anc (bg p2u)
Post on 09-Apr-2018
236 views
Embed Size (px)
TRANSCRIPT
8/8/2019 ANC (bg P2U)
1/157
Nurul Ain
1
JIKA memori itu semuanya indah
sudah pasti akan kugenggam
kesemuanya dengan erat agar tidak
satu pun terlepas daripada genggamanku, kerana aku tahu
Tuhan itu Maha Adil lagi Maha Penyayang, tapi malangnya
Arghhh! Adilkah semua ini untuk diriku! Fatin membentak
sendiri di dalam hati. Gambar kedua-dua orang tuanya
digenggam erat. Tragedi di Bukit Putus, Kuala Pilah tidak
pernah luput daripada ingatan Fatin. Memori itu sangat tragis
dan memilukan untuk diingati.
Saat genting yang memisahkan Fatin dengan ayah
dan ibu kandungnya menjadi titik hitam di dalam hidup
Fatin. Walaupun dia perlu akur dengan ketentuan Yang Maha
Esa. Segala kenangan manis dan impian Fatin musnah.
Sejenak, air mata Fatin gugur membasahi pipinya. Fatin
membuka telekungnya dan melipat kemas sejadah yang
dibentang. Gambar ayah dan ibunya diletakkan di atas bukusekolahnya.
Fatin lapar? Nak ibu suapkan nasi ni? tanya Puan
Amira.
bab 1
8/8/2019 ANC (bg P2U)
2/157
Anugerah Cinta
2
Malulah Fatin... ibu ni, macam Fatin kecil lagi.
Ibu makanlah, kalau Fatin lapar nanti Fatin makan ya.
Ibunya hanya mampu tersenyum melihat telatah Fatin yang
pada waktu itu baru mencecah usia remaja. Fatin melemparkan
pandangan ke tepi pantai melihat ayahnya yang asyik
berenang. Ramai juga yang mengambil peluang berkelah dan
bersiar-siar pada hujung minggu untuk merehatkan badan
dan menghirup udara segar. Hati Fatin dan ibunya riang
melihat pelbagai ragam kanak-kanak kecil di sekeliling pantaiPort Dickson itu. Penjual aiskrim dan penjaja riuh mencari
pelanggan dengan membunyikan loceng mereka.
Fatin.... Lamunannya mati tatkala ibunya
memanggil namanya.
Ya ibu, jawab Fatin lembut.
Fatin kalau dah besar nak jadi apa?Kenapa ibu tanya macam tu? Masuk kali ni, dah
berapa kali ibu tanya Fatin soalan yang sama. Fatin nak
jadi.... nak jadi... oranglah ha ha ha! Riang hati Fatin
melihat muka ibunya yang merajuk.
Bukan ke Fatin dah beritahu ibu dulu dan ibu
sendiri tahu minat Fatin dalam bidang perniagaan. Fatin nak
jadi usahawan terkenal macam Sam Walton. Fatin nak jadi
macam dia bukan hanya kerana kecerdikan dia dapat menjadi
usahawan muda tapi kerana budi pekerti dia juga yang ala-ala
macam Princes Diana, ibu tahukan? terang Fatin panjang
lebar.
Puan Amira mengangguk mengiyakan.
Sam Walton seorang lelaki kaya yang pemurah,dermawan dan baik hati, tidak pernah kedekut untuk
menghulurkan bantuan kepada orang susah. Beliau salah
seorang usahawan peruncitan terbesar di Amerika Syarikat.
8/8/2019 ANC (bg P2U)
3/157
Nurul Ain
3
Sam Walton juga telah disenaraikan antara orang yang
terkaya di Amerika Syarikat. Majalah Time Magazines telah
menyenaraikan Sam Walton antara seratus orang yang
berjaya pada abad ke-21 ini, ibu. Tapi beliau sudah meninggal
dunia pada tahun 1992, terang Fatin dengan panjang lebar.
