aplikasi gaya penyeliaan pengajaran … non-directive (tidak direktif) and they supervised the...

28
APLIKASI GAYA PENYELIAAN PENGAJARAN GURU PEMBIMBING DALAM PROGRAM LATIHAN MENGAJAR WAN SHAFIRA BT WAN ZAKI UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

Upload: leminh

Post on 29-Jul-2018

252 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: APLIKASI GAYA PENYELIAAN PENGAJARAN … non-directive (tidak direktif) and they supervised the trainee teachers by using the clinical supervision model. vii ISI KANDUNGAN BAB PERKARA

APLIKASI GAYA PENYELIAAN PENGAJARAN GURU PEMBIMBING

DALAM PROGRAM LATIHAN MENGAJAR

WAN SHAFIRA BT WAN ZAKI

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

Page 2: APLIKASI GAYA PENYELIAAN PENGAJARAN … non-directive (tidak direktif) and they supervised the trainee teachers by using the clinical supervision model. vii ISI KANDUNGAN BAB PERKARA
Page 3: APLIKASI GAYA PENYELIAAN PENGAJARAN … non-directive (tidak direktif) and they supervised the trainee teachers by using the clinical supervision model. vii ISI KANDUNGAN BAB PERKARA
Page 4: APLIKASI GAYA PENYELIAAN PENGAJARAN … non-directive (tidak direktif) and they supervised the trainee teachers by using the clinical supervision model. vii ISI KANDUNGAN BAB PERKARA

APLIKASI GAYA PENYELIAAN PENGAJARAN GURU PEMBIMBING

DALAM PROGRAM LATIHAN MENGAJAR

WAN SHAFIRA BT WAN ZAKI

Laporan Projek ini Dikemukakan sebagai memenuhi sebahagian daripada syarat

penganugerahan Ijazah Sarjana Muda Teknologi Serta Pendidikan

(Kemahiran Hidup)

Fakulti Pendidikan

Universiti Teknologi Malaysia

APRIL, 2011

Page 5: APLIKASI GAYA PENYELIAAN PENGAJARAN … non-directive (tidak direktif) and they supervised the trainee teachers by using the clinical supervision model. vii ISI KANDUNGAN BAB PERKARA
Page 6: APLIKASI GAYA PENYELIAAN PENGAJARAN … non-directive (tidak direktif) and they supervised the trainee teachers by using the clinical supervision model. vii ISI KANDUNGAN BAB PERKARA

iii

DEDIKASI

Ku abadikan buat insan-insan istimewa dalam hidupku….

Teristimewa buat abah (Wan Zaki Bin Wan Awang) dan mak (Piah Bt Abdullah)

yang selalu mendoakan kejayaan kepada diri ini.

Tiada apa yang dapat kuucapkan hanya restu kalian berdua mengiringi setiap detik

perjalanan hidupku

Buat ahli keluarga yang tersayang (abang, kakak dan adik-adik) yang selalu

memberi semangat kepada diri ini dan tidak putus-putus mengajarku erti kesabaran

dan ketabahan.

Buat penyelia yang dihormati lagi disegani

Dr. Mohd Zolkifli bin Abd. Hamid

Segala butir jasamu serta tunjuk ajarmu akan kekal sehingga selama-lamanya

Tidak dapatku balas dengan apa-apa selain kejayaanku

Hanya Allah s.w.t sahaja yang hanya dapat membalas segala keperitan dan

kepayahan dalam mengajarku

Buat sahabat handai, rakan-rakan 4 SPH yang tidak putus-putus memberi kata

semangat dalam menempuh pelbagai dugaan dan cabaran sepanjang membuat

kajian ini.

Persahabatan ini adalah suatu perjalanan yang tidak akan berakhir…

Semoga kalian semua diberkati dan dirahmati oleh Allah s.w.t hendaknya.

Wassalam.

Page 7: APLIKASI GAYA PENYELIAAN PENGAJARAN … non-directive (tidak direktif) and they supervised the trainee teachers by using the clinical supervision model. vii ISI KANDUNGAN BAB PERKARA

iv

PENGHARGAAN

Di kesempatan ini, saya ingin mengucapkan syukur alhamdulilah ke hadrat

Ilahi kerana akhirnya telah berjaya menyiapkan kajian ini seperti yang dikehendaki.

Di sini, saya ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada penyelia

Projek Sarjana Muda Dr. Mohd Zolkifli bin Abd. Hamid di atas bimbingan, tunjuk

ajar dan dorongan yang diberikan sepanjang tempoh menyiapkan projek ini. Begitu

juga jutaan terima kasih kepada sesiapa yang terlibat dalam menyiapkan kajian ini

sama ada secara langsung atau tidak.

