anugerah inovasi kerajaan negeri melaka tahun...

18

Upload: others

Post on 30-Aug-2019

14 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

ANUGERAH INOVASI KERAJAAN NEGERI MELAKA TAHUN 2018

JABATAN TEKNOLOGI MAKLUMAT, MAJLIS PERBANDARAN JASIN

2

RINGKASAN EKSEKUTIF……………………………………..……………………………………0

BAB 1 : SIGNIFIKAN PEMILIHAN PROJEK ......................................................................... 1

1.1 Pemilihan Projek ........................................................................................................................ 1

1.2 Pembuktian Melalui Analisis ............................................................................................... 2

BAB 2 : TINDAKAN PENYELESAIAN ................................................................................... 4

2.1 Pengumpulan Data ................................................................................................................... 4

2.2 Fasa Pembangunan Radio Atas Talian ................................................................................ 5

2.2.1 Latar Belakang HitzJasin ................................................................................................ 5

2.2.2 Peralatan dan Fasarana Konti HitzJasin ....................................................................... 7

BAB 3 : KEBERHASILAN PROJEK ................................................................................... 10

3.1 Prestasi Pencapaian Projek ................................................................................................... 10

3.2 Impak Projek............................................................................................................................. 11

BAB 4 : POTENSI PERKEMBANGAN INOVASI ................................................................. 12

BAB 5 : PENUTUP .............................................................................................................. 13

ISI KANDUNGAN

ANUGERAH INOVASI KERAJAAN NEGERI MELAKA TAHUN 2018

JABATAN TEKNOLOGI MAKLUMAT, MAJLIS PERBANDARAN JASIN

3

RINGKASAN EKSEKUTIF

Rakyat Malaysia rata-rata gemar menggunakan media sosial untuk pelbagai

tujuan. Mengikut statistik, Malaysia merupakan negara ke-9 paling banyak

menggunakan media sosial.

Laman Jaringan Sosial dan facebook bukan sahaja telah mencetuskan

fenomenanya yang tersediri di Malaysia dalam menyampaikan maklumat dan

hebahan malah turut mencetuskan fenomena di seluruh dunia serta berjaya

membentuk wilayahnya yang tersendiri dengan mempunyai pengikut yamg pelbaigai

ideology, warna kulit. Etnik dan agama (Berita Harian 2010).

Mengikut Laporan Digital tahun 2018 yang dikeluarkan oleh Hootsuit dan We

Are Social sehingga Januari 2018, jumlah pengguna internet di negara ini meningkat

kepada 25.08 juta pengguna, mewakili 79 peratus penduduk di malaysia.

Kajian juga menunjukkan 97.3% pengguna Internet di Malaysia memiliki

akaun Facebook. Dari segi angkanya, ianya dianggarkan seramai 23.83 juta rakyat

Malaysia memiliki akaun Facebook dan 72.7% mendengar muzik/ online radio.

Melihat pada perkembangan media cetak konservertif yang kurang mendapat

perhatian serta kurangnya maklumat berkaitan jabatan diketahui umum, menjadikan

antara punca mengapa Majlis Perbandaran Jasin mewujudkan HitzJasin@MMU.

HitzJasin@MMU merupakan satu Sistem Penyampaian Perkhidmatan

Kerajaan yang baru dalam menyampaikan pelbagai perkhidmatan kepada rakyat

secara amnya dan sektor swasta secara khususnya. Hitzjasin merupakan gabungan

fizikal radio dan media sosial (Aplikasi facebook).

ANUGERAH INOVASI KERAJAAN NEGERI MELAKA TAHUN 2018

JABATAN TEKNOLOGI MAKLUMAT, MAJLIS PERBANDARAN JASIN

4

Projek ini dibangunkan sebagai satu inisiatif bagi penyebaran maklumat alaf

baru yang lebih pantas, jelas dan terus kepada pendengar menggantikan kaedah

penyebaran secara traditional yang agak terhad.

Selain daripada itu, ia lihat sebagai satu gerak kerja strategik yang

dibangunkan bagi meningkatkan kualiti perkhidmatan Majlis Perbandaran Jasin

dalam semua aspek serta mewujudkan suasana persekitaran hidup yang lebih

kondusif, lestari dan memberikan kesejahteraan kepada rakyat setempat.

