ancaman keselamatan(1)

Upload: hashim-mohamad

Post on 21-Jul-2015

462 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

selasa

Isu-isu Serantau dan Antarabangsa

8.5.2012

HURAIKAN ANCAMAN YANG DIHADAPI OLEH KEBANYAKKAN NEGARA MEMBANGUN SETELAH BERAKHIRNYA PERANG DINGIN.

Nama Ahli KumpulanNama No. Matrik

Abdul Raman Bin YasilHashim Bin Mohamad Faizul Bin A. Rahim Faziyan Bin Rahim Mohd Yaacob Bin Isham Daga Mohd Faizal Bin Mat Razali Mohd Fadzeren Bin Daud Muhammad Luqman Bin Shafie Mohd Razali Bin Mohd Said

D20091036281D20091036283 D20091036304 D20091036272 D20091036444 D20091036278 D20091036299 D20091036384 D20091026390

PengenalanApa itu Keselamatan? Keselamatan bermaksud keadaan terlindungi daripada masalah fizikal, kesihatan, perasaan, pekerjaan, psikologi, alam sekitar dan perkaraperkara lain yang melibatkan kerosakan atau kejadian yang tidak diingini. Ini juga termasuk dalam konteks terlindung daripada sesuatu malapetaka, ketidakadilan, penindasan yang berkaitan dengan politik, sosial, dan ekonomi.

Ancaman kepada Keselamatan boleh dibahagikan kepada 2 iaitu: 1. Semasa Perang Dingin dikenali sebagai Ancaman Tradisional yang berbentuk ketenteraan.2. Selepas Perang Dingin berakhir dikenali sebagai Ancaman Bukan Tradisional/ancaman bukan ketenteraan yang berbentuk keselamatan Insan.(ancaman dalaman negara)

United Nation Development Program (UNDP) report. Definisi terhadap keselamatan Insan adalah: 1. Selamat daripada ancaman kronik seperti kebuluran, penyakit dan penindasan. 2. Perlindungan daripada gangguan yang membahayakan kehidupan seharian sama ada di tempat kerja, rumah ataupun komuniti

Ancaman-Ancaman1. 2. 3. 4. 5. 6. Politik Sosial Ekonomi Kesihatan Alam Sekitar Jenayah

Ancaman Politik Pemimpin yang mengamalkan sikap tidak adil dalam kepimpinan mereka. amalan politik yang bersifat perkauman. Pemimpin ini hanya mementingkan kaum mereka sahaja dan meminggirkan golongan minoriti(Peripheral). Selalunya ianya melibatkan kelompok etnik majoriti(centre) dalam sesebuah negara.

Memiliki kelompok yang besar sudah semestinya etnik majoriti mudah membentuk kerajaan yang terdiri daripada kelompok majoriti seandainya prinsip demokrasi diamalkan iaitu suara majoriti rakyat. Kepentingan gologan minoriti diabaikan sehingga mencetus rasa tidak puashati dan penentangan dari kelompok terbabit.

Kesannya, timbul konflik dan golongan minoriti berjuang untuk mendapatkan hak kesamarataan. Hal ini turut mengundang kemarahan rakyat sesebuah negara(monoriti) yang akhirnya akan menganggu gugat keamanan negara itu sendiri.

Ancaman SosialKETEGANGAN ETNIK (Centre-Periphery) Asimilasi merupakan satu proses percantuman dan penyatuan antara kumpulan etnik berlainan budaya sehingga membentuk satu kelompok dengan kebudayaan dan identiti yang sama. Kumpulan minoriti bertindak agresif terhadap cubaan asimilasi kerana ianya mengancam mereka dari aspek kehilangan identiti kebudayaan, campur tangan kerajaan dalam hal ehwal meraka dan penafian terhadap pembahagian kekayaan negara.

Akulturasi merupakan satu proses penerimaan unsur kebudayaan dalam kalangan individu atau kelompok dari sesuatu kebudayaan lain yang berbeza. Konflik etnik mudah berkembang bila mana adanya ketidaksefahaman dan prejudis antara kumpulan majoriti(centre) dan Minoriti(peripheral).

Penolakan daripada kumpulan Dominan dan identiti kumpulan minoriti(peripheral) yang tidak diterima. Akibatnya, golongan minoriti akan mencuba untuk menghidupkan dan menjaga identiti mereka. Larangan untuk menggunakan bahasa dan budaya etnik minoriti melalui majlis kebudayaan mereka turut menyebabkan konflik.

Hal ini biasanya berpunca akibat adanya sikap etnosentrik iaitu sifat yang merasakan bahawa kebudayaan kelompok mereka adalah yang terbaik dan merasakan kebudayaan kelompok atau etnik lain adalah salah dan mempunyai nilai yang rendah.

