soalan asas kepada perdagangan

Post on 18-Jan-2016

61 Views

Category:

Documents

0 Downloads

Preview:

Click to see full reader

DESCRIPTION

soalan aneka pilihan

TRANSCRIPT

UJIAN MINDA

1. Antara berikut yang manakah Dikategorikan sebagai kehendak kepada seorang pelajar sekolah ?

A. Makanan dan minuman

B. Basikal baru

C. Rumah kediaman

D. Kesihatan

2. Perkhidmatan doktor, guru, Penyanyi dan peguam dianggap sebagai pengeluaran kerana perkhidmatan mereka

A. menghasilkan pulanganB. meningkatkan perniagaanC. memenuhi kehendak manusiaD. memberi keselesaan kepada

pengguna

3. Bagaimanakah sistem barter bermula ?

A. Pengenalan penggunaan mata wang

B. Peningkatan perniagaan antarabangsa

C. Peningkatan dalam kos pengeluaran

D. Pengamalan sistem pengkhususan

4. Antara berikut yang manakah kelebihan pengkhususan ?

I. Reka bentuk produk mudah diubahII. Wujud keadaan pergantungan antara

satu sama lainIII. Mengurangkan kos melatih pekerjaIV. Meningkatkan amalan automasi

A. I dan II C. II dan IIIB. I dan IV D. III dan IV

5. Apakah perhubungan antara Perdagangan dengan keperluan manusia?

A. Perdagangan menentukan keperluan manusia

B. Perdagangan ialah sebahagian daripada

keperluan manusiaC. Perdagangan wujud melalui usaha

manusia memenuhi keperluannyaD. Perdagangan menghasilkan barangan

untuk memenuhi keperluan manusia

6. Mengapakah masyarakat purba tidak terlibat dalam aktiviti perdagangan ?

A. Sumber bahan mentah tidak terhadB. Wang belum digunakan sebagai alat

pertukaranC. Keperluan dan kehendak mereka

mudah dipenuhiD. Aktiviti pengeluaran yang dijalankan

bercorak sara diri

7. Antara pernyataan berikut, yang Manakah benar tentang kehendak manusia ?

A. Kehendak manusia terdiri daripada barang-barang

B. Kehendak manusia perlu dipenuhi sebagai asas untuk hidup

C. Kehendak manusia mudah dipenuhi kerana terdapat sumber yang tidak terhad

D. Kehendak manusia meningkat selaras dengan kemajuan teknologi

8. Kedai gunting rambut melaksanakan aktiviti

A. Pengeluaran langsung

B. Perkhidmatan tidak langsung

C. Pengeluaran tidak langsung

D. Perkhidmatan langsung

9. Antara faktor berikut yang manakah menyebabkan pengkhususan ?

I. Wujudnya sistem pembahagian kerjaII. Masalah dalam sistem barterIII. Keinginan manusia yang semakin

kompleksIV. Kemahiran dan kebolehan manusia

berbeza

A. I, II dan III C. I, III dan IVB. I, II dan IV D. II, III dan IV

10. Encik Deen ialah seorang pesawah di Kuala Muda, Kedah iaitu Jelapang padi negara. Di luar musim menuai beliau bekerja di Ladang tebu Cuping, Perlis iaitu ladang tebu

terbesar di Malaysia.

Berdasarkan maklumat di atas, apakah jenis pengkhususan yang terlibat ?

A. Pengkhususan mengikut pekerjaan dan kawasanB. Pengkhususan mengikut proses dan pekerjaanC. Pengkhususan mengikut kawasan dan prosesD. Pengkhususan antara kawasan dan

antarabangsa

11. ~ Melibatkan pengagihan barangan~ Daripada pengeluar ke pengguna

akhir~ Merupakan satu cabang

Pengeluaran

Pernyataan di atas merujuk kepada :

A. PerniagaanB. PerdaganganC. PengkhususanD. Pemasaran

12. Tujuan perniagaan ialah untuk mendapatkan keuntungan tetapi perniagaan juga membantu

A. mengagihkan barang

B. mengeluarkan barang

C. mengawal harga barang

D. meningkatkan kualiti barang

13. Apakah maskud pengeluaran ?

A. Proses mengeluarkan barang dan perkhidmatan

B. Aktiviti yang menghasilkan barang dan perkhidmatan

C. Aktiviti yang melibatkan penggunaan wang dalam pengeluaran

D. Proses menghasilkan makanan, pakaian dan tempat perlindungan

14. Antara yang berikut yang manakah tidak dianggap sebagai aktiviti

pengeluaran ?

