asgmnt sistem ekonomi antarabangsa

35
PENGENALAN Dalam Sistem Ekonomi Antarabangsa yang melibatkan ekonomi pasaran dunia ianya adalah dapat dilihat melalui tiga perspektif utama iaitu merkantilisme (mercantilism), Liberalisme (Liberalism) dan Sturukturalisme (Structuralism). Dalam perspektif pertama iaitu merkantalisme pada abad ke-17 dan 18 kewujudan ideologi ini adalah amat berpengaruh. Merkantilisme adalah satu teori ekonomi yang sudah lupus yang mempercayai bahawa kesejahteraan sesuatu negara hanya ditentukan oleh jumlah modal yang tersimpan di mana jumlah perdagangan sedunia sebagai tidak berubah. Modal negara dapat digambarkan secara nyata dengan jumlah kapital seperti mineral berharga, emas mahupun komoditi-komoditi lain yang dimiliki oleh negara. Modal ini boleh diperbesarkan jumlahnya dengan meningkatkan eksport dan mengurangkan import supaya nilai bersih perdagangan luar sentiasa positif . Pemerintahan suatu negara harus mencapai tujuan ini dengan melakukan perlindungan terhadap ekonomi dengan mendorong eksport dan mencegah import. 1 1 http://ms.Wikipedia.org/wiki/Merkantilisme <10.mac.2008>

Upload: atikah-ismail

Post on 25-Sep-2015

77 views

Category:

Documents


6 download

DESCRIPTION

ekonomi antarabangsa

TRANSCRIPT

PENGENALAN

Dalam Sistem Ekonomi Antarabangsa yang melibatkan ekonomi pasaran dunia ianya adalah dapat dilihat melalui tiga perspektif utama iaitu merkantilisme (mercantilism), Liberalisme (Liberalism) dan Sturukturalisme (Structuralism). Dalam perspektif pertama iaitu merkantalisme pada abad ke-17 dan 18 kewujudan ideologi ini adalah amat berpengaruh. Merkantilisme adalah satu teori ekonomi yang sudah lupus yang mempercayai bahawa kesejahteraan sesuatu negara hanya ditentukan oleh jumlah modal yang tersimpan di mana jumlah perdagangan sedunia sebagai tidak berubah. Modal negara dapat digambarkan secara nyata dengan jumlah kapital seperti mineral berharga, emas mahupun komoditi-komoditi lain yang dimiliki oleh negara. Modal ini boleh diperbesarkan jumlahnya dengan meningkatkan eksport dan mengurangkan import supaya nilai bersih perdagangan luar sentiasa positif. Pemerintahan suatu negara harus mencapai tujuan ini dengan melakukan perlindungan terhadap ekonomi dengan mendorong eksport dan mencegah import.

Liberalisme adalah satu falsafah yang meletakkan kebebasan individu sebagai nilai politik yang tertinggi. Walaupun liberalisme berakar umbi dari Zaman Kebangkitan Barat, ia sekarang mengandungi pemikiran politik yang luas dan kaya dari segi sumber. Seseorang yang menerima fahaman liberalisme dipanggil seorang liberal. Walau bagaimanapun, maksud perkataan liberal mungkin berubah mengikut konteks sesebuah negara. Ideologi ini mula berkembang sekitar lewat abad ke-18 dan 19 dengan mendesak negara atau kerajaan supaya tidak campur tangan dalam sektor ekonomi. Ideologi Liberalisme ini banyak berakar umbi dan bertapak di Negara-negara seprti Great Britain, Amerika Syarikat dan Eropah barat. Secara logiknya Liberalisme boleh didefinisikan sebagai satu doktrin yang berprinsip untuk mengorganisasikan dan menguruskan pasaran ekonomi dengan matlamat untuk memperolehi keuntungan yang maksimum, perkembangan ekonomi yang pesat, dan mengutamakan kepentingan individu. Liberalisme adalah merangkumi banyak bentuk seperti klasik, neo klasik, Keynesian, Monetarist, Austrian dan sebagainya. Perspektif ketiga pula iaitu Strukturalisme (structuralism), ideologi ini banyak dipengaruhi oleh Marixim dan Lenisme, walau bagaimanapun strukturalisme tidak boleh dianggap sebagai Marxisme secara sepenuhnya. Strukturalisme juga merangkumi aspek-aspek yang mengkritik sistem ekonomi kapitalis. Namun demikian secara lebih jelasnya perspektif strukturalisme ini memperlihatkan pendedahan berkenaan dengan sistem ekonomi kapitalis. Terbahagi kepada beberapa aspek penting tetapi aspek yang perlu ditekankan dalam structuralisme ini ada tiga aspek penting iaitu: Marixim, Lenin, Imperialism.

PERSPEKTIF MERKANTALISME

Terdapat 5 ciri Merkantilisme.

1.Fokus Ekonomi Dalam perspektif merkantilisme ciri paling penting dapat dilihat menerusi fokus ekonominya yang lebih mengutamakn keselamatan dan kekuatan negara. Untuk menentukan pembangunan ekonomi negara kedudukan pelaku (actor) negara dianggap paling dominan dan penting sekali. Idea utama merkantilisme adalah aktiviti ekonomi seharusnya terletak di bawah matlamat kepentingan negara. Kepentingan sumber ekonomi juga diperlukan untuk membentuk kekuatan sesebuah negara, dengan ini negara akan sentiasa mengejar kekayaan untuk menambahkan kuasa negara (Hwatey.1952). Situasi ini dapat diperhatikan pada abad ke-16,17 dan 18 dengan kemunculan negara-negara yang kuat sentiasa bersaing sesama lain. Objektif utama mereka adalah untuk menjadi Negara industri (sen,1984). Contoh Negara yang kuat pada ketika itu ialah Portugis, Great Britain, Sepanyol, dan Belanda.

