universiti teknologi malaysia borang pengesahan … filenilai pekali kebolehpercayaan alpha cronbach...
Post on 19-Aug-2019
275 Views
Preview:
TRANSCRIPT
UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA
PSZ 19:16 (Pind. 1/97)
BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS ����
JUDUL: PERANAN IBUBAPA DALAM PERSATUAN IBUBAPA DAN GURU-
GURU (PIBG) SEKOLAH JENIS KEBANGSAAN CINA DI KULAI, JOHOR
SESI PENGAJIAN: 2008/2009
Saya MOONG SOW KUAN mengaku membenarkan tesis (PSM/ Sarjana/ Doktor Falsafah)* ini disimpan di Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dengan syarat-syarat kegunaan seperti berikut: 1. Tesis adalah hakmilik Universiti Teknologi Malaysia. 2. Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dibenarkan membuat salinan untuk tujuan
pengajian sahaja. 3. Perpustakaan dibenarkan membuat salinan tesis ini sebagai bahan pertukaran antara
institusi pengajian tinggi. 4. ** Sila tandakan (� ) SULIT (Mengandungi maklumat yang berdarjah keselamatan atau kepentingan Malaysia seperti yang termaktub di dalam akta rahsia rasmi 1972) TERHAD (Mengandungi maklumat TERHAD yang telah ditentukan oleh organisasi/badan di mana penyelidikan dijalankan)
���� TIDAK TERHAD Disahkan oleh (TANDATANGAN PENULIS) (TANDATANGAN PENYELIA) Alamat Tetap: DR. M. AL MUZ-ZAMMIL BIN YASIN KT 85, KAMPUNG KETARI, Nama Penyelia 28700 BENTONG PAHANG DARUL MAKMUR. Tarikh : 22 APRIL 2009 Tarikh : : 22 APRIL 2009
CATATAN: * Potong yang tidak berkenaan ** Jika tesis ini SULIT atau TERHAD, sila lampirkan surat daripada
pihak berkuasa/ organisasi berkenaan dengan menyatakan sekali sebab dan tempoh tesis ini perlu dikelaskan sebagai SULIT atau TERHAD.
� Tesis dimaksudkan sebagai tesis bagi Ijazah Doktor Falsafah dan Sarjana secara penyelidikan, atau disertasi bagi pengajian secara kerja kursus dan penyelidikan, atau Laporan Projek Sarjana Muda (PSM)
“ Saya akui bahawa saya telah membaca karya ini dan pada pandangan saya karya ini
adalah memadai dari segi skop dan kuantiti untuk tujuan penganugerahan Ijazah Sarjana
Muda Teknologi serta Pendidikan ( Kemahiran Hidup )”
Tandatangan : ……………………………………….
Nama Penyelia : DR. M. AL MUZ-ZAMMIL BIN YASIN
Tarikh : 22 APRIL 2009
PERANAN IBUBAPA DALAM PERSATUAN IBUBAPA DAN GURU-GURU
(PIBG) SEKOLAH JENIS KEBANGSAAN CINA DI KULAI, JOHOR
MOONG SOW KUAN
Laporan projek ini dikemukakan
sebagai memenuhi sebahagian daripada syarat
penganugerahan Ijazah Sarjana Muda Teknologi serta Pendidikan
(Kemahiran Hidup)
Fakulti Pendidikan
Universiti Teknologi Malaysia
APRIL 2009
ii
“Saya akui karya ini adalah hasil kerja saya sendiri kecuali nukilan dan ringkasan
yang tiap-tiap satunya saya jelaskan sumbernya.”
Tandatangan : ………………………...........
Nama Pelajar : MOONG SOW KUAN
Tarikh : 22 APRIL 2009
iii
DEDIKASI
Diabadikan buat insan-insan yang tersayang ,
Teristimewa Buat ,
Emak dan Abahku yang dikasihi…..
(Thoi You Mooi dan Moong Ah San)
Yang sentiasa mendoakan kejayaanku…..
Menjagaku dan mendidikku sehingga ku tahu mengenal erti kejayaan
sehingga aku megah berdiri dalam kalangan bijak pandai….
Khas buat,
Kakak serta Adikku tersayang…..
Terima kasih di atas dorongan dan penghargaan yang diberikan selama ini….
Yang menjadikan ku terus mencapai cita-cita….
Jua buat,
Rakan sebayaku....
(Goh Lay Kim dan Phoon Ai Ling)
Menunjukkan ku jalan kecermerlangan....
