asas power point

21
Kursus Jangka Pendek Cuti Sekolah BAB 3 ASAS MICROSOFT POWER POINT 1.0 Objektif Melalui bab ini, pelajar akan diajar dengan penggunaan Microsoft Power Point pada peringkat permulaan. Perisian ini juga merupakan salah satu persisian dari pakej Microsoft Office (terdapat aplikasi Microsoft Word, Excel, Power Point dan Access di dalamnya pakej ini). Tujuan utama perisian ini ialah untuk memudahkan perbentangan. 2.0 Pengenalan Microsoft Power Point tidak sama seperti perisian yang terdapat di dalam pakej Microsft Office yang lain kerana tiada versi terdahulu. Kali pertama dibangunkan untuk Microsoft Office 95. Walau bagaimanapun, terdapat banyak kelemahan dan kekurangan pada versi tahun 95 dan kelemahan ini sentiasa diperbaiki dan ditambah dengan fungsi-fungsi yang lain pada versi terkini. 3.0 Keperluan Sistem RETI 1

Upload: suhaimimohamad

Post on 07-Nov-2015

54 views

Category:

Documents


6 download

DESCRIPTION

ASAS PP

TRANSCRIPT

Kursus Jangka Pendek Cuti Sekolah

BAB 3ASAS MICROSOFT POWER POINT1.0 ObjektifMelalui bab ini, pelajar akan diajar dengan penggunaan Microsoft Power Point pada peringkat permulaan. Perisian ini juga merupakan salah satu persisian dari pakej Microsoft Office (terdapat aplikasi Microsoft Word, Excel, Power Point dan Access di dalamnya pakej ini). Tujuan utama perisian ini ialah untuk memudahkan perbentangan.2.0 Pengenalan

Microsoft Power Point tidak sama seperti perisian yang terdapat di dalam pakej Microsft Office yang lain kerana tiada versi terdahulu. Kali pertama dibangunkan untuk Microsoft Office 95. Walau bagaimanapun, terdapat banyak kelemahan dan kekurangan pada versi tahun 95 dan kelemahan ini sentiasa diperbaiki dan ditambah dengan fungsi-fungsi yang lain pada versi terkini.

3.0 Keperluan Sistem

Windows (bergantung kepada jenis Windows;cth:- Untuk Windows ME, guna Microsoft Power Point 2000;XP:guna Microsoft Power Point XP)

Prosessor 566Mhz

Memori RAM 128 MB

Ruang kosong Cakera Keras 400MB

4.0 Ciri-ciri Mesra pengguna (User-friendly) Apabila pengguna melihatnya, maka akan mudah faham untuk menggunakannya.

Ikon - memudahkan pengguna menggunakannya sesuatu fungsi. Auto-Recovery Menyelamatkan fail yang masih belum disimpan sekiranya berlaku ketiadaan elektrik semasa sedang menaip.5.0 Penerangan Skrin

6.0Arahan-arahan

6.1Membuka Fail BaruSebelum memulakan setiap kerja, terlebih dahulu anda dikehendaki membuka lembaran kerja/ slide yang baru. Terdapat 3 cara untuk membuka fail baru iaitu :-

1) Klik File di Menu Bar dan klik arahan New.

2) Klik butang New yang terdapat pada Tool Bar

3) Tekan Ctrl + N pada papan kekunci (N bermaksud New).

Selepas menjalankan salah satu daripada arahan-arahan di atas, satu kotak dialog New Presentation akan dipaparkan dan klik OK. Selepas itu, satu lagi kotak dialog akan dipaparkan iaitu New Slide. Pilih salah satu jenis slide yang dikehendaki dan pilih OK.

6.2 Membuka Fail Lama

Fail-fail yang telah disimpan boleh dibuka atau dilihat kembali dengan 3 cara iaitu:-1) Klik File di Menu Bar dan klik Open

2) Klik butang Open di Tool Bar.

3) Tekan Ctrl + O di papan kekunci (O bermakna Open)

Apabila anda menggunakan salah satu daripada arahan-arahan di atas, kotak dialog Open akan dipaparkan. Pastikan anda memilih lokasi terlebih dahulu di ruangan Look In, pilih mana-mana fail yang dikehendaki dan klik OK.

6.3 Menyimpan FailSetiap kali membuat sebarang kerja/slide, anda dikehendaki menyimpanslide tersebut untuk kegunaan pada masa hadapan. Ini juga bertujuan untuk mengelakkan daripada terjadinya gangguan yang boleh menyebabkan kehilangan hasil kerja.

Terdapat 3 cara untuk menyimpan fail iaitu :-

1) Klik arahan File di Menu Bar dan klik Save bagi fail baru atau Save As untuk menyimpan fail lama dengan nama yang lain, pilih lokasi simpanan dan klik Save.

2) Klik butang Save yang terdapat di Tool Bar.

3) Tekan Ctrl + S (S bermaksud Save)

Kotak dialog Save akan dipaparkan dan namakan fail anda yang hendak disimpan di dalam ruangan File Name dan klik Save.6.4 Menutup FailUntuk menutup fail tanpa menutup Program Power Point, iaitu setelah siap semua kerja, anda boleh menggunakan 3 cara berikut:-

1) Klik menu File di Menu Bar dan klik arahan Close

2) Klik Close Button di Menu Bar.

3) Tekan Ctrl + C (C bermakna Close)7.0Memulakan Slide Persembahan

Terlebih dahulu, sebelum memulakan kerja-kerja membuat slide persembahan, anda digalakkan untuk memilih latar belakang slide yang menarik. Ini ialah untuk menjadikan persembahan tersebut lebih menarik minat penonton yang melihat persembahan itu.

