dikumpulkan kepada seluruh kelas tentang apa yang telah

mereka bincangkan sebelumnya. Pada tahap ini guru

mengorganisasi, menganalisis dan menilai hasil daripada apa

yang telah mereka bincangkan.

Terdapat beberapa implikasi positif yang akan diperoleh oleh

murid-murid. Melalui pembelajaran koperatif yang dilakukan dalam

kalangan guru ini terhadap murid-murid mereka dalam usaha

meningkatkan kemahiran menulis, ia bukan saja memberikan peluang

kepada murid untuk meningkatkan proses sosialisasi melalui interaksi

antara rakan sebaya malah dapat meneguhkan domain kognitif dan

domain afektif mereka (Robert, 1989).

Peneguhan domain kognitif murid melalui pembelajaran koperatif

ini dapat dilihat melalui kerjasama dalam kumpulan kecil yang terdiri

daripada kumpulan heterogen yang terdiri daripada pelbagai kebolehan

dan latar belakang yang berbeza. Sementara peneguhan domain afektif

yang melibatkan perasaan, nilai dan persepsi individu dapat dilihat

melalui pelajar bekerjasama dalam kumpulan mereka dan saling

menerima dan bertukar-tukar idea antara satu sama lain, harga diri

mereka meningkat dan seterusnya lebih berminat untuk belajar (Robert,

1989).

b) Model Pembelajaran Menulis dengan Teknik Think-Talk-

Write (TTW)

Model pembelajaran menulis TTW diasaskan melalui daya berfikir,

bertutur dan menulis. Ia dilakukan dengan melibatkan murid-

12

murid untuk berfikir atau berdialog dengan dirinya sendiri setelah

selesai proses pembacaan. Murid kemudiannya akan bertutur dan

juga berkongsi idea atau pendapat bersama rakan-rakannya

terhadap pembacaan yang dibuat sebelum ini. Seperti juga dalam

model Think-Pair-Share, ia juga akan lebih efektif sekiranya

dilakukan dalam bentuk kumpulan yang terdiri antara tiga hingga

lima orang murid.

Setiap kumpulan akan diminta oleh guru secara individu

membaca sesuatu teks penulisan yang diberikan oleh guru,

kemudian murid akan membuat catatan di dalam buku sebelum

menjelaskan segala isi-isi yang dibaca kepada ahli kumpulan yang

lain. ahli yang lain akan bertindak sebagai pendengar dan setelah

itu mereka juga boleh memberikan pendapat mereka terhadap isi

yang disampaikan ahli. Apabila semua ahli telah memberikan isi-

isi mereka, guru akan menyuruh murid untuk menulis di dalam

buku masing-masing. Menurut Angela dan Rylee (2013),

pelaksanaan model ini mengandungi tiga peringkat yang utama

iaitu yang dimulai dengan Think (berfikir), Talk (bertutur) dan

diakhiri dengan Write (menulis)

i. Think (Berfikir)

Aktiviti berfikir yang dilakukan oleh murid dapat diperhatikan

oleh guru dari proses pembacaan terhadap sesuatu penulisan

sambil murid-murid melakukan catatan ringkas terhadap

segala isi penting daripada pembacaan mereka. Catatan yang

dibuat oleh pelajar merupakan catatan mereka sendiri melalui

pembacaan yang dibuat berserta idea-idea tambahan mereka.

Catatan yang dibuat oleh pelajar merupakan analisis yang

telah dibuat oleh mereka daripada pembacaan sesebuah

penulisan dan memeriksa bahan-bahan yang telah ditulis.

Selain itu juga, aktiviti mencatat setelah berlakunya proses

pembacaan dapat merangsang pemikiran murid sebelum,

13

semasa dan selepas membaca. Melakukan aktiviti mencatat

tidak hanya dapat mempertingkatkan pengetahuan murid

tetapi pada masa yang sama meningkatkan keterampilan

menulis dalam kalangan murid-murid.

ii. Talk (Bertutur)

Pada peringkat yang seterusnya, guru akan membahagikan

murid-muridnya kepada beberapa kumpulan kecil yang

heterogen lazimnya terdiri daripada tiga hingga lima ahli

kumpulan berbeza aras prestasi. Hasil daripada catatan

terhadap pembacaan, guru akan meminta setiap ahli kumpulan

untuk bertutur atau menyampaikan segala hasil catatan

mereka dengan bahasa yang mudah difahami oleh ahli

kumpulan yang lain.

