artikel teknologi mobile

10
2 nd International Malaysian Educational Technology Convention Pencarian Maklumat Menggunakan Laman Web Berasaskan Teknologi Mobil Untuk Pelajar Diploma Seni Bina Di Politeknik Port Dickson Dr. Mohd Arif, Ismail, *Isham Shah, Hassan, + Dr. Rosnaini Mahmud 3 Universiti Kebangsaan Malaysia, * Politeknik Port Dickson, + Universiti Putra Malaysia Abstrak Komputer dan internet telah berjaya menyediakan berbagai perkhidmatan pembelajaran di atas talian kepada pelajar. Perkembangan pesat teknologi mobil telah dapat mewujudkan lebih banyak kemudahan pembelajaran melalui penggunaan PDA dan telefon bimbit. Dengan menyediakan perkhidmatan pendidikan tanpa wayar, institusi pendidikan dapat menyediakan lebih banyak kemudahan kepada pelajar dalam proses pencarian maklumat tanpa perlu menyediakan banyak komputer kepada pelajar. Dengan menggunakan perkhidmatan pendidikan yang berasaskan teknologi mobil, pelajar dan pensyarah boleh akses kepada maklumat tanpa ada batasan masa dan tempat. Penulisan ini membincangkan kemungkinan yang ada dalam menyediakan laman web yang berasaskan kes sebenar dengan menggunakan teknologi mobil untuk memudahkan pencarian maklumat pelajar diploma seni bina di Politeknik Port Dickson. Penggunaan laman web yang berasaskan teknologi mobil ini mendedahkan pelajar kepada pendekatan yang baru dalam proses pencarian maklumat. Laman web yang berasaskan teknologi mobil ini bukan untuk menidakkan kaedah secara konvensional dalam proses pencarian maklumat tetapi teknologi mobil ini diharapkan akan bertindak sebagai pembantu kepada proses pencarian bagi mempercepatkan proses pencarian dalam mendapatkan maklumat yang diperlukan untuk aktiviti pencetusan idea dalam proses reka bentuk. Kajian kes merupakan pendekatan penting dalam proses pembelajaran seni bina. Dengan menggunakan pendekatan kajian kes pelajar dapat menganalisa, menilai dan membuat perbandingan ke atas reka bentuk bangunan seni bina. Hipermedia dalam bentuk laman web melalui teknologi mobil dijangka akan dapat membantu pelajar dalam proses pencarian maklumat. Penulisan ini membincangkan strategi yang di ambil oleh pengkaji dalam menyediakan laman web dengan menggunakan teknologi mobil. Satu penilaian formatif telah dibuat oleh pengkaji dalam melihat persepsi pelajar ke atas penggunaan laman web dalam proses pembelajaran modul seni reka. Penilaian yang positif diberikan oleh pelajar diploma seni bina Politeknik Port Dickson ke atas penggunaan laman web yang berasaskan teknologi mobil dalam proses pencarian maklumat. Pendahuluan Pada hari ini perkembangan teknologi telah mempengaruhi setiap bidang kehidupan. Perkembangan teknologi maklumat telah membawa implikasi yang besar ke atas kehidupan manusia termasuklah dalam bidang pendidikan. Ianya telah dapat membantu guru-guru dan pelajar-pelajar dalam proses pengajaran dan pembelajaran dengan lebih menarik dan interaktif. Sejak sedekad yang lalu teknologi komputer telah memainkan peranan yang besar dalam pembangunan pendidikan di negara ini. Sejak kebelakangan ini pembangunan yang drastik di dalam teknologi mobil telah menjanjikan satu revolusi yang baru dalam dunia pendidikan. Teknologi mobil berkembang dengan pesat pada hari ini di mana jumlah pengguna telefon bimbit di seluruh dunia pada penghujung 2004 ialah 91 juta pengguna dan meningkat kepada 1.5 billion pada Jun 2005 dan dijangka meningkat kepada 3 billion pengguna menjelang tahun 2010 (Informa 2005). Jumlah ini merangkumi 43 % dari penduduk dunia. Manakala menurut Laporan Pembelajaran Berasaskan Teknologi Mobil (Atwell 2005) menjelang pertengahan tahun 2005 pengguna telefon bimbit adalah tiga kali lebih banyak dari pengguna komputer peribadi dan pada hari ini telefon bimbit yang baru mempunyai keupayaan yang sama dengan keupayaan komputer peribadi pada pertengahan tahun 90 an. Atwell (2005) menjelaskan teknologi mobil boleh memberi peluang baru kepada kehidupan manusia termasuklah bidang pendidikan. Di Malaysia pula bilangan pengguna telefon bimbit berdaftar ialah seramai 4.6 juta pada tahun 2000 dan telah meningkat kepada 19.5 juta pada tahun 2005 dan dijangka meningkat kepada 24.4 juta pada tahun 2010 (SKMK 2007). Menurut Steinberger (2002) sehingga tahun 2004 kira - kira 63 juta peralatan mobil telah dijual kepada pengguna di mana 38% darinya adalah telefon pintar

Upload: mahnikpt6043

Post on 19-May-2015

7.648 views

Category:

Education


13 download

TRANSCRIPT

Page 1: Artikel Teknologi Mobile

2nd International Malaysian Educational Technology Convention

Pencarian Maklumat Menggunakan Laman Web Berasaskan Teknologi Mobil Untuk Pelajar Diploma Seni Bina Di Politeknik Port Dickson

Dr. Mohd Arif, Ismail, *Isham Shah, Hassan, +Dr. Rosnaini Mahmud3

Universiti Kebangsaan Malaysia, *Politeknik Port Dickson, +Universiti Putra Malaysia

