apa itu pendidikan khas

Upload: shidi-amira

Post on 08-Apr-2018

285 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

  • 8/6/2019 Apa Itu Pendidikan Khas

    1/49

    Apa Itu Pendidikan Khas?

    1. DEFINISI PENDIDIKAN KHAS

    Pendidikan khas ialah satu bidang profesion yang berkaitan dengan kaedah,teknik dan penyelidikan yang tersendiri. Kesemua ini menumpukan ke arah

    pengurusan dan pembelajaran yang baik bagi menilai dan mematuhi kehendak-

    kehendak khas. Dari segi praktiknya pendidikan khas merupakan pendidikan

    secara individual dengan kaedah-kaedah pengurusan yang bersistematik dari

    segi susunan fizikal, alatan-alatan khas dan kaedah pengajaran khas. Kesemua

    yang dibuat ini semata-mata untuk menolong kanak-kanak khas untuk mencapai

    kepuasan diri dari segi akedemik dan vokasional untuk membolehkan mereka

    berdikari.

    Pendidikan Khas bererti program yang dirancang khusus untuk memenuhi

    pelbagai keperluan murid-murid khas. Ini termasuk pengunaan bahan-bahan

    khas, peralatan khas, teknik pengajaran dan pembelajaran mengikut tahap

    kebolehan dan keupayaan murid.

    Ia bertujuan untuk mendidik dan membentuk murid melalui

    perkembangan mental

    kestabilan emosi

    integrasi sosial

    Pendidikan khas merujuk pada pendidikan bagi kanak-kanak luar biasa iaitu

    kanak-kanak yang dari segi intelek,fizikal, sosial dan emosi yang tidak mencapai

    pertumbuhan dan penyuburan biasa hinggakan mereka tidak dapat faedah

    sepenuhnya daripada rancangan sekolah biasa.

    ( Chua Tee Tee &Koh Boh Boon, 1992)

    1

  • 8/6/2019 Apa Itu Pendidikan Khas

    2/49

    Kanak-kanak yang kebolehanya menyimpang daripada norma biasa, samada di

    bawah purata atau di atas purata. Sehubungan dengan tu mereka memerlukan

    pendidikan yang khas , kurikulum khas , alatan khas dan guru khas. Kanak-

    kanak khas termasuk kanak-kanak pintar dan bermasalah pembelajaran.

    (Heward & Orlansky ,1980)

    Pendidikan yang disediakan untuk memenuhi keperluan kanak-kanak

    berkeperluan khas.

    ( Hallahan dan Kauffman, 2006)

    Program pengajaran khusus yang direka bentuk untuk memenuhi keperluan

    pelajar luar biasa. Ia mungkin memerlukan penggunaan bahan-bahan peralatan

    dan kaedah pengajaran khusus.

    ( Gargiulo, 2003)

    Perkhidmatan pendidikan yang disediakan oleh Kementerian Pelajaran

    Malaysia bagi murid-murid pemulihan khas dan berkeperluan khas yang

    mempunyai masalah penglihatan, pendengaran dan bermasalah pembelajaran.

    2. PENDIDIKAN KHAS DI MALAYSIA

    Sejarah

    Pendidikan khas telah bermula di Malaysia sejak awal tahun 1920-an dikalangan

    sukarelawan yang membuka sekolah-sekolah untuk pelajar bermasalah atau

    kurang upaya penglihatan dan pendengaran.

    Di Malaysia pendidikan khas formal bermula pada tahun 1948 dengan

    tertubuhnya Sekolah Rendah Pendidikan Khas Princess Elizabeth di Johor

    Bharu untuk kanak-kanak buta. Pada tahun 1954, Sekolah Persekutuan Kanak-

    Kanak Pekak di tubuhkan di Pulau Pinang untuk kanak-kanak pekak. Program

    pemulihan ke atas pelajar lembam (lemah dalam menguasai kemahiran

    2

  • 8/6/2019 Apa Itu Pendidikan Khas

    3/49

    membaca, menulis dan mengira pada tahap umurnya) bermula pada tahun 1978.

    Manakala program untuk kanak-kanak Bermasalah Pembelajaran baru bermula

    pada tahun 1988 apabila buat pertama kali Kementerian Pendidikan memulakan

    kelas perintis di Sekolah Kebangsaan Jalan Batu, Kuala Lumpur. Kelihatan

    bahawa perkembangan pendidikan khas di Malaysia bertumpu kepada kumpulan

    kanak-kanak buta, pekak, dan bermasalah pembelajaran.

    Kementerian Pelajaran Malaysia menurut Akta Pendidikan 1996, Peraturan-

    peraturan Pendidikan (Pendidikan Khas 1997 Bahagian II 3(2) menyediakan

    pendidikan khas dan kemudahan untuk murid bermasalah penglihatan dan

    pendengaran, manakala pendidikan khas integrasi pula adalah untuk yang

    bermasalah pembelajaran, penglihatan, dan pendengaran.

    Ia diwujudkan di peringkat prasekolah, sekolah harian biasa rendah dan

    menengah serta sekolah menengah teknik atau vokasional, dengan

    menggunakan pendekatan pengajaran berasingan dan separa inklusif. Tempoh

    pengajian bagi sekolah rendah adalah selama enam tahun, manakala bagi

    sekolah menengah pula selama lima tahun dan dilanjutkan sehingga dua tahun

    maksimum mengikut keperluan murid.

    Perkembangan Pendidikan Khas mengikut jenis adalah seperti berikut:

    Pendidikan Masalah Penglihatan

    1926 Pembukaan Sekolah Rendah (SRPK) St. Nicholas oleh Gereja

    Anglican di Melaka1931 SRPK St. Nicholas berpindah ke Pulau Pinang1948 Pembukaan SRPK Princess Elizabeth dengan kemudahan asrama

    oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat di Johor Bahru Pembukaan

    Institut Berasrama Pusat Latihan Gurney - Jabatan Kebajikan

    Masyarakat (JKM)1953 Pembukaan Institut Taman Harapan, Pusat Pertanian Temerloh (JKM)1958 Pembukaan Institut Taman Cahaya, Pusat Pertanian, Sandakan

    (JKM)1962 Rancangan percantuman bagi pendidikan kanak-kanak cacat

    3

    http://ms.wikipedia.org/wiki/Kementerian_Pelajaran_Malaysiahttp://ms.wikipedia.org/wiki/Kementerian_Pelajaran_Malaysia
  • 8/6/2019 Apa Itu Pendidikan Khas

    4/49

    penglihatan di sekolah rendah dan menengah biasa yang dipilih,

    diperkenalkan1963 Rancangan percantuman bagi pendidikan kanak-kanak cacat

    penglihatan di sekolah rendah dan menengah biasa yang dipilih,

    diperkenalkan1977 Permulaan Latihan perguruan Khas dalam bidang cacat penglihatan di

    Maktab Perguruan Ilmu Khas, Cheras1978 Penubuhan Jawatankuasa Utama Pembentukan Kod Braille Bahasa

    Melayu untuk mengembangkan Sistem Kod Braille Bahasa Melayu1983 Pembukaan Sekolah Menengah Berasrama Cacat Penglihatan,

    Setapak

    Pengambilalihan SRPK Princess Elizabeth oleh Kementerian

    Pendidikan sebagai sekolah bertaraf penuh1984 Penubuhan Jawatankuasa Kod Braille AI-Quran dan Bengkel

    Penulisannya bagi tujuan mengembangkan Sistem Kod Braille AI-

    Quran

    Penubuhan Unit Perintis Penerbitan dan Percetakan

    Braille/Kerabunan, Kementerian Pendidikan untuk menyediakan

    bahan-bahan dalam braille khususnya buku teks dan penyenggaraan

    alatan braille

    Pendidikan Masalah Pendengaran

    1954 Pembukaan kelas pendidikan khas di Jalan Northam, Pulau Pinang1954 Pembukaan Sekolah Kanak-Kanak Pekak persekutuan (Rendah dan

    Menengah), Tanjong Bunga, Pulau Pinang1963 Pembukaan kelas-kelas Pendidikan Khas Rancangan. Percantuman

    Cacat Pendengaran oleh Kementerian pendidikan di sekolah

    rendah dan sekolah menengah biasa yang dipilih

    Permulaan Latihan Perguruan Pendidikan Khas Cacat Pendengaran

    di Maktab perguruan Ilmu Khas, Cheras1978 Pengenalan Kaedah Komunikasi Seluruh oleh Kementerian

    4

  • 8/6/2019 Apa Itu Pendidikan Khas

    5/49

    Pendidikan untuk menggubal sistem Bahasa Melayu Kod Tangan

    Penubuhan Jawatankuasa Kebangsaan Komunikasi Seluruh

    Kementerian pendidikan1979 Kursus Dalam Perkhidmatan bagi guru-guru yang mengajar masalah

    pendengaran dalam Bidang Komunikasi Seluruh 1984 Penubuhan

    Jawatankuasa Kebangsaan Kurikulum Sekolah Menengah Pendidikan

    Khas Vokasional, Kementerian Pendidikan1985 Penubuhan Jawatankuasa Kerja Penyelarasan Komunikasi Seluruh,

    Kementerian Pendidikan untuk perkembangan Sistem Kod Buku

    Pendidikan Islam

    Penubuhan Jawatankuasa Kerja Kecil Kod Dasar Agama Islam

    Penubuhan Jawatankuasa Kerja Kecil Kod Dasar KBSR Tahap II

    Bahasa Malaysia Kod Tangan

    Penubuhan Jawatankuasa Kerja Kecil Penggubalan Kod Tangan

    Pendidikan Vokasional dan Teknikal1987 Pembukaan Sekolah Menengah pendidikan Khas Vokasional, Shah

    Alam

    Program Percantuman/Inklusif

    1962 Program pereantuman dan inklusif bagi murid-murid cacat penglihatan

    dimulakan1988 Permulaan kelas perintis untuk murid-murid peringkat bermasalah

    pembelajaran1993 Tiga (3) pelajar pendidikan inklusif ditempatkan belajar di Tingkatan 6

    Bawah di Sekolah Menengah Methodist (Lelaki), Kuala

    Lumpur1994 Pembukaan kelas-kelas program inklusif seeara projek rintis di 14

    buah sekolah di seluruh negara1995 Program Bermasalah Pembelajaran peringkat menengah dimulakan

    5

  • 8/6/2019 Apa Itu Pendidikan Khas

    6/49

    Rajah 1: Gambar contoh bagi sekolah rendah PK

    3. SYARAT-SYARAT PENDIDIKAN KHAS

    Syarat-syarat kemasukan ke sekolah pendidikan khas pula adalah;

    Tadika(berusia tidak kurang 6 tahun), Sekolah Rendah(berusia 6+ hingga 14+

    tahun) dan Sekolah Menengah (13+ hingga 19+ tahun). Semua kanak-kanak ini

    mestilah mendapat pengesahan daripada doktor terlebih dahulu dan dapat

    menguruskan diri sendiri tanpa bantuan orang lain.

    4. FALSAFAH PENDIDIKAN KHAS

    Falsafah pendidikan khas mempunyai matlamat yang sama dengan pendidikan

    biasa dan meliputi semua aspek pendidikan. Ia menyediakan perkembangan

    optima kanak-kanak dengan keperluan khas agar dapat berfungsi dengan

    individu yang berkemahiran ,berdikari, berhaluan, boleh menyesuaikan diri dalam

    masyarakat .

    Kanak-kanak yang menghadapi masalah pembelajaran berupaya untukmenerima pendididikan yang sesuai dengan kemampuan dan perkembangan

    mereka secara menyeluruh hanya sekadar mereka kurang bertindak balas pada

    strategi pengajaran dan pembelajaran biasa. Oleh itu, satu program khas

    disediakan untuk memenuhi keperluan kanak-kanak ini dengan dengan

    mengambil kira aspek-aspek seperti masa, bahan, budaya, kelas, teknik

    mengajar, bantuan kepakaran dan penglibatan masyarakat.

