aplikasi mydistress 1. tujuans3p.mampu.gov.my/laporan_inovasi/648-my-distress.pdf · ipk akan...

13
1 APLIKASI MYDISTRESS 1. TUJUAN Tujuan kertas kerja ini adalah untuk membuat analisa mengenai Sistem Aplikasi MyDistress yang telah di gunakan di Kontinjen Selangor dan kajian keperluan aplikasi ini dalam meningkatkan lagi keupayaan menangani kes-kes jenayah oleh Polis Di Raja Malaysia. 2. PENGENALAN 'MYDISTRESS' MyDistress merupakan satu aplikasi yang dibangunkan yang berfungsi dengan menghantar isyarat jenayah yang dihantar melalui telefon pintar. Aplikasi ini boleh digunakan di telefon bimbit yang mempunyai 'operating system' (OS) Apple, Blackberry, Android dan Java. Keupayaan aplikasi ini membolehkan pengguna atau orang awam menghantar isyarat kecemasan dengan hanya menekan butang 'ikon' yang telah ditetapkan dan isyarat tersebut akan dihantar ke Pusat Kawalan. Aplikasi ini telah diguna pakai oleh Kontijen Selangor pada tahun 2011. 3. OBJEKTIF Seiring dengan perkembangan pantas teknologi semasa, penggunaan teknologi telefon bimbit juga tidak ketinggalan dalam arus perkembangan ini yang secara tidak langsung telah merubah cara kehidupan manusia masa kini. Dalam mencapai produktiviti kerja sejajar dengan arus perkembangan ini, aplikasi MyDistress telah dibangunkan dengan hasrat dapat meningkatkan lagi keupayaan sesuatu organisasi. Objektif pembangunan dan penggunaan aplikasi 'MyDistress' ini adalah:

Upload: duongdiep

Post on 22-Aug-2019

220 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: APLIKASI MYDISTRESS 1. TUJUANs3p.mampu.gov.my/laporan_inovasi/648-my-distress.pdf · IPK akan membuat pemantaun untuk memastikan tindakan diambil oleh IPD. IPD ... Pengguna mempunyai

1

APLIKASI MYDISTRESS

1. TUJUAN

Tujuan kertas kerja ini adalah untuk membuat analisa mengenai Sistem

Aplikasi MyDistress yang telah di gunakan di Kontinjen Selangor dan

kajian keperluan aplikasi ini dalam meningkatkan lagi keupayaan

menangani kes-kes jenayah oleh Polis Di Raja Malaysia.

2. PENGENALAN 'MYDISTRESS'

MyDistress merupakan satu aplikasi yang dibangunkan yang berfungsi

dengan menghantar isyarat jenayah yang dihantar melalui telefon

pintar. Aplikasi ini boleh digunakan di telefon bimbit yang mempunyai

'operating system' (OS) Apple, Blackberry, Android dan Java.

Keupayaan aplikasi ini membolehkan pengguna atau orang awam

menghantar isyarat kecemasan dengan hanya menekan butang 'ikon'

yang telah ditetapkan dan isyarat tersebut akan dihantar ke Pusat

Kawalan. Aplikasi ini telah diguna pakai oleh Kontijen Selangor pada

tahun 2011.

3. OBJEKTIF

Seiring dengan perkembangan pantas teknologi semasa, penggunaan

teknologi telefon bimbit juga tidak ketinggalan dalam arus

perkembangan ini yang secara tidak langsung telah merubah cara

kehidupan manusia masa kini. Dalam mencapai produktiviti kerja

sejajar dengan arus perkembangan ini, aplikasi MyDistress telah

dibangunkan dengan hasrat dapat meningkatkan lagi keupayaan

sesuatu organisasi. Objektif pembangunan dan penggunaan aplikasi

'MyDistress' ini adalah:

Page 2: APLIKASI MYDISTRESS 1. TUJUANs3p.mampu.gov.my/laporan_inovasi/648-my-distress.pdf · IPK akan membuat pemantaun untuk memastikan tindakan diambil oleh IPD. IPD ... Pengguna mempunyai

2

i. Penerimaan maklumat dan isyarat yang pantas dari telefon bimbit

ini dihantar dengan hanya menekan butan 'ikon' dapat membantu

pihak polis bertindak dengan lebih pantas sebelum berlakunya

sebarang kejadian jenayah yang tidak diingini.

