asean (sumber internet).pdf

172

Upload: truongnga

Post on 31-Dec-2016

309 views

Category:

Documents


23 download

TRANSCRIPT

Page 1: ASEAN (Sumber Internet).pdf
Page 2: ASEAN (Sumber Internet).pdf

 

ASEAN

Piagam ASEAN

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Piagam ASEAN ialah perlembagaan yang diterima oleh Persatuan Negara-negara Asia Tenggara (ASEAN). Cadangan menggubal perlembagaan ini secara rasminya dikemukakan di Sidang Kemuncak ASEAN ke-11 pada Disember 2005 di Kuala Lumpur, Malaysia. Sepuluh pemimpin negara ASEAN, iaitu setiap seorang dari sebuah negara anggota, membentuk ASEAN Eminent Persons Group lalu ditugaskan mengemukakan cadangan untuk penggubalann piagam ini. Pada Sidang Kemuncak ASEAN ke-12 di Cebu, Filipina, diumumkanlah sebilangan usul asas. Oleh itu, para pemimpin ASEAN telah bersepakat agar mendirikan "pasukan petugas peringkat tinggi untuk penggubalan Piagam ASEAN" yang terdiri daripada 10 orang pegawai kerajaan berpangkat tinggi dari sepuluh negara anggota. Pasukan tersebut kemudiannya mengadakan 13 mesyuarat sepanjang tahun 2007. Antara usul-usul yang dikemukakan termasuk pemansuhan dasar tidak campur tangan yang menjadi penting kepada pertubuhan serantau ini semenjak dibentuk pada tahun 1960-an, dan mendirikan sebuah badan hak asasi manusia.

Piagam ini diterima guna di Sidang Kemuncak ke-13 pada bulan November 2007.[1]

Isi kandungan

• 1 Piagam • 2 Ratifikasi • 3 Penguatkuasaan • 4 Pelancaran • 5 Rujukan • 6 Pautan luar

Piagam

Rukun-rukun yang digariskan dalam piagam ini termasuk:

• Penekanan terhadap kepentingan ASEAN dalam kerjasama serantau. • Hormat kepada prinsip-prinsip keutuhan wilayah, kedaulatan, sikap berkecuali

dan identiti kebangsaan negara anggota ASEAN. • Pemupukan keamanan dan identiti serantau, penolakan pencerobohan serta

penyelesaian pertikaian secara damai melalui dialog dan rundingan. • Dukungan undang-undang antarabangsa dari segi hak asasi manusia, keadilan

sosial dan perdagangan berbilang hala. • Penggalakkan penyepaduan perdagangan serantau.

Page 3: ASEAN (Sumber Internet).pdf

 

• Pelantikan Setiausaha Agung dan Wakil-wakil Tetap ASEAN. • Penubuhan badan hak asasi manusia dan mekanisme penyelesaian pertikaian,

untuk diputuskan di Sidang Kemuncak ASEAN. • Pengeratan hubungan luar dan pemerolehan kedudukan dalam PBB (seperti

Kesatuan Eropah) • Penambahan bilangan sidang kemuncak ASEAN ke dua kali setahun serta

keupayaan mengadakan sidang kecemasan. • Menegaskan penggunaan bendera, lagu, jata dan bendera ASEAN pada Hari

ASEAN pada 8 Ogos.

Ratifikasi

Untuk memastikan Piagam ASEAN pertama sah di sisi undang-undang, kesemua sepuluh negara anggota bersetuju bahawa Piagam ini harus diratifikasi sebelum Piagam ASEAN pada bulan December 2008. Piagam ini menjadi sah pada hari ke-30 selepas "Surat Cara Ratifikasi" kesepuluh dihantar kepada Setiausaha Agung ASEAN Dr. Surin Pitsuwan.

Pada 21 Oktober, piagam ini diratifikasi sepenuhnya oleh semua negara anggota. Jadual berikut memaparkan tarikh ratifikasi dan penyerahan "Surat Cara Ratifikasi" oleh setiap negara anggota:

Negara Anggota Ratifikasi Kerajaan

Penyerahan Surat Cara Ratifikasi

Ditandatangani

Singapura 2007-12-18 2007-01-07 Perdana Menteri

Brunei Darussalam

2008-01-31 2008-02-15 Sultan

Malaysia 2008-02-14 2008-02-20 Menteri Luar

Laos 2008-02-14 2008-02-20 Perdana Menteri

Kemboja 2008-02-25[1] 2008-04-18 Dewan Undangan

Kebangsaan

Page 4: ASEAN (Sumber Internet).pdf

 

Vietnam 2008-03-14 2008-03-19 Menteri Hal-Ehwal Luar

Myanmar 2008-07-21 2008-07-21[2] Menteri Luar

Thailand 2008-09-16[2] 2008-11-14[3]

Parlimen

Filipina 2008-10-07[4] 2008-11-12[3]

Senat

Indonesia 2008-10-21[5] 2008-11-13[3]

Dewan Perwakilan

Penguatkuasaan

Piagam ASEAN berkuatkuasa setelah menerima penyerahan surat cara ratifikasi terakhir oleh Thailand pada Disember 2008. Wakil tetap Thailand di Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu, Duta Don Pramudwinai, menyimpan dokumen berkenaan bersama setiausaha agung ASEAN, Surin Pitsuwan, di perwakilan Thailand di New York pada 14 November. Beliau mengeluarkan kenyataan berikut, "Inilah peristiwa yang bakal diraikan oleh 570 juta penduduk ASEAN, iaitu setelah para pemimpin ASEAN berkumpul di sidang tahunan pada pertenghaan bulan Disember, Piagam ASEAN bakal berkuatkuasa." Beliau memaksudkan piagam ini berkuatkuasa selepas Sidang Kemuncak ke-14. Tambahnya, bukan sahaja ratifikasi piagam sepeunuhnya akan disambut, bahkan juga penguatkuasaan undang-undang asas baru bagi ASEAN, sebagai "pertubuhan berasaskan undang-undang dan rakyat yang memiliki keperibadian undang-undang tersendiri."[3]

Pelancaran

Pada 15 Disember 2008, para wakil negara anggota ASEAN bersidang di Jakarta, Indonesia untuk melancarkan Piagam yang ditandatangani pada bulan November 2007 ini, dengan tujuan menuju ke arah "komuniti seumpama Kesatuan Eropah".[6] Piagam ini menjadikan ASEAN sebagai entiti sah serta bertujuan menghasilkan kawasan perdagangan bebas tunggal yang melibatkan 500 juta penduduk di rantau ini. Matlamat-matlamat piagam ini adalah seperti berikut:

1. "Menghormati kemerdekaan, kedaulatan dan keutuhan wilayah negara-negara anggota".

2. "Penyelesaian pertikaian secara aman". 3. "Tidak campur tangan dalam hal-ehwal dalaman negara anggota". 4. "Hak untuk hidup tanpa gangguan dari luar".[7]

Page 5: ASEAN (Sumber Internet).pdf

5. Bagaimanapun, diakui bahawa krisis kewangan global yang berlaku ketika ini menjadi ancaman kepada matlamat-matlamat yang dibayangkan piagam ini,[8] serta mengemukakan cadangan badan hak asasi manusia untuk dibincangkan di sidang kemuncak akan datang pada Februari 2009. Kenyataan ini mencetuskan pertikaian kerana badan ini tidak berkuasa mengenakan sekatan atau menghukum negara-negara yang mencabuli hak asasi rakyatnya, maka keberkesanannya adalah terhad.[9]

Rujukan

1. ↑ "Indonesian ministers asked to follow up ASEAN summit results", Xinhua, November 22, 2007.

2. ↑ "Surin welcomes Thailand's ratification of Asean charter", 16 September 2008.

3. ↑ 3.0 3.1 3.2 3.3 http://www.bernama.com.my/bernama/v3/news.php?id=371962

4. ↑ "Philippine Senate ratifies ASEAN Charter", 7 Oktober 2008. 5. ↑ "ASEAN Secretariat: ASEAN Charter fully ratified", 21 Oktober 2008. 6. ↑ "'Momentous' day for ASEAN as charter comes into force", Agence

France-Presse, 2008-12-15. Dicapai pada 2008-12-16. 7. ↑ Lucy Williamson. "South East Asia to launch charter", BBC, 2008-12-15.

Dicapai pada 2008-12-16. 8. ↑ "ASEAN launches charter under shadow of crisis", Reuters, 2008-12-15.

Dicapai pada 2008-12-16. 9. ↑ "ASEAN charter comes into force", International Herald Tribune, 2008-

12-15. Dicapai pada 2008-12-16.

Pautan luar

• (Inggeris) ASEAN Charter • (Inggeris) Framing the ASEAN charter: an ISEAS perspective

[sorok]

p • b • s

Persatuan Negara-Negara Asia Tenggara (ASEAN)

Negara ahli Brunei · Filipina · Indonesia · Kemboja · Laos · Malaysia · Myanmar · Singapura ·

Thailand · Vietnam

Negara pemerhati Papua New Guinea · Timor Leste

Diambil daripada "http://ms.wikipedia.org/w/index.php?title=Piagam_ASEAN&oldid=1199575" Kategori:

4

 

 

Page 6: ASEAN (Sumber Internet).pdf

 

Sidang Kemuncak ASEAN ke-14

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Sidang Kemuncak ASEAN ke-14 merupakan mesyuarat pemimpin tertinggi 10 negara Asia Tenggara (ASEAN) . Sepatutnya diadakan di Chiang Mai, utara Thailand pada 13-18 Disember 2008. Apabila penyokong PAD berbaju kuning menfadakan tunjuk perasaan, Perdana Menteri Thailand , Somchai terpaksa meletak jawatan. Perdana Menteri yang baru ,Abhisit Vejjajiva mengubah tarik sidang puncak ini pada 11 April 2009 di Pattaya . Malangnya penyokong Thaksin yang berbaju merah pula mengadakan tunjuk perasaan . Mereka menggelar diri mereka sebagai Barisan Demokrasi Menentang Diktator (UDD) .Sidang puncak ini terpaksa dibatalkan lagi.

Setiausaha Agung Asean ialah Surin Pitsuwan dari Thailand.

Isi kandungan

• 1 Sidang kemuncak di Chieng Mai • 2 Sidang kemuncak di Pattaya • 3 Sejarah • 4 Rujukan

Sidang kemuncak di Chieng Mai

Segala persiapan telah diatur di Chieng Mai bagi menjayakan Sidang Kemuncak Asean ke-14. Chieng Mai terlalu jauh dari puak berbaju kuning yang mengepung Bangkok selama 3 bulan.

Protes PAD memuncak di ibu kota Bangkok. PAD adalah golongan yang menentang kumpulan bekas Perdana Menteri Thailand , Thaksin Sinnawatra . Mereka memakai baju kuning dan menguasai beberapa tempat di Bangkok dan beberapa tempat lain mendesak Somchai meletakkan jawatan serta-merta. Ribuan penyokong anti kerajaan Perikatan Rakyat Untuk Demokrasi (PAD) merampas Rumah Kerajaan yang menempatkan Pejabat Perdana Menteri Thailand sejak 26 Ogos 2008. Lebih 40,000 penyokong PAD berjalan sejauh 1 km ke Parlimen Thailand mendesak kerajaan Perdana Menteri Somchai Wongsawat ditumbangkan. Somchai merupakan adik ipar Thaksin Sinnawatra , bekas Perdana Menteri Thailand. Thaksin sangat popular di utara Thailand tetapi dibenci di Bangkok kerana rasuah dan keganasan di selatan Thailand. Thaksin digulingkan melalui rampasan kuasa tentera.[1]

Pada 27 November 2008, Menteri Luar Thailand Sompong Amornwiwat menyatakan mesyuarat ditangguhkan / dibatalkan . Ini kerana beberapa beberapa perkara tidak dapat diluluskan oleh Parlimen Thailand setelah protes PAD terhadap kerajaan . Penyokong PAD menguasai kawasan parlimen, Lapangan Terbang Antarabangsa

Page 7: ASEAN (Sumber Internet).pdf

 

Suvarnabhumi dan Lapangan Terbang Don Muang . Pemimpin negara-negara ASEAN juga bimbang aspek keselamatan .[2] Akhirnya sidang kemuncak ini dibatalkan .[3]

Sidang kemuncak di Pattaya

Perdana Menteri Thailand yang baru , mengatur semula Sidang Kemundak Asean ke-14 yang tertangguh ke Pattaya pada 11 April 2009. Lokasinya ialah Royal Cliff Beach Hotel di tepi pantai Pattaya yang bersih dan indah. Malangnya penyokong Thaksin yang berbaju merah pula buat hal dengan mengadakan tunjuk perasaan. Puak baju merah dari Barisan Demokrasi Menentang Diktator (UDD) menyerahkan petisyen kepada Sekretariat Asean untuk mendesak peletakan jawatan Perdana Menteri Abhisit Vejjajiva, yang mereka dakwa dipilih secara tidak sah

Pihak polis dan tentera Thailand tidak dapat mengadakan sekatan jalan raya , menahan penyokong yang datang dengan bas, lori dan kereta, membaling polis dengan batu dan kayu. Thaksin berucap melalui video menggesa para penyokongnya untuk menyerbu venue sidang kemuncak . Polis Thailand terlaku berlembut dan tidak menduga ribuan si baju merah ini boleh datang dari Tugu Kemenangan di Bangkok , 2 jam dari Pattaya. Penunjuk perasan dibenarkan menggunakan pembesar suara dan menhasut penyokong dan pemandu teksi. Rusuhan memuncak apabila pihak berbaju biru melontar batu dan kayu kepada puak berbaju merah.

Pada 11 April 2009, penunjuk perasaan mengepung Dewan Pameran dan Konvensyen Pattaya (PEACH) . Semua ketua negara , perdana menteri dan menteri-menteri yang hadir terpaksa diselamatkan dengan helikopter tentera dan helikopter awam dan bot-bot . Hampir keseluruhan pemimpin dari Asean, China, Jepun, Korea Selatan, Australia, New Zealand dan India hadir.

Perdana Menteri Malaysia yang baru, Datuk Seri Najib Tun Razak bersama Menteri Luar Datuk Anifah Aman dan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Datuk Mustapa Mohamed menginap di Royal Cliff Grand Hotel and Spa . Hotel ini bertentangan dengan Royal Cliff Beach Hotel. Rombongan Malaysia selamat mendarat di Lapangan Terbang Sungai Besi pada 8.00 malam 11 April 209.[4]

Sejarah

Sidang Kemuncak Asean pernah dibatalkan pada Disember 2006 di Filipina apabila berlaku Taufan Utor sehingga mengancam keselamatan para delegasi.

Rujukan

1. ↑ Pemprotes Sekat Parlimen 2. ↑ Thailand Mungkin Tangguhkan Sidang Kemuncak Asean 3. ↑ Pemimpin Asean Sahkan Kehadiran Hadiri Sidang Kemuncak Asean 4. ↑ Politik Thai Yang Berwarna-warni

Page 8: ASEAN (Sumber Internet).pdf

Diambil daripada "http://ms.wikipedia.org/w/index.php?title=Sidang_Kemuncak_ASEAN_ke-14&oldid=804341" Kategori:

Sukan Asia Tenggara

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas. (Dilencongkan dari Sukan sea)

Logo dan bendera Persekutuan Sukan Asia Tenggara; mempunyai sepuluh gegelang yang menunjukkan sepuluh negara ASEAN.

Sukan Asia Tenggara (juga dikenali sebagai Sukan SEA), merupakan sebuah temasya sukan dwi-tahunan yang membabitkan 11 negara Asia Tenggara. Sukan ini berada dipimpin oleh Persekutuan Sukan Asia Tenggara dengan kerjasama Komiti Olimpik Antarabangsa (IOC) dan Majlis Olimpik Asia.

Isi kandungan

• 1 Penyertaan negara • 2 Sejarah • 3 Acara • 4 Edisi

o 4.1 Sukan Semenanjung Asia Tenggara o 4.2 Sukan Asia Tenggara o 4.3 Kedudukan penganjuran

• 5 Pungutan pingat sepanjang masa • 6 Rujukan • 7 Lihat juga • 8 Pautan luar

 

Page 9: ASEAN (Sumber Internet).pdf

Penyertaan negara

Kod IOC Negara / IOC Tahun

penyertaan Kod ISO

Nota

CAM Kemboja 1956 CAM -

LAO Laos (kod IOC: Republik Demokratik Rakyat Laos) 1980 LAO -

MAS Malaysia 1959 MYS -

MYA Myanmar 1959 MYR BIR 1948-1992

SIN Singapura 1959 SIN - THA Thailand 1959 THA - VIE Vietnam (kod IOC: Viet Nam) 1959 VIE -

BRU Brunei (kod IOC: Brunei Darussalam) 1988 BRU -

INA Indonesia 1977 INA IHO 1952 kod-FIFA IDN

PHI Filipina 1977 PHI - TLS Templat:TLS 2003 TLS IOA 2000

Sejarah

Pada asalnya, Sukan Asia Tenggara diberi nama Sukan Semenanjung Asia Tenggara atau Sukan SEAP. Pada 22 Mei 1958, semua delegasi dari negara semenanjung Asia Tenggara menghadiri Sukan Asia ke-3 di Tokyo, Jepun untuk melakukan perjumpaan dan telah disetujui banyak pihak untuk mengadakan pertubuhan sukan ini. Sukan SEAP dibentuk konsepkan oleh Laung Sukhumnaipradit iaitu Naib Presiden Komiti Olimpik Thailand. Cadangan ini diterima dan sukan ini dipromosikan untuk negara semenanjung Asia Tenggara.

Thailand, Burma (kini; Myanmar), Malaya (kini; Malaysia), Laos, Vietnam Selatan, dan Kemboja (juga Singapura menyertai kemudiannya) dijadikan sebagai anggota sukan ini. Kebanyakan negara menyetujui temasya ini diadakan secara dwi-tahunan. Sukan Komiti Persekutuan SEAP mula dibentuk selepas itu.

Sukan SEAP pertama diadakan di Bangkok, Thailand dari 12-17 Disember 1959 dan disertai seramai 527 atlet dan pegawai rasmi dari Thailand, Burma, Malaysia, Singapura, Vietnam Selatan, dan Laos mengambil bahagian dalam 12 jenis sukan.

Sukan SEAP ke-8 pada 1975, Persekutuan SEAP membawa masuk kontinjen negara dari Indonesia dan Filipina. Dua negara itu diterima pada 1977, tahun yang sama yang

 

mana Persekutuan SEAP menukar nama kepada Pertubuhan Sukan Asia Tenggara

Page 10: ASEAN (Sumber Internet).pdf

 

i (SEAGF) dan temasya dwi-tahunan ini dikenali sebagai Sukan Asia Tenggara. Brunediterima masuk pada Sukan SEA ke-10 di Jakarta, Indonesia, dan Timor-Leste pada Sukan SEA ke-22 di Hanoi, Vietnam.

Sukan SEA ke-23 diadakan di Filipina, yang mana diadakan bermula 27 November dan berakhir 5 Disember 2005, yang menjadi hos temasya dwi-tahunan ini buat kali ketiga.

Acara

Untuk melihat senarai acara sukan terkini yang dipertandingkan, lihat Acara sukan Sukan Asia Tenggara

Sukan Asia Tenggara 2007

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Sukan Asia Tenggara ke-24

Sukan Asia Tenggara ke-24

Tema: "Spirit, Friends ip and Celebrations"

Penyertaan 11[1]

h

negara

Penyertaan atlet 5282

Acara 436 dalam 43 sukan

Upacara pembukaan

Disember 6, 2007

Upacara penutupan

Disember 15, 2007

Dirasmikan oleh HRH Crown Prince Maha

(anggaran)

Vajiralongkorn

Page 11: ASEAN (Sumber Internet).pdf

10 

 

Crown Prince of Thailand

Pembaca ikrar Atlet

Suebsak Pansueb

Pembaca ikrar Juri

Vice Professor Paibul Srichaisawat

Pembawa obor Udomporn Polsak

Venue upacara

His Majesty the King's 80th Birthday Anniversary, 5th December 2007 Sports Complex

Sukan Asia Tenggara ke-24 (juga dikenali sebagai Sukan SEA) telah diadakan di Wilayah Nakhon Ratchasima (Korat), utara Thailand dari 6 Disember hingga 16 Disember, 2007. Majlis Olimpik Thailand telah merancang acara ini sempena hari ulang tahun kelahiran Raja Bhumibol Adulyadej yang ke-80.

Ini adalah kali ke-6 Thailand menjadi tuan rumah Sukan Asia Tenggara ini. Sebelum ini pada 1959, 1967, 1975, 1985, dan 1995. Sepatutnya Sukan SEA edisi 2007 tetapi Singapura telah menarik diri daripada peluang menjadi tuan rumah pada 2004 di Stadium Nasional Singapura dan ingin membina Hub Sukan Singapura maka Thailand mempunyai peluang menjadi tuan rumah Sukan SEA kali ini.

Isi kandungan

• 1 Persiapan • 2 Pungutan pingat • 3 Gelanggang

o 3.1 Galeri • 4 Acara sukan • 5 Negara yang mengambil bahagian • 6 Upacara perasmian • 7 Kontroversi • 8 Rujukan • 9 Pautan luar

Page 12: ASEAN (Sumber Internet).pdf

Persiapan

Pada 24 Februari 2006, Gabenor Wilayah Nakhon Ratchasima bertemu untuk membincangkan jadual Sukan SEA ke-24, dan perkembangan projek di wilayah itu yang menelan kos perbelanjaan US$65 juta bagi pembinaan kompleks sukan. Projek ini diketuai oleh gabenor; Somboon Ngamlak. Akhirnya, gambaran keseluruhan pembinaan kemudahan sukan tersebut dinyatakan dalam satu perjumpaan, dan beliau menyatakan kesemua kemudahan sukan sedia digunakan untuk Sukan SEA 2007.

Pungutan pingat

Ked. Negara Emas Perak Gangsa Jumlah

1 Thailand 182 123 101 406

2 Malaysia

11 

 

68 52 96 216

3 Vietnam 64 58 82 204

4 Indonesia

56 64 82 202

5 Singapura

43 43 41 127

6 Filipina 41 91 96 228

7 Myanmar

14 26 48 88

8 Laos 5 7 32 44

9 Kemboja 2 5 11 18

10 Brunei Darussalam

1 1 4 6

11 Timor Leste

0 0 0 0

Jumlah 476 470 593 1539

Sasaran pingat negara

Negara Sasaran pingat emas

Thailand 250-260[2]

66[3]Malaysia

70-80[4]Vietnam

65[5]Indonesia

35-45[6]Singapura

60[7]Filipina

Page 13: ASEAN (Sumber Internet).pdf

Gelanggang

Nong Can ialah seekor kucing Siam merupakan maskot rasmi temasya ini.

Peta penempatan sukan di Korat

Kebanyakan sukan akan diadakan di kompleks sukan berharga $65 juta di Jalan Pakthongchai di Nakhon Ratchasima. [8] Kompleks sukan ini boleh menampung 20,000 tempat duduk dinamakan Kompleks sukan Keputeraan Raja ke-80 tahun, 5 Disember 2007. Kompleks sukan ini juga termasuk stadium dalaman berjumlah 5,000-tempat duduk, 16 kemudahan gelanggang tenis , di kalangan kemudahan lain yang dijadualkan tamat pembinaannya pada bulan Jun 2007.[9]

12 

 

Page 14: ASEAN (Sumber Internet).pdf

13 

 

Nakhon Ratchasima (Korat)

Kompleks Sukan Sambutan Hari Ulang Tahun Keputeraan Raja Thailand yang ke-80 (5th December 2007)

• Stadium Utama(Majlis Perasmian dan Penutupan, Olahraga, Bola sepak) • Pusat Akuatik (Terjun, Renang, Polo air) • Stadium Bola Tampar Pantai (Bola tampar pantai) • Gimnasium 1 (Gimnastik) • Gimnasium 2 (Bola tampar) • Gelanggang Tenis (Tenis) • Velodrom (Berbasikal)

Universiti Teknologi Suranaree

• Padang Bola Sepak 2 (Memanah) • Gimnasium Keelapirom (Bola keranjang) • Pusat Kajian Nasional Synchrotron (Lawan pedang) • Gelanggang Petanque (Petanque) • Residen Pelajar (Perkampungan atlet) • Stadium Surapala Keetha Sathan (Bola sepak) • Bangunan Suraphat 2 (IBC, MPC)

Gelanggang lain

• Kompleks Sukan Amphoe Pak Thong Chai (Tinju, Bola sepak) • Kelab Golf and Country Bonanza (Golf) • Institut Teknologi Chanapolkhan (Karate, Wushu) • Khao Yai Thiang (Berbasikal) • Dewan Serbaneka Klang Plaza Jomsurang (Ping Pong) • Lebuh Raya Mittraphap (Cycling) • Kompleks Sukan Perbandaran (Bola sepak, Muay Thai) • Universiti Rajabhat Nakhon Ratchasima (Bina badan, Sofbol) • Kolej Vokasional Nakhon Ratchasima (Angkat berat) • Universiti Teknologi Isan Rajamangala (Judo, Gusti) • Hotel Sima Thani Hotel (Billiard dan Snuker) • Kawasan Perbandaran Sung Noen (Pencak Silat) • Kem Suranaree (Ragbi) • Kedai Serbaneka The Mall (Sepak Takraw) • Universiti Wongchawalitkul (Badminton, Sukan Tari, Taekwando)

Bangkok

• Kompleks Sukan Nasional (Bola Tampar) • Pusat Sukan Permaisuri Sirikit (Besbol, Hoki, Boling Padang)

Page 15: ASEAN (Sumber Internet).pdf

• Kelab Ratchaphruek (Skuasy) • SF Strike Bowl (Boling) • Kompleks Sukan Suruhanjaya Sukan Thailand (Futsal, Menembak) • Kelab Sukan VR (Polo)

Chonburi

• Ambassador City Jomtien (Triatlon) • Horseshoe Point (Ekuestrian) • Map Prachan Reservoir (Kanu-Kayak, Mendayung, Lumba Bot Tradisional) • Ocean Marina Yacht Club (Kapal layar)

Galeri

Kemajuan pembinaan sehingga 30 Mei 2007:

Stadium utama

Acara sukan

Terdapat lebih 400 acara daripada 43 jenis sukan dipertandingkan di Sukan Asia Tenggara 2007 termasuk 2 sukan pertunjukan (iaitu; Go dan Kempo).[10] Edisi ke-24 ini akan mempertandingkan jumlah acara tertinggi dalam sejarah Sukan Asia Tenggara, melebihi jumlah acara di Sukan Asia dan Sukan Olimpik.

• Akuatik • Angkat berat • Badminton • Berbasikal • Besbol • Billiard dan

Snooker¹ • Bina badan¹ • Bola baling³ • Bola

keranjangʰ • Bola sepak

• Boling¹ • Boling

padang³ • Ekuestrian • Gimnastik • Golf¹ • Gusti • Hoki³ • Judo • Kapal layar • Karate¹ • Kayak

• Lawan pedang• Lumba bot

tradisional¹ • Memanah • Mendayung • Menembak • Muay Thai² • Olahraga • Petanque² • Ping pong • Polo¹ • Ragbi

• Sepak takraw¹• Silat² • Skuasy¹ • Sofbol° • Sukan tari³ • Taekwando • Tenis • Tinju • Triatlon • Wushu¹

14 

 

Page 16: ASEAN (Sumber Internet).pdf

• Bola tampar

Indonesia vs Thailand di perlawanan polo Sukan SEA 2007

¹ - bukan jenis sukan rasmi Sukan Olimpik ² - sukan ini hanya dipertandingkan di Sukan SEA sahaja ³ - bukan sukan tradisi Sukan Olimpik mahupun Sukan SEA tetapi sukan ini hanya dipertandingkan oleh negara tuan rumah sahaja. ° - merupakan sukan rasmi Sukan Olimpik, tetapi tidak pernah dipertandingkan di mana-mana edisi sebelumnya dan dipertandingkan oleh negara tuan rumah. ʰ - tidak dipertandingkan di edisi sebelumnya tetapi dipertandingkan semula oleh negara tuan rumah.

Negara yang mengambil bahagian

Negara Atlet Pegawai rasmi

Kod

Negara / Komiti Olimpik

Antarabangsa

Lelaki Wanita Jumlah Lelaki Wanita Jumlah

BRU Brunei

Darussalam

51 10 61 44 2 46

CAM Kemboja 161 71 232 64 4 68

INA Indonesia 369 205 574 160 28 188

LAO Laos 246 168 414 186 35 221

15 

 

Page 17: ASEAN (Sumber Internet).pdf

MAS Malaysia 494 326 820 239 55 294

MYA Myanmar 292 214 506 156 35 191

PHI Filipina 373 247 620 143 32 175

SIN Singapura 262 180 442 165 51 216

THA Thailand 540 442 982 342 65 407

TLS Timor Leste

7 - 7 8 - 8

VIE Vietnam 331 293 624 152 17 169

Jumlah 3126 2156 5282 1659 324 1983

Upacara perasmian

Rencana utama: Upacara perasmian Sukan Asia Tenggara 2007

Temasya Sukan SEA edisi yang ke-24 ini dibuka secara rasmi di Korat, Thailand. Temasya ini dianggap paling istimewa dalam sejarah enam kali Thailand menjadi tuan rumah kerana temasya dwi-tahunan terbesar di rantau Asia Tenggara itu, kali ini dilangsungkan hampir serentak dengan sambutan Keputeraan Raja Thai Ke-80.

Malah pemilihan Wilayah Nakhon Ratchasima sebagai gelanggang Sukan SEA kali ini khusus dibuat untuk memeriahkan lagi sambutan hari kelahiran Raja Bhumibol Adulyadej, raja paling lama memerintah di dunia.

Walau bagaimanapun, upacara perasmian Sukan SEA edisi 2007 ini tidak dapat disempurnakan oleh Raja Bhumipol sendiri. Sebaliknya, diambilalih oleh Putera Mahkota Maha Vajiralongkorn yang mewakili bapanya yang uzur dan agak keletihan kerana menghadiri aturcara padat sempena sambutan hari lahirnya sebelum upacara perasmian ini menjelang.

Dengan bertemakan ‘Semangat, Setiakawan, dan Perayaan’ serta maskot kucing Siam ‘maeo si sawat’, acara perasmian tetap berlangsung dengan meriah dan penuh warna-warni apabila Stadium Utama Keputeraan Raja Thai Ke-80 yang boleh menempatkan kapasiti 40,000 orang.

Upacara perasmian bermula pukul 6.15 petang (waktu tempatan) dengan persembahan yang bertajuk ‘The Journey of SEA Games to Korat’ mula membuka tirai diikuti empat

16 

 

Page 18: ASEAN (Sumber Internet).pdf

17 

 

lagi persembahan kebudayaan menarik yang membabitkan 8,793 pelajar daripada 35 institusi pendidikan di Korat ini.

Antara persembahan tersebut ialah menyanjung pemerintahan Raja Bhumibol, pengkisahan tentang legenda tempat bersejarah Phu Mai Ruin dan pembukaan awal bandar Korat.

Selepas itu, 11 kontinjen negara yang mengambil bahagian pada temasya kali ini mula berarak masuk dengan didahului kontinjen Brunei Darussalam.

Kemuncak kepada upacara perasmian ini pastinya pengumuman pembukaan rasmi oleh Putera Mahkota Maha Vajiralongkorn diikuti upacara menaikkan bendera Persekutuan Sukan SEA (SGF) dan pernyalaan obor sebagai tanda bermulanya temasya secara rasmi.

Dua atlet legenda Thailand iaitu pemenang pingat gangsa acara tinju lelaki Sukan Olimpik Athens 2004, Suriya Prasathinpimai dan atlet angkat berat dan wanita pertama Thailand yang memenangi emas di Sukan Olimpik 2004, Leftenan Udomporn Polsak diberi penghormatan menyalakan obor temasya.

Sebanyak 5,200 atlet daripada 11 buah negara Asia Tenggara mengambil bahagian pada temasya kali ini yang mempertandingkan 43 acara kesemuanya serta menawarkan 475 pingat emas untuk direbut.

Kontroversi

• Pemain hoki padang lelaki Thailand, Surathep Wisawathiron menjadi atlet pertama diuji ujian dadah positif menggunakan dadah jenis methyltestosterone.[11]

• Juga, atlet gimnastik Thailand, Panaporn Kosol diuji positif dengan steroid. [12] • Malaysia menarik diri daripada semua acara sukan sepak takraw selepas

membantah penggunaan bola getah yang baru. Sepak Takraw biasanya bola berkenaan diperbuat daripada rotan. Ini sekaligus memberikan kemenangan percuma/berat sebelah kepada Thailand dalam semua acara Sepak Takraw. Tetapi Thailand ingin mendakwa Malaysia kerana menarik diri daripada acara yang dipertandingkan pada saat-saat akhir. Meskipun, Thailand sudah menyapu bersih kesemua pingat emas acara Sepak Takraw. [13]

• Mary Antoinette Rivero dari Filipina ditumpaskan 7-4 oleh Cassandra Haller dari Thailand dalam acara sukan taekwando wanita; kategori bawah 65 kilogram; Rivero sebenarnya boleh memungut 3 mata pada pusingan ketiga dan sudah menjatuhkan Haller ke lantai tetapi Haller pula yang mendapat mata pemberian juri. Ini telah menyebabkan atlet taekwando Filipina yang lain menarik diri dan beredar dari venue perlawanan sukan taekwondo.[14]

• Filipina memulaukan semua perlawanan akhir tinju secara mengejut dan menunjukkan isyarat bahawa mutu pengadilan perlawanan rendah disebabkan

Page 19: ASEAN (Sumber Internet).pdf

18 

 

keputusan berat sebelah oleh pihak juri.[15] Dua daripada tujuh petinju Filipina tidak muncul selepas loceng perlawanan berbunyi pada pusingan pertama sementara empat yang lain tidak muncul selepas loceng perlawanan pusingan penentuan pingat emas dibunyikan ketika menentang lawan dari Thailand, sekaligus kemenangan berpihak kepada Thailand. Mungkin, petinju Filipina menganggap mereka akan tetap tewas meskipun berjuang sehabis-habisan disebabkan keputusan juri yang sememangnya dijangka berat sebelah. Petinju Filipina turun sebagai 'underdog' pada semua perlawanan hari Khamis, untuk berlawan dengan petinju dari Thailand termasuk Non Boonjumnong; pemenang pingat perak kejohanan dunia 2007, Worapoj Petchkoom; pemenang pingat perak Sukan Olimpik 2004, dan Suriya Prasathinphimai; pemenang pingat gangsa Sukan Olimpik 2004.[16] Hanya lawan Boonjumnong, Larry Semilano berjaya menumpaskan satu-satunya petinju Thailand untuk merangkul pingat emas.

Rujukan

1. ↑ HOME PAGE - SEA Games 2007 Information Center Nakhon Ratchasima THAILAND

2. ↑ SEA Games: Thailand looks to consolidate medals lead 3. ↑ SEA Games: Malaysia hopes to bag 64 gold medals 4. ↑ VIETNAMNET, Ha Noi, Viet nam. "Vietnam remains second at SEA

Games". Diarkibkarn daripada yang asal on 2009-07-23. http://english.vietnamnet.vn/sports/2007/12/758831/. Capaian 2009-07-13.

5. ↑ SEA Games: Indonesia set modest target of 65 gold medals 6. ↑ SEA Games: Team Singapore targeting 35 to 45 gold medals 7. ↑ Thailand set to extend host domination at Southeast Asian Games 8. ↑ Komiti Penganjuran melaporkan stadium ini sedia digunakan untuk

Sukan SEA 2007 9. ↑ Perkembangan pembinaan venue 10. ↑ Senarai sukan Sukan SEA oleh akhbar Korat Post 11. ↑ Pemain hoki padang lelaki Thailand diuji positif dalam ujian dadah

Sukan Asia Tenggara 12. ↑ Pemain Thailand disingkirkan daripada Sukan SEA selepas gagal dalam

ujian dadah 13. ↑ Thailand menyapu bersih pingat emas kesemua acara sepak takraw

pada Sukan SEA 14. ↑ GMA News melaporkan kekalahan berat sebelah ke atas atlet

taekwondo Filipina pada Sukan SEA 15. ↑ Sukan SEA: Tinju memberikan kejayaan pingat emas berat sebelah

kepada petinju Thai 16. ↑

Page 20: ASEAN (Sumber Internet).pdf

19 

 

Pautan luar

• Laman rasmi Sukan SEA ke-24 Nakhon Ratchasima 2007 • Public Relations Committee - 24th SEA Games (Thai) • RPSports.com Philippine Team SEA Games Coverage

Didahului oleh: 2005

pelbagai venue, Filipina

Sukan Asia Tenggara

Diikuti oleh: 2009

Vientiane, Laos

[sorok]

p • b • s

Sukan Asia Tenggara

Sukan Semenanjung Asia Tenggara

Bangkok 1959 | Yangon 1961 | Kemboja 1963 (Dibatalkan) | Kuala Lumpur 1965 | Bangkok 1967 | Yangon 1969 | Kuala Lumpur 1971 | Singapura 1973 | Bangkok 1975

Sukan Asia Tenggara

Kuala Lumpur 1977 | Jakarta 1979 | Manila 1981 | Singapura 1983 | Bangkok 1985 | Jakarta 1987 | Kuala Lumpur 1989 | Manila 1991 | Singapura 1993 | Chiang Mai 1995 | Jakarta 1997 | Bandar Seri Begawan 1999 | Kuala Lumpur 2001 | Vietnam 2003 | Filipina 2005 | Nakhon Ratchasima 2007 | Vientiane 2009 | Palembang 2011 | Naypyidaw 2013 | Singapura 2015 | 2017 | 2019 | 2021 | 2023

Diambil daripada "http://ms.wikipedia.org/w/index.php?title=Sukan_Asia_Tenggara_2007&oldid=1914801"

Page 21: ASEAN (Sumber Internet).pdf

Edisi

Sukan Semenanjung Asia Tenggara  

Tahun Edisi Bandar raya tuanrumah

1959 I Bangkok

1961 II Yangon

1963 Dibatalkan Phnom Penh

1965 III Kuala Lumpur

1967 IV Bangkok

1969 V Yangon

1971 VI Kuala Lumpur

1973 VII Singapura

1975 VIII Bangkok

Sukan Asia Tenggara  

Tahun Sukan Bandar raya tuan rumah

1977 IX Kuala Lumpur

1979 X Jakarta

1981 XI Manila

1983 XII Singapura

1985 XIII Bangkok

20 

 

Page 22: ASEAN (Sumber Internet).pdf

1987 XIV Jakarta

1989 XV Kuala Lumpur

1991 XVI Manila

1993 XVII Singapura

1995 XVIII Chiang Mai2

1997 XIX Jakarta

1999 XX Bandar Seri Begawan

2001 XXI Kuala Lumpur

2003 XXII Hanoi dan Bandar Ho Chi Minh3

2005 XXIII Manila

2007 XXIV Nakhon Ratchasima5

2009 XXV Vientiane

2011 XXVI Jakarta dan Palembang6

2013 XXVII Naypyidaw

Singapura[1]2015 XXVIII

2017 XXIX

2019 XXX

• 1 Ditukar nama selepas Filipina & Indonesia menyertai temasya ini. • 2 Ia adalah kali pertama dalam sejarah SEAG sebuah bandar bukan ibu negara

menjadi tuan rumah temasya ini. • 3 Ini kali pertama dalam sejarah SEAG yang venues temasya ditempatkan di dua

bandar iaitu Hanoi dan Bandar Ho Chi Minh. Daerah lain termasuk Haiphong, Hải Dương, Nam Định, Ninh Bình, Phú Thọ, Vĩnh Phúc dan Hòa Bình.

• 4 Daerah lain yang menjadi tuan rumah adalah beberapa bandar dalam Metro Manila

21 

 

, Los Baños dan Calamba City di Laguna, Cebu, Bacolod, Angeles dan Subic, Zambales.

Page 23: ASEAN (Sumber Internet).pdf

• 5 Bandar raya Chonburi dan Bangkok antara lokasi di mana Sukan SEA ke-24 diadakan.

• 6 Palembang adalah tuan rumah rumah temasya, Jakarta akan menyokong tuan

njur Tahun

rumah bersama

Kedudukan penganjuran Kedudukan penganjuran dari 1959 ke 1975.