Murid-murid seterusnya akan menyampaikan idea dari

catatan yang dibuat pada tahap Think kepada semua ahli

kumpulan yang lain. Pengetahuan dapat dipertingkatkan

melalui interaksi yang dibangunkan bersama-sama dengan ahli

kumpulan lain. Apa yang diharapkan adalah murid dapat

menghasilkan satu jalan penyelesaian masalah terhadap

perkara yang dibincangkan oleh mereka. Perbincangan yang

dilakukan pada tahap Talk ini merupakan satu mekanisme

terbaik yang boleh digunakan oleh guru untuk melihat tahap

pertuturan dan juga pemikiran dalam kalangan murid-murid.

iii. Write (Menulis)

Tahap yang terakhir dalam model ini adalah tahap Write atau

juga menulis. Murid-murid akan menulis kembali semua hasil

yang diperoleh hasil perbincangan yang dibuat dalam

kumpulan sebelum ini. Guru boleh menyuruh pelajar mereka

menulisnya di dalam buku latihan yang telah sedia ada

berkaitan segala aktiviti yang telah dijalankan pada sesi

pembelajaran.

Aktiviti menulis ini merupakan aktiviti terakhir yang mana

murid akan menggabungkan segala idea yang diperoleh

14

setelah hasil perbincangan sesama ahli kumpulan dilakukan.

Akhir sekali, guru perlu memastikan semua murid-muridnya

melengkapkan idea yang dicatat dan diperoleh ke dalam

bentuk penulisan.

Peranan dan tugas guru dalam semasa di dalam bilik darjah

amatlah penting dalam mengaktifkan suasana pembelajaran dalam

kalangan murid-murid. Antara beberapa tugas guru ialah mengajukan

pertanyaan yang boleh merangsang pemikiran murid, mendengar

segala idea yang dicurahkan oleh murid, memberi arahan kepada murid

terhadap setiap proses perjalanan pembelajaran yang dijalankan,

menyuruh pelajar mengemukakan idea secara lisan dan tulisan dan juga

memantau dan menilai penglibatan setiap murid.

2.3 Pendekatan Pengajaran Menulis

Pendekatan dalam pengajaran menulis di sekolah boleh dibahagikan

kepada beberapa pendekatan iaitu pendekatan proses, komunikatif,

pengalaman bahasa (LEA), terkawal dan juga bebas.

a) Pendekatan Proses

Pendekatan proses menekankan proses dalam penghasilan

sesebuah karangan, bukan kepada hasil penulisan tersebut.

Dalam pendekatan ini penulisan akan dimulai dengan proses

menulis draf, menyemak dan juga membincangkannya. Penulisan

juga akan dilihat dari aspek format yang betul, struktur penulisan

yang bertepatan serta penggunaan tatabahasa yang tepat

sebagai satu bentuk penulisan yang baik. Sehubungan dengan itu,

pendekatan ini memerlukan penulis menguasai kemahiran bahasa

yang baik, di samping mempunyai pengetahuan tentang format

atau model penulisan yang baik (Ahmad Khair, 2005).

b) Pendekatan Komunikatif

Pendekatan berasaskan prinsip bahawa bahasa merupakan alat

komunikasi yang penting. Justeru penulisan perlu diajarkan dalam

15

bentuk fungsinya untuk berkomunikasi. Dalam hai ini, tajuk-tajuk

atau persoalan yang ada kaitannya dengan situasi komunikasi

boleh dieksploitasi untuk memotivasikan murid. Pendekatan ini

mencadangkan agar pengajaran kemahiran menulis dalam

konteks situasi sebenar. Bahan-bahan yang berbentuk autentik

seperti dialog, perbahasan, ceramah dan sebagainya sangat

sesuai digunakan sebagai bahan pengajaran dan pembelajaran

(Abdul Shukor, 2001).