ii. Penerimaan maklumat dan isyarat yang pantas dari telefon bimbit

yang menggunakan aplikasi 'MyDistress' ke Pusat Kawalan dapat

mengurangkan masa untuk mangsa memberi amaran sekiranya

berlaku sebarang kecemasan.

iii. Isyarat yang diterima melalui telefon ini dapat dikesan dengan

menggunakan teknologi Global Positioning System (GPS) yang

terkandung dalam aplikasi MyDistress. Isyarat yang diterima akan

memaparkan lokasi sebenar mangsa yang secara tidak langsung

dapat mengurangkan masa untuk mangsa memaklumkan lokasi

sebenar kejadian.

iv. Aplikasi MyDistress ini dapat diintegrasikan bersama Sistem C4i

yang dapat membantu respons kepada unit MPV dengan pantas.

Ini dapat membantu pasukan Polis dalam memberi respons yang

pantas dan tangkas kepada mangsa.

v. Setelah isyarat diterima, tindakan pantas oleh pasukan Polis akan

terus ke tempat kejadian dan pada masa yang sama dapat

melakukan terus tangkapan penjenayah.

vi. Melalui penggunaan aplikasi pintar ini, pihak Polis dapat

mengurangkan kadar jenayah dan aplikasi ini juga boleh

digunakan sebagai platform dalam pencegahan jenayah.

Page 3: APLIKASI MYDISTRESS 1. TUJUANs3p.mampu.gov.my/laporan_inovasi/648-my-distress.pdf · IPK akan membuat pemantaun untuk memastikan tindakan diambil oleh IPD. IPD ... Pengguna mempunyai

3

4. BAGAIMANA 'MYDISTRESS' BERFUNGSI

Aplikasi MyDistress ini mempunyai empat (4) peringkat proses sebelum

respons dan tindakan dari pihak Polis tiba di sesuatu lokasi mangsa.

Berikut adalah empat (4) proses utama sistem aplikasi MyDistress ini

berfungsi :-

I. PRESS :

Pengguna atau mangsa akan menekan 'ikon' HELP pada telefon

bimbit seterusnya isyarat kecemasan akan dihantar ke Pusat

Kawalan dengan serta merta.

II. DETECT :

Isyarat maklumat yang diterima oleh pihak Pusat Kawalan akan

dapat mengesan kedudukan lokasi mangsa melalui Global

Positioning Position (GPS).

III. ACTION :

Pusat Kawalan akan menerima isyarat yang dihantar oleh

mangsa. Isyarat amaran yang diterima ini akan dihantar serentak

kepada IPD di zon berkenaan dan juga IPK. IPK akan membuat

pemantaun untuk memastikan tindakan diambil oleh IPD. IPD

dengan pantas akan menghantar maklumat dan lokasi kepada

unit MPV melalui sistem C4i yang diintegrasikan bersama

aplikasi 'MyDsitress' ini.

IV. SAFE :

Setelah menerima isyarat dan maklumat, unit MPV akan tiba di

lokasi dengan pantas, seterusnya bantuan diberikan kepada

mangsa dengan sewajarnya.

Page 4: APLIKASI MYDISTRESS 1. TUJUANs3p.mampu.gov.my/laporan_inovasi/648-my-distress.pdf · IPK akan membuat pemantaun untuk memastikan tindakan diambil oleh IPD. IPD ... Pengguna mempunyai

4

Bagaimana MyDistress Berfungsi

Page 5: APLIKASI MYDISTRESS 1. TUJUANs3p.mampu.gov.my/laporan_inovasi/648-my-distress.pdf · IPK akan membuat pemantaun untuk memastikan tindakan diambil oleh IPD. IPD ... Pengguna mempunyai

5

Bagi melengkapkan keseluruhan Aplikasi 'MyDistress' ini, terdapat

beberapa modul yang berperanan mengikut fungsi masing-masing

seperti:

i. Pendaftaran Pengguna :

Pengguna perlu mendaftar sebagai pengguna sebelum dapat

menggunakan aplikasi 'MyDistress' ini. Butiran seperti nama, No.

kad pengenalan, No. telefon dan alamat e-mail perlu di isikan

oleh pengguna pada mula pendaftaran. Ini dapat memudahkan

pihak PDRM mengenal maklumat pengguna denga tepat dan

pantas. Pengguna atau mangsa juga dapat dikenal pasti dengan

mudah melalui gambar yang tertera dalam maklumat pengguna

tersebut. Charge akan dikenakan sebanyak RM 2 sebulan

kepada pengguna.

