analisis gambar berpandukan bloom.docx

23
PENGENALAN Menggambar merupakan bidang pertama daripada empat bidang yang diajar di dalam subjek Pendidikan Seni Visual. Menggambar juga merupakan bidang paling asas berbanding tiga lagi bidang dalam Pendidikan Seni Visual. Bidang menggambar juga menegaskan perkembangan persepsi dan kemahiran seseorang murid terhadap aspek melukis serta kegiatan mereka dalam membuat gambar dengan menggunakan pelbagai media dan teknik. Kegiatan yang boleh dijalankan dalam bidang menggambar iaitu lukisan, catan, kolaj, montaj, cetakan, percikan, resis, gosokan dan mozek. DEFINISI MENGGAMBAR Menggambar bermaksud membuat atau menghasilkan gambar. Ia merupakan satu representasi visual sesuatu objek atau imej yang mengandungi komposisi artistik yang dihasilkan melalui aplikasi warna di atas permukaan rata atau 2D. Penghasilan kerja- kerja seni atau menggambar khasnya yang menggunakan pelbagai alatan, media dan teknik sememangnya dapat menarik minat murid. Pelbagai tekstur, warna dan saiz kertas boleh digunakan. Selain itu, kertas suratkhabar, sampul surat, kertas pembungkus hadiah, majalah, kertas tisu, kadbod dan sebagainya boleh digunakan dan disesuaikan dengan karya yang hendak dihasilkan. Dalam aktiviti menggambar, alat tulis sama ada berwarna atau tidak berwarna, media kering atau media basah boleh

Upload: pojanluiz

Post on 11-Sep-2015

129 views

Category:

Documents


11 download

DESCRIPTION

Analisis Gambar Berpandukan Bloom.docx

TRANSCRIPT

PENGENALAN Menggambar merupakan bidang pertama daripada empat bidang yang diajar di dalam subjek Pendidikan Seni Visual. Menggambar juga merupakan bidang paling asas berbanding tiga lagi bidang dalam Pendidikan Seni Visual. Bidang menggambar juga menegaskan perkembangan persepsi dan kemahiran seseorang murid terhadap aspek melukis serta kegiatan mereka dalam membuat gambar dengan menggunakan pelbagai media dan teknik. Kegiatan yang boleh dijalankan dalam bidang menggambar iaitu lukisan, catan, kolaj, montaj, cetakan, percikan, resis, gosokan dan mozek.

DEFINISI MENGGAMBAR Menggambar bermaksud membuat atau menghasilkan gambar. Ia merupakan satu representasi visual sesuatu objek atau imej yang mengandungi komposisi artistik yang dihasilkan melalui aplikasi warna di atas permukaan rata atau 2D. Penghasilan kerja-kerja seni atau menggambar khasnya yang menggunakan pelbagai alatan, media dan teknik sememangnya dapat menarik minat murid. Pelbagai tekstur, warna dan saiz kertas boleh digunakan. Selain itu, kertas suratkhabar, sampul surat, kertas pembungkus hadiah, majalah, kertas tisu, kadbod dan sebagainya boleh digunakan dan disesuaikan dengan karya yang hendak dihasilkan. Dalam aktiviti menggambar, alat tulis sama ada berwarna atau tidak berwarna, media kering atau media basah boleh digunakan untuk menghasilkan gambar yang bermutu. Media kering seperti pensel, pensel warna, pen teknikal, krayon, oil pastel dan arang sesuai digunakan untuk aktiviti lukisan. Sementara media basah pula seperti warna air, warna poster, akrilik, cat minyak dan sebagainya sesuai digunakan untuk aktiviti catan.

FUNGSI KEGIATAN MENGGAMBAR KEPADA PERKEMBANGAN PSIKOMOTOR , KOGNITIF , EMOSI SERTA SOSIAL KANAK-KANAK. Kanak-kanak dilahirkan dengan mempunyai sifat yang dinamik serta berkembang mengikut fitrah semula jadi proses tumbesaran mereka. Hasil kerja seni visual yang dihasilkan berfungsi sebagai alat komunikasi dan merupakan refleksi pemikiran kanak-kanak. Penglibatan kanak-kanak dalam aktiviti seni visual berupaya memberikan rangsangan dan pembangunan dari pelbagai aspek. 1. Aspek FizikalPenggunaan alat dan bahan dalam pengajaran dan pembelajaran pendidikanseni visual memberikan satu bentuk latihan berkesan kepada otot tangan (psychomotor) dan koordinasi tangan serta mata. Di dalam aktiviti menggambar, penggunaan pensel krayon mungkin kurang sesuai bagi kanak-kanak berusia 7 ke bawah, memandangkan saiz pensel krayon yang agak kecil. Oleh itu kita seharusnya memberikan kanak-kanak saiz pensel warna yang agak besar bagi memudahkan mereka memegang pensel tersebut. Pensel yang berbentuk tiga segi juga dapat membantu kanak-kanak memegang pensel dengan kemas. Kemahiran genggaman seperti ini secara tidak langsung dapat meningkatkan keyakinan diri kanak-kanak dalam pengawalan psikomotor mereka. Seperti menulis, menggambar dapat melatih gerak tangan untuk menghasilkan tulisan atau bentuk gambar yang lebih baik.