Seterusnya,
Penyelia Pembimbing yang telah Mendidik Dengan Penuh Sabar
Dr. M. Al Muz-Zammil Bin Yasin
Terima kasih Yang Tidak Terhingga.........
iv
PENGHARGAAN
Salam sejahtera, syukur yang tidak terhingga dengan izin dan berkat Tuhan
sehingga dapat saya menyiapkan penulisan ini dengan jayanya.
Penyelidik ingin merakamkan penghargaan ikhlas dan terima kasih yang
tidak terhingga kepada penyelia pembimbing Projek Sarjana Muda, Dr. M. Al Muz-
Zammil Bin Yasin atas bimbingan dan dorongan yang diberikan sepanjang tempoh
penulisan projek ini.
Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih juga dirakamkan kepada Guru
Besar Sekolah Jenis Kebangsaan (Cina) Senai, Sekolah Jenis Kebangsaan (Cina)
Saleng dan Sekolah Jenis Kebangsaan (Cina) Seelong yang telah memberi kebenaran
dan kerjasama kepada saya untuk menjalankan kajian di sekolah-sekolahnya.
Ucapan terima kasih juga ditujukan kepada rakan-rakan seperjuangan serta
semua pihak sama ada yang terlibat secara langsung atau tidak langsung, yang
banyak memberi sokongan dan dorongan dalam merealisasikan projek ini dengan
sempurna.
v
ABSTRAK
Kajian ini dijalankan untuk mengkaji peranan ibubapa dalam Persatuan Ibu
Bapa dan Guru-guru (PIBG) Sekolah Jenis Kebangsaan Cina di Kulai, Johor.
Sampel kajian ini adalah terdiri daripada 172 orang ibubapa pelajar Darjah Lima
yang menuntut di tiga buah Sekolah Jenis Kebangsaan Cina Kulai Johor. Sekolah-
sekolah yang menjadi populasi kajian adalah SJK(C) Senai, SJK(C) Saleng dan
SJK(C) Seelong. Nilai pekali kebolehpercayaan Alpha Cronbach instrumen kajian
ini adalah 0.8859. Analisis data dalam kajian ini dijalankan dengan menggunakan
perisian Statistical Package for Social Sciences (SPSS) versi 13. Dapatan kajian
menunjukkan ibubapa memandang tinggi terhadap peranan mereka sebagai penjaga
kepada anak-anak mereka (min=4.19) dan juga peranan mereka sebagai ahli PIBG di
sekolah (min=3.78). Dapatan kajian ini juga menunjukkan sebab-sebab ibubapa
kurang melibatkan diri dalam aktiviti PIBG sekolah iaitu (1) tiada masa kerana sibuk
dengan kerja seharian, (2) isteri atau suami saya tidak mahu turut serta dalam aktiviti
PIBG, (3) tidak mahu bersuara dalam mesyuarat, (4) kurang minat terhadap masalah
sekolah, dan (5) segan untuk mengeluarkan pendapat semasa mesyuarat. Penyelidik
menyarankan cadangan untuk kajian lanjutan dalam bidang ini.
vi
ABSTRACT
The aim of this research was to study parents’ role in the Parent Teacher
Association (PTA) in SJK(C) Kulai, Johor. About 172 parents from three selected
primary schools were involved in the study. The selected primary schools were
SJK(C) Senai, SJK(C) Saleng dan SJK(C) Seelong. The Alpha Cronbach value for
the instrument was 0.8859. The data was analysed using the Statistical Package for
Social Sciences (SPSS) version 13. The results showed that parents highly perceived
their role as their kids’ guardian (mean= 4.19) and also their role as members in the
Parent Teacher Association (mean= 3.78). The study also revealed the reasons why
parents were less involved in schools’ activity (1) unavailable because busy with
daily works, (2) wife or husband unwilling to involve in the PTA activity, (3) do not
want to voice out their opinion in PTA meeting, (4) not interested in the school’s
problem, and (5) shy to give opinions in the meeting. Finally, this research suggests
ideas for future research in this topic.
