asign komputer

Upload: lieyatie

Post on 01-Mar-2016

30 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

BBM Pembelajaran berbantukan komputer

TRANSCRIPT

EP411 Pengajaran Bahasa Melayu Berbantukan Komputer

TUGASAN

Januari 2015 SEMESTER

KOD KURSUSEPP 411

NAMA KURSUSPENGAJARAN BAHASA MELAYU BERBANTUKAN KOMPUTER

PROGRAM SARJANA MUDA PENDIDIKAN

NAMA PELAJAR

NORLIZA BINTI HJ MOHAMAD

NO. MATRIK

E30209120152

NAMA FASILITATOR AKADEMIK

PUSAT PEMBELAJARAN

BAHAGIAN A

1. Tujuan dan Rasional KajianKajian ini bertujuan untuk mengenal pasti sikap guru Bahasa Melayu terhadap penggunaan ICT dalam pengajaran di sekolah-sekolah rendah Bintulu, Sarawak. Sikap guru terhadap komputer atau ICT merupakan satu daripada tiga faktor yang menyumbang kepadapenerimaan guru-guru terhadap penggunaan komputer. Selain itu ,ciri-ciri komputer dan dasar kritikal yang penting yang merupakan penyumbang kepada penerimaan penggunaan komputer dalam sesi pengajaran dan pembelajaran. ICT telah mendatangkan kesan yangmendalam terhadap anjakan perubahan sistem dan pengurusan pendidikan di negara-negara yang sedang membangun seperti Malaysia. Revolusi maklumat yang berlaku disebabkan oleh kemajuan ICT yang membericabaran baharu kepada profesion keguruan. Kemajuan yang berlaku ini perlu dimanfaatkan untuk mempertingkatkan martabat profesion keguruan yang sedang mengharungi perubahan abad ke-21. Implikasinya, proses pengajaran dan pembelajaran dapat dipertingkatkan mutunya dan dipelbagaikan penyampaian melalui beberapa teknik seperti berbantukan komputer dan perisian. Penggunaan alat bantu mengajar ini dikatakan dapat meningkatkan minat serta merangsangkan minda pelajar pada zaman siber ini dan telah dianggap serta diakui sebagai pemangkin dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Cabaran baharu dunia pendidikan dalam era teknologi maklumat (ICT) memerlukan penglibatan guruguru yang aktif menggunakan teknologi dalam pengajaran dan pembelajaran. Oleh sebab itu, perkembangan teknologi telah mengubah corak pengajaran dan pembelajaran daripada tradisi kepada kaedah yang lebih canggih dan moden. Pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu pada peringkat prasekolah, sekolah rendah dan menengah menuntut pelbagai pembaharuan dan cabaran secara komprehensif. Guru-guru Bahasa Melayu yang sentiasa prihatin dengan arus pendidikan semasa negara sewajarnya meneladeni hal tersebut agar tidak terus-terusan mengajar para pelajarnya subjek Bahasa Melayu secara konvensional atau dengan kata lain ketinggalan zaman (Samuel & Zaitun 2007 ). Sikap terhadap komputer ialah satu daripada tiga faktor yang menyumbang kepada penerimaan guru-guru terhadap penggunaan komputer. Zulkifli dan Raja Maznah(1994) mendapati bahawa sikap guru yang positif adalah penting untuk mendorong seseorang pelajar bagi mempelajari sesuatu subjek. Oleh itu, sikap dan kesedaran merupakan cara yang terbaik untuk menjangka dan meramal komitmen terhadap penggunaan komputer. Sikapdan keyakinan serta efikasi yang tinggi dapat membantu memudahkan proses peningkatan kemahiran dalam pelaksanaan ICT ketika proses pengajaran dan pembelajaran dalam bilik darjah.