Negara Temasya dia

22 

 

Thailand

1967, 3 1959,

1975

Malaysia

2 1965, 1971

Myanmar

2 1961, 1969

Singapura

1 1973

Kemboja

1 1963

Laos -

Vietnam

Kedudukan penganjuran dari Sukan SEA 1977–semasa.

Negara Temasya dianjur Tahun

-

Indonesia 4 1979, 1987, 1997, 2011

Thailand 3 1985, 1995, 2007

Filipina 3 1981, 1991, 2005

Malaysia 3 1977, 1989, 2001

Singapura 2 1983, 1993

Myanmar 1 2013

Laos 1 2009

Vietnam 1 2003

Brunei 1 1999

Kemboja -

Templat:TLS -

ja1 – Kembo sep utn meng an SEA k 3 tetapi dibatalkan berikutan situasi tidak mengizinkan 2 – Singapura

at ya anjurkan Suk e-

telah diberi hak penganjuran Sukan SEA ke-27 tetapi ia memilih untuk

melepaskan hak tersebut kemudian

Page 24: ASEAN (Sumber Internet).pdf

23 

 

ungutan pingat sepanjang masa

Sehingga Sukan Asia Tenggara 2009

P

.

ra

eg

Sukan Semenanjung Asia Tengga

N ara Emas Perak Gangsa Jumlah

Thailand

374 254 261 889

Singapura

204 229 221 654

Burma 198 207 214 519

Malaysia

316 765 194 255

Vietnam Selatan

39 51 65 155

Republik Khmer

27 36 41 104

Laos 0 6 23 29

Sukan Asia Tenggara

egara N Gangsa JumlahEmas Perak

1,377 1,209 1,178 3,764 Indonesia

1,318 1,125 1,098 3,541 Thailand

Filipina 762 880 1,063 2,705

705 682 927 2,315 Malaysia

431 484 733 1,684 Singapura

407 373 461 1,241 Vietnam

Myanmar

221 361 505 1,087

Laos 11 21 78 110

Brunei 9 33 125 167

4 15 53 72 Kemboja3

Timor-Leste

0 0 3 3

Jumlah keseluruhan

Negara Emas Perak Gangs laha Jum

Thailand 456 4696 1778 1462 1

Page 25: ASEAN (Sumber Internet).pdf

24 

 

Ju seluruhan mlah ke

Negara Emas Perak Gangsa Jumlah

Indonesia 1420 1262 1252 3934

Malaysia1 940 977 1302 3219

Filipina 799 915 1114 2828

Singapura 668 743 989 2400

Vietnam4 529 499 583 1611

Myanmar5 431 590 757 1778

Laos 44 52 153 249

Kemboja3 34 61 121 216

Brunei 10 34 113 157

Timor-Leste 0 0 6 6

• 1 Juga bertanding sebagai Malaya. • 2 Negara ini bergabung bersama Vietnam Utara pada 1975; kemudian, pungutan

pingat negara Vietnam diasingkan daripada pungutan pingat Vietnam Selatan bermula April 1975.

• 3 Bertanding sebagai Kemboja, Kampuchea, dan Republik Khmer. • 4 Dalam edisi 1989, Vietnam bersatu menyertai semula temasya dengan nama

baru dan bendera baru. Pingat diperolehi Vietnam Selatan telah dimasukkan bersama. Lihat jadual pingat atas untuk Vietnam Selatan.

• 5 Bertanding sebagai Burma sehingga 1987.

Rujukan

1. ↑ http://www.channelnewsasia.com/stories/sportsnews/view/1165016/1/.html

Pautan luar

• Senarai tuan rumah sukan serantau - Majlis Olimpik Asia • Informasi Sukan Asia Tenggara • Singapura 2013

Page 26: ASEAN (Sumber Internet).pdf

25 

 

p • b • s

Sukan Asia Tenggara

Sukan Semenanjung Asia Tenggara

Bangkok 1959 | Yangon 1961 | Kemboja 1963 (Dibatalkan) | Kuala Lumpur 1965 | Bangkok 1967 | Yangon 1969 | Kuala Lumpur 1971 | Singapura 1973 | Bangkok 1975

Sukan Asia Tenggara

Kuala Lumpur 1977 | Jakarta 1979 | Manila 1981 | Singapura 1983 | Bangkok 1985 | Jakarta 1987 | Kuala Lumpur 1989 | Manila 1991 | Singapura 1993 | Chiang Mai 1995 | Jakarta 1997 | Bandar Seri Begawan 1999 | Kuala Lumpur 2001 | Vietnam 2003 | Filipina 2005 | Nakhon Ratchasima 2007 | Vientiane 2009 | Palembang 2011 | Naypyidaw 2013 | Singapura 2015 | 2017 | 2019 | 2021 | 2023

Diambil daripada "http://ms.wikipedia.org/w/index.php?title=Sukan_Asia_Tenggara&oldid=1912244"

Page 27: ASEAN (Sumber Internet).pdf

26 

 

Bendera ASEAN

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Bendera ASEAN membawa erti ASEAN yang stabil, aman, bersatu dan dinamik. Warna logo iaitu biru, merah, putih dan kuning merupakan warna utama bendera negara negara ASEAN.

Warna biru melambangkan keamanan dan kestabilan. Merah bermaksud semangat dan dinamisme manakala putih menunjukkan ketulenan dan kuning melambangkan kemakmuran.

Sepuluh tangkai padi melambangkan impian Bapa Penemuan ASEAN yang kesepuluh negara di Asia Tenggara bersatu dan bersahabat. Bulatan pula melambangkan kesatuan ASEAN.

Isi kandungan

• 1 Saiz rasmi • 2 Tatacara penggunaan bendera ASEAN

o 2.1 Kemuliaan bendera • 3 Lihat juga

Saiz rasmi

Saiz rasmi bendera ASEAN adalah seperti berikut:

Bendera di meja: 10 cm x 15 cm

Bendera di dalam bilik: 100 cm x 150 cm

Bendera untuk kereta: 10 cm x 30 cm

Bendera di padang: 200 cm x 300 cm

Tatacara penggunaan bendera ASEAN

Bendera ini merupakan simbol kepada kesatuan negara anggota ASEAN dan sokongan terhadap prinsip prinsip ASEAN

Kemuliaan bendera

Bendera mesti digunakan dengan cara yang baik.

Page 28: ASEAN (Sumber Internet).pdf

27 

 

Lagu ASEAN

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Lagu ini dicipta oleh Ryan Cayabyab dan lirik oleh Nicanor G. Tiongson. Lagu ini disampaikan oleh Philippine Madrigal singers, Philippine Normal University Chorale, Philippine Women's University Chorale, A Capella Manila dan Orkestra Filharmonik Filifina.

Lagu Perpaduan ASEAN

ASEAN, OH ASEAN

OUR VOICES RISE AS ONE

FROM LAND TO LAND FROM SEA TO SEA

REACH OUT TO EVERYONE

ASEAN, OH ASEAN

LET'S LINK OUR ARMS AND STAND

BEHOLD THE SUN HAS RISEN TO

THE LEVEL OF OUR EYES

BEHOLD THE SUN HAS RISEN TO

THE LEVEL OF OUR EYES

Page 29: ASEAN (Sumber Internet).pdf

Logo ASEAN

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Logo ASEAN membawa erti ASEAN yang stabil, aman, bersatu dan dinamik. Warna logo itu biru, merah, putih dan kuning merupakan warna utama lambang negara negara ASEAN.

Warna biru melambangkan keamanan dan kestabilan. Merah bermaksud semangat dan dinamisme manakala putih menunjukkan ketulenan dan kuning melambangkan kemakmuran.

Sepuluh tangkai padi melambangkan impian Bapa Penemuan ASEAN yang kesepuluh negara di Asia Tenggara bersatu dan bersahabat. Bulatan pula melambangkan kesatuan ASEAN.

Tulisan yang digunakan untuk perkataan ASEAN ialah helvetica dalam tulisan kecil dan bold.

Isi kandungan

• 1 Peraturan dan tatacara penggunaan logo ASEAN o 1.1 Reka bentuk logo o 1.2 Kemuliaan logo o 1.3 Penggunaan logo oleh Sekretariat ASEAN

• 2 Lihat juga

Peraturan dan tatacara penggunaan logo ASEAN

Ketua Setiausaha ASEAN telah diberi tanggungjawab untuk mengawal penggunaan Logo ASEAN.

28 

 

Page 30: ASEAN (Sumber Internet).pdf

29 

 

Reka bentuk logo

Logo ini menjadi logo rasmi ASEAN. Reka bentuk dan warnanya perlulah tepat. Logo ini boleh hadir dalam bentuk hitam putih atau berwarna.

Kemuliaan logo

Sebagai prinsip asas, logo ini perlulah digunakan untuk tujuan dan dalam keadaan yang baik, dan tidak boleh digunakan sebagai iklan untuk propaganda politik.

Penggunaan logo oleh Sekretariat ASEAN

Sekretariat ASEAN boleh menggunakan logo ini untuk perkara yang dikira sesuai oleh Ketua Setiausaha termasuk:

• Dipamerkan di bangunan Sekretariat dan kediaman Ketua Setiausaha. • Digunakan sebagai kepala surat. • Digunakan sebagai penutup rasmi (official seal) Sekrerariat • Digunakan dalam penerbitan rasmi, buku atau majalah beridentitikan ASEAN • Digunakan sebagai tanda kepunyaan Sekretariat. • Digunakan dalam pakaian seragam atau tanda identiti yang dipakai oleh anggota

Sekretariat. • Digunakan sebagai pameran ketika majlis rasmi, perjumpaan, mesyuarat dan

pameran.

Page 31: ASEAN (Sumber Internet).pdf

BIMP-EAGA

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

BIMP-EAGA atau Kawasan Pembangunan ASEAN Timur diwujudkan pada Mac 1994 bagi menyuntik pembangunan di kawasan kawasan ini yang agak mundur dari segi ekonomi. Kawasan ini meliputi:

• Brunei Darussalam • Kalimantan, Sulawesi, Maluku dan Irian Jaya (Indonesia) • Sabah, Sarawak, Labuan (Malaysia) • Mindanao dan Pahlawan, Filipina (Filipina)

Isi kandungan

• 1 Sejarah • 2 BIMP-EAGA BC • 3 Sukan BIMP-EAGA • 4 Pautan Luar

Sejarah

Pada Oktober 1992, Presiden Filipina, Fidel Ramos mengutarakan konsep EAGA kepada ketua kerajaan ASEAN Timur di Brunei. Tiga bulan kemudian, Presiden Ramos sekali lagi membincangkan EAGA bersama Tun Dr. Mahathir Mohamed semasa lawatannya ke Malaysia. Usaha usaha EAGA bermula pada Mei 1993 di mana pegawai kerajaan dan ahli perniagaan dari Mindanao pergi ke Sulawesi dan Sarawak. Pada

30 

 

Page 32: ASEAN (Sumber Internet).pdf

31 

 

1993, EAGA dibincangkan oleh Menteri Kewangan semasa Mesyuarat Menteri Kewangan di Singapura dan sebulan kemudian Sultan Brunei menyatakan persetujuan baginda untuk menyertai EAGA.

BIMP-EAGA BC

BIMP-EAGA BC atau Majlis Perniagaan EAGA merupakan komponen swasta BIMP-EAGA. Badan ini dikorporatkan di Brunei Darussalam pada 1996. Pada 2001, pejabat sekretariat BIMP-EAGA BC dipindahkan ke Kuching, Sarawak.

Majlis Perniagaan BIMP-EAGA mewakili sektor swasta dan bertindak sebagai penggerak dalam mempromosikan perdagangan dan pelaburan dalam dan luar EAGA.

Sukan BIMP-EAGA

Sukan BIMP-EAGA diadakan buat pertama kalinya di Filipina pada tahun 1996 dan yang kedua di Brunei pada 1997. Sukan ini dilupakan buat sementara waktu, tetapi dihidupkan kembali pada 2003.

1996 Manila, Philippines 1997 Bandar Seri Bagawan, Brunei 2003 Puerto Princessa, Philippines

Sukan BIMP-EAGA yang keempat akan diadakan di Sabah, Malaysia. Sukan ini dijadualkan pada 13 hingga 15 September 2004 di Kompleks Sukan Kota Kinabalu.

Pautan Luar

• BIMP-EAGA Brunei • KKIP, Malaysia • Laman Rasmi

Diambil daripada "http://ms.wikipedia.org/w/index.php?title=BIMP-EAGA&oldid=333220" Kategori:

Sumber : http://ms.wikipedia.org/wiki/Persatuan_Negara-negara_Asia_Tenggara Tarikh Akses : 22 Februari 2012

Page 33: ASEAN (Sumber Internet).pdf

32 

 

Sukan Asia Tenggara 2011

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Sukan Asia Tenggara ke-26

Sukan Asia Tenggara ke-26

Penyertaan negara

11

Penyertaan atlet >6000 (anggaran)

Acara 545 dalam 44 acara sukan[1]

Upacara pembukaan

11 November

Upacara penutupan

22 November[2]

Dirasmikan oleh Susilo Bambang Yudhoyono Presiden Indonesia

Pembaca ikrar Atlet

Dedeh Herawati

Pembaca ikrar Juri

Eko Sunarto

Pembawa obor Susi Susanti

Venue upacara Stadium Gelora Sriwijaya, Palembang

Page 34: ASEAN (Sumber Internet).pdf

Bunga api selepas penyalaan obor menandakan pembukaan Sukan Asia Tenggara XXVI 2011 di Palembang, Sumatera Selatan, Indonesia, Jumaat, 2011-11-11.

Sukan Asia Tenggara ke-26 diadakan di Palembang dan Jakarta, Indonesia pada November 2011.[3] Ini kali keempat Indonesia menjadi tuan rumah Sukan SEA, ia kali terakhir menganjurkan Temasya ini pada 1997. Seiring dengan Sukan SEA, SukanPara ASEAN ke-6 untuk atlit kurang upaya, bermula 2 minggu selepas Sukan SEA tamat, dengan pertandingan diadakan di Surakarta (Solo)[4], Jawa Tengah, Indonesia.

Ibu negara Jakarta pernah menjadi tuah rumah Sukan Asia Tenggara sebanyak tiga kali, iaitu di 1979, 1987, dan 1997. Palembang menjadi tuan rumah Sukan SEA yang ketiga luar daripada ibu negara, selepas Chiang Mai dan Nakhon Ratchasima, Thailand.

Tuan rumah Indonesia mendapat pungutan pingat emas dan jumlah pingat terbanyak, kali pertama ia mengetuai jadual pingat sejak 1997, di mana ia turut menjadi tuan rumah.

33 

 

Page 35: ASEAN (Sumber Internet).pdf

34 

 

Isi kandungan

• 1 Penganjuran o 1.1 Lokasi o 1.2 Perkampungan atlet o 1.3 Pemasaran

1.3.1 Maskot • 2 Temasya

o 2.1 Upacara pembukaan o 2.2 Acara sukan o 2.3 Pungutan pingat

• 3 Rujukan • 4 Pautan luar

Penganjuran

Lokasi

Lokasi di Palembang[5]

Lokasi Sukan

Dewan Dempo Gimnastik (aerobik)

kompleks Sukan Dempo Angkat berat

Gedung Serbaguna Jakabaring Gusti

Kompleks Sukan Jakabaring

Akuatik (renang, terjun, renang berirama), olahraga, besbol, berenang sirip (finswimming), pétanque, roller skating, menembak, sofbol, tenis dan tenis lembut, bola tampar (pantai), pajat dinding (wall climbing), ski air

Jakabaring Billiard Arena Sukan cue

Hotel Jayakarta Catur

Lumban Tirta Arena Aquatik (polo air)

Page 36: ASEAN (Sumber Internet).pdf

dewan Gimnastik Ranau Gimnastik (artistik dan berirama)

SPC Jakabaring Sepak takraw

Hotel Swarna Dwipa Bridge

Universiti Sriwijaya (Dewan Sukan Fieldhouse dan Sriwijaya)

Tinju, bola tampar (dalam dewan)

Lokasi di Jakarta[5]

Padepokan Pencak Silat Indonesia adalah venue untuk seni pertahanan diri Indonesia, pencak silat

Lokasi Sukan

Ancol Berbasikal (BMX)

Arthayasa Stables and Country Club Ekuestrian

Bowling Jaya Ancol Boling

Gelanggang Remaja Tanjung Priok Vovinam

Gelora Bung Karno Bola sepak

Gunung Mas Paragliding

Gunung Pancar Berbasikal (MTB)

35 

 

Page 37: ASEAN (Sumber Internet).pdf

36 

 

Jagorawi Country Club Golf , Boling padang

Lake Cipule

Kanu/kayak, mendayung, perlumbaan bot tradisional

Stadium Lebak Bulus Bola sepak

Kelapa Gading Judo Center Judo

Kelapa Gading Sports Mall Bola keranjang

Padepokan Pencak Silat Pencak silat

POPKI Sport Hall Futsal, Taekwondo

Putri Island Akuatik (Open-water swimming)

Senayan Sport Complex: Istora Senayan, Lapangan ABC, Tenis Indoor

Memanah, badminton, karate, wushu

Soemantri Brodjonegoro Sport Complex Ping pong

Subang Road Berbasikal (lebuhraya)

Universiti Indonesia Lawan pedang

Velodrom Rawamangun Berbasikal (trek)

Perkampungan atlet

Jakabaring, Palembang yang meliputi kawasan lebih daripada 45,000 meter persegi adalah perkampungan atlet (wisma atlet) semasa temasya. Ia terletak di hadapan Stadium Jakabaring (Gelora Sriwijaya).[6]

Page 38: ASEAN (Sumber Internet).pdf

Pemasaran

Maskot

Maskot rasmi untuk Sukan SEA 2011, Modo dan Modi. Mereka diilhamkan oleh biawak komodo, berasal dari Nusa Tenggara Timur

Maskot rasmi untuk Sukan SEA 2011 di Indonesia dikenali sebagai Modo dan Modi, sepasang biawak komodo .[7] Modo adalah biawak komodo jantan memakai pakaian tradisional biru Indonesia dan batik sarong, manakala Modi ialah biawak komodo betina yang memakai kebaya merah dengan batik sash dan seluar. maskot ini telah dipilih kerana biawak komodo, merupakan haiwan eksotik dan endemik di Indonesia, selain merupakan fauna asal yang mendiami Komodo, Rinca, Kepulauan Padar islands di Nusa Tenggara Timur. Maskot ini telah diperkenalkan dan dipersembahkan 200 hari sebelum Sukan SEA 2011 berlangsung pada, Isnin 25 April 2011 di tiga tempat iaitu: Jakarta, Teater Tanah Airku di Taman Mini Indonesia Indah dan Monumen Selamat Datang di Jakarta Tengah.[8] "Modo" adalah perkataaan kependekan dari perkataan Komodo, manakala "Modo-Modi" ejaan yang ditukarkan dari gabungan perkataan Muda-Mudi yang bermaksud "belia" dalam bahasa Indonesia, yang berasal dari perkataan pemuda (belia lelaki) dan pemudi (belia wanita).

Temasya

Upacara pembukaan

Upacara pembukaan bermula pada jam 7:00 pm 11 November 2011 di Stadium Gelora Sriwijaya, Kompleks Sukan Jakabaring, Palembang, Sumatera Selatan.[9][10] Tarikh ini dipilih kerana ia jatuh pada tarikh unik 11-11-11. Dirasmikan oleh Presiden Indonesia Susilo Bambang Yudhoyono, acara gilang-gemilang yang bertemakan Harmony in Victory itu berlangsung selama tiga jam melibatkan lebih 3,000 orang.[11]

37 

 

Page 39: ASEAN (Sumber Internet).pdf

Upacara ini dibuka dengan persembahan muzik dan tarian, yang menceritakan sejarah Kerajaan Srivijaya. Ini diikuti dengan perarakan masuk kontinjen negara yang bertanding, dengan Indonesia selaku tuan rumah akhir sekali. Bendera Sukan SEA kemudian dinaikkan selepas Presiden Susilo secara rasmi mengisytiharkan pembukaan temasya kali ke-26 ini. Kemuncak upacara pembukaan ialah larian membawa masuk obor untuk diserahkan kepada Susi Susanti, yang menyalakan obor temasya. Acara ini diakhiri dengan persembahan lagu United & Rising yang liriknya ditulis sendiri Presiden Susilo sambil diiringi pertunjukan bunga api.[10]

Acara sukan

Temasya Sukan SEA 2011 akan mempertandingkan pelbagai acara dalam 44 jenis sukan.[12]

• Memanah (maklumat)

• Olahraga (maklumat)

• Akuatik (maklumat)

o Terjun o Renang o Renang

berirama o Polo air

• Badminton (maklumat)

• Besbol (maklumat)

• Bola keranjang (maklumat)

• Templat:NoIcon Billiard dan snoker¹

• Boling (maklumat)¹

• Tinju (maklumat)

• Templat:NoIcon Bridge³

• Kayak (maklumat)

• Templat:NoIcon Catur¹

• Berbasikal (maklumat)

o BMX o Mendaki

gunung o Lebuhrayao Trek

• Ekuestrian (maklumat)

• Lawan pedang(maklumat)

• Templat:NoIcon Fin swimming²

• Futsal (maklumat)

• Bola sepak (maklumat)

• Golf (maklumat)

• Gimnastik (maklumat)

• Judo (maklumat)

• Karate (maklumat)¹

• Templat:NoIcon Kenpōʰ

• Templat:NoIcon Paragliding³

• Templat:NoIcon Pencak silat²

• Templat:NoIcon Petanque²

• Roller skating (maklumat)ʰ

• Templat:NoIcon Sport climbingʰ

• Ping pong (maklumat)

• Taekwondo(maklumat)

• Tenis (maklumat)

• Templat:NoIcon Perlumbaan bot tradisional¹

• Bola tampar(maklumat)

o Dalam dewan

o Pantai • Templat:NoIco

n Vovinam²

• (maklumat)ʰ• Angkat

berat (maklumat)

• Gusti (maklumat)

• Wushu (maklumat)¹

38 

 

Page 40: ASEAN (Sumber Internet).pdf

(maklumat)• Sepak

takraw (maklumat)²

• Menembak (maklumat)

• Softball (maklumat)°

Acara sukan demonstrasi:

• Kriket • Tarung Derajat - seni pertahan diri tradisional Sunda[13]

Pungutan pingat

Tuan rumah

• KEPUTUSAN RASMI SEA GAMES 26 JAKARTA-PALEMBANG 2011.

Ked. Negara Emas Perak Gangsa Jumlah

1 Indonesia (INA) 182 151 143 476

2 Thailand (THA) 109 100 120 329

3 Vietnam (VIE) 96 92 100 288

4 Malaysia (MAS) 59 50 81 190

5 Singapura (SIN) 42 45 73 160

6 Filipina (PHI) 36 56 77 169

7 Myanmar (MYA) 16 27 37 80

8 Laos (LAO) 9 12 36 57

9 Kemboja (CAM) 4 11 24 39

39 

 

Page 41: ASEAN (Sumber Internet).pdf

40 

 

Negara Ked. Emas Perak Gangsa Jumlah

10 Timor-Leste (TLS) 1 1 6 8

11 Brunei (BRU) 0 4 7 1

554 549 704 1807

Sum ungutan t

1

Jumlah

ber:P pinga

Rujukan

↑1. 2011 SEA Games Calendar 2. ↑ lihat tajuk 3. ↑ "S. Sumatra aims to complete SEA Games preparations in 4 months".

011-04-13. The Jakarta Post. 2http://www.thejakartapost.com/news/2011/04/13/s-sumatra-aims-complete-sea-games-preparations-4-months.html. Capaian 2011-06-02.

4. ↑ "Solo Ready to Host the 2011 ASEAN Para Games". http://translate.google.com/translate?hl=en&sl=id&u=http://www.antaranews.com/berita/1251452374/asean-para-games-2011-di-solo&ei=X0U-TpbNH6L4mAWw4PztBw&sa=X&oi=translate&ct=result&resnum=9&ved=0CFoQ7gEwCA&prev=/search%3Fq%3D2011%2B%2522asean%2Bpara%2Bgames%2522%2Bsolo%26hl%3Den%26client%3Dfirefox-a%26hs%3DSrJ%26rls%3Dorg.mozilla:en-US:official%26prmd%3Divns.

5. ↑ 5.0 5.1 "SEAGAMES 26th". Seag2011.com. 2006-09-06. http://www.seag2011.com/en/about-seagames/. Capaian 2011-06-02.

6. ↑ http://www.dapunta.com/wisma-atlet-sea-games-segera-dibangun-di-palembang.html

7. ↑ Diposkan oleh Admin (2011-01-14). "26th SEA Games Indonesia 2011: Maskot SEA Games 2011 Diresmikan". Seagames26th.blogspot.com. http://seagames26th.blogspot.com/2011/01/maskot-sea-games-2011-diresmikan.html. Capaian 2011-06-02.

8. ↑ Maskot SEA Games Modo-Modi Resmi Diluncurkan 9. ↑ "Palembang Kota Pembuka dan Penutupan". Kompas. 2010-07-20.

bang.Kota.Pembuhttp://olahraga.kompas.com/read/2010/07/20/19062850/Palemka.dan.Penutupan. Capaian 2011-08-08.

10. ↑ 10.0 10.1 "Sukan SEA 2011 dirasmi penuh gilang-gemilang". Kosmo! Online. 11-11-11. http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2011&dt=1112&pub=Kosmo&sec=Sukan&pg=su_01.htm. Capaian 2011-11-12.

11. ↑ "Dazzling SEA Games open". The Jakarta Post. 2011-11-12. http://www.thejakartapost.com/news/2011/11/12/dazzling-sea-games-open.html. Capaian 2011-11-12.

Page 42: ASEAN (Sumber Internet).pdf

41 

 

12. ↑ "Indonesia 2011". 2009-12-14. http://www.olympic.or.id/index.php/section/games/type/7/geid/34/name/Indonesia. Capaian 2009-12-14.

13. ↑ "Kota Palembang Tuan Rumah SEA Games 2011". 2009-07-11. http://sport.liputan6.com/berita/200907/236708/Kota.Palembang.Tuan.Rumah.SEA.Games.2011. Capaian 2009-11-28.

• Laman rasmi

Pautan luar

Olimpik Asia - Senarai kawasan tuan rumah Sukan SEA• Majlis

• Blog Official 26th SEA Games blog

2009

Didahului oleh:

Laos

Sukan Asia Tenggara

Diikuti oleh: 2013

Myanmar

[sorok]

p • b • s

Sukan Asia Tenggara

Sukan Semenanjung Bangkok 1959

Asia Tenggara

| Yangon 1961 | Kemboja 1963 (Dibatalkan) | Kuala Lumpur 1965 | Bangkok 1967 | Yangon 1969 | Kuala Lumpur 1971 | Singapura 1973 | Bangkok 1975

Sukan Asia Tenggara

Kuala Lumpur 1977 | Jakarta 1979 | Manila 1981 | Singapura 1983 | Bangkok 1985 | Jakarta 1987 | Kuala Lumpur 1989 | Manila 1991 | Singapura 1993 | Chiang Mai 1995 | Jakarta 1997 | Bandar Seri Begawan 1999 | Kuala Lumpur 2001 | Vietnam 2003 | Filipina 2005 | Nakhon Ratchasima 2007 | Vientiane 2009 | Palembang 2011 | Naypyidaw 2013 | Singapura 2015 | 2017 | 2019 | 2021 | 2023

Diambil daripa"http://ms.wikip =1922661

da edia.org/w/index.php?title=Sukan_Asia_Tenggara_2011&oldid

" Sumber : http://ms.wikipedia.org/wiki/Sukan_Asia_Tenggara_2011 Tarikh Akses : 22 Februari 2012

Page 43: ASEAN (Sumber Internet).pdf
Page 44: ASEAN (Sumber Internet).pdf

ARKIB : 12/04/2012

Sistem pemantau bencana alam ASEAN dibangunkan

12/04/2012 3:17pm Oleh BORHAN ABU SAMAH

KUALA LUMPUR 12 April - Pasukan Bantuan Kemanusiaan Bencana Alam ASEAN bekerjasama dengan pasukan antarabangsa dan disokong Amerika Syarikat sedang membangunkan Sistem Pemantau dan Bantuan Bencana Alam ASEAN.

Sekretariat ASEAN dalam kenyataannya di Jakarta hari ini berkata, sistem berkenaan membolehkan pusat bantuan yang beribu pejabat di Jakarta itu memantau secara visual, geografi dan data-data berkaitan bencana alam seperti tsunami, banjir, taufan dan bencana alam lain.

"Kami mengucapkan terima kasih kepada kerajaan Amerika Syarikat yang menyediakan pasukan pakar antarabangsa bagi bekerjasama dengan kami.

"Sistem itu akan meningkatkan keupayaan pusat bantuan dan mempercepatkan proses membuat keputusan," kata pengarah eksekutif pusat bantuan itu, Said Faisal.

Katanya, selain Amerika Syarikat, pusat itu juga mendapat bantuan daripada Australia, Jepun, New Zealand dan Kesatuan Eropah.

Pembangunan sistem itu ekoran tawaran Presiden Barack Obama semasa mesyuarat para pemimpin ASEAN dan Amerika Syarikat di Singapura pada 2009. - UTUSAN ONLINE

1  

Page 45: ASEAN (Sumber Internet).pdf

ARKIB : 11/04/2012

ASEAN perlu tarik pelabur

Oleh AZMAN IBRAHIM [email protected]

Penari Kemboja mempersembahkan tarian bersempena Perasmian Sidang Kemuncak ASEAN kali ke-20 di Phnom Penh, Kemboja, baru-baru ini.

KUALA LUMPUR 10 April – ASEAN perlu bekerjasama dan membentuk blok bersepadu bagi menarik para pelabur asing supaya melihat peluang kepada destinasi baharu di kalangan negara anggota, kata Editor Oxford Business Group (OBG) Regional for Asia, Paulius Kuncinas.

OBG merupakan penerbitan global serta firma perundingan dan penyelidikan ekonomi.

Kuncinas berkata, ia merupakan masa yang tepat untuk ASEAN memberi isyarat kepada para pelabur asing yang akan beralih arah dari pasaran Amerika Syarikat (AS) dan Eropah ke negara-negara baharu muncul seperti Brazil, Rusia, India dan China (BRIC).

2  

Page 46: ASEAN (Sumber Internet).pdf

Jelasnya, negara-negara ASEAN juga perlu menunjukkan bahawa mereka saling memerlukan dan bekerjasama antara satu sama lain berbanding mewujudkan persaingan.

Beliau memberitahu, kesepakatan itu amat penting bagi menolak tanggapan negatif pelabur terhadap negara-negara ASEAN yang tidak menarik, kurang kesepaduan serantau dalam koordinasi dasar infrastruktur.

“Saya fikir ASEAN tidak ‘menjual’ negara-negara yang berpotensi di peringkat antarabangsa dan ia berisiko untuk kehilangan peluang terhadap negara-negara baharu muncul yang lain,’’ ujar Kuncinas.

Tambah Kuncinas, pihaknya dapat melihat masalah yang terdapat di kalangan negara ASEAN melalui Sidang Kemuncak ASEAN kali ke-20 di Phnom Penh, Kemboja.

Katanya, masalah negara-negara ASEAN adalah tidak dihubungkan dengan dunia luar secara baik.

Kuncinas memberitahu lagi, selain bercita-cita besar untuk menyatukan ASEAN di peringkat antarabangsa, ia juga dijangka menjadi proksi kepada pasaran besar Indonesia untuk melebarkan pasaran ke peringkat antarabangsa.

3  

Page 47: ASEAN (Sumber Internet).pdf

ARKIB : 07/04/2012

RWF 2012 tarik peserta negara ASEAN

KUCHING 6 April - Program pencarian bakat, Rainforest Waterfront Fest (RWF) 2012 yang akan berlangsung di Tebingan Kuching, di sini dari 6 hingga 7 Julai nanti dijangka menarik penyertaan beberapa negara ASEAN seperti Brunei, Indonesia, Singapura dan Thailand.

Menteri Muda Pelancongan negeri, Datuk Talib Zulpilip berkata, penglibatan peserta negara ASEAN itu merupakan salah satu usaha pihaknya bagi mempopularkan RWF sehingga mendapat pengiktirafan masyarakat dunia.

"Sebagaimana Rainforest World Music Festival (RWMF) yang kini diiktiraf antara 25 festival muzik terbaik dunia, tidak mustahil RWF mendapat pengiktirafan serupa kerana turut memiliki keunikan yang tersendiri.

"Jadi kita menyasarkan untuk mempopularkan program ini ke peringkat antarabangsa dalam tempoh lima tahun akan datang dan sebagai permulaan, kita akan menarik peserta dari negara ASEAN untuk menyertainya," katanya pada sidang akhbar di sini hari ini.

Hadir sama Ketua Pegawai Eksekutif Lembaga Pelancongan Sarawak (STB), Datuk Rashid Khan dan Pengarah Lembaga Penggalakan Pelancongan Malaysia (Tourism Malaysia) negeri, Ahmad Johanif Ali.

Mengulas lanjut, Talib memberitahu, kerajaan negeri turut bercadang untuk menjadikan RWF yang kini memasuki edisi kedua penganjuran sebagai acara tahunan, sekali gus menjadi produk pelancongan terbaharu di bandar raya ini.

Dianjurkan bersama oleh STB dan Sara Urusharta Sdn. Bhd., iaitu anak syarikat Perbadanan Pembangunan Ekonomi Sarawak (SEDC), RWF 2012 merupakan program pencarian bakat dalam bidang muzik menerusi penggunaan instrumen akustik tradisional secara berkumpulan.

Mereka yang berminat boleh mendapatkan maklumat lanjut di laman web www.rainforestmusic-borneo.com manakala tarikh tutup penyertaan adalah pada 15 April ini.

4  

Page 48: ASEAN (Sumber Internet).pdf

ARKIB : 05/04/2012

ASEAN rangka COC sebelum berunding dengan China

Marhaini Kamaruddin

PHNOM PENH 4 April – ASEAN akan memperincikan terlebih dahulu Kod Tatalaku (COC) di Laut China Selatan sebelum memulakan perbincangan dengan China bagi mencari penyelesaian berhubung isu tuntutan bertindih di wilayah maritim itu.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, gagasan itu juga mengambil ketetapan bahawa penyelesaian mestilah dibuat secara damai berasaskan Kerangka ASEAN.

“Para pemimpin ASEAN mengalu-alukan kesediaan China untuk berbincang dengan anggota ASEAN mengenai COC. Bagaimanapun, rata-ratanya bersetuju bahawa ASEAN perlu merangka COC dalam kalangan anggota terlebih dahulu sebelum memulakan perbincangan dengan China,” katanya.

Beliau bercakap kepada wartawan Malaysia ketika menghadiri jamuan makan tengah hari di kediaman rasmi Duta Besar Malaysia ke Kemboja, Datuk Pengiran Mohd. Hussein Pengiran Mohd. Tahir Nasruddin di Rumah Malaysia di sini hari ini. Hadir sama Menteri Luar, Datuk Seri Anifah Aman.

Menurut Perdana Menteri, ketetapan ASEAN itu dibuat mengambil kira bahawa China sudah pun menandatangani Deklarasi Mengenai Tatalaku pihak-pihak yang membuat tuntutan di Laut China Selatan (DOC) 10 tahun lalu.

“Sekarang ini ASEAN sedang merumuskan perincian berhubung COC dan China sudah memberi persetujuan untuk berunding dengan ASEAN lebih awal lagi dan ini merupakan satu perkembangan yang positif dari segi mencari penyelesaian secara damai dalam isu di Laut China Selatan,” katanya.

Beliau memberitahu, pelaksanaan DOC adalah antara tiga agenda yang dibincangkan semasa sesi retreat Sidang Kemuncak ASEAN Ke-20 hari ini selain Pertukaran Pandangan mengenai Isu-isu Rantau dan Antarabangsa dan Dialog Global ASEAN.

Beberapa negara membangkitkan isu DOC dan menekankan yang perbincangan mengenainya perlu dalam kerangka ASEAN-China.

Kemboja selaku Pengerusi ASEAN turut menyampaikan pandangan agar perbincangan mengenai COC dibuat dalam kerangka hubungan ASEAN-China tanpa campur tangan pihak luar.

5  

Page 49: ASEAN (Sumber Internet).pdf

Malaysia ketika membuat celahan, kata Perdana Menteri, menegaskan pendirian agar COC tidak dijadikan alat untuk menyelesaikan pertikaian wilayah dan perundangan di Laut China Selatan di antara pihak-pihak yang terlibat.

“Pertikaian wilayah dan perundangan di Laut China Selatan perlu diselesaikan secara aman menerusi mekanisme sedia ada di bawah undang-undang antarabangsa,” katanya.

Selain sesi pemukiman dan rumusan Sidang Kemuncak ASEAN Ke-20, terdahulu Perdana Menteri menghadiri Sidang Kemuncak Pertumbuhan Segitiga Indonesia-Malaysia-Thailand (IMT-GT) dan Sidang Kemuncak Kawasan Pertumbuhan ASEAN Timur Brunei-Indonesia-Malaysia-Filipina (BIMP-EAGA).

Beliau berkata, negara terlibat mengambil maklum yang kedua-duanya mempunyai potensi tetapi belum mencapai kemajuan yang diharapkan.

Justeru dengan adanya pelan induk untuk beberapa tahun sehingga 2016, Najib berharap semua negara terlibat dapat memberikan komitmen penuh menjayakan dua subkumpulan itu.

Dalam pertemuan dengan Naib Presiden Indonesia, Prof. Dr. Boediono semasa mesyuarat itu, Perdana Menteri turut mengambil kesempatan membangkitkan isu pembantu rumah. – Utusan

6  

Page 50: ASEAN (Sumber Internet).pdf

ARKIB : 05/04/2012

ASEAN perlu pemimpin masa depan

Najib Tun Razak bersama Menteri Luar, Datuk Seri Anifah Aman dan Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Mohd. Ali Rustam ketika menghadiri Sidang Kemuncak Pertumbuhan Segitiga Indonesia-Malaysia-Thailand (IMT-GT) di Phnom Penh, semalam.

PHNOM PENH 4 April - Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini menekankan tentang pentingnya ASEAN memberi tumpuan kepada pembangunan insan, kreativiti dan hubungan dengan generasi muda bagi mengasah kepemimpinan yang bakal meneruskan kemajuan rantau.

Beliau berkata, ASEAN memerlukan pemimpin untuk meneroka peluang-peluang baru di peringkat global dan ketiga-tiga elemen itu penting bagi membuka jalan ke arah itu.

"Walaupun hari ini, kita berada di persimpangan dengan Kesatuan Eropah masih dibelenggu ribut ekonomi, ASEAN perlu berwaspada bagi mengelak masalah. Sebab itu amat penting sekarang untuk memastikan ASEAN mempunyai daya kepimpinan yang dapat membawa kita melepasi halangan agar kembali kuat dan lebih bersatu," katanya.

Pada masa negara maju mula membina semula kekuatan daripada kesilapan silam, dunia kini melihat Asia sebagai sumber penting pertumbuhan idea-idea segar dan perspektif baru.

7  

Page 51: ASEAN (Sumber Internet).pdf

"Sementara Amerika Syarikat masih menjadi kuasa besar dunia, setiap hari terdapat peluang baru untuk ASEAN melangkah setapak ke peringkat global - tetapi untuk melakukannya, kita perlu pemimpin," katanya.

Perdana Menteri berucap pada Forum Kepimpinan ASEAN Kesembilan bertemakan Satu Komuniti, Satu Tujuan - Membangunkan ASEAN untuk Berkongsi Kemakmuran anjuran Institut Strategi dan Kepimpinan Asia (ASLI) dan Kementerian Perdagangan dan Kerajaan Kemboja, yang bermula hari ini hingga 6 April ini di Hotel Cambodiana di sini.

Dalam ucaptamanya yang bertajuk 'Cabaran Kepimpinan ASEAN: Memenuhi Keperluan dan Jangkaan Masa Depan', Najib berkata, pembangunan insan adalah bidang penting yang mendesak untuk rantau ini meneruskan kemajuan ekonominya.

Malangnya kata beliau, tenaga kerja Asia kebanyakannya masih dikategorikan sebagai kurang mahir, kurang pengetahuan dan kurang peluang untuk meningkat ke tahap profesional.