Fasa pertama projek ini dijalankan, Jabatan Teknologi Maklumat, Majlis

Perbandaran Jasin mensasarkan 1000 pengguna facebook akan menjadi

pendengar setiap kali HitzJasin bersiaran sekaligus ia akan menjadi penarik

kepada koloborasi antara Hitjasin dengan agensi-agensi disekitar daerah Jasin

khususnya serta Melaka amnya.

ANUGERAH INOVASI KERAJAAN NEGERI MELAKA TAHUN 2018

JABATAN TEKNOLOGI MAKLUMAT, MAJLIS PERBANDARAN JASIN

1

BAB 1 : SIGNIFIKAN PEMILIHAN PROJEK

1.1 Pemilihan Projek

Idea untuk mewujudkan radio atas talian ini adalah selaras dengan hasrat Yang

Dipertua Majlis Perbandaran Jasin, En. Shadan bin Othman, untuk menjadikan Majlis

Perbandaran Jasin sebagai pihak Berkuasa Tempatan yang pertama di Negeri Melaka

yang mempunyai radio atas taliannya yang tersendiri bagi menyalurkan maklumat

berkaitan daerah Jasin.

Selaras dengan Visi Majlis Perbandaran Jasin iaitu “Komited untuk memberikan

perkhidmatan perbandaran yang terbaik, berkualiti, telus dan cekap melalui

penggembelingan tenaga dan sumber secara optimum”. Menjadikan Projek ini sebagai

satu inisiatif bagi penyebaran maklumat alaf baru yang lebih pantas, jelas dan terus

kepada pendengar menggantikan kaedah penyebaran secara traditional yang agak

terhad.

Selain daripada itu Majlis Perbandaran Jasin juga amat komited dalam

merealisasikan Inisiatif Transformasi Perkhidmatan Awam di mana paradigma baharu

dalam konteks transformasi negara menuntut perkhidmatan awam untuk menjadi lebih

fleksibel dan tangkas dalam menyampaikan perkhidmatan kepada rakyat.

Projek ini juga amat bertepatan dengan Pelan Transformasi Pihak Berkuasa

Tempatan “PBT Di Hati Rakyat” dibawah teras ke enam (6) iaitu Komunikasi Berkesan

dimana PBT disarankan untuk menyediakan teknologi berasaskan Internet of things (IOT)

bagi mengurus secara efektif kehendak dan aspirasi rakyat menjelang 2020 seperti di

Rajah 1dibawah ini.

Rajah 1 : 8 Program Berimpak Tinggi didalam Pelan Transformasi PBT Sumber : Infografik Pelan Transformasi Pihak Berkuasa Tempatan “PBT Di Hati Rakyat”

ANUGERAH INOVASI KERAJAAN NEGERI MELAKA TAHUN 2018

JABATAN TEKNOLOGI MAKLUMAT, MAJLIS PERBANDARAN JASIN

2

Selain daripada itu, ia lihat sebagai satu gerak kerja strategik yang dibangunkan

bagi meningkatkan kualiti perkhidmatan Majlis Perbandaran Jasin dalam semua aspek

serta mewujudkan suasana persekitaran hidup yang lebih kondusif, lestari dan

memberikan kesejahteraan kepada rakyat setempat.

1.2 Pembuktian Melalui Analisis

Mengikut Laporan Digital tahun 2018 yang dikeluarkan oleh Hootsuit dan We Are

Social sehingga Januari 2018, jumlah pengguna internet di negara ini meningkat kepada

25.08 juta pengguna, mewakili 79 peratus penduduk di malaysia.

Melalui data statistik pengunaan Internet di Malaysia yang diperolehi dari beberapa

sumber seperti SKMM (Suruhanjaya Komunikasi & Multimedia Malaysia), Facebook, dan

sebagainya dimana kajian yang telah dijalankan, daripada 32 juta penduduk Malaysia,

dianggarkan 24.5 juta daripada mereka merupakan pengguna Internet (76.9%). Manakala

selebihnya (23.1%) tidak memiliki akses kepada Internet.

Kajian juga menunjukkan bahawa 97.3% pengguna Internet di Malaysia memiliki

akaun Facebook. Dari segi angkanya, ianya dianggarkan seramai 23.83 juta rakyat

Malaysia memiliki akaun Facebook dan 72.7% mendengar muzik/ online radio.