Abstrak

Komputer dan internet telah berjaya menyediakan berbagai perkhidmatan pembelajaran di atas talian kepada pelajar. Perkembangan pesat teknologi mobil telah dapat mewujudkan lebih banyak kemudahan pembelajaran melalui penggunaan PDA dan telefon bimbit. Dengan menyediakan perkhidmatan pendidikan tanpa wayar, institusi pendidikan dapat menyediakan lebih banyak kemudahan kepada pelajar dalam proses pencarian maklumat tanpa perlu menyediakan banyak komputer kepada pelajar. Dengan menggunakan perkhidmatan pendidikan yang berasaskan teknologi mobil, pelajar dan pensyarah boleh akses kepada maklumat tanpa ada batasan masa dan tempat. Penulisan ini membincangkan kemungkinan yang ada dalam menyediakan laman web yang berasaskan kes sebenar dengan menggunakan teknologi mobil untuk memudahkan pencarian maklumat pelajar diploma seni bina di Politeknik Port Dickson. Penggunaan laman web yang berasaskan teknologi mobil ini mendedahkan pelajar kepada pendekatan yang baru dalam proses pencarian maklumat. Laman web yang berasaskan teknologi mobil ini bukan untuk menidakkan kaedah secara konvensional dalam proses pencarian maklumat tetapi teknologi mobil ini diharapkan akan bertindak sebagai pembantu kepada proses pencarian bagi mempercepatkan proses pencarian dalam mendapatkan maklumat yang diperlukan untuk aktiviti pencetusan idea dalam proses reka bentuk. Kajian kes merupakan pendekatan penting dalam proses pembelajaran seni bina. Dengan menggunakan pendekatan kajian kes pelajar dapat menganalisa, menilai dan membuat perbandingan ke atas reka bentuk bangunan seni bina. Hipermedia dalam bentuk laman web melalui teknologi mobil dijangka akan dapat membantu pelajar dalam proses pencarian maklumat. Penulisan ini membincangkan strategi yang di ambil oleh pengkaji dalam menyediakan laman web dengan menggunakan teknologi mobil. Satu penilaian formatif telah dibuat oleh pengkaji dalam melihat persepsi pelajar ke atas penggunaan laman web dalam proses pembelajaran modul seni reka. Penilaian yang positif diberikan oleh pelajar diploma seni bina Politeknik Port Dickson ke atas penggunaan laman web yang berasaskan teknologi mobil dalam proses pencarian maklumat.

PendahuluanPada hari ini perkembangan teknologi telah mempengaruhi setiap bidang kehidupan. Perkembangan teknologi maklumat telah membawa implikasi yang besar ke atas kehidupan manusia termasuklah dalam bidang pendidikan. Ianya telah dapat membantu guru-guru dan pelajar-pelajar dalam proses pengajaran dan pembelajaran dengan lebih menarik dan interaktif. Sejak sedekad yang lalu teknologi komputer telah memainkan peranan yang besar dalam pembangunan pendidikan di negara ini. Sejak kebelakangan ini pembangunan yang drastik di dalam teknologi mobil telah menjanjikan satu revolusi yang baru dalam dunia pendidikan. Teknologi mobil berkembang dengan pesat pada hari ini di mana jumlah pengguna telefon bimbit di seluruh dunia pada penghujung 2004 ialah 91 juta pengguna dan meningkat kepada 1.5 billion pada Jun 2005 dan dijangka meningkat kepada 3 billion pengguna menjelang tahun 2010 (Informa 2005). Jumlah ini merangkumi 43 % dari penduduk dunia. Manakala menurut Laporan Pembelajaran Berasaskan Teknologi Mobil (Atwell 2005) menjelang pertengahan tahun 2005 pengguna telefon bimbit adalah tiga kali lebih banyak dari pengguna komputer peribadi dan pada hari ini telefon bimbit yang baru mempunyai keupayaan yang sama dengan keupayaan komputer peribadi pada pertengahan tahun 90 an. Atwell (2005) menjelaskan teknologi mobil boleh memberi peluang baru kepada kehidupan manusia termasuklah bidang pendidikan. Di Malaysia pula bilangan pengguna telefon bimbit berdaftar ialah seramai 4.6 juta pada tahun 2000 dan telah meningkat kepada 19.5 juta pada tahun 2005 dan dijangka meningkat kepada 24.4 juta pada tahun 2010 (SKMK 2007). Menurut Steinberger (2002) sehingga tahun 2004 kira - kira 63 juta peralatan mobil telah dijual kepada pengguna di mana 38% darinya adalah telefon pintar yang menggabungkan kefungsian PDA dengan ciri-ciri untuk komunikasi. Kepentingan penggunaan teknologi mobil dalam pendidikan semakin menjadi kenyataan Scott (2002) dimana kenyataan ini diperkukuhkan lagi oleh DoCoMo yang menyatakan hampir 37% penduduk Jepun menggunakan telefon bimbit yang berkemampuan untuk akses kepada internet dengan baik. Peralatan peralatan teknologi mobil seperti telefon bimbit, mini komputer dan pembantu digital peribadi (PDA) menjadi semakin murah dan mudah untuk digunakan. Menurut satu kajian dari Microsoft, pada akhir tahun 2002, hampir 100 juta pembantu digital peribadi (PDA) digunakan di seluruh dunia. Di Malaysia

Page 2: Artikel Teknologi Mobile

2nd International Malaysian Educational Technology Convention

menurut kajian daripada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (2007) kira-kira 70.4% dari penduduk di Malaysia menggunakan telefon mudah alih. Perkembangan yang cepat dalam penggunaan teknlogi mobil telah mewujudkan satu cabaran baru kepada institusi pendidikan di Malaysia untuk menyediakan satu pendekatan baru dalam proses pendidikan. Proses pembelajaran yang menggunakan teknologi mobil adalah satu dimensi baru dalam dunia pendidikan yang menggabungkan teknologi mobil dengan e pembelajaran.

Pembelajaran yang berasaskan laman web telah menjadi satu media yang biasa di dalam dunia pendidikan pada hari ini. Hari ini terdapat banyak universiti secara maya dan laman web yang menawarkan teknik pendekatan pendidikan yang menarik kepada pengguna. Pendekatan pembelajaran di dalam bilik kuliah sudah menjadi satu pendekatan pembelajaran yang kurang menarik perhatian pelajar kerana pendekatan ini bersifat tradisional dimana ianya lebih berpusat kepada pensyarah daripada berpusat kepada pelajar, aktiviti hanya terkongkong dalam ruang yang terhad, maklumat hanya bergantung kepada nota dan buku teks yang dibekalkan serta ianya tidak mengajar pelajar untuk menyelesaikan masalah yang telah dikenalpasti oleh mereka (Hume 2001). Pembelajaran berasaskan laman web adalah satu pendekatan pembelajaran yang menggunan talian internet sebagai media penghantaran dan penyampaian maklumat (Jackson 2004).World Wide Web (www) membenarkan penghantaran maklumat bukan sahaja dalam bentuk teks tetapi penghantaran maklumat dalam bentuk grafik, video dan audio melalui internet dari satu komputer kepada komputer yang lain. Walau bagaimanapun pembelajaran berasaskan laman web dengan menggunakan komputer masih mempunyai kekangan dari aspek masa dan tempat dimana server dan komputer yang digunakan sebagai media penyampaian masih tidak dapat digunakan dalam keadaan bebas tanpa ada kekangan masa dan tempat. Kewujudan teknologi baru seperti WAP (Protokol Aplikasi Wayarles) dan GPRS (Perkhidmatan Radio Paket Am) menawarkan institusi pendidikan dengan peralatan tambahan dimana WAP dan GPRS membenarkan pelajar dan pensyarah untuk akses kepada Internet di mana saja dan pada bila-bila masa, melalui pelayar mikro dengan menggunakan peralatan mobil (Tariq et al. 2005).

