arca asemblaj

19
1.0 PENGENALAN Arca adalah suatu bentuk dalam susunan tiga dimensi. Permukaannya dapat dirasai serta dipandang dari pelbagai sudut. Pengertian arca berasal daripada bahasa latin iaitu sculpere bermakna satu proses mengukir, melarik , mencungkil dan menguris. Selalunya arca dapat dilihat di galeri, taman permainan, dan tempat-tempat yang menjadi tarikan pelancong seperti di muzium dan Tugu Peringatan (Patrick, 2010). Menurut Imann(2010), aspek sejarah arca dikaitkan dengan ritual. Namun selaras dengan perkembangan zaman, arca tidak lagi dikaitkan dengan ritual semata-mata tetapi juga sebagai hiasan dan kegunaan harian. Sebuah arca yang menarik perlu menekaan unsur seni, prinsip rekaan dan struktur rekaan. Arca terbahagi kepada banyak jenis. Arca bersifat realis atau abstrak. Arca realis menampilkan objek sebenar yang difahami kewujudannya seperti ukiran dan acuan patung manusia. Arca abstrak pula adalah bersifat konseptual dan memerlukan daya pemikirkan yang tinggi untuk menginterpretasikan betuk dan maksud arca tersebut. Ini sesuai dengan peranan pengarca itu sendiri dalam merakam segala pengalaman dalam kehidupan melalui perluahan rasanya ke dalam bentuk arca. Arca terbahagi kepada dua kategori yang besar iaitu arca estetik dan arca berfungsi (Penny, 1993). Rajah 1: Arca

Upload: nordin-laguda

Post on 05-Dec-2015

567 views

Category:

Documents


14 download

DESCRIPTION

Arca

TRANSCRIPT

Page 1: Arca Asemblaj

1.0 PENGENALAN

Arca adalah suatu bentuk dalam susunan tiga dimensi. Permukaannya dapat dirasai serta

dipandang dari pelbagai sudut. Pengertian arca berasal daripada bahasa latin iaitu sculpere

bermakna satu proses mengukir, melarik , mencungkil dan menguris. Selalunya arca dapat

dilihat di galeri, taman permainan, dan tempat-tempat yang menjadi tarikan pelancong seperti

di muzium dan Tugu Peringatan (Patrick, 2010).

Menurut Imann(2010), aspek sejarah arca dikaitkan dengan ritual. Namun selaras

dengan perkembangan zaman, arca tidak lagi dikaitkan dengan ritual semata-mata tetapi juga

sebagai hiasan dan kegunaan harian. Sebuah arca yang menarik perlu menekaan unsur seni,

prinsip rekaan dan struktur rekaan.

Arca terbahagi kepada banyak jenis. Arca bersifat realis atau abstrak. Arca realis

menampilkan objek sebenar yang difahami kewujudannya seperti ukiran dan acuan patung

manusia. Arca abstrak pula adalah bersifat konseptual dan memerlukan daya pemikirkan

yang tinggi untuk menginterpretasikan betuk dan maksud arca tersebut. Ini sesuai dengan

peranan pengarca itu sendiri dalam merakam segala pengalaman dalam kehidupan melalui

perluahan rasanya ke dalam bentuk arca. Arca terbahagi kepada dua kategori yang besar iaitu

arca estetik dan arca berfungsi (Penny, 1993).

Rajah 1: Arca

Sumber: Gantit (2014)

Menurut Gantit (2014), sejarah arca bermula dari penemuan patung kecil “Cycladic"

di sebuah pulau di Laut Aegean lebih kurang 4,500 tahun yang lalu. Adalah dipercayai

Page 2: Arca Asemblaj

bahawa arca figura yang banyak ditemui di serata dunia ada kaitan yang amat rapat dengan

sistem kepercayaan pada masa itu. Arca “Laocoon” (50 Sebelum Masihi) menunjukkan satu

situasi dramatik: tiga lelaki dibelit ular. Gambaran ini menunjukkan sindiran masyarakat pada

masa itu. Pada masa Renaison, arcawan banyak berkarya bertemakan figura manusia kerana

faktor kemanusiaan paling mudah dijadikan sebagai sindiran dan teladan. Pada tahun 1501 –

1504 Michelangelo membuat arca manusia bertopik “David” menggunakan marmar.

Menjelang abad kedua puluh, arca tidak berkonsepkan figura seratus peratus. Ia telah

mengalami perubahan dan akhirnya berubah kepada konsep abstrak. Arcawan British

bernama Henry Moore dan Alberto Giacometti telah menukarkan konsep figura yang

dipiuhkan atau distailisasikan untuk lebih membawa makna dalaman.