Rajah 2 : Statistik pengguna internet di Malaysia Sumber : Laporan Digital Tahun 2018 oleh Hootsuit dan We Are Social

ANUGERAH INOVASI KERAJAAN NEGERI MELAKA TAHUN 2018

JABATAN TEKNOLOGI MAKLUMAT, MAJLIS PERBANDARAN JASIN

3

Jika dibuat saringan di aplikasi facebook, penduduk daerah Jasin yang memiliki

akaun Facebook mencecah 690,0000. Ini menunjukkan Facebook merupakan medium

penyebaran maklumat pada masa kini seperti yang ditunjukkan di Rajah 4. Ini menunjukkan

pemilihan MPJ dalam mewujudkan radio atas talian amat bertepatan sekali dengan

perubahan landskap media social di Malaysia.

Rajah 3 : Carta aktiviti online pengguna Internet di

Malaysia.

Sumber : Statistik Penggunaan Internet di Malaysia 2017

oleh IAMK Learning Centre

Rajah 4 : Carta aktiviti laman sosial media di

Malaysia.

Sumber : Statistik Penggunaan Internet di Malaysia 2017

oleh IAMK Learning Centre

Rajah 5 : Carta pemilik akaun facebook di Daerah Jasin.

Sumber : Aplikasi Facebook

ANUGERAH INOVASI KERAJAAN NEGERI MELAKA TAHUN 2018

JABATAN TEKNOLOGI MAKLUMAT, MAJLIS PERBANDARAN JASIN

4

BAB 2 : TINDAKAN PENYELESAIAN

2.1 Pengumpulan Data

Melihat perkembangan Facebook telah mewujudkan fenomena yang tersendiri di

seluruh pelosok dunia. Kini, penggunaan Facebook bukan lagi hanya untuk berinteraksi

secara peribadi, malah ia berkembang sebagai medium perantara dalam menyampaikan

maklumat, menjalankan perniagaan, pendidikan mahupun perkongsian gambar dan video.

Rakyat sememangnya memerlukan maklumat yang cepat, telus dan tepat mengenai

ekonomi, keselamatan negara dan isu-isu yang memberi kesan langsung kepada mereka.

Sebanyak 690,000 pemilik akaun facebook yang berasal daripada daerah Jasin,

Melaka. Secara keseluruhannya seramai 23.83 juta rakyat Malaysia memiliki akaun

Facebook dan 72.7% mendengar muzik/ online radio.

Melalui hasil daripada analisis yang telah dilakukan HitzJasin menetapkan sekurang-

kurangnya 1000 pengguna facebook akan menjadi pendengar setiap kali HitzJasin

bersiaran di Facebook Majlis Perbandaran Jasin setiap kali ke udara bahi tempoh 6 bulan

pertama penubuhannya.

Manakala sasaran bagi 6 bulan berikutnya pula adalah HitzJasin mampu untuk

menjalankan koloborasi bersama agensi atau Badan bukan kerajaan untuk mewujudkan

pelan media agar penyampaian maklumat lebih jelas, strategik dan memenuhi keperluan

media dan rakyat. Pada masa yang sama, keakraban PBT bersama rakyat melalui medium

interaksi yang lebih rapat akan diwujudkan.

STRATEGIK DAN TINDAKAN

Memperkenalkan

Mekanisme Komunikasi

PBT – Rakyat

• Memperkasakan pengurusan media massa -

“telling, informing and selling”

• Menyediakan kandungan media yang bersesuaian

dengan kumpulan sasar.

• Program penyampaian maklumat melalui medium

graphic and catchy secara interaktif dan

maklumbalas realtime

Penubuhan Unit Media dan

Juruhebah MPJ

• Meningkatkan kemahiran komunikasi kreatif

pegawai dalam penyampaian mesej dengan

menjadikan MPJ “youngish, hype, urban and

beautiful”

ANUGERAH INOVASI KERAJAAN NEGERI MELAKA TAHUN 2018

JABATAN TEKNOLOGI MAKLUMAT, MAJLIS PERBANDARAN JASIN

5

Kolaborasi Strategik

Bersama Agensi Dan Badan

Bukan Kerajaan (NGO)

• Hubungan antara agensi dan badan bukan

kerajaan (NGO) secara “win-win” situasion

2.2 Fasa Pembangunan Radio Atas Talian

Radio atas talian – HitzJasin dibangunkan untuk memudahkan penyebaran

maklumat dengan lebih cepat dan telus kepada masyarakat setempat terutama di daerah

Jasin.