vii
KANDUNGAN
BAB PERKARA MUKA SURAT
PENGAKUAN ii
DEDIKASI iii
PENGHARGAAN iv
ABSTRAK v
ABSTRACT vi
KANDUNGAN vii
SENARAI JADUAL xi
SENARAI RAJAH xiii
SENARAI SINGKATAN xiv
SENARAI LAMPIRAN xv
1 PENDAHULUAN 1
1.1 Pengenalan 1
1.2 Latar Belakang Masalah 3
1.3 Pernyataan Masalah 7
1.4 Objektif Kajian 8
1.5 Persoalan Kajian 8
1.6 Kepentingan Kajian 9
1.6.1 Kepentingan kepada PIBG 9
1.6.2 Kepentingan kepada Guru 9
1.6.3 Kepentingan kepada Pentadbiran Sekolah 9
1.7 Skop dan Batasan Kajian 10
1.8 Definisi Istilah 11
1.8.1 Peranan 11
1.8.2 Persatuan Ibu Bapa dan Guru-guru (PIBG) 11
viii
1.8.3 Ibubapa dan Penjaga 11
1.8.4 Guru 12
1.8.5 Sekolah 12
1.9 Penutup 13
2 SOROTAN PENULISAN 14
2.1 Pengenalan 14
2.2 Penglibatan Ibubapa dalam Pendidikan 15
2.3 Perhubungan Antara Sekolah dengan Masyarakat 17
Saling Berkaitan
2.4 Peranan PIBG 18
2.5 Penghalang kepada Kejayaan Pelaksanaan 21
Peranan PIBG
2.5.1 Konflik Antara Ibubapa dengan Guru 21
2.5.2 Ibubapa Yang Pasif / Negatif 22
2.5.3 Sikap Guru-guru 22
2.5.4 Komposisi Ahli Jawatankuasa PIBG 23
2.6 Sebab-sebab Ibubapa Kurang Melibatkan Diri 23
dalam Aktiviti Sekolah
2.7 Kajian-kajian Lepas Berkaitan Penglibatan Ibubapa 25
dalam PIBG
2.8 Penutup 31
3 METODOLOGI KAJIAN 32
3. l Pengenalan 32
3.2 Reka Bentuk Kajian 32
3.3 Populasi dan Sampel Kajian 34
3.4 Instrumen Kajian 35
3.4.1 Bahagian A : Latar Belakang Responden 36
3.4.2 Bahagian B : Soalan Soal Selidik 36
3.5 Kajian Rintis 38
3.6 Prosedur Kajian 41
3.7 Pengumpulan Data 43
ix
3.8 Kaedah Penganalisis Data 44
3.9 Penutup 47
4 ANALISIS DATA 48
4.1 Pengenalan 48
4.2 Analisis Latar Belakang Responden 49
4.2.1 Umur Responden 49
4.2.2 Jantina Responden 50
4.2.3 Status Perkahwinan Responden 50
4.2.4 Pekerjaan Responden 51
4.2.5 Pendapatan Responden 52
4.2.6 Analisis Kebolehpercayaan Instrumen 52
4.3 Analisis Peranan Ibubapa dalam PIBG Sekolah 54
4.3.1 Dapatan Persoalan Kajian 1 54
4.3.2 Dapatan Persoalan Kajian 2 57
4.3.3 Dapatan Persoalan Kajian 3 59
4.3.4 Dapatan Persoalan Kajian 4 62
4.3.4.1 Tahap Pencapaian Akademik Pelajar 62
4.3.4.2 Umur Responden 63
4.3.4.3 Jantina Responden 63
4.3.4.4 Status Perkahwinan Responden 64
4.3.4.5 Pekerjaan Responden 65
4.3.4.6 Pendapatan Responden 66
4.4 Rumusan 66
4.5 Penutup 68
5 PERBINCANGAN, RUMUSAN 69
DAN CADANGAN
5.1 Pengenalan 69
5.2 Perbincangan 69
5.2.1 Sejauhmanakah Ibubapa Memainkan 69
Peranan Mereka Sebagai Penjaga Kepada
Anak-anak Mereka?
x
5.2.2 Sejauhmanakah Ibubapa Memainkan Peranan 71
Mereka Sebagai Ahli PIBG di Sekolah?
5.2.3 Apakah Sebab-sebab Ibubapa Kurang 74
Melibatkan Diri Dalam Aktiviti PIBG
Sekolah?
5.2.4 Adakah Terdapat Perbezaan Yang Signifikan 77
Disebabkan Oleh Tahap Pencapaian
Akademik Pelajar, Umur, Jantina, Status
Perkahwinan, Pekerjaan dan Pendapatan
Responden Terhadap Penglibatan Ibubapa
Dalam Aktiviti PIBG Sekolah?
