artikel ilmiah_perlaksanaan p&p muzik kbsr di daerah hulu selangor

17
1 Pelaksanaan Pengajaran dan Pembelajaran Pendidikan Muzik Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah (KBSR) di Daerah Hulu Selangor : Satu Tinjauan Hishammuddin Bin Idrus E-mail: [email protected] Abstrak Keputusan untuk menjadikan pendidikan muzik sebagai mata pelajaran wajib bagi semua pelajar pada peringkat sekolah rendah di Malaysia telah dikemukakan oleh Jawatankuasa Kabinet pada tahun 1983 yang dikenali sebagai Kurikulum Baru Sekolah Rendah. Pada tahun 1996, Jawatankuasa Kabinet memutuskan untuk memperkenalkan mata pelajaran Pendidikan Muzik Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah sebagai satu kesinambungan kepada mata pelajaran Pendidikan Muzik Kurikulum Baru Sekolah Rendah. Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti latar belakang guru-guru yang mengajar mata pelajaran pendidikan muzik sama ada mereka mendapat latihan secara formal dari maktab-maktab perguruan atau hanya terpaksa mengajar kerana kekurangan guru muzik. Selain itu, masalah-masalah utama guru-guru muzik dalam melaksanakan pengajaran dan pembelajaran (P&P) akan cuba dikenal pasti. Seterusnya, kajian juga meliputi aspek pelaksanaan mata pelajaran pendidikan muzik dalam kurikulum di sekolah rendah sama ada mata pelajaran ini diimplimentasikan mengikut garis panduan yang ditetapkan oleh Pusat Perkembangan Kurikulum (PPK). Kajian ini dijalankan dengan menggunakan kaedah kualitatif. Data-data dalam kajian ini dikumpulkan melalui temu bual dan pemerhatian. Temu bual dijalankan bersama guru-guru yang mengajar mata pelajaran muzik dan Guru Penolong Kanan Kurikulum. Analisis dilakukan terhadap transkripsi temu bual bagi mendapatkan data-data yang berkaitan dengan persoalan kajian. Kajian ini mendapati bahawa tidak semua guru muzik yang menjalankan P&P pendidikan muzik mempunyai latar belakang dalam bidang muzik. Selain itu, masalah utama yang dihadapi oleh guru-guru muzik adalah ketiadaan bilik muzik khas dan bahan-bahan P&P pendidikan muzik. Seterusnya, mata pelajaran pendidikan muzik telah diimplimentasikan mengikut garis panduan yang ditetapkan oleh Pusat Perkembangan Kurikulum (PPK).

Upload: saufi-bin-abdullah

Post on 20-Jun-2015

681 views

Category:

Documents


3 download

TRANSCRIPT

Page 1: Artikel Ilmiah_Perlaksanaan P&P Muzik KBSR Di Daerah Hulu Selangor

1

Pelaksanaan Pengajaran dan Pembelajaran Pendidikan Muzik

Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah (KBSR) di Daerah Hulu Selangor : Satu Tinjauan

Hishammuddin Bin Idrus

E-mail: [email protected]

Abstrak

Keputusan untuk menjadikan pendidikan muzik sebagai mata

pelajaran wajib bagi semua pelajar pada peringkat sekolah rendah di Malaysia telah dikemukakan oleh Jawatankuasa Kabinet pada tahun

1983 yang dikenali sebagai Kurikulum Baru Sekolah Rendah. Pada tahun 1996, Jawatankuasa Kabinet memutuskan untuk

memperkenalkan mata pelajaran Pendidikan Muzik Kurikulum

Bersepadu Sekolah Menengah sebagai satu kesinambungan kepada mata pelajaran Pendidikan Muzik Kurikulum Baru Sekolah Rendah.

Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti latar belakang guru-guru yang mengajar mata pelajaran pendidikan muzik sama ada mereka

mendapat latihan secara formal dari maktab-maktab perguruan atau hanya terpaksa mengajar kerana kekurangan guru muzik. Selain itu,

masalah-masalah utama guru-guru muzik dalam melaksanakan pengajaran dan pembelajaran (P&P) akan cuba dikenal pasti.

Seterusnya, kajian juga meliputi aspek pelaksanaan mata pelajaran pendidikan muzik dalam kurikulum di sekolah rendah sama ada mata

pelajaran ini diimplimentasikan mengikut garis panduan yang ditetapkan oleh Pusat Perkembangan Kurikulum (PPK). Kajian ini

dijalankan dengan menggunakan kaedah kualitatif. Data-data dalam kajian ini dikumpulkan melalui temu bual dan pemerhatian. Temu bual

dijalankan bersama guru-guru yang mengajar mata pelajaran muzik

dan Guru Penolong Kanan Kurikulum. Analisis dilakukan terhadap transkripsi temu bual bagi mendapatkan data-data yang berkaitan

dengan persoalan kajian. Kajian ini mendapati bahawa tidak semua guru muzik yang menjalankan P&P pendidikan muzik mempunyai latar

belakang dalam bidang muzik. Selain itu, masalah utama yang dihadapi oleh guru-guru muzik adalah ketiadaan bilik muzik khas dan

bahan-bahan P&P pendidikan muzik. Seterusnya, mata pelajaran pendidikan muzik telah diimplimentasikan mengikut garis panduan

yang ditetapkan oleh Pusat Perkembangan Kurikulum (PPK).

