surat memohon penggunaan bilik mesyuarat skut

Post on 22-Oct-2015

3.011 Views

Category:

Documents

110 Downloads

Preview:

Click to see full reader

DESCRIPTION

Surat Permohonan Bilik mesyuarat

TRANSCRIPT

Ruj : XBA1330/800-5/3 Tarikh : 22 Januari 2014

Guru Besar Cemerlang/Guru Besar,Sek. Keb. Kuala Tomani,Peti Surat 20689908, TenomSabah, Malaysia

Tuan,

MEMOHON KEBENARAN UNTUK MENGGUNAKAN BILIK MESYUARAT SEKOLAH .

Adalah saya dengan segala hormatnya merujuk perkara di atas.

02. Sukacita dimaklumkan bahawa kami ingin memohon kebenaran daripada pihak tuan untuk menggunakan bilik mesyuarat di sekolah tuan bagi mengadakan Mesyuarat Penyerahan Fail Pengelolaan Sukan B-12 MSS Zon 5 2014. Butir-butir mesyuarat untuk rujukan pihak tuan adalah seperti berikut:

Tarikh : 29 Januari 2014 (Rabu)Masa : 9.00 pagiKehadiran : Guru besar, P.K Kokum dan S.U Sukan sekolah-sekolah rendah Zon 5.

03. Agenda mesyuarat adalah seperti di bawah (untuk rujukan pihak tuan):i. Ucapan Pengerusi

ii. Slot khas daripada S.K Kungkular selaku pengelola tahun 2013.Perkara:

Laporan pengelolaan sukan / permainan tahun 2013. Pembentangan kewangan pengelolaan sukan / permainan tahun 2013. Penyerahan fail

iii. Pengagihan sukan / permainan kepada semua pengelola bagi tahun 2014.iv. Hal-hal lain.

04. Kami berharap agar pihak tuan dapat memberikan kerjasama agar mesyuarat ini dapat dijalankan. Sebarang maklum balas mengenai perkara di atas boleh hubungi En.Gillod Bin Madais (014-2818216) dan En.Heatlee Sylzer Ajali (016-5090894).

Kerjasama tuan/puan mengenai perkara tersebut adalah sangat diharapkan dan didahului dengan ucapan ribuan terima kasih.

Sekian dan terima kasih.

“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”

Saya yang menurut perintah,

.............................................................(GILLOD BIN MADAIS)Guru Besar,S.K Rundum, Tenom.

Sk. S.K Kuala Tomani

top related