Bahan-bahan autentik ini akan membolehkan murid menulis

dalam keadaan bebas dan tidak terikat dengan sebarang unsur

bahasa berbentuk formal. Hal ini kerana pendekatan ini

beranggapan bahawa penulisan ialah proses menukarkan bentuk

pertuturan kepada tulisan. Oleh itu, pendekatan ini

mencadangkan agar guru bertolak ansur dengan kesalahan dan

kesilapan murid, khususnya berkaitan dengan aspek bahasa. Ini

menunjukkan bahawa berlakunya perkembangan dalam

penguasaan bahasa tersebut dalam diri murid (Abdul Shukor,

2001).

c) Pendekatan Pengalaman Bahasa (LEA)

Pendekatan pengalaman berbahasa (LEA) berasakan prinsip

bahawa kemahiran berbahasa tidak boleh dipecah-pecahkan

dalam bentuk yang berasingan seperti kemahiran mendengar,

bertutur, membaca dan menulis. Sehubungan dengan itu

pendekatan ini menekankan konsep dan penggunaan struktur

bahasa yang bermakna, yang boleh dituturkan dan dituliskan.

Pendekatan ini juga mengeksploitasi pengalaman bahasa yang

bermakna dalam kalangan murid untuk dijadikan bahan

perbincangan dalam proses penulisan karangan (Ahmad Khair,

2005).

d) Pendekatan Terkawal

Menurut Ahmad Khair (2005), pendekatan ini mencadangkan

pembelajaran kemahiran menulis mengikut peringkat-peringkat

yang bermula daripada peringkat pra penulisan hinggalah

16

peringkat penulisan yang memerlukan pemikiran. Secara

umumnya, terdapat lima peringkat penulisan iaitu:

i. Peringkat meniru dan menyalin

ii. Peringkat mengingat kembali

iii. Peringkat menggabungkan

iv. Peringkat penulisan berpandu

v. Peringkat penulisan bebas

e) Pendekatan Bebas

Berdasarkan pendekatan ini, guru perlu memberikan banyak

latihan penulisan kepada murid. Latihan-latihan ini perlu

dipelbagaikan dari segi jenis dan juga format penulisan tersebut.

Pendekatan ini beranggapan bahawa, semakin banyak murid

membuat latihan maka semua perkara yang peru ada dalam

sesebuah karangan seperti ejaan, ketepatan kosa kata,

tatabahasa, pemerengganan dan gaya tulisan akan dapat dikuasai

murid tersebut secara automatik. Berdasarkan pendekatan ini

terdapat tiga langkah dalam proses menulis iaitu (Ahmad Khair,

2005):

i. Langkah 1: Pra menulis

ii. Langkah 2: Membuat rangka dan draf

iii. Langkah 3: Menyemak dan memeriksa kembali

2.4 Kaedah Pengajaran Menulis di Sekolah

Di dalam konteks pengajaran dan pembelajaran, kaedah atau teknik

merupakan strategi yang digunakan oleh guru dalam mencapai

matlamat dan tujuan yang dirancang dalam objektif pengajaran.

Semasa merancang objektif yang hendak dibuat ini, guru perlu

menyedari apakah pendekatan yang paling sesuai dan berkesan untuk

murid mereka yang berbeza dari segala aspek seperti pemikiran,

tingkah laku dan sebagainya agar ia sesuai dengan objektif pengajaran

dan murid sasaran. Justeru itu, terdapat beberapa kaedah yang sesuai

boleh digunakan oleh guru dalam pengajaran kemahiran menulis seperti

melalui kaedah peta minda, kaedah penyoalan, kaedah proses, kaedah

17

ujian membina ayat, kaedah ujian menulis secara terkawal dan juga

kaedah ujian menulis secara terpimpin.

a) Kaedah Peta Minda

Kaedah peta minda digunakan untuk memandu murid ke arah

penghasilan isi yang bernas dan juga tersusun dalam penulisan.