    Matlamat Falsafah Pendidikan Khas ialah menyediakan program-program

    interlek, afektif dan psikomotor supaya dapat melengkapkan kanak-kanak khas

    dengan kemahiran tertentu bagi membantu mereka mencapai perkembangan

    yang menyeluruh dan bersepadu agar mereka boleh menjadi ahli masyarakat

    yang berguna dan berdikari.

    6

  • 8/6/2019 Apa Itu Pendidikan Khas

    7/49

    Objektif Falsafah Pendidikan Khas menginginkan kanak-kanak khas ini

    menguasai kemahiran berkomunikasi, menguasai kemahiran bergaul,

    mengetahui dan memperkembangkan perasaan ingin tahu mengenai hal diri dan

    alam sekeliling.

    Selain itu kanak-kanak khas boleh mengetahui cara-cara penjagaan kesihatan,

    keselamatan diri, keyakinan diri, mendapat latihan pravokasional dan vokasonal

    untuk mereka berdikari. Ia juga bertujuan mengembangkan bakat , potensi, daya

    kreatif dan interlek dan dapat mengamalkan nilai-nilai murni

    Visi

    Setiap pelajar, termasuk pelajar berkeperluan khas dapat mencapai potensi

    pembelajaran mereka di dalam suasana persekolahan secara inklusif dengan

    dibantu oleh guru-guru yang khusus dilatih.

    Misi

    Unit Pendidikan Khas bertujuan untuk meningkatkan kualiti pendidikan bagi

    kanak-kanak berkeperlaun khas dan semua pelajar dengan persekolahan secara

    inklusif dengan menganggap semua kanak-kanak itu adalah istimewa dengan

    masing-masing mempunyai keperluan dan kebolehan berbeza.

    5. AKTA PENDIDIKAN KHAS

    5.1 Akta Pendidikan khas Laporan Jawatankuasa Kabinet 1979-1984

    Perakuan 169 Laporan Jawatankuasa Kabinet lahir daripada perakuan

    Deklarasi Universal Hak Asasi Manusia pada tahun 1948. Laporan ini

    diperkukuhkan lagi oleh Deklarasi Dunia Tentang Penddikan Untuk Semua

    1990 yang dibuat di Jomtien Thailand. Lanjutan itu lahirlah Seksyen 41 daripada

    Akta Pendidikan 1996.

    7

  • 8/6/2019 Apa Itu Pendidikan Khas

    8/49

    5.2 Akta Pendidikan Khas

    Akta pelajaran 1961 disemak semula dan digantikan dengan akta Pendidikan

    1996. Satu bab khusus mengenai Pendidikan khas telah dimasukkan dalam akta

    tersebut yang menyarankan bahawa:

    40.Menteri hendaklah mengadakan pendidikan khas di sekolah khas yang

    ditubuhkan di bawah perenggan 34(1)(b) atau mana-mana sekolah rendah atau

    menengah yang difikirkan oleh menteri sesuai manfaat

    41.1 tertakluk kepada sub seksyen (2) dan(3) menteri boleh melalui peraturan-

    perturan menetapkan:

    Tempoh pendidikan rendah dan menengah yang sesuai dengan keperluan murid

    yang menerima pendidikan khas

    Kurikulum yang hendak digunakan berhubung dengan pendidikan khas

    Kategori murid yang memerlukan pendidikan khas dan kaedah yang sesuai bagi

    pendidikan murid dalam kategori sekolah khas dan apa-apa perkara yang

    difikirkan oleh menteri suaimanfaatkan atau perlu bagi maksud topik ini.

    Seksyen 40 dan seksyen 41 dalam akta 1996 dilihat oleh pelbagai pihak sebagai

    era baru dalam dunia pendidikan khas kerana Menteri Pelajaran di kehendaki

    membuka kelas jika ada permintaan daripada masyarakat. Akta ini juga

    memperuntukan kuasa kepada menteri untuk menentukan tempoh persekolahan

    dan kandungan kurikulum untuk keperluan pendidikan khas. Amalan pada masa

    ini kanak-kanak bekeperluan khas dibenarkan bersekolah sehingga umur 19

    tahun.

    5.3 Implikasi Akta Pelajaran 1961 dan Akta Pendidikan 1996.

    1) Pelaksanaan Pendidikan inklusif

    8

  • 8/6/2019 Apa Itu Pendidikan Khas

    9/49

    Pada tahun 1962 kelas ini telah dimulakan bila 3 pelajar cacat penglihatan telah

    belajar di kelas biasa dengan bantuan guru khas resos. Pada tahun 1993/94

    seramai 3 orang pelajar cacat pendengaran telah ditempatkan ditingkatan enam

    rendah di SMK(L) Methodist Kuala Lumpur . Sesi persekolahan 1994/95

    bermulalah projek rintis 14 buah sekolah di Malaysia bagi program KKBP.

    2) Kewujudan Jabatan Pendidikan Khas.

    Bagi memantau Perjalanan Program Pendidikan khas selaras dengan akta

    pendidikan kerajaan dengan kuasa menteri telah menubuhkan satu jabatan yang

    membolehkan pelajar kurang upaya terbela dari segi akademik. Peluang belajar

    telah dilanjutkan keperingkat lebih tinggi selepas PMR dan SPM seperti ke

    Politeknik dan IPTA. Pada tahun 1999/2000 telah wujud peluang pelajar khas

    melanjutkan pelajaran dalam bidang vokasional melalui kemasukan ke Sekolah

    teknik dan vokasional. Wujudnya JPK memudahkan Kementerian Pelajaran

    menyalurkan bantuan kewangan.

    3) Peluang Kerjaya dan Pendidikan

    Terlaksananya akta ini membolehkan ibu bapa mendesak kerajaan menubuhkan

    sekolah khas sejak peringkat pra lagi. Bagi pihak kerajaan pula akta ini

    membolehkan seseorang pelajar khas yang belum bersedia ditolak

    penempatannya setelah tamat tempoh percubaan.

    4) Pembentukan Kurikulum Fleksibel

    Akta Pendidikan 1996 ( Bah.11/4) dan akta pelajaran 116 membolehkan ihak

    guru mengubahsuai kurikulum , kaedah atau teknik p&p mengikut kesesuaian

    dan kemampuan murid. Ini memberi peluang kepada guru membentuk dan

    mereka kurikulum vakasional dan kemahiran hidup diperingkat rendah dan

    menengah.

    6. MASALAH PEMBELAJARAN DI KALANGAN KANAK-KANAK

    9

  • 8/6/2019 Apa Itu Pendidikan Khas

    10/49

    Memanglah menjadi hasrat setiap pasangan suami isteri untuk mendapat zuriat

    yang berpontensi tinggi dan berkeupayaan mencapai kecemerlangan dalam

    bidang yang diceburi apabila dewasa kelak. Corak kehidupan masa kini amatlah

    memberi penekanan terhadap pencapaian intelek yang tinggi serta kemahiran

    Pengalaman yang diperoleh daripada program -program intervensi keatas kanak

    -kanak cacat telah membolehkan para profesional memahami konsep by pass

    strategies , iaitu strategi -strategi yang membolehkan kanak -kanak cacat

    memperoleh sesuatu kemahiran dengan menggunakan keupayaannya.

    Umpamanya , seorang kanak -kanak pekak boleh berhubung dengan

    menggunakan bahasa isyarat , kanak -kanak buta boleh membaca

    menggunakan braille dan kanak -kanak spastik yang lemah anggota kakinyaboleh berjalan dengan menggunakan alat yang dinamakan orthosis.

    Kecacatan seperti yang dialami oleh kanak -kanak spastik , buta , rencat akal

    dan pekak teruk mudah dikenal pasti untuk diberikan program intervensi awal.

    Tetapi , disfungsi perkembangan yang tidak ketara dan sudah dikenal pasti

    banyak berlaku di kalangan kanak -kanak yang menggalami masalah

    pembelajaran di sekolah. Sejak beberapa tahun kebelakangan , Kefahaman

    tentang masalah pembelajaran di kalangan kanak -kanak telah berkembang

    dengan pesatnya. Memang jelas bahawa masalah ini adalah kompleks dan

    psikososial. Pengalaman hidup seseorang kanak -kanak itu mempunyai

    pengaruh yang kuat terhadap perkembangan intelek dan perwatakannya.

    Ibu bapa dan guru-guru juga kadang kala membuat tanggapan -tanggapan yang

    mungkin kurang tepat terhadap kanak -kanak yang kurang maju dalam

    pelajarannya. Si anak dikatakan malas , tidak bermotivasi , bodoh atau asyik

    bermain sahaja. Terdapat pula sesetengah ibu bapa yang menyalahkan pihak

    guru dengan mengatakan bahawa guru kurang berpengalaman , teknik mengajar

    tidak berkesan , pilih kasih atau kurang memberikan perhatian kepada si anak.

    Ramai ibu bapa mendaftarkan anak -anak mereka untuk mengikuti kelas

    tambahan bagi meningkatkan kemajuan pelajaran mereka. Walaupun saya akui

    10

  • 8/6/2019 Apa Itu Pendidikan Khas

    11/49

    usaha -usaha ini boleh membantu memperbaiki prestasi akademik sebahagian

    besar kanak -kanak , tetapi masih ada lagi segolongan kanak -kanak yang

    memerlukan bantuan pembelajaran yang lebih khusus.

    6.1 Punca -punca masalah pembelajaran

    Punca -punca timbulnya masalah pembelajaran di kalangan kanak -kanak boleh

    dibahagikan kepada dua kategori :

    1. punca biologi 2. Punca psikososial

    Punca biologi merangkumi faktor faktor baka dan penyakit -penyakit yang

    menjejaskan fungsi otak dan urat saraf. Kekurangan oksigen sewaktu kelahiran (asphyxia ), lembam lapisan otak (meningitis ) dan sawan yang berpanjangan

    boleh menyebabkan disfungsi urat saraf ( neurologi dysfunction ).

    Pakar kanak -kanak juga telah lama menyedari bahawa kandungan plumbum

    yang tinggi dalam darah (lead poisoning ) seseorang kanak -kanak boleh

    menyebabkan wujudnya masalah pembelajaran. Selain itu, banyak lagi bahan

    yang telah dikenal pasti sebagai punca masalah pembelajaran. Doktor dan ibu

    bapa perlulah peka terhadap hal ini supaya dapat mengurangkan risiko anak

    -anak terdedah kepada penggunaan bahan -bahan tersebut.

    Punca psikologi sering mewujudkan masalah pembelajaran. Pengaruh sekitaran

    yang tidak sihat , kurang rangsangan , kurang perhatian ibu bapa dan

    kemiskinan hidup akan menyebabkan kanak -kanak berkenaan mengalami

    masalah pembelajaran. Umumnya , unsur biologi berinteraksi dengan unsur

    psikososial. Oleh itu , setiap kanak -kanak yang menghadapi masalah ini perlu

    dirawat secara teliti dengan menggunakan pendekatan yang berasingan.

    Satu kajian untuk mengenal pasti dengan lebih terperinci punca -punca

    kegagalan dalam pelajaran telah dijalankan ke atas kanak-kanak dalam kelas

    pemulihan di tiga buah sekolah di selangor dan kuala Lumpur oleh LPPKN

    11

  • 8/6/2019 Apa Itu Pendidikan Khas

    12/49

    dengan kerjasama Kementerian Pendidikan pada tahun 1986. Antara punca-

    punca yang dikenal pasti ialah kurang perhatian oleh ibu bapa dalam soal

    pelajaran anak-anak, kurang motivasi di kalangan kanak-kanak itu sendiri serta

    lambat memperoleh kemahiran membaca, menulis dan mengira. Ada juga

    kanak-kanak yang menghadapi masalah lambat menguasai bahasa yang

    seterusnya menjejaskan proses menguasai kemahiran membaca. Sesetengah

    kanak-kanak pula menghadapi masalah lemah pengamatan (perceptual

    weakness) dan lemah daya ingatan. Kurang keyakinan terhadap diri sendiri juga

    turut menimbulkan masalah pembelajaran. Kanak-kanak tersebut akan berasa

    takut untuk bercakap dan tidak gemar bergaul dengan rakan-rakan sebayanya.

