asgment morfologi

12
Ruslina Bt Din@Mamat 1.0 Konsep Pembetukan Kata Bidang pembentukan kata (morfologi) merupakan subsistem dalam sistem bahasa. Dalam konteks Bahasa Melayu, pembentukan kata adalah proses mengolah unsur-unsur bahasa sehingga menjadi perkataan yang boleh diujarkan dan difahami oleh penuturnya. Menurut Nik Safiah et al (2011) dalam Tatabahasa Dewan Edisi ke 3, pembetukan kata adalah bersifat derivatif dan ianya dapat menerbitkan sekian banyak perkataan melalui pencatuman kata dasar dengan pelbagai imbuhan yang terdapat dalam sesuatu bahasa. Ini menjelaskan bahawa proses pembetukan kata merupakan proses bagaimana sesuatu kata itu dicipta, dibentuk, atau diwujudkan dalam sesuatu bahasa, daripada tiada kata kepada ada kata. Pewujudannya melalui dua sumber iaitu asal bahasa tersebut atau pembentukan melalui proses tertentu. Menurut Abdullah Hassan (2006), ada empat proses morfologi yang berlaku dalam bahasa Melayu iaitu pengimbuhan, penggandaan, pemajmukan dan pengakroniman. BMM 3109 1

Upload: rohana-yusof

Post on 18-Jan-2016

35 views

Category:

Documents


2 download

DESCRIPTION

bahasa melayu morfologi

TRANSCRIPT

Page 1: asgment morfologi

Ruslina Bt Din@Mamat

1.0 Konsep Pembetukan Kata

Bidang pembentukan kata (morfologi) merupakan subsistem dalam sistem bahasa.

Dalam konteks Bahasa Melayu, pembentukan kata adalah proses mengolah unsur-unsur

bahasa  sehingga menjadi perkataan yang boleh diujarkan dan difahami oleh penuturnya.

Menurut Nik Safiah et al (2011) dalam Tatabahasa Dewan Edisi ke 3, pembetukan kata

adalah bersifat derivatif dan ianya dapat menerbitkan sekian banyak perkataan melalui

pencatuman kata dasar dengan pelbagai imbuhan yang terdapat dalam sesuatu bahasa.

Ini menjelaskan bahawa proses pembetukan kata merupakan proses bagaimana

sesuatu kata itu dicipta, dibentuk, atau diwujudkan dalam sesuatu bahasa, daripada tiada

kata kepada ada kata. Pewujudannya melalui dua sumber iaitu asal bahasa tersebut atau

pembentukan melalui proses tertentu. Menurut Abdullah Hassan (2006), ada empat proses

morfologi yang berlaku dalam bahasa Melayu iaitu pengimbuhan, penggandaan,

pemajmukan dan pengakroniman.

BMM 3109 1

Page 2: asgment morfologi

Ruslina Bt Din@Mamat

2.0 Proses Pembetukan Kata Dalam Bahasa Melayu

2.1 Pembetukan Kata Nama

Menurut Nik Safiah et al (2011), pembetukan kata nama dipecahkan kepada empat bentuk iaitu kata nama tunggal kata nama terbitan,

kata nama majmuk, dan kata nama ganda.

Tajuk Pembetukan Kata Nama

Bil Bentuk Kata Jenis Pembetukan Penerangan Contoh

1. Kata Nama Tunggal

Akronim

Penjodoh bilangan

Pencatuman bahagian-bahagian daripada serangkai kata.

i. Cantuman huruf awal perkataan

ii. Cantuman huruf dan suku kata

perkataan

iii. Cantuman suku kata awal perkataan

iv. Cantuman bahagian awal perkataan

pertama dengan bahagian lain.

Segolongan kata yang menjadi pasangan pada kata bilangan untuk menjadi penerang bentuk.