Kesempatan ini juga, ingin saya rakamkan ucapan terima kasih yang tidak

terhingga kepada rakan-rakan seperjuangan atas segala sumbangan idea, dorongan,

nasihat dan sebagainya. Walaupun pelbagai dugaan dan cabaran yang ditempuhi

namun, akhirnya dapat menyiapkan kajian ini.

Kepada semua, hanya Allah s.w.t yang mampu membalas jasa kalian semua

dan jasamu semua akan ku kenangkan sampai bila-bila.

Semoga ilmu yang terkandung di dalam kajian ini, dapat memberikan

manfaat dan ilmu kepada semua. Amin.

Wan Shafira bt. Wan Zaki

UTM Skudai, Johor.

Page 8: APLIKASI GAYA PENYELIAAN PENGAJARAN … non-directive (tidak direktif) and they supervised the trainee teachers by using the clinical supervision model. vii ISI KANDUNGAN BAB PERKARA

v

ABSTRAK

Penyeliaan pengajaran oleh guru pembimbing adalah satu aktiviti yang

penting di mana dapat melahirkan guru praktikal yang berkualiti. Oleh yang

demikian, kajian secara diskriptif ini dijalankan untuk mengetahui apakah gaya

penyeliaan pengajaran yang digunakan oleh guru pembimbing dan juga

sejauhmanakah guru pembimbing mengamalkan penyeliaan pengajaran menerusi

model penyeliaan klinikal di dalam program Latihan Mengajar (LM). Seramai 63

orang guru pembimbing yang pernah membimbing guru pelatih UTM, skudai di

dalam program LM di dalam Johor Bahru meliputi zon skudai dan zon Nusajaya

sebagai lokasi kajian. Soal selidik telah digunakan sebagai instrumen kajian. Item-

item dalam borang soal selidik berkaitan jenis gaya penyeliaan pengajaran yang

digunakan serta penyelian pengajaran menerusi model penyeliaan klinikal terhadap

guru praktikal UTM, skudai. Nilai kebolehpercayan (alpha cronbach) bagi instrumen

kajian yang diguna dalam kajian ini ialah 0.790. Data dianalisis menggunakan

perisian Statistical Package For The Social Science version 17.0 (SPSS) untuk

mencari peratus dan kekerapan. Hasil daripada kajian menunjukkan guru

pembimbing menggunakan semua jenis gaya penyeliaan pengajaran iaitu kawalan

direktif (directive Control), kawalan informal (directive informal), kolaboratif

(collaborative), dan tidak direktif (non-directive) dan menyelia guru praktikal

mengikut model penyeliaan klinikal.

Page 9: APLIKASI GAYA PENYELIAAN PENGAJARAN … non-directive (tidak direktif) and they supervised the trainee teachers by using the clinical supervision model. vii ISI KANDUNGAN BAB PERKARA

vi

ABSTRACT

Instructional supervision is one of the important activities in producing

quality trainee teachers. Therefore, this descriptive research was conducted by the

researcher aims to determine the style of supervision used by supervisors and to what

extent do the supervisors use instructional supervision through the model of clinical

supervision in practical teaching (LM). A total of 63 teachers who have guided

trainee teachers of UTM, Skudai in the LM programs in Johor Bahru, Skudai

according to zones of Nusajaya and Skudai were chosen as the research respondents.

Questionnaire was used as an instrument in this research. The items in the

questionnaire are related to the style of supervision styles used and the instructional

supervision through the model of clinical supervision used in supervising trainee

teacher in UTM, Skudai. The reliability (alfa croncbach) for the instrument used in

the research is 0.790. Data gathered were then analyzed using “Statistical Package

for Social Science” software (SPSS Version 17.0) to find out the percentage and

frequency. The outcome of the research showed that supervising teachers used all of

the instructional styles of supervision which are the control directive (direktif

kawalan), directive informational (kawalan informal), collaborative (kolaboratif),

and non-directive (tidak direktif) and they supervised the trainee teachers by using

the clinical supervision model.

Page 10: APLIKASI GAYA PENYELIAAN PENGAJARAN … non-directive (tidak direktif) and they supervised the trainee teachers by using the clinical supervision model. vii ISI KANDUNGAN BAB PERKARA

vii

ISI KANDUNGAN

BAB PERKARA HALAMAN

MUKA DEPAN

PENGAKUAN ii

HALAMAN DEDIKASI iii

PENGHARGAAN iv

ABSTRAK v

ABSTRACT vi

SENARAI ISI KANDUNGAN vii

SENARAI JADUAL xii

SENARAI RAJAH xiv

SENARAI SINGKATAN xv

SENARAI LAMPIRAN xvi

BAB 1 PENDAHULUAN

1.0 Pengenalan 1

1.1 Latar Belakang Masalah 5

1.2 Pernyataan Masalah 8

1.3 Objektif Kajian 9

1.4 Persoalan Kajian 9

1.5 Kepentingan Kajian 9

Page 11: APLIKASI GAYA PENYELIAAN PENGAJARAN … non-directive (tidak direktif) and they supervised the trainee teachers by using the clinical supervision model. vii ISI KANDUNGAN BAB PERKARA