    Apa yang menarik ialah kanak-kanak yang bermasalah ini menunjukkankemajuan yang amat menggalakan apabila dinilai sekali lagi enam bulan

    kemudian. Pada pendapat saya, Perkembangan yang positif ini adalah juga

    disebabkan oleh perhatian yang lebih oleh guru-guru terhadap kanak-kanak

    tersebut. Setelah mengenal pasti dengan lebih tepat kelemahan-kelemahan

    muridnya, guru dapat menggunakan kaedah-kaedah yang berkesan untuk

    membantu kanak-kank itu membaca. Menulis dan mengira dengan cepat. Ibu

    bapa juga turut memberikan perhatian yang lebih terhadap pelajaran anak

    mereka. Si anak sendiri akan lebih bermotivasi setelah mendapat perhatian,

    sokongan dan bimbingan daripada ibu bapa dan guru.

    Ada satu kes yang melibatkan seorang kanak-kanak yang kurang baik daya

    penglihatannya. Akibatnya, dia kurang nampak papan hitam didalam kelas.

    Setelah dibawa kepada perhatian ibu bapanya, barulah cermin mata ditempah

    untuknya. Pretasinya disekolah juga meningkat. Ada juga kanak-kanak yang

    kurang daya pendengaran akibat cecair dalam telinga (serous otitis media) dan

    ini sudah tentu boleh menjejaskan pelajarannya. Dia perlukan rawatan untuk

    memperbaiki pendengarannya.

    Ada pula kanak-kanak yang kelihatan pucat dan sering mengantuk didalam

    kelas. Akibatnya, pretasi akademiknya merosot.

    12

  • 8/6/2019 Apa Itu Pendidikan Khas

    13/49

    Kanak-kanak yang terencat akal mundur dalam pelajarannya kerana kebolehan

    berfikir, tumpuan perhatian, perkembangan bahasa, pengamatan dan

    keupayaannya memproses maklumat adalah lambat dibandingkan dengan

    kanak-kanak biasa yang sebaya dengannya. Kanak-kanak berusia lapan tahun

    yang mempunyai tahap intelek (IQ) setaraf dengan kanak-kanak lima tahun

    lazimnya masih sukar mengenal huruf. Kebolehannya sama ada dari segi

    penguasan bahasa, keupayaan menjalani aktiviti-aktiviti harian atau pun

    kemahiran sosial akan hanya setaraf dengan kanak-kanak yang berusia lima

    tahun. Oleh itu, dia akan mendapati sukar untuk mengikut kurikulum didalam

    darjah satu.

    Kita perlu mengasingkan kanak-kanak normal yang mengalami masalahpembelajaran dengan kanak-kanak terencat akal yang mengalami masalah

    yang sama. Ini boleh ditentukan melalui ujian IQ. Kanak-kanak mengalami

    masalah pembelajaran berbeza diantara satu dengan lain dari segi kekuatan dan

    kelemahan yan dimilikinya. Oleh itu, pendidikan khas yang diberikan pada

    seseorang kanak-kanak itu perlulah diindividukan berasaskan pada kekuatan

    dan kelemahan tersebut.

    Pelbagai corak difungsi perkembangan ditemui dikalangan kanak-kanak yang

    mengalami masalah pembelajaran. Umpamanya, seorang kanak-kanak yang

    berusia enam tahun yang sungguh cerdik sehingga boleh bermain dengan

    komputernya, melukis gambar roket dengan kemas dan membaca dengan baik

    mungkin mempunyai tumpuan perhatian yang singkat. Oleh itu,dia mungkin tidak

    membuat kerjanya dikelas kerana tidak menumpukan perhatian kepada arahan

    yang diberikan oleh gurunya. Sebaliknya, perhatiannya lebih tertumpu kepada

    perkara-perkara yang sangat diminatinya seperti permainan komputer dan

    lukisan.

    Kanak-kanak yang lemah ingatannya akan mengalami masalah pembelajaran.

    Dia mungkin menunjukkan kecekapan membuat bentuk rumah menggunakan

    alat permainan lego dan melukis gambar kereta atau binatang tetapi menghadapi

    13

  • 8/6/2019 Apa Itu Pendidikan Khas

    14/49

    kesulitan membaca dan menulis. Mengajarnya membaca dan menulis

    memerlukan kesabaran kerana perlu memberi penerangan berulang-ulang kali.

    6.2 Penilaian ke atas seorang kanak-kanak yang mengalami masalah

    pembelajaran

    Pakar yang menilai kanak-kanak yang mengalami masalah pembelajaran perlu

    mendapatkan maklumat yang terperinci dan mengambil perhatian terhadap

    kemungkinan berlakunya kerosakan otak seperti yang dialami oleh bayi yang

    dilahirkan dalam keadaan lemas (asphyxiated ), perdarahan dalam otak ,

    penyakit meningtis , sawan yang berpanjangan dan sebagainya. Beliau juga

    perlu menyelidik sama ada kanak -kanak tersebut mempunyai adik - beradik lain

    yang terencat akal yang mungkin boleh dikaitkan dengan faktor baka.

    Sewaktu melakukan pemeriksaan fizikal, keadaan -keadaan seperti kurang daya

    penglihatan atau pendengaran, kekok tangan masalah sawan , gangguan pada

    urat saraf yang mungkin mengakibatkan dia tidak boleh bercakap dengan jelas

    dan lemah anggota tangan atau kakinya perlu juga dikenal pasti. Jika disyaki

    pendengarannya kurang jelas, ujian yang terperinci perlu dijalankan.Penilaian

    psyho- educational penting untuk mengetahui kekuatan pembelajarannya padamasa itu. Jika kanak -kanak itu disyaki menghidap sesuatu penyakit , doktor

    akan menjalankan ujian -ujian yang sewajarnya.

    Kini, bilangan yang mahir dalam menjalankan penilaian terperinci keatas kanak

    -kanak yang mengalami masalah pembelajaran bagi mengenal pasti unsur

    -unsur disfungsi perkembangan (elements of devefunctions ) masih kurang.

    Penilaian seperti ini perlu dijalankan untuk mengenal pasti ciri -ciri kekuatan dan

    kelemahan yang terdapat pada seseorang kanak -kanak itu. Maklumat

    -maklumat ini akan membolehkan pihak yang berkenaan memilih dan

    menjalankan strategi -strategi pendidikan yang khas dengan berkesan ke atas

    kanak -kanak tersebut. Cara rawatan atau latihan seharusnya berbeza diantara

    seorang kanak -kanak dengan yang lain.

    14

  • 8/6/2019 Apa Itu Pendidikan Khas

    15/49

    6.3 Kategori Murid Bermasalah Pembelajaran

    1)Attention Deficit Hiperactive Disoder (ADHD)

    Banyak masalah kesihatan mental berlaku pada kanak-kanak seperti Gangguan

    Daya Tumpuan dan Hiperaktif (ADHD); Gangguan Daya Tumpuan (ADD),

    masalah pembelajaran (disleksia), terencat akal dan autisma. Namun, masalah

    paling kerap berlaku ialah ADHD dan ADD.

    Berdasarkan program bersama Jabatan Psikiatri PPUM dengan lima sekolah

    rendah di Petaling Jaya, didapati lebih 50 murid sekolah mengalami masalah

    ADHD dan secara purata setiap kelas ada seorang kanak-kanak ADHD dalam

    peringkat berbeza.

    Kadar kelaziman masalah mental di kalangan kanak-kanak ialah satu hingga tiga

    peratus dan kajian mendapati kira-kira 10 peratus orang dewasa turut mengalami

    masalah ini yang mungkin diperoleh ketika dewasa atau bermula sejak kecil.

    Menurut Perunding Psikiatri PPUM Dr Subash Kumar Pillai, walaupun ada ibu

    bapa menolak apabila dinasihatkan membawa anak berjumpa pakar psikiatri,

    kebanyakannya bersetuju selepas memahami keadaan sebenar yang dialami

    anak.

    Lebih penting, di kalangan murid yang menerima rawatan, lebih 50 peratus

    menunjukkan peningkatan prestasi dalam pelajaran. Pada peringkat awal,

    kanak-kanak ADHD tidak menimbulkan banyak masalah selain dilabel sebagai

    kanak-kanak hiperaktif dan ketinggalan dalam bilik darjah, tetapi ia memberi

    banyak kesan negatif, termasuk masalah sosial apabila meningkat dewasa.

    Masalah kurang daya tumpuan yang dialami menyebabkan kanak-kanak ADHD

    tidak dapat belajar dengan baik. Mereka tidak boleh memberi tumpuan pada

    15

    http://infopkbpsksj.blogspot.com/2009/02/attention-deficit-hiperactive-disoder.htmlhttp://infopkbpsksj.blogspot.com/2009/02/attention-deficit-hiperactive-disoder.html
  • 8/6/2019 Apa Itu Pendidikan Khas

    16/49

    pelajaran dan sukar menyudahkan tugasan. Akibatnya, mereka akan ketinggalan

    dalam pelajaran.

    Kanak-kanak ADD juga ada masalah sama seperti ADHD, bezanya mereka

    tidak hiperaktif. Pada pandangan kasar mereka sama seperti kanak-kanak

    normal lain, tetapi tidak dapat memberi tumpuan di bilik darjah. Mereka sering

    dilabel sebagai pelajar malas, lembab dan diletakkan di dalam kelas terakhir,

    katanya.

    Masalah kesihatan mental ini juga ada banyak peringkat dan sesetengahnya

    hanya menunjukkan tanda di tempat tertentu seperti di sekolah atau rumah saja.

    Namun isu lebih besar ialah kelewatan pengesanan dan diberi rawatan sehingga

    menimbulkan masalah lain.

    Antara punca kelewatan ini ialah:

    Tanda dan gejala tidak jelas atau tidak kelihatan. Ibu bapa menganggap

    gejala dialami sebagai kenakalan biasa dan tiada kaitan dengan penyakit

    mental.Sedangkan hakikatnya perlakuan kanak-kanak yang nampak

    malas, tidak mahu belajar, suka menyendiri dan sukar menyiapkan

    tugasan disebabkan penyakit dan mereka perlu dibantu dengan berjumpa

    pakar untuk diberi rawatan sewajarnya.

    Guru dan keluarga tidak tahu atau kurang jelas dengan gejala yang

    ditunjukkan kanak-kanak.

    Ramai ibu bapa tidak pasti ada rawatan mampu membantu anak mereka.

    Kesan stigma terhadap rawatan psikiatri yang dianggap hanya untuk

    orang sakit jiwa. Malah, ada ibu bapa tidak tahu kewujudan pakar psikiatri

    kanak-kanak.

    Tanda ADHD

    16

  • 8/6/2019 Apa Itu Pendidikan Khas

    17/49

    Tanda ADHD boleh dibahagikan kepada tiga bahagian. Bukan semua

    tanda ini ada pada kanak-kanak ADHD, tetapi untuk mengesahkan

    seseorang kanak-kanak mengalami ADHD dia perlu menunjukkan tanda

    di sekurang-kurangnya dua situasi contohnya di rumah dan sekolah.

    Tanda kurang tumpuan

    Sukar memberi tumpuan pada apa yang dipelajari.

    Sukar mengekalkan tumpuan pada permainan atau pelajaran.

    Kelihatan tidak mendengar apabila kita bercakap dengannya dan kena

    panggil banyak kali untuk mendapat perhatiannya.

    Biasanya sukar mematuhi arahan dan tidak dapat menghabiskan sesuatu

    tugas. Jika boleh pun biasanya mengambil masa sangat lama, ini

    termasuk makan, mandi dan memakai pakaian.

    Sukar menguruskan tugas dan aktiviti.

    Selalu mengelak, tidak suka atau tidak mahu melakukan kerja yang

    memerlukan otak untuk berfikir.

    Kerap hilang barang.

    Tumpuan mudah terganggu dengan persekitaran.

    Pelupa.