Dalam teknik ini, guru akan menyenaraikan isi-isi serta huraian

yang dihasilkan melalui perbincangan dengan murid dalam

bentuk peta minda di papan tulis. Penggunaan peta minda ini

akan memudahkan murid melihat kesinambungan isi-isi dan

perkara-perkara yang berkaitan dengan sesuatu tajuk (Abdullah

Hassan, 1996).

b) Kaedah Penyoalan

Kaedah penyoalan boleh digunakan untuk mencungkil idea dalam

penulisan karangan. Dalam kaedah ini, guru akan menyediakan

soalan-soalan yang berkaitan dengan isu atau perkara yang akan

ditulis. Penyoalan yang melibatkan ‘apa’, ‘bila’, ‘mengapa’ dan

bagaimana boleh digunakan untuk menggalakkan murid berfikir

ke arah isi-isi penulisan (Abdullah Hassan, 1996).

c) Kaedah Proses

Menurut Abdullah Hassan (1996) pendekatan proses berasakan

andaian bahawa sesuatu penulisan yang baik bermula daripada

proses bagaimana tulisan itu dihasilkan. Oleh itu, pendekatan ini

menekankan ketetapan bahasa dan format tulisan dengan cara

menulis dalam bentuk draf terlebih dahulu. Draf kemudiannya

akan disemak, dikritik dan juga diulas sebelum ditulis semula

untuk meningkatkan kemahiran menulis murid.

Semakan terhadap tulisan atau draf akan berlaku secara

berterusan sekiranya masih terdapat kesalahan tatabahasa,

format atau maklumat dalam draf tersebut. Pendekatan ini

sebenarnya memakan masa yang agak panjang untuk seseorang

murid itu menyiapkan sesuatu penulisan dan ini memberikan

peluang yang banyak kepada murid terbabit untuk mempelajari

setiap aspek di dalam penulisan tersebut Abdullah Hassan, 1996).

18

Secara umumnya, penulisan dalam pendekatan proses ini

dilaksanakan berdasarkan kepada beberapa prinsip yang berikut

antaranya:

i. Penulisan merupakan proses pemikiran terpilih yang

membolehkan murid mengolah dan menyusun idea

ii. Proses penulisan disusun secara hierarki, iaitu bermula

dengan pra penulisan dan berakhir dengan penulisan

semula.

iii. Penulisan ialah proses yang berpandukan sesuatu

matlamat.

d) Kaedah Ujian Membina Ayat

Kaedah bagi ujian membina ayat ini lebih kepada bercorak

formatif dan dapat menguji kebolehan murid bagi membina ayat

yang lebih sempurna dan lengkap serta betul dari segi struktur

dan tatabahasanya. Ayat-ayat yang ditulis oleh murid boleh

menjadi selapis, berlapis atau berkait. Kemahiran menulis pada

peringkat ayat merupakan kemahiran asas bagi penulisan

peringkat wacana penulisan yang lebih panjang seperti karangan.

Bagi menguji kemahiran menulis ayat dari murid, guru boleh

menyediakan gambar foto atau gambar lukisan bersiri yang

digunakan sebagai stimulus untuk murid mengarang ayat (Arbak,

1989).

e) Kaedah Ujian Menulis Secara Terkawal

Ujian menulis secara terkawal ini lebih kepada bercorak formatif.

Tujuan kaedah ini dijalankan kepada murid adalah untuk menilai

sama ada murid boleh menulis dan juga mengarang dalam

keadaan yang sebahagian besar daripada isi atau bentuk

karangan telah disediakan oleh guru. Kebebasan dalam memilih,

menyusun dan mengeluarkan idea dengan menggunakan ayat

sendiri adalah terhad kerana banyak perkara diberikan atau

dikawal oleh guru. Satu teknik yang boleh digunakan oleh guru

bagi menguji kemahiran menulis murid secara terkawal ialah

19

dengan memberikan murid mereka satu rangka isi berkaitan

sesuatu perkara mahupun tajuk yang perlu ditulis oleh murid

(Arbak, 1989).

f) Kaedah Ujian Menulis Secara Terpimpin

Seterusnya, kaedah ujian menulis secara terpimpin merupakan

lanjutan daripada ujian jenis terkawal. Isi atau bentuk karangan

yang perlu dihasilkan oleh murid kurang dikawal. Sebagai contoh,

murid hanya akan diberikan sedikit panduan dalam tugas

mengarang. Panduan atau pimpinan itu boleh merupakan ayat

pertama, ayat terakhir, rangka karangan, gambar bersiri atau

gambar komposisi sebagai stimulus serta panduan kepada murid

dalam menulis dan mengarang (Ismail, 2004).