viii

1.5.1 Guru Pelatih 10

1.5.2 Guru Pembimbing 11

1.5.3 Fakulti Pendidikan 11

1.6 Skop Dan Batasan Kajian 11

1.7 Definisi Operasional 12

1.7.1 Gaya Penyeliaan 12

1.7.2 Pengajaran 13

1.7.3 Guru Pembimbing 13

1.7.4 Latihan Mengajar 14

1.7.5 Penyeliaan Klinikal 14

1.8 Kerangka Konsep 15

1.9 Kesimpulan 15

BAB 2 SOROTAN KAJIAN

2.0 Pengenalan 17

2.1 Latihan Mengajar 18

2.1.0 Matlamat Latihan Mengajar 20

2.1.1 Objektif Latihan Mengajar 21

2.2 Pengenalan Penyeliaan 21

2.2.1 Definisi Penyeliaan 23

2.2.2 Teori Penyeliaan 26

2.3 Penyeliaan Guru Pembimbing 28

2.4 Penyeliaan Latihan Mengajar 28

2.5 Tanggungjawab Guru Pembimbing 29

2.6 Jenis Pendekatan Penyeliaan Pengajaran 30

2.7 Stail Penyeliaan Melalui Pendekatan Bimbingan 33

Page 12: APLIKASI GAYA PENYELIAAN PENGAJARAN … non-directive (tidak direktif) and they supervised the trainee teachers by using the clinical supervision model. vii ISI KANDUNGAN BAB PERKARA

ix

2.8 Penyeliaan Klinikal 34

2.8.1 Konsep 34

2.8.2 Pengenalan 35

2.9 Langkah-Langkah Penyeliaan Klinikal 35

2.9.1 Sebelum Pengajaran 36

2.9.2 Semasa Pengajaran 36

2.9.3 Selepas Pengajaran 37

2.10 Kesimpulan 38

BAB 3 METODOLOGI

3.0 Pengenalan 39

3.1 Reka Bentuk Kajian 39

3.2 Lokasi Kajian 40

3.3 Populasi Dan Sampel Kajian 41

3.4 Instrumen Kajian 43

3.4.1 Bahagian A: Latar Belakang Responden 43

3.4.2 Bahagian B: Persoalan Kajian 44

3.5 Kesahan soal selidik 45

3.6 Prosedur Kajian 46

3.7 Kajian Rintis 48

3.8 Kebolehpercayaan Soal Selidik 48

3.9 Kaedah Pengumpulan Data 49

3.10 Analisis Data 50

3.11 Kesimpulan 52

BAB 4 ANALISIS DATA

Page 13: APLIKASI GAYA PENYELIAAN PENGAJARAN … non-directive (tidak direktif) and they supervised the trainee teachers by using the clinical supervision model. vii ISI KANDUNGAN BAB PERKARA

x

4.0 Pengenalan 53

4.1 Analisis data Bahagian A 54

4.1.1 Taburan responden mengikut

umur 54

4.1.2 Taburan responden mengikut jantina 55

4.1.3 Taburan responden mengikut opsyen 55

4.1.4 Taburan responden mengikut 56

bilangan penyeliaan sepanjang

tempoh Latihan Mengajar

4.1.5 Taburan responden mengikut pengalaman 56

menjadi guru pembimbing

4.2 Analisis Bahagian B 57

4.2.1 Gaya penyeliaan yang diamalkan 57

oleh guru pembimbing sepanjang tempoh

Latihan Mengajar

4.2.2 Amalan penyeliaan pengajaran menerusi 63

model penyeliaan klinikal

4.3 Ringkasan dapatan kajian 66

4.4 Kesimpulan 66

BAB 5 PERBINCANGAN, RUMUSAN DAN CADANGAN

5.0 Pengenalan 67

5.1 Ringkasan dapatan kajian 67

5.2 Perbincangan 68

5.2.1 Bahagian A (Latar belakang responden) 68

5.2.2 Bahagian B (Persoalan kajian) 69

5.2.2.1 Apakah gaya penyeliaan yang 69

diamalkan oleh guru pembimbing

sepanjang tempoh

Latihan Mengajar

Page 14: APLIKASI GAYA PENYELIAAN PENGAJARAN … non-directive (tidak direktif) and they supervised the trainee teachers by using the clinical supervision model. vii ISI KANDUNGAN BAB PERKARA

