analisis dan laporan bt pai

Upload: khair-kamil

Post on 04-Apr-2018

262 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

  • 7/31/2019 Analisis Dan Laporan BT PAI

    1/19

    1

    ANALISIS DAN PENILAIAN BUKU TEKS

    SUBJEK : Pendidikan Islam TINGKATAN : 5JUDUL : Pendidikan Islam KBSMPENULIS : Muhammad Zaini Bin Yahya,

    Zamri Bin Abdul Rahim danAffendi Bin Sahi.

    PENERBIT : Kementerian Pendidikan Malaysia Dan Dewan Bahasa DanPustaka

    TEMPAT TERBIT : Percetakan Halim Sendirian Berhad, Cheras, SelangorTAHUN TERBIT : Cetakan 2007

    ARAHANTandakan ( ) pada skor:1: Lemah 2: Sederhana 3: Baik 4: Cemerlang

    KOMPONEN PERKARA SKOR ULASAN(Halaman & Justifikasi)1 2 3 4

    A.KESESUAIANISIKANDUNGANDENGANTAHAP

    1.Kelengkapanisi kandungan

    Isi kandungan buku teks ini didapati lengkap iaitu ia menyediakan pecahansetiap topik kepada sub topik tertentu secara teratur. Ia dilengkapkan dengannota, contoh serta gambar dan sumber rujukan internet yang dapat digunakanoleh pelajar. Selain daripada itu ia turut menyediakan ruangan kecil yangmemaparkan maklumat tambahan dan persoalan yang merangsang mindapelajar untuk berfikir. Seterusnya sebagai pelengkap isi kandungan, penulismenyediakan pelbagai bentuk latihan yang dapat menguji pengetahuanpelajar hasil daripada pembelajaran yang telah dilalui.

    2. Keluasan isikandungan

    Keluasan isi kandungan adalah berdasarkan sukatan pelajaran yang telahditetapkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia untuk matapelajaran ini.

    3. Kedalamanisi kandungan

    Kandungan buku memberikan pededahan awal kepada pelajar tentang asas-asas dalam perdagangan. Oleh yang demikian didapati penerangan dan notayang disediakan dalam setiap bab bersesuaian.

    Rumusan dan cadangan penambahbaikan: Secara keseluruhannya kebanyakannya isi kandungan adalah bersesuaian untukmemperkenalkan pelajar kepada matapelajaran perdagangan. walaubagaimanapun kebanyakan isi kandungan tersebut hanya padaaras pengetahuan dan kefahaman sahaja. Huraian dan contoh yang lebih terperinci diperlukan merujuk kepada pelbagai araspengetahuan mengikut taksonomi bloom kerana setiap pelajar adalah berbeza tahap penerimaan dan keupayaan.

  • 7/31/2019 Analisis Dan Laporan BT PAI

    2/19

    2

    KOMPONEN PERKARA SKOR ULASAN(Halaman & Justifikasi)1 2 3 4

    B. KETEPATANISIKANDUNGAN

    4. Ketepatankonsep,definisi dan

    fakta

    Konsep, definisi dan fakta yang digunakan bertepatan dengan isi kandungan.

    5. Ketepatancontoh,kes,gambar,diagramdan ilustrasi

    Kebanyakan contoh ada disertakan ilustrasi gambar juga penerangan bagigambar disediakan dan sesuai dengan isi kandungan.

    6. Ketepatandankonsistensiistilah dansimbol

    Penulis telah membuat ruang kecil dalam muka surat yang dipilih yang dilabeldengan nama Info istilah bagi menerangkan sesuatu istilah yang digunakandalam tajuk tersebut. Penulis juga konsisten dalam penggunaan istilahtersebut bagi subtajuk yang mempunyai kaitan dan masih mengekalkanpenggunaan yang tepat terhadap istilah-istilah yang digunakan oleh para

    ulamak.7. Ketepatan

    penulisanmengikutdaftarejaan.

    Melalui pengamatan saya seorang terhadap buku teks ini, tiada kesalahandalam daftar ejaan. Ini kerana terdapat beberapa sahaja perkataan yangdiperbaharui dalam era jawi baru ini.

    Rumusan dan cadangan penambahbaikan : Secara keseluruhannya isi kandungan yang dimuatkan dalam buku teks PendidikanIslam Tingkatan 5 ini bertepatan dengan kehendak Sukatan Pelajaran dan Huraian Sukatan Pelajaran yang telah ditetapkan olehKementerian Pelajaran. Penggunaan sesuatu istilah yang terkini dan jelas dapat memudahkan pelajar memahami arahan. Tahniahkepada penulis yang dapat memaparkan ejaan yang baru dan menggunakan istilah yang sepatutnya dan memeudahkan pembacamembuat rujukan menggunakan buku lain. Selain daripada itu pembaca juga tidak akan keliru apabila menggunakankan kitab rujukanarab. Penulisan buku teks akan menjadi contoh yang baik kepada pelajar dan guru.

    C.KEMUTAKHIRAN ISIKANDUNGAN

    8. Kesesuaiankandungandenganperkembanganilmu danteknologi

    Isi kandungan yang dipaparkan penulis amat baik kerana adakesinambungan dari tingkatan yang sebelumnya. Mungkin perlu ditambahdengan kandungan tasauf agar pelajar dapat memahami ilmu Islam teruskehati.

    9.Kemutakhirancontoh,gambar,

    ilustrasiperaturan dankes sebenar.

    Oleh kerana cetakan pertama pada tahun 2003 sehingga cetakan kelimatahun 2007, maka dengan ini penggunaan contoh, gambar adalah kurangsesuai jika dibandingkan tahun sekarang 2012.

    10.Kemutakhirandaftar ejaan

    Daftar ejaan dalam buku ini adalah yang terkini mengikut pembaharuan yangdiperkenalkan mengantikan tulisan jawi lama.

