tokoh-tokoh tamadun islam

Post on 12-Jun-2015

19.428 Views

Category:

Documents

12 Downloads

Preview:

Click to see full reader

TRANSCRIPT

1 PISMP PEMULIHAN (BM)/MT/BI

Abdul Rahman Abu Zaid Waliyuddin Bin Khaldun

Al-Maliki al-Khadrami

Lahir di Tunis pada tahun 1331 M (732 H) dan

meninggal dunia pada tahun 1406 M (808 H)

Sewaktu di Mesir, beliau telah dilantik memegang jawatan Hakim Mahkamah

Raja

Pakar dalam:Ilmu kemasyarakatan (sosiologi)PendidikanKeagamaanTamadunUndang-undang Falsafah

Ulama zaman pertengahan

BIODATA

Mendapat pendidikan awal daripada bapanya tentang asas-asas agama seperti al-Quran,

Feqah, Hadith dan Tauhid.

Apabila dewasa, beliau belajar Linguistik Bahasa Arab (seperti Nahu dan Saraf), Usuluddin dan

Kesusasteraan.

Hafaz al-Quran sejak kecil.

Guru beliau yang utama ialah Muhammad Bin Abdul Muhaimin. Beliau juga turut berguru dengan Abu Abdullah Muhammad Bin Ibrahim Al-Abla yang

mengajarnya tentang Sosiologi, politik dan pendidikan.

Beliau juga mempelajari Mantiq, Sains, Falsafah, Matematik dan Sejarah daripada beberapa orang

ulama terkemuka pada masa itu.

Sumbangan beliau dalam bidang sejarah: Pengasas filosof sejarah (melalui kitab al-Ibar)

Menghasilkan kitab al-Muqaddimah

Mempelopori Ilmu Sosiologi (orang pertama membicarakan

pembangunan mental, akal, dan fizikal manusia)

Mahir dalam ilmu sejarah

Sumbangan beliau dalam bidang sosiologi: Pengasas dan guru terkemuka dalam bidang sosiologi

• Membincangkan secara terperinci mengenai sejarah dan persejarahan.

• Membahagikan karya beliau kepada 6 bab:

Bab 1: Mengenai risalah umum tentang masyarakat manusia.

Bab 2: Mengenai masyarakat Badwi atau masyarakat yang dianggap primitif.

Bab 3: Mengenai pemerintahan khalifah-khalifah dan raja-raja.

Bab 4: Mengenai masyarakat bandar atau masyarakat yang dianggap sudah maju.

Bab 5: Mengenai pekerjaan dan kehidupan manusia seharian serta hal-hal yang berkaitan dengan ekonomi secara umum.

Bab 6: Mengenai ilmu pengetahuan dan pendidikan.

• Setiap bab dalam karya didahului dengan bahagian pendahuluan dan diikuti oleh tajuk-tajuk kecil yang dipanggil fasal.

• Kandungan al-Muqaddimah terbahagi kepada 2 bahagian:

• Perkara yang penting dalam karya ini ialah mengenai ilmu sejarah dan sosiologi.

AsasiTidak asasi

Mengenai disiplin sejarah/falsafah

sejarah dan disiplin sosiologi/falsafah

sosiologi

Merangkumi pelbagai aspek termasuk geografi, kebudayaan, ilmu pengetahuan, perusahaan, peradaban dan lain-lain yang berkaitan dengan politik, agama dan falsafah.

Sumbangan beliau dalam bidang ekonomi:Berpendapat bahawa:         Rezeki perlu dinikmati bersama dengan adilKemajuan negara bergantung kepada kekuatan ekonomiMenghasilkan kitab al-Ibar

Sumbangan beliau dalam bidang politik:Aktif dalam bidang politikBerpendapat bahawa asas untuk membina peribadi dan negara ialah berasaskan IslamMengemukakan teori yang mempengaruhi karya pemikir politik (melalui kitab al-Ibar)

Ibnu Sina mula menjadi terkenal selepas

berjaya menyembuhkan penyakit Putera Nub

Ibn Nas al-Samani yang gagal diubati oleh

doktor yang lain. Kehebatan dan kepakaran

dalam bidang perubatan tiada tolok

bandingnya sehingga beliau diberikan

gelaran al-Syeikh al-Rais (Mahaguru

Pertama).