Sebab itulah, katanya, pembangunan modal insan menjadi antara keutamaan Malaysia dalam mencapai matlamat negara berpendapatan tinggi menjelang 2020.

"Amat jelas yang kemajuan perlu dipacu oleh semua anggota ASEAN di pelbagai peringkat, dengan sekretariat gagasan itu, kerajaan-kerajaan dan komuniti perniagaan serantau saling bekerjasama," katanya sambil mengingatkan tidak ada salahnya mencontohi kejayaan Barat dalam mengeluarkan tenaga kerja mahir dan kesanggupan syarikat-syarikatnya membuat pelaburan besar dalam pembangunan sumber manusia.

Najib bagaimanapun sedar untuk merealisasikannya, pemikiran pekerja dan majikan perlu terlebih dahulu diubah agar melihat pembangunan sumber manusia itu sebagai satu pelaburan masa panjang dan bukannya sekadar kos.

"Pekerja akan meningkatkan kemahiran untuk bersaing di pasaran global, kemahiran itu akan membantu majikan mengembangkan perniagaan dan sektor perniagaan yang lebih kukuh bermakna negara akan mendapat manfaat langsung menerusi peningkatan produktiviti dan secara tidak langsung daripada pelaburan asing (FDI)," katanya. - UTUSAN

Menyentuh elemen kreativiti pula, Perdana Menteri berkata, walaupun ASEAN menyaksikan pertumbuhan ekonomi yang pesat dan kemajuan menakjubkan, sebagaimana modal insan, ia masih kurang diberi perhatian.

"Pekerja kita mungkin berdedikasi tinggi, mampu bekerja keras dan memenuhi kehendak tetapi idea baru yang terbaik dan paling kreatif masih datang daripada sudut lain dunia," ujarnya.

8  

Page 52: ASEAN (Sumber Internet).pdf

Bagi Najib, mungkin sebahagian masalah ini berlaku kerana sekolah terlalu menyempitkan tumpuan kepada subjek-subjek tradisional dan tidak benar-benar memupuk sisi kreatif dan artistik golongan muda.

Beliau bagaimanapun tidak meletakkan sepenuh tanggungjawab ke bahu pihak sekolah sebaliknya mengingatkan yang semua pihak daripada ahli politik, usahawan, ibu bapa, guru dan pelajar perlu memainkan peranan masing-masing.

Dalam hal ini, Perdana Menteri menekankan pentingnya elemen ketiga iaitu keperluan untuk generasi muda menjadi lebih aktif, diperkasa dan dilibatkan dalam program serta inisiatif ASEAN sebagai pemimpin masa depan.

Bagaimanapun, katanya, kadangkala kelihatan seolah-olah ASEAN terpisah daripada golongan muda sehingga dianggap sebagai institusi yang asing dan tidak relevan kepada kehidupan mereka.

"Pemikiran seperti inilah yang perlu kita ubah. Kita perlu meningkatkan minat generasi muda kepada ASEAN dan membantu mereka melihat dan memahami kuasa dan potensi yang ada pada mereka dengan mengadakan program, projek dan inisiatif melibatkan mereka secara bermakna.

"Bercakap daripada pengalaman saya, ia lebih menyeronokkan untuk terlibat sama dan melihat sendiri faedah ASEAN daripada duduk sehingga larut malam mengarang esei untuk mereka," katanya.

Beliau percaya terdapat skop yang besar untuk menarik penglibatan belia dengan menggerakkan program-program baru di semua peringkat daripada pendidikan, geran kerajaan dan aktiviti yang ditaja ASEAN.

Perdana Menteri bagaimanapun masih yakin yang ASEAN mempunyai kepemimpinan untuk melakukan transformasi, pembaharuan dan menyediakan penyelesaian kepada masalah serantau asalkan saling bekerjasama sesama negara anggota. - UTUSAN

9  

Page 53: ASEAN (Sumber Internet).pdf

ARKIB : 04/04/2012

ASEAN: Keluarga sihat, berkembang

KOMEN NAJIB RAZAK HARI INI SAYA adalah antara 10 ketua negara dan kerajaan yang tiba di Phnom Penh untuk menghadiri Sidang Kemuncak ASEAN.

Sepanjang dua hari akan datang, kami akan menganalisis cabaran dan peluang yang mendepani rantau ini serta membincangkan bagaimana kami boleh bekerjasama dengan sebaik mungkin untuk menanganinya.

Walaupun tumpuan utama kami nanti ialah mengenai masa depan ASEAN, namun adalah sesuatu yang memberi manfaat sekiranya kami mengimbas kembali kerjasama yang pernah terjalin antara kami suatu ketika dulu, untuk melihat sejauh mana jalan yang telah kami lalui.

Persatuan ini diasaskan secara rasmi pada 1967, tetapi sidang kemuncak pertamanya hanya diadakan pada 1976 iaitu ketika rantau ini dan penduduknya menghadapi saat-saat yang bergelora.

Peperangan mencengkam Vietnam dalam sebahagian besar tempoh dua dekad lepas.

Penghapusan kaum melanda seluruh Kemboja. Indonesia dan Filipina bergelut dengan pemerintahan tentera yang bersifat kuku besi, manakala amalan demokrasi di Thailand pula diruntun kacau-bilau, kekeliruan serta keganasan.

Najib Tun Razak ketika menghadiri Mesyuarat Sidang Kemuncak ASEAN kali-20 di Phnom Penh, Kemboja, semalam.

Ketika para pemimpin lima negara pengasas ASEAN duduk untuk memulakan rundingan mereka di Bali, banyak pihak di dunia meramalkan Asia Tenggara akan dicengkam sengketa pasca penjajahan dan kemiskinan.

Syukurlah, kesudahannya tidak demikian. Menjelang bermulanya dekad selepas itu, keamanan, kemakmuran dan demokrasi mula melebarkan sayapnya ke seluruh Asia Tenggara berikutan kemunculan para pemimpin baru yang kaya dengan idea-idea baru.

10  

Page 54: ASEAN (Sumber Internet).pdf

Malah, krisis kewangan 1997 terbukti tidak lebih umpama suatu bonggol di jalan raya apabila ekonomi Asia Tenggara dan pengaruh global berkembang dengan lebih hebat.

ASEAN juga berkembang bersamanya — bukan saja daripada segi saiz, tetapi juga daripada segi skopnya.

Bermula sebagai sebuah persatuan dengan matlamat utamanya untuk memelihara kestabilan serantau, hari ini, negara anggota ASEAN bersatu dalam satu ikatan padu melalui pelbagai perjanjian ekonomi, sosial, pendidikan dan sukan, di samping pelbagai inisiatif serta acara.

Secara tradisi, masyarakat Asia amat menitikberatkan hal-hal kekeluargaan, meraikan kejayaan satu sama lain dan saling bertolongan ketika susah.

Berbeza dengan kebanyakan budaya di Barat, di mana anggotanya "yang bermasalah" dipencilkan, tidak diambil peduli atau dibiarkan untuk diurus oleh pihak lain, penduduk Asia sebaliknya berbangga apabila dapat mengurus sendiri hal ehwal mereka.

Demikian jugalah halnya dengan keluarga ASEAN. Daripada segi ekonomi, kami lebih kuat berbanding sebelum ini — keseluruhan KDNK rantau ini lebih kukuh berbanding India — walaupun masih perlu menangani defisit demokrasi.

Walaupun mencapai pelbagai kejayaan sepanjang 1980-an dan 1990-an, kebanyakan warga ASEAN masih menghadapi masalah untuk memilih pemimpin masing-masing.

Ada pihak berkata perkara itu mencerminkan kegagalan kepimpinan ASEAN.

Kata mereka negara demokrasi seperti Malaysia sepatutnya menjauhkan diri daripada jirannya yang kurang bebas dan satu-satunya cara untuk menghasilkan penambahbaikan adalah dengan menggunakan senjata ekonomi terhadap mereka yang tidak mahu menggunakan peti undi.

Saya mempunyai pendapat berbeza. Sejak sekian lama, Malaysia dan ASEAN berpegang kepada pendapat bahawa perbincangan dan dorongan, bukan sekatan dan pemencilan, merupakan cara paling baik untuk menghasilkan perubahan positif - dan pendirian ini terbukti telah membuahkan hasil.

Setelah suku abad berada di luar, kini Myanmar mula mengorak langkah untuk kembali kepada amalan demokrasi.

Minggu lepas, saya menemui Presiden U Thein Sein untuk mengucapkan tahniah kepada beliau berhubung langkah yang telah beliau ambil dan memberi galakan kepada beliau supaya meneruskan perjalanan itu.

Sebagai pemimpin negara demokrasi tertua di Asia Tenggara, saya sentiasa bersedia untuk berkongsi pengalaman kami dan dalam tempoh separuh abad sejak merdeka,

11  

Page 55: ASEAN (Sumber Internet).pdf

kami dapati bahawa pembaharuan yang dilaksanakan secara berterusan adalah cara terbaik untuk menikmati kestabilan berkekalan.

Proses ini berterusan di Malaysia hingga kini. Pada tarikh ini tiga tahun lepas, saya mula menyandang jawatan Perdana Menteri dan sejak itu, saya tidak pernah melencong daripada komitmen saya untuk membawa pembaharuan sebenar dalam segenap segi, di samping kemakmuran, keselamatan dan demokrasi yang berterusan untuk semua rakyat Malaysia, tanpa mengira bangsa dan agama mereka.

Seiring dengan itu, saya melakukan pembaharuan terhadap ekonomi kami agar ia mampu berdepan dengan cabaran pada abad ke-21, meningkatkan daya saing dan pendapatan serta mengurangkan kadar pengangguran.

Saya hapuskan undang-undang yang bersifat menindas yang wujud sejak zaman penjajah dan menggantikannya dengan undang-undang moden serta progresif untuk melindungi nyawa serta hak semua rakyat Malaysia.

Saya juga memenuhi saranan agar diwujudkan keadaan lebih telus dalam perjalanan pilihan raya dengan menubuhkan sebuah suruhanjaya dwipartisan untuk mengkaji proses pengundian serta memperkenalkan langkah seperti penggunaan dakwat kekal untuk mengurangkan kemungkinan berlakunya penipuan dalam pilihan raya.

Ia lebih merupakan suatu proses evolusi, bukan revolusi, dan proses ini boleh didukung dan digalakkan oleh satu keluarga negara yang rapat, yang bekerjasama untuk membantu satu sama lain.

Sebab itulah, pada sidang kemuncak minggu ini, kami akan memberi sentuhan akhir terhadap deklarasi yang dikenali sebagai "Satu Komuniti, Satu Tujuan".

Ia merupakan perakuan secara tegas bahawa masa depan kami ditentukan melalui hubungan lebih erat, bersuara secara senada dan berkongsi satu matlamat: meneruskan pembangunan ekonomi, masyarakat dan paling penting, demokrasi kami secara berterusan. — BERNAMA

12  

Page 56: ASEAN (Sumber Internet).pdf

ARKIB : 04/04/2012

ASEAN minta gugur sekatan ke atas Myanmar

PENGERUSI ASEAN, Perdana Menteri Kemboja, Hun Sen (lima kiri) bersama Najib Tun Razak saling bersalaman dengan ketua-ketua negara ASEAN yang lain pada Sidang Kemuncak ASEAN di Phnom Penh, semalam. (Dari kiri) Presiden Filipina, Benigno S. Aquino, Perdana Menteri Singapura, Lee Hsien Loong, Perdana Menteri Thailand, Yingluck Shinawatra, Perdana Menteri Vietnam, Nguyen Tan Dung, Sultan Brunei Sultan Hassanal Bolkiah, Naib Presiden Indonesia, Prof. Dr. Boediono, Perdana Menteri Laos, Thongsing Thammavong dan Perdana Menteri Myanmar, Thein Sein. - BERNAMA

PHNOM PENH 3 April - ASEAN meminta supaya sekatan ke atas Myanmar digugurkan ekoran proses perdamaian dan demokrasi yang berjalan lancar di negara itu, kata Datuk Seri Najib Tun Razak.

Menurut Perdana Menteri, usul itu dikemukakan oleh Kemboja selaku Pengerusi ASEAN pada sidang hari ini dan disokong oleh Malaysia serta negara anggota lain.

Ia akan dijadikan sebahagian kenyataan bersama yang dikeluarkan pada akhir Sidang Kemuncak ASEAN Ke-20.

"Dalam intervensi yang saya lakukan bagi pihak Malaysia, beberapa perkara saya sebutkan misalnya dalam Komuniti ASEAN, terasnya politik dan keselamatan namun yang menjadi antara kekangan sebelum ini adalah kedudukan Myanmar.

"Justeru kejayaan Myanmar mengendalikan 46 pilihan raya kecil baru-baru ini menunjukkan bahawa proses ke arah perdamaian dan demokrasi di negara itu berjalan dengan lancar," katanya kepada wartawan Malaysia selepas sesi plenari sidang kemuncak itu di sini hari ini.

Perdana Menteri berkata, semua pihak seharusnya menerima hakikat bahawa pendekatan yang telah diamalkan oleh ASEAN selama ini iaitu melalui rundingan konstruktif telah membuahkan hasil apabila Myanmar mengambil langkah-langkah untuk diterima sebagai sebahagian komuniti global.

13  

Page 57: ASEAN (Sumber Internet).pdf

Mengulas lanjut, beliau memberitahu ASEAN akan menyampaikan keputusan bersama kepada pemimpin negara-negara yang telah mengenakan sekatan ke atas Myanmar dalam sesi akan datang.

"Kita berharap walaupun bukan semua (sekatan), bahagian tertentu yang signifikan dapat digugurkan," katanya.

Amerika Syarikat dan Kesatuan Eropah (EU) mengenakan sekatan pelaburan dan perdagangan ke atas Myanmar sejak pemerintahan junta tentera lima dekad lalu.

Kerajaan junta dibubarkan selepas pilihan raya umum 2010 dan sejak itu Yangon melalui beberapa perubahan dramatik termasuk membenarkan pembangkang menyertai pilihan raya kecil pada 1 April lalu, membebaskan beratus-ratus tahanan politik, menandatangani perjanjian dengan pemberontak dan mengurangkan sekatan terhadap media.

Sementara itu, Perdana Menteri memberitahu Sidang Kemuncak ASEAN Ke-20 hari ini menerima dan meluluskan empat dokumen iaitu Agenda Phnom Penh Mengenai Pembinaan Komuniti ASEAN, Deklarasi Phnom Penh Mengenai ASEAN: Satu Komuniti Satu Tujuan, Deklarasi ASEAN Bebas Dadah 2015 dan Gerakan Kesederhanaan Global (GMM).

Mengenai Komuniti ASEAN, beliau menegaskan bahawa gagasan itu perlu melakukan usaha lebih bersungguh-sungguh untuk memastikan kadar pelaksanaan yang kini pada tahap 70 peratus ditingkatkan lagi memandangkan 2015 hanya tinggal tiga tahun lagi.

Untuk itu, tegasnya, langkah-langkah perlu diambil bagi merapatkan jurang pembangunan di rantau ini dan membasmi kemiskinan dengan lebih gigih supaya ada keseimbangan antara negara ASEAN.

Antara yang boleh dilakukan, katanya, dengan menambah sokongan kepada perusahaan kecil dan sederhana (SME).

Beliau turut mengingatkan ASEAN supaya mengelakkan wujud sekatan bukan tarif yang boleh menghalang proses integrasi serantau kerana sudah nampak kecenderungan ke arah itu.

Mengenai perisytiharan ASEAN Bebas Dadah 2015, beliau berkata, cita-cita besar itu mesti disokong dengan tindakan dalam bentuk sumber, penguatkuasaan lebih berkesan, pertukaran maklumat dan sebagainya sebab cabaran untuk mencapainya bukan mudah.

Perdana Menteri juga begitu teruja apabila GMM yang dipelopori Malaysia telah dijadikan kertas konsep ASEAN dan dibentangkan oleh Setiausaha Agung ASEAN dan mendapat sokongan penuh pemimpin ASEAN.

14  

Page 58: ASEAN (Sumber Internet).pdf

"Antara sebabnya ASEAN adalah rantau yang rencam dan nilai-nilai GMM didokong oleh gagasan itu yang sepatutnya menjadi teras seperti saling menghormati dan menolak sebarang fahaman ekstrem dan keganasan supaya fahaman sederhana lebih menonjol seterusnya menjadi pendekatan yang diperjuangkan oleh ASEAN.

"Mereka menyokong sepenuhnya dan kita akan teruskan usaha supaya dapat menggariskan pelan tindakan untuk melaksanakannya di peringkat rantau dan antarabangsa," katanya. - Utusan

15  

Page 59: ASEAN (Sumber Internet).pdf

ARKIB : 03/04/2012

ASEAN minta sekatan ke atas Myanmar ditarik balik

03/04/2012 7:07pm

PHNOM PENH 3 April – Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd. Najib Tun Razak berkata, ASEAN akan meminta negara-negara yang mengenakan sekatan ekonomi ke atas Myanmar agar menarik balik tindakan tersebut. - UTUSAN

16  

Page 60: ASEAN (Sumber Internet).pdf

ARKIB : 03/04/2012

Menteri Luar ASEAN berbalah

PHNOM PENH 2 April - Menteri-Menteri Luar ASEAN hari ini berbalah mengenai cadangan kod pengendalian bagi mengurangkan bahaya dalam pertikaian maritim dengan Beijing di Laut China Selatan.

Menteri-Menteri Luar ASEAN itu yang bersidang di Kemboja, bagaimanapun berkata, mereka masih berharap untuk mengurangkan perbezaan dan menandatangani kod itu dengan China menjelang akhir tahun ini.

Menteri Luar Filipina menggesa rakan sejawatnya daripada ASEAN supaya terlebih dahulu bersatu sebelum mengadakan rundingan dengan China, tetapi beberapa menteri membantahnya dan mahu China terlibat sejak awal rundingan lagi, menurut satu sumber diplomatik.

"Saya rasa perbezaan pandangan tertumpu kepada pembikinan draf kod pengendalian sama ada ia perlu disediakan sebelum berunding dengan China atau sebaliknya," kata Setiusaha Luar Filipina, Albert del Rosario.

Menteri Luar Indonesia, Marty Natalegawa berkata, ASEAN perlu mendengar pandangan China sebelum membuat draf kod pengendalian tersebut.

Ketika Indonesia mempengerusikan sidang kemuncak ASEAN pada tahun lalu, ASEAN dan China bersetuju mewujudkan garis panduan untuk cadangan kod itu bagi menamatkan kebuntuan selama sembilan tahun.

Negara anggota ASEAN seperti Brunei, Malaysia, Filipina dan Vietnam, selain China dan Taiwan membuat tuntutan bertindih ke atas beberapa kepulauan di Lautan China Selatan. - AFP

17  

Page 61: ASEAN (Sumber Internet).pdf

ARKIB : 30/03/2012

ASEAN tumpuan pelabur asing

Oleh Sarah Nadlin Rohim [email protected]

KUALA LUMPUR 29 Mac - Pasaran saham ASEAN bakal menjadi tumpuan pelabur asing terutama dari Eropah dan Amerika Syarikat apabila operasi merentasi sempadan ASEAN dilancarkan Jun ini.

Ketua Pegawai Eksekutif Bursa Malaysia Bhd., Datuk Tajuddin Atan berkata, ia akan dimulakan apabila Bursa Malaysia memulakan kerjasama dengan bursa Singapura pada tarikh tersebut dan diikuti dengan pasaran saham Thailand pada Ogos.

''Hubungan merentasi sempadan ASEAN ini akan memberi lebih banyak pilihan kepada pelabur-pelabur memilih kaunter saham mengikut keperluan pelaburan mereka.

''Selain itu, pasaran saham rantau ini juga bakal mencuri tumpuan pelabur-pelabur luar untuk memasuki pasaran,'' katanya pada sidang akhbar selepas mesyuarat agung tahunan Bursa Malaysia di sini hari ini.

Hadir sama Pengerusi Bursa Malaysia, Tun Mohamed Dzaiddin Abdullah dan Ketua Pegawai Kewangannya, Nadzirah Abdul Rashid.

Sementara itu, dalam usaha merancakkan pasaran saham tempatan, Bursa Malaysia bakal memperkenalkan bon-bon runcit kepada para pelabur untuk mempelbagai portfolio mereka menjelang separuh kedua tahun ini.

''Sebelum ini, terbitan bon lebih tertumpu kepada pelabur-pelabur institusi, apabila kita memperkenalkannya di pasaran tempatan pelabur-pelabur runcit berpeluang ikut serta dan bertukar kepada instrumen hutang berbanding ekuiti.

''Caranya adalah sama seperti untuk memiliki saham-saham ekuiti apabila dibuat melalui broker dan setakat ini kami sedang melihat beberapa perkara sebelum melancarkannya,'' jelas Tajuddin.

Selain itu, untuk 2012 Bursa Malaysia telah menetapkan indeks prestasi utama (KPI) bagi pertumbuhan keuntungan selepas cukai sebanyak 20 peratus.

Penambahbaikan akses kepada pasaran dan pertambahan tawaran produk turut menjadi keutamaan kepada mereka pada tahun ini.

18  

Page 62: ASEAN (Sumber Internet).pdf

ARKIB : 29/03/2012

Sekretariat ASEAN pantau pilihan raya kecil Myanmar

29/03/2012 3:03am

JAKARTA 29 Mac — Satu delegasi Sekretariat ASEAN yang diketuai Pengarah Perhubungan Luar, Dr. Mely C. Anthony berlepas ke Yangon pada Rabu untuk memantau pilihan raya kecil Myanmar pada 1 April.

Delegasi itu diiringi oleh petugas media dari Perkhidmatan Penyiaran Awam Thai (Thai PBS), ASEAN Today/Metro TV dan Channel News Asia (CNA), menurut kenyataan Sekretariat itu.

"Mereka dijangka tiba di Yangon petang ini. Sekretariat ASEAN berterima kasih kepada Kerajaan Myanmar kerana memberi bantuan lojistik,” tambah kenyataan itu. — BERNAMA

19  

Page 63: ASEAN (Sumber Internet).pdf

ARKIB : 02/03/2012

Perkasa penyaluran maklumat - TPM

Oleh SAIFULIZAM MOHAMAD dan ABD. HALIM HADI [email protected]

KUALA LUMPUR 1 Mac - Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, telah sampai masanya negara-negara ASEAN menggunakan media arus perdana serta media sosial secara bersepadu dalam menyalurkan pelbagai maklumat kepada masyarakat di rantau ini.

Beliau berkata, langkah itu wajar dijadikan satu keutamaan supaya rakyat di semua negara ASEAN bermaklumat dan itu amat penting bagi pembangunan rantau seperti di Asia Tenggara.

Malah, beliau yakin melalui tindakan seperti itu, ia sekali gus dapat meningkatkan lagi kerjasama serta sokongan dalam kalangan negara ASEAN kerana masing-masing mempunyai satu misi dan tujuan.

''Saya percaya dengan usaha memperkasakan penyaluran secara berterusan kepada rakyat, kita boleh mengorak langkah seterusnya dalam konteks bekerja dan kerjasama bagi merealisasikan misi dan tujuan," katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan Persidangan Menteri-Menteri Penerangan ASEAN (AMRI) Ke-11 di sini hari ini.

Turut hadir Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Dr. Rais Yatim, Menteri- Menteri Penerangan ASEAN, pegawai tertinggi penerangan dan komunikasi ASEAN.

Bertemakan 'Media: Mengakrabkan Hubungan, Menjalin Budaya Ke Arah Komuniti Satu ASEAN', persidangan selama tiga hari itu turut dihadiri rakan dialog ASEAN iaitu Jepun, Korea dan China.

Dalam perkembangan berkaitan, Muhyiddin berkata, selain media tradisional, kewujudan media sosial perlu diperakui oleh semua pihak di rantau ASEAN.

Kata Timbalan Perdana Menteri, peranannya kini semakin penting dalam masyarakat global dan buktinya paling jelas berlaku semasa kejatuhan beberapa kerajaan di dunia Arab, baru-baru ini.

''Sehubungan itu, pengajaran dalam semua kejadian ini, maka kita perlu mendekatkan diri dengan masyarakat melalui media sosial," ujarnya.

20  

Page 64: ASEAN (Sumber Internet).pdf

Seperkara lagi, beliau berkata, media sosial merupakan satu platform terbaik dalam usaha kerajaan memahami aspirasi serta kehendak rakyat.

Muhyiddin di dalam ucapannya turut menyentuh mengenai kerja keras yang perlu dilakukan oleh negara-negara ASEAN bagi membentuk identiti secara kolektif sama ada dalam bentuk personaliti, norma, nilai mahu pun kepercayaan.

''Untuk berbuat demikian kita mesti berusaha mewujudkan perasaan kepunyaan, menyatukan perpaduan dalam kepelbagaian serta menguatkan persefahaman bersama antara negara ASEAN dalam bidang kebudayaan, sejarah, agama dan ketamadunan," katanya lagi.

Terdahulu, Timbalan Perdana Menteri berkata, kejayaan yang dicapai oleh negara-negara ASEAN amat bergantung kepada pertumbuhan ekonomi.

''Saya percaya jika kita dapat menjadikan negara-negara ASEAN lebih bersatu padu dengan memberi penekanan kepada hubungan simbiotik barulah potensi dan dinamiknya rantau ini yang mempunyai 600 juta penduduk menjadi satu kuasa yang perlu diambil kira dalam masa terdekat," ujarnya.

21  

Page 65: ASEAN (Sumber Internet).pdf

ARKIB : 01/03/2012

Harungi gelombang media baru dan rangkaian sosial - Rais

01/03/2012 1:21pm

KUALA LUMPUR 1 Mac — ASEAN perlu mempersiapkan diri dan mengharungi gelombang media baru serta memanfaatkan populariti rangkaian sosial itu bagi menjadikannya relevan sebagai penyebar maklumat, kata Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Dr Rais Yatim.

Beliau berkata, negara anggota Asean perlu menyusun semula strategi dan pendekatan agar mereka boleh menyampaikan mesej Asean kepada rakyat terutama generasi muda.

"Peranan media itu sendiri dan kaedah penyebaran maklumat telah berubah dengan pesat. Sekiranya kita tidak mengkaji semula peranan kita sebagai Menteri Penerangan, kita boleh menjadi tidak relevan dan menjejaskan proses pembangunan masyarakat Asean,” katanya dalam kenyataan pembukaan pada Persidangan Menteri-menteri Asean Bertanggungjawab Bagi Maklumat (AMRI) Ke-11 di sini hari ini.

Rais berkata negara ASEAN perlu sedar bahawa sementara media baru atau media sosial membuka ruang untuk kerajaan berinterkasi dengan rakyat, kerajaan perlu juga bekerjasama dan berkolaborasi untuk menghalang penyebaran maklumat salah di rangkaian media sosial. — BERNAMA

22  

Page 66: ASEAN (Sumber Internet).pdf

ARKIB : 01/03/2012

ASEAN diseru wujudkan aliran maklumat secara bebas

01/03/2012 1:19pm

KUALA LUMPUR 1 Mac — Tan Sri Muhyiddin Yassin menyeru negara anggota ASEAN supaya mewujudkan rangka kerja pelbagai platform, yang melibatkan media arus perdana dan media sosial, untuk memudahkan pengaliran maklumat secara bebas demi manfaat penduduk di rantau ini di samping memupuk semangat saling menyokong dan membantu dalam kalangan mereka.

Timbalan Perdana Menteri berkata, perkara itu perlu diberi tumpuan utama agar penduduk Asean yang berjumlah 600 juta orang, tidak berada dalam kegelapan tentang perkembangan penting yang berlaku di rantau ini.

"Saya percaya, berbekalkan maklumat yang tepat, kita akan dapat melaksankan tugas kita dengan lebih bersemangat ke arah mencapai matlamat dan misi yang ditetapkan,” katanya ketika merasmikan Persidangan Menteri-menteri ASEAN Bertanggungjawab Bagi Maklumat (AMRI) Ke-11 di sini hari ini.

Beliau berkata, untuk merealisasikan wawasan Komuniti ASEAN, negara anggota pertubuhan itu perlu meningkatkan kefahaman serta penghayatan anggotanya terhadap sistem politik, budaya dan sejarah ASEAN.

Muhyiddin berharap lebih banyak sektor dari negara anggota ASEAN terlibat dengan pelaksanaan lebih banyak projek dan aktiviti melalui persidangan akademik, bengkel dan seminar. — BERNAMA

23  

Page 67: ASEAN (Sumber Internet).pdf

ARKIB : 29/02/2012

China, Jepun, Korea Selatan digesa terus bantu ASEAN

29/02/2012 3:00pm

KUALA LUMPUR 29 Feb. - Tiga rakan dialog ASEAN iaitu China, Jepun dan Korea Selatan digesa agar terus menghulurkan bantuan dalam berkongsi kepakaran serta pengalaman mereka dengan negara anggota ASEAN, termasuk kerjasama ke arah mewujudkan rangkaian maklumat yang saling menghubungkan.

Bercakap pada Mesyuarat Pegawai-Pegawai Kanan Bertanggungjawab bagi Maklumat ASEAN (SOMRI) dan pegawai kanan dari China, Jepun dan Korea Selatan (SOMRI 3), di sini hari ini, Ketua Setiausaha Kementerian Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Kamaruddin Siaraf berkata, kerjasama ASEAN Campur Tiga semakin berkembang dan bertambah akrab dalam banyak bidang sejak proses itu bermula pada 1997.

Beliau menarik perhatian bahawa salah satu bidang yang mencapai kemajuan menerusi ASEAN Campur Tiga adalah dalam kerjasama sosio-budaya dan hasilnya, pelbagai aktiviti telah dijalankan dalam bidang seperti penerangan, alam sekitar, seni dan budaya serta pendidikan.

Beliau berkata, draf Pelan Kerja ke arah Meningkatkan Kerjasama ASEAN 3 Menerusi Maklumat dan Media (2010-2015) diwujudkan pada 2009 yang merangkumi aktiviti kerjasama seperti menggalakkan pembinaan keupayaan, kerjasama media dan rangkaian media.

"Dalam hubungan ini, saya ingin memohon agar rakan-rakan saya dalam SOMRI, termasuk Malaysia, supaya tampil untuk memulakan baki aktiviti yang masih belum dilaksanakan,” kata Kamaruddin, yang juga pengerusi SOMRI 3. - BERNAMA

24  

Page 68: ASEAN (Sumber Internet).pdf

ARKIB : 29/02/2012

Pemahaman tentang susur budaya ASEAN masih lemah?

Para Pegawai Kanan SOMRI menghadiri mesyuarat Persidangan Menteri-Menteri Penerangan ASEAN ke-11 (AMRI) di Hotel Royale Chulan, Kuala Lumpur, semalam.

KUALA LUMPUR 28 Feb. - Pemahaman tentang susur budaya ASEAN perlu sentiasa disemai dan ditingkatkan bagi mengelak berlakunya salah faham mengenai 'pegangan' budaya kalangan komuniti di 'kelompok' Asia Tenggara.

Pengerusi Jawatankuasa Budaya dan Informasi ASEAN (ASEAN-COCI), Dr. Muhammad Hadi Muhammad Melayong berkata, ia penting bagi mewujudkan kestabilan ASEAN dan masyarakat yang saling hormat-menghormati antara satu sama lain.

Jelasnya, pemahaman tersebut seharusnya disemai di peringkat generasi muda terutamanya warga universiti dengan program-program seperti pertukaran penuntut dan penganjuran kuiz-kuiz mengenai ASEAN.

''Kita (ASEAN) mempunyai nilai-nilai budaya yang perlu dihormati. Itu gunanya kita perlu pertukaran berita atau bahan-bahan yang bersangkutan dengan susur budaya sesama ASEAN.

''Ia penting bagi meningkatkan kesedaran di kalangan komuniti ASEAN supaya saling menghormati dan memahami budaya sesama kita," katanya.

25  

Page 69: ASEAN (Sumber Internet).pdf

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas menghadiri pertemuan tertutup di peringkat Mesyuarat Pegawai Kanan (SOMRI) sempena Persidangan Menteri-Menteri Penerangan ASEAN (AMRI) Ke-11 di sini, hari ini.

Mengulas lanjut, Muhammad Hadi yang juga Pengarah Penerangan Brunei berkata, bukan sahaja pertukaran bahan berita dan program bercorak kebudayaan di media massa, ASEAN perlu menggerakkan media baharu bagi mewujudkan integrasi sosial.

Dalam pada itu, ditanya mengenai 'perjalanan' media baharu di Brunei, beliau menjelaskan ia semakin berkembang dengan hampir 50 peratus penduduk di negara itu menggunakan laman sosial Facebook sebagai alat perhubungan semasa.

''Bagaimanapun, media baharu di Brunei sentiasa dipantau pihak-pihak berkenaan khususnya yang terlibat dalam hal ehwal teknologi maklumat dan Kementerian Perhubungan Brunei.

''Aspek perundangan membabitkan media baharu antara Brunei dan negara-negara ASEAN lain juga tidak banyak beza dan kita saling bekerjasama bagi membentuk perundangan yang efisien," katanya.

26  

Page 70: ASEAN (Sumber Internet).pdf

ARKIB : 28/02/2012

Festival Muzik Extravaganza ASEAN

KUALA LUMPUR 27 Feb. - Sempena Persidangan Menteri-menteri Penerangan ASEAN (AMRI) Ke-11, satu persembahan gala, ASEAN Musical Extravaganza akan diadakan pada 29 Mac ini mulai pukul 8 malam di Istana Budaya, Kuala Lumpur.

Acara ini akan menampilkan persembahan kebudayaan dari semua negara anggota ASEAN bagi meningkatkan pemahaman dan penghayatan mengenai budaya negara-negara jiran dalam rantau ASEAN.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dijemput sebagai tetamu kehormat bagi menyaksikan persembahan tersebut.

ASEAN Musical Extravaganza adalah antara cetusan idea Malaysia semasa menyertai pemukiman sektor kebudayaan sempena Sidang Kemuncak ASEAN Ke-19 di Nusa Dua, Bali November lalu.

Pada pemukiman itu, Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Dr. Rais Yatim telah menandatangani Deklarasi ASEAN Unity in Cultural Diversity: Towards Strengthening ASEAN Community.

Menurut Rais (gambar), terdapat 10 persembahan pementasan lagu-lagu dan tarian yang mencerminkan negara masing-masing.

''Malaysia mungkin menyumbang lebih tiga persembahan dan ini akan mencerminkan kesatuan negara-negara ASEAN dalam memupuk kerjasama kebudayaan,'' katanya.

Program berkonsepkan etnik fusion dan pop tradisional itu diadakan untuk menggalakkan pertukaran budaya di kalangan negara-negara anggota.

Setiap negara dijemput menghantar 10 artis terdiri daripada penyanyi, penari dan pemuzik.

Semasa retreat itu juga, Malaysia telah mencadangkan supaya ASEAN mewujudkan Dana Budaya bagi mempromosi pelbagai aspek kebudayaan di rantau ini.

27  

Page 71: ASEAN (Sumber Internet).pdf

ARKIB : 29/02/2012

AMRI, SOMRI berjalan lancar

Oleh METRA SYAHRIL MOHAMED dan RAJA SYAHRIR ABU BAKAR [email protected]

KAMARUDDIN Siaraf (tiga dari kanan) beramah mesra dengan delegasi selepas mempengerusikan Persidangan Menteri-Menteri Penerangan ASEAN ke-11 Peringkat Pegawai Kanan (SOMRI) di Hotel Royale Chulan, semalam.

KUALA LUMPUR 28 Feb. - Pelaksanaan 46 program yang disepakati dalam Persidangan Menteri-Menteri Penerangan ASEAN (AMRI) dan di peringkat Mesyuarat Pegawai Kanan (SOMRI) terdahulu dilihat berjalan lancar dengan semua negara memberikan kerjasama baik terhadap kesepakatan tersebut.

Ketua Setiausaha Kementerian Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Kamaruddin Siaraf berkata, sebagai contoh, Malaysia sendiri telah melaksanakan pelbagai program yang berkaitan komunikasi dan maklumat.

Ini khususnya dalam memberikan pemahaman mengenai ASEAN di kalangan masyarakat setempat.

Menurutnya, pemahaman itu dicapai dalam program-program seperti Persidangan Blogger ASEAN yang diadakan di ibu negara baru-baru ini.

28  

Page 72: ASEAN (Sumber Internet).pdf

''Fokus kita dalam SOMRI hari ini adalah untuk mengetengahkan laporan mengenai pelaksanaan program-program yang telah disepakati dalam mesyuarat tahun lepas dan mesyuarat-mesyuarat terdahulu.

''Ini untuk kita buat penilaian terhadap pelaksanaan tersebut. Banyak negara telah beri laporan yang baik. Daripada 46 program yang dikenal pasti, 45 daripadanya telah dilaksanakan. Namun, secara keseluruhannya, semua program telah dilaksanakan. Cuma satu sahaja program yang tidak dihantar laporannya kepada Sekretariat ASEAN kerana tidak diminta,'' katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas mempengerusikan mesyuarat tertutup SOMRI sempena Persidangan AMRI Ke-11 di sini, hari ini.

Persidangan AMRI Ke-11 akan berlangsung sehingga 1 Mac ini dan ia merupakan lanjutan keputusan yang dibuat semasa Persidangan AMRI Ke-10 di Vientiane, Laos pada tahun 2009.

Delegasi yang akan menyertai persidangan ini ialah dari negara-negara anggota ASEAN iaitu Malaysia, Brunei Darussalam, Indonesia, Laos, Myanmar, Vietnam, Kemboja, Filipina, Thailand dan Singapura.

Turut sama Sekretariat ASEAN dan Rakan Dialog ASEAN iaitu China, Jepun dan Korea.

Bertemakan Media: Mengakrabkan Hubungan, Menjalin Budaya Ke Arah Komuniti Satu ASEAN, persidangan ini akan membincangkan beberapa isu mengenai penerangan dan penyiaran bagi meningkatkan kerjasama antara negara-negara anggota.

Mengulas lanjut, Kamaruddin berkata, biarpun terdapat sedikit salah faham mengenai kaedah penghantaran laporan mengenai pelaksanaan program kepada Sekretariat ASEAN, perkara itu telah diselesaikan dengan baik.

''Ada wakil Sekretariat ASEAN dalam mesyuarat hari ini dan segala salah faham telah diperbetulkan," ujarnya.

Mengenai perjalanan AMRI Ke-11 setakat ini, katanya, ia berjalan lancar dan semua delegasi memahami agenda yang dibawa oleh Malaysia.

29  

Page 73: ASEAN (Sumber Internet).pdf

ARKIB : 03/02/2012

Malaysia minta ASEAN kurangkan beli aset pertahanan luar

03/02/2012 11:44am

KUALA LUMPUR 3 Feb. - Negara-negara ASEAN disaran mengurangkan perbelanjaan aset pertahanan dari luar rantau dan menggalakkan pembangunan senjata antara negara anggota.

Menteri Pertahanan, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berkata, sebanyak AS$25 bilion dibelanjakan oleh negara-negara ASEAN setiap tahun bagi membeli aset pertahanan dan ini wajar dikurangkan.

"Kita harap wang itu tidak dibelanjakan di luar rantau ASEAN, dan jika ia perlu juga dibelanjakan, ia biarlah bersekitar kecairannya di sekitar negara ASEAN dan tidak di luar rantau ini,” katanya pada sidang akhbar di sini hari ini.

Zahid sebelum itu menghadiri perhimpunan bulanan Kementerian Pertahanan yang turut dihadiri timbalannya, Datuk Dr. Abdul Latiff Ahmad; Ketua Setiausaha kementerian, Datuk Seri Dr. Ismail Ahmad dan Panglima Angkatan Tentera, Tan Sri Jen Zulkifeli Mohd. Zin.

Pada 2009, Zahid mencadangkan Penubuhan Kolaborasi Industri Pertahanan ASEAN (ADIC) sebagai langkah mengurangkan import aset dari negara di luar ASEAN, kecairan pertukaran mata wang asing yang lebih menguntungkan negara ASEAN dan kebolehan berdiri sendiri menggunakan aset serta produk yang dihasilkan. - BERNAMA

30  

Page 74: ASEAN (Sumber Internet).pdf

ARKIB : 25/01/2012

Inflasi ASEAN turun

KUALA LUMPUR 24 Jan. – Merrill Lynch (Singapore) Pte. Ltd. menjangkakan inflasi di negara-negara ASEAN akan turun tahun ini, dirangsang oleh desakan bersifat deflasi berikutan ekonomi global yang perlahan, kata Pakar Ekonomi Global Research, Chua Hak Bin.