2..Merkantilisme berprinsip imbangan perdagangan yang positif.

Merkantilisme punya ciri iaitu sentiasa mengamalkan imbangan perdagangan yang positif dimana jumlah barang export adalah lebih daripada import. Sesebuah negara yang mengunakan teori merkantilisme selalunya akan sentiasa berusaha untuk melakukan promosi serta memberi galakan terhadap barangan eksport seterusnya mengehadkan barangan import supaya tidak melebihkan jumlah barang eksport. Dalam situasi ini alat-alat perlindungan tempatan adalah amat penting untuk menggalakkan barangan eksport dan sebaliknya berusaha mengehadkan barang import supaya tidak melebihkan barangan eksport. Peranan bantuan subsidi juga penting, kerana barang yang dikeluarkan adalah lebih murah seterusnya mendapat permintaan dari luar. Melalui situasi yang berbeza dalam mengehadkan barangan import pula kadar tarif yang tinggi akan dikenakan oleh kerajaan ke atas barangan import yang bertujuan supaya barangan import lebih mahal berbanding barangan tempatan. Disamping itu kouta yang dikenakan ke atas barangan import juaga bertujuan menentukan jumlah kemasukan barangan import dalam negara.

3.Polsi ekonomi (kerajaan melindungi industri tempatan)

Melalui ciri pelaksanaan polisi ekonomi bagi ekonomi merkantilisme, kerajaan akan membentuk polisi yang bermatlamat untuk melindungi serta mengekalkan keselamatan. Sistem perlindungan ini biasanya digunakan untuk melindungi industri muda tempatan. Alat perlindungan paling lazim digunakan adalah seperti tarif (cukai), kouta (kawalan), Subsidi (bantuan). Tarif merupakan cukai yang dikenakan keatas barang import tujuannya supaya harga barang import lebih mahal dan mengurangkan permintaan terhadapnya. Keadaan ini dapat memperbaiki imbangan pembayaran dan pendapatan negara. Situasi ini akan mendatangkan kesan positif ke atas sesebuah negara tersebut.4.Emas dan Perak jadi pengukur kekayaan sesebuah Negara.

Dalam teori merkantilisme, jumlah pendapatan sesbuah negara adalah diwakili oleh bullion iaitu emas dan perak. Kekayaan sesebuah negara itu juga diukur melalui perolehan buillion Negara tersebut. Maka dapat dilihat bahawa Negara yang kuat sudah semestinya memiliki buillion yang banyak. Kedudukan emas dan perak sebagai pengukur kekayaan juga menjadi satu kesalahan seandainya ianya dijual ke luar negara. Sebagai contoh Sepanyol, pada abad ke-16, hukuman dikenakan ke atas sesiapa sahaja yang mengeksport emas dan perak iaitu pesalah dikenakan hukuman mati. Peperangan juga sering berlaku untuk merebut sumber emas dan perak. Ini kerana Bullion adalah sangat penting bagi menampung perbelanjaan peperangan. Sehinggakan industri perkapalan dan pelayaran juga turut dibina untuk tujuan penerokaan emas dan perak pada abad ke-17 dan 18.

Tidiga merkantilister anammade bullionism, tron att mttet p ett lands rikedom var mngden guld och silver. Senare merkantilister utvecklade en annorlunda teori.

5.Zero-sum game

Berdasarkan ciri merkantilisme iaitu dapat dilihat juga bahawa merkantilisme punya ciri dimana ianya melihat perdagangan itu sebagai satu zero-sum game iaitu where a gain by one party requires a loss by another. Secara ringkas, ia bermaksud hanya satu pihak pemenang danyang pihak lain gagal mendapatkan faedah. Dan konsep ini telah diperaktikan lebih kurang dua abad. Ahli mercantilist percaya, hanya dengan cara ini sahaja, keuntungan dapat diperoleh (the sallers gains the buyers loss). Dalam hal ini nyata bahawa akan wujud satu pihak yang dilihat sebagai pemenang apabila Berjaya memperoleh faedah berbanding pihak lain.

PERSPEKTIF LIBERALISME

Liberalisme dari aspek ekonomi memperlihatkan nama-nama tokoh seperti Adam Smith, David Ricardo adalah tidak dapat dielak apabila membincangkan ideologi liberalisme. Namun secara umumnya, liberalisme boleh dibahagikan kepada dua iaitu liberal klasik dan liberalism moden. Tokoh liberal klasik adalah seperti Thomas Paine, John Locke. Manakala tokoh liberal moden ialah John Stuart Mill, John Dewey dan sebagainya. Terdapat juga tokoh-tokoh terkenal dalam persepktif liberalism iaitu sperti Adam Smith, David Ricardo, J.S Mill, J.a. Hobson, J.M Keynes, David Mitrany, Friedrich Hayek, J.K. Galbraith, Milton Friedman dan Robert Keohane.

