analisis tugasan

13
Analisis tugasan (Jahitan) Terdapat 7 jahitan asas iaitu jahitan Kia, jelujur halus, jahitan sembat, jahitan lilitan kemas, jahitan lubang butang, jahtan silang pangkah dan jahitan insang pari. Jahitan sembat digunakan untuk menetapkan kelepat, mengemaskan dan menjahit kelepet baju kurung. Jahitan ini halus, rapat dan kukuh serta boleh dilihat dari sebelah luar pakaian. Cara jahitannya ialah dimulakan dengan jahitan kia dari kanan ke kiri. Jarum dicucuk pada A, jarum dikeluarkan pada B dengan mencondongkan jarum lebih kurang 30 darjah. Jahit sehingga siap. Jahitan dimatikan dengan jahitan Kia.

Upload: munirah-md-sofi

Post on 17-Nov-2015

120 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

Jahitan

TRANSCRIPT

Analisis tugasan (Jahitan)

Analisis tugasan (Jahitan)

Terdapat 7 jahitan asas iaitu jahitan Kia, jelujur halus, jahitan sembat, jahitan lilitan kemas, jahitan lubang butang, jahtan silang pangkah dan jahitan insang pari. Jahitan sembat digunakan untuk menetapkan kelepat, mengemaskan dan menjahit kelepet baju kurung. Jahitan ini halus, rapat dan kukuh serta boleh dilihat dari sebelah luar pakaian. Cara jahitannya ialah dimulakan dengan jahitan kia dari kanan ke kiri. Jarum dicucuk pada A, jarum dikeluarkan pada B dengan mencondongkan jarum lebih kurang 30 darjah. Jahit sehingga siap. Jahitan dimatikan dengan jahitan Kia.

Laporan amali (Jahitan)

Dalam amali jahitan saya telah membuat poket gantung. Poket gantung boleh digunakan untuk meletakkan barang-barang kecil seperti kunci, duit syiling, lighter, sapu tangan dan pelbagai aksesori rumah yang kecil dan sesuai. Ia juga sebagai perhiasan rumah. Biasanya ianya diletakkan ruang tamu dan dapur rumah. Ianya boleh dibuat menggunakan pelbagai jenis fabrik. Tali turut digunakan untuk menggantung poket tersebut. Sebarang butang tidak diperlukan kecuali untuk hiasan.

Saya telah menggunakan dua helai kain yang berbeza warna iaitu kuning dan hijau supaya ia kelihatan lebih menarik. Saya menggunakan empat jenis jahitan iaitu jahitan Kia, jahitan sembat, jahitan lilit kemas dan jahitan jelujur. Jahitan Kia digunakan ketika memulakan sebarang jahitan. Jahitan sembat digunakan di bahagian dalam untuk menyambungkan dua jenis kain tersebut. Begitu juga dengan jelujur, digunakan untuk menyambungkan dua jenis kain. Saya mengemaskan fabrik dengan menggunakan jahitan lilit kemas di bahagian luar fabrik.

Disediakan oleh,

(Munirah binti Md Sofi)

Rancangan Pengajaran Harian

Tarikh / Hari: 25 Februari 2015 /

Tahun

: 3 Seroja

Bilangan murid: 5 orang

Masa

: 8.00 pagi - 8.30 pagi

Mata pelajaran: Pendidikan Khas - Pengurusan Diri

Tema

: Ketrampilan DiriTajuk

: 5. Pengurusan Emosi

STANDARD KANDUNGAN5.1 Menunjukkan emosi diri dengan masyarakat

STANDARD PEMBELAJARAN5.1.1 Menyatakan emosi berdasarkan peristiwa

i majlis hari jadi jiran

ii sambutan perayaan kaum

iii upacara pengkebumian

iv kemalangan jalan raya

v kebakaran

Objektif : Pada akhir proses pengajaran dan pembelajaran ini, murid dapat :

I. murid dapat menyatakan dua daripada tiga tindak balas emosi

yang sesuai berdasarkan peristiwa

Tunjang yang disepadukan : Perkembangan Fizikal dan Estetika

Kerohanian, Sikap dan NilaiPengisian Kurikulum

Nilai : Berdikari, bertanggungjawab, berdisiplin dan kasih sayangTeknologi Maklumat dan Komunikasi : belajar melalui TMK, belajar dengan TMK

