aplikasi web di dalam sistem pengurusan …ir.fsksm.utm.my/51/1/noraidaac990536d03ttp.pdf · the...

20
i APLIKASI WEB DI DALAM SISTEM PENGURUSAN MAKLUMBALAS ADUAN PELAJAR NORAIDA BINTI MOSTAPA @ MUSTAFFA Laporan projek ini dikemukakan sebagai memenuhi sebahagian daripada syarat penganugerahan Ijazah Sarjana Muda Sains Komputer Fakulti Sains Komputer Dan Sistem Maklumat Universiti Teknologi Malaysia 10 OKTOBER, 2003

Upload: dinhtram

Post on 25-Mar-2019

218 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: APLIKASI WEB DI DALAM SISTEM PENGURUSAN …ir.fsksm.utm.my/51/1/noraidaac990536d03ttp.pdf · the Client-Server concept within network environment using browser. It is easy to access

i

APLIKASI WEB DI DALAM SISTEM PENGURUSAN MAKLUMBALAS

ADUAN PELAJAR

NORAIDA BINTI MOSTAPA @ MUSTAFFA

Laporan projek ini dikemukakan sebagai memenuhi sebahagian daripada syarat

penganugerahan Ijazah Sarjana Muda Sains Komputer

Fakulti Sains Komputer Dan Sistem Maklumat

Universiti Teknologi Malaysia

10 OKTOBER, 2003

Page 2: APLIKASI WEB DI DALAM SISTEM PENGURUSAN …ir.fsksm.utm.my/51/1/noraidaac990536d03ttp.pdf · the Client-Server concept within network environment using browser. It is easy to access

ii

Page 3: APLIKASI WEB DI DALAM SISTEM PENGURUSAN …ir.fsksm.utm.my/51/1/noraidaac990536d03ttp.pdf · the Client-Server concept within network environment using browser. It is easy to access

iii

Page 4: APLIKASI WEB DI DALAM SISTEM PENGURUSAN …ir.fsksm.utm.my/51/1/noraidaac990536d03ttp.pdf · the Client-Server concept within network environment using browser. It is easy to access

iv

Page 5: APLIKASI WEB DI DALAM SISTEM PENGURUSAN …ir.fsksm.utm.my/51/1/noraidaac990536d03ttp.pdf · the Client-Server concept within network environment using browser. It is easy to access

v

PENGHARGAAN

“Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang”

Alhamdulillah, setinggi-tinggi kesyukuran dipanjatkan ke hadrat Allah S.W.T.

kerana dengan izin dan limpah kurnianya, maka Projek Sarjana Muda yang bertajuk

Aplikasi Web Di Dalam Sistem Pengurusan Maklumbalas Aduan Pelajar ini dapat saya

siapkan dengan sebaiknya.

Jutaan terima kasih dan penghargaan ikhlas juga ingin dirakamkan khasnya

kepada penyelia projek iaitu Encik Norizam b. Katmon yang telah banyak memberi

dorongan, bimbingan dan tunjuk ajar kepada saya untuk menyiapkan projek ini. Tidak

lupa juga buat semua pensyarah FSKSM terutama pengkhususan Kejuruteraan Perisian

kerana meluluskan cadangan tajuk projek ini.

Juga segunung penghargaan ditujukan kepada pengetua dan kakitangan kolej yang

sedia memberikan kerjasama atas segala maklumat yang saya perlukan bagi memenuhi

spesifikasi laporan yang dikehendaki seperti Kolej Tun Hussein Onn, Kolej 8 dan Unit

Perumahan dan Perkhidmatan Pelajar, Pejabat Hal Ehwal Pelajar UTM.

Tidak dilupakan kepada kedua ibubapa saya yang telah memberi semangat dan

keyakinan kepada saya untuk meneruskan usaha saya selama ini, buat rakan-rakan

seperjuangan yang sudi berkongsi pendapat. Semoga kita terus tabah mencapai cita-cita

dan semoga impian kita akan menjadi kenyataan. Akhir sekali, buat semua pihak yang

terlibat secara langsung atau tidak dalam menjayakan cadangan projek ini.

