annual report - danajamin.com · imej tepak sireh (bekas untuk menyimpan daun sireh) adalah tema...

127
ANNUAL REPORT 2016

Upload: lamdat

Post on 15-Aug-2019

226 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

  • ANNUAL REPORT2016

    Danajamin Nasional BerhadLevel 18, Menara Allianz Sentral203, Jalan Tun SambanthanKuala Lumpur Sentral50470 Kuala Lumpur

    T • +603 2265 0800F • +603 2265 0900E • [email protected]

    www.danajamin.com

    AN

    NU

    AL

    RE

    PO

    RT

    20

    16

  • KEKUATAN DAN KOMITMENImej tepak sireh (bekas untuk menyimpan daun sireh) adalah tema bagi laporan tahunan pertama Danajamin.

    Dengan seni bentuk dan ukiran yang halus, tepak sireh merupakan perkakas hiasan terkenal yang digunakan sebagai pembuka kata pada majlis-majlis rasmi istiadat Melayu dan diperturunkan dari generasi ke generasi, berabad lamanya.

    Terdapat enam elemen penting kepada fungsi dan nilai tepak sireh iaitu: buah pinang, bunga cengkih, kapur, gambir, tembakau dan daun sireh yang merupakan elemen-elemen asli di Malaysia serta mempunyai nilai simbolik dalam adat dan tradisi Melayu.

    Elemen-elemen ini mewakili syarikat-syarikat tempatan di Malaysia, setiap satunya dengan identiti dan kekuatan tersendiri, yang bersandar kepada jaminan Danajamin untuk membantu mereka bertumbuh, memberi nilai kepada negara serta berkembang maju dari tahun ke tahun di dalam industri masing-masing.

    Seperti tepak sireh, Danajamin bertindak sebagai pembuka kata untuk syarikat-syarikat ini melangkah lebih jauh di dalam pasaran modal hutang.

  • MEMBERI SOKONGAN TEGUH

    4 Siapa Kami5 Misi Kami6 Struktur Korporat Kami7 Jaminan Kewangan8 Pencapaian Perniagaan10 Klien Kami11 Anugerah dan Penghargaan12 Portfolio Kami13 Sorotan Kewangan 5 Tahun

    KEKUATAN YANG DIPACU OLEH KETEKUNAN BERTERUSAN

    16 Penilaian & Pemantauan Kredit18 Rangka Kerja Pengurusan Risiko20 Pengurusan Modal22 Pengurusan Kecairan23 Penarafan oleh Agensi Penarafan Luar

    KOMITMEN TEGUH DAN MUTLAK

    26 Utusan Pengerusi30 Utusan Ketua Pegawai Eksekutif

    KEMAJUAN BERASASKAN KETELUSAN DAN KEBERTANGGUNGJAWABAN

    36 Lembaga Pengarah42 Pengurusan Kanan48 Carta Organisasi50 Bahagian-bahagian Kami51 Penyata Tadbir Urus Korporat63 Penyata Pengurusan Risiko & Kawalan Dalaman

    MENCUNGKIL POTENSI

    68 Komitmen kepada Tanggungjawab Sosial Korporat

    74 Sorotan Media

    PENYATA KEWANGAN BERKANUN

    77 Penyata Kewangan

    ISI KANDUNGAN

  • MEMBERI SOKONGAN TEGUH

    Tepak sireh mempunyai nilai dan kepentingan dalam tradisi Melayu sejak sekian lamanya. Acara memberi dan menerima tepak sireh yang lengkap dihias hanya dilakukan pada majlis-majlis tertentu yang menandakan rasa hormat, semangat

    perpaduan, dan kemakmuran berterusan. Nilai-nilai ini menjadi pegangan kami setiap kali berurusan dengan klien-klien, rakan-rakan perniagaan dan warga kerja kami.

  • SIAPA KAMI

    Danajamin Nasional Berhad (Danajamin) adalah syarikat insurans jaminan kewangan pertama dan tunggal di Malaysia.

    Kami ditubuhkan pada Mei 2009 untuk memangkin perkembangan pasaran bon/sukuk di Malaysia dengan menyediakan insurans jaminan kewangan untuk terbitan bon dan sukuk kepada syarikat-syarikat Malaysia yang berdaya maju bagi membolehkan mereka memasuki pasaran Sekuriti Hutang Swasta. Danajamin dikawal selia dan dipantau oleh Bank Negara Malaysia (BNM) di bawah Akta Perkhidmatan Kewangan 2013.

    Dimiliki oleh Minister of Finance Incorporated (50%) dan Credit Guarantee Corporation Malaysia Berhad (50%), Danajamin diberi penarafan AAA oleh RAM Rating Services Berhad dan Malaysian Rating Corporation Berhad. Danajamin pada masa ini dikecualikan daripada cukai.

  • MISI KAMI

    Sebagai Syarikat Insurans Jaminan Kewangan negara yang pertama, Danajamin komited dalam menyediakan jaminan kewangan untuk terbitan bon dan sukuk kepada syarikat-syarikat yang berdaya maju dari segi

    kewangan bagi membolehkan mereka memasuki pasaran modal. Misi kami adalah

    untuk membina keyakinan dan mempertingkatkan kecekapan pengagihan modal di dalam pasaran sukuk dan bon.

    Kami berhasrat untuk mencapai semua ini dengan:

    ✓ Menggalakkan budaya kerja yang mementingkan profesionalisme, integriti,

    semangat berpasukan dan inovasi;

    ✓ Melaksanakan piawaian taja jamin kredit dan pengurusan risiko yang mantap dan

    konsisten;

    ✓ Memberikan pelanggan kami akses ke dalam pasaran modal pada kos yang

    berwajaran;

    ✓ Bekerjasama dengan syarikat-syarikat yang telus, memiliki kedudukan kredit yang

    kukuh, boleh dipercayai, dan mengamalkan tadbir urus korporat yang baik;

    ✓ Berhemah dalam pengurusan kewangan bagi melindungi modal kami dan

    mengekalkan penarafan AAA;

    ✓ Menjana pulangan yang saksama untuk para pemegang saham kami.

    5D A N A J A M I N N A S I O N A L B E R H A D

  • STRUKTUR KORPORAT KAMI

    Minister ofFinance

    Incorporated

    DanajaminNasional Berhad

    50% 50%

    CreditGuarantee

    CorporationMalaysiaBerhad

    Rangka Kerja Kawal Selia Kami

    Maklumat Korporat Kami

    Akta Perkhidmatan Kewangan 2013 yang mengawal selia dan mengawasi institusi-institusi kewangan, sistem-sistem pembayaran dan lain-lain entiti berkaitan serta mengawasi pasaran wang dan pasaran tukaran asing bagi mendorong kestabilan kewangan dan untuk hal-hal berkaitan, berbangkit dan sampingan.

    Kawal Selia Insurans (Insurans Jaminan Kewangan) 2001 yang mula beroperasi pada 2 Januari 2001 bagi menyediakan asas kepada penubuhan sebuah syarikat insurans jaminan kewangan di Malaysia untuk menyokong perkembangan pasaran sekuriti hutang swasta. Ia juga menetapkan modal berbayar minimum dan rizab luar jangka yang perlu dimiliki oleh sesebuah syarikat insurans jaminan kewangan berlesen.

    Kawal Selia Khusus bagi Danajamin oleh Bank Negara Malaysia bertindak sebagai panduan bagi pembinaan dasar-dasar dan rangka kerja dalaman Danajamin.

    Pejabat BerdaftarTingkat 18, Menara Allianz Sentral203, Jalan Tun SambanthanKuala Lumpur Sentral 50470 Kuala Lumpur

    Tel : +603 2265 0800Faks : +603 2265 0900Laman sesawang : www.danajamin.com

    Setiausaha SyarikatLeny Azmalina binti Abdul Aziz(MAICSA 7043028)

    JuruauditTetuan PricewaterhouseCoopersTingkat 10, 1 Sentral, Jalan RakyatKuala Lumpur Sentral50470 Kuala Lumpur

    Khidmat AktuariKPMG Actuarial Pty Ltd (Australia)

    6 L A P O R A N T A H U N A N 2 0 1 6

  • JAMINAN KEWANGAN KAMI

    Danajamin menyediakan jaminan kewangan iaitu satu bentuk peningkatan kredit, kepada bon/sukuk. Dengan jaminan Danajamin, bon/sukuk yang terlibat secara automatik akan diberi penarafan AAA iaitu penarafan tertinggi untuk bon/sukuk. Penarafan ini mencerminkan jaminan kewangan Danajamin yang tetap dan tidak bersyarat. Dengan penarafan yang lebih baik, kejayaan terbitan bon/sukuk oleh syarikat-syarikat penerbit akan lebih terjamin. Para pelabur pula berpeluang melabur di dalam kertas bertaraf AAA yang dijamin oleh Danajamin. Para pelabur juga memperoleh jaminan bahawa Danajamin akan membayar jumlah pokok dan sehingga satu kupon/keuntungan bagi pihak syarikat penerbit, sekiranya syarikat tersebut gagal membayarnya.

    Untuk tujuan ini, syarikat penerbit bon/sukuk akan membayar satu yuran jaminan kepada Danajamin bagi mendapatkan jaminannya. Yuran jaminan ini dikira berdasarkan peratusan nilai nominal bagi setiap terbitan berinsurans (serta satu kupon/bayaran keuntungan), dan dibayar lebih awal setiap tahun.

    Struktur keseluruhan kemudahan jaminan kewangan Danajamin adalah seperti berikut:

    SYARIKAT-SYARIKATPENERBIT

    PELABUR

    PENARAFAN AAA

    DANAJAMINNASIONALBERHAD

    Pulangan

    Melabur

    Syarat-syarat pembiayaan

    Membayar kupon/keuntungan & jumlah pokok

    Pembayaran Yuran Jaminan

    Penyediaan KemudahanJaminan untuk terbitanbon/sukuk

    Pembayaran kupon/keuntungan dan jumlah pokok bagi pihak syarikatpenerbit di dalam tempoh10 hari bekerja, sekiranya syarikatpenerbit gagal membayarnya

    ✓ Memberi jaminan ke atas bon/sukuk yang diterbitkan✓ Peningkatan kredit AAA

    7D A N A J A M I N N A S I O N A L B E R H A D

  • PENCAPAIAN PERNIAGAAN KAMI

    28 AprilDanajamin menjamin terbitandan ‘fronting’ terbesarnya dengan sebuah bank bertaraf AAA, berjumlah RM635 juta. Penerbit: Perdana Petroleum Berhad

    5 DisemberQuill Retail Malls Sdn Bhd menebus sepenuhnya kemudahan FGI berjumlah RM260 juta. Ini merupakan penebusan penuh yang ke-7 bagi Danajamin setakat ini.

    31 DisemberDanajamin mencapai impak pasaran sebanyak RM15.2 bilion.

    27 AprilBon-bon pertama yang dijamin oleh Danajamin ditebus sepenuhnya.Penerbit: 1 Warisan Sdn Bhd

    28 OgosDanajamin melaksanakan satu program urusniaga bertempoh21 tahun iaitu tempoh terpanjang setakat ini.Penerbit: West Coast ExpresswaySdn Bhd

    16 NovemberUrusniaga pertama sekuriti berasaskan aset menerusi program sukuk ijarah bernilai RM450 juta. Penerbit: Purple Boulevard Berhad

    30 SeptemberDanajamin menandatangani perjanjian kerjasama strategik dengan Jaminan Kredit dan Kemudahan Pelaburan bagi mencungkil potensi pasaran modal.

    1 AprilDanajamin mencecah RM6 bilion bagi jumlah jaminan keseluruhan yang disediakan.

    2 JunDanajamin melaksanakan urusniaga jaminan bersama yang pertama dengan Maybank Islamic Berhad.Penerbit: Ranhill Capital Sdn Bhd (dulu dikenali sebagai Ranhill Power Sdn Bhd)

    17 JunDanajamin melaksanakan urusniaga kendiri & jaminannya yang pertama.Penerbit: Ranhill Powertron IISdn Bhd

    8 DisemberDanajamin menjalin kerjasama dengan Maybank dan OCBC untuk urusniaga jaminan bersindiketnya yang pertama. Penerbit: Silver Sparrow Sdn Bhd

    29 JunTerbitan Jaminan Bon Danajamin yang pertama.Penerbit: Syarikat Kapasi Sdn Bhd

    23 JulaiTerbitan Jaminan Sukuk Danajamin yang pertama.Penerbit: LBS Bina Sdn Bhd

    15 MeiPenubuhan Danajamin.

    30 JunDanajamin memperkenalkan Dasar Taja Jamin yang bertindak sebagai garis panduan dalam menilai permohonan untuk insurans jaminan kewangan.

    31 JulaiDanajamin melaksanakan jaminan pertamanya untuk satu urusniaga berstruktur. Penerbit: Mecuro Properties Sdn Bhd

    2012

    2015

    2014

    2011

    2010

    2013

    2016

    2009

    8 L A P O R A N T A H U N A N 2 0 1 6

  • 28 AprilDanajamin menjamin terbitandan ‘fronting’ terbesarnya dengan sebuah bank bertaraf AAA, berjumlah RM635 juta. Penerbit: Perdana Petroleum Berhad

    5 DisemberQuill Retail Malls Sdn Bhd menebus sepenuhnya kemudahan FGI berjumlah RM260 juta. Ini merupakan penebusan penuh yang ke-7 bagi Danajamin setakat ini.