xi

5.2.2.1 (A) Kawalan Direktif

(Directive Control) 70

5.2.2.1 (B) Direktif Informal

(Directive Informal) 71

5.2.2.1 (C) Kolaboratif

(Colaborative) 73

5.2.2.1 (D) Tidak Direktif

(Non-Directive) 74

5.2.2.2 Sejauhmanakah guru 76

pembimbing mengamalkan

penyeliaan pengajaran menerusi

model penyeliaan klinikal

5.3 Rumusan 77

5.4 Cadangan 79

5.5 Cadangan kajian lanjutan 80

5.6 Kesimpulan 81

RUJUKAN 82

Page 15: APLIKASI GAYA PENYELIAAN PENGAJARAN … non-directive (tidak direktif) and they supervised the trainee teachers by using the clinical supervision model. vii ISI KANDUNGAN BAB PERKARA

xii

SENARAI JADUAL

NO.

JADUAL TAJUK HALAMAN

3.1 Bilangan Sekolah dan Guru Pembimbing Mengikut Zon 42

3.2 Taburan Item Soal Selidik Mengikut Latar Belakang 44

Guru Pembimbing

3.3 Taburan Item Soal Selidik Mengikut gaya penyeliaan 44

3.4 Skala Likert Lima mata 45

3.6 Pekali Alpha Cronbach 48

3.5 Kriteria Menganalisis Data 51

3.6 Klasifikasi terhadap item 51

3.7 Tahap Penilaian Responden Berdasarkan Peratus 51

4.1 Taburan Responden Mengikut Umur 54

4.2 Taburan Responden Mengikut Jantina 55

4.3 Taburan Responden Mengikut Opsyen 55

4.4 Taburan responden mengikut bilangan penyeliaan 56

sepanjang tempoh Latihan Mengajar

4.5 Taburan responden yang mengikut pengalaman menjadi 56

guru pembimbing.

Page 16: APLIKASI GAYA PENYELIAAN PENGAJARAN … non-directive (tidak direktif) and they supervised the trainee teachers by using the clinical supervision model. vii ISI KANDUNGAN BAB PERKARA

xiii

4.6.1 Gaya penyeliaan yang pertama: Kawalan Direktif 57

(Directive Control)

4.6.2 Gaya penyeliaan yang kedua: Direktif informal 59

(Directive Informational)

4.6.3 Gaya penyeliaan yang ketiga: Kolaboratif (Colaborative) 61

4.6.4 Gaya penyeliaan yang keempat: Tidak Direktif 62

(Non-directive)

4.7 Guru pembimbing mengamalkan amalan penyeliaan 63

pengajaran menerusi model penyeliaan klinikal.

4.8 Ringkasan Dapatan Kajian Mengikut Persoalan Kajian 66

Page 17: APLIKASI GAYA PENYELIAAN PENGAJARAN … non-directive (tidak direktif) and they supervised the trainee teachers by using the clinical supervision model. vii ISI KANDUNGAN BAB PERKARA

xiv

SENARAI RAJAH

NO. RAJAH TAJUK

HALAMAN

1.1 Kerangka konsep kajian 15

2.1 Rajah penyeliaan untuk sekolah 25

berkesan

3.5 Carta alir prosedur kajian 47

Page 18: APLIKASI GAYA PENYELIAAN PENGAJARAN … non-directive (tidak direktif) and they supervised the trainee teachers by using the clinical supervision model. vii ISI KANDUNGAN BAB PERKARA

xv

SENARAI SINGKATAN

LM Latihan Mengajar

UTM Universiti teknologi Malaysia

SPH Sarjana pendidikan kemahiran Hidup

P&P Pengajaran dan pembelajaran

PP Pensyarah penyelia

GP Guru pembimbing

SPSS Statistical Package For The Social Science version 17.0

KPT Kementerian pengajian tinggi

IPTA Institut Pengajian tinggi Awam

LMKS Latihan mengajar kendalian sekolah

FP Fakulti pendidikan

ISMP Isyarat Penganugerahan Ijazah Sarjana Muda Pendidikan

DPLI Diploma Pendidikan Lepasan Ijazah

SMK Sekolah Menengah Kebangsaan

Page 19: APLIKASI GAYA PENYELIAAN PENGAJARAN … non-directive (tidak direktif) and they supervised the trainee teachers by using the clinical supervision model. vii ISI KANDUNGAN BAB PERKARA

xvi

SENARAI LAMPIRAN

LAMPIRAN TAJUK MUKA SURAT

Lampiran A Borang Soal Selidik 90

Lampiran B Surat pengesahan Pensyarah 97

Lampiran C Surat EPRD 99

Lampiran D Cadangan sekolah Mengikut Zon 100

Lampiran E Data Kajian Rintis 101

Page 20: APLIKASI GAYA PENYELIAAN PENGAJARAN … non-directive (tidak direktif) and they supervised the trainee teachers by using the clinical supervision model. vii ISI KANDUNGAN BAB PERKARA