Perkembangan yang pesat kepada teknologi mobil pada hari ini telah menyediakan satu pendekatan baru dalam kaedah pembelajaran yang dikenali sebagai pembelajaran berasaskan WAP atau pembelajaran yang berasaskan teknologi mobil. Menurut Chen dan Kinshuk (2005) perkhidmatan pendidikan yang berasaskan teknologi mobil adalah merupakan sumber pembelajaran yang mudahalih dan boleh diakses oleh pelajar tanpa mengira masa dan tempat. Bagi menjadikan suasana pembelajaran berasaskan teknologi mobil bersifat dinamik, maklumat pembelajaran yang disediakan perlu bersedia membekalkan maklumat tanpa mengira masa dan tempat (Chen dan Kinshuk 2005). Pembelajaran berasaskan teknologi mobil telah dianggap sebagai masa depan baru dalam sistem pendidikan. Ada banyak kerja-kerja penyelidikan yang sedang dijalankan ke atas pembelajaran yang berasaskan teknologi mobil. Banyak kajian ingin melihat bagaimana penambahbaikan boleh dibuat ke atas sistem pendidikan dengan menggunakan teknologi mobil. Kertas kajian ini melihat bagaimana laman web dapat membantu pelajar dalam proses pencarian maklumat untuk modul seni reka bagi pelajar diploma seni bina di Politeknik Port Dickson. Laman web yang dibangunkan untuk kajian ini adalah berasaskan teknologi mobil dan dibangunkan dengan menggunakan tapak pembangunan web untuk peralatan mobil secara percuma di Internet. Laman web yang dibangunkan akan digunakan oleh pelajar seni bina untuk kelas seni reka sebagai tempat rujukan untuk mendapatkan maklumat bagi membantu pelajar dalam proses reka bentuk. Akhir sekali kertas kajian ini akan melihat cabaran dan batasan untuk pembelajaran berasaskan teknologi mobil pada masa hadapan.

Pendidikan Berasaskan Teknologi MobilPenggunaan teknologi mobil dalam pendidikan bukanlah merupakan satu perkara yang baru. Terdapat banyak pandangan dalam mendefinasikan pendidikan mobil. Lehner dan Nosekabel (2002) menjelaskan pendidikan mobil sebagai satu perkhidmatan dan kemudahan yang membekalkan pengguna dengan maklumat elektronik secara am dan kandungan pendidikan yang membantu pencarian tanpa mengira masa dan tempat. Vavoula dan Sharples (2002) menjelaskan terdapat tiga cara di mana pembelajaran boleh diambilkira sebagai mobil iaitu pembelajaran itu mobil di dalam ruang, pembelajaran itu mobil dalam pelbagai aspek kehidupan dan pembelajaran itu mobil tanpa batasan masa. Menurut Anna et.al. (2003) pendidikan berasaskan teknologi mobil adalah kaedah pembelajaran yang menggunakan media kecil, mudahalih dan tidak mewujudkan gangguan dalam setiap aspek kehidupan. Dari definasi di atas kesimpulan boleh dibuat pendidikan berasaskan teknologi mobil adalah sistem pendidikan yang berupaya untuk menyampaikan maklumat pada setiap masa dan tempat mengikut keperluan pelajar dan pelajar itu boleh merupakan pelajar sepenuh masa atau pelajar separuh masa yang tidak berada di kampus. Aktiviti pembelajaran boleh disempurnakan walaupun pelajar dan guru berada dalam keadaan “mobil”.

326

Page 3: Artikel Teknologi Mobile

2nd International Malaysian Educational Technology Convention

Rekabentuk Pendidikan Untuk Teknologi MobilSebagai satu gelombang baru dalam pendidikan, pembelajaran berasaskan teknologi mobil memberikan banyak menafaat dengan ciri – ciri yang tertentu iaitu Chen et. al. (2002):

1. Keperluan pembelajaran yang tinggi.2. Inisiatif sendiri dalam pencarian maklumat.3. Prasarana pembelajaran yang mobil.4. Proses pembelajaran yang interaktif.5. Menentukan aktiviti aktiviti penerangan.6. Maklumat pembelajaran yang diintegrasikan.

Untuk ini pendidikan berasaskan teknologi mobil perlu kepada rekabentuk dan model yang tersendiri. Dalam suasana pembelajaran tradisional, semua aktiviti seperti kuliah, tugasan, perbincangan dan persembahan berlaku pada masa dan tempat yang ditetapkan. Pendidikan berasaskan komputer meja berlaku pada tempat yang mempunyai hubungan talian. Manakala pendidikan berasaskan teknologi mobil berlaku pada tempat yang tidak bergantung pada hubungan talian dan berlaku tanpa bergantung kepada talian dengan tidak mengambilkira masa dan tempat. Ini adalah merupakan langkah awal kepada pelajar untuk menentukan masa pembelajaran mereka sendiri dan memberi pendekatan baru kepada pembelajaran sepanjang hayat. Perubahan dari pembelajaran berasaskan komputer meja kepada pembelajaran berasaskan teknologi mobil memberi peluang baru untuk pelajar menentukan aktiviti pembelajaran mereka sendiri dan meningkatkan kecekapan pertukaran maklumat di antara pelajar dan tenaga pengajar.

Menurut Chen dan Kinshuk (2005) perkhidmatan pendidikan yang berasaskan teknologi mobil adalah merupakan sumber pembelajaran yang mudahalih dan boleh diakses oleh pelajar tanpa mengira masa dan tempat. Bagi menjadikan suasana pembelajaran berasaskan teknologi mobil bersifat dinamik, maklumat pembelajaran yang disediakan perlu bersedia membekalkan maklumat tanpa mengira masa dan tempat (Chen dan Kinshuk 2005). Sistem pembelajaran juga perlu direkabentuk dimana maklumat yang dibekalkan kepada pelajar boleh dipilih oleh pelajar mengikut keperluan mereka. Sistem yang dibentuk juga perlu dapat memberi kemudahan kepada pelajar untuk menukar keperluan maklumat mengikut keperluan mereka sebagai contoh pelajar dapat menukar modul dengan mudah semasa proses pembelajaran (Chen dan Kinshuk 2005). Rekabentuk sistem pendidikan yang berasaskan teknologi mobil perlulah bersifat dinamik, boleh diubahsuai dengan mudah dan dapat digunapakai pada setiap masa dan tempat. Kesimpulannya rekabentuk sistem pendidikan yang berasaskan teknologi mobil perlulah dapat diadaptasikan oleh pengguna pada setiap masa dan keadaan.