2.2.1 Latar Belakang HitzJasin

Perbincangan awal pembangunan Hitzjasin dibuat pada 18 April 2017 antara

Majlis Perbandaran Jasin, Pejabat Pendidikan Daerah Jasin dan Universiti

Multimedia Malaysia Cawangan Melaka. Agihan tugas bagi ketiga-tiga agensi ini

dalah seperti berikut :

• Majlis Perbandaran Jasin

– Menyediakan fasarana dan Juruhebah

• Universiti Multimedia Malaysia Cawangan Melaka

– Server dan Bantuan Teknikal.

• Pejabat Pendidikan Daerah Jasin

– Mengendalikan 1 slot khas berkaitan pendidikan

Radio Atas Talian – HitzJasin dipertanggungjawabkan kepada Jabatan

Teknologi Maklumat yang dianggotai oleh enam (6) orang kakitangan serta terbahagi

kepada tiga (3) bahagian iaitu Bahagian Operasi, Bahagian Aplikasi serta Bahagian

Multimedia dan Pengurusan.

Bahagian Operasi bertanggungjawab dalam menyedia, mengendali dan

menyelenggara infrastruktur teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) Majlis

Perbandaran Jasin. Bahagian ini juga bertanggungjawab dalam memastikan talian

internet dan rangkaian berada ditahap yang memuaskan.

Bahagian Multimedia dan Pengurusan di pertanggungjawabkan dalam

menyelia, mengurus serta memantau perjalanan Radio Atas Talian termasuklah

membuat jemputan kepada tetamu bagi setiap slot serta mengatur jadual juruhebah

HitzJasin.

Jadual 1

ANUGERAH INOVASI KERAJAAN NEGERI MELAKA TAHUN 2018

JABATAN TEKNOLOGI MAKLUMAT, MAJLIS PERBANDARAN JASIN

6

HitzJasin telah dirasmikan oleh Tuan Yang Terutama Gabenor Negeri Melaka

pada 16 November 2017. HitzJasin ke udara setiap hari Isnin, Rabu dan Jumaat

daripada jam 9.00 pagi hingga jam 12.00 tengahari.

HitzJasin mempunyai 20 orang juruhebah yang terdiri daripada kakitangan

Majlis Perbandaran Jasin dengan melibatkan pelbagai Jabatan dan bahagian.

Kumpulan ini di sokong pula oleh 5 orang kakitangan Jabatan Teknologi Maklumat

bagi sokongan teknikal.

Slot asal yang disediakan adalah lebih bersifat ilmuan dimana tujuan utama

adalah untuk menyampaikan maklumat berkaitan jabatan kerajaan disekitar daerah

Jasin. Permulaan operasi, HitzJasin bersiaran Langsung melalui Facebook page

Majlis Perbandaran Jasin sehingga penghujung Mac 2018, ia mula menggolak

langkah untuk berdiri atas pagenya sendiri.

Pada Februari 2018, Hitzjasin mengadakan koloborasi bersama Jasin Daily

untuk bersiaran pada hari jumaat Jam 9.00 malam hingga 12.00 tengah malam

dibawah slot Lepak Santai. Kemudiannya pasukan ini di rebrandingkan dan dikenali

sebagai Stesen Jasin. Sehingga Mei 2018, purata pendengar HitzJasin mencecah

1.2 ribu orang pada satu-satu masa ia ke udara.

Rajah 6 : Majlis Perasmian HitzJasin@MMU oleh Tuan Yang

Terutama Gabenor Negeri Melaka.

ANUGERAH INOVASI KERAJAAN NEGERI MELAKA TAHUN 2018

JABATAN TEKNOLOGI MAKLUMAT, MAJLIS PERBANDARAN JASIN

7

2.2.2 Peralatan dan Fasarana Konti HitzJasin

Bagi memastikan Hitzjasin dapat bersiaran dengan baik, konti hitzjasin

dilengkapi dengan peralatan asas antaranya :