Rajah 2: Arca Asemblaj

Sumber: Gantit (2014)

Terdapat banyak jenis arca. Antara arca yang wujud ialah arca asemblaj. Asemblaj

adalah himpunan bahan-bahan yang disusun dan mempunyai daya estetik ataupun cara

perletakan yang menimbulkan suatu makna. Walaupun pada kebiasaannya aktiviti ini

dikaitkan pada himpunan bentuk-bentuk dua dimensi, asemblaj juga boleh dihasilkan dalam

bentuk tiga dimensi (Patrick, 2010).

2.0 SEJARAH ASEMBLAJ

Asemblaj ialah cantuman bahan-bahan kutipan yang dibentuk menjadi karya yang

mempunyai maksud tertentu. Penciptaan arca asemblaj termasyhur iaitu “Bicycle Wheel”

( karya asli telah hilang ) adalah penciptaan terawalnya dalam bidang seni tangan yang mana

arca ini dibina menggunakan bahan-bahan yang terdapat di rumah. Arca asemblaj mula

mendapat perhatian di Amerika Syarikat sekitar tahun 1950-an dan 60-an apabila Louise

1

Page 3: Arca Asemblaj

Nevelson menghasilkan karya asemblajnya yang berjudul “Sky Cathedral” pada tahun 1958

dan menjadi koleksi The Museum of Modern Art, New York.

Karya asemblaj Nevelson ini lebih dikenali sebagai “Wall-scale-assemblage”. Karya

Nevelson ini menggabungkan konsep kubis dari bahan terbuang seperti kaki kerusi, batang

penyapu, pintu kabinet dan pelbagai bahan kutipan lain terutamanya dari pelbagai bahan

kayu. Berikutnya barulah muncul arcawan Jean Tinguely menghasilkan karya “Homage to

New York” tahun 1960. Di peringkat awalan, Robert Rauschenberg telah menghasilkan karya

asemblaj dari kombinasi dua dimensi dan tiga dimensi. Bagi Marcel Duchamp pula arca

asemblajnya yang bertajuk “Bicycle Wheel” “Green Monumenta V” karya Ramlan

Abdullah,“Pemain Rebab 1”, karya Mad Anuar Ismail dan “Killing Tool” karya Raja

Shariman Raja Azidin (Patrick, 2010).

Rajah 3: Bicycle Wheel

Sumber: Aidalie (2011)

Menurut Aidalie (2011), arca asemblaj juga adalah cantuman daripada pelbagai bahan

buangan yang berbeza dan digabungkan menjadisebuah arca serta mendapat perhatian di

Amerika sekitar tahun 1950-60. Arca tiga dimensi ini dilihat sebagai “junk sculpture”, iaitu

arca barangan terpakai atau buruk dan rosak. Asemblaj adalah arca yang termasuk dalam

aliran “abstrak-ekperssionisme”. Asemblaj dinukilkan secara dua dimensi , tiga dimensi atau

kedua-duanya sekali. Asemblaj dibentuk melalui gabungan pelbagai bahan terutamanya

bahan terbuang yang bersifat pejal dan tahan lama.

Konsep asemblaj terjadi daripada gabungan, bina semula dan reka bentuk semula

bahan konkrit yang pelbagai melalui proses artistik dan estetik. Dalam asemblaj, objek

digabung melalui teknik kimpalan, skru, bol dan nat, gam, tanggam dan ikatan. Komposisi

2

Page 4: Arca Asemblaj

objek membentuk cerita, konotasi makna dan rentetan peristiwa. Ini bermakna semakin besar

gabungan objek yang dibina, semakin besar makna dan cerita (Zihan, 2013).