    Rumusan dan cadangan penambahbaikan : Secara keseluruhannya kemutakhiran isi kandungan buku ini hampir seiring denganperkembangan ilmu kecuali dari segi gambar yang dipaparkan dalam menerangkan situasi keadaan. Buku ini telah pun melalui prosespenyemakan semula untuk menjamin kesahihan maklumat dan memastikan kandungan didalamnya dapat membimbing pelajar

    menghadapi perkembangan semasa terutamanya berkaitan perkara-perkara baru dalam hukum fiqh yang telah diperakui oleh ijmakulama.

  • 7/31/2019 Analisis Dan Laporan BT PAI

    3/19

    3

    KOMPONEN PERKARA SKOR ULASAN(Halaman & Justifikasi)1 2 3 4

    D.KESESUAIANDENGAN

    KEHIDUPANPELAJAR

    11. Sesuaidenganperkemb

    angandankemampuan

    pelajar

    Pendidikan Islam memang sangat sesuai bagi semua perkembangan dankemampuan pelajar. Kelebihan bagi pelajar bandar ialah dari segi

    menghadapi pembaharuan dalam kehidupan yang mencabar ini yangbanyak terpengaruh dengan dunia luar yang liar. Bagi pelajar luar bandarpula yang jauh dari pengaruh dunia luar yang liar membuatkan pelajar dapatmelaksanakan ilmu Islam dengan baik.

    12. Sesuaidengankeadaandan situasilingkungan

    sosiobudaya pelajar

    Contoh -contoh yang digunakan kebanyakannya sesuai dengan lingkungansosiobudaya pelajar Bandar dan luar bandar.

    13.Mengguna

    kan contoh,gambar dan

    kestempatan(Malaysia)

    Contoh dan gambar berdasarkan kes tempatan serta yang biasa dilihat olehpelajar bagi semua peringkat.

    Rumusan dan cadangan penambahbaikan: Berdasarkan kesesuaian dengan kehidupan pelajar yang mempunyai perbezaan darisosiobudaya pelajar bandar dan pelajar luar bandar, maka kesesusian yang ditunjukkan adalah amat baik. Cuma yang menjadiperbezaan ialah penerimaan pelajar dan tingkah laku mereka setelah mendapat tahu tentang apa yang patut dilakukan berlandaskanagama dalam mengharungi kehidupan yang penuh ujian dan dugaan ini.

    E. KEPEKAANTERHADAP NILAITEMPATAN

    14. Menumbuhkankepekaan terhadapnilai-nilai tempatan(ikut subjek)

    Kepekaan dan penerapan nilai adalah amat baik dalampendidikan Islam rmula dari bab pertama iaitu tilawah al-Quran yang bermula dengan tajuk pertama layanan baikterhadap orang bukan Islam sehingga ke bab akhir iaitu adabdan akhlak islamiah dengan tajuk terakhiradab berniaga.

    15. Menumbuhkankepekaan terhadapnilai-nilai gagasan/wawasan negara

    Sangat peka dengan wawasan Negara yang mahukan modalinsan yang akan dilahirkan dapat melaksanakan tugas denganpenuh amanah dan integrity. Usaha penulis membuat ruangtazkirah dan ruang mutiara kata membolehkan nilai-nilaitempatan diketahui pembaca.

    Rumusan dan cadangan penambahbaikan: Subjek ini sebenarnya telah ada akhlak yangmana penggunaan nilai lebih terarahkepada pelbagai agama yang ada di negara kita. Nilai-nilai murni yang diterap dalam buku teks ini misalnya melalui aktiviti berkumpulanakan malahirkan sikap kerjasama, tolong menolong. Di samping itu berdasarkan Isi kandungan dapat membimbing pelajar menjadimuslim yang sejati serta berdikari seterusnya melahirkan modal insan yang dapat membantu meningkatkan kestabilan hidup berbagaikaum dan kemakmuran negara. Walaubagaimanapun kebanyakan nilai-nilai murni ini adalah bersifat tersirat tetapi mudah didapati dandiketahui oleh pelajar. Kebiasaannya bagi pelajar mereka perlu memahami setiap isi kandungan bagi persediaan menghadapipeperiksaan.

  • 7/31/2019 Analisis Dan Laporan BT PAI

    4/19

    4

    KOMPONEN PERKARA SKOR ULASAN(Halaman & Justifikasi)1 2 3 4

    F. FOKUSKANDUNGAN

    16. Mendorongperasaaningin tahu

    pelajar.

    Ruangan info Islam dan info istilah dan dalam sesetengah halaman buku teksini akan mendorong pelajar untuk mengetahui lebih lanjut tentang sesuatu

    perkara. Begitu juga penulis turut meletakkan rujukan laman web bagi tajuktertentu dalam ruangan jaringan maya yang mungkin boleh menimbulkanminat pelajar untuk cuba melayari laman web tersebut.

    17.Memperkembangkan dayakreativiti

    Aktiviti berkumpulan dan individu dapat merangsang pelajar berfikir secaraluas dan berusaha mengumpul dan memproses maklumat serta daripadapembelajaran ini dapat mendorong pelajar membina idea baru contohnyabagaimana untuk menghafaz surah-surah pilihan dengan mudah sertamemberanikan diri dalam pembincangan isu-isu semasa seperti mencarijodoh dalam laman sosial.

    18.Mengembangkan daya kritikal

    Ciri-ciri seorang muslim yang faham tentang fardu ain dan fardu kifayah yangdipaparkan seperti inovatif, berani mnghadapi risiko, gigih dan tidak mudahputus asa dapat dijadikan contoh oleh pelajar agar menjadi individu yangsentiasa ingin maju dalam hidup dan tidak hanya menerima sesuatu keadaantanpa sebarang tindakbalas atau persoalan.Sebaliknya mereka akan sentiasaingin mengetahui apa jua punca sesuatu kejadian contohnya apabila gagaldalam sesuatu mereka akan menilai mengapa situasi itu berlaku.

    19.Mengembangkan kemahiran

    hidup

    Pendidikan Islam memang mengajar manusia tentang mengembangkan lagikemahiran hidup terhadap diri sendiri dan bersosial dengan orang lain. Selain

    itu, dalam Pendidikan Islam tingkatan 5 ini memberi pendedahan kepadapelajar tentang kehidupan berumah tangga serta permasalahan sekitarnya.