Akhir kata, semoga usaha kita akan memperoleh keberkatan dan jasa serta budi

baik kalian akan mendapat balasan yang sewajarnya dari ALLAH S.W.T. Semoga Tuhan

mempermudahkan segala urusan, Insya-Allah.

Page 6: APLIKASI WEB DI DALAM SISTEM PENGURUSAN …ir.fsksm.utm.my/51/1/noraidaac990536d03ttp.pdf · the Client-Server concept within network environment using browser. It is easy to access

vi

ABSTRAK

Sains, teknologi dan sistem maklumat telah berkembang dengan pesatnya pada

hari ini. Dunia pengurusan hari ini semakin giat didominasi oleh corak komunikasi

berasaskan aplikasi web. Aplikasi web ini mempunyai kelebihan yang tertentu terutama

dalam dunia pengurusan yang mengutamakan kualiti dalam setiap tugas yang

dilaksanakan. Pembangunan sistem ini dirasakan penting bagi memudahkan proses

membuat aduan kerosakan dan seterusnya membantu menyelesaikan permasalahan yang

dihadapi oleh pelajar. Pelajar pula semakin dibebani dengan pelbagai tugas dan

tanggungjawab dan ini merupakan faktor terhadap kesukaran pelajar untuk proses

kemukaan aduan kerosakan. Justeru itu, aplikasi web seperti ini amat sesuai dibangunkan

menggantikan sistem aduan yang sebelum ini dilaksanakan secara manual. Sistem yang

dibangunkan ini akan dapat melicinkan lagi proses mengurus, menyelaras dan

menyelenggara pengurusan data aduan kerosakan di Kolej Kediaman Pelajar, UTM.

Untuk mempercepatkan proses perlaksanaan aduan, ia akan menjadikan intranet UTM

sebagai platformnya. Satu pangkalan data pusat di satu lokasi tertentu akan bertindak

sebagai storan utama yang mempunyai kemampuan untuk menyimpan data. Ia

dibangunkan berasaskan konsep Pelayan-Pelanggan di dalam persekitaran rangkaian

menggunakan browser. Ianya mudah dicapai pada bila-bila masa disamping

memperolehi maklumat yang tepat, efektif dan sistematik tanpa sebarang masalah

kelewatan penerimaan dan perlaksanaan aduan. Metodologi yang digunakan untuk

membangunkan sistem ini ialah Unified Modeling Language (UML) dan Rational Unified

Process (RUP). Macromedia Dreamweaver MX 6.0 dengan Active Server Pages (ASP)

sebagai bahasa editornya dipilih untuk alatan pembangunan perantaramuka. Manakala,

Microsoft Access 2000 untuk perisian pengurusan pangkalan data dan Personal Web

Server (PWS) digunakan sebagai pelayan dalam persekitaran Microsoft Windows 98

Second Edition.

Page 7: APLIKASI WEB DI DALAM SISTEM PENGURUSAN …ir.fsksm.utm.my/51/1/noraidaac990536d03ttp.pdf · the Client-Server concept within network environment using browser. It is easy to access

vii

ABSTRACT

Science, technology and information system is widely developed today.

Nowadays, the management world had been dominated by the latest communications

pattern based on web applications. Web application has significant advantages and really

important especially in management world that put quality of services in the first place.

The development of this system is important to ease students in creating damaged

complaint reports process and helps to solve the problems faced by the students. Students

being more busy with their duty and responsibility and these are the cause of why student

had trouble to creating damaged complaint reports process. Therefore, this application is

very suitable to replace the manual system that has been before. The system developed

will improve the process of managing, coordinating and maintaining the damaged

complaint management data in Student’s Collage, UTM. For quicken of complaint

implementation, it will use intranet UTM as a platform. A central database in a specified

location will act as the main storage with the capabilities of storing data. It is based on

the Client-Server concept within network environment using browser. It is easy to access

at anytime besides of getting exactly, effective and systematic information without any

late problems for receiving and accomplish complaints. Unified Modeling Language

(UML) and Rational Unified Process (RUP) concept is chosen as the methodology for

developed system. Macromedia Dreamweaver MX 6.0 and Active Server Pages (ASP) as

the language editor is chosen for user interface development tools. While, Microsoft

Access 2000 is the software for database management and Personal Web Server (PWS)

will be use as a server in Microsoft Windows 98 Second Edition environment.