“Inflasi sepatutnya turun, dengan pengecualian Singapura,” kata beliau dalam taklimat media bertajuk “Ekonomi ASEAN 2012: Mengemudi Pergolakan” di sini.

Beliau mensasarkan inflasi Malaysia pada 2.6 peratus untuk tahun 2012 dan menyaksikan penurunan kadar dasar Bank Negara sebanyak 50 mata asas dalam suku kedua apabila inflasi turun di bawah tiga peratus.

“Jika inflasi boleh turun ke bawah paras tiga peratus dalam bulan-bulan mendatang, ia akan membuka pintu untuk Bank negara untuk menurunkan kadar.

Terdapat ruang untuk inflasi turun di bawah tiga.

“Penurunan kadar ini akan membantu, kita telahpun melihat penurunan di beberapa negara. Indonesia telah mengurangkan kadar dasarnya dan Filipina mungkin menyusul,” kata beliau.

Chua mengunjurkan yang pertumbuhan Keluaran Dalam Negara Kasar sebanyak 3.6 peratus untuk Malaysia tahun ini ekoran situasi semasa di Eropah dan pertumbuhan yang berkurangan di Amerika Syarikat terutamanya dari pertengahan tahun ini.

Beliau turut meletakkan kemungkinan kemelesetan di Malaysia pada 20 peratus sambil menambah beliau menjangkakan angka eksport dan pembuatan yang baik untuk negara. – BERNAMA

31  

Page 75: ASEAN (Sumber Internet).pdf

ARKIB : 21/01/2012

Kereta ASEAN impian Khamil

PENERAJU Kumpulan DRB-HICOM Bhd., Datuk Seri Mohd Khamil Jamil, mempunyai alasan yang kuat untuk tersenyum lebar pada minggu ini .

Beliau gembira bukan hanya kerana berjaya menguasai Proton Holdings Bhd. (Proton) tetapi juga dapat memuktamadkan perjanjian urus niaga itu pada Isnin dalam minggu jatuhnya tarikh hari lahir beliau.

''Menguasai Proton adalah hadiah hari lahir saya,'' kata Mohd Khamil sambil tidak menafikan bahawa kalau masa mampu diubah, beliau ingin sekali memeterainya hari ini (Jumaat) mengambil sempena hari jadinya.

Kejayaan besar dan bersejarah itu merealisasikan harapan beliau untuk menempatkan Proton di bawah sayap DRB-HICOM terkabul juga selepas sekian lama ditunggu-tunggu.

Penantian yang lama itu sinonim dengan jiwa beliau sebagai ahli korporat yang dikenali di kalangan media sebagai kaki pancing tegar dan peminat fotografi.

Sebenarnya, kehadiran semula syarikat pengeluar kereta nasional itu di bawah Kumpulan tersebut selepas diambil alih Petronas akibat krisis kewangan pada 1987, boleh diibaratkan seperti sirih pulang ke gagang.

Mohd Khamil yang kini memasuki tahun keenam menerajui Kumpulan itu, menyifatkan kejayaan itu adalah hasil usaha keras semua pihak dalam pengurusannya.

Beliau berkata, dirinya juga bertuah kerana memiliki barisan pengurusan yang cukup mantap untuk membawa syarikat itu ke peringkat yang lebih tinggi.

DRB-HICOM telah berkembang pesat selepas syarikat bermasalah itu diambil alih oleh tokoh korporat Tan Sri Syed Mokhtar AlBukhary pada 2004 selepas kematian pengasasnya Tan Sri Yahaya Ahmad.

Mohd Khamil tidak menyembunyikan kekecewaannya tentang sikap sesetengah pihak yang terus mempertikaikan keupayaan dan kebolehan DRB-HICOM, sedangkan syarikat seperti Mercedes berbangga dengan keupayaan anak Malaysia menghasilkan kereta mewah setanding dengan dipasang keluar negara.

Beliau berkata, DRB-HICOM berharap untuk melahirkan kereta ASEAN yang mewakili kerjasama yang menyaksikan Malaysia bertindak sebagai penerajunya.

32  

Page 76: ASEAN (Sumber Internet).pdf

Katanya: ''Setelah ketinggalan kepada Thailand dan Indonesia, kita tidak boleh membiarkan pula Vietnam mengatasi kita dalam industri automotif yang pernah mengukir nama Malaysia sebagai penerajunya.''

Beliau percaya DRB-HICOM melalui Proton mampu bersaing dengan syarikat terkemuka lain dalam mengadakan kenderaan elektrik dan juga hibrid di peringkat pasaran sejagat.

''Kami berharap untuk berbincang dengan para pengeluar kereta di rantau ini dan merintis pembangunan kereta elektrik ASEAN termasuk infrastruktur dan kemudahannya.'' jelas beliau.

Mohd Khamil percaya perkara mampu dicapai dengan wujudnya pemuafakatan dan pembabitan dengan semua pengeluar automotif di rantau ini.

33  

Page 77: ASEAN (Sumber Internet).pdf

ARKIB : 20/01/2012

ASEAN, Asia Timur mampu imbangi kuasa besar

KUALA LUMPUR 19 Jan. – ASEAN dan Asia Timur merupakan kuasa yang berpengaruh dan mampu menyeimbangkan kuasa-kuasa besar yang ada sekarang, kata Setiausaha Agung ASEAN, Surin Pitsuwan.

Beliau berkata, ini kerana kedua-dua rantau yang diiktiraf sebagai pusat perkembangan dunia itu tidak pernah mengundang sebarang persaingan, ketidakstabilan dan konfrontasi dengan mana-mana kuasa lain.

“Ketika ini, negara yang digelar sebagai kuasa besar tidak banyak. Kuasa yang dianggap kuat hanyalah Amerika Syarikat (AS) kerana ia mempunyai koleksi kuasa berbahaya yang boleh diguna dan ditonjolkan di peringkat global.

“Sebenarnya banyak negara lain yang mempunyai koleksi yang sama tetapi tidak ditonjolkan. Namun, kita perlu ingat negara yang sering menonjolkan kekuasaan ini adalah mereka yang sering mendapat tentangan paling hebat di peringkat global,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam ucapan bertajuk The Role of Superpowers in the Realignment of Global Power: Between Realpolitic and Softpower pada Persidangan Pergerakan Kesederhanaan Global 2012 di sini, hari ini.

Sesi itu turut disertai oleh Presiden East-West Center, Dr. Charles E. Morrison manakala perantaranya ialah Ketua Pegawai Eksekutif Razak School of Government, Prof. Madya Dr. Hamidin Abd. Hamid.

Surin turut menegaskan, kuasa yang berpengaruh tetapi bukan kuasa besar lebih ditonjolkan di ASEAN dan Asia Timur berbanding rantau lain.

“Namun, dalam memainkan peranan ini, kita mengharapkan kuasa luar menghormati agenda-agenda yang telah ditetapkan oleh ASEAN,” katanya.

Dalam pada itu, beliau menjelaskan, peranan ASEAN sangat jelas terutama melalui pengalaman mengendalikan pelbagai krisis negara anggota tanpa sebarang konfrontasi antara satu sama lain.

“Dengan 600 juta penduduk dan pelbagai penganut seperti Islam, Katolik dan Kristian, ASEAN memegang aspirasi kesederhanaan, serta menghargai prinsip itu serta seterusnya memastikan ia kekal,” ujarnya.

34  

Page 78: ASEAN (Sumber Internet).pdf

ARKIB : 16/01/2012

ASEAN digesa bincang Spratly

MANILA 15 Jan. - Filipina menggesa ASEAN mengadakan sidang kemuncak bagi membincangkan isu berhubung pertikaian Kepulauan Spratly yang dituntut oleh China dan empat negara anggota pertubuhan itu.

Setiausaha Luar, Albert del Rosario berkata, beliau telah meminta rakan sejawatnya daripada ASEAN untuk menyokong cadangan Filipina itu ketika mesyuarat tahunan di Kemboja minggu lalu.

"Manila bersedia untuk menjadi tuan rumah kepada sidang itu nanti," kata del Rosario.

Filipina, Brunei, Malaysia dan Vietnam masing-masing menuntut seluruh atau sebahagian wilayah di Kepulauan Spratly, yang dipercayai memiliki sumber galian dan minyak.

Kepulauan yang terletak di kawasan laluan laut yang sibuk dan dan kaya dengan sumber perikanan itu turut dituntut oleh China dan Taiwan.

Ramai bimbang pertikaian tersebut bakal menjadi punca kepada peperangan terbaru di Asia.

"Satu resolusi mengenai konflik itu perlu diwujudkan berdasarkan undang-undang antarabangsa yang diterima semua pihak seperti Konvensyen Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) bagi Undang-undang Laut," kata del Rosario.

China sebelum ini menegaskan enggan menyelesaikan pertikaian itu dengan negara yang tidak terlibat, terutamanya Amerika Syarikat yang mahu ia diselesaikan secara aman kerana melibatkan kepentingan antarabangsa.

Beijing mahu rundingan secara langsung diadakan dengan negara terlibat. - AGENS

35  

Page 79: ASEAN (Sumber Internet).pdf

ARKIB : 12/01/2012

Pelancongan pelayaran produk terbaru rantau ASEAN

MANADO (SULAWESI UTARA) 11 Jan. - Pelancongan pelayaran (cruise tourism) yang berupaya menawarkan pulangan berbilion dolar bakal menjadi produk pelancongan terbaru bagi rantau ASEAN.

Menteri Pelancongan, Datuk Seri Dr. Ng Yen Yen berkata, pelancongan pelayaran akan dibangunkan oleh ASEAN memandangkan produk berkenaan itu berpotensi untuk menyumbang kepada pendapatan ekonomi setiap negara anggota umumnya dan wilayah serantau itu khususnya.

Buat permulaan, kata beliau, idea membangunkan segmen pelancongan itu sudah dipersetujui oleh kesemua negara anggota bagi meletakkan ASEAN di peta pelancongan dunia pada masa depan.

Selama ini, produk pelancongan sedemikian, jelas Dr. Ng, lebih popular di negara-negara di kepulauan Carribean dan Mediteranean yang sudah lama memilikinya dan memperoleh pendapatan berbilion dolar.

"Namun di ASEAN, kita tidak memiliki rangkaian perhubungan untuk produk ini. Lalu sudah sampai masanya untuk negara-negara anggota ASEAN sama-sama membangunkan segmen pelancongan ini untuk memberi faedah kepada wilayah serantau," katanya pada sidang akhbar selepas mengadakan pertemuan dengan Gabenor Sulawesi Utara, Dr. S.H Sarundajang.

Beliau sebelum itu menghadiri mesyuarat dengan rakan-rakan sejawatannya dari ASEAN di sini bersempena dengan Forum Pelancongan ASEAN yang berlangsung di sini sehingga hujung minggu ini.

Pada mesyuarat Menteri-Menteri Pelancongan ASEAN itu juga, kesemua delegasi negara anggota turut diberi taklimat oleh wakil Royal Carribean Cruise iaitu sebuah syarikat yang mengusahakan industri kapal persiaran terbesar yang berpusat di Miami, Florida, Amerika Syarikat mengenai potensi segmen pelancongan ini menawarkan pendapatan lumayan.

Selain daripada idea membangunkan pelancongan pelayaran, mesyuarat tersebut turut menarik perhatian bagaimana negara China sudah memiliki pelan tindakan untuk menjadikan segmen pelancongan berkenaan di wilayah utara negara tersebut menjadi kenyataan.

Justeru, Dr. Ng optimis, seandainya negara-negara ASEAN sudah membangunkan usaha yang sama, ia boleh membantu mengembangkan pelancongan pelayaran dengan memberi laluan kepada kapal-kapal persiaran itu singgah di rantau itu.

36  

Page 80: ASEAN (Sumber Internet).pdf

"Kita harus faham sesebuah kapal persiaran harus berhenti di sesebuah pelabuhan sebelum menyambung perjalanan ke destinasi lain. Justeru, peluang yang ada harus dimanfaatkan kerana setiap kali sebuah kapal berlabuh, ia akan menyumbang kepada ekonomi di setiap tempat hentiannya itu. Peluang inilah yang wajar rebut oleh ASEAN," jelas beliau lagi.

Dalam konteks ini, Malaysia juga jelas Dr. Ng, sudah mempunyai hasrat membangunkan segmen pelancongan itu dan usaha merealisasikannya sedang diteliti oleh Unit Perancangan Ekonomi (EPU) kerana idea itu sudah disenariiakan dalam Bidang Ekonomi Utama Negara (NKEA).

Delegasi ASEAN juga sependapat bahawa aspek mempromosikan ASEAN sebagai satu jenama khususnya dengan memperkenalkan pengiktirafan yang diberikan oleh Pertubuhan Pendidikan Saintifik dan Kebudayaan Pertubuhan Bangsa Bersatu (UNESCO) ke atas beberapa destinasi pelancongan di negara-negara anggota harus digandakan lagi. - Utusan

37  

Page 81: ASEAN (Sumber Internet).pdf

ARKIB : 09/01/2012

Taman Mini Malaysia, ASEAN lebih menarik

MELAKA 8 Jan. - Taman Mini Malaysia dan ASEAN yang akan dibuka semula kepada orang ramai pertengahan tahun ini, dijangka lebih menarik dengan pelbagai keunikan infrastruktur dibina.

Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Kemajuan Negeri Melaka (PKNM), Datuk Yusof Jantan berkata, antara tarikan baharu ke taman tersebut ialah sukan extreme, aktiviti menunggang kuda, taman tema kanak-kanak dan dataran berpaksikan cahaya berwarna-warni.

Menurutnya, kerja-kerja menaik taraf segala kemudahan infrastruktur, termasuk membaik-pulih 13 rumah tradisional setiap negeri dan 12 rumah ASEAN sedang giat dijalankan.

Katanya, di samping itu landskap di seluruh taman itu turut dinaik taraf termasuk beberapa kiosk menjual pelbagai cenderamata dan gerai makanan turut dibina.

''Apabila siap sepenuhnya nanti, Taman Mini Malaysia dan ASEAN ini akan menjadi tumpuan orang ramai kerana kemudahan yang disediakan akan memberi keselesaan kepada setiap pengunjung.

''Paling mencuri tumpuan ialah dataran berpaksikan cahaya berwarna warni dan pancutan air di tengah-tengah dataran itu akan menjadi mercu tanda kedatangan ramai pengunjung ke taman ini," katanya.

Beliau berkata demikian sewaktu sesi taklimat pembangunan Taman Mini Malaysia dan Asean serta majlis pelancaran Rumah Perlis sebagai rumah angkat Universiti Malaysia Perlis (Unimap) di sini, hari ini.

Majlis pelancaran itu telah disempurnakan oleh Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail dan Raja Puan Muda Perlis, Tuanku Lailatul Shahreen Akashah Khalil.

Turut hadir Ketua Menteri, Datuk Seri Mohd. Ali Rustam.

Taman Mini Malaysia dan ASEAN ditutup kepada orang ramai sejak enam bulan lalu bagi kerja-kerja membaik semula kemudahan di taman tersebut setelah mendapati keadaan 13 buah rumah tradisional negeri dan 12 rumah negara Asean di taman tersebut tidak selamat.

Mengulas lanjut, Yusof berkata, taman tersebut kini diuruskan oleh PKNM yang mengambil alihnya daripada syarikat swasta pada Julai 2010.

38  

Page 82: ASEAN (Sumber Internet).pdf

Beliau berkata, kerja-kerja membaik pulih 13 rumah tradisional dan 12 rumah ASEAN tidak akan menjejaskan keaslian rumah tersebut yang masih mengekalkan identiti rumah terbabit.

39  

Page 83: ASEAN (Sumber Internet).pdf

ARKIB : 08/01/2012

Usaha setarafkan Eropah- ASEAN

Oleh Mazlan Nordin

DIANJURKAN kini antara lainnya ialah hubungan setaraf antara negara-negara Asia dan Eropah.

Dilaporkan baru lalu ialah Zon Eropah meminta bantuan dari negeri China setelah menghadapi krisis kewangan.

Tiada lagi sikap masa dulu manakala negara-negara Eropah menjajah dan menakluki negara-negara Asia, Timur Tengah dan Amerika Selatan serta benua Afrika.

Terbit pada tahun lalu ialah Asia and Europe Moving Towards a Common Agenda, terbitan Konrad - Adenauer - Stiftung yang berasal di negeri Jerman.

Berperanan penting dewasa ini ialah Angela Merkel, pemimpin negara Jerman untuk ‘‘menyelamatkan Eropah dari malapetaka’’, sebagaimana disebut oleh semua pihak.

Menyertai beliau dalam usaha itu ialah Presiden Perancis, Nicolas Sarkozy, yang bakal dicabar dalam pilihan raya negaranya pada tahun baru.

Lalu majalah Jerman berkenaan pada peringkat permulaan menyebut betapa tahap hubungan antara Asia dan Eropah telah mencapai peringkat yang ‘‘tidak pernah berlaku sebelumnya’’. Masyarakat Asia-Afrika sejak 1996 (Asia - Europe Meeting - ASEM) kini menuju dekad kedua, tegasnya.

‘‘Dari ASEM ke G20: Eropah dan Asia dalam Sistem Internasional’’ menjadi tajuk majalah utama. Lantas ditanya: apakah kita membandingkan buah epal dengan oren?

ASEM membawa ke meja rundingan 48 rakan dialog, termasuk 27 anggota Kesatuan Eropah, 10 negara ASEAN, negara-negara China, Korea, Jepun, Mongolia, India, Pakistan, Australia, New Zealand dan Rusia.

Apa yang boleh berlaku pada sesuatu persidangan dijelaskan, iaitu mengenai sidang ke delapan di Brazil pada 5-10 Oktober 2010. Dari 27 anggota Kesatuan Eropah hanya 21 ketua kerajaan hadir.

Dari Asia pula beberapa pemimpin tidak hadir - India kerana Sukan Komanwel, Pakistan kerana banjir besar; Filipina kerana sebab-sebab tidak diketahui, Presiden Indonesia kerana urusan lain; PM Singapura Lee Hsien Leong kerana kematian ibunya.

40  

Page 84: ASEAN (Sumber Internet).pdf

Lalu pada peringkat kesimpulan itu dinyatakan: Ketika menuju dekad ke 20, ASEM masih belum jelas identitinya. Ia telah membesar dari 26 hingga 48 ahli, tetapi masih belum membesar pada peringkat internasional.

Berkongsi

Makalah selanjutnya menyentuh ‘‘krisis kewangan internasional yang telah merebak dari Amerika ke negara-negara lain lalu mencetus perubahan mengenai kuasa global’’. Wujud G20 yang ‘‘baru’’ dengan penyertaan lima negara Asia: China, India, Indonesia, Jepun dan Korea Selatan.

Kesatuan Negara-Negara Eropah dianggap berkongsi nilai-nilai yang sama, tetapi lain halangan bagi Asia: ‘‘Negara-negara Asia ada yang miskin (umpamanya Laos)), kaya (Jepun), membangun (Bangladesh) dan negara industri (Korea Selatan).

Dari segi politik pula terdapat juga perbezaan -- demokrasi (India), autoritarian (China, Vietnam), Stalinist (Korea Utara).

Masalah perdagangan haram manusia juga disentuh. Antara lain dicatit laporan Jabatan Negara Amerika mengenai perdagangan haram penyeludupan manusia seramai 700,000 orang yang menjadi mangsa. Satu pertiga ialah wanita dan kanak-kanak yang dipaksa menjadi mangsa seks.

Mereka ialah dari Kemboja, Indonesia, Laos, Malaysia, Myanmar, Filipina, Thailand dan Vietnam. Ramai antara mereka menjadi mangsa seks di Amerika dan Eropah.

Laporan mengenainya dikemukakan oleh Dr. Chatchom Akapain dari Pejabat Peguam Negara Bangkok.

Turut menulis ialah Wiryono Sastrohandoyo dari Pusat Kajian Strategik dan Internasional Indonesia yang menulis atas tajuk Asia Selepas Krisis: Peralihan Kuasa ke Timur.

Di benua Asia gergasi-gergasi baru ialah China dan India. Di Asia Tenggara, Indonesia menguasai kembali keteguhannya. Ia mempunyai bilangan warga Islam paling ramai sekali, kebanyakan mereka bersikap sederhana.

Antara Asia dan Eropah pula ialah Turki yang kini kuat ekonomi dan pengaruh politiknya. Di Amerika Selatan, Brazil menjadi satu lagi negara pelakon global.

Bagi beliau, Amerika Syarikat masih lagi negara paling kuat sekali dalam dunia. Tiada inisiatif global boleh berjaya tanpa penyertaan Amerika.

Beliau mengalu-alukan dasar Presiden Obama untuk Asia Pasifik dan masa depan negara-negara Asia Timur.

41  

Page 85: ASEAN (Sumber Internet).pdf

Keteguhan ekonomi dunia telah beralih dari Atlantik ke Pasifik, iaitu dari kuasa-kuasa Barat kepada kuasa-kuasa Asia. Namun, Asia Timur bukan bersifat satu unit, iaitu Jepun, China, Korea Selatan masih didorong kepentingan nasionalis.

Dalam pada itu Indonesia akan terus berusaha untuk keteguhan ASEAN. Kuasa-kuasa besar seperti Amerika, Rusia, China, India, Jepun dan Australia akan terus melaksanakan pelbagai peranan penting, manakala ASEAN akan berada di kerusi pemandu segala proses kedaerahan.

42  

Page 86: ASEAN (Sumber Internet).pdf

ARKIB : 12/01/2012

Pelancongan pelayaran produk terbaru rantau ASEAN

MANADO (SULAWESI UTARA) 11 Jan. - Pelancongan pelayaran (cruise tourism) yang berupaya menawarkan pulangan berbilion dolar bakal menjadi produk pelancongan terbaru bagi rantau ASEAN.

Menteri Pelancongan, Datuk Seri Dr. Ng Yen Yen berkata, pelancongan pelayaran akan dibangunkan oleh ASEAN memandangkan produk berkenaan itu berpotensi untuk menyumbang kepada pendapatan ekonomi setiap negara anggota umumnya dan wilayah serantau itu khususnya.

Buat permulaan, kata beliau, idea membangunkan segmen pelancongan itu sudah dipersetujui oleh kesemua negara anggota bagi meletakkan ASEAN di peta pelancongan dunia pada masa depan.

Selama ini, produk pelancongan sedemikian, jelas Dr. Ng, lebih popular di negara-negara di kepulauan Carribean dan Mediteranean yang sudah lama memilikinya dan memperoleh pendapatan berbilion dolar.

"Namun di ASEAN, kita tidak memiliki rangkaian perhubungan untuk produk ini. Lalu sudah sampai masanya untuk negara-negara anggota ASEAN sama-sama membangunkan segmen pelancongan ini untuk memberi faedah kepada wilayah serantau," katanya pada sidang akhbar selepas mengadakan pertemuan dengan Gabenor Sulawesi Utara, Dr. S.H Sarundajang.

Beliau sebelum itu menghadiri mesyuarat dengan rakan-rakan sejawatannya dari ASEAN di sini bersempena dengan Forum Pelancongan ASEAN yang berlangsung di sini sehingga hujung minggu ini.

Pada mesyuarat Menteri-Menteri Pelancongan ASEAN itu juga, kesemua delegasi negara anggota turut diberi taklimat oleh wakil Royal Carribean Cruise iaitu sebuah syarikat yang mengusahakan industri kapal persiaran terbesar yang berpusat di Miami, Florida, Amerika Syarikat mengenai potensi segmen pelancongan ini menawarkan pendapatan lumayan.

Selain daripada idea membangunkan pelancongan pelayaran, mesyuarat tersebut turut menarik perhatian bagaimana negara China sudah memiliki pelan tindakan untuk menjadikan segmen pelancongan berkenaan di wilayah utara negara tersebut menjadi kenyataan.

Justeru, Dr. Ng optimis, seandainya negara-negara ASEAN sudah membangunkan usaha yang sama, ia boleh membantu mengembangkan pelancongan pelayaran dengan memberi laluan kepada kapal-kapal persiaran itu singgah di rantau itu.

43  

Page 87: ASEAN (Sumber Internet).pdf

44  

"Kita harus faham sesebuah kapal persiaran harus berhenti di sesebuah pelabuhan sebelum menyambung perjalanan ke destinasi lain. Justeru, peluang yang ada harus dimanfaatkan kerana setiap kali sebuah kapal berlabuh, ia akan menyumbang kepada ekonomi di setiap tempat hentiannya itu. Peluang inilah yang wajar rebut oleh ASEAN," jelas beliau lagi.

Dalam konteks ini, Malaysia juga jelas Dr. Ng, sudah mempunyai hasrat membangunkan segmen pelancongan itu dan usaha merealisasikannya sedang diteliti oleh Unit Perancangan Ekonomi (EPU) kerana idea itu sudah disenariiakan dalam Bidang Ekonomi Utama Negara (NKEA).

Delegasi ASEAN juga sependapat bahawa aspek mempromosikan ASEAN sebagai satu jenama khususnya dengan memperkenalkan pengiktirafan yang diberikan oleh Pertubuhan Pendidikan Saintifik dan Kebudayaan Pertubuhan Bangsa Bersatu (UNESCO) ke atas beberapa destinasi pelancongan di negara-negara anggota harus digandakan lagi. - Utusan

Sumber : http://www.utusan.com.my Tarikh Akses : 13 April 2012

Page 88: ASEAN (Sumber Internet).pdf

Headline: Gagasan komuniti Asean

Publication: HM Date of publication: Apr 12, 2012 Section heading: Main Section Page number: 020 Byline / Author: Oleh Mohamed Maliki Mohamed Rapiee

HAJAT untuk melihat rantau Asia Tenggara terbentuk sebagai satu komuniti akan direalisasikan apabila semua 10 negara yang menganggotai Asean menyatakan kesungguhan dan persetujuan untuk menjadikan tahun 2015 sebagai tempoh akhir bagi merealisasikan gagasan berkenaan. Komitmen ke arah komuniti Asean ini turut disuarakan oleh Perdana Menteri yang menghadiri Sidang Kemuncak Asean di Phnom Penh, Kemboja minggu lalu yang bertemakan 'Asean: Satu Komuniti, Satu Matlamat'. Malah, secara lebih tegas beliau menyatakan bahawa Asean perlu mencapai gagasan yang dirancangkan dengan meningkatkan peranan serta keupayaan golongan belia di setiap negara anggota Asean. Kita amat bertuah memiliki seorang pemimpin yang sentiasa melihat masa depan dan mengaitkan generasi akan datang dalam setiap perancangannya. Amat menarik apabila beberapa perkara dipraktikkan Datuk Seri Najib Razak di Malaysia juga amat bersesuaian dan diterima baik pemimpin Asean. Ini terbukti apabila persidangan tahunan dipengerusikan Kemboja turut menerima beberapa cadangan selama ini dilaksanakan kita, antaranya Asean Bebas Dadah 2015 dan penerimaan kertas konsep Gerakan Kesederhanaan Global. Pemilihan Phnom Penh sebagai lokasi persidangan memberikan makna mendalam khasnya dalam aspek pembangunan masyarakat di rantau ini. Kejayaan kemboja mempengerusi dan menjadi tuan rumah kepada Sidang Kemuncak Asean ke-20 adalah satu bukti kesungguhan serta iltizam negara terkenal dengan Angkor Wat itu untuk bangkit daripada sejarah hitam masa lalu. Masyarakat dunia pasti tidak akan melupakan tragedi pembunuhan dan penyeksaan

1  

Page 89: ASEAN (Sumber Internet).pdf

dilakukan rejim Khmer Rouge yang diketuai oleh Pol Pot bermula tahun 1975 hingga 1979. Dalam tempoh tersebut lebih dua juta rakyat Kemboja dibunuh secara tragis. Demi mengekalkan kekuasaan, Pol Pot dan pengikutnya menyeksa dan membunuh rakyatnya sendiri tanpa sebarang sebab munasabah. Kemboja yang sebelum ini kaya dengan sumber alam sudah diubah menjadi sebuah negara mundur dan miskin dek kerakusan sebuah kepimpinan. Penulis yang berada di Phnom Penh bagi menghadiri Forum Belia Asean 2012 sejak 1 hingga 5 April lalu berpeluang menyaksikan bukti-bukti kekejaman regim Khmer Rouge terhadap rakyat Kemboja. Amat malang bagi rakyatnya waktu itu apabila mereka tertipu dengan permainan politik Khmer Rouge pada awal 1975. Regim Khmer Rouge awalnya membawa watak sebagai sebuah kumpulan yang mampu membawa sinar baru kepada rakyat Kemboja berikutan kelemahan pentadbiran sedia ada yang dibayangi sokongan oleh Amerika Syarikat dan konflik dengan Vietnam. Pol Pot berjaya mempengaruhi dan memainkan emosi rakyat yang ketika itu berada dalam keadaan kesusahan. Maka, dengan mudahnya beliau menyebarkan fahaman komunis kononnya berpaksikan kepada keadilan sosial. Kelompok paling menyokong beliau adalah golongan muda yang amat ghairah ingin melihat perubahan dalam masyarakat mereka. Ternyata sikap baik Khmer Rouge hanya bertahan tidak lebih tiga bulan apabila menunjukkan watak sebenar mereka. Ideologi komunis Pol Pot yang radikal menyebabkan beliau menjadi buta hati dan tergamak membunuh begitu ramai rakyat Kemboja. Golongan muda dan cerdik pandai adalah sasaran utama beliau kerana tidak mahu ada rakyat bangun menentang kezaliman dilakukan. Sehingga kini masyarakat masih boleh menyaksikan kesan kezaliman terbabit yang tercetus daripada nafsu serakah terhadap kuasa.

2  

Page 90: ASEAN (Sumber Internet).pdf

Ternyata, kuasa boleh menjadikan manusia mabuk dan kejam. Lebih menakutkan lagi, Pol Pot membuktikan bahawa demi kuasa manusia boleh menyamar dan bertukar watak. Pol Pot sebelum ini dikenali sebagai manusia sederhana dan baik tetapi bertukar ganas apabila mulai berkuasa. Semuanya kerana ideologi dan doktrin yang diterimanya. Kembali kepada isu Asean tadi, penulis amat berharap semua pihak dapat memberikan perhatian mendalam terhadap perubahan yang akan dialami oleh komuniti besar ini. Tempoh tiga tahun menjelang 2015 bukanlah satu tempoh lama. Walaupun pembentukan komuniti Asean tidaklah seperti komuniti Eropah dengan penggunaan mata wang Euro dan dasar fiskal yang seragam, namun kita akan melihat peningkatan hubungan interaksi sosio-ekonomi-politik masyarakat Asean pada masa depan. Maknanya, rakyat Malaysia perlu lebih bersedia untuk berinteraksi dengan lebih lincah dengan rakan di luar sempadan negara. Ia menuntut pelbagai keupayaan termasuk bahasa, komitmen, modal dan ketahanan. Sebagai contoh dalam bidang perniagaan, kita perlu bersedia meneroka pasaran luar dan bekerjasama rapat dengan rakan di sana. Kita perlu bersifat mesra, mudah bergaul dan kuat membawa jatidiri Malaysia. Apa yang penulis bimbang kerana kadang-kadang jatidiri sesetengah kita masih rapuh sebagai rakyat Malaysia. Mereka masih kuat dikenali sebagai 'Melayu Malaysia, Cina Malaysia atau India Malaysia'. Jadi, penulis amat berharap ruang dan peluang yang terhampar nanti akan mampu membentuk rakyat Malaysia dinamik, berani dan menonjolkan watak sebenar rakyat Malaysia. Dalam hal ini, Majlis Belia Malaysia (MBM) sememangnya bersedia untuk memikul tanggungjawab untuk mengetengahkan lebih banyak peluang dan ruang kepada belia Malaysia untuk beraksi di peringkat Asean. Belia kita perlu diterapkan dengan pemikiran bahawa gelanggang kejayaan kita bukan

3  

Page 91: ASEAN (Sumber Internet).pdf

lagi pada radius negeri atau negara tetapi amat luas di luar sana. Penulis amat yakin bahawa belia kita mampu menghadapi cabaran dan meraih peluang interaksi yang lebih luas bukan sekadar di Asean malah pada peringkat global. Penelitian penulis adalah berdasarkan prestasi belia kita ke forum atau persidangan antarabangsa. Semua wakil dihantar Kementerian Belia dan Sukan dan MBM pasti tidak akan mengecewakan. Orang Malaysia sentiasa dikenali sebagai sederhana, matang, mesra dan mudah didekati. Malah, dalam banyak keadaan, orang Malaysia sering diberikan mandat dan tugas untuk menjadi titik penyatuan komuniti antarabangsa yang mempunyai pelbagai ragam serta latar belakang. Itulah di antara formula dimiliki rakyat Malaysia. Secara sedar atau tidak ia adalah ramuan yang paling mujarab untuk menyatukan rakan di luar sana. Kita harus bangga dan iktiraf kehebatan orang kita. Kalau tidak hebat, mana mungkin Datuk Seri Ali Rustam boleh dipilih sebagai Presiden, Perhimpunan Belia Sedunia (WAY) suatu masa dulu. Lebih manis lagi, komuniti belia antarabangsa tetap yakin dengan keupayaan rakyat Malaysia dengan memberikan mandat sama kepada Datuk Idris Haron sebagai Presiden pada masa ini. Pada peringkat negara anggota Asean, MBM akan menggunakan kepakaran Mohd Zaidi Aziz, Setiausaha Agung MBM yang juga merupakan Setiausaha Agung, Jawatankuasa Kerjasama Belia Asean (CAYC). * Penulis Presiden MBM berkelulusan Sarjana Pendidikan (Bimbingan dan Kaunseling) USM

4  

Page 92: ASEAN (Sumber Internet).pdf

Headline: Malaysia pasaran Peugeot di ASEAN

Publication: BH Date of publication: Apr 10, 2012 Section heading: Ekonomi Page number: 005 Byline / Author: Oleh Che Wan Badrul Alias

MALAYSIA adalah pasaran utama Peugeot di ASEAN apabila sebanyak 5,400 unit kenderaan jenama dari Perancis itu dijual di negara ini tahun lalu, mewakili 70 peratus daripada jumlah jualannya di rantau ini. Pengarah Besar Negara ASEANPeugeot, Lionel Faugeres, berkata kumpulan itu amat berpuas hati dengan pertumbuhan penguasaan pasaran dan prestasi jualan kenderaannya selepas enam tahun meneroka pasaran negara ini. Justeru, beliau berkata, pihaknya merancang meningkatkan pelaburan bagi mengembangkan operasi pengeluaran di negara ini sejajar hasrat menjadikan Malaysia sebagai hab Peugeot bagi pasaran serantau. "Kami sangat gembira dengan prestasi di Malaysia. Walaupun baru hanya lima hingga enam tahun di sini, Peugeot berjaya mencatatkan pertumbuhan yang amat baik dibuktikan dengan peningkatan penguasaan pasaran kepada 1.2 peratus tahun lalu, dan kami yakin ia akan meningkat kepada dua peratus dalam beberapa bulan lagi. "Negara ini amat penting kerana ia kunci utama pasaran kami dan di sini juga terletak kekuatan kami bagi rantau ini, justeru, kami mahu Malaysia menjadi hab serantau kami dengan mengeluarkan lebih banyak kereta dan mengeksportnya ke pasaran serantau. "Negara ini adalah fokus utama kumpulan ketika ini," katanya kepada media selepas pelancaran pusat 2S Peugeot baru di Balakong, semalam. Pusat servis dan alat ganti yang dibangunkan dengan kos RM1 juta membabitkan keluasan 29,000 kaki persegi itu mempunyai 12 ruang servis dengan kapasiti 36 kereta sehari. Sempena pelancaran itu, Nasim Sdn Bhd, anak syarikat Kumpulan Naza yang menjadi pengedar rasmi kenderaan Peugeot di negara ini melancarkan tawaran istimewa

5  

Page 93: ASEAN (Sumber Internet).pdf

kepada pelanggannya iaitu jaminan sehingga lima tahun dengan perbatuan tanpa had untuk semua model Peugeot yang dibeli bermula 1 April tahun ini, selagi mereka menggunakan perkhidmatan servis di wakil Peugeot yang sah. Sementara itu, Ketua Operasi Nasim, Datuk Samson Anand George berkata syarikat itu akan melaksanakan fasa kedua pengembangan rangkaiannya yang meliputi menyusun semula rangkaian pengedaran dan selepas jualannya sebagai sebahagian usaha mencapai sasaran jualan 9,300 unit kenderaan tahun ini. Katanya, menerusi langkah itu syarikat meninjau membuka sembilan rangkaian lagi di seluruh negara dengan setiap satu membabitkan pelaburan antara RM2 juta hingga RM4 juta bergantung kepada saiznya. "Kami menerima maklum balas yang amat menggalakkan daripada pelabur dan setakat kini kami sudah menerima 15 permohonan daripada pembida yang berminat. "Sasaran jualan juga akan dipacu pengenalan model baru di pasaran, justeru syarikat merancang memperkenalkan empat model baru pada suku kedua nanti," katanya.

6  

Page 94: ASEAN (Sumber Internet).pdf

Headline: ASEAN-EU rapatkan hubungan ekonomi

Publication: BH Date of publication: Mar 31, 2012 Section heading: Main Section Page number: 021 Byline / Author: Oleh Rebecca Fatima Sta Maria

MESYUARAT ASEAN-Kesatuan Eropah (ASEAN-EU) yang dijadualkan esok di Phnom Penh, Kemboja bakal merapatkan semula hubungan ekonomi ASEAN dengan Kesatuan Eropah seterusnya melonjakkan hubungan ekonomi antara kedua-dua benua berkenaan ke tahap yang lebih baik. Hubungan sebelum ini menemui jalan buntu apabila Menteri-Menteri Ekonomi ASEAN dan Pesuruhjaya Perdagangan Kesatuan Eropah mengambil keputusan menghentikan rundingan Perjanjian Perdagangan Bebas (FTA) mereka pada 2009. Kini, sekiranya diteruskan, FTA berkenaan dikatakan mampu mengukuh dan mengeratkan integrasi ekonomi antara kedua-dua benua serta membantu membina keupayaan serantau ke arah merealisasikan Komuniti Ekonomi ASEAN menjelang 2015. Usaha itu juga bukan saja mampu membuka satu dimensi baru terhadap kerjasama antara rantau, malah ia juga membantu memperkayakan proses ASEAN itu sendiri. ASEAN-EU FTA juga sepatutnya menjadi pendorong kepada program bantuan teknikal Kesatuan Eropah di bawah Inisiatif Perdagangan Merentasi Rantau ASEAN-EU (TREATI) dan inisiatif integrasi ekonomi lain. Ini sudah pasti mampu memudahcarakan pembabitan kerjasama ASEAN dengan Kesatuan Eropah dalam menggalakkan lagi pertumbuhan industri pembuatan dan perkhidmatan. Pada masa sama, menerusi ASEAN-EU FTA juga, syarikat dari Kesatuan Eropah boleh mendapat kelebihan dari segi akses keutamaan kepada mana-mana pasaran rantau yang paling dinamik di dunia! Rundingan ASEAN-EU terbantut bukan saja disebabkan realiti politik pada masa itu, tetapi juga wujud jurang perbezaan dari segi pendekatan antara kedua-dua pihak.

