analisis item

39
Topik 11 Analisis Skor Ujian

Upload: kfaidzal

Post on 04-Oct-2015

342 views

Category:

Documents


6 download

DESCRIPTION

analisis

TRANSCRIPT

  • Topik 11

    Analisis Skor Ujian

  • Apa maksud

    analisis item???

  • Analisis Item

    a)Bermakna item ujian dianalisis dari segi pilihan jawapan.

    b) Analisis item sesuai untuk item-item/soalan-soalan aneka pilihan dalam ujian rujukan norma.

  • Ujian Rujukan Norma(NRT) berbandingUjian Rujukan Kriteria(CRT)

    Matlamat NRT ialah membandingkan prestasiseorang pelajar dengan pelajar lain manakala CRT membandingkan prestasi seorang pelajar dengankriteria yang ditetapkan.

    Kandungan ujian NRT adalah cetek bagi setiap topikiaitu anggaran 2 soalan setiap topik manakaladalam CRT pula mendalam dan banyak soalan.

  • Analisis Item

    a)Dalam soalan UPSR , bagi setiap soalan aneka pilihan terdapat 4 pilihan jawapan.

    b) Hanya satu sahaja jawapan yang tepat(kunci) manakala 3 lagi pilihan jawapan adalah distraktor/pengacau/jawapan salah

    c) Misalnya: -------

  • Analisis ItemMengapakah cendawan tidak digolongkan sebagai pengeluar dalam rantai makanan dan siratan makanan?

    A cendawan bukan sejenis tumbuhan

    B cendawan hidup secara menumpang

    C cendawan tidak menjalankan proses

    fotosintesis

    D cendawan menghasilkan spora

  • Analisis ItemMengapakah cendawan tidak digolongkan sebagai pengeluar dalam rantai makanan dan siratan makanan?

    A cendawan bukan sejenis tumbuhan

    B cendawan hidup secara menumpang

    C cendawan tidak menjalankan proses

    fotosintesis

    D cendawan menghasilkan spora

    Kunci: C ; Distraktor : A, B, D

  • Apakah tujuan mengadakan

    analisis item?

  • Tujuan Analisis Item

    a) Memberi maklumat tentang respon pelajarkepada setiap item iaitu memberi maklumattentang apa yang pelajar tahu dan tak tahu.

    b) Menyediakan informasi tentang bagaimanasetiap item/soalan berfungsi. Iaitu untukmemperbaiki atau membuang item-item dalam ujian. (hendak menentukan kualitisesuatu item)

  • Proses Analisis Item (Dipermudahkan)

    (Rujukan :Gronlund,1995)a) Susun skrip-skrip yang telah diperiksa dalam

    tertib skor yang menurun iaitu dari skortertinggi kepada yang terendah.

    b) Seterusnya asingkan skrip-skrip kepada duakumpulan iaitu tinggi dan rendah.

    c) Syarat: (i) Jika bilangan pelajar adalah 20 ataukurang , bahagikan dua bilangan berkenaanmaka setiap kumpulan terdiri daripada 10 pelajar.

  • Proses Analisis Item (Dipermudahkan)

    (Rujukan :Gronlund,1995)

    (ii) Jika bilangan pelajar adalah 40 maka penggunaan 25% pelajar bagi mewakili kumpulan tinggi dan rendah masing-masing adalah munasabah.

    (iii) Bagi analisis yang lebih terperinci, penggunaan 27% bagi mewakili kumpulan tinggi dan rendah adalah dicadangkan

  • Proses Analisis Item (Dipermudahkan)

    (Rujukan :Gronlund,1995)

    (d) Kemudian kirakan indeks kesukaran dan indeks diskriminasi bagi setiap item.

    (e) Menilai keberkesanan distraktor dalam setiap item.(keupayaan setiap opsyen yang salah)

  • Nota Mengira Indeks Kesukaran

    (a)Dalam mengira indeks kesukaran, pengiraanadalah berdasarkan kumpulan Tinggi danRendah sahaja.

    (b) Kumpulan sederhana tidak terlibat keranadianggap mempunyai corak jawapan yang sama.