Kreativiti

Elemen keusahawanan

EK 1 : 1.4 Daya kreativiti dan inovasi : memerhati dengan bertujuan dan menghasilkan banyak idea

EK 1 : 1.10 berorientasikan pencapaian

Strategi

Berpusatkan murid

Pendekatan

Komunikatif

Kepelbagaian kaedah dan teknik

Kemahiran Berfikir

Kemahiran Pelbagai

Belajar Cara Belajar

Pembelajaran kontekstual

Bahan bantu mengajar

Bil. Jenis Jumlah

1.LCD1

2.Laptop 1

3. Pembesar suara2

4.Video 5

5. Kad gambar5

Pengetahuan Sedia Ada : Murid sudah mengetahui dan menunjukkan tindak balas emosi gembira, sedih dan marah ketika bersama orang terdekat. Murid juga mengamalkan komunikasi positif dan pengawalan emosi yang stabil.

Langkah dan masaIsi pelajaran Aktiviti pengajaran dan pembelajaranCatatan

Set induksi

(5 minit)Cadangan soalan :

Apakah perasaan kamu menonton sedutan video tadi?

Jawapan :

Takut, sedih, menangis1. Murid menonton sedutan tayangan video peristiwa

tsunami di negara Jepun.

2. Bersoal jawab dengan murid tentang tayangan video.

BBB

Komputer riba

Video

EMK :

Teknologi maklumat

dan komunikasi

Kreativiti dan inovasi

Langkah 1

(5 minit)Cadangan soalan :

a. Gambar apakah yang kamu lihat?

b. Apakah perasaan kamu apabila melihat gambar

ini?

Jawapan :

Hari jadi, hari raya, orang meninggal, kemalangan, kebakaran

Gembira, seronok, sedih, takut.1. Murid melihat gambar situasi di :-

I majlis hari jadi jiran

Ii sambutan perayaan kaum

iii upacara pengkebumian

iv kemalangan jalan raya

v kebakaran

2. Bersoal jawab dengan murid mengenai gambar

situasi

Kad gambar:

i majlis hari jadi jiran

Ii sambutan perayaan kaum

iii upacara

pengkebumian

Iv kemalangan jalan raya

v kebakaran

Langkah 2

(8 minit)1. Murid mendengar penerangan guru berkaitan

peristiwa dengan emosi

Contoh :

i. majlis hari jadi - gembira

ii. perayaan kaum - gembira

iii. upacara pengkebumian - sedih

iv. kemalangan - sedih/takut

v. kebakaran - takut/sedih

2. Murid menyatakan semula emosi yang sesuai

dengan peristiwa.

Langkah 3

(7 minit)Cadangan sedutan video :

a. Sambutan rumah terbuka sempena perayaan

kaum

b. Majlis sambutan hari jadi

c. Banjir

d. Kecederaan akibat bermain mercun

Cadangan soalan :

a. Apakah perasaan kamu apabila menonton

sedutan tayangan video tadi?

Jawapan :

Gembira,

Gembira

Takut

Sedih 1. Murid menonton sedutan video yang menunjukkan

situasi emosi di tempat awam .

2. Bersoal jawab dengan murid mengenai sedutan

video yang tonton.

BBB

Komputer riba

Video

EMK :

Teknologi maklumat dan

komunikasi

Penutup

(5 minit)Lirik lagu : Bila Rasa

Gembira

Bila rasa gembira tepuk

tangan 2x

Bila rasa gembira

beginilahlah caranya

Bila rasa gembira tepuk

Tangan

1. Murid menyanyikan lagu Bila Rasa Gembira secara beramai-ramai.

Lampiran

SENARAI SEMAK

Nama : ________________________________________________________

Kelas : _______________________________

Arahan : Tandakan () pada ruangan Menguasai atau Belum Menguasai berdasarkan kebolehan murid.

Bil Kemahiran diujiTarikh MenguasaiBelum menguasaiCatatan

1Menunjukkan tindak balas emosi yang sesuai berdasarkan tayangan video :

a. sambutan perayaan kaum

b. majlis perkahwinan

c. individu cedera akibat bermain mercun

d. suasana / keadaan banjir

Refleksi : ....................................................................................................................................................................................................................

....................................................................................................................................................................................................................................

Tandatangan guru