Ciri-ciri Liberalisme1.Mengutamakan hak-hak peribadi masyarakat Liberalisme mengutamakan hak-hak peribadi serta kesamarataan terhadap peluang untuk semua. Falsafah ini ingin membentuk satu masyarakat yang mempertahankan pemikiran yang bebas untuk setiap orang, batasan kepada kuasa khususnya kuasa kerajaan dan agama, kedaulatan undang-undang, pendidikan awam yang percuma, kebebasan bertukar fikiran, ekonomi pasaran yang memberikan kebebasan menjalankan perusahaan peribadi dan sistem kerajaan yang terbuka yang melindungi hak-hak semua rakyat secara adil dan saksama. Di dalam masyarakat moden, mereka yang liberal mengemari sistem pengundian yang adil dan terbuka di dalam sistem demokrasi liberal di mana semua rakyat mempunyai hak-hak yang sama rata di bawah undang-undang dan peluang yang saksama untuk berjaya.

2.Pasaran Bebas Dalam perspektif liberalisme ciri paling utama yang ketara adalah pasaran bebas dan campur tangan karajaan yang terhad. Ahli-ahli liberal menuntut pembukaan pasaran bebas kerana mereka percaya ia mampu memperbanyakkan pilihan barang dan perkhidmatan yang boleh diperoleh oleh pengguna. Dengan cara berprinsip, ekonomi pasaran adalah ditentukan oleh peraturan permintaan (law of demand). Peraturan ini menerangkan bahawa individu akan membeli lebih banyak barang apabila harga relative menurun atau berkurangan apabila haraga meningkat. Tetapi jika pendapatan relatif meningkat individu masih berkecenderungan untuk membeli lebih banyak barang.3.Keadaan Pasaran. Melalui ciri pasaran bebas dalam perspektif liberalisme ini juga, Perspektif liberalisme juga beranggapan bahawa kewujudan pasaran adalah disebabkan oleh individu yang mempunyai informasi yang cukup terhadap keadaan pasaran. Menurut ahli liberal lagi, individu yang mempunyai informasi yang cukup membolehkan mereka membuat pilihan berdasarkan faedah yang akan diperolehinya. Harga di pasaran juga ditentukan menerusi mekanisme harga.

4.Campur tangan kerajaan dalam ekonomi yang terhad. Ciri liberalisme ini dapat dilihat melalui anggapan bagi pihak neo-liberalisme, dimana mereka menggangap kerajaan seharusnya tidak melibatkan diri dalam sektor ekonomi kecuali apabila timbul kegagalan dalam pasaran (Baumol,1965). Calson pada tahun 1965, berpendapat bahawa kerajaan hanya diperlukan untuk menyediakan barang awam atau barang bersama. Ahli falsafah Francis, Franncois Quesnay (1694-1774), mengutuk kerajaan yang campur tangan dalam pasaran kerana berangapan ia akan membawa keburukan kepada masyarakat. Slogan yang dilontar olehnya ialah laissez fire, laissez paisser yang bermakna let be, let pass. Walau bagaimanapun, John Stuart Mill (1806-1873), mencadangkan yang kerajaan seharusnya menggambil langkah untuk member bantuan tambahan kepada pasaran tetapi dalam kadar yang terhad. Menurut Mill, terdapat perkara seperti pendidikan, kesihatan mahupun sosial harus dimainkan oleh kerajaan. Berdasarkan pandangan yang dikemukakan oleh 3 orang ahli liberal ini, dapat di simpulkan bahawa semuanya bersetuju terhadap campur tangan kerajaan yang terhad dalam ekonomi liberalism.

5..Memaksimumkan Keuntungan.

Disamping itu liberalisme juga bercirikan memaksimumkan keuntungan dengan menggunakan kos yang terendah. Ekonomi liberalisme juga mengeluarkan barangan yang dapat memberi kepuasan kepada pengguna. Individu dianggap berupaya bertindak secara rasional dan berusaha memaksimumkan kepuasan dengan pembelian barangan pada nilai yang paling terendah. Menurut liberalisme, individu akan mendapatkan objektifnya apabila keseimbangan pasaran dicapai. Keseimbangan pasaran hanya dicapai apabila jumlah kos pengeluaran bersamaan dengan jumlah keuntungan. Situasi ini membuktikan ekonomi liberalism mempynyai objektif tersendiri iaitu memaksimumkan keuntungan. 6.Ahli liberalisme percaya perdagangan yang membawa keharmonian antara Negara.

Seterusnya liberalisme juga punya ciri iaitu ahli-ahlinya percaya yang perdagangan bebas mampu membawa kepada keadaan yang harmoni dan damai antara negara. Keadaan ini berlaku kerana keuntungan dan faedah yang diperoleh negara menerusi perdagangan akan memaksa negara untuk mengekalkan keuntungan hubungan baik serta bekerjasama supaya tidak merugikan sesama lain. Menurut liberalisme lagi, politik cuba untuk memisahkan, manakala ekonomi cuba untuk menyatukan manusia. Adam Smith melihat perdagangan bebas seharusnya dilakukan menerusi pengkhususan barangan. Negara harus mengkhusus menghasilkan barangan yang mereka mahir serta menggunakan kos yang kurang. Hasil daripada pengkhususan, negara yang terlibat akan mendapat keuntungan yang dikenali sebagai faedah mutlak seperti yang didakwa oleh Adam Smith.