2. Dapatan KajianDapatan kajian menunjukkan bahawa sikap guru-guru Bahasa Melayu terhadap penggunaan ICT dalam pengajaran adalah baik iaitu berada dalam tahap tinggi dan sederhana. analisis dapatan kajian ini telah menunjukkan guru-guru Bahasa Melayu yang mengajar di sekolah-sekolah rendah di Bintulu, Sarawak bersikap positif terhadap penggunaan ICT dalam pengajaran dan pembelajaran dengan skor min 3.74. Hasil kajian juga mendapati sikap guru Bahasa Melayu terhadap penggunaan ICT dalam pengajaran dan pembelajaran berada pada tahap yang tinggi dengan skor min 3.94. Dapatan kajian ini telah menunjukkan bahawa guru Bahasa Melayu bersikap positif terhadap penggunaan ICT dalam pengajaran dan pembelajaran.Terdapat perbezaan sikap guru-guru Bahasa Melayu yang pernah menghadiri kursus ICT dengan guru-guru Bahasa Melayu yang tidak pernah menghadiri kursus ICT terhadap penggunaan ICT dalam pengajaran. Pengalaman mengikuti kursus didapati mengubah sikap dan tanggapan guru-guru terhadap penggunaan ICT dalam pengajaran dan pembelajaran mereka. Guru-guru mempunyai minat yang tinggi dalam penggunaan ICT dan ingin menggunakannya dalam pengajaran dan pembelajaran. Walau bagaimanapun peluang mengikuti kursus agak terbatas menyebabkan mereka merasakan tertinggal dari aspek pengaplikasian ICT. Guru-guru juga didapati bersikap kurang pastiatau kurang kayakinan terhadap penggunaan ICT untuk digunakan dalam pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu.Hasil analisis ujian yang telah dijalankan dalam kajian ini ke atas sikap guru Bahasa Melayu yang pernah menghadiri kursus ICT dengan guru Bahasa Melayu tidak pernah menghadiri kursus ICT telah menunjukkan bahawa terdapat perbezaan yang signifikan dari aspek sikap guru-guru Bahasa Melayu terhadap penggunaan ICT dalam pengajaran. Dapatan kajian ini menunjukkan bahawa guru-guru Bahasa Melayu yang pernah menghadiri kursus ICT lebih bersikap positif dan berbanding dengan guru-guru yang tidak pernah menghadiri kursus ICT kerana mereka tidak mempunyai pengetahuan serta kemahiran untuk mengendalikan komputer dan mengaplikasikan ICT dalam pengajaran. Berdasarkan dapatan kajian ini dapat menjelaskan bahawa guru-guru Bahasa Melayu yang tidak pernah menghadiri kursus ICT mempunyai sikap negatif terhadap penggunaan ICT dalam pengajaran. Dapatan kajian ini disokong oleh hasil kajian Zulkifli dan Raja Maznah (1994), mendapati guru-guru yang tidak mempunyai pengalaman dengan komputer kebiasaannya mempunyai sikap yang negatif dan tahap kebimbangan yang tinggi terhadap komputer. Ini sejajar dengan pendapat Summer (1990) dalam Christensen (1997) bahawa satu daripada sebab utama guru bersikap negatif terhadap komputer disebabkan kurangnya pengetahuan dan pengalaman dalam bidang berkenaan. Begitu juga dengan dapatan kajian oleh Russel dan Bradley (1997) dalam Alexandra et al. (2006) melaporkan bahawa ramai guru yang tidak menggunakan komputer disebabkan mereka kekurangan keyakinan diri ataupun berasa takut akan komputer. Selain itu, kajian Becker dan Watt (1996)mendapati kewujudan sikap negatif guru disebabkan oleh guru telah sebati dengan kaedah tradisional dan sukar untuk membuat penyesuaian dengan teknologi instruksional. Kajian Becker dan Watt (1996) telah disokong oleh Norin (2004) yang menyatakan kebanyakan guru yang berpengalaman telah mempunyai mind-set tentang kaedah pengajaran yang disukai mereka. Kajian ini turut disokong oleh Padraig & Mark (2007) yang mendapati bahawaterdapat 35% - 40% guru sekolah menengah mengakui mereka langsung tidak pernah menggunakan komputer sama ada di sekolah mahupun di luar sekolah. Justeru, guru-guru Bahasa Melayu yang tidak pernah menghadiri sebarang kursus ICT harus didedahkan dengan pengetahuan dan kemahiran penggunaan ICT melalui kursus-kursus ICT yang ditawarkan. Ini sejajar dengan pendapat Ahmad Fuad (2003) bahawa hasrat untuk mencapai penggunaan ICT secara menyeluruh dalam proses pembelajaran dan pengajaran memerlukan dua jenis perubahan dalam kalangan guru. Pertama, guru harus diyakinkan bahawa terdapat banyak kebaikan dan kepentingan penggunaan ICT dalam sesi pembelajaran dan pengajaran. Kedua, guru perlu diberikan kemahiran yang mencukupi untuk menggunakan peralatan ICT secara cekap dan efektif. Dalam pada itu, Albion (1999) menyarankan bahawa satu cara yang ideal untuk meningkatkan efikasi guru terhadap penggunaan ICT adalah dengan menyediakan latihan kemahiran ICT kerana latihan ini berupaya meningkatkan efikasi guru.Kursus komputer telah dihadiri oleh kebanyakan guru Bahasa Melayu. Bagi menjamin keberkesanan penggunaan komputer dalam pengajaran, kursus yang dihadiri perlu dikaitkan dengan pembinaan bahan pembelajaran serta perisian yang sesuai boleh digunakan untuk tujuan tersebut. Ini bersesuaian dengan dapatan kajian lain di mana kebijakan guru memilih kaedah TMK yang sesuai bagi menepati objektif dan konteks pengajaran, mengubah suai bahan sedia ada ataupun membangunkan persekitaran yang sesuai bagi memastikan penglibatan murid dalam pembelajaran. Begitu juga dengan penggunaan komputer dalam pengajaran terutama yang melibatkan kursus dalam talian mampu menarik perhatian pelajar. Kesan penggunaan komputer dalam pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu juga didapati positif dengan kebanyakan sampel menyatakan demikian. Antaranya ialah penggunaan computer dapat memupuk minat yang mendalam terhadap penguasaan Bahasa Melayu.Hasil kajian yang dijalankan oleh Saad Al Kahtani (1999) menunjukkan penggunaan komputer dalam pengajaran menulis karangan dapat memberi kesan terhadap pencapaian pelajar. Kekangan yang dihadapi oleh guru Bahasa Melayu dalam melaksanakan pengajaran berbantukan komputer meliputi aspek kursus peningkatan, pelajar yang pelbagai kecerdasan, teknologi komputer yang sering berubah, masa yang diperlukan untuk membuat persediaan pengajaran, dan sebagainya boleh memberi kesan terhadap pengajaran.Justeru itu, dalam hal membuat perancangan, dan persediaan pihak pentadbir sekolah perlu menyediakan guru-guru agar benar-benar menguasai kemahiran tersebut perlu dilakukan secara profesional. Masalah dalam penggunaan komputer perlu dihadapi dengan memberikan penekanan kepada aplikasi TMK dalam pengajaran sebagaimana yang ditekankan oleh Kementerian Pelajaran. Sukatan pelajaran Bahasa Melayu juga perlu dirujuk untuk melihat keperluan menggunakan komputer dalam pengajaran. Di samping itu, perhatian juga perlu diberi kepada aspek integrasi Bahasa melayu dengan mata pelajaran yang lain mampu untuk membantu pelajar mahir dalam sesuatu tajuk.Kesimpulannya, Bahasa Melayu sedang mengalami zaman penuh cabaran terutama dari segi pandangan umum terhadap kepentingannya dalam pengajaran (A. Aziz Deraman, 2007). Walaupun demikian, aspek pengajaran perlu diberikan perhatian dengan menekankan penguasaan kemahiran bahasa yang diajarkan. Penggunaan komputer dalam pengajaran BM berupaya meningkatkan lagi keupayaan pelajar dalam menguasai BM dengan lebih baik. Oleh itu, aspek latihan dalam perkhidmatan, penyediaan bahan pembelajaran interaktif, menggalakkan penggunaan internet dalam pengajaran serta penyediaan teknologi yang sesuai dengan keperluan semasa perlu diberikan perhatian.