    Rumusan dan cadangan penambahbaikan: Dilihat dari sudut kandungan dan latihan yang disediakan dapat meningkatkan kreativitidan daya kritikal pelajar. Selain daripada itu fokus kandungan buku teks ini juga memberi pengetahuan dalam fardu ain dan fardukifayah yang lebih luas dalam kehidupan sekarang. Walaubagaimanapun guru perlu membantu pelajar dengan penjelasan yangmendalam serta mengaitkan setiap kandungan yang sesuai dengan kehidupan seharian pelajar. Ini membolehkan pelajar menyedarimanfaat setiap pelajaran yang dipelajari di sekolah. Ini kerana keupayaan pelajar adalah berbeza berdasarkan pengalaman hidup danpembelajaran mereka.

    KOMPONEN PERKARA SKOR ULASAN(Halaman & Justifikasi)1 2 3 4

    G. TEKNIKPENYAJIANKANDUNGAN

    20. Bab dan sub bab dipaparkan secara

    konsistensi dansistematik

    Setiap bahagian dipaparkan secara konsistensi danmenggunakan sistem pernomboran yang sistematik. Setiaptajuk besar menjadi pendahuluan dan akan diikuti olehbeberapa sub tajuk kecil yang memaparkan isi berdasarkankandungan bab.Seterusnya diikuti oleh rumusan dan latihansebagai penutup. Cuma di bab sirah dan tamadun Islamyang meletakkan senarai tajuk sirah dan senarai tokoh-tokoh ilmuan di dalam turutan yang sama.(Lampiran 2)

  • 7/31/2019 Analisis Dan Laporan BT PAI

    5/19

    5

    21. Ketertiban konsep,definisi dan fakta

    Setiap permulaan bab dimulakan dengan definisi danpenjelasan bagi setiap penggunaan istilah dankemudiannya diikuti dengan nota dan diselang sekikandengan aktiviti kumpulan. Seterusnya bahagian rumusandan latihan pengukuhan untuk bab tersebut.

    22. Bersifat konstekstual Dapat mengembangkan kefahaman pelajar danmelaksanakan supaya boleh bertindak sebagai seorangmuslim sejati selaras dengan akhlak Islam. Di samping itumenjadikan pelajar bertindak dengan bijak dan dapatmenyesuaikan diri mengikut perkembangan dunia yangmaju dengan teknologi semasa. Pembentukan dahsiahsecara tidak langsung mengembangkan kemahiranmengendalikan urusan diri dan keluarga secara teratur,kemas dan bertanggungjawab selaras dengan nilai dan

    tatasusila masyarakat dan bijak mengumpul, memprosesmaklumat secara sistematik, seterusnya membuatkeputusan yang rasional.

    23. Keseimbangan di antarabab dan sub

    Bab

    Bab dab sub bab yang terkandung adalah seimbangberdasarkan keperluan yang difikirkan patut oleh penulisuntuk pelajar-pelajar tingkatan 5 dalam urusan diri terhadapkehidupan sebenar.

    24. Kesinambungan diantara bab/ sub

    bab/ topik.

    Kesinambungan antara bab dan sub bab adalah

    bersesuaian dengan dengan topik perbincangan bagi setiapbab dalam buku ini. Kebiasaannya, pelajar muladidedahkan dengan kefahaman terhadap ayat-ayat dansurah pilihan dari al-Quran dan kefahaman beberapa hadispilihan. Selain daripada itu kandungan sebelumnya dapatmembantu pelajar memahami pembelajaran isi kandunganselanjutnya. Seterusnya pengetahuan pelajar semakinditambah dengan lebih mendalam tentang sirah dantamadun Islam serta mengenal tokoh-tokoh ilmuan Islam.

    25. Keutuhan makna bab/sub bab/ topik

    Isi kandungan nota yang ditulis dalam buku ini adalah

    menggambarkan tema berkaitan sukatan pelajaran untukPendidikan Islam tingkatan 5.

    Rumusan dan cadangan penambahbaikan: Dapatlah dirumuskan bahawa teknik penyajian buku ini memang memuaskan dimanapelajar diperkenalkan kepada kesinambungan daripada bab-bab tingkatan yang sebelumnya. Termasuk juga ub bab dan topik dalamkandungan buku teks ini. Hanya pembahagian di bab sirah dan tamadun Islam diantara sirah tamadun dengan tokoh-tokoh ilmuanIslam sahaja yang patut di bahagi kepada dua sub topik besar dalam bab ini. Ini akan memudahkan pelajar membezakan sirahtamadun dan sirah tokoh.

  • 7/31/2019 Analisis Dan Laporan BT PAI

    6/19

    6

    KOMPONEN PERKARA SKOR ULASAN(Halaman & Justifikasi)1 2 3 4

    H. PEMAPARANKANDUNGANPEMBELAJARAN

    26. Berpusatkan kepadapelajar

    Sebahagian kandungan buku ini berpusatkan pelajar iaituselain daripada nota, bentuk latihan yang disediakan

    aktiviti berkumpulan dan perbincangan dimana penglibatanpelajar diperlukan. Juga terdapat sumbangsaran.

    27. Pembelajaran kendiri Dalam aktiviti kumpulan atau individu dinyatakan apa yangperlu pelajar lakukan serta terdapat latihan melabelgambarajah secara tidak langsung merangsang pemikiranpelajar.

    28. Bervariasi Penyampaian informasi dalam buku teks ini bervariasi iaituselain penerangan nota, ia juga menggunakan peta mindaseperti m/s 99 dan 103, jadual keterangan seperti m/s 91

    dan 122, gambar seperti m/s 160 dan gambar peta sepertim/s 205 bagi menerangkan sesuatu proses atau cirisesutau struktur. Walaupunbagaimanapun paparan dalambuku ini kurang menarik kerana kebanyakan paparangambar hanya menggunakan warna yang kurangmenyerlah . Ini hanya sedikit menjejaskan imej keceriaanbuku teks kerana dan tidak dapat pelajar untuk membacaatau menggunakannya sebagai rujukan.