Rajah 4: Contoh Arca Asemblaj

Sumber: Aidalie (2011)

Di Malaysia asemblaj mula mendapat perhatian secara lebih mendalam selepas 1990-

an. Asemblaj memerlukan ruang, kesepaduan bentuk dan paksi simetri yang stabil. Biarpun

begitu, asemblaj boleh digabungkan dengan arca inetic dan mobail.

Rajah 5 : Contoh Arca Asemblaj Pelajar

Sumber: Aidalie (2011)

Rajah di bawah menunjukkan ringkasan mengenai alat yang bersesuaian untuk

menghasilkan arca asemblaj di samping teknik untuk membentuk karya tersebut.

3

Page 5: Arca Asemblaj

BAHAN/ALAT TEKNIK PENGHASILAN DAN PERALATAN

YANG BERKAITAN

Kayu, logam, batu, simen,

bongkah-

bongkah, ‘spare-part’

kenderaan, bahan kutipan,

besi dan sebagainya.

Bahagian atau komponen yang berlainan yang dicantum dan

menjadi satu kesatuan objek dan

menjadi satu konsep bermakna.

Teknik hasilan:

-    Kimpalan

-    Binaan

-    Cantuman skru/ paku, gam

- Ikatan

Dalam penghasilan asemblaj, terdapat peralatan tertentu yang digunakan untuk

membentuknya (Gantit, 2014). Rajah di bawah pula menunjukkan alatan untuk menghasilkan

arca asemblaj:

Rajah 6 : Penggunaan Alatan untuk Menghasilkan Arca Asemblaj

Sumber: Gantit (2014)

4

Page 6: Arca Asemblaj

Manakala, bahan dan media untuk menghasilkan arca asemblaj juga terdiri daripada

pelbagai jenis. Alat dan media yang diperlukan dalam pennghasilan karya asemblaj dapat

ditunjukkan melalui rajah di bawah.

Rajah 7: Penggunaan Bahan Media untuk Menghasilkan Arca

Sumber : Gantit (2014)

3. PERSAMAAN DAN PERBEZAAN ASEMBLAJ 2 DIMENSI DAN 3 DIMENSI

Asemblaj 2 dimensi dan 3 dimensi mempunyai persamaan yang jenis kerana kedua-

duanya daripada kategori arca. Dalam erti kata lain, kedua-dua jenis jenis asemblaj ini amat

mementingkan bentuk dan ruang.

4. PENGHASILAN KARYA ASEMBLAJ

Asemblaj 3D direka bentuk melalui perancangan yang jitu dan teliti. Perancangan ini

dilakukan dengan mengambil kira pelbagai kesesuaian terutama tujuan pembinaan karya

asemblaj ini. Seterusnya tema, proses perkembangan idea, pemilihan alat dan bahan, serta

teknik penghasilan karya berpandukan kepada asas seni dan prinsip seni reka (Zihan, 2013).

5

Page 7: Arca Asemblaj

Penghasilan sesuatu karya asemblaj perlu melalui prosesnya. Hal ini bersesuaian

kerana asemblaj termasuk dari sejenis arca. Benarlah menurut Imann(2010) bahan,

pennghasilan arca perlu mengikut prosesnya yang tersendiri.

4.1 TEMA

Tema merupakan perkara utama yang diambil kira dalam penghasilan sesuatu karya

asemblaj. Pemilihan tema bagi mengambil kira hasil karya asemblaj yang merangkumi

keperluan seni seperti ruang, warna, jalinan, rupa dan bentuk. Menurut Gantit (2011), sering

kali tema dan tajuk menjadi pokok persoalan yang ingin dikongsi sama oleh pengarca. Ia

mungkin berupa maklumat, dokumentasi, lonjakan paradigma, cetusan emosi dan perasaan,

sindiran atau satira, protes, kegilaan idea dan lain-lain. Soal tepat atau tidaknya pokok

persoalan ini biasanya hanya diketahui oleh pengarca. Bagi pemerhati atau penonton,  tema

dan tajuk ini hanya dirujuk berdasarkan kepada ketepatan tajuk yang dipaparkan di kaki-

kaki arca.