5.3 Rumusan 78
5.4 Cadangan Kajian 79
5.5 Cadangan untuk Kajian Lanjutan 81
5.6 Penutup 82
RUJUKAN 84
Lampiran A - M 88-111
xi
SENARAI JADUAL
NO. JADUAL TAJUK MUKA SURAT
3.1 Pemilihan pelajar mengikut tahap pencapaian akademik 34
3.2 Pengelasan skala likert lima mata 37
3.3 Pengelasan skala likert tiga mata 38
3.4 Pembahagian item soalan 38
3.5 Nilai pekali kebolehpercayaan Alpha Cronbach mengikut 40
persoalan kajian
3.6 Penambahbaikan item soalan berdasarkan Cronbach’s Alpha If 41
Item Delete
3.7 Prosedur kajian 41
3.8 Kriteria menganalisis data 45
3.9 Lima skor kepada tiga skor berdasarkan nilai skor min 46
3.10 Tiga skor berdasarkan nilai skor min 47
4.1 Taburan responden mengikut umur 50
4.2 Taburan responden mengikut jantina 50
4.3 Taburan responden mengikut status perkahwinan 51
4.4 Taburan responden mengikut pekerjaan 51
4.5 Taburan responden mengikut pendapatan 52
4.6 Nilai pekali kebolehpercayaan Alpha Cronbach mengikut 53
persoalan kajian
4.7 Peratusan dan min responden bagi peranan ibubapa sebagai 56
penjaga kepada anak-anak mereka
4.8 Peratusan dan min responden bagi peranan ibubapa sebagai 58
ahli PIBG di sekolah
4.9 Peratusan dan min responden bagi sebab-sebab ibubapa kurang 61
melibatkan diri dalam aktiviti PIBG sekolah
xii
4.10 Analisis ANOVA sehala untuk tahap pencapaian akademik 62
pelajar dan sebab-sebab ibubapa kurang melibatkan diri dalam
aktiviti PIBG sekolah
4.11 Analisis ANOVA sehala untuk pembolehubah umur dan 63
sebab-sebab ibubapa kurang melibatkan diri dalam
aktiviti PIBG sekolah
4.12 Ujian-t untuk sebab-sebab ibubapa kurang melibatkan diri 64
dalam aktiviti PIBG sekolah bagi responden lelaki dan
responden perempuan
4.13 Analisis ANOVA sehala untuk pembolehubah status perkahwinan 65
dan sebab-sebab ibubapa kurang melibatkan diri dalam
aktiviti PIBG sekolah
4.14 Analisis ANOVA sehala untuk pembolehubah pekerjaan dan 65
sebab-sebab ibubapa kurang melibatkan diri dalam
aktiviti PIBG sekolah
4.15 Analisis ANOVA sehala untuk pembolehubah pendapatan dan 66
sebab-sebab ibubapa kurang melibatkan diri dalam
aktiviti PIBG sekolah
4.16 Peranan ibubapa dalam PIBG sekolah 67
xiii
SENARAI RAJAH
NO. RAJAH TAJUK MUKA SURAT
2.1 Konsep persekolahan dalam masyarakat 17
xiv
SENARAI SINGKATAN
Bil - Bilangan
GPK Guru Penolong Kanan
ICT Teknologi Maklumat dan Komunikasi
NO Nombor
PIBG Persatuan Ibu Bapa dan Guru
SPSS Statistical Package for Social Sciences
TV Televisyen
xv
SENARAI LAMPIRAN
LAMPIRAN TAJUK MUKA SURAT
A Borang soal selidik (Bahasa Malaysia) 88
B Borang soal selidik (Bahasa Cina) 94
C Surat akuan pelajar 98
D Surat kelulusan untuk menjalankan kajian 99
di sekolah daripada Bahagian Perancangan
dan Penyelidikan Pendidikan, KPM (EPRD)
E Surat memohon kelulusan untuk menjalankan 101
kajian di Sekolah-sekolah Jenis Kebangsaan
Cina Daerah Kulai
F Surat kebenaran menjalankan kajian di sekolah- 103
sekolah daripada Jabatan Pendidikan Negeri Johor
G Surat pengesahan menjalankan kajian di 104
Sekolah Jenis Kebangsaan (Cina) Senai
H Surat pengesahan menjalankan kajian di 105
Sekolah Jenis Kebangsaan (Cina) Seelong
I Surat pengesahan menjalankan kajian di 106
Sekolah Jenis Kebangsaan (Cina) Saleng
J Surat pengesahan menjalankan temubual 107
K Surat pengesahan menjalankan temu bual 108
L Nilai pekali kebolehpercayaan Alpha Cronbach 109
M Nilai analisis ujian-t 111
BAB 1
PENDAHULUAN
1.1 Pengenalan
Peranan ibubapa dalam Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) adalah sangat
penting. Ini kerana bekerjasama daripada ibubapa dengan guru telah membawa
banyak faedah dan kebaikan. Antara faedah dan kebaikan yang dinyatakan adalah
seperti membantu guru dengan lebih memahami tentang perkara kejiranan iaitu
hubungan antara ibubapa, masyarakat dan sekolah. Selain itu, juga dapat menolong
guru dalam mengurangkan klonflik dan ketegangan antara guru dengan ibubapa.