    (c) Kaedah menganggarkan indeks kesukaran inimempunyai kejituan yang munasabah bagitujuan penggunaan dalam analisis keputusanbilik darjah. (Gronlund, 1995)

  • Prosedur MenentukanIndeks Kesukaran

    a) Indeks kesukaran ialah indeks pelajarmenjawab dengan betul.

    b) Semakin sukar item yang diberi kepada pelajarsemakin ramai tidak dapat menjawab denganbetul.

    c) IK , p = B/J iaitu B= bilangan pelajarmenjawab betul; J= jumlah pelajar menjawab

    d) Biasanya indeks kesukaran antara +0.35 hingga +0.65 boleh diterima.

    (Menurut Siti Rahaya Ariffin, 2008)

  • Indeks Kesukaran

    Peratus pelajar menjawab suatu item tertentu dengan betul

    Susah Diterima Senang

    35% DAN <

    65%>=65%

    0 10 20 30 40 50 60 70 80 90 100

  • Soalan

    Kirakan indeks kesukaran bagi soalan berikut

    Pilihan A B C * D

    Tinggi 0 2 12 1

    Rendah 0 1 6 8

  • SoalanKirakan indeks kesukaran bagi soalan berikut

    p= B/J = 18/30 = 0.60

    Ini bermakna 60% dari kelas mendapat soalan ini betul . Pilihan jawapan A patut diubahsuai atau diganti.

    Pilihan A B C * D

    Tinggi 0 2 12 1

    Rendah 0 1 6 8

  • Indeks Diskriminasi

    Indeks diskriminasi ialah indeks yang berkebolehan dalam mendiskriminasikan pelajar berpencapaian tinggi daripada yang berpencapaian rendah.

  • Indeks Diskriminasi

    ID = (T- R)/ N

    dimana T = bil.pelajar dari kump.Tinggi yang

    menjawab betul

    R = bil.pelajar dari kump.Rendah yang

    menjawab betul

    N= bilangan pelajar dari kump.Tinggi

    atau Rendah

  • Indeks Diskriminasi

    a) Indeks diskriminasi terdiri daripada 3 jenisiaitu indeks diskriminasi positif, negatif dansifar.

    b) D = + , D= - , D= 0

  • Indeks Diskriminasi Positif

    a) Indeks diskriminasi positif ---- Lebih ramaipelajar yang mendapat jumlah markah yang tinggi memilih pilihan jawapan yang betulberbanding pelajar yang mendapat jumlahmarkah yang rendah.

    b) Dalam erti kata lain ramai kumpulan pelajar yang pandai dapat menjawab dengan betulberbanding dengan kumpulan pelajar yang lemah.

  • Indeks Diskriminasi Positif

    c) Indeks diskriminasi positif menunjukkan bahawa item itu mendiskriminasi dalam arah yang sama dengan jumlah skor ujian .

    d)Oleh kerana kita mengandaikan jumlah skor ujian menggambarkan pencapaian objektif yang ditetapkan oleh guru maka dengan itu kita juga ingin semua item menunjukkan diskriminasi positif.

  • Indeks Diskriminasi Negatif

    a) Indeks diskriminasi negatif ---- Lebih ramaipelajar yang mendapat jumlah markah yang rendah telah memilih pilihan jawapan yang betul berbanding pelajar yang mendapat jumlahmarkah yang tinggi.

    b) Dalam erti kata lain ramai kumpulan pelajar yang lemah dapat menjawab dengan betulberbanding dengan kumpulan pelajar yang pandai.

  • Indeks Diskriminasi Sifar

    Indeks diskriminasi sifar ---- Bilangan pelajar dari kumpulan tinggi dan rendah yang telah memilih pilihan jawapan yang betul adalah sama..

  • Contoh PengiraanIndeks Diskriminasi

    Maklumat bagi setiap item direkodkan dalam bentuk berikut:

    Pilihan A B C * D

    Tinggi 0 2 12 1

    Rendah 0 1 6 8

  • Prosedur MenentukanIndeks Diskriminasi

    Indeks diskriminasi ialah indeks yang berkebolehan dalam mendiskriminasikan pelajar berpencapaian tinggi daripada yang berpencapaian rendah.

  • Indeks Diskriminasi

    Kirakan ID yang berikut:

    Pilihan A B C * D

    Tinggi 0 2 12 1

    Rendah 0 1 6 8

  • Indeks Diskriminasi

    D = (12-6)/ 15

    = 6/15

    = 0.40

    *** Ingat bawa kalkulator semasa peperiksaan.

  • Persoalan

    Yang manakah ID yang sesuai di mana boleh menjamin kualiti sesuatu soalan?