ADUN: Ahli Undangan NegeriMara: Majlis amanah rakyatCerpen: cerita pendekJenama: jenis nama

segugus bintangsesisir pisangsekapur sireh

2. Kata Nama Terbitan

AwalanContoh:

peN-Bergantung kepada dua faktor iaitu faktor fonologi dan faktor

Karang - pengarangMasak – pemasak

BMM 3109 2

Page 3: asgment morfologi

Ruslina Bt Din@Mamat

pe-

Akhiran

Apitancontoh:

peN-..-anke-..-an

Sisipancontoh:

-el- -er- -em-

perkembangan.

Satu sahaja kata yang boleh bergabung dengan kata dasar tanpa melibatkan sebarang perubahan huruf.

Apitan ini terdiri daripada empat bentuk kerana dua faktor iaitu faktor fonologi dan perkembangan.Apitan ini bergabung dengan kata dasar untuk membentuk kata nama yang bersifat abstrak.

Bergabung dengan KN, KK dan KK dengan maksud sesuatu yang mempunyai ciri terkandung dalam kata dasar.

Tebus + an – tebusanHasut + an – hasutan

Nanti – penantianLari – pelarian

Daulat – kedaulatan (KN)Datang – kedatangan (KK)Malas – kemalasan (KA)

tapak - telapak giri – gerigikuning - kemuning

3. Kata Nama Majmuk

Bentuk yang telah mantap

Pengimbuhan kata

Bentuk yang dianggap mantap sebagai satu perkataan utuh, walaupun mengandungi dua kata dasar.

AntarabangsaSetiausaha

BMM 3109 3

Page 4: asgment morfologi

Ruslina Bt Din@Mamat

namaTerbahagi kepada dua bentuk iaitu

Menerima awalan atau akhiran dieja terpisah.Menerima apitan dieja bercantum

Terima kasih – berterima kasihHak milik - dihakmilikkan

4.Kata Nama

Ganda Penggandaan penuh

Penggandaan separa

Penggandaan berentak

Melibatkan seluruh kata dasar.

Melibatkan sebahagian kata dasar.

Menggandakan mengikut rentak bunyi tertentu.

Budak – budak-budak

Laki – la-laki – lelaki

sayur- sayur mayur

BMM 3109 4

Page 5: asgment morfologi

Ruslina Bt Din@Mamat

2.2 Pembetukan Kata Kerja

Tajuk Pembetukan Kata Kerja

Bil Bentuk Kata Jenis Pembetukan Penerangan Contoh

1. Kata kerja tunggal

Terbentuk tanpa imbuhan adaikut jaga

2. Kata kerja terbitan

Awalancontoh:

meN-beR-

Akhirancontoh:

-kan-i

Apitan contoh:

meN-..-kan

beR-...-kan

Sisipan -el-

Membentuk kata kerja aktif sama ada transitif atau tak transitif. Bergabung dengan huruf pertama bergabung dengannya.

Semua golongan kata boleh bergabung menjadi kata kerja.

Empat golongan kata boleh menerima apitan membentuk kata kerja transitf.

Dua golongan kata iaitu KN dan KK bergabung dengan apitan ini.

Masak – memasakNanti- menanti

Buku – bukukanLahir – lahirkanJalan – jalaniIkut – ikuti

Hamba – menghambakanCari – mencarikan

Tilam – bertilamkan (KN)Ukir – berukirkan (KK)

BMM 3109 5

Page 6: asgment morfologi

Ruslina Bt Din@Mamat

-er- -em-

Tidak ada sisipan boleh membentuk kata kerja.Bentuk perkataan yang terdiri dari KN dan KK yang mengandungi sisipan boleh dijadikan kata kerja.

Geletar – menggeletarSerabt – berserabutGemruh - bergemurh

3. Kata kerja majmuk

Bentuk yang telah mantap.

Kata majmuk jenis kata nama boleh menjadi kata kerja melali pengimbuhan

Terdapat satu bentuk perkataan penggunaannya dianggap utuh

Beritahu

Satu padu - menyatpadukan

4.Kata kerja ganda Penggandaan penuh

Penggandaan separa

Penggandaan berentak

Melibatkan seluruh kata dasar.

