tabung latihan kemahiran johor (tlkj) - …ypj.gov.my/v1/images/stories/iklantlkj.pdf... pelajar...
Post on 15-Apr-2018
239 Views
Preview:
TRANSCRIPT
Anak-Anak Johor!
Sekiranya anda sedang mengikuti latihan kemahiran di pelbagai peringkat, anda berkemungkinan layak untuk menikmati bantuan Tabung Latihan Kemahiran Johor! Bantuan yang
diberikan oleh Kerajaan Negeri Johor melalui YPJ ini bagi meringankan kos pembiayaan anda dalam mengikuti latihan kemahiran. Sebanyak RM 2,000 ringgit seorang akan diberikan
pada mereka yang layak. Berikut merupakan syarat permohonan :
SYARAT PERMOHONAN
1.Bermaustautin tetap dinegeri Johor tidak kurang dari 5 tahun (Keutamaan adalah pada pelajar yang lahir di negeri Johor)
2.Mengikuti kursus kemahiran di Institusi – Institusi dalam Negeri Johor sahaja
3.Telah mempunyai tajaan (pinjaman) semasa permohonan dibuat (cth : PTPK, YPJ dan lain-lain yang bukan berbentuk one-off)
4. Jenis Pensijilan:
a) Persijilan Kemahiran Malaysia iaitu Sijil Kemahiran Malaysia (SKM), Diploma Kemahiran Malaysia (DKM), dan Diploma Lanjutan Kemahiran Malaysia (DLKM)
b) Dan lain-lain persijilan yang diiktiraf
5.Keutamaan kelayakan untuk mendapat bantuan adalah seperti berikut :
a) Belia keciciran dan tamat tingkatan 3 / lepasan Sijil Pelajaran Malaysia
b) Pelajar yang telah mendapat jaminan pekerjaan setelah tamat latihan
c) Pelajar yang sedang/pernah berada di dalam industri dan mengikuti latihan kemahiran bagi tujuan (upskill, reskill dan multiskill) bukti di dalam industri mestilah disertakan bersama
(cth : sokongan majikan)
6.Bidang latihan yang ditaja adalah bidang yang menjadi tumpuan penjanaan ekonomi negeri Johor dan menawarkan peluang pekerjaan yang tinggi seperti berikut :
a) Hospitaliti dan Pelancongan
b) Minyak & Gas
c) Dan lain-lain sektor latihan kemahiran yang kritikal dan mempunyai nilai peluang pekerjaan yang tinggi di Negeri Johor
TARIKH TUTUP : SEHINGGA 30 NOVEMBER 2016
TABUNG LATIHAN KEMAHIRAN JOHOR (TLKJ)
Anak-Anak Johor!
Sekiranya anda sedang mengikuti latihan kemahiran di pelbagai peringkat, anda berkemungkinan layak untuk menikmati bantuan Tabung Latihan Kemahiran Johor!
Bantuan yang diberikan oleh Kerajaan Negeri Johor melalui YPJ ini bagi meringankan kos pembiayaan anda dalam mengikuti latihan kemahiran. Sebanyak RM 2,000 ringgit
seorang akan diberikan pada mereka yang layak. Berikut merupakan syarat permohonan :
Dokumen yang diperlukan
a) Kad pengenalan pemohon, ibu dan bapa
b) Surat tawaran belajar dari pihak institusi/pusat latihan
c) Surat tawaran bekerja selepas tamat belajar/latihan dari industri (jika berkaitan)
d) Slip gaji ibu dan bapa /penjaga
Cara memohon
a) Sila layari laman web YPJ di www.ypj.gov.my
b) Muat turun borang permohonan TLKJ
c) Lengkapkan borang dan dokumen yang diperlukan
d) Hantar ke pejabat YPJ di alamat seperti berikut :
Bangunan YPJ, 15, Jalan Nuri
Kampung Dato Onn Jaafar
80990 Johor Bahru, Johor
Malaysia
TABUNG LATIHAN KEMAHIRAN JOHOR (TLKJ)
SOALAN LAZIM
1. APA ITU TABUNG LATIHAN KEMAHIRAN JOHOR?
Sumbangan/geran Kerajaan Negeri Johor melalui YPJ dalam membantu anak-anak Johor
yang mengikuti latihan kemahiran di semua Instutusi Latihan di dalam Negeri Johor sahaja
2. BERAPA JUMLAH BANTUAN YANG DIBERIKAN?
Sebanyak RM 2,000 seorang
3. APAKAH KELAYAKAN/SYARAT YANG DIPERLUKAN?
Sila rujuk syarat permohonan di laman web rasmi YPJ www.ypj.gov.my
4. ADAKAH SAYA PERLU MEMBAYAR BALIK BANTUAN YANG DIBERIKAN INI?
Tidak, ini adalah bantuan berbentuk “One-Off”
5. ADAKAH SAYA AKAN MENERIMA BANTUAN INI DALAM BENTUK TUNAI?
Tidak, pihak ypj akan mengenal pasti penaja pinjaman pelajar dan seterusnya bantuan ini
akan disalurkan terus ke akaun penaja pinjaman atas nama pelajar sebagai “Bayaran
Balik”. Dengan tagging (Geran Tabung Latihan Kemahiran Johor)