Page 2: Artikel Ilmiah_Perlaksanaan P&P Muzik KBSR Di Daerah Hulu Selangor

2

Pengenalan

Pada tahun 1979, Jawatankuasa Kabinet Mengkaji Pelaksanaan Dasar

Pelajaran telah mengambil keputusan untuk menjadikan pendidikan muzik sebagai satu mata pelajaran yang digalakkan bagi semua

pelajar peringkat sekolah rendah di Malaysia. Pusat Perkembangan Kurikulum (PPK) telah ditugaskan untuk merancang satu sukatan

pelajaran muzik dan mata pelajaran muzik Kurikulum Baru Sekolah Rendah (KBSR) telah dilaksanakan di seluruh negara pada tahun

1983.

Objektif sukatan pelajaran ini menekankan kepada pembentukan kemahiran murid. Pada tahun 1995, sukatan pelajaran muzik yang

baru telah diterbitkan oleh PPK. Matlamat kurikulum baru ini pula bertujuan untuk memperkembangkan potensi dan kualiti diri individu

dari segi nilai estetika muzik dan etika melalui pelbagai pengalaman

muzik ke arah meningkatkan kesejahteraan hidup dalam konteks pelbagai budaya dan aspirasi negara. Namun demikian, setelah dua

puluh empat tahun mata pelajaran Pendidikan Muzik KBSR diimplimentasikan, timbul persoalan tentang keberkesanan

pelaksanaan mata pelajaran ini dalam kurikulum sekolah rendah hari ini.

Menurut Johami (1997), kualiti pengajaran muzik boleh

dikatakan kurang memuaskan pada keseluruhannya kerana sebahagian besar tenaga pengajar muzik yang terlibat tidak menerima

latihan yang mencukupi. Peralatan yang dibekalkan oleh Kementerian Pelajaran pada 1983 telah usang dan jarang sekali diganti dan ini

menjejaskan pengajaran guru.

Mata pelajaran pendidikan muzik pula bukan mata pelajaran

yang diuji dalam peperiksaan awam. Oleh yang demikian, terdapat pentadbir sekolah yang tidak memberi penekanan kepada mata

pelajaran ini. Malah, peruntukan masa selama 60 minit seminggu bagi mata pelajaran pendidikan muzik telah diganti dengan mata pelajaran

teras seperti Matematik dan Sains.

Page 3: Artikel Ilmiah_Perlaksanaan P&P Muzik KBSR Di Daerah Hulu Selangor

3

Latar Belakang Kajian

Daripada pengalaman dan tinjauan secara rambang, penyelidik

mendapati pelaksanaan mata pelajaran pendidikan muzik di sekolah rendah tidak dilaksanakan seperti yang dirancangkan mengikut

Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah (KBSR). Di sekolah-sekolah rendah sekarang ini, mata pelajaran pendidikan muzik dikendalikan

oleh guru-guru yang tidak mempunyai asas latihan muzik. Lantaran itu, mereka mengendalikan pengajaran-pembelajaran (P&P) muzik

dengan tidak mengikut sukatan pelajaran yang ditetapkan.

Selain itu, terdapat guru-guru yang tidak melaksanakan P&P pendidikan muzik. Sebaliknya mereka menggunakan peruntukan masa

pendidikan muzik untuk membuat pengukuhan bagi mata pelajaran peperiksaan Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR) seperti Bahasa

Inggeris, Sains, Matematik dan Bahasa Melayu. Di samping itu,

terdapat sebilangan guru muzik tidak mempunyai kemahiran-kemahiran muzikal yang diperlukan untuk mengendalikan subjek

Pendidikan Muzik dengan berkesan di sekolah..

Mereka bersikap agak dingin serta negatif apabila mengendalikan subjek Pendidikan Muzik. Sikap ini telah memberikan

implikasi yang kurang baik terhadap keberkesanan subjek Pendidikan Muzik dalam mencapai objektif Falsafah Pendidikan Kebangsaan iaitu

melahirkan pelajar yang seimbang dalam aspek jasmani, emosi, rohani dan intelek.

Persoalan Kajian

Berkaitan dengan itu, persoalan-persoalan yang ingin dikaji dalam

kajian ini ialah,

a. Adakah guru-guru yang mengajar mata pelajaran pendidikan muzik di sekolah rendah mempunyai latar belakang muzik?

b. Apakah masalah utama yang dihadapi oleh guru muzik dalam

P&P pendidikan muzik di sekolah rendah?

c. Adakah mata pelajaran pendidikan muzik diimplimentasikan mengikut garis panduan yang ditetapkan oleh Pusat

Perkembangan Kurikulum (PPK)?

Page 4: Artikel Ilmiah_Perlaksanaan P&P Muzik KBSR Di Daerah Hulu Selangor

4

Kajian literatur

Abril, Carlos R., Gault dan Brent M.(2007) telah mengemukakan

beberapa pendapat tentang tanggapan warga sekolah terhadap pendidikan muzik;

a. Guru kelas

▪ kajian mendapati bahawa guru kelas lebih cenderung

mengintegrasikan muzik dengan mata pelajaran lain tetapi menafikan kelebihan mata pelajaran muzik itu sendiri.

▪ pengalaman guru muzik memberi kesan terhadap aktiviti muzik di

kelas. Kajian menunjukkan terdapat hubungan yang positif antara pengalaman muzik guru dengan strategi yang digunakan di dalam

kelas.