    31 DisemberDanajamin mencapai impak pasaran sebanyak RM15.2 bilion.

    27 AprilBon-bon pertama yang dijamin oleh Danajamin ditebus sepenuhnya.Penerbit: 1 Warisan Sdn Bhd

    28 OgosDanajamin melaksanakan satu program urusniaga bertempoh21 tahun iaitu tempoh terpanjang setakat ini.Penerbit: West Coast ExpresswaySdn Bhd

    16 NovemberUrusniaga pertama sekuriti berasaskan aset menerusi program sukuk ijarah bernilai RM450 juta. Penerbit: Purple Boulevard Berhad

    30 SeptemberDanajamin menandatangani perjanjian kerjasama strategik dengan Jaminan Kredit dan Kemudahan Pelaburan bagi mencungkil potensi pasaran modal.

    1 AprilDanajamin mencecah RM6 bilion bagi jumlah jaminan keseluruhan yang disediakan.

    2 JunDanajamin melaksanakan urusniaga jaminan bersama yang pertama dengan Maybank Islamic Berhad.Penerbit: Ranhill Capital Sdn Bhd (dulu dikenali sebagai Ranhill Power Sdn Bhd)

    17 JunDanajamin melaksanakan urusniaga kendiri & jaminannya yang pertama.Penerbit: Ranhill Powertron IISdn Bhd

    8 DisemberDanajamin menjalin kerjasama dengan Maybank dan OCBC untuk urusniaga jaminan bersindiketnya yang pertama. Penerbit: Silver Sparrow Sdn Bhd

    29 JunTerbitan Jaminan Bon Danajamin yang pertama.Penerbit: Syarikat Kapasi Sdn Bhd

    23 JulaiTerbitan Jaminan Sukuk Danajamin yang pertama.Penerbit: LBS Bina Sdn Bhd

    15 MeiPenubuhan Danajamin.

    30 JunDanajamin memperkenalkan Dasar Taja Jamin yang bertindak sebagai garis panduan dalam menilai permohonan untuk insurans jaminan kewangan.

    31 JulaiDanajamin melaksanakan jaminan pertamanya untuk satu urusniaga berstruktur. Penerbit: Mecuro Properties Sdn Bhd

    2012

    2015

    2014

    2011

    2010

    2013

    2016

    2009

    9D A N A J A M I N N A S I O N A L B E R H A D

  • OUR CLIENTS

    Konvensional

    Berjaya Land BhdGreat Realty Sdn BhdKMCOB Capital BhdImpian Ekspresi Sdn BhdPremier Merchandise Sdn BhdMercuro Properties Sdn BhdSegi Astana Sdn BhdSilver Sparrow Sdn BhdTRIplc Ventures Sdn Bhd

    Ditebus Sepenuhnya

    Quill Retail Malls Sdn BhdBerjaya City Sdn BhdMRCB Sentral Properties Sdn BhdLBS Bina Group BhdSyarikat Kapasi Sdn BhdRiverson Corporation Sdn Bhd1 Warisan Sdn Bhd

    Islamik

    Chellam Plantations Sdn BhdPerdana Petroleum BhdPurple Boulevard BhdWest Coast Expressway Sdn BhdPuncak Wangi Sdn BhdN.U.R Power Sdn BhdMydin Mohd Holdings BhdPoh Kong Holdings BhdSenari Synergy Sdn BhdAntara Steel Mills Sdn BhdRanhill Powertron II Sdn BhdRanhill Capital Sdn BhdTSH Sukuk Musyarakah Sdn BhdSymphony Life Bhd

    Membangunkan aset-aset Harta Tanah bernilai lebih kurang RM5.2 bilionMembolehkan pembangunan lebih 500,000 kaki persegi ruang pejabat dan runcit di KL Sentral, yang kini menempatkan syarikat-syarikat tempatan dan multinasional selain menggerakkan semula dua projek runcit yang terbengkalai di lokasi-lokasi utama yang kini menempatkan lebih kurang 450 buah kedai.

    Membangunkan hospital antarabangsa pertama di Sabah dan memperkukuhkan pelancongan perubatanMembolehkan pembangunan sebuah hospital tahap tertiar dengan 250 katil yang diuruskan oleh Gleneagles, dengan fokus kepakaran dalam pembedahan neuro dan jantung, ortopedik dan gastroenterologi.

    Membangunkan kemudahan pengajian tinggi untuk UiTMMembantu sebuah syarikat membangunkan 990,000 kaki persegi kawasan baharu untuk kemudahan akademik dan penginapan pelajar di bawah program Inisiatif Kewangan Projek.

    Membangunkan pasaraya jenama tempatan MalaysiaMembolehkan pembangunan tiga pasaraya baharu di bawah Program Transformasi Ekonomi dan mencipta peluang pekerjaan untuk 11,000 pekerja di seluruh negara.

    Menstruktur semula pembiayaan untuk satu Penjana Kuasa Bebas (IPU) di Kulim Hi-Tech ParkIPU ini kini menyediakan bekalan tenaga kepada lebih 50 buah syarikat tempatan dan global termasuk Fuji, Intel, Panasonic, BASF, Abbot dan Infineon.

    Membangunkan sebuah lebuhraya ekspres yang menghubungkan pekan-pekan Pantai Barat di Semenanjung MalaysiaLebuhraya Ekspres Pantai Barat meliputi 233 km dengan 21 persimpangan di mana 10 daripadanya adalah di Selangor dan 11 di Perak, serta dihubungkan dengan lain-lain lebuhraya ekspres utama di Semenanjung Malaysia.

    Sorotan

    10 L A P O R A N T A H U N A N 2 0 1 6

  • Islamic Finance News (IFN) Deals of the Year 2012Program bon berjumlah RM800 juta oleh Ranhill Capital Sdn BhdSukuk Musyarakah Deal

    Islamic Finance News (IFN) Deals of the Year 2012Program sukuk berjumlah RM650 juta oleh N.U.R. Power Sdn BhdRestructuring Deal of the Year

    RAM League Awards 2015Program bon berjumlah RM350 juta oleh West Coast Expressway Sdn BhdProject Finance Benchmark Deal

    Islamic Finance News (IFN) Deals of the Year 2016Program Sukuk Ijarah Purple BoulevardIjarah Deal of the Year

    Islamic Finance News (IFN) Deals of the Year 2016Program Sukuk Ijarah Purple BoulevardReal Estate Deal of the Year

    The Triple A Asset Awards 2016Program Sukuk Ijarah Purple BoulevardBest Securitization Sukuk

    RAM League Awards 2016Program Sukuk Ijarah Purple BoulevardStructured Finance Landmark Deal

    BPAM Bond Market Awards 2016Danajamin Nasional BerhadAnugerah Khas

    ANUGERAH DAN PENGHARGAAN

    11D A N A J A M I N N A S I O N A L B E R H A D

  • PORTFOLIO KAMI

    JUMLAH KLIEN

    30 Klienn 23 klien aktif

    n 7 klien yang telah menerima pulangan3

    NISBAH LEVERAJ1

    3.02x

    ‘12 ‘13 ‘14 ‘15

    ‘16

    TERBITAN BAHARU(RM juta)+54%

    ‘12 ‘13 ‘14 ‘15

    ‘16

    JUMLAH JAMINAN(KASAR) (RM juta)+2%

    ‘12 ‘13 ‘14 ‘15

    ‘16

    JUMLAH JAMINAN(BERSIH)2 (RM juta)-9%

    1,49

    9

    4,39

    4

    5,81

    8

    5,80

    3

    5,55

    8

    5,66

    4

    1,58

    9

    695

    590

    910

    4,25

    4

    5,53

    7

    5,42

    3

    5,19

    9

    4,75

    2

    1 Merujuk kepada Jumlah Jaminan Bersih/Ekuiti Pemegang Saham.2 Merujuk kepada portfolio jaminan bagi ‘fronting’ dan ‘selldown’ kepada institusi-institusi kewangan lain. ‘Fronting’ dan ‘selldown’ adalah urusniaga di mana Danajamin memeterai perjanjian imbang

    balas bersama institusi kewangan lain bagi memindahkan risiko.3 Merujuk kepada penebusan penuh tanpa memerlukan jaminan Danajamin.

    12 L A P O R A N T A H U N A N 2 0 1 6

  • SOROTAN KEWANGAN 5 TAHUN

    ‘12 ‘13 ‘14 ‘15

    ‘16

    PREMIUM DIPEROLEHI BERSIH(RM juta)+4%

    ‘12 ‘13 ‘14 ‘15

    ‘16

    KEUNTUNGAN SEBELUM CUKAI(RM juta)+5%

    ‘12 ‘13 ‘14 ‘15

    ‘16

    EKUITI PEMEGANG SAHAM(RM juta)+8%

    ‘12 ‘13 ‘14 ‘15

    ‘16

    JUMLAH ASET(RM juta)+5%

    58.5

    75.9

    103.

    4 113.

    0

    119.

    3

    125.

    5

    79.1

    89.5

    86.4 89

    .9

    ‘12 ‘13 ‘14 ‘15

    ‘16

    PENDAPATAN PELABURAN(RM juta)+11%

    39.2 4

    4.7

    52.2 5

    7.7 6

    4.0

    1,13

    9.6

    1,23

    7.3

    1,34

    8.7

    1,45

    9.8

    1,57

    5.4

    1,64

    2.0 1,91

    4.5

    1,94

    2.6

    2,00

    4.0

    2,09

    4.2

    13D A N A J A M I N N A S I O N A L B E R H A D

  • KEKUATAN YANG DIPACU OLEH

    KETEKUNAN BERTERUSANKacip pinang digunakan untuk memotong buah pinang mengikut bentuk yang

    sepatutnya dalam penyediaan sireh. Dalam cara yang serupa, Danajamin mempersiapkan syarikat-syarikat kliennya untuk memasuki pasaran modal serta

    mengumpul dana yang diperlukan dengan memperkukuhkan penarafan kredit mereka.

  • PENILAIAN & PEMANTAUAN KREDIT

    Kebingkasan rekod pencapaian Danajamin adalah berasaskan pengurusan kredit yang mantap dan tadbir urus yang teguh. Faktor-faktor ini memulihara kemampanan perniagaan Danajamin, dan meningkatkan keyakinan pelabur. Sebagai sebahagian daripada tadbir urus dan pengurusan kredit Danajamin, ketelitian diamalkan dalam menilai dan memantau kemajuan dan prestasi klien.

    Bahagian Liputan Pelanggan, Bahagian Pengurusan Pelanggan serta Fungsi Pengurusan Risiko telah mewujudkan satu proses penilaian dan pemantauan yang berkesan dan mantap.

    Bahagian LiputanPelanggan

    Fungsi PengurusanRisiko

    Pelulusan Bahagian PengurusanPelanggan

    ■ Pengasalan perniagaan & penilaian kredit awal■ Pengurusan perhubungan

    ■ Jawatankuasa Taja Jamin Pengurusan

    ■ Jawatankuasa Taja Jamin Lembaga Pengarah

    ■ Semakan tahunan (syarat minimum)■ Menentukan strategi pengurusan dan pemantauan akaun ■ Penjejakan & semakan penggunaan hasil dana■ Penjejakan kemajuan pembangunan/pembinaan & semakan kewangan/perniagaan■ Memantau & menyemak: (i) kontrak perjanjian; dan (ii) syarat-syarat pembinaan ■ Lawatan tapak/perbincangan bersama klien & perunding bebas dan sebagainya

    ■ Penilaian kredit bebas■ Had konsentrasi – sektor & pelanggan tunggal■ Penentuan harga

    Gelung Pemantauan

    16 L A P O R A N T A H U N A N 2 0 1 6

  • Setiap hubungan klien yang baharu bermula di Bahagian Liputan Pelanggan Danajamin. Bahagian Liputan Pelanggan kemudiannya akan meneruskan dengan proses penilaian kredit awal yang melibatkan:

    n Lawatan tapak untuk lebih memahami operasi perniagaan dan aset-aset klien.

    n Melantik pakar bidang untuk menilai hal-hal teknikal projek, apabila perlu.

    n Menggunakan Sistem Penarafan Kredit Standard & Poor’s untuk menilai dan menaraf klien.

    n Memeriksa kebolehpercayaan kredit menerusi pangkalan data domestik dan antarabangsa.

    n Pematuhan kepada kawalan selia dan kehendak-kehendak Bank Negara Malaysia seperti Akta Anti Pengubahan Wang, Anti Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram 2001 serta Had Pelanggan Tunggal.

    n Menjalankan analisis ke atas industri, operasi, prestasi kewangan dan unjuran aliran tunai.

    Cadangan kredit akan diserahkan kepada Fungsi Pengurusan Risiko Danajamin untuk penilaian kredit bebas. Fungsi Pengurusan Risiko memantau risiko-risiko semulajadi dalam profil perniagaan klien selain mengenalpasti risiko-risiko baru muncul dan menilai profil kredit.

    Danajamin juga mempunyai had konsentrasi berdasarkan had sektor dan pelanggan tunggal yang telah diwujudkan secara dalaman. Penentuan harga berdasarkan profil risiko klien juga ditetapkan pada peringkat ini.

    Cadangan kredit serta komentar pengurusan risiko kemudiannya dibentangkan kepada Jawatankuasa Taja Jamin Pengurusan dan seterusnya kepada Jawatankuasa Taja Jamin Lembaga Pengarah untuk kelulusan.

    Selepas diluluskan, Bahagian Liputan Pelanggan akan meneruskan dengan proses dokumentasi sehingga dasar jaminan dan bon/sukuk diterbitkan.