Menurut Gantit (2011) lagi, pemilihan tajuk menentukan alatan yang berkaitan

untuk menghasilkan asemblaj yang dirancang. Pemilihan alatan ada kaitan dengan

pemilihan bahan binaan asemblaj. Tema menentukan kombinasi alat dan bahan serta

bagaimana konsep gabungan (assemble) ke atas objek pilihan di susun atur. Teknik juga

mempengaruhi terhadap pemilihan alat dan bahan. Dengan erti kata lain, setiap langkah

dalam penghasilan sesuatu karya asemblaj mempunyai hubungan antara satu sama lain.

Untuk itu, pengarca berpendapat tema yang ingin ditampilkan berkaitan perasaan

atau kegilaan idea. Pemilihan tema ini akan ditunjukkan dalam proses berikutnya.

4.2 PROSES PERKEMBANGAN IDEA

Dalam proses perkembangan idea, bahan yang hendak dibina harus mengambil kira tema

yang telah dipilih. Proses perkembangan idea bermula selepas pemilihan tema yang

6

Page 8: Arca Asemblaj

melibatkan banyak peringkat iaitu menentukan alat dan bahan, teknik pembinaan asemblaj,

penyediaan lakaran idea, penjanaan idea dan lakaran akhir penghasilan karya asemblaj.

4.2.1 MENENTUKAN ALAT DAN BAHAN

Setelah tema di atas di pilih, perancangan pemilihan alat dan bahan menjadi kriteria yang

penting. Pemilihan alat dan bahan mengambilkira keberkesanan dan relevannya

penggunaan bahan dalam memastikan tema tercapai. Ciri-ciri bahan yang dipilih

seharusnya tahan lama dan lasak kepenggunaannya .

Dalam pengkaryaan arca, asemblaj mewakili karya yang agak bebas dan pelbagai dari

penggunaan bahan atau media. Sebabnya amat jelas, asemblaj wujud secara gabungan dan

cantuman. Selagi bahan yang dipilih serasi dan boleh disepadukan, ia terus menerus mewakili

penggunaan bahan subjek yang mewah dan pelbagai. Penghasilan karya asemblaj secara

keseluruhannya tidak memerlukan banyak kos bagi menampungkan kerana bahan asas

binaannya hanyalah bahan terbuang atau bahan terpakai.

Dari rintisan sejarah asemblaj, penggunaan alat dan bahan terdiri daripada  kombinasi

yang padat dan kukuh. Banyak bongkah-bongkah keluli, kepingan logam, rod besi dan

bongkah kayu yang kuat dan kukuh diaplikasikan dalam penghasilan asemblaj. Kemudian,

asemblaj disepadukan dengan kimpalan, skru, bol dan nat serta tanggam antara objek secara

kukuh dan terancang.

Asemblaj mengadun pelbagai bahan lalu membentuk kesatuan komposisi yang

artistik. Ciri bentuk dan sifat bahan yang pelbagai mengujudkan satu ritma atau rentak yang

menarik. Ini disebabkan keistimewaan objek yang berbeza-beza.

7

Page 9: Arca Asemblaj

4.2.2 TEKNIK PEMBUATAN ASEMBLAJ

Untuk menghasilkan sesuatu karya asemblaj, terdapat beberapa proses tertentu yang sesuai

digunakan. Antaranya ialah dengan teknik jahitan, ikatan, menggunakan skru, bol dan nat,

kimpalan, tanggam atau gam plastik. Hal ini juga dapat diterangkan melalui rajah berikut:

Rajah 8: Proses Asemblaj

Sumber: Gantit (2014)

Proses membentuk dan membina asemblaj bergantung kepada jenis dan ciri-ciri

asemblaj yang hendak dihasilkan. Selain itu juga, aseblaj turut bergantung kepada tujuan

pembinaannya.

4.2.3 PENYEDIAAN LAKARAN IDEA

Sebelum memulakan sesuatu karya asemblaj, baik dimulakan dengan penyediaan lakaran

idea. Lakaran idea menjadi langkah permulaan yang amat penting di dalam menghasilkan

arca asemblaj. Perancangan yang rapi dan tertib boleh mendatangkan faedah yang besar

untuk peringkat penghasilan karya pada peringkat yang berikutnya. Justeru itu, perancangan

seperti yang dinyatakan di bawah ini akan menjadikan penghasilan arca asemblaj lebih

bermakna.