Terbit Al Qanun fi al-Tibb

bahasa Inggerisdengan judul Precepts of

Medicine

masih diulang cetak

dan digunakan

oleh para pelajar

perubatan.

tidak sampai 100 tahun,

buku itu telah dicetak ke dalam 15 buah bahasa

Di Rom pada Tahun 1593

Penterjemahan Kitab Al Qanun fi al Tibb

•Oleh Gerard of Cremona (1114-87). •Dinamakan sebagai Canon

atau Canon fi al-Tibb •Beliau telah berjaya menterjemah

buku berbahasa Arab ke Latin tidak kurang daripada 92

buah karya Arab yang lengkap

menghasilkan bukuRemedies for The Heart

mengandungi sajak-sajak perubatan

menceritakan dan menghuraikan 760 jenis penyakit

bersama dengan cara untuk mengubatinya

Bidang farmasi

Bidang farmasi

membincangkan tentang proses

penyediaan ubat

menyenaraikan pelbagai jenis ubat seperti antidot, pes, preservatif, jem, lozeng, pil, minyak ,

salap dan infusi

menyentuh mengenai

kepentingan dos

Bidang falsafah

menulis sebuah buku berjudul al-Najah yang membicarakan

persoalan falsafah

Pemikiran falsafah banyak dipengaruhi oleh aliran falsafah

al-Farabi yang telah menghidupkan pemikiran

Aristotle

Buku An-Najah• Ibn Sina menyatakan bahawa pencipta yang

dinamakan sebagai "Wajib al-Wujud" ialah satu. Dia tidak berbentuk dan tidak boleh dibahagikan dengan apa-apa cara sekalipun

• Pemikiran falsafah dan konsep ketuhanan telah ditulis oleh Ibnu Sina dalam bab "Himah Ilahiyyah" dalam fasal "Tentang adanya susunan akal dan nufus langit dan jirim atasan.”

• Ibnu Sina tidak pernah menolak kekuasaan Tuhan.

Memperkembangkan ilmu psikologi

dalam perubatan

Kini dikenali:ilmu perubatan psikosomatiks

Memperkembangkan ilmu diagnosis melalui

denyutan jantung

Doktor perubatan yang pertama mencatatkan bahawa penyakit

paru-paru boleh berjangkit

Memberi tanda-tanda penyakit kencing

manis dan kesannya.

Terjemahan kitab al-Syifa’

Diterjemahkan oleh Gundissalines (1130-1150). Diterjemah ke dalam bahasa Latin dan telah

diterbitkan di bawah tajuk Sufficientia Physicorum di mana ahli fikir Barat,

Roger Bacon sering membuat rujukan.

Nama asal Al-Farabi ialah Abu Nasr Muhammad bin

Muhammad Tarkhan Al-Uzdag

Beliau dilahirkan di Wasij, iaitu di wilayah Transosiana,

di negara Turkestan pada tahun 257 H bersamaan

870 Masihi,

Berketurunan Turki, bapanya berketurunan Persia

manakala ibunya pula berketurunan Turki.

RIWAYAT HIDUP AL-FARABI

RIWAYAT HIDUP AL-FARABI

Al-Farabi telah meninggal dunia pada bulan Rejab 339 Hijrah bersamaan 950 Masihidi Damsyik ,semasa beliau berumur 80 tahun.Beliau telah dikebumikan di sebuah perkuburan di bahagian luar pintu selatan atau pintu sampingan kota tersebut. Saf al-Daulah sendiri yang mengetuai para pembesar negeri bagimenyembahyangkan jenazah Al-Farabi, di istana Saf Al-Daulah.