    Selepas penerbitan, akaun terlibat dipindahkan kepada Bahagian Pengurusan Pelanggan untuk pemantauan berterusan. Bahagian Pengurusan Pelanggan meneruskan hubungan dan pemantauan sepanjang tempoh jaminan tersebut, dan bertindak sebagai penghubung untuk sebarang permintaan klien atau penyelesaian isu.

    Pasukan Bahagian Pengurusan Pelanggan memantau secara teliti prestasi perniagaan dan kewangan klien. Ini termasuk analisis ke atas industri, operasi, prestasi kewangan, semakan unjuran aliran tunai, penjejakan penggunaan hasil, kemajuan pembangunan atau pembinaan, pematuhan kepada perjanjian dan syarat-syarat pembinaan yang berkaitan dengan penerbitan terbabit. Aktiviti pemantauan adalah termasuk lawatan tapak dan perbincangan bersama klien, perunding bebas, peguam cara luar, juruaudit luar serta pemantauan ke atas akauntan.

    Bahagian-bahagian ini bermesyuarat secara kerap dan memberi laporan kepada Jawatankuasa Taja Jamin Pengurusan dan Jawatankuasa Taja Jamin Lembaga Pengarah pada setiap bulan.

    17D A N A J A M I N N A S I O N A L B E R H A D

  • RANGKA KERJA PENGURUSAN RISIKO

    Pemantauan Risiko

    Risiko-risiko yang dikenalpasti akan dipantau dan sebarang perkembangan atau perubahan akan dilaporkan dengan segera. Faktor-faktor risiko dengan tahap risiko kasar yang tinggi dipantau dengan teliti dan dibentangkan dalam Papan Pemuka Penunjuk Risiko Utama berserta jejakan Penyata Julat Risiko kepada Jawatankuasa Risiko Pengurusan dan Jawatankuasa Risiko Lembaga Pengarah sekali setiap dua bulan.

    Rangka Kerja Pengurusan RisikoCarta di bawah menunjukkan rangka kerja pengurusan risiko terkini Danajamin.

    Pengenalpastian Risiko

    Faktor-faktor risiko yang berpotensi memberi impak ke atas Danajamin dikenalpasti dan dipantau menurut daftar risiko utama. Daftar risiko utama ini disemak sekali setiap dua bulan untuk mengenalpasti risiko-risiko baharu dan berpotensi.

    Mitigasi Risiko

    Pengurusan Kanan dan Ketua Pegawai Risiko akan mencadangkan kawalan mitigasi untuk setiap risiko yang dikenalpasti dan akan memantau pelaksanaannya. Baki risiko kemudiannya dipetakan kepada satu peta baki risiko.

    Penerimaan Risiko

    Semua risiko kasar dan baki risiko akan dibentangkan kepada Jawatankuasa Risiko Pengurusan untuk cadangan dan Jawatankuasa Risiko Lembaga Pengarah untuk kelulusan.

    Penilaian Risiko

    Setiap faktor risiko yang dikenalpasti akan dinilai bagi menentukan kemungkinan berlakunya risiko tersebut serta impaknya dari segi kerugian sebenar atau jangkaan kerugian ke atas Danajamin. Tahap kemungkinan dan impak kewangan untuk setiap faktor risiko yang dikenalpasti ditentukan dan seterusnya dipetakan kepada satu peta risiko kasar.

    18 L A P O R A N T A H U N A N 2 0 1 6

  • Pengenalpastian Risiko

    Lembaga Pengarah dan Pengurusan Kanan Danajamin telah mewujudkan satu pendekatan menyeluruh ke atas pengurusan risiko. Danajamin menggunakan proses atas-bawah dan bawah-atas dalam mengenalpasti risiko.

    Dari perspektif atas-bawah, Lembaga Pengarah, Jawatankuasa Risiko Lembaga Pengarah dan Jawatankuasa Risiko Pengurusan telah mengenalpasti kesemua risiko yang cukup besar untuk mengancam Danajamin dengan masalah kewangan dalam persekitaran yang merugikan.

    Proses bawah-atas melibatkan unit-unit perniagaan dan fungsi-fungsi berasingan yang menjalankan penilaian kendiri kawalan risiko yang direka untuk mengenalpasti semua risiko-risiko penting. Proses berterusan ini mengenalpasti semua risiko-risiko penting, menjumlahkan risiko-risiko tersebut menggunakan pendekatan yang konsisten, dan kemudian mengumpulkan kesemua pendedahan risiko di seluruh organisasi bagi menghasilkan satu profil risiko yang menyeluruh.

    Risiko-risiko yang dikenalpasti diklasifikasi dalam kategori-kategori berikut, seperti yang diluluskan oleh Jawatankuasa Risiko Lembaga Pengarah:

    Strategik Kredit Pasaran Operasi Insurans TadbirUrus &

    Kawal Selia

    Kecairan ModalInsan

    Perundangan TeknologiMaklumat

    Profil Risiko

    Setiap risiko utama yang dikenalpasti dan dirangkumkan di dalam Penunjuk Risiko Utama Danajamin akan dipetakan ke dalam satu peta risiko. Risiko-risiko utama ini dipetakan berdasarkan kemungkinan ia berlaku dan ancaman impaknya ke atas Danajamin. Risiko-risiko utama akhir yang dikenalpasti kemudiannya akan dipetakan ke dalam matriks peta risiko kasar menurut kategori risiko yang sepatutnya.

    Secara umumnya, risiko-risiko dengan tahap risiko kasar yang tinggi akan dipantau dan dibentangkan dalam Papan Pemuka Penunjuk Risiko Utama dan dibentangkan kepada Jawatankuasa Risiko untuk tujuan pemantauan. Untuk setiap risiko di dalam papan pemuka tersebut, penunjuk ditakrifkan untuk setiap status iaitu hijau, kuning jingga dan merah, di mana hijau merupakan status yang dikehendaki.

    Risiko-risiko utama yang dipantau di dalam Papan Pemuka Penunjuk Risiko Utama termasuk:

    n Kecukupan rizab premium n Risiko kecairan n Pendedahan konsentrasi

    n Kemungkinan berlakunya keingkaran n Turun naik kadar faedah n Pengekalan penarafan AAA

    n Jangkaan kerugian n Penjejasan pelaburan n Kekosongan dalam jawatan utama

    n Kecukupan modal n Penetapan masa untuk semakan tahunan

    Penyata Julat Risiko

    Lembaga Pengarah bertanggungjawab menentukan julat risiko Danajamin. Ia merupakan penyata yang jelas mengenai tahap risiko yang sanggup (dan mampu) diambil oleh Danajamin dalam usaha mencapai matlamat kami. Julat risiko adalah asas kepada pengurusan risiko yang kukuh. Dengan julat ini, pengurusan risiko di seluruh perniagaan akan dijalankan berdasarkan asas-asas tertentu dan dengan jangkaan yang jelas.

    19D A N A J A M I N N A S I O N A L B E R H A D

  • PENGURUSAN MODAL

    Pengurusan modal adalah satu proses berterusan dalam menentukan dan mengekalkan modal yang mencukupi dan memastikan bahawa kualiti modal tersebut adalah sesuai bagi menyokong aktiviti operasi perniagaan Danajamin yang dirancang. Modal diuruskan bagi mengekalkan kewangan yang kukuh, menyerap kerugian agar dapat bertahan dalam persekitaran ekonomi yang merugikan, mewujudkan peluang pertumbuhan serta memenuhi lain-lain matlamat perniagaan dan pengurusan risiko Danajamin.

    Menyedari kepentingan pengurusan modal yang berkesan, Danajamin mengekalkan kedudukan modal yang kukuh dan mantap dengan penampan yang mencukupi bagi memenuhi obligasi jaminannya kepada para pelabur serta untuk tujuan syarat-syarat kawalan selia. Berkuatkuasa 1 Januari 2015, Danajamin telah menggunapakai Rangka Kerja Modal Berasaskan Risiko untuk Syarikat-syarikat Insurans seperti yang ditetapkan oleh Bank Negara Malaysia.

    Di bawah Rangka Kerja Modal Berasaskan Risiko ini, Danajamin perlu mengekalkan tahap kecukupan modal yang setara dengan profil risikonya. Sehingga kini, Nisbah Kecukupan Modal Danajamin adalah pada 300% iaitu melangkaui kehendak modal minimum sebanyak 130% di bawah Rangka Kerja Modal Berasaskan Risiko yang dikawal selia oleh Bank Negara Malaysia.

    Danajamin juga sehubungan itu menggunapakai Rangka Kerja Proses Penilaian Kecukupan Modal Dalaman. Di bawah Rangka Kerja ini, Danajamin memastikan modal yang mencukupi bagi memenuhi keperluan modalnya secara berterusan. Elemen-elemen utama yang menyokong Rangka Kerja ini termasuk penyeliaan Lembaga Pengarah dan Pengurusan, penilaian risiko yang menyeluruh, penetapan tahap modal sasaran berasingan dan tahap pencetus tindakan pengurusan, ujian tekanan berkala, pelan pengurusan modal yang kukuh serta pemantauan berterusan, laporan bulanan dan semakan kedudukan modal. Pelan pengurusan modal dikembangkan dan diperhalusi dengan lebih lanjut di bawah Rangka Kerja ini bagi menggariskan pendekatan-pendekatan dan prinsip-prinsip di mana modal Danajamin dipantau dan diuruskan, serta tindakan-tindakan pembetulan oleh pengurusan yang akan dilaksanakan sekiranya tahap-tahap modal kritikal tidak dipatuhi. Ini sejajar dengan penyata julat risiko yang diwujudkan bagi menggariskan kapasiti Danajamin dalam menangani risiko untuk mencapai matlamat perniagaannya sambil memenuhi jangkaan pemegang berkepentingan utama.

    Proses Penilaian Kecukupan Modal Dalaman membentuk sebahagian daripada rangka kerja pengurusan risiko Danajamin dalam menangani semua pendedahan risiko serta direka bagi mencerminkan saiz, ciri-ciri dan kompleksiti operasi Danajamin secara teratur dan berkesan.

    20 L A P O R A N T A H U N A N 2 0 1 6

  • Ciri-ciri utama Proses Penilaian Kecukupan Modal Dalaman termasuk:

    Satu proses mantap dengan takrif yang jelas untuk mengenalpasti, menilai, memantau dan mengurus risiko.

    Penetapan tahap modal sasaran Danajamin sejajar dengan risiko-risiko yang berkaitan dengan kedudukan kewangan semasa dan unjurannya.

    Pemahaman yang kukuh mengenai profil risiko keseluruhan Danajamin dan takrif yang jelas mengenai penyata julat risiko yang sesuai dengan pemacu risiko jangka pendek dan panjangnya.

    Strategi yang jelas bagi menguruskan tahap modal, termasuk di bawah senario tekanan.

    Tahap Modal Sasaran Individu

    Kaedah penilaian modal Danajamin memastikan bahawa ia beroperasi pada tahap modal yang melebihi Tahap Modal Sasaran Individu pada masa kini dan melebihi had rancangan modal pusingan untuk sekurang-kurangnya tiga tahun. Penilaian ini mengambilkira perubahan semasa dan perubahan yang dijangka dalam profil risiko Danajamin seperti yang dicerminkan di dalam strategi rancangan perniagaan tahunan yang meramal potensi impak ke atas modal.

    Tahap Modal Sasaran Individu mencerminkan toleransi dan julat risiko keseluruhan yang ditetapkan oleh Lembaga Pengarah, profil risiko dan amalan pengurusan risikonya sendiri. Ujian Tekanan Berkala dijalankan setiap tahun ke atas beberapa kedudukan kewangan bagi menilai kecukupan Tahap Modal Sasaran Individu yang telah ditetapkan. Sejajar dengan garis panduan Bank Negara Malaysia, senario ujian tekanan ditentu ukur sejajar dengan toleransi/julat risiko Danajamin.

    Pelan Pengurusan Modal

    Danajamin memastikan bahawa tahap dan kualiti modal yang sewajarnya diwujudkan sejajar dengan tahap risiko perniagaan menerusi satu pelan pengurusan modal yang disemak secara berkala dan merangkumi beberapa tahap pencetus tindakan pengurusan bagi memastikan tahap modalnya kembali kepada tahap yang sewajarnya. Pengekalan tahap modal yang mencukupi mencipta keyakinan mengenai kekukuhan kewangan Danajamin serta memberi jaminan kepada pemegang polisi sedia ada dan masa hadapan, para pelabur, agensi-agensi penarafan dan pengawal selia.

    Pelan Pengurusan Modal direka bagi memenuhi objektif-objektif utama berikut

    n Bagi memenuhi modal kawal selia pada setiap masa dan mengekalkan penampan yang mencukupi melepasi tahap modal kawal selia

    n Bagi mengenalpasti pelan tindakan segera yang akan dilaksanakan bagi mengembalikan modal ke tahap yang sewajarnya

    n Bagi menentukan Tahap Modal Sasaran Individu dan tahap pencetus untuk tindakan selanjutnya

    21D A N A J A M I N N A S I O N A L B E R H A D

  • Kecairan merujuk kepada kebolehan Danajamin untuk memenuhi obligasinya apabila diperlukan.

    Permintaan untuk dana lazimnya boleh dipenuhi menerusi dana dalaman Danajamin. Bagaimanapun, ini merupakan satu risiko sekiranya pelaburan di dalam portfolio terbabit tidak boleh dicairkan.