6.Liberalisme Mengalakkan Persaingan Liberalisme juga punya ciri dimana ianya menggalakkan persaingan (competition). Menurut Smith, persaingan adalah amat penting dalam ekonomi kerana ia mampu menyekat mana-mana pihak dari terlalu berkuasa. Di samping itu akibat daripada persaingan antara individu dalam pasaran, ia telah memaksa para pesaing supaya tidak mengenakan haraga yang terlalu tinggi dalam pasaran, ia telah memaksa pesaing supaya tidak mengenakan haraga yang terlalu tinggi di pasaran. Selain harga, persaingan juga melibatkan aspek kualiti barang. Hasil daripada persaingan yang timbul maka hanya barang yang berkualiti sahaja yang akan dipasarkan. Hal ini bertujuan untuk memastikan kebolehan sesuatu barangan itu untuk bersaing dalam pasaran.7.Menentang campur tangan kerajaan dalam ekonomi Secara lebih terang lagi bentuk atau ciri neo-liberalisme ini dapat dilihat dengan jelas bahawa ianya adalah amat menentang campur tangan kerajaan dalam ekonomi dan ia menuntut cukai dan pengawalan yang minimal.Sepertimana di Barat, neo-liberalisme menekankan welfare state seharusnya terbuka secara global supaya banyak pasaran dapat memasuki ke dalam Negara-negara membangun dan kurang membangun. Neo-liberalisme dipraktikan semasa pentadbiran Reagan di Amerika Syarikat dan Margaret Thatcher di Britain. Situasi ini membuktikan bahawa unsur penentangan terhadap campur tangan kerajaan terhadap ekonomi sesebuah negara.PERSPEKTIF STRUKTURALISME1.Pandangan Karl Marx.

Dalam perspektif Strukturalisme, Karl Marx dan Lenin mesti diketengahkan, ini kerana mereka banyak menyumbang idea-idea dalam strukturalisme. Pada (1818-1883) Karl Marx banyak membuat analisis berkenaan dengan struktur kelas hasil daripada eksploitasi, konflik kelas dalam ekonomi. Perspektif strukturalisme juga adalah lebih menumpukan perhatian kepada analisis sesuatu masalah, isu dan peristiwa. Karl Marx juga berpendapat bahawa bahawa struktur hubungan manusia ditentukan oleh kilang (pembawa kepada kelas (proletariat dan bourgeoisie) yang menggambarkan seluruh masyarakat dimana ploretariat ialah golongan bawahan dan borguise adalah golongan atasan. Pandangan Karl Marx juga ada menyatakan sendiri tentang ekonomi oloitik domestic berkaitan tentang masyarakat kapitalis. Semua pandangan tentang Marxism siap bagaimanapun adalah berbeza atau berlainan pendapat tentang dengan tepat dari liberalism klasik dalam keupayaannya pandangan tentang alamberkaitan aktiviti ekonomi dalam dunia kapitalis. Hubungan bersebelahan ekonomi dan politik dapat hidup bersendirian dan bergantung pada kebolehterimaan tentang sistem ekonomi laissez-fire. Akan tentang zaman saling bergantung dan kepentingan tentang aspek menyeluruh iaitu globalization dianggap penting.

Menurut Marx, struktur kelas ada dua peringkat iaitu peringkat pertama golongan atasan dan peringkat kedua golongan bawahan. Golongan atasan dikenali sebagai bourgouise yang mengendalikan ekonomi seperti pengusaha dan peniaga. Manakala, kelas bawahan juga dikenali sebagai proletariat terdiri daripada golongan pekerja. Kewujudan struktur kelas maka dapat dilihat bahawa berlaku kecenderungan perkara-perkara eksploitasi dan penindasan dari pihak bourgeoisie ke atas pihak proletariat sehingga mewujudkan jurang prbezaan ketidakseimbangan kelas yang mengambarkan golongan atasan amat berkuasa, manakala golongan bawahan amat miskin. Sumber kekayaan dan harta adalah dimiliki oleh golongan atasan.

Marx juga tidak bersetuju dengan konsep Supplay and Demond. Mengikut Marx golongan-golongan Kapitalis akan mengeluarkan barangan berlebihan dan selalunya ada tradisi diantara kapasiti dan keupayaan untuk keluarkan barangan dan kapasiti kepada pengguna membeli barangan tersebut menyebabkan sering berlaku ketidakseimbangan diantara barangan dan penggunaan. Bagi Marx ini menyebabkan kegawatan dan turun naik ekonomi.

Akibat daripada ketidakseimbangan kelas dan masalah-masalah seperti eksploitasi dan penindasan Marx telah melakukan ramalan yang menyatakan golongan tertindas iaitu proletariat akan bangkit untuk memberontak terhadap golongan atasan dan sistem ekonomi yang diperaktikkan kapitalis akan mewujudkan persaingan yang menyebabkan para pengusaha mengurangkan kos pengeluaran terutamanya tenaga buruh. Dalam hal ini, pengusaha mengantikan tenaga buruh menerusi alat-alat mesin. Secara tidak sedar, keadaan ini akan meningkatkan kadar pengangguran di kalangan pekerja. Maka, revolusi tentu akan dilancarkan pada puncak ketegangan itu.