Justeru itu, peranan ibubapa dalam PIBG dapat mewujudkan satu demokratik yang
dapat mengawal pendidikan pada peringkat asas (Lawrence, 1970).
Tapi, kebaikan dan faedah yang dinyatakan tadi adalah secara sampingan
sahaja. Sebenarnya, peranan ibubapa dalam PIBG adalah untuk membantu pelajar-
pelajar supaya dapat membelajari dengan lebih baik. Menurut Yahya (2005),
pencapaian pelajar lebih bermakna apabila kaum keluarga mereka juga turut
berperanan dan melibatkan diri dalam mencapai kejayaan anak-anak mereka.
Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) adalah satu persatuan yang ditubuhkan
untuk mengeratkan hubungan antara ibubapa dengan guru sekolah. Penubuhan
persatuan ini di peringkat Sekolah Rendah dan Menengah menurut seksyen 114 Akta
Pelajaran (1961-1973) adalah hasil laporan Aziz yang diumumkan pada tahun 1971.
Allahyarham Tun Hussein Onn yang merupakan Menteri Pendidikan pada ketika itu
2
telah mengarahkan agar PIBG ditubuhkan dan didaftarkan melalui Jabatan
Pendidikan Negeri yang menjadi pendaftar melalui Surat Arahan P.U (A) 146/1973.
Hasilnya, pada 7 Jun 1973 PIBG telah diiktiraf sebagai sebuah persatuan rasmi di
sekolah. Ahli persatuan ini terdiri daripada guru besar atau pengetua sekolah yang
berperanan sebagai ex-officio. Manakala semua guru yang mengajar di sekolah
tersebut dan semua ibubapa/penjaga murid yang belajar di sekolah tersebut serta
invididu tertentu dalam masyarakat dilantik sebagai ahli jawatankuasa PIBG.
Mengikut Perlembagaan dan Kaedah PIBG (2005) daripada Persatuan
Kakitangan Universiti Kebangsaan Malaysia, tujuan Persatuan Ibu Bapa dan Guru-
guru (PIBG) ditubuhkan ialah, (1) untuk menentukan supaya murid-murid di sekolah
atau institusi pelajaran itu memperolehi faedah maksimum daripada kemudahan-
kemudahan pelajaran mereka, (2) untuk menentukan supaya murid-murid di
dalamnya mempunyai sumber-sumber yang perlu untuk membuat kerja-kerja
sekolah mereka baik di rumah atau di sekolah atau institusi pelajaran itu dan, (3)
untuk mewujudkan alam sekeliling yang sebaik-baiknya bagi sekolah supaya
membolehkan murid-murid mencapai perkembangan kerohanian, keakhlakan, otak
dan jasmani.
Daripada Persatuan Kakitangan Universiti Kebangsaan Malaysia yang
menyatakan dalam Perlembagaan dan Kaedah PIBG (2005), antara peranan PIBG
adalah seperti (1) untuk mengadakan sesuatu forum dan perkhidmatan bagi
kebajikan dan kemajuan murid-murid di sekolah atau institusi pelajaran itu, (2) untuk
membantu dan menambah usaha sekolah atau institusi pelajaran pada memenuhi
kehendak-kehendak dan keperluan-keperluan kebendaan murid-murid dalam
kegiatan-kegiatan mereka, (3) untuk membolehkan ibubapa dan guru-guru di sekolah
atau institusi pelajaran itu bertukar-tukar fikiran dan maklumat mengenai pelajaran
pada amnya dan, (4) untuk memberi peluang kepada guru-guru dan ibubapa di
sekolah atau institusi pelajaran itu berunding antara satu dengan lain berkenaan
dengan cara memperbaiki taraf pelajaran anak-anak mereka pada amnya.