    29. Adil & demokrasi (tidakbias lokasi, gender, etnik dll)

    Buku ini tidak bias kepada pelajar bandar tetapi biaskepada pelajar luar bandar. Ini kerana lokasi di pedalaman

    menyukarkan pelajar untuk merasai perkembangansemasa serta kemudahan ICT. Oleh yang demikiansesuatu yang biasa bagi pelajar bandar menjadi perkarabaru bagi pelajar luar bandar.Contohnyahttp://www.islam.gov.my/

    30. Mengembangkankemahiran proses

    Gaya pemaparan kandungan pembelajaran dalam buku inidapat membantu mengembangkan kemahiran prosespelajar iaitu pelajar mendapat pendedahan dan gambaranawal beberapa proses yang berkaitan dengan alamrumahtangga dan permasalahan yang berkaitan.Kemahiran ini terletak di bab Ulum Syariyyah, sub babibadah pada m/s 89 170. Terdapat kemahiran hidupsosial yang lain di bab adab dan akhlak Islamiah. Segalapengetahuan mengenai proses ini dapat merangsangpelajar berfikir bagaimana strategi dan proses untukmemulakan perniagaan dan merangsang mereka membuatkeputusan yang rasional dalam menjadi individu yangberjaya dalam kehidupan dunia dan akhirat.

  • 7/31/2019 Analisis Dan Laporan BT PAI

    7/19

    7

    31. Mencipta komunikasiinteraktif

    Melalui sesi perbincangan berdasarkan pelbagai bentuklatihan seperti kerja kumpulan dan forum yang disarankandalam buku ini dapat mewujudkan komunikasi yanginteraktif dari pekbagai hala. Aktiviti ini akan merangsangpelajar berfikir, bekerjasama untuk berkongsi maklumatdan pengetahuan.

    32. Menekankan aspekkeselamatan

    (bagi subjek amali/praktik)

    Dalam sub topik aqidah ahli sunnah wal jamaah mengajarpelajar tentang penekankan terhadap kepentingan aqidahyang berpegang teguh dengan al-Quran, sunnah Nabi(SAW) dan perkara yang dibawa oleh para sahabatbaginda. Ini bagi menjamin keselamatan aqidah yang betuldapat dipelihara.

    Rumusan dan cadangan penambahbaikan: Dapatlah dirumuskan bahawa bahagian pemaparan isi kandungan buku teks ini hampirlengkap dari segi penyediaan nota dan bentuk-bentuk latihan sebagai pengukuhan kepada pelajar, tetapi ada kelemahan dari segipaparan iaitu penggunaan warna dalam penyampaian ini mungkin disebabkan faktor untuk menjimatkan kos pengeluaran buku ini.Oleh yang demikian dicadangkan supaya penulis dan penerbit buku ini menilai semula dari segi paparan menggunakan pelbagai warnaagar buku ini lebih menarik dan dapat merangsang minat pelajar menggunakannya dan secara tidak langsung, objektif buku inidikeluarkanakan tercapai serta segala kos yang terlibat tidak sia-sia. Ini kerana terdapat banyak pilihan buku rujukan di pasaran padamasa kini lebih menarik berbanding buku teks sekolah.

    I. KELENGKAPANDOKUMENTASI

    33. Pengantar Buku ini ada menyediakan ruangan kata pengantar dimana iamenjelaskan tentang tahap tahap kualiti penyediaan buku inimelalui semakan semula dan diperakui oleh KementerianPelajaran serta memenuhi Sukatan dan Huraian sukatanPelajaran.

    34. Definisi istilah Pada bahagian helaian belakang buku ada disediakanruangan Glosari dimana pelajar dapat membuat rujukan bagiIstialah yang digunakan dalam buku ini.

    35. Advanceorganizer padaawal bab

    Pada awal pengenalan bab bagi setiap topik ada disediakantajuk, obejektif dan hasil pembelajaran, motif pembelajarandan rajah peta minda yang menerangkan bab tersebut. Inimemudahkan pelajar mengetahui apa yang akan dipelajariatau apa yang perlu diketahui melalui pembacaan danpembelajaran dari bab tersebut. Di samping itu penulis jugameletakkan ilustrasi gambar yang berkaitan dengan bab danini membantu memberikan gambaran yang lebih jelas kepadapelajar.

  • 7/31/2019 Analisis Dan Laporan BT PAI

    8/19

    8

    36. Sumber/ rujukanterkini untukteks,

    gambar, jadual,diagram,lampiran,

    nama, tarikhtermasuksumber atas

    talian.

    Berdasarkan sumber rujukan buku yang disenaraikan penulisbuku ini kebanyakannya menggunakan sumber rujukan bukudalam lingkungan tahun 1958 1996. Hampir 80% rujukanyang digunakan adalah dari kitab-kitab arab yang dicetak diluar Negara seperti dari Mesir, Jordan, Syria dan sebagainya.(rujuk lampiran bahagian senarai rujukan).

    37. Rumusan Setiap bab disediakan rumusan pada akhir topik, ringkasmemudahkan pelajar melihat 'point' penting dalam setiap bab.Walaubagaimanapun ringkasan yang baik tidak hanyamengulangi isi penting dari bab sahaja tetapi perlu di selitkanmaklumat baru supaya pelajar lebih berminat untuk membacaruangan ini, disamping menambah pengetahuan pelajar.

    38. Tugasan dancontoh-contohsoalan

    pada setiap bab.

    Pada akhir setiap sub topik disediakan aktiviti kelas dankumpulan berbentuk perbincangan ataupun soalan berkaitan.Bagi setiap akhir setiap bab pula di sediakan soalan danpenilaian berbentuk esei dan kajian kes sebagai aktivitipengukuhan pelajar. Skor yang diberi 2 sebab tidak adasoalan objektif yangmana dalam SPM terdapat soalan objektifwalaupun hanya 20 soalan.