Saif Al-Daulah

Gelaran bagi putera Handaniyah

Beliau tertarik dengan kebijaksanaan dan

kepandaian al- Farabi serta kehidupannya

sebagai seorang ahli sufi.

pemerintah Syria yang baru pada zaman itu.

PENDIDIKAN AWAL AL-FARABI

Mendapat pendidikan awal daripada guru-guru persendirian, sama ada beliau pergi belajar di rumah guru berkenaan ataupun beliau belajar secara formal di masjid-masjid yang terdapat di Wasij, seterusnya beliau dikatakan dibesarkan semasa pemerintahan Nasir Ibnu Ahmad.

PENDIDIKAN AWAL AL-FARABI

Mendapat pendidikan awal daripada guru-guru persendirian, sama ada beliau pergi belajar di rumah guru berkenaan ataupun beliau belajar secara formal di masjid-masjid yang terdapat di Wasij, seterusnya beliau dikatakan dibesarkan semasa pemerintahan Nasir Ibnu Ahmad.

Mempunyai daya akal yang tinggi sejak dari kecil lagi

Dalam usia muda lagi, beliau telah belajar dan mampu belajar berbagai-bagai

ilmu. Dapat menguasai beberapa

bahasa asing, antaranya bahasa Syria, Arab, Greek, dan beberapa bahasa lagi

Menguasai pelbagai bidang dalam ilmu keagamaan, antaranya ilmu Nahu, Tafsir, Hadis, Fiqh, dan

sebagainya. Selain itu, beliau juga mahir dalam pelbagai cabang-cabang falsafah, ilmu lingkungan, ilmu militer dan ilmu muzik, walaupun Al-Farabi mahir dalam pelbagai

bidang tetapi beliau lebih tertarik ataupun lebih memberikan perhatiannya pada

bidang falsafah dan logik.

Menentang pendapat Plato yang menganjurkan konsep pemisahan dalam kehidupan manusia.

 

Dikenali sebagai Aristotle kedua.

Ilmu merupakan segala-galanya dan para ilmuwan harus diletakkan pada kedudukan yang tertinggi dalam pemerintahan sesebuah negara.

Mengemukakan banyak pandangan yang mendahului zamannya.

Keadilan itu merupakan sifat semula jadi manusia,manakala pertarungan yang berlaku antara manusia merupakan gejala sifat semula jadi tersebut.

Antara karya yang dihasilkan:

"Madinah al-Fadhilah"

Pemikiran, idea dan pandangan Al-Farabi mengenai falsafah politik.

" Ihsa’ al-Ulum" dan "Kitab al-Jam".

Perbicaraan mengenai ilmu falsafah zaman Yunani dan falsafah Plato serta Aristotle.

dua buku tidak dapat disiapkan oleh Al-Farabi di zamannya.

"Kunci Ilmu" yang disiapkan

oleh anak muridnya yang

bernama Muhammad Al

Khawarismi pada tahun 976M

"Kunci Ilmu" yang disiapkan

oleh anak muridnya yang

bernama Muhammad Al

Khawarismi pada tahun 976M

"Fihrist Al-Ulum" yang diselesaikan oleh Ibnu Al-Nadim pada tahun 988M.

"Fihrist Al-Ulum" yang diselesaikan oleh Ibnu Al-Nadim pada tahun 988M.

seorang pemuzik yang handal mencipta satu jenis

alat muzik yang dikenali sebagai gambus.

menghasilkan sebuah buku berjudul“Al-Musiqa” yang mengandungi

pengajaran dan teori muzik Islam yang dianggap sebagai sebuah buku

terpenting dalam bidang berkenaan.

. Pandangannya ialah mengenai betapa jantung adalah lebih penting berbanding otak dalam kehidupan manusia. Hal ini disebabkan oleh jantung memberikan kehangatan kepada tubuh sedangkan

otak hanya menyelaraskan kehangatan itu menurut keperluan anggota tubuh

badan.