▪ Peranan guru dalam mata pelajaran pendidikan muzik juga akan

menjadi lebih berkesan setelah mengikuti kursus muzik.

b. Pengetua / Guru Besar

▪ Sokongan daripada pihak pentadbir merupakan aspek penting yang Menentukan pendidikan muzik diimplimentasikan dalam pengajaran

dan pembelajaran di sekolah. Kebanyakan sekolah, pihak pentadbir bertanggungjawab dalam membuat keputusan untuk mendapatkan

khidmat guru muzik yang mahir bagi menjalankan aktiviti-aktiviti muzik di sekolah.

Abril, Carlos R., Gault dan Brent M.(2007) juga mendapati,

pihak pentadbir dan pendidik muzik tidak bersependapat dalam

meletakkan pemberatan terhadap pembelajaran muzik di sekolah. Berdasarkan kajian, terdapat perbezaan yang signifikan dalam

kenyataan yang diperolehi daripada pihak pentadbir dan pendidik muzik tentang pendidikan muzik itu sendiri. Pendidik muzik

meletakkan estetika muzikal sebagai matlamat utama, sedangkan pihak pentadbir lebih fokus ke arah untuk mendapatkan pengiktirafan

melalui aktiviti muzik.

Selain itu, berdasarkan kajian mereka, terdapat juga pihak pentadbir yang menyedari akan kepentingan aktiviti muzik dalam

membentuk semangat kerjasama, disiplin diri dan kemahiran sosial melalui pasukan pancaragam dan sebagainya.

Page 5: Artikel Ilmiah_Perlaksanaan P&P Muzik KBSR Di Daerah Hulu Selangor

5

Dalam aspek pembelajaran muzik, Campbell dan Scott-Kassner

(2005:29) menyatakan, selain persekitaran kelas muzik yang boleh merangsang pembelajaran, pengetahuan guru terhadap kekuatan

setiap pelajar akan banyak membantu. Strategi pengajaran yang terbaik adalah dengan menggunakan segala rangsangan yang ada.

Kelas muzik adalah unik dalam sesebuah sekolah. Haack dan Smith

(2000) telah mengenal pasti perbezaan daripada segi logistik dan pengurusan antara kelas muzik dengan kelas biasa di sekolah. Kerusi

dan meja dalam sebuah kelas biasa disusun dalam barisan tertentu manakala bagi kelas muzik, susunannya boleh sentiasa diubah

bergantung kepada saiz dan jenis aktiviti muzik yang ingin dijalankan. Dalam pengajaran muzik instrumental pula, guru muzik akan

berhadapan dengan bilangan pelajar yang ramai serta berhadapan dengan pelbagai kerenah pelajar yang memainkan alat-alat muzik

berbanding guru mata pelajaran biasa.

Menurut Krueger (1999), terdapat empat jenis isolasi yang

membelenggu guru muzik baru. Pertama, apabila guru muzik baru itu merupakan satu-satunya guru muzik di sesebuah sekolah ataupun

daerah. Situasi ini menyebabkan guru muzik berkenaan tidak dapat berbincang dengan rakan sekerja dalam bidang yang sama. Kedua,

guru-guru tidak bekerjasama sebagai satu pasukan. Guru yang baru seharusnya diberikan bimbingan oleh guru yang berpengalaman.

Ketiga, guru muzik yang baru tidak dapat menyesuaikan diri dengan guru-guru yang berpengalaman. Keempat, guru muzik berpandangan

bahawa guru mata pelajaran lain dan pihak pentadbir tidak menyokong pendidikan muzik dalam kurikulum.

Metodologi

Data-data dalam kajian ini dikumpulkan dengan menggunakan

kaedah kualitatif iaitu temu bual bersemuka (face to face) dan pemerhatian tidak turut serta (Non-Participant Observation). Temu

bual bersemuka dijalankan bersama dua orang guru muzik yang mengajar di dua buah sekolah rendah yang berasingan. Soalan temu

bual adalah berkaitan dengan pengalaman mengajar mata pelajaran muzik, latar belakang latihan perguruan dan masalah-masalah yang

dihadapi oleh guru berkenaan sepanjang mengajar mata pelajaran pendidikan muzik.

Page 6: Artikel Ilmiah_Perlaksanaan P&P Muzik KBSR Di Daerah Hulu Selangor

6

Temu bual juga dijalankan bersama seorang Guru Penolong

Kanan Kurikulum yang menyentuh tentang aspek pelaksanaan mata pelajaran pendidikan muzik dalam kurikulum di sekolah rendah.

Pemerhatian tidak turut serta pula dilakukan dengan meninjau

bilik muzik dan kelengkapan alat-alat muzik di sekolah guru-guru yang ditemu bual.

Kajian dilakukan di 2 buah sekolah rendah dalam daerah Hulu

Selangor. Sekolah-sekolah di daerah Hulu Selangor terbahagi kepada 3 zon iaitu Zon Utara, Zon Tengah dan Zon Selatan. Sebuah sekolah

dari zon selatan (Batang Kali) telah dipilih. Seorang guru muzik dan Guru Penolong Kanan Kurikulum telah ditemu bual. Seorang lagi guru

muzik pula dipilih daripada sebuah sekolah di zon tengah (Kuala Kubu Bharu).

