asabah

10
PENGERTIAN Pengertian asabah dari segi bahasa datang dari perkataan asib yang bermaksud kaum kerabat lelaki keturunan lelaki. Dari segi syara ialah waris-waris yang tidak dinyatakan bahagian mereka daripada harta pusaka. Kadangkala mereka menerima semua harta pusaka apabila tiada waris daripada ashab al-furud, dan kadangkala mereka menerima baki harta selepas diberikan kepada ashab al-furud dan kadangkala mereka langsung tidak menerima harta pusaka apabila semua harta telah diberikan kepada waris ashab al-furud. Hadith Rasulullah Sallahu alaihi Wassalam: “berilah kadar yang ditetapkan kepada waris yang berhak, jika berbaki maka agihkan kepada waris lelaki yang utama” (riwayat al-bukhairi) BAHAGIAN Golongan asabah terbahagi kepada dua golongan yang utama iaitu: 1. Asabah Nasabiyyah 2. Asabah Sababiyyah/Qarabah Hukmiyyah Asabah 1

Upload: erlinamohamad

Post on 30-Jun-2015

246 views

Category:

Presentations & Public Speaking


1 download

TRANSCRIPT

Page 1: Asabah

PENGERTIAN

Pengertian asabah dari segi bahasa datang dari perkataan asib yang bermaksud kaum kerabat lelaki keturunan lelaki.

Dari segi syara ialah waris-waris yang tidak dinyatakan bahagian mereka daripada harta pusaka. Kadangkala mereka menerima semua harta pusaka apabila tiada waris daripada ashab al-furud, dan kadangkala mereka menerima baki harta selepas diberikan kepada ashab al-furud dan kadangkala mereka langsung tidak menerima harta pusaka apabila semua harta telah diberikan kepada waris ashab al-furud.

Hadith Rasulullah Sallahu alaihi Wassalam:

“berilah kadar yang ditetapkan kepada waris yang berhak, jika berbaki maka agihkan kepada waris lelaki yang utama”

(riwayat al-bukhairi)

BAHAGIAN

Golongan asabah terbahagi kepada dua golongan yang utama iaitu:

1. Asabah Nasabiyyah2. Asabah Sababiyyah/Qarabah Hukmiyyah

Asabah nasabiyyah ialah waris yang mempunyai hubungan darah dengan si mati.

Asabah nasabiyyah ini terbahagi kepada dua golongan iaitu golongan lelaki dan golongan perempuan.

Asabah1

Page 2: Asabah

Golongan lelaki Golongan perempuanAnak lelaki Anak perempuan bersama dengan anak

lelakiAnak lelaki kepada anak lelaki Saudara perempuan seibu sebapa

bersama dengan saudara lelaki seibu sebapa

Bapa -Bapa kepada bapa(nenek lelaki) -Saudara lelaki seibu sebapa dan anak lelakinya

-

Saudara lelaki sebapa -

Ia terbahagi kepada tiga jenis iaitu:

a. Asabah bi al-nafsb. Asabah bi al-ghayrc. Asabah ma’a al-ghayr

Asabah sababiyyah ialah hubungan pewarisan disebabkan memerdekakan hamba. Tuan yang memerdekakan hambanya akan mendapat harta pusaka sekiranya hamba tersebut tidak mempunyai waris samada waris keturunan atau perkahwinan. Tetapi hamba tersebut tidak dapat mempusakai harta tuannya walaupun tuannya tidak ada meninggalkan waris.

ASABAH BI AL-NAFS

Mereka yang dalam golongan ini ialah waris lelaki yang hubungannya dengan si mati tidak diselangi dengan waris perempuan. Golongan ini akan mendapat harta pusaka jika mereka sahaja yang disenerai dalam penerima pusaka. Tetapi, jika terdapat dalam senerai penerima pusaka waris-waris dari kategori ashabul furud

Asabah2

Page 3: Asabah

maka mereka akan mendapat bahagiannya selepas diberikan kepada ashabul

furud.

Asabah bi al-ghayr terbahagi pula kepada empat kumpulan tergantung dengan ikatan mereka dengan si mati. Empat kumpulan kecil tersebut ialah:

1. Jihat al-bunuwwah/furu’ ialah untuk anak lelaki si mati, anak lelaki kepada anak lelaki(cucu lelaki) dan ke bawah.

2. Jihat al-ubuwwah/usul ialah untuk bapa kepada si mati,bapa kepada bapa (nenek lelaki) dan ke atas.

3. Jihat al-ukhuwwah/hawashi ialah saudara lelaki seibu sebapa, saudara lelaki sebapa, anak lelaki daripada saudara lelaki seibu sebapa, anak lelaki daripada saudara lelaki sebapa dan ke bawah.

4. Jihat al-umumah ialah bapa saudara sebelah bapa seibu sebapa, bapa saudara sebelah bapa sebapa, anak lelaki bapa saudara sebelah bapa seibu sebapa, anak lelaki bapa saudara sebelah bapa sebapa dan ke bawah.