A. Memandu teksi

B. Menanam ubi untuk makan sendiri

C. Menyanyi di kelab malam

D. Menuba ikan secara haram

15. Pengeluaran dapat dijalankan secara besar-besaran dengan adanya

pengkhususan. Apakah kesan perkembangan tersebut kepada pengguna?

A. Mengurangkan pembaziran

B. Mengurangkan harga barang

C. Mengurangkan kos pengeluaran

D. Mengurangkan kos simpanan stok

16. Antara berikut, pernyataan yang manakah benar tentang kehendak manusia ?

A. Perlu dipenuhi untuk hidupB. Boleh disusun tingkatkan mengikut

keutamaanC. Adalah sama walaupun taraf hidup

manusia berubahD. Berbeza berdasarkan umur, cita rasa

dan pendapatan individu

17. Antara berikut, yang manakah bukan kesan pengkhususan dalam

pengeluaran terhadap pekerja ?

A. Menjadi lebih cekap dan mahir

B. Dapat dilatih dalam masa yang singkat

C. Berpeluang membuat kerja berdasarkan kemahiran

D. Dapat menghasilkan barang mengikut daya kreativiti

18. Berikut adalah petikan dialog di antara Amri, seorang olahragawan negara, dengan Encik Mustapha, Pegawai Belia dan Sukan.

Encik Mus : Tahniah.Amri: Terima kasih tuan. Saya akan terus

mengharumkan nama negara.

Berdasarkan dialog di atas, hierarki keperluan Maslow yang manakah telah dicapai oleh Amri ?

A. Keperluan sosialB. Keperluan rohaniC. Keperluan fisiologiD. Keperluan keselamatan

PERDAGANGAN

ASAS PERDAGANGAN (KERTAS 2)

1. Apakah maksud keperluan fisiologi dalam model hierarki keperluan manusia.

(3m)

2. Terangkan faktor-faktor pengeluaran.(8m)

3. Sesuatu keluaran mempunyai nilai faedah jika memberi kepuasan kepada pengguna. Huraikan dua jenis nilai faedah tersebut.

(6m)

4. Terangkan bagaimana keperluan dan kehendak manusia mewujudkan aktiviti perdagangan.

(8 m)5. Pengeluaran ialah aktiviti penciptaan nilai

faedah. Terangkan dua cara bagaimana nilai faedah itu dicipta.

(6 m)6. Terangkan kelebihan mengamalkan

pengkhususan dalam pengeluaran.(8 m)

JAWAPAN K2

Apakah maksud keperluan fisiologi dalam model hierarki keperluan manusia. (3m)

~ keperluan paling asas

~ mesti dipenuhi / didahului daripada keperluan lain

~ untuk tubuh badan manusia berfungsi

~ contoh: makanan / minuman, pakaian, tempat tinggal, udara

Sesuatu keluaran mempunyai nilai faedah jika memberi kepuasan kepada pengguna. Huraikan dua jenis nilai faedah tersebut.

- Nilai faedah tempat, memindahkan barang ke tempat yang mempunyai permintaan terhadapnya. Contoh kayu balak di hutan di angkut ke kilang papan

- Nilai faedah bentuk, mengubah bentuk sesuatu keluaran kepada lebih berguna. Contoh kayu dijadikan kerusi

- Nilai faedah masa, menyimpan barang sehingga ia diperlukan. Contoh beras berlebihan disimpan dan dibekalkan sehingga ada permintaan

- Nilai faedah milikan, pertukaran milik daripada seseorang kepada orang lain yang memerlukan. Contoh pemborong kepada peruncit

Terangkan bagaimana keperluan dan kehendak manusia mewujudkan aktiviti perdagangan.