2.Pandangan Lenin. Mengikut pandangan Lenin beliau mengatakanjangkaan atau pandangan Marx tidak jadi kenyataan kerana terdapat perbezaan atau perubahan yang berlaku setelah penulisan Marx sendiri dimana Lenin mengatakan Marx hanya membataskan kapitalisme di Eropah Barat iaitu satu sistem ekonomi yang tertutup. Semasa Low of Motion Marx punya pandangan bahawa kapitalisme terdiri daripada syarikat-syarikat atau industry kecil-kecilan yang kompetitif, walau bagaimanapun semasa Lenin ekonomi kapitalis didominasi oleh gabungan syarikat-syarikat atau industry yang dikawal dan disokong oleh industry perbankan yang kuat. Lenin juga turut menyatakan bahawa aktiviti penjajahan akan akhirnya menghancurkan sistem kapitalis antarabangsa.

Pada tahun 1917, V.I Lenin (1870-1924) telah menerbitkan sebuah rumusan iaitu imperialism: The Highest Stage Of Capitalisme. Ramalan Marx, bahawa revolusi akan dilakukan tetapi ia tidak berlaku. Sebagai reaksi menyokong marx,Lenin mengemukakan alasan bahawa kapitalis Berjaya melepasi elakkan tersebut menerusi imperialisme. Menurut Lenin, imperialism membolehkan kapitalis memasarkan barangan lebihan di kawasan tanah jajahan mereka. Malah, hasil daripada pelaburan di kawasan tanah jajahan terlalu bergantung kepada para penjajah. Lenin berpendapat bahawa dengan munculnya imperialism, persaingan dalam Negara akan berkurangan dan sebaliknya monopoli akan semakin meningkat. Lenin mengemukakan alasan lagi bahawa kapitalisme melambat-lambatkan lagi krisis yang tidak dapat dielakkan itu.

Melalui, modern world system Theory yang dikemukakan oleh Immanuel Wallerstein dalam perspektif strukturalisme ianya beranggapan dunia seperti satu bulatan yang terbahagi kepada 3 kawasan iaitu core, semi-periphery. Core bermaksud Negara-negara kapitalis yang maju serta berteknologi, ekonomi yang berlandaskan perindustrian, penggunaan jentera dan mereka telah mengeksploitasi Negara-negara semi-periphery untuk memperoleh bahanmentah serta tenaga manusia. Contoh Negara core ialah Negara G-8 Amerika Syarikat, Jepun dan Korea Selatan dimana Negara-negara ini terdiri daripada negara maju. Negara-negara membangun serta Negara-negara perindustrian yang dikenali sebagai semi-periphery adalah dianggap Negara yang masih berada di belakang jika dibandingkan dengan Negara-negara maju di core. Negara-negara semi-periphery bergantung kepada Negara core untuk teknologi, pelaburan, dan barangan siap, mereka menyediakan bahan-bahan mentah separuh siap serta tenaga buruh kepada Negara maju. Malah mereka dieksploitasi oleh Negara core, tetapi pada masa yang sama, mereka turut mengeksploitasi Negara-negara periphery.Antara contoh Negara semi periphery adalah seperti Malaysia, Argentina, dan Brazil yang juga lebih dikenali sebagai Negara-negara membangun.KRITIKAN MERKANTILISME

1.Mengejar Kuasa

Melalui perspektif merkantilisme kritikan yang dapat dilihat ialah teori merkantilisme ini adalah terlalu mengejar kuasa dengan menjadikan kekayaan sebagai ukurannya. Dalam Keadaan ini selalunya pelbagai konflik atau masalah seperti berlakunya peperangan perebutan kawasan yang kaya dengan sumber kekayaan seperti emas dan perak sesama negara bangsa. Dengan wujud dan berlakunya peperangan maka ianya turut menyebabkan kelemahan kepada Negara yang terlibat dalam peperangan tersebut. Ini kerana disebabkan Negara tersebut terpaksa menggunakan perbelanjaan atau kos yang banyak dalam peperangan dimana banyak wang negara dibelanjakan untuk bekalan makanan, peralatan senjata, perubatan dan sebagainya. (15) 2.Ekonomi antarabangsa sebagai zero-sum game Dengan ideologi merkantilisme juga kritikan berkenaan dengan kecenderungan menggangap ekonomi antarabangsa sebagai satu zero-sum game, iaitu apabila sesebuah negara memperoleh sesuatau, negara yang lain mesti disusuli dengan kerugian. Persepsi ini dapat disangkal dengan melihat pesepktif liberalisme dimana menurut liberalisme setiap negara yang terlibat dalam perdagangan mesti memperoleh keuntungan walaupun ianya kemungkinan dalam kadar yang tidak sama. Maka persepsi merkantilisme terhadap perdagangan adalah pesimistik dan sempit.

4.Pembangunan industri tanpa pasaran merugikan Negara.

Melihat kepada kritikan merkantilisme juga dapat dilihat bahawa pembangunan industry tanpa pasaran antarabangsa turut membawa kerugian kepada Negara. Sebagai contoh jika seandainya barangan keluaran tempatan tidak dapat dipisahkan secara meluas ke Negara luar, maka ianya hanya dapat dipasarkan dalam negara sahaja. Situasi ini akan merugikan Negara. Seterusnya pemilihan pengguan terhadap sesuatu barangan permintaan mereka juga akan menjadi terhad dan terbatas. Manakala penolakan perdagangan bebas turut menyebabkan sesebuah Negara tidak berupaya menikmati faedah mutlak dan berbanding seperti yang didakwa oleh Adam Smith dan Ricardo.5.Kritikan polisi perlindungan.

