artikel mengurus melaka bandar warisan

1
Draf RKK Kawasan Kajian RKK Seiring dengan pengiktirafan Tapak Warisan Dunia, Melaka dan George Town yang disebut sebagai Bandar Bersejarah di Selat Melaka, pada 07 Julai 2008 di Quebec Canada semasa berlangsungnya persidangan yang ke-32, World Heritage Committe, Kerajaan Negeri Melaka telah mengambil inisiatif untuk menyediakan pelan pengurusan yang menyeluruh bagi tapak warisan dunia yang dimilikinya. Draf Rancangan Kawasan Khas (RKK) Pelan Pengurusan Pemeliharaan yang disediakan dibawah peruntukan Subseksyen 16B(1) Akta Perancangan Bandar dan Desa 1976 (Akta 172) akan menjadi panduan khusus kepada Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah, MBMB dalam menguruskan entiti fizikal ketara atau 'tangible', Tapak Warisan Dunia di dalam Bandaraya Melaka. RKK ini turut akan menjadi rujukan agensi pelaksana seperti Perbadanan Muzium Melaka, PERZIM selaku penyelaras warisan 'tidak ketara' atau 'intangible heritage' negeri. Kawasan Kajian RKK ini meliputi keseluruhan Tapak Warisan Dunia Melaka ,iaitu Zon Utama (39.82 hektar) dan Zon Penampan(174.67 hektar). Di mana kawasan ini melibatkan kawasan sivik, Bukit St.Paul, kawasan kediaman dan perniagaan di sekitar Jalan Tun Tan Cheng Lock (Heeren Street), Jalan Hang Jebat, (Jonker Street), Jalan Tukang Emas, Tukang Besi dan Jalan Tokong dan Jalan Kampung Pantai. Zon penampan melibatkan Kampung Morten, Kampung Chitty, Kampung Portugis dan Bukit Senjuang dengan keluasan keseluruhan kawasantersebut meliputi 22.99 hektar. Matlamat Kajian RKK ini akan memastikan Keunggulan Nilai Sejagat atau Outstanding Universal Value (OUV) Tapak Warisan Dunia Melaka, dipelihara dan diurus tanpa membenarkan sebarang perkara yang boleh menjejaskan ciri-ciri nilai tersebut Matlamat Kajian ini adalah untuk Menyediakan Pelan Pengurusan Yang Berkesan Untuk Mengawal secara mampan dan memelihara bangunan-bangunan warisan dan kawasan yang mempunyai kesan peninggalan sejarah selaras dengan kriteria UNESCO. Kriteria (ii) "Melambangkan contoh luar biasa bandar perdagangan pelbagai budaya di Timur dan Asia Tenggara yang diwujudkan dari pertukaran perniagaan dan tamadun kebudayaan Melayu, Cina, India dan Eropah. Kriteria (iii) "Bukti hidup kepada warisan dan tradisi pelbagai budaya Asia di mana agama dan kebudayaan utama bertemu. Pengwujudan bersama agama-agama tertentu terutamanya bangunan ibadat yang pelbagai adalah bukti kepada agama majmuk di Asia" 3 Kriteria Penyenaraian adalah seperti berikut; Zon Pemeliharaan Zon Penampan Kg. Warisan Cadangan-Cadangan Utama: Cadangan-cadangan Draf RKK yang disediakan ini disusun dalam bentuk projek dan program-program yang dibahagikan mengikut 5 sektor iaitu ekonomi, konservasi, lanskap, lalulintas dan pengurusan untuk setiap 9 Zon kecil. Secara keseluruhannya, cadangan-cadangan ini di senaraikan mengikut 3 fasa perlaksanaan. Antara projek dan program yang dicadangkan termasuk membangunkan semula bangunan usang, penubuhan Pusat Sumber di Jalan Tun Tan Cheng Lock dan pusat-pusat intrepretasi di Kg.Warisan, peningkatan kualiti lorong belakang untuk meningkatkan jaringan pejalan kaki, cadangan lanskap kejur dan lembut di Medan Hang Jebat, penutupan longkang bagi penyediaan laluan pejalan kaki, peningkatan kualiti visual di Zon 4 dan beberapa lagi projek dan program khusus untuk setiap zon Draf RKK ini kemudian disusuli dengan cadangan- cadangan pengurusan yang meliputi; 1. Pengurusan