Dapatan dan perbincangan

a. Latar belakang guru-guru yang mengajar pendidikan muzik

Melalui temu bual yang telah dijalankan bersama dua orang

guru yang mengajar mata pelajaran muzik, kedua-duanya telah menjalani latihan asas perguruan dalam bidang pendidikan muzik di

maktab perguruan. Namun begitu, hakikat sebenar yang berlaku di sekolah yang dikaji, bukan semua guru yang mengajar mata pelajaran

muzik mempunyai latar belakang pendidikan muzik. Hal ini demikian kerana beberapa sebab yang tidak dapat dielakkan. Berdasarkan

maklumat daripada Guru Penolong Kanan Kurikulum, mata pelajaran muzik perlu diberikan kepada guru biasa untuk mencukupkan bilangan

waktu mengajar.

Sebuah sekolah di Batang Kali mempunyai 23 buah kelas dari

Tahun 1 hingga Tahun 6. Jika pihak pentadbir menetapkan setiap guru perlu mengajar 28 hingga 30 waktu seminggu, bilangan guru

opsyen muzik yang diperlukan untuk mengajar mata pelajaran pendidikan muzik adalah dianggarkan seramai 2 orang sahaja. Namun

begitu, hanya terdapat seorang sahaja guru opsyen muzik di sekolah

.. kalau sekolah rendah kita tengok dia akan mengajar

antara 28 ke 30 waktu, jadi memang ada kalanya terfikir untuk penambahan bagi guru yang tidak mencukupi minitnya. Jadi kita akan beri kepada guru ni subjek

muzik.. (A03)

Page 7: Artikel Ilmiah_Perlaksanaan P&P Muzik KBSR Di Daerah Hulu Selangor

7

tersebut (A01). Oleh itu, mata pelajaran muzik terpaksa diberikan

kepada guru bukan opsyen.

Berlainan pula dengan sebuah sekolah di Kuala Kubu Bharu yang

terdapat 3 orang guru yang mempunyai latar belakang pendidikan muzik. Bilangan kelas dari tahun 1 hingga tahun 6 adalah sebanyak 15

kelas. Seharusnya semua mata pelajaran muzik dari tahun 1 hingga tahun 6 boleh dikendalikan oleh guru-guru opsyen muzik. Fenomena

ini adalah disebabkan kecenderungan pihak pentadbir mengutamakan mata pelajaran teras mengakibatkan mata pelajaran muzik terpaksa

dijadikan mata pelajaran tempelan kepada waktu mengajar guru-guru.

Taburan guru opsyen muzik yang tidak menepati bilangan yang

diperlukan di sesebuah sekolah juga mempengaruhi latar belakang guru-guru yang mengajar mata pelajaran ini. Pihak sekolah biasanya

akan membuat unjuran pada setiap hujung tahun dan memohon guru opsyen muzik daripada pihak Pejabat Pelajaran Daerah.

Walaubagaimanapun, permohonan tersebut biasanya sukar dipenuhi.

b. Masalah-masalah utama guru muzik

Berdasarkan temu bual, guru opsyen muzik dan guru muzik

bukan opsyen yang mengajar mata pelajaran pendidikan muzik mempunyai masalah yang berbeza-beza. Bagi guru opsyen muzik,

masalah utama yang dikenal pasti adalah tentang ketiadaan bilik muzik khas. Guru muzik 1 dan guru muzik 2 menyatakan,

..Memang setiap tahun kita memohon kepada pihak berkenaan seperti PPD dan seterusnya ke jabatan., kita

inginkan guru yang mempunyai opsyen muzik. Pihak PPD juga tidak menjanjikan taburan yang cukup kepada

sekolah. Jadi kami menerima arahan daripada PPD. Apa yang dihantar oleh PPD, itulah yang kami buat di sekolah

mengikut apa yang telah diperuntukkan..(A04)

Di sekolah ini tidak ada ramai yang opsyen tetapi kita telah memilih berdasarkan minat guru

seramai 8 orang. Seorang saja yang mempunyai opsyen muzik..(A01)

Page 8: Artikel Ilmiah_Perlaksanaan P&P Muzik KBSR Di Daerah Hulu Selangor

8

Ketiadaan bilik muzik khas akan menimbulkan beberapa masalah. Antaranya, alat-alat perkusi seperti kastanet, kerincing dan kayu tik

tok yang dibawa ke kelas-kelas terapung mudah hilang atau rosak. Selain itu, sekiranya kelas muzik dijalankan dalam kelas biasa, timbul

pula gangguan kepada kelas yang bersebelahan. Kekangan-kekangan ini akan membataskan tindakan guru untuk menjalankan aktiviti

muzikal dengan bebas.

Guru Penolong Kanan Kurikulum telah memberikan penjelasan

kenapa bilik muzik tidak dapat disediakan. Antaranya, bilangan bilik yang tidak mencukupi untuk dijadikan kelas muzik. Sekolah yang telah

lama dibina mempunyai bilik yang terhad. Disebabkan faktor ini, pengajaran dan pembelajaran muzik terpaksa diadakan di bilik

tayangan.