Pembahagian harta pusaka adalah mengikut sususan kumpulan ataupun jihat. Hanya satu kumpulan sahaja yang menerima agihan pusaka secara asabah dalam satu-satu masa. Jika mempunyai lebih dari seorang ahli waris dalam kumpulan yang sama maka keutamaan diberikan mengikut kedudukan yang paling hampir dengan si mati.

Asabah3

Page 4: Asabah

Waris-waris asabah bi al-nafs adalah seperi berikut:

1. Anak lelaki2. Anak lelaki kepada ank lelaki hingga ke bawah3. Bapa4. Bapa kepada bapa(nenek lelaki) hingga ke atas5. Saudara lelaki seibu sebapa6. Saudara lelaki sebapa7. Anak lelaki kepada saudara lelaki seibu sebapa8. Anak lelaki kepada saudara lelaki sebapa9. Bapa saudara(sebelah bapa) seibu sebapa10. Bapa saudara(sebelah bapa) sebapa11. Anak lelaki kepada bapa saudara(sebelah bapa) seibu

sebapa12. Anak lelaki kepada bapa saudara(sebelah bapa) sebapa

Contohnya si mati meninggalkan waris yang terdiri daripada anak lelaki dan cucu lelaki maka anak lelaki diberikan keutamaan daripada cucu lelaki. Dan jikalau waris asabah terdiri daripada mereka yang termasuk dalam kumpulan dan kedudukan yang sama, maka harta pusaka hanya akan diberikan kepada mereka yang mempunyai kekuatan hubungan kekeluargaan. Contohnya si mati meninggalkan saudara lelaki seibu sebapa dan saudara lelaki sebapa maka harta pusaka akan diberikan sepenuhnya kepada saudara lelaki seibu sebapa.

ASABAH BI AL-GHAYR

Asabah4

Page 5: Asabah

Asabah bialghayr ialah asabah yang lain. Waris asabah ini terdiri daripada waris ashab al furud perempuan yang telah ditetapkan fardhunya. Mereka menerima asabah sekiranya ada waris lelaki yang sedarjat atau setaraf dengan mereka. Waris menerima harta pusaka sebanyak ½ apabila hanya seorang dan jikalau lebih dari seorang menerima ⅔.

Pembahagian harta pusaka adalah mengikut nisbah bahagian lelaki menyamai dua bahagian perempuan. Seperti dalam firman Allah SWT:

Maksudnya:

“Allah mensyariatkan bagimu tentang (pembahagian pusaka untuk) anak-anakmu iaitu bahagian seorang anak lelaki sama dengan bahagian dua orang anak perempuan”.

(surah al-nisa:11)

Waris dalam golongan ini ialah:

1. Anak perempuan (seorang atau lebih) ketika mewarisi ada bersamanya anak lelaki yang sedarjat atau setaraf dengannya.

2. Anak perempuan kepada anak lelaki (seorang atau lebih) ketika mewarisi ada bersamanya anak lelaki kepada anak lelaki.

3. Saudara perempuan seibu sebapa (seorang atau lebih) ketika mewarisi ada bersamanya saudara lelaki seibu sebapa.

4. Saudara perempuan sebapa (seorang atau lebih) ketika mewarisi ada bersamanya saudara lelaki sebapa.

ASABAH MA’A AL-GHAYR

Asabah5

Page 6: Asabah

Asabah maalghayr ialah asabah bersama dengan yang lain iaitu waris perempuan yang menerima asabah (baki) dengan sebab berkumpul bersama-sama dengan waris perempuan yang lain.

Waris yang terlibat dalam bentuk asabah ini ialah:

1. Saudara perempuan seibu sebapa 2. Saudara perempuan sebapa

Waris ini akan akan menerima harta pusaka apabila ada bersamanya anak perempuan (seorang atau lebih) atau anak perempuan kepada anak lelaki (seorang atau lebih) atau bersama kedua-duanya sekali.

Golongan ini akan mendapat harta pusaka setelah harta tersebut dibahagikan kepada ashab al-furud. Jika semua harta telah habis diagihkan, maka mereka tidak memperolehi apa-apa bahagian daripadanya. Manakala anak perempuan atau anak perempuan kepada anak lelaki tetap kekal mendapat bahagian yang telah ditetapkan.

Saudara perempuan seibu sebapaAnak perempuan (seorang) ½

Anak perempuan kepada anak lelaki

Saudara perempuan seibu sebapa Bakinya

Asabah6

Page 7: Asabah

Saudara perempuan sebapaAnak perempuan (lebih dari

seorang)⅔

Ibu ⅙Saudara perempuan sebapa Bakinya

PENUTUP

Asabah adalah bagian sisa setelah diambil oleh ahli waris ashab al-furud. Sebagai penerima bahagian sisa, ahli waris asabah terkadang menerima bagian banyak (seluruh harta warisan), terkadang menerima sedikit, tetapi terkadang tidak menerima bagian sama sekali, kerana habis diambil ahli waris ashab al-furud.

Asabah7