2. Aspek Kognitif Penganjuran aktiviti seni yang tersusun dan terancang dapat melahirkan kanak-kanak yang mempunyai keupayaan menyelesaikan masalah mampu membuat penilaian dan bijak membuat keputusan. Menggambar dalam bentuk apapun merupakan ekspresi dan sebahagian dari proses kreatif dan imaginasi mereka di masa kecil. Dengan menggambar, anak akan belajar mencipta atau berkreativiti, mengeluarkan idea-idea, serta memvisualisasikan dan merealisasikan imaginasinya dalam sebuah karya.

3. Aspek Sosial dan Emosi Menggambar memberi peluang kepada murid untuk berinteraksi dan meningkatkan Keupayaan bersosial selain meningkatkan keyakinan diri. Menggambar dapat membantu meningkatkan daya tumpuan, melatih daya ingatan, kesabaran, ketelitian dan ketekunan kanak-kanak dalam menghasilkan sesuatu. Selain sebagai bentuk ekspresi, menggambar juga dapat membantu menyalurkan bentuk-bentuk emosi yang dirasakan kanak-kanak melalui gambar. Sebagai contoh, aktiviti gosokan dapat memperkembangkan deria lihat terhadap alam sekitar, meluahkan berbagai perasaan dan menghasilkan berbagai jalinan. Aktiviti menggambar memberi peluang kepada murid untuk saling hormat-menghormati dan menjadi landasan untuk memupuk perasaan toleransi. Selain itu, semangat bekerjasama di dalam aktiviti berkumpulan juga dapat dibentuk.

TEORI PERKEMBANGAN SENI KANAK-KANAK OLEH LOWENFELD DAN BRITAINLowenfeld dan Britain (1982) telah memperkenalkan teori perkembangan artistik kanak- kanak yang merangkumi peringkat umur dari 2-14 tahun. Peringkat perkembangan artistik yang diperkenalkan oleh Lowenfeld dan Britain ini merangkumi lima peringkat utama iaitu peringkat scribbling, peringkat preschematic, peringkat schematic, peringkat dawning realism, peringkat pseudonaturalistic dan peringkat adolescent art.(a) Peringkat Scribbling ( 2 4 tahun)

Pada peringkat ini kanak-kanak menghasilkan contengan secara rawak dan tidak terkawal. Proses menconteng menyebabkan pergerakan badan dan membangunkan koordinasi otot motor tangan. Apabila kanak-kanak telah mampu menguasai pergerakan tangan dan badan mereka mula melukis dari peringkat contengan kepada lukisan garisan lurus dan melintang kepada melukis bulatan.(b) Peringkat Preschematic ( 4 7 tahun )Peringkat ini memperlihatkan peningkatan daripada contengan bulatan kepada percubaan pertama untuk melukis objek yang terdapat di sekelilingnya dengan menggunakan garisan. Sebagai contoh ibu bapa dan orang yang rapat dengan mereka dilukis dengan mempunyai karakter tangan dan kaki dan dilukis seolah-olah terapung dan dengan saiz imej yang berbeza-beza.

(c) Peringkat Schematic ( 7 9 tahun )Pada peringkat ini kanak-kanak kurang cenderung untuk melukis imej objek berbanding pada peringkat awal tadi. Lukisan mula dihasilkan mengikut skema atau konsep tertentu. Penekanan lebih diberikan kepada cara penyusunan objek dalam imej selain daripada imej manusia dan objek yang terdapat di sekelilingnya. Sebagai contoh, kanak-kanak mula membuat percubaan dengan membahagikan ruang pada kertas lukisan kepada dua bahagian iaitu satah udara dan tanah. Bagi pemandangan satah bawah objek disusun secara melintang dan sama manakala objek udara pula dibiarkan kosong. Selain itu, lukisan yang dihasilkan adalah spontan, bebas dan berskala besar. Tidak peka dengan karya mereka sendiri dan tidak kisah dengan lukisan yang dihasilkan oleh rakan sebaya mereka dan gemar untuk berkongsi.