Pandangannya ialah mengenai betapa jantung adalah lebih penting berbanding otak dalam kehidupan manusia. Hal ini disebabkan oleh jantung memberikan kehangatan kepada tubuh sedangkan

otak hanya menyelaraskan kehangatan itu menurut keperluan anggota tubuh

badan.

bidang perubatanbidang perubatan

Nama sebenar beliau ialah Abu Walid Muhammad Ibnu

Ahmad

Nama sebenar beliau ialah Abu Walid Muhammad Ibnu

Ahmad

Dilahirkan di

Sepanyolpada tahun

1126 M

Meninggal dunia di Maghribi

pada tahun

1198 M

Di Barat, dikenali sebagai

Averroes dan bapa kepada

fahaman sekularisme.

Dihantar untuk berguru dengan Ibn Zuhr

yang kemudiannya menjadi rakan karibnya.

Latar belakang

pendidikan.

Mempelajari ilmu fiqh dan perubatan daripada

Ibnu Zuhr yang pernahbertugas di sebagai doktor

istana di Andalusia.

Dilantik sebagai hakim di Sevilla pada tahun 1169

berikutan mempunyai

hubungan yang baik dengan

kerajaan Islam Muwahidin.

Dilantik sebagai hakim di Sevilla pada tahun 1169

berikutan mempunyai

hubungan yang baik dengan

kerajaan Islam Muwahidin.

Beliau dilantik menjadi hakim di

Cordova pada tahun 1171 M.

Beliau dilantik menjadi hakim di

Cordova pada tahun 1171 M.

Dilantik sebagai doktor istana pada tahun 1182 berikutan persaraan Ibn

Tufail.

Dilantik sebagai doktor istana pada tahun 1182 berikutan persaraan Ibn

Tufail.

Beliau dibuang ke daerah Alaisano

kerana dianggap mulhid.

pulang semula Cordova.

Kurniaan dan penghormatan yang diberikan kepadanya

tidak sempat dikecapi.

Disisihkan dan dihina oleh orang

ramai.

Kedudukannya dipulihkan semula apabila

Khalifah Al-Mansor Al-Muwahhidi menyedari kesilapan yang dilakukannya

Sebelum meninggal dunia, beliau telah

menghasilkan bukunya yang terkenal

Al Taysir.

SUMBANGAN IBN

RUSHD

SUMBANGAN IBN

RUSHD

FALSAFAH DAN ILMU LOGIK

Menerjemahan hasil kerja Aristotle yang dilupai Barat ke dalam bahasa Latin pada awal abad ke-12. Menyebabkan pengetahuan yang ditinggalkan oleh Aristotel muladiketahui ramai di Barat.

Bapa kepada fahaman sekularisme di Eropah Barat.

Hujah Ibnu Rushd dalam The Decisive Treatise menjustifikasi pembebasan sains dan falsafah

dari aliran rasmi mazhab Ash'ari

Banyak tertumpu pada persoalan yang berkaitan dengan metafizik, terutamanya

ketuhanan.

Dalam Fasl al-Maqal (The Decisive Treatise), menekankan kepentingan berfikir secara analitikaluntuk menterjemah al-Quran.

Mempengaruhi ahli falsafah Barat iaitu Voltaire dan Rousseau

mencetuskan era Renaissance di Perancis sehingga merubah wajah

Eropah keseluruhannya sebagaimana yang ada pada hari ini.

PERUBATANPERUBATAN

Mengandungi 16 jilid.

Diterjemahkan ke dalam bahasa Latin pada tahun 1255 oleh Bonacosa, orang Yahudi dari Padua.

Diterjemahkan ke dalam bahasa Inggeris dengan judul General Rules of Medicine.