.. Di sekolah Batang Kali ni, secara ikhlas la saya

cakap, masalah paling ketara sekali, bilik khas untuk muzik tu tak ada. Sembilan tahun lebih saya tunggu

kelas muzik tak ada. Kita gunakan kelas yang kosong, kadang-kadang bercampur dengan kelas di Pusat Sumber. Jadi bila tak ada kelas khas, maka

peralatan tu secara langsung tidak terurus dengan betul la. Alat-alat mungkin berterabur, terpaksa bila

mengajar pindahkan barang, jadi pengurusan tu nampak kelam kabut la.. (B05)

.. Sepanjang 3 tahun ni, masalah saya sekarang ni..aa…bilik muzik..sekolah ni tak ada.Tiada bilik

muzik jadi susah untuk menjalankan aktiviti bermain alat, alat perkusi kan semua tu. Jadi..satu..kalau nak

buat aktiviti nyanyian pun macam mengganggu kelas sebelah, kelas sebelah tu bila belajar subjek teras, kiranya kita kelas yang ajar muzik ni, ajar nyanyi

atau main muzik kira mengganggu sebelah, macam

tak sesuailah... (B11)

.. Kita tidak ada bilik khas untuk muzik, berkongsi dengan bilik yang lain, sebab sekolah ni adalah sekolah yang lama. Tahap dua akan dipanggil ke bilik

tayangan untuk berkongsi, kalau ada jadual yang sama waktu, mereka akan belajar di kelas masing-

masing lah.... (B02)

Page 9: Artikel Ilmiah_Perlaksanaan P&P Muzik KBSR Di Daerah Hulu Selangor

9

Berbanding dengan sebuah sekolah di Kuala Kubu Bharu yang baru dibuka pada tahun 2000. Rekabentuk bangunan sekolah di alaf baru

sudah tentu menepati keperluan semasa. Dengan bilangan pelajar seramai lebih kurang 500 orang dan bilangan kelas melebihi 25 buah,

sebuah bilik boleh dikhaskan untuk aktiviti P&P pendidikan muzik. Hal ini sebenarnya terletak kepada keputusan pentadbir, berdasarkan

kenyataan Guru muzik 2 yang ditemu bual;

Penyelidik : Pernah tak perkara tu dimohon kepada

pentadbir?

Guru Muzik 2 : Pernah dimohon kepada pentadbir, tapi pentadbir kata..aa…nanti dulu, kemudiankan dulu.

Penyelidik : Pada pandangan cikgu ada ke bilik,

sebenarnya boleh ke kalau pentadbir nak bagi?

Guru Muzik 2 : Nak ikutkan boleh je.

(PT 1)

Bagi guru yang bukan opsyen muzik, antara masalah yang dihadapi oleh mereka adalah tiada pengetahuan asas untuk mengajar

mata pelajaran muzik. Setelah diyakinkan oleh pihak pentadbir, mereka mahu tidak mahu terpaksa menggalas tanggungjawab untuk

menjalankan P&P muzik. Hal ini berdasarkan kenyataan GPK Kurikulum,

Dalam menjalankan aktiviti P&P, guru bukan opsyen muzik

kebiasaannya menumpukan kepada aktiviti nyanyian. Hal ini demikian adalah disebabkan kemahiran guru terhad untuk mengajar teori muzik

ataupun bermain alat muzik rekoder. Dengan menjalankan aktiviti nyanyian, mereka boleh menggunakan radio kaset dan disertakan

dengan permainan alat perkusi tanpa berpandukan skor muzik. Guru muzik 1 dan guru muzik 2 menjelaskan,

.. tetapi ada jugala yang memberikan alasan yang tidak tahu sebab mereka tidak ada basic. Jadi setelah diterangkan, dan kita akan bincang perkara ni dan

adakan kursus ke apa, jadi mereka ini menerima subject yang diberi... (B 01)

Page 10: Artikel Ilmiah_Perlaksanaan P&P Muzik KBSR Di Daerah Hulu Selangor

10

Namun begitu, dengan adanya kursus dalaman dan luaran, kemahiran

asas guru dapat ditingkatkan dan dikongsi bersama-sama guru opsyen muzik. Walau bagaimanapun, inisiatif daripada guru bukan opsyen

sendiri dilihat sangat perlu untuk menjayakan P&P pendidikan muzik.

Terdapat juga beberapa halangan yang menjejaskan perancangan tersebut. Antaranya, guru-guru bukan opsyen jarang

berkomunikasi dengan guru-guru opsyen muzik seperti yang dinyatakan oleh guru muzik 1,

Kemahiran guru yang terhad akan menyebabkan mereka kurang berminat untuk menjalankan P&P pendidikan muzik. Guru muzik 1

menyatakan,

.. Di sekolah saya, guru-guru yang bukan opsyen tetapi

terpaksa memilih mengajar mata pelajaran ni, mereka lebih cenderung kepada nyanyian.Itupun dengan bantuan radio kaset la, bukan macam selalunya

mengajar pelbagai kemahiran dengan menggunakan alatan dan sebagainya. Mereka lebih bertumpu kepada

nyanyian.Tetapi sejak akhir-akhir ini saya lihat mungkin kerana ada kesedaran tentang kepentingan muzik ini, saya dapat lihatla guru-guru mula mempelbagaikan

corak pengajaran, lebih kepada pergerakan dan permainan alat dan sebagainya.. (B 03)

..Sepanjang saya mengajar, saya dapati kalau guru-guru yang bukan opsyen ni, jarang sekali berjumpa dengan

kita ni.Ada seorang dua yang nampaknya berminat, tapi yang lain tu saya tengok, mereka lebih kepada ikut

buku, ikut sukatan, tetapi kita tak tau macamana sebenarnya mereka nak realisasikan sukatan tu..(B 07)

.. Tahap 1, saya tengok bila…masalah kepada guru tu.