BAB 1

PENDAHULUAN

1.0 Pengenalan

Latihan mengajar (LM) adalah satu komponen yang sangat penting dalam

sesuatu program latihan perguruan. Melalui LM, guru pelatih akan dapat menunjukkan

dan mengawal tingkah laku yang diinginkan untuk mengajar secara berkesan serta cuba

menggunakan segala teori yang telah didedahkan kepada mereka semasa mengikuti

kursus pendidikan. Selain itu, LM juga memberikan pendedahan awal kepada guru

pelatih sebelum memasuki alam perkerjaan yang sebenar sebagai seorang guru. Guru

adalah nadi kepada sekolah.

Dalam konteks masyarakat moden, perkataan guru membawa maksud yang luas

dan tidak terbatas. Individu yang melibatkan diri mereka sama ada secara formal atau

tidak formal bagi menyampaikan ilmu pengetahuan atau kepandaian kepada orang

perseorangan atau kelompok individu digelar sebagai guru (Atan Long, 1984).

Tugas terpenting guru adalah melaksanakan proses dan pedagogi pengajaran

yang membolehkan pembelajaran berlaku mengikut matlamat dan mencorakkan pola

perlakuan yang berkualiti dan berkesan. Selain itu, Salhah dan Ainon, (2005)

mengatakan bahawa guru adalah sebagai mentor. Penggunaan mentor dan pementoran

dalam konteks pendidikan adalah luas. Mentor dan pementoran memainkan peranan

penting dalam program latihan guru. Guru yang mempunyai ciri-ciri mentor yang efektif

Page 21: APLIKASI GAYA PENYELIAAN PENGAJARAN … non-directive (tidak direktif) and they supervised the trainee teachers by using the clinical supervision model. vii ISI KANDUNGAN BAB PERKARA

serta pengalaman yang luas dalam mata pelajaran di sekolah menjadi mentor kepada

guru pelatih.

Untuk melahirkan guru-guru yang berkarisma, pihak universiti haruslah

memainkan peranan supaya mereka dapat melahirkan guru-guru sebagaimana yang

dikehendaki oleh Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM).

Menurut Che Mohd Norazizul (2007), dan ini merujuk kepada Bahagian

Pendidikan Guru, Kementerian Pendidikan Malaysia (2001) yang menyatakan bahawa:

“Adalah menjadi hasrat dan cita-cita setiap guru pelatih hendak menjadi

seorang guru yang berkesan, jujur dan bersifat ikhtisas (Profesional). Peranan

penyelia ialah memberi sebarang bimbingan dan panduan supaya guru pelatih

itu berjaya mencapai matlamat tersebut” (KPM, 2001)

Di samping itu, unsur-unsur penilaian secara developmental ditekankan

sepanjang tempoh LM (panduan latihan praktik, UTM). Tanpa pensyarah-pensyarah

yang berkualiti, mustahil untuk pihak KPM melahirkan guru-guru yang berkualiti.

Begitu juga dengan guru pembimbing, tanpa penyeliaan guru pembimbing, guru pelatih

tidak tahu cara-cara belajar untuk mengajar.

Menurut pendapat Tanruther (1973), guru pembimbing memainkan dua peranan

iaitu mengajar pelajar-pelajar dan juga menyelia kerja-kerja yang dilakukan oleh guru

pelatih secara realitinya, peranan yang dimainkan oleh guru pembimbing adalah lebih

daripada peranan kedua-dua tersebut. Menurutnya guru pembimbing, perlu berusaha

untuk meningkatkan tahap pengetahuan dan kemahiran yang sedia ada, bukan sahaja

untuk mengajar pelajar-pelajar dengan berkesan, tetapi juga untuk memberikan panduan

yang baik kepada guru pelatih.

Page 22: APLIKASI GAYA PENYELIAAN PENGAJARAN … non-directive (tidak direktif) and they supervised the trainee teachers by using the clinical supervision model. vii ISI KANDUNGAN BAB PERKARA

Pernyataan ini juga diperkukuhkan lagi dengan kajian yang dijalankan oleh

Normahajazrin (2006). Dalam kajian beliau, didapati peranan guru pembimbing bukan

sekadar tertumpu kepada aspek pembelajaran dan pengajaran, malahan mendidik dan

membantu guru pelatih untuk menjadi seorang guru yang professional kerana kualiti dan

kecemerlangan seseorang guru itu bergantung kepada sikap profesionalnya dalam

menjalani tugas sebagai seorang guru.