Lalulintas Cadangan Zon Bebas kenderaan dan penutupan sementara jalan seperti di Jalan Tun Tan Cheng Lock kepada kenderaan bermotor untuk kemudahan pejalan kaki. Pengehadan bas pelancong hanya dibenarkan untuk menurunkan penumpang di Taman Rempah, sebagai p enyelesaian kepada kesesakan dan mengurangkan konflik antara kenderaan dan pejalan kaki. Antara cadangan- cadangan lain melibatkan lokasi tempat letak kereta 'Park & Ride' dan cadangan sirkulasi keseluruhan dan laluan terhad. Pembahagian Kawasan. Iaitu Zon 1 Bukit St.Paul, Zon 2 - Jalan Tun Tan Cheng Lock, Zon 3 - Jalan Hang Jebat, Zon 4 - Lorong Hang Jebat, Zon 5 - Jalan Tukang Emas/Jalan Tukang Besi/ Jalan Tokong, Zon 6 - Jalan Kampung Pantai, Zon 7 - Sungai Melaka. Zon seterusnya Zon 8* - Kawasan Penampan (selaku transisi kawasan pembangunan) termasuk bukit Cina dan Zon 9* - Kampung Morten, Kampung Chitty, Kampung Portugis dan Bukit Senjuang. * rujuk pelan kawasan kajian Kg.Chitti Kg.Morten Bukit Senjuang Kg.Portugis N2 11 30 E102 15 45 koordinat : Mengurus Bandar Warisan Dunia UNESCO 2. Mekanisma Kawalan - Garispanduan Pembangunan Mekanisma kawalan di terangkan melalui Garis Panduan Pembangunan yang melibatkan pengenalpastian indikator perubahan fizikal bangunan warisan dan sembilan garispanduan pemeliharaan seperti Garis Panduan Pembangunan di tapak lompong atau Infil, Garis Panduan Pemakaiaan Papan Tanda dan garispanduan khusus. Antaranya meliputi pengenalpastian indikator bagi menguruskan pertambahan bilangan pelancong dan melaksanakan tindakan pengurusan, peningkatan kemudahan prasarana pelancongan, bilangan bilik penginapan, perkhidmatan pemandu pelancong, pakej dan promosi serta pengurusan dan daya tampungan. Termasuk juga di dalamnya cadangan pengurusan data dan penyelarasan jabatan. 5. Cadangan Pelaksanaan dan Kewangan Cadangan pelaksanaan dan kewangan dari segi penubuhan perbadanan khusus, elemen subsidi dan insentif dan rebet cukai kepada pemilik bangunan, pengumpulan dana-dana untuk tabung warisan, sistem kad pelawat dan pelaksanaan projek. Publisiti & Penyertaan Awam Orang ramai dijemput hadir untuk terlibat sama di tempat pameran Draf Rancangan Kawasan Khas Pelan Pengurusan Pemeliharaan Bandar Melaka ini bagi menyatakan pandangan, bantahan atau sebarang cadangan bagi memastikan keberkesanan Pelan Pengurusan ini sebelum diangkat untuk pewartaan dan digunapakai. 3. Pengurusan Pelancong Kriteria (iv) "Mencerminkan pertemuan elemen- elemen budaya dari Kepulauan Melayu, India, China dan Eropah yang mewujudkan senibina, kebudayaan dan rupabentuk bandar yang unik dan tiada bandingan di Timur dan Asia Tenggara, khususnya senibina Cadangan berkenaan fungsi dan peranan agensi kerajaan seperti MBMB, JPBD, PERZIM, Jabatan Warisan Negara, aspek perundangan dan penguatkuasaan dan mekanisma pengukuhan pemilikan dan larangan menukar hakmilik dan jual beli bangunan kepada rakyat asing. 4. Cadangan Pengukuhan Sistem Pentadbiran dan Perundangan JPBDSM adalah sebuah agensi kerajaan yang bertanggungjawab secara langsung ke atas perancangan bandar dan desa di negara ini. Selain terbabit dalam penyediaan Rancangan Fizikal Negara dan Rancangan Struktur Negeri, ia juga bertanggungjawab membantu Kerajaan Negeri dan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) merancang kawasan pentadbirannya seperti terkandung di dalam Rancangan Tempatan Daerah (RTD)dan Rancangan Kawasan Khas (RKK) layari : www.epublisiti.townplan.gov.my/rkkmelaka