Melalui kaedah ini, murid dikehendaki mengarang dengan

berpandukan jalan cerita dalam gambar yang disediakan guru

menurut sirinya. Gambar tersebut yang digunakan murid

bertindak sebagai bahan rangsangan dan tema karangan

tersebut. Selain daripada menggunakan gambar, satu lagi pilihan

yang boleh dibuat oleh guru adalah menyediakan satu rangka

karangan kemudian diberikan kepada murid. Berdasarkan rangka

tersebut, murid dikehendaki mengarang berpandukan rangka

berkenaan (Ismail, 2004).

2.5 TEKNIK YANG DIGUNAKAN OLEH GURU

Berdasarkan pengalaman pengajaran dan pembelajaran di sekolah

berkaitan dengan pengajaran menulis di sekolah, teknik yang telah

digunakan oleh guru adalah teknik yang berasaskan peta minda dengan

bantuan gambar. Guru memilih teknik ini kerana melalui teknik ini, guru

dapat membantu murid-murid untuk mendapatkan isi-isi berkaitan

gambar yang digunakan di samping membantu murid untuk

menghubungkan antara isi dengan huraian. Peta minda dapat memandu

murid ke arah penghasilan isi yang bernas dan juga tersusun dalam

penulisan mereka kelak. Ia juga akan memudahkan murid menjana idea

20

bagi menulis kesinambungan isi-isi dan perkara-perkara yang berkaitan

dengan tajuk atau gambar yang diberikan oleh guru.

Selain itu juga, penggunaan peta minda menarik untuk digunakan

dalam bilik darjah kerana ia mampu menarik minat murid melalui

bentuk yang dipersembahkan pada peta minda. Penggunaan pen

berwarna membantu lagi murid untuk membezakan setiap isi penting

dengan huraian dalam sesebuah penulisan. Keadaan ini dapat

merangsang minda murid-murid bagi menghasilkan penulisan yang baik

dan berpandu. Tambahan pula, penggunaan peta minda dalam

pembelajaran akan membawa mereka kepada suasana pembelajaran

dan pendedahan baru berkaitan teknik penulisan yang berasakan peta

minda.

Semasa menjalankan aktiviti P&P, guru akan memberi kebebasan

kepada semua murid untuk memberikan idea mereka berkaitan tajuk

yang diberikan dan mereka akan dibantu dengan bantuan gambar yang

diberikan oleh guru. Masa akan diberikan oleh guru untuk murid berfikir

dan mencari isi. Guru kemudiannya akan memanggil nama mereka

supaya dapat menyampaikan idea yang diperoleh melalui peta minda

yang telah dilukis oleh guru pada papan putih. Lazimnya, murid yang

telah hilang fokus akan diberikan peluang yang pertama untuk mereka

menulis pada peta minda. Ini bertujuan bagi memastikan perhatian

murid tersebut kembali fokus kepada pembelajaran dan tidak akan

melibatkan rakan yang lain jika mereka terus dibiarkan.

Perhatian dan pemantauan guru semasa murid menulis idea

mereka sangat perlu dititikberatkan oleh guru. Ini kerana, sekiranya

idea yang diberikan oleh murid kurang tepat atau bersesuaian, guru

serta-merta perlu membetulkan kesilapan tersebut dengan nada suara

dan ayat yang bersesuaian. Pemantauan ini sangat perlu kerana jika

tidak dipantau dan hanya menerima idea yang ditulis oleh murid secara

bulat-bulat, ia akan menjejaskan gaya penulisan murid berkaitan tajuk

tersebut. Apabila semua idea yang ditulis murid telah selesai di dalam

peta minda, langkah seterusnya iaitu menyuruh pelajar membuat

21

penulisan dan ia merupakan proses terakhir perlu dilakukan mereka.