7  

Page 95: ASEAN (Sumber Internet).pdf

Sungguh pun begitu, banyak perubahan berlaku sejak keputusan menghentikan rundingan dibuat pada 2009. ASEAN sebagai satu pertubuhan serantau, terus berkembang dari segi ekonomi dan juga politik. Negara anggotanya banyak membuat perubahan ketara terhadap rejim perdagangan dan pelaburan mereka melalui Perjanjian Perdagangan Barangan ASEAN (ATIGA) dan Perjanjian Pelaburan Komprehensif ASEAN (ACIA). Semua langkah itu mengarah/memberi hala tuju kepada usaha merealisasikan Komuniti Ekonomi ASEAN. Dalam menghadapi cabaran ekonomi global, usaha ASEAN ke arah mengeratkan integrasi ekonomi menjadikan rantau ini berdaya saing dan pasaran yang menarik pagi pelaburan asing. Ini ditambah dengan perkembangan politik di Myanmar yang semakin positif mewujudkan peluang bernilai. Justeru, tidak menghairankan jika kita lihat sesebuah syarikat gigih berusaha untuk menjadi lebih kreatif dan inovatif untuk meningkatkan atau menonjolkan kehadiran dan pembabitan mereka di rantau ini. Untuk tidak mengulangi kesilapan mereka, Eropah kini berlumba meningkatkan pembabitan mereka dengan rantau ini, sedangkan negara lain memulakan kerjasama dengan ASEAN sejak dari awal lagi. Sebagai contoh, Kesatuan Eropah tidak terbabit dalam mana-mana perbincangan antara ASEAN dengan rakan dialog yang lain, sama ada ASEAN+3, ASEAN+6 mahupun dalam Rundingan Perkongsian Trans-Pasifik (TPP). Pembabitan dan peranan ASEAN yang aktif dan lebih meluas ini antara faktor menyebabkan mereka bersemangat melihat kedua-dua pihak kembali ke meja rundingan. Bagi syarikat Eropah pula, menjadi kepentingan mereka untuk melihat hubungan ekonomi ASEAN-EU yang lebih erat. Perkembangan rantaian bekalan global telah memacu peningkatan pelaburan dan aktiviti perniagaan Kesatuan Eropah di ASEAN sejak kebelakangan ini. Tetapi adakah ini mencukupi? Pada 2010, Kesatuan Eropah adalah rakan perdagangan ketiga terbesar ASEAN dengan eksport ke ASEAN berjumlah AS$115.1 bilion, dan import dari ASEAN berjumlah AS$92.7 bilion. Jumlah perdagangan ini mewakili 9.97 peratus daripada jumlah perdagangan global ASEAN. Peratusan perdagangan dengan

8  

Page 96: ASEAN (Sumber Internet).pdf

Kesatuan Eropah ini signifikan dan hampir sama dengan jumlah perdagangan rakan dagang ASEAN yang lain iaitu China sebanyak 11.09 peratus dan Jepun berjumlah 9.78 peratus. Pelaburan Kesatuan Eropah di ASEAN berjumlah AS$16.98 bilion, manakala pelaburan ASEAN di Kesatuan Eropah berjumlah AS$7.54 bilion. Kesatuan Eropah adalah pelabur utama di ASEAN dari 2006 hingga 2009. Statistik di atas menunjukkan prestasi dan potensi yang nampaknya baik. Tetapi adakah ia mencerminkan potensi yang sebenar apabila diambil kira hubungan yang kian meningkat ini? Oleh itu, ruang yang luas telah disediakan bagi menilai semula prospek FTA di antara ASEAN dan Kesatuan Eropah. "Sejarah bakal berulang sekiranya mereka tidak belajar daripada kesilapan lalu." Ayat ini saya petik daripada kata seorang yang berbangsa Eropah sendiri dan diharapkan agar kita lebih bersedia untuk rundingan semula ini dan belajar daripada pengalaman 2009 yang lalu. Yang jelas, di depan kita terbentang peluang meningkatkan perdagangan dan pelaburan antara dua perkumpulan ekonomi yang penting di dunia. Sekiranya dilaksanakan, ia sudah pasti akan meningkatkan taraf kehidupan bagi lebih 1.3 bilion penghuni planet ini.

9  

Page 97: ASEAN (Sumber Internet).pdf

Headline: Ford Focus keluaran ASEAN untuk dunia

Publication: BH Date of publication: Mar 30, 2012 Section heading: Auto Page number: 005

PAMERAN kali ini turut menjadi pentas penting kepada Ford. Ini kerana syarikat itu memperkenalkan sebuah model paling berjaya dan kini diangkat menjadi model globalnya, Ford Focus yang dikhabarkan turut akan dilancarkan di Malaysia nanti. Lebih penting bagi Ford model terbabit bakal menjadi model pertama yang dikilangkan di Ford Thailand Manufacturing, fasiliti terbaru hasil pelaburan AS$450 juta yang dibangunkan di Rayong. Kilang terbabit kini di dalam persiapan operasi penuh dan bakal dirasmikan pada 3 Mei. "Focus terbaru ini, yang dikilangkan di Thailand untuk menjadi kereta global pertama Ford yang dikeluarkan dari ASEAN untuk pasaran utama automotif dunia," ujar Presiden Ford Asean, Peter Fleet, mengenai kilang yang mampu mengeluarkan sejumlah 150,000 kenderaan setahun itu. Teknologi Focus Ford Focus ini pula menjadi model paling maju yang pernah ditawarkan di dalam kelasnya. Ini kerana model yang ditawarkan dalam versi sedan dan hatchback itu dilengkapi teknologi terkini yang biasanya ditawarkan bagi model-model mewah. Pertama sekali, ia dilengkapi dengan pilihan enjin yang dibangunkan khusus untuk model ini. Yang pertama ialah enjin Ti-VCT GDI 2.0 liter yang dipadankan dengan transmisi Powershift 6-kelajuan. Enjin kedua pula ialah Duratec Ti-VCT 1.6 liter, dengan pilihan transmisi Powershift 6-kelajuan atau 5-kelajuan manual. Sebagai kelangsungan daripada penjenamaan semula Ford melalui kejayaan produkproduk seperti Fiesta dan Ranger, Focus turut membawa semangat yang sama. Dibangunkan berpandukan kepada prinsip utama iaitu Kualiti, Hijau, Selamat dan Pintar, Focus menjadi model kenderaan yang diyakini mampu mengukuhkan nama Ford, terutama di ASEAN.

10  

Page 98: ASEAN (Sumber Internet).pdf

Satu teknologi baru yang dikenali sebagai SYNC yang dibangunkan bersama Microsoft turut digarap. Ia berfungsi sebagai perisian yang membolehkan pengguna menyelaraskan data dari peranti elektronik seperti telefon, pemain iPod dan sebagainya dengan kenderaan terbabit melalui Bluetooth. "Teknologi seperti ini belum pernah ditawarkan untuk kenderaan penumpang biasa. Ia hanya ditawarkan untuk kenderaan premium dan mewah. Tetapi bagi Ford, kami percaya bahawa teknologi sepatutnya dikongsi, apa lagi jika ia memberikan banyak manfaat kepada pengguna," jelas Pengurus Kejuruteraan SYNC, Ford Asia Pasifik dan Afrika, Rod Phillips. Selain SYNC, Focus turut dilengkapi dengan ciri `voice activation' untuk memainkan muzik, melakukan panggilan telefon serta penghantaran mesej dari dalam kabin kereta. "Dengan teknologi ini, pemandu tidak perlu mengalihkan pandangan atau tangan dari stereng dan boleh terus menumpukan perhatian kepada pemanduan," tambah Rod. Lain-lain ciri termasuk Active Park Assist, Active City Stop (yang akan memberhentikan kereta secara automatik jika pemandu lalai dan kereta meramalkan akan melanggar kenderaan di depan) serta Blind Spot Information System (BLIS). Untuk pasaran Malaysia, model ini dijangkakan turut diperkenalkan, melalui versi enjin 2.0 liternya terlebih dahulu. Bagaimanapun, sebelum itu, Malaysia akan terlebih dahulu menerima kehadiran Ford Ranger baru menjelang Jun nanti.

11  

Page 99: ASEAN (Sumber Internet).pdf

Headline: Ban puji usaha ASEAN bantu Myanmar

Publication: BH Date of publication: Mar 24, 2012 Section heading: Main Section Page number: 004

KUALA LUMPUR: Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa Bersatu (PBB) Ban Ki- Moon memuji usaha ASEAN, termasuk Malaysia dalam membantu proses pendemokrasian Myanmar. Beliau menyifatkan pendemokrasian Myanmar sebagai langkah betul kerana ia akan membawa kepada amalan demokrasi lebih meluas dan lebih kebebasan bagi pergerakan kemerdekaan dan bersuara. Selepas enam tahun di bawah pemerintahan diktator tentera, Myanmar kini berusaha melaksanakan amalan demokrasi lebih dinamik di bawah pimpinan Presiden Thein Sein. Myanmar mengadakan pilihan raya kecil khas 1 April ini yang akan menyaksikan bekas tahanan politik, Aung San Suu Kyi turut mengambil bahagian. Myanmar juga mempelawapasukan dari 25 negara dan Kesatuan Eropah untuk memantau sepanjang pilihan raya khas bagi 48 kerusi Parlimen yang mempunyai sejumlah 664 anggota. Ketika ditemu bual BERNAMA semalam pada akhir lawatan dua hari ke Malaysia, Ban memuji negara ASEAN yang banyak menyumbang ke arah penyelesaian pertikaian di rantau itu.

12  

Page 100: ASEAN (Sumber Internet).pdf

Headline: ASEAN perlu bersedia hadapi cabaran semasa

Publication: BH Date of publication: Mar 21, 2012 Section heading: Sentral Page number: 009 Byline / Author: Oleh Azman Abd Hamid

ASEAN mantap tetapi perlu bersedia menghadapi cabaran semasa dengan belajar daripada apa yang berlaku di rantau lain. Sejak penubuhannya lebih empat dekad lalu, antara pencapaian utama tentunya pertelagahan sesama ahli tidak mencetuskan konflik bersenjata serius seperti di rantau Arab ketika ini. Dalam tempoh itu, ASEAN melakar pencapaian memberangsangkan menerusi kewujudan forum seperti ASEAN + 3 dan Forum Keselamatan Serantau Asia (ARF) selain mempunyai mekanisme dalaman untuk menyelesaikan sebarang masalah anggotanya. Kerjasama dan persefahaman mendalam di kalangan ahlinya pada peringkat politik dan ekonomi dijangka membantu pemimpin pertubuhan itu menggerakkan ahlinya membuka fasa baru perkembangannya sebagai satu forum masyarakat keselamatan tiga tahun lagi. Pandangan itu disuarakan oleh tokoh akademik dari Fakulti Pengurusan Pertahanan dan Kajian Strategik Universiti Pertahanan Kebangsaan Malaysia (NDU), BA Hamzah, ketika menyampaikan kertas kerja bertajuk 'ASEAN Security Community 2015: An elusive quest?' Pembentangan itu dikemukakan dalam Persidangan Meja Bulat membabitkan perbincangan bertemakan Hubungan Malaysia/Indonesia/Thailand dan Vietnam ke arah Memperkukuh Dasar Serantau dan 'ASEAN - Bergerak ke Depan' di Institut Diplomasi dan Hubungan Luar (IDFR) dengan Kumpulan Kajian Dasar Luar (FPSG) di Kuala Lumpur, baru-baru ini. Beliau kemudian berkata, ASEAN memenuhi empat kriteria 'forum masyarakat keselamatan iaitu mempunyai sikap berbaik-baik, tidak menggunakan kekerasan,

13  

Page 101: ASEAN (Sumber Internet).pdf

menyelesaikan pertikaian secara aman dan mematuhi undang-undang antarabangsa. "ASEAN hari ini (pun) sudah boleh dipanggil pertubuhan masyarakat keselamatan kerana memiliki institusi menyokong agenda politik dan ekonominya seperti ARF. "ASEAN sudah wujud 45 tahun lalu. Pencapaiannya tidak mungkin sampai ke tahap itu tanpa kerjasama politik dan keselamatan pemimpinnya bermula dengan Deklarasi Bangkok pada 1967. ASEAN juga seperti kembali bertenaga selepas melepasi krisis ekonomi 1997," katanya. Sekalipun dituduh 'tidak bertaring' kerana menggunakan dasar tidak campur tangan, anggota ASEAN mampu menyelesaikan pertikaian secara baik termasuk membawa kes tuntutan ke mahkamah antarabangsa dalam kes Sipadan dan Ligitan antara Malaysia dan Indonesia serta Pedra Branca membabitkan Singapura dan Malaysia. Selain itu, konfrontasi di antara Indonesia dan Malaysia membantu pemimpin serantau belajar mengelak konflik ketika melancarkan pertubuhan itu dan pada masa ini, ASEAN lebih memahami menangani masalah di kalangan anggotanya walaupun mengambil masa beberapa lama merangka proses itu. Penasihat Kanan Menteri Indonesia bagi Hal Ehwal Maritim dan Perikanan, Dr Hasyim Djalal ketika ditemui berkata pertikaian di Laut China Selatan di antara China dan Vietnam lewat 80-an menyebabkan beliau melancarkan Bengkel Tidak Rasmi Laut China Selatan di bawah naungan Asean. "Memang ada kritikan termasuk di Indonesia bahawa bengkel ini tidak dapat menyelesaikan pertikaian. Ini salah tanggapan. Bengkel ini bertujuan menggalakkan kerjasama antara pihak yang terbabit dalam pertikaian untuk mencari jalan penyelesaian. "Dalam isu Laut China Selatan, ia mengenai mencari cara menguruskan konflik iaitu menerusi dialog dalam ASEAN secara formal, pada peringkat akademik dan pegawai. "Bengkel yang diadakan bertujuan mempromosi dialog dan bagaimana menggalakkan pihak bertelagah berunding dan menyelesaikan masalah secara aman dan tanpa kekerasan selain membina proses mengukuh keyakinan supaya semua orang selesa dengan orang lain," katanya.

14  

Page 102: ASEAN (Sumber Internet).pdf

Pendekatan ASEAN menerusi bengkel itu yang membabitkan semua pihak bertelagah membuahkan hasil kerana sejak dilancarkan China dan Taiwan mampu duduk semeja berunding dalam isu Laut China Selatan. "Satu perkara yang perlu kita ingat ialah elak daripada menekankan kepada perbezaan, fokus kepada persamaan. Lakukannya sedikit demi sedikit. Mulakan dengan perkara mudah, jangan terus mahu atasi perkara paling rumit. "Selain itu, bagi mereka yang mahu menguruskan proses menangani konflik, orang itu mestilah banyak bersabar kerana ia akan mengambil masa lama, jangan putus asa," kata Hasyim. Cabaran masa kini tentunya keahlian ASEAN yang sudah mencapai 10 anggota yang sebahagiannya belum makmur seperti ahli asal selain hubungan mereka dengan kuasa besar dunia. "Perlu diingat bahawa ASEAN lahir disebabkan konflik. Jadi, adalah baik jika anggotanya segera mengambil langkah mempererat hubungan," kata Pengarah Pusat Dasar Penyelidikan dan Kajian Antarabangsa (CenPRIS), Prof Dr Azhari Karim yang membentangkan kertas kerja bertajuk 'Conflict Avoidance or Conflict Resolution.' Beliau memberi amaran bahawa anggota ASEAN tentu sedar perlunya merangka dasar tertentu dalam menghadapi China dan Amerika Syarikat. Azhari berpendapat, fokus China dan Amerika adalah memiliki laluan laut yang selamat di rantau Asia Tenggara. "Oleh itu, apa yang perlu dilakukan ASEAN ialah menjadi orang ketiga yang boleh menjalin hubungan baik dengan dua negara kuasa besar itu," katanya. Paling utama, ASEAN perlu meneruskan dasar mengelak campur tangan dalam hal ehwal jiran. Undang-undang antarabangsa turut menganjurkan supaya penyelesaian konflik mestilah secara aman. Masyarakat negara anggota ASEAN seramai 550 juta orang tentu tidak membantah jika dasar sekarang diteruskan.

15  

Page 103: ASEAN (Sumber Internet).pdf

Headline: Identiti baru ASEAN perlu bebas daripada campur tangan asing

Publication: BH Date of publication: Mar 17, 2012 Section heading: Main Section Page number: 025 Byline / Author: Oleh Azman Abd Hamid

ASEAN perlukan identiti baru sejajar rancangannya mewujudkan Masyarakat Ekonomi ASEAN pada 2015 dan kuncinya ialah memastikan serta meningkatkan lagi hubungan antara penduduk dengan penduduk dalam kalangan 10 negara anggota badan rantau Asia Tenggara itu. ASEAN juga perlu mempertahankan prinsipnya, mencongak semula dasarnya dan melangkah ke depan dengan membawa pelan terkini yang dapat menampilkan badan serantau itu dengan imej baru, sejajar aspirasi dan cita-cita dihasratkan bagi menempuh cabaran semasa. Pada masa sama, ASEAN perlu mengelak daripada terpengaruh dengan agenda atau campur tangan luar ketika ia kini mempunyai ramai rakan dialog dengan kepentingan masing-masing. Hujah itu dikemukakan penganalisis akademik Jabatan Kajian Asia Tenggara, Universiti Malaya iaitu Dr Lili Yulyadi Arnakim dan Collins Chong dari Kajian Strategik dan Antarabangsa, Universiti Malaya ketika mengemukakan pandangan masing-masing pada Persidangan Meja Bulat Malaysia-Indonesia/Thailand/Vietnam ke arah Memperkukuh Dasar Serantau dan 'Asean - Bergerak ke Depan' di Institut Diplomasi dan Hubungan Luar (IDFR) dengan kerjasama Kumpulan Kajian Dasar Luar (FPSG). Yulyadi yang membentangkan hujah berdasarkan analisis hubungan Malaysia dan Indonesia berpendapat, perkara terpenting bagi ASEAN jika mahu menyahut cabaran masa depan ialah perlu memikirkan bagaimana menyeimbangkan antara proses dan objektif. Katanya, konsep itu berbeza dengan Kesatuan Eropah (EU) kerana ASEAN ditubuhkan disebabkan konflik (konfrantasi Malaysia-Indonesia) sedangkan EU lebih disebabkan kerjasama ekonomi.

16  

Page 104: ASEAN (Sumber Internet).pdf

"Cuma, persoalan mengenai badan serantau ini ialah ia digerakkan golongan elit yang berkuasa. Orang kebanyakan tidak tahu di mana ASEAN sekarang," katanya. Beliau memberi contoh, ASEAN tidak disebut apabila wujud masalah pada peringkat penduduk dengan penduduk. "Misalnya, apabila perang siber meletus antara Malaysia dengan Indonesia dengan masing-masing menggelar pihak satu lagi Malingsia atau Indongsia. "Jelas, ASEAN belum lagi berada pada tahap ia dipacu menerusi hubungan antara penduduk di kalangan anggota badan itu," katanya. Yulyadi turut menyarankan ASEAN mengubah bahasa digunakan untuk menjelaskan peraturan daripada bahasa kabur kepada jelas. Supaya ASEAN terus relevan dan dapat menentukan hala tuju sendiri, pemimpinnya perlu sedar dan dapat menepis persaingan anggotanya serta rakan dialog bagi mengelak 'percakaran kuasa besar' di rantau ini khususnya selepas Amerika Syarikat mengumumkan untuk menoleh ke sebelah sini sebagai menghadapi apa yang dianggapnya sebagai ancaman China. "ASEAN perlu bertegas dengan prinsipnya, tekankan kepada Perjanjian Kerjasama dan Persahabatan (TAC) bagi memastikan rantau ini bebas daripada sebarang agenda asing dan aspirasi ketenteraan masa depan atas alasan menyekat China, berebut sumber, lokasi strategik Myanmar dan lain-lain lagi supaya Asia Tenggara tidak menjadi medan konflik," kata Chong. Beliau percaya, ASEAN tidak akan mengikut model EU kerana wujud perbezaan besar antara Eropah dengan Asia Tenggara. Permasalahan ekonomi yang melanda negara anggota EU menunjukkan dengan jelas mengapa tidak bijak bagi ASEAN untuk mewujudkan satu mata wang. Teruskan konsep meningkatkan sikap saling menghormati dalam menjalankan proses membuat keputusan, saling memberi pengiktirafan dan urusan dalam tidak boleh dipengaruhi anasir luar akan membolehkan anggota ASEAN berasa lebih selamat dan yakin untuk meneruskan sesuatu projek tanpa mengorbankan kepentingan masing-masing.

17  

Page 105: ASEAN (Sumber Internet).pdf

Oleh itu, cabaran terbesar ASEAN masih lagi bagaimana ia dapat menghapuskan perumpamaan bahawa anggotanya 'tidur di katil sama tetapi berbeza mimpi.' Chong yang merujuk kepada dasar tidak campur tangan dalam urusan negara anggota, mencadangkan ASEAN menggunakan jalan tengah memperdalam mekanisme dialog, meningkatkan perundingan, menambah kepercayaan dan sokongan menerusi pertambahan bantuan antara anggota. "Setiap negara anggota ASEAN perlu memberi komitmen dan sokongan kepada ahli lain bukan sekadar menjadi platform menggerakkan agenda sendiri yang didokongi pihak tertentu. "ASEAN berada di persimpangan dan berada dalam fasa peralihan kepada pertubuhan bersepadu dan ahlinya saling bergantung dengan masa depan dan hala tujunya hanya boleh terjamin menerusi pelaksanaan visi baru yang berani. "Masa depan ASEAN bergantung kepada usaha ke arah kemodenan, perubahan dan pembaharuan menggunakan idea baru berlandaskan realiti baru mengambil kira apa yang berlaku pada masa lalu supaya terus ke hadapan tanpa mengorbankan nilai tera dan wawasan utama ASEAN," katanya

18  

Page 106: ASEAN (Sumber Internet).pdf

Headline: Projek daerah di sempadan pemangkin bentuk Komuniti ASEAN

Publication: BH Date of publication: Mar 15, 2012 Section heading: Main Section Page number: 021 Byline / Author: Oleh Muhamad Razak Idris

SETIAP kali pulang ke Tumpat, penulis merasai kelainan daerah ini. Ia bukan sekadar daerah kelahiran, namun sebuah 'daerah ASEAN'. Untuk itu, tulisan ini ingin mencetuskan idea kepentingan untuk negara menggerakkan penubuhan 'Daerah ASEAN' antara program pembentukan Komuniti ASEAN menjelang 2015. Gagasan pembentukan Komuniti ASEAN dicetuskan Indonesia pada 2003. Pada cadangan awal, proses pembentukan komuniti ini direalisasikan pada 2020. Namun, melihat kepentingannya, pemimpin ASEAN bersetuju gagasan ini dipercepatkan pada 2015. Pada Sidang Kemuncak ASEAN Ke-17 di Vietnam, ketua negara ASEAN memperakukan Pelan Induk Kesalinghubungan ASEAN. Dalam pelan ini, tiga bidang utama diberi tumpuan iaitu politik, keselamatan, ekonomi dan sosio-budaya. Untuk itu, usaha menyeluruh digerakkan dalam bentuk rancangan dan program meliputi aspek fizikal, institusi serta hubungan rakyat ke arah pembentukan Komuniti ASEAN 2015. Banyak usaha dan gerakan dijalankan bagi merealisasikan gagasan ini. Antaranya Sidang Kemuncak ASEAN yang menghimpun pemimpin ASEAN secara berterusan. Sidang ini ialah wadah persefahaman menerusi rundingan bagi menjaga kepentingan bersama ASEAN. Dasar penting dan perjanjian kerjasama sering dimeterai antara negara ASEAN dalam pelbagai aspek kemasyarakatan dan kenegaraan. Jelas, persefahaman antara ketua negara ASEAN amat jitu sejak akhir-akhir ini. Sekurang-kurangnya tidak ada 'perang mulut' terbuka antara pemimpin ASEAN jika timbul perselisihan kerana mereka memilih ruang dialog dan perundangan yang diiktiraf bagi merungkai kekusutan. Penganjuran Sukan SEA antara usaha yang amat berkesan ke arah pembentukan Komuniti ASEAN 2015. Acara ini berjaya menimbulkan rasa dan semangat kesamaan

19  

Page 107: ASEAN (Sumber Internet).pdf

seluruh rakyat ASEAN sebagai sebuah komuniti. Ia wajar diteruskan dengan lebih rancak membabitkan kelab kecil di negara ASEAN supaya penyertaannya lebih meluas dan menyeluruh. Satu lagi program yang wajar dirancang dan dijayakan pada masa depan yang amat berkaitan dengan gagasan ini ialah penubuhan 'Daerah ASEAN'. Ia boleh dikategorikan sebagai program strategik peringkat mikro dalam aspek pembangungan ekonomi dan sosio-budaya rakyat ASEAN. Menerusi Daerah ASEAN, usaha pembentukan Komuniti ASEAN 2015 digerakkan pada peringkat akar umbi di rantau terbabit. Daerah ASEAN dalam konteks ini boleh difahami sebagai ruang komuniti yang diwujudkan sebagai wadah pertemuan aktif rakyat ASEAN membabitkan segenap lapangan kehidupan mereka. Dalam kata lain, proses penjelmaan idea persefahaman dan rasa kekitaan rakyat ASEAN yang diperakukan pada peringkat dasar dan pelan kerja, kini diterjemahkan dalam bentuk amali dalam kehidupan sebenar di kawasan yang dikenali sebagai 'Daerah ASEAN'. Menerusi daerah ini, rakyat ASEAN digerakkan untuk saling berhubungan secara aktif dan terbuka berasaskan prinsip kerukunan hidup sebagai komuniti dalam kehidupan kejiranan, pekerjaan, pendidikan, kesukanan serta kebudayaan secara berterusan dan penuh kesedaran. Model Daerah ASEAN boleh dilihat dalam kehidupan masyarakat di Tumpat. Daerah ini memiliki beberapa ciri unik. Dari segi lokasi, Tumpat bersempadan dengan Thailand. Ia dipisahkan oleh Sungai Golok, antara laluan masuk utama masyarakat dari selatan Thailand ke Malaysia. Menarik lagi, Tumpat, dari segi populasi penduduknya berwajah ASEAN. Selain Melayu yang menjadi majoriti, Tumpat mempunyai ramai penduduk keturuan Siam beragama Buddha. Beberapa wat atau tempat ibadat Buddha terdapat di Tumpat. Penduduk keturunan Cina juga ramai. Mereka hidup penuh harmoni. Di Tumpat, ada kawasan bebas cukai Pengkalan Kubur. Ia lokasi perniagaan yang mempertemukan rakyat ASEAN dari Thailand dan Malaysia. Tumpat juga memiliki kawasan rekreasi iaitu Pantai Seri Tujuh yang menjadikannya tumpuan pelancong. Dengan segala keunikan dan potensi dimiliki, Tumpat antara contoh daerah bercirikan ASEAN yang harus dimanafaatkan bagi pembangunan projek Daerah ASEAN. Kita

20  

Page 108: ASEAN (Sumber Internet).pdf

yakin banyak lagi daerah strategik dan unik yang boleh dipilih sebagai model Daerah ASEAN terutama di sempadan seperti Indonesia, Brunei, Singapura, Thailand dan Filipina. Model Daerah ASEAN ini akan menjadi pemangkin kepada proses interaksi yang bermakna rakyat di rantau ini dalam pelbagai bidang kehidupan. Menerusi projek Daerah seperti ini proses pembentukan Komuniti ASEAN 2015 akan menjadi lebih rancak dan meriah kerana pembabitan langsung rakyat dari segenap lapisan. * Penulis ialah pensyarah di Fakulti Pengajian Islam, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM)

21  

Page 109: ASEAN (Sumber Internet).pdf

Headline: Jepun perlu dekati semula ASEAN

Publication: BH Date of publication: Mar 8, 2012 Section heading: Main Section Page number: 028 Byline / Author: Oleh Azman Abdul Hamid

KUALA LUMPUR: Jepun mengakui pengaruhnya dalam ASEAN berkurangan ketika pertubuhan serantau itu memperluas hubungannya dengan China, India dan Amerika Syarikat. Dua faktor utama menyumbang kepada keadaan itu ialah ekonomi Jepun yang 'terus beku' selain keadaan politik negara Matahari Terbit itu, kata Felo Penyelidikan Kanan Institut Kebangsaan bagi Kajian Pertahanan Jepun (NIDS), Dr Tomotaka Shoji, di sini semalam. "Jepun patut menggerakkan semula hubungannya dengan rakannya dalam ASEAN dengan memperbanyak program dengan pertubuhan Asia Tenggara itu. "Pada masa ini, China bergerak lebih aktif untuk memperkukuh hubungannya dengan Asean. Ekonomi China juga terus berkembang," katanya ketika memberi pandangan mengenai peranan Jepun dalam ASEAN dalam Persidangan Meja Bulat Malaysia-Indonesia/Thailand/Vietnam ke arah Memperkukuh Dasar Serantau dan 'Asean - Bergerak ke Depan' di Institut Diplomasi dan Hubungan Luar (IDFR) dengan Kumpulan Kajian Dasar Luar (FPSG), semalam. Turut hadir ialah Pengerusi FPSG, Tan Sri Razali Ismail; Speaker Dewan Negara, Tan Sri Abu Zahar Nika Ujang; Pengerusi Pihak Berkuasa Kebangsaan Konvensyen Senjata Kimia, Datuk Hamidon Ali; Pesuruhjaya Tinggi Pakistan ke Kuala Lumpur, Masood Khalid dan Timbalan Pesuruhjaya Tinggi Australia ke Kuala Lumpur, Jane Duke. Shoji berkata, pengaruh Jepun semakin kurang di Asia Tenggara sejak 80-an dan 90-an disebabkan dua faktor berkenaan selain perubahan dasar China dan Amerika serta India untuk lebih aktif di rantau ini. "China memperluas usaha sama dari segi ekonomi dan tentera selain menjadi rakan

22  

Page 110: ASEAN (Sumber Internet).pdf

dagang terbesar ASEAN manakala Presiden Amerika, Barack Obama baru-baru ini mengeluarkan kenyataan mengenai dasar baru negaranya memandang ke rantau Asia. "Begitu juga India yang turut sama mendalami hubungan dengan ASEAN," katanya. Oleh itu, Jepun perlu menggerakkan hubungan baru dengan rantau Asia Tenggara termasuk dalam aspek kemanusiaan dan keselamatan. Beliau menyarankan pembabitan Jepun dalam menghadapi isu keselamatan di kawasan Mindanao, Filipina atau membantu ASEAN menangani kegiatan lanun di Selat Melaka. "Kerjasama pertahanan itu tidak terhad dan mungkin ada baiknya jika dapat membentuk satu pusat perkongsian maklumat serantau," katanya. Mengulas kehadiran tentera Amerika di sebelah sini, Shoji berkata, kemunculan askar negara itu boleh menjaga keselamatan aktiviti perdagangan dan aspek lain di perairan serantau. Merujuk kepada kebimbangan kesan kehadiran askar Amerika dalam isu Laut China Selatan, Shoji menyarankan negara yang membuat tuntutan mahupun yang tidak ada tuntutan bekerjasama dalam memastikan keamanan bersama.

23  

Page 111: ASEAN (Sumber Internet).pdf

Headline: FTA ASEAN-China tarik pelabur

Publication: BH Date of publication: Mar 6, 2012 Section heading: Ekonomi Page number: 006 Byline / Author: Oleh Zuraidah Mohamed

MALAYSIA akan terus mengambil peluang daripada pelaksanaan Perjanjian Perdagangan Bebas (FTA) ASEAN-China untuk menarik lebih banyak pelaburan dari Eropah ke negara ini. Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Mukhriz Mahathir, berkata krisis kewangan yang masih berlanjutan di zon euro menyebabkan banyak syarikat rantau itu kini meninjau untuk mengalihkan pelaburan ke negara Asia, kerana potensi pelaburannya yang lebih baik. "Negara Asia masih mampu mencatat pertumbuhan meskipun keadaan ekonomi global masih belum stabil. Ini menyebabkan lebih banyak syarikat Eropah kini cenderung untuk meneroka pasaran utama seperti India dan China. "Bagaimanapun, mereka melihat tidak wujudnya keperluan untuk membuka operasi di negara berkenaan sebaliknya lebih berminat kepada negara yang berhampirannya termasuk Malaysia," katanya pada sidang media selepas merasmikan Sidang Kemuncak Tahunan Urus Tadbir Korporat yang ke-4 yang berlangsung selama dua hari di Kuala Lumpur, semalam. Mukhriz berkata, Malaysia juga dijangka mencatatkan pelaburan langsung asing (FDI) lebih kukuh tahun ini, menerusi pelaksanaan pelbagai inisiatif dalam membawa masuk pelaburan baru khususnya dari negara yang terjejas seperti Eropah. Walaupun keadaan ekonomi global masih tidak menentu, beliau berkata ekonomi Malaysia masih berdaya tahan dan mampu menarik FDI yang tinggi dari tahun ke tahun. Tahun lalu, 72 peratus daripada FDI yang diterima adalah dari negara Asia. Sementara itu Persidangan bertemakan 'Bringing Malaysia onto The Board' berkenaan bertujuan membincangkan dan menangani isu semasa yang berkaitan dengan urus tadbir korporat.

24  

Page 112: ASEAN (Sumber Internet).pdf

Ia termasuk peranan wanita dalam lembaga pengarah, kesan daripada kebimbangan terhadap kemelesetan, perlindungan dan pembangunan keyakinan pelabur dan kedudukan syarikat senaraian awam ASEAN dari aspek tadbir urus korporat. Dalam ucapannya Mukhriz berkata, Malaysia telah menunjukkan urus tadbir yang baik serta mendahului kebanyakan negara Asia lain berdasarkan laporan dikeluarkan syarikat penasihat korporat, Vriens & Partners berhubung 'Tadbir Urus Yang Baik untuk Perniagaan Antarabangsa 2011'. Beliau berkata, urus tadbir yang baik itu diukur berdasarkan kedaulatan undang-undang, keterbukaan dalam perdagangan antarabangsa dan perniagaan, kestabilan politik, cukai, persepsi rasuah dan fiskal/pentabiran monetari. Katanya, Malaysia berada pada kedudukan kelapan bagi keseluruhan pencapaian, daripada 19 negara di Asia Pasifik. Laporan itu memberi memberi kesan langsung kepada kemasukan perniagaan dan pelaburan antarabangsa ke negara ini.

25  

Page 113: ASEAN (Sumber Internet).pdf

Headline: Lima perkara tingkat capaian maklumat

Publication: BH Date of publication: Mar 2, 2012 Section heading: Main Section Page number: 009

PERSIDANGAN Menteri-Menteri ASEAN Bertanggungjawab bagi Maklumat Ke-11 (AMRI) semalam, merumuskan lima perkara bagi meningkatkan capaian maklumat dan peranan media di rantau ini, dengan fokus memanfaatkan media sosial yang semakin popular. Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Dr Rais Yatim, berkata media sosial digunakan secara meluas oleh rakyat terutama golongan muda, justeru ia amat penting dalam usaha membentuk Komuniti ASEAN untuk menyemai persefahaman, nilai budaya dan perpaduan di kalangan negara anggota. "Banyak maklumat berguna yang boleh kita salurkan melalui media sosial untuk golongan muda dan kita perlu melatih mereka menggunakan media seperti Facebook dan Twitter ke arah pembentukan tamadun yang lebih baik dan bukan untuk tujuan negatif seperti menghina orang lain serta mencetuskan konflik. "Ini juga tidak bermakna kita mengetepikan peranan media tradisional kerana masing-masing memainkan peranan besar dalam membentuk kesedaran dan perpaduan di kalangan negara ASEAN," katanya selepas AMRI di sini, semalam. Rais berkata, kerjasama dengan ASEAN+3 juga akan ditingkatkan melalui 17 projek membabitkan kerjasama strategik, pembangunan maklumat dan media, kandungan penyiaran dan rangkaian serta pertukaran di kalangan wartawan dan pegawai penerangan. "Kita sudah boleh menentukan agensi media yang akan mengambil bahagian dalam pertukaran wartawan, cuma tempoh latihan masih belum ditetapkan dan kita berharap ia boleh dilaksanakan selepas Mei ini," katanya. Beliau berkata, AMRI juga bersetuju membangunkan dua portal, termasuk portal budaya dan maklumat ASEAN (ACIP) dan portal media ASEAN (AMP) bagi menghebahkan maklumat dari semasa ke semasa, selain mengadakan kursus

26  

Page 114: ASEAN (Sumber Internet).pdf

pertukaran sistem analog kepada digital dalam bidang penyiaran serta kuiz ASEAN membabitkan pelajar sekolah dan universiti.

27  

Page 115: ASEAN (Sumber Internet).pdf

Headline: ASEAN digesa tingkat jaringan sosial

Publication: BH Date of publication: Mar 2, 2012 Section heading: Main Section Page number: 009 Byline / Author: Oleh Zanariah Abd Mutalib

KUALA LUMPUR: ASEAN perlu menyediakan pelbagai platform menggabungkan media arus perdana media dan sosial supaya lebih 600 juta penduduk mendapat maklumat yang berterusan, seterusnya mewujudkan semangat saling menyokong dan membantu di kalangan negara anggota. Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, berkata perkara itu perlu diberi keutamaan supaya rakyat tidak tercari-cari mengenai perkembangan penting yang berlaku di rantau ini, selain membolehkan ASEAN terus bekerja mencapai misi dan matlamat penubuhannya. Beliau berkata, selain media tradisional, media sosial kini menjadi aspek yang penting dalam komuniti global dan ini terbukti melalui Revolusi Arab yang tercetus di Asia Barat, baru-baru ini. "Justeru, dengan mengambil iktibar daripada perkembangan ini, kita mesti menghubungkan rakyat melalui media sosial yang mampu menjadi medium terbaik untuk kita sampai kepada rakyat dan memahami aspirasi serta kemahuan mereka," katanya ketika berucap merasmikan Persidangan Menteri-Menteri ASEAN bertanggungjawab bagi Maklumat (AMRI) Ke-11 di sini, semalam. Turut hadir, Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Dr Rais Yatim. Beliau berkata, untuk merealisasikan wawasan Komuniti ASEAN, negara anggota pertubuhan itu perlu meningkatkan kefahaman serta penghayatan anggotanya terhadap sistem politik, budaya dan sejarah ASEAN. Muhyiddin juga mahu lebih banyak pertubuhan ASEAN melaksanakan pelbagai projek dan aktiviti melalui persidangan akademik, bengkel dan seminar, selain menggalakkan lebih banyak penerbitan berkala mengenai perkembangan politik, kebudayaan dan sejarah negara anggota untuk pengetahuan umum.

28  

Page 116: ASEAN (Sumber Internet).pdf

"Saya juga percaya, kita harus bekerja keras untuk membentuk identiti ASEAN yang mewakili personaliti, norma, nilai dan kepercayaan kita secara kolektif. "Justeru, kita mesti memperhebatkan usaha kita memupuk rasa kekitaan, bersatu dalam kepelbagaian dan meningkatkan persefahaman mengenai budaya, sejarah, agama dan tamadun di kalangan negara anggota," katanya. Beliau berkata, dengan kepelbagaian budaya yang menjadi kelebihan ASEAN, rakyat harus digalakkan untuk lebih kreatif dan inovatif bagi merangsang aktiviti ekonomi dan mewujudkan persaingan sihat di rantau ini. Persidangan tiga hari itu bertemakan 'Media: Mengakrabkan Hubungan dan Menjalin Budaya Ke Arah Komuniti Satu ASEAN'. Komuniti Asean mempunyai tiga tonggak iaitu Komuniti Politik-Keselamatan, Komuniti Ekonomi ASEAN dan Komuniti Sosiobudaya ASEAN. Setiap tonggak mempunyai rangka tindakan tersendiri dan Inisiatif bagi Rangka Kerja Strategik ke arah Integrasi ASEAN (IAI) dan Pelan Kerja IAI Fasa 11(2009-2015) yang membentuk hala tuju Komuniti ASEAN.

29  

Page 117: ASEAN (Sumber Internet).pdf

Headline: Najib saksi ASEAN Musical Extravaganza

Publication: BH Date of publication: Mar 2, 2012 Section heading: Main Section Page number: 009

PERDANA Menteri, Datuk Seri Najib Razak malam tadi menyaksikan ASEAN Musical Extravaganza membabitkan persembahan muzikal 10 anggota ASEAN yang diadakan Istana Budaya. Persembahan bertujuan untuk meningkatkan penghayatan mengenai budaya itu diadakan sempena Persidangan Menteri-Menteri ASEAN Bertanggungjawab bagi Maklumat (AMRI) Ke-11 yang berlangsung di ibu negara selama tiga hari bermula Selasa lalu. Pertunjukan kira-kira dua jam itu dipenuhi dengan 15 persembahan kebudayaan dan kontemporari oleh semua anggota ASEAN. Dalam perutusannya pada buku program pertunjukan berkenaan, Najib berkata pertukaran budaya seperti persembahan muzikal adalah cara paling sesuai bagi rakyat ASEAN saling berhubungan.