    Menghadapi masalah belajar, terutama membaca, mengeja dan mengira

    Tanda Hiperaktif

    17

  • 8/6/2019 Apa Itu Pendidikan Khas

    18/49

    Tidak boleh duduk diam dan jika duduk, tangan atau kaki bergerak

    (digoyangkan).

    Sering meninggalkan tempat duduk dalam bilik darjah.

    Berlari atau memanjat yang keterlaluan.

    Sukar bermain sendiri.

    Sentiasa bergerak seolah-olah di kakinya ada motor.

    Terlalu banyak bercakap.

    Tanda impulsif

    Kerap menjawab sebelum soalan habis ditanya.

    Sentiasa tidak sabar menunggu giliran.

    Kerap mengganggu orang lain.

    ADHD lebih kerap berlaku pada kanak-kanak lelaki (tiga kali ganda) tetapi tiada

    siapa tahu sebabnya. Kanak-kanak ADHD menunjukkan kelakuan terlalu aktif,

    tidak sabar menunggu giliran, terutama ketika beratur, dan tidak mampu

    menumpukan perhatian pada satu-satu aktiviti.Mereka juga biasanya menjawab

    sebelum soalan habis ditanya dan kerap memotong cakap orang. Walaupun

    memotong cakap orang adalah normal bagi kanak-kanak berumur enam hinggatujuh tahun, tetapi untuk kanak-kanak ADHD ia keterlaluan dan menjadi

    masalah.Bukan mereka tidak mahu menumpukan perhatian atau sengaja

    berkelakuan hiperaktif, tetapi ia berlaku di luar kawalan mereka. Malah, ADHD

    antara faktor menyebabkan kanak-kanak selalu hilang apabila di tempat awam,

    seperti pusat beli-belah, katanya.

    Uniknya kanak-kanak ADHD boleh menghafal dengan baik, tetapi bukan dalam

    subjek pelajaran. Bahkan mereka juga berisiko untuk menipu (berlaku secara

    automatik) untuk menyelamatkan diri daripada dimarahi ibu bapa atau guru.

    Mengapa perlu diberikan rawatan seawal mungkin?

    18

  • 8/6/2019 Apa Itu Pendidikan Khas

    19/49

    ADHD atau ADD boleh memberi kesan besar dalam pencapaian akademik,

    perkembangan sosial dan peningkatan kerjaya seseorang. Gangguan ini lebih

    sukar dirawat jika masalah ini hanya dikesan ketika remaja kerana sudah

    menjadi sebahagian kelakuan mereka.

    Selain itu, hubungan keluarga yang keruh memburukkan lagi masalah ADHD

    dan ADD anak. Faktor ini termasuk interaksi negatif antara ibu bapa dan adik

    beradik, kawalan terlalu ketat, kemurungan ibu, sikap bapa yang anti sosial dan

    masalah perkahwinan.

    Bagi pesakit remaja, semua faktor ini menyebabkan mereka lebih rapat dengan

    kawan dan cenderung mengabaikan keluarga, terutama ibu bapa yang sering

    memarahi mereka.

    Ia juga dianggap antara faktor yang boleh menyebabkan remaja ADHD dan ADD

    lari dari rumah.

    Kira-kira 30 hingga 40 peratus remaja ADHD keciciran pelajaran dan hanya lima

    hingga 10 peratus berjaya belajar hingga ke peringkat tinggi.

    Remaja ADHD juga menunjukkan sikap suka berlengah, melawan guru, terbabit

    dalam aktiviti seks dan hamil pada usia sangat muda.

    Apabila bekerja, 70 hingga 80 peratus sukar menunjukkan prestasi kerja yang

    diharapkan dan ramai tidak mendapat kenaikan pangkat walaupun bekerja

    berpuluh tahun lamanya. Jika berniaga, isteri yang akan menguruskan semua

    hal ehwal perniagaan.

    Kira-kira 40 hingga 50 peratus individu dewasa ADHD mengamalkan hidup anti

    sosial. Mereka lebih cenderung terbabit dalam kemalangan kerana tidak sabar

    dan suka memandu laju, suka melanggar peraturan, panas baran, berkelakuan

    kasar serta mudah mengalami kemurungan.

    19

  • 8/6/2019 Apa Itu Pendidikan Khas

    20/49

    Justeru, ibu bapa dan guru perlu memberi lebih perhatian kepada kanak-kanak,

    terutama jika mereka berkelakuan luar biasa berbanding kanak-kanak normal.

    Antara cara yang boleh dilakukan ibu bapa ialah meluangkan masa melakukan

    aktiviti bersama anak seperti bermain, bersembang, membaca atau tidur kerana

    melalui cara ini mereka dapat mengesan perlakuan tidak normal.

    Bagi guru kaunseling, bertanyakan masalah murid ketika di sekolah juga

    sebenarnya sangat penting untuk membantu meningkatkan tahap kesihatan

    mental kanak-kanak.

    Jadi apabila diberitahu anak anda perlu dirujuk pada pakar psikiatri, usah

    melenting, sebaliknya ambil tindakan segera bagi mengesahkan sama ada anak

    anda mengalami masalah kesihatan mental atau tidak.

    Kanak-kanak ADHD

    a) Tiga hingga lima peratus kanak-kanak mengalami masalah ini. Lebih terdapat

    di kalangan kanak-kanak lelaki.

    b) Terlalu aktif sehingga mengganggu tugasan yang sepatutnya dilakukan olehkanak-kanak lain.

    c) Ciri-ciri kanak-kanak mengalami masalah ADHD:-

    Gelisah

    Tidak boleh duduk diam

    Tidak mengikut arahan

    Aktiviti motor yang keterlaluan Tahap toleransi yang rendah kepada kekecewaan

    Kesukaran dalam tumpuan (poor eye contact)

    Tidak ada hubungan mata dengan ibu/bapa/penjaga apabila meminta

    sesuatu.

    20

  • 8/6/2019 Apa Itu Pendidikan Khas

    21/49

  • 8/6/2019 Apa Itu Pendidikan Khas

    22/49

    3. Latihan Tumpuan (Attention Training)

    4. Latihan Hubungan Mata (Eye Contact)

    5. Latihan Kemahiran Sosial(Social Skills & Training)

    6. Intervensi Tingkahlaku

    2) Pintar Cerdas

    Dari istilah persekutuan Amerika Syarikat, maksud pintar cerdas yang ditujukan

    kepada kanak-kanak,pelajar atau belia adalah mereka yang mempunyai potensi

    dan pencapaian yang tinggi dari segi bidang seperti intelektual, kreativiti, artistik,

    kebolehan kepimpinan dan juga mempunyai bakat dalam bidang seni dan muzik

    yang mengagumkan, serta mereka ini memerlukan aktiviti atau perkhidmatan

    yang lain dari yang lain atau istimewa yang tidak dapat diperolehi di sekolah

    biasa demi meningkatkan tahap kebolehan mereka.

    Defenisi bagi Negara Kanada,pintar cerdas ditakrifkan sebagai suatu darjah

    keupayaan intelektual yang luar biasa yang memerlukan pengalaman

    pembelajaran yang berlainan daripada apa yang disediakan di sekolah biasa

    untuk memenuhi tahap keupayaan akedemik dan potensi mereka.Di England,

    pintar merujuk kepada 5 peratus teratas dari semua populasi sekolah di dalam

    bidang akedemik manakala cerdas pula adalah 5 peratus teratas dari semua

    bidang lain. Pelajar pintar adalah mereka yang memilki kebolehan tinggi untuk 1

    atau lebih di dalam subjek akedemik. Mereka ini tidak perlu menjadi pintar untuk

    semua subjek. Pelajar cerdas pula adalah mereka yang mempunyai kebolehan

    tinggi dari segi sukan, muzik , lukisan atau seni persembahan.

    Ciri-ciri positif dari aspek fizikal, psikologi dan tingkahlaku kanak-kanak pintar

    cerdas:

    Pengamatan tinggi

    22

  • 8/6/2019 Apa Itu Pendidikan Khas

    23/49

    Menyedari sesuatu dengan lebih teliti berbanding dengan kanak-kanak yang

    sebaya dengannya yang mungkin akan terlepas pandang

    Keinginan untuk tahu tinggi

    Ingin mengetahui semua hal seperti objek, idea, keadaan situasi atau sesuatu

    acara

    Minat mendalam

    Mungkin akan menfokus sesuatu perkara yang diminati dalam jangka masa

    sebulan atau mungkin setahun serta akan menjadi terlampau dalam hal tersebut

    Menerima infomasi dengan pantas

    Selalu diandaikan seperti span,menyerap segala maklumat dengan cepat dan

    banyak

    Ingatan yang tinggi

    Selalu dikatakan mempunyai ruang simpanan memori yang luas untuk pelbagai

    topik serta mampu mengingati semula dengan cepat

    Mungkin dapat membaca lebih awal

    Kebanyakannya dapat membaca sebelum umur 5 tahun

    Kerap membaca serta meluas

    Suka membaca bacaan yang meluas dan pelbagai subjek serta membaca

    dengan pantas

    Tatabahasa yang tinggi

    Memiliki penggunaan tatabahasa yang canggah serta banyak dan suka

    menggunakan perkataan yang baru dan unik

    23

  • 8/6/2019 Apa Itu Pendidikan Khas

    24/49

    Tahap penumpuan yang lama

    Berbanding kanak-kanak normal mereka ini dapat memberi tumpuan yang lebih

    lama dalam sesuatu perkara kecuali aktiviti tersebut tidak menggunakan daya

    pemikiran

    Kebolehan menyelesaikan masalah

    Kanak-kanak pintar cerdas ini mampu untuk menyelesaikan masalah yang sukar

    untuk ditafsirkan serta memiliki kemahiran berfikir yang tinggi

    Suka bertanya dengan lebih teliti

    Kebolehan untuk mencipta teori baru terhadap sesuatu benda yang berlaku

    Keupayaan imaginasi yang tinggi

    Mampu untuk membayangkan sesuatu samada baik atau buruk dan boleh

    mencipta cerita yang bagus serta boleh menyatakan segala kebimbangannya

    Minat dalam falsafah dan isu-isu sosial

    Sebagai contoh, perjalanan galaksi,masalah-masalah berkaitan populasi

    dunia,isu-isu alam sekitar

    Sangat sensitif dari segi emosi dan emosi tingkah laku

    Mudah kecewa walaupun dalam hal-hal yang kecil tetapi boleh mengalir air mata

    apabila melihat keindahan matahari terbenam atau mendengar lagu serta

    sanggup untuk berhenti makan daging kerana sangat simpati terhadap haiwan

    Sangat menitikberatkan hal-hal keadilan

    Sangat teliti dalam hal-hal betul atau salah bukan sahaja untuk diri sendiri malah

    untuk orang lain

    Bersemangat dan bertenaga

    Mereka ini kurang tidur berbanding rakan sebaya mereka tetapi mereka masih

    mampu dan mempumyai tenaga untuk meneruskan kehidupan seharian

    24

  • 8/6/2019 Apa Itu Pendidikan Khas

    25/49

    Pandai berjenaka

    Mampu mencipta suatu situasi jenaka dan melakukan jenaka yang mana rakan-

    rakan sebayanya langsung tidak memahami

    Sangat teliti dan mementingkan kesempurnaan

    Tidak suka melakukan kesilapan dan mudah kecewa bila sesuatu tidak dapat

    dilakukan dengan sempurna

    Perkembangan asynchronous

    Perkembangan fizikal intelektual, emosi dan social adalah tidak sekata sebagai

    contoh kanak-kanak berumur 6 tahun mungkin seperti kanak-kanak 10 tahun

    inteleknya, kanak-kanak berumur 8 tahun seperti sosialnya dakanak-kanak 6

    tahun dari segi emosinya.

