analisis pergerakan dalam badminton

Download Analisis Pergerakan Dalam Badminton

Post on 11-Nov-2015

46 views

Category:

Documents

3 download

Embed Size (px)

DESCRIPTION

FREE

TRANSCRIPT

1.0PENGENALANAnatomi adalah satu bidang yang mengkaji dan mengenalpasti tubuh badanseseorang iaitu tentang tulang-tulang,otot-otot dan organ-organ individu. Fisiologi pulaadalah satu bidang yang mengkaji tentang fungsi setiap tulang-tulang,otot-otot danorgan-organ dalam tubuh badan.Terdapat lebih kurang 206 tulang dalam tubuh orang dewasa dan jumlah beratsistem rangka seorang dewasa merupakan 14 % daripada jumlah berat badannya.Antara fungsi- fungsi tulang ialah untuk pergerakan di mana otot- otot melekat padatulang dan tulang akan bertindak sebagai tuil untuk menghasilkan pergerakan. Tulangjuga bertindak sebagai tempat menyimpan kalsium dan mineral lain. Sumsum merahpada beberapa tulang berupaya menghasilkan sel darah merah, beberapa sel darahputih dan platelet.Selain itu, fungsi tulang ialah sebagai penyokong tisu- tisu lembut dan memberikanpelekatan kepada banyak otot dan ligament. Banyak organ dalaman dilindungi daripadakecederaaan oleh tulang. Contohnya, otak dilindungi oleh tulang kranium. Sendi adalahtempat pertemuan dua atau lebih tulang dan berfungsi untuk mengerakkan anggotabadan.Walaupun tulang dan sendi membentuk rangka tubuh, namun tulang dan sendi tidakboleh menggerakkan tubuh dengan sendirinya. Gerakan ini dilakukan denganpenguncupan dan pengenduran sel khusus yang disebut otot. Otot berfungsi untukmenghasilkan pergerakan seperti berjalan, berlari dan beberapa gerakan otot yangtidak dapat dilihat seperti denyutan jantung dan gerakan gaster serta usus semasa proses pencernaaan makanan. Selain itu, fungsi otot ialah mengekalkan posisi badandan postur, menyokong tisu lembut dan mengekalkan suhu badan.

Permainan atau olahraga yang dipilih bagi Kerja Kursus Anatomi dan Fisiologi iniialah badminton. Di sini, kami dikehendaki mengkaji otot, tulang dan sendiyang terlibat bagi menghasilkan pergerakan dalam permainan badminton

2.0Pengenalan kepada Sukan / Permainan BadmintonBadminton merupakan sejenis sukan raket yang dimainkan oleh sama ada dua orang pemain bertentangan (perseorangan) ataupun dua pasangan bertentangan (beregu), yang posisi pemain ialah bertentangan di dalam sebuah gelanggang empat segi yang dibahagikan oleh jarring. Pemain dapat memungut mata melalui pukulan bulu tangkis menggunakan raket mereka jadi ia dapat melepasi atas jarring dan jatuh di kawasan pihak lawan. Pukulan rali berhenti selepas bulu tangkis hanya boleh dipukul sekali bagi setiap sisi sebelum ia melepasi atas jaring.Badminton ialah acara sukan Olimpik dengan lima disiplin yang kompetitif perseorangan lelaki dan wanita, beregu lelaki dan wanita, dan beregu campuran. Bagi tahap tinggi permainan,sukan ini memerlukan stamina aerobik,ketangkasan,kekuatan,kelajuan dan ketelitian. Ia juga merupakan sebuah sukan teknikal,yang memerlukan koordinasi badan yang baik dan kemahiran teknikal.

3.0Objektif Mengenalpasti otot- otot yang terlibat dalam servis tinggi badminton seperti trapezius, deltoid, pektoralis major, bisep, trisep, flexor carpi radialis dan latisimus dorsi. Mengenalpasti tulang- tulang yang terlibat seperti scapula, radius, ulna, humerus dan tulang karpus. Mengenalpasti sendi- sendi yang terlibat iaitu sendi lesung dan sendi engsel.

4.0Bahagian yang terlibat4.1Tulang

4.2Otot

Latisimus DorsiTrapezius4.3Sendi

Sendi EngselSendi Lesung

5.0Otot yang terlibat dalam permainan badminton

5.1Otot yang digunakan dalam permainan badminton ketika melakukan servis Trapezius Trisep Deltoid Latissimus dorsi Bisep Pektoralis major Flexor carpi radialis

5.2Tulang dan sendi yang terlibat

Sendi yang terlibat Sendi lesung Sendi engsel

Tulang yang terlibat Humerus Skapula Radius Ulna Tulang karpus

6.0Satah PergerakanKemahiran asas dalam badminton yang melibatkan pukulan servis tinggiterbahagi kepada 2 fasa iaitu sebelum servis, semasa servis dan selepas servis.Kebanyakan aksi pergerakan adalah berlaku pada satah sagital.