3. Implikasi Terhadap Pengajaran dan Pembelajaran Bahasa MelayuSecara keseluruhan, hasil kajian mendapati guru-guru yang mengajar mata pelajaran Bahasa Melayu di sekolah rendah dalam bahagian Bintulu, Sarawak mempunyai sikap yang positif terhadap penggunaan ICT dalam pengajaran. Walau bagaimanapun, hasil kajian menunjukkan guru-guru Bahasa Melayu mempunyai pengetahuan dan kemahiran yang sederhana terhadap penggunaan ICT. Guru-guru mempunyai sikap yang sederhana dalam usaha menggunakan ICT ketika menjalankan pengajaran dan pembelajaran. Sikap yang sedemikian agak membimbangkan kerana bahan-bahan pembelajaran bahasa lebih mudahdiperolehi daripada sumber yang berteraskan ICT. Perkara yang sedemikian ada kaitannya pendedahan kepada guru Bahasa Melayu terhadap ICT di daerah yang berkenaan. Lanjutan daripada isu tersebut menyebabkan juga keyakinan guru-guru Bahasa Melayu untuk menggunakan ICT dalam pengajaran adalah sederhana. Justeru, pihak Kementerian Pelajaran Malaysia dan pihak berwajib harus berganding bahu untuk menangani masalah tersebut kerana sekiranya sebarang tindakan dan langkah yang sewajarnya tidak diambil, maka berkemungkinan guru-guru kita akan terus dihanyut dan ditinggalkan oleh ilmu ICT, khususnya aspek pengetahuan dan kemahiran penggunaan ICT dalam pengajaran dan pembelajaran. Sebagai langkah bijak, kumpulan guru yang kekurangan pengetahuan dankemahiran tentang ICT harus dipantau dan dikenal pasti dengan kadar segera supaya dapat diberi kursus atau latihan ICT. Kedudukan sekolah di pedalaman dalam daerah Bintulu yang terletak di Sarawak seharusnya diberikan perhatian yang serius oleh Kementerian Pelajaran Malaysia. Dalam masa yang sama, guru-guru Bahasa Melayu harus mengambil inisiatif sendiri untuk mempertingkatkan pengetahuan dan kemahiran dalam bidang ICT supaya dapat diaplikasikan ke dalam pengajaran. Justeru, pengajaran secara tradisional yang berteraskan chalk and talk perlu diubah untuk disesuaikan dengan kaedah pengajaran baharu.Penggunaan teknologi maklumat dan komunikasi ( TMK ) dalam pengajaran dan pembelajaran di sekolah dapat meningkatkan penguasaan bahasa murid. Di samping itu, TMK juga mampu menarik minat dan memotivasi murid untuk belajar bahasa dengan pelbagai variasi yang direncanakan oleh para guru bahasa dengan hasrat meningkatkan tahap pencapaian murid dalam bahasa. Murid akan teruja untuk meneroka dengan menggunakan perisian komputer secara kendiri. Kajian selanjutnya perlu dilakukan pada masa hadapan berkaitan aplikasi TMK dalam pengajaran bahasa kerana pihak guru perlu memastikan aspek dan aras yang betul ketika melaksanakan pengajaran agar sesuai dengan aras kemampuan murid. Diharap kajian sebegini akan dilakukan dengan lebih kerap oleh pihak berkaitan dalam memperkasakan lagi bidang pendidikan di negara ini. Kemudahan sedia ada perlu dimanfaatkan semaksimum mungkin oleh para pendidik semasa melaksanakan pengajaran.

BAHAGIAN C1. Pendahuluan

Perkembangan dunia Teknologi Maklumat dan Komunikasi (ICT) telah memberikan banyak impak positif kepada pelbagai bidang perindustrian termasuklah dunia pendidikan. Tindakan Kementerian Pendidikan Malaysia yang menjadikan penggunaan pelbagai bahan bantu mengajar seperti komputer riba, cakera padat, penggunaan pelbagai perisian pendidikan pembelajaran dan pelbagai alat bantu mengajar yang lain. Oleh yang demikian, adalah perlu untuk setiap pendidik menggunakan pelbagai alat bantu mengajar sama ada yang berbentuk peralatan mahupun perisian bagi membantu merangsang dan meningkatkan minat dan kecenderungan Murid terhadap sesuatu topik pembelajaran. Pengajaran dan pembelajaran adalah fokus utama pihak pengurusan pendidikan kebangsaan sama ada di peringkat sekolah rendah mahupun di peringkat sekolah menengah. Justeru, pihak pengurusan pendidikan baik di peringkat negeri mahupun di peringkat kebangsaan sentiasa mencari alternatif atau kaedah pengajaran dan pembelajaran terbaik dalam usaha untuk meningkatkan keupayaan sesuatu proses pengajaran dan pembelajaran. Latihan aplikasi dan integrasi teknologi maklumat dan komunikasi atau juga dikenali dengan gelaran ICT adalah antara usaha yang telah diperkenalkan di kebanyakan sekolah rendah dan menengah.Teknologi pengajaran adalah satu konsep pembelajaran yang mengaplikasikan kemajuan dan kemudahan teknologi semasa dalam aktiviti pengajaran dan pembelejaran di dalam bilik darjah. Abad ke 21 mengundang pelbagai cabaran dan perubahan berkaitan dengan keperluan pendidikan dan latihan di sekolah, institusi pengajian tinggi, industri dan sektor perdagangan. Kewujudan teknologi maklumat dan teknologi multimedia telah meninggalkan impak yang kuat. Penggunaan internet adalah aktiviti pengajaran dan pembelajaran mampu memberikan banyak manfaat kepada guru khususnya dalam mempengaruhi cara seseorang guru menjalankan aktiviti pengajaran dan pembelajaran. Penggunaan internet ini juga mampu membentuk satu suasana pengajaran dan pembelajaran yang lebih efektif dalam mencapai setiap matlamat dan objektif pengajaran dan pembelajaran yang telah dibentuk.Penggunaan teknologi maklumat dan komunikasi dalam pengajaran danpembelajaran mempunyai nilai yang sangat tinggi. Kini, guru-guru telah diberi tugasanuntuk mengintegrasikan ICT dalam kurikulum. Sejauhmanakah guru-guru mencari jalanuntuk menggunakan kemahiran ICT dalam dunia teknologi yang sentiasa berkembangdan berubah dari masa ke masa? Dan sejauhmanakah guru sendiri mempunyaipengetahuan dan kemahiran dalam menggunakan ICT secara berkesan? Apakah yangsebenarnya dapat dilakukan untuk meningkatkan dan memperbaik tahap keberkesananICT di sekolah?Kemahiran teknologi maklumat dan komunikasi jarang sekali diaplikasikan didalam kelas. Umumnya, ini kerana kemudahan makmal komputer untuk mempelajari bahasa sangatlah terhad di kebanyakan sekolah. Namun begitu, ada juga sekolah yang mempunyai kemudahan lengkap untuk mempelajari kemahiran ICT. Sikap positif dan inisiatif guru unuk menggunakannya adalah sangat penting dalam soal ini. Adakah semua guru bahasa Melayu berupaya menyediakan perisian atau bahan bantu mengajar yang sesuai sebelum menjalankan pengajaran bahasa yang menggunakan komputer? Tambahan pula, guru bahasa tidak diberikan apa-apa bahan bantu mengajar elektronik seperti komputer riba atau LCD untuk menyampaikan pengajaran bahasa seperti yangdiberikan kepada guru subjek lain.