Page 8: APLIKASI WEB DI DALAM SISTEM PENGURUSAN …ir.fsksm.utm.my/51/1/noraidaac990536d03ttp.pdf · the Client-Server concept within network environment using browser. It is easy to access

viii

KANDUNGAN

BAB PERKARA MUKA SURAT

HALAMAN JUDUL iii

PENGAKUAN PENULIS iv

DEDIKASI v

PENGHARGAAN vi

ABSTRAK vii

ABSTRACT viii

KANDUNGAN ix

SENARAI JADUAL xv

SENARAI RAJAH xvii

SENARAI SINGKATAN xix

SENARAI ISTILAH xx

SENARAI LAMPIRAN xxi

BAB I PENGENALAN PROJEK

1.1 Pendahuluan 1

1.2 Pernyataan Masalah 3

Page 9: APLIKASI WEB DI DALAM SISTEM PENGURUSAN …ir.fsksm.utm.my/51/1/noraidaac990536d03ttp.pdf · the Client-Server concept within network environment using browser. It is easy to access

ix

1.3 Matlamat 4

1.4 Objektif 4

1.5 Skop 6

1.6 Justifikasi / Kepentingan Projek 7

BAB II ANALISA MASALAH

2.1 Kajian Latar Belakang 8

2.2 Konsep Sistem Maklumbalas Aduan 9

2.2.1 Kelebihan dan Kepentingan

Sistem Maklumbalas Aduan 9

2.2.2 Ciri-ciri Sistem Maklumbalas Aduan 10

2.3 Pengenalan Kepada Organisasi 11

2.3.1 Objektif Organisasi 12

2.3.2 Fungsi Organisasi 12

2.3.3 Sistem Maklumbalas Aduan

di Kolej Kediaman Pelajar 13

2.3.4 Prosedur Perlaksanaan Sistem Semasa 14

2.3.4.1 Borang Maklumbalas

Aduan Kerosakan 14

2.3.4.2 Status Laporan Aduan 15

2.4 Konsep Sistem Cadangan 16

2.5 Pengkomputeran Pelayan – Pelanggan 16

2.5.1 Senibina Perisian Pelayan Pelanggan 18

2.6 Intranet 19

2.7 Aplikasi Web 20

2.8 Penggunaan Alatan (Tools)

Proses Pembangunan Sistem 21

2.8.1 Rational Rose C++ 4.0 21

Page 10: APLIKASI WEB DI DALAM SISTEM PENGURUSAN …ir.fsksm.utm.my/51/1/noraidaac990536d03ttp.pdf · the Client-Server concept within network environment using browser. It is easy to access