Kalau guru tu kurang berkemahiran , saya tengok dia kurang berminat untuk mengajar, lebih cenderung

bawak budak ke pusat sumber pun untuk pelajaran lain...(B 08)

..Saya rasa diorang ajar muzik secara macam tu saja.Tak ada buat latihan apa-apa. Sebelum nyanyian tu kita ada buat latihan pitching ke apa ke..tak ada. Baru-

baru ni diorang ada pegi kursus muzik, barulah dapat tau macamana..(B 17)

Page 11: Artikel Ilmiah_Perlaksanaan P&P Muzik KBSR Di Daerah Hulu Selangor

11

Guru-guru muzik juga berhadapan dengan masalah menentukan

bahan-bahan pengajaran. Sungguhpun guru-guru mempunyai panduan Sukatan Pelajaran (SP) dan Huraian Sukatan Pelajaran

(HSP), bahan-bahan pengajaran perlu diusahakan sendiri oleh guru muzik. Sebagai contoh repertoire (koleksi lagu-lagu) untuk aktiviti

nyanyian, buku aktiviti rekoder dan skor alat muzik perkusi.

Berbeza dengan keadaan pada mula-mula KBSR diperkenalkan. Bagi Tahap 1 (Tahun 1-3), guru-guru telah dibekalkan dengan pita

kaset yang mengandungi repertoire bagi tahun 1 hingga tahun 3. Bagi Tahap 2 (Tahun 4-6) pula, pita kaset dan buku teks juga telah

dibekalkan oleh Pusat Perkembangan Kurikulum yang merangkumi aktiviti nyanyian, permainan alat perkusi dan rekoder. Hal ini sangat

membantu guru-guru muzik lebih-lebih lagi bagi guru-guru yang bukan opsyen. Mulai tahun 2003, penggunaan buku teks pendidikan

muzik telah dimansuhkan. Guru-guru muzik terpaksa memilih bahan

pengajaran yang bersesuaian mengikut sukatan dengan usaha sendiri. Hal ini dapat dilihat berdasarkan temu bual berikut;

Penyelidik : Macam bahan audio macamana? Macam lagu-lagu..bahan-bahan P&P lah.

Guru Muzik 2

:

Setakat ni bahan-bahan P&P bergantung kepada guru saja. Guru bagi latihan pada

murid..latihan bahasa muzik ke (teori) ataupun lagu ke.

Penyelidik : Kalau dulu mengikut pengalaman, kita ada

buku teks. Masalah sekarang, apa rasa

cikgu dari segi bahan?

Guru Muzik 2

:

Dari segi bahan, tiada buku teks untuk murid.

(PT 2)

Berdasarkan pemerhatian, lokasi penyimpanan alat-alat muzik

juga menimbulkan masalah kepada guru-guru. Di sebuah sekolah di Kuala Kubu Bharu, stor penyimpanan alat-alat muzik berada di tingkat

4 manakala di sebuah sekolah di Batang Kali, tempat penyimpanan

alat berada di beberapa tempat seperti di bilik guru dan pusat sumber. Situasi ini akan menjejaskan proses P&P pendidikan muzik. Guru

muzik 2 yang ditemu bual ada menjelaskan,

Page 12: Artikel Ilmiah_Perlaksanaan P&P Muzik KBSR Di Daerah Hulu Selangor

12

Kekurangan bahan bantu mengajar juga merupakan salah satu

masalah kepada guru-guru muzik.Alat-alat perkusi yang rosak tidak dapat diganti dengan segera. Bilangan radio kaset pula tidak

mencukupi dan terpaksa berkongsi dengan guru-guru yang mengajar mata pelajaran lain. Alat-alat muzik yang dibekalkan pula tidak

menepati spesifikasi serta mudah rosak. Guru muzik 1 dan guru muzik 2 menyatakan;

c. Pelaksanaan mata pelajaran pendidikan muzik mengikut garis panduan PPK

Berdasarkan temu bual dengan GPK Kurikulum, mata pelajaran

pendidikan muzik memang dilaksanakan berdasarkan garis panduan yang telah ditetapkan oleh PPK iaitu 60 minit (2 waktu) dalam

seminggu bagi setiap tahun 1 hingga tahun 6;

.. Sini ada satu bilik kecik khas untuk letak alat muzik. Siapa yang nak ajar muzik kena ambil di

tingkat atas sekali dan bawa kelas masing-masing. Jadi macam payah la..(B 19)

.. tapi saya dapat lihatla, alat-alat yang dibekalkan tu tak mengikut spesifikasi alatan yang betul. Selalu kita

lihat kastanet..dia punya ciri-ciri macam ni..kadang-kadang kastenet sampai berbentuk material kayu

jadi tak sesuai untuk kita gunakan...(B 06)

..Kalau diikutkan dalam panitia muzik ada

radio…dua…yang boleh guna satu saja. Saya guna radio dari panitia pendidikan sivik... (B 18)

.. Selalunya pihak panitia akan merekod alat-alat

yang sampai dan juga kita merekod tentang kerosakan. Jadi laporan rekod tu kita akan bawa kepada pihak pentadbir, jadi pihak pentadbir akan

cuba mengatasilah masalah dari segi mengganti, menambahbaik dan sebagainya. Tapi yang saya

perhatikan, alatan yang rosak ni terbiarla macam tu...(B 09)