2. Skop Tugasan.Dalam tugasan saya telah menemubual 4 orang guru Bahasa Melayu dari sekolah saya iaitu Sekolah Kebangsaan Madrasah Abdul Kadir Hassan berkaitan dengan penggunaan teknologi dalam pengajaran & pembelajaran bahasa Melayu di sekolah sekolah. Kesemua responden ini merupakan guru yang berpengalaman lebih 10 tahun dan 2 orang guru yang mempunyai kurang 10 tahun pengalaman mengajar. Responden tersebut ialah :BilNamaUmurPengalaman Mengajar

1Puan Hamidah Bt Kadir ( Responden 1 )40 tahun16 tahun

2Encik Baseri Bin Bol ( Responden 2 )45 tahun20 tahun

3Encik Amirul Amat ( Responden 3 )28 tahun3 tahun

4Cik Habsah Bt Drahman ( Responden 4 )30 tahun4 tahun

Responden ini telah ditemubual dan pemerhatian telah dilakukan beberapa kali ke atas pengajaran dan pembelajaran mereka.

Berikut adalah hasil temubual yang telah dijalankan :

KriteriaResponden 1Responden 2Responden 3Responden 4

Jenis teknolongi yang digunakan Laptop/ Komputer Riba dan LCD Projektor, CD yang dibekalkan oleh kementerianLaptop/ Komputer Riba dan LCD Projektor, CD yang dibekalkan oleh kementerianLaptop/ Komputer Riba dan LCD Projektor, CD yang dibekalkan oleh kementerian, MS Powerpoint yang dibuat sendiri, internetLaptop/ Komputer Riba dan LCD Projektor, CD yang dibekalkan oleh kementerian, MS Powerpoint yang dibina sendiri , internet

Kekerapan Pengunaan Teknologi dalam PdPSekali sekala Sekali dalam sebulan2 kali dalam sebulan2-3 kali sebulan

Kemahiran / MinatKurang kemahiran mengendalikan komputer dan LCD. Perlu bantuan juruteknik komputer untuk memasang peralatan sebelum sesi pembelajaranBerminat menggunakan teknologi untuk pengajaran dan pembelajaran. Hanya boleh mengendalikan komputer dan memasang LCD projektor sahaja.Berminat menggunakan teknologi dalan pdp dan mempunyai kemahiran mengendalikan peralatan komputer dan projektor sendiriBerminat menggunakan teknologi dalam pdp dan mahir mengendalikan komputer dan peralatan ICT

Kemudahan yang disediakanKemudahan LCD projektor dan Laptop shj.LCD projektor dan laptop yang disediakan perludikongsikan bersama guru-guru lain. Kebanyakan peralatan yang dibekalkan telah rosak.Menggunakan laptop sendiri untuk sesi pdp. Masalah LCD projektor yang ada terhad sebab kebanyakan yang dihantar ke sekolah telah rosak.Menggunakan laptop sendiri. Masalah LCD projektor yang perlu ditempah awal untuk penggunakan kerana hanya ada 2 sahaja yang dapat digunakan.

Pandangan terhadap penggunaan ICT dalam Pembelajaran dan pengajaran Bahasa Melayu di dalam kelasMurid-murid terlibat secara aktif dalam pdp menggunakan peralatan ICT. Namun terbatas sebab tiada kemahiran mengendalikan peralatan ICT. Persediaan Pdp agak rumit sebab perlu tempahan laptop dan LCD projektor serta jurr teknik komputer yang perlu membantu memasang peralatan tersebut.Pdp lebih berkesan menggunakan peralatan ICT sebab murid berminat. Kekakangan kemudahan yang terbatas dan memerlukan persediaan yang rapi.Murid-murid terlibat aktif dalam sesi pembelajaran di dalam kelas. Sesi pengajaran lebih mudah kerana murid meneroka sendiri maklumat tentang tajuk. Persediaan sesi pembalajaran agak rumit sebab memerlukan guru menyediakan persembahan melalui MS powerpoint.Sesi pembelajaran di dalam kelas menyeronokkan terutama bila ada aktiviti interaktif yang disediakan di dalam CD yang dibekalkan oleh kementerian. Kemudahan peralatan ICT seperti LCD projektor yang agak terbatas penggunaannya menyebabkan minat dan semangat jadi terbantut.