x

2.8.2 Micromedia Dreamweaver 3.0 22

2.8.3 Active Server Pages (ASP) 22

2.8.3.1 Model Active Server Pages (ASP) 23

2.8.4 Microsoft Visual Basic 24

2.9 Kesimpulan Analisis Masalah 24

2.10 Kemungkinan – kemungkinan Penyelesaian 25

BAB III METODOLOGI PEMBANGUNAN

3.1 Pengenalan 26

3.2 Unified Modeling Language (UML) 27

3.3 Kajian Terhadap Model Prototaip 28

3.3.1 Model Proses Prototaip Evolusi 29

3.3.2 Kelebihan Prototaip Evolusi. 31

3.3.3 Kelemahan Prototaip Evolusi. 31

3.4 Kajian terhadap Rational Unified Process (RUP) 31

3.4.1 Model Proses RUP 32

3.4.2 Kelebihan RUP 33

3.4.3 Kelemahan RUP 34

3.5 Kajian Terhadap Perbandingan Model Proses 34

3.6 Metodologi Pembangunan Sistem Pengurusan

Maklumbalas Aduan Pelajar 36

3.6.1 Praktik-praktik

Rational Unified Process (RUP) 36

3.6.2 Kajian terhadap

Rational Unified Process (RUP) 37

3.6.3 Fasa-fasa Pembangunan RUP 38

3.6.3.1 Fasa Perancangan. 38

Page 11: APLIKASI WEB DI DALAM SISTEM PENGURUSAN …ir.fsksm.utm.my/51/1/noraidaac990536d03ttp.pdf · the Client-Server concept within network environment using browser. It is easy to access

xi

3.6.3.2 Fasa Penghuraian. 39

3.6.3.3 Fasa Pembangunan. 39

3.6.3.4 Fasa Peralihan. 40

3.7 Spesifikasi Perkakasan dan Perisian. 40

3.7.1 Spesifikasi Perkakasan yang Digunakan. 41

3.7.2 Spesifikasi Perisian yang Digunakan. 42

3.8 Spesifikasi Input 43

3.9 Spesifikasi Output 46

3.10 Spesifikasi Keperluan 48

BAB IV REKABENTUK SISTEM

4.1 Pengenalan 49

4.2 Aliran Kerja Fasa Keperluan 50

4.2.1 Permodelan Kes Guna (Use Case) 51

4.2.1.1 Keterangan Pengguna

Sistem (Actor) 52

4.2.1.2 Keterangan

Kes Guna (Use Case) 55

4.3 Aliran Kerja Fasa Analisa 61

4.3.1 Rajah Turutan (Sequence Diagram) 61

4.3.2 Rajah Pakej (Package Diagram) 61

4.3.3 Rajah Kelas (Class Diagram) 62

4.3.4 Rajah Kerjasama (Collaboration Diagram) 62

4.4 Aliran Kerja Fasa Rekabentuk 62

4.5 Rekabentuk Pangkalan Data 66

4.6 Rekabentuk Antaramuka 66

Page 12: APLIKASI WEB DI DALAM SISTEM PENGURUSAN …ir.fsksm.utm.my/51/1/noraidaac990536d03ttp.pdf · the Client-Server concept within network environment using browser. It is easy to access

xii

BAB V IMPLEMENTASI HASIL DAN PENGUJIAN SISTEM

5.1 Pengenalan 67

5.2 Persekitaran Perlaksanaan 68

5.3 Implementasi 68

5.3.1 Pembangunan Antaramuka Menggunakan

Macromedia Dreamweaver MX 69

5.3.2 Pembangunan Pangkalan Data Sistem

Menggunakan Microsoft Access 2000 69

5.3.3 Pembangunan Sistem Menggunakan

PWS (Personal Web Server) 70

5.3.4 Perlaksanaan Pembangunan Sistem 72

5.3.4.1 Menghubungkan Halaman ASP

dengan Pangkalan Data 72

5.3.4.2 Penggunaan Skrip ASP dan

Pernyataan SQL 73

5.3.4.3 Penggunaan Objek-objek HTML 76

5.3.4.4 Perlaksanaan dan Output Sistem 78

5.4 Contoh Hasil Input / Output Sistem 83

5.5 Pengujian Sistem 85

5.5.1 Kaedah Pengujian 86

5.5.1.1 Pengujian Unit 87

5.5.1.2 Pengujian Integrasi 87

5.5.1.3 Pengujian Prototaip Sistem 89

5.5.1.4 Pengujian Penerimaan 90

5.5.2 Kes Ujian 91

5.5.3 Pengujian Antaramuka 91

5.5.4 Pengujian Pangkalan Data 92

5.5.5 Pengujian Kod Aturcara 93

5.6 Hasil Pembangunan Sistem 94

Page 13: APLIKASI WEB DI DALAM SISTEM PENGURUSAN …ir.fsksm.utm.my/51/1/noraidaac990536d03ttp.pdf · the Client-Server concept within network environment using browser. It is easy to access

