analisis puisi

13
SKBL 3133 STILISTIK Membunuh Mimpi ( sebuah pesan untuk Mayawati ) - Usman Awang PENSYARAH : Prof. Madya Dr. MOHAMMED FADZELI BIN JAAFAR NAMA : SUMATRA KAMAN NO. MATRIK : A141121

Upload: the-national-university-of-malaysia

Post on 20-Jul-2015

122 views

Category:

Education


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: Analisis puisi

SKBL 3133

STILISTIK

“Membunuh Mimpi (sebuah pesan untuk Mayawati) -

Usman Awang”

PENSYARAH : Prof. Madya Dr. MOHAMMED FADZELI BIN JAAFAR

NAMA : SUMATRA KAMAN

NO. MATRIK : A141121

Page 2: Analisis puisi

Membunuh Mimpi (sebuah pesan untuk Mayawati)

Usiamu menghampiri sunti dara

mengibarkan rasa diselendang suteramenyembunyikan malu di bilik terkuncidiselubungi rindu lagu dan tariseribu bayang seribu mimpiyang manis indah kerana itulah mimpi.

Mimpi itu adalah keajaiban anugerahtapi dialah nanti menyebabkan kau gundahterasing dicermin kenyataankehidupan yang ganas dan kejam.

Sunti daraku,jangan kau pinjam lamunanku,hati seorang ayahyang kini kubenci sebab begitu lemahselamanya mimpiku hidup ini begitu indah.

Bunuhlah mimpi itu, anakkukau membunuh segala palsulagu dan rinduyang selalu menipumu.

Dapatkan keberanian hidup barudari kekuatan hati dan ketinggian ilmu.

Page 3: Analisis puisi

Bentuk

• Bentuk sajak puisi adalah bebas dan tidak terikat dengan mana-mana puisi tradisional seperti pantun dan syair.

• Puisi ini terbina daripada daripada lima rangkap.

Rangkap 1-6 baris

Rangkap 2,3,4-4 baris

Rangkap 5-2 baris

• Dari segi penggunaan rima atau bunyi di hujung baris, terdapat rangkap yang mengekalkan persamaan bunyi. Rimanyaberbentuk bebas dan tidak terikat dengan puisitradisional.

Rangkap 1-a-a-b-b-b-bRangkap 2-a-a-b-cRangkap 3-a-b-b-bRangkap 4-a-a-a-a (sama seperti syair)Rangkap 5-a-a

• Jumlah perkataan dalam setiap baris juga tidak sama. Jumlahnya antara 2-7 perkataan sebaris.• Jumlah suku kata dalam setiap rangkap antara 5-17 perkataan sebaris.

Page 4: Analisis puisi

• Secara keseluruhannya, puisi ini bertemakan luahankasih sayang seorang kepada anaknya keranamemberi nasihat demi masa depan anaknya.

• Banyak menggunakan kata-kata yang bersifatmetafora.

Page 5: Analisis puisi

INTERPRETASI

Page 6: Analisis puisi

Dalam rangkap kedua ini, penulis mengatakan bahawa sungguhpun impian-impianyang indah itu mengasyikkan, namun impian-impian itu kelak akan akanmenyebabkan anaknya itu kecewa apabila segala yang diharapnya berlainan daripadakenyataan hidup yang sebenarnya. Ini kerana kehidupan yang sebenarnya adalahkehidupan yang penuh dengan keganasan dan kekejaman. Contoh:

Kehidupan yang ganas dan kejam

Dalam rangkap pertama ini,penulis menyampaikan beberapa pesanankepada anak gadisnya Mayawati yang meningkat remaja dan sudahmemperlihatkan rasa malu. Penulis menasihatkan anaknya supayamengikis perasaan rindu dan impian yang mengasyikkan kerana semuanyabukan realiti dalam kehidupan yang sebenar seperti dalam rangkap:

seribu bayang seribu mimpiYang manis indah kerana itulah mimpi

Page 7: Analisis puisi

Dalam rangkap keempat ini,penulis berkata bahawa zaman remaja akanmenipu anaknya. Penulis berharap anaknya boleh menghindarkan mimpi-mimpi zaman remaja yang boleh menjerat diri. Contoh:

Bunuhlah mimpi ituYang selalu menipumu

Dalam rangkap ini,penulis mengharapkan anaknya itu supaya tidak mengikutjejak atau peribadinya sebagai seorang yang begitu lemah. Penulis juga selalumengimpikan bahawa hidup ini penuh dengan keindahan dan mengasyikkan dankini dia sedar realiti kehidupan yang sebenarnya. Contoh:

Jangan kau pinjam lamunanku,Selamanya mimpiku hidup itu serba indah

Dalam rangkap terakhir ini,penulis berharap anaknya menanamkan keberanianhidup baru yang akan diperolehinya daripada kekuatan hati dan ketinggianilmu. Contoh:

Dapatkan keberanian hidup baru

Page 8: Analisis puisi

ANALISIS STILISTIK:

a) METAFORA

b) BUNYI

Page 9: Analisis puisi

Metafora

• Gaya bahasa kiasan yang menyatakan sesuatu denganmenyebut sesuatu yang lain. Tujuannya adalah untukmemberi kelainan kepada susunan kata dalam sajak bagimenimbulkan gerak imaginasi pembaca. Contoh:

Yang manis indah kerana itulah mimpi (R1)

Mimpi itu adalah keajaiban anugerah (R2)

terasing di cermin kenyataan (R2)

Page 10: Analisis puisi

Personafikasi

• Pemberian sifat manusia kepada benda yang konkrit.

• Contoh:

mengibarkan rasa di selendang sutera (R1)menyembunyikan malu di bilik terkunci (R1) kehidupan yang ganas dan kejam (R2) jangan kau pinjam lamunanku (R3) bunuhlah mimpi itu (R4) lagu dan rindu yang selalu menipumu (R4) dari kekuatan hati dan ketinggian ilmu (R5)

Page 11: Analisis puisi

BUNYI

o Aliterasi – pengulangan konsonan di awal katao Contoh:seribu bayang seribu mimpi (R1)menyembunyikan malu di bilik terkunci (R1)

o Asonansi – pengulangan vokal di akhir suku kata o Contoh:lagu dan rinduyang selalu menipumu (R4)

Page 12: Analisis puisi

Pengulangan bunyi konsonan dan vokal dalamsetiap baris akan mewujudkan kesan bunyi yang estetik dan mengindahkan lagi ritma yang diulang

seperti alunan muzik

Tujuannya adalah untuk menimbulkankemerduan dan keindahan dalam bunyipenyebutan kata.

Page 13: Analisis puisi

KESIMPULAN

Secara keseluruhannya, tema puisi karya Usman Awangini berkisarkan tentang nasihat dan kasih sayang seorangayah kepada anak gadisnya .

Banyak penggunaan bahasa-bahasa kiasan dan sifatkemanusiaan.