    Ciri-ciri negatif dan cabaran yang dihadapi oleh kanak-kanak pintar

    cerdasPermasalah dari segi perkembangan asynchronous

    Kanak-kanak pintar cerdas ini boleh memahami secara intelektuel mengenai

    perkara-perkara abstrak tetapi tidak mampu menangani perkara-perkara yang

    melibatkan konsep emosi yang mana akan membawa mereka ke arah

    kebimbangan seperti kematian masa hadapan seksualiti dan isu-isu yang lain.Perkembangan fizikal kanak-kanak pintar cerdas mungkin akan membataskan

    perkara atau kerja yang mereka berupaya menyelesaikannya melalui gambaran

    intelek mereka. Sikap teliti dan mementingkan kesempurnaan boleh mendorong

    mereka kearah kekecewaan. Mereka boleh terlibat sama dalam perbualan orang

    dewasa seperti isu-isu global untuk satu minit tetapi selepas itu mereka akan

    menangis kerana mainan kegemaran mereka diambil oleh seseorang

    Permasalahan dari segi pertuturan yang kehadapan dan kebolehan

    memberi alasan

    Kanak-kanak pintar cerdas ini biasanya bersikap tidak mahu mengalah dalam

    apa-apa perkara. Walaupun begitu mereka tetap kanak-kanak dan memerlukan

    disiplin yang betul sungguhpun mereka itu bijak. Mereka boleh mempengaruhi

    25

  • 8/6/2019 Apa Itu Pendidikan Khas

    26/49

    orang lain. Ibu bapa dan orang dewasa lain perlu mangambil berat supaya

    mereka tidak menjadi orang yang mampu mempengaruhi orang lain kearah

    keburukkan. Mereka juga akan cuba bersikap tunjuk pandai terhadap ibu bapa

    dan guru

    Permasalahan dari segi sikap teliti dan kesempurnaan serta masalah emosi

    yang sensitif .

    Sikap kesempurnaan boleh membawa mereka kepada takut terhadap kegagalan

    sehingga mereka menjadi seorang yang putus asa. Mereka ini memerlukan data-

    data yang lengkap sebelum manjawap soalan-soalan yang diberikan, mereka

    sebenarnya lebih suka mencari jawapan sendiri kerana mereka malas untuk

    bersosial. Sikap sensitivity dan juga perkembangan minda mereka mampu untukmemikirkan hal-hal seperti peperangan, kebuloran, pencemaran, ketidak adilan

    dan keganasan. Jika mereka terlampau memikirkan isu-isu ini mereka akan

    mengalami masalah introverted dan mungkin menjurus kearah existential

    depression.

    3) Sindrom Down

    Mempunyai karakter fizikal yang boleh dikenal pasti dan keintelektualan yangterhad disebabkan oleh ketidaknormalan pada pasangan kromosom ke 21

    Keadaan ini boleh melibatkan kedua-dua jantina 1 : 1000 ke 1 : 1100

    PUNCA-PUNCA SINDROM DOWN

    Keabnormalan hormon Jangkitan Virus Genetik (5%) Peningkatan usia ibu /

    bapa(Lebih 85%)

    CIRI-CIRI SINDROM DOWN

    Sifat pada kepala,muka dan leher Iras muka hampir sama seperti orang mongol

    Pangkal hidung kemek Jarak antara mata jauhdan belebihan Sifat pada tangan

    dan lengan Jari jemari yang pendek dan jari kelingking membengkok ke bawah

    26

  • 8/6/2019 Apa Itu Pendidikan Khas

    27/49

    Tapak tangan biasanya terdapat satu garisan urat yang dinamakan simian

    crease

    Sifat pada kaki Jari-jari kaki agak pendek dan jarak antara ibu kaki dan jari kaki

    agak jauh terpisah Tapak kaki biasanya leper Sifat pada otot Biasanya otot

    lemah menyebabkan mereka menjadi lembik Lewat dalam perkembangan motor

    kasar

    Masalah-masalah kesihatan yang berkaitan Masalah Jantung Masalah jantung

    berlubang seperti Ventricular Septal Defect (VSD) Masalah jantung berlubang

    diantara bilik jantung kiri dan kanan Patent Ductus Ateriosis (PDA) salur

    ateriosis yang berkekalan Masalah Usus Salur esofagus yang tidak terbuka

    semasa berumur 1- 2 hari bayi mengalami masalah menelan air liur

    Salur usus kecil duodenum tidak terbuka(duodenal atresia) bayi mengalami

    masalah muntah selepas menyusu dan perut kelihatan buncit sedikit Salur usus

    rectum atau bahagian usus yang paling akhir(dubur) tidak terbuka langsung atau

    penyempitan yang dinamakan Hirsprung Disease Masalah perubatan yang lain

    Hypothyrodism kurang hormon tiroid Ketidakstabilan di tulang-tulang kecil di

    bahagian leher menyebabkan penyakit lumpuh(Atlantoaxial instability) 60-80%bermasalah pendengaran Sebahagian kecil leukimia

    Peringkat Perkembangan 0 -3 Bulan Perkembangan motor kasar dan

    rangsangan Boleh menggerakkan kepala ke kiri dan ke kanan Rangsangan

    boleh dibuat dengan bercakap-cakap dengan bayi dari arah kiri dan kanan

    Latihan kawalan kepala boleh dilakukan dengan memangku bayi dalam keadaan

    separuh duduk dan galakkan bayi menegakkan kepalanya

    Perkembangan motor halus dan rangsangan Perkembangan semasa

    dilahirkan jari jemari menggenggam dan apabila umur meningkat bayi mula

    membuka jari-jari dan membawa tangannya ke mulut.Diakhir 3 bulan bayi boleh

    memegang objek yang diletakkan di dalam tangan sekejap dan kemudian

    27

  • 8/6/2019 Apa Itu Pendidikan Khas

    28/49

    melepaskannya Rangsangan mengusap belakang telapak tangan bayi dengan

    jari kita

    Perkembangan pertuturan dan bahasa serta rangsangan Perkembangan - Bayi

    mula mengeluarkan suara dengan tangisan,bayi berumur 6 minggu ke atas mula

    mengeluarkan bunyi yang perlahan apabila seseoraoran menegurnya.Bunyi

    akan bertambah jelas menjelang umur 3 bulan ke atas Rangsangan Bercakap-

    cakap dan memberi senyuman kepada bayi Jika bayi tidak menunjukan tindak

    balas perlu mendapatkan pemeriksaan doktor untuk memastikan tiada masalah

    pendengaran

    Jangka hayat Pada tahun 1929 hanya 9 tahun Tetapi kini dengan kemajuan

    teknologi perubatan,jangka hayat sehingga 50 tahun dan ke atas Diusia lebih 40

    tahun keupayaan badan akan tuirun,hilang ingatan dan hilang kemampuan

    mengurus diri

    Pihak yang dapat membantu anak Sindrom Down Ibubapa kasih sayang dan

    perlindungan Doktor perubatan keluarga Khidmat nasihat,sokongan dan

    dorongan Pakar kanak-kanak Kepakaran dalam masalah berkaitan Jururawat

    Masyarakat Perkhidmatan perawatan Jurupulih anggota,jurupulih cara kerjadan jurupulih pertuturan Latihan pemulihan Guru / pendidik Memberi

    pendidikan Masyarakat dan sukarelawan yang prihatin

    Organisasi yang dapat membantu kanak-kanak Sindrom Down Jabatan

    Kesihatan Perkhidmatan dan rawatan Jabatan Pelajaran Pendidikan dan

    penempatan persekolahan Jabatan Kebajikan Masyarakat Kemudahan

    PDK,pendaftaran dan kemudahan kewangan Pertubuhan Badan Bukan

    Kerajaan(NGO) Khidmat nasihat dan sokongan

    Pilihan rawatan dan sekolah yang sesuai untuk kanak-kanak Sindrom Down

    Peringkat 0 2 tahun :- Pemulihan di klinik tempatan atau hospital Peringkat 3

    4 tahun :- Kanak-kanak boleh dibawa menghadiri pusat pemulihan di klinik

    tempatan,hospital dan PDK Peringkat 5 6 tahun :- Digalakkan memasuki

    28

  • 8/6/2019 Apa Itu Pendidikan Khas

    29/49

    TADIKA biasa atau meneruskan pemulihan di klinik,hospital dan PDK Peringkat

    7 12 tahun :-Ke sekolah Integrasi P. Khas Peringkat 13-18 tahun :- Ke sekolah

    Menengah Integrasi Peringkat 18 tahun ke atas:-Dihantar latihan vokasional

    Peringatan kepada ibu bapa:

    Cara terbaik kanak-kanak SD mempelajari perkara baru, melalui boneka.Pilih

    alat permainan sesuai tahap perkembangan kanak-kanak.Sedia bahan

    sampingan untuk permainan khayalan.Jangan terlalu memaksa mereka

    melakukan sesuatu.Boneka pilihan atau kesayangan, dapat dijadikan

    pendorong.Apabila kanak-kanak SD boleh bermain dengan alat permainan

    mudah, mereka boleh dibiarkan bermain sendirian. Jangan biar kanak-kanak SD

    bersendirian. Mereka perlu bergaul, memberi dan menerima tindak-balas

    daripada rakan.

    4) Autisme

    Ibu bapa perlu tahu cara mengetuk pintu rahsia anak sebelum boleh mendekati

    dan berinteraksi dengan anak autisme. Jika pintu rahsia ini tidak ditemui, anak

    anda makin sukar didekati dan mungkin terus hidup dalam dunianya sendiri.Anak

    autisme sering dilabel sebagai kanak-kanak bodoh, degil, berkelakuan pelik,

    mementingkan diri dan berkemungkinan besar keciciran dalam pelajaran.

    Walaupun kebanyakan kanak-kanak autisme ada masalah terencat akal, tetapi

    melalui pendidikan sewajarnya mereka mampu memiliki kehidupan baik, malah

    mungkin lebih berjaya daripada individu normal.

    Dunia kanak-kanak autisme masih menjadi misteri kerana tiada siapa tahu apa

    yang bermain dalam fikiran mereka, khususnya apabila mereka mula buat

    perangai, sama ada tidak mengendahkan orang lain, asyik mengulangi perkara

    sama atau melakukan perkara yang boleh mencederakan diri.

    Autisme adalah gangguan perkembangan otak yang dicirikan masalah hubungan

    29

  • 8/6/2019 Apa Itu Pendidikan Khas

    30/49

    sosial, komunikasi, emosi, kurang kebolehan imaginasi dan bermain serta

    menunjukkan tingkah laku terhad dan berulang; biasanya berkaitan minat, aktiviti

    dan perangai.Dianggarkan satu daripada 500 kanak-kanak di Malaysia

    mengalami masalah ini dan statistik menunjukkan kini ada kira-kira 47,000

    penduduk negara kita menghidap autisme. Daripada jumlah ini, empat atau lima

    orang bagi 10,000 pesakit mengalami autisme tulen yang mengakibatkan

    mereka kehilangan keupayaan memahami keadaan sekeliling, kecuali diri

    sendiri. Hampir 70 peratus kanak-kanak autisme ada masalah terencat akal pada

    tahap berbeza.

    Ini sebabnya proses pembelajaran mereka lebih lambat, ada masalah

    berinteraksi, berkomunikasi dan tingkah laku.Kekurangan dialami kanak-kanak

    ini menyebabkan mereka tidak faham perasaan orang lain, tiada usaha

    menggembirakan orang lain dan tidak pandai berinteraksi secara spontan.Pun

    begitu, bukan semua individu autisme mengalami masalah pembelajaran kerana

    ada yang berjaya dan menjadi orang ternama seperti Albert Einstein, Bela Bartok

    dan Bill Gates. Mereka berkongsi masalah sama, iaitu mengalami Sindrom

    Asperger iaitu sejenis autisme.Individu autisme menunjukkan perlakuan yang

    sangat berbeza dengan kanak-kanak normal.

    Antara ciri utama kanak-kanak autisme ialah

    a. Tidak mampu bersosial Perkembangan sosial kanak-kanak autisme sangat

    perlahan, menyebabkan mereka jauh ketinggalan berbanding rakan sebaya dan

    menunjukkan perlakuan sangat berbeza daripada normal seperti:- Tidak

    menghiraukan orang lain.- Kelihatan tidak sensitif pada keperluan, perasaan dan

    pemikiran orang lain.- Tidak mahu bertentang mata atau menunjukkan ekspresi

    muka apabila bercakap.- Tidak suka sentuhan (tidak mahu dipeluk atau

    dipegang).- Susah bekerjasama, berkongsi atau menunggu giliran.- Lebih suka

    bermain sendiri.- Tidak berminat dalam permainan yang perlu menggunakan

    imaginasi.