30  

Page 118: ASEAN (Sumber Internet).pdf

Headline: Saran wujud rangka kerja

Publication: HM Date of publication: Mar 2, 2012 Section heading: Main Section Page number: 014

KUALA LUMPUR: Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin menyarankan negara anggota Asean supaya mewujudkan rangka kerja pelbagai platform, membabitkan media arus perdana dan media sosial, untuk memudahkan pengaliran maklumat secara bebas bagi manfaat penduduk di rantau ini. Malah katanya, dengan jumlah penduduk Asean yang kini dianggarkan berjumlah 600 juta orang, perlu bagi negara anggota menyokong dan membantu sesama mereka, selain mengelakkan penduduk berada dalam kegelapan dalam menerima maklumat terkini. "Saya percaya, berbekalkan maklumat yang tepat, kita akan dapat melaksanakan tugas kita dengan lebih bersemangat ke arah mencapai matlamat dan misi ditetapkan. "Sebahagian daripada media tradisional, media sosial sepatutnya sudah bersedia dalam menghadapi komuniti global, selain menyediakan medium yang cukup baik untuk mendampingi dan memahami aspirasi serta kebimbangan dirasai penduduk kita," katanya. Muhyiddin berkata demikian ketika merasmikan Persidangan Menteri-Menteri Asean Yang Bertanggungjawab Bagi Maklumat (Amri) Ke-11, di sini, semalam. Persidangan Amri yang diadakan dua tahun sekali itu menyediakan pelbagai dasar dan pendekatan ke arah pembangunan dan kemajuan maklumat serta bidang penyiaran di rantau ini dengan bertemakan 'Media: Mengakrabkan Hubungan dan Menjalin Budaya Ke Arah Komuniti Satu Asean'. Inisiatif pada persidangan tiga hari itu merangkumi kerjasama dalam menangani laporan negatif media asing, kerjasama dalam menangani cabaran kemajuan teknologi maklumat dan komunikasi (ICT), krisis ekonomi, perubahan iklim, keselamatan makanan, keamanan global dan kerjasama dalam penyiaran digital Asean.

31  

Page 119: ASEAN (Sumber Internet).pdf

Hadir sama Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Dr Rais Yatim yang juga pengerusi persidangan berkenaan, selain majlis dihadiri Menteri-Menteri Penerangan Asean dan wakil mereka berserta rakan dialog dari China, Jepun dan Korea Selatan. Beliau berkata, kepelbagaian budaya menjadi kelebihan untuk memupuk kreativiti yang menjadi kunci persaingan antara rantau Asean.

32  

Page 120: ASEAN (Sumber Internet).pdf

Headline: 20 projek ASEAN+3 dikenal pasti

Publication: BH Date of publication: Mar 1, 2012 Section heading: Main Section Page number: 013 Byline / Author: Oleh Zanariah Abd Mutalib

KUALA LUMPUR: Lebih 20 projek termasuk pertukaran teknologi antara negara dan latihan di kalangan pengamal media peringkat ASEAN +3 dikenal pasti untuk dilaksanakan bagi tempoh 2011-2017 dalam usaha membangunkan industri media rantau ini. Projek itu diperincikan dalam Mesyuarat Pegawai-Pegawai Kanan Bertanggungjawab bagi Maklumat ASEAN (SOMRI) bersama rakan dialog, China, Jepun dan Korea, semalam, untuk diputuskan dalam Persidangan Menteri-Menteri ASEAN Bertanggungjawab bagi Maklumat Ke-11 (AMRI) di sini, hari ini. Ketua Setiausaha Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Kamaruddin Siaraf, berkata kebanyakan projek berpusatkan maklumat dan memberi fokus pembangunan sumber manusia, selain negara anggota memutuskan mengikut langkah Jepun yang bertukar daripada sistem analog kepada digital dalam bidang penyiaran, tahun lalu. "Kita akan bertukar pengamal media daripada sektor awam dan swasta di kalangan negara ASEAN +3 bagi memberi ruang kepada mereka berbincang, menimba pengetahuan dan menjalani latihan di negara anggota supaya editorial dan akhbar kita lebih berkaliber," katanya selepas SOMRI, semalam. Sebanyak 13 negara menyertai SOMRI yang bermula kelmarin. Kamaruddin berkata, sebahagian daripada projek itu sudah dikemukakan pada AMRI Ke-10 di Vientiane, Laos pada 2009, namun tidak mencapai kata putus. "Kita percaya projek ini dapat diputuskan esok (hari ini) dan dilaksanakan secepat mungkin," katanya. Beliau berkata, Malaysia akan mempelopori tiga daripada projek terbabit yang akan dibentangkan pada AMRI hari ini, sebelum diumumkan Menteri Penerangan,

33  

Page 121: ASEAN (Sumber Internet).pdf

Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Dr Rais Yatim. Katanya, SOMRI mencadangkan mesyuarat itu diadakan di pering

34  

Page 122: ASEAN (Sumber Internet).pdf

35  

Headline: Najib dipelawa jadi Timbalan Pengerusi Asean

Publication: HM Date of publication: Feb 24, 2012 Section heading: Main Section Page number: 010

AMPANG: Perdana Menteri Kemboja, Hun Sen yang dilantik Pengerusi Asean, menyatakan hasratnya mempelawa Datuk Seri Najib Razak menjadi timbalannya menerajui kesatuan itu kerana kagum dengan kemakmuran ekonomi Malaysia serta kewibawaan Perdana Menteri merencana pelbagai program pembangunan. Hasrat itu dinyatakan Hun Sen kepada Pengerusi Lembaga Kemajuan Pekebun Kecil Perusahaan Getah (Risda), Tan Sri Abdul Rahim Tamby Chik yang melawat negara itu, baru-baru ini. Abdul Rahim berkata, permintaan itu satu penghargaan besar kepada negara selain membuka peluang kerjasama membabitkan pembangunan ekonomi dua hala antara negara ini dan Kemboja. "Hun Sen kagum dengan pembangunan Malaysia dan ingin belajar daripada kita cara menangani masalah kemiskinan tegar di negara ini untuk dipraktikkan di Kemboja. "Saya sudah maklumkan kepada Perdana Menteri mengenai hasrat beliau (Hun Sen) itu dan sekiranya menjadi kenyataan, ia akan membuka peluang serta ruang yang lebih besar membabitkan pembangunan ekonomi kedua-dua negara. Malah, Perdana Menteri sendiri sering melaungkan mengenai pentingnya komuniti Asean bersatu bagi membawa rantau ini ke peringkat lebih tinggi," katanya di pejabatnya di sini, semalam. Abdul Rahim berkata, Risda dijemput negara berkenaan bagi meneroka 10,000 hektar tanah untuk dibangunkan dengan tanaman getah.

Sumber : http://emedia.com.my/ Tarikh Akses : 12 April 2012

Page 123: ASEAN (Sumber Internet).pdf

ASEAN MAMPU JADI PUSAT PENDIDIKAN DAN PEKERJAAN KATA QI GROUP

Date: 08-04-2012 Author: / MAS JR LAT QI-ASEAN KUALA LUMPUR, 8 April (Bernama) -- Negara anggota Asean digesa memperkukuhpenguasaan dalam pendidikan dan pekerjaan sebagai strategi penting untuk meningkatkan daya saing dan pembangunan komuniti serantau. Pengerusi Eksekutif QI Group Datuk Vijay Eswaran berkata Asean mempunyai sumber pendidikan berkualiti tinggi dan peluang-peluang pekerjaan untuk ditawarkan kepada penduduknya. "Oleh itu, kita memerlukan standard pendidikan Asean yang seragam, yang membolehkan pelajar meneruskan pengajian dengan memindahkan kredit kepada universiti Asean yang lain, dan tidak cenderung ke Barat untuk mendapatkan pendidikan berkualiti tinggi. "Inilah cara untuk perkumpulan itu bergerak ke depan," katanya dalam kenyataan hari ini. "Dalam ucapan pada Forum Kepimpinan Asean Ke-9 di Phnom Penh, Perdana Menteri Malaysia Datuk Seri Najib Tun Razak berkata pengetahuan merupakan benangpenyambung sesama kita dan berhak memperoleh dorongan terhebat. "Oleh itu pendidikan mesti menjadi keutamaan kita, dan saya menggesa negara anggota mula mengambil langkah konkrit untuk meningkatkan peluang-peluang pendidikan. "Kita boleh memulakannya dengan mengenal pasti sumber-sumber pendidikan sedia ada di Asean dan bekerjasama secara dua hala dan serantau bagi mengembangkannya," kata Vijay. Forum Kepimpinan itu berlangsung selama tiga hari mulai 4 April. "Sebagai penerima manfaat Asean sendiri, sumbangan saya dalam inisiatif ini ialah Quest International University Perak, yang ditubuhkan oleh QI Group dengan kerjasama Kerajaan Negeri Perak," kata Vijay. Mengenai pekerjaan, beliau berkata Internet merupakan medan hadapan terakhir yang diusahakan oleh QI Group. "Sebuah anak syarikat kami sudah membangunkan pangkalan pelanggan global dengan mendaftarkan seramai enam juta orang, menggunakan platform Internet. Ia merupakan contoh klasik syarikat Asean yang mempunyai pejabat di lima negara Asean. "Perniagaan telah merapatkan kita," katanya. Susulan Forum Kepimpinan, Vijay menyampaikan ucapan dasar pada Dialog Pemimpin Muda Asean mengenai "Berada pada kedudukan ke hadapan dalam penyepaduan Asean, Fikirkan Perniagaan. Dialog itu menghimpunkan golongan pemikir muda dari sektor kerajaan, perniagaan, akademik, institusi penyelidikan, golongan pemikir serta organisasi bukan kerajaan, yang membincangkan masa depan Asean. -- BERNAMA MAS JR LAT

1  

Page 124: ASEAN (Sumber Internet).pdf

PERANAN BELIA DALAM ASEAN PERLU DIHAKUPAYAKAN

Date: 06-04-2012 MAJLIS BELIA MALAYSIA-PERANAN BELIA DALAM ASEAN..... KUALA LUMPUR, April 6 (Bernama) -- Majlis Belia Malaysia (MBM) menyokong penuh saranan YAB Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak terhadap fungsi dan pergerakan ASEAN perlu lebih dekat dan mampu mengupayakan peranan dan pembangunan belia dan kehidupan mereka di rantau ini khususnya. MBM berpandangan melalui ucaptama beliau di "Leadership Challenges in Asean: Meeting Tomorrow's Needs and Expectations" sempena Sidang Kemuncak ASEAN di Kemboja, perlu manjadi landasan kepada setiap sektor dalam masyarakat terutamanya agensi kerajaan menyahut gesaan ini. Ternyata penyataan ini adalah lahir daripada pengamatan YAB Perdana Menteri terhadap peningkatkan penglibatan belia di seluruh dunia dalam menentukan masa depan sesebuah negara serantau dan dunia seluruhnya. Pengalaman negara misalnyamelalui program pembangunan belia dan penglibatan belia dalam menentukan dasar dan hala tuju negara adalah pengalaman berguna dan perlu dipertingkatkan lagi. Hakikatnya golongan belia hari ini mahukan suara, pandangan dan aspirasi mereka diambil kira di dalam pembentukan dasar negara, program pembangunan, partisipasi di peringkat antarabangsa dan kepercayaan terhadap tanggugjawab yang diberikan kepada mereka. Malah inilah kaedah praktis yang dinamakan mendekati golongan belia dan bersama golongan belia. MBM masih percaya akan kreativiti dan potensi yang ada pada golongan belia di negara ini dalam menerajui saranan YAB Perdana Menteri ini. Penonjolan kejayaan dan hasil kerja golongan belia sama ada secara berkumpulan melalui pergerakan belia, persendirian atau kejayaan dalam bidang lain perlu mendominasi ruang-ruang media elektronik dan cetak. Hal ini penting bagi membangkitkan wacana sihat dalam masyarakat terhadap daya upaya belia dan memberi cerminan positif terhadap peranan mereka dalam masyarakat. MBM merasakan bahawa fungsi pergerakan belia kini perlu beranjak kepada hal-hal bersifat global sebagai salah satu elemen di dalam latihan dan pembinaan kepimpinan belia. Penglibatan belia di dalam isu-isu bersifat global dan universal seperti keamanan, demokrasi, pendidikan, alam sekitar dan sebagainya mampu menganjak paradigma golongan belia setaraf dengan belia-belia di negara maju. Perkara ini mampu tercapai dengan menanam kesedaran terhadap isu-isu

2  

Page 125: ASEAN (Sumber Internet).pdf

global dan hubungan antarabangsa di peringkat pengajian tinggi yang merupakan medan terbaik pemupukan kesedaran ini. Wacana dan kempan kesedaran isu antarabangsa yang digerakkkan oleh pertubuhan belia perlu diberikan dokongan dan dipertingkatkan. Akhirnya MBM melihat saranan ini dapat dijayakan melalui kesediaan segenap lapisan dan sektor masyarakat memberikan ruang, peluang dan kemudahan kepada golongan belia menerokai dunia seluasnya sebagai persedian kepimpinan. Sektor swasta dan awam misalnya perlu melihat penglibatan belia di dalam pergerakan belia khususnya dalam program antarabangsa sebagi satu nilai tambah kepada pembangunan kendiri dan kreativiti kakitangan mereka. ASEAN sendiri punyai agenda serantau yang memerlukan dokongan dan penerusan dikalangan belia sebagimana terkandung di dalam matlamat pembinaan Komuniti ASEAN2015. SUMBER : MAJLIS BELIA MALAYSIA UNTUK MAKLUMAT LANJUT HUBUNGI: Nama : Mohamed Maliki Mohamed Rapiee Presiden Majlis Belia Malaysia Tel : 019-5593080 Emel : [email protected] --BERNAMA

3  

Page 126: ASEAN (Sumber Internet).pdf

MBM SOKONG SARANAN PERDANA MENTERI BERHUBUNG FUNGSI ASEAN KEPADA BELIA

Date: 05-04-2012 Author: / ERKB NAK SBB MBM-ASEAN KUALA LUMPUR, 5 April (Bernama) -- Majlis Belia Malaysia (MBM) menyokong penuh saranan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berhubung fungsi dan pergerakan Asean yang seharusnya perlu lebih dekat serta mampu mengupayakan peranan dan pembangunan belia di rantau ini. Presiden MBM Mohamed Maliki Mohamed Rapiee berkata saranan itu perlu menjadilandasan kepada setiap sektor dalam masyarakat terutama agensi kerajaan dalam merealisasikannya. Beliau berkata pernyataan itu lahir daripada pengamatan Perdana Menteri terhadap peningkatan penglibatan belia di seluruh dunia dalam menentukan masa depan sesebuah negara serantau dan dunia. "Pengalaman belia dalam program pembangunan serta penglibatan mereka dalam menentukan dasar dan hala tuju negara merupakan pengalaman berguna yang perlu ditingkatkan. "Golongan belia hari ini mahukan suara, pandangan dan aspirasi mereka diambil kira di dalam pembentukan dasar sesebuah negara, program pembangunan, penyertaan di peringkat antarabangsa dan kepercayaan terhadap tanggungjawab yangdiberikan, selain ia juga merupakan satu praktis masyarakat untuk mendekati golongan itu," katanya dalam satu kenyataan hari ini. Mohamed Maliki mengulas ucaptama Najib pada forum 'Leadership Challenges in Asean: Meeting Tomorrow's Needs and Expectations' semasa menghadiri Sidang Kemuncak Asean ke-20 di Kemboja semalam. Beliau berkata MBM percaya golongan belia mampu menerajui negara berdasarkan kreativiti dan potensi mereka, selain perlu mendominasi ruang media elektronik serta cetak melalui penonjolan kejayaan dan hasil kerja mereka secara individu atau berkumpulan. Perkara itu penting bagi tujuan membangkitkan wacana sihat dalam masyarakat terhadap keupayaan belia selain memberi gambaran positif mengenai peranan belia dalam masyarakat. "Fungsi pergerakan belia kini perlu berganjak kepada perkara yang bersifat global kerana ia merupakan suatu elemen dalam usaha melatih dan membina ciri kepimpinan mereka. "Penglibatan belia dalam isu bersifat global dan universal seperti keamanan, demokrasi, pendidikan, alam sekitar dan sebagainya, mampu memberi anjakan paradigma kepada mereka agar setanding dengan belia di negara maju," katanya. Selain menjadikan peringkat pengajian tinggi medan terbaik golongan belia menyemai kesedaran terhadap isu global dan hubungan antarabangsa, beliau menggalakkan mereka menyokong wacana serta kempen kesedaran berkaitan isu itu. Mohamed Maliki juga berkata saranan itu dapat dijayakan melalui kesediaan segenap lapisan masyarakat yang memberikan ruang, peluang dan kemudahan kepadagolongan belia untuk menerokai dunia sebagai persediaan bergelar pemimpin.

4  

Page 127: ASEAN (Sumber Internet).pdf

"Sektor awam dan swasta memerlukan penglibatan belia, khususnya dalam program antarabangsa, sebagai satu nilai tambah kepada pembangunan kendiri dan kreativiti kakitangan mereka. "Di samping itu, Asean turut mempunyai agenda serantau yang memerlukan sokongan golongan itu sepertimana yang terkandung di dalam matlamat pembinaan Komuniti Asean 2015," katanya. -- BERNAMA ERKB NAK SBB

5  

Page 128: ASEAN (Sumber Internet).pdf

NAJIB BERLEPAS PULANG SELEPAS MENGHADIRI SIDANG KEMUNCAK ASEAN

Date: 04-04-2012 Author: Daripada Jamaluddin Muhammad / JM JM SN NAJIB-PULANG PHNOM PENH, 4 April (Bernama) -- Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berlepas pulang malam ini selepas menghadiri Sidang Kemuncak Asean ke-20 selamadua hari, di sini. Najib diiringi isteri Datin Seri Rosmah Mansor berlepas dari Lapangan Terbang Phnom Penh, di sini, pada pukul 8.55 malam (waktu Malaysia: 9.55 malam) Pada sidang kemuncak itu, Najib turut menyertai pemimpin Asean lain dalam mesyuarat bersama wakil Perhimpunan Antara Parlimen Asean, wakil Organisasi-organisasi Masyarakat Awam dan wakil-wakil belia, di sini, semalam. Najib dan Rosmah turut membuat kunjungan hormat terhadap Raja Kemboja King Norodom Sihamoni di Royal Palace, semalam. Najib yang genap tiga tahun menjadi perdana menteri semalam, diberi kejutan dengan hadiah sebiji kek oleh kakitangan Pejabat Perdana Menteri dan semua rakyat Malaysia yang terlibat dalam sidang kemuncak itu, malam tadi. Perdana Menteri bersama pemimpin-pemimpin Asean menyertai sesi Permukiman Sidang Kemuncak itu dan sesi rumusan di Peace Palace, di sini, hari ini. Najib juga menghadiri Sidang Kemuncak Keenam Segi Tiga Pertumbuhan Indonesia-Malaysia-Thailand (IMT-GT) dan Sidang Kemuncak Kelapan Kawasan Pertumbuhan Asean Timur Brunei-Indonesia-Malaysia-Filipina (BIMP-EAGA) di sini. Beliau mengakhiri lawatan kerjanya dengan menyampaikan ucaptama pada Forum Kepimpinan Asean Ke-9 di sebuah hotel di sini. -- BERNAMA JM JM SN

6  

Page 129: ASEAN (Sumber Internet).pdf

ASEAN PERLU TAWAN HATI GOLONGAN MUDA, KATA NAJIB

Date: 04-04-2012 Author: Jamaluddin Muhammad NAJIB-BELIA PHNOM PENH, 4 April (Bernama) - Datuk Seri Najib Tun Razak berkata terdapat sebilangan anak muda yang menjauhkan diri daripada Asean kerana berpendapat pertubuhan serantau itu tidak ada kaitan dengan diri atau kehidupan mereka. Oleh itu, kata Perdana Menteri, Asean perlu mengubah set mindanya untuk meningkatkan minat golongan berkenaan mendekatinya serta membantu mereka menyedari dan memahami kuasa serta potensi yang ada pada diri mereka. "Asean perlu laksanakan program, projek dan inisiatif yang melibatkan golongan itu secara bermakna untuk mencapai sasaran tersebut," kata beliau dalam ucap utama pada Forum Kempimpinan Asean Ke-9 di sini. "Sebenarnya, saya bercakap berdasarkan pengalaman apabila saya berkata adalah lebih menyeronokkan menyertai dan melihat manfaat yang terdapat pada Asean secara peribadi, daripada berjaga hingga larut malam untuk menulis esei mengenainya." Najib berkata terdapat skop yang luas untuk mendorong pembabitan belia dan memperkenalkan program baru di pelbagai peringkat - pendidikan, geran kerajaan dan kegiatan yang dibiayai Asean. Katanya kini tidak sesuai lagi bagi Asean mengamalkan kaedah lapuk yang sudah ketinggalan zaman. "Kita perlu mampu menghayati imaginasi anak muda kita, memenuhi impian dan hasrat mereka serta mendorong mereka untuk mempercayai bahawa mereka boleh melakukan perubahan terhadap negara, rantau dan dunia mereka," kata Perdana Menteri. Najib berkata generasi muda perlu lebih aktif, bersemangat tinggi dan sanggup bekerja keras kerana merekalah yang akan menggerakkan gagasan Asean kehadapan, meningkatkan pencapaian serta memajukan institusi dan matlamatnya. Katanya kreativiti merupakan kualiti yang sering tidak berada bersama Asean walaupun pertubuhan itu mencapai pertumbuhan tinggi dalam bidang ekonomi dan melakar kemajuan yang mengagumkan. "Mungkin kita merupakan pekerja yang amat berdedikasi, mampu bekerja keras dan memenuhi harapan yang diletakkan di bahu kita, tapi, berdasarkan apa yang berlaku, idea paling baik dan paling kreatif datang dari tempat lain di dunia ini. "Memanglah tidak ada penyelesaian secara mudah dan ketara bagi masalah ini - kalaulah ada, saya rasa, saya telah dapat menyelesaikannya, memandangkan kita adalah antara yang terbaik di dunia dalam bidang matematik, sains dan dalam mengingati fakta," katanya. Najib berkata di sebalik kelebihan itu, tersembunyi sebahagian masalah apabila sekolah tidak memberi fokus sepenuhnya terhadap mata pelajaran tradisional dan tidak pernah membajainya secukupnya kemampuan artistik dan kreatif golongan muda.

7  

Page 130: ASEAN (Sumber Internet).pdf

Sambil menegaskan bahawa usaha menggilap kemahiran dan bakat itu bukan merupakan tanggungjawab sekolah semata-mata, beliau berkata setiap orang termasuk ahli politik, ahli perniagaan, guru dan pelajar perlu membantu mengubah sikap dan memainkan peranan masing-masing. Katanya pembangunan insan amat penting untuk menjamin kemajuan ekonomi yangberterusan di rantau ini. Beliau berkata bagaimanapun hakikat yang menyedihkan ialah tenaga kerja dari Asia sering dianggap tidak memiliki kemahiran, lemah daripada segi ilmu pengetahuan dan tidak memiliki potensi untuk memajukan diri dan profesion masing-masing. Oleh itu, kata beliau, Asean perlu mengubah set minda majikan dan pekerjanya agar mereka melihat pembangunan insan sebagai pelaburan, bukan kos. Beliau berkata walaupun perkara itu tidak mudah untuk dilaksanakan, tetapi manfaat daripadanya akan dapat dirasai semua pihak. Pekerja akan meningkatkan kemahiran masing-masing sebagai suatu keperluan untuk berjaya di pasaran global yang semakin tinggi daya saingnya dan keadaan ini akan mendorong majikan memajukan serta meluaskan perniagaan masing-masing, katanya. Perdana Menteri berkata apabila sektor perniagaan semakin kukuh, negara anggota akan mendapat manfaat secara langsung daripada peningkatan produktiviti, manakala manfaat secara tidak langsung pula diperoleh melalui beberapa faktor, termasuk pelaburan langsung asing. Manfaat yang diraih oleh Asean dapat dilihat dengan jelas oleh semua pihak kerana pada peringkat ekonomi paling asas, satu perempat daripada jumlah urusan dagangan negara anggota Asean, dibuat dalam kalangan negara anggota pertubuhan itu. "Sepanjang tiga tahun sebagai Perdana Menteri Malaysia, saya pastikan inilah yang kami lakukan, melaksanakan beberapa program transformasi jangka panjang untuk mengeluarkan semua rakyat, bukan sekadar sebahagian daripada mereka sahaja, daripada perangkap pendapatan pertengahan," katanya. Beliau berkata Malaysia menyaksikan perubahan sebenar dalam semua bidang - pendapatan meningkat, ekonomi terus berkembang kukuh dan stabil, manakala perkhidmatan kerajaan pula bertambah baik dan lebih responsif terhadap keperluan mereka yang menggunakannya. Forum itu adalah anjuran bersama Institut Strategi dan Kepimpinan Asia (Asli) dan Kerajaan Kemboja. --BERNAMA JM SP MAI

8  

Page 131: ASEAN (Sumber Internet).pdf

ASEAN AKAN SEDIAKAN TATAKELAKUAN DI LAUT CHINA SELATAN

Date: 04-04-2012 Author: Daripada Jamaluddin Muhammad NAJIB-ASEAN PHNOM PENH, 4 April (Bernama) Asean akan menyediakan Tatakelakuan Di Laut China Selatan sebelum membincangkan isu tuntutan bertindih dengan China, kata Datuk Seri Najib Tun Razak. Beliau bagaimanapun berkata China tidak akan terlibat dalam urusan penyedeiaan tatakelakuan itu. "Apabila kami telah selesaikannya dengan Asean, maka barulah kami berbincang dengan China," kata Perdana Menteri kepada wartawan Malaysia selepas menghadiri Sidang Kemuncak Asean Ke-20 di sini yang berakhir hari ini. Najib berkata beberapa negara menyuarakan dan menegaskan bahawa perbincangan tentang Laut China Selatan perlu diadakan dalam kerangka Asean-China. Malaysia, Filipina, Brunei, Vietnam, China dan Taiwan membuat tuntutan bertindih wilayah membabitkan Laut China Selatan. Pada Sesi Permukiman Sidang Kemuncak Asean, pemimpin 10 negara anggota persatuan serantau itu turut menyentuh isu Semenanjung Korea dan menyarankan agar Rundingan Enam Pihak segera disambung demi keamanan, keselamatan dan kestabilan di semenanjung itu. Najib berkata pemimpin berkenaan berharap rancangan Korea Utara untuk melancarkan misil dalam tempoh terdekat tidak menjadi kenyataan. Mengenai Pergerakan Kesederhanaan Global yang diilhamkan Malaysia, beliau berkata Malaysia berterima kasih kepada semua negara anggota Asean kerana menyokong idea itu. Najib juga menghadiri Sidang Kemuncak Keenam Segi Tiga Pertumbuhan Indonesia-Malaysia-Thailand (IMT-GT) dan Sidang Kemuncak Kelapan Kawasan Pertumbuhan Asean Timur Brunei-Indonesia-Malaysia-Filipina (BIMP-EAGA) di sini. Perdana Menteri berkata walaupun dua kawasan pertumbuhan itu memiliki potensi, pembangunannya tidak mencapai hasil yang diharapkan dan oleh itu beliau mencadangkan agar pembangunannya dipercepatkan, terutama dalam sektor produk halal, perkhidmatan, pelancongan dan pertanian. --BERNAMA JM SP MAI

9  

Page 132: ASEAN (Sumber Internet).pdf

PELABUR EROPAH TERUS TERTARIK DENGAN EKONOMI ASEAN

Date: 03-04-2012 Author: Daripada Jamaluddin Muhammad / JM AHM ASEAN-EKONOMI PHNOM PENH, 3 April (Bernama) - Negara-negara Eropah akan terus tertarik dengan ekonomi Asean dalam tempoh jangka pendek berikutan pertumbuhan ekonomi yang baik dan potensi ekonomi Asean yang besar. Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Datuk Seri Mustapa Mohamed hari ini berkata pertumbuhan ekonomi Asean antara 5.6 peratus dan 6.3 peratus yang diunjurkan bagi tahun ini menjadikan rantau ini satu destinasi penting bagi pelaburan langsung asing (FDI) di kalangan komuniti perniagaan Eropah. Sambil rantau lain seperti Eropah, Amerika Syarikat dan Amerika Latin mengalami pertumbuhan ekonomi yang perlahan, Asean terus mencatatkan pembangunan ekonomi yang rancak, katanya di luar Sidang Kemuncak Asean di sini. Katanya liberalisasi ekonomi Asean, proses pendemokrasian di Myanmar, kemasukan Kemboja ke dalam Pertubuhan Perdagangan Dunia telah menyumbang kepada potensi ekonomi lebih meluas di rantau ini. Dengan mempunyai 600 juta penduduk, bilangan kelas pertengahan dan penduduk muda yang semakin berkembang, telah menjadi daya penarik seterusnya syarikat-syarikat Eropah, katanya. Mustapa berkata perjanjian perdagangan bebas dengan China, Korea Selatan, Jepun, India, Australia dan New Zealand turut menjadi faktor penting bagi ahli perniagaan untuk meraih pasaran berpotensi yang menghubungkan dengan rantau ini. Negara-negara Eriopah juga menyifatkan Asean sebagai salah satu daripada empat tonggak penting Asia selain China, India dan Asia Tengah kerana peranan penting masing-masing di dalam pembangunan ekonomi dunia, katanya. "Para pelabur terus datang untuk melihat potensi ekonomi kita yang besar, katanya. Katanya 500 peserta dari lebih 50 syarikat besar Eropah telah menghadiri Sidang Kemuncak Asean-EU (Kesatuan Eropah) yang baharu berakhir di sini, yang menunjukkan minat mereka di rantau ini. Mengenai hubungan ekonomi Malaysia-Kemboja, Mustapa terdapat 1,600 perniagaan yang didaftarkan oleh syarikat Malaysia di negara ini sehingga ini. Mustapa berkata komuniti perniagaan Malaysia di negara ini memiliki aset bernilai US$2.6 bilion, iaitu yang keempat terbesar selepas China, Korea dan Eropah. Syarikat Malaysia telah melabur di negara ini sejak 1994, malah sebelum Kemboja menyertai Asean pada 1998 dan mereka terlibat di dalam sektor perbankan, tekstil, telekomunikasi dan tenaga, katanya "Kesemua tiga lapangan terbang di negara ini termasuk Lapangan Terbang Antarabangsa Phnom Penh diuruskan oleh syarikat Malaysia," katanya. Mustapa berkata industri halal boleh menjadi sektor penting seterusnya yang

10  

Page 133: ASEAN (Sumber Internet).pdf

boleh diterokai oleh syarikat Malaysia kerana terdapat kira-kira 400,000 orang Islam di negara ini yang berpenduduk 14 juta orang. -- BERNAMA JM AHM

11  

Page 134: ASEAN (Sumber Internet).pdf

ASEAN BERGERAK KE ARAH SATU KOMUNITI SATU TUJUAN

Date: 02-04-2012 Author: Daripada Jamaluddin Muhammad / JM JM NM ASEAN-SIDANG PHNOM PENH, 2 April (Bernama) -- Pemimpin Asean dijangka terus memperkukuhkan persiapan kumpulan itu untuk mencapai matlamat tunggalnya membentuk satu komuniti dalam tempoh kurang tiga tahun, ketika bertemu di sini untuk sidang kemuncak serantau selama dua hari bermula esok. Pemimpin 10 negara anggota itu akan membuat susulan terhadap kemajuan yang dicapai pada pelan untuk menubuhkan Komuniti Asean menjelang 2015 pada Sidang Kemuncak Asean ke-20, di Peace Palace di sini. Bertemakan "Asean: One Community, One Destiny" (Asean: Satu Komuniti, Satu Tujuan), mesyuarat menyasarkan kepada penambahbaikan tiga keutamaan Asean dengan Kemboja selaku pengerusi, termasuk memastikan kemajuan yang signifikan dalam usaha merealisasikan Komuniti Asean. Agenda lain ialah memastikan reka bentuk dan persekitaran serantau kekal kondusif bagi pembangunan dan peningkatan peranan Asean pada peringkat global. Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak akan mengetuai delegasi Malaysia ke sidang kemuncak itu. Beliau akan disertai pemimpin Asean lain ketika sidang pleno selepas acara perasmian pada pagi esok, disusuli mesyuarat pemimpin Asean dengan wakil Perhimpunan Antara Parlimen Asean, Organisasi-organisasi Masyarakat Awam dan wakil belia. Hasil sidang kemuncak ini ialah Deklarasi Phnom Penh mengenai "Asean: One Community, One Destiny", Dokumen Kedudukan Asean bagi Sidang Kemuncak G-20 Mexico 2012, Deklarasi Pemimpin Asean mengenai Asean Bebas Dadah 2015 dan Dokumen Konsep mengenai Gerakan Kesederhanaan Global. Selain itu, menteri luar Asean akan menandatangani dokumen instrumen bagi menyelesaikan pertelingkahan iaitu 'Instrument of the Rules for Reference on Non-Compliance to the Asean Summit to the Protocol to the Asean Charter on Dispute Settlement Mechanisms'. Menteri Luar Datuk Seri Anifah Aman berkata Asean perlu menyelesaikan segala pertelingkahan dalam konsep Asean didahulukan dan semangat Asean. "Anggota Asean lebih memahami satu sama lain dalam menyelesaikan pertelingkahan berbanding merujuknya kepada pihak lain yang mungkin tidak memahami rantau ini dengan baik," katanya. "Mereka mesti bekerjasama erat untuk menyelesaikan masalah secara bersama terlebih dahulu melainkan memang tiada jalan lain," katanya. Anifah berkata jika pertelingkahan membabitkan anggota kumpulan dengan negara bukan anggota, Asean wajar membincangkan isu itu sebagai satu kumpulan dengan negara bukan anggota terbabit. Dalam menyelesaikan tuntutan bertindih di Laut China Selatan membabitkan Malaysia, Filipina, Vietnam, Brunei, China dan Taiwan misalnya, perbincangan harus diadakan di antara Asean dan China, bukan Malaysia dan China atau Filipina

12  

Page 135: ASEAN (Sumber Internet).pdf

dan China sahaja. "Kita perlu mengambil kira kepentingan anggota lain juga," katanya. Beliau berkata pemimpin Asean juga dijangka menyentuh situasi di Myanmar serta isu nuklear di Korea Utara pada sidang kemuncak itu nanti. Sidang akan ditangguhkan pada Rabu dan satu sesi penutup akan diadakan. Selain itu, Najib juga dijadual menghadiri sidang keenam rantau pertumbuhan segi tiga Indonesia-Malaysia-Thailand (IMT-GT) serta Kawasan Pertumbuhan Brunei Darussalam-Indonesia-Malaysia-Filipina-Asean Timur (BIMP-EAGA) ke-8. -- BERNAMA JM JM NM

13  

Page 136: ASEAN (Sumber Internet).pdf

NAJIB TIBA DI PHNOM PENH UNTUK SIDANG KEMUNCAK ASEAN KE-20

Date: 02-04-2012 Author: Daripada Jamaluddin Muhammad / JM JM DC NAJIB-TIBA PHNOM PENH, 2 April (Bernama) - Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak tiba di sini malam ini untuk menghadiri Sidang Kemuncak ASEAN ke-20 selama dua hari, bermula esok. Pesawat kerajaan yang membawa Perdana Menteri dan isteri Datin Seri Rosmah Mansor mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa Phnom Penh pada pukul 10.30malam (11.30 malam waktu Malaysia). Ketibaan mereka disambut oleh Menteri Luar Datuk Seri Anifah Aman, Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Mustapa Mohamed dan MenteriPelancongan Kemboja, Thong Khun. Najib akan menyertai pemimpin ASEAN lain dalam sesi pleno selepas majlis perasmian sidang itu di Istana Keamanan di sini, pagi esok. Selepas sesi pleno itu, Najib akan menghadiri Mesyuarat Pemimpin ASEAN bersama wakil Perhimpunan Antara Parlimen ASEAN (AIPA), wakil Organisasi-Organisasi Masyarakat Awam (CSO) dan wakil-wakil belia. Pada Rabu ini, pemukinan sidang kemuncak akan berlangsung diikuti sesi penutupan sidang tersebut. Di samping itu, Najib juga dijadual menghadiri mesyuarat keenam Kawasan Pertumbuhan Segitiga Indonesia-Malaysia-Thailand (IMT-GT) serta mesyuarat kelapan Kawasan Pertumbuhan Brunei-Indonesia-Malaysia-Filipina ASEAN Timur (BIMP-EAGA). -- BERNAMA JM JM DC

14  

Page 137: ASEAN (Sumber Internet).pdf

NAJIB KETUAI DELEGASI M'SIA KE SIDANG KEMUNCAK ASEAN KE-20 DI KEMBOJA

Date: 01-04-2012 Author: / PNW AKT RS NAJIB-ASEAN KUALA LUMPUR, 2 April (Bernama) -- Datuk Seri Najib Tun Razak akan mengetuai delegasi Malaysia ke Sidang Kemuncak Asean ke-20 di Phnom Penh, Kemboja selamadua hari bermula Selasa ini. Kementerian Luar dalam satu kenyataan hari ini berkata Perdana Menteri akan diiringi isteri Datin Seri Rosmah Mansor, beberapa menteri kabinet serta pegawai kanan kerajaan. Menurut kenyataan itu, sidang kemuncak bertemakan "Asean: Satu Komuniti, Satu Tujuan" itu akan didahului mesyuarat Menteri-Menteri Luar Asean (AMM), mesyuarat Majlis Komuniti Ekonomi Asean Ketujuh, mesyuarat Majlis Komuniti Sosio-Budaya Asean dan mesyuarat Suruhanjaya Zon Bebas Senjata Nuklear Asia Tenggara (SEANWFZ). Sidang kemuncak itu juga akan membincangkan topik-topik berkenaan Deklarasi Phnom Penh "Asean: Satu Komuniti, Satu Tujuan" yang kandungannya termasuk usaha merealisasi Asean Bebas Dadah 2015 dan juga Gerakan Kesederhanaan Global (GMM). Semasa Sidang Kemuncak ini, para pemimpin kesemua 10 negara anggota Asean juga akan mengadakan sesi perjumpaan berasingan dengan wakil-wakil Perhimpunan Antara Parlimen ASEAN (AIPA), wakil-wakil Organisasi-organisasi Masyarakat Awam (CSO) dan wakil-wakil belia. -- BERNAMA PNW AKT RS

15  

Page 138: ASEAN (Sumber Internet).pdf

MESYUARAT EU-ASEAN TINGKATKAN HUBUNGAN DAGANGAN & PELABURAN DENGAN ASIA TENGGARA

Date: 30-03-2012 Author: Tengku Noor Shamsiah Tengku Abdullah / TNS TNS TOM AA EU-ASEAN SINGAPURA, 30 Mac (Bernama) -- Kesatuan Eropah dan Asean telah bersedia untuk mengukuhkan lagi hubungan perdagangan dan pelaburan semasa berlangsungnya mesyuarat EU-Asean di Phnom Penh minggu depan. Pesuruhjaya Perdagangan EU Karel De Gucht akan mengetuai misi ke Phnom Penhesok untuk menemui para menteri ekonomi Asean dan menghadiri Persidangan Perniagaan Asean-Eu yang kedua pada 1 April. "Mesyuarat dengan para menteri ekonomi Asia Tenggara dan Persidangan Perniagaan Asean-Eu kedua tahun ini menggariskan hasrat kami untuk melibatkan negara anggota Asean dan sektor persendirian di rantau ini untuk mengukuhkan hubungan ekonomi kami. "Memandangkan kerancakan ekonomi rantau Asean, saya lihat banyak peluang untuk bekerjasama di tahun-tahun akan datang," kata De Gucht dalam kenyataan dari Brussels yang dikeluarkan oleh pejabat delegasi EU di sini hari ini. De Gucht akan mengadakan pertemuan dengan para menteri ekonomi dan perdagangan semasa Persidangan Menteri-menteri Ekonomi Asean tahun di mana beliau akan membincangkan kemungkinan meningkatkan hubungan perdagangan dan pelaburan antara 27 ahli EU dan Asean. Beliau juga akan mengadakan mesyuarat individu dengan rakan-rakan Aseannya yang lain untuk membincangkan perdagangan dua hala. Persidangan Perniagaan akan membantu mempromosikan dialog antara kerajaan dan sektor persendirian dan mengukuhkan hubungan perniagaan-ke-perniagaan. EU berhasrat membuka peluang perdagangan dan perniagaan baharu dalam rantau yang pesat berkembang ini dan mewujudkan kerjasama kukuh yang menyokong integrasi ekonomi Asean. EU telah meningkatkan hubungan ekonominya dengan Asia Tenggara dengan membuka perundingan untuk perjanjian perdagangan bebas dengan Singapura dan Malaysia pada 2010 dan kekal terbuka untuk memulakan perbincangan perjanjian perdagangan bebas menyeluruh yang sama dengan rakan-rakan lain di rantau ini. Perjanjian dua hala ini disifatkan sebagai blok pengukuh untuk perjanjian perdagangan bebas dengan keseluruhan rantau. Asean terdiri daripada Brunei Darussalam, Myanmar, Kemboja, Indonesia, Laos, Malaysia, Filipina, Singapura, Thailand dan Vietnam. -- BERNAMA TNS TNS TOM AA