Alhamdulillah. Bagus anak ibu, barulah senang
sikit hati ibu bila dengar Fatin dah pandai mengatur masa
depan dan sudah tahu ke mana hala tuju Fatin. Manalah tahu
kalau-kalau ibu dan ayah dah tiada nanti, Fatin bolehberdikari dan bawa diri.
Janganlah cakap begitu ibu, Fatin sayangkan ibu,
Fatin tak nak kehilangan ibu dan ayah. Fatin sentiasa berdoa
pada Tuhan agar beri umur yang panjang pada ibu dan ayah
Fatin, ibu janganlah cakap macam tu lagi.
Fatin dapat merasakan ada sesuatu yang tidak kenapada ibunya sejak akhir-akhir ini. Ibunya sentiasa bimbang
tentang dirinya tetapi sukar untuk dia melaazkannya.
Fatinlah satu-satunya anak ibu yang ada. Ibu pun
tak mahu kehilangan Fatin, tapi ada syarat kalau nak jadi
anak ibu yang baik.
Aik? Ibu ni, nak kena ada syarat jadi anak ibu
pula?
Mestilah, Fatin kena makan tapi ibu suapkan.
Cepat, cepat, cepat buka mulut ibu masak sedap ni.
Tanpa berlengah Fatin hanya menurut permintaan
ibunya. Seronok mereka berdua bermesra dan bergurau
senda tanpa menghiraukan keadaan sekeliling.
Ayah! Ayah! Fatin menjerit sekuat hati memanggil
ayahnya naik untuk makan, hampir dua jam ayahnya di laut
asyik berenang tidak jemu-jemu. Fatin risau ayahnya
kelaparan.
8/8/2019 ANC (bg P2U)
4/157
Anugerah Cinta
4
Okey! Okey! Kejap lagi ayah naik ya, sahut
Amirudin dari jauh.
Ayah asyik berenang aje, tak ingat pun Fatin
dengan ibu di sini, tak makan tak minum. Ayah tak letih ke
berjam-jam di laut?
Encik Amirudin hanya membuat muka selamba
apabila dileter oleh anak tunggalnya itu.
Ya sayang... my sweet heart, intan payung... ayah
nak makanlah ni.
Alah, kalau Fatin tak panggil ayah tadi agaknya
sampai malamlah ayah berendam dalam air tu, balas Fatin.
Puan Amira hanya tersenyum melihat suaminya
dimarahi oleh anak tunggalnya. Sambil Fatin meletakkan nasi
di dalam pinggan, ayahnya sempat mencium dahinya untuk
memujuk. Fatin tersenyum apabila dapat belaian dan ciumankasih daripada ayahnya itu.
Maa ya, lain kali ayah tak lupa anak ayah ni.
Jomlah kita makan sekali.
Tak mau, Fatin merajuk dah!
Tak baik buat ayah macam tu. Sedihnya bila anak
ayah tak nak teman ayah makan sama-sama.
Ayah dengan ibu duduk di sini dahulu nanti Fatin
datang semula. Fatin nak jalan-jalan cuci mata. Fatin
mengukir senyuman kepada kedua-dua orang tuanya.
Fatin bingkas bangun tanpa menoleh ke belakang.
Dia berlari-lari anak ke arah kedai-kedai yang menjual
barangan cenderamata di sepanjang Pantai Teluk Kemangitu. Mata Fatin meliar mencari kain baju kurung untuk
dihadiahkan kepada ibunya dan sehelai kain pelekat buat
ayahnya.
8/8/2019 ANC (bg P2U)
5/157
Nurul Ain
5
Sejak kecil Fatin tidak pernah membelikan apa-apa
hadiah buat ayah dan ibunya, tetapi hari tersebut Fatin dapat
membeli barangan cenderamata untuk dihadiahkan kepada
ibu dan ayahnya hasil daripada duit yang dikumpul daripada
lebihan belanja sekolahnya.
Pergi mana anak ayah ni? Tahu-tahu dah hilang
sahaja, tanya ayahnya pelik.