8

Page 10: Arca Asemblaj

Setelah itu, alat-alat yang hendak digunakan boleh dipilih mengikut kesesuaian

sesuatu arca asemblaj yang hendak dibina. Bahan binaan arca asemblaj juga boleh dipilih

kemudian. Lakaran-lakaran kecil dalam konteks penjanaan idea dilakukan. Tujuan lakaran

bagi memastikan asemblaj yang terhasil berkualiti dan mempunyai nilai estetika yang tinggi

(Gantit, 2014).

Daripada lakaran yang telah dihasilkan tadi, lakaran yang terbaik dipilih dan dinilai

estetikanya. Idea kemudian dikembangkan perancangan menghasilkan karya sebenar

dilaksanakan. Lakaran perlu sentiasa dikemaskini untuk memastikan penstrukturan reka

bentuk, kesesuaian bahan dan alatan yang paling sesuai diperoleh (Gantit, 2014).

4.2.4 PENJANAAN IDEA

Penjanaan idea iaitu “thumbnail-print” perlu dilaksanakann selepas proses penyediaan

lakaran idea. Idea dijana bermula dari tapak asemblaj sehingga badannya selesai. Menurut

Mesna (2011), pengetahuan dan kemahiran Pendidikan Seni melalui penjanaan idea,

penerokaan unsur, inkuiri, integrasi maklumat serta idea, pengolahan simbol nyata atau

abstrak dan melihat sesuatu dari pelbagai perspektif, menjanjikan satu peningkatan kualiti

berfikir serta bertindak secara rasional dan fleksibel. Dengan erti kata lain, penjanaan idea

antara aspek penting dalam menghasilkan karya seni bermutu. Berikut merupakan

“thumbnail-print” yang untuk penghasilan karya asemblaj:

9

Page 11: Arca Asemblaj

Menurut Gantit (2011), “Thumbnail-print” dianggap suatu kemestian untuk

mendapatkan hasil karya yang mapan dan menarik yang ditentukan berdasarkan tajuk dan

tema serta hal subjek. Penghasilan “thumbnail-print perlu mengambil kira asas seni reka

seperti unsur seni, prinsip seni dan struktur seni. Penghasilan “thumbnail-print” adalah satu

langkah penting sebagai asas sebelum sesuatu asemblaj dengan saiz sebenar dibina.

Melaluinya juga, alat, bahan dan media juga dapat dilakarkan bersama.

4.2.5 LAKARAN AKHIR PENGHASILAN KARYA ASEMBLAJ

Selepas penyediaan “thumbnail-print” barulah lakaran akhir penghasilan karya dipilih.

Setelah penyediaan lakaran idea  dan penjanaan idea selesai, , model kecil ataupun

model awal perlu disediakan sebavai panduan penghasilan arca yang sebenar. Dalam

penyediaan model ini, perlu mengambil kira ukuran reka bentuk, penyesuaian alat dan bahan.

Seterusnya, kerangka sesuatu asemblaj perlu dibuat iaitu tulang temulang sebelum arca

10

Page 12: Arca Asemblaj

sebenar dihasilkan. Hal ini penting untuk menjadikan sesuatu asemblaj lebih kukuh

binaannya.

Setelah proses lakaran selesai dan pembinaan model awal, kerangka tersebuat akan

ditutup dengan bahan pilihan yang telah dirancang sehingga berada pada saiz yang sebenar.

Barulah kemasan akhir dilakukan dengan menghalus, menyapu syelek, mengecat, mencanai

dan sebagainya untuk menjadikan asemblaj lebih hebat dan menarik.