Melibatkan sebahagian kata dasar.

Menggandakan mengikut rentak bunyi tertentu.

Geleng – geleng-geleng

beR- - berlari-lari

mandi – mandi-manda

BMM 3109 6

Page 7: asgment morfologi

Ruslina Bt Din@Mamat

2.3 Pembetukan Kata Adjektif

Tajuk Pembetukan Kata Adjektif

Bil Bentuk Kata Jenis Pembetukan Penerangan Contoh

1. Kata adjektif tunggal

Sifat atau keadaan Warna Ukuran Bentuk

Terhasil daripada bentuk kata dasar tanpa gabungan imbuhan atau proses-proses lain.

SederhanaKuningKecilTerang

2. Kata adjektif terbitan

Awalancontoh:

teR-se-

Sisipan -em- -el- -er- -in-

Berfungsi sebagai penjelasan keadaan perbandingan atau keadaan paling.

Dibentuk melalui gabungan kata dasar daripada golongan kata adjektif, kata nama atau kata kerja.

Kecil – terkecilPanjang – terpanjangPandai - sepandai

Gilang – gemilangSerak – selerakGodak – gerodakSambung - sinambung

3. Kata adjektif majmuk

Ejaan terpisah tetapi satu maksud

Maksud kiasan

Proses rangkaian kata yang membawa satu maksud.

Simpulan bahasa

Merah jambu

Panjang tanganBesar kepala

BMM 3109 7

Page 8: asgment morfologi

Ruslina Bt Din@Mamat

4.Kata adjektif

ganda Penggandaan penuh

Penggandaan separa

Penggandaan berentak

Melibatkan seluruh kata dasar.

Melibatkan sebahagian kata dasar.

Menggandakan mengikut rentak bunyi tertentu.

Besar – besar-besar

Se-pandai –sepandai-pandai

Gelap – gelap-gelita

BMM 3109 8

Page 9: asgment morfologi

Ruslina Bt Din@Mamat

2.4 Pembetukan Kata Tugas

BMM 3109 9

Page 10: asgment morfologi

Ruslina Bt Din@Mamat

3.0 Penulisan Akedemik

Golongan

ProsesKata Nama Kata Kerja Kata Adjektif Kata Tugas

Tunggal

Terbitan

Majmuk

Ganda

BMM 3109 10

Page 11: asgment morfologi

Ruslina Bt Din@Mamat

4.0 Refleksi

Pada semester kali ini, saya telah menerima tugasan bagi kursus Morfologi

Bahasa Melayu (BMM 3109). Menerusi tugasan ini, saya perlu menyiapkannya

secara individu. Terdapat empat sub-tugasan yang diberikan iaitu berkaitan dengan

definisi konsep pembentukan kata, menghuraikan proses pembentukan kata

menggunakan borang pengurusan grafik, mengklasifikasikan golongan kata daripada

satu artikel serta yang terakhir iaitu penulisan refleksi.

Perkara utama yang saya perlu fokus bagi menyiapkan tugasan ini adalah

terhadap sub-sub tugasan yang memerlukan saya mengaplikasikan semua

pembelajaran teori di dalam kelas serta pemahaman tentang subjek morfologi.

Sememangnya semua maklumat atau nota dapat dicari dan dirujuk di dalam buku-

buku rujukan dan sumber internet, namun untuk menjawab dan menjelaskan soalan

tugasan ini kami perlu memahami konsep pembentukan kata terlebih dahulu. Bagi

saya, tugasan kali ini saya perlu mengaplikasikan setiap apa yang dipelajari dalam

kelas dan melalui pembacaan untuk menyelesaikan tugasan ini.

Saya sebenarnya sudah mempelajari tajuk morfolgi pada semester yang lalu.