Page 13: Artikel Ilmiah_Perlaksanaan P&P Muzik KBSR Di Daerah Hulu Selangor

13

Namun demikian, pihak pentadbir telah memberikan kebebasan

kepada guru-guru Tahun 6 menggunakan waktu pendidikan muzik untuk mengulangkaji atau menghabiskan sukatan bagi mata pelajaran

teras seperti Sains, Matematik dan Bahasa Inggeris;

Guru muzik 1 pula mempunyai pandangan yang berbeza terhadap

langkah yang diambil oleh pihak pentadbir berdasarkan kenyataan berikut;

Terdapat juga sekolah yang tidak mengecualikan mata pelajaran Pendidikan Muzik bagi Tahun 6. Hal ini dapat dilihat berdasarkan temu

bual dengan Guru muzik 2;

Penyelidik : Pada pandangan cikgu dari segi pelaksanaan

P&P muzik, adakah dia dilaksanakan mengikut jadual waktu ataupun dia diganti dengan mata pelajaran lain?

Guru Muzik 2

:

Dia dilaksanakan berdasarkan jadual waktu.

.. Apabila kita menetapkan jadual, pihak sekolah memang menetapkan 60 minit untuk Pendidikan

Muzik dalam satu minggu kepada setiap kelas… (C 01)

.. Pengalaman sayalah..saya melihat dari darjah 1 hingga darjah 5 tu..mereka akan gunakan betul, minit muzik ni digunakan sepenuhnya, tetapi bila

kita memandang kepada ke arah UPSR, guru-guru ni hendak mengejar waktu, menghabiskan silibus,

Jadi, subjek elektif ni..dipenuhkan dengan subjek teras tu . Subjek teras seperti sains, matematik,

english..(C 02)

.. Biasanya yang saya perhatikan,yang paling ketara tahun 6. Boleh dikatakan bila masuk pertengahan

tahun tu, mereka lebih menjurus kepada peperiksaan. Mereka abaikan muzik sedangkan saya perhatikan, pelajar-pelajar kita ni memerlukan

pendidikan muzik ni, sekurang-kurangnya untuk meredakan tekanan peperiksaan tu...(C 07)

Page 14: Artikel Ilmiah_Perlaksanaan P&P Muzik KBSR Di Daerah Hulu Selangor

14

Penyelidik : Macamana dengan Tahun 6? Adakah betul-betul digunakan untuk mata pelajaran

muzik?

Guru Muzik 2 :

Ya, betul. Betul dijalankan.

Penyelidik : Ada tak cikgu-cikgu lain ambil untuk mata

pelajaran teras?

Guru Muzik 2 : Setakat ni tak ada.

(PT 3)

Kesimpulan dan Cadangan

Adalah sukar meletakkan hanya guru-guru yang mempunyai latar belakang muzik sahaja yang mengajar mata pelajaran pendidikan

muzik di sekolah rendah. Keperluan untuk mencukupkan jumlah waktu mengajar guru-guru dilihat sebagai faktor utama yang menyebabkan

mata pelajaran pendidikan muzik diberikan kepada guru-guru yang bukan opsyen muzik. Oleh yang demikian, proses P&P tidak dapat

berjalan dengan lancar kerana guru-guru bukan opsyen yang pertama kali mengajar mata pelajaran ini tidak mempunyai pengalaman.

Menurut Abril, Carlos R., Gault dan Brent M.(2007), pengalaman guru

muzik memberi kesan terhadap aktiviti muzik di kelas. Kajian menunjukkan terdapat hubungan yang positif antara pengalaman

muzik guru dengan strategi yang digunakan di dalam kelas. Berdasarkan kenyataan ini, jelas bahawa pengalaman akan

memberikan keyakinan kepada guru untuk menyediakan aktiviti yang dapat menarik minat pelajar. Namun begitu, usaha pihak sekolah dan

Pejabat Pendidikan Daerah mengadakan ‘in-house training’ dan memberikan kursus jangka-pendek kepada guru-guru yang bukan

opsyen akan dapat mengatasi masalah ini, seperti yang dinyatakan oleh Abril, Carlos R., Gault dan Brent M.(2007) iaitu peranan guru

dalam mata pelajaran pendidikan muzik juga akan menjadi lebih berkesan setelah mengikuti kursus muzik.

Walaupun terdapat bilangan guru muzik yang mencukupi di

sesebuah sekolah, guru muzik ini tidak akan mengajar mata pelajaran

pendidikan muzik sahaja. Mereka terpaksa menggalas tugas mengajar mata pelajaran lain. Pihak pentadbir seharusnya mempertimbangkan

untuk memberikan guru-guru opsyen muzik mengajar mata pelajaran pendidikan muzik sahaja kerana mereka telah dilatih khas dalam

bidang tersebut. Hal ini dapat melancarkan program P&P.

Page 15: Artikel Ilmiah_Perlaksanaan P&P Muzik KBSR Di Daerah Hulu Selangor

15

Masalah utama guru-guru yang mengajar mata pelajaran muzik

adalah ketiadaan bilik muzik khas. Bilik muzik khas amat perlu bagi mengelakkan gangguan kepada kelas-kelas lain. Alat-alat muzik pula

tidak perlu bergerak. Selain itu, masa dapat dijimatkan dan tumpuan boleh diberi kepada proses P&P. Lebih-lebih lagi susun atur kerusi

meja dalam pembelajaran muzik kadangkala perlu diubah-ubah mengikut keperluan aktiviti muzik seperti yang dinyatakan oleh Haack

dan Smith (2000) bahawa kerusi dan meja dalam sebuah kelas biasa disusun dalam barisan tertentu manakala bagi kelas muzik,

susunannya boleh sentiasa diubah bergantung kepada saiz dan jenis aktiviti muzik yang ingin dijalankan. Oleh itu, pihak pentadbir yang

memahami situasi ini perlu menyediakan bilik muzik khas supaya program muzik di sekolah akan menjadi lebih efektif.