4.3 PENGARUH HASIL DAPATAN

Ketika kerja-kerja menghasilkan asemblaj ini berlaku, beberapa nilai baik dapat dicedok

seperti sikap sabar, tekun, rajin dan bertanggungjawab. Sewaktu pelajar menyiapkan

asemblaj ini, mereka begitu tekun dan sabar dalam kerja menggunting, mewarna serta

menampal objek yang dibentuk menjadi menarik. Seandainya sikap begini tidak lahir dalam

diri mereka maka sudah pasti karya yang dihasilkan tidak menarik dan kemas sepertimana

orang lain. bertanya dan bertukar-tukar alat atau bahan dalam menghasilkan karya masing-

masing Kesedaran tentang keindahan alam maya dan segala penghuninya dapat diterapkan

menerusi penghasilan asemblaj ini. Pelajar dapat memahami konsep seni selain melatih diri

agar lebih menghargai alam sekitar dengan penggunaan bahan buangan atau terpakai. Pelajar

dapat memahami bahawa bahan terbuang boleh digunakan semula untuk mencipta sesuatu

menjadi kesatuan yang unik dan menarik. Aktiviti menghasilkan arca asemblaj mampu

menerapkan nilai menghargai alam sekitar di dalam diri pelajar.

Hal ini bersesuaian dengan pendapat Mesna (2011) yang menyebut bahawa

Pendidikan Seni merupakan satu disiplin yang merentas kurikulum dan boleh dikatakan

sebagai asas kepada mata pelajaran lain. Pelajar yang didedahkan dengan Pendidikan Seni

berasa lebih senang dan yakin apabila berdepan dengan tugasan dalam mata pelajaran lain

terutamanya yang melibatkan kemahiran berfikir secara kreatif dan kritis. Kefahaman

menerusi visual tentunya lebih mudah daripada penghafalan fakta menerusi catatan berjela.

Peta minda yang digrafikkan secara mudah lebih berkesan untuk menyatakan sesuatu konsep

atau penerangan yang sukar. Pendidikan Seni bukan sahaja menjadikann seseoranng itu

11

Page 13: Arca Asemblaj

kreatif malah dengan dalam diselitkan dengan ilmu lain seperti nilai moral semasa proses

penghasilan karya.

5.0 KESIMPULAN

Merangsang pemikiran kreatif sangat penting semasa melaksanakan aktiviti membuat

asemblaj. Pemikiran penghasilan asemblaj perlu berdasarkan sesuatu mesej yang hendak

disampaikan yang dapat memberi nilai dan pengajaran dalam kehidupan harian pelajar.

Rangsangan terhadap pemikiran yang kreatif akan menghasilkan dapatan yang asli, unik dan

berketrampilan. Penghasilan sesuatu asemblaj memerlukan penelitian dan rancangan yang

sepatutnya. Hal yang demikian adalah bertujuan agar hasil karya yang dipamerkan menepati

semua sifat dan sudut yang menarik kepada tumpuan.

Selain itu aktiviti ini juga boleh meransang minda pelajar dan membuat pelajar

bekerjasama dalam menyiapkan aktiviti seni. Penggunaan alat dan media turut

mempengaruhi asemblaj yang dibina. Oleh itu guru PSV perlulah lebih kreatif menjalankan

proses pembelajaran dan pengajaran di dalam bilik darjah. Seni itu indah dan sepatutnya kita

sebagai tenaga pendidik perlu memotivasikan pelajar agar sentiasa berusaha untuk

menghasilkan karya yang baik dan bermutu.

2303 patah perkataan

12

Page 14: Arca Asemblaj

BIBLIOGRAFI

Aidalie. 2011. Contoh arca asemblaj. Dilayari daripada : http://aidaliepurnamamerindu-

aidalie.blogspot.com/2011_02_12_archive.html pada Februari 26, 2015.

Gantit. 2014. Membentuk dan membuat arca asemblaj. Dilayari daripada:

http://kiliknote.blogspot.com/2014/06/membentuk-dan-membuat-binaan-

asemblaj.html pada Februari 27, 2015.

Imann. 2010. Rumusan HBAE2203. Dilayari daripada:

http://imann9969.blogspot.com/2010/08/rumusan-hbae2203-seni.html pada Mac 3,

2015.

Mesna. 2011. Kepentingan pendidikan seni. Dilayari daripada:

http://www.oocities.org/athens/atlantis/4917/mesna1.html pada 26 Februari 2015.

Patrick. 2010. Seni Arca. Latihan Ilmiah. UPSI.

Penny, N. (1993). The Materials of Sculpture. London: Yale University Press.

Zihan. 2013. Membentuk dan Membuat Binaan. OUM. Shah Alam.

13