Walaubagaimanapun saya masih sukar untuk memahami bagaimana melaksanakan

tugasan pada kali ini. Namun begitu, atas nasihat penyarah yang menyarankan kami

menggunakan Tatabahasa Dewan Edisi ke 3 sebagai rujukan utama, alhamdullilah

saya berjaya memahami bagaimana langkah dan isi yang boleh saya masukkan ke

dalam tugasan morfologi.

Selain itu juga, saya mendapat bimbingan daripada pensyarah pembimbing,

saya semakin jelas sedikit demi sedikit berkenaan tugasan ini. Setelah sesi soal

jawab dan bimbingan di dalam kelas bersama pensyarah, saya mula mendapat

gambaran untuk menyiapkan tugasan ini. Pada masa sekarang, saya rasakan

BMM 3109 11

Page 12: asgment morfologi

Ruslina Bt Din@Mamat

adalah tidak wajar bagi saya untuk tidak mempraktikkan apa yang telah saya pelajari

pada masa terdahulunya kerana kesannya saya telah lupa apa yang telah pelajari.

Oleh itu, saya perlu mengubah sikap agar mampu menjadi seorang guru yang efektif

dan mempunyai pengetahuan yang luas.

Pemahaman dalam konsep pembetukan kata bahasa Melayu sedikit

sebanyak membawa kepada penghargaan kepada bahasa kebangsaan kita sebagai

rakyat Malaysia. Saya lebih jelas bagaimana sesuatu perkataan dibentuk daripada

satu perkataan dasar. Ini juga menunjukkan bahawa bahasa Melayu merupakan satu

bahasa yang kaya dengan tatabahasa dan boleh diantarabangsakan. Seperti yang

kita ketahui, bahasa Melayu mempunyai pelbagai fungsi dan peranan yang penting

pada abad ini. Oleh sebab itu, segala fungsi bahasa Melayu perlu terus didaulatkan

agar keperkasaan bahasa Melayu kekal dan dikagumi. Guru merupakan pengantara

penting dalam menyampaikan matlamat negara tersebut seterusnya mendidik para

pelajar menjadi warganegara yang menghargai bahasa kebangsaan dan tidak

merosakkan bahasa sendiri.

Manakala, dari segi nilai-nilai murni yang dapat saya pelajari sepanjang

pelaksanaan tugasan ini, saya belajar untuk lebih menghargai masa yang ada dalam

melaksanakan tugasan ini. Maksudnya di sini ialah, apabila sudah mendapat soalan

tugasan daripada pensyarah, saya haruslah bertindak lebih proaktif dengan

melaksanakan tugasan ini dengan seberapa langsung. Hal ini kerana, jika saya

dapat melaksanakan tugasan ini lebih awal lagi, saya akan dapat mengelakkan untuk

melaksanakan tugasan pada saat-saat akhir bagi memastikan tugasan yang saya

hasilkan adalah benar-benar berkualiti dan menepati standard atau piawai yang telah

ditetapkan.

Sebagai penambahbaikan, saya melihat aspek pengurusan masa ini sebagai

kelemahan saya yang paling ketara sekali. Dalam hal ini, saya mengambil sedikit

pengajaran agar lebih proaktif apabila menerima tugasan daripada pensyarah

supaya saya dapat menguruskan masa yang saya ada dengan sebaiknya dan

berkesan. Dengan yang demikian, saya akan dapat menghasilkan tugasan yang

berkualiti selain menggunakan masa yang lebih tersebut untuk tujuan lain yang lebih

bermanfaat.

BMM 3109 12

Page 13: asgment morfologi

Ruslina Bt Din@Mamat

            Akhir sekali, saya bersyukur kerana dapat menyiapkan tugasan ini dengan

sempurnanya dan berharap hasil yang saya berikan menepati kehendak yang

diperlukan. Paling penting, pengetahuan dan kemahiran yang telah saya pelajari

sepanjang melaksanakan tugasan ini sudah pasti menjadi nilai tambah kepada

pengetahuan dan kemahiran sedia ada saya

BMM 3109 13