Pendekatan Pedagogi Untuk Sistem Pendidikan Berasaskan Teknologi MobilProses pembelajaran di dalam bilik kuliah memerlukan strategi pembelajaran yang betul bagi memastikan maklumat yang disampaikan akan dapat diterima dengan baik oleh pelajar. Begitu juga di dalam sistem pendidikan yang berasaskan teknologi mobil pendekatan pedagogi yang betul adalah di antara faktor penting di dalam menentukan keberkesanan sistem pendidikan tersebut.Kebanyakan pendekatan pedagogi yang ada dalam teori pendidikan pada hari ini gagal untuk mengenalpasti keunikan proses pembelajaran yang berasaskan teknologi mobil. Kebanyakan pendekatan pedagogi pendidikan yang ada pada hari ini dibina dengan berasaskan proses pembelajaran di bilik kuliah dan berpusatkan kepada pensyarah. Sebarang pendekatan pedagogi untuk proses pembelajaran yang berasaskan teknologi perlulah mengambilkira proses pembelajaran yang dinamik, boleh berlaku di luar dari bilik kuliah tanpa adaa batsan masa dan tempat. Pendidikan adalah merupakan satu proses pembinaan pengetahuan yang melibatkan aktiviti yang dapat menjana pengetahuan. Di dalam pendekatan konstruktivisme, pelajar tidak lagi dianggap belajar daripada apa yang diberikan oleh pendidik tetapi secara aktif membina realiti mereka sendiri dan pada masa yang sama mengubahsuai realiti tersebut. Secara umumnya pelajar akan belajar melalui pengalaman yang diperolehi secara sendiri. Menurut Jonassen (1991) pengetahuan seseorang individu berasaskan kepada persepsi fizikal dan pengalaman sosial yang difahami oleh akal fikiran seseorang. Manakala menurut Perkins (1986) pengetahuan adalah terbina hasil dari reka bentuk pelajar di dalam minda di mana pengetahuan dibentuk bila pelajar terlibat secara aktif di dalam proses pembentukan pengetahuan dan bukan hanya mengintepretasi dan menerima apa yang diberikan kepada mereka.Pendekatan konstruktivisme digunakan ke atas kajian yang dibuat oleh Colella et. al (2000) untuk mengkaji penggunaan teknologi mobil dalam pembelajaran penyebaran dan pembiakan virus. Di dalam kajian tersebut Colella et. al (2000) telah menggunakan kaedah penglibatan secara simulasi. Setiap pelajar yang dipilih sebagai sampel kajian telah dibekalkan dengan peralatan mudah alih untuk menjalankan kajian ini. Objektif utama proses pembelajaran ialah bagaimana pelajar dapat menghayati proses di mana virus merebak. Dapatan

327

Page 4: Artikel Teknologi Mobile

2nd International Malaysian Educational Technology Convention

kajian menunjukkan respon yang positif daripada pelajar di mana mereka menyatakan proses pemahaman mereka terhadap apa yang dipelajari berlaku dengan lebih cepat. Kaedah ini membuktikan pendekatan pedagogi konstruktivisme boleh digunakan dalam sistem pendidikan yang berasaskan teknologi mobil. Bagi kajian ini pendekatan konstruktivisme digunakan dalam pembangunan laman web yang berasaskan teknologi mobil.

Teori yang digunakan untuk pembangunan laman web ini ialah teori Minimal Carroll. Teori ini berpusat kepada pembangunan alat bantuan mengajar yang berasaskan teknologi maklumat. Menurut Kearsley. G (1994) perancangan proses pengajaran yang berasaskan teknologi maklumat perlulah mengurangkan bahan penerangan yang boleh mengganggu proses pembelajaran dan memberi fokus kepada reka bentuk aktiviti yang menggalakkan aktiviti terarah. Kearsley. G (1994) juga menjelaskan penerangan untuk aktiviti pembelajaran yang berasaskan teknologi maklumat akan jadi lebih berkesan sekiranya jumlah bacaan dikurangkan dan memberi peluang kepada pelajar untuk cuba mencari penjelasan secara kendiri. Menurut Kearsley. G (1994) teori ini mencadangkan perkara di bawah untuk proses pembelajaran berasaskan teknologi maklumat iaitu :

1. Semua aktiviti pembelajaran perlulah bermakna dan terkawal2. Mengurangkan bahan bacaan dan maklumat yang pasif3. Memberi peluang kepada pelajar untuk melakukan pelayaran dengan secepat mungkin

Dalam perancangan laman web multimedia interaktif dengan teori minima Carroll (1995) ,Kearsley. G (1994) menjelaskan pelajar perlu diberi peluang terlibat dengan aktiviti bermakna dengan secepat mungkin. Cadangan ini disokong oleh Jones dan Farquhar (1997) yang mencadangkan dalam reka bentuk laman web, maklumat penting perlu diletakkan pada bahagian atas laman web. Jones dan Farquhar (1997) juga menjelaskan supaya tajuk untuk laman web ini direka bentuk dengan menggunakan ruang yang kecil dan mengurangkan aktiviti skrol di laman web. Teori Minima Carroll (1995) juga menjelaskan bahan penerangan berasaskan teknologi maklumat perlulah mengurangkan maklumat yang boleh mengganggu proses pembelajaran. Maklumat ini disokong oleh Gillani & Relan (1997) yang menyatakan rangka asas reka bentuk laman web perlu mudah dan konsisten dalam penggunaan teks, grafik dan bunyi. Berkaitan dengan perkara yang sama Fahy (1999) menjelaskan reka bentuk laman perlu tersusun dan mempunyai tempoh muat turun yang kurang dari 30 saat. Untuk memastikan perkara ini, maklumat grafik perlulah dikawal dengan baik. Fahy (1999) juga menjelaskan bagi memastikan masa muat turun dikurangkan maka penggunaan Java applet perlulah dielakkan kerana ianya akan meningkatkan masa muat turun. Fahy (1999) juga menyatakan efek grafik perlu dikurangkan, bilangan warna untuk tek juga perlu diminimakan serta warna latar yang sesuai perlu digunakan supaya laman web yang dibangunkan itu mudah untuk dibaca. Untuk kajian ini pengkaji membangunkan laman web multimedia interaktif dengan menggunakan teori minima Carroll (1995). Diharapkan pembangunan laman web multimedia interaktif yang merujuk kepada kes sebenar dapat membantu pelajar untuk mendapatkan keperluan maklumat dengan mudah. Maklumat yang mudah dicapai dari laman yang ringkas dan padat diharap akan dapat membantu pelajar untuk menghasilkan produk reka bentuk seni bina yang kreatif.