    Model perniagaan Danajamin, dari masa ke semasa, memerlukannya untuk membayar tuntutan jika dan apabila obligasi tersebut timbul. Justeru itu, pengurusan kecairan adalah satu fungsi penting dalam memastikan bahawa obligasi dipenuhi secara teratur. Permintaan untuk kecairan diuruskan menerusi gabungan amalan-amalan pelaburan dan pengurusan aset-liabiliti, yang dipantau secara berterusan.

    Sehubungan itu, Danajamin mempunyai Dasar Pelaburan yang ketat dan memastikan bahawa sejumlah besar aset disimpan di dalam instrumen cair pada setiap masa seperti deposit, sekuriti kerajaan dan sekuriti bertaraf tinggi. Agar lebih terjamin, kemudahan belian semula dengan institusi-institusi kewangan turut disediakan sebagai sokongan kecairan tambahan apabila diperlukan.

    Sebagai sebahagian daripada pemantauan dan penilaian kecairan dalaman Danajamin, Danajamin menyediakan satu Rangka Kerja Kecairan bagi memastikan bahawa sebarang tuntutan obligasi boleh dipenuhi secara berterusan. Rangka Kerja ini menggunakan keputusan ujian tekanan yang serupa dengan Proses Penilaian Kecukupan Modal Dalaman sejajar dengan Garis Panduan Ujian Tekanan Bank Negara Malaysia sebagai asas untuk menentukan tuntutan obligasi dan untuk memastikan bahawa terdapat kecairan yang mencukupi bagi memenuhi obligasi tersebut. Rangka Kerja ini turut menggariskan tindakan pengurusan yang diperlukan sekiranya berlaku defisit.

    PENGURUSAN KECAIRAN

    22 L A P O R A N T A H U N A N 2 0 1 6

  • Butiran mengenai penarafan Danajamin adalah seperti berikut:

    Agensi Penarafan Tarikh Penarafan/Klasifikasi Penarafan Diterima

    RAM Rating Services Berhad 6 Disember 2016 Penarafan Peningkatan Kewangan Jangka Panjang

    Penarafan Peningkatan Kewangan Jangka Pendek

    Tinjauan

    AAA

    P1

    Stabil

    Malaysian Rating Corporation Berhad 17 November 2016 Penarafan Kekukuhan Kewangan Syarikat Insurans

    Penarafan Kredit Kaunterparti Jangka Pendek

    Tinjauan

    AAA

    MARC-1

    Stabil

    Huraian bagi Penarafan yang Diberi

    RAM Rating Services Berhad

    Penarafan Peningkatan Kewangan Jangka Panjang

    AAA Syarikat insurans jaminan kewangan yang diberikan penarafan AAA mempunyai kapasiti unggul dalam memenuhi obligasi kewangannya terhadap pemegang polisi/kontrak. Ini merupakan penarafan tertinggi bagi Kekukuhan Kewangan Syarikat Insurans jangka panjang yang diberikan oleh RAM Rating Services Berhad.

    Penarafan Peningkatan Kewangan Jangka Pendek

    P1 Syarikat insurans jaminan kewangan yang diberikan penarafan AAA mempunyai kapasiti unggul dalam memenuhi obligasi kewangannya terhadap pemegang polisi/kontrak. Ini merupakan penarafan tertinggi bagi Kekukuhan Kewangan Syarikat Insurans jangka pendek yang diberikan oleh RAM Rating Services Berhad.

    Nota: Penarafan yang diberi mengambilkira, antara lain, Garis Panduan Leveraj untuk Syarikat-syarikat Insurans Jaminan Kewangan (Januari 2014) yang dikeluarkan oleh RAM Rating Services Berhad.

    Malaysian Rating Corporation Berhad

    Penarafan Kekukuhan Kewangan Syarikat Insurans

    AAA Sebuah institusi yang diberi penarafan AAA mempunyai kapasiti yang sangat kukuh dalam memenuhi komitmen kewangannya serta mempamerkan tahap kebingkasan yang tinggi terhadap perkembangan negatif dalam ekonomi, perniagaan dan keadaan-keadaan luar yang lain. Institusi sebegini lazimnya memiliki kunci kira-kira yang kukuh dan rekod pendapatan yang unggul.

    Penarafan Jangka Pendek

    MARC-1 Sebuah institusi yang diberi penarafan MARC-1 mencerminkan kapasiti kaunterparti ini yang sangat kukuh dalam memenuhi obligasi jangka pendeknya yang tidak melebihi tempoh satu tahun di bawah kontrak kewangan. Ini merupakan penarafan jangka pendek tertinggi yang diberikan oleh Malaysian Rating Corporation Berhad.

    PENARAFAN OLEH AGENSI PENARAFAN LUAR

    23D A N A J A M I N N A S I O N A L B E R H A D

  • KOMITMEN YANG TEGUH DAN MUTLAK

    Tepak sireh mempunyai enam bahagian yang dikenali sebagai cembul, khusus untuk menempatkan bahan-bahan berlainan. Setiap bahan ini mempunyai kepentingannya tersendiri. Haruman bunga cengkih yang kian mewangi mengikut peredaran masa

    menggambarkan kemakmuran yang kian bertumbuh. Ini mencerminkan"nilai komitmen jangka panjang yang ditawarkan oleh Danajamin.

  • MENCAPAI KESEIMBANGAN SEWAJARNYA

    UTUSAN PENGERUSI

  • Kami merupakan Syarikat Insurans Jaminan Kewangan yang pertama dan tunggal di Malaysia, yang ditubuhkan dalam persekitaran ekonomi yang tidak menentu pada 2009 bagi menangani impak Krisis Kewangan Dunia. Mandat kami adalah untuk menjadi pemangkin yang merangsang dan membangunkan pasaran bon/sukuk di Malaysia dengan menyediakan insurans jaminan kewangan bagi terbitan bon dan sukuk kepada syarikat-syarikat Malaysia yang berdaya maju yang mana tanpanya tidak mungkin dapat memasuki pasaran modal Malaysia. Dengan ini, kami berharap agar dapat meluaskan jangkauan pasaran modal Malaysia dengan menyediakan ruang bagi syarikat-syarikat penerbit dan pelabur untuk memenuhi keperluan pembiayaan dan pelaburan mereka.

    Sebagai sebuah entiti berkaitan kerajaan, kami diamanahkan dengan mandat pembangunan. Justeru itu, kami sentiasa menjadikan matlamat pembangunan sebagai teras strategi kami, dan pada masa yang sama kami berusaha untuk menyelenggara kewangan kami sendiri.

    Selepas tujuh tahun beroperasi, kami percaya bahawa kami telah mencapai satu tahap kejayaan dalam memenuhi objektif pembangunan dan komersil kami yang dilakukan dengan menyelenggara kewangan kami sendiri.

    Bagi Danajamin, dua aspek utama akan sentiasa wujud dalam perniagaannya: pertama, komitmen untuk membantu syarikat-syarikat berdaya maju mengumpul dana jangka panjang dari pasaran modal dan kedua, kebolehan untuk mengekalkan kualiti portfolio sedia ada kami.

    Saya dengan sukacita membentangkan Laporan Tahunan pertama Danajamin. Terlebih dahulu, saya ingin mengucapkan terima kasih untuk sokongan dan keyakinan anda kepada syarikat ini yang masih ‘hijau’ dan usaha kami dalam membangunkan pasaran modal Malaysia.

    Kecekapan Teras Kami

    Menyedari bahawa mandat kami melibatkan risiko yang tinggi, adalah penting bagi kami untuk menerapkan budaya pengurusan kredit dan risiko yang mantap sebagai asas kepada kecekapan teras kami demi kemampanan jangka panjang yakni menjadi bingkas dalam:

    a. Pengasalan kami iaitu berdasarkan kebolehan daya maju urusniaga yang terlibat,

    b. Penilaian kredit dan penilaian risiko,

    c. Penstrukturan pakej kewangan,

    d. Perbincangan terbuka kami pada peringkat kelulusan kredit,

    e. Dokumentasi kami agar dokumen-dokumen kemudahan mencerminkan sepenuhnya terma-terma pembiayaan,

    f. Pengurusan akaun kami bagi memastikan pematuhan kepada terma-terma pembiayaan dan bagi mengesan kemungkinan timbulnya sebarang masalah, dan

    g. Pengurusan pemulihan kami sekiranya berlaku keingkaran.

    PEMEGANG BERKEPENTINGAN YANG DIHORMATI,

    27D A N A J A M I N N A S I O N A L B E R H A D

  • Kekuatan dan Komitmen

    Tahun 2016 diwarnai dengan ketidaktentuan baik di arena tempatan mahupun global. Sebagai sebahagian daripada ekonomi global, Malaysia tidak terkecuali daripada menerima impak peristiwa-peristiwa yang berlaku di peringkat global. Harga minyak dan gas yang kekal rendah menyaksikan sumbangan hidrokarbon kepada perolehan negara menurun daripada 30% pada 2014 kepada kurang 15% pada 2016. Tekanan ke atas ringgit menjelang penghujung tahun dengan catatan terendah sepanjang 19 tahun pada akhir November, iaitu apabila nilai matawang ini jatuh sebanyak 6.5% kepada RM4.46:ASD1, telah mencipta masalah untuk sektor import yakni industri-industri dan projek-projek yang bergantung tinggi kepada barangan dan bahan-bahan mentah import.

    Bagaimanapun, gabungan pendapatan yang dijana daripada cukai barangan dan perkhidmatan yang dilaksanakan pada 2015, potongan subsidi dan pertumbuhan yang mantap telah menyaksikan defisit belanjawan kekal pada unjuran kerajaan sebanyak 3.1% KDNK. Ini telah menyumbang kepada kestabilan di dalam pasaran modal tempatan.

    Dari segi impak pasaran, setakat 31 Disember 2016, kami telah membantu dalam penerbitan bon/sukuk berjumlah RM15.2 bilion. Daripada 30 syarikat penerbit, tujuh buah syarikat telah menebus bon dan sukuk mereka berjumlah RM1.4 bilion.

    Bagi menguruskan profil risiko keseluruhan, kami telah memeterai struktur perkongsian risiko bersama beberapa institusi kewangan lain. Sehubungan itu, Danajamin telah berkongsi risiko berjumlah lebih kurang RM0.9 bilion bagi jaminan-jaminan yang telah diterbitkan.

    Dari segi kepelbagaian syarikat penerbit, Danajamin telah mendaftar sejumlah 30 syarikat penerbit daripada 12 sektor yang merangkumi Pembangunan Hartanah, Minyak dan Gas serta Infrastruktur. Selain itu, salah satu strategi unik Danajamin ialah mendorong klien yang telah berjaya mencapai profil kredit yang lebih baik untuk berpindah ke institusi-institusi kewangan aliran perdana.

    Dari segi pembangunan, kami telah membawa sejumlah 18 buah syarikat penerbit bon dan sukuk memasuki pasaran dan telah melaksanakan beberapa urusniaga penting yang memberi impak pembangunan dan ekonomi kepada Malaysia. Di antaranya ialah:

    n Membangunkan aset-aset Harta Tanah bernilai lebih kurang RM5.2 bilionMembolehkan pembangunan lebih 500,000 kaki persegi ruang pejabat dan runcit di KL Sentral, yang kini menempatkan syarikat-syarikat tempatan dan multinasional selain menggerakkan semula dua projek runcit yang terbengkalai di lokasi-lokasi utama yang kini menempatkan lebih kurang 450 buah kedai.

    n Membangunkan hospital antarabangsa pertama di Sabah dan memperkukuhkan pelancongan perubatanMembolehkan pembangunan sebuah hospital tahap tertiar dengan 250 katil yang diuruskan oleh Gleneagles, dengan fokus kepakaran dalam pembedahan neuro dan jantung, ortopedik dan gastroenterologi.

    n Membangunkan kemudahan pengajian tinggi untuk UiTMMembantu sebuah syarikat membangunkan 990,000 kaki persegi kawasan baharu untuk kemudahan akademik dan penginapan pelajar di bawah program Inisiatif Kewangan Swasta.

    n Membangunkan pasaraya jenama tempatan MalaysiaMembolehkan pembangunan tiga pasaraya baharu di bawah Program Transformasi Ekonomi dan mencipta peluang pekerjaan untuk 11,000 pekerja di seluruh negara.

    n Menstruktur semula pembiayaan untuk satu Penjana Kuasa Bebas (IPU) di Kulim Hi-Tech ParkIPU ini kini menyediakan bekalan tenaga kepada lebih 50 buah syarikat tempatan dan global termasuk Fuji, Intel, Panasonic, BASF, Abbot dan Infineon.

    n Membangunkan sebuah lebuhraya ekspres yang menghubungkan pekan-pekan Pantai Barat di Semenanjung MalaysiaLebuhraya Ekspres Pantai Barat meliputi 233 km dengan 21 persimpangan di mana 10 daripadanya adalah di Selangor dan 11 di Perak, serta dihubungkan dengan lain-lain lebuhraya ekspres utama di Semenanjung Malaysia.

    Melangkah Kukuh ke Hadapan

    Penekanan ke atas tadbir urus yang baik memastikan Danajamin bertanggungjawab ke atas semua pemegang berkepentingan dalam memenuhi objektif pembangunan dan komersilnya. Kami menyedari bahawa keingkaran dalam pembayaran semula adalah lazim dalam perniagaan ini, dan kami yakin bahawa kami telah menyediakan dasar dan proses taja jamin yang mantap bagi memastikan kemantapan kualiti portfolio kami. Ini disokong oleh pemantauan teliti ke atas syarikat-syarikat penerbit kami sepanjang tempoh terbitan mereka dalam membantu mereka memenuhi semua obligasi mereka terhadap pemegang bon. Struktur tadbir urus kami memastikan bahawa Danajamin mematuhi semua kehendak-kehendak kawal selia, dan bahawa semua risiko dikenalpasti dan ditangani sewajarnya. Setakat ini, kami belum pernah mengalami sebarang isu keingkaran dari pihak syarikat penerbit.