16  

Page 139: ASEAN (Sumber Internet).pdf

TABUNG INFRASTRUKTUR ASEAN DIJANGKA MULA BEROPERASI JUN TAHUN INI

Date: 30-03-2012 Author: / SOR AHM HUSNI-AIF KUALA LUMPUR, 30 Mac (Bernama) -- Tabung Infrastuktur Asean (AIF) dijangka mula beroperasi pada Jun 2012 dan pemilik projek di rantau Asean boleh mengemukakan permohonan pembiayaan selepas tarikh tersebut. Menteri Kewangan Kedua Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah dalam satu kenyataanselepas menghadiri Mesyuarat Menteri-Menteri Kewangan Asean ke-16 di Phnom Penh, Kemboja, berkata, negara-negara Asean memerlukan pelaburan infrastuktur yang tinggi, iaitu sekitar USS1.9 trilion menjelang 2020. Penubuhan AIF adalah hasil cadangan Malaysia dan diurus tadbir oleh Bank Pembangunan Asia (ADB). Malaysia turut menerima pengiktirafan serantau apabila Menteri-Menteri Kewangan Asean dan ADB bersetuju agar tabung bernilai USS485.2 juta itu di daftarkan di bawah undang-undang Pusat Perniagaan dan Kewangan Labuan (LabuanIBFC). Mesyuarat Menteri-Menteri Kewangan Asean juga sebulat suara bersetuju melantik Malaysia sebagai Pengerusi Lembaga Pengarah AIF. "Saya gembira dengan kerjasama negara-negara Asean dan juga ADB dalam menjayakan penubuhan AIF ini," kata Ahmad Husni. Pada mesyuarat tersebut juga, Malaysia menyokong usaha Asean meningkatkan keberkesanan Perjanjian Inisiatif Pelbagai Hala Chiang Mai (CMIM). Objektif CMIM adalah untuk menyediakan sokongan kewangan melalui urus niaga pertukaran mata wang kepada negara-negara anggota yang menghadapi isu-isu imbangan pembayaran dan cairan tunai jangka pendek. Antara yang turut dibincangkan di bawah perkara CMIM ialah perkembangan peranan Pejabat Penyelidikan Ekonomi Makro Asean (AMRO) bagi memastikan kestabilan sistem kewangan negara-negara Asean terus kukuh dalam ketidaktentuan ekonomi dunia. Kedua-dua cadangan itu akan dibentangkan untuk persetujuan akhir pada mesyuarat seterusnya di Manila, Filipina, Mei depan. -- BERNAMA SOR AHM

17  

Page 140: ASEAN (Sumber Internet).pdf

MENTERI KEWANGAN ASEAN TANDATANGANI PERJANJIAN BAHARU MENGENAI KASTAM

Date: 30-03-2012 Author: / NBB NBB NN KY AFM-KASTAM KUALA LUMPUR, 30 Mac (Bernama) -- Menteri-Menteri Kewangan Asean hari ini menandatangani satu perjanjian baharu mengenai kastam, yang menggalakkan pemprosesan lancar dalam kalangan pihak berkuasa kastam negara-negara mereka untuk mempermudah kelancaran aliran barangan dan komoditi yang melintasi sempadan-sempadan perkumpulan itu. Perjanjian itu menggantikan perjanjian kastam sedia ada yang ditandatangani pada 1997 dan bertindak sebagai semakan agar bersesuaian dengan perubahan danpindaan dalam amalan dan prosedur kastam untuk mematuhi prosedur kastam global,kata Menteri Kewangan II, Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah. Dalam satu kenyataan di sini hari ini, beliau berkata perjanjian itu juga mengambil kira penyepaduan Asean yang lebih luas dalam rantaian bekalan antarabangsa serta usaha mengatasi cabaran-cabaran keperluan keselamatan negara-negara anggota. "Perjanjian baharu ini akan secara langsung menyokong pewujudan Komuniti Ekonomi Asean pada 2015. Ia juga akan memperkukuh kedudukan penting Malaysia dalam rantaian bekalan serantau dan dunia," katanya. Selain itu, perjanjian tersebut akan merangkumi pemprosesan maklumat secara elektronik serta pemeriksaan dan pelepasan penghantaran dan kargo mengikut masaditetapkan. Selain itu ia juga merangkumi kesalingbolehkendalian dan kesalinghubungan sistem kastam di seluruh rantau Asean serta beberapa langkah perlindungan untuk memastikan integriti hasil kastam Asean. -- BERNAMA NBB NBB NN KY

18  

Page 141: ASEAN (Sumber Internet).pdf

HUSNI KETUAI DELEGASI M'SIA KE MESYUARAT MENTERI-MENTERI KEWANGAN ASEAN KE-16

Date: 27-03-2012 Author: / MAS AHM HUSNI-KEMBOJA KUALA LUMPUR, 27 Mac (Bernama) -- Menteri Kewangan Kedua Datuk Seri AhmadHusni Hanadzlah akan mengetuai delegasi Malaysia ke Mesyuarat Menteri-Menteri Kewangan ASEAN Ke-16 di Phnom Penh, Kemboja selama dua hari bermula 29 Mac ini. Pada Mesyuarat itu, Ahmad Husni akan membentangkan, antara lain, perkembangan terkini penubuhan Tabung Infrastruktur Asean (AIF) dengan dana berjumlah US$485.2 juta. Perjanjian mengenai penubuhan tabung tersebut dimeterai oleh Menteri-Menteri Kewangan Asean di Washington D.C., Amerika Syarikat pada September 2011. Negara anggota Asean menyumbang US$335.2 juta kepada tabung AIF manakala Bank Pembangunan Asia (ADB) pula menyumbang US$150 juta. Mesyuarat Menteri-Menteri Kewangan Asean ke-16 itu juga akan membincangkan isu-isu kepentingan bersama, terutama yang serantau, termasuk inisiatif membabitkan usaha dalam bidang ekonomi dan kewangan serantau, seperti inisiatif Liberalisasi Sektor Perkhidmatan Kewangan, Pembangunan Pasaran Modal dan Liberalisasi Akaun Modal. Ahmad Husni juga akan menyertai Pemukiman Menteri-Menteri Kewangan Asean di mana mereka berpeluang untuk bertukar-tukar pandangan secara tidak rasmi di dalam usaha meningkatkan lagi tahap kerjasama dalam bidang kewangan. Mesyuarat yang bertemakan "Asean: Satu Komuniti, Satu Destinasi" itu akan dipengerusikan oleh Menteri Ekonomi dan Kewangan Kemboja. Mesyuarat ke-15 telah dipengerusikan oleh Indonesia di Bali, Indonesia pada 8 April, 2011. -- BERNAMA MAS AHM

19  

Page 142: ASEAN (Sumber Internet).pdf

PUSAT ASEAN-CHINA MAHUKAN PENGLIBATAN LEBIH RAMAI RAKYAT MALAYSIA

Date: 26-03-2012 Author: Ng Che Yean / NCY HBS1 ASEAN-CHINA BEIJING, 26 Mac (Bernama) -- Setiausaha Agung Pusat ASEAN-China (ACC), Ma Mingqiang mahukan lebih ramai rakyat Malaysia menggunakan pusat itu sebagai landasan untuk mengembangkan hubungan kerjasama antara China dengan negara anggota ASEAN. Beliau mengenalpasti bidang perdagangan, pelaburan, pelancongan, pendidikan dan kebudayaan di mana sektor swasta Malaysia digalakkan bekerjasama dengan ACC, berikutan lawatan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Mustapa Mohamed dan presiden Majlis Perniagaan Malaysia-China, Tan Sri Ong Ka Ting ke pusat itu. ACC adalah satu-satunya pertubuhan rasmi antara kerajaan yang menawarkan khidmat, mengadakan aktiviti dan menjadi pusat saluran maklumat bagi rakyat dan institusi kedua-dua pihak di China dan kalangan anggota ASEAN, kata Ma dalam satu pertemuan dengan Bernama di sini. Menurut beliau, bagi meluaskan lagi aliran perdagangan antara ASEAN dengan China, ACC merancang menubuhkan sebuah pusat promosi produk eksport ASEAN di Yiwu, Wilayah Zhejiang, menawarkan ruang kedai berkeluasan 100 hingga 500 meter persegi untuk mempamerkan secara percuma sejumlah produk di situ. Ma berkata pusat itu akan menganjurkan lawatan pelaburan ke negara ASEAN termasuk ke Malaysia, dalam usaha meningkatkan lagi kerjasama pelaburan di antara China dengan ASEAN. Baru-baru ini pusat itu mengatur lawatan pelaburan disertai syarikat-syarikat di negara itu ke Vietnam dan Kemboja yang mendapat sambutan baik, katanya. Ma berkata Menteri Pelancongan Malaysia, Datuk Seri Ng Yen Yen telah menunjukkan minat beliau bekerjasama dengan ACC memajukan pelancongan di Malaysia semasa menghadiri mesyuarat menteri-menteri pelancongan ASEAN terakhir sekali diadakan di Indonesia. Menurut beliau, pusat itu memberikan tumpuan usaha mempromosikan pelancongandi Malaysia, termasuk memperkenalkan tempat tumpuan lawatan dan keadaan adat resam tempatan menerusi laman sesawang, miniblog selain bekerjasama dengan ejen pengembara dalam mempromosikan ciri pelancongan di Malaysia. Katanya, pusat itu merancang menerbitkan buku panduan perjalanan untuk pelancong China melawat negara-negara ASEAN. Ma yang terlibat selama 21 tahun dengan usaha memajukan hubungan ASEAN-China, berkata beliau bersedia membantu mengukuhkan kerajasama antara ASEAN dengan China secara yang menguntungkan kedua-dua pihak. "Kedua-dua China dan ASEAN saling mengutamakan satu sama lain, kemajuan ASEAN akan dipengaruhi sekiranya keadaan di China tidak stabil begitu juga pembangunan di China akan terlibat jika keadaan kucar-kacir di ASEAN.

20  

Page 143: ASEAN (Sumber Internet).pdf

"China dan ASEAN berjiran baik dan saya bersedia bekerja keras memajukan hubungan di antara China dengan ASEAN," katanya. Laman sesawang rasmi ACC, www.asean-china-centre.org dilancarkan pada bulan Oktober 2010, dan pusat itu yang beribupejabat di Beijing, dirasmikan oleh Perdana Menteri China, Wen Jiabao dan pemimpin negara ASEAN semasa sidang kemuncak ASEAN-China ke 14, Novemeber 2011, bersempena ulang tahun ke 20 dialog ASEAN dengan China. -- BERNAMA NCY HBS1

21  

Page 144: ASEAN (Sumber Internet).pdf

MAJLIS PERNIAGAAN AS-ASEAN SELESAI MISI PERNIAGAAN TERBESAR DI BANGKOK

Date: 16-03-2012 Author: / ABM FR WGM AHM AS-BANGKOK KUALA LUMPUR, 16 Mac (Bernama) -- Majlis Perniagaan AS-Asean memuktamadkan misi perniagaan terbesar pernah laksanakan ke ibu negara Thailand, Bangkok pada minggu ini di mana perbincangan diadakan mengenai peluang pelaburan dengan para pegawai kanan kerajaan negara itu. Delegasi, yang terdiri daripada eksekutif perniagaan kanan dari 34 syarikat utama AS, turut mengadakan pertemuan berkumpulan pertama dengan Perdana MenteriYingluck Shinawatra, kata majlis itu dalam satu kenyataan. Menurut majlis itu, Thailand mengalami pertumbuhan paling kukuh di segi perdagangan dengan AS dari kalangan lima anggota asal Asean. Negara-negara anggota yang lain ialah Indonesia, Malaysia, Filipina dan Singapura. Persatuan itu, yang diwujudkan pada Ogos 1967, kini dianggotai 10 negara selepas penyertaan Brunei, Vietnam, Laos, Myanmar dan Kemboja. "Perdagangan dua hala AS-Thailand meningkat hampir 13 peratus pada 2011, kerana corak itu telah menyaksikan perdagangan meningkat 82 peratus secara berterusan sejak 2002," kata majlis itu. Semasa misi itu, syarikat-syarikat berkenaan telah membincangkan bidang utama yang boleh membantu meneruskan pertumbuhan pelaburan AS di Thailand, yangtermasuk peningkatan perbelanjaan infrastruktur dan penyelerasan pelaburan perkhidmatan kewangan, kata majlis itu. Presiden Majlis itu, Alexander Feldman berkata syarikat berkenaan "sedang membina dan mengembangkan kehadiran mereka di Thailand untuk tempoh jangka panjang." "Kami berbangga untuk membantu menyokong pembinaan semula Thailand selepas banjir tahun lepas dan kenyataan bahawa kami mambawa delegasi majlis terbesar pada tahun ini menunjukkan keseriusan komitmen syarikat majlis itu terhadap Thailand," katanya. Majlis Perniagaan AS-Asean mengetuai misi-misi perniagaan utama ke ekonomi utama dan mengadakan pelbagai pertemuan dengan negara , ketua negara dan menteri-menteri Asean. Ia merupakan satu-satunya pertubuhan AS yang diberi keistimewaan menimbulkan keprihatinan syarikat anggota semasa berunding dengan Menteri-Menteri Kewangan dan Ekonomi Asean. -- BERNAMA ABM FR WGM AHM

22  

Page 145: ASEAN (Sumber Internet).pdf

3 NEGARA ASEAN TANDATANGANI MOU MENGENAI RANGKA KERJA SEMAKAN DIPERCEPAT

Date: 16-03-2012 Author: / TNS AMY JR KY ACMF-PENYENARAIAN KUALA LUMPUR, 16 Mac (Bernama) -- Pengawal selia sekuriti dan bursa saham Malaysia, Singapura dan Thailand menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) mengenai Rangka Kerja Semakan Dipercepat bagi Penyenaraian Sekunder. Ini diumumkan hari ini oleh Forum Pasaran Modal Asean (ACMF) -- perkumpulan tahap tinggi pengawal selia sekuriti Asean yang ditubuhkan di bawah naungan Menteri-Menteri Kewangan Asean pada 2004. Rangka Kerja Semakan Dipercepat ini adalah inisiatif di bawah Rancangan Pelaksanaan ACMF yang disahkan oleh Menteri-Menteri Kewangan Asean pada 2009. Tujuannya ialah untuk mempercepat pemprosesan permohonan penyenaraian sekunder bersama dengan dokumen-dokumen penzahiran yang berkaitan. Rangka Kerja ini disediakan bagi syarikat-syarikat yang ditubuhkan dan sebahagian besar sahamnya disenaraikan di bursa dalam bidang kuasa yang menjadi penanda tangan MoU itu. Apabila syarikat-syarikat memenuhi syarat-syarat yang ditetapkan dalam Rangka Kerja itu, negara-negara yang menandatangani MoU itu akan mengkaji permohonan ini dalam tempoh masa yang dipendekkan selama 35 hari perniagaan berbanding tempoh kajian biasa yang mengambil masa hingga 16 minggu. Malaysia, Singapura dan Thailand adalah tiga bidang kuasa pertama yang menandatangani MoU itu. Pengawal selia sekuriti dan bursa saham bidang kuasa Asean yang lainnya mungkin menyertai Rangka Kerja itu dengan menandatangani Memorandum Persefahaman mengenai Rangka Kerja Semakan Dipercepat bagi Penyenaraian Sekunder apabila negara-negara itu dapat memenuhi syarat-syarat Rangka Kerja itu. Dalam satu kenyataan, Pengerusi Suruhanjaya Sekuriti Malaysia, Tan Sri Zarinah Anwar berkata: "Rangka kerja itu akan memupuk penyepaduan pasaran modalyang lebih luas di rantau ini dan memperkenal ASEAN sebagai destinasi mengumpul dana global. "Inisiatif ini merupakan satu lagi pencapaian besar bagi ACMF dalam menggalakkan persekitaran yang mudah dan cekap bagi kegiatan sesama Asean yanglebih luas." Ketua Pegawai Eksekutif Bursa Malaysia, Datuk Tajuddin Atan, berkata: "MoU yang ditandatangani hari ini menandakan komitmen kita untuk mempermudah semakanDipercepat permohonan bagi penyenaraian sekunder dan terhadap penyepaduan pasaran modal ASEAN. Sementara itu, Penolong Pengarah Urusan MAS (Kumpulan Pasaran Modal), Lee Chuan Teck, berkata dalam satu kenyataan yang dikeluarkan di Singapura: "Pemeteraian MoU itu menunjukkan komitmen bidang kuasa ASEAN untuk berusaha kearah menyepadukan pasaran modal kita.

23  

Page 146: ASEAN (Sumber Internet).pdf

"Kami berharap Rangka Kerja Semakan Dipercepat ini akan menggalakkan lebih banyak syarikat tersenarai mendapatkan penyenaraian silang di rantau ini untuk meluaskan asas pelabur masing-masing. "Dengan semakin banyak penyenaraian silang, pelabur-pelabur di rantau ini akan lebih mudah mendapat akses kepada pilihan pelaburan yang lebih luas." -- BERNAMA TNS AMY JR KY

24  

Page 147: ASEAN (Sumber Internet).pdf

MINGGU FESYEN ASEAN SERLAHKAN KEUNIKAN ALAM SEMULAJADI SARAWAK

Date: 12-03-2012Author: / CJ NH PELANCONGAN-FESYEN KUCHING, 12 Mac (Bernama) -- Menteri pelancongan Sarawak Datuk Amar Abang Johari Tun Openg yakin bahawa Minggu Fesyen Asean yang julung kali diadakan di sini mulai 10-16 September tahun ini akan meletakkan negeri ini dalam kedudukan yang kukuh bagi mempromosikan keunikan alam semulajadinya termasuk fesyen pribumi Borneo secara global. Katanya model Sarawak, akan dipamerkan, dengan kerjasama Perkampungan Budaya Sarawak, sebagai penanda aras bagi acara yang diperakui Sekretariat Asean yang berpangkalan di Jakarta dan Kementerian Kebudayaan di peringkat negeri dan persekutuan. "Kita mempunyai pereka fesyen dengan reputasi antarabangsa tetapi mereka perlu didedahkan manakala negeri akan mendapat manfaat dari segi publisiti memandangkan audiensnya juga datang dari seluruh dunia," katanya dalam sidang media bagi mengumumkan mengenai acara itu yang juga serentak dengan Regatta tahunan Sarawak. Acara itu dijangka disiarkan untuk audiens di seluruh dunia melalui penyedia perkhidmatan satelit dan media antarabangsa selain siaran langsung dan rakaman acara selepas itu yang akan diadakan di pelbagai lokasi di bandaraya Kuching termasuk oleh saluran Fox International dan Fashion TV. Beliau berkata Minggu Fesyen Asean, yang akan mempamerkan gaya eksentrik Asean yang berasal dari 10 negara anggota Asean, juga akan menyaksikan lima pereka terkemuka dari setiap negara bersaing di peringkat serantau, menjadikannya acara kelima terbesar selepas empat minggu fesyen terbesar yang diadakan di peringkat global. Jepun yang bersetuju menyertai minggu fesyen ini, juga melahirkan minat bagi mengadakan satu bengkel fesyen bagi memberi gambaran mengenai industri fesyen berkaitan dengan Jepun atau industri itu pada keseluruhannya di peringkat ini, katanya. Katanya jemputan itu juga dipanjangkan ke India memandangkan ia merupakan industri yang menuju kepada bintang filem Bollywood manakala institusi dan sekolah fesyen Asean juga dijemput bagi mempromosikan bakal yang baru menonjol dan bakat baru dengan matlamat bagi mempamerkan salah satu busana seumpamanya. Minggu fesyen Asean akan dibuat secara giliran di kalangan negara anggota Asean dengan acara bagi 2013 akan dihoskan oleh Kemboja di Phnom Penh. -- BERNAMA CJ NH

25  

Page 148: ASEAN (Sumber Internet).pdf

ASEAN PERLU MANFAATKAN MEDIA BARU

Date: 01-03-2012 Author: Noor Farhana Ahmad Norain / NAN RV RHM AMRI-MEDIA KUALA LUMPUR, 1 Mac (Bernama) -- Asean perlu memanfaatkan media baru sebagai kaedah penting untuk meningkatkan keberkesanan dalam penggunaanya, kata Setiausaha Pejabat Operasi Komunikasi Presiden Filipina Herminio B. Colombo Jr. Beliau berkata media sosial telah menjadi wadah penting untuk menarik penglibatan rakyat Filipina yang terdiri daripada kira-kira 90 pengguna telefon bimbit dan 30 juta pengguna internet. "...dan kebanyakan orang muda suka membaca berita di internet daripada akhbar. Jadi, kita perlu memanfaatkan fenomena dan perkembangan baru ini supaya kita dapat meningkatkan keberkesanan media massa kita yang berlainan. "Teknologi merupakan rakan kita dalam membina tahap kesedaran lebih tinggi," katanya di luar Persidangan Menteri-Menteri Asean Bertanggungjawab Bagi Maklumat (AMRI) ke-11 di sini hari ini. Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin merasmikan persidangan itu pagi ini. Dalam ucapannya, Muhyiddin menyeru negara anggota Asean supaya mewujudkan rangka kerja pelbagai platform, yang melibatkan media arus perdana dan media sosial, untuk memudahkan pengaliran maklumat secara bebas demi manfaat pendudukdi rantau ini di samping memupuk semangat saling menyokong dan membantu dalam kalangan mereka. Naib Menteri Penerangan Vietnam, Nguyen Thanh Hung, bagaimanapun berkata dalam memastikan aliran bebas maklumat, aspek negatif media sosial juga perlu diambil kira. Beliau menggesa anggota Asean supaya mencapai persefahaman bersama dan suara senada dalam perkara itu. "Kita semua mengakui kelebihan media baru, seperti rangkaian sosial, tetapi kita juga menyedari akan aspek negatif media sosial. Kami fikir Asean perlu bincangkannya secara terperinci, bagaimana untuk meningkatkan aspek positif rangkaian sosial ini dan bagaimana untuk menyesuaikannya agar dapat memberi manfaat kepada setiap anggota dan kepentingan bersama komuniti ini," katanya. Prof Thongthong Chandransu, Setiausaha Tetap di Pejabat Perdana Menteri Thailand, pula menegaskan pentingnya aspek tanggungjawab sosial dipupuk dalam media perdana dan media sosial dalam memudahkan aliran bebas maklumat. Dalam konteks di Thailand, beliau berkata infrastruktur undang-undangnya sudah wujud untuk menjamin perkara itu. "Tanggungjawab sosial perlu menjadi pegangan setiap individu yang menggunakan media sosial. Apa yang dimuatkan dalam media sosial mestilah betul dan (pengguna perlu) bertanggungjawab," katanya. Persidangan tiga hari itu bertema 'Media: Mengakrabkan Hubungan, Menjalin Budaya Ke Arah Komuniti Satu Asean'.

26  

Page 149: ASEAN (Sumber Internet).pdf

Sepuluh negara anggota Asean iaitu Brunei Darussalam, Kemboja, Indonesia, Laos, Malaysia, Myanmar, Filipina, Singapura, Thailand dan Vietnam mempunyai jumlah populasi kira-kira 600 juta orang. -- BERNAMA NAN RV RHM

27  

Page 150: ASEAN (Sumber Internet).pdf

WAKIL TETAP BARU MALAYSIA KE ASEAN SERAH TAULIAH

Date: 01-03-2012 Author: Ahmad Fuad Yahya / AFY AFY RS ASEAN-MALAYSIA JAKARTA, 1 Mac (Bernama) -- Wakil Tetap Malaysia ke Asean yang baru dilantik Datuk Hasnudin Hamzah menyerahkan tauliahnya kepada Setiausaha Agung Asean DrSurin Pitsuwan, di Sekretariat Asean di sini. Di majlis itu, Dr Surin mengalu-alukan Hasnudin sambil melahirkan sanjungan kepada Malaysia atas komitmennya terhadap Asean. Pada mesyuarat yang menyusul, Hasnudin mengutarakan idea kerjasama perkhidmatan awam yang lebih kukuh dalam Asean bagi menyumbang kepada pembinaan Komuniti Asean, kata Sekretariat Asean dalam satu kenyataan. Sebelum pelantikannya, Hasnudin adalah Timbalan Ketua Pengarah di Sekretariat Kebangsaan Asean-Malaysia, Kementerian Luar. Beliau pernah juga bertugas sebagai Pesuruhjaya Tinggi Malaysia ke New Zealand (2009) dan Duta Besar Malaysia ke Jordan, serentak ke Iraq (2006). Di bawah Piagam Asean, setiap anggota Asean hendaklah melantik Wakil Tetap ke Asean bertaraf Duta Besar, dan berpejabat di Jakarta. -- BERNAMA AFY AFY RS

28  

Page 151: ASEAN (Sumber Internet).pdf

ASEAN AKAN MANFAATKAN POPULARITI MEDIA SOSIAL : RAIS

Date: 01-03-2012 Author: / RV NCD GR SP MAI AMRI-RAIS (HASIL) KUALA LUMPUR, 1 Mac (Bernama) -- Persidangan Menteri-menteri Asean Bertanggungjawab Bagi Maklumat (AMRI) Ke-11 yang berakhir di sini hari ini mengambil ketetapan bahawa Asean perlu memanfaatkan populariti media sosial untuk memastikan ia sentiasa mengikuti perkembangan masa dan terus relevan sebagai penyebar maklumat. Bercakap kepada pemberita selepas berakhirnya persidangan tiga hari itu di sebuah hotel di sini, Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan Datuk Seri Dr Rais Yatim berkata para menteri dari 10 negara anggota pertubuhan serantau itu mengiktiraf media sosial sebagai saluran berkesan dalam penyebaran maklumat dan sesuatu yang amat penting dalam menghubungkan sesama manusia serta dalam meningkatkan kesedaran tentang Asean dan integrasi. "Seluruh anggota perwakilan meluluskan pendirian mesyuarat bahawa pada masa akan datang, media sosial akan memainkan peranan lebih besar dalam menjadikan Asean lebih rapat antara satu dengan lain. Ini akan membolehkan kita menembusi kawasan yang lebih jauh dan meluas dalam Asean sendiri. "Ini bukanlah bermaksud untuk mengatakan bahawa media tradisional akan diketepikan, sebaliknya ia suatu percantuman antara media tradisional dan media baru," kata Rais yang menjadi pengerusi AMRI ke-11. Beliau berkata media sosial, yang mucul sebagai medium komunikasi paling pesat berkembang di rantau Asean hari ini, perlu dimantapkan lagi hingga ke tahap ia mampu mendorong generasi muda memainkan peranan lebih besar dalam meningkatkan kesedaran tentang Asean dan memperkukuhkan pertubuhan serantau ituke arah menjadikan hasrat mewujudkan Komuniti Asean, suatu kenyataan. Persidangan itu bertemakan 'Media: Mengakrabkan Hubungan dan Menjalin Budaya Ke Arah Komuniti Satu Asean'. Komuniti Asean mempunyai tiga tonggak iaitu Komuniti Politik-Keselamatan Asean, Komuniti Ekonomi Asean dan Komuniti Sosiobudaya Asean. Rais berkata persidangan itu membincangkan tentang kemunculan media baru, terutama media sosial, sebagai alat penting untuk berkomunikasi dan berinteraksi di rantau Asean serta kepentingan media sosial, terutama dalam misi membina Komuniti Asean. Katanya AMRI menyeru agar negara anggota Asean berbincang secara aktif untuk mengenal pasti program dan kegiatan yang wajar dilaksanakan melalui penggunaan media sosial secara positif bagi menyemai nilai budaya, persefahaman dan perpaduan dalam kalangan penduduk dan masyarakat Asean. "Ini amat penting, khususnya berhubung usaha AMRI untuk membantu membina Komuniti Asean. Dalam kita menuju 2015, apabila Asean akan menjadi sebuah Komuniti Ekonomi, segala usaha perlu dilakukan untuk menarik penyertaan kumpulan sasaran utama, khususnya pemuda-pemudi kita, untuk menerangkan apa ertinya semuaini kepada mereka, apabila perkara itu berlaku," katanya. Rais berkata satu lagi daripada lima hasil utama yang dicapai AMRI ialah

29  

Page 152: ASEAN (Sumber Internet).pdf

berkaitan Kuiz Asean bersepadu, yang akan dibuat penambahbaikan untuk mencerminkan Asean yang wujud sekarang. Beliau berkata Kuiz Asean, yang diadakan dengan amat jayanya sejak 10 tahun lepas, akan mempunyai format yang sama, lebih tersusun dan seragam serta akan berasaskan Buku Sumber Kurikulum yang mengandungi lima tema untuk mencerminkanidentiti Asean ketika ini. Satu lagi hasil yang dicapai ialah berkaitan penyatuan Portal Budaya dan Maklumat Asean (ACIP) dan Portal Media Asean (AMP). Rais berkata dua portal itu akan digabungkan melalui penggunaan media sosial dan media baru yang relevan untuk dijadikan sebuah "hentian pertama", bukan sebuah portal "sehenti". Katanya alat media sosial seperti Facebook dan Twitter akan digabungkan dalam portal itu. "Ini akan digembleng untuk meningkatkan penampilan Asean dalam kalangan penduduk rantau ini dan untuk membolehkan mereka memahami bahawa sebenarnya, kewujudan Asean juga bertujuan menyebarkan maklumat dan betapa luasnya peranan budaya sebagai faktor penyatu bagi penduduk Asean,' katanya. Satu lagi hasil AMRI Ke-11 yang dinyatakan oleh Rais ialah berkaitan kemajuan dalam bidang penyiaran digital, di mana negara anggota Asean digalakkan beralih kepada standard DVB-T2. Beliau berkata anggota Asean Digital Broadcasting (ADB) akan memberi perhatian terhadap keperluan latihan dengan kejasama Rakan Dialog. DVB-T2 merujuk kepada Second Generation Terrestrial, iaitu lanjutan daripada televisyen standard DVB-T. Persidangan itu juga menerima pakai Deraf Rangka Kerja Pelan Untuk Memperkukuhkan Kerjasama Asean Campur Tiga Melalui Maklumat dan Media (2012-2017). Melalui langkah ini, negara anggota Asean akan memainkan peranan utama dalam menyelaras 17 projek seperti pertukaran petugas media dan penyiaran, pertukaran berita, penyiaran digital dan penerbitan bersama serta perkongsian amalan terbaik. Rais berkata kerjasama antara AMRI dan Rakan Dialog Asean -- China, Jepun dan Korea Selatan -- akan menyaksikan kemunculan lebih banyak usaha secara bersama dalam bidang latihan dan pembangunan modal insan serta pertukaran berita dan budaya. "Kami mempunyai rancangan untuk memperkukuhkan lagi Kerjasama Asean CampurTiga. Ini melibatkan perkongsian strategik, pembangunan maklumat dan media, kandungan penyiaran, rangkaian dan pertukaran wartawan. "Lebih jauh daripada itu, kami mempunyai bantuan latihan dan teknikal, daripada pelbagai negara dalam tiga perkumpulan ini," kata beliau. -- BERNAMA RV NCD GR SP MAI

30  

Page 153: ASEAN (Sumber Internet).pdf

ASEAN CAPAI KEMAJUAN KETARA DALAM RANCANGAN KOMUNIKASI NEGARA

Date: 01-03-2012 Author: / NAN RV AO KLS AMRI-LAOS KUALA LUMPUR, 1 Mac (Bernama) -- Media di semua negara anggota Asean telah mencapai kemajuan yang ketara dalam melaksanakan Rancangan Komunikasi Negara untuk menggalakkan persefahaman lebih baik di kalangan komuniti Asean dan mendekatkan masyarakat di rantau ini. Timbalan Menteri Penerangan, Kebudayaan dan Pelancongan Laos Savankhone Razmountry berkata kerjasama sektor maklumat dan media Asean telah diperkukuhkan dalam pelbagai bidang sejak Persidangan Menteri-menteri Asean Bertanggungjawab Bagi Maklumat (AMRI) Ke-10 di Vientiane pada 2009. Beliau berkata kerjasama itu termasuk pertukaran berita, anggota media dan kerjasama media lain melalui pembiayaan daripada Persekutuan Industri Pembinaan Asean (ACF) dan Rakan Dialog. "Kami amat menghargai usaha dari semua negara anggota Asean yang terbabit dalam Kerjasama Penyiaran Digital Asean yang berjaya menunjukkan kemajuan ketara dalam program mereka," kata pengerusi Amri dalam kenyataan pembukaan sebelum menyerahkan jawatan itu kepada Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan Datuk Seri Dr Rais Yatim pada persidangan AMRI ke-11 di sebuah hotel di sini, hari ini. AMRI ke-11 dibuka secara rasmi oleh Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin pagi tadi. Persidangan tiga hari ini bertemakan 'Media: Mengakrabkan Hubungan dan Menjalin Budaya ke Arah Komuniti Satu Asean'. Rancangan Komunikasi Negara adalah program penerangan tetap negara anggota untuk mempromosikan Asean dan aktivitinya di kalangan rakyat di negara mereka. Savankhone berkata kerjasama antara AMRI dan tiga rakan dialog mereka dari China, Jepun dan Korea Selatan -- juga diperkukuhkan menerusi banyak rangka kerja kerjasama termasuk pertukaran lawatan dan kakitangan organisasi media dan kerajaan. Kerjasama itu juga membabitkan bengkel dan latihan, pertukaran berita, pengeluaran bersama program penyiaran dan usaha menyeluruh bersama dalam industri filem. Beliau berkata media bukan sahaja berperanan menyalurkan maklumat berterusan, tetapi juga membantu masyarakat untuk berkomunikasi antara satu sama lain dan menggalakkan persefahaman lebih baik di kalangan rakyat negara Asean. "Bagi memastikan dan meningkatkan hubungan komunikasi dan hubungan rakyat dengan komuniti Asean, sektor media anggota negara Asean mempunyai peranan penting untuk mewujudkan komunikasi dan maklumat yang berkesan serta efisien di dalam komuniti Asean," katanya. -- BERNAMA NAN RV AO KLS

31  

Page 154: ASEAN (Sumber Internet).pdf

MUHYIDDIN SERU ASEAN WUJUDKAN PENGALIRAN MAKLUMAT SECARA BEBAS

Date: 01-03-2012 Author: / RV AO SP MAI MUHYIDDIN-AMRI (ASEAN) KUALA LUMPUR, 1 Mac (Bernama) -- Tan Sri Muhyiddin Yassin menyeru negara anggota Asean supaya mewujudkan rangka kerja pelbagai platform, yang melibatkan media arus perdana dan media sosial, untuk memudahkan pengaliran maklumat secarabebas demi manfaat penduduk di rantau ini di samping memupuk semangat saling menyokong dan membantu dalam kalangan mereka. Timbalan Perdana Menteri berkata perkara itu perlu diberi tumpuan utama agar penduduk Asean yang berjumlah 600 juta orang, tidak berada dalam kegelapan tentang perkembangan penting yang berlaku di rantau ini. "Saya percaya, berbekalkan maklumat yang tepat, kita akan dapat melaksankan tugas kita dengan lebih bersemangat ke arah mencapai matlamat dan misi yang ditetapkan," katanya ketika merasmikan Persidangan Menteri-menteri Asean Bertanggungjawab Bagi Maklumat (AMRI) Ke-11 di sini hari ini. Beliau berkata untuk merealisasikan wawasan Komuniti Asean, negara anggota pertubuhan itu perlu meningkatkan kefahaman serta penghayatan anggotanya terhadap sistem politik, budaya dan sejarah Asean. Muhyiddin berharap lebih banyak sektor dari negara anggota Asean terlibat dengan pelaksanaan lebih banyak projek dan aktiviti melalui persidangan akademik, bengkel dan seminar. "Kita juga perlu menggalakkan penghasilan penerbitan secara berkala tentang dinamik perkembangan politik, budaya dan sejarah yang berlaku di negara anggota Asean untuk diedar kepada orang ramai," katanya. Muhyiddin juga berharap orang ramai lebih menyedari tentang peta laluan ke arah penubuhan Komuniti Asean dan menegaskan bahawa kesedaran boleh memberi kekuatan, tetapi kesedaran tanpa tindakan, tidak membawa sebarang makna. "Kita perlu menggembleng usaha dan melaksanakan semua program yang perlu dijalankan untuk mencapai hasrat kita. Oleh itu, tema yang digunakan untuk AMRI Ke-11 ini, memang kena dengan masanya dan relevan," kata beliau. Persidangan tiga hari itu bertemakan "Media: Mengakrabkan Hubungan dan Menjalin Budaya Ke Arah Komuniti Satu Asean". Komuniti Asean mempunyai tiga tonggak iaitu Komuniti Politik-Keselamatan, Komuniti Ekonomi Asean dan Komuniti Sosiobudaya Asean. Setiap tonggak mempunyai rangka tindakan tersendiri serta Inisiatif bagi Rangka Kerja Strategik ke arah Integrasi Asean (IAI) dan Pelan Kerja IAI Fasa 11(2009-2015), yang membentuk hala tuju Komuniti Asean. Muhyiddin berkata negara anggota Asean perlu melipatgandakan usaha ke arah mewujudkan identiti Asean, yang mencerminkan keperibadian, norma, nilai dan keyakinan bersama mereka. "Untuk membolehkan kita berbuat demikian, kita perlu meningkatkan usaha ke arah melahirkan semangat kekitaan, memperkukuhkan perpaduan dalam kepelbagaiandan meningkatkan kefahaman dalam kalangan negara anggota Asean tentang budaya,

32  

Page 155: ASEAN (Sumber Internet).pdf

sejarah, agama dan tamadun mereka," kata beliau. Pertubuhan 10 anggota dengan kira-kira 600 juta penduduk itu terdiri daripada Brunei Darussalam, Kemboja, Indonesia, Laos, Malaysia, Myanmar, Filipina, Singapura, Thailand dan Vietnam. Muhyiddin berkata dalam kalangan negara anggota Asean, Pelan Komunikasi Nasional digubal untuk membentuk identiti dan meningkatkan kesedaran penduduknya tentang pentingnya mereka melaksanakan usaha melalui pelbagai program. "Kita perlu berusaha dengan lebih giat dalam bidang ini sekiranya kita ingin mencapai tahap kesedaran umum seperti yang diharapkan dalam kalangan 600 juta penduduk kita," katanya. Muhyiddin berkata beliau gembira kerana Malaysia bergerak secara aktif ke arah mencapai misi AMRI serta terus melaksanakan program dan projek yang boleh memperkuhkan kerjasama dalam sektor media, penerangan dan penyiaran. Dalam hubungan itu, beliau menyebut tentang program kesedaran Asean, pertukaran berita radio dan televisyen, penghasilan bersama filem dan program televisyen serta pameran. Muhyiddin berkata oleh kerana Asean memiliki kepelbagaian daripada segi budaya, etnik dan bahasa, maka kepelbagaian ini perlu dihargai dan dihayati serta "perlu dijadikan sebahagian daripada nilai intrinsik dalam pemikiran kita". Mengenai media sosial, beliau berkata ini, ia menjadi sebahagian penting daripada komuniti global seperti yang dapat dilihat dengan jelas dalam peristiwa terbaru yang berlaku di Timur Tengah. "Dengan mengambil iktibar daripada perkembangan ini, kita perlu berhubung dengan rakyat kita melalui media sosial. Media sosial menyediakan untuk kita medium yang cukup baik untuk mendampingi dan memahami aspirasi serta kebimbangan yang dirasai penduduk kita," kata Timbalan Perdana Menteri. Sambil mengaitkan kejayaan Asean selama ini kepada pertumbuhan ekonomi yang dialaminya, Muhyiddin berkata Asean juga mencapai kematangan daripada segi politik. "Semakin ramai yang menikmati lebih banyak kebebasan berbanding sebelum ini. Saya yakin kemajuan dalam bidang ini akan berterusan," katanya. -- BERNAMA RV AO SP MAI