Pada ketika ini, guru akan dapat melihat sejauh mana kemampuan

murid untuk menggarap gaya menulis mereka dengan menggunakan

teknik ini sama ada berjaya atau perlu penambahbaikan di masa akan

datang. Berikut merupakan rancangan pengajaran harian berkaitan

pengajaran menulis yang telah dibuat dengan menggunakan teknik

penggunaan peta minda untuk pelajar tahun lima.

RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN

1. Matapelajaran : Bahasa Melayu (Penulisan)

2. Tingkatan : 5 Aman

3. Tarikh / Masa : 2 Oktober 2014 / 9.00 –10.00 pagi

(1 jam)

4. Bil Murid : 36 orang

5. Tajuk : Berkelah di Tepi Pantai

6. Pengetahuan sedia ada : Murid Tahu dan Mempunyai

Pengalaman Bercuti

7. Bahan bantu mengajar : Gambar perkelahan di tepi pantai,

peta minda, pen marker berwarna, papan putih

8. Miskonsepsi murid dan cara tangani :

Miskonsepsi Cara menangani

Murid sukar untuk membezakan

antara isi penting penulisan

dengan ayat huraian

Guru menunjukkan beberapa

keping gambar berkaitan dengan

aktiviti berkelah.

Murid sukar untuk

mengembangkan isi-isi penting

menjadi huraian

Guru menggunakan bantuan peta

minda bagi memudahkan murid

membuat huraian terhadap

setiap isi penulisan.

9. Bagaimana memotivasikan murid

a) Membetulkan kesilapan murid sekiranya murid salah menjawab

soalan dengan nada yang bersesuaian.

22

b) Memberi ganjaran seperti pujian atau galakan kepada murid

yang berjaya menjawab soalan atau murid yang berkelakuan

baik.

Hasil Pembelajaran :

Domain Kognitif

Sebelum tamat pengajaran, murid 5 Aman, dalam masa 4 minit dapat :

1. menganalisis gambar yang diberikan dengan teliti.

2. memberikan idea dan pendapat masing-masing berdasarkan

bantuan gambar yang diberikan.

3. menghuraikan dan membina sebuah penulisan berdasarkan isi-isi

yang telah dibincangkan berserta huraian yang jelas.

Domain nilai murni

Sebelum tamat pengajaran, murid dapat mempamerkan nilai murni

“kesyukuran” terhadap keindahan pantai

Domain kemahiran sosial

Sebelum tamat pengajaran, murid dapat mempamerkan kemahiran

sosial “berkongsi idea” sesama rakan sekelas semasa perbincangan isi.

Domain kemahiran berfikir kritis dan kreatif

Sebelum tamat pengajaran, murid dapat mempamerkan kemahiran

berfikir kritis dan kreatif “menjana idea” berdasarkan pengalaman

murid dan rangsangan dari bahan bantu mengajar.

Fasa-fasa pembelajaran Model

Hunter

Huraian aktiviti Catatan

1 Set induksi 1. Guru bertanyakan khabar murid.2. Guru mendapatkan respons murid

tentang pembelajaran baru sama ada murid tahu atau tidak.

3. Guru akan bercerita secara santai dan spontan secara ringkas mengenai tempat berkelah yang ada di Malaysia.

4. Guru juga bertanyakan kepada semua murid sama ada murid pernah merasai atau melalui pengalaman berkelah di tempat pantai baik ketika bersama keluarga mahupun rakan-

Penyoalan dan penceritaan antara murid dan guru

23

rakan. 2 Maklumkan

objektif pembelajaran

4. Guru memaklumkan hasil pembelajaran serta kepentingan menguasai hasil pembelajaran berkenaan iaitu:a) Murid-murid dapat menganalisis

gambar yang diberikan dengan teliti.

b) Murid-murid dapat memberikan idea dan pendapat masing-masing berdasarkan bantuan gambar yang diberikan.

c) Murid-murid dapat menghuraikan dan membina sebuah penulisan berdasarkan isi-isi yang telah dibincangkan berserta huraian yang jelas.