  • Persoalan

    Yang manakah ID yang sesuai di mana boleh menjamin kualiti sesuatu soalan?

    Sudah tentu ID positif kerana ia menunjukkan ramai kumpulan pelajar yang pandai dapat menjawab dengan betul berbanding dengan kumpulan pelajar yang lemah.

  • Indeks Diskriminasi

    Ada pakar yang menyatakan nilai ID seharusnya sekurang-kurang 0.30 manakala ada kumpulan pakar yang lain menyatakan ID memadai positif sahaja untuk menjamin kemampuan item untuk mendiskriminasi.

    (Rujukan Kubiszyn T. dan Borich, G, 1990)

  • Indeks Diskriminasi

    Indeks Diskriminasi, D Penialain Item

    0.40 dan ke atas Sangat baik

    0.30-0.39 Baik

    0.20-0.29 Marginal/perlu diperbaiki

    0.19 dan ke bawah Lemah, tidak boleh diterimaatau disemak semula

    Rujukan: Ebel et.al.(1991)

  • Indeks Diskriminasi

    Indeks diskriminasi sebanyak 0.3 dan keatas dianggap baik dan melebihi 0.6 adalah sangat baik.

    Nilai mendekati 0 bermakna kebanyakan pelajar mempunyai pencapaian yang sama untuk item berkenaan.

    Indeks tidak seharusnya bernilai negatif.

    Taburan Skor Pelajar Mengikut Pencapaian

    0

    10

    20

    30

    0 10 20 30 40 50 60 70 80 90 100

    Ujian Susah UjianNorrmal Ujian Mudah

  • Panduan

    Jadual berikut boleh dijadikan sebagai garispanduan dalam menentukan samada sesuatu item harus dibuang , dibaiki atau disimpan dalam bank soalan

    Indeks Diskriminasi(D)

    Indeks Kesukaran

    Tinggi

    (Susah)

    Sederhana Rendah

    (Senang)

    D =< 0% buang buang buang

    0% < D < 30% baiki ok baiki

    D >= 30% baiki ok baiki

  • Keberkesanan Distraktor Distraktor yang baik haruslah menarik perhatian lebih ramai pelajar daripada

    kumpulan rendah berbanding tinggi.

    Oleh yang demikian distraktor harus berperanan mendiskriminasikan pelajarkumpulan tinggi dan rendah dalam cara yang bertentangan seperti manaperanan kunci.

    Misalnya:

    Pilihan A B C * D

    Tinggi 0 2 12 1

    Rendah 0 1 6 8

  • Keberkesanan Distraktor

    Kunci , C : Item ini berjaya mendikriminasipelajar cemerlang dan lemah kerana bilanganpelajar cemerlang yang memilih jawapan betulmelebihi pelajar lemah . (D +ve)

    Opsyen A dikatakan tidak berfungsi kerana tidakmenarik sebarang pelajar untuk memilihjawapan berkenaan. Maka opsyen ini perludiganti dengan opsyen lain yang sesuai

  • Keberkesanan Distraktor

    Opsyen B dikatakan lemah kerana ia menarik lebih ramai pelajar daripada kumpulan tinggi berbanding kumpulan rendah. Ini mungkin timbul daripada kekaburan atau perrnyataan dalam item yang kurang jelas untuk memilih jawapan berkenaan

    Maka dengan itu opsyen ini perlu diubahsuai.

  • Keberkesanan Distraktor

    Opsyen D dikatakan berfungsi seperti yang dikehendaki kerana ia menarik lebih ramai pelajar lemah berbanding cemerlang.

  • Latihan

    Item Kumpulan A B* C D

    15 Tinggi 3 4 3 5

    Rendah 0 10 2 3

    Item Kumpulan A B C D*

    16 Tinggi 3 4 2 6

    Rendah 1 4 4 6

    Item Kumpulan A B C* D

    17 Tinggi 0 1 12 2

    Rendah 0 1 6 8

    Kira IK dan ID bagi setiap item di atas, manakah item-item yang sesuai/dibuang dan

    bagaimana fungsi distraktor serta penerangan??