arahan pentadbiran bilangan 5/2014 garis panduan ... · pdf file tatacara berhubung dengan...
Post on 19-Jul-2020
5 views
Embed Size (px)
TRANSCRIPT
1
Rujukan Kami: MQA.100-1/9/2 (6)
Tarikh: 22 September 2014
ARAHAN PENTADBIRAN BILANGAN 5/2014
GARIS PANDUAN PENGURUSAN PERJALANAN TUGAS RASMI
(TIDAK TERMASUK KURSUS)
AGENSI KELAYAKAN MALAYSIA (MQA)
Semua Pegawai MQA,
1. TUJUAN
Arahan Pentadbiran ini bertujuan untuk menjelaskan peraturan dan
tatacara berhubung dengan perjalanan tugas rasmi (tidak termasuk
kursus) yang melibatkan pegawai MQA dan perjalanan tugas rasmi
yang diuruskan oleh MQA termasuk untuk Ahli Panel Penilai (APP).
2. LATAR BELAKANG
2.1. Pada peringkat awal operasi, MQA telah mewujudkan
beberapa Arahan Pentadbiran bertujuan untuk menjelaskan
2
peraturan dan tatacara berhubung dengan perkara-perkara
yang berkaitan dengan perjalanan tugas rasmi seperti
tempahan, tanggungjawab bahagian/unit dan pegawai serta
kaedah tuntutan perjalanan. Arahan Pentadbiran yang
berkaitan adalah seperti berikut:
a. Arahan Pentadbiran Bilangan 3/2008: Garis Panduan
Perjalanan Tugas Rasmi/Kursus Ke Luar Negara,
berkuatkuasa 4 Februari 2008;
b. Arahan Pentadbiran Bilangan 6/2008: Tatacara
Tempahan Tiket Penerbangan Untuk Tujuan Tugas
Rasmi, berkuatkuasa 1 April 2008; dan
c. Arahan Pentadbiran Bilangan 7/2008: Garis Panduan
Tuntutan Perjalanan, berkuatkuasa 1 April 2008.
2.2. Walau bagaimanapun, beberapa peraturan dan tatacara
yang terkandung dalam Arahan Pentadbiran di atas perlu
dipinda agar selaras dengan peraturan dan perkembangan
terkini di MQA.
3. PERJALANAN TUGAS RASMI DALAM NEGERI
3.1. Pegawai yang menguruskan tempahan perjalanan
bertanggungjawab memastikan kelulusan telah
diperolehi untuk tugas rasmi berkenaan sebelum
sebarang tempahan dibuat.
3
3.2. Tempahan Penginapan
3.2.1. Pegawai yang menguruskan tempahan
bertanggungjawab untuk:
a. menyemak kelayakan pegawai yang akan
menginap;
b. mendapatkan sebut harga hotel yang
menyenaraikan jenis dan kadar bilik penginapan
bagi menentukan bilik penginapan yang
bersesuaian dengan kadar kelayakan pegawai
yang akan menginap; dan
c. menggunakan hotel panel yang disenaraikan oleh
Bahagian Pentadbiran sahaja bagi tujuan
tempahan penginapan pegawai yang tidak
berkelayakan.
3.2.2. Kadar bayaran sewa hotel hendaklah tidak melebihi
kadar kelayakan pegawai. Sekiranya tiada hotel
(termasuk hotel panel) yang memenuhi kelayakan,
cadangan tempahan penginapan melebihi kadar
kelayakan perlu mendapat kelulusan khas Ketua
Pegawai Eksekutif sebelum tempahan dibuat,
dengan syarat kadar berkenaan tidak melebihi
20% daripada kadar kelayakan pegawai. Justifikasi
4
bertulis keperluan penginapan perlu dinyatakan
dengan jelas.
3.2.3. Permohonan untuk Pesanan Tempatan penginapan
perlulah dikemukakan kepada Bahagian Kewangan
selewat-lewatnya lima hari bekerja sebelum tarikh
menginap. Permohonan hendaklah dibuat melalui
Borang Permohonan Pesanan Tempatan Untuk
Tempahan Penginapan (Kew.L2) seperti di Lampiran
A dan disertakan dengan dokumen sokongan dan
maklumat yang lengkap seperti berikut:
a. kelulusan bertugas luar pejabat atau surat
panggilan mesyuarat;
b. sebut harga dari hotel dan pengesahan
tempahan yang menunjukkan harga penginapan;
dan
c. kelulusan khas penginapan yang melebihi
kelayakan jika berkaitan.
3.2.4. Pegawai dikehendaki menanggung lebihan kos
penginapan berkenaan sekiranya enggan menginap di
hotel/bilik yang memenuhi kelayakannya.
3.2.5. Pegawai yang menguruskan tempahan juga perlu
membuat tempahan penginapan untuk pemandu jika
5
melibatkan perjalanan dengan kenderaan pejabat
dalam keadaan pemandu juga perlu menginap.
3.2.6. Pegawai yang akan menjalankan tugas rasmi juga
boleh membuat tempahan penginapan sendiri dan
membuat tuntutan bayaran balik mengikut
kelayakannya dalam tuntutan perjalanan bulanan.
3.3. Tempahan Tiket Penerbangan
3.3.1. Pegawai yang menguruskan tempahan
bertanggungjawab menyemak kelayakan tiket
penerbangan pegawai.