    30

  • 8/6/2019 Apa Itu Pendidikan Khas

    31/49

    b. Tidak boleh bertutur dan berkomunikasi - Lambat bercakap.- Mempunyai

    masalah bercakap dan memahami percakapan orang.- Tidak boleh

    berkomunikasi dengan baik.- Bercakap dalam nada pelik seperti menyanyi

    atau bercakap macam robot.- Sukar memulakan percakapan. Kalau berbual

    hanya satu pihak (hanya mereka yang bercakap).- Mungkin mengulang

    perkataan sama, tetapi tidak faham maksudnya.- Kanak-kanak autisme dengan

    sindrom Asperger menggunakan bahasa rasmi dan pertuturan mereka

    kedengaran seperti orang dewasa.

    c. Mempunyai masalah dalam pemikiran dan perlakuan- Suka melakukan

    perkara sama (berulang) dan tidak mahu menerima perubahan. Mereka mudah

    terganggu jika disuruh melakukan perubahan.- Menunjukkan minat pelik,

    contohnya terhadap peta, peralatan elektronik atau roda kereta mainan

    berpusing dan memutar objek.- Sangat sensitif terhadap rasa, bau dan bunyi

    yang menyebabkan mereka menunjukkan perlakuan di luar kawalan.-

    Mempunyai pergerakan badan yang pelik dan melakukannya berulang-ulang.-

    Tidak boleh duduk diam.- Menunjukkan keinginannya dengan tangan orang

    dewasa.

    d. Masalah tingkah laku- Suka mengasingkan diri biasanya kekecewaan

    ditunjukkan melalui tindak balas negatif seperti mengamuk, marah-marah,agresif (yang tidak ditujukan kepada sesiapa) atau perlakuan yang merosakkan

    seperti mencederakan diri.- Bersikap pasif tidak faham keadaan semasa dan

    tidak boleh membezakan keadaan baik dan buruk. Jadi mereka biasanya terbabit

    dalam masalah yang dicetuskan orang lain.- Tidak tahu bersosial jika

    melakukan kesalahan, ia sangat mudah dikesan.- Aktif tetapi berperangai pelik

    kanak-kanak autisme jenis ini suka mendapatkan perhatian orang lain dan

    biasanya mereka diejek atau dibuli kanak-kanak lain.

    Memiliki ciri yang disenaraikan di atas mengakibatkan kanak-kanak autisme

    sukar didekati. Ada ibu bapa kecewa selepas gagal mengubah anak mereka

    dan membiarkan kanak-kanak itu membesar tanpa pendidikan sewajarnya. Lebih

    mengecewakan, ada guru sekolah menganggap kanak-kanak autisme sebagai

    31

  • 8/6/2019 Apa Itu Pendidikan Khas

    32/49

    bodoh.Kanak-kanak autisme bukan golongan berisiko atau bodoh, cuma guru

    dan ibu bapa tidak tahu cara mendekati mereka.

    Oleh kerana mereka ada masalah perlakuan, pemikiran dan tidak pandai

    bersosial, perkembangan kanak-kanak autisme secara umumnya lebih perlahan

    daripada kanak-kanak normal.Bagaimanapun melalui pendidikan betul, individu

    autisme boleh belajar di sekolah biasa dan berjaya dalam pelajaran. Malangnya

    kurang pengetahuan ibu bapa dan guru menyebabkan ramai kanak-kanak

    autisme membesar di bawah paras kemampuan, kata Pengerusi Persatuan

    Kebangsaan Autisme Malaysia (Nasom), Teh Beng Choon pada bengkel strategi

    praktikal mendidik anak autisme anjuran bersama Nasom dan Fakulti Pendidikan

    Universiti Malaya.

    Menurut Psikologi Klinikal Kolej Persatuan Psikologi Australia, Stephen

    Underwood, masalah autisme boleh dikesan ketika bayi lagi. Bagaimanapun,

    biasanya ia hanya disedari kebanyakan ibu bapa apabila anak mencapai usia

    tiga tahun.Walaupun autisme belum ada penawarnya, banyak kaedah rawatan

    dan pendidikan boleh membantu kanak-kanak ini membesar dan belajar dengan

    baik. Golongan ini memerlukan bantuan dalam segenap segi, terutamakemahiran sosial dan pengurusan, termasuk menguruskan diri sendiri.

    Katanya, lebih awal masalah anak dikesan lebih baik, tetapi biasanya perkara ini

    hanya disedari guru tadika apabila kanak-kanak dihantar ke sekolah.

    Berdasarkan kajian, kanak-kanak autisme berumur empat hingga enam tahun

    yang diberikan pendidikan khas menunjukkan perkembangan

    memberangsangkan, boleh belajar di sekolah biasa, bermain dengan kanak-

    kanak lain, malah fungsi pembelajaran juga bertambah baik.Panduan

    membentuk hubungan sosial.Bagi mengatasi masalah sosial di sekolah seperti

    tidak pandai berkawan, mementingkan diri sendiri dan sukar mengekalkan

    tumpuan, beberapa langkah boleh diambil iaitu dari peringkat pra sekolah

    lagi.Oleh kerana mereka tidak pandai berbual dan bergaul, ibu bapa boleh

    32

  • 8/6/2019 Apa Itu Pendidikan Khas

    33/49

    menjemput kawan datang ke rumah.

    Ini membuatkan anak berasa diterima, lebih yakin serta dapat mengelak mereka

    menjadi mangsa buli.Setiap kali cuba berkawan, ada saja kesalahan yang

    mereka dilakukan. Ini membuatkan kanak-kanak autisme berasa tertekan dan

    mula menyalahkan orang lain. Mereka mungkin jadi sombong, berlagak dan lebih

    susah berkawan. Kanak-kanak autisme, terutama perempuan, ada

    kecenderungan meniru perbuatan orang lain bagi membolehkan mereka diterima

    sebagai kawan.Yang ibu bapa dan guru perlu lakukan ialah memerhatikan jenis

    permainan yang dimainkan rakan sebaya anak. Belajar cara dan peraturan

    permainan supaya anda boleh bermain dengan anak.

    Ini membolehkan anak belajar untuk menunggu giliran dan berinteraksi.Kaedah

    lain ialah merakam suasana permainan di sekolah. Oleh kerana anak autisme

    ada masalah lambat belajar, dia boleh menonton rakaman ini berulang kali di

    rumah, katanya.Pada masa sama, galak anak menjadi peramah dan mudah

    didekati. Jangan kritik jika anak tidak melakukan perkara sepatutnya kerana

    mereka tidak tahu apa yang salah atau betul. Sebaliknya, galakkan mereka

    dengan cara positif seperti membuat diari persahabatan atau carta markahbersosial (beri satu markah apabila mereka melakukan usaha berkawan,

    terutama ketika kecil iaitu pada umur empat atau lima tahun).Sebagai ibu bapa,

    anda juga perlu menjadi model dan kawan kepada anak, terutama apabila

    mereka meningkat umur enam hingga sembilan tahun kanak-kanak autisme

    mula ada minat sama dengan rakan sebaya.

    Ketika ini mereka perlu belajar apa yang tidak boleh dicakap kerana kanak-kanak

    autisme sangat jujur dan kejujuran ini mungkin melukakan hati kawan.Pada

    umur sembilan hingga 13 tahun, ibu bapa boleh menggunakan rancangan

    televisyen seperti Mr Bean untuk mengajar anak apa yang tidak boleh dilakukan

    kerana pada ketika ini anak autisme mula mengambil kira pandangan orang

    terhadap diri mereka dan sedar wujudnya perbezaan jantina.Kanak-kanak

    33

  • 8/6/2019 Apa Itu Pendidikan Khas

    34/49

    autisme ada kemungkinan empat kali lebih tinggi menjadi mangsa buli. Mereka

    masih tidak tahu apa perlu dilakukan jika diusik atau diejek kerana bimbang

    dipulaukan. Rata-rata berasa rendah diri, cepat resah, mudah tertekan dan

    pencapaian akademik juga lemah.Walaupun mula pandai berkawan tetapi

    dalam kebanyakan kes, persahabatan itu biasanya berakhir di pintu pagar

    sekolah. Antara cara membantu meningkatkan keyakinan dan kemahiran

    berkawan ialah menggalakkan mereka terbabit dalam pementasan drama atau

    aktiviti berkumpulan serta membuat sistem mentor, katanya.Perlu diingat, bukan

    semua anak autisme ada masalah pembelajaran.

    5) Disleksia

    Perkataan disleksia (dyslexia) adalah hasil gabuangan dua perkataan Greek

    iaitu Dys yang bermaksud kesukaran dan Lexis bermaksud perkataan atau

    dengan kata lain, kesukaran menggunakan perkataan. Istilah buta huruf juga

    digunakan untuk kategori ini. Seorang Profesor Berlin pada tahun 1887,

    merangkap seorang pakar perubatan dan ophalomotologist telah

    memperkenalkan perkataan Disleksia (Hammond dan Hugges,

    1996:3)Disleksia ialah satu Disorder dalam kanak-kanak yang telah terima

    Pendidikan Biasa, tidak memperolehi kemahiran bahasa, bacaan, menulis dan

    ejaan yang setaraf intelek (World Federation Of Neurology, 1968) Selain itu

    terdapat juga beberapa perkataan lain yang berkaitan dengan Disleksia,

    diantaranya ialah:-

    Dyscalculia (Diskalkulia) iaitu seorang disleksia yang bermasalah dalam

    pengiraan ataupun matematik

    Dysgraphia (Disgrafia) iaitu seorang disleksis yang bermasalah dalam

    bahasa

    Dyspraxia (Dispraksia) iaitu seorang disleksis yang bermasalah dalam ko-

    ordinasi moto-mata-tangan

    34

  • 8/6/2019 Apa Itu Pendidikan Khas

    35/49

    Disleksia adalah satu masalah pembelajaran iaitu kesukaran mengenal huruf,

    membaca, menulis, mendengar dan bercakap disebalik pengajaran yang cukup

    dan peluang budaya yang sempurna. Sebenarnya masalah ini bukanlah satu

    penyakit dan ia tidak memerlukan ubat untuk mengubatinya, sebaliknya dengan

    program pendidikan yang sesuai masalah ini dapat dikurangkan. Disleksia juga

    bukan disebabkan kecerdasan yang lemah serta penglihatan tetapi seseorang

    disleksia tidak mengecam sesuatu dalam keadaan terbalik. Ternyata sekali

    disleksia menghuraikan sesuatu kelainan dalam otak, selalunya ia adalah

    pemberian Tuhan yang terus berkembang dalam diri seseorang dengan cara

    yang berlainan.

    SIAPA YANG MENGALAMI DISLEKSIA?

    Disleksia melibatkan orang dari pelbagai latar belakang tanpa mengira umur,

    jantina atau bangsa. Disleksia biasanya boleh diperturunkan daripada ibu bapa

    kepada kanak-kanak.