Penerangan guru

3 Input pengajaran

5. Guru menerangkan kerangka isi pelajaran dan menulis advance organizer isi pelajaran yang akan disampaikan yang meliputi isi-isi penulisan berdasarkan gambar.

Penerangan guru

4 Permodelan 6. Guru mengedarkan gambar perkelahan di tepi pantai kepada setiap murid.

7.Guru menerangkan kepada murid bahawa mereka perlu meneliti gambar tersebut dan menyatakan isi-isi penting berkaitan aktiviti perkelahan di tepi pantai.

8. Sementara murid mencari isi penulisan, guru melukis gambar peta minda pada papan putih dengan menggunakan pen marker berwarna.

9. Guru menjana idea murid mengenai aktiviti perkelahan di tepi pantai dengan menggunakan bantuan peta minda yang telah dilukis di papan putih.

10. Guru akan memanggil nama murid terutama bagi murid yang hilang fokus untuk memberikan idea dan juga pendapat mereka.

Penggunaan peta minda di papan putih, gambar berkelah di tepi pantai, penglibatan murid memberikan idea dan penghasilan penulisan daripada murid.

24

11. Guru akan meminta murid yang terpilih untuk tampil ke hadapan dan menulis jawapan mereka pada kotak peta minda yang disediakan di papan putih.

12. Isi-isi penting karangan kemudiannya dikembangkan dengan huraian isi penting yang juga ditulis oleh murid dalam peta minda di papan putih.

13. Selesai mengisi kotak peta minda, guru perlu memastikan setiap isi dan huraian yang diberikan oleh murid mereka adalah betul dan bertepatan berdasarkan gambar yang diberikan.

14. Guru akan membetulkan sekiranya ada idea atau penggunaan tatabahasa dan sebagainya yang diberikan murid kelihatan kurang tepat.

15. Guru akan meminta semua murid menyalin peta minda sambil memahami segala isi yang ditulis di dalam buku latihan.

16. Guru kemudiannya mengarahkan semua murid-murid membina sebuah penulisan penuh untuk tajuk “Berkelah di Tepi Pantai”.

17. Guru akan memungut semua hasil kerja murid setelah tamat waktu masa P&P Bahasa Melayu.

5 Semak kefahaman murid

10.Guru bersoal jawab dengan murid untuk mengetahui tahap kefahaman murid.

11.Guru memilih beberapa murid untuk melengkapkan peta minda berkaitan gambar yang diberikan.

Soal jawab antara guru dan pelajar.

6 Pantau dan ubah suai

12.Guru memantau hasil penulisan murid dan meminta murid menerang semula apa yang diperoleh.

13. Guru menerang semula input-input yang tidak jelas oleh murid dan menghubungkait dengan pengalaman lalu.

Pemantauan hasil kerja pelajar, penerangan dari guru.

25

7 Praktis terbimbing

14.Guru memilih beberapa orang murid untuk menjawab soalan yang ditanya oleh guru.

15. Guru merumuskan apa yang dipelajari dari hasil pencapaian pembelajaran yang diperoleh menerusi aktiviti yang dijalankan.

Soal jawab antara guru dan pelajar, rumusan dari guru.

8 Praktis bertempoh

16. Guru menyuruh murid menghasilkan sebuah penulisan berdasarkan tajuk yang diajar.

Murid menghasilkan penulisan.

9 Penutup 18.Guru merumus berdasarkan hasil pencapaian murid.

20.Guru menerapkan nilai murni bersyukur dan menghubungkaitkan nilai tersebut dengan tajuk pengajaran dan pembelajaran pada hari tersebut.

Penerangan dari guru.