(d) Peringkat Dawning Realism atau The Gang Age (9-12 tahun)Pada peringkat ini, kanak-kanak terus melukis dengan mengekalkan konsep dan skema tertentu. Perubahan pada peringkat ini adalah terhadap imej yang dilukis secara realistik dan teliti. Imej lukisan mula mengecil dari segi saiz dan kanak-kanak mula menunjukkan sifat kritikal dengan hasil karya sendiri. Mereka mula membandingkan karya dengan karya rakan sebaya dan ini menjadikan mereka berhati-hati dan sedikit individualistik serta menitikberatkan kualiti karya yang dihasilkan.

(e) Peringkat Pseudonaturalistic atau Reasoning (12-14 tahun)Pada peringkat ini, kanak-kanak mula peka dengan konsep realistik di dalam menghasilkan lukisan. Mereka menitikberatkan konsep kedudukan dan saiz rasional imej. Mereka lebih gemar untuk melukis melalui konsep peniruan atau melalui objek di hadapan mata berbanding dengan lukisan menerusi imaginasi. Lukisan yang dihasilkan jarang dikongsi bersama dengan rakan sebaya dan perasaan malu dan rendah diri akan timbul sekiranya lukisan yang dihasilkan tidak menarik.

(f) Peringkat Period If Decision atau Adolescent Art in High School (14-17 tahun)Peringkat ini merupakan peringkat penekanan terhadap proses penghasilan karya seni dan penciptaan objek. Peringkat ini memperlihatkan kematangan di dalam membuat keputusan dan pemilihan bahan yang sesuai untuk menghasilkan karya seni.

