arahan peperiksaan umum.docx

Upload: ctnaziha

Post on 06-Mar-2016

19 views

Category:

Documents


2 download

TRANSCRIPT

SEKOLAH BINA INSAN

ARAHAN UMUM KEPADA CALON

1) Calon dikehendaki membawa bersama-sama Kad Matrik/Kad Pengenalan ke dalam dewan/bilik peperiksaan bagi setiap kertas peperiksaan.

2) Calon dikehendaki berada di dewan/bilik peperiksaan selewat-lewatnya 15 minit sebelum peperiksaan bermula. Jika calon terlewat, sila berjumpa dengan Ketua Pengawas. 3) Calon dilarang membawa nota, gambar rajah, catatan, buku teks, bekas alat tulis, penutup kalkulator, telefon bimbit dan seumpamanya ke dalam dewan/bilik peperiksaan.

4) Calon tidak dibenarkan merujuk sebarang bentuk maklumat, nota, catatan, buku teks, telefon bimbit dan seumpamanya sama ada di dalam atau di luar dewan/bilik peperiksaan. 5) Calon tidak dibenarkan bercakap-cakap, berbisik dan membuat bising sepanjang waktu peperiksaan dijalankan. 6) Pastikan kertas soalan yang diterima adalah betul bagi peperiksaan berkenaan. Jika salah, laporkan kepada Ketua Pengawas. 7) Segala arahan bertulis dalam kertas soalan hendaklah dipatuhi oleh setiap calon. 8) Nombor Matrik dan maklumat yang berkenaan hendaklah ditulis di setiap helaian kertas jawapan di ruangan yang disediakan. 9) Jawapan perlu ditulis menggunakan pen biru atau hitam sahaja untuk kertas jawapan subjektif. Pensil tidak dibenarkan melainkan untuk melukis gambarajah dan graf. 10) Tuliskan nombor soalan yang dijawab di ruangan sebelah kiri kertas jawapan dan ruang sebelah kanan hendaklah ditinggalkan kosong. Soalan tidak perlu ditulis/disalin semula pada kertas jawapan. 11) Kertas jawapan objektif mesti ditulis dan dilorek dengan menggunakan pensil 2B atau BB sahaja. Penggunaan pensil mekanikal tidak dibenarkan. 12) Jika ada sebarang keraguan dan pertanyaan mengenai peperiksaan berkenaan, sila angkat tangan dan tunggu sehingga Ketua Pengawas/Pengawas peperiksaan tiba. 13) Calon tidak dibenarkan keluar dari dewan/bilik peperiksaan 30 minit selepas peperiksaan dimulakan. Calon hanya dibenarkan keluar dengan kebenaran Ketua Pengawas selepas waktu ini (selepas 30 minit peperiksaan berjalan). Calon berkenaan tidak dibenarkan membawa keluar kertas soalan dari dewan/bilik peperiksaan. 14) Calon tidak dibenarkan keluar 30 minit sebelum peperiksaan tamat. 15) Setelah tamat menjawab, helaian tambahan perlu diikat bersama-sama buku jawapan sebelum diserahkan. 16) Calon dilarang membawa keluar dari dewan/bilik peperiksaan kertas jawapan yang telah atau belum digunakan. 17) Kertas soalan tertutup hendaklah diserahkan kembali kepada Ketua Pengawas/Pengawas sebelum meninggalkan dewan/bilik peperiksaan. 18) Calon dilarang meninggalkan dewan/bilik peperiksaan sehingga diarahkan berbuat demikian oleh Ketua Pengawas.