Kandungan Laman WebKajian ini menawarkan satu pendekatan baru dalam penyampaian maklumat di politeknik. Kajian ke atas kes sebenar adalah merupakan satu bentuk pencarian maklumat yang penting dalam sistem pendidikan seni bina. Kajian ini memberi penekanan kepada penggunaan laman web melalui teknologi mobil yang memberi peluang kepada pelajar untuk mendapatkan maklumat berkenaan dengan bangunan yang sama dengan projek yang hendak direka bentuk. Melalui laman web ini juga pelajar berpeluang untuk mengkaji bahagian yang berbeza yang membentuk sebuah bangunan. Laman web yang dibina dengan pendekatan kajian kes melalui teknologi multimedia interaktif memberi peluang kepada laman web ini menjadi sumber maklumat yang menarik. Laman web digunakan oleh pelajar semasa proses pencarian maklumat di peringkat awal proses reka bentuk. Rangka maklumat yang digunakan oleh pengkaji untuk di gunakan dalam menyediakan laman web ini adalah berpandukan kepada rangka Vijayalakshmi (1997). Dengan berasaskan teori minimal Carroll (1995) pengkaji membangunkan laman web dengan rangka maklumat seperti di bawah :

i. Pengenalan : Rangka ini menyediakan penerangan ringkas tentang latarbelakang bangunan, arkitek, pengguna utama dan maklumat keseluruhan projek. Sebagai contoh sekiranya tadika adalah projek yang akan dibangunkan oleh pelajar maka laman web yang dibangunkan untuk rujukan pelajar ialah berkenaan dengan tadika. Di mana melalui laman web ini pelajar akan dapat maklumat berhubung dengan fungsi utama sesebuah bangunan. Laman ini menerangkan

328

Page 5: Artikel Teknologi Mobile

2nd International Malaysian Educational Technology Convention

matlamat utama sesebuah bangunan dan apakah ciri ciri yang perlu ada dalam reka bentuk sebuah bangunan untuk memastikan bangunan yang direka akan dapat memenuhi kehendak pengguna. Kefahaman tentang fungsi ruang membantu pelajar untuk mereka bentuk ruang yang dapat mengikut kehendak pengguna.

ii. Contoh Bangunan : Rangka ini digunakan oleh pengkaji untuk memberi panduan kepada pelajar tentang contoh bangunan yang telah direka yang ada hubungan dengan projek yang diberikan kepada pelajar. Melalui laman ini pelajar mengkaji contoh bangunan yang telah dibina untuk dijadikan panduan dalam proses reka bentuk. Melalui laman ini juga analisa boleh dibuat oleh pelajar berhubung dengan kekuatan dan kelemahan reka bentuk bangunan yang telah dibina untuk dijadikan panduan.

iii. Gayareka : Rangka ini digunakan oleh pengkaji untuk mendedahkan pelajar kepada gaya reka yang sesuai untuk digunakan dalam proses reka bentuk. Gaya reka membentuk identiti ke atas bangunan yang direka. Laman ini mendedahkan pelajar kepada beberapa jenis gaya reka utama yang banyak mempengaruhi gaya reka bangunan di Malaysia. Melalui laman ini pengkaji mendedahkan kepada pelajar contoh – contoh gaya reka seperti modern, hi tech, post modern dan de con. Pendedahan contoh – contoh bangunan yang menggunakan gaya reka di atas memudahkan pembangunan idea pelajar semasa proses reka bentuk. Pendedahan ini juga dapat membantu pelajar untuk membuat gaya reka yang sesuai dengan bangunan yang hendak direka.

iv. Kemasan : Rangka ini digunakan oleh pengkaji untuk memberi maklumat kepada pelajar tentang kemasan binaan. Kemasan ialah bahan binaan yang bertindak sebagai paramuka untuk sesebuah reka bentuk bangunan. Kemasan memainkan peranan penting dalam menentukan nilai estetik sesebuah bangunan. Dalam laman ini pengkaji akan memberi berapa contoh kemasan yang digunakan dalam reka bentuk seni bina. Laman ini juga digunakan oleh pengkaji untuk merangsang pengetahuan pelajar tentang kemasan yang telah dipelajari dalam semester yang lepas untuk dimenafaatkan dalam modul seni reka.

v. Struktur : Rangka ini digunakan oleh pengkaji untuk merangsang pengetahuan pelajar berhubung dengan struktur binaan sesebuah bangunan. Melalui laman ini pengkaji berharap pelajar akan dapat dibantu untuk memudahkan proses pembentukan idea dalam proses sintesis di dalam penentuan struktur binaan sesebuah bangunan. Laman ini juga memberi beberapa contoh struktur binaan yang terdapat diindustri.

vi. Lanskap : Rangka ini dibina oleh pengkaji untuk memberi pendedahan kepada pelajar berhubung dengan reka bentuk persekitaran. Keselesaan pengguna wujud dalam sesebuah reka bentuk dengan penggunaan elemen lanskap yang sesuai dalam proses reka bentuk. Melalui laman ini pengkaji ingin mendedahkan kepada pelajar komponen - komponen penting lanskap yang boleh digunakan oleh pelajar dalam proses reka bentuk mereka.

vii. Konsep : Melalui rangka ini pendedahan akan diberikan kepada pelajar tentang bagaimana konsep seni bina boleh mencorakkan hala tuju sesuatu proses reka bentuk. Konsep seni bina adalah sketsa dalam bentuk grafik yang mengawal perkembangan idea dalam sesuatu proses reka bentuk. Melalui laman ini pelajar berpeluang untuk melihat contoh pembangunan konsep dan bagaimana konsep yang telah dibangunkan itu memberi peluang kepada pereka untuk mengawal perkembangan idea reka bentuk pereka.

viii. Forum : Rangka ini diwujudkan bagi memberi peluang kepada pelajar untuk bertukar maklumat reka bentuk. Idea dan maklumat boleh disalurkan oleh pelajar melalui laman ini. Ruang ini diwujudkan bagi memberi peluang kepada pelajar untuk berinteraksi dengan mudah semasa proses reka bentuk. Pendekatan ini diharap akan dapat membantu pelajar untuk menghasilkan produk reka bentuk yang kreatif. Pelajar diminta untuk memberikan pandangan untuk dikongsikan dengan pelajar lain untuk penambahbaikan proses reka bentuk melalui ruangan comment yang disediakan pada poll.

Semua maklumat yang ditunjukkan di atas disusun dalam satu laman web dengan menggunakan teori minimal Carroll. Laman web dalam kajian dibangunkan dengan menggunakan hos percuma di Mobi Site Galore Versi 5. Contoh rangka laman web yang telah dibangunkan dapat dilihat pada contoh di bawah.