3.0 PENUTUP

Sebagai kesimpulannya, pengajaran menulis di sekolah bukan sesuatu

perkara yang boleh dipandang mudah oleh guru terutamanya dalam

kalangan guru yang mengajar subjek Bahasa Melayu. Kemahiran ini

perlu dijalankan dengan berkesan supaya setiap pelajar dapat

menguasai kemahiran menulis dengan sebaik-baiknya kerana ia

merupakan perkara asas yang amat oenting perlu dikuasai oleh semua

murid di sekolah. Buktinya, pelbagai kajian-kajian terdahulu beserta

dengan pelbagai pendekatan, teknik dan kaedah telah diperkenal dan

disarankan kepada semua guru untuk dipraktikkan dalam bilik darjah.

Peranan guru sangat penting sebagai pembimbing murid-murid dalam

kemahiran menulis.

RUJUKAN

Abdul Shukor Shaari (2001). Penulisan karangan: beberapa proses yang

harus dibina.

(2): 24-27.

26

Abdullah Hassan. (1996). Isu-isu Pembelajaran dan pengajaran Bahasa

Malaysia

di Sekolah Menengah Rendah Kebangsaan di Negeri Selangor.

Serdang:

Penerbit Universiti Putra Malaysia.

Ahmad Khair Mohd. Nor (2005). Menulis membina ketrampilan berfikir.

(7): 12-14.

Ahmad Zaini Yaacob (2000). Keberkesanan pembelajaran koperatif

dalam

meningkatkan penulisan bahasa Melayu di kalangan pelajar

tingkatan 4 luar

bandar. Kertas Projek Sarjana Pendidikan yang Tidak Diterbitkan

Fakulti

Pendidikan, Universiti Malaya.

Angela H. dan Rylee A.D (2013). Implementing cooperative learning in

Australian primary schools: generalist teachers’ perspectives.

Diperoleh pada 14 Oktober 2014 daripada

http://www.iier.org.au/iier23/hennessey.pdf

Arbak Othman. (1989). Mengajar tatabahasa. Kuala Lumpur: Dewan

Bahasa dan Pustaka.

Azizi Yahya dan Zurihanmi Zakaria (2005). Aplikasi kognitif dalam

pendidikan. Pahang : PTS profesional Publishing Sdn. Bhd.

Evans, J. M. & Brueckner, M. M. (1990). Elementary social studies

teaching for today and tomorrow. Massachussets: Allyn and

Bacon.

Fadzilah Abd. Rahman (2011). Pelaksanaan pengajaran dan

pembelajaran kemahiran menulis di sekolah rendah. (1): 67-87.

Ismail Ahmad, (2004). Penulisan Saintifik. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

27

Johnson, D.J., & Grant, J.O (1989). Written Narratives of Normal& Learning

disebled of Dysledvia, 39: 140-156.

Mahani Razali et al., (2006). Psikologi pendidikan. Diperoleh pada 15

Oktober 2014 daripada http://www.pts.com.my

Mahzan Arshad (2003). Pendidikan literasi bahasa Melayu: satu

pendekatan bersepadu. Kuala Lumpur : Utusan Publications&

Distributor Sdn. Bhd.

Marohaini Yusoff (2004). Perlakuan dan proses menulis karangan

bahasa Melayu.

Kuala Lumpur: Penerbitan Universiti Melaya.

Othman Puteh (2001). Penulisan kreatif, teori, pengalaman, cabaran.

Kuala Lumpur : Utusan Publications & Distributors Sdn. Bhd.

Robert E. (1989). Research on cooperative learning:consensus and

controversy. Diperoleh pada 16 Oktober 2014 daripada

http://www.ascd.org/ascd/pdf/journals

Roselan Baki (2003). Pengajaran dan pembelajaran penulisan bahasa

Melayu. Shah Alam: Karisma Publicatins Sdn. Bhd.

 Tay Meng Huat. (2003). Satu tinjauan terhadap sikap dan masalah guru

Bahasa Melayu di sekolah rendah jenis kebangsaan. Diperoleh

pada 14 Oktober 2014 daripada

http://www.ipbl.edu.my/inter/penyelidikan/jurnal

Yahya Othman et al., (2009). Pemerkasaan pendidikan bahasa Melayu:

dari teori ke praktik. Kuala Lumpur : Utusan Publications &

Distributors Sdn. Bhd.

28

29