3. Rumusan Kajian ( Temubual yang dijalankan)

Berdasarkan temubual dan pemerhatian yang telah dijalankan di sekolah saya, tahap penggunaan komputer dalam pengajaranBahasa Melayu adalah rendah kerana gurutidak selesa mengajarkan bahasa dengan menggunakan komputer. Dari segi perisian pengajaran pula terlalu sedikit pengetahuan tentang penggunaannya. Manakala penggunaan internet disekolah banyak kekangan yang perlu dihadapi ketika melayarinyaterutama daripada segi teknikal dan capaian internet yang mengakibatkan mereka kurang menggunakan bahan tersebut di dalam pengajaran. Selain itu faktor lain seperti masalah pendedahan dan kemudahan yang yang disediakan di sekolah.menjadikan mereka kurang menggunakan internet. Aspek minat juga mempengaruhi guru dalam pengajarannya. Guru berminat menggunakan komputertetapi tidak mempunyai banyak masa untuk menyediakannya. Mereka juga kurang berpeluang untuk diberikan pendedahan berkaitan penghasilanbahan perisian komputer. Kebanyakan guru yang ditemubual berminat menjalankan pengajaran dan pembelajaran menggunakan peralatan ICT namun terdapat kekangan dari segi kemahiran dan kemudahan yang disediakan. Keadaan ini berlaku kepada responden 1 yang berminat untuk mengajar dengan menggunakan peralatan ICT tetapi tidak mempunyai kemahiran dalam bidang tersebut membataskan minat beliau untuk menggunakan teknologi ini. Ini tidak mustahil berlaku kepada guru-guru lain yang sezaman dengan beliau yang ketandusan ilmu ICT ini. Pengetahuan asas tentang penggunaan peralatan ICT juga tidak banyak membantu minat dan kecenderungan guru terhadap penggunaan ICT dalam sesi pengajaran dan pembelajaran seperti yang belaku kepada Responden 2. Golongan ini menyedari tentang kesan positif penggunaan ICT di dalam bilik darjah tetapi kemahiran mebataskan mereka melakukan persediaan untuk sesi pembelajaran.Ketandusan ilmu ICT dalam diri guru sendiri juga menjadi faktor kemahiran ICTtidak dapat diajar secara sempurna kepada murid. Selain itu Kekurangan perisian bahasa Melayu sering dijadikan alasan oleh guru meskipun guru sendiri boleh membina perisiansendiri bagi yang mahir dalam bidang ICT . Ini menunjukkan guru bahasa Melayu mempunyai sikap rendah diri yangmenghalang mereka bersifat inovatif dalam pengajaran. Kebanyakan pengajaran guru dan topik pembelajaran bahasa Melayu hanyatertumpu di dalam bilik darjah yang merangkumi aspek kemahiran bahasa yang biasa.Walaupun kemahiran ICT turut digabungkan, namun penekanan terhadap kemahiran inisangatlah dingin.Ini menyebabkan hanya segelintir guru yang menggunakan ICT dalam pengajaran danpembelajaran. Ini kerana mereka menghadapi masalah dalam mengintegrasi ICT dalambilik darjah, masalah dalam membahagikan masa untuk menggunakan komputer dan kekurangan dalam kemahiran serta pengetahuan ICTSituasi ini berbeza dengan guru-guru baharu seperti Responden 3 dan Responden 4 yang mahir mengendalikan peralatan komputer. Guru-guru yang kerap menggunakan komputer didapati lebih meminati ICT yang boleh meningkatkan kualiti pengajaran. Guru-guru ini menggunakan komputer untuk menggabungkan ilmuICT dalam pengajaran secara berkesan.Mereka juga berkemampuan membuat alat bantu mengajar menggunakan perisian MS Powerpoint untuk membantu sesi pembelajaran di dalam kelas. Kekangan kemudahan yang ada di sekolah seperti peralatan ICT dan capaian internet yang bermasalah juga menyumbang kesan negatif terhadap penggunaan teknologi di sekolah saya.Berasaskan kepada rumusan yang telah dibuat ke atas analisis terhadap temubual dan pemerhatian penggunaan teknologi dalam pembelajaran dan pengajaran Bahasa Melayu dalam kelas di sekolah saya bergantung kepada perkara berikut :i. Persepsi guru terhadap kepentingan komputerDapat diperhatikan bahawa walaupun guru bersedia membuat perubahan dengan mengintegrasikan teknologi maklumat tetapi ada juga yang tidak bersedia membuat perubahan kerana yakin P&P konvensional lebih relevan dengan sistem peperiksaan ini adalah keranan mereka lebih mementingkan pencapaian keputusan peperiksaan yang cemerlang. Pada dasarnya jika keputusan peperiksaan yang diperolehi setiap tahun cukup baik dan cemerlang pada tanggapan guru mengapa harus kita mengubah apa yang telah sedia baik untuk pelajar. Dengan sikap sebegini adalah sukar bagi perubahan dilakukan dengan berkesan.ii. Kerisauan untuk menghadapi perubahanSelain daripada sikap yang tidak menganggap ICT itu penting terdapat juga guru-guru yang risau untuk mengguna peralatan ICT itu sendiri. Terdapat tiga jenis kerisauan yang dihadapi oleh guru-guru dalam penggunaan komputer iaitu takut sekiranya rosak apabila disentuh peralatan tersebut, takut kerana mereka merasakan tidak berupaya mempelajari teknologi tinggi iaitu tahap inferior yang tinggi dan ada guru yang risau sekiranya sekolah mengarahkan guru yang tahu dan mahir komputer membuat segala tugas yang memerlukan penggunaan komputer, dengan perasaan risau sebegini adalah lebih mudah bagi mereka menolak terus perubahan.iii. Masa dan beban tugas guruMengintegrasikan komputer dalam pengajaran memerlukan masa yang banyak bagi guru-guru dalam membuat persediaan. Persediaan yang diperlukan termasuk dari aspek menyediakan bahan mengajar serta untuk setup bahan pada komputer sebelum kelas dimulakan. Dengan bilangan waktu mengajar yang banyak, sesetengah guru mempunyai bilangan waktu mengajar sebanyak 30 waktu seminggu, adalah sukar bagi guru untuk membuat persediaan mengajar di sekolah dan juga untuk setup bahan mengajar di makmal komputer.Guru-guru juga mempunyai beban tugas lain selain daripada mengajar yang akan mengambil masa semasa waktu persekolahan seperti guru jadual waktu, setiausaha peperiksaan, ketua-ketua panitia, selepas waktu persekolahan seperti sukan, aktiviti persatuan, mesyuarat-mesyuarat daerah, PIBG, kursus-kursus jangka panjang dan pendek. Situasi ini akan menyukarkan guru untuk melakukan persediaan yang mantap terutama jika mereka perlu menyediakan bahan sendiri, sebagai contoh jika guru perlu mendapatkan bahan dari internet dan untuk memilih bahan yang sesuai kadang-kadang mengambil masa berjam-jam. Penghasilan bahan pengajaran pembelajaran berasaskan kaedah bestari memerlukan masa yang lama kerana penghasilan bahan perlu dibuat dengan teliti supaya bahan tersebut berupaya membolehkan pelajar dapat berfikir dengan kritis dan kreatif, berupaya membuat penerokaan sendiri pada kadar kendiri dan mampu memajukan diri sendiri (self access, self pace and self excel).iv. Kekurangan kemahiran komputer dan pengetahuan penggunaan komputer dalam P&PProses pengajaran memperalatkan ICT menuntut guru berkemahiran dalam membina persembahan dan mengintegrasikan multimedia sekurang-kurangnya menggunakan Powerpoint dengan input-input seperti rakaman suara, memasukan video, grafik dan bunyi mengikut kreativiti guru. Oleh kerana tidak semua bahan pengajaran tersedia untuk digunakan terus, maka guru dikehendaki menyediakan bahan pengajaran yang lebih menarik, tetapi keinginan guru untuk menambahbaikan bahan P & P hanya tinggal sebagai kemahuan saja kerana guru-guru kekurangan kemahiran komputer dan pengetahuan menggunakan komputer dalam P & P. Tambahan lagi, penggunaan komputer oleh guru adalah pada tahap yang minima sahaja iaitu sekali sekala dalam masa sebulan. Selain daripada itu, guru-guru kerap menggunakan hanya satu program sahaja iaitu pemprosesan perkataan. Guru-guru jarang menggunakan pangkalan data, persembahan mutimedia, persembahan grafik, mel elektronik dan laman web dalam pengajaran.4. KesimpulanIntegrasi ICT dalam pembelajaran dan pengajaran merupakan perkara yang penting dan memerlukan sokongan serta usaha yang bersungguh-sungguh di antara pemimpin sekolah, guru, pelajar dan semua pihak. Sekolah tidak ada pilihan lain melainkan menerima perubahan dan fenomena ICT untuk diterapkan di dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Untuk itu penglibatan pemimpin sekolah dalam membina polisi, pelan pembangunan ICT dan sokongan terhadap program pembangunan staf adalah menjadi teras utama. Sokongan dan sumbangan pihak luar harus dilihat sebagai satu peluang untuk memantapkan penggunaan ICT dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Dengan adalah usaha daripada semua pihak, diharapkan cabaran dan kekangan penggunaan ICT dalam pengajaran dan pembelajaran dapat ditangani.

