teknik mengawal penyakit daun penanaman getah

Post on 21-Jan-2016

294 Views

Category:

Documents

1 Downloads

Preview:

Click to see full reader

DESCRIPTION

(PIHAK BERKUASA KEMAJUAN PEKEBUN KECIL PERUSAHAAN GETAH) KEMENTERIAN KEMAJUAN LUAR BANDAR & WILAYAH. TEKNIK MENGAWAL PENYAKIT DAUN PENANAMAN GETAH. JENIS PENYAKIT.  Penyakit – penyakit utama pokok getah Penyakit Daun Penyakit Akar Penyakit Batang dan Tapak Torehan. - PowerPoint PPT Presentation

TRANSCRIPT

TEKNIK MENGAWAL

PENYAKIT DAUN PENANAMAN GETAH

(PIHAK BERKUASA KEMAJUAN PEKEBUN KECIL PERUSAHAAN GETAH)

KEMENTERIAN KEMAJUAN LUAR BANDAR & WILAYAH

JENIS PENYAKIT

Penyakit – penyakit utama pokok getah

Penyakit Daun

Penyakit Akar

Penyakit Batang dan Tapak Torehan

PENYAKIT DAUN

Di Malaysia telah di kenal pasti beberapa jenis penyakit yang kebiasaan menyerang daun pokok getah di antaranya :

Penyakit luruhan daun Odium di sebabkan kulat Oidium hevea

Penyakit luruhan daun Colletotrichum disebabkan oleh kulat Colletotrichum gloeosporioides

PENYAKIT DAUN

Penyakit luruhan daun Phytophthora disebabkan oleh kulat Phytophthora botryosa atau P. palmivora.

Penyakit luruhan daun Corynespora disebabkan oleh kulat Corynespora cassiicola

KESAN SERANGAN PENYAKIT DAUN

Daun rosak disebabkan oleh bintik, tompok dan bahagian daun yang mati

Daun-daun yang teruk dijangkiti akan gugur

Pucuk dan ranting akan mati

Pokok terencat pertumbuhannya mengakibatkan pemanjangan tempoh muda pokok

Mengurangkan hasil lateks

Pokok muda boleh mati.

MENGENALI PENYAKIT DAUN

Penyakit luruhan daun Oidium- Menyerang daun muda yang masih berwarna perang

hingga kehijauan - Kewujudan tompok-tompok putih berdebu pada

permukaan daun

Penyakit luruhan daun Colletotrichum- Menyerang daun muda menjadi kerut, berkeriput dan

bertukar menjadi hitam dan akhirnya gugur.- Menyerang anak daun yang lebih tua merosakkan

sebahagian daun dimana hujung dan tepi daun menjadi hitam

MENGENALI PENYAKIT DAUN

Penyakit luruhan daun Colletotrichum ( smbg )

- Bintik-bintik yang timbul dan berlubang di tengah

Penyakit luruhan daun Phytophthora

- Jangkitan selalu berlaku ditangkai daun

- Terdapat satu atau lebih lesion yang berwarna perang tua atau kehitaman pada tangkai daun

- Kerap kelihatan titik-titik susu getah beku ditengah lesion tersebut.

MENGENALI PENYAKIT DAUN

Penyakit luruhan daun Phytophthora ( smbg )- Daun gugur di mana anak-anak daun berwarna hijau masih terlekat ditangkai daun.- Hamparan daun matang yang masih hijau

bertaburan di atas tanah.

Penyakit luruhan daun Corynespora - Penyakit menjangkiti daun muda dan daun tua.

MENGENALI PENYAKIT DAUN

Penyakit luruhan daun Corynespora ( smbg )- Penyakit menjangkiti daun muda dan daun tua.- Pada daun muda, di peringkat awal penyakit terdapat

bintik-bintik bulat kecil yang semakin membesar.- Jangkitan selalu berlaku pada urat utama dan urat-urat

kecil daun. Ini menghasilkan gejala berupa “landasan keretapi” atau “tulang ikan”.

- Tisu daun berdekatan dengan lesion bertukar warna menjadi kuning dan seterusnya perang.

- Daun akan gugur

Daun di jangkiti oleh penyakit luruhan daun Phytophthora

Daun di jangkiti oleh penyakit luruhan daun Corynespora

Tompok-tompok putih berdebu di permukaan daun diserang kulat Oidium heveae

Bintik-bintik yang timbul di permukaan daun akibat serangan kulat Colletotrichum gloeosporioides

MENGAWAL PENYAKIT DAUN

1. Amalan Agronomi

- Penanaman klon yang rintang atau tahan kepada jangkitan penyakit di kawasan berpenyakit

berdasarkan syor penanaman eviromaks.

- Mengelakkan serangan penyakit luruhan daun sekunder yang disebabkan oleh Oidium dan

Colletotrichum dengan cara meluruhkan daun tua sebelum musim luruh dengan bahan kimia. Penyakit-penyakit ini menjangkiti hanya daun-daun getah muda. Daun-daun getah tua digugurkan pada masa tertentu supaya daun-daun muda muncul pada musim kering dan ketika musim kering jangkitan penyakit-penyakit ini sangat rendah.

MENGAWAL PENYAKIT DAUN

1. Amalan Agronomi (smbg )

- Menjauhi penyakit luruhan daun Oidium dengan meningkatkan pembajaan nitrogen pada masa perdaunan semula selepas

musim luruhan daun. Peningkatan baja nitrogen akan mempercepatkan perdaunan dan seterusnya meningkatkan kepadatan kanopi pokok.

MENGAWAL PENYAKIT DAUN

2. Merawat dengan racun kimia

• Penyakit luruhan daun Oidium

- Pendebuan belerang pada kadar 9kg/ha setiap lima atau tujuh hari dilakukan sehingga empat ke enam pusingan. Mula pendebuan apabila

daun- daun muda mula muncul pada musim luruh.

• Penyakit luruhan daun Oidium

- Sembur racun kulat seperti Benlate @ 0.3%, Dithane M-45 @ 4%, Captan @ 0.4% atau Antracol @ 0.4%.

MENGAWAL PENYAKIT DAUN

• Penyakit luruhan daun Colletotrichum- Pada tanaman pra-matang, atau di tapak

semaian, sembur racun kulat seperti Daconil atau Antracol (0.2%) setiap lima atau tujuh hari sehingga daun-daun menjadi hijau.

• Penyakit luruhan daun Phytophthora- Sembur racun kulat seperti kupram oksiklorida dilarut dalam minyak (1.2 kg bahan aktif/ha) sebelum musim tengkujuh.

1. Institut Penyelidikan Getah Malaysia ( 1994) Teknologi Perladangan dan Pemprosesan Getah.

2. Lembaga Getah Malaysia ( 2004 ) Manual Teknologi Penanaman Getah

3. Institut Penyelidikan Getah Malaysia (1991), Ke arah menggalakkan Tumbesaran dan meningkatkan Produktiviti Pokok-pokok Getah.

RUJUKAN

top related