    Bagi Danajamin, dua aspek utama akan sentiasa wujud dalam perniagaannya: pertama, komitmen untuk membantu syarikat-syarikat berdaya maju mengumpul dana jangka panjang dari pasaran modal dan kedua, kebolehan untuk mengekalkan kualiti portfolio sedia ada kami.

    Pada masa yang sama, kami telah meningkatkan tahap ketelitian dalam memantau portfolio sedia ada dan hubungan dengan syarikat-syarikat penerbit bagi membantu mereka menguruskan ketidaktentuan yang mereka hadapi dengan lebih baik. Pengalaman meluas kami dalam industri yang pelbagai menyumbang pemahaman, maklumbalas dan cadangan-cadangan yang bernilai kepada syarikat-syarikat penerbit dalam menghadapi pelbagai cabaran. Kami percaya bahawa ketelitian kami dalam memantau kebolehan syarikat-syarikat penerbit memenuhi obligasi mereka adalah satu jaminan tambahan kepada para pemegang bon.

    UTUSAN PENGERUSI

    28 L A P O R A N T A H U N A N 2 0 1 6

  • Menyediakan Asas Kecemerlangan

    Komitmen Danajamin kepada amalan-amalan industri terbaik terus membantu mengukuhkan reputasi kami. Semasa tahun kewangan, Danajamin telah menerima beberapa anugerah dan penghargaan daripada Islamic Finance News (IFN), RAM Holdings Berhad dan majalah The Triple A Asset. Kesemua pengiktirafan ini adalah untuk urusniaga berstruktur bagi Purple Boulevard Berhad dan West Coast Expressway Sdn Bhd.

    n Purple Boulevard Berhad memenangi anugerah Ijarah Deal of the Year dan Real Estate Deal of the Year oleh IFN, Structured Finance Landmark Deal oleh RAM League Awards 2016 dan Best Securitization Ijarah and Sukuk oleh The Triple A Asset Awards 2016.

    n WCE telah memenangi anugerah Project Finance Benchmark Deal oleh RAM League Awards 2016 dan Best Project Finance Deal oleh The Triple A Asset Awards 2016.

    Sejajar dengan mandat kami untuk mencungkil potensi, Danajamin memperkasakan belia menerusi pendidikan dalam program-program Tanggungjawab Sosial Korporat kami. Tahun ini menyaksikan graduasi kumpulan pelajar pertama seramai 30 orang dalam Program Kepimpinan Danajamin 100. Inisiatif utama dalam Tanggungjawab Sosial Korporat Danajamin iaitu Danajamin 100 bermatlamat mencungkil potensi kepimpinan pelajar-pelajar terpilih menerusi aktiviti-aktiviti latihan kepimpinan selama tiga tahun berturut-turut. Graduasi sulung ini menandakan berakhirnya program bagi kumpulan pelajar perintis yang menjadi inspirasi tambahan untuk kumpulan-kumpulan seterusnya.

    Sempena ulang tahun ketujuh kami, Danajamin juga telah menganjurkan larian amal pertamanya pada 2016 dan berjaya mengumpul dana sebanyak RM30,225. Acara yang dinamakan The Mighty7 Run ini telah mengumpulkan rakan-rakan korporat, rakan-rakan sekerja serta orang awam dalam membantu mencipta kesedaran dan mengumpul dana untuk Persatuan Autism Kebangsaan Malaysia iaitu sebuah organisasi bukan kerajaan tidak berkeuntungan yang telah disokong oleh Danajamin sejak 2012.

    (Maklumat lanjut mengenai inisiatif-inisiatif Tanggungjawab Sosial Korporat Danajamin boleh didapati di mukasurat 68.)

    Maju ke Hadapan

    Kami percaya bahawa 2017 akan membawa bersama kesan impak daripada 2016; keadaan yang mencabar akan berterusan tetapi kami akan kekal optimistik. Ketidaktentuan akan terus melanda tetapi apa yang penting adalah kami mampu menanganinya dengan memberi tumpuan secukupnya kepada objektif-objektif jangka panjang tanpa mengabaikan sasaran-sasaran jangka pendek.

    Maju ke hadapan, keutamaan kami tertumpu kepada dua aspek utama. Kemampuan kami untuk terus membangunkan pasaran modal Malaysia dengan meluaskan jangkauan pasaran modal hutang terus kekal sebagai tema utama. Secara khususnya, kami ingin membawa pasaran yang pelbagai dalam penarafan syarikat penerbit yang juga berkepelbagaian dan mempunyai penarafan yang berbeza-beza agar dapat memenuhi keperluan pelabur yang berlainan. Untuk tujuan ini, kami akan terus membantu syarikat-syarikat berdaya maju untuk mendapatkan dana menerusi pasaran modal Malaysia, tetapi dengan cara yang berbeza-beza dengan mempelbagaikan kaedah penyediaan jaminan kami. Ini memerlukan kami untuk berinovasi dan mengubah cara kami bekerja. Kami sememangnya teruja dengan prospek ini.

    Untuk tujuan ini juga, kami akan terus menumpukan perhatian ke atas pembangunan kebolehan dalaman kami. Kami percaya bahawa warga kerja adalah aset terpenting kami; mereka membentuk proses dan infrastruktur yang menjadi sandaran Danajamin. Kami akan terus melabur ke atas warga kerja kami agar mereka dapat membantu membentuk organisasi ini dalam usaha mencapai keutamaan-keutamaan yang dinyatakan di atas.

    Bagi pihak Lembaga Pengarah, saya ingin mengambil peluang ini untuk mengucapkan terima kasih kepada para pemegang saham, rakan-rakan bank pelaburan dan para pelabur untuk sokongan dan kepercayaan mereka yang tidak berbelah bahagi. Kami juga berterima kasih kepada syarikat-syarikat penerbit dan klien-klien kami yang komited dalam mencapai aspirasi mereka yang seterusnya membantu menjana pertumbuhan masa hadapan yang mampan untuk negara. Kami juga ingin menyampaikan rasa penghargaan kepada Bank Negara Malaysia kerana telah menerima usaha kami dalam melaksanakan pelbagai inisiatif. Akhir sekali, penghargaan ini ditujukan kepada kakitangan Danajamin atas usaha mereka mengekalkan tahap kecekapan teras yang tinggi dan untuk komitmen mereka dalam setiap perkara yang mereka lakukan.

    Terima kasih.

    Dato’ Mohammed HusseinPengerusi

    29D A N A J A M I N N A S I O N A L B E R H A D

  • MENGEKALKAN KEYAKINAN PASARAN

    UTUSAN

    KETUA PEGAWAI EKSEKUTIF

  • Ditubuhkan dalam persekitaran ekonomi yang tidak menentu, penubuhan Danajamin pada 2008 adalah bagi memenuhi salah satu langkah dasar kerajaan untuk menangani impak krisis kewangan global pada 2008. Sebagai sebuah institusi kewangan pembangunan yang dikawal selia, Danajamin ditubuhkan untuk menyediakan jaminan kewangan dan memperbaiki taraf kredit syarikat-syarikat berdaya maju bukan bertaraf AAA yang tidak mendapat pembiayaan daripada pasaran modal hutang. Ekoran krisis kewangan yang melanda, para pelabur mula beralih kepada bon hutang berkualiti tinggi ekoran hilangnya keyakinan kepada bon hutang dengan taraf kredit yang lebih rendah. Akibatnya, beberapa syarikat yang berdaya maju dari segi kewangan tidak dapat memasuki pasaran modal hutang.

    Danajamin justeru bertindak sebagai pemboleh kepada syarikat-syarikat ini untuk memperoleh pembiayaan jangka panjang yang setara dengan kebolehan mereka menjana aliran tunai. Kami membantu syarikat-syarikat Malaysia bertumbuh dan mendapatkan atau membina aset-aset dan/atau perniagaan. Secara asasnya, kami berhasrat untuk meningkatkan dan seterusnya membina semula keyakinan pasaran/pelabur terhadap kertas hutang gred pelaburan rendah agar syarikat-syarikat terlibat

    mempunyai sumber pembiayaan alternatif jangka panjang selain daripada pasaran pinjaman. Danajamin juga diberikan mandat untuk membangunkan pasaran modal hutang agar dapat mendorong pertumbuhan ekonomi yang mampan. Dwi-peranan ini termaktub di dalam organisasi kami; strategi perniagaan kami dipacu oleh keuntungan tetapi disulami dengan strategi-strategi pembangunan pasaran seperti membawa masuk syarikat-syarikat penerbit ke dalam pasaran buat pertama kali.

    Dalam usaha memenuhi mandat kami, nilai kami terletak pada penarafan AAA kami yang diberikan oleh agensi-agensi penarafan tempatan. Bagi mendapatkan penarafan AAA, kami memerlukan portfolio yang seimbang, penilaian kredit yang ketat dan pemantauan teliti pasca penerbitan bon/sukuk; perkara ini mustahak bagi memastikan agensi-agensi penarafan dan para pelabur yakin terhadap kemampuan dan kapasiti kami. Justeru, kami perlu meneliti sepenuhnya kebolehan daya maju dan kemampanan aliran tunai setiap urusniaga. Orientasi komersil dalam penilaian urusniaga dan pemantauan teliti kami membolehkan kami mengelak daripada perlu membuat sebarang peruntukan berkaitan jaminan atau menanggung sebarang kerugian.

    Ini merupakan Laporan Tahunan Danajamin yang pertama sejak kami memulakan operasi tujuh tahun lalu. Kami menghargai kepentingan anda dalam syarikat kami dan berharap agar dapat memberikan pemahaman yang secukupnya mengenai fokus, strategi dan kemajuan kami setakat ini.

    PEMEGANG BERKEPENTINGAN YANG DIHORMATI,

    Bagi memperoleh sokongan pemegang saham, kami perlu mencapai agenda pembangunan dengan catatan pulangan yang mampan dan positif.

    31D A N A J A M I N N A S I O N A L B E R H A D

  • Bagi mengekalkan status AAA kami dan keyakinan pasaran, kami perlu bekerja keras dalam mengenalpasti, menstruktur dan meluluskan urusniaga-urusniaga baharu yang berdaya maju dan pada masa yang sama teliti dalam memantau portfolio sedia ada. Secara dasarnya, kami perlu terlebih dahulu meyakinkan para pelabur tentang syarikat kami serta proses-proses, infrastruktur dan warga kerjanya sebelum kami dapat meyakinkan mereka untuk membiaya syarikat-syarikat tertentu.

    Memberikan Hasil

    Banyak perkara telah berlaku sejak jaminan pertama kami dan kini. Sepanjang tujuh tahun ini, kami telah membantu dalam penerbitan bon dan sukuk dengan impak pasaran bernilai hampir RM15.2 bilion untuk 30 pelanggan – 18 daripadanya adalah syarikat penerbit pertama kali. Ini merupakan satu pencapaian yang menakjubkan memandangkan kami telah mencipta satu nic untuk perniagaan kami. Bagaimanapun, kami tidak boleh bersenang-lenang. Kami perlu terus membantu syarikat-syarikat bertumbuh secara mampan agar mereka kekal relevan dalam pembangunan ekonomi negara dan industri kewangan.

    Tahun 2016 diwarnai inovasi di mana jaminan kami dilaksanakan dalam cara yang memberi manfaat kepada syarikat penerbit dan pelabur. Dalam membantu kemasukan syarikat-syarikat ke dalam pasaran modal hutang, kami turut membina keyakinan pasaran terhadap syarikat penerbit yang mencipta kepelbagaian dalam penarafan dan ketelusan dalam penentuan harga di dalam pasaran modal hutang. Tahun yang sama juga dipenuhi dengan ketidaktentuan. Keadaan ini mendorong kami agar lebih berhati-hati dalam menguruskan portfolio sedia ada yang menjadi nadi operasi harian kami. Dengan pemantauan teliti dan sokongan berterusan, kami beriltizam untuk memastikan syarikat-syarikat penerbit kami terus berada pada landasan yang betul dalam memenuhi obligasi mereka kepada para pelabur dan seterusnya menyertai pasaran modal hutang di masa hadapan.

    Kami percaya bahawa sumbangan terbesar kami kepada pasaran modal hutang dan pembangunan ekonomi adalah kemampuan kami mengambil risiko terancang walaupun dalam persekitaran yang tidak menentu. Semasa tahun kewangan, kami menyediakan jaminan kepada syarikat-syarikat berdaya maju dalam industri Minyak dan Gas serta Minyak Kelapa Sawit. Kami berharap agar langkah ini dapat sedikit sebanyak menyumbang kepada kemampanan pasaran modal hutang dan pembangunan negara secara amnya. Langkah ini juga membolehkan kami kekal mencatat keuntungan dan menyelenggara kewangan kami sendiri agar dapat terus menyumbang kepada pasaran modal hutang.