KANDUNGAN ANALISIS GAMBAR BERPANDUKAN ARAS TAKSONOMI BLOOM

Gambar 1

Rajah 1Berikut merupakan gambar yang telah dilukis oleh adik Rashid B. Abdul Rahman yang berumur 8 tahun berdasarkan tema Keluarga Saya. Berdasarkan gambar pertama pada rajah 1, didapati Rashid telah melukis gambar sekeluarganya yang kelihatan seperti sedang mengambil gambar portrait. Berdasarkan aras taksonomi bloom yang paling rendah iaitu pada aras pengetahuan, fakta asas yang dapat dilihat pada gambar tersebut adalah ia adalah gambar keseluruhan ahli keluarga Rashid yang sedang duduk bersama-sama. Dari segi aras kefahaman pula, gambar yang dilukis oleh Rashid menunjukkan mereka sekeluarga sedang melalui saat-saat gembira bersama-sama berdasarkan senyuman yang terdapat pada hampir kesemua ahli keluarganya. Mereka kelihatan seperti sedang mengambil gambar dan ianya perilaku mengambil gambar sinonim dengan merakam saat-saat terindah. Setiap daripada ahli keluarga mereka duduk rapat antara satu sama lain menunjukkan hubungan yang terjalin pada mereka sangat rapat. Selain itu, gambar ini juga dapat memperlihatkan aras aplikasi dalam taksonomi bloom di mana Rashid dapat mengaplikasikan apa yang dilihatnya di dalam rumah mengenai keluarganya ke dalam bentuk gambar lukisan. Rashid dapat melukis kesemua ahli keluarganya yang berbeza dari segi umur, paras rupa dan jantina dengan baik melalui cara pemakaian, saiz badan, serta aksesori yang digunakan oleh subjek dalam gambar lukisan. Pada aras analisis pula, terdapat 7 orang ahli keluarga Rashid termasuk beliau sedang duduk di atas sofa yang besar dalam gambar lukisan ini. Ahli keluarga Rashid yang terdapat dalam gambar terdiri daripada ayah yang duduk di tengah-tengah, emak yang sedang memegang bayi, kakak yang berbaju bunga, adik kecil yang dikendong oleh emak, serta datuk dan nenek yang bertongkat. Mimik muka, serta personaliti setiap ahli keluarganya dilukis dengan baik berdasarkan rambut, misai, serta saiz badan. Di dalam gambar lukisan tersebut, didapati kesemua ahli keluarga sedang senyum kecuali nenek Rashid. Rashid juga telah melukis gambar-gambar yang digantung pada dinding rumahnya. Selain itu, beliau juga telah melukis bingkai pada kertas lukisan dengan corak corak abstrak serta bintang-bintang. Dari segi aras sintesis pula, gambar yang dilukis oleh Rashid mungkin menunjukkan keadaan sebenar bagaimana kehidupan keluarga Rashid di rumah dimana setiap daripada ahli keluarga mereka merupakan seorang yang sentiasa gembira dan memberi senyuman kecuali neneknya. Mungkin nenek Rashid mengalami masalah-masalah tertentu yang membuatkannya berasa sedih seperti faktor usia atau sakit. Walaubagaimana pun, mereka sekeluarga tetap duduk bersama-sama dan mengambil saat-saat terindah tidak kira gembira atau tidak, susah atau senang. Manakala dari segi aras penilaian pula, kelihatan Rashid telah berjaya memberi penjelasan yang jelas mengenai keluarganya dengan memaparkan bilangan ahli keluarganya di rumah, mimik muka ahli keluarga yang menggambarkan perasaan setiap ahli keluarga, dan turut membezakan personaliti setiap ahli keluarganya dengan melukis gambar menggunakan hanya sebatang pensel.Akhir sekali, penilaian yang dapat dibuat berdasarkan gambar lukisan yang telah dilukis oleh Rashid adalah Rashid hidup dalam keluarga yang bahagia. Rashid merupakan seorang yang sangat teliti dalam menggambarkan keluarganya kerana melalui gambar lukisan yang telah dihasilkan olehnya, dia cuba untuk menggambarkan kehidupan keluarganya melalui mimik muka, susun atur salasilah keluarga semasa duduk dan hiasan pada lukisan. Walaupun gambar lukisan Rashid agak comot kerana sering dipadam, ia menunjukkan bahawa dia cuba sehabis baik untuk menggambarkan kebahagiaan keluarganya apabila kelihatan bekas-bekas pemadam pada lukisan. Dari segi sudut seninya pula, lukisan Rashid merupakan lukisan pensil yang mudah tanpa dikenakan sebarang warna lain selain hitam dan putih dan subjek gambar iaitu keluarga diletakkan di tengah-tengah gambar sambil dihiasi dengan bingkai bercorak abstrak. Ianya cukup untuk menekankan kontra terhadap subjek yang ingin ditekankan oleh pelukis iaitu keluarganya yang bahagia.