    39. Daftar pustaka Daftar pustaka untuk buku ini dinyatakan pada bahagian awal

    buku iaitu dimulakan dengan judul buku, namapengarang(seramai 3 orang), nama editor, nama dan alamatpenerbit (Dewan Bahasa dan Pustaka), tahun terbitan sertatempat cetakan buku ini di buat (Percetakan Halim Sdn. Bhd).

    40. Indeks Ruangan Indeks ada di sediakan dan ini memudahkanpengguna buku ini mencari kedudukan dan makna sesuatuistilah atau perkataan berkaitan teks dan ditulis mengikutturutan alphabet (rujuk m/s 293-294).

    41. Lampiran Buku ini ada menyediakan lampiran bagi Senarai Rujukan danIndeks di mana ia dapat menjadi panduan rujukan tambahanpelajar.

    Rumusan dan cadangan penambahbaikan: Secara keseluruhannya struktur dokumentasi buku ini adalah lengkap , dimulakandengan kata pengantar sebagai bahagian pengenalan buku. Seterusnya berdasarkan susunan nota dan di selang selikan denganlatihan dapat menarik minat pelajar untuk menggunakan buku ini sebagai bahagian isi. Hanya latihan bagi soalan objektif sahaja yangperlu dimasukkan dalam buku teks ini. Walaupun buku teks ini masih digunakan sampai sekarang tetapi format soalan SPM telahberubah dengan masuknya soalan objektif. Diikuti bahagian penutup iaitu senarai rujukan dan indeks. Walaubagaimanapun ruangansumber rujukan perlu dibuat menjadi lebih menarik supaya dapat di manfaatkan dan merangsang pelajar untuk menggunakan sebagai

    rujukan tambahan misalnya meletakkan ilustrasi gambar buku yang menjadi rujukan tersebut dan guru perlu menerangkan kegunaansenarai rujukan tersebut.

  • 7/31/2019 Analisis Dan Laporan BT PAI

    9/19

    9

    Laporan analisis buku teks Pendidikan Islam tingkatan 5.

    Pengenalan

    Pendidikan Islam merupakan mata pelajaran wajib bagi semua peringkat persekolahan.Langkah ini selaras dengan pernyataan bahawa Islam adalah Agama Persekutuan dalamPerlembagaan Malaysia. Pendidikan Islam Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah(KBSM) merupakan kesinambungan daripada program Pendidikan Islam KurikulumBersepadu Sekolah Rendah (KBSR). KBSR menekankan kemahiran membaca al-Quran,Asas 'Ulum Syar'iyah dan Asas Akhlak Islamiyah sebagai fardu 'ain kepada setiap individu.Dalam KBSM pula, para pelajar ditingkatkan lagi pengetahuan dan penghayatan merekadalam bidang Tilawah al-Quran, 'Ulum Syari'yah dan Akhlak Islamiyah.Pendidikan Islam KBSM akan memberikan penekanan dan tumpuan yang sepenuhnyakepada aspek pengukuhan aqidah Islamiah, pemahaman dan amalan ibadah dalamkehidupan harian serta asuhan budi pekerti dan akhlak yang mulia.

    Menyedari akan hakikat bahawa Islam itu merangkumi keseluruhan cara hidup harianseorang muslim, maka Pendidikan Islam menekankan aspek amalan dan penghayatan.Penghayatan fardu 'ain yang dipupuk pada peringkat sekolah rendah diperkukuh dandipertingkatkan lagi pada peringkat sekolah menengah. Pelajar akan mengamalkankewajipan ini sebagai tuntutan asasi dan benteng yang padu bagi menangani arusglobalisasi dalam kehidupan seharian.

    Buku Teks Pendidikan Islam Tingkatan 5 ini ditulis meliputi kehendak SukatanPelajaran dan Huraian Sukatan Pelajaran Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah KBSMyang telah ditetapkan oleh Kementeriaan Pendidikan Malaysia. Buku teks ini ditulis untukmerealisasikan matlamat KBSM iaitu untuk melahirkan murid yang mampu berdikari,berketrampilan, berakhlakmulia, bertanggungjawab, peka terhadap perkembangan teknologidan ekonomi semasa dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta mampu

    memberi sumbangan bagi mewujudkan kemakmuran dan keharmonian keluarga danmasyarakat. Buku teks ini dipersembahkan dalam tulisan jawi yang telah diperbaharuimengikut konteks terkini. Buku teks ini memfokuskan kepada aspek fardhu ain dan aspekutam fardhu kifayah dari segi sumbangan pendidikan Islam terhadap pembangunan amadunIslam, bangsa dan negara.

    Buku teks ini mengandungi lima bahagian iaitu Tilawah al-Quran, hadith, UlumSyariyyah, Sirah Dan Tamadun Islam serta Adab Dan Akhlak Islamiah. Tilawah al-Quranmenekankan aspek membaca, menghafaz, dan memahami kandungannya. Hadithmenekankan aspek fahaman hadith dan akplikasinya dalam kehidupan. Ulum Syariyyahmenekankan aspek Aqidah yang benar dan cara membina rumahtangga bahagiaberdasarkan ajaran Islam yang sebenar. Tamadun Islam menekankan aspek pembinaankerajaan abbasiah serta kejatuhannya dan tokoh-tokoh penting Islam. Manakala Adab dan

    Akhlak Islamiah menekankan aspek nilai-nilai murni yang berteraskan al-Quran danasSunnah. Di dalam semua bahagian terdapat 38 tajuk pelajaran. Pada setiap tajukpelajaran tersebut dimulakan dengan objektif( pada akhir pelajaran murid akan dapat) dan diakhirkan dengan aktiviti untuk pelajar dan penilaian bagi melihat penguasaan sertaapencapaian pelajar mempelajari tajuk tersebut.

    Buku ini dilengkapi dengan bahan-bahan sampingan yang disediakan dalamruangan tertentu di beberapa muka surat seperti Info Islam, Tazkirah, Doa, Mutiara Kata danJaringan Maya. Ruangan Info Islam mengandungi maklumat tambahan kepada pelajar.Ruangan Tazkirah mengandungi peringatan untuk membantu pelajar mengamalkan danmenghayati pelajaran. Ruangan Doa mengandungi doa yang ringkas bersama makna yangboleh diamalkan dalam kehidupan harian pelajar. Ruangan Mutiara Kata mengandungimadah, pantun, syair dan kata hukama` untuk diambil iktibar oleh pelajar. Ruangan JaringanMaya pula mengandungi bimbingan kepada pelajar menggunakan informasi teknologimaklumat dalam proses pembelajaran mereka.