6. ADAKAH INI AKAN MENGURANGKAN JUMLAH HUTANG PINJAMAN SAYA?
Ya, berikut merupakan contoh :
Pelajar : Ahmad Bin Abu
Penaja Pinjaman : PTPK
Hutang Pinjaman Keseluruhan yang diberikan oleh penaja: RM 10,000
Geran Tabung Latihan Kemahiran Johor : RM 2,000
Jumlah “BAYARAN BALIK” ke PTPK : RM 8,000
7. SAYA MASIH BELAJAR/MENGIKUTI LATIHAN BOLEHKAH SAYA MEMOHON?
Ya anda layak memohon
8. KURSUS LATIHAN KEMAHIRAN/SIJIL SAYA KURANG DARI 6 BULAN, ADAKAH SAYA LAYAK
MEMOHON
Ya, anda layak memohon
9. SAYA TIADA/BELUM MEMPUNYAI SEBARANG TAJAAN PINJAMAN DARI MANA-MANA PIHAK,
TETAPI SAYA MENGGUNAKAN WANG KWSP/PINJAMAN BANK (PERSONAL LOAN)/DUIT SIMPANAN
SENDIRI/TANGGUNGAN & PINJAMAN DARI MAJIKAN ADAKAH SAYA LAYAK MEMOHON?
Tidak, anda tidak layak memohon. Syarat utama untuk memohon TLKJ anda mestilah telah
mempunyai badan penaja seperti PTPK dan sebagainya. Penajaan sepertimana yang di
nyatakan di atas adalah tidak layak
10. SAYA TELAH TAMAT KURSUS LATIHAN KEMAHIRAN PADA TAHUN 2015/ ATAU TAHUN SEBELUM-
SEBELUMNYA, BOLEHKAH SAYA MEMOHON?
Tidak, hanya pemohon yang sedang mengikuti latihan kemahiran / telah tamat tetapi tahun
tamat latihan adalah pada tahun 2016 sahaja.
11. BAGAIMANA SAYA NAK TAHU PERMOHONAN SAYA TELAH DILULUSKAN
Hanya senarai nama pelajar yang berjaya akan dikemaskini dari semasa ke semasa di laman
web rasmi YPj di www.ypj.gov.my. Sekiranya nama anda tidak tersenarai lebih dari tiga (3)
bulan tarikh anda memohon, maka permohonan anda dianggap tidak berjaya. YPJ juga akan
mengeluarkan surat pemberitahuan kelulusan kepda pusat latihan yang berkaitan
SOALAN LAZIM
12. APAKAH CARA UNTUK SAYA MEMOHON
a) Sila layari laman web YPJ di www.ypj.gov.my
b) Muat turun borang permohonan TLKJ
c) Lengkapkan borang dan dokumen yang diperlukan
d) Hantar ke pejabat YPJ di alamat seperti berikut :
Bangunan YPJ, 15, Jalan Nuri
Kampung Dato Onn Jaafar
80990 Johor Bahru, Johor
Malaysia
13. BERAPA LAMA TEMPOH MEMPROSES PERMOHONAN SAYA SEHINGGA KELULUSAN DIBERIKAN
Borang dan dokumen yang LENGKAP akan diproses dalam tempoh 1.5 bulan
14. ADAKAH PIHAK INSTITUSI KEMAHIRAN DI TEMPAT SAYA BELAJAR PERLU TAHU PERMOHONAN SAYA
INI?
Ya, setiap pemohon perlu melengkapkan borang permohonan dan borang tersebut perlu di cop
pengesahan oleh pusat latihan.
Bagi pelajar yang telah tamat (tamat pada tahun 2016 sahaja), anda perlu ke pusat latihan
kemahiran anda untuk di cop pengesahan oleh pusat latihan dan mengesahkan yang anda
telah tamat latihan dengan jayanya.
15. SAYA TELAH TAMAT BELAJAR DAN TELAH MENYELESAIKAN KESELURUHAN PINJAMAN SAYA
DENGAN BADAN PENAJA. TETAPI SAYA MEMPUNYAI HUTANG DENGAN PIHAK KOLEJ/ PUSAT
LATIHAN, BOLEHKAN WANG BANTUAN TLKJ INI DI BAYAR KE AKAUN PIHAK PIHAK KOLEJ/ PUSAT
LATIHAN ?
Sekiranya bukti hutang dapat dikemukakan dengan jelas dan kukuh, maka permohonan
tersebut akan dipertimbangkan, walaubagaimanapun semuanya adalah tertakluk kepda
pihak pengurusan YPJ
16. ADAKAH WANG BANTUAN TLKJ INI DIKIRA SEBAGAI ELAUN SARA HIDUP?
Tidak, bantuan TLKJ ini adalah bertujuan bagi meringankan kos pembiayaan yuran anda
dalam mengikuti latihan kemahiran
17. SAYA BARU MEMOHON PINJAMAN PTPK (ATAU BADAN PINJAMAN YANG LAIN) TETAPI
BELUM DILULUSKAN, ADAKAH SAYA LAYAK UNTUK MENDAPATKAN GERAN INI?
Tidak, hanya permohonan yang sedang ditaja layak memohon
18. BERAPA KALI SAYA BOLEH GERAN TLKJ INI?
1 surat tawaran bersamaan 1 pemberian TLKJ
19. APAKAH JENIS KURSUS KEMAHIRAN YANG DIBERIKAN KEUTAMAAN?
Sila rujuk syarat permohonan.
Tarikh Dikemaskini : Ogos 2016
top related