    Penekanan juga diberikan ke atas struktur kawalan dalaman dan pengurusan risiko agar wujudnya tadbir urus dan pematuhan yang baik kepada undang-undang dan kawal selia berkaitan. Dasar-dasar formal telah diwujudkan bagi mentadbir pengurusan dan kawalan risiko-risiko kewangan dan bukan kewangan yang disampaikan kepada kakitangan oleh Lembaga Pengarah dan pihak Pengurusan Kanan. Aspek-aspek ini dipertingkatkan secara berterusan bagi mencerminkan amalan-amalan terbaik. Sebagai contoh, pada 2016, rangka kerja Pengurusan Risiko Perusahaan kami telah diperkukuhkan bagi menggaris arus dan mentaktrif semula risiko-risiko utama. Penambahbaikan ini merangkumi automasi pelaporan risiko perusahaan dan proses ‘sign off’ bagi mendorong akauntabiliti dan membolehkan pihak Pengurusan Kanan memberi jaminan kepada Lembaga Pengarah mengenai kecukupan dan keberkesanan sistem pengurusan risiko dan kawalan dalaman selain memperbaiki kecekapan operasi.

    Bersedia untuk Masa Hadapan

    Kebolehan kami untuk terus mencatat keuntungan dan menyelenggara kewangan sendiri adalah sangat mustahak; justeru itu, keseimbangan di antara objektif pembangunan dan komersil kami menjadi nadi kepada organisasi ini. Bagi memperoleh sokongan pemegang saham, kami perlu mencapai agenda pembangunan dengan catatan pulangan yang mampan dan positif. Syarikat-syarikat penerbit perlu mendapatkan dana untuk bertumbuh dan kami perlu membantu mereka mendapatkan pembiayaan yang diperlukan dalam cara yang paling telus dari segi kos dengan penemuan harga yang efisien. Kami perlu memastikan bahawa para pelabur mendapat akses kepada maklumat bagi menentukan harga yang sesuai agar dapat menyediakan mereka dengan kepelbagaian penarafan dan potensi kutipan hasil. Mereka perlu tahu bahawa walaupun kami bersedia menyediakan perlindungan selagi diperlukan, mereka juga perlu yakin dengan kebolehan syarikat-syarikat penerbit dalam memenuhi obligasi mereka di bawah bon/sukuk yang diterbitkan.

    Kemampanan Danajamin hanya boleh dibina dengan adanya asas kepercayaan dan keyakinan, disokong oleh kepelbagaian penarafan dan ketelusan dalam penentuan harga. Untuk tujuan ini, kami bersandar kepada inovasi dalam pelaksanaan jaminan kewangan kami bagi mencipta kepelbagaian penarafan dan seterusnya mengembalikan keyakinan pasaran kepada kertas pelaburan bertaraf rendah di samping berusaha mengenalpasti dan membantu syarikat-syarikat korporat yang terpinggir.

    Kami komited untuk terus mengekalkan, malah memperkukuhkan, nilai penarafan AAA kami bagi mendapatkan keyakinan pemegang berkepentingan, selain menguruskan portfolio kami dengan lebih teliti. Kami akan terus bekerjasama dengan syarikat-syarikat penerbit sedia ada bagi memastikan mereka mampu memenuhi obligasi masing-masing. Selain itu, kami juga berhasrat untuk memperkukuhkan modal kami secara aktif serta meningkatkan keyakinan para pelabur dan pengawal selia terhadap Danajamin dengan mewujudkan sumber modal yang pelbagai.

    UTUSAN KETUA PEGAWAI EKSEKUTIF

    32 L A P O R A N T A H U N A N 2 0 1 6

  • Tumpuan ke atas Warga Kerja dan Budaya Kami

    Kami akan terus melabur ke atas aset terpenting kami iaitu pasukan kerja kami, dan beriltizam menjadi majikan pilihan dalam usaha menarik dan mengekalkan individu-individu berbakat. Kami perlu menjadi sebuah organisasi yang mementingkan pembelajaran dan pertumbuhan. Kepelbagaian di dalam sesuatu organisasi adalah penting, tetapi bakat yang berkebolehan juga harus wujud bersama kepelbagaian tersebut. Bakat adalah pemacu terpenting kami dan pembeza utama dalam mengangkat profil Danajamin di pasaran. Cara bekerja dan proses-proses dalaman kami memerlukan bakat-bakat profesional yang berdedikasi dan berkaliber tinggi yang boleh bekerjasama dengan syarikat-syarikat di bawah bantuan kami.

    Maju ke hadapan, kami akan terus mengenalpasti dan mengasah bakat-bakat berkebolehan yang akan membantu kami mencapai matlamat yang diinginkan. Kami akan terus melabur dalam pasukan kami dan mewujudkan tempat kerja yang mengamalkan budaya pembelajaran, perkongsian dan rasa bangga dengan apa yang kami lakukan. Kami akan bekerjasama dalam mencapai aspirasi kami untuk menjadi sebuah organisasi berkeyakinan tinggi dengan sokongan pasukan berprestasi unggul berlandaskan nilai-nilai korporat kami iaitu Semangat, Keprihatinan, Ketelusan dan Kebertanggungjawaban.

    Komitmen Berterusan Kami

    Pada 2017, kami akan terus menumpukan perhatian ke atas keutamaan strategik kami serta berusaha memacu pertumbuhan yang berkeuntungan dalam apa jua keadaan pasaran. Kami teruja untuk menggunakan momentum yang telah terjana selama ini bagi merebut peluang-peluang yang ada. Akhir sekali, kami amat berterima kasih di atas sokongan teguh yang diberikan selama ini oleh ahli-ahli Lembaga Pengarah, klien-klien, rakan-rakan niaga dan para pelabur. Kami juga amat menghargai bimbingan yang diberikan oleh Kementerian Kewangan Malaysia, Bank Negara Malaysia, Suruhanjaya Sekuriti Malaysia dan lain-lain badan pengawal selia.

    Terima kasih.

    Mohamed Nazri OmarKetua Pegawai Eksekutif

    33D A N A J A M I N N A S I O N A L B E R H A D

  • KEMAJUAN BERASASKAN KETELUSAN DAN

    KEBERTANGGUNGJAWABANKapur yang berwarna putih menandakan ketelusan niat. Ini mencerminkan

    penekanan Danajamin ke atas tadbir urus yang baik menerusi struktur dan rangka kerja yang berkesan.

  • LEMBAGA Dari kiri

    Dato’ Mohammed HusseinPengerusi Bebas Bukan Eksekutif

    Abdul Kadir bin Md KassimPengarah Bebas Bukan Eksekutif

    Mohamed Nazri OmarKetua Pegawai Eksekutif

    Dato' Albert Yeoh Beow TitPengarah Bebas Bukan Eksekutif

    Mohamed Rashdi Mohamed GhazalliPengarah Bukan Bebas Bukan Eksekutif

    Philip Tan Puay KoonPengarah Bebas Bukan Eksekutif

    Ariffin Hew Pengarah Bebas Bukan Eksekutif

    Datuk Ahmad Badri bin Mohd ZahirPengarah Bukan Bebas Bukan Eksekutif

    Dato' Azian Mohd NohPengarah Bebas Bukan Eksekutif

    36 L A P O R A N T A H U N A N 2 0 1 6

  • PENGARAH37D A N A J A M I N N A S I O N A L B E R H A D

  • Dato’ Mohammed HusseinPengerusi Bebas Bukan Eksekutif

    Dato’ Mohammed Hussein dilantik sebagai Pengerusi Bebas Bukan Eksekutif pada 5 Ogos 2013. Beliau juga merupakan Pengerusi Jawatankuasa Taja Jamin Lembaga Pengarah serta ahli Jawatankuasa Imbuhan dan Penamaan Lembaga Pengarah. Dato’ Mohammed Hussein telah menjadi ahli Lembaga Pengarah sejak 2009, iaitu ketika beliau pertama kali dilantik sebagai Pengarah Bebas Bukan Eksekutif pada 14 Mei 2009.

    Dato’ Mohammed Hussein memegang ijazah Sarjana Muda Perdagangan dengan pengkhususan dalam Perakaunan dari University of Newcastle, New South Wales, Australia. Beliau juga merupakan alumnus Advanced Management Program, Harvard Business School, Boston, AS dan telah menghadiri beberapa program-program pengurusan di Wharton Business School (Philadelphia, AS), IMD (Lausanne, Switzerland) dan INSEAD (Fontainebleau, France). Beliau juga adalah Felo di Asian Institute of Chartered Bankers.

    Dato’ Mohammed Hussein pernah berkhidmat selama 31 tahun bersama Maybank Group, memegang pelbagai jawatan pengurusan kanan termasuk Ketua Perbankan Korporat, Ketua Perbankan Komersil, Ketua Operasi Malaysia, Pengarah Urusan Aseambankers Malaysia Berhad (kini dikenali sebagai Maybank Investment Bank Berhad) dan Pengarah Eksekutif (Kumpulan Perniagaan). Jawatan terakhir yang disandang beliau sebelum bersara pada 30 Januari 2008 adalah sebagai Timbalan Presiden/Pengarah Eksekutif/Ketua Pegawai Eksekutif Maybank Group.

    Dato’ Mohammed Hussein juga berkhidmat sebagai Pengerusi Bebas Bukan Eksekutif Gamuda Berhad, dan merupakan Pengarah Bukan Eksekutif di beberapa syarikat swasta dan syarikat tersenarai awam seperti Hap Seng Consolidated Berhad, Bank of America Malaysia Berhad, CapitaLand Commercial Trust Management Limited dan Tasek Corporation Berhad. Beliau juga merupakan ahli Jawatankuasa Penstrukturan Semula Hutang Korporat yang ditubuhkan oleh BNM bagi membantu dalam penyelesaian dan penstrukturan semula hutang-hutang korporat yang besar.

    Abdul Kadir bin Md KassimPengarah Bebas Bukan Eksekutif

    Abdul Kadir Md Kassim dilantik sebagai Pengarah Bebas Bukan Eksekutif pada 14 Mei 2009. Beliau merupakan Pengerusi Jawatankuasa Imbuhan dan Penamaan Lembaga Pengarah dan ahli Jawatankuasa Taja Jamin Lembaga Pengarah serta Jawatankuasa Audit Lembaga Pengarah.

    Abdul Kadir memegang ijazah Sarjana Muda Undang-undang (Kepujian) dari University of Singapore dan merupakan Rakan Kongsi Kanan di Tetuan Kadir, Andri & Partners.

    Abdul Kadir menganggotai Lembaga Pengarah di beberapa syarikat-syarikat awam tersenarai dan tidak tersenarai termasuk TIME DotCOm Berhad Group of Companies, UEM Group of Companies, Cement Industries of Malaysia Berhad, Yayasan Datuk Yaw Teck Seng dan The Renong Group Scholarship Trust Fund. Beliau merupakan ahli Panel Pelaburan di Lembaga Tabung Haji dan Jawatankuasa Penstrukturan Semula Hutang Korporat yang ditubuhkan oleh Bank Negara Malaysia.

    PROFIL PARA PENGARAH

    38 L A P O R A N T A H U N A N 2 0 1 6

  • Philip Tan Puay KoonPengarah Bebas Bukan Eksekutif

    Philip Tan Puay Koon dilantik sebagai Pengarah Bebas Bukan Eksekutif di Danajamin pada 14 Mei 2009. Beliau juga adalah Pengerusi Jawatankuasa Risiko Lembaga Pengarah dan ahli Jawatankuasa Pelaburan Lembaga Pengarah serta Jawatankuasa Audit Lembaga Pengarah.

    Philip Tan memegang Ijazah Sarjana Muda Kepujian Kelas Pertama (CNAA) dalam Pengajian Perniagaan (Perakaunan dan Kewangan) dari North-East London Polytechnic, UK dan pernah menghadiri Oxford International Executive Programme serta Stanford-NUS Executive Programme. Beliau juga merupakan Ahli Felo Bersekutu di Asian Institute of Chartered Bankers.

    Philip Tan mempunyai pengalaman hampir tiga dekad dalam bidang perbankan dan kewangan, terutamanya dalam perbendaharaan dan pengurusan risiko. Beliau pernah menjadi Pengarah Urusan di Citigroup serta Ketua Pegawai Kewangan di Emerging Market Sales and Trading Asia-Pacific, yang berpangkalan di Singapura. Dari 1999 hingga 2001, beliau berkhidmat sebagai Bendahari Negara dan Ketua Pasaran Kewangan di Citibank Berhad selain sebagai Pengarah di Citibank Malaysia (L) Ltd. Sebelum tahun 1995, Philip Tan pernah berkhidmat selama 14 tahun di MUI Group of Companies di Malaysia dengan menyandang pelbagai jawatan pengurusan kanan di MUI Bank dan MUI Finance.

    Philip Tan kini menganggotai Lembaga Pengarah di Cagamas Berhad, MIDF Amanah Investment Bank Berhad, SP Setia Berhad dan Citibank Berhad. Beliau juga merupakan ahli Jawatankuasa Penstrukturan Semula Hutang Korporat yang ditubuhkan oleh Bank Negara Malaysia.

    Dato’ Albert Yeoh Beow TitPengarah Bebas Bukan Eksekutif

    Dato’ Albert Yeoh Beow Tit dilantik sebagai Pengarah Bebas Bukan Eksekutif di Danajamin pada 14 Mei 2009. Beliau juga merupakan Pengerusi Jawatankuasa Audit Lembaga Pengarah dan ahli Jawatankuasa Imbuhan dan Penamaan Lembaga Pengarah serta Jawatankuasa Taja Jamin Lembaga Pengarah.