- Manusia mempunyai keperluan / kehendak yang perlu dipenuhi, oleh itu perlukan aktiviti pengeluaran

- Sama ada pengeluaran langsung atau tidak langsung

- Pengeluaran langsung untuk memenuhi kehendak dengan usaha sendiri, pengeluaran tak langsung memenuhi kehendak daripada usaha orang lain

- Pengeluaran tidak langsung dilakukan secara besar-besaran yang akan melibatkan pengkhususan

- Barangan lebihan yang dikeluarkan tersebut perlu diagihkan, di mana agihan melibatkan dari segi harga / kuantiti, tempat dan masa

- Proses agihan ini melibatkan perdagangan yang terdiri daripada perniagaan iaitu kegiatan jual beli dan bantuan perniagaan seperti bank, komunikasi, insurans, pergudangan, pengangkutan dan promosi

- Semua aktiviti ini dikenali sebagai perdagangan

Pengeluaran ialah aktiviti penciptaan nilai faedah. Terangkan dua cara bagaimana nilai faedah itu dicipta.

# menukar bentuk barangan kepada satu yang lebih berguna, seperti pembinaan, pengilangan, contoh lain

# menukar tempat satu barangan dari tempat asal di mana barangan itu berlebihan ke tempat berkurangan dan boleh memenuhi kehendak manusia

# menyesuaikan waktu barangan tertentu boleh diperolehi iaitu membolehkan pengguna menikmati barangan sepanjang masa yang melibatkan penyimpanan barang

# melibatkan pertukaran hak milik dari satu pihak ke satu pihak yang lain seperti berjual beli / pemborong kepada peruncit

Terangkan kelebihan mengamalkan pengkhususan dalam pengeluaran.

1. Kecekapan dan kemahiran pekerja meningkat kerana melakukan kerja yang sama

2. Daya pengeluaran meningkat dapat meningkatkan daya saing pengeluaran

3. Kos latihan dijimatkan, masa pengeluaran seunit dikurangkan

4. Membolehkan penggunaan mesin, menggalakkan pengeluaran besar-besaran

5. Menikmati faedah ekonomi bidangan kerana dapat mengurangkan kos pengeluaran seunit

6. Pekerja dilatih dalam bidang tertentu yang sesuai dengan bakat / kemahiran / minat

Terangkan bagaimana keperluan fisiologi boleh mewujudkan aktiviti perdagangan. (4m)

• Manusia memenuhi keperluan fisiologi melalui pengeluaran

• Keperluan fisiologi tidak boleh dipenuhi sepenuhnya melalui cara sendiri / pengeluaran langsung

• Oleh itu, perlukan pengeluaran tak langsung• Pengeluaran tak langsung menyebabkan

lebihan yang memerlukan agihan• Melalui perniagaan dan bantuan perniagaan

seperti bank, insurans, komunikasi, pergudangan, pengangkutan dan promosi

Terangkan dengan contoh, jenis nilai faedah dalam pengeluaran.

~ nilai faedah tempat, memindahkan barang ke tempat yang mempunyai permintaan terhadapnya. Contoh kayu balak dihutan diangkut ke kilang papan

~ nilai faedah bentuk, mengubah bentuk asal sesuatu keluaran kepada yang lebih berguna. Contoh kayu kepada kerusi

~ nilai faedah masa, menyimpan barang sehingga ia diperlukan. Contoh beras berlebihan disimpan dan dibekalkan sehingga ada permintaan

~ nilai faedah milikan, pertukaran milik daripada seseorang kepada orang lain yang memerlukan. Contoh pemborong kepada peruncit

Disediakan oleh ;

•Panitia Perdagangan( SMK Jengka Pusat 2 )

top related