Pendaftaran Pengguna

Page 6: APLIKASI MYDISTRESS 1. TUJUANs3p.mampu.gov.my/laporan_inovasi/648-my-distress.pdf · IPK akan membuat pemantaun untuk memastikan tindakan diambil oleh IPD. IPD ... Pengguna mempunyai

6

ii. Personal Alert :

Aplikasi 'MyDistress' ini dilengkapi dengan kemudahan GPS

yang dapat mengenal pasti lokasi dan kedudukan mangsa

dengan tepat melalui koordinat diatas peta. Pengguna atau

mangsa hanya perlu menekan ikon 'HELP' HELP pada telefon

bimbit seterusnya isyarat kecemasan akan dihantar ke Pusat

Kawalan dengan serta merta. Aplikasi yang bertindak 'di ujung

jari' ini akan membuatkan masyarakat atau orang awam berasa

dilindungi kerana hubungan dengan PDRM hanya dengan

sentuhan telefon bimbit sahaja.

Personal Alert

Page 7: APLIKASI MYDISTRESS 1. TUJUANs3p.mampu.gov.my/laporan_inovasi/648-my-distress.pdf · IPK akan membuat pemantaun untuk memastikan tindakan diambil oleh IPD. IPD ... Pengguna mempunyai

7

iii. Pendaftaran Kenderaan

Pengguna juga boleh memasukkan maklumat mengenai

kenderaan. Maklumat kenderaan ini dapat membolehkan pihak

PDRM mengenal pasti kenderaan mangsa dengan cepat dan

mudah. Kemudahan ini dapat memberikan ketenangan kepada

mereka yang mengambil pengangkutan awam kerana

pengguna boleh memberi isyarat kecemasan jika bantuan polis

diperlukan.

Pendaftaran Kenderaan

Page 8: APLIKASI MYDISTRESS 1. TUJUANs3p.mampu.gov.my/laporan_inovasi/648-my-distress.pdf · IPK akan membuat pemantaun untuk memastikan tindakan diambil oleh IPD. IPD ... Pengguna mempunyai

8

iv. Ahli Hubungan Yang Boleh Dihubungi

Pengguna juga boleh memasukkan maklumat mengenai

maklumat waris atau ahli keluarga yang boleh dihubungi

sekiranya berlakunya sebarang kecemasan. Dengan ini, pihak

PDRM boleh menghubungi ahli keluarga mangsa apabila

diperlukan. Ini dapat meningkatkan lagi kecekapan tindakan

daripada pihak polis.

Ahli Hubungan Kecemasan

Page 9: APLIKASI MYDISTRESS 1. TUJUANs3p.mampu.gov.my/laporan_inovasi/648-my-distress.pdf · IPK akan membuat pemantaun untuk memastikan tindakan diambil oleh IPD. IPD ... Pengguna mempunyai

9

v. Privasi Aplikasi

Pengguna mempunyai pilihan untuk melindungi data

peribadinya yang didaftarkan pada MyDistress dengan

menetapkan kata laluan. Pengguna juga mempunyai pilihan

untuk menetapkan kata laluan untuk pengaktifan Mod Alert bagi

mengelakkan scenario pengaktifan secara tidak sengaja oleh

anak-anak pengguna.

Privasi Aplikasi

Page 10: APLIKASI MYDISTRESS 1. TUJUANs3p.mampu.gov.my/laporan_inovasi/648-my-distress.pdf · IPK akan membuat pemantaun untuk memastikan tindakan diambil oleh IPD. IPD ... Pengguna mempunyai

10

vi. Akses Dan Laporan

CCC (IPK) dan DCC (IPD) mempunyai hak aksess tahap yang

berbeza . CCC boleh memantau aktiviti pada peringkat kontijen

di mana DCC hanya boleh memantau aktiviti di dalam zon

daerah sahaja. Akses untuk CCC dapat melaksanakan tugas-

tugas pentadbiran mengenai pengurusan pengguna dan

pengurusan DCC. Melalui aplikasi 'MyDistress' ini juga, pihak

PDRM boleh menjana laporan bagi aktiviti harian, bulanan dan

tahunan. Laporan juga boleh diperolehi bagi kes-kes

berdasarkan lokasi. Laporan boleh dijanakan juga untuk

mengetahui masa isyarat amaran, masa yang diterima dan

masa untuk mencapai kepada mangsa.