Ancaman EkonomiKeselamatan Makanan Dan Kemiskinan. Thomas mengatakan bahawa:

the pursuit of human security must have at its core the satisfaction of basic material needs of all humankind. At the most basic level, food, shelter, education and health care are essential for the survival of human Kemiskinan mengancam manusia dalam jumlah yang besar kerana melibatkan golongan yang ramai.

Berlaku bilamana manusia tidak mampu mendapat sumber makanan mencukupi untuk kehidupan. Ekonomi masyarakat yang rendah menyebabkan ketidakmampuan mereka untuk mendapat keperluan asas seperti makanan dan sebagainya. Duit diperlukan untuk mendapatkan sumber makanan terutama bila berlaku bencana alam dan kemelesatan ekonomi yang membawa kepada kenaikan harga barangan.

Oleh itu, keperluan makanan yang mencukupi sama ada untuk individu mahupun negara secara tidak langsung mengurangkan risiko ancaman keselamatan dari aspek ekonomi.

Ancaman Kesihatan World Health Organization(WHO) menjelaskan bahawa Kesihatan insan/manusia adalah sangat penting dalam mencapai keamanan dan keselamatan. Impak terhadap penyakit berjangkit lebih mengancam keselamatan insan berbanding sesebuah negara. Penularan Penyakit seperti HIV/AIDS, malaria, Tuberculosis turut menyumbang kepada ketidakstabilan dan mengancam keselamatan.

Ancaman Alam Sekitar Kemusnahan alam sekitar memberi kesan ancaman terhadap persekitaran, ekonomi dan ekosistem dalam kehidupan insan. Tindakan pihak berkuasa terhadap masalah ancaman alam sekitar ini turut mempengaruhi keselamatan insan. Masalah Alam sekitar seperti Penipisan lapisan ozon, Perubahan iklim dan pemanasan global serta Penebangan hutan.

Mengancam nyawa kerana sinar radiasi ultraviolet mampu menyebabkan kanser kulit dan penyakit berbahaya yang lain. Penggunaan chloro-fluoro-carbon(CFC) dan bahan kimia yang menjadi agen penipisan lapisan ozon. Peningkatan suhu dunia, kandungan karbon dioksida dan gas methana memberikan implikasi kenaikan paras air dan pencairan ais di kutub utara dan selatan yang mengancam kehidupan manusia

Eksploitasi hutan yang melampau untuk tujuan pembalakan dan sebagainya telah menyumbang kepada hakisan tanah, pemendapan, kerosakan cerun dan tanah runtuh. Penebangan hutan yang berterusan dan kemusnahan hutan di kawasan tadahan air akan menjejaskan bekalan air dan kualiti sumber air, menjejaskan kemampuan pengambilan semula air bawah tanah dan menyebabkan lebih banyak banjir di kawasan tanah rendah. Konsep keselamatan alam sekitar adalah bertujuan untuk melindungi manusia dan alam sekitar daripada kemusnahan jangka pendek dan jangka panjang.

Ancaman Jenayah Sekiranya kadar jenayah dalam sesebuah negara adalah tinggi, maka ianya pasti menggugat keamanan dan kestabilan sesebuah negara khususnya keselamatan Insan. Antara jenayah yang nyata menggangu gugat keselamatan dalam negara adalah jenayah penyeludupan, jenayah siber, terrorisme, dan pemerdangangan orang. Jenayah melibatkan pelbagai kes-kes penyeludupan seperti penyeludupan dadah, senjata api dan bom

Jenayah siber boleh menggangu masalah dalam negara kerana ia boleh menyebabkan kejatuhan ekonomi, dan pembocoran rahsia kerajaan yang sememangnya mampu melemahkan kestabilan dalam sesebuah negara. Terorisme merupakan perlakuan keganasan yang dilakukan secara terancang untuk menimbulkan ketakutan dan mangganggu ketenteraman awam.

Jenayah terorisme biasanya didorong oleh tujuan politik dan kekuasaan. Apabila sesebuah kelompok tidak bersetuju dengan politik dalam negara ia mula bertindak melalui keganasan bagi tujuan untuk mengugut pihak kerajaan dalam memenuhi kehendak mereka.

Kesimpulan Ancaman terhadap keselamatan sesebuah negara itu adalah lebih banyak berpunca dari dalam negara itu sendiri berbanding ancaman dari luar negara. Konsep keselamatan amat penting untuk menghalang ancaman-ancaman ini daripada merebak dan mengancam keselamatan insan dan negara.