329

Page 6: Artikel Teknologi Mobile

2nd International Malaysian Educational Technology Convention

Rajah 1 Contoh Laman Web

Pembangunan Laman WebMobi Site Galore Version 5 adalah merupakan hos percuma yang digunakan untuk membangunkan laman web untuk digunakan pada peralatan mobil. Hos yang menyediakan tapak percuma ini boleh dilayari di talian Internet pada alamat seperti yang tertera http://www.mobisitegalore.com/index.html#. Pembangunan laman web dengan menggunakan hos ini tidak perlu kepada pengetahuan teknikal dan perisian tidak dimuat turunkan ke dalam komputer. Setelah mendaftar di hos pengguna boleh memilih templat di laman web mereka. Setelah memilih templat untuk laman web pengguna akan disediakan dengan laman pengurusan seperti yang tertera di bawah.

Rajah 2 Laman Pengurusan Di Mobi Site Galore

Menurut hos tempuh masa secara purata yang diperlukan untuk membina laman web ialah 54 min dan sehingga kertas kajian ini ditulis terdapat 19985 orang pengguna telah mendaftar untuk menggunakan hos ini untuk membina laman web. Laman web yang dibangunkan untuk kertas kajian ini boleh diakses di alamat seperrti tertera di bawah http:/ / www.kajian_senireka.param.mobi/. Hos untuk laman web ini juga menyediakan tempat kepada pereka untuk menguji kecekapan laman web yang direka dalam bentuk masa muat turun yang diperlukan untuk sesuatu laman web seperti yang ditunjukkan di bawah.

330

Page 7: Artikel Teknologi Mobile

2nd International Malaysian Educational Technology Convention

Rajah 3 Laman Pengujian Laman Web

Laman utama untuk web ini dibina dengan menggunakan hos Mobi Site Galore manakala laman sampingan dibangunkan dengan menggunakan hos Geocities .com manakala data video dan grafik yang digunakan untuk laman ini disimpan di dalam tempat simpanan data percuma di Internet iaitu di DriveHQ.com. Tanpa mempunyai pengetahuan teknikal yang pereka boleh menggunakan semua laman yang dinyatakan dalam membangunkan satu laman web yang boleh digunakan pada peralatan mobil.

Penilaian Formatif Laman WebSatu penilaian formatif ke atas laman web ini telah dijalankan di Politeknik Port Dickson di mana kesemua 25 pelajar diploma seni bina yang berada di semester akhir telah memberikan respon kepada soal selidik yang diberikan kepada mereka setelah menggunakan laman web tersebut. Semua pelajar diminta untuk menjadikan laman web ini sebagai rujukan untuk maklumat reka bentuk sebuah tadika yang diperlukan untuk keperluan kelas seni reka. Setelah menggunakan laman web sebagai sumber pencarian maklumat selama satu minggu pelajar memberikan respon kepada soal selidik yang diberikan kepada mereka. Soal selidik mengandungi 9 soalan yang perlu dijawab oleh pelajar berdasarkan pengalaman mereka setelah menggunakan laman web sebagai rujukan. Pelajar memberikan respon yang baik ke atas penggunaan laman web yang merujuk kepada kes sebenar dengan berasaskan teknologi mobil. Pelajar menyatakan rujukan menggunakan laman web dengan perantaraan teknologi mobil adalah baik atas sebab sebab berikut :

i. Ianya telah berjaya merangsang minat pelajar untuk mencari maklumat. ii. Ianya menyediakan akses yang mudah kepada pelajar untuk mendapatkan data yang berguna;iii. Ianya berfungsi dengan baikiv. Ianya telah berjaya merangsang pelajar untuk mengingatkan semula maklumat yang telah di

pelajari sebelum ini pada modul yang lain.v. Ianya telah mempercepatkan masa pencarian pelajar untuk memperolehi

maklumat yang diperlukan untuk keperluan proses reka bentuk.

Semua pelajar tidak pernah menggunakan teknologi mobil untuk pencarian maklumat sebelum ini. Kesimpulannya penggunaan teknologi mobil dalam proses pencarian maklumat adalah pendedahan baru kepada semua pelajar. Apabila ditanya sama ada mereka sanggup untuk mencari maklumat dari laman web dengan menggunakan teknologi mobil pada masa hadapan, kebanyakan pelajar bersetuju tetapi terdapat sebahagian kecil dari pelajar yang tidak bersetuju. Pecahan respon dari pelajar adalah seperti berikut iaitu kira-kira 68% bersetuju, 20% tidak bersetuju dan 12% tiada pandangan. Penggunaan teknologi mobil dalam pendidikan dijangka akan digunakan dengan lebih meluas pada masa akan datang apabila teknologi ini dimajukan dan kos peralatan mobil menjadi semakin murah. Pecahan respon dari pelajar apabila ditanya samada mereka sanggup untuk membeli peralatan mobil seperti PDA dan telefon bimbit yang ada akses kepada Internet untuk kemudahan pencarian maklumat mereka adalah seperti berikut iaitu kira kira 56% bersetuju, 38 tidak bersetuju dan 6% tiada pandangan Respon ini menunjukkan kemampuan dan keinginan pelajar untuk menggunakan teknologi mobil dalam proses pencarian maklumat adalah baik. Sebanyak 68% pelajar yang dipilih untuk kajian ini mempunyai peralatan mobil yang digunakan untuk akses kepada Internet tetapi sebahagian besar dari mereka tidak

331

Page 8: Artikel Teknologi Mobile

2nd International Malaysian Educational Technology Convention

menggunakannya untuk melayari Internet. Mereka tidak melayari Internet dengan mengunakan peralatan mobil kerana tidak mampu untuk menanggung kos. Dapatan ini menunjukkan kos penggunaan teknologi mobil untuk pencarian maklumat masih tinggi di negara ini. Walaubagaimanapun sebahagian besar pelajar memberikan respon yang positif dengan keberkesanan penggunaan laman web yang berasaskan teknologi mobil sebagai sumber pencarian maklumat yang baik untuk modul seni reka. Untuk soalan samada reka bentuk laman web memberi kemudahan kepada pengguna, 68% pelajar bersetuju yang reka bentuk laman memudahkan pengguna, 20% pelajar tidak bersetuju reka bentuk laman memudahkan pengguna dan 12% pelajar tiada pandangan. Dari respon yang diberikan oleh pelajar membuktikan reka bentuk laman web memberi kepuasan kepada pelajar untuk menggunakannya. Sebahagian besar pelajar menyatakan yang laman web ini mudah untuk digunakan. 76% pelajar bersetuju yang laman web ini mudah untuk digunakan dan difahami, 16% pelajar tidak bersetuju dan hanya 8% pelajar tiada pandangan.