BAHAGIAN C

Rancangan Pengajaran Harian Bahasa Malaysia Tahun 3 KSSR

Mata Pelajaran: Bahasa MalaysiaTahun : 3 KembojaBil Murid: 34 orangTema: PertanianTajuk: Buah Seribu KhasiatTarikh /Hari: 13 Januari 2015Masa: 8.10 9.10 pagiStandard Pembelajaran : 1.6.1 Berbicara untuk mendapatkan maklumat yang tersurat tentang sesuatu perkara daripada pelbagai sumber dengan tepat secara bertatasusila.2.2.1 Membaca dan memahami perkataan berimbuhan awalan dan berimbuhan akhiran dalam ayat daripada pelbagai bahan bacaan dengan sebutan yang betul.3.5.1 Mencatat maklumat yang betul daripada pelbagai sumber untuk membuat susunan. Objektif:Pada akhir proses pengajaran dan pembelajaran ini, murid dapat:i. Membaca kuat dengan sebutan dan intonasi yang betul. ii. Menyenaraikan lima daripada lapan perkataan berimbuhan awalan dan akhiran berdasarkan petikan.iii. Menamakan dan mencatat nama buah-buahan yang terdapat di dalam gambar yang diberikan berdasarkan lirik lagu yang didengar.

Sistem Bahasa Tatabahasa : kata berimbuhan Kosa kata : raja, mahkota, khasiat, tajam

Pengisian Kurikulum/Elemen Merentas Kurikulum

Ilmu : Moral, Sains Nilai Murni : Mengamalkan gaya hidup sihat Pendidikan Alam Sekitar : bertanggungjawab terhadap kebersihan diri dan persekitaran Teknologi Maklumat dan Komunikasi : Belajar melalui TMK

Strategi

Kemahiran berfikir : Penyoalan, menghubung kait dengan pengalaman Kecerdasan pelbagai : Verbal linguistik, Intrapersonal dan naturalis Kemahiran belajar cara belajar : Mengumpul maklumat Pembelajaran kontekstual : Menghubung kait dengan amalan pemakanan yang sihat dengan buah-buahan

Bahan bantu mengajar Komputer Riba LCD Projektor Slaid MS Powerpoint Teks Petikan Lembaran Kerja

Pengetahuan Sedia Ada : Murid biasa makan buah-buahan tempatan.

Langkah/ MasaIsi pelajaranAktiviti Pembelajaran dan PengajaranCatatan

Set Induksi (5 minit)Pantun Teka Teki

Tiap pagi pergi ke sawah,Mencari rezeki untuk keluarga,Terkenal sebagai raja buah,Durinya tajam tidak terkira

Selepas subuh pergi ke kota,Meraduk lumpur dan juga paya,Buah ini mempunyai mahkota,Badannya pula dipenuhi mata.