xiii

BAB VI PERBINCANGAN DAN KESIMPULAN

6.1 Pengenalan 95

6.2 Pencapaian Projek Sarjana Muda 96

6.3 Kelebihan Sistem 96

6.4 Kekangan dan Kelemahan Sistem 97

6.5 Cadangan Pembaikan 98

6.6 Kesimpulan 99

RUJUKAN 100

LAMPIRAN A – Q 102-258

Page 14: APLIKASI WEB DI DALAM SISTEM PENGURUSAN …ir.fsksm.utm.my/51/1/noraidaac990536d03ttp.pdf · the Client-Server concept within network environment using browser. It is easy to access

BAB I

PENGENALAN PROJEK

1.1 Pendahuluan

Secara umumnya, Sistem Pengurusan Maklumbalas Aduan Pelajar berasaskan

web ini dibangunkan hasil daripada pemerhatian ke atas sistem manual sedia ada. Ia

lebih menjurus kepada pembangunan sistem bagi membantu pelajar mengemukakan

aduan kerosakan berkaitan kolej kediaman dan mengatasi kelemahan di dalam

pengendalian aduan kerosakan oleh pihak pengurusan kolej kediaman pelajar.

Memandangkan era globalisasi masakini, pelbagai perubahan demi perubahan

dapat dilihat khususnya yang melibatkan bidang teknologi pengkomputeran. Namun

demikian masih terdapat lagi kerja-kerja pengurusan yang dijalankan secara manual atas

sebab-sebab tertentu. Pembangunan sistem yang berlandaskan kepada aplikasi

berasaskan web semakin mendapat perhatian akhir-akhir ini. Ini memandangkan kepada

pelbagai faedah yang akan diperolehi terutama dalam bidang kerjaya dan pengurusan

pentadbiran yang mementingkan aspek kualiti. Justeru itu, Sistem Pengurusan

Maklumbalas Aduan Pelajar berasaskan aplikasi web ini wajar dibangunkan bagi

memenuhi spesifikasi yang dikehendaki.

Page 15: APLIKASI WEB DI DALAM SISTEM PENGURUSAN …ir.fsksm.utm.my/51/1/noraidaac990536d03ttp.pdf · the Client-Server concept within network environment using browser. It is easy to access

2

Sistem yang dibangunkan ini, menggunakan teknologi aplikasi web yang mana

ianya akan ditempatkan di pelayan web kolej kediaman pelajar. Pengaplikasian teknik

pelayan pelanggan ini terdiri daripada antaramuka sistem yang ramah pengguna untuk

penerimaan aduan dan rujukan maklumat, sistem yang menguruskan pangkalan data dan

pangkalan data yang menjadi sumber penyimpanan data aduan kerosakan pelajar. Oleh

itu dengan adanya sistem berkomputer ini akan memudahkan pelajar dalam

mengemukakan laporan aduan bagi setiap permasalahan yang dihadapi dengan hanya

menggunakan pelayar web dari komputer peribadi masing-masing..

Aplikasi ini seiring dengan perkembangan teknologi internet terkini. Dengan

adanya pembangunan sistem ini akan dapat mengatasi permasalahan pengurusan aduan

sebelum ini yang berteraskan kepada sistem manual. Sistem manual sebelum ini

menggunakan borang untuk melaporkan aduan kerosakan dan borang tersebut akan

dikumpulkan sebelum diagihkan mengikut kategori kerosakan. Proses ini mengambil

masa yang lama untuk agihan sebelum tindakan diambil oleh pihak kontraktor yang

berkaitan. Proses ini mengambil masa yang lama dan pelbagai kemungkinan boleh

berlaku sebelum perlaksanaan. Sistem yang akan dibangunkan ini diharapkan dapat

melancarkan lagi semua proses mengurus, menyelaras, mengagih dan menyelenggara

data aduan kerosakan.