3
Peranan PIBG adalah penting dan amat diperlukan oleh setiap sekolah untuk
mencapai kemajuan menurut Kamarudin (1989). Ini kerana sekolah mendidik,
mengajar, mengasuh dan memimpin kanak-kanak daripada masyarakat sekeliling.
Masyarakat pula terdiri daripda ibubapa yang secara langsung berdamping rapat
dengan kanak-kanak lebih lagi anak-anak mereka, dari segi sikap, kemahuan,
tingkah laku, kegemaran, kecenderungan, keupayaan, kegigihan, ketekunan dan juga
masalah-masalah peribadi mereka. Di mana peranan PIBG dapat membantu
mengakiskan masalah-masalah sosial yang telah merebak ke sekolah, masalah
dadah, kemerosotan disiplin, keruntukan akhlak, sikap tidak peduli, tidak hadir
sekolah, kurang minat belajar, kurang semangat untuk maju dan sebagainya.
Demi peningkatan pembelajaran dan pelajaran pelajar dalam pendidikan,
sokongan dan kerjasama daripada ibubapa dan guru amat diperlukan. Ini boleh
disalurkan melalui PIBG. Melalui PIBG para ibubapa dan guru boleh bersama-sama
menyelesaikan masalah yang dihadapi dan memberikan pendapat yang bersesuaian
demi kebaikan pelajar.
1.2 Latar Belakang Masalah
Peranan ibubapa dalam PIBG setiap sekolah adalah lebih daripada memberi
sumbangan, tetapi sepatutnya menjalin kerjasama mereka dengan sekolah.
Kerjasama dan hubungan erat antara pihak sekolah dan ibubapa memainkan peranan
penting memberi aspirasi bagi melahirkan pelajar cemerlang di sekolah. Malangnya,
keadaan ini mula berubah apabila ibubapa dan guru-guru tidak memahami peranan
PIBG yang sebenarnya.
Kamarudin (1989) menyatakan bahawa PIBG adalah persatuan penting bagi
sesebuah sekolah. PIBG membantu merapatkan kerjasama antara ibubapa dan
sekolah, memahami kesulitan sekolah dan membantu menyelesaikan masalah-
masalah serta bertanggungjawab bersama ke atas kebajikan sekolahnya.
4
Menurut Drrafick (2008), ramai pengetua, guru besar, guru penolong kanan
sekolah dan guru-guru sekarang tidak menyedari peranan PIBG yang sebenarnya.
Mereka juga tidak mengetahui bahawa peranan ibubapa atau penjaga dalam
perkembangan pembelajaran dan pendidikan di sekolah. Mereka hanya
mementingkan sumbangan ibubapa dalam hal berkaitan kewangan sekolah sahaja.
Amir (2002) telah menjalankan kajian di sebuah Sekolah Menengah
Kebangsaan Taman Universiti di Skudai Johor. Beliau mendapati bahawa ibubapa
merupakan orang yang penting, disayangi dan dihormati oleh anak-anak mereka.
Dapatan itu juga selari dengan kajian kes yang dijalankan di atas seorang pelajar
yang bernama Robin pada tahun 1961 oleh Lawrence (1970). Dalam kajian kes itu,
didapati Robin adalah seorang pelajar yang lemah dalam pelajaran, tetapi dia dapat
memperolehi keputusan yang cemerlang apabila ibubapa turut menyertai dalam
aktiviti sekolah. Oleh itu, peranan ibubapa dalam PIBG dapat mempengaruhi dan
memberi kesan besar ke atas pencapaian akademik mereka.
Dalam soal penglibatan pula, didapati penglibatan ibubapa dalam
menjayakan aktiviti yang dianjurkan oleh PIBG di sekolah adalah begitu rendah jika
dibanding kepada kehadiran ibubapa dalam mesyuarat agung yang diadakan pada
setiap tahun. Kurang penglibatan ibubapa dalam PIBG dan aktiviti sekolah bukanlah
sesuatu yang asing lagi kerana ia telah berlaku di kebanyakan sekolah di negara kita
sekarang.
Kamarudin (1989) mendapati bahawa ibubapa sentiasa mengambil alasan
seperti tiada masa terluang, masalah kewangan, tinggal di tempat jauh dari sekolah,
malu menghadiri diri, kurang berminat dengan program sekolah dan sebagainya
untuk mengelakkan diri daripada aktiviti atau program yang dianjurkan oleh pihak
sekolah. Selain itu, kajian yang telah dijalankan oleh Norzalinda (2004) yang
bertajuk “Faktor-faktor yang mempengaruhi penglibatan ibubapa dalam PIBG
berlaku di Sekolah Menengah Akademik Luar Bandar di Jitra Kedah” turut
menunjukkan fenomena tersebut.