    Jenis-jenis Disleksia

    Disleksia boleh dikategorikan kepada tiga bahagian iaitu :

    Disleksia visual (penglihatan)

    Kesukaran utama yang dihadapi ialah untuk mengigat dan mengenal abjad serta

    konfugirasi perkataan. Simbol-simbol perkataan yang dicetak juga sukar untuk

    diterjemahkan. Kemungkinan untuk melihat abjad-abjad tertentu atau

    sebahagian perkataan adalah secara terbalik

    Disleksia auditori (pendengaran)

    Kesukaran untuk mengingat bunyi abjad, menganalisis bunyi mengikut suku kata

    perkataan dan menyusun atau menggabungkan suku kata bagi

    35

  • 8/6/2019 Apa Itu Pendidikan Khas

    36/49

    menyembunyikan perkataan. Bunyi percakapan yang tuturkan secara halus juga

    tidak dapat dibezakan. Masalah untuk membezakan bunyi vokal dengan

    konsonan juga dihadapi oleh disleksia auditori

    Disleksia visual-auditori

    Kesukaran mambaca yang amat teruk dan ini disebabkan oleh kelemahan untuk

    memproses tulisan secara visual dan audio

    .PUNCA-PUNCA DISLEKSIA

    Mengikut Mercer, 1997; Hammond dan Hughes, 1996 dan Spaafford dan

    Grosser,1996, antara punca-punca disleksia ialah;

    Keturunan atau genetik

    Kebanyakan kes, terdapat beberapa ahli keluarga yang mengalami masalah-

    masalah yang sama. Kemungkinan punca ini boleh diwarisi yang membezakan

    adalah darjah keterukannya. Terdapat kajian yang dijalankan telah membuktikan

    disleksia desebabkan oleh kromosom 15, 1 dan 16 yang boleh diperturunkan

    secara turun-temurun

    Biologi

    Sejarah kanak-kanak disleksia biasanya adalah semasa dilahirkan tidak cukup

    bulan, kekurangan oksigen semasa dilahirkan atau kelahiran yang amat sukar.

    Faktor-faktor ini menjadi punca kelambatan atau ketidaksempurnaan

    perkembangan. Sebahagian daripada kerosakan otak yang menyebabkan

    kanak-kanak ini mengalami masalah belajar dan kerosalan ini minimum

    Kematangan

    Terdapat kanak-kanak yang lambat perkembangannya pada bahagian tertentu

    dalam sisitem saraf. Pada kebiasannya kanak-kanak lelaki lambat matang

    daripada kanak-kanak permepuan. Kelewatan kematangan pada kank-kanak

    merupakan salah satu kemungkinan punca disleksia

    36

  • 8/6/2019 Apa Itu Pendidikan Khas

    37/49

    CIRI-CIRI DISLEKSIA

    Kanak-kanak pra-sekolah :

    - Kemahiran bertutur yang lambat dan sukar memahami arahan

    - Suka mengganti perkataan dan hiperaktif

    - Kemahiran motor kasar dan motor halus yang lemah

    - Seringkali terlupa nama benda-benda atau pelajaran yang dipelajari

    - Tidak merangkak semasa bayi

    - Suka mendengar bacaan tetapi tidak berminat membaca sendiri

    - Sifat ingin tahu tinggi, berminat terhadap pekara baru dan suka bertanya

    banyak soalanKanak-kanak

    Sekolah Rendah :

    6 hingga 9 tahun

    - Kemahiran membaca, menulis dan mengeja yang lemah dan suka

    menterbalikkan perkataan, huruf dan nombor

    - Menggunakan jari untuk mengira dan membaca

    - Keliru dengan kiri dan kanan

    - Tulisan cermin atau terbalik

    9 hingga 12 tahun

    - Kesilapan membaca, mengeja dan lemah dalam kefahaman

    - Mengambil masa yang panjang untuk menyiapkan latihan

    - Kesukaran menyalin maklumat dipapan putih atau buku teks

    - Sukar mengikuti arahan lisan yang panjang

    - Kelihatan tidak terurus semasa berada dirumah atau sekolah

    - Kurang keyakinan dan menghadapi masalah tekanan jiwa Sekolah Menengah :

    - Kesukaran membaca dan terkeliru dengan perkataan dan ejaan yang tidak

    37

  • 8/6/2019 Apa Itu Pendidikan Khas

    38/49

    konsisten

    - Kesukaran menulis karangan

    - Keliru dengan nombor-nombor dan arahan oral

    - Kesukaran mempelajari bahasa lain

    - Lemah dalam kefahaman dan tidak mempunyai ramai kawan

    - Jenis orang yang suka senyap

    - Bercakap dengan nada yang kuat atau menjerit daripada konsisten

    - Kurang kemahiranbersosial

    MASALAH KANAK-KANAK YANG MENGHADAPI DISLEKSIA

    Masalah utama yang dihadapi kanak-kanak disleksia kebanyakanya adalah

    dalam proses pembelajaran. Permasalahan ini boleh dikelaskan kepada;Mengeja

    Kelemahan mengeja akan menyebabkan kebolehan untuk menyampaikan

    pengetahuan yang diperolehi adalah terhad. Untuk tempoh jangka mas yang

    panjang kelemahan dalam proses mengeja akan memberi kesan terhadap

    kelemahan membaca. Timbulnya masalah ini adalah berpunca daripada

    masalah-masalah awalan seperti terdapatnya kekeliruan dalam mengenal pasti

    huruf-huruf seperti;

    m w y g j u n m n

    c e p q h n b d

    Terdapat juga kekeliruan dalam membunyikan huruf seperti

    t h f v

    Membaca

    Kesukaran ini menghadkan kebolehan kanak-kanak untuk mendapatkan

    maklumat daripada rujukan-rujukan yang berkaitan. Secara langsung ianya akan

    membuat kanak-kank merasa rendah diri dan tidak berkeyakinan. Mereka

    censerung menterbalikkan perkataan seperti:

    Batu tuba

    38

  • 8/6/2019 Apa Itu Pendidikan Khas

    39/49

  • 8/6/2019 Apa Itu Pendidikan Khas

    40/49

    9 6

    Masalah fizikal, pengurusan diri dan sosial

    - Pakaian sentiasa tidak kemas tetapi tidak kotor dan pandai membutangkan

    baju, kidal dan pandai mengikat tali kasut

    - Kelihatan berminat dalam pelajaran tetapi dilabel pemalas dan kelihatan bodoh

    - Skop penglihatan yang terhad di mana keliru antara depan, belakang, kiri,

    kanan,, atas, bawah serta pengamatan yang lemah

    LANGKAH-LANGKAH MENBANTU KANAK-KANAK DISLEKSIA

    - Membawa berjumpa dengan pakar pisikologi pembelajaran atau psikologi

    klinikal pada peringkat awal bagi tujuan menaganinya- Membantu kanak-kanak memahami bahawa walaupun dia mungkin berbeza

    dalam banyak hal tetapi tetap disayangi.

    - Menambah dan menggalakkan sebarang kemahiran istimewa bakat atau

    kebolehan semulajadi

    - Sentiasa sabar melayani karenah mereka yang mana biasanya kecewa dengan

    kegagalan yang berterusan.

    - Membacakan cerita untuk anak-anak serta menjadi ahli persatuan sokongan

    ibu bapa

    - Memberikan bantuan dan latihan pembelajaran sebelum memasuki tadika

    - Mengamalkan suasan kasih sayang serta bersikap perihatin dalam

    mengekalkan suasana harmoni

    - Membuat aktiviti berkeluarga serta memberi bimbingan dalam bidang akademik

    - Memberi kebebasan yang terbatas serta nasihat untuk mengenal identiti sendiri

    - Mengamalkan konsep diri diberi ganjaran atau pujian contohnya bagus, pandai

    6) Epilepsi (Sawan)

    Rawatan Efektif Epilepsi

    Dengan kemajuan terkini dalam bidang perubatan dan teknologi sekarang,

    epilepsi dan serangan sawan bukan lagi satu halangan untuk menjalani

    40

    http://infopkbpsksj.blogspot.com/2009/02/rawatan-efektif-epilepsi.htmlhttp://infopkbpsksj.blogspot.com/2009/02/rawatan-efektif-epilepsi.html
  • 8/6/2019 Apa Itu Pendidikan Khas

    41/49

    kehidupan yang aktif dan sempurna. Rawatan bagi epilepsi bukan sahaja bagi

    menyembuhkan semua serangan sawan, tetapi juga untuk menguruskan

    kehidupan keseluruhan pesakit.

    Oleh itu, rawatan yang berkesan untuk epilepsi bermula dengan diagnosis yang

    betul tentang jenis serangan sawan yang dialami pesakit kerana setiap jenis

    penyakit ini memerlukan rawatan khusus dan berkesan.Perkara pertama yang

    akan dilakukan oleh doktor ialah menyemak sejarah perubatan pesakit. Ini

    termasuk soalan mengenai sejarah serangan sawan dalam keluarga pesakit dan

    butiran lanjut mengenainya.

    Seorang anggota keluarga atau mereka yang menyaksi serangan sawan mesti

    hadir untuk memberi maklumat tambahan, terutama jika pesakit tidak sedarkan

    diri.Ini biasanya akan disusuli dengan pemeriksaan fizikal dan neurologi untuk

    mengenal pasti petanda fizikal berkaitan yang mungkin boleh menunjukkan

    secara khusus sindrom epilepsi yang dialami pesakit.Doktor mungkin

    mencadangkan ujian lanjut dijalankan untuk memahami dengan lebih mendalam

    punca berlakunya serangan sawan dan mengesan sebarang keadaan yang tidak

    normal dalam otak.

    Ujian-ujian ini mungkin termasuk electroencephalogram (EEG) yang mengukur

    denyutan elektrik dalam otak, tomogafi berkomputer (CT) dan imbasan gema

    bermagnet (MRI), yang, dalam bahasa mudahnya, menyediakan imbasan imej

    otak.Sebaik sahaja diagnosis selesai dilakukan, doktor akan mencadangkan

    beberapa pilihan rawatan. Hampir kesemua penyakit epilepsi dapat dirawat

    dengan menggunakan ubat anti-epileptik (juga dikenali sebagai anticonvulsants

    atau ubat anti-sawan).

    Rawatan moden yang biasa diberi untuk kebanyakan jenis penyakit epilepsi ialah

    ubat atau kombinasi ubat anti-sawan yang lazim digunakan.Setiap pesakit

    memberi reaksi yang berbeza terhadap ubat anti-sawan seperti reaksi mereka

    41

  • 8/6/2019 Apa Itu Pendidikan Khas

    42/49

  • 8/6/2019 Apa Itu Pendidikan Khas

    43/49

    mengalami sawan.

    Oleh itu, kira-kira lima peratus pesakit epilepsi boleh diubati melalui

    pembedahan.Pembedahan juga boleh dilakukan untuk membuang tempat fokus

    serangan sawan (kawasan otak di mana serangan sawan berasal), tetapi ia

    hanya sesuai bagi sawan partial yang berasal dari satu kawasan khusus dalam

    otak. Pesakit yang berpotensi dibedah perlu menjalani penilaian terperinci oleh

    pakar neurologi sebelum pembedahan dan jika berpendapat pembedahan tidak

    sesuai dilakukan, maka pesakit akan dinasihatkan supaya tidak melakukannya

    dan menjalani rawatan pilihan yang lain.

    Doktor akan mengambil pendekatan holistik dan berbincang bukan sahaja

    mengenai penyakit sawan yang dihidapi dan butiran perubatan, tetapi juga turut

    merangkumi keseluruhan isu-isu mengenai kehidupan seperti pendidikan,

    aktiviti sukan, kehidupan sosial, pekerjaan, malah bercakap mengenai

    pemanduan, soal perkahwinan dan mengandung.

    Keberkesanan pembedahan berbeza; ada pesakit bebas sepenuhnya daripada

    serangan sawan selepas pembedahan, manakala bagi yang lainnya, jumlahserangan sawan yang mereka alami berkurangan dengan banyaknya.

    Kebanyakan pesakit boleh berhenti mengambil ubat anti-sawan selepas

    menjalani pembedahan.Bagaimanapun, dalam mana-mana pembedahan, masih

    ada risikonya.Rangsangan saraf vagus (vagus nerve stimulation atau VNS)

    adalah satu lagi pilihan rawatan untuk epilepsi.

    Alat yang dikenali sebagai perangsang saraf vagus ditanam di bawah kulit dada

    pesakit. Wayar dari alat tesebut diikat pada saraf vagus. Saraf vagus

    menyambung otak ke jantung, paru-paru dan saluran usus dan perut. Alat ini

    menjana denyutan elektrik dalam jarak masa tetap (interval), yang merangsang

    saraf vagus.VNS boleh menjadi rawatan pilihan bagi mereka yang tidak

    berkesan mengambil ubat anti-sawan dan pesakit yang atas apa-apa sebab,

    43

  • 8/6/2019 Apa Itu Pendidikan Khas

    44/49

    dianggap tidak sesuai untuk menjalani pembedahan.