Buku "Kulliyah Fit-Thibb"

Pembinaan Hospital Les Quinze-Vingt hopital pertama di Paris didirikan oleh

Raja Louis IX berdasarkan model hospital Sultan Nuruddin di Damsyik yang

kaedah perubatannya merupakan hasil daripada idea dan pemikiran Ibnu Rushd.

Kehebatannya dalam bidang perubatan juga merangkumi pembedahan dan fungsi

organ di dalam tubuh manusia.

Memberi penekanan tentang kepentingan menjaga kesihatan.

Memberi penekanan tentang kepentingan menjaga kesihatan.

Pandangan yang dikemukakan dalam bidang perubatan juga didapati

mendahului zamannya

Pandangan yang dikemukakan dalam bidang perubatan juga didapati

mendahului zamannya

Beliau pernah menyatakan bahawa demam campak hanya akan dialami

oleh setiap orang sekali sahaja.

Beliau pernah menyatakan bahawa demam campak hanya akan dialami

oleh setiap orang sekali sahaja.

KEMASYARAKATAN

Membuat pembahagianmasyarakat.

Asas pengenalan pembahagian masyarakat

berdasarkan kelas.

Masyarakat awam.

Golongan elit yang terdiri

daripada ahli falsafah.

Antara karya yang dihasilkan

• Mabadil Falsafah (Pengantar Ilmu Falsafah) • Tafsir Urjuza yang membicarakan perubatan dan

tauhid • Taslul, buku mengenai ilmu kalam • Kasyful Adillah, yang mengungkap persoalan

falsafah dan agama • Tahafatul Tahafut, ulasannya terhadap buku Imam

Al-Ghazali yang berjudul Tahafatul Falaisafah • Muwafaqatil Hikmah Wal Syari'a yang menyentuh

persamaan antara falsafah dengan agama.• Sebuah buku muzik yang diberi judul "De Anima

Aristoteles" (Commentary on the Aristotle's De Animo)

Nama sebenar: Muhammad Ibn Musa al-Khawarizmi

Beliaulah yang menemukan Al Jabru wal Mukobala (penjabaran dan penyelesaian). Diterjemahkan ke bahasa Latin menjadi Aljabar.

Dilahirkan di daerah Hawarizmi (Khiwa) – satu daerah ke selatan Laut Arab pada 780 M dan meninggal dunia pada tahun 850 M.

Dikenali sebagai Abu Abdullah Muhammad Bin Ahmad Bin Yusoff.

Dikenali di Barat sebagai:al-Khawarizmial-Cowarizmi al-Ahawizmi al-Karismi al-Goritmi al-Gorismi

BIODATA

Ketokohan al-Khawarizmi dapat dilihat daripada dua sudut iaitu:

Memperkenalkan aljabar dan hisab.  Banyak menghasilkan karya-karya yang terkenal ketika zaman tamadun Islam.  Antara karya-karya yang beliau hasilkan ialah ‘Mafatih al-Ulum’.  Sistem nombor adalah salah satu sumbangan dan telah digunakan pada zaman tamadun Islam. Banyak kaedah yang diperkenalkan dalam setiap karya yang dihasilkan. Antaranya ialah:  

BIDANG MATEMATIK BIDANG MATEMATIK

teorem segi tiga sama dan segi tiga sama kaki serta bagaimana untuk mengira luas segitiga, segi empat selari dan

bulatan dalam geometri.

Masalah pecahan dan sifat nombor perdana dan teori

nombor juga diperkenalkan.

kos, sin dan tan dalam

trigonometri penyelesaian persamaan.

3

2

1

BIDANG ASTRONOMI

Astronomi dapat ditakrifkan sebagai ilmu falaq (pengetahuan tentang bintang-bintang yang melibatkan kajian tentang kedudukan, pergerakan, dan pemikiran serta tafsiran yang berkaitan dengan bintang)Seawal kurun ketiga lagi lagi, al-Khawarizmi telah menghasilkan dua buah buku yang salah satu daripadanya telah diterjemahkan ke Bahasa Latin dan memberi pengaruh besar ke atas Muslim, orang Sepanyol serta Kristian.