Sebagai langkah permulaan dalam membangunkan sistem, metodologi

pembangunan sistem yang akan digunakan adalah kaedah berorientasikan objek Unified

Modelling Language (UML). Perisian Micromedia Dreamweaver versi 6.0 sebagai editor

bagi bahasa Active Server Pages 3.0 dan skrip Visual Basic Script pula digunakan bagi

membangunkan sistem dan antaramukanya. Sementara pangkalan data sistem akan

menggunakan Microsoft Access 2000.

Secara ringkasnya, sistem yang dibangunkan ini diharapkan dapat memenuhi

spesifikasi dan objektif yang telah digariskan. Seterusnya sistem ini akan menjadi

pemangkin ke arah satu anjakan paradigma baru bagi merialisasikan sistem Fully

Computerization dalam keseluruhan bidang pengurusan pejabat dan perkhidmatan.

Page 16: APLIKASI WEB DI DALAM SISTEM PENGURUSAN …ir.fsksm.utm.my/51/1/noraidaac990536d03ttp.pdf · the Client-Server concept within network environment using browser. It is easy to access

3

1.2 Pernyataan Masalah

Proses penerimaan, penyelenggaraan dan perlaksanaan tindakan bagi aduan

kerosakan yang dilaporkan oleh pelajar adalah menjadi satu kemestian bagi pihak yang

bertanggungjawab di kolej kediaman pelajar untuk menjalankan pemantauan bagi setiap

pemasalahan yang timbul.

Berikut merupakan beberapa masalah yang telah dikenalpasti:

1. Secara keseluruhannya, masih lagi belum terdapat sistem berkomputer yang mampu

untuk melaksanakan proses penerimaan dan pengendalian aduan pelajar secara

bersepadu. Pada masa ini, penerimaan aduan diuruskan secara berasingan oleh pihak-

pihak di lokasi kolej kediaman yang berlainan.

2. Kebiasaanya, individu atau pelajar yang ingin mengemukakan aduan perlulah mengisi

borang aduan yang telah disediakan oleh pihak pengurusan secara manual. Borang

aduan yang khusus ada disediakan seperti yang dilakukan oleh pihak kolej tetapi ada

sesetengah aduan yang dilaporkan menggunakan surat rasmi. Ketidaksamaan format

aduan ini akan menyukarkan proses penyelenggaraan.

3. Borang aduan yang telah diisi tersebut, kemudiannya akan dikumpulkan untuk

tempoh-tempoh tertentu sebelum proses penghantaran dan pengagihan kepada pihak

yang bertanggungjawab untuk tindakan susulan. Proses pengumpulan ini kadangkala

mengambil masa yang agak lama menyebabkan tindakan bagi aduan tidak dapat

dilakukan dengan kadar yang segera.

4. Kesibukan menjalani tugas harian menyebabkan pergerakan pelajar-pelajar agak

terbatas. Waktu yang terhad ini akan menyukarkan pelajar dalam mengemukakan

aduan dalam tempoh masa yang telah ditetapkan (dalam waktu pejabat) dan ini

menyebabkan berlakunya pembaziran masa dan tenaga.

5. Penggunaan borang aduan dan surat rasmi yang tidak serasi akan menyebabkan data-

data yang diperolehi adalah tidak konsisten. Terdapat kemungkinan berlakunya butir-

butir laporan penting yang tidak lengkap diisi, data aduan yang sukar difahami dan

sebagainya. Ini akan menyukarkan capaian ke atas aduan untuk tujuan rujukan,

kemaskini, tindakan dan seterusnya perlaksanaan.

Page 17: APLIKASI WEB DI DALAM SISTEM PENGURUSAN …ir.fsksm.utm.my/51/1/noraidaac990536d03ttp.pdf · the Client-Server concept within network environment using browser. It is easy to access

4

6. Terdapat juga aduan-aduan yang dilaporkan secara manual tidak dapat dilaksanakan

berikutan terdapatnya beberapa kelemahan dari sudut pengurusan. Contohnya,

berlakunya kehilangan borang aduan semasa proses penghantaran, kerosakan borang

aduan disebabkan bencana alam, keselamatan, persekitaran dan lain-lain lagi.