Kritikan merkantilisme juga dapat dilihat melalui polisi perlindungan dalam sistem ekonomi ini dimana polisi perlindungan yang diamalkan sememangnya tidak dapat menafikan kebanyakan industri yang baru berkembang adalah mendapat perlindungan yang terlalu tinggi maka ianya turut menyebabkan industri tidak cekap dan efisen.

KRITIKAN LIBERALSME1.Kritikan hak asasi manusia. Liberalisme menolak kebanyakan tanggapan asas yang dapat dibaca di dalam hampir semua teori pembentukan kerajaan awal seperti seperti hak-hak raja yang diberikan oleh tuhan , status yang berasaskan keturunan dan institusi-institusi agama. Hak-hak asasi manusia yang disokong oleh semua liberal termasuk hak untuk hidup, kebebasan dan kehartaan.

2.Perdagangan bebas

Kritikaan liberalism yang pertama dapat dilihat melalui teorinya yang menggalakkan perdagangan bebas. Dalam konsep liberalisme ianya percaya bahawa perdagangan bebas merupakan satu aktiviti ekonomi yang dapat memberi faedah kepada pengguna dan memaksimumkan kekayaan global. Perdagangan bebas mampu memaksimumkan pilihan pengguna serta menggunakan sumber secara cekap. Namun perdagangan bebas telah mendapat kritikan daripada merkantilisme dan Marxisme. Misalnya, dalam kritikan Merkantilisme ia melihat bahawa aktiviti perdagangan bebas menyebabkan Negara bergantung dan lemah. Situasi ini seolah-olah terikat dengan Negara yang digantung itu sama ada dari segi barangan ataupun bantuan.

2.Campur tangan kerajaan dalam ekonomi

Kritikan yang kedua terhadap liberalism adalah berkaitan dengan campur tangan kerajaan dalam ekonomi Negara. Sebenarnya campur tangan kerajaan dalam ekonomi Negara adalah penting dalam sesebuah Negara. Namun sebaliknya liberalism mendakwa bahawa campur tangan kerajaan dalam ekonomi adalah tidak penting dimana liberalism ini turut mengasingkan kerajaan daripada melibatkan diri dalam aktiviti ekonomi. Maka dalam hal ini dapat dilihat sebuah ekonomi yang tidak ada kawalan kerajaan maka bagaimana industri-industri dalam Negara mampu dilangsungkan. Sedangkan manusia sememangnya tidak dapat mengelak daripada sifat ketamakan dalam perniagaan yang dijalankan. Maka dalam hal ini nyata sekali kerajaan amat perlu untuk campur tangan dalam ekonomi untuk mengelakkan sebarang aktiviti eksploitasi dan penindasan berlaku dalam Negara.3.Persaingan dalam aktiviti ekonomi.

Kritikan ketiga dalam persepktif liberalisme dapat dilihat melalui pengekalan liberalisme untuk bersaing dalam aktiviti ekonomi. Namun demikian penggalakkan ini telah dikritik oleh Marixim. Menurut Marx, akibat daripada persaingan antara pengusaha dalam aktiviti ekonomi atau pengeluaran barangan, pengusaha akan berusaha untuk mengurangkan kos pengeluarn supaya memaksiumkan keuntungan. Situasi ini menyebabkan para pengusaha mengurangkan pengambilan buruh dan upah buruh serta mengantikan tenaga buruh dengan pengguna mesin (teknologi). Apabila berlaku pengurangan kos maka permintaan buruh di pasaran akan berkurang, namun pada masa yang sama akan berlakunya penawaran buruh lebihan di pasaran. Maka, implikasi daripada pendekatan pengurangan kos turut membawa kepada penganguran di kalangan pekerja. Hal ini seterusnya akan mengundang kepada pemberontakan para pekerja yang tertindas.

4.Pengagihan kekayaan tidak seimbang. Kritikan yang keempat terhadap liberlisme adalah berkaitan dengan sistem pengagihan kekayaan yang tidak seimbang. Hal ini dapat dilihat bahawa kumpulan yang kaya berada pada bilangan yang kecil maka kumpulan miskin adalah pada bilangan yang besar. Hal ini menyumbang kepada terbentuknya dua kelas social iaitu bourgeoise(golongan kaya) dan proletariat(golongan miskin) berdasarkan perspektif strukturalisme. Keadaan yang tidak seimbang ini juga membawa kepada penindasan dan eksploitasi golongan bourgeoise kepada proletariat. Maka, ekonomi adalah tidak stabil kerana sering berlaku pergelutan dan pertentangan kelas. Situasi ini juga dilihat sebagai jurangperbezaan antara bourgouise dan proletariat.KRITIKAN STRUKTURALISME Dalam persepktif strukturalisme teori Marxisme ada mengatakan bahawa konflik adalah dicetuskan oleh sistem kapiatalis. Sebagai contoh, Negara kurang membangun juga boleh berperang sesama sendiri dan bukan semestinya dengan Negara yang maju. Kemunculan teori Marxisme pada abad ke dua puluh juga telah menarikperhatian segenap masyarakat dunia dalam aspek ekonomi strukturalisme. Maka kenyataan ini adalah menentang dan menolak apa yang didakwa Lenin tentang punca perang dunia pertama adalah disebabkan sistem ekonomi yang diperaktikan oleh kapitalisme. Malah, jika berdasarkan perspektif Strukturalisme, ia kelihatan terlalu pesimistik terhadap ekonomi kapitlisme. Ekonomi kapitalisme juga menyebabkan pertumbuhan ekonomi yang tidak seimbang, membawa kepada peperangan, permusuhan Negara, dan sebagainya. Jika ia meneliti secara mendalam dalam sistem ekonomi kapitalisme, dakwaan-dakwaan yang dikemukakan oleh persepktif strukturalisme juga tidak semestinya smunya benar. Dalam persepktif Liberalisme, ia menggalakkan perdagangan antara Negara. Keadaan ini membawa kepada kerjasama dan membentuk satu hubungan berbaik-baik antara Negara. Ini kerana, peperangan hanya akan membawa kepada kerugian kerana peperangan yang berlaku menelan perbelanjaan kos yang banyak. Seterusnya perspektif liberalism ini juga dapat dilihat bahawa penindasan golongan (borgouise) atasan terhadap golongan bawahan (proletariat) seperti yang didakwa oleh strukturalisme juga tidak boleh ditrima secara berbulat-bulat. Hal Ini kerana disebabkan aspek kecekapan sering dijadikan perkara yang penting dalam pengeluaran barangan ataupun pekerjaan. Maka dalam hal ini penindasan yang berlaku antara kedua-dua kelas golongan atasan dan bawahan juga turut membantutkan kecekapan pekerja, seterusnya menghasilkan produk dan hasil kerja yang tidak berkualiti. Hal ini adalah bertentangan dengan sistem ekoniomi kapitalisme.