  • 7/31/2019 Analisis Dan Laporan BT PAI

    10/19

    10

    Matlamat/ objektif mata pelajaran.

    Sesebuah kursus yang dibina pasti mempunyai matlamat yang telah digariskan dan setiapguru haruslah memastikan bahawa mereka dapat mencapai matlamat yangditetapkandalam proses pengajaran dan pembelajaran. Menurut Taba (1962), matlamatutama sesebuah pengajaran dan pembelajaran ialah untuk menyampaikan pengetahuan.Pengetahuan terbahagi kepada empat peringkat iaitu data atau fakta, konsep, generalisasidan prinsip. Ini membolehkan murid menguasai pengetahuan dan kemahiran dalampelbagai aspek kognitif, psikomotor, afektif, rohaniah dan sosial. Hal ini juga bolehmenggalakkan murid berfikir secara kritis dan kreatif serta membantu murid untuk berdikari.

    Pendidikan Islam juga bermaksud Sistem Pendidikan. Ia merangkkumi segala aspekyang berkaitan dengan pendidikan, dan semuanya mesti dilihat dan dilaksanakan mengikutprinsip Islam. Ini termasuklah gurunya, pengurusnya sama ada di sekolah atau di pejabat(Jabatan dan Kementerian), kriteria pemilihan guru, pemilihan kakitangan sekolah danpejabat, kurikulum, sukatan pelajaran, buku teks, falsafah, matlamat dan segala-galanyamesti berdasarkan kepada prinsip Islam. Kalau tidak berdasarkan kepada prinsip Islammaka ia tidak dinamakan sistem pendidikan Islam, walau pun di dalamnya terdapat

    pengetahuan agama Islam, seperti pengetahuan Agama Islam yang diajar di sekolah, dimaktab, di politeknik, universiti dan lain-lain institusi pendidikan. Kerana pengetahuanAgama Islam itu, atau Tamadun Islam yang diajar itu, merupakan sebagai tempelan atausulaman sahaja. Akibatnya kita tidak dapat melahirkan orang Islam yang mengamalkanIslam secara total, kerana ia bukan lahir daripada sistem, sebaliknya lahir daripadatempelan.

    Matlamat Pendidikan Islam adalah lebih luas dan syumul, ia bertujuan mewujudkanwarganegara yang baik dan melahirkan insan yang soleh yang tidak mengenal batas masa,negeri dan bangsa sebaliknya menuju kepada Allah dan alam akhirat.Matlamat PendidikanIslam ini adalah untuk melahirkan insan yang soleh dan bertamadun, yang beriman sertaberamal dengan ilmunya, yang mampu memikul tanggung jawab sebagai hamba dankhalifah Allah, bagi membangun diri, keluarga, masyarakat dan negaranya, merangkumi

    aspek jasmani, rohani, emosi dan intelek berdasarkan prinsip Islam yang dipetik daripadaAl-Quran dan As-Sunnah. Selain itu, matlamat Pendidikan Islam juga adalah untukmembentuk serta mengembangkan aspek-aspek kesempurnaan manusia yang mencakupifizikal, spritual, mental dan sosial menurut pembentukan rabbani bagi melahirkan insankamil dan mukmin yang bertakwa untuk mengabdikan diri kepada-Nya.

    Objektif Pendidikan Islam Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah ialah:i. memperkukuhkan kemahiran membaca, memahami, menghafaz dan menghayati al-

    Quran yang diperolehi pada peringkat sekolah rendah,ii. memperkukuh dan mempertingkatkan amalan ibadat solat dan ibadat-ibadat lain

    yang diperolehi pada peringkat sekolah rendah,iii. membaca, memahami dan menghayati kandungan al-Quran serta menghafaz ayat-

    ayat yang ada kaitan dengan amalan dalam kehidupan harian,iv. memahami dan menghayati kandungan hadis-hadis Rasulullah S.A.W.,v. memperkukuh pegangan aqidah Islamiah dan mengaitkan konsep tauhid dalam

    keseluruhan aspek hidup,vi. membina keperibadaian serta mengamalkan akhlak mulia, sifat-sifat yang terpuji dan

    menghindari sifat-sifat yang tercela,vii. memahami konsep ibadat dan mengamalkannya dengan betul dan sempurna,viii. memahami, mengambil pengajaran dan meneladani sirah Rasulullah S.A.W., para

    sahabat R.A dan Tamadun Islam danix. memahami, mengamalkan dan menghayati Islam sebagai satu cara hidup.

  • 7/31/2019 Analisis Dan Laporan BT PAI

    11/19

    11

    Kekuatan yang terdapat pada buku teks.

    Buku teks ini mempunyai kandungan yang luas tetapi padat di mana ia meliputi kesemuatopik dalam dua bahagian utama mengikut huraian sukatan pelajaran. Sebagai contohnya,terdapat 2 bab di bawah bahagian al-Quran dan hadith bermula dengan bab pertama iaituTilawah al-Quran yangmana mempunyai 6 tajuk pelajaran. Buku teks ini merangkumipelbagai keperluan yang perlu ada pada seseorang selaras dengan keperluan dalamsukatan pelajaran KBSM. Selain itu, buku teks ini juga dimuatkan dengan maklumattambahan seperti Mutiara Kata, Tazkirah, Info Islam, Info Istilah, Jaringan Maya, Tamadun,Aktiviti dan penilaian yang bertujuan untuk meransangkan pembelajaran dan mencetuskandaya pemikiran yang lebih mendalam tentang perkara yang dibincangkan dalam teksberkenaan. Kebanyakan isi kandungan tersebut mempunyai himpunan hampir arasTaksonomi Bloom. Buku teks Pendidikan Islam tingkatan 5 menepati ciri-ciri buku teks yangbaik kerana ia menepati konsep, definisi yang tepat serta fakta fakta yang dijelaskanadalah tepat dan relevan.

