assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh, salam ... · sinar harian 15 makluman 2 3 sept bukan...

5
Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh, Salam Sejahtera Dan Salam Perpaduan, Tuan/ Puan, Dengan hormatnya dikemukakan laporan media pada tarikh 3 September 2019 (Selasa) untuk makluman warga PERPADUAN. BERITA / ARTIKEL : BIL TARIKH TAJUK BERITA AKHBAR M/S KATEGORI 1 3 Sept 2019 (Selasa) Kita semua ialah rakyat Malaysia Sinar Harian 15 Makluman 2 3 Sept 2019 (Selasa) Bukan roti canai biasa-biasa Sinar Harian 14 Makluman 3 3 Sept 2019 (Selasa) Perpaduan melalui makanan warisan Sinar Harian 14 Makluman 4 3 Sept 2019 (Selasa) Sukan menyatukan anak Malaysia Sinar Harian 13 Makluman 2. SINOPSIS : 1. 3 Sept 2019 (Selasa), Sinar Harian ms 15: Walaupun kita berbeza dari segi kaum, warna kulit, kebudayaan dan bahasa, tetapi anggota dan organ dalam badan kita adalah sama. Janganlah kerana mempunyai pendirian yang berbeza kita sanggup lupa kita adalah rakyat Malaysia.Hanya perpaduan semua kaum sahaja yang mampu membantu Negara berjaya sebagai sebuah Negara yang maju. Seluruh rakyat perlu mematuhi prinsip Rukun Negara, jangan kerana ada unsur-unsur perkauman sehingga menjejaskan perpaduan yang telah terjalin selama ini.

Upload: others

Post on 17-Mar-2021

9 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh, Salam ... · Sinar Harian 15 Makluman 2 3 Sept Bukan roti canai biasa2019 (Selasa) -biasa Sinar Harian 14 Makluman 3 3 Sept 2019 (Selasa)

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh,

Salam Sejahtera Dan Salam Perpaduan,

Tuan/ Puan,

Dengan hormatnya dikemukakan laporan media pada tarikh 3 September 2019 (Selasa)

untuk makluman warga PERPADUAN.

BERITA / ARTIKEL :

BIL TARIKH TAJUK BERITA AKHBAR M/S KATEGORI

1 3 Sept 2019 (Selasa) Kita semua ialah rakyat Malaysia

Sinar Harian 15 Makluman

2 3 Sept 2019 (Selasa) Bukan roti canai biasa-biasa Sinar Harian 14 Makluman

3 3 Sept 2019 (Selasa) Perpaduan melalui makanan warisan

Sinar Harian 14 Makluman

4 3 Sept 2019 (Selasa) Sukan menyatukan anak Malaysia

Sinar Harian 13 Makluman

2. SINOPSIS :

1. 3 Sept 2019 (Selasa), Sinar Harian ms 15:

Walaupun kita berbeza dari segi kaum, warna kulit, kebudayaan dan bahasa, tetapi

anggota dan organ dalam badan kita adalah sama. Janganlah kerana mempunyai

pendirian yang berbeza kita sanggup lupa kita adalah rakyat Malaysia.Hanya perpaduan

semua kaum sahaja yang mampu membantu Negara berjaya sebagai sebuah Negara

yang maju. Seluruh rakyat perlu mematuhi prinsip Rukun Negara, jangan kerana ada

unsur-unsur perkauman sehingga menjejaskan perpaduan yang telah terjalin selama ini.

Page 2: Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh, Salam ... · Sinar Harian 15 Makluman 2 3 Sept Bukan roti canai biasa2019 (Selasa) -biasa Sinar Harian 14 Makluman 3 3 Sept 2019 (Selasa)
Page 3: Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh, Salam ... · Sinar Harian 15 Makluman 2 3 Sept Bukan roti canai biasa2019 (Selasa) -biasa Sinar Harian 14 Makluman 3 3 Sept 2019 (Selasa)

2. 3 Sept 2019 (Selasa), Sinar Harian ms 14:

Hakikatnya tanpa kita sedari makanan telah banyak memainkan peranan dalam

kehidupan sosial kita. Makanan boleh menyatukan orang untuk pelbagai acara seperti

perayaan, percutian atau sekadar sesi berlepak dikedai mamak.Jadi tidak hairanlah

daripada sebuah kedai makan ia boleh menyemarakkan elemen perpaduan. Daripada

sekeping roti canai ia menggamit semua bangsa menikmati rasa yang sama.

Page 4: Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh, Salam ... · Sinar Harian 15 Makluman 2 3 Sept Bukan roti canai biasa2019 (Selasa) -biasa Sinar Harian 14 Makluman 3 3 Sept 2019 (Selasa)

3. 3 Sept 2019 (Selasa), Sinar Harian ms 14:

Kepelbagaian bangsa, agama dan budaya di Malaysia secara tidak langsung

memangkin kepada perkembangan variasi jenis makanan warisan yang mengukuhkan

perpaduan kaum dinegara ini. Kemampuan sesuatu makanan warisan sabagai satu

factor untuk menyatukan rakyat Malaysia yang berbilang kaum dan agama adalah tidak

dinafikan.

Page 5: Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh, Salam ... · Sinar Harian 15 Makluman 2 3 Sept Bukan roti canai biasa2019 (Selasa) -biasa Sinar Harian 14 Makluman 3 3 Sept 2019 (Selasa)

4. 3 Sept 2019 (Selasa), Sinar Harian ms 13:

Sukan bukan semata-mata pentas persaingan atlet mana yang paling kuat dan hebat.

Tanpa kita sedari sukan sejak sekian lama telah menjadi agen perpaduan paling berjaya

dalam menyatukan rakyat sesebuah Negara tidak terkecuali di Malaysia. Lihat sahaja

bagaimana apabila kejayaan ahli sukan diiringi dengan berkibarnya Jalur Gemilang

berdendangnya lagu Negaraku dan lebih hebat seluruh stadium bergema dengan

sorakan pelbagai lapisan kaum.

"Membudayakan Perpaduan, Meraikan Kepelbagaian"

MOHD FAISAL BIN SALEH

Bahagian Korporat

Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional

Jabatan Perdana Menteri