Menurut Abdul Raof dan Subahan, (1991) tujuan penyeliaan adalah untuk

memberi bimbingan supaya guru pelatih mencapai tahap kemahiran yang sama atau

lebih baik daripada guru yang berpengalaman. Pihak sekolah iaitu pengetua akan

melantik seorang guru yang mengajar dalam mata pelajaran yang berkenaan untuk

menjadi guru pembimbing sekaligus menyelia guru praktikal yang akan mengajar dalam

mata pelajaran yang sama.

Sewaktu latihan mengajar, semua guru pelatih akan diberi tunjuk ajar,

bimbingan, pandangan, nasihat, teguran, penilaian formatif dan sumatif dalam

pengajarannya sebagai suatu proses penyeliaan ke arah pengajaran yang lebih berkesan.

Terdapat 3 tujuan penyeliaan iaitu:

i. Membimbing guru-guru pelatih dalam latihan mengajar

ii. Memberikan pengalaman mengajar yang akan dihadapi oleh mereka kelak bila

tamat pengajian.

iii. Menilai kecekapan guru-guru pelatih itu dalam Latihan Mengajar untuk

memenuhi keperluan memberikan markah peperiksaan.

Di samping mendapat bimbingan dari penyelia, guru pelatih akan diberi markah

atau gred bagi menentukan pencapaian mereka (Abdul Rahim et. al, 1992). Justeru itu,

dalam penyeliaan pengajaran pula terdapat gaya yang tersendiri yang disampaikan oleh

guru pembimbing. Menurut Glickman et al. (1995), terdapat empat pendekatan

penyeliaan iaitu pendekatan direktif kawalan (directive control behavior), direktif

Page 23: APLIKASI GAYA PENYELIAAN PENGAJARAN … non-directive (tidak direktif) and they supervised the trainee teachers by using the clinical supervision model. vii ISI KANDUNGAN BAB PERKARA

informatif (directive informational behaviours), kolaboratif (collaborative) dan tidak

direktif (nondirectives).

Menurut laman web latihan mengajar fakulti pendidikan Universiti Teknologi

Malaysia (UTM), Latihan Mengajar merupakan satu latihan amali untuk guru pelatih

mempraktikkan segala teori dan kaedah yang telah dipelajari. Latihan ini juga

merupakan satu syarat yang mesti dipenuhi oleh guru pelatih yang mengikuti kursus

perguruan di UTM. Bagi menentukan Latihan Mengajar berjalan dengan teratur dan

berkesan, hal ini memerlukan suatu tatacara pengurusan yang licin dan efisien bagi

membantu pelatih-pelatih menjalankan Latihan Mengajar.

Selain itu, pihak UTM telah menekankan pelbagai aspek intelektual, rohani,

jasmani dan emosi bagi melahirkan bakal-bakal guru yang berkebolehan,

berketerampilan serta bermotivasi tinggi dalam profesion perguruan untuk

merealisasikan impian KPM. Salah satu usaha yang dilakukan oleh UTM ialah dengan

memasukkan subjek Latihan Mengajar ke dalam silibus perguruan di UTM supaya guru-

guru pelatih mendapat pendedahan awal tentang dunia pengajaran yang sebenar. Melalui

kaedah ini, guru-guru pelatih tidak akan mengalami kejutan budaya apabila ditempatkan

di sekolah dan dapat mengaplikasikan pengajaran yang sebenar berdasarkan pengalaman

mereka ketika proses latihan mengajar.

Selain itu, berdasarkan kurikulum Sarjana Muda Teknologi serta Pendidikan

Kemahiran Hidup (SPH), terdapat 2 jenis latihan praktikal yang akan di lalui oleh

pelajar yang mengambil jurusan ini. Antara latihan praktikal yang wajib di ambil untuk

memenuhi syarat pengijazahan ialah yang pertama Latihan Mengajar selama 3 bulan dan

Latihan Industri selama 2 bulan. Oleh itu, pelajar-pelajar tersebut wajib menjalani

kedua-dua latihan praktikal ini.

Page 24: APLIKASI GAYA PENYELIAAN PENGAJARAN … non-directive (tidak direktif) and they supervised the trainee teachers by using the clinical supervision model. vii ISI KANDUNGAN BAB PERKARA

1.1 Latar Belakang Masalah

Di UTM, semua pelajar fakulti pendidikan wajib mengikuti program latihan

mengajar. Hal ini adalah menjadi syarat utama untuk mendapatkan anugerah

pengijazahan. Dalam silibus program pendidikan, pelajar di wajibkan mengikuti latihan

mengajar selama 12 minggu di sekolah yang telah ditetapkan (panduan Latihan

Praktikal, 2005) ketika pelajar pendidikan berada dalam pengajian tahun 3, semester ke

5.