Tak... Fatin pergi beli hadiah untuk kawan-kawan,
nanti merajuk pula mereka kalau Fatin tak bawa buahtangan. Fatin sengaja mengelak sebelum Puan Amira dan
Encik Amirudin mengesyakinya kerana Fatin bercadang
untuk berikan hadiah tersebut pada ulang tahun perkahwinan
ayah dan ibunya pada keesokan harinya.
Dah masukkan semua barang Fatin? Jangan ada
yang tertinggal, nanti susah nak patah balik. Perjalanan kitanak ke sini sangat jauh, pesan Puan Amira kepada anak
kesayangannya itu.
Dah ibu, tak ada barang yang tertinggal lagi.
Encik Amirudin, Puan Amira dan anaknya melangkah masuk
ke dalam kereta untuk pulang ke rumah.
AYAH mengantuk ke? Daripada tadi Fatin tengok ayah
menguap tak henti-henti, soal Fatin.
Emm... letih sikit, mana taknya berapa lama ayah
berendam dalam air tadi, rasa lenguh-lenguh pula badan.
Jangan risau ayah tak apa-apa. Fatin kalau nak tidur,
tidurlah.
Kalau abang mengantuk rehatlah dahulu nanti tak
tentu arah nak bawa kereta, nasihat Puan Amira pada
8/8/2019 ANC (bg P2U)
6/157
Anugerah Cinta
6
suaminya. Encik Amirudin hanya membalasnya dengan
senyuman sambil tangan kirinya menggenggam erat tangan
isterinya.
Fatin melemparkan pandangannya ke luar tingkap.
Gadis yang berusia lima belas tahun itu asyik melihat
kehijauan alam ciptaan Tuhan, ibu sudah lama melelapkan
mata, mungkin letih kerana bangun awal pagi untuk
membuat bekalan makanan ke pantai tadi. Sedang asyik Fatin
melihat pokok-pokok di tepi pantai tiba-tiba Fatin terdengarbunyi dentuman yang sangat kuat.
Bammmm!!!
Ayah!!!
PUANMUNA banyakkan bersabar ya, saya dah cuba sedaya
upaya untuk selamatkan suami puan begitu juga dengan
Puan Amira. Mujur anaknya selamat namun kami perlu
meletakkannya di unit rawatan rapi kerana terlalu banyak
pendarahan, walau apa pun, insya-Allah kami akan berusaha.
Puan Muna yang merupakan isteri kedua Encik Amirudin
berpura-pura terduduk, badannya lemah longlai bagai tidakbermaya untuk memikul berita sedih itu dan dia kononnya
terasa kakinya tidak lagi mampu berpijak di bumi yang nyata.
Mana budak tu? Pasal dialah semua ini jadi! Sibuk
sangat nak ke pantailah itulah inilah!" Tiba-tiba Puan Munah
menempik kuat bagai singa lapar, matanya terbeliak dan
mulutnya tidak henti-henti menyumpah.
Sabar mak sabar... pujuk Rozana sambil mengusap-
ngusap dada ibunya.
Sabar puan, ini semua adalah suratan takdir. Kita
8/8/2019 ANC (bg P2U)
7/157
Nurul Ain
7
hanya boleh mendoakan agar roh mereka tenang dan
ditempatkan di kalangan orang yang beriman, nasihat Dr.
Mustaa.
Dah, jom balik! Menyampah aku duduk sini lama-
lama. Buang masa aje! Yang sepatutnya mati dah pun mati!
tegas Puan Muna.
Yang sepatutnya mati dah pun mati? Apa maksud
mak? soal Zaidi anak lelaki Puan Muna.
Tak ada apalah! Kau jangan nak menyibuk! Kau tu
kecik lagi, apa kau tahu! Puan Muna bingkas bangun dan
beredar dari situ.
SETELAH selesai majlis bacaan Yasin dan kenduri tahlil buat
Puan Amira dan Encik Amirudin, semua orang kampung
bersurai. Yang tinggal cuma beberapa jiran dan orang
kampung y