    Kemutakhiran isi kandungan buku ini hampir seiring dengan perkembangan ilmu danisu-isu semasa. Buku ini telah pun melalui proses penyemakan semula untuk menjamin

    kesahihan maklumat dan memastikan kandungan di dalamnya dapat membimbing pelajarmenghadapi perkembangan semasa terutamanya berkaitan perkara-perkara asas fardhu aindan fardhu kifayah serta ilmu rumah tangga. Penulis menitikberatkan isi pelajaran dengankesesuaian kehidupan pelajar. Jika dilihat pada aspek kemampuan pelajar, kebanyakkanbahagian di dalam buku teks mencapai tahap kemampuan kognitif dan psikomotor pelajar.Begitu juga dengan kaitan di antara isi pelajaran dengan situasi sosiobudaya pelajar yangjuga menggunakan contoh-contoh yang terdapat di Malaysia. Melalui penilaian, buku teks inimengandungi memang menerapkan unsur-unsur yang menujukkan kepekaan terhadapnilai-nilai murni. Nilai-nilai murni yang diterapkan amat bertepatan dengan isi pelajaran,malah nilai-nilai tersebut dikaitkan juga dengan amalan seharian mereka sama ada ketikamereka berada di sekolah atau pun di luar sekolah. Nilai-nilai murni yang menyentuhgagasan juga ada dinyatakan namun tidak sebanyak nilai-nilai tempatan. Secara

    keseluruhannya, buku teks ini diolah dengan baik. Dilihat dari sudut kandungan dan latihanyang disediakan dapat meningkatkan kreativiti dan daya kritikal pelajar. Selain daripada itu,fokus kandungan buku teks ini juga memberi pengetahuan asas kepada pelajar tentangdunia kehidupan sebenar. Buku ini telah membantu pelajar dengan memberi penjelasanyang mendalam serta mengaitkan isi kandungan yang sesuai dengan kehidupan seharianpelajar. Ini membolehkan pelajar menyedari manfaat setiap pelajaran yang dipelajari disekolah. Isi pelajaran yang terkandung di dalam buku teks ini bagus dan sesuai denganperkembangan dan kemampuan pelajar. Di dalam bab Ibadah, penyusunan yang baiktentang tajuk pelajaran bermula dengan Perkahwinan dalam Islam dan seterusnya tentangpermasalahan sekitarnya. Penyusunan ini memang baik kepada pelajar dalam memahamisetiap apa yang mereka perlu tahu untuk membentuk sebuah keluarga.

    Penulis telah membangkitkan sifat ingin tahu seseorang pelajar bagi menyelesaikan

    masalah yang hanya berlaku disekitar mereka sahaja. Penulis juga ada menyatakanpersoalan pada minda pada bahagian tazkirah yang ada hanya hampir separuh bab sahaja.Tazkirah seperti ini juga didapati berfungsi bagi menaikkan sifat ingin tahu pelajar.

    Kekurangan yang terdapat pada buku teks

    Gambar yang terdapat dalam buku teks ini kurang memuaskan dari segi kejelasan.Penjimatan wang dalam hal penerbitan terhadap warna tidak dipertikai kerana ianya sudahmemadai untuk dipaparkan dalam buku teks sekolah yang diberi percuma. Selain kurangjelas, oleh kerana buku teks adalah cetakan 2007 maka gambar dalam perkembanganzaman sekarang tidak dapat dipaparkan. Oleh itu, pelajar masih memandang gambar yangmereka telah lihat lima tahun dahulu ketika di tingkatan 1. Kulit buku juga boleh ditukardengan gabungan teknik-teknik terkini sekarang bagi menampakkan sesuatu yang bolehmenarik minat pelajar untuk membuka dan terus membaca. Di dalam buku teks ini terdapat

  • 7/31/2019 Analisis Dan Laporan BT PAI

    12/19

    12

    banyak kandungan yang seiring dengan ilmu dan teknologi. Contohnya seperti JaringanMaya di dalam hampir keseluruhan bab yang boleh membantu pelajar mendapat maklumattentang tajuk yang diajar. Tetapi, kebanyakannya adalah maklumat yang lama dan terdapatbeberapa laman web yang dicadangkan tidak dapat lagi dilayari seperti pada muka surat152. Sesetengah contoh dan isu yang digunakan dalam buku teks adalah tidak sesuaidengan perkembangan masa kini. Buku teks ini juga kurang diselit dengan kes-kes sebenaryang terkini dan juga kes kajian. Walaupun terselit banyak gambar, jika buku ini digunakanpada masa kini dijangka para pelajar akan berasa bosan kerana gambar-gambar yangtertera di dalam buku ini tidak menarik dan tidak terkini. Melihat kepada isi kandungan dancontoh yang digunakan , ia lebih mudah bagi pelajar yang mempunyai sumber lain sebagairujukan. Ini kerana latar belakang pelajar dan pengalaman hidup pelajar yang berbeza.Walaupun penyediaan buku teks ini mengikut keperluan yang sesuai bagi tahap pelajar ini,tetapi hakikatnya pelajar yang kurang penghayatan akan tetap menghadapi masalah.

    Cadangan menambahbaik buku teks

    Cadangan penambahbaikan untuk buku teks ini ialah penulis boleh menambah lagi aktiviti

    untuk pelajar yang lebih mengalakkan pelajar untuk bekerjasama dalam kumpulan,melibatkan KBKK, sesi pembelajaran yang melibatkan permainan contohnya sepertipermainan Teka Silang Kata mengikut giliran di mana pelajar perlu melontar dadu untukuntuk menentukan giliran permainan tersebut.. Jika mereka terpilih dengan balingan dadu,mereka akan diberi satu masa untuk menjawab soalan bagi mengiri silang kata tersebut.Sekiranya mereka tidak dapat menjawab, mereka akan kekal dikedudukan itu dan sekiranyamereka dapat menjawab soalan diberi mereka boleh melontar dadu untuk melangkah kedepan. Pemenang dipilih berdasarkan banyak dan betul soalan teka dijawab dengan siapayang tiba dipetak terakhir dahulu akan menjadi pemenang.