5
Selain itu, kehadiran yang sedikit dalam mesyuarat agung PIBG telah
mendatangkan masalah kepada pihak sekolah semasa mengambil keputusan.
Keputusan sukar diambil juga sekiranya ibubapa tidak mahu bersuara dalam
mesyuarat walaupun mereka menghadiri diri dalam mesyuarat agung tahunan.
Begitu juga, PIBG juga menghadapi masalah apabila keputusan yang diambil tidak
dipersetujui oleh ibubapa. Ini kerana bagi ahli PIBG yang tidak menghadiri diri
dalam mesyuarat, pihak pengurusan sekolah beranggapan bahawa mereka bersetuju
terhadap semua keputusan yang diambil dalam mesyuarat. Ini menyebabkan
program atau aktiviti sekolah dan PIBG terpaksa dibatalkan. Ini juga akan
mewujudkan salah faham di antara ibubapa, guru-guru dan pihak sekolah (Bernama,
2008).
Sebagai contoh, soal keselamatan kanak-kanak di sekolah yang sering
menjadi persoalan dan perbahasan. Terdapat kecenderungan sesetengah ibubapa
untuk meletakkan tanggungjawab sepenuhnya kepada pihak sekolah dan guru. Sikap
melepas tangan ibubapa ini seringkali menjadi punca ketegangan hubungan antara
ibubapa dan guru-guru. Para guru yang sedia terbeban dengan tugas mengajar dan
mendidik murid, kini dituntut untuk memastikan keselamatan kanak-kanak di
sekolah lagi. Contohnya, sekiranya berlaku kemalangan, kecederaan atau kejadian
yang tidak diingini di sekolah, para guru berdepan dengan risiko diambil tindakan
oleh ibubapa. Semua ini menambahkan tekanan kepada golongan pendidik.
(Bernama, 2008)
Di samping itu, terdapatnya sesetengah ibubapa yang terlampau mengambil
berat terhadap anak-anak mereka. Mereka suka datang sekolah dan sewenang-
wenangnya mengambil tindakan ke atas sekolah apabila berlaku sesuatu yang tidak
memuaskan hati mereka. Contohnya, guru besar sering menerima aduan daripada
ibubapa tentang anak-anak mereka dimarah atau dipukul oleh guru, pencapaian
rendah anak mereka dalam akademik, masalah disiplin dan kelakuan anak-anak
mereka. Begitu juga ibubapa yang ingin campur tangan dalam pentadbiran dan
pengurusan sekolah seperti menentukan hukuman kepada murid-murid dan guru-
guru sekali ( Yeo Chew Ha, komunikasi peribadi, 9 Ogos, 2008).
6
Ramai ibubapa yang bersikap positif terhadap peranan mereka sendiri dan
peranan guru dalam pendidikan anak mereka, tetapi terdapat juga ibubapa yang
bersikap negatif. Sesetengah ibubapa menyerahkan tanggungjawab mendidik anak-
anak mereka sebulat-bulatnya kepada pihak sekolah untuk dipikul sepenuhnya oleh
guru-guru. Mereka tidak mengambil tahu sama sekali tentang pelajaran anak-anak
mereka dan sekiranya anak mereka gagal memperolehi tahap pencapaian akademik
yang diharapkan, maka pihak sekolah yang akan disalahkan (Che Noraini dan
Naima, 2000).
Ibubapa kurang berperanan dalam PIBG telah menjadi penghalang kepada
Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG). Keadaan yang berlaku ini bukan sahaja akan
melambatkan perkembangan PIBG di sekolah malah telah menjejaskan peluang
pelajar untuk menikmati kemudahan yang lebih dan keadaan pembelajaran yang
sesuai. Kalau keadaan ini dibiarkan berterusan, ia akan menyebabkan perkembangan
PIBG dan pembelajaran pelajar terbantut tanpa kemajuan. Fenomena ini secara
langsungnya akan menyekat perkembangan sekolah di tiga buah Sekolah Jenis
Kebangsaan Cina di Kulai Johor dan secara tidak langsung akan menjejaskan
perkembangan sekolah di negara juga.