3.3.2. Pegawai yang menguruskan tempahan juga perlu
membuat tempahan awal berhubung tarikh dan
masa perjalanan dengan agen pelancongan atau
syarikat penerbangan. Pegawai bertanggungjawab
memastikan semua maklumat adalah betul dan
lengkap sebelum memajukan permohonan tempahan
ke Bahagian Kewangan.
3.3.3. Tempahan tiket penerbangan hendaklah dibuat
dengan syarikat penerbangan yang dibenarkan sahaja
(rujuk Lampiran B). Tempahan perjalanan kapal
terbang domestik akan menggunakan Waran
Penerbangan Malaysia (WPM) (untuk MAS/Firefly)
atau Waran Penerbangan Udara Awam (WPUA)
(untuk AirAsia).
6
3.3.4. Tempahan perjalanan kapal terbang domestik
dengan agen pelancongan hendaklah dibuat secara
penggiliran berdasarkan senarai agen pelancongan
yang disediakan oleh Bahagian Pentadbiran dalam
Sistem e-TAS.
3.3.5. Permohonan tempahan melalui WPM/WPUA
hendaklah dibuat melalui Borang Permohonan Waran
Penerbangan/Pesanan Tempatan Untuk Tempahan
Tiket Kapal Terbang (Kew.L3) seperti di Lampiran C
dan disertakan dengan dokumen sokongan yang
lengkap seperti berikut:
a. surat kelulusan bertugas luar pejabat untuk
tujuan lawatan penilaian yang lengkap dengan
maklumat berikut:
i. nama pegawai yang terlibat;
ii. nama ahli panel penilai;
iii. nama dan tempat institusi di mana ahli
panel penilai bertugas;
iv. alamat destinasi;
v. nama dan nombor rujukan program; dan
vi. tarikh perjalanan; atau
b. salinan surat panggilan mesyuarat atau arahan
menjalankan tugas rasmi lain; dan
c. sebut harga dari agen pelancongan.
7
3.3.6. Permohonan WPM atau WPUA hendaklah
dikemukakan ke Bahagian Kewangan selewat-
lewatnya lima hari bekerja sebelum tarikh perjalanan.
3.3.7. WPM/WPUA yang telah diluluskan akan diserahkan
oleh Bahagian Kewangan kepada agen pelancongan
berkenaan dan makluman akan dibuat kepada
pegawai yang menguruskan tempahan.
3.3.8. Pegawai yang menguruskan tempahan
bertanggungjawab menyemak butiran dalam tiket
penerbangan yang dikemukakan oleh agen
pelancongan sebelum menyerahkannya kepada
pegawai berkenaan.
3.3.9. Pegawai yang akan menjalankan tugas rasmi juga
boleh membeli sendiri tiket terus daripada syarikat
penerbangan atau agensi pelancongan termasuk
secara atas talian (on-line) dengan menggunakan
tunai atau kad kredit. Pembelian tiket hanya boleh
dibuat setelah perjalanan tugas rasmi tersebut
diluluskan oleh MQA. Pegawai akan menanggung
sepenuhnya sebarang risiko atau kerugian pembelian
tiket melalui kaedah ini. Tuntutan bayaran balik perlu
disokong dengan resit asal atau itinerary receipt dan
tuntutan hendaklah dibuat dalam tuntutan perjalanan
bulanan.
8
3.3.10. Pegawai MQA juga boleh membeli tiket
penerbangan perjalanan secara atas talian
menggunakan kad kredit MQA, tertakluk kepada
syarat dan tatacara yang telah ditetapkan dalam
Arahan Pentadbiran Bilangan 3/2014: Syarat dan
Tatacara Penggunaan Kad Kredit Korporat Agensi
Kelayakan Malaysia (MQA).
3.3.11. No show passengers ditakrifkan sebagai salah satu
keadaan berikut bagi penerbangan dalam negeri
dan di antara Malaysia dan Singapura sahaja:
a. penumpang yang membatalkan tempahan
dalam tempoh 24 jam daripada masa yang
dijadualkan;
b. penumpang yang gagal melakukan
perjalanan dengan penerbangan yang
ditempah;
c. penumpang yang gagal melaporkan diri
dalam masa yang ditetapkan;
d. penumpang yang gagal melakukan
perjalanan oleh sebab tidak mempunyai
dokumen yang lengkap;
9
e. penumpang yang mengubah perjalanan
daripada sektor yang jauh kepada sektor
yang dekat dalam tempoh 24 jam; dan
f. penumpang yang gagal untuk menyerahkan
tiket di mana-mana pejabat tiket MAS untuk
penempahan semula atau pengeluaran tiket
baharu atau bayaran balik sekurang-
kurangnya 24 jam sebelum perjalanan asal
dijadualkan bertolak sepertimana yang
dinyatakan di tiket.
3.3.12. Bagi situasi no-show passengers, tuntutan
bayaran balik pembelian tiket sendiri oleh
pegawai hendaklah mendapat kelulusan Ketua
Pegawai Eksekutif dan beliau berpuas hati
bahawa punca kejadian bukan disebabkan oleh
kesilapan pegawai. Sekiranya pegawai
membatalkan tiket atau tidak menaiki
penerbangan atas sebab tidak rasmi atau atas
kecuaian pegawai itu sendiri, pegawai hendaklah
membay