Bil Perkara Kuantiti

PERKAKASAN

1 Behringer 4/2/22 aux c/w compressors, British eq

usb & rack mount mix 1

2 Behringerc1 Studio Condenser Microphone 2

3 Microphone 2

4 MSDC63 Mic Stand 4

5 Audio Technica ATH-T200 Studio Headphone 4

6 Proel Nylon PopFilter 2

7 Web Cam 2

8. Talian Telifon 1

9. Set Komputer 2

10. Monitor (Kegunaan tetamu) 1

11. Talian Internet berkapasiti tinggi 1

PERISIAN

12. Open Broadcaster Software

(GNU General Public License) 1

13. Facebook Rasmi HitzJasin (Page)

(www.facebook.com/hitzasin) 1

HitzJasin@MMU bersiaran melalui beberapa medium perantara. antaranya

Facebook rasmi HitzJasin@MMU di alamat (url) www.facebook.com/hitzjasin. Page ini

merupakan page rasmi bagi Hitzjasin disini juga dipamerkan segala aktiviti yang

dijalankan oleh pasukan HitzJasin.

Rajah 7 : Muka Buku Rasmi HitzJasin@MMU.

Jadual 2

ANUGERAH INOVASI KERAJAAN NEGERI MELAKA TAHUN 2018

JABATAN TEKNOLOGI MAKLUMAT, MAJLIS PERBANDARAN JASIN

8

Selain daripada Facebook HitzJasin, Facebook atau page Majlis Perbandaran Jasin

juga dijadikan medium perkongsian ‘share’ semasa HitzJasin sedang ke udara

Selain daripada muka buku (facebook page) Majlis Perbandaran Jasin,

Laman Web Rasmi MPJ juga dijadikan medium tambahan untuk menyiarkan secara

langsung celoteh juruhebah-juruhebah setiap kali HitzJasin bersiaran.

Rajah 8 : Muka Buku Rasmi Majlis Perbandaran Jasin

Rajah 9 : Muka depan Laman Web Rasmi MPJ

ANUGERAH INOVASI KERAJAAN NEGERI MELAKA TAHUN 2018

JABATAN TEKNOLOGI MAKLUMAT, MAJLIS PERBANDARAN JASIN

9

HitzJasin juga disiarkan melalui Page Jasin Daily bagi menarik ramai lagi

pengunjung atau pendengar HitJasin. Jasin Daily telah diberi tanggungjawab dalam

mengendalikan segmen Lepak Santai dibawah Stesen Jasin.

Setelah berakhirnya waktu bersiaran, video atau slot terpilih yang direkodkan

akan dipindahkan ke dalam youtube rasmi Majlis Perbandaran Jasin seperti di Rajah

11.

Rajah 10 : Muka Buku Jasin Daily

Rajah 11 : Youtube Channel Rasmi Mjalis Perbandaran Jasin

ANUGERAH INOVASI KERAJAAN NEGERI MELAKA TAHUN 2018

JABATAN TEKNOLOGI MAKLUMAT, MAJLIS PERBANDARAN JASIN

10

BAB 3 : KEBERHASILAN PROJEK

3.1 Prestasi Pencapaian Projek

Fasa pertama projek ini dijalankan, Jabatan Teknologi Maklumat, Majlis Perbandaran

Jasin mensasarkan 1000 pengguna facebook akan menjadi pendengar setiap kali HitzJasin

bersiaran serta menjadi penarik kepada koloborasi dengan agensi-agensi disekitar daerah

Jasin khususnya serta Melaka amnya. Secara puratanya setelah enam (6) bulan bersiaran

HitzJasin mampu untuk menarik 1200 pendengar setiap kali ia bersiaran seperti di Rajah

12.

Projek ini juga berperanan sebagai medium penyampaian serta hebahan maklumat

alaf baru sejajar dengan peredaran zaman. Sehingga kini, HitzJasin telah menerima lawatan

dari pelbagai agensi untuk melihat bagaimana HitzJasin beroperasi.

HitzJasin sentiasa cuba menyalurkan maklumat terkini yang lebih kepada kesedaran

dan memang tidak dinafikan, Majlis Perbandaran Jasin rapat dengan masyarakat setempat

dan mereka sering melihat kepada kepentingan dan kesejahteraan penduduk di daearah

Jasin.