Akses Dan Laporan

Page 11: APLIKASI MYDISTRESS 1. TUJUANs3p.mampu.gov.my/laporan_inovasi/648-my-distress.pdf · IPK akan membuat pemantaun untuk memastikan tindakan diambil oleh IPD. IPD ... Pengguna mempunyai

11

vii. Rangkaian Maklum Balas

Dalam meningkatkan lagi kualiti perkhidmatan dan keupayaan

pasukan PDRM, pengguna boleh memberikan maklum balas

yang cepat melalui 'MyDistress'. Maklum balas yang diterima ini

boleh digunakan untuk penambahbaikan yang berterusan.

Rangkaian Maklum Balas

Page 12: APLIKASI MYDISTRESS 1. TUJUANs3p.mampu.gov.my/laporan_inovasi/648-my-distress.pdf · IPK akan membuat pemantaun untuk memastikan tindakan diambil oleh IPD. IPD ... Pengguna mempunyai

12

5. HASIL KAJIAN PENGGUNAAN APLIKASI MYDISTRESS DI

KONTINJEN SELANGOR.

i. Dilancarkan di Kontinjen Selangor pada 24 Ogos 2011 dan telah

menerima 65000 pendaftaran pengguna.

ii. Mydistress dianggap sebagai penambahbaikan kepada sistem

rakan Cops dan dilihat mendapat sambutan yang amat positif

daripada masyarakat di Selangor.

iii. Kajian dan ujian yang dijalankan dari Mac 2011 sehingga ke hari

ini mendapati sistem ini dapat membantu pihak polis dalam

memberi respons dengan pantas kepada masyarakat yang

dalam kecemasan dan ancaman perlakuan jenayah serta dapat

menjejaki lokasi sebenar mangsa dengan tepat.

iv. Memantau tindakan dan respons yang dibuat oleh anggota MPV

dan elemen-elemen bantuan lain melalui log yang terbina dalam

sistem ini Butir-butir pengguna, lokasi dan masa distress call

dibuat, tindakan-tindakan respons boleh didapati di dalam log

tersebut.

v. Sistem C4i yang terdapat di Pusat Kawalan digunakan untuk

menentukan MPV yang berhampiran dengan lokasi pengguna

serta mobile data terminal (MDT) yang terdapat dalam MPV juga

digunakan dalam memasukkan koordinat pengguna (latitude dan

longitude).

vi. Reaksi yang diperolehi daripada masyarakat adalah amat positif

yang sedikit sebanyak boleh menurunkan fear of crime di

kalangan masyarakat.

Page 13: APLIKASI MYDISTRESS 1. TUJUANs3p.mampu.gov.my/laporan_inovasi/648-my-distress.pdf · IPK akan membuat pemantaun untuk memastikan tindakan diambil oleh IPD. IPD ... Pengguna mempunyai

13

6. KEBAIKAN APLIKASI 'MYDISTRESS'

Antara kebaikan aplikasi MyDistress ini dalam meningkatkan lagi

keupayaan pasukan PDRM adalah seperti berikut :

i. Sistem berkomputer dikendalikan sepenuhnya oleh

pegawai/anggota di pusat kawalan.

ii. Aplikasi 'MyDistress' ini dapat diintegrasikan bersama Sistem C4i

yang dapat membantu respons kepada unit MPV dengan cepat.

iii. Respons yang diambil direkodkan dan boleh dipantau secara

automatik.

iv. Mangsa perlu menekan ‘SOS’ jika berlaku sebarang kecemasan.

Aplikasi ini juga kepada golongan kurang upaya (OKU).

v. PDRM boleh menggunakan trend aplikasi telefon pintar untuk

meningkatkan perkhidmatan kepada orang ramai.