• Beliau telah menerangkan penggunaan sistem angka dalam sebuah buku - hanya naskah Latin sahaja yang dijumpai (De Numero Indorum) berkaitan dengan aritmetik.

• Menerangkan angka sifar dalam buku beliau.• Dengan adanya sisitem angka ini, bukan sahaja

operasi tambah, tolak, darab dan bahagi dapat dilaksanakan dengan mudah, bahkan dalam berpuluh-puluh operasi lain seperti kuasa, log, kosinus dan sebagainya.

• Dengan sistem ini juga, manusia telah dilengkapi dengan kuasa yang menakjubkan seperti meramal gerhana, menentukan planet-planet atau komet-komet yang baru, menganggar umur dunia dan sebagainya.

NOMBOR

• Kemajuan aritmetik membawa kepada kemajuan aljabar, iaitu satu bidang matematik yang menggunakan tanda-tanda dan huruf-huruf untuk mewakili nombor, nilai atau pemboleh ubah atau secara ringkasnya disebut ilmu persamaan.

• Bagi masyarakat umum, aljabar membicarakan kaedah memanipulasi simbol-simbol dengan hukum-hukum atau petua-petua tertentu, iaitu satu penjurusan kepada aritmetik.

• Pada abad ke-9 M, beliau telah menulis tentang aljabar yang bertajuk Al- Jabar wa al- Muqabalah.

ALJABAR

• Di sini “al-Jabar” bermaksud mengubah satu kuantiti dari sebelah persamaan ke sebelah yang satu lagi, dan “al-Muqabalah” bermaksud memudahkan atau meringkaskan ungkapan yang terhasil (dengan menghapuskan sebutan yang sama di kedua-dua belah persamaan).

• Beliau merupakan orang pertama yang mengajar aljabar dalam bentuk yang mudah dan menyelesaikan banyak masalah yang dihadapi oleh masyarakat seperti masalah perwarisan, pembahagian harta dan perniagaan.

• Ketika bertugas mengawasi astronomi di Baghdad dan Istanbul, beliau telah menulis sebuah lagi buku al-Kitab al-Mukhtasar fi Hisab al-Jabr wa al-Muqabalah yang bertujuan khusus untuk mencari penyelesaian kepada masalah praktikal dalam kehidupan orang-orang Islam pada waktu itu.

• Peranan beliau sebagai ahli Matematik agung yang memperkenalkan aljabar kepada tamadun dunia, jelas kelihatan daripada perkataan yang digunakan dalam bidang ini seperti algebra, diambil daripada nama beliau, Al-Khawarizmi, root (punca), diambil daripada perkataan Latin radix yang diterjemahkan daripada Al-Khawarizmi.

• Dalam hal ini, beliau dikenali sebagai bapa aljabar.

GEOMETRI

•Satu bidang matematik mengenai ciri dan hubungan antara titik, garis, sudut, permukaan dan pepejal di dalam ruang.•Ilmu ini berkenaan dengan masalah magnitud dan ciri-ciri ruang.•Beliau memberi satu teorem tentang segi tiga sudut tegak sama kaki serta menghitung luas segi tiga, segi empat selari dan bulatan.

•Dalam satu bab daripada buku Aljabar beliau tentang sukatan, beliau menumpukan perhatian khusus kepada geometri sahaja.•Bab itu bertajuk “Bab al-Misaha” (bab sukatan luas).•Kerjaya beliau dalam geometri tidak mempunyai pengaruh Euklid (sarjana geometri Greek yang terkenal) kerana tidak kedapatan unsur Euklid daripada segi kandungan atau istilah-istilah yang digunakan.