    Bagaimanapun, kaedah rawatan ini mungkin mahal, tambahan pula, bateri yang

    dipasang pada alat tersebut hanya tahan kira-kira selama lima tahun sahaja.Satu

    lagi rawatan bagi epilepsi di kalangan kanak-kanak ialah diet ketogenik, yang

    kaya lemak dan rendah karbohiderat. Ia bertujuan untuk mengekalkan tahap

    lapar (starvation mode) dalam badan bagi tempoh masa yang lama. Bila badan

    dalam keadaan berpuasa, ia menghasilkan ketones (bahan yang terhasil bila

    badan memecahkan lemak untuk menjana tenaga), yang menunjukkan badan

    sedang membakar lemak dan bukannya glukos untuk menjana tenaga.

    7) Cerebral Palsy

    CEREBRAL ialah OTAKPALSY bermaksud KURANG ATAU TIDAK UPAYA

    MENGAWAL PERGERAKAN OTOT. Kanak-kanak cerebal palsy mengalami

    (sebahagian besarnya) kerosakkan pada kawasan motor dalam otak yang

    mengakibatkan kekurangupayaan untuk melakukan pergerakan otot-otot dan

    tegak badan. Kecacatan otak dan saraf otot ini lazimnya berlaku sebelum,

    semasa dan di peringkat awal bayi dilahirkan ketika bahagian otak

    berkembang dengan pesat.

    Sebelum Kelahiran

    - Jangkitan dalam rahim

    - Ibu mengalami darah tinggi, kancing manis, kurang darah ketika mengandung

    - Pendarahan teruk dan kronik ketika mengandung

    Semasa Proses Kelahiran

    - Kelahiran tidak cukup bulan

    44

  • 8/6/2019 Apa Itu Pendidikan Khas

    45/49

    - Kecederaan semasa lahir

    - Lemas semasa lahir

    - Jangkitan semasa lahir

    Selepas Kelahiran (sebelum berumur 3 tahun)

    - Meningitis (jangkitan kuman diselaput otak) demam kuning

    - Jaundis yang teruk (kemicterus)

    - Kecederaan otak disebabkan oleh kemalangan, penderaan dan penganiayaan

    fizikal.

    Seseorang kanak-kanak ceberal palsy dilahirkan bagi setiap 800 kelahiran tanpa

    mengira jantina, kaum, umur ibu atau latar belakang sosial.

    Punca-punca :

    - Kekurangan bekalan oksigen (anoxia) punca utama.

    - Perkembangan otak yang tidak normal.

    - Rembesan (intraeraneal bleeding).

    - Demam kuning.

    - Terhentak / terhempas / kejutan.

    - Serangan kuman / penyakit.

    Tanda-tanda :

    - Bayi kelihatan lembik

    - Lewat perkembangan

    - Menggunakan sebelah tangan (hand preference)

    - Masalah menyusu

    - Kerap menangis, meragam, merenggek, tanpa sebab ataupun terlalu diam dankurang tindak balas

    - Sembelit

    - Cepat marah

    Perkembangan kanak-kanak cerebral palsy

    45

  • 8/6/2019 Apa Itu Pendidikan Khas

    46/49

    Bagi kanak-kanak yang menhidapi cerebral palsy biasanya kita dapati mereka

    akan lahir lebih awal berbanding dengan kanak-kanak normal yang lain. Selain

    daripada itu, kanak-kanak seperti ini sewaktu lahirnya jarang atau tidak

    menangis

    0 1 bulan.Kanak-kanak ini pada peringkat awalnya sukar untuk melakukan

    pergerakan biasa bagi kanak-kanak normal seperti meniarap, duduk mengesot

    dan sebagainya.

    11 bulan mula merangkak, tetapi tidak mahu berjalan dan mereka biasanya akan

    berdiri di hujung jari ibu kaki sahaja seolah-olah bimbang untuk bertapak.

    1 3 tahun,1 tahun masih belum boleh berjalan / anggota tubuh lembik.Tabiatbertahan nafas atau breathulding spell berlaku disamping berlakunya kekejangan

    terhadap anggota badan sekiranya kanak-kanak tersebut menangis apabila

    kemahuannya tidak dituruti dan didapati mukanya bertukar menjadi warna biru.

    Apabila dia menarik nafasnya dan menangis, warna dimukanya kembali cerah

    semula.

    8 tahun - Belum boleh bercakapAkibat daripada kerencatan ini boleh juga

    menimbulkan lain-lain kerencatan seperti :- Rencatan akal (kurang kecerdasan)-

    Kerencatan pertuturan- Rencatan penglihatan- Rencatan pendengaran- Sawan

    (epilepsy)- Kecacatan anggota- Kecacatan gigi- Masalah mengenai pernafasan-

    Masalah mangenai pemakanan- masalah untuk buang air besar atau kecil.

    Jenis-Jenis Cerebral Palsy (Spastik, Ataxia, Athetoid)

    Spastic - Bahagian-bahagian otot anggota yang spastic manjadi tegang dan tidak

    mudah kendur semula. Pantulan yang terhasil adalah secara terserentak dan

    mengejut.Athetoid - Bahagian-bahagian anggota bergerak tanpa dapat dikawal

    otot otak (ivoluntary movements). Akibatnya seseorang kanak-kanak athetoid

    menunjukkan gimik muka.Atxia - Pada prinsipnya kanak-kanak ataxia ini tidak

    dapat duduk, berdiri dan berjalan. Kanak-kanak ini mengalami kesukaran untuk

    mengawal keseimbangan badan dan kodinasi otot, bergantung kepada kadar

    46

  • 8/6/2019 Apa Itu Pendidikan Khas

    47/49

    kepintasan yang dialaminya. Biasanya, jika kanak-kanak ini mampu berdiri dan

    berjalan sekalipun, kakinya akan berkeadaan terkangkang luas bagi membantu

    mandapat keseimbangan postur tersebut.Hypoytonik (Campuran sifat-sifat di

    atas) otot lembik

    Latihan dan pendidikan kepada kanak-kanak Cerebral Palsy

    Kanak-kanak yang mengalami Cerebral Palsy mempunyai otak yang kurang

    berfungsi. Tetapi, sekiranya umur mereka lebih muda. Fungsi otak itu akan

    menjadi lebih baik. Iaitu walaupun mereka mempunyai otak yang kurang

    berfungsi, namun mereka boleh berkembang secara beransur-ansur.

    Oleh kerana itu, kita mesti memperkenalkan kanak-kanak Cerebral Palsy ini ke

    Fisio Terapist dan Occupational Terapist secepat mungkin. Kalau kanak-kanak

    tidak diberi latihan oleh Fisio Terapist, Occupational Terapist dan keluarga untuk

    jangka masa yang lama, kecacatan mereka akan bertambah teruk. Contohnya,

    sendi mereka akan menjadi lebih keras dan tulang belakang mereka akan

    menjadi bengkok.

    Oleh itu, kanak-kanak Cerebral Palsy mesti diberi latihan tiap-tiap hari oleh Fisio

    Terapist, Occupational Terapist dan keluarga di hospital atau di rumah. Jikalau,

    kanak-kanak yang mengalami Cerebral Palsy mempunyai terencat akal juga,

    mereka perlu diberi pendidikan khas oleh Guru Khas dan keluarga mereka.

    Jenis-jenis Masalah dan Tiga Bentuk Utama

    Kecacatan warisan atau keturunan tidak berapa penting dalam kelumpuhan otak.

    Masalah utama secara langsung melibatkan otak. Tiada kecederaan yang

    berlaku secara langsung kepada anggota yang terlibat.

    Terdapat tiga bentuk utama kelumpuhan otak iaitu Spasticity, Athetosis dan

    Ataxia. Mereka yang mengalami ketiga-tiga bentuk kelumpuhan otak di atas

    dikenali secara umum sebagai penyakit Cerebral Palsy atau spastic

    47

  • 8/6/2019 Apa Itu Pendidikan Khas

    48/49

    Cortex atau Lapisan Luar OtakCortex atau lapisan luar otak terlibat dalam

    pemikiran, pengetahuan dan sensasi.

    Kanak-kanak yang mengalami spasticity menghadapi kawalan pergerakan yang

    tidak terkawal, kelemahan otot-otot dan seringkali mengalami gangguan dalam

    tumbesaran dan perkembangan. Kerosakan di bahagian cortex ini berlaku

    berpunca daripada keadaan spastic sebenarnya.

    Kerosakan bahagian luar otak boleh memberi kesan kepada kedua-dua

    bahagian anggota di sebelah bahagian tubuh, iaitu bahagian anggota bawah

    atau keempat-empat bahagian anggota badan.

    Basal Ganglia,bahagian ini terletak di bawah cortex iaitu di tengah-tengah otak.Basal ganglia dan serebelum membantu mengorganisasikan atau menyusun

    pergerakan dengan amat teratur, harmoni (bersantun) dan lebih ekonomikal.

    Gangguan di bahagian basal ganglia ini boleh menyebabkan berlakunya

    kecederaan yang dikenali sebagai Athetosis.

    Ciri utama yang dihadapi olah athetosis ialah pergerakan yang secara tidak

    disengajakan dan mengganggu pergerakan yang normal dalam tubuh

    manusia.SerebelumSerebelum ini terletak di bahagian asas atau dasar otak.

    Bahagian ini berperanan mentadbir fungsi tubuh manusia seperti koordinasi

    opergerakan, gaya dan keseimbangan. Serebelum dihubungkan dengan pangkal

    otak yang menghubungkan bahagian atas otak kepada saraf tulang

    belakang.Kanak-kanak spastic yang menghadapi Ataxia berpunca daripada

    kecederaan pada bahagian serebelum mengalami gaya melangkah yang tidak

    stabil dan kesukaran dalam mengimbang badan.

    Orang cacat spastic yang lebih mungkin sekali menghadapi lebih daridada satu

    kategori asas biajnosa dan pengklasan menggambarkan kesukaran yang amat

    sangat.Mengesan Kanak-kanak Spastik.Kanak-kanak spastic dapat dikesan dari

    simtom-simtom yang ditunjukkan :Kesukaran sewaktu makanKanak-kanak

    spastic akan mengalami kesukaran menghisap, menelan dan mengunyah

    48

  • 8/6/2019 Apa Itu Pendidikan Khas

    49/49

    makanan. Ini seringkali menyebabkan mereka muntah.

    Kanak-kanak juga akan serta merta menggigit makanan yang diletakkan di

    dalam mulut mereka dan akan sukar untuk di keluarkan semula.Masalah

    pernafasanKanak-kanak akan mengalami kesukaran bernafas, pernafasan

    mereka menjadi kencang dan bising.Masalah tidur.Kanak-kanak juga mengalami

    kesukaran tidur, mereka kerap terjaga di waktu malam dan sering

    menangis.Masalah pertuturan.Kanak-kanak spastic tidak boleh mengeluarkan

    suara iaitu mereka tidak boleg memanggil ibu bapanya ataupun mengeluarkan

    babbling sound.

    Kanak-kanak juga tidak memahami apa yang di katakan kepadanya.Masalah

    pendengaran.Kanak-kanak spastic hanya akan bertidak balas terhadap bunyi

    yang kuat ataupun tidak bertindak balas langsung terhadap bunyi. Masalah

    penglihatan.Sering kali kanak-kanak ini juling ataupun mengalami mistagmus

    iaitu pergerakan bola mata yang berterusan.

    Reaksi yang tidak normal

    Kanak-kanak spastic sering akan menangis disebabkan bunyi, cahaya dansentuhan. Kanak-kanak ini juga kadangkala tidur berlebihan

    (hipersomnia).Kemungkinan mengalami simtom-simtom terencat akal.Kanak-

    kanak spastic mungkin mengalami kerencatan akal jika didapati mereka tidak

    pernah tersenyum, tidak mengenali ibu bapanya, sentiasa tidur, tidak bertindak

    balas atau tidak berminat terhadap keadaan sekelilingnya.