Upload: zainuddin-zidene

Post on 25-Apr-2015

59 views

Category:

Documents


7 download

DESCRIPTION

pengurusan warisan

TRANSCRIPT

Page 1: Artikel Mengurus Melaka Bandar Warisan

Draf RKK

Kawasan Kajian RKK

Seiring dengan pengiktirafan Tapak Warisan Dunia, Melaka dan George Town yang disebut sebagai Bandar Bersejarah di Selat Melaka, pada 07 Julai 2008 di Quebec Canada semasa berlangsungnya persidangan yang ke-32, World Heritage Committe, Kerajaan Negeri Melaka telah mengambil inisiatif untuk menyediakan pelan pengurusan yang menyeluruh bagi tapak warisan dunia yang dimilikinya.

Draf Rancangan Kawasan Khas (RKK) Pelan Pengurusan Pemeliharaan yang disediakan dibawah peruntukan Subseksyen 16B(1) Akta Perancangan Bandar dan Desa 1976 (Akta 172) akan menjadi panduan khusus kepada Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah, MBMB dalam menguruskan entiti fizikal ketara atau 'tangible', Tapak Warisan Dunia di dalam Bandaraya Melaka. RKK ini turut akan menjadi rujukan agensi pelaksana seperti Perbadanan Muzium Melaka, PERZIM selaku penyelaras warisan 'tidak ketara' atau 'intangible heritage' negeri.

Kawasan Kajian RKK ini meliputi keseluruhan Tapak Warisan Dunia Melaka ,iaitu Zon Utama (39.82 hektar) dan Zon Penampan(174.67 hektar). Di mana kawasan ini melibatkan kawasan sivik, Bukit St.Paul, kawasan kediaman dan perniagaan di sekitar Jalan Tun Tan Cheng Lock(Heeren Street), Jalan Hang Jebat, (Jonker Street), Jalan Tukang Emas, Tukang Besi dan Jalan Tokong dan Jalan Kampung Pantai.

Zon penampan melibatkan Kampung Morten, Kampung Chitty, Kampung Portugis dan Bukit Senjuang dengan keluasan keseluruhan kawasantersebut meliputi 22.99 hektar.

sumber : www.unesco.org

Matlamat

Kajian RKK ini akan memastikan Keunggulan Nilai Sejagat atau Outstanding Universal Value (OUV) Tapak Warisan Dunia Melaka, dipelihara dan diurus tanpa membenarkan sebarang perkara yang boleh menjejaskan ciri-ciri nilai tersebut

Matlamat Kajian ini adalah untuk Menyediakan Pelan Pengurusan Yang Berkesan Untuk Mengawal secara mampan dan memelihara bangunan-bangunan warisan dan kawasan yang mempunyai kesan peninggalan sejarah selaras dengan kriteria UNESCO.

Kriteria (ii) "Melambangkan contoh luar biasa bandar perdagangan pelbagai budaya di Timur dan Asia Tenggara yang diwujudkan dari pertukaran perniagaan dan tamadun kebudayaan Melayu, Cina, India dan Eropah.

Kriteria (iii) "Bukti hidup kepada warisan dan tradisi pelbagai budaya Asia di mana agama dan kebudayaan utama bertemu. Pengwujudan bersama agama-agama tertentu terutamanya bangunan ibadat yang pelbagai adalah bukti kepada agama majmuk di Asia"

3 Kriteria Penyenaraian adalah seperti berikut;

Zon Pemeliharaan

Zon Penampan Kg. Warisan

Cadangan-Cadangan Utama:

Cadangan-cadangan Draf RKK yang disediakan ini disusun dalam bentuk projek dan program-program yang dibahagikan mengikut 5 sektor iaitu ekonomi, konservasi, lanskap, lalulintas dan pengurusan untuk setiap 9 Zon kecil.

Secara keseluruhannya, cadangan-cadangan ini di senaraikan mengikut 3 fasa perlaksanaan. Antara projek dan program yang dicadangkan termasuk membangunkan semula bangunan usang, penubuhan Pusat Sumber di Jalan Tun Tan Cheng Lock dan pusat-pusat intrepretasi di Kg.Warisan, peningkatan kualiti lorong belakang untuk meningkatkan jaringan pejalan kaki, cadangan lanskap kejur dan lembut di Medan Hang Jebat, penutupan longkang bagi penyediaan laluan pejalan kaki, peningkatan kualiti visual di Zon 4 dan beberapa lagi projek dan program khusus untuk setiap zon

Draf RKK ini kemudian disusuli dengan cadangan-cadangan pengurusan yang meliputi;

1. Pengurusan Lalulintas

Cadangan Zon Bebas kenderaan dan penutupan sementara jalan seperti di Jalan Tun Tan Cheng Lock kepada kenderaan bermotor untuk kemudahan pejalan kaki. Pengehadan bas pelancong hanya dibenarkan untuk menurunkan penumpang di Taman Rempah, sebagai penyelesaian kepada kesesakan dan mengurangkan konflik antara kenderaan dan pejalan kaki. Antara cadangan-cadangan lain melibatkan lokasi tempat letak kereta 'Park & Ride' dan cadangan sirkulasi keseluruhan dan laluan terhad.