Kesimpulan

Secara kesimpulannya berdasarkan hujah serta huraian dan diikuti contoh yang nyata dapat kita lihat bahawa ketiga-tiga aspek perspektif iaitu merkantalisme, liberalism dan strukturalisme masing-masing mempunyai idea serta kerasionalannya yang tersendiri. Kesemua aspek ini juga mempunyai tujuan yang sama iaitu untuk membentuk satu sistem ekonomi yang dirasakan paling ideal dan sesuai bagi masyarakat serta mendedahkan kelemahan perspektif ekonomi yang lain. Melalui Ketiga-tiga persperktif dapat dilihat bahawa aspek merkantilisme adalah mempunyai cirri-ciri seperti mempraktikkan polisi perlindungan, menjadikan buillion sebagai ukuran kekayaan, dan mementingkan actor Negara. Manakala perspektif Liberalisme pula, mempunyai ciri-ciri seperti mempraktikkan aspek pasaran, perdagangan bebas, pengumpulan modal, persaingan dan sebagainya. Perspektif ketiga pula iaitu strukturalisme adalah memiliki-ciri kelas social, exploitasi dan penindasan kelas, pembahagian dunia kepada tiga kawasan dan sebagainya. Melalui ciri-ciri setiap perspektif ianya memperlihatkan perbezaan ketiga-tiga teori ini. Dalam aspek kritikan pula dapat disimpulkan bahawa kewujudan ketiga-tiga perspektif ini iaitu merkantilisma, liberalism dan strukturaliisme memperlihatkan bahawa tidak ada satu idea yang ideal atupun terbaik. Namun keberkesanan ketiga-tiga idea ini adalah bergantung kepada Peninjauan yg dilakukan terhadap peralihan masa. Namun melihat kesesuaian perspektif masa kini perspektif lberalisme adalah lebih sesuai dipraktikkaan pada masa kini. (22)BIBLIOGRAFI (SUMBER BERTULIS)1.Gilpin, Robert., The Political Economy of International Relations, Princeton,N.J:Princeton University Press,1987.

2.Balam, David.N., Introduction To International Political Economy, Upper Saddle River, N.J.: Person/Prentice Hall, 2005.

3.Williamson, J. and Milner, Chris, The World Economy, New Yourk: Harvester Wheatseaf, 1991.

4.Frieden, Jeffry A. International Political Economy: Perspectives On Global Power and Wealth, (4th edition), (Boston:Bedford/St.Martin, 2000).

5. M, Javed. , International Political Economy and Globalization, Singapore: World Scientific, 2000.

6.Terence Ball & Richard Dagger.(1995). Idea And Ideologies:A Reader (2nded). Harper Collins College Publisher.7.Spyros Economides & Peter Wilson, The Political Economic Factor In International Relation, London: I.B. Tauris & Co Ltd, 2001.8.R.J Barry Jones, Globalization And Interdependence In The International Political Economy, Great Britain: St. Martins Press, Inc., 1995.

9.M.C. Howard and J.E. King, The Political Economy of Marx, Harlow: Longman, 1975.

SUMBER (ELEKTRONIK)1.http://ms.Wikipedia.org/wiki/Merkantilisme 2.http://en.wikipedia.org/wiki/mercantilism3.http://en.wekipedia.org/wiki/Neo-liberalisme 4.http://ms.Wikipedia.org/wiki/Merkantilisme5.http://sv.wikipedia.org/wiki/Merkantilism6.http://ms.wikipedia.org/wiki/Liberalisme

(23)

HYPERLINK "http://ms.Wikipedia.org/wiki/Merkantilisme"http://ms.Wikipedia.org/wiki/Merkantilisme

Coady, C. A. J. Distributive Justice, A Companion to Contemporary Political Philosophy, editor: Goodin, Robert E. and Pettit, Philip. Blackwell Publishing, 1995,hlm, 440.

HYPERLINK "http://ms.Wikipedia.org/wiki/Merkantilisme"http://ms.Wikipedia.org/wiki/Merkantilisme

(1)

Gilpin, Robert. The Political Economy of International Relations, Princeton,N.J: Princeton University Press, 1987, hlm, 26.