    Dato’ Albert memegang ijazah Sarjana Muda Ekonomi dari Monash University, Australia dan ijazah Sarjana Sains Pengurusan dari University of Salford, Manchester, England. Beliau juga dianugerahi Keahlian Felo dari Institute of Bankers Malaysia.

    Sebelum menyertai OCBC Bank (Malaysia) Berhad pada bulan Mac 1996, Dato’ Albert pernah menjadi Pengarah Kumpulan Perbankan Korporat di Citibank Berhad. Beliau pernah menyandang beberapa jawatan pengurusan kanan dalam Kumpulan OCBC termasuk sebagai Ketua Pegawai Eksekutif di OCBC Bank (Malaysia) Berhad, iaitu jawatan yang disandang beliau sebelum bersara pada 31 Julai 2008.

    Dato’ Albert juga menganggotai Lembaga Pengarah Cagamas SRP Berhad, Cagamas MBS Berhad, Great Eastern Life Assurance (Malaysia) Berhad, Overseas Assurance Corporation (Malaysia) Berhad dan Alliance Investment Bank Berhad.

    Datuk Ahmad Badri bin Mohd ZahirPengarah Bukan Bebas Bukan Eksekutif

    Datuk Ahmad Badri dilantik sebagai Pengarah Bukan Bebas Bukan Eksekutif di Danajamin pada 25 Jun 2009. Beliau juga merupakan ahli Jawatankuasa Imbuhan dan Penamaan Lembaga Pengarah, Jawatankuasa Pelaburan Lembaga Pengarah dan Jawatankuasa Taja Jamin Lembaga Pengarah.

    Datuk Ahmad Badri memegang ijazah Sarjana dalam Pentadbiran Perniagaan dari University of Hull, United Kingdom.

    Datuk Ahmad Badri kini merupakan Pengarah Belanjawan Negara di Kementerian Kewangan. Beliau telah berkhidmat lebih dua puluh (20) tahun di Kementerian Kewangan, menyandang beberapa jawatan kanan.

    Datuk Ahmad Badri menganggotai Lembaga Pengarah di KL International Airport Berhad, DanaInfra Nasional Berhad, Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor, Lembaga Pembiayaan Perumahan Sektor Awam, dan Bank Simpanan Nasional. Beliau juga merupakan ahli Jawatankuasa Penstrukturan Semula Hutang Korporat yang ditubuhkan oleh BNM serta merupakan ahli panel Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) dan Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO).

    39D A N A J A M I N N A S I O N A L B E R H A D

  • Ariffin HewPengarah Bebas Bukan Eksekutif

    Ariffin Hew dilantik sebagai Pengarah Bebas Bukan Eksekutif berkuatkuasa 25 Oktober 2016. Beliau adalah ahli Jawatankuasa Taja Jamin Lembaga Pengarah, Jawatankuasa Risiko Lembaga Pengarah dan Jawatankuasa Audit Lembaga Pengarah.

    Ariffin Hew memegang ijazah Sarjana Muda Ekonomi (Kepujian) dari Universiti Malaya.

    Beliau mempunyai lebih dua puluh lapan (28) tahun pengalaman dalam industri perbankan. Beliau pernah memegang pelbagai jawatan dalam lembaga pengarah di syarikat-syarikat insurans, diskaun dan sekuriti selain pernah menjadi Pengarah Bebas di Bank Pembangunan Malaysia Berhad sehingga beliau meletak jawatan pada 27 September 2014. Sepanjang kerjaya beliau, beliau pernah memegang pelbagai jawatan kanan di beberapa organisasi besar termasuk Malaysia Resources Corporation Berhad (MRCB), Bank Bumiputra Group dan RHB Group. Beliau juga pernah ditugaskan untuk mengetuai pelbagai projek di peringkat domestik dan antarabangsa. Beliau giat menyumbang kepada industri perbankan dan kini merupakan ahli Jawatankuasa Resolusi Hutang Kecil yang ditubuhkan oleh Bank Negara Malaysia.

    Dato’ Azian Mohd NohPengarah Bebas Bukan Eksekutif

    Dato’ Azian Mohd Noh dilantik sebagai Pengarah Bebas Bukan Eksekutif di Danajamin pada 25 Jun 2013. Beliau merupakan Pengerusi Jawatankuasa Pelaburan Lembaga Pengarah dan ahli Jawatankuasa Risiko Lembaga Pengarah serta Jawatankuasa Audit Lembaga Pengarah.

    Dato’ Azian memegang ijazah Sarjana Muda Ekonomi (Kepujian) dengan pengkhususan dalam Perakaunan dari Universiti Malaya dan ijazah Sarjana dalam Pentadbiran Perniagaan dari Universiti Kebangsaan Malaysia. Beliau juga merupakan ahli Institut Akauntan Malaysia dan telah menghabiskan pengajian dalam Program Pengurusan Lanjutan di Harvard Business School, Harvard University, AS.

    Dato’ Azian pernah berkhidmat dengan Kumpulan Wang Amanah Pencen selama 15 tahun sebelum ia dikorporatkan. Beliau juga pernah memegang pelbagai jawatan pengurusan kanan di beberapa entiti kerajaan dalam bidang pelaburan, kewangan dan perakaunan. Beliau sebelum ini pernah menganggotai Lembaga Pengarah di Malakoff Corporation Berhad dan Valuecap Sdn Bhd. Beliau juga pernah menjadi Pengerusi di i-VCap Management Sdn Bhd sebelum bersara.

    Dato’ Azian kini merupakan ahli lembaga pengarah di Maybank Asset Management Group Berhad.

    PROFIL PARA PENGARAH

    40 L A P O R A N T A H U N A N 2 0 1 6

  • Mohamed Rashdi Mohamed GhazalliPengarah Bukan Bebas Bukan Eksekutif

    Mohamed Rashdi dilantik sebagai Pengarah Bukan Bebas Bukan Eksekutif di Danajamin pada 8 September 2014. Beliau merupakan ahli Jawatankuasa Taja Jamin Lembaga Pengarah, Jawatankuasa Pelaburan Lembaga Pengarah, serta Jawatankuasa Imbuhan dan Penamaan Lembaga Pengarah.

    Mohamed Rashdi memegang ijazah Sarjana Muda Sains (Kepujian) dalam bidang Komputasi dari University of Manchester Institute of Science and Technology, United Kingdom pada 1979.

    Mohamed Rashdi mempunyai pengalaman meluas dalam bidang industri dan perundingan. Beliau memulakan kerjaya dalam industri telekomunikasi di Jabatan Telekom Malaysia (kini dikenali sebagai Telekom Malaysia Berhad) sebelum menyertai Sapura Holdings Group pada 1983 sebagai salah seorang pengasas perniagaan Teknologi Maklumat (IT) kumpulan tersebut. Beliau kemudian beralih ke dalam bidang perundingan pada 1989, dan membina kerjaya di Coopers & Lybrand, IBM Consulting dan PricewaterhouseCoopers sepanjang tempoh 20 tahun. Sepanjang kerjaya beliau, Mohamed Rashdi pernah berkhidmat di luar negara bersama Telecoms Autralia serta Coopers & Lybrand di United Kingdom. Beliau pernah menjadi Rakan Niaga PwC Consulting East Asia serta IBM. Selain itu, beliau juga merupakan mantan Penasihat Rundingan dan Teknologi Maklumat di PwC Malaysia dengan tumpuan ke atas pembinaan kapasiti, pembangunan perniagaan dan jaminan kualiti. Selepas meninggalkan firma tersebut, beliau berkhidmat sebagai perunding bebas di mana beliau pernah mengetuai beberapa tugasan dalam strategi dan ekonomi, penambahbaikan proses perniagaan, perancangan sistem maklumat dan pengurusan projek berskala besar. Beliau pernah menyediakan kepakaran rundingan untuk beberapa industri termasuk kerajaan, telekomunikasi, minyak dan gas, pengangkutan dan kemudahan.

    Mohamed Rashdi kini menganggotai Lembaga Pengarah di Credit Guarantee Corporation Malaysia Berhad, Malaysia Venture Capital Management Berhad (MAVCAP), Sapura Energy Berhad dan Tune Protect Group Berhad.

    Mohamed Nazri OmarPengarah Urusan/Ketua Pegawai Eksekutif

    Mohamed Nazri Omar dilantik sebagai Pengarah Urusan/Ketua Pegawai Eksekutif di Danajamin pada 1 Mei 2014. Beliau sebelum ini merupakan Pengarah, Bahagian Liputan Pelanggan.

    Mohamed Nazri memegang ijazah Sarjana Muda Kesenian dengan pengkhususan dalam Ekonomi (Kepujian) dan Kerajaan dari Cornell University, AS.

    Kerjaya korporat Mohamed Nazri berkembang dalam industri kewangan terutamanya dalam perbankan korporat dan pasaran modal. Beliau memulakan kerjaya di Citibank Berhad dan seterusnya di Macquarie Bank Limited dan RHB Sakura Merchant Bankers Berhad (kini dikenali sebagai RHB Investment Bank Berhad). Sebelum menyertai Danajamin, beliau pernah berkhidmat dalam beberapa kapasiti di Kuwait Finance House (M) Bhd termasuk sebagai Pengarah Perbankan Pelaburan dan Ketua Pasaran Modal dan Khidmat Nasihat. Di bawah peranan-peranan ini, beliau bertanggungjawab ke atas pengasalan dan penstrukturan transaksi-transaksi pembiayaan patuh Syariah selain menyediakan khidmat nasihat kewangan projek. Sebagai salah seorang pengasas di Kuwait Finance House, beliau telah memainkan peranan penting dalam penubuhan Bahagian Perbankan Korporat dan Pelaburan bank tersebut.

    Mohamed Nazri merupakan ahli Panel Pelaburan Kumpulan Wang Persaraan (Diperbadankan) (KWAP) sejak 1 Mei 2016.

    41D A N A J A M I N N A S I O N A L B E R H A D

  • PENGURUSAN

    Dari kiri

    1. Amri SofianKetua Pegawai Korporat & Pelaburan

    2. Jason GoayKetua Pegawai Risiko

    3. Poorani RamachandranKetua Bahagian, Kewangan

    4. Wee Yee TatKetua Bahagian, Pengurusan Pelanggan

    5. Adrian TayKetua Bahagian, ERM & Pematuhan

    6. Raevathi PathmanathanKetua Bahagian, Audit Dalaman

    7. Roselaini FaizKetua Bahagian, Modal Insan & Komunikasi

    42 L A P O R A N T A H U N A N 2 0 1 6

  • KANAN43D A N A J A M I N N A S I O N A L B E R H A D

  • Amri SofianKetua Pegawai Korporat & Pelaburan

    Sebelum menyertai Danajamin, jawatan terakhir Amri adalah selaku Ketua Pegawai Kewangan di RHB Islamic Bank Berhad. Amri juga pernah menyandang jawatan Naib Presiden – Ketua Perkongsian Perkhidmatan Kewangan di RHB Bank Berhad di mana beliau bertanggungjawab ke atas Pelaporan Pengurusan Berkanun, Pelaporan Kawalan Selia, Perakaunan Operasi dan Sistem Maklumat Projek/Kewangan kumpulan perbankan tersebut.

    Pengalaman kerjaya Amri bermula sebagai juruaudit luar dengan PricewaterhouseCoopers (PwC) di mana beliau berkhidmat di Jabatan Audit dan Khidmat Nasihat Perniagaan.

    Amri menyertai Danajamin pada November 2011 sebagai Pengarah, Kewangan dan kemudian dilantik sebagai Pengarah, Pengurusan Pelanggan sebelum menyandang jawatan terkini beliau sebagai Ketua Pegawai Korporat dan Pelaburan pada 1 Februari 2016.

    Amri adalah Ahli Felo Association of Chartered Certified Accountants (FCCA) dan ahli Malaysian Institute of Accountants (MIA).

    Jason GoayKetua Pegawai Risiko

    Kerjaya korporat Jason adalah dalam industri kewangan. Sebelum menyertai Danajamin, Jason berkhidmat dengan HSBC Bank Malaysia Berhad selama 12 tahun dalam pelbagai jawatan dalam Pengurusan Risiko termasuk analisis kewangan, perolehan semula korporat, risiko kredit perbendaharaan, ujian tekanan dan pelulusan kredit korporat. Jawatan terakhir beliau bersama HSBC Bank adalah sebagai Pengurus Kanan Risiko Kredit Gudang.

    Beliau sebelum ini pernah berkhidmat di Perwira Affin Merchant Bank Berhad (kini dikenali sebagai Affin Investment Bank Berhad) dan Arab-Malaysian Merchant Bank Berhad (kini dikenali sebagai AmInvestment Bank Berhad) di mana beliau terlibat dalam kerja-kerja pemfaktoran, perbankan korporat dan pasaran modal hutang.

    Sebelum perlantikan beliau sebagai Ketua Pegawai Risiko pada 1 Mac 2017, beliau merupakan Pengarah Pengurusan Risiko dan Pematuhan Danajamin.

    Jason adalah Akauntan Pengurusan Berkanun dan Ahli Bersekutu (ACMA) di Chartered Institute of Management Accountants (CIMA).

    Poorani RamachandranKetua Bahagian, Kewangan

    Poorani Ramachandran menyelia fungsi Kewangan, Pentadbiran dan Teknologi Maklumat Danajamin.

    Poorani memulakan kerjaya beliau di KPMG Peat Marwick, Singapura sebagai juruaudit luar. Beliau kemudian kembali ke Malaysia dan berkhidmat di Jerneh Asia Berhad. Sebelum menyertai Danajamin, Poorani merupakan Ketua Juruaudit Dalaman di ING Insurance Berhad, ING Employee Benefits Berhad dan ING Funds Berhad di man beliau menyelia pengurusan dan operasi audit dalaman serta membantu entiti-entiti serantau ING yang lain.