Kemahiran asas dalam muzik juga merupakan elemen penting

yang menentukan keberkesanan P&P pendidikan muzik. Guru-guru

bukan opsyen muzik akan memilih cara yang paling mudah untuk menjalankan P&P pendidikan muzik. Dengan itu, sesi P&P tidak dapat

dipelbagaikan dan boleh membantutkan minat para pelajar. Keadaan ini diburukkan lagi dengan sikap guru bukan opsyen yang tidak

berusaha untuk berbincang dengan guru-guru opsyen atau guru-guru yang berpengalaman. Seharusnya guru-guru bukan opsyen lebih

proaktif demi untuk memantapkan kebolehan diri. Guru-guru opsyen dan berpengalaman pula perlu memberikan panduan dan tunjuk ajar

serta menjalinkan hubungan dua hala dengan guru-guru bukan opsyen ini. Keadaan ini dapat menghindarkan perasaan isolasi mereka seperti

yang dinyatakan oleh Krueger (1999) bahawa salah satu punca perasaan isolasi timbul adalah kerana guru-guru tidak bekerjasama

sebagai satu pasukan. Guru yang baru seharusnya diberikan bimbingan oleh guru yang berpengalaman.

Menyentuh tentang aspek bahan P&P, guru-guru muzik perlu lebih peka tentang keperluan yang digariskan dalam sukatan

pelajaran. Mereka harus berhubung rapat dengan pihak pentadbir dan menyuarakan sebarang masalah tentang keperluan P&P pendidikan

muzik. Pentadbir perlu diyakinkan akan kepentingan aktiviti muzik terhadap para pelajar di sekolah. Guru-guru muzik yang ‘low profile’

hanya akan mengakibatkan mata pelajaran ini dipandang sepi oleh pihak pentadbir. Justeru, aktiviti-aktiviti yang dapat menonjolkan

penglibatan para pelajar perlu diperbanyakkan agar pihak pentadbir memberikan sokongan kepada sebarang aktiviti muzik di sekolah sama

ada dalam aspek kewangan, peralatan dan prasarana. Tidak dapat dinafikan bahawa sokongan pentadbir sangat mempengaruhi hala tuju

sesuatu program di sekolah. Menurut Abril, Carlos R., Gault dan

Page 16: Artikel Ilmiah_Perlaksanaan P&P Muzik KBSR Di Daerah Hulu Selangor

16

Brent M.(2007), sokongan daripada pihak pentadbir merupakan aspek

penting yang menentukan pendidikan muzik diimplimentasikan dalam pengajaran dan pembelajaran di sekolah. Bukan semua pentadbir

memandang ringan terhadap mata pelajaran pendidikan muzik. Kajian telah menunjukkan bahawa terdapat juga pihak pentadbir yang

menyedari akan kepentingan aktiviti muzik dalam membentuk semangat kerjasama, disiplin diri dan kemahiran sosial melalui

pasukan pancaragam dan sebagainya.

Langkah menggunakan masa pendidikan muzik untuk mata pelajaran lain terutama bagi kelas peperiksaan UPSR adalah tidak

wajar kerana dalam seminggu hanya 60 minit sahaja yang diperuntukkan untuk mata pelajaran pendidikan muzik. Sekiranya P&P

pendidikan muzik dilaksanakan sepenuhnya, tidak mungkin menjadi salah satu faktor keputusan peperiksaan sekolah berkenaan akan

merudum. Pendidikan muzik harus dilihat sebagai subjek yang dapat

meredakan ketegangan para pelajar. Menurut Abeles (1994:105), menidakkan peluang kanak-kanak meluahkan perasaan melalui aktiviti

muzik sama seperti menghalang salah satu cabang dalam melahirkan ekspresi diri. Muzik merupakan satu disiplin yang bukan hanya

melibatkan tiga domain pembelajaran iaitu kognitif, afektif dan psikomotor sahaja, malah mempunyai nilai estetika

(Abeles:1994:113). Hal inilah yang perlu dinilai oleh guru-guru muzik dan pihak pentadbir.

Page 17: Artikel Ilmiah_Perlaksanaan P&P Muzik KBSR Di Daerah Hulu Selangor

17

Bibliografi

Abeles, Harold F.et.al (1994).Foundations of music education.Second Edition.New York: Schirmer Books.

Abril, Carlos R., Gault & Brent M.(2007). Perspectives on the Music

Program: Opening Doors to the School Community. Music Educators Journal, 00274321,Vol. 93, Issue 5.

Campbell, P. S., & C. Scott-Kassner. (2005). Music in Childhood

from Preschool through the Elementary Grades. 3rd ed.

Belmont,CA: Thomson/Schirmer.

Haack, P., & Smith, M. V. (2000). Mentoring new music teachers.Music Educators Journal, 87(3), 23-27.

Johami Abdullah. (1993). Pendidikan Muzik Semasa. Kuala Lumpur:

Dewan Bahasa dan Pustaka.

Krueger, P. J. (1999). New music teachers speak out on mentoring.

Journal of Music Teacher Education, 8(2), 7-13.