7. Penyelanggaraan aduan yang dilakukan secara terasing menggunakan pendekatan

sistem penfailan tradisional menyukarkan urusan rujukan dan kemaskinian data

kerana tidak wujud sistem pangkalan data yang lebih sistematik, dinamik dan selamat.

1.3 Matlamat

Membangunkan sistem yang berteraskan aplikasi web dan berpangkalan data yang

membolehkan pihak pengguna, khususnya pelajar merujuk atau mebuat aduan kepada

pihak pengurusan yang berkenaan. Dengan ini, ia akan dapat meningkatkan kualiti dan

keberkesanan tugas dari aspek pengurusan, penyelenggaraan aduan serta penjimatan masa

dan tenaga sama ada kepada pihak pelapor mahupun yang menyelenggara laporan aduan.

1.4 Objektif

Secara umumnya, objektif utama yang ingin digariskan bagi pembangunan projek

ini adalah untuk memberi kemudahan kepada pihak-pihak yang berkenaan di dalam

mempercepatkan proses aduan, maklumbalas dan maklumbalas aduan yang diterima

secara atas talian.

Page 18: APLIKASI WEB DI DALAM SISTEM PENGURUSAN …ir.fsksm.utm.my/51/1/noraidaac990536d03ttp.pdf · the Client-Server concept within network environment using browser. It is easy to access

5

Secara khususnya, objektif pembangunan projek ini ialah :

1. Untuk menjalankan kajian ke atas sebarang permasalahan yang dihadapi

dikalangan pelajar dan pihak pengurusan kolej kediaman bagi tujuan

menyelenggara proses perlaksanaan aduan dan maklumbalas aduan kerosakan.

2. Memastikan proses pelaksanaan aduan dan pengagihan laporan maklumbalas

aduan dapat dilaksanakan secara bersistematik, mudah, cepat, tepat dan berkesan.

3. Menghasilkan sebuah prototaip sistem yang mampu menyelenggara proses

agihan, carian dan capaian aduan pelajar menerusi web dan seterusnya menjana

laporan maklumbalas bagi setiap aduan yang diterima.

4. Dapat menjalankan analisa mengenai keperluan dan pengujian ke atas sistem di

dalam menyelesaikan sebarang masalah terhadap penilaian dan perlaksanaan

aduan yang dihantar.

Manakala objektif sistem pula adalah seperti berikut:

1. Mempermudahkan urusan menghantar laporan aduan kerosakan oleh pelajar.

2. Membolehkan data-data aduan kerosakan di setiap kolej disepadukan dan

diselenggara secara berkomputer.

3. Mewujudkan sistem berasaskan komputer secara atas talian yang memudahkan

pengurusan pemprosesan data aduan kerosakan dilakukan secara efektif dan

bersistematik.

4. Memastikan penyelenggaraan aliran proses penerimaan aduan, maklumbalas,

agihan dan kemaskinian aduan kerosakan dilakukan dengan cepat dan tepat.

5. Membenarkan capaian dan penyimpanan data aduan kerosakan dilakukan dengan

pantas, selamat dan bersistematik dengan adanya aplikasi pangkalan data pelayan.

Page 19: APLIKASI WEB DI DALAM SISTEM PENGURUSAN …ir.fsksm.utm.my/51/1/noraidaac990536d03ttp.pdf · the Client-Server concept within network environment using browser. It is easy to access

6

1.5 Skop

Skop utama yang dikenalpasti dalam pembangunan projek ini ialah :

1. Menggunakan aplikasi berasaskan web di bawah persekitaran intranet UTM

berdasarkan teknik pelayan pelanggan. Capaian ke atas sistem meliputi kolej-

kolej kediaman pelajar.

2. Kajian keperluan ke atas sistem yang hanya berfungsi untuk menyelenggara

borang aduan kerosakan kolej kediaman berdasarkan kategori tertentu di Kolej

Tun Hussein Onn dan Kolej 8.