Gambar 2

Rajah 2Berikut merupakan gambar keluarga yang dilukiskan oleh adik Mohd Sharom B. Abdullah yang berumur 8 tahun. Berdasarkan gambar pada rajah 2, fakta asas yang dapat dilihat berdasarkan aras pengetahuan taksonomi bloom pada gambar lukisan tersebut adalah gambar si pelukis bersama dengan dua lagi individu kesayangannya. Dari segi aras kefahaman pula, gambar yang dilukis oleh Sharom menunjukkan bahawa Sharom sedang berada di luar rumah bersama dua orang insan yang disayangi beliau yang bernama Irwin dan Cancan yang bukan ayah serta ibunya. Gambar lukisan tersebut kelihatan seperti mereka sedang berjalan-jalan di kawasan berbunga diiringi oleh Irwin diikuti oleh Cancan dan Sharom sendiri.Berdasarkan aras aplikasi, Sharom telah melukis insan kesayangan beliau melalui cara pemakaian, ciri-ciri fizikal, dan warna pemakaian bagi melambangkan warna kegemaran dan personaliti setiap ahli keluarganya dengan baik. Sharom juga telah menggunakan pensel serta dan warna dengan baik bagi membezakan setiap ahli keluarganya dari segi jantina, umur dan sebagainya. Secara analisisnya, terdapat 3 individu dalam gambar lukisan tersebut iaitu individu lelaki yang berambut pacak, yang bernama Irwin serta kakak Sharom yang berambut pendek bernama Cancan dan berbadan kecil berbanding Irwin dan termasuk Sharom sendiri. Nama setiap keluarga Sharom ditulis di atas kepala mereka dalam lukisan. Mereka memakai baju mengikut warna kegemaran sendiri yang mana Irwin memakai baju yang berwarna gelap, berseluar merah, berkasut hijau, Cancan yang menggunakan baju skirt merah jambu serta berkasut hijau. Manakala Sharom sendiri menggunakan baju bewarna kuning serta berseluar dan berkasut hijau. Mereka sedang berada di luar rumah kerana terdapat bunga bunga di permukaan lantai yang comot seperti tanah. Bunga-bunga yang dilukis oleh Sharom juga mempunyai warna yang pelbagai seperti warna biru, kuning, dan merah. Dari segi sintesis pula, gambar ini menunjukkan bahawa individu kesayangan Sharom adalah Irwin dan Cancan dan bukannya ibu bapa nya yang sebenar. Irwin dan Cancan berkemungkinan mempunyai hubungan seperti adik beradik mahupun seperti pakcik dan makcik. Hal ini dapat dilihat dari tulisan nama pada individu tersebut dalam gambar lukisan. Kebiasaanya seorang kanak-kanak akan menulis nama ibu dan ayah pada lukisan ibu bapa mereka namun perkara sebaliknya yang berlaku terhadap Sharom. Sharom menyayangi mereka mungkin kerana mereka selalu membawanya berjalan-jalan serta bersiar-siar di kawasan yang cantik seperti taman dan sebagainya. Oleh sebab itu Sharom melukis gambar mereka dalam lukisan ini. Irwin mungkin bersikap tegas berdasarkan penampilan serta warna baju yang digunakan olehnya. Cancan juga mungkin seorang yang penyayang dan berlemah-lembut berdasarkan warna pakaian yang digunanya. Penilaian yang dapat dibuat setelah menganalisis gambar lukisan yang dihasilkan oleh Sharom adalah Sharom mungkin telah ditinggalkan oleh ibubapa dan dia menetap bersama dengan Irwin dan Cancan. Irwin dan Cancan mungkin masih muda atau berumur dalam lingkungan 30 - an kebawah. Mereka berdualah individu yang sentiasa menggembirakan hati Sharom dengan membawanya ketempat-tempat yang cantik kerana bunga yang dilukis oleh Sharom menggambarkan tempat yang indah. Dari segi sudut seninya pula, lukisan Sharom mungkin tidak seimbang dari segi lukisan fizikal badan seperti saiz tangan dan sebagainya, tetapi ianya memadai dengan perincian yang teliti bagi menggambarkan personaliti seseorang seperti saiz badan, rambut dan pemakaian. Sharom juga berkeupayaan dalam melambangkan watak seseorang melalui warna serta menggunakan teknik lukisan yang pelbagai dalam melukis gambar yang bertemakan keluarga saya.