Tempoh latihan mengajar bagi guru pelatih adalah selama 12 minggu. Sepanjang

tempoh latihan mengajar, guru pelatih akan diselia oleh guru pembimbing sebanyak 6

kali (Panduan Latihan Praktik, 2006). Dalam kajian ini, pengkaji ingin menyelidik

tentang gaya penyeliaan pengajaran guru pembimbing terhadap program latihan

mengajar.

Menurut kajian yang telah dijalankan oleh Che Mohd Norazizul (2007), terdapat

segelintir guru pembimbing yang mengamalkan sistem autokratik ketika membuat

penyeliaan. Terdapat guru pembimbing yang menghendaki guru pelatih mengajar

mengikut cara beliau mengajar. Beliau seharusnya menggalakkan guru pelatih tersebut

untuk mengajar mengikut caranya yang tersendiri kerana pengajaran itu adalah satu seni.

Dengan cara ini, guru pelatih tidak akan terkongkong dengan cara pengajaran penyelia

dan bebas melakukan sebarang aktiviti pelajar untuk mencapai objektif pengajarannya.

Isu ini turut diperkukuhkah lagi dengan kajian yang telah dijalankan oleh Mc

Nay (2003). Didapati terdapat segelintir guru pelatih melahirkan perasaan tidak puas

hati mereka terhadap praktikum. Mereka biasanya merungut tentang arahan-arahan yang

tidak mempunyai sebab yang munasabah, bimbingan yang tidak memuaskan dan sikap

guru pembimbing yang suka „mempergunakan‟ guru pelatih. Sesetengah guru pelatih

menyatakan masalah dari segi kuasa dan autoriti yang wujud diantara mereka dengan

Page 25: APLIKASI GAYA PENYELIAAN PENGAJARAN … non-directive (tidak direktif) and they supervised the trainee teachers by using the clinical supervision model. vii ISI KANDUNGAN BAB PERKARA

guru pembimbing serta kontrak yang mendalam dengan apa yang telah diharapkan dapat

memberikan sokongan dan bantuan.

Selain itu, kerjasama antara guru pembimbing dan guru pelatih dalam membuat

keputusan adalah salah satu cara pendekatan yang baik kerana kedua-duanya akan

berbincang bersama-sama untuk mencapai kata sepakat. Sebelum dan selepas selesai

pengajaran, sebaik-baiknya guru pembimbing dan guru pelatih berbincang tentang

kaedah pengajaran, kaedah penulisan dan sebagainya supaya guru pelatih dapat

mengetahui dan mempertingkatkan kelemahan diri mereka sendiri. Isu ini dapat

diperkukuhkan lagi menurut Sullivan dan Glanz (2000), beliau mengatakan bahawa

pendekatan kolaboratif dan tidak direktif adalah lebih baik daripada pendekatan direktif

informal.

Pengkaji ingin mengkaji tentang amalan penyeliaan pengajaran melalui model

penyeliaan klinikal. Menurut Abu Hassan (1985), proses penyeliaan latihan mengajar

yang dipraktikkan oleh Fakulti Pendidikan, UTM adalah secara penyeliaan klinikal yang

melibatkan tiga peringkat.

i. Sebelum pengajaran

ii. Semasa pengajaran

iii. Selepas pengajaran.

Dalam kajian ini, pengkaji ingin mengkaji sejauh mana amalan penyeliaan

pengajaran guru pembimbing melalui penyeliaan klinikal. Pengkaji ingin mengetahui

samada guru pembimbing berbincang terlebih dahulu dengan guru pelatih sebelum guru

praktikal memulakan sesi pengajaran. Perbincangan itu lebih difokuskan kepada

kesesuaian objektif pengajaran, pemusatan objektif, isi pelajaran, langkah pengajaran

dan bahan serta alat bantu mengajar yang digunakan oleh guru pelatih.

Page 26: APLIKASI GAYA PENYELIAAN PENGAJARAN … non-directive (tidak direktif) and they supervised the trainee teachers by using the clinical supervision model. vii ISI KANDUNGAN BAB PERKARA

Guru-guru pelatih masih kabur serta kurang faham terhadap fungsi dan

tanggungjawab mereka semasa berada di sekolah. Hal ini dibuktikan melalui dapatan

kajian Kaltsounis dan Nelson (1968) yang menyatakan guru pelatih diajar dan diasuh

supaya mengikut perlakuan dan budaya mengajar guru yang dianggapkan “standard” di

sekolah secara umum dan tidak mengambil kira faktor-faktor lain seperti persekitaran

dan karenah pelajar yang berbeza. Dilema yang dibangkitkan ini adakah kita berlaku adil

menempatkan guru pelatih dalam persekitaran yang ekstrim sedangkan kita menilai

prestasi mereka dengan menggunakan instrumen yang sama bagi semua guru pelatih.