Satah Sagital membahagikan badan kepada 2 bahagian iaitu sebelah kiri dankanan. Pergerakan tangan dalam satah ini ialah fleksi (flexion) dan ekstensi (extension).7.0Otot, sendi dan tulang yang terlibat

Terdapat pelbagai jenis otot yang digunakan dalam permainan badminton yangkebanyakannya melibatkan bahagian bawah dan bahagian atas anggota badan.Walaubagaimanapun, otot yang paling penting dalam permainan ini ialah trisep, bisep,deltoid dan trapezius. Otot- otot lain seperti pektoralis major dan latisimus dorsiadalah otot yang membantu menggerakkan tangan untuk melakukan servis tinggidalam permainan badminton.Dalam fasa persediaan iaitu sebelum melakukan servis, pemain beradadalam keadaan bersedia dan raket dihayunkan ke belakang. Otot- otot sepertitrapezius, latisimus dorsi dan pektoralis major akan mengendur atau ekstensi bagimembolehkan lengan dihalakan ke arah belakang. Otot deltoid pula akan merenggangatau abduksi untuk mengangkat lengan ke arah luar dari sisi badan. Selain itu, ototbisep menguncup manakala otot trisep mengendur supaya lengan bolehdibengkokkan. Sendi yang terlibat dalam fasa ini ialah sendi lesung dan sendi engsel.Semasa memegang raket badminton, otot yang terlibat ialah flexor carpi radialis bagimembolehkan tangan menggengam raket tersebut. Dalam situasi ini berat badandipindahkan ke kaki belakang.Dalam fasa servis (semasa melakukan servis) pula, raket dihayunkan kebawah dan kehadapan. Bulu tangkis dilepaskan serentak dengan hayunan raket kehadapan. Otot- otot seperti trapezius, latisimus dorsi dan pektoralis major menguncup(fleksi) bagi membolehkan lengan dihalakan ke arah hadapan untuk tujuan memukulbulu tangkis. Otot deltoid pula akan merapat atau aduksi supaya lengan dapatditurunkan ke sisi badan. Selain itu, otot bisep akan mengendur manakala otot trisepakan menguncup bertujuan meluruskan lengan semasa memukul bulu tangkis. Fasaini berbeza daripada fasa persediaan kerana dalam fasa ini, lengan adalah dalamkeadaan lurus dan ini bermakna pergerakan ini tidak melibatkan sendi engsel.Pergerakan dalam fasa ini hanya melibatkan sendi bahu atau sendi lesung sahaja. Inibagi membolehkan tangan dibengkokan ke arah tapak tangan, belakang tangan dankedua- dua sisi tangan. Sendi ini amat penting dalam permainan badmintonterutamanya untuk memukul bulu tangkis. Berat badan dipindahkan ke kaki depansambil mengilaskan badan untuk menghadap jaring.Dalam fasa terakhir iaitu selepas servis, pemain perlu ikut lajak bagimemastikan bulu tangkis tepat ke sasaran. Raket terus dihayun ke atas mengikut arahpergerakan bulu tangkis. Raket bergerak tinggi dan melepasi aras bahu. Otot bisepakan mengendur manakala otot trisep menguncup supaya lengan bolehdibengkokkan. Sendi yang terlibat dalam fasa ini ialah sendi lesung dan sendi engsel.

8.0Pergerakan yang dihasilkanTRAPEZIUS Origin: Occipital bone and spines of cervical and thoracic Insertion: Clavicle, spines and anterior process of scapula. Aksi pergerakan: Menguncup apabila tangan dihayunkan ke hadapan dan belakang dan amat penting apabila memukul bulu tangkis dalam permainan badminton.

TRISEP Origin: tubercle below glenoid cavity, and lateral and media surfaces of humerus. Insertion: Olecranon process of ulna Aksi pergerakan: Extensi- meluruskan lengan.

DELTOID Origin: Acromion process and spine of scapula and the clavicle Insertion: Deltoid tuberosity of humerus Aksi pergerakan: Aduksi (merapat) iaitu menurunkan lengan ke sisi badan dan abduksi (merenggang) iaitu mengangkat lengan ke arah luar dari badan

LATISIMUS DORSI Origin: Spines of sacral, lumbar, and lower thoracic vertebrae, illiac crest and lower ribs. Insertion: Intertubercular groove of humerus Aksi pergerakan: extensi- menarik bahu ke belakang.

BISEP Origin: coracoid process and tubercle above glenoid cavity of scapula Insertion: Radial tuberosity of the radius Aksi pergerakan: Flexi- Membawa lengan ke hadapan dada.

PEKTORALIS MAJOR Origin: Clavicle, sternum, costal cartilages of upper ribs Insertion: Intertubular groove of humerus Aksi pergerakan: Fleksi- membawa lengan ke hadapan dada

11 | Page