3. Sistem ini hanya boleh digunakan oleh semua pelajar berdaftar UTM sebagai

pelapor aduan dan kakitangan setiap kolej sebagai pentadbir sistem yang

membenarkan proses penerimaan, agihan, dan maklumbalas aduan.

4. Butiran laporan aduan kerosakan kolej kediaman hanya melibatkan perkhidmatan

dan kemudahan yang ditawarkan di kolej kajian seperti blok, bilik, dewan

serbaguna, kafeteria dan kemudahan awam.

5. Pelajar hanya dibenarkan memasuki halaman web menerusi browser untuk urusan

penghantaran aduan secara berkomputer dan rujukan kemukaan aduan terdahulu.

6. Pihak pengurusan kolej pula hanya boleh menyemak, membuat capaian, carian,

beri maklumbalas dan kemaskinian aduan menerusi spesifikasi input, output dan

pangkalan data.

7. Sistem ini mampu menjana laporan berkomputer dan bercetak secara keseluruhan

meliputi data-data aduan kerosakan berdasarkan kriteria-kriteria tertentu.

Page 20: APLIKASI WEB DI DALAM SISTEM PENGURUSAN …ir.fsksm.utm.my/51/1/noraidaac990536d03ttp.pdf · the Client-Server concept within network environment using browser. It is easy to access

7

1.6 Justifikasi / Kepentingan Projek

Secara jelasnya, Sistem Pengurusan Maklumbalas Aduan Pelajar berasaskan web

ini dibangunkan berdasarkan kelemahan yang telah dikenalpasti daripada sistem

pengurusan aduan sedia ada. Sistem Maklumbalas Aduan Pelajar ini dapat dirangkumkan

sebagai satu bentuk pengurusan maklumat aduan kerosakan dimana kesemua maklumat

aduan yang dikemukakan akan sampai kepada pihak pengurusan kolej kediaman pelajar

terbabit secara atas talian. Pihak pengurusan yang telah dipertanggungjawabkan ini

kemudiannya akan menangani proses pengurusan aduan yang diterima daripada pelajar.

Secara kesimpulannya yang dapat diperolehi daripada sistem manual yang

diamalkan, didapati pelajar menghadapi masalah dalam mengemukakan aduan kerosakan

yang ingin diketengahkan. Terdapat pelbagai kemungkinan yang mungkin timbul

antaranya, masa pemprosesan maklumat aduan kerosakan yang mengambil masa yang

lama bermula dari penghantaran aduan, capaian, agihan tugas, perlaksanaan / tindakan

dan seterusnya penjanaan laporan maklumbalas aduan. Selain itu juga, kemungkinan

maklumat aduan kerosakan yang dikemukakan tidak konsisten, ketidakserasian format

dan juga terdedah kepada ancaman dan kerosakan adalah tinggi. Oleh itu dalam

menghadapi perubahan yang sejajar dengan teknologi semasa, maka pembangunan projek

ini penting untuk memudahkan proses kemaskinian dan capaian maklumat, rujukan dan

penjanaan laporan berasaskan komputer sepenuhnya. Berbanding sistem manual, aktiviti

yang diuruskan secara berkomputer adalah lebih cekap, berkesan dan sistematik.

Menerusi sistem ini, pihak pelapor dapat memudahkan urusan mengemukakan

aduan kerosakan kepada pihak yang terbabit tanpa kekangan. Manakala, pihak

pengurusan kolej dapat meningkatkan mutu kualiti kerja yang mana setiap aduan

kerosakan yang dikemukakan dapat dilaksanakan secepat mungkin. Segala permasalahan

yang timbul dari sistem manual yang diamalkan sebelum ini akan dapat dikurangkan.

Secara keseluruhannya, sistem ini akan dapat membantu pihak pengurusan kolej

kediaman pelajar memberikan perkhidmatan yang pantas dalam menyelanggara bangunan

dan kemudahan yang ditawarkan dengan lebih terancang.