Pembahagian Kawasan. Iaitu Zon 1 Bukit St.Paul, Zon 2 - Jalan Tun Tan Cheng Lock, Zon 3 - Jalan Hang Jebat, Zon 4 - Lorong Hang Jebat, Zon 5 - Jalan Tukang Emas/Jalan Tukang Besi/Jalan Tokong, Zon 6 - Jalan Kampung Pantai, Zon 7 - Sungai Melaka. Zon seterusnya Zon 8* - Kawasan Penampan (selaku transisi kawasan pembangunan) termasuk bukit Cina dan Zon 9* - Kampung Morten, Kampung Chitty, Kampung Portugis dan Bukit Senjuang. * rujuk pelan kawasan kajian

Kg.Chitti Kg.Morten

Bukit Senjuang

Kg.Portugis

N2 11 30 E102 15 45koordinat :

Mengurus Bandar Warisan Dunia UNESCO

Mengurus Bandar Warisan Dunia UNESCO

2. Mekanisma Kawalan - Garispanduan Pembangunan

Mekanisma kawalan di terangkan melalui Garis Panduan Pembangunan yang melibatkan pengenalpastian indikator perubahan fizikal bangunan warisan dan sembilan garispanduan pemeliharaan seperti Garis Panduan Pembangunan di tapak lompong atau Infil, Garis Panduan Pemakaiaan Papan Tanda dan garispanduan khusus.

Antaranya meliputi pengenalpastian indikator bagi menguruskan pertambahan bilangan pelancong dan melaksanakan tindakan pengurusan, peningkatan kemudahan prasarana pelancongan, bilangan bilik penginapan, perkhidmatan pemandu pelancong, pakej dan promosi serta pengurusan dan daya tampungan. Termasuk juga di dalamnya cadangan pengurusan data dan penyelarasan jabatan.

5. Cadangan Pelaksanaan dan Kewangan

Cadangan pelaksanaan dan kewangan dari segi penubuhan perbadanan khusus, elemen subsidi dan insentif dan rebet cukai kepada pemilik bangunan, pengumpulan dana-dana untuk tabung warisan, sistem kad pelawat dan pelaksanaan projek.

Publisiti & Penyertaan Awam Orang ramai dijemput hadir untuk terlibat sama di tempat pameran Draf Rancangan Kawasan Khas Pelan Pengurusan Pemeliharaan Bandar Melaka ini bagi menyatakan pandangan, bantahan atau sebarang cadangan bagi memastikan keberkesanan Pelan Pengurusan ini sebelum diangkat untuk pewartaan dan digunapakai.

3. Pengurusan Pelancong

Kriteria (iv) "Mencerminkan pertemuan elemen-elemen budaya dari Kepulauan Melayu, India, China dan Eropah yang mewujudkan senibina, kebudayaan dan rupabentuk bandar yang unik dan tiada bandingan di Timur dan Asia Tenggara, khususnya senibina

Cadangan berkenaan fungsi dan peranan agensi kerajaan seperti MBMB, JPBD, PERZIM, Jabatan Warisan Negara, aspek perundangan dan penguatkuasaan dan mekanisma pengukuhan pemilikan dan larangan menukar hakmilik dan jual beli bangunan kepada rakyat asing.

4. Cadangan Pengukuhan Sistem Pentadbiran dan Perundangan

JPBDSM adalah sebuah agensi kerajaan yang bertanggungjawab secara langsung ke atas perancangan bandar dan desa di negara ini. Selain terbabit dalam penyediaan Rancangan Fizikal Negara dan Rancangan Struktur Negeri, ia juga bertanggungjawab membantu Kerajaan Negeri dan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) merancang kawasan pentadbirannya seperti terkandung di dalam Rancangan Tempatan Daerah (RTD)dan Rancangan Kawasan Khas (RKK)

layari : www.epublisiti.townplan.gov.my/rkkmelaka