anda perlu memainkan peranan yang aktif dalam melaporkan...

2
BAHAGIAN PERKHIDMATAN FARMASI KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA Disediakan oleh: Perlukan Lebih Maklumat Mengenai Ubat Anda? Perhatian Segala maklumat di dalam risalah ini adalah untuk tujuan meningkatkan kefahaman pesakit. Sila dapatkan nasihat yang sesuai daripada doktor atau ahli farmasi berkenaan masalah kesihatan dan juga ubat-ubatan anda. Anda perlu memainkan peranan yang aktif dalam melaporkan kejadian ADR. Laporan anda boleh membantu mengelakkan kesan advers ubat yang serius.

Upload: others

Post on 07-Feb-2021

7 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

  • BAHAGIAN PERKHIDMATAN FARMASIKEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA

    Disediakan oleh:

    Jawatankuasa Kerja Pendidikan FarmasiBahagian Perkhidmatan FarmasiKementerian Kesihatan Malaysia

    www.pharmacy.gov.myTel: 03-78413200

    Faks: 03-7968 2222

    Perlukan Lebih Maklumat Mengenai Ubat Anda?

    Layari:www.knowyourmedicine.gov.myatau hubungi: 03-2615 5136

    Perhatian

    Segala maklumat di dalam risalah ini adalah untuk tujuan meningkatkan kefahaman pesakit.

    Sila dapatkan nasihat yang sesuai daripada doktor atau ahli farmasi berkenaan masalah kesihatan dan

    juga ubat-ubatan anda.

    Anda perlu memainkan peranan yang aktif dalam

    melaporkan kejadian ADR.

    Laporan anda boleh membantu mengelakkan kesan advers ubat

    yang serius.

  • APA ITU KESAN ADVERS UBAT (ADR) ?

    Kesan Advers Ubat (ADR) merupakan kesan ubat yang tidak diingini dan memudaratkan; yang diberikan pada dos biasa untuk tujuan pencegahan penyakit, diagnosis atau rawatan.

    Kesan mungkin sederhana seperti ruam kulit atau yang lebih serius sehingga boleh mengganggu aktiviti harian, kemasukan ke hospital, kecacatan janin dan mengancam nyawa sehingga menyebabkan kematian.

    BAGAIMANA KESAN ADVERS UBAT BOLEH

    BERLAKU?

    Terdapat beberapa faktor yang boleh menyumbang kepada berlakunya kesan advers ubat:

    1. Umur 2. Jantina 3. Berat badan 4. Keadaan kesihatan 5. Fungsi organ 6. Keturunan (faktor penyumbang utama)

    TIP-TIP PENGUBATAN YANG SELAMAT

    • Maklumkan kepada doktor atau ahli farmasi jika anda alah dengan sebarang ubat.

    • Baca label ubat dengan teliti dan beri perhatian terutama kepada ruang amaran.

    • Tanya kepada ahli farmasi atau doktor anda untuk maklumat lanjut berkaitan ubatan anda.

    • Ketahui senarai nama dan dosej ubat yang diambil termasuk suplemen kesihatan dan ubatan tradisional.

    • Ambil ubat seperti yang diarahkan oleh doktor atau ahli farmasi anda.

    • Jangan simpan ubat lama yang tidak lagi diperlukan dan juga ubat yang telah tamat tarikh luput.

    • Jangan berkongsi ubat anda dengan orang lain.

    • Pastikan ubat dilabel dengan betul walaupun tidak disimpan

    di dalam bekas asal.

    APAKAH YANG PATUT ANDA LAKUKAN JIKA ADR

    BERLAKU?

    • Hentikan pengambilan ubat yang disyaki. Ini termasuk suplemen kesihatan (vitamin dan zat galian) dan ubatan tradisional.

    • Jumpa ahli farmasi atau doktor anda dengan segera. Bawa bersama semua ubat yang diambil untuk tujuan pengesahan dan laporan ADR.

    • Pastikan anda tahu masa mula berlakunya kesan advers, dos, kekerapan dan masa terakhir anda mengambil setiap ubat.

    KENAPA ADR PERLU DILAPORKAN?

    • Untuk menilai keselamatan ubat terutama bagi ubat-ubat yang baru, suplemen kesihatan dan ubatan tradisional yang mempunyai data keselamatan yang terhad.

    • Terdapat kesan advers ubat yang berlaku hanya selepas ubat digunakan untuk jangka masa yang panjang.

    • Pengesanan awal kesan advers ubat boleh mengelakkan kemasukan ke hospital dan kematian.

    • Laporan anda akan menyumbang kepada perkembangan data keselamatan ubat Kementerian Kesihatan Malaysia.

    • Untuk mewujudkan kesedaran antara profesional kesihatan dan mengelakkan

    insiden (kejadian) yang lebih serius pada masa akan datang.

    walaupun tidak disimpan