Gambar 3

Rajah 3Berikut merupakan gambar keluarga yang telah dihasilkan oleh adik Alyia Hazelrina anak Christoph yang berumur 7 tahun. Berdasarkan gambar tersebut, informasi yang dapat diperolehi pada aras pengetahuan mengenai gambar lukisan tersebut adalah terdapat 3 orang individu Alyia dalam keluarganya. Dari segi kefahaman pula, 3 orang individu yang kurang dikenalpasti personalitinya tersebut mungkin ahli kesayangan Alyia. Gambar lukisan yang dilukis oleh Alyia hanya menunjukkan rupa manusia yang tidak berwajah namun dapat dibezakan jantinanya. Dari segi aras aplikasi pula, Alyia masih kurang berupaya mengaplikasikan teknik lukisan dalam menggambarkan ahli keluarganya dengan baik. Alyia masih kurang dalam menterjemahkan ahli keluarganya dalam bentuk gambar atau lukisan kerana tidak dapat membentuk personaliti yang jelas mengenai insan kesayangan dengan baik. Alyia juga masih kurang dalam menggambarkan bentuk-bentuk fizikal seseorang manusia dengan baik berdasarkan gambar. Walaubagaimana pun, Alyia dapat mengaplikasikan sedikit teknik lukisan melalui penggunaan warna pada gambar ahli keluarganya. Pada aras analisis pula, terdapat 3 individu yang dilukis oleh pelukis dimana Alyia telah melukis 2 orang lelaki masing-masing memakai baju berwarna hijau dan dan berwarna oren. Seorang lagi ahli keluarga yang dilukis oleh Alyia adalah seorang wanita yang berambut panjang mengurai. Ketiga-tiga ahli keluarga tersebut tidak mempunyai sebarang wajah dan mereka berdiri bersebelahan antara satu sama lain. Lelaki yang berbaju hijau menggunakan kasut berwarna coklat, wanita tersebut menggunakan kasut hitam, manakala lelaki berbaju oren menggunakan kasut berwarna ungu. Ketiga-tiga ahli keluarga Alyia dilukis tanpa latar belakang dan keadaan fizikal mereka yang tidak seimbang. Terdapat sebilangan daripada tangan ahli keluarga Alyia dilukis pendek, panjang, kecil dan ada yang besar. Warna kulit ketiga-tiga ahli keluarga Alyia diwarna dengan warna coklat gelap. Pada peringkat sintesis pula, gambar yang dilukis oleh Alyia mungkin menunjukkan ahli keluarga nya yang terdiri daripada ibu, ayah serta abangnya. Kebiasaanya ibu bapa dilukis hampir menyerupai antara satu sama lain terutamanya dari segi pemakaian dan dalam gambar ini mereka sama-sama berbaju hijau. Manakala lelaki yang berbaju oren pula berkemungkinan abang atau pakcik Alyia. Alyia mungkin membezakan antara ibubapa serta individu kesayangannya yang lain menggunakan warna baju yang berbeza. Alyia telah melukis ibunya dengan saiz badan yang besar ditengah-tengah gambar mungkin menunjukkan betapa penting ibunya dalam kehidupan Alyia. Berkemungkinan Alyia banyak menghabiskan masa bersama dengan ibunya berbanding dua lagi lelaki dalam gambar tersebut. Penilaian yang dapat dibuat berdasarkan gambar lukisan yang telah dilukiskan oleh Alyia adalah 3 orang individu tersebut adalah orang kesayangannya yang mungkin tinggal bersama-sama dengannya di rumah. Dari segi teknik lukisan pula, dia hanya dapat menggambarkan ahli keluarga kesayangannya melalui lukisan manusia berbentuk mudah tanpa sebarang riak wajah, serta ciri-ciri fizikal yang sebenar bagi mengenalpasti personaliti setiap ahli keluarganya. Lukisan manusia yang dihasilkan oleh Alyia tidak jelas dari segi tersebut menyebabkan hubungan 3 individu yang dilukis dengannya agak kabur kecuali sekiranya ditanya mengenai gambar tersebut. Secara keseluruhannya, gambar lukisan yang dilukis oleh Alyia kurang jelas tanpa sebarang perincian yang dapat menggambarkan individu kesayangannya. RUJUKANAbdul Shukor Hashim et. al., (2011). Perkembangan seni kanak-kanak. Seri Kembangan : Open University MalaysiaMok Soon Sang, (2012). Perkembangan kanak-kanak. Puchong : Penerbitan Multimedia Sdn. Bhd.Rousliluddin Ambia et. al., (2011). Pengenalan pendidikan seni visual. Seri Kembangan : Open University Malaysia.Zulkifli Yaakob, (2010). Seni dalam pendidikan. Seri Kembangan : Open University Malaysia.

KESIMPULANSecara umummnya, kanak-kanak pada peringkat 7-8 tahun pada keseluruhannya adalah kreatig , ekspresif dan aktif. Pembelajaran pendidikan seni visual memainkan peranan memperkembangkan sifat-sifat seni ini melalui persepsi visual, imaginasi dan daya pemikiran. Aktiviti pembelajaran bercorak perkembangan pemikiran, penerokaan dan ciptaan reka bentuk dalam pelbagai jenis seni terutamnya dalam bidang menggambar membolehkan mereka menyatakan idea dan ekspresi diri. Bidang menggambar adalah satu bidang yang menegaskan perkembangan persepsi dan kemahiran murid. Bidang menggambar memperlihatkan sejauh mana kemampuan murid terhadap aspek melukis dan membuat gambar dengan menggunakan pelbagai media dan teknik. Ia juga menekankan perkembangan imaginasi, kreativiti dan ekspresi diri murid. Menggambar adalah satu gambaran mental yang jelas dan pemberitahuan imej mental seseorang. Alatan, media dan teknik yang digunakan dalam bidang menggambar menghasilkan hasil kerja seni bermutu dan menarik perhatian ramai. Aktiviti menggambar adalah satu cara bagaimana seseorang boleh berkomunikasi dengan orang lain, dapat meluahkan perasaan dan menilai sesuatu hasil seni dari aspek estetik. Guru pula perlu berupaya meletakkan diri mereka dalam diri kanak-kanak bagi memahami keperluan kanak-kanak tersebut dalam memperkembangkan pemahaman kanak-kanak melalui pemikiran dan pengalaman. Dengan ini, pembejalaran yang koperatif serta menarik antara guru dan murid akan dapat dibentuk dalam membantu murid mencapai objektif pembelajaran tidak kira apa jua subjek.