Pelajar yang menyertai kajian ini memberikan beberapa cadangan untuk penambaikan laman web yang berasaskan teknologi mobil sebagai sumber rujukan iaitu :

i. Padatkan dan ringkaskan maklumat untuk memendekkan masa muat turun.ii. Jadikan pelayaran lebih mudahiii. Letak nama dan logo di setiap laman dan jadikan logo disetiap laman mempunyai pautan

dengan laman utama.iv. Gunakan pautan pada tajuk penting di laman utama untuk memudahkan navigasi dibuat

oleh pelajar semasa berada di laman ini.v. Gunakan tajuk laman yang mudah untuk difahami dan menjelaskan isi kandungan laman

dari tajuk yang digunakan.vi. Jangan letak terlalu banyak maklumat pada sesuatu laman kerana ianya akan

meningkatkan tempoh muat turun terutamanya pada peralatan mobil.vii. Gunakan fail video yang mempunyai saiz kurang dari 3Mb bagi memendekkan tempoh

muat turun fail tersebut.viii. Perbanyakkan hipertek untuk memudahkan navigasi pelajar semasa menggunakan

laman ini.

Kesimpulannya kira - kira 70% pelajar bersetuju laman web dengan berasaskan teknologi mobil ini boleh menjadi sumber rujukan yang baik untuk pelajar bagi kelas reka bentuk. Pelajar juga bersetuju yang penggunaan laman web dengan menggunakan teknologi mobil ini memudahkan aktiviti pencarian maklumat pelajar semasa proses reka bentuk. Penggunaan teknologi mobil dalam proses pembelajaran membuka satu dimensi baru dalam proses pendidikan di mana proses pembelajaran berada di dalam kawalan pelajar. Dengan penggunaan teknologi mobil masa dan tempat bukan lagi menjadi kekangan untuk berlakunya proses pembelajaran. Walaubagaimanapun masih banyak kajian perlu dibuat untuk pembangunan proses pembelajaran dengan menggunakan teknologi mobil.

Cabaran dan BatasanPembelajaran dengan menggunakan teknologi mobil telah membentuk satu aras baru dalam proses pembelajaran. Walaubagaimanapun masih banyak penambaikan diperlukan. Skrin yang kecil dan keupayaan peralatan yang terhad dalam menyimpan maklumat menjadikan penggunaan peralatan mobil sebagai alat pembelajaran terbatas kepada proses pembelajaran yang tidak komplek. Seterusnya peralatan mobil bukan merupakan komputer yang memberi kemudahan kepada pengguna untuk mereka bentuk laman yang komplek, kerana laman yang komplek sekiranya memerlukan pengguna untuk menekan lebih dari 10 kali dalam proses untuk mendapatkan maklumat akan meninggalkan kesan yang negatif kepada pengguna. Semua operasi untuk mendapatkan maklumat bagi laman web yang berasaskan teknologi mobil hanya memerlukan tiga hingga lima langkah dengan setiap langkah menyediakan jalan keluar yang mudah kepada pengguna. Seterusnya menaip bukan merupakan kaedah yang mudah dalam penggunaan peralatan mobil untuk ini reka bentuk laman web yang berasaskan peralatan mobil perlu menggunakan teknik “SELECT” dan bukan teknik “INPUT” dalam meminta maklumat dari pengguna (Tariq 2005).

Imej berwarna merupakan cabaran seterusnya dalam pembangunan laman web untuk peralatan mobil. Bit Vision telah memulakan fasa pertama dalam proses untuk menjadi peneraju dalam pembangunan warna untuk kegunaan grafik bagi peralatan tanpa wayar. Bit Vision juga telah memperkenalkan satu teknologi pengimejan yang terkini untuk peralatan mobil dalam format “Portable Network Graphics” (PNG). Format ini adalah format bitmap yang terkini yang dapat membentuk fail yang kecil dan sesuai untuk kegunaan peralatan mobil tanpa mengurangkan kualiti imej (Tariq et al. 2005). Berbanding dengan

332

Page 9: Artikel Teknologi Mobile

2nd International Malaysian Educational Technology Convention

penggunaan Internet dengan peralatan yang menggunakan wayar, rangkaian Internet tanpa wayar menggunakan jalur laluan yang lebih kecil, hubungan talian yang kurang stabil dan kesediaan talian yang tidak menentu. Disebabkan hayat bateri yang terhad, peralatan mobil mempunyai CPU yang lebih kecil, ruang ingatan yang lebih kecil, penggunaan tenaga yang terhad, ruang skrin yang kecil serta kaedah yang berbeza dalam memasukkan maklumat (Tariq et al. 2005). Walaupun peralatan mobil menyediakan kemudahan untuk akses kepada maklumat tanpa ada batasan masa dan tempat tetapi masih terdapat kekangan untuk akses kepada Internet tanpa talian pada skala yang lebih besar. Walaubagaimanapun apabila talian Internet menjadi keperluan dalam kehidupan seharian manusia, maka mereka memerlukan akses kepada Internet tanpa ada kekangan masa dan tempat serta tidak ada kekangan pada keupayaan peralatan untuk memuat turunkan maklumat.

Pada hari ini teknologi mobil telah berkembang dengan pesat. Talian 3G yang boleh digunakan pada hari pada kebanyakan peralatan mobil memberi peluang kepada pengguna untuk memindahkan data pada kadar 144kb/s sehingga 2Mb/s (Whatis 2007). 3G adalah merupakan generasi ketiga dalam pembangunan teknologi tanpa wayar terutamanya untuk sektor komunikasi. 3G menawarkan potensi untuk manusia berhubung pada setiap masa dan di setiap tempat. Di Malaysia, Celcom menawarkan rangkaian yang mempunyai kelajuan sehingga 384kb/s (Celcom 3G 2008). Celcom 3G juga menawarkan kepada pengguna kelajuan yang tinggi dalam melayari Internet. Dengan kelajuan yang ada pada talian 3G, pengguna pada hari ini berpeluang untuk memuat turun fail data bersaiz besar dari Internet, menggunakan telefon bimbit sebagai alat pemain MP3 dan menjalankan konferen video secara langsung dengan mengguna peralatan mobil. Pembangunan rangkaian 4G membuka peluang yang lebih besar untuk proses pembelajaran dengan menggunakan peralatan mobil. Rangkaian 4G dijangkakan mempunyai kelajuan di antara 100Mb/s dan 1G/s untuk aktiviti dalaman dan luaran serta mempunyai ciri keselamatan yang tinggi (Whatis 2008). Dengan kelajuan yang ada pada talian 4G kos perkhidmatan pelayaran Internet dengan peralatan mobil akan dapat dikurangkan.

