surat kiriman rasmi

Post on 21-Dec-2015

258 Views

Category:

Documents

3 Downloads

Preview:

Click to see full reader

DESCRIPTION

surat

TRANSCRIPT

Kebenaran Melawat ke Sebuah Syarikat Penerbitan.

Persatuan Bahasa Malaysia,Sekolah Kebangsaan Bukit Beruntung,49300 Rawang,Selangor Darul Ehsan.______________________________________________________________________

Pengurus Penerbitan,Wira Buku,Taman Seri Gombak,69100 Bati Caves,Selangor Darul Ehsan. 6 MEI 2015

Tuan,

Kebenaran Lawatan Sambil Belajar ke Syarikat Wira Buku.

Merujuk perkara di atas, sukacita dimaklumkan bahawa Persatuan Bahasa Malaysia Sekolah Kebangsaan Bukit Beruntung 1 telah merangka satu rancangan untuk mengadakan lawatan sambil belajar ke syarikat penerbitan tuan yang menerbitkan majalah Cahaya Mataku.

2. Tujuan lawatan ini diadakan adalah untuk menggelakkan ahli seperti katak bawah tempurung. Segala pengetahuan tersebut diharap dapat dimafaatkan di sekolah.

3. Sehubungan itu, bersama-sama ini disertakan butir-butir lengkap untuk makluman pihak tuan. Tarikh :Sabtu, 25 Mei 2013 Waktu :9.30 pagi hingga 12.00 tengah hari Peserta :40 orang murid dan empat orang guru pengiring

4. Walau bagaimanapun, jika tarikh lawatan tersebut tidak bersesuaian, kami tidak menghadapi masalah sekiranya tuan memindanya kepada tarikh yang lain. Kami berharap agar pihak tuan dapat mempertimbangkan permohonan ini. Kerjasama pihak tuan kami dahului dengan ucapan terima kasih.

Sekian, terima kasih.

Yang benar,

___________________________________(NUR ILLYA MAISARA BINTI MOHD ZANAFI)Setiausaha,Persatuan Bahasa Malaysia,Sekolah Kebangsaan Bukit Beruntung

top related