    Penilaian yang ada dalam buku teks ini adalah dalam bentuk esei, maka apa yangdiperlukan ialah menambahkan penilaian dalam bentuk objektif bagi memudahkan pelajarfaham kehendak soalan dalam SPM. Ini juga boleh dalam penyediaan CD digunakan

    sebagai ruangan latihan Selain itu, di dalam CD ini juga boleh dilengkapkandengan contoh-contoh ayat-ayat al-Quran dengan bacaan Qari yang boleh didengari pelajar danmendengar bacaan yang betul. Ia dapat memberikan pelajar idea awal untuk digunakansebagai contoh dalam menyediakan tugasan kelas amali pelajar. CD ini boleh disertakansebagai lampiran dalam buku teks. Dengan cara ini,dapat menjadikan matapelajaranPendidikan Islam lebih diberi penumpuan dan dapat menghasilkan pelajar yang lebih fahamdan penuh penghayatan dalam melayari kehiudpan yang mencabar ini. Selain itu, ia dapatmembantu guru menambahkan bahan rujukan atau bahan tayangan kepada pelajar bagimenambahkan pemahaman mengenai isi pelajaran. Pelajar juga dapat merujuk CD inisebelum memulakan kelas amali agar mereka dapat memikirkan idea awal bagi digunakandalam menghasilkan produk yang akan dipelajari dalam kelas yang akan datang. Selain itu,gambar-gambar yang digunakan di dalam buku ini adalah gambar lama dan kurang jelas.

    Walaupun terselit banyak gambar, jika buku ini digunakan pada masa kini dijangka parapelajar akan berasa bosan kerana gambar-gambar yang tertera di dalam buku ini tidakmenarik dan tidak terkini. Jadi, gambar dan contoh yang digunakan dalam buku teks inimesti sesuai dengan keadaan semasa. Pengamatan terhadap gamabr ini berbeza jikamelihat pada latar belakang pelajar dan pengalaman hidup pelajar.

    Cadangan penambaikkan untuk buku teks ini adalah dengan menambah pelbagaiaktiviti yang menarik seperti aktiviti bersandarkan kepada Program Based Learning, inkuiri,kolabratif dan permainan yang boleh melahirkan pelajar berfikiran maju danbertanggunjawab. Terdapat banyak penghayatan yang bersifat tersirat. Oleh itu guru perlumenjadi Muallim, Murabbi, Muaddib dan Daie dalam menerangkan Pendidikan Islam yangberasaskan al-Quran dan asSunnah ini.

  • 7/31/2019 Analisis Dan Laporan BT PAI

    13/19

    13

    Penutup

    Buku teks kini tidak hanya memaparkan bahan baku yang perlu dimentelaah dan dihafal.Sebaliknya buku teks kini mengajak pembacanya berinteraksi secara aktif, sepertimempersoalkan isu atau pendapat yang dikemukakan agar pembaca mengambil bahagiandalam perbincangan. Namun demikian, penggunaan buku teks lebih bermakna sekiranyaguru menjalankan strategi pengajaran dan pembelajaran yang berkesan. Buku teks jugamemberi pengalaman pembelajaran yang seragam kepada pelajar. Pengalaman inimemberi pengetahuan yang boleh menyediakan pelajar ketahap persekolahan yang lebihtinggi dari aspek perkembangan fizikal dan mental pelajar. Dengan kata lain, buku teksadalah berperanan dalam membangun dan membina keyakinan diri, kental menghadapicabaran, menerap nilai serta dapat memastikan perkembangan diri pelajar adalahmenyeluruh, seimbang dan sepadu. Ilmu pengetahuan asas menjadi wadah bagipengumpulan dan pemahaman ilmu yang lebih komplek di kemudian hari Secarakesimpulannya analisis dan penilaian buku teks ini telah membantu pelajar dan guru dalammengesan kelemahan dan kelebihan buku teks Pendidikan Islam Tingkatan 5 ini. Penilaianbuku teks perlu bagi mengekalkan kualiti buku teks dan memastikan ia berfungsi sebagai

    sumber pembelajaran utama murid. Buku teks yang berkualiti dapat membantu muridmenguasai konsep dan kemahiran serta mengembangkan lagi pengetahuan murid dalambidang ilmu yang dipelajari melalui sesuatu mata pelajaran di sekolah.

    Bibliografi

    Muhammad Zaini bin Yahya, Zamri bin Abdul Rahim dan Affendi bin Sahi. 2007. PendidikanIslam Tingkatan 5 Buku teks KBSM. Dewan Bahasa dan Pustaka.

    BAHAGIAN BUKU TEKS KPM.http://www.moe.gov.my/bbt/

    Bhasah Abu Bakar. 2009. Asas Pengukuran Bilik Darjah. Edisi Kedua. Quantun Books.

    Tanjong Malim:

    Adnan Kamis. 1993. Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah: Pandangan dan MaklumBalas. Bangi: Percetakan Watan Sdn. Bhd.

    http://www.moe.gov.my/bbt/http://www.moe.gov.my/bbt/http://www.moe.gov.my/bbt/http://www.moe.gov.my/bbt/
  • 7/31/2019 Analisis Dan Laporan BT PAI

    14/19

    14

    Lampiran

    Kulit Buku Teks Pendidikan Islam Tingkatan 5

  • 7/31/2019 Analisis Dan Laporan BT PAI

    15/19

    15

    Senarai Rujukan

  • 7/31/2019 Analisis Dan Laporan BT PAI

    16/19

    16

    Senarai Indeks

  • 7/31/2019 Analisis Dan Laporan BT PAI

    17/19

    17

    Kandungan Bab Ibadah Dan Sirah dan Tamadun Islam

  • 7/31/2019 Analisis Dan Laporan BT PAI

    18/19

    18

    Peta Minda

  • 7/31/2019 Analisis Dan Laporan BT PAI

    19/19

    Objektif Dipermulaan Bab