TRIGONOMETRI DAN ASTRONOMI

•Trigonometri merupakan satu bidang matematik mengenai segi tiga, sukatan sisi dan sudutnya.•Ilmu yang berkaitan dengan aljabar ini pada asalnya (ketika tamadun Greek) hanya dilihat sebagai perkembangan daripada geometri.•Perkembangan trigonometri berikutnya (pada abad ke-12 M) didorong oleh keperluan penyelesaian berangka berhubung dengan astronomi yang dipelopori oleh sarjana-sarjana Muslim.•Boleh dikatakan bahawa trigonometri ialah suatu ilmu yang memenuhi keperluan praktikal bagi kedua-dua bidang astronomi dan geometri.

•Trigonometri bukan sahaja bergantung kepada aljabar bahkan juga dengan alat-alat pelayaran seperti Kuadran (alat untuk menyukat sudut dan altitud) dan Astrolab (satu alat untuk menentukan altitud bintang, matahari dan planet).•Astrolab boleh digunakan untuk mengukur waktu, ketinggian gunung serta dalamnya perigi.•Beliau merupakan salah seorang yang pertama menghitung jadual astronomi dan sifat trigonometri, yang kemudiannya diterjemahkan kepada bahasa Inggeris oleh Adelard.•Antara kandungan kerja beliau dalam bidang trigonometri ialah 100 sifir sinus dan kotangen.

KAEDAH BERANGKA

Dalam

Matematik,

penyelesaian

kepada masalah-

masalah boleh

dilakukan secara

kualitatif atau

kuantitatif.

Cara kualitatif baru

menampakkan kesannya pada abad ke- 10 M.

Cara

kualitatif

terbahagi

kepada

dua.

Melibatkan analisis umum – memberi penyelesaian tepat tetapi tidak menggunakan angka.

Kaedah berangka yang boleh menghasilkan penyelesaian dalam bentuk angka walaupun mungkin tidak tepat tetapi untuk praktikalnya mencukupi – penyelesaian itu memenuhi kejituan yang ditetapkan.

Cara Kualitatif

• Kesan daripada sumbangan ini, kaedah berangka digunakan secara meluas dalam pelbagai ilmu. Antaranya ialah dalam bidang fizik, statistik, kejuruteraan, ekonomi, pengurusan dan sebagainya.

• Al-Khawarizmi digelar “Bapa Kaedah Berangka” kerana sumbangan beliau ini.

• Secara tidak langsung, nama beliau diakui apabila tertera dalam setiap penulisan tentang kaedah berangka/analisis berangka, juga dalam bahasa Inggeris disebut “algorithm” (satu susunan langkah-langkah atur cara bagi menyelesaikan sesuatu masalah secara berangka.

• Malangnya, asal-asul istilah ini tidak diketahui

oleh kebanyakan ahli Matematik sendiri.

• Hal ini jelas kelihatan apabila istilah tersebut

diterjemahkan sebagai “algoritma” dalam

bahasa Melayu yang tidak langsung

menggambarkan pengaruh Arab atau perkataan

asalnya sendiri, iaitu “Al-Khawarizmi.

TOKOH-TOKOH LAIN

DALAM TAMADUN

ISLAM

TOKOH-TOKOH LAIN

DALAM TAMADUN

ISLAM

Potret "Geber" Eropah abad ke-15, Codici Ashburnhamiani 1166, Biblioteca Medicea Laurenziana, Florence.

JABIR IBN HAIYAN

IBN BAJJAH

Pemikiran falsafah Ibn Bajjah ini dapat diikuti dalam "Risalah al-Wida" dan kitab "Tadbir al-Muttawwahid" yang secara umumnya merupakan pembelaan kepada karya-karya al-Farabi dan Ibn Sina

Menulis sebuah buku yang berjudul "aI-Nafs" yang membicarakan persoalan yang berkaitan dengan jiwa.

Tetapi perasaan dengki dan cemburu telah menyebabkan beliau diracuni dan akhirnya meninggal dunia pada tahun 1138 (M) dalam usia yang masih muda.