Jangkaan jawapan

Buah durian Nenas

Ciri Fizikal : bulat, berduri tajam, bujur, kulit ada duri lembut tapi tajam,

Perkaitan objek dengan tajuk dan isi pelajaran.

Guru menunjukkan pantun teka teki pada slaid MS Powerpoint Murid-murid membaca pantun teka teki tersebut dan meneka jawapannya. Guru mengemukakan beberapa soalan berkaitan dengan buah-buah yang dinyatakan dan mengaitkan dengan tajuk pelajaran. Murid memberikan respons dengan menjawab soalan dan menyenaraikan beberapa nama buah-buahan tempatan yang mereka ketahui

BBM Slaid Persembahan MS Powerpoint Teka teki

KB Menghubung kait

BCB Memproses maklumat

Pembelajaran Kontekstual Menghubungkait kan dengan pengalaman dalam kehidupan

Langkah 1 ( 10 minit)

Lagu Buah-buahan TempatanBuah duku dan rambutansangat enak dimakandisukai oleh semua orang

buah nangka dan duriansangat lazat dijamahuntuk raikan rakan taulan

buah manggis dan pisangbanyak ditanam di kebunmenjadi perhatian pelancong

Guru mengedarkan seni kata lagu. Murid-murid memerhati tayangan vedio klip lagu buah-buahan tersebut. Murid-murid menyanyi bersama-sama lagu tersebut. Murid-murid dikehendaki menyenaraikan nama buah-buahan yang terdapat di dalam lagu tersebut. Murid dan guru menyanyikan lagu sambil melakukan gerak kreatif yang sesuai dengan maksud lagu.

BBB Lirik lagu LCD Laptop

Teknik Nyanyian Penyoalan

KP Intrapersonal Verbal linguistik

Nilai Murni Kebersihan fizikal dan mentalPAS Bertanggungjawab

Langkah 2 (20 minit)

Menamakan buah-buahan tempatan berdasarkan gambar yang diberikan.

Alamat web yang boleh dilayari.

http://santhikrishnan.blogspot.com/p/kepentingan-buah-tempatan.html

http://pmneus.blogspot.com/2013/01/buah-buahan-tempatan-baik-untuk.html

http://www.myhabibysuperb.com/2012/10/khasiat-buah-buahan-tempatan.html

http://bicarasantai.com/2012/11/29/khasiat_buah_buahan/

Guru mengagihkan murid-murid kepada beberapa kumpulan. Murid-murid dikehendaki berada di dalam kumpulan masing-masing. Guru memperdengarkan semula lagu tersebut dan murid meneliti jenis buah-buahan yang disebut.

Guru mengemukakan gambar buah-buahan di dalam slaid MS Powerpoint dan mengedarkan gambar buah-buahan kepada setiap kumpulan. Murid berbincang dengan ahli kumpulan untuk meneka dan menamakan gambar buah-buahan berdasarkan lagu tadi dengan bimbingan guru dan menyatakan khasiat buah-buahan tersebut dengan melayari internet. Ketua kumpulan membentangkan hasil perbincangan di hadapan kelas. Guru mengemukakan jawapan yang tepat di dalam slaid yang ditunjukkan.

BBB

Gambar LCD Laptop Muzik Slaid MS PowerPointKB Menjana mindaTeknik Pemerhatian

KP Intrapersonal Verbal linguistik

Nilai Murni Bekerjasama

Langkah 3 (15 minit)

Petikan Khasiat Buah-buahan TempatanSoalan berkaitan dengan Khasiat yang terkandung dalam buah-buahan tempatan Kebaikan memakan buah-buahan.Tatabahasa Menyenaraikan beberapa perkataan yang berimbuhan awalan dan akhiran

Guru mengedarkan murid petikan teks Buah-buahanTempatan Buah Istimewa. Guru menyuruh murid membaca senyap teks. Murid membaca teks secara bergilir-gilir dengan sebutan dan intonasi yang betul. Murid-murid menjawab beberapa soalan dengan berpandukan petikan yang dibaca.

Murid-murid dikehendaki mencari beberapa perkataan yang mengandungi imbuhan awalan dan akhiran di dalam petikan tersebut. Murid-murid menyenarai perkataan yang mengandungi imbuhan yang dinyatakan.

BBM petikan teksKB Menjana mindaKP Intrapersonal Verbal linguistik

Nilai Murni Bekerjasama

Langkah 4Lembaran Kerja Guru mengedarkan lembaran kerja kepada semua murid. Murid menyaipkan latihan yang diberikan berdasarkan kandungan pelajaran BBM Lembaran Kerja

Penutup

Kognitif

Rumusan isi pelajaran Membaca dengan intonasi dan sebutan yang betul.

5 minit Murid diminta menyanyi lagu Buah-buahan Tempatan.

Guru memberi pujian atas sikap murid yang suka makan buah-buahan untuk menjaga kesihatan. BBB LCD Skrin Lirik laguKB MerumusNilai Kebersihan KesyukuranPAS bertanggungjawabKP: Verbal linguistik Intrapersonal

Penilaian Pengajaran dan Pembelajaran : Murid-murid dapat menyenaraikan buah-buahan tempatan berdasarkan video nyanyian dan slaid persembahan MS Powerpoint yang disediakan. Murid-murid dapat menyenaraikan khasiat buah-buahan tempatan.

Refleksi :Murid-murid terlibat aktif dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran. Mereka amat tertarik dengan persembahan video dan berminat untuk terlibat dalam aktiviti pembelajaran yang telah dirancang. Slaid persembahan Powerpoint yang disediakan dengan gambar-gambar yang menarik membolehkan mereka melihat keadaan sebenar bentuk dan ciri fizikal buah-buahan yang ditunjukkan. Mereka juga dapat merasai pengalaman mencari maklumat berkaitan dengan buah-buahan tempatan dengan melayari internet. Secara keseluruhannya penggunaan tenologi di dalam pengajaran dan pembelajar menggalakan situasi pembelajaran yang positif yang membolehkan kandungan pelajaran disampaikan dengan lebih efektif.