Kajian oleh Hapidah et. al. (2002) menunjukkan bahawa faktor bimbingan

memberi sumbangan yang signifikan terhadap kualiti pengajaran dan pembelajaran di

maktab perguruan. Namun, masalah yang sering wujud dalam melaksanakan bimbingan

kepada guru-guru pelatih ialah mereka tidak mendapat bimbingan yang setimpal oleh

pensyarah dan guru pembimbing yang telah dipersetujukan secara bersama oleh pihak

sekolah dan institusi pendidikan iaitu maktab perguruan khususnya dalam proses

penyeliaan pengajaran di bilik darjah

Kajian Hamzah et. al. (1996) yang melibatkan sejumlah 147 orang guru

pembimbing dan 379 orang guru pelatih sepanjang sesi latihan mengajar pada tahun

1995 kajian mendapati guru pembimbing mengakui dan membuat persepsi bahawa

mereka tidak begitu membantu dan memberi bimbingan secara berterusan kepada guru

pelatih yang di bawah kawalan mereka semasa mengajar di sekolah-sekolah di negeri

Perak.

Dapatan daripada kajian yang dilakukan oleh Noor Azlan et. al. (1997)

mendapati guru pelatih berkeinginan untuk mempelbagaikan kaedah pengajaran tetapi

menghadapi beberapa kekangan. Contohnya guru terlatih di sekolah menaruh harapan

dan mengkehendaki guru pelatih mengikut cara yang telah lama wujud di dalam

pengajaran di sekolah tersebut. Terdapat juga guru pelatih hanya mengajar berpandukan

Page 27: APLIKASI GAYA PENYELIAAN PENGAJARAN … non-directive (tidak direktif) and they supervised the trainee teachers by using the clinical supervision model. vii ISI KANDUNGAN BAB PERKARA

buku teks semata-mata. Dalam kajian yang sama juga mendapati guru pelatih jarang

sekali berpeluang untuk menjalankan perbincangan di antara guru di sekolah.

Dapat disimpulkan bahawa terdapat beberapa masalah yang dihadapi oleh guru-

guru pembimbing semasa melakukan penyeliaan pengajaran kepada guru pelatih semasa

melakukan penyeliaan pengajaran kepada guru pelatih semasa menjalani LM. Masalah-

masalah tersebut akan memberi kesan kepada penguasaan guru pelatih dalam menjalani

pengajaran dan pembelajaran (P & P).

1.2 Pernyataan Masalah

Gaya memainkan peranan penting dalam suatu perbuatan yang dilakukan oleh

individu itu sendiri. Hal ini juga berkaitan dengan gaya penyeliaan yang dilakukan oleh

guru pembimbing. Gaya penyeliaan merupakan salah satu kaedah yang amat penting

untuk melahirkan guru pelatih yang berkualiti. Pelbagai masalah timbul daripada gaya

penyeliaan yang digunakan oleh guru pembimbing. Menurut Turney et. al (1982),

penyeliaan yang tidak cekap dan tidak pandai untuk menggunakan gaya penyeliaan

dalam keadaan tertentu akan memberikan impak negatif kepada guru pelatih. Hal ini

turut dibuktikan oleh Acheson dan Gall (1987), iaitu guru pelatih akan memberi reaksi

yang negatif kepada penyelia sekiranya guru pelatih tidak suka akan cara penyeliaan

penyelia. Walaupun masa pengajaran guru pembimbing telah diambil oleh guru pelatih,

namun terdapat guru pembimbing yang tidak berkesempatan untuk menyelia guru

pelatih akibat daripada kesibukan kerja. Lantaran itu, guru pelatih hanya menyelia

mengikut kesesuaian intuitif mereka. Sehubungan dengan itu, Shingara Singh (1996),

membuktikan bahawa hampir separuh daripada guru pelatih tidak menerima bimbingan

yang mencukupi akibat daripada masalah ketidaktrampilan penyelia dalam

melaksanakan penyeliaan yang betul. Walaupun penyelia mengaplikasikan model

penyeliaan klinikal dalam penyeliaannya namun, terdapat faktor-faktor tertentu yang

menjadi masalah dalam proses tersebut. Oleh yang demikian, guru-guru pembimbing

Page 28: APLIKASI GAYA PENYELIAAN PENGAJARAN … non-directive (tidak direktif) and they supervised the trainee teachers by using the clinical supervision model. vii ISI KANDUNGAN BAB PERKARA

seharusnya menitikberatkan penggunaan gaya penyeliaan untuk melahirkan bakal-bakal

guru yang dapat menguasai bidang pengajaran dan pembelajaran dengan berkesan.

1.3 Objektif Kajian

Objektif kajian adalah untuk mengenal pasti:

a) gaya penyeliaan pengajaran guru pembimbing terhadap guru pelatih.

b) amalan penyeliaan pengajaran guru pembimbing dalam melakukan penyeliaan

pengajaran secara model klinikal.