Perbincangan dan Keperluan Masa HadapanDalam kajian ini penilaian yang positif untuk laman web yang berasaskan teknologi mobil menunjukkan pendekatan pembelajaran dengan menggunakan teknologi mobil boleh menjadi pengganti yang sempurna untuk pendekatan pembelajaran yang berasaskan komputer. Pelajar dan pensyarah boleh mendapat menafaat dengan kemudahan untuk akses dengan cepat kepada sumber maklumat. Perkembangan yang cepat dalam pembangunan teknologi mobil menyediakan peralatan mobil yang lebih laju dan kapasiti ruang ingatan yang lebih besar berbanding dengan peralatan mobil yang ada sekarang dimana peralatan mobil ini dapat digunakan untuk memuat turun data dengan lebih cepat dan dapat memberi peluang kepada pengguna untuk menyimpan lebih banyak maklumat penting di dalam peralatan mobil. Teknologi mobil menyediakan pendekatan pembelajaran yang ideal untuk mewujudkan komuniti pembelajaran yang unik di dalam sistem pembelajaran yang berasaskan teknologi seperti politeknik pada masa hadapan. Walaubagaimanapun masih banyak perkara perlu dimurnikan, dibaiki dan dimajukan sekiranya teknologi mobil ini hendak dijadikan sebagai media utama dalam proses pembelajaran. Masih banyak lagi kajian kualitatif dan kuantitatif yang perlu dibuat untuk mendapatkan garis panduan yang sesuai untuk mengintegrasi teknologi mobil dalam proses pembelajaran. Masa hadapan untuk penggunaan teknologi ini di dalam proses pembelajaran tidaklah mengecewakan kerana usaha untuk memajukan teknologi ini masih berterusan. Pada masa hadapan resolusi grafik dan saiz skrin untuk peralatan mobil dijangka akan menjadi bertambah baik. Seterusnya jika kos pelayaran Internet dengan peralatan mobil dapat dikurangkan maka sudah pasti teknologi mobil ini sesuai untuk digunakan oleh pelajar pengajian tinggi di dalam atau di luar kampus.

RujukanAnna Trifonova & Marco Ronchetti. (2003). Where is Mobile Learning Going? Dipartimento di Informatica

e Telecomunicazioni, Universita degli Studi di Trento Italy. E-Learn 2003.Atwell, J. (2005). The Mobile Technologies and Learning Report. Blackmore Ltd., Shaftesbury, England. Celcom 3G. 2008. http://www.celcom.com.my/cep/xresources/CelcomCORP/consumer/3g/index.html.

(atas talian) (23 April 2008)Chen, Y.S., Kao, T.C., Sheu, J.P. & Chiang, C.Y. (2002). A Mobile Scaffolding-Aid-Based Bird-Watching

Learning System. In M. Milrad, H.U. Hoppe and Kinshuk (Eds.), IEEE International Workshop on Wireless and Mobile Technologies in Education. August 29–30. pp. 15–22. Washington, DC, USA: IEEE Computer Society.

Carroll, J.M. (1995). Principles and heuristics for designing minimalist instruction. Technical Communications, 42(2), pp. 243-261.

Chen J. & Kinshuk. (2005). Mobile Technology in Educational Services. Journal of Educational Multimedia andHypermedia, 14(1), pp. 91-109.

333

Page 10: Artikel Teknologi Mobile

2nd International Malaysian Educational Technology Convention

Colella, V. Borovoy, R. & Resnick, M. (1998). Participatory simulations: Using computational objects to learn about dynamic systems. Proceedings of CHI 1998.

Hume. D. (2001). Guide to Web-Based Instruction (online). http://www.moorbrook.demon.co.uk/ guide.html (20 April 2008) Informa Telecom & Media, 2005. MVNO Strategies: New Business Opportunities and Approaches Within the Networked Economy.

Jackson. H.R. (2004). An Overview of Web-Based Learning. (online) http://www.knowledgeability.biz/weblearning/ (22 April 2008)

Jonassen, D.H. (1991). Objectivism versus constructivism: do we need a new philosophical paradigm? 39(3). Educational Technology Research and Development.

Kearsley, G. (1994). Minimalism (J.M. Carroll). (atas talian). http://www.gwu.edu/~tip/carroll.html (19 April 2008)

Lehner, F. & Nosekabel, H. (2002). The Role of Mobile Devices in E-learning - First Experience with a E-learning Environment. In M. Milrad, H.U. Hoppe and Kinshuk (Eds.), IEEE International Workshop on Wireless and Mobile Technologies in Education. p103-106. Los Alamitos, USA: IEEE Computer Society.

Perkins, D.N. (1986). Knowledge as design. Hillsdale, New Jersey: Lawrence Erlbaum Associates.National Centre for Education Statistics. 2003. Digest of Education Statistics, 2002. (atas talian) http://nces.ed.gov/programs/digest/d02/index.asp. (18 April 2008)

Scott, D.J. (2002). Japan’s Widespread Use of Cellular Telephones to Access the Internet: Implications for Educational Telecommunications. 14th World Conf. On Educational Multimedia, Hypermedia and Telecommunications, 2002. Denver, USA. Steinberger, C. 2002. Wireless meets Wireline e-Learning. 14th World Conference on Educational Multimedia, Hypermedia and Telecommunications, 2002. Denver, CO, USA.

Szabo, M. (1998). Survey of educational technology research. Edmonton: Grant MacEwan Community College and Northern Alberta Institute of Technology.

Tariq Rahim Soomro, Moneef Jazzar, Ghulam Qadir Mirbahar, and Syed Mehmood Nqvi. (2005). WAP GIS: Approaches & Challenges. Asian Journal of Information Technology. Volume 4, Number 2, February.

Tariq Rahim Soomro, M. Nawaz Brohi and Syed Mehmood Naqvi. (2005). Technological Trends of Distance Learning: From Web-Based to WAP-Based. (online) http://web.unbc.ca/wccce05/WAP-Learning.doc. (23 April 2008)

Trifonova, A. & Ronchetti, M. (2003). Where is Mobile Learning Going? Dipartimento di Informatica e Telecomunicazioni, Universita degli Studi di Trento Italy. E-Learn 2003.

Vavoula, G.N. & Sharples, M. (2002). KleOS: A personal, mobile, Knowledge and Learning Organization System. In M. Milrad, H. U. Hoppe and Kinshuk (Eds.), IEEE International Workshop on Wireless and Mobile Technologies in Education. August 29 - 30, 2002. (pp. 152). Washington, DC, USA: IEEE Computer Society.

Whatis (2007). Definition of 3G. (atas talian) http://searchtelecom.techtarget.com/sDefinition/ 0,sid103_gci214486,00.html (4 Nov 2007)

Whatis (2008). Definition of 4G. (atas talian) http://searchmobilecomputing.techtarget.com/sDefinition/ 0,,sid40_gci749934,00.html (24 April 2008)

334