Memandangkan peranan ibubapa dalam PIBG yang semakin menurun akan
membawa implikasi negatif kepada sekolah, maka adalah penting untuk diadakan
kajian yang berterusan untuk mengenalpasti peranan ibubapa dalam PIBG dari
semasa ke semasa. Tindakan ini adalah penting untuk membolehkan pihak yang
berkenaan untuk mengatasi masalah yang dihadapi berdasarkan dapatan kajian yang
dilakukan.
Memang tidak dapat dinafikan bahawa banyak kajian telah dilakukan ke atas
peranan PIBG di sekolah sejak dahulu lagi. Namun begitu, sama ada dapatan
daripada kajian lepasan dapat diaplikasikan ke atas masalah yang dihadapi di
kawasan yang tidak sama telah menimbulkan persoalan pada penyelidik;
memandangkan kawasan kajian yang berlainan mempunyai ketidaksamaan dari
7
pelbagai segi seperti latarbelakang, pekerjaan, pendidikan, keadaan ekonomi dan
sebagainya.
Walaubagaimanapun, dapatan para cendekiawan tersebut adalah amat
berguna bagi menerangkan faktor-faktor yang mungkin mempengaruhi PIBG di
sekolah. Tetapi persoalan yang timbul sekarang ialah adakah dapatan mereka masih
sah dan boleh diaplikasi dalam situasi masyarakat kita sekarang terutamanya dalam
situasi Sekolah Jenis Kebangsaan Cina sekarang? Bagi memastikan sama ada idea
yang dikemukakan oleh mereka itu masih benar dan sah bagi situasi sekarang maka
perlulah kita penyelidik mengadakan penyelidikan berkenaan peranan ibubapa dalam
PIBG pada masa kini. Sesungguhnya tindakan ini adalah amat penting untuk
membanteras masalah dan kelemahan PIBG yang boleh menjejaskan perkembangan
sekolah malahnya negara juga.
1.3 Pernyataan Masalah
Pelaksanaan PIBG di setiap sekolah adalah untuk memberi sumbangan
kepada pelajar dan merapatkan kerjasama antara ibubapa, guru dan pihak sekolah.
Kerjasama daripada ibubapa dalam PIBG adalah penting iaitu dapat meningkatkan
pencapaian akademik pelajar-pelajar. Tetapi keadaan ini mula berubah menjadi
tidak mempunyai erti yang sebenar apabila ibubapa tidak memainkan peranan
mereka dalam PIBG sekolah. Masalah yang dinyatakan mungkin juga berlaku di
tempat-tempat lain termasuk di Sekolah Jenis Kebangsaan Cina. Selain itu,
kekurangan kajian yang dijalankan ke atas peranan ibubapa dalam PIBG di Sekolah
Jenis Kebangsaan Cina menyebabkan masalah tersebut kurang difahamkan. Ini
mendorong pengkaji untuk menjalankan suatu kajian tentang peranan ibubapa dalam
PIBG di zon selatan Kulai, Johor bagi mengenalpasti masalah-masalah yang
dihadapi oleh PIBG sekolah dan juga ibubapa.
8
1.4 Objektif
Objektif yang ingin ditinjau dalam kajian ini adalah seperti berikut:
a. Mengenalpasti sejauhmanakah ibubapa memainkan peranan mereka sebagai
penjaga kepada anak-anak mereka.
b. Mengenalpasti sejauhmanakah ibubapa memainkan peranan mereka sebagai
ahli PIBG di sekolah.
c. Mengenalpasti sebab-sebab ibubapa kurang melibatkan diri dalam aktiviti
PIBG sekolah.
d. Mengenalpasti adakah terdapat perbezaan yang signifikan disebabkan oleh
tahap pencapaian akademik pelajar, umur, jantina, status perkahwinan,
pekerjaan dan pendapatan responden terhadap penglibatan ibubapa dalam
aktiviti PIBG sekolah.
1.5 Persoalan Kajian
Persoalan yang menjadi asas kepada kajian ini merangkumi beberapa aspek
seperti berikut:-
a. Sejauhmanakah ibubapa memainkan peranan mereka sebagai penjaga kepada
anak-anak mereka?
b. Sejauhmanakah ibubapa memainkan peranan mereka sebagai ahli PIBG di
sekolah?
c. Apakah sebab-sebab ibubapa kurang melibatkan diri dalam aktiviti PIBG
sekolah?
d. Adakah terdapat perbezaan yang signifikan disebabkan oleh tahap pencapaian
akademik pelajar, umur, jantina, status perkahwinan, pekerjaan dan
pendapatan responden terhadap penglibatan ibubapa dalam aktiviti PIBG
sekolah?
top related