7.1Slide Design

Fungsi Slide Design ialah untuk memaparkan latar belakang yang menarik. Ia akan memaparkan seperti gambar-gambar sebenar atau kartun atau animasi. Caranya ialah dengan klik pada Format dan pilih Slide Design.

Satu paparan slide design akan keluar dan anda boleh memilih rekabentuk latar belakang yang diingini.

7.2 Slide Layout

Fungsi Slide Layout ialah untuk memaparkan slide yang dilengkapi dengan susunan tempat meletakkan fungsi tertentu seperti teks, gambar, graf dan sebagainya. Caranya ialah klik pada Format dan pilih Slide Layout.

Satu paparan Slide Layout akan keluar dan anda boleh memilih rekabentuk latar belakang yang diingini.

7.3 Background

Arahan Backgound ialah samada anda mahu mengaplikasikan Slide Design atau Slide Layout yang dipilih pada slide semasa sahaja atau semua slide. Caranya ialah dengan klik pada Format dan pilih Background.

Satu kotak dialog akan muncul seperti di bawah. Apply to All bermaksud mengaplikasikan yang dipilih pada semua slide dan Apply bermaksud mengaplikasikan pada slide semasa sahaja.

7.4 Kesan Khas

Kesan khas boleh diwujudkan di dalam slide tidak kira pada susunan di dalam slide ataupun pada slide itu sendiri. Terdapat 3 jenis arahan kesan khas iaitu :-1) Animation Schemes2) Custom Animation

3) Slide Transition7.5 Animation SchemesIalah satu gabungan di antara Custom Animation dan Slide Transition. Caranya ialah klik pada menu Slide Show dan pilih Animation Schemes.

Satu kotak pilihan akan dipaparkan di sebelah kanan skrin dan anda boleh klik pada mana-mana pilihan anda yang dikehendaki.

7.6 Custom Animation

Ialah satu arahan kesan khas untuk memberikan kesan pada susunan fungsi di dalam slide seperti memberi kesan khas pada text, gambar, dan sebagainya. Caranya ialah klik pada menu Slide show, dan pilih Custom Animation.

Satu kotak pilihan akan dipaparkan di sebelah kanan skrin dan anda boleh klik pada mana-mana pilihan anda yang dikehendaki. Tetapi pastikan dulu anda klik pada teks atau gambar atau apa-apa sahaja di dalam slide yang anda inginkan diberikan kesan.

Selepas itu, klik pada Add Effect seperti di atas untuk memilih arahan kesan khas.7.7 Slide Transition

Ialah satu kesan khas hanya untuk slide semasa ataupun semua slide. Caranya ialah klik pada menu Slide Show dan pilih Slide Transition. Kemudian anda boleh memilih kesan transaksi yang dikehendaki.

7.8 GrafSama sepeti Microsoft Excel, dalam Power Point kita juga boleh membuat graf. Terdapat 2 cara untuk mendapatkan graf iaitu :-

1) Klik pada ikon graf pada bar alatan.

2) Klik pada menu Insert dan pilih Chart

7.9Memulakan Graf

Untuk memulakan membuat graf atau carta, setelah cara untuk mendapatkan graf tersebut seperti di atas dibuat, paparan berikut akan dipapar pada slide.

Paparan seperti Excel dipanggil Datasheet iaitu sumber kepada graf. Setelah Datasheet tersebut diubah, graf yang dipaparkan pada slide tersebut akan turut berubah.

Di samping itu juga, anda boleh menukar bentuk graf. Caranya ialah klik kanan pada Chart Area, dan pilih Chart Type.

Satu kotak dialog akan dipaparkan dan anda mesti membaca dan mengikut arahan yang diberikan seperti di bawah.

Untuk meletakkan nama graf, nama pada paksi x dan paksi y pula, klik kanan pada Chart Area dan pilih Chart Option. Ikut arahan yang diberikan.

Untuk menukar warna pula, anda Cuma klik 2 kali pantas pada graf tersebut dan pilih warna yang dikehendaki.

7.9 Action ButtonFungsi Action Button ialah untuk memudahkan anda membuat jaringan pantas samada ke slide lain ataupun ke slide persembahan pada nama lain. Terdapat 2 cara untuk mendapatkan Action Button iaitu:-1) Klik pada Autoshapes pada bar alat lukis, dan pilih Action Button, seterusnya pilih simbol yang dikehendaki.

2) Klik pada menu Slide Show dan pilih Action Button seterusnya pilih simbol yang dikehendaki.

Selepas pilih simbol yang dikehendaki, klik sekali pada slide dan seterusnya, satu kotak dialog akan keluar seperti di bawah.

Klik Hyperlink to dan seterusnya pilih arahan yang ditetapkan. 7.10 Mencetak Slide

Untuk mencetak slide, anda boleh memilih samada untuk mencetak slide secara sehelai satu slide, atau sehelai kertas mengandungi 2 slide atau 3 slide atau 4 slide atau 6 slide. Caranya ialah dengan klik pada menu File, pilih Print.

Seterusnya, satu kotak akan dipaparkan seperti di bawah.

Pada ruangan Print What, untuk mencetak sehelai kertas dengan 6 slide di dalamnya, sila pilih Handouts.

Seterusnya, pada ruangan Handouts, pilih 6 dan seterusnya klik OK.

Slide

Bar Alat Lukis

Bar Alatan

Bar Menu

Bar Tajuk

PAGE 17RETI