Nota Kuliah Political Economy International, Puan..

(2)

Balam, David. N., Introduction To International Political Economy, (Upper Saddle River, N.J.:Person/Prentice Hall,2005),hlm,31.

Gilpin, Robert, The Political Economy of International Relation (Princeton,N.J:Pinceton University Press, 1987), hlm,31.

Frieden, Jeffry A. International Political Economy: Perspectives On Global Power and Wealth, (4th edition), (Boston:Bedford/St.Martin, 2000),p.64.

(3)

Gilpin, Robert, The Political Economy of International Relation (Princeton,N.J:Pinceton University Press, 1987), hlm,127.

Williamson, J. and Milner, Chris, The World Economy (New Yourk: Harvester Wheatseaf, 1991), hlm, 20.

(4)

Frieden, Jeffry A. International Political Economy: Perspectives On Global Power and Wealth, (4th edition), (Boston:Bedford/St.Martin, 2000),hlm.23.

Williamson, J. and Milner, Chris, The World Economy (New Yourk: Harvester Wheatseaf, 1991), hlm,20.

M, Javed. , International Political Economy and Globalization (Singapore: World Scientific, 2000),hlm,69.

HYPERLINK "http://sv.wikipedia.org/wiki/Merkantilism"http://sv.wikipedia.org/wiki/Merkantilism

(5)

HYPERLINK "http://en.wikipedia.org/wiki/mercantilism"http://en.wikipedia.org/wiki/mercantilism

Terence Ball & Richard Dagger.(1995). Idea And Ideologies:A Reader (2nded). Harper Collins College Publisher. Hlm, 67-69.

Spyros Economides & Peter Wilson, The Political Economic Factor In International Relation, London: I.B. Tauris & Co Ltd, 2001, hlm, 16.

(6)

HYPERLINK "http://ms.wikipedia.org/wiki/Liberalisme"http://ms.wikipedia.org/wiki/Liberalisme

Gilpin, Robert, The Political of International Relation (Prienceton, N.J Prienceton University Press, 1987),hlm,26.

(7)

Gilpin, Robert, The Political of International Relation (Prienceton, N.J Prienceton University Press, 1987),hlm,26.

M.Javed, International Political and Economy and Globalization (Singapore: World Scientific, 2000), hlm,469.

Gilpin, aRobert, The Political E conomy of International Relation (Priencton,N.J:Princeton University Press, 1987),hlm,29.

Balaam. David. N., Introduction To International Political Economy, (Upper Saddle River, N.J:Person/Prentice Hall, 2005), hlm, .47.

(8)

Balaam. David. N., Introduction To International Political Economy, (Upper Saddle River, N.J: Person/Prentice Hall, 2005), hlm, 54.

Gilpin, Robert., The Political Economy of International Relation (Princeton,N.J:Princeton University Press, 1987)hlm, 26.

(9)

Gilpin, Robert., The Political Economy of International Relation 9princeton, N.J:Princeton University Press, 1987),p.29.

Frieden, Jeffry A, International Political Economy: Perspectives On Global Power and Wealth, (4th edition), (Boston: Bedford/St.Martin,2000),hlm,64.

Gilpin, Robert., The Political Economy of International Relation (Prienceton,N.J:Princeton University, Press,1987),hlm,, 28. (10)

HYPERLINK "http://en.wekipedia.org/wiki/Neo-liberalisme%3c10.mac.2009"http://en.wekipedia.org/wiki/Neo-liberalisme

(11)

M.C. Howard and J.E. King, The Political Economy of Marx (Harlow: Longman, 1975).

R.J.Barry Jones, Globalization And Interdependence In The International Political Economy, Great Britain: St. Martins Press, Inc., 1995.

Nota Kuliah The Political Economy , Puan.

Nota Kuliah The Political Economy, Puan

(12)

Balaam. David. N.,International To Political Economy, (Upper Saddle River, N.J: Pearson/Prentice Hall, 2005), hlm, 73-76.

Nota Kuliah The Political Economy, Puan..

(13)

Balaam. David. N.,International To Political Economy, (Upper Saddle River, N.J:Pearson/Prentice Hall, 2005), hlm, 80-82.

(14)

Balaam.David. N., Introduction To International Political Economy, (Upper Saddle River, N.J:Pearson/Prentice Hall,2005), hlm,49.

(16)

Gilpin.Robert. The Political Economy of International Relation (Princeton.N.J:Princeton University Press. 1987), hlm, 47-49.

HYPERLINK "http://ms.wikipedia.org/wiki/Liberalisme"http://ms.wikipedia.org/wiki/Liberalisme

(17)

Balaam.David.N.,Introduction To International Political Economy, (Upper Saddle River ,N.J:Pearson/Prentice Hall,2005),p.31.

(18)

Spyros Economides & Peter Wilson, The Political Economic Factor In International Relation, London: I.B. Tauris & Co Ltd, 2001, hlm, 16-23.

(19)

Balaam.David.N.,Introduction To International Political Economy, (Upper Saddle River ,N.J:Pearson/Prentice Hall,2005), hlm, 73-76.

R.J Barry Jones, Globalization And Interdependence In The International Political Economy, Great Britain: St. Martins Press, Inc., 1995, hlm 10.

(20)

Gilpin,Robert, The Political Economy of International Relations (Princeton,N.J:Princeton University Press, 1987), hlm, 50-53.

(21)