Rajah 12 : Laporan Live Video HitzJasin dan Stesen Jasin

Rajah 13 : Kunjung Hormat daripada Majlis Perbandaran Alor Gajah

ANUGERAH INOVASI KERAJAAN NEGERI MELAKA TAHUN 2018

JABATAN TEKNOLOGI MAKLUMAT, MAJLIS PERBANDARAN JASIN

11

3.2 Impak Projek

Setelah enam (6) bulan HitzJasin ini bersiaran, terdapat pelbagai impak yang

diperolehi daripada inovasi ini

IMPAK KETERANGAN

Masyarakat Setempat

Radio dan juga facebook atau muka buku merupakan

satu medium interaktif yang digemari oleh semua lapisan

umur. Dengan adanya radio atas talian ini dilihat sebagai

satu medium tambahan bagi PBT terutamanya Majlis

Perbandaran Jasin untuk memantapkan hubungan

dengan masyarakat setempat.

Hebahan Maklumat

Pemakluman berkaitan dasar kerajaan, program inisiatif,

hebahan dan maklumat dapat disalurkan kepada

masyarakat setempat dengan tepat, cepat serta telus.

Kolaborasi Strategik

Bersama Agensi Dan

Badan Bukan Kerajaan

(NGO)

Sebagai medium promosi yang baru, HitzJasin dilihat

mampu menarik minat Jabatan, Agensi serta Badan

Bukan Kerajaan (NGO) untuk mengadakan koloborasi

seperti slot tetap (Tazkirah Pagi Oleh Imam Masjid

Universiti Multimedia Malaysia Cawangan Melaka),

mahupun slot khas bagi mewar-warkan produk mereka.

Jadual 3

ANUGERAH INOVASI KERAJAAN NEGERI MELAKA TAHUN 2018

JABATAN TEKNOLOGI MAKLUMAT, MAJLIS PERBANDARAN JASIN

12

BAB 4 : POTENSI PERKEMBANGAN INOVASI

Dunia hari ini menyaksikan perkembangan dan perubahan yang pesat dalam

teknologi. Pelbagai inovasi dihasilkan sehngga membolehkan komunikasi dan interaksi

manusia kini, lebih pantas, cepat serta berupaya melampaui batasan masa dan tempat.

Projek ini pada asalnya adalah lebih tertumpu kepada penduduk sekitar daerah Jasin

sahaja dan tertumpu kepada menyampaikan maklumat berkaitan jabatan sekitar Jasin.

Namun kini HitzJasin bukan sahaja dapat membantu mewar-warkan aktiviti yang dilakukan

di dalam Majlis Perbandaran Jasin, tetapi juga mampu menarik agensi lain

untukmempromosikan produk mereka. Tidak mustahil Radio Atas Talian ini akan menular ke

agensi-agensi yang lain.

Rajah 14 : Berita berkaitan HitzJasin

Sumber : Melaka Hari Ini, Selasa 6 Februari 1018

Rajah 15 : Tazkirah Pagi oleh Imam Majlis MMU

Cawangan Melaka

Rajah 16 : Surat permohonan slot di HitzJasin oleh

Melaka Taming Sari Sdn. Bhd.

ANUGERAH INOVASI KERAJAAN NEGERI MELAKA TAHUN 2018

JABATAN TEKNOLOGI MAKLUMAT, MAJLIS PERBANDARAN JASIN

13

BAB 5 : PENUTUP

Kemunculan Radio Atas Talian - HitzJasin@MMU memberi impak kepada Majlis

Perbandaran jasin serta masyarakat setempat. Media baru ini secara langsung telah

mengubah pola kehidupan masyarakat, budaya, cara berfikir dan hampir segala aspek

dalam kehidupan manusia. Perkembangan HitzJasin memberi pelbagai kepada komuniti

sosial, ada yang positif.

Antara impak yang positif HitzJasin terhadap komuniti sosial ialah membantu

komunikasi dilakukan dengan lebih lancar dan berkesan. Hal ini demikian kerana HitzJasin

membolehkan komunikasi dilakukan secara "Online", secara "on time",dan di mana saja,

bila-bila saja. Komunikasi dapat dilakukan di dalam mana-mana peranti digital yang

mempunyai aplikasi Facebook. Selain itu, HitzJasin ini membantu komuniti sosial

mendapatkan dan berkongsi makumat dengan lebih mudah.

ANUGERAH INOVASI KERAJAAN NEGERI MELAKA TAHUN 2018

JABATAN TEKNOLOGI MAKLUMAT, MAJLIS PERBANDARAN JASIN

14