Lampiran Teks Petikan

BUAH BUAHAN TEMPATAN DI MALAYSIA

Buah buahan Tempatanini, jelas menunjukkan bahawa negara ini mempunyai kepelbagaian sumber genetik buah-buahan yang sangat luas. Terpulanglah kepada generasi akan datang untuk mengekalkannya supaya terus dapat dinikmati bersama. Usaha giat perlu dijalankan untuk menghalang spesis ini daripada pupus. Dianggarkan tidak kurang 370 jenis buah-buahan yang boleh dimakan terdapat dinegara ini.

Buah-buahan ini ada bermusim dan tidak bermusim. Contoh buah-buahan tidak bermusim ialah pisang, betik, nenas, belimbing dan tembikai. Manakala contoh bagi buah-buahan bermusim pula adalah seperti, mangga, durian, nangka, rambutan, limau dan jambu batu.

Khasiat Buah-buahan TempatanMakanan adalah penting untuk tumbesaran dalam kehidupan harian manusia. Salah satu makanan yang penting dan berkhasiat ialah buah-buahan. Bagaimanapun, buah-buahan import seperti oren, epal dan anggur dianggap sebagai buah-buahan yang mahal. Bagaimanakah kita boleh mendapat buah-buahan berkhasiat di samping berjimat?

Sebenarnya negara kita bertuah kerana mempunya iklim yang sesuai untuk penanaman pelbagai jenis buah-buahan. Buah-buahan tempatan bukan sahaja sedap tetapi juga mempunyai khasiat yang tinggi.

Mari kita lihat khasiat yang terdapat di dalam buah-buahan tempatan.

Pisang* Memberi sumber tenaga yang segera.* Membantu untuk mengatasi masalah sembelit.* Mengandungi Tryptophan sejenis protein yang membolehkan badan mengubahnya menjadi serotonin yang akan membantu anda berasa relaks dan gembira. * Boleh merangsang pengeluaran hemoglobin di dalam darah dan ini membantu mencegah anemia.

Betik* Mempunyai serat yang dapat mencegah toksin di dalam usus besar.* Mengandungi antioksidan.* Kaya dengan papain, sejenis enzim yang baik untuk proses pencernaan makanan.* Baik untuk jantung.* Membantu dalam pemulihan luka.

Jambu Batu* Baik untuk sembelit.* Berkesan dalam menurunkan kadar kolestrol dan tahap glukosa dalam darah.* Bahan antioksidan yang berkesan.* Dapat memperbaiki keadaan kulit dan mencegah masalah kulit.* Jus jambu batu yang menah dapat melegakan penyaki batuk dan selesema.

Tembikai* Dapat membantu mengurangkan risiko untuk mendapat kanser prostat dan penyakit kardiovaskular.* Biji tembikai ialah sumber protein yang baik.* Dapat meningkatkan sistem imunisasi supaya tidak mudah diserang penyakit.* Kaya dengan vitamin B yang diperlukan untuk menghasilkan tenaga. * Dapat mengawal tekanan darah.

Nanas* Mengandungi potasium yang tinggi dengan kandungan sodum yang kecil, iaitu membantu menurunkan tekanan darah.* Melindungi daripada masalah mata yang berkaitan dengan umur kerana ia kaya dengan bahan antioksidan.* Membantu membina tulang yang sihat.* Membantu untuk mengurangkan batuk dan mencairkan lendir.* Melindungi badan kita daripada radikal bebas yang akan menyerang sel yangsihat.* Membantu untuk membina sistem imunisasi badan yang semulajadi.* Membantu untuk menghalang pembentukan plak.

Keistimewaan Buah Buahan Tempatan. Buah-buahan tempatan semakin mendapat pasaran antara bangsa dan permintaan ramai.Persoalannya kini, apakah yang menyebabkan keadaan sedemikian berlaku?Berikut terdapat beberapa keistimewaan buah-buahan tempatan. Antara kelebihan buah-buahan tempatan termasuklah rasanya yang sedap dan mempunyai banyak khasiat.Keenakannya memang tidak dapat dinafikan malah telah diakui oleh pelancong luar Negara yang pernah cuba merasainya.Dalam pada itu, buah-buahan tempatan turut mengandungi khasiat seperti vitamin C yang penting untuh tubuh badan.Sesungguhnya keistimewaan buah-buahan tempatan sememangnya standing dengan buah buahan import. Ringkasnya buah-buahan tempatan mempunyai banyak kelebihan malah standing dengan buah-buahan import.Oleh itu sokonglah buah-buahan tempatan.

Bibliografi

Ahmad Fuad Othman. 2003. Pendidik Dan Pendidikan Di Era Digital: Pendekatan Dan Cabarannya. Wawasan: Pusat Sumber Pendidikan Negeri Kedah. Bil. 17. Jun 2003. Bi 1.

Mohd Asraf Tajudin. 2012. Teknologi Mengubah Komunikasi. Penerbitan Hakim. Kajang Selangor.

Nadia Azrina Hj Abdullah. 2004.Teknologi Makluamat dan Komunikasi.Pustaka Cahaya Intelek. Petaling Jaya Selangor.

Norasiah Abdullah. 2009. Teknologi Dalam Pengajaran dan Pembelajaran. Penerbitan Multimedia. Puchong, Selangor.

Norasiah Abdullah. 2011. Teknologi Maklumat & Komunikasi. Penerbitan Multimedia. Puchong, Selangor.

Rozinah jamaludin. 2003.Teknologi Pengajaran. Utusan Publication. Kuala Lumpur.

Kementerian Pendidikan Malaysia . 2013 .Dokumen Standard Prestasi Bahasa Malaysia Untuk Kegunaan Sekolah Kebangsaan : DSP Bahasa Malaysia Tahun 3.

Lampiran Lembaran KerjaNamakan buah-buahan di bawah

Latihan Pengayaan

Nyatakan khasiat buah-buahan dalam gamabar di atas.

25 | Page