AL RAZI

Abu Bakar Muhammad bin Zakaria al-Razi

Penemuan al-Razi berkenaan penyakitcampak cacar tulen (smallpox) dan campak biasa (measal) turut menjadi bahan rujukan perubatan di dunia Barat malah turut diulangi penerbitannya beberapa kali sehingga abad ke-18M.

Kitab al-Mansur (Liber Medicinalis ad al Mansorem) juga karya agung al-Razi dalam dunia perubatan.

Beliau telah menghasilkan banyak karya dalam bidang perubatan.

Karya beliau yang tulen dan mencerminkan kematangan dan kepakaran beliau dalam amalan perubatan moden.

al-Sirah al'Falsafiyyah

Maqalah fi ma baid al'Thabiiyah

Kitab al-llmi al-Ilahi

al-Syukuk 'ala Proclus. Kitab al-Ladzdzah

Amarah al-lqbal aI'Dawlah

al-Razi merawat pesakit. (pelukis tidak dikenali)

IBN HAITHAMIBN HAITHAM

Abu All Muhammad al-Hassan ibnu al-Haitham.

Dilahirkan di Basrah pada tahun 354H bersamaan dengan 965 Masihi.

Penyelidikannya mengenai cahaya telah memberikan ilham kepada ahli sains barat seperti Boger, Bacon, dan

Kepler mencipta mikroskop serta teleskop.

Menemui prinsip isi padu udara sebelum seorang saintis yang bernama Trricella mengetahui

perkara itu 500 tahun kemudian.

Menemui kewujudan tarikan graviti sebelum Isaac Newton mengetahuinya.

Teori Ibnu Haitham mengenai jiwa manusia sebagai satu rentetan perasaan yang bersambung-sambung secara teratur telah memberikan ilham kepada saintis Barat untuk menghasilkan wayang gambar.

RENUNGAN

• Sejarah telah membuktikan betapa dunia Islam telah melahirkan ramai golongan sarjana dan ilmuwan yang cukup hebat dalam bidang falsafah, sains, politik, kesusasteraan, kemasyarakatan, agama, perubatan, dan sebagainya. Salah satu ciri yang dapat diperhatikan pada para tokoh ilmuwan Islam ialah mereka tidak sekadar dapat menguasai ilmu tersebut pada usia yang muda, malah dalam masa yang singkat dapat menguasai beberapa bidang ilmu secara serentak.

BIBLIOGRAFI

Adi Alhadi. (2002). Tokoh ternama dunia (jilid 1). Selangor: Edusystem Sdn. Bhd.

Adi Alhadi. (2002). Tokoh ternama dunia (jilid 2). Selangor: Edusystem Sdn. Bhd.

Adi Alhadi. (2002). Tokoh ternama dunia (jilid 3). Selangor: Edusystem Sdn. Bhd.

Adi Alhadi. (2002). Tokoh ternama dunia (jilid 4). Selangor: Edusystem Sdn. Bhd.

Adi Alhadi. (2002). Tokoh ternama dunia (jilid 5). Selangor: Edusystem Sdn. Bhd.

Ali Mohamad. (2001). Tamadun Islam dan tamadun Asia. Kuala Lumpur: Universiti Malaya.

Azhar Hj. Mad Aros. (2004). Tamadun Islam dan tamadun Asia (TITAS). Selangor: Oxford Fajar Sdn. Bhd.

Mustafa Haji Daud. (1993). Tamadun Islam. Kuala Lumpur: Utusan Publication & Distributors Sdn. Bhd.

Zuraidah. Ibnu Sina tokoh perubatan Islam. Diambil pada 17 Februari 2009 daripada http://pkukmweb.ukm.my/~ahmad/ tugasan /s3_ 99 /zuraidah.html.

Ibnu Sina. Diambil pada 17 Februari 2009 daripada http://members. tripod. com/man999/Ibnu_Sina.html.

Tokoh-tokoh Islam:Ibnu Rushy. Diambil pada 17 Februari pada 2009 daripada http://alhakelantan.tripod.com/tokoh/id3.html.

top related