33  

Page 156: ASEAN (Sumber Internet).pdf

MUHYIDDIN RASMI PERSIDANGAN MENTERI PENERANGAN ASEAN KE-11

Date: 01-03-2012 Author: / RV RV HM AMRI-PEMBUKAAN KUALA LUMPUR, 1 Mac (Bernama) -- Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini merasmikan Persidangan Menteri-Menteri Penerangan Asean (AMRI)Ke-11 di sini hari ini. Terdahulu Menter-menteri Penerangan Asean beserta rakan dialog mereka dari China, Jepun dan Korea Selatan dengan diiringi Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan Datuk Seri Dr Rais Yatim membuat kunjungan hormat ke atas Muhyiddin di hotel persidangan. Sebagai sebahagian daripada acara pembukaan, Menteri-menteri dan para perwakilan termasuk rakan-rakan dialog diraikan dengan persembahan kebudayaan. Selepas majlis perasmian, Menteri-menteri Asean menghadiri pula majlis tertutup AMRI Ke-11 yang dijadual selama kira-kira dua jam mulai 10.45 pagi, yang antara lain mereka akan mempertimbangkan cadangan dan rancangan yang telah dipersetujui pada mesyuarat peringkat pegawai-pegawai kanan. Selepas jamuan tengah hari, dijadual pula mesyuarat AMRI+3 beserta rakan dialog di mana mereka dijangka meluluskan rangka kerja yang telah dibincangkan oleh para pegawai kanan dan rakan dialog mereka semalam. Kementerian Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan yang diterajui Rais menjadi tuan rumah persidangan. Yang turut hadir pada majlis pembukaan ialah Timbalan-timbalan Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan iaitu Datuk Maglin Dennis D'Cruz dan Datuk Joseph Salang serta Ketua Setiausaha kementerian, Datuk Seri Kamaruddin Siaraf. Persidangan dijangka berakhir lewat petang dengan penerimaan Laporan AMRI dan persidangan akhbar oleh pengerusi dan naib pengerusi. Sempena dengan persidangan, akan diadakan persembahan muzikal "Asean MusicalExtravaganza" di Istana Budaya pada sebelah malam. Persidangan tiga hari ini bertemakan "Media" Mengakrabkan Hubungan dan MenjalinBudaya ke Arah Komuniti Satu Asean". Komuniti Asean mengandungi tiga tonggak iaitu Komuniti Politik-Keselamatan, Komuniti Ekonomi Asean dan Komuniti Sosiobudaya Asean. Setiap tonggak mempunyai pelan tindakan tersendiri beserta Inisiatif untuk Integrasi Asean (IAI) Rangka Kerja Strategik dan Pelan Kerja IAI Fasa 11 (2009-2015) yang merupakan hala tuju untuk Komuniti Asean. Sepuluh negara anggota Asean dengan populasi kira-kira 600 juta orang terdiri daripada Brunei Darussalam, Kemboja, Indonesia, Laos, Malaysia, Myanmar, Filipina, Singapura, Thailand dan Vietnam. -- BERNAMA RV RV HM

34  

Page 157: ASEAN (Sumber Internet).pdf

CHINA, JEPUN DAN KOREA SELATAN DIGESA TERUS MEMBANTU ANGGOTA ASEAN

Date: 29-02-2012 Author: / RV RV ROS AMRI-CAMPUR TIGA KUALA LUMPUR, 29 Feb (Bernama) -- Tiga rakan dialog Asean iaitu China, Jepun dan Korea Selatan digesa agar terus menghulurkan bantuan dalam berkongsi kepakaran serta pengalaman mereka dengan negara anggota Asean, termasuk kerjasama ke arah mewujudkan rangkaian maklumat yang saling menghubungkan. Bercakap pada Mesyuarat Pegawai-pegawai kanan Bertanggungjawab bagi Maklumat Asean (SOMRI) dan pegawai kanan dari China, Jepun dan Korea Selatan (SOMRI+3), di sini hari ini, Ketua Setiausaha Kementerian Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan Datuk Seri Kamaruddin Siaraf berkata kerjasama Asean Campur Tiga semakin berkembang dan bertambah akrab dalam banyak bidang sejak proses itu bermula pada 1997. Beliau menarik perhatian bahawa salah satu bidang yang mencapai kemajuan menerusi Asean Campur Tiga adalah dalam kerjasama sosio-budaya dan hasilnya, pelbagai aktiviti telah dijalankan dalam bidang seperti penerangan, alam sekitar, seni dan budaya serta pendidikan. Beliau berkata draf Pelan Kerja ke arah Meningkatkan Kerjasama Asean+3 Menerusi Maklumat dan Media (2010-2015) diwujudkan pada 2009 yang merangkumi aktiviti kerjasama seperti menggalakkan pembinaan keupayaan, kerjasama media dan rangkaian media. "Dalam hubungan ini, saya ingin memohon agar rakan-rakan saya dalam SOMRI, termasuk Malaysia, supaya tampil untuk memulakan baki aktiviti yang masih belum dilaksanakan," kata Kamaruddin, yang juga pengerusi SOMRI+3. "Saya percaya menjadi hasrat semua pihak untuk memastikan projek-projek yang akan dilaksanakan akan membawa manfaat bersama," katanya, sambil menambah pada masa ini, tempoh masa bagi draf pelan kerja itu dijadualkan semula kepada 2012-2017. SOMRI dan mesyuarat-mesyuarat berkaitan aalah sebagai persiapan bagi Persidangan Menteri-Menteri Asean Bertanggungjawab bagi Maklumat (AMRI) ke-11 esok. Persidangan tiga hari itu bertemakan "Media: Mengakrabkan Hubungan dan Menjalin Budaya ke Arah Komuniti Satu Asean". Komuniti Asean mengandungi tiga tonggak iaitu Komuniti Politik- Keselamatan,

35  

Page 158: ASEAN (Sumber Internet).pdf

Komuniti Ekonomi Asean dan Komuniti Sosiobudaya Asean. Perkumpulan 10 negara serantau itu, yang dihuni penduduk berjumlah kira- kira 600 juta, terdiri daripada Brunei Darussalam, Kemboja, Indonesia, Laos, Malaysia, Myanmar, Filipina, Singapura, Thailand dan Vietnam. -- BERNAMA RV RV ROS

36  

Page 159: ASEAN (Sumber Internet).pdf

NEGARA ANGGOTA ASEAN ADA FOKUS TERSENDIRI TETAPI DENGAN SATU TUJUAN

Date: 28-02-2012 Author: / NAN RV HBS1 NH SOMRI-FOKUS KUALA LUMPUR, 28 Feb (Bernama) -- Semasa negara anggota pada mesyuaratPegawai-pegawai Kanan Bertanggungjawab bagi Maklumat Asean (SOMRI) yang sedang berlangsung sekarang mempunyai fokus masing-masing, namun semua tertumpu pada satu tujuan iaitu bagi merealisasikan Komuniti Asean menjelang 2015. Freddy H.Tulung dari Indonesia berkata republik itu berharap kerjasama di kalangan negara anggota Asean bagi mencapai matlamat Komuniti Asean 2015. Direktur Jeneral di Direkturat Jeneral Penerangan dan komunikasi awam, Kementerian Penerangan dan Teknologi Maklumat Indonesia, berkata mereka yanghadir akan memfokus kepada dua cara kerjasama iaitu melalui inisiatif rakyat dan hubungan kerajaan dengan kerajaan (G2G). "Kita sepakat untuk meningkatkan penglibatan pada peringkat akar umbi dan juga daripada segi output, bagaimana membentuk kerjasama rakyat dengan rakyatdalam konteks membentuk Komuniti Asean," katanya ketika ditemui di luar mesyuarat di sebuah hotel di sini. Mesyuarat tiga hari itu bertemakan 'Media: Mengakrabkan Hubungan dan Menjalin Budaya ke Arah Komuniti Satu Asean'. Komuniti Asean mengandungi tigatonggak iaitu Komuniti Politik-Keselamatan Asean, Komuniti Ekonomi Asean dan Komuniti Sosiobudaya Asean. Persidangan SOMRI itu diadakan sebagai persiapan Persidangan Ke-11 Menteri-Menteri Asean Bertanggungjawab bagi Maklumat (AMRI) yang bermula Khamis ini. Dalam pada itu, Pengarah Penerangan Brunei, Dr Md Hadi berkata negaranya sudah memain peranan penting dalam program Berita Televisyen Asean yang mengumpul berita dan menayangkan filem kebudayaan dari negara anggota. "Kemudian kita akan sebarkan pula berita ini ke negara-negara Asean lain. Kita juga ada beberapa projek lain seperti pertukaran pelajar universiti antara negara Asean untuk berkongsi maklumat dan mempelajari tentang sosio-budaya Asean, yang merupakan salah satu projek ke arah mencapai Komuniti Asean 2015," kata Md Hadi yang juga pengerusi Jawatankuasa bagi Kebudayaan dan Penerangan (COCI), sebuah jawatankuasa kecil di bawah AMRI dan SOMRI. Seorang wakil Myanmar, U Win Kyi, berkata negara itu akan mengambil bahagian dalam perbincangan mengenai penggunaan sepenuhnya media baru, khususnya internet, sebagai alat menyebarkan maklumat kepada rakyat negaranya.

37  

Page 160: ASEAN (Sumber Internet).pdf

"Myanmar sudah mengambil bahagian dalam semua projek Asean dan tidak terdapat sebarang kesulitan atau sekatan untuk melaksanakan projek penerangan di negara kami," katanya. Seorang pegawai kanan dari Thailand, Ladavan Bua-Aim berkata fokus negaranya ialah untuk mencari cara paling berkesan menyebarkan maklumat kepada rakyat di kawasan luar bandar. "Kami sedang menumpukan perhatian terhadap rakyat di peringkat akar umbi. Kami ingin memberitahu mereka apa yang akan terjadi pada masa akan datang kerana kita dikelilingi negara anggota Asean dan tiga rakan dialog (Jepun, Korea Selatan dan China). Bagaimana kita boleh hidup bersama dan mengekalkan kestabilan di rantau kita," katanya yang berjawatan Timbalan Ketua Pengarah Jabatan Perhubungan Awam Thailand. Sementara itu, Timbalan Setiausaha (Maklumat dan Pengurusan Korporat) Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Kesenian Singapura, Sim Gim Guan berkata pada persidangan nanti republik itu mencari bagaimana AMRI pada keseluruhannya dapat memain peranan penting di bidang maklumat. "Kami berpendapat media tradisional masih lagi sangat penting. Jadi semasa kita bercakap tentang media sosial, saya fikir kita tidak seharusnya melupakan peranan yang dimainkan oleh media tradisional," katanya. Sim berkata republik itu juga akan menumpukan fokus terhadap peranan perkhidmatan penyiaran awam. "..tentang bagaimana kita boleh memastikan yang kita juga boleh menggunakannya sebagai platform untuk terus sampai kepada rakyat menerusi produk yang lebih berkualiti," katanya. Selain Indonesia, Brunei Darussalam, Myanmar, Thailand dan Singapura, Asean juga dianggotai oleh Malaysia, Kemboja, Laos, Filipina dan Vietnam. -- BERNAMA NAN RV HBS1 NH

38  

Page 161: ASEAN (Sumber Internet).pdf

M'SIA JADI TUAN RUMAH PERSIDANGAN MENTERI-MENTERI PENERANGAN ASEAN DARI

Date: 22-02-2012 Author: / NCD MOK ROS RAIS-AMRI KUALA LUMPUR, 22 Feb (Bernama) -- Malaysia akan menjadi tuan rumah Persidangan Menteri-menteri Penerangan Asean (Amri) ke-11 dari 28 Feb hingga 1 Mac. Bertemakan 'Media: Mengakrabkan Hubungan, Menjalin Budaya ke Arah Komuniti Satu Asean', persidangan di Hotel Royale Chulan itu akan dirasmikan oleh Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin pada 1 Mac. Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan Datuk Seri Dr Rais Yatim berkata persidangan itu terdiri daripada empat mesyuarat termasuk Pegawai Kanan Bertanggungjawab untuk Maklumat Asean (Somri) dan Menteri-menteri Asean yang Bertanggungjawab bagi Mesyuarat Maklumat (Amri). Rais berkata Malaysia akan mengemukakan isu media sosial yang semakin berkembang ketika ini untuk dibahaskan pada persidangan yang diadakan setiap dua tahun sekali itu. "Perhimpunan menteri-menteri penerangan ini akan membuka satu lembaran baru berhubung dengan isu kemanusiaan yang baru iaitu kesan 'social media' atau media sosial. "Oleh itu, para menteri Asean yang bertanggungjawab mengenai informasi atau penerangan perlu membincangkan hal ini dan bagaimana kita wajar bertukar-tukar pendapat dan juga dasar semoga Asean harmonis dalam keadaan kita mengendalikanmedia sosial yang diperkatakan begitu banyak pada saat ini," katanya kepada pemberita di sini hari ini. Beliau berkata Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak turut dijadual menghadiri 'Asean Musical Extravaganza' iaitu persembahan gala untuk meraikan menteri-menteri Penerangan Asean yang menghadiri persidangan berkenaan. Persembahan itu akan diadakan di Istana Budaya pada 1 Mac bermula pukul 8 malam, katanya. "Ada 10 persembahan pementasan lagu-lagu dan tarian yang mencerminkan negaraasal masing-masing dan Malaysia mungkin menyumbang lebih tiga persembahan dan ini akan mencerminkan kesatuan negara-negara Asean dalam memupuk kerjasama kebudayaan," katanya. -- BERNAMA NCD MOK ROS

39  

Page 162: ASEAN (Sumber Internet).pdf

SYARIKAT ASEAN DIGALAK RAIH PEMBANGUNAN INDIA YANG SEMAKIN BERKEMBANG

Date: 16-02-2012 Author: Daripada Nor Baizura Basri / NBB VMD AHM ASEAN-PELABURAN NEW DELHI, 16 Feb (Bernama) -- Syarikat-syarikat Asean digalakkan meraih banyak peluang pelaburan yang semakin muncul di India, terutama sekali di dalam pembangunan sektor infrastruktur yang kukuh negara itu. Timbalan Pengerusi Suruhanjaya Perancangan Dr Montek Singh Ahluwalia berkata negara itu memerlukan pelaburan kira-kira US$50 bilion atau antara 3.0 dan 3.5 peratus daripada Keluaran dalam Negara Kasarnya (KDNK) bagi tempoh lima tahun akan datang. "Syarikat-syarikat asing sedang melabur di dalam banyak industri, seperti kehadiran syarikat-syarikat Malaysia yang jelas di dalam bidang infrastruktur, perumahan dan kereta api. "Syarikat-syarikat Asean akan berpeluang untuk mengambil bahagian di dalam pembangunan yang pesat ini. Antara sektor lain yang sedang berkembang di sini ialah kesihatan dan pendidikan," katanya kepada sekumpulan wartawan Asean di sini. Antara syarikat Malaysia yang telah melabur di India termasuk IJM Corporation, Scomi Group, Maxis Bhd dan Axiata Group Bhd. Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak pada Selasa berkata syarikat-syarikat Malaysia telah mendapat 87 projek di India bernilai RM5.5 bilion. Kini, kebanyakan pelaburan langsung asing (FDI) di India dapat dilihat di dalam industri pembinaan, kewangan, telekomunikasi, perumahan dan hartanah dan kuasa. Perangkaan yang diumumkan oleh Jabatan Perindustrian, Dasar dan Pengalakan India menunjukkan bahawa aliran masuk FDI ke negara itu dicatatkan US$23.69 bilion antara Januari dan Oktober tahun lepas, yang meningkat 36 peratus berbanding tempoh yang sama 2010. Pada masa yang sama, Ahluwalia berkata syarikat-syarikat India juga digalakkan melabur di dalam negara-negara Asean dan meraih potensi sedia ada di dalam ekonomi berkenaan yang semakin berkembang, terutama berikutan kebimbanganberterusan terhadap krisis zon Euro. Kira-kira 20 wartawan telah dijemput ke India bagi menyertai program pertukaran media yang bertujuan mewujudkan lebih kefahaman hubungan dua hala antara India dan 10 negara anggota Asean yang kini memasuki ulang tahun ke-20 pada tahun ini. Selain bertemu Ahluwalia, para wartawan itu telah menemui Menteri Hal Ehwal Luar India S.M Krishna, melawat Taj Mahal di Agra, yang merupakan salah satu daripada tujuh keajaipan dunia, institusi pendidikan tinggi yang cemerlang dan syarikat-syarikat India yang mencapai kejayaan di India dan antarabangsa. -- BERNAMA NBB VMD AHM

40  

Page 163: ASEAN (Sumber Internet).pdf

PELABUR RUNCIT TEMPATAN PERLU LEBIH BANYAK PENDEDAHAN KEPADA PASARAN ASEAN,

Date: 14-01-2012 Author: / ZER AS ZK MAYBANK-RUNCIT KUALA LUMPUR, 14 Jan (Bernama) -- Pelabur runcit tempatan perlu lebih banyak pendedahan kepada pasaran Asean, kata Ketua Pegawai Eksekutif Maybank Investment Banking, Tengku Datuk Zafrul Abdul Aziz. "Sekarang ini, kebanyakan peluang diambil oleh pengurus dana institusi dan perniagaan rangkaian tinggi," katanya kepada pemberita selepas siri persidangan Strategi Runcit 2012, "Invest Asian", di sini, hari ini. Persidangan setengah hari itu dianjurkan oleh Maybank Investment dan Maybank Kim Eng. Zafrul berkata objektif persidangan itu adalah untuk mendidik pelabur runcit tempatan mengenai bagaimana melabur di Pasaran Asean. "Kami perlu mempunyai instrumen yang betul. Dengan persidangan ini, kami berusaha untuk mendidik orang awam Malaysia mengenai kemungkinan melabur di Asia, kami melihat pasaran Asia sebagai satu," katanya. Beliau berkata instrumen penting lain adalah untuk menggunakan teknologi terkini sebagai bantuan pelaburan, sambil menambah, orang hari ini menggunakan I-Pad, I-Phone dan Blackberry antara lainnya, bagi memenuhi tujuan ini. Sementara itu, Zafrul berkata Maybank Investment akan melancarkan platform mudah alihnya Global Online Training tidak lama lagi, dan ia boleh dimuat turun secara percuma oleh pelanggan daripada laman webnya. "Ketika ini, platform itu hanya tersedia bagi komputer, dengan pelanggan perlu mengelog masuk ke internet dan seterusnya. Tetapi kami tidak mempunyai aplikasi khusus yang anda bolek klik dan muat naik ke dalam telefon anda," katanya. Beliau berkata Maybank Investment sedang berusaha mendapatkan kelulusan penyedia I-Phone, Blackberry dan penyedia syarikat telefon pintar lain, bagi pelaksanaan platform ini. "Platformnya sudahpun ada. Harapnya, pada Februari, kami boleh melancarkannya," kata Zafrul, sambil menambah, ia juga akan menjadi platform latihan dalam talian global pertama bagi peranti mudah alih. -- BERNAMA ZER AS ZK

41  

Page 164: ASEAN (Sumber Internet).pdf

ASEAN PERLU REBUT PELUANG YANG MUNCUL DARIPADA KELEMBAPAN EKONOMI DUNIA,

Date: 10-01-2012 Author: Daripada Zairina Zainudin / ZAI TOM NHD ASEAN-REBUT HANOI, 10 Jan (Bernama) -- Asean perlu mengambil kesempatan daripada peluang-peluang yang muncul daripada kelembapan ekonomi dunia, kata Ketua Setiausaha Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Dr Rebecca Fatima Sta Maria hari ini. Beliau berkata krisis hutang zon euro yang melanda negara-negara Eropah boleh menjadi peluang bagi negara-negara Asean untuk membangunkan keupayaanmereka di rantau ini. "Jika kita tidak meningkatkan usaha kita dan mengambil kesempatan daripada keadaan semasa, kita akan ketinggalan. Adalah penting bagi Asean untuk merebut peluang berkenaan. "Terdapat banyak ketidaktentuan. Bagaimanapun, Asean perlu terus memberi tumpuan kepada usaha meningkatkan penggunaan domestik, pelaburan domestik, perdagangan dan pelaburan sesama Asean," kata beliau kepada pemberita di luar acara program Inisiatif Pemimpin Muda Hitachi (HYLI) ke-11 di sini. Mengenai Malaysia yang berada pada kedudukan ke-10 bagi negara paling menarik untuk pelaburan langsung asing (FDI), beliau berkata pelaburan di Malaysia tidak akan memberi manfaat kepada negara sahaja tetapi juga negara-negara Asean yang lain. "Manfaat akan mengalir kerana integrasi Asean (pada 2015), jika negara-negara Asean tidak bersepadu, maka tiada faedahnya. Itulah cara ia berfungsi," tambah beliau. Inisiatif Pemimpin Muda Hitachi adalah program hubungan masyarakat dihoskan oleh Hitachi di mana empat pelajar cemerlang dari tujuh negara Asia bertemu untuk membincangkan isu-isu semasa dan serantau. -- BERNAMA ZAI TOM NHD

42  

Page 165: ASEAN (Sumber Internet).pdf

KOMUNITI EKONOMI ASEAN TERUS BERGERAK MAJU PADA 2012

Date: 28-12-2011 Author: Massita Ahmad / MAS VMD ZK SOROTAN-ASEAN KUALA LUMPUR, 28 Dis (Bernama) -- Komuniti Ekonomi ASEAN (AEC) akan terus bergerak maju pada tahun depan manakala integrasi ekonomi Asean dijangka mengumpulkan momentum yang diunjur mencatatkan pertumbuhan antara lima dan enam peratus. Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Mustapa Mohamed berkata Asean berada di landasan untuk merealisasikan AEC menjelang 2015. Beliau berkata perkumpulan 10 negara itu setakat ini berjaya memenuhi komitmennya dalam barangan, perkhidmatan dan pelaburan, dan telah melaksanakan 83.8 peratus daripada langkah-langkah di bawah fasa I Pelan Tindakan AEC antara tempoh 2008-2009 dan 64.1 peratus di bawah fasa II bagi tempoh antara 2010-2011. Menurut Laporan Tahunan Asean terbaharu, di sebalik pencapaian ini terdapat cabaran dalam melaksanakan AEC yang mana paling kritikal adalah keperluan untuk menilai ketepatan masa melaksanakan langkah-langkah dan kesan serta keberkesanannya. "Lebih banyak tindakan masih diperlukan," kata laporan itu, sambil menambah Asean perlu terus melibatkan sektor swasta, mengukuhkan hubungan, menangani jurang pembangunan dan meningkatkan sokongan institusi serta penyelarasan makroekonomi dan dasar. Ia menyatakan Menteri-Menteri Ekonomi Asean (AEM), yang menyelia pelaksanaan langkah-langkah dalam pelan tindakan itu, menekankan kepentingan pembabitan sektor awam-swasta sebagai platform bagi memastikan sinergi bersama yang lebih besar dalam pelaksanaan pembangunan ekonomi Asean dan langkah-langkah integrasi. Dialog dengan wakil sektor swasta dari Asean dan Rakan-Rakan Dialog telah dan akan terus diadakan, kata laporan itu. Laporan itu juga menyatakan bagi menyokong integrasi Asean ke dalam ekonomi global, penglibatan dengan Rakan-Rakan Dialog juga diteruskan dengan pelaksanaan Perjanjian Perdagangan Bebas dan Perkongsian Ekonomi yang sedang dijalankan dengan China, Jepun, Korea, India, serta Australia dan New Zealand. Di Persidangan Asean CIMB 2011 pada Oktober lepas, Ketua Eksekutif CIMB Group, Datuk Seri Nazir Razak telah mencadangkan bahawa Setiausaha Agung Aseanakan datang hendaklah dilantik daripada sektor korporat bagi mempercepatkan integrasi ekonomi Asean dan melancarkan perniagaan rentas sempadan serantau. Melihat kebanyakan inisiatif dari pertubuhan Asean hanya terhad pada peringkat kerajaan dengan kerajaan, Nazir berkata rantau ini memerlukan "seseorang yang benar-benar boleh membuat perubahan". Sambil melahirkan kebimbangan beliau, Nazir berkata, "Jika kita melihat korporat Asean hari ini, masih terdapat banyak kekangan dalam perdagangan rentas sempadan. Ia mengecewakan saya. Kita perlu menyokong syarikat-syarikat ini."

43  

Page 166: ASEAN (Sumber Internet).pdf

Setiausaha Agung Asean dilantik oleh Sidang Kemuncak Asean bagi tempoh yang tidak boleh diperbaharui selama lima tahun dan dipilih di kalangan warga negara anggota Asean mengikut giliran abjad. Setiausaha Agung Asean sekarang ialah Dr Surin Pitsuwan dari Thailand dan akan tamat tempoh memegang jawatan itu pada tahun depan. Seperti menyahut cadangan itu, Perdana Menteri China Wen Jiabao telah mengumumkan langkah-langkah untuk mengukuhkan lagi kerjasama antara Asean-China dengan membuka pasaran kewangan kepada syarikat-syarikat Asean. Negara itu juga akan mewujudkan persatuan bank-bank Asean-China serta meningkatkan langkah-langkah dalam perlindungan alam sekitar maritim. Sementara itu, berdasarkan kepada nilai perdagangan, Surin berkata komuniti Asean perlu mengambil kesempatan sepenuhnya daripada semua insentif perkumpulan yang diberikan untuk aktiviti perdagangan dan ekonomi, memandangkan jumlah nilai perdagangan sesama Asean masih tidak memuaskan. Surin berkata meskipun pelbagai usaha untuk menggalakkan perdagangan dan integrasi ekonomi di kalangan Asean, daripada jumlah perdagangan US$2.1 trilion, hanya 25 peratus daripadanya perdagangan sesama anggota. "Untuk menjadi sebuah komuniti ekonomi, Asean memerlukan angka yang lebih baik daripada itu terutamanya jika dibandingkan dengan Perjanjian Perdagangan Bebas Amerika Utara, yang mencatatkan kira-kira 50 peratus dan Kesatuan Eropah (EU) lebih 60 peratus," katanya. Selain cabaran ekonomi, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak pada Sidang Kemuncak Asean ke 19 di Bali baru-baru ini berkata, Asean kini berdepan dua cabaran utama geopolitik yang perlu diselesaikan dengan cara yang sebaik mungkin. Beliau berkata, yang pertama adalah bagaimana Asean boleh menangani hubunganantara China dan Amerika Syarikat dan kepentingan strategik mereka. "Kedua-dua negara ini mempunyai kepentingan strategik dalam hubungan mereka dengan Asean dan rantau ini. Mereka agak bersaing untuk meluaskan pengaruh mereka walaupun penglibatan mereka dalam proses Sidang Kemuncak Asia Timur adalah untuk meningkatkan kerjasama dengan Negara-negara Asean dan negara-negara Asia Timur yang lain," kata Najib. -- BERNAMA MAS VMD ZK

44  

Page 167: ASEAN (Sumber Internet).pdf

EMPAT NEGARA ASEAN TERIMA SUMBANGAN BANTUAN BANJIR DARIPADA MALAYSIA

Date: 21-12-2011 Author: / AYU JS ROS ANIFAH-SUMBANGAN PUTRAJAYA, 21 Dis (Bernama) -- Empat negara Asean yang terjejas teruk akibat banjir yang melanda wilayah itu baru-baru ini masing-masing menerima US$100,000 (kira-kira RM316,000) daripada kerajaan Malaysia hari ini. Menteri Luar Datuk Seri Anifah Aman menyampaikan cek bantuan itu bagi pihak Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak, kepada Duta-Duta Kemboja, Myanmar, Laos dan Filipina, dalam satu majlis di sini. Ketika berucap, Anifah berkata Malaysia berbangga kerana berada dalam budaya apabila setiap anggota Asean sentiasa saling menghulurkan bantuan pada masa yang diperlukan. "Menjadi tanggungjawab sosial yang sangat penting bagi kerajaan Malaysia untuk menghulurkan pertolongan dan menawarkan bantuan lain kepada negara berjiran dalam Asean, mengikut kemampuan dan keupayaan kami" katanya. Malaysia berharap sumbangan itu dapat membantu meringankan bebanan keempat-empat kerajaan berkenaan dalam usaha mereka untuk memulihkan dan membangunkan semula kawasan di wilayah yang terjejas teruk akibat banjir. Princess Samdech Reach Botrei Preah Anoch Norodom Arunsamy mewakili Kemboja, U Tin Lat mewakili Myamnar, Laos oleh Khamphan Anlavan dan Filipina pula oleh Jose Eduardo E. Malaya III. Lebih 1,000 orang dalam wilayah terbabit terkorban dalam banjir yang melanda baru-baru ini, dengan yang terbaru di Filipina, manakala kerosakan jalan raya, sekolah, dan jambatan dijangka mencecah berbilion-bilion ringgit. -- BERNAMA AYU JS ROS

45  

Page 168: ASEAN (Sumber Internet).pdf

MAJLIS PENUTUP TEMASYA SUKAN PARA ASEAN 2011 PENUH WARNA WARNI

Date: 20-12-2011 Author: / AMA HK RS SUKAN-PARA ASEAN (PENUTUP) SOLO (INDONESIA), 20 Dis (Bernama) -- Hujan di Stadium Manahan tidak menghalang kemeriahan majlis penutup Temasya Sukan Para Asean Edisi Ke-enam 2011 yang berlangsung secara sederhana di sini hari ini. Kira-kira 15,000 penonton yang memenuhi stadium telah disajikan dengan persembahan pancaragam mahasiswa Universiti Surkata, Solo serta persembahan kebudayaan penuh warna warni masyarakat setempat. Malaysia mengakhiri cabaran temasya yang berlangsung dari 12 hingga 2O Dis dengan cemerlang apabila berjaya meletakkan diri di kedudukan ketiga dalam carta kutipan pingat berjumlah 51 emas, 35 perak dan 42 gangsa. Thailand menduduki tempat pertama dengan kutipan 115 pingat emas, 94 perak dan 71 gangsa mendahului tuan rumah, Indonesia yang mengumpul 107 emas, 99 perak dan 83 gangsa. Seramai 120 atlet paralimpik Malaysia telah mengambil bahagian dalam 10 acara daripada 11 yang dipertandingkan iaitu olahraga, memanah, badminton, goal ball, powerlifting, renang, ping-pong, bola tampar duduk, tenis berkerusi roda dan tenpin boling. Malaysia tidak mengambil bahagian dalam acara catur. Myanmar akan menjadi tuan rumah bagi temasya Sukan Para Asean 2014 nanti. -- BERNAMA AMA HK RS

46  

Page 169: ASEAN (Sumber Internet).pdf

ASEAN WAJAR TANGANI PERBEZAAN JURANG DIGITAL DI KAWASAN LUAR BANDAR - RAIS

Date: 08-12-2011 Author: Daripada Noor Farhana Ahmad Norain / NAN LES JR LAT RAIS-TELMIN NAY PYI TAW (Myanmar), 8 Dis (Bernama) -- Penggiat telekomunikasi Asean digesa memberi perhatian terhadap akses teknologi maklumat dan telekomunikasi (ICT) di kawasan luar bandar di negara anggota masing-masing. Dalam membuat gesaan itu pada Mesyuarat Menteri-Menteri Teknologi Maklumat (Telmin) di sini hari ini, Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan Datuk Seri Dr Rais Yatim berkata usaha menangani jurang digital adalah isu yang sangat penting dan merupakan cabaran besar untuk Asean. "Banyak yang perlu dilakukan untuk penduduk di kawasan luar bandar jika rantau ini mahu meraih manfaat sosial dan ekonomi yang dibawa oleh OCT," kata Rais yang bakal melepaskan jawatan Pengerusi Telmin, semasa berucap pada majlis pembukaan yang berlangsung di Pusat Konvensyen Antarabangsa Myanmar. Sepuluh Menteri Telekomunikasi Asean - Brunei, Kemboja, Laos, Indonesia, Malaysia, Myanmar, Filipina, Singapura, Thailand dan Vietnam - hadir pada acara itu. Mesyuarat itu dirasmikan oleh Presiden Myanmar Presiden Thein Sein. Rais berkata kerajaan Malaysia memperakui masalah itu dan mengambil langkah bagi memastikan perkhidmatan telekomunikasi dan ICT tersedia di setiap pelusuk negara. Antara langkah yang diambil ialah pengedaran satu juta netbook 1Malaysia kepada pelajar miskin dan isi rumah berpendapatan kecil, penubuhan Daerah Digital, Pusat Jalur Lebar Komuniti dan pusat sumber di seluruh negara. "Selari dengan Pelan Induk ICT Asean 2015 (AIM2015), objektif program yang dijayakan di Malaysia ialah menghubungkan masyarakat di kawasan yang tidak mendapat perkhidmatan dengan kemajuan ICT perdana, yang memperkasakan merekauntuk menjayakan pembangunan sosioekonomi," katanya. Dalam ucapannya, Rais juga mengetengahkan enam kejayaan utama sepanjang 11 bulan Telmin dipengerusikan Malaysia. Ia termasuk menjajarkan semula struktur institusi bagi menampung pelaksanaan pelan induk, memulakan projek koridor jalur lebar Asean, memberi tumpuan terhadap pemakain ICT oleh industri kecil dan sederhana, semakan menyeluruh keranga kekrja perkhidmatan sejagat di Asean, langkah ketara dalam mengurangkan caj perayauan mudah alih dan penubuhan Majlis Tindakan Kselamatan Rangkaian Asean. Bercakap kepada pemberita Malaysia kemudiannya, Rais berkata kejayaan itu sebahagian besarnya dipacu oleh idea dari Malaysia serta sumbangan kontektual daripada pelbagai negara anggota Asean. "Semua ini menjadi program kolektif dengan Asean, dan kami yakin bahawa berdasarkan pelan induk yang tersedia ini, anggota Asean akan membuat tindakan susulan," katanya. Rais memperakui bahawa isu pembiayaan mungkin timbul dalam melaksanakan projek di rantau ini, namun beliau berharap negara anggota dapat mangatasinya

47  

Page 170: ASEAN (Sumber Internet).pdf

bagi menjayakan projek terbabit. Bagi menangani jurang digital di kawasan luar bandar, beliau berkata pendekatan terbaik ialah setiap negara menggunakan modus operandi yang bersesuaian dengan keperluan mereka. "Yang pentng kita perlu menghubungkan kawasan luar bandar dan kawasan bandar. Jika modus operandi Malaysia berguna untuk mereka, mereka boleh mengkajinya. "Namun setakat ini dengan hampir 63 peratus penembusan dalam negara, kita sudah mencapai tahap keyakinan bahawa ia boleh menjadi contoh kejayaan di negara anggota yang lain," katanya. -- BERNAMA NAN LES JR LAT

48  

Page 171: ASEAN (Sumber Internet).pdf

MALAYSIA SASAR JADI HAB ASEAN BAGI PENGURUSAN ASET DAN KEMUDAHAN

Date: 30-11-2011 Author: Noor Soraya Mohd Jamal / SOR HID AS LAT CIDB-AFM KUALA LUMPUR, 30 Nov (Bernama) -- Malaysia sudah mengambil langkah pertamadalam menerima pakai amalan terbaik dalam Industri Pengurusan Aset dan Kemudahan (AFM) bagi memperoleh pulangan maksimum ke atas pelaburan. Ia juga menyasarkan untuk menjadi hab AFM bagi ASEAN. Ledakan pembinaan berikutan pembangunan pesat Malaysia serta pelaksanaan dasar penswastaan kerajaan, meningkatkan secara mendadak permintaan untuk perkhidmatan kejuruteraan dan bukan teknikal untuk operasi dan penyelenggaraan aset-aset fizikal. Hari ini, AFM sudah berevolusi sebagai industri penting, menyediakan sokongan yang diperlukan untuk meneruskan pembangunan dalam sektor pembinaan. Timbalan Presiden Persatuan Pengurusan Kemudahan Malaysia Prof Sr Dr Abdul Hakim Mohamed berkata terdapat kira-kira 30 kontraktor AFM di Malaysia. Berdasarkan iventori harta komersil yang disemak oleh Pusat Maklumat Harta Negara (NAPIC), terdapat lebih 27 juta meter persegi ruang kompleks membeli-belah dan "binaan untuk pejabat" di Malaysia pada 2010. Ini menunjukkan terdapat peluang besar sektor AFM dalam negara. "Ramai kontraktor hanya berperanan sebagai pencuci. Kita perlu melatih mereka menjadi kontraktor AFM," kata Abdul Hakim, yang juga Pengarah Pusat Kajian Hartanah Universiti Teknologi Malaysia, katanya kepada Bernama. Menurut Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan (CIDB), pengurusan aset ialah pengurusan strategik dalam memulihara sebarang aset bernilai sepanjang kitar hayatnya. Pengurusan kemudahan sebaliknya, ialah pengurusan aktiviti pelbagai disiplin bagi memastikan fungsi berterusan persekitaran binaan dengan menghubung dan menyepadukan dengan orang ramai, tempat, proses dan teknologi. Abdul Hakim berkata bagi sektor awam, kontrator sudah agak bersedia memandangkan mereka dipandu oleh dasar, sistem operasi manual dan standard daripada kerajaan. "Kami sedang menunggu modul latihan dan pendaftaran untuk sektor swasra. Sebaik ia diwajibkan (untuk mereka mendaftar), industri akan membangunkan sepenuhnya," katanya. Industri dan pemilik harta, katanya bersama-sama CIDB, sedang menyediakan modul latihan yang siap menjelang akhir tahun. "Ada 14 modul. Modul ini untuk semua orang, daripada perunding, kontraktor dan pemilik bangunan. Ia menyediakan pengetahuan asas mengenai AFM. "Kami mengadakan bengkel akhir bulan lepas, menyentuh segala-galanya. Ia diwakili oleh industri, universiti dan pelbagai jawatankuasa persatuan," katanya. Abdul Hakim berkata satu bidang yang berhak mendapat perhatian industri AFM

49  

Page 172: ASEAN (Sumber Internet).pdf

50  

ialah sektor pendidikan. "AFM ialah untuk kitar hayat bangunan. Anda mencegah kerosakan yang lebih besar. Anda atasinya. Anda dapat menjimatkan wang. Jika aset dan kemudahan tidak dijaga, ia sebaliknya menjadi liabiliti," katanya. Beliau berkata AFM juga penting untuk saingan ekonomi. Sementara itu, Ruslan Nordin, Pengarah Urusan Global Facilities Management Sdn Bhd, sebuah syarikat AFM tempatan, berkata Malaysia merupakan negara pertamadi Asia Tenggara yang menerbit dan mengeluar manual AFM. "Hakikat bahawa kita mempunyai sesuatu dalam bentuk tulisan untuk berkembang, meningkat dan menyokong industri, merupakan langkah besar oleh CIDB.Inilah yang perlu dilakukan oleh sesebuah negara. "Kita ada ramai kontraktor dalam industri pembinaan. Apa yang akan berlaku jika bilangan projek berkurangan? Apa yang akan dilakukan oleh kerajaan ialah membantu industri dan meningkatkan mutu perkhidmatan," katanya. Ruslan berkata potensi industri AFM tidak terhad kepda pemintaan domestik semata-mata. "Apabila kita pergi ke Timur Tengah, sebagai contoh, negara seperti Arab Saudi, Qatar dan Emiriah Arab Bersatu, kita boleh menarakan nilai wang dari segi perkhidmatan. "Berbanding syarikat barat, yang mengenakan kadar premium, kita menawarkan standard dan kualiti yang sama pada harga yang lebih baik. Inilah nilai kita," katanya. Ruslan berkata itu sebab mengapa manual itu penting bagi mendaftarkan semula kontrak AFM yang berkepentingan. Pada masa ini, kesemua 40,000 kontraktor kelas F boleh memohon projek. Namun mereka tidak boleh melakukannya bersendirian dalam pasaran antarabangsa, katanya. Beliau berkata memandangkan AFM luas, ia dapat menyediakan peluang pekerjaan kepada ramai orang. "AFM termasuk kewangan, kejuruteraan dan layanan pelanggan. Oleh itu mereka yang mahu menjayakan AFM, mereka perlu melalui badan yang mempunyai pengetahuan, Anda perlu mengetahui mengenai kewangan, sedikit ilmu dalam kejuruteraan, etika dan perhubungan awam. -- BERNAMA SOR HID AS LAT

Sumber : http://blis.bernama.com/mainHome.do Tarikh Akses : 12 April 2012