    Poorani pernah menyandang jawatan Pengarah, Audit Dalaman Danajamin sebelum menyandang jawatan terkini beliau sebagai Pengarah, Kewangan.

    Poorani memegang ijazah Sarjana Muda Perdagangan dengan pengkhususan dalam Perakaunan dan Kewangan (Kepujian Kelas Pertama) serta ijazah Sarjana dalam Perdagangan dengan pengkhususan dalam Perakaunan dari Lincoln University, New Zealand. Beliau adalah ahli Institute of Chartered Accountants, New Zealand dan Malaysian Institute of Accountants (MIA). Selain itu, beliau juga merupakan Juruaudit Dalaman Bertauliah (CIA) serta mempunyai pensijilan Risk Management Assessment (CRMA) dan Quality Assessment dari Institute of Internal Auditors, United States.

    .

    PROFIL PENGURUSAN KANAN

    44 L A P O R A N T A H U N A N 2 0 1 6

  • Wee Yee TatKetua Bahagian, Pengurusan Pelanggan

    Pengalaman kerjaya Yee Tat adalah dalam pasaran modal hutang merangkumi risiko kredit, khidmat nasihat kewangan dan aktiviti pengumpulan dana.

    Yee Tat memulakan kerjaya sebagai pedagang di Arab-Malaysian Merchant Bank Berhad (kini dikenali sebagai AmInvestment Bank Berhad)dan kemudian menyertai Rating Agency Malaysia di mana beliau berkhidmat selama 5 tahun di Bahagian Infrastruktur dan Utiliti serta Bahagian Produk Industri. Untuk 4 tahun kemudian beliau berkhidmat di sebuah firma butik khidmat nasihat kewangan yang mempunyai kepakaran dalam khidmat nasihat kewangan dan aktiviti pengumpulan dana, merangkumi projek-projek infrastruktur tempatan dan serantau seperti jalanraya bertol dan stesyen kuasa sebelum menyertai Danajamin pada 2011.

    Kerjaya beliau bersama Danajamin bermula di pejabat Ketua Pegawai Eksekutif sebelum menyandang jawatan Pengarah Bersekutu, Bahagian Pengurusan Risiko. Beliau kemudian dipindahkan ke Bahagian Pengurusan Pelanggan di mana beliau dilantik sebagai ketua pada 1 Februari 2016.

    Yee Tat memegang ijazah Sarjana Muda Pentadbiran Perniagaan dengan pengkhususan dalam Kewangan dari Universiti Multimedia.

    Adrian TayKetua Bahagian, ERM & Pematuhan

    Sebelum menyertai Danajamin, Adrian telah berkhidmat di AmInvestment Bank Berhad selama 16 tahun dalam bahagian-bahagian perniagaan utamanya iaitu Pasaran Modal Hutang, Kewangan Korporat dan Perbankan Korporat.

    Adrian menyambung kerjayanya dalam Perbankan Korporat, Arab-Malaysian Merchant Bank Berhad (kini dikenali sebagai AmInvestment Bank Berhad) dan meraih 5 tahun pengalaman berkaitan kredit dan hutang. Beliau kemudian berkhidmat dalam Kewangan Korporat dan terlibat dalam beberapa urusniaga kewangan korporat termasuk pengumpulan dana utama (IPO) dan sekunder, penggabungan dan pengambilalihan, serta penstrukturan semula. Selepas 5 tahun dalam Kewangan Korporat, beliau menyertai pasaran modal hutang di mana beliau berkhidmat selama 6 tahun dan terlibat secara aktif dalam khidmat nasihat, penstrukturan dan pelaksanaan penyelesaian kewangan bersepadu.

    Adrian seterusnya menyertai Danajamin. Sebelum perlantikan terkini beliau pada 3 April 2017, Adrian merupakan Pengarah, Strategi Korporat yang menguruskan portfolio Strategi Korporat dan Pejabat Pengurusan Projek (PMO). Di Danajamin, Adrian juga pernah berkhidmat di Pejabat Ketua Pegawai Eksekutif di mana beliau menguruskan portfolio Hubungan dan Komunikasi Pelabur.

    Adrian memegang ijazah Sarjana Muda dalam Organisasi Perniagaan dari Heriot-Watt University, Edinburgh, Scotland, UK. Beliau juga adalah Ahli Felo di Association of Chartered Certified Accountants (FCCA).

    45D A N A J A M I N N A S I O N A L B E R H A D

  • Raevathi PathmanathanKetua Bahagian, Audit Dalaman

    Raevathi mempunyai 18 tahun pengalaman dalam audit dalaman. Beliau memulakan kerjaya dalam Audit Dalaman bersama AmBank Group selama 15 tahun dalam pelbagai bidang kepakaran iaitu Perkongsian Perkhidmatan, Perbankan Komersil dan Pematuhan Kawal Selia. Raevathi juga terlibat secara aktif dalam penyeliaan dan pelaksanaan semakan Pencegahan Pengubahan Wang dan Pembiayaan Keganasan di seluruh Bank untuk tujuan kawal selia.

    Raevathi memegang ijazah Sarjana Muda Kesenian (Kepujian) dalam Pengurusan (Pengkhususan Kewangan, Minor dalam Ekonomi) dari Universiti Sains Malaysia, Pulau Pinang. Beliau adalah Juruaudit Dalaman Bertauliah (CIA) dan mempunyai Pensijilan Lanjutan dalam Pencegahan Pengubahan Wang dan Pembiayaan Keganasan.

    Roselaini FaizKetua Bahagian, Modal Insan & Komunikasi

    Roselaini mempunyai 28 tahun pengalaman berkhidmat dalam pelbagai industri seperti perbankan, semi-konduktor, FMCG dan perundingan. Beliau mempunyai kepakaran meluas dalam Sumber Manusia dengan pengkhususan dalam Pampasan dan Manfaat, Pengurusan Bakat dan Pembangunan Organisasi.

    Sebelum menyertai Danajamin, Roselaini pernah berkhidmat di Hong Leong Bank sejak Julai 2012 sebagai Ketua Sumber Manusia. Roselaini juga pernah berkhidmat dengan beberapa institusi kewangan lain iaitu Kuwait Finance House, Standard Chartered Bank dan Citibank.

    Roselaini memegang ijazah Sarjana Muda Ekonomi dengan pengkhususan dalam Ekonomi Analitikal dari Universiti Malaya.

    PROFIL PENGURUSAN KANAN

    46 L A P O R A N T A H U N A N 2 0 1 6

  • CARTA ORGANISASI

    Bahagian Liputan Pelanggan

    Pengurusan Perhubungan

    Bahagian Pengurusan Pelanggan

    Pengurusan Akaun

    Bahagian Pelaburan

    Pelaburan

    Hubungan Pelabur

    Bahagian Perundangan

    Perundangan

    Setiausaha Syarikat

    Pentadbiran Kredit

    Strategi Korporat & Pembangunan Produk

    Bahagian Kewangan

    Kewangan

    Pentadbiran

    Teknologi Maklumat

    Pengurusan Modal & Pelaporan

    Ketua Pegawai Korporat & Pelaburan

    Ketua Pegawai Eksekutif

    48 L A P O R A N T A H U N A N 2 0 1 6

  • Bahagian Pengurusan Risiko

    Perusahaan & Pematuhan

    Risiko Perusahaan & Pematuhan

    Risiko Portfolioi

    Aset Khasii

    Bahagian Risiko Kredit

    Risiko Kredit

    Bahagian Audit Dalaman

    Audit

    Bahagian Modal Insan &

    Komunikasi

    Modal Insan

    Komunikasi

    Nota:i. Ketua Pegawai Risiko (CRO) dan Bahagian Audit Dalaman merupakan fungsi bebas yang masing-masing melapor terus kepada

    Jawatankuasa Risiko Lembaga Pengarah dan Jawatankuasa Audit Lembaga Pengarah. ii. Risiko Portfolio dan Aset Khas melapor terus kepada Ketua Pegawai Risiko.

    Jawatankuasa Risiko Lembaga

    Pengarah

    Ketua Pegawai Risikoi

    Jawatankuasa Audit Lembaga

    Pengarah

    49D A N A J A M I N N A S I O N A L B E R H A D

  • BAHAGIAN-BAHAGIAN KAMI

    1. Bahagian Liputan Pelanggan

    Bahagian ini memainkan peranan utama dalam memastikan pertumbuhan perniagaan Danajamin. Bahagian ini membentuk titik sentuh pertama bagi pengasalan semua urusniaga jaminan dan pengurusan hubungan pelanggan. Semua proses seperti penilaian kredit, pelulusan kredit dan dokumentasi sehingga penerbitan diuruskan oleh Pengurus Hubungan.

    2. Bahagian Pengurusan Pelanggan

    Bahagian ini menyelia pemantauan akaun pasca terbitan. Selepas bon/sukuk jaminan Danajamin diterbitkan, akaun tersebut dipindahkan dari Bahagian Liputan Pelanggan ke Bahagian Pengurusan Pelanggan untuk pemantauan. Bahagian ini terdiri daripada sekumpulan penganalisa dengan latar belakang kredit dan perbankan.

    3. Bahagian Pelaburan

    Bahagian ini menyelia aktiviti pelaburan Danajamin dan pengurusan dana pemegang saham bagi mendapatkan pulangan yang sewajarnya serta mengekalkan kecairan untuk sebarang kemungkinan pembayaran tuntutan jaminan. Bahagian ini juga menyediakan platform untuk hubungan pelabur selain mempertingkatkan hubungan pelabur menerusi penglibatan aktif dengan para pelabur dalam bon/sukuk jaminan Danajamin.

    4. Bahagian Perundangan

    Bahagian ini bertanggungjawab ke atas fungsi-fungsi perundangan, setiausaha syarikat dan pentadbiran kredit. Fungsi perundangan membantu dalam semua hal-hal perundangan berkaitan perniagaan dan operasi Danajamin. Fungsi pentadbiran kredit hanya memantau hal-hal berkaitan syarikat penerbit seperti penjejakan kontrak, pembayaran dan sebagainya.

    5. Bahagian Kewangan

    Bahagian ini mempunyai empat unit di bawahnya: Kewangan, Pengurusan Modal & Pelaporan, Teknologi Maklumat dan Pentadbiran.

    Unit Kewangan bertanggungjawab ke atas pelaporan kewangan, pembayaran dan operasi pelaburan pejabat tengah. Unit Pengurusan Modal & Pelaporan memastikan pematuhan kepada kehendak-kehendak pengurusan modal kawal selia dan pelaporan pemegang berkepentingan (termasuk antara lainnya pengawal selia, pemegang saham dan agensi-agensi penarafan). Unit-unit Teknologi Maklumat dan Pentadbiran adalah unit-unit sokongan yang menyediakan sokongan teknologi dan pentadbiran bagi memastikan perjalanan operasi yang lancar dalam organisasi.

    6. Bahagian Modal Insan & Komunikasi

    Bahagian ini bertanggungjawab ke atas pencarian dan pengambilan bakat, pembangunan bakat dan pentadbiran manfaat. Kapasitinya dalam menarik, mengekalkan dan membangunkan kakitangan membantu dalam memastikan kejayaan jangka panjang Danajamin. Bahagian ini juga menyelia usaha keseluruhan komunikasi dalaman dan luar bagi mengangkat reputasi Danajamin dan menyokong inisiatif kesedaran jenamanya.

    7. Bahagian Audit Dalaman

    Bahagian ini membantu Jawatankuasa Audit Lembaga Pengarah dalam menjalankan tugas dan tanggungjawab mereka dengan menyemak dan melaporkan secara bebas mengenai kecukupan dan keberkesanan pengurusan risiko, kawalan dalaman dan proses tadbir urus Danajamin. Audit Dalaman melakukan semakan yang kerap ke atas proses-proses operasi dan kawalan dalaman Danajamin menggunakan pendekatan berasaskan risiko dan keputusannya dilaporkan kepada Jawatankuasa Audit Lembaga Pengarah.

    8. Bahagian Risiko Kredit

    Bahagian yang berada di bawah skop Ketua Pegawai Risiko ini menguruskan risiko kredit berdasarkan satu set dasar dan garis panduan risiko kredit yang komprehensif dan ketat. Bahagian Risiko Kredit memberi penilaian bebas dan memastikan bahawa semua cadangan kredit tertakluk kepada satu proses penilaian kredit yang mantap.

    9. Bahagian Pengurusan Risiko Perusahaan & Pematuhan

    Bahagian ini berada di bawah skop Ketua Pegawai Risiko. Bahagian ini bertanggungjawab memastikan bahawa satu rangka kerja pengurusan risiko yang mantap tersedia bagi mengurus dan meminimakan risiko di dalam Danajamin. Fungsi pematuhan memastikan bahawa Danajamin mematuhi semua dasar-dasar dan peraturan kawal selia yang berkaitan.

    50 L A P O R A N T A H U N A N 2 0 1 6

  • Danajamin merupakan Syarikat Insurans Jaminan Kewangan negara yang pertama, dilesenkan di bawah Akta Perkhidmatan Kewangan, 2013 (“FSA”) (sebelum ini di bawah Akta Insurans, 1996) serta dikawal selia dan dipantau oleh Bank Negara Malaysia. Danajamin tidak mempunyai sebarang anak syarikat dan Danajamin bukan